Jumaat, 25 Mei 2012

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Ceramah Umum oleh YB Dr. Mariah Mahmud & YB Ng Suee Lim pada 28 Mei 2012 - Datang jangan tak datang!

Posted: 25 May 2012 07:03 PM PDT


Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 25 May 2012 03:18 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.

Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.

Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR.

Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.

Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.

Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar.

Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.

Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan.

"Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini.

"Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, " katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka.

"Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap.

"Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas)," Shamsul Iskandar berkata.

Ceramah PKR yang bertemakan "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu.

Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.

Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.

Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno.

selangorku

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

DIALOG RAKYAT

Posted: 25 May 2012 03:17 PM PDT

Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak

Posted: 25 May 2012 04:19 AM PDT

Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.  Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya.  Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis.  Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.

Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah).  Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.

Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai.  Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti.  Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."

Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan.  Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya.  Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia.  Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".

Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO.  Antaranya semestinya perebutan sumber.  Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."

Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.

Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari.  Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut.  Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah.  Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.

Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik.  Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.  Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.

Musa berdepan dengan sekta yang berbeza

Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011.  Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.

Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO.  Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.

Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.  Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.

UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah.  Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12.  Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas.  Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman.  Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.

Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri.  Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri.  Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan.  Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun.  Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.

Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO).  Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".

Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini.  Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah.  "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah.  Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko.  Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah.  Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."

Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.

[Video] Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan! -updated

Posted: 25 May 2012 04:14 AM PDT


 
 KELAB GREENBOC

Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa

Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.

Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.

"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.

Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.

Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk

Ulasan GB
Berikut ialah gambar yang dirakam di majlis tersebut. Bendera apakah yang dipegang oleh pembaling tersebut?

Semalam GB sudah membuat ulasan. Petikan:

Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa" di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi.

Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan

.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca


MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Posted: 25 May 2012 04:06 AM PDT

Kerugian MAS Airlines MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Selepas Malaysia Airlines terus mencatatkan kerugian untuk suku pertama tahun 2012 berdasarkan laporan berita di Buletin Utama, MAS akhirnya bertindak mahu menawarkan cuti sukarela, cuti tanpa gaji sehingga tempoh 2 tahun tanpa gaji bagi mengurangkan kos operasi MAS…..

MAS menawarkan pekerja-pekerjanya 2 tahun cuti tanpa gaji secara sukarela kerana berlaku penurunan pendapatan dan pengstrukturan semula bagi manjimatkan kos operasi organisasi. Kali terakhir, program VSS dilakukan MAS adalah pada 2005 di bawah Datuk Idris Jala.

Kakitangan MAS MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Mungkin MAS selepas ini boleh mula mempertimbangkan pesawat model 73-9 berbanding 73-8 yang masih dianggap "generasi lama". Ini kerana model pesawat 73-9  yang dikira pesawat generasi baru lebih jimat minyak, lebih mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan lebih moden dan canggih. Mungkin MAS boleh dipertimbangkan…Mungkin?

Tapi bagaimana MAS mahu untung, jika kontrak pembekal makanan diberikan untuk yang sungguh panjang iaitu 25 tahun lamanya kepada  _______. Bagaimana kalangan mereka ini boleh dapat kontrak pembekal makanan kepada MAS dengan kontrak yang cukup istimewa ini? Ini tak lain tak bukan, semuanya kerana  _______  yang menjahanamkan MAS. Orang yang berkepentingan "kenyang", akhirnya kakitangan MAS menerima "musibahnya".

  • MAS perlu re-branding balik jenama dan servis mereka
  • Singkirkan unsur politik dan yang berlebihan dalam MAS
Mas Rugi RM171 Juta MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Laporan Berita The Star  Mengenai Tindakan MAS Menawarkan Cuti Sukarela Kepada Kakitangannya

The Star hanya mengambil contoh Singapore apabila SIA bertindak menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya. Di sini apa yang kami perhatikan apabila cuti tanpa gaji nak ikut singapore (mahu mencontohi Singapoer), tetapi bagaimana dengan perbandingan tahap gaji antara SIA VS MAS? Kakitangan SIA, mereka confirmed 13 bulan setahun. Boleh MAS mencontohinya?

Walaubagaimanapun, kami sempat membuat semakan berdasarkan laporan Yahoo Malaysia yang dipetik daripada Agensi menunjukkan memang benar apa yang dilaporkan oleh laporan The Star di mana Singapore Airline ada membuat menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela sekitar bulan MAC 2012 yang lalu. Tetapi…..

Ha….ada tetapinya, bezanya di sini :

Singapore Airline menawarkan cuti sukarela tanpa gaji kepada kakitangan Singapore Airline (SIA) disebabkan keuntungan yang diperolehi SIA telah mula menurun dek kerana mengambil kira faktor beberapa faktor termasuklah jumlah bilangan penumpang yang mula menampakkan kadar penurunan dan pemintaan kargo dari Eropah dan tidak lupa juga kenaikan kos bahan api.

Kenaikan kos bahan api memberikan kesan kepada Singapore? Semestinya…kerana Singapore tiada minyak, mereka (Singapore) terpaksa import minyak. Malaysia? Malaysia ada minyak, Malaysia negara pengeksport minyak. Itulah antara sebabnya Singapore mula mencatatkan pengurangan keuntungan sehingga memaksa mereka menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya.

Berikan ruang dan peluang kepada golongan yang bermahiran dalama industri penerbangan menentukan apa yang terbaik kepada MAS selama ini. Jikalau kakitangan MAS dipelawa untuk "berkorban" dengan cara bercuti tanpa gaji secara sukarela di atas kerugian yang dialami oleh MAS selama ini, mengapa tidak kelompok atasan MAS juga mengambil tindakan secara sukarela mengurangkan gaji setiap seorang ? 

Adakah mahu "cuci tangan" dan meletakkan beban sepenuhnya kepada kelompok bawahan sahaja?

Anwar : Umno-BN Serang Ceramah Pakatan Kerana Takut

Posted: 25 May 2012 03:48 AM PDT


KUALA LUMPUR : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejadian provokasi daripada Umno-BN sehingga menyebabkan seorang warga emas cedera di kepala sebagai perbuatan samseng dan tidak berakhlak.

Katanya, tindakan pemuda Umno-BN itu dilakukan bagi menghalang pimpinan PKR untuk memberi ceramah sempena Pelancaran Jentera Baru Keadilan Lembah Pantai.

"Kenapa Umno-BN takut kita bagi ceramah? Sanggup upah orang untuk baling batu. Ini Malaysia negara rakyat bukan negara samseng, kita ada adat," katanya.

Dalam kejadian itu, seorang warga emas cedera di kepala akibat terkena balingan batu oleh pemuda Umno-BN yang menghadiri ceramah dianjurkan oleh "TIBAI" bersebelahan dengan khemah PKR.

Sementara itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan memberi pendidikan percuma sekiranya gagasan itu menang pada pilihanraya umum akan datang.

Beliau menambah Umno-BN bukan sahaja pandai mengamalkan budaya memfitnah tetapi juga  mengadaikan tanah melayu di Kampung Baru
 

Katanya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan 40 peratus tanah Kampung Baru kepada pemaju bukan melayu.

"Siapa yang minta kawasan itu? Pemaju mana? Atau tauke-tauke yang dia jaga sebab itu senang beliau bagi," katanya.

Tambah Anwar, taraf kewarganegaraan juga tidak diberi kepada kaum bukan melayu di kawasan ini walaupun mereka dilahirkan di negara ini.

"Jika dibawah Pakatan Rakyat, kita akan jaga semua kaum dan kita tidak akan bagi rakyat dari negara lain yang baru tiga bulan datang ke negara ini tetapi menerima taraf kewarganegaraan seperti yang dilakukan oleh Umno-BN," katanya.

Katanya, rakyat juga boleh menilai banyak perkara yang dilakukan Umno-Bn masa kini termasuk kes fitnah ke atas dirinya mahupun pemimpin Pakatan yang lain.

"Saya dihina sudah 14 tahun, tetapi ramai rakyat pelbagai kaum sanggup menerima saya.

"Budaya ini kita tidak akan bawa dalam pakatan, kerana tuan guru selalu berpesan, jika kita hendak membawa perubahan, kita mestilah membawa contoh yang baik kepada rakyat," katanya.

Turut hadir pada malam itu MP Lembah Pantai dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar yang menyampaikan hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, seramai 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada May 19.

Pulau Indah Bakal Menjadi Pusat Pelancongan

Posted: 25 May 2012 03:42 AM PDT


SHAH ALAM : Pulau Indah bakal menjalani proses perubahan pembangunan dengan termetrai perjanjian persefahaman (MoU) diantara Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Norzakiah Arkitek di sini semalam.

Sehubungan itu, Norzakiah Arkitek, sebuah syarikat perunding dan perkhidmatan senibina dengan kerjasama Buchan Group of Perth, Australia menyediakan pelan lengkap berkaitan pembangunan di tanah milik KHSB di Seksyen 9,10 dan 11 di Pulau Indah, Klang yang melibatkan tapak seluas 1,196 ekar.

Menurut Pengerusi Norzakiah Arkitek, Norzakiah Arshad, pelan lengkap yang dicadangkan itu melibatkan pembangunan perumahan, pusat bandar dan resort.

Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin berkata, MoU itu membolehkan Norzakiah Arkitek menjalankan kajian terperinci mengenai projek itu yang dianggarkan bernilai RM8 bilion dan dijangka dimulakan mulai tahun 2013.

"Melalui projek pembangunan ini, kami menawarkan kediaman berciri 'resort home' dengan kos mampu milik," katanya kepada pemberita pada majlis menandatangani MoU itu di sini.

Majlis menandatangani MoU ini dihadiri Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Quality Hotel, Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, Selangor menyambut baik cadangan untuk membina infrastruktur di Pulau Indah seterusnya mampu meningkatkan pelaburan di negeri ini.

"Lembah Klang khususnya sedang mengalami proses peningkatan industri hartanah yang mampu menarik pelabur asing untuk datang ke sini," katanya.

Sementara itu, projek itu bakal menjadikan Pulau Indah sebagai salah sebuah destinasi perlancongan antarabangsa kerana pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghubungkan Saujana Putra ke Pulau Indah akan siap pada 2014.

"Pelancong-pelancong boleh terus ke Pulau Indah dari KLIA melalui Kajang Saujana Putra dengan siapnya lebuhraya ini," kata Raja Idris.

PKR Kutuk Najib Berhubung Tuntutan Kepada BERSIH

Posted: 25 May 2012 03:38 AM PDT


SHAH ALAM  : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat mengutuk keras pendakwaan terbaru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga serta ahli jawatankuasa Bersih.

Lebih mengecewakan, menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sehingga kini pihak polis masih tidak dapat memastikan pihak yang bertanggungjawab melakukan kerosakan namun tetap mengambil tindakan undang-undang dan tuntutuan kerugian daripada ahli jawatankuasa Bersih.

"Kecuali bagi kes adik Mohd Safuan Mamat yang dipukul sewaktu dalam usaha menyerah diri dengan sukarela, kes lain polis masih tiada kata putus.

"Jadi adalah tidak adil untuk mendakwa mereka ini dalam kes kerugian yang dialami polis dengan tuntutan sehingga RM 122, 000 atas 15 kenderaan polis termasuk dua trak yang rosak ketika perhimpunan.

"Kita juga tidak jelas bagaimana jumlah ini diperolehi kerana tiada saksi dari kedua belah pihak dan kemungkinan juga kerosakan itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan kos kerugian yang besar," jelas Dr. Wan Azizah dalam kenyataannya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan kerajaan pimpinan Najib untuk fokus kepada lapan tuntutan Bersih daripada sibuk mendakwa gerakan sivil rakyat.

"PKR mendesak Najib untuk memastikan segala sumber ditumpukan dalam usaha membersihkan sistem pilihanraya demi memastikan pilihanraya di Malaysia ini bersih dari sebarang penipuan.

"Kedua-dua Pengerusi dan Timbalan SPRM (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) juga seharusnya meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada muka-muka baru yang boleh bekerja dengan persatuan sivil dalam usaha menjadikan pilihanraya telus dan bebas," akhiri beliau.

Buli Ambiga Tindakan Pengecut

Posted: 25 May 2012 03:36 AM PDT


SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan sesetengah pihak yang terus-menerus melakukan huru-hara di hadapan rumah Datuk S Ambiga dilihat sebagai tindakan pengecut, kata Dr Yaakob Sapari.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan yang mendakwa penjaja/peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman bahawa mereka mengalami kerugian akibat himpunan 'Duduk dan Bantah' BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Bagi Dr Yaakob, beliau yang tuut hadir bersama-sama 250,000 orang berhimpun di Kuala Lumpur baru-baru ini, menganggap perhimpunan ini sebagai satu peluang yang besar kepada para peniaga bagi memperolehi pendapatan jauh lebih besar.

"Jika 250,000 orang ini membelanjakan RM10 seorang, bermakna peniaga bakal memperoleh RM 2.5 juta.

"Saya lihat bahawa orang ramai bersesak- sesak mahu masuk ke restoran-restoran yang dibuka pada hari itu. Malah, saya hendak membeli roti dan air kotak pun semuanya habis," ujar Dr Yaakob yang juga Exco negeri yang bertanggungjawab terhadap usahawan di Selangor.

Beliau turut menyatakan bahawa di negara-negara maju, perhimpunan aman juga diadakan, tetapi kedai-kedai khususnya kedai makan di sana tidak tutup sebagaimana di Malaysia.

Justeru, para peniaga seharusnya bersikap positif bilamana pelanggan ramai. Dalam dunia ekonomi, ramai pelanggan bermakna banyak keuntungan.

Kumpulan anti-BERSIH yang dikepalai Datuk Jamal Md Yunus juga yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 hari ini tetapi membatalkan hasrat selepas tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Setahun sudah berlalu…

Posted: 25 May 2012 03:33 AM PDT

 Oleh Mazir Ibrahim

DAP hanyalah sebuah parti politik. Ideologinya adalah demokrasi sosial. Siapa ingin tahu lebih lanjut apa itu demokrasi sosial, silalah layari lama roketkini.com atau buat carian google, jangan malas macam balaci-balaci UMNO.

Pada tahun-tahun mendatang juga DAP akan tetap menjadi sebuah parti politik kebangsaan. DAP tak  mungkin menjadi sebuah agama baru, tak akan menjadi satu kabilah baru dan tentunya tidak akan menjadi satu lagi UMNO yang menjadikan rasuah sebagai institusi dan amalan bagi partinya.

Dalam lambungan ombak fitnah, Roketkini lahir di tengah-tengahnya. Fitnah-fitnah ini sedang cuba untuk membaham pemikiran rakyat Malaysia, khususnya manusia berketurunan Melayu, terhadap parti politik yang bernama DAP.

Ada apa dalam DAP

Dakwaan pecacai UMNO bahawa Roketkini sebagai ejen dalam mempengaruhi pemikiran orang Melayu untuk menyokong perjuangan DAP untuk demokrasi, hak asasi, keadilan dan peluang saksama adalah benar belaka. Itu bukan fitnah.

Kita mengaku bahawa memang kita sedang mempengaruhi pemikiran Melayu, India, Cina, Iban, Kelabit, Kayan, Penan, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Sungai, Orang Asli dan selagi ada kaum yang lain sebagai warganegara Malaysia untuk menyokong perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat umumnya.

Justeru, apa salahnya?

Roketkini mengajak semua rakyat Malaysia untuk memahami DAP, membawa rakyat Malaysia untuk mengenali apa yang diperjuangkan oleh DAP sejak 1967.

Roketkini memang mahu rakyat Malaysia, baik yang Muslim, Kristian, Hindu, Buddha dan semua agama yang ada untuk sedar bahawa DAP dan Pakatan Rakyat sedang memperjuangkan suatu nilai yang baik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kita tidak memperjuang dan mempertahankan perasuah; jika ada, buktikan di mahkamah. Kita tidak akan pertahankan kezaliman; jika wujud silalah dakwa. Kita tidak pernah mempromosikan negara Kristian hatta amalan seks bebas, jika terjadi begitu, rakyat sendiri akan menolak DAP.

UMNO tak payah susah-susah. Rakyat tahu apa yang baik dan buruk. Tanpa perlu dengar fitnah pecacai UMNO.

Apa yang kita lakukan

Kita juga tidak pernah mengajak manusia untuk melakukan keganasan untuk mencapai maksud politik. Jika ada, sila tanya pemimpin UMNO.

Roketkini yang kecil ini hanya ingin mempromosikan satu tingkat kefahaman yang betul kepada rakyat Malaysia, khususnya mengenai DAP. Kita mahu warga Malaysia tahu bahawa apa yang dikatakan oleh UMNO dan BN selama ini adalah salah, yakni tidak benar.

Tetapi apa-apa yang benar memang kita akui. Contohnya, majoriti ahli DAP adalah dari kaum Cina, itu betul. Memang benar ramai orang Cina dalam DAP beragama Buddha dan Kristian serta pelbagai kepercayaan lain. Kebanyakan orang Cina dalam DAP tak sehebat Najib Razak berbahasa Melayu, itu juga juga tak dinafikan sama sekali.

Namun, adakah kerana itu semua maka DAP hanya layak mendapat jolokan hina dan jahat dari pemimpin UMNO? Adakah kerana itu semua maka orang UMNO berhak mengatakan bahawa DAP adalah musuh Melayu dan anti-Islam? Inikah budaya Melayu yang UMNO bawakan, inikah ajaran Islam yang UMNo ajarkan?

Politik gelap ini harus diubah. Inilah peranan Roketkini.

Apa yang kita perjuangkan

Kita hanya mempromosikan idea dan dasar politik DAP. Kita tidak menghina idea politik UMNO atau BN dari sudut perkauman dan agama. Kita tidak pernah memfitnah pemimpin UMNO walau pun fitnah dan kedangkalan politik mereka amat terserlah.

Kita mempromosikan prinsip dan dasar parti melalui hujah yang rasional dan dengan penuh hemah kemanusiaan. Kita percaya bahawa selain dari pemimpin UMNO yang bijaksana itu, ramai lagi ahli UMNO dan rakyat di luar yang masih berakal waras dan boleh menerima hujah rasional tanpa mempergunakan atau memperalat agama dan bangsa untuk mencapai maksud.

Kita juga percaya hujah patut dibalas hujah, bukan maki-hamun, bukan mencarut. Kita percaya hujah tidak sepatutnya dibalas dengan kawalan undang-undang, dengan mendirikan gerai burger haram untuk membantah, dengan menunjukkan punggung, dengan membaling telur atau batu.

Dalam DAP dan Roketkini, ada juga manusia Muslim, mereka ini makan makanan yang halal, tahu di mana kiblat, mendirikan solat mengikut hukum syarak. Namun seperti manusia biasa yang lain, tetap ada sedikit-sebanyak salah dan silap yang harapnya mendapat keampunan Allah SWT. Manusia-manusia dalam DAP bukanlah insan maqsum seperti mana ramai pemimpin Melayu Islam UMNO.

Maka, maafkanlah kami jika berlaku kesilapan dan kesalahan sepanjang Roketkini menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia. Kami akan tetap berjuang demi kebaikan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Setahun dahulu, Roketkini telah lahir. – Roketkini.com

Menteri ghairah lelong plat kenderaan, rakyat sengsara skandal berbilion ringgit

Posted: 25 May 2012 03:30 AM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.

Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.

Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa  sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak  nilai "terminal kos rendah" KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.

"Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata 'saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan', " tambah beliau.

Pua juga berkata, dalam isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kong yang juga Setiausaha Agong MCA telah mengarahkan bayaran diteruskan kepada pemegang saham Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Sedangkan, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) sendiri telah menyaman KDSB sebanyak RM1.6 billion di atas tuntutan berlebihan dan penipuan, tambahnya. Sebaliknya, beliau berkata, Kong pula menuduh PKA dengan mengatakan bahawa setiap jumlah yang dibayar adalah atas nasihat PKA walau pun PKA mengarahkan untuk menghentikan bayaran," ujarnya.

Yang terkini, laporan Business Times yang mendedahkan bahawa MMC-Gamuda telah menuntut arahan perubahan kerja (VO) sebanyak RM1.5 billion dari kerajaan bagi lebihan kos Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang besar. "Walau pun ia dinafikan oleh MMC-Gamuda, mereka tetap mengakui bahawa tuntutan "perbelanjaan dan kerugian" tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan sendiri. "Nilai projek EDTP ialah RM12.49 billion dan kenaikan sebanyak RM1.5 billion bermaksud kenaikan 12% daripada kos asal," kata Pua.

Menurutnya, semua ini perlu dijelaskan oleh Kong tetapi pemimpin MCA itu terus membisu walau pun sedar segala skandal tersebut telah menyumbang kepada masalah ekonomi negara kerana wang pembayar cukai yang berjumlah berbilion ringgit telah disalah guna dan dibazirkan. – Roketkini.com

Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur

Posted: 24 May 2012 05:24 PM PDT

 

Ahmad Fadli KC & Koh Jun Lin

 

Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

pantai dalam kerinchi pkr 240512Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan  "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur.
Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Dalam insiden itu, warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Ekoran insiden itu, penyokong PKR berarak ke arah penyokong Umno yang berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong PKR yang kini hanya beberapa meter dari penyokong Umno terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.

Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah yang berjaya menarik kira-kira 200 orang pendengar.

Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah di pihak PKR bercakap sesuatu isu dan kemudian membidasnya secara spontan - dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah PKR.

Sementara itu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Menurut ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri patah tangan akibat insiden itu.

Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.

Lapan nyaris maut lori rempuh kedai makan

Posted: 24 May 2012 05:20 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Beberapa pelanggan melihat keadaan lori jenis Fuso yang merempuh masuk ke dalam
sebuah kedai makan, pagi semalam.

 

 

BANDAR TEMERLOH – Keasyikan lapan pelanggan menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan, di sini, pagi semalam tergendala apabila sebuah lori tanpa muatan merempuh masuk ke dalam kedai terbabit akibat terbabas selepas terlanggar seekor babi hutan melintas jalan.

Kejadian berlaku jam 10 pagi di Jalan Kuantan Kuala Lumpur dekat Kampung Batu 4, di sini, ketika terdapat lapan pelanggan bersama dua pembantu kedai yang sedang asyik melayan pelanggan dalam kedai berkenaan.

"Saya dengar bunyi bising macam helikopter nak jatuh, tiba-tiba meluru masuk sebuah lori ke dalam kedai dan merempuh sedikit pagar serta meja makan sebelum berhenti betul-betul depan pelanggan.

"Nasib baik pelanggan cepat mengelak. Beberapa pelanggan lagi cuba membantu mengeluarkan pemandu lori yang terperangkap di dalam kenderaannya," kata pembantu kedai makan nasi kerabu, Sukaramai, semalam.

Rashidah Rashid 38, berkata, mujur semasa kejadian ramai pelanggan sudah beredar dan hanya tinggal lapan pelanggan di dalam kedai terbabit.

"Biasanya pelanggan sarapan pagi di sini antara jam 8 hingga 9 pagi setiap hari, nasib baik semasa kejadian tidak ada ramai orang," katanya.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku beberapa pelanggan melihat keadaan lori jenis Fuso yang merempuh masuk ke dalam sebuah kedai makan, pagi semalam begitu pantas dan ketika itu dia dalam perjalanan menghantar lori terbabit kepada penjual di Kuala Lumpur.

Menurutnya, sebaik tiba di hadapan kedai berkenaan, seekor babi hutan meluru dari semak berhampiran untuk melintas jalan.

"Saya tak sempat elak dan melanggarnya, kemudian saya cuba kawal semula lori tetapi gagal dan terus masuk ke dalam kedai. "Sejak bekerja lebih setahun lalu dengan sebuah syarikat automotif di Pekan, ini kejadian paling teruk saya alami. Saya memang kerap menggunakan jalan ini dua hingga tiga kali sebulan menghantar lori ke penjual di Kuala Lumpur," katanya yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

PAS: Siapa saja jadi PM asalkan Islam

Posted: 24 May 2012 05:11 PM PDT

KL TODAY

Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting."Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.

"Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa," katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

Tablet '1Malaysia Pad' kini di pasaran

Posted: 24 May 2012 05:09 PM PDT


KL TODAY

MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. "Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.

2 juta belia dijangka himpun di Putrajaya

Posted: 24 May 2012 05:03 PM PDT

SINAR HARIAN

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

 

 

PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin seramai dua juta golongan muda mampu dihimpunkan di Putrajaya berikutan 500 buah program diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia selama lima hari sejak semalam.

Beliau berharap para golongan muda negara dapat mencorakkan bandar Putrajaya dengan kreativiti mereka sendiri sepanjangan perhimpunan kali ini.

Perhimpunan golongan muda di Putrajaya akan semakin ketara mulai petang ini dengan hampir 10,000 anggota pengakap dan persatuan uniform yang lain yang akan berkhemah di sini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga berkata beberapa aktiviti sukan yang menarik turut diadakan seperti Futsal, yang dijangka menarik 15,000 orang serta aksi penunggang motorcross dunia dari Jepun.

"Adalah sangat penting kehadiran orang ramai ke sini untuk melihat kelebihan golongan belia kita, kreativiti mereka yang terlalu luas, kehebatan mereka yang perlu kita berikan penghargaan," katanya.

Sementara itu, pelajar Tingkatan Lima, Raiza Azleen Zailani berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah tepat pada masanya kerana dapat menghalang remaja dari membuang masa mereka melakukan perkara tidak berfaedah.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1) itu berkata banyak acara menarik diadakan pada perhimpunan kali ini bertepatan dengan minat semasa remaja masa kini, seperti sukan ekstrem motocross, pertunjukkan basikal 'BMX Flatland', Futsal, dan Pitball.

Salah seorang peserta dalam pertunjukkan basikal 'BMX Flatland', Abdul Shukor Sulaiman berkata beliau dan pasukannya akan memberikan aksi terbaik pada acara BMX Flatland yang akan diadakan pada Sabtu nanti.

"Memang baguslah kerajaan nak anjur acara sebegini sebab beri peluang kepada remaja berkumpul dan melihat dunia mereka, kreativiti mereka dan memberi peluang kepada pasukan kami untuk mempromosi pertunjukkan BMX Flatland ini kepada belia yang hadir," katanya.- Bernama

Aziz Bari antara profesional sertai PKR

Posted: 24 May 2012 05:00 PM PDT

 KL TODAY

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota parti itu.Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu empat tokoh tersebut adalah Pengurus Kanan Am Jabatan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas Pengarang The Malaysian Insider, Praba Ganesan dan Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, Koh King Kee merupakan graduan lepasan Universiti Malaya dan pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau aktif memperjuangkan keadilan sosial.

Jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Abdul Hadi merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatannya yang tidak sah berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi.

"PKR sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama PKR dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah," jelasnya lagi.

Sementara itu, bagi PAS pula, fenomena penjawat awam berpangkat tinggi menyertai PAS diyakini akan berterusan selepas ini, kata veteran PAS, Ahmad Awang.

Ahmad berkata, fenomena ini berlaku kerana rakyat tidak menyenangi situasi politik dalam negara yang tidak baik.

Tambahan pula kata bekas Naib Presiden PAS itu, tindakan kerajaan menyekat kemaraan Bersih 3.0 baru-baru ini memberi kesedaran kepada rakyat untuk menolak kerajaan yang enggan membersihkan sistem pilihan raya.

"Banyak isu dalam negara menyebabkan kemarahan rakyat dan mereka mula sedar kepentingan mereka bersama-sama dalam perjuangan PAS," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS.

Beliau juga juga yakin makin ramai pesara kerajaan akan menzahirkan sokongan terhadap PAS jika kerajaan terus mengamalkan politik kotor dan kezaliman.

"Saya yakin semakin banyak penyelewengan, salahguna kuasa dan politik kotor, semakin ramai orang akan menyertai perjuangan PAS," katanya.

NGO batal protes 'Bersih 4.0' depan rumah Ambiga

Posted: 24 May 2012 04:51 PM PDT

Jamilah Hamzah
 

KUALA LUMPUR - Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur membatalkan rancangan mereka untuk menjalankan perniagaan - sebagai tanda protes - di hadapan kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, petang ini dan esok.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yusuf membatalkan niat tersebut kerana menghormati undang-undang dan  tugas penguat kuasa DBKL.

"Kami dengan ini mengambil keputusan membatalkan rancangan mengadakan pasar malam di sini pada hari ini dan esok 25 Mei.

"Kami hormati undang-undang dan penguat kuasa yang jalankan tugas untuk mengelakkan kekacauan seperti Bersih lalu dan akan mengadakan perhimpunan Bersih 4.0 cintakan keamanan pada 23 Jun di Stadium Bukit Jalil," kata Jamal lagi.

Jamal juga mempelawa Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said menyertai perhimpunan tersebut dan turut akan menyerahkan kereta mewah yang dijanjikan kepada peserta bertuah.

Sehubungan itu, satu memorandum telah dihantar kepada Ambiga yang diwakili Samad supaya melunaskan tuntutan mereka.

Sebelum ini dalam kenyataan media, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur telah dan tetap merancang untuk mengadakan pasar malam di kediaman Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komosioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, keadaan di kawasan tersebut terkawal mereka berhimpun secara aman dan bersurai secara aman.

"Keadaan di sini terkawal mereka tidak membuat kekacauan.

"Kami (polis) akan sentiasa pantau dan berada di mana-mana bila keadaan memerlukan kami," kata beliau lagi.

Bahari juga menyatakan ucapan terima kasih kepada penganjur 'Bersih 4.0' kerana mendengar nasihat.

Datuk Wan: SU Agung PKR wajar minta maaf

Posted: 24 May 2012 04:47 PM PDT

G MANIMARAN & NORSHAZURA MAT ZUKI

PUTRAJAYA - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa beliau ahli Umno dan tidak wajar menyandang jawatan itu.

Sambil menyifatkan aspek tindakan perundangan sebagai soal kedua, Wan Ahmad berkata, beliau masih berharap Saifuddin akan membuat permohonan maaf berhubung dakwaannya, yang dibuat genap sebulan lalu.

Difahamkan beliau membuat laporan polis minggu lalu, mendakwa beliau difitnah oleh Saifuddin.

Dalam satu temu bual dengan Sinar Harian 25 April lalu, Saifuddin mendakwa Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof adalah ahli Umno.

"Datuk Saifuddin telah membuat satu kenyataan fitnah, yang mana apa yang beliau perkatakan adalah tidak betul. Saya harap beliau mengaku silap dan minta maaf... kita silap, kita minta maaf.

"Beliau masih boleh minta maaf. Soal perundangan (siasatan), itu soal kedua," kata beliau kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena temu bual eksklusif di pejabatnya di sini, semalam.

Sambil menekankan bahawa beliau tidak mahu membesar-besarkankan isu ini, Wan Ahmad berkata, "biar polis lakukan siasatan."

"Saya serahkan kepada polis," katanya sambil menambah, "soal undang-undang lain kan, soal peribadi lain."

"Saya sedang fikir secara serius... secara serius. Ruang kemaafan masih ada," katanya.

Ketika ditanya mengenai laporan polis yang dibuat, Wan Ahmad berkata, "sebenarnya mudah sahaja. Kalau dia seorang yang bertanggungjawab, dia dah terlanjur kesilapan , terbukti, kita cakap mengenai fakta fitnah, mudah, kata saya menarik diri dan minta maaf di atas apa-apalah.. itu kebiasaan," katanya.

Saifuddin mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan kedua-dua mereka dalam Umno dan turut mencabar mereka menafikannya.

"Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno)," katanya.

Menurut Saifuddin, jika mereka enggan menafikannya, beliau akan mendedahkan nama cawangan Umno berkenaan.

Dua hari kemudian Saifuddin menamakan cawangan kedua-dua mereka menjadi ahli Umno.

Pada awalnya, Wan Ahmad berkata beliau tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno, tetapi kemungkinan didaftarkan oleh rakannya pada 1980-an.

Abdul Aziz juga menafikan dakwaan itu.

Kemudian Saifuddin mengeluarkan nama cawangan kedua-dua menjadi ahli Umno.

Siasatan Sinar Harian mendapati Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan Saifuddin, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi SPR.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Saifuddin sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

"Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya," kata Wan Ahmad, seorang peniaga kedai makan.

Ular sawa kuning jenis Anaconda lahir 30 anak

Posted: 24 May 2012 04:28 PM PDT


MEMBIAK. Sebahagian daripada 30 ekor anak ular Anaconda Kuning yang lahir pada 3 dan 19 Mei lepas di Taman Ular Sawa di Kuala Pilah.


KOSMO

KUALA PILAH – Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul dekat sini menerima ahli baharu apabila dua ekor ular sawa jenis Anaconda Kuning melahirkan sebanyak 30 ekor anak pada 3 dan 19 Mei lepas.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, ibu pertama ular itu melahirkan tiga ekor anak manakala ibu kedua pula sebanyak 27 ekor.

"Ular spesies ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak. Anak-anak ular itu berukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram.

"Kami mengasingkan anak-anak ular ini daripada ibunya dan dikuarantin selama enam bulan. Selepas itu,
kami akan lihat perkembangannya sebelum ia dipamerkan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kem PLKN Tangkas Kendiri disita

Posted: 24 May 2012 04:25 PM PDT

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


KEM PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar ditutup selepas dikenakan tindakan sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu. Gambar kecil, Abdul Hadi.


KUALA LUMPUR - Seramai 248 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak akan dipindahkan ke kem lain berikutan notis sita oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 22 Mei lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pengusaha kem berkenaan diarah mengosongkan kem itu kerana gagal membayar hutang kepada sebuah syarikat pembekal.

"Syarikat itu meminta perintah mahkamah untuk menyita kem berkenaan berikutan pengusaha kem itu tidak dapat melunaskan hutang kepada syarikat berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis latihan koordinasi senaman tari sempena Himpunan Jutaan Belia di padang Zetro, Wangsa Maju di sini semalam.

Abdul Hadi menambah, kesemua pelatih akan dipindahkan ke kem yang paling hampir dengan kediaman masing-masing pada 28 Mei ini.

Beliau memberitahu, walaupun notis mahkamah itu diterima pada 22 Mei lalu, program di kem itu tidak terjejas kerana hanya peralatan dan kelengkapan kem yang disita.

Dr Aziz Bari Sah Sertai PKR.. Ramai Lagi Tokoh Terkenal Sertai PKR.. Jom Terjah!!!

Posted: 24 May 2012 04:19 PM PDT

SEDAKA SEJAHTERA

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan empat muka baru yang menyertai parti itu bakal menerajui bersama-sama kepimpinan sedia ada.

Mereka adalah Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan bekas tokoh akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee; bekas Pegawai Tertinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab dan bekas pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan.

 Menurut Azizah, kesemua tokoh terbabit merupakan kebanggaan parti kerana penyertaan mereka dalam KEADILAN memberikan gambaran bahawa perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan angan-angan kosong tetapi komited dalam memperjuangkan keadilan demi rakyat.

Beliau yang mengalu-alukan penyertaan empat tokoh itu bagaimanapun turut membuka pintu kepada mana-mana tokoh lain jika mahu menyertai parti itu.

"Abdul Hadi merupakan individu yang memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enijn jet pejuang FSE dari kem TUDM di Sungai Besi.

"KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan KEADILAN," katanya pada kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ganesan pula dilantik Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN.

"Manakala bekas Pengarang laman portal online The Malaysian Insider, Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Sosial KEADILAN yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

"Penyertaan Dr Abdul Aziz Bari pula sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha 'Merdeka Rakyat' dari rejim Umno dan Barisan Nasional (BN)," kata Wan Azizah lagi.


Zaid Bidas Jakim, Pertahan Buku Irshad Manji

Posted: 24 May 2012 04:16 PM PDT

PETALING JAYA: Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim pada Khamis menempelak tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharamkan tulisan Irshad Manji dalam buku Allah, Kebebasan dan Cinta.

Menurut Zaid, jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam itu tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan buku Irshad yang dikenali sebagai pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Jakim tak ada kuasa haram buku pun. Ini masalah menteri tak faham tugas. Menteri Jakim tak ada kuasa haram buku. Menteri Dalam Negeri ada kuasa," kata Zaid yang dipetik menerusi akaun twitter miliknya pada Khamis.

Komen Zaid itu dipercayai merujuk kepada tindakan Jakim memutuskan buku Irshad haram kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

Buku tersebut diterbitkan syarikat milik Zaid iaitu ZI Publication yang dikendalikan anaknya, Ezra Zaid.
Jakim mengemukakan perakuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta penjualan buku karya warga Kanada kelahiran Uganda itu diharamkan selepas kajian mendapati ia mengandungi unsur liberalisme dan boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

Mengulas lanjut Zaid turut mempersoalkan keputusan pengharaman yang dibuat Jakim bersandarkan kepada kandungan unsur liberalisme.

"Mengapa Jakim sangat takut dengan idea liberalisme? Mungkin mereka fikir ia seperti komunisme.
"Penulis liberal memberi pandangan yang agak lembut mengenai agama. Berbuat baik...memaafkan, tidak hanya mengenai neraka dan hukuman. Apa yang salah mengenainya?" katanya.

Buku Irshad diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris dan dilancarkan di ibu negara pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melarang Irshad mengadakan sebarang program, forum atau ceramah di negeri itu, termasuk program di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Monash, di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu.

Program dijadualkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dibatalkan.

Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

Konvensyen Belia Negara 1Malaysia Lulus 10 Resolusi Perkasa Diri

Posted: 24 May 2012 04:14 PM PDT

MSTAR ONLINE

PUTRAJAYA: Konvensyen Belia Negara 1Malaysia pada Khamis meluluskan 10 resolusi berkaitan belia yang mengharapkan perhatian dan tindakan kerajaan untuk memperkasa golongan belia dalam negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang menerima resolusidaripada wakil peserta konvensyen itu berkata, 10 resolusi yang diluluskan itumenampakkan dengan jelas kematangan belia masa kini.

Beliau berkata, ini kerana enam daripada resolusi itu memerlukan komitmen di pihak belia sendiri manakala tiga darinya akan dipanjangkan kepada kementerian yang berkaitan dan satu lagi menuntut kerjasama kedua-dua pihak kerajaan dan belia.

Berucap pada majlis penutupan konvensyen itu, Razali berkata resolusi itu dengan jelas menampakkan kematangan belia apabila ia banyak memperkatakan tentang diri belia sendiri, dan bukan hanya menunding jari mencari kesalahan orang lain atau hanya banyak membuat tuntutan sahaja.

Antara beberapa kandungan resolusi itu termasuk:

* Gesaan supaya golongan belia Malaysia diperkuatkan lagi dari aspek jati diri, dan menghormati perlembagaan Persekutuan.

* Menggesa belia berfikiran secara kreatif serta inovatif, meminta supaya kerajaan mengiktiraf golongan belia selaras dengan sumbangan yang dicurahkan.

* Menuntut pertubuhan belia memiliki sifat tak berpihak untuk memperkasakan lagi perjuangan, dan sebagainya.

Konvensyen sehari dengan tema 'Menyalakan Obor Karisma Pemimpin Muda' itu merupakan anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia, dan Majlis Belia India Malaysia yang diadakan sempena acara Himpunan Jutaan Belia yangh berlangsung di sini selama lima hari mulai Rabu. - BERNAMA

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS Bukit Katil mengajak para pemuda menghayati bulan Rejab.

Posted: 24 May 2012 06:00 PM PDT



Kini telah masuk bulan Rejab. Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengajak semua umat Islam terutama para pemuda untu sama-sama menghayati bulan Rejab ini.

Jika dilihat kembali kepada sejarah, banyak peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab iaitu :
1.Hijrah Pertama umat islam ke Habsyah (Ethopia)
2. Isra' dan Mi'raj
3. Perang Tabuk iaitu pertempuran antara umat islam dan tentera rom
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Berkat bulan Rejab ini juga diambil oleh PAS untuk peristiwa penting sebelum PRU 13 iaitu XPRESI HIJAU ANAK MUDA KE PUTRAJAYA di Kedah.


Ayuh sama-sama pemuda PAS untuk menegakkan keadilan dan membebaskan Malaysia daripada kezaliman Umno dan Barisan Nasional.








Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf

Posted: 25 May 2012 04:21 AM PDT


(Pemuda PAS berhimpun membuat bantahan depan NST hari ini)

KUALA LUMPUR: Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir".

Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS.

Berkata kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas.

"Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik.

"Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya.

Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.

Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan.

"Kita akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP.

"Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi.

Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan  lebih ramai lagi."

Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab.

Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut.

Bawa bendera PAS, Jalur Gemilang ke Alor Setar

Posted: 25 May 2012 04:20 AM PDT


KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua ahlinya yang akan ke Himpunan Hijau ke Putrajaya 1 Jun ini agar membawa bendera PAS dan Jalur Gemilang kecil bersama mereka.

Ia bertujuan untuk membolehkan semua peserta perhimpunan ini mengibarkannya sepanjang perhimpunan raksaksa di Alor Setar ini.

"Hanya bendera kecil di benarkan. Jika bendera besar, ia akan menganggu majlis pula," kata Datuk Mahfuz Omar, Pengarah himpunan ini.

Mahfuz juga berkata, bendera PAS dan Jalur Gemilang ini juga akan dijual di perkarangan stadium untuk orang ramai.

"Sebahagian akan kita berikan percuma. Namun ia tidaklah cukup untuk semua orang," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semua pemimpin dan ahli PAS akan berhimpun di Stadium darul Aman, Alor Setar 1 Jun ini.

Perhimpunan akan bermula jam 4.30 petang itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara.

Pada sebelah paginya, pertemuan tertutup antara pimpinan utama PAS akan diadakan.

Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan taklimat kepada mereka.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, pelakon dan penulis lagu Bob Lokman, penyanyi Aishah dan Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyerikan perhimpunan ini.

Pada sebelah malamnya pula akan didakan majlis ceramah perdana dengan disertai oleh hampir semua pimpinan utama PAS.

Ia bakal disertai oleh beberapa ahli baru PAS termasuk Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Samseng: PKR tuntut penjelasan Nong Chik

Posted: 25 May 2012 04:19 AM PDT


PETALING JAYA: PKR hari ini menuntut penjelasan daripada Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai Dato Raja Nong Chik berhubung serangan terhadap ceramah parti itu di Apartmen Pantai Permai malam tadi.

Naib ketuanya Nurul Izzah Anwar berkata, selain Nong Chik, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak serta Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin juga perlu bertanggungjawab atas insiden itu.

"Sekiranya mereka tidak melakukan sedemikian, maka Umno telah melampaui batas.

"Semua tindakan kekerasan ini merupakan tidak lain tidak bukan suatu deklarasi perang terhadap rakyat, yang memberi restu untuk menyerang rakyat dan membunuh demokrasi," katanya pada sidang media di ibu Pejabat PKR di sini tengah hari tadi.

Dalam insiden 11 malam tadi, penyokong Umno yang berada di majlis ceramah mereka di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam didakwa membalik batu dan telur ke kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang terletak berhampiran.

Ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap.

Ekoran insiden itu, seorang warga emas cedera di kepalanya manakala seorang kanak-kanak juga didakwa cedera dan dikhuatiri patah tangan.

Selain itu, tayar kereta milik Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang diletakkan berdekatan tapak ceramah juga didakwa ditoreh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Nurul Izzah lagi, beberapa pegawainya juga turut diugut sebelum dan sewaktu program ceramah tersebut berlangsung.

"Cukup jelas bahawa tindakan samseng Umno yang mana telah mengadakan ceramah di dalam kawasan kuarters Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang hanya berjarak 100 meter dari ceramah PKR adalah suatu tindakan provokasi yang cukup tidak bertanggungjawab.

"PKR mengesa pihak polis untuk menyiasat insiden ini dan juga insiden-insiden seumpamanya dengan sepenuhnya agar mereka yang tidak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Malulah sikit, kita sudah 54 tahun merdeka - Tamrin

Posted: 25 May 2012 04:18 AM PDT

MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".

"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.

Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.

"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.

"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya.

Debat: Adnan kekalkan imej 'penakut' Najib

Posted: 25 May 2012 04:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pandangan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Seri Najib Razak tak perlu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengekalkan imej Najib sebagai seorang penakut.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Riduan Mohd Nor, debat dengan Anwar Ibrahim adalah peluang terbaik bagi Najib untuk bukan sahaja menaikkan sokongan terhadap dirinya malah untuk BN secara keseluruhan.

"Sepatutnya Datuk Tengku Adnan mengesyorkan kepada bosnya supaya menerima pelawaan debat ini kerana inilah peluang perdana menteri untuk meningkatkan graf sokongan dan populariti dirinya dan BN.

"Sejarah akan mencatat DS Najib adalah perdana menteri paling 'gentleman' dan berjiwa besar sehingga sanggup duduk sepentas bersama pemimpin pembangkang demi untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Adnan semalam bahawa Najib tidak perlu berdebat dengan Anwar seperti yang dicadangkan oleh Dr Mazlee Malik ketika menjadi moderator Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kelmarin.

Menurut Adnan, pembangkang apatah lagi Anwar akan sengaja dalam debat itu nanti untuk mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.

Mengulas lanjut Riduan berkata, alasan penolakan debat oleh Adnan itu hanya helah dan menunjukkan bahawa BN tidak matang berpolitik dan takut menghadapi realiti.

Sedangkan katanya, debat antara Rafizi dan Khairy kelmarin membuktikan secara jelas bahawa tiada sebarang kekecohan ataupun 'tercetusnya suatu keadaan untuk mendapatkan mileage politik' seperti diperkatakan Adnan.

Masing-masing kata Riduan telah berjaya membuktikan hujah masing-masing secara akademik dan fakta yang bernas.

"Jika PM mempunyai banyak idea dan gagasan untuk pembangunan rakyat, apa salahnya dia berdebat bagi membuktikan BN lebih baik daripada Pakatan Rakyat.

"Malangnya, Umno melepaskan peluang ini dan memilih menjadi gerombolan yang elit, sombong dan tidak disenangi rakyat," katanya.

Samseng: Umno makin takut hadapi PRU13

Posted: 25 May 2012 04:16 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan samseng termasuk penyokong Umno mengganggu program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini memperlihatkan betapa tukutnya mereka berdepan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata, Umno kini sedar bahawa rakyat kini semakin ramai menyokong Pakatan dan menolak Umno.

(Gambar: Seorang hadirin terkena lontaran batu pada majls malam tadi. Foto Khaulah)


Ekoran itu katanya, tidak mustahil mereka sanggup menggupah samseng untuk mengganggu Pakatan Rakyat dari menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Bila kata demokrasi, hormatilah hak kumpulan lain nak bagi penerangan kepada rakyat.

"Tindakan ini tak hormat rakyat, tak nak rakyat pilih dengan bebas, tapi paksa rakyat pilih dia sahaja," katanya ketika dihubungi Harakahdaily

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serangan balingan batu dan telur terhadap ceramah Pakatan Rakyat di Pantai Dalam malam tadi.
Khalid turut hadir malam tadi dan membaca doa mengakhiri majlis.

Insiden berlaku kira-kira jam 11 malam tadi, ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ekoran insiden itu, seorang warga emas cedera di kepalanya manakala seorang kanak-kanak juga didakwa cedera di tangan dan dikhuatiri patah.

"Mereka sedar rakyat dah tolak, jadi mereka ugut dengan samseng.

"Tindakan ini hanya mengesahkan lagi tanggapan bahawa Umno ini merosakkan negara dan perlu ditukar," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010

Posted: 25 May 2012 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.

Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.

"Dia pendajjal yang membela golongan murtad dan LGBT (Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.

Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.

Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.




(Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)

Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Program yang dibuat pada tahun  2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.

Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.

Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.

Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.

Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu.

Ahli sendiri pun Umno tidak percaya

Posted: 25 May 2012 04:14 AM PDT

Kalau tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.
Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya.

Kalau kali ini Mahathir berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.

Jadi kita berhak untuk memilih nasihat yang mana satu yang kita mahu ikut: nasihat beliau semasa pilihanraya yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini? Jika rakyat tidak mahu mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali piliharaya umum tiba. Tiada 'consistency' dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab.

Ramai yang berjumpa dengan saya meminta saya memberikan komen tentang sikap Mahathir pada hari ini, tetapi saya hanya menjawab saya tidak faham kerana Mahathir hanya berjuang untuk apa yang beliau ingin untuk berlaku dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Melayu dan rakyat yang ramai.

Kalau beliau keluar dari UMNO dahulu kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi kita tidak nampak sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi.

Tetapi hakikatnya ramai yang tahu sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang hebat dan mampu 'berjalan di atas air' dan perlu disembah dan dipuja.

Oleh kerana Abdullah Badawi itu degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, "jangan pilih parti, kita mesti pilih calon".

Tetapi di Alor Setar Isnin lalu, beliau mahukan semua pemimpin dan ahli UMNO melakukan seperti 'aku janji' supaya jangan mensabotaj calon-calon UMNO dan beliau seolah-olah telah mengugut ahli-ahli UMNO dengan tekanan yang kuat ke atas ahli-ahli parti itu yang mereka akan menghadapi tindakan jika melakukan sabotaj terhadap parti.

Apa yang UMNO boleh lakukan jika ahli-ahlinya melakukan sabotaj terhadapnya dalam pilihanraya nanti? Jika UMNO ingin mengambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu ia terpaksa mengambil tindakan terhadap 1.5 juta ahlinya yang telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya itu. Inilah masalahnya jika sesebuah parti itu mengumpulkan keahlian yang berjuta-juta orang.

Seorang pemimpin UMNO selalu berkata kepada saya, "The huge number of memberships in UMNO will sink the party as it has to accept the scum and the useless members in it altogether." Apabila keahlian begitu ramai maka ia mewujudkan banyak cawangan dan di cawangan-cawangan dan peti-peti undi yang banyak inilah bermulanya perpecahan parti. Di peti-peti undi inilah ahli-ahli UMNO keluar parti semasa memilih parti-parti alternatif yang menawarkan pencalonan mereka.

Jika Mahathir meminta ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj parti itu merupakan nasihat yang sudah pasti tidak akan dituruti oleh mereka di peti-peti undi. Keluarga yang besar dan anak yang terlalu ramai selalunya akan menghadapi masalah mentadbir mereka kerana kehendak dan ragam anak-anak itu berbagai-bagai macam.

Kata-kata Mahathir di Kedah itu membayangkan yang UMNO sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Kalau dahulu mereka membesarkan keahlian parti kerana tidak yakin dengan sokongan orang ramai, sekarang UMNO sudah tidak yakin kepada ahli-ahlinya sendiri.

Nampaknya budaya bai'ah dan bersumpah sudah menjadi perkara biasa dalam UMNO kerana parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan di antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka. Jika perasaan curiga terhadap ahli mereka sendiri ini begitu tebal, bagaimanalah orang ramai hendak meningkatkan keyakinan terhadap UMNO yang sudah terlalu uzur dan tempang itu.

Saling tidak mempercayai di antara mereka itulah yang menjadi 'immediate cause' yang akan menjatuhkan parti itu dalam PRU yang akan datang. Saya agak hairan kenapa Mahathir tidak berdaya untuk menyatukan kembali orang Melayu sekarang ini. Lazimnya jika seseorang itu mahir memecahkan Melayu dalam sesuatu masa dia akan mampu menyatukannya kembali.

Kalau dahulu Mahathir boleh memecahkan ahli-ahli UMNO dan pada bila-bila masa sahaja beliau boleh menyatukan mereka kembali, kenapa sekarang beliau tidak lagi boleh melakukannya? Kenapa sekarang beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata ugutan pula?

Pendeknya, UMNO tidak percaya yang ahli-ahlinya akan memberikan sokongan kepada parti itu. Oleh itu kita sekarang sedar bahawa keahlian yang ramai itu diharapkan akan mengundi UMNO kerana parti ini tidak percaya kepada pengundi yang bukan ahli. Tetapi sekarang Melayu telah sedar yang bukan ahli tidak diyakini oleh UMNO, tetapi yang lebih merunsingkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri pun turut tidak dipercayai oleh pimpinan tertinggi mereka.

Mungkin jawapannya ialah Melayu sekarang sudah pandai berfikir dan tidak mahu lagi menjadi burung balam yang kerjanya hanyalah untuk menganggukkan kepala dan bertepuk tangan apabila Mahathir berucap.

Orang Melayu sedar bahawa 'Melayu itu tidak akan hilang di dunia' seperti sorakan pemimpin UMNO, tetapi yang mereka lupa 'Melayu itu akan hilang dunianya' jika UMNO terus menerus dalam keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan perubahan minda dalam barisan kepimpinannya.

Tetapi memang 'conclusive', UMNO tidak akan berubah lagi. Maka UMNO itu akan diubah dari saat ini. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak berkeyakinan tentang sokongan orang Melayu.

Kalau tidak masakan UMNO telah memilih untuk menggunakan 'gangster' untuk mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat di mana-mana. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Pengikut