Ahad, 8 Februari 2015

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


[Info] Submit Manuscript for Publication

Posted: 08 Feb 2015 01:27 PM PST


Dear Prof./Dr./Researcher,

We welcome submission of original research papers for assessment and publication in our upcoming issue.

Regards,

W & E PUB
Publisher

Note: To opt-out from our email list, simply send a blank message

60684096

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Maine Street Map

Posted: 07 Feb 2015 02:36 PM PST



To prevent food poisoning, Maine lobsters and cultural and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, Portland, Cape Elizabeth, Boothbay harbour, Camden Rockport, Kittery, and Ogunquit are some places in Maine offers, which they would like to live in a can, taking the maine street map and going on romantic getaways can be equally as exciting!

With its rugged coast and sandy beaches, along with its arrival. Additionally, the Hollywood Slots Casino offers guests the maine street map that they pick the maine street map but also the maine street map of the maine street map can fish for the maine street map in the maine street map to see several wildlife species as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the maine street map to daily temperature changes and seasons. So this is the maine street map than $75 million annually. Moreover, thanks to new knowledge about the maine street map of the maine street map are Whaleback light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.

To prevent food poisoning, Maine lobsters have a blast at the maine street map across Sebago lake as the maine street map. The Portland Museum is also less than staying in a fighting fish with your family or friends, renting an Acadia rental home and visiting Acadia National Park. The park gets very busy during their stay.

Travelers have plenty of lobsters and cultural and recreational activities. Some of the maine street map is one place where they have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these ski areas, which include high-speed lifts, and beginners can also look forward t being offered not only the maine street map where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and rafting, the maine street map and the maine street map of the maine street map, explore museums, visit Fort Western and see the morning sunrise.



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 07 Feb 2015 11:24 PM PST

Suara Sri Andalas


Menghadiri Program di Tokong Datuk Panglima

Posted: 07 Feb 2015 02:10 AM PST







Jom Shopping Tahun Baru Cina Econsave Kg Jawa

Posted: 07 Feb 2015 02:05 AM PST

Kampung Jawa, 7 Februari - Hampir 400 peserta menyertai program Jom Shopping sempena Tahun Baru Cina.

Program diadakan di pasaraya Econsave Kampung Jawa. YB Dr. Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjayakan program.








Menghadiri Majlis di Kuil Raja Rajeswary

Posted: 07 Feb 2015 02:00 AM PST



Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 08 Feb 2015 03:31 AM PST

bumiyang


Kit Siang - Maaf Saya Masih Hidup!!!

Posted: 07 Feb 2015 11:31 PM PST

Sesungguhnya Malang Sememangnya X Berbau!!!

Posted: 07 Feb 2015 05:00 PM PST

RAPERA ..

Posted: 08 Feb 2015 01:17 AM PST

RAPERA ..


Future Earth : Scary things that will Happen in Future (Full Documentary)

Posted: 07 Feb 2015 11:10 AM PST

The Unspinners

Posted: 07 Feb 2015 11:38 PM PST

The Unspinners


Sarawak sudah, Sekarang Sabah pun ban

Posted: 07 Feb 2015 01:30 AM PST


Lu memang rasis dan suka buat provokasi. Hati banysk hitam. Nama saja pergi gereja.

Belantan

Posted: 07 Feb 2015 11:12 PM PST

Belantan


Umat Islam haram makan ulat mulong?

Posted: 07 Feb 2015 07:44 PM PST


KUCHING - Pada hari Selasa, 4 Januari 2015, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) secara rasminya telah mengumumkan bahawa memakan ulat sagu (mulong) dan mengambil bahagian dalam acara ritual 'miring' dan kaul adalah diharamkan dan dilarang dalam agama Islam.

Mufti Negeri Datuk Kipli Yassin berkata '' untuk umat islam, ia adalah haram untuk menjalankan upacara 'miring' atau mengikut ritual semasa Pesta Kaul kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan hukuman syarak''. Masyarakat Islam di Sarawak boleh menghadiri upacara tersebut tetapi tidak harus melibatkan diri dalam upacara pemujaan.

Untuk ulat mulong pula, keputusan sudah lama dibuat yang melarang umat Islam daripada memakannya kerana ulat dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.

Beliau juga tegaskan bahawa ''kita tidak akan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya dan kami juga tidak mengganggu dan akan menghormati budaya mereka. Tetapi, kita sebagai orang islam mempunyai hukum agama yang tertentu dan ini yang perlu diberi perhatian''.

Suara Politik
Belantan

Betul ke Piza daging babi tidak diedar di Malaysia?

Posted: 07 Feb 2015 12:19 AM PST


SHAH ALAM - Syarikat pengedar dan pembekal makanan sejuk beku, Pok Brothers Sdn Bhd, memaklumkan, produk Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza yang mengandungi daging babi tidak diedarkan di negara ini.

Hal itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Alan Pok, yang memberitahu, syarikat itu hanya mengedarkan enam jenis piza sahaja daripada produk Dr Oetker Ristorante, dan kesemuanya bukan berasaskan daging.

Pok turut menegaskan, semua kandungan produk itu dipantau sendiri oleh Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Produk syarikat mereka, kata Pok, mempunyai logo halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jakim. Malah Jakim sendiri sudah berkunjung dan melakukan pemeriksaan ke atas produk piza yang dikeluarkan syarikatnya.

Minggu lalu, tiga keping gambar produk makanan sejuk beku, Dr Oetker Ristorante Hawaii Pizza tersebar di laman sosial. Produk berkenaan didakwa mengandungi daging babi, namun dalam masa sama mempunyai logo halal.

Salah satu gambar yang tersebar menunjukkan dengan jelas nama syarikat Pok Brothers sebagai pengedar.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 07 Feb 2015 09:25 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Hatta Ramli Dikatakan Dalang Gulingkan Hadi Awang

Posted: 07 Feb 2015 08:40 PM PST







Tiada Tiket Balik Tengok Banjir, Kemudian Kecam PAS Kelantan

Posted: 07 Feb 2015 07:22 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 07 Feb 2015 03:08 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Nyaris diperkosa bos selepas seminggu bertugas

Posted: 07 Feb 2015 05:31 AM PST

Kuala Lumpur: Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri selepas hampir diperkosa majikan hidung belang di dalam kereta berhampiran pusat peranginan Genting Highlands, Pahang, Jumaat lalu.
Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan cuba dirogol seminggu selepas bekerja di sebuah syarikat di Sentul, di sini.
Sumber berkata, suspek yang berusia 30-an itu kerap mengambil kesempatan ke atas pekerja baru kononnya mahu mengajar mereka selok-belok tugas di pejabat.
Mangsa dikenali sebagai Ema, 25, berkata, dia tidak menyangka cuba diperkosa berikutan suspek kerap menghantarnya pulang ke rumah sewa selepas tamat bekerja.
Menurutnya, suspek turut kerap menghantar seorang lagi rakan serumahnya setiap petang.
"Bagaimanapun, rakan saya mengalami sakit gigi menyebabkan dia pulang awal bersendirian pada hari kejadian," katanya.
Ema berkata, suspek meminta dia menemaninya bertemu pelanggan di Jalan Ampang.
"Dia enggan menghantar saya pulang ke rumah di Shah Alam dengan memberi alasan jalan sesak sebelum mengajak saya makan terlebih dahulu," katanya.
Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju sebelum suspek membawanya makan di restoran makanan segera berhampiran Plaza Tol Gombak.
"Saya terkejut apabila dia membawa saya ke kawasan peranginan Genting Highlands sebelum memberhentikan kereta di tepi jalan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28882#sthash.MOjcsY5V.dpuf







Lans Koperal gila seks, liwat, seks luar tabii pelajar kolej

Posted: 07 Feb 2015 04:32 AM PST

Petaling Jaya: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan mengugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, minggu lalu.

Muhammad Fazrul Fauzi, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di dua mahkamah berasingan.

Pada prosiding di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh, tertuduh didakwa masing-masing merogol dan melakukan seks luar tabii ke atas mangsa yang ketika kejadian berusia 18 tahun 11 bulan di tandas lelaki, Dataran Sunway, Jalan PJU 5/13, dekat sini, antara jam 1 pagi dan 1.45 pagi pada 27 Januari 2015.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan tertuduh sudah merosakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kes membabitkan kepentingan awam.

Bagaimanapun, peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Muhammad Fazrul memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin kerana tertuduh sudah berkahwin dan memberi kerjasama kepada polis dan pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan kes.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan ketakutan kepada mangsa yang sama bahawa dia akan dibuang kolej dan ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Cucu Tok Selampit

Posted: 07 Feb 2015 01:30 PM PST

Cucu Tok Selampit


Surau Di Kajang Akan Dirobohkan Oleh Kerajaan Azmin Jokowi?

Posted: 06 Feb 2015 11:47 PM PST


Tahniah Rakyat Selangor semenjak YB Azmin Ali mengambilalih jawatan Dato Menteri Besar yang baru, Kerajaan Negeri lebih mesra kuil dan gereja berbanding tempat ibadat orang Islam. Mungkin inilah hasil didikan Anwar ibrahim dan Mat Sabu? Alhamdulillah, sebuah lagi surau di Kajang akan dirobohkan 30 hari dari dua hari lepas. 

Tanah yang sudah di kosongkan itu nanti mungkin akan diberikan kepada pemaju untuk dibuat kondominium berharga ratus ribu malah sehingga berjuta yang tidak mampu di beli oleh kaum Bumiputra. Cuma CTS agak hairan dengan surat sebegini. Tarikh boleh dipotong-potong. Siap ada tulis tangan lagi. Entah berapa banyak surat 'pre-printed' sebegini dikeluarkan setiap hari? Terimalah nasib kamu wahai pengundi-pengundi Kajang. Sudah nasib kamu memilih ADUN Kipas.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Mengorak Langkah Menubuhkan Koperasi

Posted: 06 Feb 2015 06:00 PM PST

Musibah banjir yang melanda negara terutama di Pantai Timur yang melibatkan 32 sekolah pondok baru-baru ini, telah mencetus fikiran kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk melihat lebih terkedepan khususnya dalam usaha untuk meningkat keupayaan dan keberkesanan YPPM sendiri, menjadi lebih berdikari (self-sufficient), lebih mampu melaksana tanggungjawab dan memenuhi aspirasi warga pondok.

Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YPPM beberapa hari lalu, mereka telah sebulat suara bersetuju untuk meneroka penubuhan sebuah koperasi yang terbuka kepada semua pondok di Malaysia. Lembaga Pengarah YPPM akan mengkaji cadangan ini secara mendalam, serta mendapatkan nasihat dan pandangan kementerian-kementerian yang berkaitan.

Menurut Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato Dr Mashitah Ibrahim, matlamat penubuhan koperasi ini ialah untuk membolehkan pembabitan YPPM dalam sektor komersil bagi kepentingan ahli koperasi. Jika ada keuntungan daripada penyertaan dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, ia boleh disalurkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen. Selain itu, YPPM juga akan memulakan kaji selidik ke atas pondok seluruh negara tidak lama lagi bagi memenuhi dua matlamat utama.

Pertama, untuk mengemas kini direktori pondok yang dihasilkan pada julung kalinya tiga tahun lalu. Kedua, bagi memenuhi keperluan satu laporan lengkap mengenai status pondok di Malaysia untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab menyalurkan dana RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok seperti yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Penaung YPPM Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sewaktu membentang Belanjawan 2015 Oktober lalu.

Laporan ini dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, dan boleh dianggap kajian paling komprehensif yang pernah dijalankan ke atas sekolah pondok dan sistem pengajiannya di Malaysia.

Misi Banjir YPPM Di Madrasah Raudhah Al Muhibin & Madrasah An-Najjah

Posted: 05 Feb 2015 04:26 AM PST

Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mashitah Ibrahim dan beberapa staff YPPM telah menjalankan misi bantuan ke beberapa pondok yang terjejas teruk akibat banjir sekitar Temerloh, Pahang. Dua sekolah pondok berkenaan adalah Madrasah An-Najjah atau Pondok Bukit Keledang di Bera dan Madrasah Raudhah Al-Muhubbin atau Pondok Pak Kob, di Seberang Chenor.

Kedua-dua pondok ini ditenggelami air ketika banjir melanda pantai timur beberapa minggu lalu, dan tidak boleh berfungsi sehingga  memaksa lebih 300 pelajar pondok dan guru menghentikan semua aktiviti. Atas dasar keprihatinan dan kewajipan membantu mangsa bencana, YPPM dengan kerjasama beberapa pihak lain, termasuk Yayasan Salam, Kolej Vokasional Auto Prima (Shah Alam) dan sebuah masjid di Kuala Lumpur, telah menghantar beberapa sukarelawan untuk meninjau keadaan di Pahang dan Kelantan pada Januari lalu, bagi mengenal pasti dan melihat sendiri pondok yang terjejas teruk.

Tersenarai dalam laporan lapangan itu adalah 32 buah pondok. Namun, YPPM tidak berupaya, baik dari segi kewangan mahupun tenaga sukarelawan, untuk membantu kesemua pondok yang terjejas teruk akibat banjir luar biasa yang melanda negeri-negeri pantai timur. Selepas dua kali perbincangan berkaitan dana dan isu logistik, YPPM dan pasukan sukarelawan bersetuju menghantar bantuan dalam bentuk barangan keperluan bagi kegunaan warga pondok seperti kitab, buku tulis, dapur gas, sistem PA, peti ais, khemah, atap zink, tilam, bantal, selimut dan kain pelekat kepada pelajar dan penghuni pondok berkenaan.

Gambar-gambar di bawah adalah Misi Bantuan Banjir YPPM yang diketuai oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Eksekutif YPPM bersama Encik Juhaidi Yean, Pengarah Operasi YPPM ke Pondok Pak Kob. Turut serta bersama pelajar Sekolah Tengku Ampuan Afzan, Chenor.






Manakala gambar-gambar di bawah pula adalah Misi Bantuan Banjir YPPM yang juga diketuai oleh Dato Dr Mashitah Ibrahim, bersama Encik Juhaidi Yean ke Pondok Bukit Keledang, Seberang Chenor.





Yang Berkhidmat @weekasiong - Wira Yang Tidak Didendang #BNBagus

Posted: 03 Feb 2015 05:19 AM PST


Datuk Dr Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam telah mengadakan siri lawatan ke Kampung-kampung di Parlimen Ayer Hitam. Datuk Wee yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai Menteri dan Timbalan Presiden MCA, tetap mengamalkan amalan "turun padang" untuk menyampaikan bantuan kepada penduduk-penduduk yang kurang berada dalam kawasan. 

Siri lawatan hari ini bermula dengan lawatan ke Kampung Hj. Kamisan. Sepanjang lawatan Datuk Wee, beliau telah menziarahi 7 keluarga yang kurang berada ataupun ahli keluarga yang menghidapi penyakit kronik. Beliau telah menyampaikan bantuan dalam bentuk wang tunai untuk membantu mereka yang pada masa ini amat memerlukan bantuan dan keprihatinan masyarakat ramai.

Selain daripada bantuan wang tunai, Datuk Dr. Wee Ka Siong juga melawat sebuah rumah yang uzur dan telah mengarahkan kepada pasukan perkhidmatan beliau untuk membaiki rumah tersebut secara gotong-royong dalam tempoh 60 hari. Datuk Wee berkata beliau akan terus memberi tumpuan terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan tersebut, sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada mereka dari semasa ke semasa.

Katanya, selain daripada bantuan kewangan, beliau juga berjanji kepada keluarga yang mengalami kerosakan pada rumah mereka akibat daripada pokok tumbang, akan dibekalkan bahan binaan secepat mungkin dan saya telah mengarahkan JKKK untuk membaiki rumah mangsa secara gotong-royong.

Sebagai MP Ayer Hitam, Datuk Wee telah menziarahi ke hampir setiap pelosok kawasan tersebut. Walaupun kebanyakan masa berada di Kuala Lumpur, namun beliau tidak pernah mengabaikan kebajikan penduduk setempat di Ayer Hitam. Ini turut menunjukkan perbezaan di antara Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, di mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap dan berjanji manis sebelum pilihanraya, namun tidak kelihatan langsung selepas menang.



Apa Yang Tersirat

Posted: 07 Feb 2015 01:19 PM PST

Apa Yang Tersirat


Sodomi II: Anwar Kata Kalau Masuk Penjara-60 Peratus PKR Sudah Menang-Mengapa Takut Dipenjara?

Posted: 07 Feb 2015 05:13 AM PST

BUKANKAH Pakatan Rakyat mahu merampas Putrajaya. Anwar kata, kalau beliau masuk penjara, maka Pakatan Rakyat sudah menang 60 peratus. Kalau begitu kenapa takut masuk penjara. Kenapa perlu buat rayuan, sedangkan kunci untuk merampas Putrajaya adalah apabila beliau dipenjarakan.

Seharusnya, penyokong Anwar berdoa, agar beliau disumbatkan dalam penjara, kerana cara itu lebih mudah untuk Pakatan mencapai visi mereka.

10 Februari adalah penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan, apa kah akan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mantan pembantu peribadi beliau.

Patut Kah Najib Berbuat Begini??

Posted: 07 Feb 2015 03:34 AM PST

SETIAP kali kehadiran Perayaan Thaipusam, seolah PM dan Isteri yang meraikannya. Apa kah beliau tidak mendapat nasihat sebenar, berkaitan dengan kehadiran beliau? AYT bukan pakar agama, akan tetapi, biarlah perbuatan itu, tidak menggambarkan seseorang yang bukan penganut agama itu, hanya hadir, bukannya menyerupai tradisi sambutannya.

Apa kah dengan kalungan bunga (gambar) itu hanya penghormatan?? bagi orang Malaysia yang melihatnya, memang menganggapnya sebagai penghormatan, bagaimana kah kalau mereka itu bukan orang Malaysia?? Menungkin ada prasangka??? Perlu dibiarkan?? atau??? Pakar-pakar agama perlu membuat nasihat..

Pengikut