Selasa, 1 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 01 Mar 2011 11:10 PM PST

Idris Ahmad


Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN

Posted: 28 Feb 2011 11:38 PM PST

Perbezaan Kerjasama Pas Dengan PR Dan Kerjasama Umno Dengan BN

Idris Haji Ahmad

1/3/2011

 

Isu Yang Timbul

Pas dituduh bekerjasama dengan Dap, yang merupakan parti China.

Persoalannya apakah  Mca dan Gerakan bukan parti China?

Pas sudah menggadaikan dasar Islam sejak bersama dengan PR.

Benarkah tuduhan itu?

Benarkah Pas rugi?

Hujah Pas

Pas ingin menegaskan bahawa kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat ialah Tahalluf Siasi untuk menentang perkara yang zalim dan memperjuangkan maslahat umum tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Pas berdalilkan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari qabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wail, lalu dia meminta pertolongan. Tidak ada siapa yang sanggup menolongnya , lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad'an untuk menentang kezaliman tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah saw telah bersabda,

"Daripada Talhah bin Abdullah bin Auf, bahawa Rasulullah saw bersabda"sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutinya"

 

 

 

 

Perbezaan Kerjasama Pas dan Umno

1.Perlu ditegaskan kerjasama Pas dengan bukan Islam ialah "Tahaluf Siasi" tanpa menggadaikan prinsip perjuangan yang dibawa oleh Pas.

Sedangkan kerjasama umno dalam Barisan Nasional dalam dalam bentuk "wala', yang menggadaikan prinsip Islam.

2.Pas  sebagai sebuah parti yang berdasarkan Islam, rujukannya pula ialah al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias. Pas sekali-kali tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjerumuskan diri ke dalam neraka, semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Perjuangan yang menuntut mardhatillah tidak akan menggadaikan prinsip Islam. Jika dunia dan kuasa menjadi perhitungan, lebih baik  Pas bekerjasama dengan Bn untuk sama-sama menaja program munkar yang terbaru seperti pusat hiburan malam yang bakal meruntuhkan tamadun negara ini.

3.Pas tidak menggadaikan prinsip Islam dan memusnahkan Islam di negara ini. Tidak ada sebuah masjid dan surau yang ditutup dan diroboh ketika Pas bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya umno yang bekerjasama dengan Mca,Mic,Gerakan dalam  Bn, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya ialah merobohkan Masjid Bujal Kemaman, Surau Kampung Berembang Ampang Jaya, menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, menutup surau di Puchong Perdana.

4. Tahaluf Siasi membolehkan Pas melaksanakan dakwah dengan lebih cergas. Masjid dan surau meriah dengan majlis ilmu.

Umno yang bekerjasama dengan bukan Islam memerintah, telah mematikan majlis ilmu, meletakkan ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya sebagai orang yang mengendalikan masjid, akhirnya masjid dan surau telah mati sebelum manusia mati.

5.Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat menentang undang-undang zalim seperti ISA, AUKU, OSA, Akta mesin cetak dan beberapa peraturan yang zalim. Sedangkan umno dengan rakan-rakan bukan Islam menyokong akta ISA  walaupun bertentangan dengan Islam.

Pas tidak boleh bersatu dengan parti yang mengekalkan dasar zalim walaupun satu bangsa. Bukan Pas tidak sayang kepada bangsa, tetapi Pas tidak boleh bersama dengan bangsa yang khianat bangsa.

6.Kerjasama Pas dengan bukan Islam berusaha untuk memelihara harta negara supaya tidak musnah.

Kerjasama umno dalam BN telah mengkhianat  khazanah negara, sehingga dikatakan oleh Datuk Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, negara  akan muflis pada tahun 2019 (8 tahun lagi).

7.Kerjasama Pas dengan PR telah menjinakkan orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat

Umno bekerjasama dengan BN telah meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Contohnya Presiden Mca Datuk Dr Chua Soi Lek yang mempertikaikan hukum salam lelaki dengan perempuan ketika pilihanraya kecil Tenang. Menariknya yang menjelaskan kekeliruan ini ialah rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat. 53 tahun umno dengan Mca, tetapi gagal menjinakkan Islam walaupun dalam perkara asas.  

8.Kerjasama Pas dengan PR bersatu menentang kezaliman yang dilakukan ke atas Kelantan dalam isu royalti minyak.

Kerjasama umno dengan Mca, Gerakan sanggup menindas sesama bangsa. Bertindak menyalurkan minyak ke Songkla walaupun JDA (Pendaratan minyak dan gas) sejauh 270 km, sedangkan ke Kelantan hanya 150 km, daripada Songkla ke Kedah pula 180 km. Bukankah ini kerjasama yang menindas sesama bangsa?

9.Kerjasama Pas dan PR mengukuhkan lagi kerusi parlimen orang Melayu/Islam, sedangkan kerjasama umno dan BN mengurangkan kerusi Melayu Islam di parlimen.

Umno menakutkan rakyat, dakwaan kerusi parlimen orang Melayu akan terhakis jika calon umno BN  tumbang kepada Pakatan Rakyat. Walaupun hakikatnya kerusi Melayu bertambah di Parlimen apabila Pakatan Rakyat memerintah. Contohnya di Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan S.Vigneswaran a/l Msanase (MIC), Tan Sri Khalid Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen dengan  menumpaskan calon BN Datuk Tan Chai Ho (MCA) yang telah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal sebelum ini.  Datuk Kamarul Baharin PKR menewaskan  Datuk S. Sothianathan Naib Presiden MIC, begitu juga  Allahyarham Dr Zainal Abdin Ahmad menewaskan Datuk Palanivan Timbalan Presiden MIC di Hulu Selangor. Apa yang pelik pemimpin umno meratib, bila calon Bn kalah, kuasa melayu hilang, dan inilah juga dibincang dalam kursus Biro Tata Negara. Inilah antara strategi untuk menakutkan pengundi melayu. Pelik bin ajaib apabila kerusi yang tradisi ditanding oleh umno diberikan kepada bukan Melayu, walau pun majoriti hampir 70 %, contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Tan Lian Hoe menang menewaskan Dr Lolo' Haji Ghazali Pas, begitu juga kawasan parlimen Gerik 2008 ditandingi oleh Datuk Tan Lian Hoe menewaskan Saudara Haji Mohd Nor Abd Rahman Pas. Apakah hendak salahkan DAP yang menyebabkan kerusi parlimen semakin berkurangan.

Sedangkan sebanyak 17 kerusi parlimen majoriti melayu Islam diberi kepada bukan melayu Islam hasil perkongsian umno BN, antaranya Alor Setar, Padang Serai,Grik,Lumut,Tanjung Malim, Cameron Highland, Raub, Hulu Selangor,Wangsa Maju, Alor Gajah, Air Hitam, Simpang Renggam, Teberau, Putatan,Beluran, Batu Sapi dan Tawau

Semoga dengan penulisan ini menjawab keraguan yang telah ditipu oleh umno.

Apakah Pas dan PR yang khianat atau Umno Bn yang khianat?

Kalau jawab pun biarlah dengan ilmiah, bukan emosi.


Filed under: Agama, Pilihanraya, Politik

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 01 Mar 2011 09:38 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Saman ekor: Perlukah membayarnya sekarang?

Posted: 01 Mar 2011 10:34 AM PST

Saman ekor: Ketahui hak anda
Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Sumber: Sini

Aura Bob Lokman di Kerdau berikan tekanan kepada UMNO dan BN

Posted: 01 Mar 2011 06:59 AM PST



Setelah berkempen membantu calun Pas di Merlimau, kini kelibat artis bernama Bob Lokman kelihatan dikerumuni warga Kerdau. Bob membantu calun Pas di Kerdau pula dengan berjumpa para pengundi dan berceramah kepada yang hadir.

Kemana jua pun Bob pergi, pasti disambut mesra orang ramai. Sehinggakan Cina Dap juga telah mula mengenali selebriti terbaru yang bersama Pas ini

Habis hati warga Kerdau dapat bergambar bersama Bob Lokman. Nak bergambar dengan YB Umno? Jenuh kena ikut 'protokol'. Banyak 'orang kanan' dan 'orang kiri' yang perlu diminta izin dan perkenan.

Bob Lokman menyampaikan ucapan bersahajanya dihadapan warga Kerdau yang berkumpul
"Pas adalah sebuah parti yang membawa wadah Islam...", kata Bob dihadapan khalayak ramai.

Aje bebeno

Bob Lokman sedang ditemuramah wartawan

Banner yang menyesakkan nafas MIC dan sekutunya

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi-krew Cina Islam@Kerdau

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 01 Mar 2011 09:30 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS ; HAPUSKAN SAMAN EKOR

Posted: 01 Mar 2011 07:33 PM PST


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
1 Mac 2011
Hapuskan saman ekor sekiranya Pakatan Ke Putrajaya"
Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011


PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 01 Mar 2011 09:27 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


PECAH AMANAH, DIBERI KEPERCAYAAN : ITULAH UMNO

Posted: 01 Mar 2011 09:25 PM PST

Perjuangan perlukan pengorbanan : Bob Lokman

Posted: 01 Mar 2011 07:06 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 01 Mar 2011 09:18 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


SIRI KE-2 EDARAN AGIHAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR - 27 FEB 2011

Posted: 28 Feb 2011 09:29 PM PST

SRI GADING, 27 Feb:  Program edaran agihan sumbangan mangsa banjir siri ke-2 anjuran Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading telah berjaya diadakan bermula selepas kuliah du'ha di mana beberapa orang AJK Dewan Harian Pemuda PAS Kawasan Sri Gading serta dipimpin oleh Ust Hashim Jusoh selaku YDP PAS Kawasan Sri Gading dan AJK PAS Kawasan. Seperti yang telah dirancang, kesemua barang-barang yang telah dikumpulkan akan diagihkan mengikut cawangan-cawangan yang telah disenaraikan. Antara cawangan yang telah dikenalpasti iaitu cawangan Tongkang Pechah. Menurut Pengarah Program selaku Pengarah Jabatan Amal DPPKSG, Sdr Nor Azrin Hj Sakib, program ini adalah lanjutan daripada siri 1 agihan sumbangan yang telah diadakan pada 15 Februari yang lalu di mana sebanyak 21 penerima bungkusan agihan telah disampaikan. Pada program tersebut, ia telah dipimpin oleh Sdr Alias bin Sabu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading.

Pada siri ke-2 ini, program pengagihan telah disenaraikan seramai 19 orang penerima iaitu di cawangan Tongkang Pechah. Proses pengagihan telah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut jadual pengagihan. Program telah tamat pengagihan sejurus selepas solat Zuhur. Justeru itu, pihak AJK Dewan Harian DPPKSG amat berterima kasih kepada pihak AJK PAS Kawasan dan juga pihak AJK Pemuda PAS Cawangan Tongkang Pechah kerana telah bekerjasama dalam menguruskan program ini. 
 



 

misbahul munir

Posted: 01 Mar 2011 09:12 PM PST

misbahul munir


Himpunan Bersih 2 jika Umno/BN gagal lakukan transformasi Pilihan Raya

Posted: 01 Mar 2011 04:09 PM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 01 Mar 2011 07:22 PM PST

PAS Kawasan Miri


Bantahan Antarabangsa - Hentikan Rasuah Pemimpin BN Di Sarawak!!!

Posted: 01 Mar 2011 03:47 AM PST

Hentikan Rasuah Pembalakan! Minggu Tindakan Awam Antarabangsa
Tuesday, March 1st, 2011 GMT ;This post is also available in: English,(From Sarawak Report)
Kota London telah menjadi pentas rapat umum secara aman peringkat antarabangsa untuk menunjukkan bantahan terhadap Taib Mahmud, dan juga bersempena sambutan ulangtahun ke-30 beliau telah menjadi menteri. Mereka mengadakan rapat umum berkenaan di luar ibupejabat harta mewah milik syarikat Taib di Central London, iaitu Ridgeford Porperties. Ramai para penunjuk perasan yang terdiri dari pelbagai kaum dan kewarganegaraan seperti Malaysia, orang-orang Sarawak dan juga warga Britain hadir untuk menyampai mesej mereka. "30 tahun itu sudah cukup lama"! Mesej-mesej pada sepanduk-sepanduk dan kain-kain rentang telah digunakan dan begitu juga maskot seekot monyet menari-nari di kalangan para penunjuk perasaan, sebagai mengingatkan pihak media yang hadir bahawa sokongan diperlukan oleh kaum-kaum asli di Sarawak dan juga haiwan-haiwan di hutan Sarawak yang telah terjejas akibat kerakusan Taib!
.
Tunjuk perasaan secara aman itu telah dirancang bagi memperingati 30 tahun Taib menjadi menteri, yang jatuh pada tarikh 26hb Mac. Ketua Menteri yang sudah lanjut usia itu telah menjelaskan bahawa dia tetap akan bertanding pada pilihanraya-pilihanraya yang akan datang – beliau telah mengahwini isteri mudanya sebagai membuktikan kepada para rakyat bahawa dia mampu untuk meneruskan perjuangannya dalam politik. Walau bagaimanapun, dunia kini menyaksikan beberapa pemimpin dunia yang kecundang seorang demi seorang dalam protes-protes terkemuka di rantau Timur Tengah, maka adalah wajar dan adil dikatakan di sini bahawa masa kini tidak lagi sesuai untuk beliau yang sudah berusia mencecah 75 tahun itu terus berjuang.

Cogankata-cogankata
Mesej-mesej yang tertulis pada kain-kain rentang dan sepanduk-sepanduk ditunjukkan sebagai mewakili pandangan dan pendapat para penunjuk perasaan di London, tetapi tetap tidak dapat dilakukan di bumi Sarawak, salah satu daripadanya berbunyi: "Bekukan Aset-aset Taib Sekarang", yang menggambarkan apa yang telah terjadi kepada bekas pemimpin Mesir Hosni Mubarak dan Ben Ali dari Tunisia. "Hormatilah Hak-Hak Peribumi", "Selamatkan Hutan Borneo", "Selamatkan Hutan-hujan Sarawak", "Hentikan Pembalakan Haram atas Tanah Orang-orang Asli", "Jutaan Milik Taib Mewujudkan Empayar Hartanya" dan "Hentikan Rasuah Pembalakan" merupakan sebahagian dari mesej-mesej yang dihantar kepada Taib di Sarawak pada hari ini.

PAS LENGGONG

Posted: 01 Mar 2011 07:14 PM PST

PAS LENGGONG


Berita bergambar

Posted: 28 Feb 2011 10:19 PM PST

Di Turki
Di Perak

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Mar 2011 03:43 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Walau Dimana Penempatan,Jihad Tetap Jihad

Posted: 01 Mar 2011 01:29 PM PST




Walaupun diberi penempatan yang 'paling mewah',pemuda w.maju tetap semangat berjuang..itulah beza umno dan pas....

Umno oh Umno: tak da modal lain ke?

Posted: 01 Mar 2011 10:25 AM PST

Fitnah terbaru di PRK DUN #Merlimau




Sebuah banner palsu tertera lambang PAS dengan tulisan "PAS Melaka menyokong penuh fahaman plurisme agama Dato' Seri Anwar Ibrahim" dilihat diletakkan di Politeknik Merlimau dan Merlimau Pasir oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan nama PAS sebagai salah satu taktik meraih undi gaya "hit and run".


Laporan di facebook Sinar Harian menjelaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya Pas Pusat, Idris Ahmad menafikan bahawa PAS sengaja meletakkan banner itu untuk meraih undi. Sebaliknya jelas sekali banner ini adalah fitnah yang hanya akan memburukkan nama PAS [Facebook].

Di bawah ini pula satu lagi banner fitnah yang sengaja diletakkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab untuk memburukkan PAS yang bertulis "UNDI PAS MASUK SYURGA".



Namun begitu Pemuda UMNO Malaysia sengaja mencetuskan provokasi meskipun sudah mengetahui berita yang sebenar, Halaman Facebook Pemuda UMNO Malaysia memaparkan semula gambar di atas kemudian mempersoalkan semula dengan menulis "PAS MELAKA MENYOKONG PENUH FAHAMAN PLURALISME?" rujuk sini [FB Pemuda UMNO M'sia]

Sudah tahu ini adalah perbuatan fitnah, namun Pemuda UMNO Malaysia terus menyebarkannya untuk mengelirukan dan membebalkan para peminat di halaman facebooknya


*Teringat cerita seorang kawan tentang kata-kata seorang penyokong tegar UMNO "Aku rela masuk neraka daripada menyokong PAS!"

PEncapaian Dimimpikan??

Posted: 01 Mar 2011 10:01 AM PST



Mereka Punyai Pencapaian Merosot




Mana perginya slogan mengencing rakyat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" seperti yang diwar-warkan oleh BN ketika slogan tersebut dilancarkan. Sekarang BN tahu bahawa pencapaian mereka semakin merosot semenjak kehadiran pilihan raya yang bertubi-tubi akibat kematian ADUN kawasan masing-masing.

Cuma ADUN yang belum mati adalah ADUN dari negeri Perlis. Rakyat di Perlis tertunggu-tunggu siapakah ADUN mereka yang akan mati selepas ini kerana projek pembangunan belum dilaksanakan di negeri pengeluar gula terbesar itu.

Kematian ADUN sangat penting memandangkan kehadiran projek mee segera akan datang berduyung-duyung selepas wakil rakyat mati. Ini menandakan sambutan kematian wakil rakyat lebih didahulukan oleh BN seperti yang berlaku di Merlimau.

Slogan barunya juga membuktikan bahawa BN tidak yakin untuk membawa perubahan kerana sistem perlembagaan negara telah dirogol oleh UMNO/BN. Apakah pencapaian yang diperolehi semenjak ditadbir oleh Najib Razak?

Selepas ini, untuk merencanakan hasrat BN maka kita harus berdoa untuk kematian wakil rakyat supaya tema "Rakyat Didahulukan" dapat diterjemahkan dalam mencapai cita-cita yang diimpikan oleh BN. Sebab itulah di Tenang dan Merlimau mahupun Kerdau, "Pencapaian Diutamakan" tidak lagi wujud dan yang tinggal "Rakyat Didahulukan"

KERDAu MERLIMAU

Posted: 01 Mar 2011 09:50 AM PST


KERDAu MERLIMAU KERDAU MERLIMAU jom tolak UMNO ,

HINA NABI... BLOGGER UMNO BA ALIF BA YA

Posted: 01 Mar 2011 05:54 AM PST

..memang doh tahap kurang ajar puak-puak blogger UMNgOk Ba Alif Ba Ya nie... hina boleh hina... tapi tak semua benda boleh dihina... sehingga org yang brtongkat pun dihina...

memang  Ba Alif Ba Ya ... dulu hina kopiah TGNA kate same ngan roti tisu... padahal... kopiah yang mulia Nabi Muhammad pun rupa macam tue... kali nie hina org bertongkat pulak... sedangkan Nabi Muhammad sendiri bertongkat...
Nasihat gua pada blogger UMNgOk Ba Alif Ba Ya... kalu jahil jangan tulis... takut nanti dudok sebilik ngan Abu Jahal nanti...

Lensa DPPWM:PRK Kerdau

Posted: 01 Mar 2011 05:33 AM PST








KAPAL TERBANG PUN ISI MINYAK KAT STESEN PETRONAS

Posted: 01 Mar 2011 03:09 AM PST

kan aku dah cakap... minayk kita kualiti tinggi... smpai kapal terbang pun berenti isi...

MUKA DOK MALU... UMNO CIPLAK BUKU JINGGA..

Posted: 01 Mar 2011 02:39 AM PST

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mendakwa pengumuman terbaru pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran "CESS" untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.


Tawaran Baru untuk guru yang diumumkan semalam oleh Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno dan Menteri Pelajaran di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Menerusi Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru menjelang 100 hari pertama pentadbiran kerajaan persekutuan perikatan itu dalam usaha menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.
"Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan," kata Nik Nazmi.
Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula dan telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004.
Bayaran sebanyak RM5,000 dibuat pada pilihan raya umum 2008 tetapi Felda masih berhutang RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga," katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 01 Mar 2011 03:42 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Isu Longkang Tersumbat di Permas 2/5

Posted: 01 Mar 2011 08:14 AM PST

Sdr. Syed Othman telah dipanggil oleh wakil penduduk Jalan Permas 2/5 bagi membantu penduduk menyelesaikan masalah perparitan dan kebersihan.


Anda boleh lihat sendiri betapa tidak seriusnya pihak majlis dalam isu kebersihan.



Dengan lebih dekat lagi. Baunya masyaAllah. Ada sebahagian penduduk terpaksa tutup pintu belakang rumah bila memasak. Nak makan pun tak selera bila angin tiup.



Bersama wakil penduduk, Hj. Atan yang meminta pihak majlis selesaikan masalah perparitan di Jalan Permas 2/5.



Kontraktor tak buat kerja. Majlis pun tak pantau.



J.J pun tak puas hati kerana Jalan Permas 2/3 dan 2/4 sahaja yang dibersihkan selepas masuk TV3 dulu.



Lagi semak.



Semak kepala.



Sabar Hj. Atan...


En. Vasu gigih dan prihatin masalah masyarakat setempat. Syabas!


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Mar 2011 03:32 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SEBAB FULUS SEMUANYA LULUS BULAN FEBRUARI ?

Posted: 01 Mar 2011 06:30 AM PST

Kemasukan 45,000 pekerja asing dilulus. Kebanyakan dari India. Apa makna semua ini? Secara kebetulan ada 2 PRK Kerdau & Merlimau. Kebetulan Najib nak adakan Pilihan Raya Sabah & Sarawak dan secara kebetulan Pilihan Raya UMUM bila-bila masa sahaja.
Tiba-tiba semasa di DUN Tenang ada pemberian kerakyatan dan kini di manamana ada beribu orang India belum ada kad pengenalan akan diberi pengenalan. Kenapa diluluskan sejumlah ini ? Adakah ini adalah rentetan strategi dari Halil Yaakub pakar projek IC di Sabah sudah dibuat transformasi ke semenanjung?
Kalau benar maka rugilahlah dan memang ketidakadilan akan wujud terhadap rakyat Malaysia yang tulin kewarganegaraannya.
Baru--baru ini beberapa jumlah wang diperuntukkan kepada masyarakat Siam. Ada yang mengandaikan ini adalah strategi Najib agar Kelantan dapat ditawan.
Sejumlah wang peruntukan lulus untuk Majlis Peguam dan sejumlah wang diberikan kepada golongan guru.

TAK JADI DOKTOR PUN RAMAI BOLEH BUAT ANDAIAN BEGINI

Posted: 01 Mar 2011 05:21 AM PST

Dr Khairul: Teoh ubah fikiran bunuh diri

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu mangsa berkemungkinan mahu membunuh diri, namun menukar fikiran dan cuba menyelamatkan diri pada saat akhir dia dipercayai terjatuh dari tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam.

Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Dr Khairul Azman Ibrahim (kanan) berkata pandangan itu dibuat berdasarkan kajian ke atas mayat Teoh yang menunjukkan tidak ada sebarang kesan pergelutan.

Katanya, berdasarkan gelembung gas pada bahagian dada, mangsa dipercayai masih bernafas beberapa minit selepas jatuh.

Beliau turut ditanya Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh adakah seseorang yang ingin membunuh diri akan menahan dirinya daripada jatuh.

"Berdasarkan ujian yang dibuat dan keadaan mayat yang seolah-olah cuba mempertahankan dirinya, mangsa dipercayai dalam keadaan sedar," katanya yang memaklumkan turut menemui kesan kecederaan dalaman pada leher dan salur darah Teoh ketika melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Dr Khairul turut mengesahkan kecederaan pada leher mangsa adalah kesan akibat terjatuh.

"Tekanan tinggi ketika jatuh akan menyebabkan impak pada tulang dan menyebabkan kerosakan pada tisu, dan berdasarkan keretakan dan patah yang terdapat pada tulang kaki, mangsa mungkin mendarat dengan kaki ketika jatuh.

"Terdapat tulang yang retak pada bahagian buku lali, lutut, peha dan khaki mangsa," katanya.

Beliau berkata kecederaan di kepala dan dagu Teoh pula disebabkan hentakan.


Terdahulu, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zurinawati Zulkifli berkata beliau tidak tahu bagaimana beg sandang Teoh boleh berada di bilik Pegawai Penyiasat Mohd Anuar Ismail dan siapa yang membawanya keluar.

"Ketika saya masuk kerja pukul 8.30 pagi pada 16 Julai 2009, saya hanya nampak sekilas pandang beg itu berada di atas lantai di tepi sofa, dan saya terus melakukan kerja harian saya di dalam bilik," katanya.

Zurinawati juga berkata pegawai SPRM biasanya akan mengunci bilik masing-masing sebelum keluar untuk menjaga keselamatan dokumen, namun ia bergantung kepada pegawai berkenaan sama ada mahu mengunci atau tidak.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

PENOLONG BANK NEGARA DAHULUI RAKYAT DENGAN INSURAN YANG TINGGI

Posted: 01 Mar 2011 04:23 AM PST

Insurans kenderaan naik 2012 !!

Pengalaman teman semasa mahu memperbaharui insuran kereta kancil teman tahun 1996. Kalau di agen ,kereta teman boleh dinilai RM8,000 ke bawah manakala di ibu pejabat insuran kereta teman minima nilai insuran ialah 10,000. Pelik bila dinilai rm10,000 tetapi harga pasaran tak sampai pun rm6,000.

Insurans kenderaan bermotor akan meningkat secara berperingkat, bermula tahun hadapan hingga 2015 dalam usaha mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, walaupun terdapat peningkatan selama lima tahun berturut-turut namun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah kerana kenaikannya adalah kecil.

"Penstrukturan ini juga akan melibatkan motosikal, kereta, bas dan teksi dan setiap kenaikan adalah berbeza mengikut risiko kemalangan kenderaan terbabit melalui kriteria rekod kemalangan serta keadaan kenderaan semasa tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata Abu Hassan Alshari, anggaran awal kenaikan bagi insurans pihak ketiga motosikal 100cc ke bawah adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun manakala insurans pihak pertama antara RM1 hingga RM2 setahun.

"Bagi kereta persendirian 1,400cc ke bawah, insurans pihak ketiga hanya meningkat antara RM6 hingga RM34 manakala insurans pihak pertama antara RM7 hingga RM19.

"Pemandu yang kurang risiko kemalangan atau tidak pernah merekodkan kemalangan akan dikenakan kenaikan kadar insurans yang lebih rendah berbanding yang kerap mengalami kemalangan," jelasnya.

Tambah beliau, kajian dibuat keatas kedua-dua jenis kenderaan berkenaan terlebih dahulu kerana 70 hingga 80 peratus kenderaan di Malaysia berada dalam kelas berkenaan.

Selain itu, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan itu juga akan mengurangkan tempoh pembayaran pampasan daripada tiga hingga lima tahun kepada 18 bulan sahaja berikutan penubuhan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC).

Katanya, jawatankuasa tersebut akan membincangkan isu berbangkit dan membentuk rangka kerja yang komprehensif untuk kebaikan bersama.

Mengulas lanjut, Abu Hassan Alshari berkata, penstrukturan tersebut terpaksa dibuat kerana syarikat insurans mencatat kerugian yang besar dalam bahagian motor dan jika tidak dikawal ini akan menyebabkan industri berkenaan merudum dan akhirnya memberi impak kepada pengguna.

"Perangkaan 2009/2010 menunjukkan perniagaan insurans motor mencatat kerugian RM650 juta disebabkan tuntutan pampasan kecederaan kemalangan yang sangat tinggi,'' jelasnya.

"Bagaimanapun penstrukturan semula ini masih di peringkat perbincangan dengan pihak yang terlibat. BNM akan mengumumkan skim insurans terbaharu tersebut selepas kajian lengkap dibuat," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, JWC akan dianggotai oleh pihak yang terlibat dalam proses pembayaran insurans iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, Majlis Peguam, Badan Kehakiman, industri insurans dan takaful serta persatuan penguna dan pengangkutan.

Abu Hassan Alshari berkata, setiap anggota JWC akan menghantar rekod kerja kepada Majlis Ekonomi dan jika ada sebarang kelewatan atau masalah laporan ia perlu dinyatakan.

"Langkah ini akan meningkatkan keupayaan dan kepantasan proses tuntutan insurans negara dan mengurangkan kerenah birokrasi yang banyak membebankan rakyat,'' ujarnya.

Oleh FAIRUS KASSIM

PM UMNO TERTIPU MENTERI MCA ?

Posted: 28 Feb 2011 10:25 PM PST

PUTRAJAYA 28 Feb. – Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menipu Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan kos pembangunan hampir RM1.9 bilion, kira-kira 7 tahun lalu.

Kong Choy, 55, didakwa menyembunyikan fakta mengenai pembiayaan kos pembangunan sehingga Abdullah bersetuju supaya kelulusan diberikan kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) selaku pemaju siap guna (turn-key developer).

Fakta-fakta yang disembunyikan ialah pembiayaan tersebut akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui tiga syarikat berlainan dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan.

Abdullah selaku Perdana Menteri (ketika itu) tidak akan memberikan persetujuan jika fakta-fakta tersebut dimaklumkan kepada beliau.

Ketiga-tiga tuduhan didakwa dilakukan di antara 24 Februari 2004 dan 29 Mac 2006 di Tingkat 4, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan kes disebut pada 31 Mac ini.

Kong Choy merupakan bekas menteri Kabinet kedua diheret ke mahkamah berhubung skandal PKFZ di Pelabuhan Klang (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) selepas Tun Dr. Ling Liong Sik serta beberapa individu lain didakwa.

Liong Sik kini menunggu dibicarakan kerana dakwaan menipu Jemaah Menteri melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu.

Kong Choy yang diiringi pegawai-pegawai polis tanpa digari dilihat memeluk isteri, Puan Sri Ann Chan serta seorang anak perempuannya ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 2.05 petang.

Bekas menteri kanan itu dibawa keluar dari pekarangan mahkamah oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas dibebaskan dengan jaminan RM1 juta kira-kira pukul 4.35 petang.

''Saya terkejut dengan pendakwaan ini namun yakin dengan sistem kehakiman negara. Saya akan melaluinya (perbicaraan) demi membersihkan nama,'' ujarnya ringkas kepada pemberita sebaik sahaja diikat jamin.

Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah, kedua-dua pihak bersetuju agar jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin dikenakan terhadapnya.

Beliau yang hadir bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup memohon tarikh sebutan bagi membolehkan beberapa perkara berbangkit dikenal pasti demi mengelakkan isu-isu yang tidak berkaitan ditimbulkan ketika perbicaraan.

Bekas Menteri Pengangkutan itu diwakili peguam-peguam Arthur Wang, Azad Bashir dan Badrul Munir Bukhari.

Bagi tuduhan pertama, Kong Choy didakwa menipu Abdullah sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju agar kelulusan diberikan bagi projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone.

Ia meliputi kawasan seluas 404.7 hektar dan dibangunkan dalam fasa berasingan dengan anggaran kos kira-kira RM1 bilion.

Fakta yang didakwa disembunyikan ialah kos pembangunan akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui syarikat Transshipment Megahub Berhad.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 24 Februari dan 25 Februari 2004 di Pejabat Perdana Menteri.

Tuduhan kedua, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah sehingga bekas Perdana Menteri bersetuju agar kelulusan diberi kepada KDSB untuk melaksanakan kerja- kerja pembangunan tambahan bagi projek PKFZ iaitu:

* Menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta.

* Kerja-kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta.

* Pembangunan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta.

Fakta yang didakwa disembunyikan ialah kos pembangunan akan dibiayai menerusi terbitan bon oleh KDSB melalui syarikat Valid Ventures Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 11 Oktober dan 28 Oktober 2005 di tempat yang sama.

Tuduhan ketiga, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah sehingga beliau bersetuju agar kelulusan diberi kepada KDSB untuk melaksanakan lima fasa pembangunan tambahan bagi projek PKFZ iaitu:

* Kerja-kerja membina parit konkrit (concrete trenching) untuk kabel elektrik berjumlah RM140.2 juta.

* Kerja-kerja elektrikal untuk bekalan 33 kv ke Presint 2 dan Presint 8 berjumlah RM80 juta.

* Kerja-kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ berjumlah RM30 juta.

* Pembinaan jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat berjumlah RM28.1 juta.

* Pembinaan jalan menghubungkan laluan masuk utama ke PKFZ dengan CT4 Pelabuhan Barat berjumlah RM57.5 juta.

Fakta yang didakwa disembunyikan bahawa kos pembangunan akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi syarikat Free Zone Capital Bhd.

Kesalahan didakwa dilakukan di antara 28 Mac dan 29 Mac 2006 di tempat serupa.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa bagi ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Projek PKFZ yang dibina di atas kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Berikutan itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang mengadakan siasatan telah memperakukan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melakukan siasatan selepas mendapati beberapa perkara yang dibuat tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

TERKEJUT BILA JALAN TAR DEPAN RUMAH !

Posted: 28 Feb 2011 08:25 PM PST


Kenapa baru sekarang nak bantu rakyat?
Aziz Muda
JASIN, 28 Feb: Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.

Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.

Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, (gambar) berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya.

Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu.

Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka.

"Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu.

"Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya.

"Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita.

"Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya.

Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang.

"Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan?

"Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya.

Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi.

"Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis.

SOPANKAH BILA JPJ DAN MENTERI DALAM NEGERI MENGGUGUT PENGGUNA JALANRAYA

Posted: 28 Feb 2011 05:47 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat supaya usah takut dengan ugutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang menyatakan semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak akan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.

Ini adalah kerana sebagai seorang penjawat awam, Ketua Pengarah JPJ tersebut, Datuk Solah Mat Hassan tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.

Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan patut rujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

Lihatlah bahawa keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut adalah berdasarkan pemakaian Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 yang digunakan oleh JPJ ke atas semua pemilik kenderaan untuk menyekat urusniaga dalam memperbaharui cukai jalan. Yang Arif Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut:-

The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression "outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA" should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant.

"Perkara yang belum selesai" hendaklah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang dituduh tidak hadir membela diri. Ini takrifan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Justeru apa alasan JPJ dan Kementerian Pengangkutan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai Saman Ekor yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah? Tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanyalah semata-mata untuk memaksa mereka mengakui kesalahan dan seterusnya membayar kompaun. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadialan segajat di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tindakan ini juga disebut di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut.


The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty.

Ini juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada 30/6/2010.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan jawapan Timbalan Menteri ini dengan jelas membuktikan bahawa tindakan menyenarai hitam dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu ini semata-mata bertujuan memaksa pengguna dan rakyat mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Ini suatu bentuk paksaan dan penindasan terhadap rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan pendapatan yang tidak seberapa.

Justeru KASE mendesak Kementerian Pengangkutan dan JPJ untuk menghormati keputusan Mahkamah seterusnya menarikbalik tindakan menyenarai hitam dan menghalang pengguna memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Kepada rakyat Malaysia amnya dan pengguna-pengguna yang dinafikan hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, KASE ingin menjelaskan bahawa anda semua dijamin hak oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan harta benda termasuk kenderaan. Tindakan JPJ menghalang anda memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 01 Mar 2011 01:27 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


BERTUGAS DI PRK DUN MERLIMAU, MELAKA

Posted: 28 Feb 2011 05:51 PM PST



Sdr. Adha & Sdr. Israq siap sedia berjihad...
UPU Kg. Chinchin

Suasana di pagi penamaan calon ( Politeknik Merlimau ).

Ziarah ke rumah Sdr. Shahril ( su caw tmn Ampg Indah ) yg berbaju t-shirt oren

                                              Kenangan bersama petugas di rumah Selangor

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 01 Mar 2011 01:20 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Apa cerita dengan wanita Umno Jasin dan wanita Umno Merlimau?

Posted: 28 Feb 2011 02:27 PM PST

Katanya masa hari penamaan calon hari tu, langsung tak nampak muka.

KeadilanDaily melaporkan:

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Misban, berkata Wanita Umno Bahagian Jasin turut menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

"Sejak pagi tadi, saya tidak nampak kelibat Ketua Wanita Umno, Zaleha Bujang dan Wanita Jasin mahupun Wanita Merlimau memberi sokongan kepada calon mereka.

"Mereka boikot calon sendiri kerana kecewa golongan wanita tidak dipilih setiap kali pilihan raya kecil. Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Wanita turut diangkat seperti calon, contohnya Normala Sudirman," katanya.

Zaleha sebelum ini menyatakan kepada beberapa media, mengatakan rasa tersinggung kerana Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon sekaligus dianggap mengetepi sumbangan dan peranan wanita. - Keadilandaily/

Aku yakin bilik gerakan depa yang katanya ditutup hari tu pasai protes dah bukak balik dah. Biasa la, memang standard puak-puak bermazhab Umno ni, marah depa sekejap saja. Senang sangat nak redakan kemarahan depa. Walau marah macamana sekali pun, bila turun berketul-ketul kertas dengan gambar 'kepala agong' redalah marah depa.

Tentu punya dalam pertemuan petang penamaan calon tu antara Ali Rustam dengan Wanita Umno Jasin, ada habuan yang dijanjikan, malah aku yakin bukan setakat janji kosong saja, tapi dia bawak turun 'kepala agong' sekali.

Mungkin ada yang heran, pasai apa muslimat PAS langsung tak berbunyi bila calon yang disebut-sebut ramai sebelum ni, Setiausaha Dewan Muslimat Pas Negeri Melaka, Kintan Man merangkap Exco Muslimat Pusat tak dipilih sebagai calon.

Langsung takdak bunyi depa protes, malah markaz muslimat di Merlimau semakin meriah. Bukan takat markaz Muslimat pusat, tapi markaz muslimat negeri-negeri jugak tak pernah kosong dengan petugas muslimat.

Takkan muslimat PAS takut dengan muslimin kot. Sedangkan dari segi gerakerja pilihanraya terutama sekali dalam bab ziarah rumah ke rumah dan merayu undi, gerakerja muslimat sentiasa melebihi gerakerja muslimin. Malah kalau nak dibandingkan dengan gerakerja wanita Umno pun gerakerja muslimat PAS jauh kedepan walaupun tanpa habuan 'kepala agong' macam wanita Umno dapat.

Bagi yang ada heran, suka aku nak bagitau, memang tak sesuai nak bandingkan antara wanita Umno dengan muslimat PAS. Nak banding macamana kalau memang dari asasnya pun tak sama.

Kalau nak tau apa bezanya, cuba pi rapat sendiri dengan depa. Untuk orang perempuan saja la. Kalau yang lelaki tak payah la cuba nak rapat. Kalau nak tau jugak, boleh suruh bini (atau bini-bini) hangpa pi rapat dengan muslimat PAS. Senang-senang ja hangpa akan dapat jawapan dia.

Cenangau Daunkari

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Mar 2011 11:36 AM PST

Batu Gajah Mari


Siapa Blogger terkenal yang akan menyertai PAS??

Posted: 01 Mar 2011 06:51 AM PST

Dengar cerita ada blogger terkenal yang akan sertai PAS tidak lama lagi? siapa??

memang ramai yang sudah sertai PAS



Pengisyhtiharan penyertaan Mohd Hakim bin Mohd Lokman@Bob Lokman ke dalam Pas mendapat pelbagai reaksi dan respons di seluruh negara.Bermula dengan kehadiran beliau dalam Solat Hajat Perdana di Stadium Malawati tahun lalu,beliau akhirnya menyertai Pas secara rasmi dalam Himpunan 30K Pemuda di Kedah baru-baru ini.


Sehingga artikel ini ditulis,Saudara Bob dilihat aktif dalam membantu kempen Pas dalam Pilihanraya Kecil di Dun Merlimau dan Kerdau di atas pentas ceramah Pas.Sesungguhnya usaha murni Bob dalam menyuburkan dakwah dalam gerakan Islam di Malaysia amatlah dialu-alukan.Jika para pembaca pernah menonton filem Mantra yang ditayangkan di pawagam tahun lalu,Bob Lokman telah mula tampil dengan watak orang alim,dengan menjadi seorang kiyai yang menentang pengamal ilmu hitam.


Jika sebelum ini Bob pernah menjadi pengkritik mingguan dalam program Raja Lawak,beliau akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rancangan ini pada musim ini.Ketika zaman mudanya dahulu,Bob juga merupakan seorang penulis lirik,pelakon dan pengacara dalam industri hiburan tanah air.Menurut Bob,sebab utama beliau menyertai Pas adalah kerana kegagalan beliau sendiri dalam mendidik anaknya yang mempunyai perwatakan berbeza ketika berada di rumah dan ketika di luar rumah.Ini semua kata Bob adalah kegagalan pihak pemerintah dalam membawa hala tuju negara,dan jika beliau tidak membetulkan perkara ini,siapa lagi?






Video di atas adalah detik2 terakhir sebelum Bob Lokman menarik diri dari menjadi pengritik tetap rancangan Raja Lawak 5 Astro Prima.


Untuk pengetahuan pembaca juga,Bob Lokman bukanlah seorang yang asing daripada jalan agama, memandangkan beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad,Kajang ketika zaman persekolahannya sebelum mengambil kerjaya hidup yang berbeza daripada zaman persekolahannya.Malah, Bob juga bukanlah calang-calang orang,memandangkan beliau berasal daripada keturunan ulama,cicit kepada Tok Kenali,di mana ayah beliau Haji Lokman adalah orang yang bertanggungjawab menjaga Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian.

Bob Lokman dalam filem Mantra

Beza Bob Lokman ketika muda dan sekarang

Apa yang mengkagumkan penulis kepada Bob adalah,walaupun beliau berkecimpung dalam dunia artis yang diketahui dipenuhi maksiat,tetapi sebagai seorang yang berpegang teguh kepada didikan agama yang diperolehnya semenjak kecil menjadikan ianya pedoman dalam kehidupan dirinya.Malah,tidak salah jika penulis mengatakan bahawa Bob Lokman sebenarnya mampu menjadi ustaz sekiranya beliau tidak memilih jalan seni ketika di zaman mudanya dahulu.Apapun,adat berdakwah tidak mengenali umur.Semoga usaha Bob akan diberkati Allah dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Man Kadir (baju biru) menyampaikan
sumbangan
Selain Bob,sebenarnya terdapat beberapa orang lagi pelawak yang dilihat cenderung ke arah Pas dan Pakatan Rakyat.Salah seorang daripadanya adalah Saudara Man Kadir.


Man Kadir,ataupun Abdul Kadir Abdul Manaf adalah merupakan seorang pelakon komedi yang bernaung di bawah pengarah Mamat Khalid,dan banyak berlakon di bawah arahan Mamat termasuk Man Laksa, Zombie Kampung Pisang,video klip Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi dan M.Nasir) dan terbaru adalah filem komedi terbaik tahun 2010,Hantu Kak Limah Balik Rumah,di mana Man Kadir memegang watak sebagai Pak Jabit,peniaga warung di Kampung Pisang. Man Kadir juga adalah seorang pelakon teater yang memakai nama gelarannya sebagai L.Man Kadir Shamsi.

Man Kadir (tengah) di majlis
penamaan calon PKR Kerdau
Untuk pengetahuan pembaca,Man Kadir adalah Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Krau,di mana berlangsungnya pilihanraya kecil Dun Kerdau sekarang.Dalam keaktifannya berlakon dalam filem terbarunya iaitu Usin,Mon dan Jin Pakai Toncet (sambungan filem Hantu Kak Limah),Man masih sempat berkempen untuk calon Pas di Kerdau,di mana beliau diketahui antara aktivis PKR yang aktif dalam Biro Felda PKR.


Selain itu juga,seorang lagi pelawak yang dilihat hampir kepada Pakatan Rakyat adalah pelawak terkenal iaitu Sabri Yunus.Walaupun beliau tidaklah mengakui bahawa beliau adalah penyokong mana-mana parti politik,tetapi kesanggupan beliau untuk berlakon dalam teater arahan Dinsman yang diterbitkan oleh Karyawan Paksi Rakyat (PAKSI) iaitu pertubuhan seniman pro Pakatan menunjukkan bahawa Sabri sanggup bekerja dengan gerakan NGO yang anti-Barisan Nasional walaupun diketahui bahawa Sabri adalah antara pelakon yang popular di RTM di bawah sitkom Salam Pantai Timur.


Sehingga kini juga,penulis sendiri tertanya-tanya mengapa siri sitkom Salam Pantai Timur ditamatkan,dan Sabri juga jarang di skrin RTM sekarang, wallahualam samada penulis terlepas pandang ataupun tidak, hanya Allah yang tahu.


Sebelum ini,Sabri Yunus pernah melakonkan watak sahabat Rasulullah, Kaab bin Malik,dalam teater "Menanti Kata Dari Tuhan",yang tidak turun untuk berjihad dalam Perang Tabuk, seterusnya dipulaukan oleh para sahabat.Teater tersebut yang ditulis skripnya oleh Dinsman berdasarkan hadis Rasulullah SAW telahpun memecahkan tembok kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia,apabila ahli jawatankuasa Masjid Batu, Permatang Pauh bertindak mementaskan teater tersebut di dalam masjid,setelah beranggapan bahawa itu adalah salah satu daripada bentuk dakwah,selain dibenarkan oleh mufti negeri.


Selain itu,terdapat beberapa lagi nama selebriti lain yang dikatakan dekat dengan Pas.Amy Search contohnya, sangat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,malah pernah menyatakannya secara terbuka di facebook beliau.

Amy Search dan Nik Aziz

Tatkala inilah penulis teringat akan satu siri ceramah Ustaz Azhar iaitu,Mat Rempit yang tidak menghina orang alim adalah lebih baik daripada para Imam yang memusuhi para ulama.Selain itu juga,satu program yang bersifat Rock Islamik iaitu Ijtimak Rockers yang diadakan di Stadium Malawati beberapa hari yang lalu juga menarik perhatian penulis.Sepertimana yang dinyatakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas,Ustaz Riduan Mohd Nor,"Jadilah sebagai sesiapa pun di dunia ini termasuk anggota kumpulan dan peminat rockers, namun setiap orang mestilah ingat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh ikutan terbaik kepada semua."

Siri hiburan alternatif Islam Green Zone menampilkan konsert Maher Zain dan persembahan rock yang menyelitkan aspek ketuhanan adalah satu lembaran baru Pas dalam tidak menyempitkan hiburan kepada anak muda.Dan inilah sebenarnya yang dinantikan oleh golongan belia,acuan apakah yang bakal dibawa Pas jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.

Semoga ramai lagi para selebriti menyatakan solidariti dan sokongan mereka terhadap Pas dan Pakatan Rakyat.Jika Umno mempunyai Jins Shamsuddin,Pas kini telah mempunyai Bob Lokman.Malah,Pas sepatutnya menjadikan Bob sebagai duta hiburan Islam,dengan melantik beliau sebagai seorang senator di negeri Pakatan Rakyat bagi berentap sama dengan Jins Shamsuddin di Dewan Negara.Kita masih menantikan ramai rakan seangkatan Bob dan Amy Search untuk sama-sama menyokong Pas,nama-nama seperti M.Nasir,Afdlin Shauki,Rosyam Nor,Jay Jay dan lain-lain artis yang dilihat bersih dan tidak terikut-ikut kepada kehidupan penuh maksiat.

Sebagai mengakhiri tulisan ini,terimalah tayangan video kumpulan Senario yang mengutuk kerajaan Barisan Nasional.Adakah mereka bersama kita?Hanya Allah yang tahu.




propartiislammalaysia.blogspot.com

Murahnya nilai rakyat di sisi UMNO!!

Posted: 01 Mar 2011 02:08 AM PST


Banyak tu je barang yang diberi?
Udahlah murah.. guna pun paling lama 2 minggu! Idak pun sebulan lah..
habis je stok free ni macam mana?
rakyat nak makan apa?

C'mon la UMNO!
Jangan perkecilkan nilai hidup rakyat..
Ini semua boleh dicari sendiri oleh rakyat dengan mudah dengan syarat..
permudahkan kehidupan rakyat.. bukan mempermudah-mudahkan tanggungjawab membela rakyat!

Apa sangat la nilai kotak 'goodies' sebegini dibanding kesan kenaikan harga minyak yang menjadi punca tsunami harga makanan asas!

Hmmm.. tapi yang heran..
sebab benda-benda macam nilah UMNO mampu kekalkan kuasa di kawasan-kawasan melayu kampung dan felda!
Adehhhh!!!

Teman teringat di PRK Hulu Selangor..
bersepah benda macam ni bagi dek UMNO pada kawasan majoriti cina..
berebut-rebut orang cina ambil benda-benda nih!
Tapi mari hari mengundi.. PR menang besar kat peti undi tuh!!
adehhh!!
sunsnake 01032011

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

budak balun

DUN Lembah Jaya

Posted: 01 Mar 2011 11:17 AM PST

DUN Lembah Jaya


Hi Tea Perdana Bersama Haji Mohamed Sabu - 20 Mac 2011, 5 Ptg - Tiket Sumbangan RM15 Sahaja

Posted: 01 Mar 2011 12:15 AM PST


Pada: 20 Mac 2011

Hari/Masa: Ahad/5 petang

Tempat: Dewan MPAJ Kg. Tasik Tambahan
(Berhampiran Masjid Al-Ubudiah)

Anjuran: Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lembah Jaya

TIKET Sumbangan Hanya RM15.00 !!!

Untuk mendapatkan TIKET sila hubungi:
019 391 5804 / 012 694 9504


Dupahang's Weblog

Posted: 01 Mar 2011 11:11 AM PST

Dupahang's Weblog


Prk Kerdau – BN Marah PAS Jual Gula 1.80 Sekilo

Posted: 28 Feb 2011 11:31 PM PST

TEMERLOH: PAS memulakan hari kedua dengan penuh momentum yang memberangsangkan. Calon N28 mewakili PAS mempunyai jadual aturcara yang cukup padat. Para jentera PAS bergerak dengan penuh semangat dan berhati-hati. Hati para pengundi cuba dimenangi. Kelmarin sahaja menunjukkan Umno kian terdesak, jalanraya utama antara Desa Murni Kerdau diturap sebelah malam, deretan lori berbaris panjang sepanjang jalan. [...]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Mar 2011 09:25 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Banner Makan Malam Rembau kena CURI, Jom Bantu

Posted: 28 Feb 2011 04:11 PM PST


Urusetia Majlis Makan Malam Rembau melaporkan banner/kain rentang untuk program ini yang diletakkan di persimpangan lampu isyarat di Taman Matahari Height, Senawang yang digantung awal minggu ini telah didapati hilang dalam tempoh 24 jam selepas digantung. Pihak urusetia tidak akan membuat laporan polis.

Pihak urusetia menyeru kepada semua ahli dan mereka yang prihatin agar mendoakan sesiapa yang mecuri banner tersebut diberi petunjuk dan hidayah ALLAH swt, dan sekiranya banner tersebut dalam keadaan baik , hendaklah digantung semula dengan baik ditempatnya kembali. (Kepada mereka yang terasa makan cili, sila sampaikan peringatan ini kepada mereka yang berkenaan).

Sekali lagi pihak urusetia mengharapkan semua ahli dan penyokong sentiasa mendoakan agar segala program Pakatan Rakyat di kawasan Rembau ini akan berjaya dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini adalah kerana setiap apa yang dirancang di Rembau ini sentiasa mendapat rintangan, tentangan, sabotaj dan sebagainya berbanding dengan kedai judi berlesen, kedai judi internet tidak berlesen dan sebagainya.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Rembau ini khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Bangkitlah semua dari lena dan tidur kepada semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

MAJLIS MAKAN MALAM REMBAU
Serta Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Rembau

Tarikh : 9 Mac 2011 , RABU
Masa : 8 malam
Tempat: City Kingdom Ballroom, Taman AST, Seremban

TETAMU JEMPUTAN :
Tuan Guru Dato Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS
YB Dr Mujahid Yusof Rawa - Ahli Parlimen Parit Buntar
Zulkefly Mohamad Hj Omar - Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Hj Mohamad Taufek - ADUN Paroi , YDP PAS Rembau
CheguBard - Ketua Cabang PKR Rembau
Yau Con Seng - Kelab Penyokong PAS

Kupon : RM50/org

Anjuran : PAS Kawasan Rembau

Untuk tempahan kupon hubungi :
Sdr Sahrizal 017-4680125 jaibokam@yahoo.com
Ustaz Yusri 013-2116237 syahid87_kias@yahoo.com
Laman blog Makan Malam Rembau di http://danarembau.blogspot.com/

Untuk sumbangan Majlis Makan Malam dan Dana Pilihanraya PAS Rembau sila hubungi Bendahari PAS Rembau Sdr Hamizi 012-2832458 hamizi_ahmad@yahoo.com

HULURKAN SUMBANGAN KE :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban) No akaun : 05-012-01-007334-7
atau BSN, No Akaun 0511229878928137

PETA KE CITY KINGDOM pada pautan berikut http://danarembau.blogspot.com/2011/02/majlis-makan-malam-rembau_28.html

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 01 Mar 2011 09:21 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Isu bersalam: Pemimpin DAP lebih reti Islam daripada pemimpin Umno?

Posted: 24 Jan 2011 05:34 PM PST


Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

"Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

"PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

"Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum," ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

"Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon," katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam. –Hrkh

S
umber :warkahdaily




Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 01 Mar 2011 09:18 AM PST

Pas Kawasan Paya Besar


Nik Aziz tidak reda ketentuan Allah - Perkasa

Posted: 28 Feb 2011 04:59 PM PST

KOTA BHARU 28 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersyukur dan tidak reda dengan ketentuan Allah apabila menyatakan beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Naib Yang Dipertuanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah menyesal dilahirkan sebagai orang Melayu dan beliau juga tidak reda dengan takdir Allah yang menjadikannya sebagai orang Melayu.

Beliau berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Dia mungkin terlupa dengan firman Allah yang bermaksud 'sesungguhnya Aku telah jadikan kamu (manusia) berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu'.

"Nik Abdul Aziz juga lupa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah. Nabi Muhammad SAW seorang bangsa Arab yang diangkat sebagai nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia tanpa baginda menyesal dilahirkan sebagai seorang berbangsa Arab malah Rasulullah bangga sebagai seorang Arab," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.

Mustapa berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.

"Perkasa Negeri Kelantan meminta supaya Nik Aziz bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT dan janganlah terlalu angkuh dan sombong kepada nikmat Allah yang telah menciptanya sebagai manusia dan bukan sebagai haiwan," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online 1 Mac 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm


'Sudah-sudahlah Nik Aziz, tutup mulut'

Posted: 28 Feb 2011 04:58 PM PST

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini digesa supaya menutup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan berhubung kedudukan orang Melayu di negara ini.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Mursyidul Am Pas itu juga tidak sepatutnya mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.

Menurutnya, apa sahaja yang diluahkan Nik Abdul Aziz selama ini, ia jelas bertentangan dengan imejnya yang dilihat sebagai seorang ulama.

"Kita tidak mahu dengar cakap Nik Abdul Aziz lagi. Sudah muak. Makin lama dia cakap, makin ramai yang marah kepadanya. Orang Pas sendiri pun ramai yang marah dengan Nik Abdul Aziz tetapi tidak berani menyuarakannya secara terbuka.

"Nik Abdul Aziz sebelum ini pun sudah banyak mengeluarkan fatwa songsang dan mengelirukan. Dia sebenarnya tidak sayang agama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.

Kata Nik Abdul Aziz, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.

Beliau kemudiannya menyelar Dr. Mahathir kerana mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.

Dr. Mahathir sebelum ini menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai pengkhianat orang Melayu kerana sanggup memecahbelahkan perpaduan ummah semata-mata untuk kepentingan politik.

Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, mengenai dakwaan mengatakan Dr. Mahathir menyisihkan agama, Nik Abdul Aziz seharusnya berhati-hati mengeluarkan dakwaan berkenaan.

"Saya rapat dengan Dr. Mahathir semasa menjadi Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) dahulu. Beliau seimbang dan perjuangkan Melayu serta Islam. Dr. Mahathir tidak pernah mencicirkan Islam dan juga Melayu.

"Sudah-sudahlah Nik Abdul Aziz. Tutup mulut," tegasnya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh berkata, Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya dilahirkan sebagai Melayu Singapura memandangkan beliau dan Pas memartabat Lee Kuan Yew sebagai pemimpin yang perlu disanjung tinggi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz selama ini menganggap Menteri Mentor Singapura jauh lebih mulia daripada mana-mana pemimpin Islam di tanah air sendiri.

"Nik Abdul Aziz juga berpendapat bahawa nasib orang Melayu dan Islam di Singapura juga lebih baik daripada Melayu dan Islam di Kelantan. Ini memang betul kerana 20 tahun Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, tiada sebarang kemajuan jika dibandingkan dengan Singapura.

"Oleh itu, di mana maruah Nik Abdul Aziz sebab beliau makan gaji buta tanpa buat kerja?

"Nik Abdul Aziz hanya pandai memperalatkan ayat al-Quran untuk mengaburi mata rakyat Kelantan supaya rakyat tidak berani mempersoalkan kewibawaan beliau sebagai Menteri Besar," tambahnya.

Mengulas isu sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee memberitahu tidak mustahil Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dilahirkan sebagai Benggali kerana tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Melayu.

"Semalam dia kata tak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli, maka saya tidak menolak esok dia juga akan berkata tak kisah jadi Benggali asalkan Pas mendapat sokongan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz seperti 'sesumpah', beliau kesal Nik Abdul Aziz masih berterusan memainkan isu bangsa dan agama untuk meraih simpati.

"Inilah cerita putar alam daripada seorang pemimpin politik nyanyuk tetapi masih beranggapan hanya dirinya tokoh ulama yang hebat," katanya menerusi blognya, http://www. umnobahagiancheras.blogspot.com

Sumber: Utusan Malaysia Online 1 Mac 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

Mursyidul Am Pas 'angkat bakul' sendiri

Posted: 28 Feb 2011 04:56 PM PST

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah(penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat.

''Justeru, kita berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas daripada riba dan subur dengan hasil anugerah tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.

''Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan Pas selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat untuk terus berpegang teguh kepada agama.

''Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang,'' katanya menerusi blognya, http://www.blogtokguru.com.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama, bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

''Inilah natijah perjuangan Pas yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, aman dan berharmoni.

''Justeru kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh UMNO sebelum ini.

''Maka, Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam,'' katanya.

Mengenai perjalanan Pilihan Raya Kecil Kerdau dan Merlimau pula, beliau mendakwa setiap kali Pas bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

Sementara itu, beliau menuduh UMNO sebagai parti yang mengasing dan membezakan rakyat mengikut kaum serta mengetepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam.

Oleh sebab amalan itu, kata beliau, UMNO telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

''Kegagalan itu membuktikan perjuangan UMNO tidak selari dengan ajaran tauhid Islam. Mengikut ajaran tauhid, bukan hanya tuhan itu satu, tetapi satu segala-galanya,'' katanya.

Beliau kemudiannya menyifatkan menolak perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah satu tindakan betul yang sekali gus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.

Sumber: Utusan Malaysia Online 1 Mac 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Hati-hati 'fatwa' songsang Pas - TPM

Posted: 28 Feb 2011 04:54 PM PST

JASIN 28 Feb. - Pengundi diminta membuat penilaian sewajarnya terhadap 'fatwa' songsang yang dikeluarkan pemimpin Pas semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, ini lebih-lebih lagi apabila Pas cuba melabelkan pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jahiliah.

"Seperti di Tenang, Pas sewenang-wenangnya mengatakan sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.

"Kita tidak memerlukan 'fatwa' sebegitu, masyarakat dan kerajaan sudah ada badan seperti majlis-majlis agama Islam dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Saya tidak tahu berapa puluh dan ratus fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka (Pas) setiap kali musim pilihan raya dan semuanya songsang belaka," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Merlimau, Roslan Ahmad.

Muhyiddin menambah, pihak pembangkang juga tidak bersikap rasional kerana enggan mengakui segala usaha baik yang dilakukan BN selama ini dalam memajukan bangsa dan negara.

Seramai 34 pelajar cemerlang PMR 2010 yang memperoleh 8A dan 9A di sekitar Merlimau diraikan pada majlis itu termasuk 29 orang daripada SMK Dang Anum.

Roslan merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia Online 1 Mac 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

‘Pembangkang tak mampu melaksana’

Posted: 28 Feb 2011 04:50 PM PST

2011/03/01

Pengundi diingat tidak perjudi masa depan

MERLIMAU: Pembangkang tidak akan mampu memperkasakan bidang pendidikan negara meskipun mereka diberi peluang untuk berbuat demikian, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, pembangkang tidak mempunyai dasar yang jelas mengenai kemampuan mereka memajukan bidang terbabit seperti yang berlaku di empat negeri pimpinan pembangkang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengundi khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau supaya tidak memperjudikan nasib dengan memilih wakil pembangkang bagi memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) selama ini dapat dipertahankan.

"Mengapa perlu memberi mesej yang salah (dengan mengundi pembangkang) yang nyata tidak mempunyai sebarang perancangan dan dasar mengenai bidang pendidikan. Kemajuan pendidikan yang dikecapi rakyat akan hilang sekelip mata sekiranya mereka salah memilih.

"Namun, saya percaya pengundi masih mahu kepada pembangunan dan kemajuan dalam bidang ini selain tidak mahu tersisih daripada arus kemodenan negara," katanya selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kolej Komuniti Negeri Melaka di Taman Merlimau Utama, di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, dasar yang dilaksanakan pakatan pembangkang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jelas tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat di negeri terbabit.

Sumber: Berita Harian Online 1 Mac 2011

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011030106283820110301062838/Article

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 01 Mar 2011 09:12 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


PROGRAM TUISYEN PERCUMA KERAJAAN SELANGOR CALON SPM

Posted: 01 Mar 2011 07:44 AM PST

Teras utama pembangunan Selangor ialah memacu pembangunan modal insan.

EXCO PENDIDIKAN SELANGOR telah mewujudkan program tuisyen rakyat Selangor(PTRS) untuk tahun ketiga ini bagi mempastikan calon-calon SPM khususnya yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah diberi peluang semaksima untuk meraih sekurang-kurang 5 kredit dalam SPM. Ini sekaligus melayakkan mereka masuk IPTA.

Setelah mendapat tawaran masuk ke universiti /kolej mereka diberi hadiah rangsangan RM1000.00 bagi mempastikan mereka terus berjaya hingga mampu membantu keluarga mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Ini antara strategi kerajaan Selangor untuk meminimakan kemiskinan di Selangor.

Bagi yang layak diminta menghubungi pusat khidmat masyarakat, khususnya KPMI (KOORDINATOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN) di setiap DUN di Selangor.

Sebanyak RM3.4JUTA telah diperuntukkan 3 tahun berturut-turut sejak PAKATAN RAKYAT mengambil alih pemerintahan kerajaan Selangor.

INSAFLAH WAHAI INSAN....hidup tidak kekal selama-lamanya

Posted: 01 Mar 2011 07:14 AM PST

Sebelum kita berniat buat dosa alangkah baik kita ingat lagu ini...

Kerajaan Selangor bantu tempah tiket untuk pelajar Kelantan sekali!!

Posted: 01 Mar 2011 07:05 AM PST

1.3.11
Kerajaan Selangor bersetuju membantu urusan penempahan tiket kapal terbang balik ke Mesir
untuk pelajar negeri Kelantan.Mesyuarat penyelarasan bersama wakil pejabat Menteri Besar Klenatan , En Nor Azman Mohd Nawi dan wakil Yayasan Kelantan di bangunan SUK SHAH ALAM SELANGOR.
YB EXCO PENDIDIKAN SELANGOR bersama YB SUK Selangor mengendalai perjumpaan khas bersama wakil sistem penerbangan dan Tourism Selangor, Lembaga Zakat Selangor, JAIS, Badan Kebajikan Selangor Mesir, PMRAM, ILMAM dan Briged Amal Selangor serta Setiausaha Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Hjh Siti Munirah.

PEMBERITAHUAN PENTING:
Untuk pelajar Selangor:
1.   Mutakhir difahamkan ada pelajar yang tidak mempunyai visa maka BPI, Bahagian Pendidikan Islam JAIS akan mengumpul passport yang diserahkan oleh pelajar semasa program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu:
28.2.11;
2-3.11;
4.3.11
Sila berkumpul di masjid negeri 7.30pg untuk urusan pengangkutan ke tempat program 2-3.3.11

2. Pelajar di minta membawa kad pelajar bagi urusan visa

3.Penerbangan terawal dijangka 6.3.11 bagi pelajar perubatan yang perlu menduduki peperiksaan dan tiada masalah visa;
Penerbangan seterusnya dijangka 9-14.3.11

PASTIKAN PELAJAR SELANGOR BERDAFTAR DENGAN JAIS!
Segala kemusykilan sila hubungi bilik operasi SELANGOR seperti tertera di atas blog ini.

4. Bagi pelajar Kelantan sila hubungi bilik operasi kerajaan Kelantan untuk didaftarkan kerana pembiayaan akan dibuat oleh kerajaan Kelantan.

YB DR HJH HALIMAH ALI
EXCO PENDIDIKAN TINGGI SELANGOR
merangkap
Penyelaras OPS EHSAN  pelajar Mesir Selangor-Kelantan

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 01 Mar 2011 09:05 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Kenyataan Media Pengarah PRK Kerdau - 01 Mac

Posted: 01 Mar 2011 06:15 AM PST

Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.

Hari ini kami mahu mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Pendedahan ini juga membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan secara bersistematik, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan sehingga sanggup mengisytiharkan projek luar kawasan mengundi diresmikan dalam kawasan mengundi.

Janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.

Maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa "Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu".

Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau "You help me, I help you!". Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.

Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM.

Keseluruhan peruntukan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah melebihi RM10juta yakni 10 kali ganda peruntukan sebenar pembangunan di setiap parlimen. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1960).

Sehubungan dengan ini, Dewan Pemuda PAS negeri akan membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

(Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N.28 Kerdau
01 Mac 2011

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Mar 2011 01:39 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


BN Terus Ciplak Buku Jingga Pakatan Untuk Pilihan Raya Kecil

Posted: 01 Mar 2011 12:42 AM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 1 MAC : Pengumuman terbaru pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang insentif tawaran baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka FELDA menunjukkan BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat, kata Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Januari lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

Justeru kita melihat bagaimana BN melaksanakan satu demi satu dasar-dasar yang menyerupai cadangan Buku Jingga. Ini termasuklah pembekuan dan penurunan kadar tol, insentif untuk guru besar-guru besar dan dasar perumahan negara," katanya.

Menurut Nik Nazmi tawaran baru untuk guru yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan bagi menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

"Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka FELDA boleh dituntut menerusi tiga pilihan. Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula.

Bayaran ini telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004. Bayaran sebanyak RM5,000 dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi FELDA masih lagi berhutang sebanyak RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit," katanya.

Tambah Nik Nazmi Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa FELDA Plantations akan dibubarkan dalam 100 hari pertama dan estet-estetnya akan dibahagikan kepada peneroka generasi kedua dan pertama FELDA.

Malang sekali ketika Najib menciplak Buku Jingga Pakatan secara senyap-senyap, beliau tidak berani untuk menerima cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan dakwaannya bahawa dasar-dasar Buku Jingga adalah populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga." ujarnya.

Tv Selangor/-

Umno terdesak, ganggu ceramah PAS

Posted: 01 Mar 2011 12:36 AM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 1 Mac: Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

"Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.

"Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

"Saya difahamkan di markas mereka juga ada satu ceramah oleh pemimpin Umno, tapi oleh kerana kurang mendapat sambutan berbanding program PAS, mereka arahkan anak muda datang mengganggu," ujarnya.

Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.

DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.

Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.

"Kita masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan saya harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana kita tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini," katanya kepada Harakahdaily.

Harakahdaily/-
Oleh : Khairil Abdul Rahim.

‘Suasana macam zon perang’

Posted: 01 Mar 2011 12:21 AM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Jurutera Malaysia trauma lihat polis Libya belasah penunjuk perasaan

SEPANG: "Saya tidak dapat melupakan peristiwa ngeri melihat penunjuk perasaan dan warga asing dipukul polis dan tentera Libya sehingga ada yang cedera parah di kepala dan pengsan ketika beratur memasuki terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli," kata jurutera sebuah syarikat pembinaan Malaysia yang berpangkalan di Libya, Shahrizal Zulkifli, 33.

Beliau yang menceritakan detik cemas itu berkata kejadian itu pada Jumaat lalu ketika beliau bersama 130 rakyat Malaysia serta rakyat negara lain beratur untuk memasuki terminal kerana mahu keluar dari negara bergolak itu berikutan rusuhan semakin memuncak.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli menjadi seperti zon perang apabila polis dan tentera Libya mula memukul penunjuk perasaan dan warga asing yang tidak mempunyai tiket penerbangan tetapi mahu meninggalkan negara berkenaan sehingga ada di kalangan mereka berdarah di kepala, pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulans," katanya ketika ditemui sejurus tiba dengan pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia (MAS) MH0015, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 6.22 pagi semalam.

Shahrizal berkata, walaupun beliau bekerja di kawasan jauh dari lokasi rusuhan dan bandar, dia dapat dengar dengan jelas bunyi tembakan senapang dan letupan ketika rusuhan memuncak di ibu negara Libya.

Kakitangan Ranhill Berhad, P Maveen, 36, berkata walaupun menetap di luar ibu kota Libya, beliau dapat lihat banyak bangunan runtuh dan kelongsong peluru bertaburan di atas jalan ketika mereka mahu meninggalkan Tripoli Jumaat lalu.

"Saya nampak bangunan ditembak bertalu-talu dan kelongsong peluru bertaburan serta penunjuk perasaan dipukul ketika keluar ke bandar. Ia adalah satu pengalaman yang menakutkan kerana sebelum ini saya hanya mengetahui keadaan rusuhan melalui radio atau televisyen.

"Saya berada di Libya hampir empat tahun kerana bekerja dan berharap keamanan dapat dicapai kerana Libya adalah negara sangat baik untuk bekerja dan melancong. Sebaik saja pesawat tiba di KLIA, hati saya kian tenteram kerana tiada lagi bunyi tembakan," katanya.

Penuntut Universiti Dakwah Islamiah Libya, Julisah Jamahat, 26, dari Sabah, berkata pihak universiti juga menasihati pelajar supaya memastikan bekalan makanan mencukupi kerana bimbang peniaga menaikkan harga ketika rusuhan berlaku.

"Saya tidak sempat membeli bekalan makanan di kolej kerana penuntut lain sudah berebut-rebut membeli barang keperluan," katanya.

Sinar Harian/-
Oleh Haika Khazi

Pas yakin kebangkitan teknologi

Posted: 01 Mar 2011 12:00 AM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR - Pergolakan yang berlaku di Tunisia, Mesir, Libya dan beberapa negara Timur Tengah telah membuka mata dunia mengenai peranan suara rakyat, tidak terkecuali Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim berkata, bersandaran kekuatan suara itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu gentar sekiranya Pas sering menyampaikan informasi kepada rakyat Malaysia berhubung protes rakyat di timur tengah.

Menurutnya, Pas hanya menyampaikan berita berkaitan situasi terkini rakyat di Mesir, yang dianggap sekadar bersifat percambahan maklumat dan berita dunia.

"Pas hanya menggambarkan betapa pemimpin di Mesir ditolak rakyat kerana telah berlaku ketidakadilan.

"Berdasarkan pergolakan itu, kita ada juga menyatakan ciri pemerintah yang patut ditolak rakyat, hal ini perlu diketahui umum dan ia sama sekali tidak mempunyai maksud lain," katanya kepada Sinar Harian.

Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pas Perak berkata, BN sepatutnya lebih terbuka dengan penyataan yang dikeluarkan Pas mengenai pergolakan itu.

Menurutnya, tidak mustahil, pilihan raya yang bakal tiba akan mencipta gelombang baru kebangkitan rakyat era teknologi moden.

"Pilihan raya adalah medan terbaik membuktikan kuasa dan suara rakyat, saya yakin dunia teknologi moden kini mampu membuat perubahan untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat," katanya.

Sebagai Ketua Penerangan Pas Perak, Khalil turut membidas kenyataan bahawa Malaysia, sebuah negara selamat dan paling kurang jenayah.

Menurutnya, berdasarkan fakta yang diterima, Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan.

"Kita masih belum lupa kes pembunuhan jutawan kosmetik serta beberapa kes berprofil tinggi yang lain, masyarakat kini mahukan maklumat yang tepat," katanya.

Kenapa Zambry takut isytihar harta

Posted: 28 Feb 2011 11:59 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

IPOH, 1 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal komen yang telah diberikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas saranan mengisytiharkan harta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ini sepertimana langkah Kerajaan Negeri Selangor bagi memberikan peluang kepada seluruh rakyat untuk menilai sendiri kedudukan sebenar harta setiap Exco Kerajaan Negeri tersebut.

Sepatutnya, kata beliau Zambry sebagai orang nombor satu menunjukkan contoh yang baik dikalangan semua Exco Kerajaan Negeri serta sebagai bukti bersihnya setiap Exco sedia ada.

"Siapakah yang mentadbir kerajaan negeri sekarang?

"Kenapa cuba memburukkan orang lain sedangkan perkara tersebut adalah untuk menunjukkan ketelusan kerajaan negeri," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, DPPN Pk kesal sikap berdalih Zambry di dalam perkara itu.

Justeru, DPPN Pk mendesak agar Zambry dan semua exco mengisytiharkan harta mereka dengan segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terkini dikatakan seorang Exco Kerajaan Negeri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sepatutnya Zambry berusaha membersihkan imej mereka dengan mengisytiharkan harta.

"Tetapi Datuk Seri Zambry bersikap angkuh dan tidak mengambil ikhtibar langsung," ujarnya lagi.

DPPN Pk, tegasnya memberikan tempoh seminggu kepada Zambry untuk mengisytiharkan harta beliau dan seluruh Exco Kerajaan Negeri.

Tambahnya, jika Zambry dan Exco Kerajaan Negeri gagal mengemukakan atau mengisytihar harta untuk dinilai oleh rakyat, maka memang benarlah persepsi yang berlegar di kalangan rakyat ketika ini bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah di kalangan mereka yang tidak bersih.

Harakahdaily/-

Chegubard : Rosmah Lebih Teruk Dari Leila, Suzanne

Posted: 28 Feb 2011 11:50 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 MAC : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yakin bahawa terdapat persamaan yang jelas di atara Malaysia dengan negara Timur Tengah, Tunisia dan Mesir.

Menurut beliau, karektor isteri perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor yang mahu berperanan dalam tampuk pemerintahan, tidak ada bezanya dengan isteri Ben Ali dan Hosni Mubarak.

" Mereka ada Leila, kita ada Rosmah yang saling tak tumpah, sama dari segi pembaziran dan kesombongannya. Mereka juga menghina ulama di Tunisia, Ben Ali menyebut dengan jelas, dalam bulan puasa, siapa yang berpuasa akan mengganggu produktiviti negara.

" Sama juga di Malaysia, perdana menteri pernah menyebut untuk memotong peruntukan sekolah agama rakyat kerana kononnya tidak melahirkan anak Malaysia yang berdaya saing dari segi sains dan teknologi. Kononnya belajar agama ini ketinggalan zaman,"kata Chegurbard kepada Tv Selangor.

Malah menurut Chegubard, jika dibandingkan dengan Leila Trabelsi dengan Rosmah, isteri perdana menteri Malaysia itu katanya jauh lebih teruk.

"Kalau nak dibezakan Rosmah dan Leila, Rosmah jauh lebih teruk daripada Leila.

"Saya rasa (Rosmah) lebih daripada itu, sebab Leila tak ada pejabat di dalam pejabat presiden. Tetapi Rosmah Mansor ada pejabat di Jabatan Perdana Menteri dan ada bajet khusus kepada beliau untuk dibazirkan bagi memenuhi kehendak dia. Pergi ke luar negara, membazir dan duduk di sebuah hotel satu malam RM100 ribu, dia tak boleh jawab. Balik baik guna nama tuhan, biar Allah tentukan. Ini salah guna agama,"katanya.

Chegubard menambah, melalui Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM, beliau akan terus menyuntik kesedaran rakyat Malaysia terhadap perkara ini.

"Rakyat wajib membuka mata tentang perkara ini. Ini kerana Rosmah sudah melampau sehingga boleh wakil negara bincang bagi pihak negara, Rosmah terlibat dalam pembelian senjata, Rosmah segala-galanya. Ini bukan setakat merisikokan ekonomi negara tetapi keselamatan dan keadaan hubungan dua hala Malaysia dan negara luar.

"Kita dari dulu pernah ada, Tun Rahah, Tun Siti Hasmah, mereka juga isteri PM, berada di sisi PM, tetapi rakyat, pembangkang tidak menyerang mereka kerana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi Rosmah sudah melampau sangat dengan membazirkan wang negara dan meletakkan negara dalam keadaan risiko,"tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir sehingga menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu.

Persamaan yang dimaksudkan beliau ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.

Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila.

Suzanne katanya hanyalah seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya.

Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat.

Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion US Dolar hasil
'rompakan' mereka.

Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu.

Tv Selangor/-

Sultan saran segerakan jalan Kota Bharu-Kuala Krai

Posted: 28 Feb 2011 11:30 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Mac: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, menyarankan kerajaan Pusat melaksanakan segera projek jalan baru yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.

Titah baginda, projek yang disenaraikan dalam RMK-10 termasuk jalan pesisir pantai yang disenaraikan itu demi keselesaan rakyat di negeri ini.

Baginda bertitah demikian sempena majlis pembukaan rasmi penggal keempat Dun Kelantan ke-12 tahun 2011, di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Pada masa yang sama baginda turut menyarankan jaringan lebuh raya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri lain perlu juga mendapat perhatian dari kerajaan Pusat.

Menurut baginda, Kelantan berpotensi untuk maju seiring dengan negara jiran dari segi kos modal serta sara hidup negeri ini yang masih rendah berbanding negeri lain di Negara ini.

"Kelantan juga mempunyai keluasan tanah yang boleh menampung keperluan sector perindustrian.

"Pada tahun 2012, Kelantan telah menerima pelaburan sebanyak RM2.54 billion iaitu lebih kurang 97 peratus pelabur swasta tempatan dan selebihnya pelaburan asing," titah baginda lagi.

Menurut Sultan Muhammad lagi, kurangnya kemasukan pelaburan asing ke negeri ini juga disebabkan faktor logistik dan kekurangan system perhubungan khususnya lebuh raya yang cekap berbanding negeri-negeri lain.

Kerana itu, tambah baginda tumpuan pelaburan masih berlaku di Semenanjung Malaysia di bahagian pantai barat.

"Untuk itu beta menuyarankan perlu adanya jaringan lebuhraya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri-negeri lain," ujarnya.

Pada masa yang sama Sultan Muhammad turut memberitahu baginda mendapat maklum reka bentuk terperinci dan pengambilan balik tanah bagi negeri Kelantan untuk projek 'cenral spine road' iaitu pembinaan jalan baru dan menaiktaraf jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan bermula Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangi, Pahang akan dilaksanakan di bawah RMK-10.

"Kesemua projek yang dirancang amat perlu demi kepentingan rakyat serta kemajuan di negeri ini," titah baginda.

Pada masa yang sama baginda turut melahirkan rasa gembira di atas usaha kerajaan negeri dalam membangun infrastruktur.

Tegas baginda, pada tahun 2012 sebanyak RM10juta telah diperuntukkan di bawah program kesejahteraan rakyat melalui JKR untuk pembangunan jalan dan jambatan baru.

Pada masa yang sama baginda turut mendedahkan beberapa projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada tahun ini antaranya pembinaan jalan raya bertingkat di Pasir Mas, projek jambatan merentasi Sungai Sat, Machang, projek menggantikan jambatan kayu di Pengkalan China, Bachok dan projek membina jambatan Kampung Tok Din, Pasir Putih bagi menggantikan jambatan lama.

Terdahulu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasharuddin Daud, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Ahmad Yaacob menyambut keberangkatan baginda untuk majlis perasmian pembukaan Dun.

Hadir sama, anggota-anggota exco kerajaan negeri Adun, anggota parlimen, pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan turut hadir pada majlis itu.

Salmah Mat Husain
Harakahdaily/-

Umno BN diminta hentikan politik samseng

Posted: 28 Feb 2011 10:51 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 1 Mac: PAS sekali lagi mengingatkan Umno BN agar menghentikan sebarang provokasi dan berkempen secara sihat di Merlimau.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengingatkan demikian ekoran penemuan beberapa kain rentang berunsur fitnah terhadap PAS di sekitar kawasan ini awal pagi tadi.

Kain rentang fitnah itu bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Petugas kita jumpa banner ni pagi tadi berhampiran lampu isyarat Merlimau pasir dan depan Politeknik kononnya kita yang buat.

"Kita harapkan mereka hentikan kerja ini dan bertanding secara sihat. Kita bagi peringatan, bertanding dalam bentuk yang sihat," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari juga mengingatkan perkara yang sama berikutan tindakan cuba membakar pentas ceramah DAP dan cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dekat sini dipecahkan awal pagi tadi, dipercayai dilakuakn oleh Umno BN.

"Kita minta Umno BN hentikan politik samseng. Sebelum ini ada cubaan bakar pentas DAP, awal pagi tadi cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dipecahkan.

"Kita minta perbuatan ini dihentikan sebelum PAS sendiri mengambil tindakan kepada mereka yang buat perkara ini. Kita minta pihak polis tegas, SPR tegas, dan BN jangan buat provokasi," katanya.

Tambahnya, provokasi sedemikian hanyalah cubaan menakut-nakutkan pengundi agar tidak memilih Pakatan Rakyat.

"Politik samseng ini sudah mula digerakkan Umno untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-oleh akan berlaku perkara buruk. Kita tak mahu dalam sistem demokrasi rakyat ditakutkan begini," katanya.

Awal pagi tadi, petugas di bilik gerakan DAP dekat sini menyedari kereta penduduk setempat yang diletakkan di hadapan bilik gerakan dipecahkan cerminnya (kanan).

Sehubungan itu, ketua publisiti DAP yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menasihatkan pemilik kenderaan berkenaan membuat laporan polis.

Khoo yang ditemui selepas itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan jahat yang menakutkan pengundi itu.

"Kita amat kesal dengan perbuatan ini. Jika Umno BN benar-benar yakin mereka boleh menang besar di sini, kenapa guna taktik kotor? Bertandinglah dengan baik," katanya.

Hazayani Zakaria
Harakahdaily/-

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Posted: 28 Feb 2011 10:42 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.
Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

Malaysiakini/-

Gempa Christchurch : Angka Korban Meningkat 240 orang

Posted: 28 Feb 2011 10:15 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

NEW ZEALAND 1 MAC : Perdana Menteri New Zealand, John Jey mengumumkan pakej bantuan kewangan pertama kepada mangsa gempa bumi Christchurch yang melibatkan subsidi berjumlah RM275 juta bagi membayar gaji hampir 50 ribu penduduk yang hilang pekerjaan kesan kerosakan gempa bumi.

Sementara angka kematian dijangkakan boleh mencecah hingga 240 orang.

Key membuat pengumuman itu selepas mesyuarat kabinet.

Antara langkah jangka panjang itu termasuk mengenakan cukai tambahan dibawah skim insurans wajib bencana.

Kerajaan menganggarkan gempa yang melanda Christchurch sebanyak dua kali dalam masa enam bulan mengakibatkan kerugian hampir RM46 juta.

Sebelum ini, pakar menganggarkan satu pertiga daripada Christchurch terpaksa dirobohkan dan dibina semula.

Bekas perdana menteri, Heland Clarck pula menyamakan kesan bencana ini dengan gempa bumi Haiti yang berlaku Januari 2009 lalu.

Angka kematian rasmi setakat ini disahkan 240 orang.

Tv Selangor/-

Aura Bob Lokman di Kerdau berikan tekanan kepada UMNO dan BN

Posted: 28 Feb 2011 09:43 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Program bersama Bob Lokman dan calon PAS DUN Kerdau petang kelmarin sehingga malam.


Setelah berkempen membantu calun Pas di Merlimau, kini kelibat artis bernama Bob Lokman kelihatan dikerumuni warga Kerdau. Bob membantu calun Pas di Kerdau pula dengan berjumpa para pengundi dan berceramah kepada yang hadir.

Kemana jua pun Bob pergi, pasti disambut mesra orang ramai. Sehinggakan Cina Dap juga telah mula mengenali selebriti terbaru yang bersama Pas ini

Habis hati warga Kerdau dapat bergambar bersama Bob Lokman. Nak bergambar dengan YB Umno? Jenuh kena ikut 'protokol'. Banyak 'orang kanan' dan 'orang kiri' yang perlu diminta izin dan perkenan.

Bob Lokman menyampaikan ucapan bersahajanya dihadapan warga Kerdau yang berkumpul
"Pas adalah sebuah parti yang membawa wadah Islam...", kata Bob dihadapan khalayak ramai.

Ramai yang mendengar ucapan Bob Lokman

Calon Pas di N.28 Kerdau juga turut serta

Kelihatan photographer Minaq-jinggo sedang mengambil shot bakal YB Kerdau

Hassanuddin Salim, calon Pas di N.28 Kerdau sedang memberikan ucapannya

Aje bebeno

Bob Lokman sedang ditemuramah wartawan

Petugas Pas Dun Kerdau membawa Bob Lokman kelokasi-lokasi yang telah ditetapkan

Nassaruddin Salim berpelukan dengan Salahuddin Ayub

Membeli jualan sambil berkempen

Menghargai sambil beramah mesra bersama pengundi

Mencuba rasai kehidupan sebagai peniaga burger

Petugas bilik gerakan sedang menyusun jadual calun

Berehat sambil minum sebentar dibilik gerakan sebelum menyambung pergerakan berkempen keserata Kerdau

Banner yang menyesakkan nafas MIC dan sekutunya

Foto-foto ehsan: Imran Ahmad Baihaqi-krew Cina Islam@Kerdau

Premium Insurans Naik, Bebankan Pengguna

Posted: 28 Feb 2011 08:30 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 MAC : Susulan kenyataan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia berhubung kenaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai 2012 banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum ia dilaksanakannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan cadangan itu akan menekan pengguna kenderaan terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

"Kalau insurans ini terlalu tinggi ia akan menimbulkan masalah, sebab kita tahu insurans ini terutama sekali insurans kenderaan pertama sekali ia perlu diambil pengguna jadi kalau pengguna ia merasakan bahawa ia terbeban dengan kos yang tinggi mungkin pada satu peringkat dia tidak berkemampuan untuk mengambil insurans dan ia menggunakan kenderaan tanpa insurans dan ini merupakan satu kesalahan tetapi masalahnya dia tidak mampu mengambil insurans sebab kadar insurans tinggi," katanya.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia memaklumkan akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata, ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

"Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan," katanya.

Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Saari berpendapat, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci cadangan itu tanpa perlu menaikkan premium insurans sewenang-wenangnya berikutan kualiti perkhidmatan yang tidak setimpal dengan kenaikan tersebut.

"Kerana dalam melibatkan insurans ini ia melibatkan semua , semua orang akan terlibat dalam keseluruhannya sedangkan dalam segi perkhidmatan itu sendiri yang diberikan kepada syarikat-syarikat insurans kepada penginsurans tidak seberapa yang diharapkan,bila menghadapi kemalangan isu tuntutan lambat, isu tak berpadanan. sepatutnya kualiti perkhidmatan kena setara dengan yang dibuat sebelum ini, " katanya.

Tv Selangor/-

Angkuh : "Ali Rustam Tidak Nampak Rakyat Di Bawah" Kata Jonah

Posted: 28 Feb 2011 08:24 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 MAC : Kenyataan sombong dan bongkak Ketua Menteri Melaka, DatuK Seri Mohd Ali Rustam disifatkan sebagai kata-kata dari pemimpin yang terlalu lama berada puncak kuasa dan selesa dengan tampuk pemerintahannya.

Demikian tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Khairul Anwar turut menyifatkan, kenyataan Ali Rustam itu sebagai sesuatu yang sangat tipikal bagi pemerintah yang merasakan dirinya berkuasa.

"Kenyataan Ali Rustam adalah satu kenyataan tipikal. Orang yang memerintah terlalu lama dan dia rasa semua yang dia buat itu betul. Pemikirannya adalah rakyat
Merlimau tu adalah hak mutlak dia.

"Saya berasa kasihan dengan Ali Rustam sebab inilah dia bila sudah terlalu lama duduk di puncak kuasa,tak tengok lagi ke bawah. Dia sudah rasa semua yang
dia buat tu betul," kata Khairul atau lebih dikenali sebagai Jonah.

Dalam pada itu, beliau juga beranggapan, kenyataan yang dikeluarkan Ali Rustam itu adalah sebagai satu penghinaan kepada semua pihak khususnya rakyat Melaka.

"Satu penghinaan kepada keupayaan orang-orang muda dan pengundi Merlimau. Kenyataan itu menunjukkan seolah-olah menggambarkan penduduk Merlimau tak boleh berfikir, tak mampu nak buat perubahan, tak mampu membuat analisa dan tak boleh buat perbandingan," tambahnya lagi.

Justeru, beliau menasihatkan agar Ali Rustam segera mengambil ikhtibar ekoran daripada 'tsunami' pilihan raya yang berlangsung pada 2008.

Ini kerana, jelasnya rakyat semakin bijak memilih pemimpin mana yang dirasakan layak untuk menguruskan pentadbiran negara.

"Rakyat telah berjaya memecahkan mitos bahawa hanya BN dan Umno sahaja yang akan menang melalui pilihan raya itu. Rakyat telah pecahkan mitos itu,"katanya.

Ali Rustam sebelum ini dengan angkuh menasihati PAS supaya jangan bermimpi untuk merampas kerusi DUN Merlimau dalam keghairahannya berkempen untuk pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad dan calon PAS, Yuhaizat Abdullah.

Ini adalah pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Tv Selangor/-

Tiga warga kita di Libya gagal dikesan

Posted: 28 Feb 2011 08:11 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEPANG: Kementerian Luar mengesahkan tiga rakyat Malaysia yang ke Libya untuk bekerja, masih gagal dikesan dan nasib mereka belum diketahui kerana tidak dapat dihubungi ahli keluarga masing-masing, sejak beberapa hari lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot, berkata pihaknya hanya mengetahui mengenai kehilangan tiga rakyat Malaysia terbabit selepas ahli keluarga masing-masing menghubungi Wisma Putra untuk meminta bantuan bagi membawa mereka keluar dari Libya.

Bagaimanapun, katanya, pagi semalam Wisma Putra belum menerima sebarang maklumat mengenai kedudukan dan lokasi tiga rakyat Malaysia terbabit.
"Kita hanya mengetahui kehadiran tiga rakyat Malaysia itu di Libya selepas dimaklumkan ahli keluarga masing-masing yang bimbang mengenai keselamatan mereka.

"Setakat ini, kita tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimanapun, jika tiga pekerja terbabit dapat menghubungi ahli keluarga masing-masing dalam tempoh terdekat, maka lebih mudah untuk kita arahkan pegawai Kedutaan Malaysia yang kini dipindahkan sementara waktu ke Malta membawa mereka keluar secepat mungkin," katanya selepas menyambut kepulangan kumpulan pertama 98 rakyat Malaysia termasuk dua pelajar dari Sabah dan Pahang serta enam pegawai Kedutaan Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Libya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Kumpulan pertama rakyat Malaysia daripada 86 lelaki dan 12 wanita itu tiba di KLIA kira-kira jam 6.22 pagi, semalam dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH0015, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rome, Itali, tengah hari kelmarin.

Kumpulan kedua seramai 32 rakyat Malaysia termasuk lima pelajar dijangka tiba di Malaysia, Rabu ini.

Berita Harian/-

14 maut dalam pertempuran di Iraq

Posted: 28 Feb 2011 08:00 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

BAGHDAD - Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan terbesar yang berarak di hadapan bangunan kerajaan bertempur dengan pasukan keselamatan di beberapa bandar di Iraq, kelmarin.

Seramai 14 penunjuk perasaan di beberapa bandar di Iraq terkorban selepas pihak berkuasa bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka.

Mereka melakukan demonstrasi yang digelar 'Hari Keberangan' itu kerana tidak berpuas hati dengan kegiatan rasuah, kadar pengangguran yang tinggi dan perkhidmatan awam yang kurang bermutu di negara itu.

Kira-kira 4,000 penduduk turut melakukan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Gabenor Sheltagh Aboud al-Mayahi di pelabuhan bandar Basra.

Mereka menuntut Sheltagh meletak jawatan kerana mendakwa dia tidak melakukan sebarang perubahan terhadap bandar itu.

Sinar Harian/-

26 Buah Kereta Musnah Apabila Gudang Perodua Terbakar

Posted: 28 Feb 2011 07:30 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 MAC : Sebanyak 26 buah kereta Perodua Myvi dan Viva baru yang ditempatkan sebuah gudang Perodua di bandar Puchong Jaya musnah apabila gudang berkenaan terbakar semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei berkata 20 buah kereta bagaimanapun berjaya diselamatkan manakala empat lagi rosak teruk dalam kebakaran pada 1 tengah hari itu.

"Gudang itu menyimpan 50 buah kereta Perodua Myvi dan Viva yang kesemuanya menunggu untuk dihantar kepada pelanggan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dipercayai bermula di bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain gudang. Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Puchong Pramnath Hariskisna berkata empat jentera bomba, masing-masing sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Bukit Jalil dan Petaling Jaya bersama 50 anggota berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tv Selangor/-


MB Pahang diminta jawab

Posted: 28 Feb 2011 07:00 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH - Pas mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tampil memberi penjelasan berhubung laporan Ketua Audit Negara tahun lalu yang menyebut Kerajaan Negeri hilang sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan itu sekali gus menunjukkan kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang sangat nyata.

Menurutnya, isu ini juga menunjukkan terdapat banyak 'modal' yang boleh dibangkitkan oleh Pas pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang sedang berlangsung, sekali gus menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa parti itu ketandusan isu.

"Kita hairan kerana dalam suasana anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengalami kerugian, menteri besarnya masih mengharapkan 50 peratus daripada keuntungan GLC disumbangkan kepada Kerajaan Negeri," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Kerdau berkata, apa yang berlaku juga seakan-akan mengiyakan telahan pakar ekonomi bahawa Kerajaan Negeri berpotensi bankrap.

"Ia berlaku kerana empat syarikat GLC itu gagal membayar pinjaman mengikut jadual," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, laporan itu juga mendedahkan bahawa tidak wujud peruntukan dalam perjanjian yang membolehkan Kerajaan Negeri mengambil tindakan terhadap GLC apabila mereka gagal membuat bayaran balik.

"Rakyat Pahang harus ingat bahawa Kerajaan Negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun dan kini menanggung hutang RM2.17 bilion," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas menuntut Kerajaan Negeri mendedahkan prestasi semasa GLC sebagaimana dilakukan oleh negeri yang diterajui oleh Pakatan Rak�yat (PR).

Sinar Harian/-

Pengalaman ngeri sepanjang di Libya

Posted: 28 Feb 2011 06:30 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

SEPANG - Rakyat Malaysia di Libya mengalami suasana ngeri sebelum kerajaan Malaysia segera membawa mereka keluar dari negara yang sedang bergolak itu ekoran rusuhan rakyat terhadap pemimpin mereka.

"Saya tidak boleh lupa kejadian yang berlaku. Saya lihat mayat, pelbagai senjata di tangan orang awam dan berlaku kejadian tembak menembak.

"Ia menakutkan. Tidak pernah saya fikir Libya boleh bertukar macam ini," kata P Naveen, 36, Kontroler Kanan Ranhill Berhad yang sudah empat tahun bekerja di Libya.

Dia antara 98 orang rakyat Malaysia di Libya yang tiba dengan pesawat komersial Malaysia Airlines (Mas) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi tadi dari Rome, Itali.

Sebelum itu mereka diangkut ke Rome dari ibu negara Libya, Tripoli menerusi pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Keseluruhan seramai 130 rakyat Malaysia dipindahkan ke Rome Jumaat lalu, sementara 32 lagi menunggu untuk dihantar pulang dan dijangka tiba Rabu ini.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Shahrizal Zulkifli, 33, dapat menyaksikan suasana di Lapangan Terbang Tripoli sebagai zon perang.

"Saya terpaksa menunggu selama 12 jam dalam cuaca sejuk untuk memasuki terminal Lapa-ngan Terbang Tripoli. Kita beratur 12 jam untuk memasuki lapangan terbang. Lapangan terbang macam zon perang.

"Walaupun tiada kejadian tembak menembak, tetapi dengan kehadiran ribuan orang disertai kehadiran ramai pasukan tentera dan polis, ia menakutkan.

"Dalam keadaan itu, ada yang berdarah, pengsan dan lapangan terbang turut dipenuhi ambulans. Untuk masuk ke dalam lapangan terbang sahaja, kita kena berjalan sejauh satu kilometer.

"Kita tidak dapat masuk de-ngan mudah kerana berpuluh ribu orang berada di dalam kawasan lapangan terbang. Jadi kita kena tunggu 12 jam dengan cuaca sejuk dan angin kuat. Jam 3 pagi (waktu tempatan) baru kita dapat masuk terminal," kata Shahrizal yang berkerja di Libya belum sampai setahun.

Shaiful Abdul Rahim Abdul Wahab, 40, turut menceritakan pengalamannya terkandas di Lapangan Terbang Tripoli sebelum mereka dipindahkan ke Rome.

"Kita terkandas di lapangan terbang hampir 12 jam. Masa kita keluar dari lapangan terbang turut berlaku kejadian tembak-menembak antara polis dengan mereka yang mahu menaiki kapal terbang.

"Saya takut bila kita dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain. Bila kita diarahkan pegawai kedutaan untuk lari ke tempat lain bagi menyelamatkan diri," katanya.

Seorang pekerja Ranhill, Helmi Saari, 33, berkata, dia dan rakan-rakannya tidak berani keluar dari kem tempat mereka bekerja apabila mengetahui rusuhan berlaku.

"Saya di sana baru dua bulan, bayangkan bila dengar berita rusuhan, kita tidak berani keluar. Kita dinasihat supaya jangan keluar.

"Nasib baik kita tinggal di dalam kem disediakan Ranhill, makanan pun tidak ada masalah," katanya bertugas di Tajura, Tripoli.

Salwah Shamsudin, 26, berkata dia turut berkurung di dalam rumah sejak 18 Februari lalu atas nasihat pihak kudataan Malaysia.

"Saya dinasihatkan supaya jangan keluar rumah. Jadi saya tidak melihat sebarang kejadian di luar rumah. Saya hanya dapat mendengar jeritan orang ramai," katanya.

Sinar Harian/-

Husam: Tiga dalil Dr M pengkhianat Melayu

Posted: 28 Feb 2011 06:00 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.
"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

Dengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.

Malaysiakini/-
Oleh : Abdul Rahim Sabri.

PRK DUN Merlimau : PAS Ingatkan Ali Rustam Jangan Angkuh

Posted: 28 Feb 2011 05:30 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN 1 MAC : PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN) lapor The Malaysian Insider.

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk "menawan" Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

"PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

"Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN," katanya.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

"Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

"Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

"Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Tv Selangor/-

Mubarak dilarang keluar negara

Posted: 28 Feb 2011 05:25 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Mesir semalam mengenakan larangan keluar negara terhadap Hosni Mubarak dan keluarganya, selain membekukan aset bekas presiden itu yang meletak jawatan berikutan bantahan rakyat 11 Februari lalu.

Selain Mubarak larangan itu turut dikenakan ke atas isterinya Suzanne, dua anak lelaki mereka Ala dan Gamal, dan isteri masing-masing, kata seorang sumber jabatan kehakiman semalam.

Mubarak yang meletak jawatan selepas memerintah secara kuku besi selama hampir tiga dekad, melepaskan kuasa kepada tentera dan kini menginap di pusat peranginan Mesir, Sharm el-Sheikh.

Pada 21 Februari lalu, pendakwa raya Mesir, Abdel Magid Mahmud memohon kerajaan asing membekukan aset luar negara bekas presiden itu dan keluarganya.

Pendakwa raya itu memberi arahan kepada menteri luar Ahmed Abul Gheit menghubungi kerajaan asing terbabit bagi melaksanakan pembekuan berkenaan.

Sumber kehakiman berkata ketika itu pejabat pendakwa raya menerima beberapa aduan berhubung kekayaan Mubarak dan keluarga di luar negara yang menyebabkannya melancarkan siasatan.

Mubarak didakwa menghimpun kekayaan yang besar ketika berkuasa tetapi penasihat undang-undangnya berkata dakwaan berkenaan hanyalah khabar angin.
Perancis berkata minggu lalu ia akan memenuhi permintaan Mesir itu.
"Kami sedang berbincang dengan negara Eropah lain bagaimana untuk memenuhi permintaan pihak berkuasa Mesir ini," kata jurucakap kementerian luar Perancis, Bernard Valero.

Switzerland yang membekukan aset Mubarak beberapa jam selepas pemimpin itu digulingkan berkata bekas presiden itu memiliki 'berpuluh juta francs' disimpan dalam institusi kewangan Switzerland.

Sekolah agama Kerdau terbiar, penduduk miskin

Posted: 28 Feb 2011 05:00 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 1 Mac: Selepas membawa media meninjau pekan Kerdau, stesen keretapi dan projek kuarters polis terbengkalai kelmarin, semalam wakil-wakil media dibawa ke dua lagi lokasi lain yang membuktikan kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau tidak lekang dengan isu kemiskinan dan kemunduran.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, pemimpin Umno mendakwa daerah itu tidak pernah diabaikan malah Presiden Umno sendiri bertegas tiada isu kemiskinan di Kerdau.

Wakil PAS membawa pihak media ke lokasi sebuah sekolah menengah agama di tepi jalan utama Temerloh-Jerantut berdekatan Simpang Empat Kerdau (gambar).

Sekolah Menengah Agama At-Tarbiah Kerdau merupakan satu-satunya sekolah aliran agama di sini dan telah beroperasi sejak tahun 60-an lagi.

Bermula dengan menumpang di sebuah surau, Sekolah Agama At-Tarbiah akhirnya mempunyai bangunan sendiri.

Bagaimanapun lebih 20 tahun lalu sekolah ini tidak beroperasi sebagai sekolah menengah lagi, dipercayai tiada usaha-usaha dari pihak kerajaan untuk menjadikan sekolah tersebut terus berkembang.

Kini bangunannya hanya digunakan untuk kelas agama dan fardu ain (Kafa) kepada anak-anak penduduk di situ dan dibuat pusat tahfiz Quran.

"Bagaimana kerajaan BN Pahang dakwa tidak pernah mengabaikan pembangunan di Kerdau, sekolah agama yang menjadi keperluan kepada penduduk untuk anak-anak mereka dibiarkan," kata Abdul Wahid Endut, Timbalan Pengarah PRK PAS Dun Kerdau yang mengetuai tinjauan besama media itu.

Kata beliau, BN tidak pernah mahu mengambil berat keperluan pendidikan agama.

"Kita boleh lihat bagaimana sebuah sekolah agama akhirnya terpaksa ditutup, kerana tiada usaha pihak kerajaan untuk memajukannya, sedangkan permintaan untuk sekolah aliran agama semakin meningkat" ujar beliau.

Menurut Abdul Wahid, beliau dimaklumkan sekolah ini berkembang dengan baik pada peringkat awal, malah satu ketika pernah menjadi antara sekolah yang mencatatkan keputusan peperiksaan cemerlang di seluruh Pahang.

"Daripada sebuah sekolah yang beroperasi kemudiannya ditutup, apakah ini tidak bermaksud kemunduran," ujarnya.

Menurut penduduk di situ, sekarang ini, penduduk Kerdau yang mahu memasukkan anak mereka ke Sekolah Agama terpaksa pergi ke sekolah Al-Khairiah, Temerloh.

"Kalau sekolah agama di Temerloh penuh terpaksalah memilih sekolah aliran biasa, atau bagi yang berkemampuan mereka hantar anak ke sekolah agama yang lebih jauh.

Tetapi kata beliau, biasanya terlalu sukar untuk mendapat tempat di Sekolah Agama Al-Khairiah kerana permintaan terlalu ramai dan tempat amat terhad.

"Pada saya tiada sebab sekolah ini ditutup, tetapi kerajaan tidak pernah ambil peduli," katanya.

Siri tinjauan bersama media yang dikelolakan oleh PAS akan diadakan setiap hari sepanjang kempen PRK Kerdau berlangsung.

Selain meninjau sekolah agama, pihak media juga dibawa melawat sebuah rumah penduduk miskin di Kampung Paya Taram (kiri) sekaligus untuk membuktikan dakwaan Perdana Menteri yang mengatakan tiada isu kemiskinan di Kerdau tidak benar sama sekali.

Di kampung tersebut, pihak media ditemukan dengan Jusoh Abdullah, 61, yang hidup dalam keadaan menyedihkan.

Jusoh mengidap penyakit lelah yang serius tinggal di sebuah rumah usang, sebahagian atap rumahnya bocor tetapi tidak mampu menukar bumbung baru dengan pendapatan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Anak saya berumur 14 tahun tidak pernah mendapat bantuan persekolahan walaupun berkali-kali saya mohon," kata Jusoh kepada rombongan wakil PAS dan media yang mengunjunginya.

Beliau mempunyai seorang isteri, manakala anak lelakinya yang sudah berkeluarga turut tinggal bersama dalam rumah usang itu kerana tidak mampu mencari kediaman lain.

Ahmad Mohd Yaman, Imam masjid kampung Paya Taram yang turut sama melawat Jusoh mengesahkan terdapat ramai keluarga miskin di sekitar kampung tersebut.

"Saya tengok orang miskin tidak pernah diberi perhatian oleh kerajaan atau wakil mereka di sini. Malah saya sebagai Amir di sini pernah berjumpa dengan orang miskin yang tidak pernah mendapat agihan duit zakat," kata beliau.

Harakahdaily/-

Tuduh PAS alat DAP bukti Umno BN tandus isu

Posted: 28 Feb 2011 04:30 PM PST

26 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

JASIN, 1 Mac: Tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat bukan 'perbincangan kedai kopi' sebaliknya mendapat sokongan daripada gerakan Islam di seluruh dunia.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, keputusan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (dahulu dikenali sebagai Barisan Alternatif) dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Menurutnya, Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah antarabangsa PAS Pusat mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan pergolakan politik melibatkan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.

"Kita tubuhkan Pakatan Rakyat pada tahun 1998 bukan kita bincang di kedai kopi tapi dicapai selepas pertemuan 13 orang pimpinan terkanan PAS yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Noor), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Awang), Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 orang pemimpin gerakan Islam Antarabangsa.

"Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr. Yusuf Qardhawi," katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, dekat sini, malam tadi.

Nasharudin berkata, menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus berkerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman Umno BN.

"Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang walaupun nama dan dasarnya tidak Islam asalkan mereka itu bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan PAS.

"kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Umno BN," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong yang hadir.

Justeru ujar ahli Parlimen Bachok itu, dakwaan Umno BN bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP adalah tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.

"Umno kata PAS ini kuda tunggangan DAP. Ini perkara yang dimainkan sebab (Umno BN) dah tak ada isu," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, PAS sepatutnya bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.

Harakahdaily/-
Oleh : Ahmad Danial.

Pengikut