Jumaat, 19 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Panglima Perang Cyber

Posted: 18 Dec 2014 11:40 PM PST

Panglima Perang Cyber


Status Banjir Kelantan di eBanjir Portal V1.01

Posted: 18 Dec 2014 08:55 PM PST

Peluang Menjadi Ahli UMNO Melalui Online dilancar Presiden @NajibRazak Hari Ini

Posted: 18 Dec 2014 12:08 AM PST

Kini anda boleh menjadi ahli hanya dengan mengisi borang online.

http://keahlian.myumno.org/

The Unspinners

Posted: 18 Dec 2014 11:38 PM PST

The Unspinners


PAS dan DAP: sandiwara atau betul gaduh?

Posted: 18 Dec 2014 10:30 PM PST


Mereka bertelagah memberi kenyataan yang kontra di antara mereka. DAP kata:  

Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.

"Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.

"Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam," katanya ketika dihubungi, semalam seterusnya

PAS pula kata : 

Pas Kelantan menyifatkan tindakan DAP menentang hukum hudud disebabkan kurang kefahaman mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu. 
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir berkata, pendekatan terbaik perlu dilakukan bagi menangani masalah percanggahan pendapat dalam isu tersebut. 
Katanya, parti komponen dalam PR harus menyahut kenyataan DAP itu sebagai terjemahan bahawa mereka masih tidak memahami hukuman itu bagi orang Islam. 
"Kita perlu melipatgandakan usaha untuk memberi penjelasan dan caranya kena lebih berkesan kepada DAP, dan masyarakat bukan Islam khususnya. seterusnya
'Kita perlu melipatgandakan isaha untuk memberi penjelasan kepada DAP'?

Kepada siapa yang PAS mahu berbohong?

Nik Abduh anak Nik Aziz sendiri telah berkata bahawa Pas sudah bawa isu hudud sejak lebih 20 tahun lalu. Tetapi DAP masih kekal menolak Hudud parti PAS.



Dan sampai bilakah PAS dan DAP mahu membohongi rakyat sama ada umat Islam dan kaum Cina?

Baca sepenuhnya di MIM SINI

 

Hina ugama Buddha didakwa tapi cina hina Islam ...

Posted: 18 Dec 2014 07:22 PM PST


... tak boleh didakwa kata pembangkang.

Orang Islam liberal ok bila Islam dihina dan kritik orang Islam pertahan Melayu dan Islam.

Tapi Dong Zong dan Hindraf rasis dan FB hina Melayu, Islam dan Raja, mereka diam saja.

Cina India boleh tapi Muslim tak, Queck Queck?

Posted: 18 Dec 2014 04:20 PM PST


Hindu boleh berarak untuk Thaipusam di Penang. Cina berarak begitu lama dan panjang hingga sampai jam Pulau Pinang. Kena Muslim tak boleh buat perarakan Maulud Nabi?

Jawapannya adalah dalam sejarah Singapura yang mana pernah berlaku demonstrasi ketika Maulud Nabi dan sampai hari ini, Lee Kuan Yew ada tuduh UMNO Spura buat dan didalam Dato Jaafar Albar. Padahal PAP pasang orang untuk menyamar dan cetuskan demonstrasi.

Nik Aziz tak mahu ke sokonh Si itek Queck Queck ni? Dah kena tikam belakang DAP, masih sokong lagi ke?

PRK Inanam: Ronald Chia marah Lajim sapu semua projek

Posted: 18 Dec 2014 05:37 AM PST


Adun PKR di Sabah letak jawatan

Astro Awani | Kemas kini: Disember 17, 2014

KUALA LUMPUR:  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.

Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Due to health reasons, I will step down as Adun Inanam. I thank the Inanam voters and party leadership for ur support over last 17mths.— Dr Roland Chia (@RolandChiaMS) December 17, 2014

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.

----------------------

Anwar bakal ke KK untuk pujukRonald Chia. Dengan begitu lantang dia poliyikkan isu RCI yg dia pun terlibat, masih juga dia takut hadapi PRK.

Tak hwran dia takut hadapi PRK kerana kes saman terhadap Dato Anifah Aman hanya membogel dan memalukannya.

Ronald undur bukan saja kerana cemburu Dato Lajim Ukin dilantik Pengerusi PKR Sabah, tapi lebih dari itu.

Dia dipercayai geeam Lajim sapu makan sorang kontrak2 yg diperolehi di Selangor dan Penang.


Belantan

Posted: 18 Dec 2014 11:34 PM PST

Belantan


Tahaluf siyasi pakatan pembangkang terbatal?

Posted: 18 Dec 2014 07:44 AM PST


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.

Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.

"Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.

"Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram," katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.

Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum 'menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi'.

Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.

"Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

"Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata," tegas beliau. - UMO

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Dec 2014 11:03 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAT SABU DIAM-DIAM SEBAB TAK MAHU WANG PEMBERIAN DAP HILANG

Posted: 18 Dec 2014 04:59 PM PST

Facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii mempersoalkan sikap mendiamkan diri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) walaupun DAP secara terang-terangan mengkritik PAS berkaitan isu ulama dan hudud.
"Apa kejadahnya PKR dan DAP yang saban hari dok serang PAS khususnya Ulama? Apa kejadahnya DAP dan PKR pi dok jolok bab hudud?
"Agak-agak hampa, apa motif dan agenda depa berbuat begitu?
"Mana pi suara kawan baik Lim Guan Eng iaitu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS? Apakah Mat Sabu tak boleh nasihatkan Lim Guan Eng? Apakah suara Mat Sabu langsung tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng atau Mat Sabu yang memberi lampu hijau kepada Lim Guan Eng untuk gasak Islam, Ulama dan PAS?
"Atau Mat Sabu dah hilang teloq dan suara kerana diberi jawatan dan gaji yang lumayan dalam anak syarikat kerajaan Pulau Pinang?," soal facebooker itu.
Turut disertakan facebooker itu satu poster wajah Mat Sabu didahinya ditulis '$$$' dan wajah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, didahinya ditulis 'Tauke'
Pendedahan Mat Sabu menerima habuan daripada DAP bukan perkara baharu, malah telah didedahkan blogger Ibrahim Baba (IB) pada tahun 2012.
"Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.
"Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.
"Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk "jaga" keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang "jaga" siapa. Strategi mereka ialah seorang "jaga" seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor," dedah blogger itu.
Pada tahun 2013, bekas aktivis Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman turut mengesahkan Mat Sabu adalah tali barut Guan Eng.
Petikan pendedahan Mohamad Razali tentang Mat Sabu :
Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi PAS menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.
Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.
"Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?."
"Abang, ini isu agama bang."
"Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi." Dia kata.
"Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik."
"Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?"
"Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu."
Saya kata dia, "Isu agama."
"Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?". Sampai tahap tu dia kata kat saya.
"Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik."
Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. "Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik."
"Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu."
RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja. Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.
Tapi dia kata, "Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup."
Saya tanya kat dia, "Apa dia?."
"Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu."
Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, "Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?".
"Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa."
Pemimpin PAS, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).
Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden PAS sekarang.
Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.
So, matlamat menghalalkan cara. Janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 18 Dec 2014 09:47 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BAHAN PENTING :CUBA BACA PERENGGAN KE 11.

Posted: 18 Dec 2014 04:18 AM PST

KUALITI PENAFSIRAN DEMOKRASI PAKATAN ADALAH BERTARAF JAMBAN..

Posted: 18 Dec 2014 02:46 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 18 Dec 2014 09:27 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Biadap Betul Mulut Lawyer Anwar Ini

Posted: 18 Dec 2014 05:30 AM PST





BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 18 Dec 2014 03:49 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Ayda Jebat yakin adegan intim atas katil berjaya...

Posted: 18 Dec 2014 03:01 PM PST

Pelakon baru yang semakin meningkat populariti, Ayda Jebat menghormati permintaan Izzue Islam meletakkan syarat tidak mahu berpeluk untuk beberapa babak romantik mereka sebagai suami isteri menerusi drama bersiri terbaru, Suami Sebelah Rumah.

Bercerita lanjut penggambarannya yang selesai pada minggu lalu, Ayda memberitahu pada mulanya dia berasa terbatas untuk menjiwai wataknya apabila Izzue menolak melakukan aksi romantik seperti diatas katil dan berpelukan seperti mana dikehendaki dalam skrip berkenaan yang diadaptasi daripada novel. Bagaimanapun, selepas mereka berbincang dengan pengarah, dia menghormati permintaan aktor itu.

Katanya, dia menganggap ia sebagai satu cabaran dalam lakonannya kali ini menunjukkan keintiman tanpa bersentuhan.

"Awalnya saya rasa terbatas apabila Izzue beritahu babak romantik yang dia tidak boleh lakukan misalnya di atas katil.

"Namun, apabila saya fikirkan semula, jika dia tidak sanggup, saya pun tidak sanggup. Lagipun ada baiknya sebab dia sudah berkahwin dan saya menghormati permintaan dia.

"Saya juga terfikir apabila nanti saya sudah kahwin dan masih berlakon, kalau ada perkara yang saya tidak boleh buat, saya harap orang lain juga akan menghormatinya.

"Walaupun kami tidak boleh tunjukkan romantik dengan cara bersentuhan atau berpeluk tetapi Izzue ada juga memberi cadangan untuk aksi romantik dan intim itu divisualkan dengan cara lain dan kami juga berbincang dengan pengarah," katanya.

Katanya, babak malam pertama di atas katil dilakonkan dengan cara tutup lampu dan hanya melafaz dialog.

"Selain itu, cara percakapan dan pandangan mata sudah boleh menggambarkan hubungan romantik tanpa kami perlu berpegangan tangan," jelasnya ketika ditemui pada sidang media Siri Realiti Web Pencarian Wajah Aurawhite di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam.

Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri, Rindu Awak 200% adalah duta produk kecantikan dan kesihatan berkenaan bersama Natasha Hudson, Amyra Rosli dan Izzue sebagai duta AuraMen. Mereka terbabit sebagai juri dalam sesi ujibakat program realiti tersebut yang akan disiarkan pada Mac tahun depan.

Mengulas lanjut gandingan mereka memandangkan pernah tercetus isu isteri Izzue dikatakan cemburu terhadap lakonan dengan pelakon wanita lain, Ayda menyatakan isu itu tidak menghalang dia dan Izzue mewujudkan keserasian.

"Izzue seorang pelakon yang bagus dan dia sangat menjiwai wataknya. Kami tiada masalah dari segi mendapat keserasian dan saya seronok dapat berlakon dengannya selain banyak perkara baru yang saya dapat belajar.

"Lebih menarik, drama kali ni bukanlah drama romantik sangat tetapi menyelitkan elemen komedi", katanya tentang drama terbitan JS Pictures yang akan ditayangkan di TV3 itu nanti.

Dalam pada itu, gadis berusia 21 tahun ini meluahkan rasa syukur dan gembira kerana lakonannya dalam dramanya Rindu Awak 200% sebelum ini telah melonjakkan namanya sekaligus menjadi kesayangan ramai peminat drama tempatan.

Katanya, seperkara yang lebih membuatkan dia terharu adalah apabila ada peminatnya sanggup datang dari jauh semata-mata mahu memberikan sokongan padanya jika dia hadir dalam satu acara atau majlis di mana saja.

"Mereka sangat sayang saya dan saya pun sangat menghargai mereka. Ada yang sanggup mengikut saya ke mana saya pergi sebagai menunjukkan tanda sokongan mereka.

"Contohnya, baru-baru ini saya hadir pada acara di Kelantan dan Terengganu, peminat saya dari Kuala Lumpur sanggup datang ke acara tersebut. Sokongan mereka membuatkan saya terharu.

"Saya sangat hargai apa yang mereka buat untuk saya. Sebagai balasan, saya juga beritahu kehadiran saya pada sesuatu acara menerusi Instagram.

"Mereka sangat teruja apabila saya tegur mereka dan saya pun seronok apabila mereka gembira," katanya.

Mengenai perancangan kerjaya, Ayda memberitahu dia bersikap memilih dalam beberapa perkara sebelum menerima sesuatu tawaran.

"Saya agak memilih mengenai pengarah dan jalan cerita sebuah drama atau filem. Jika projek itu bagus, baru saya akan terima.

"Bukan mahu 'demand' tetapi saya buat semua ini demi peminat dan kerjaya saya. Untuk terus kekal dalam industri bukan senang, jadi saya harus betul-betul tahu apa yang terbaik untuk diri saya," ujarnya.

Perkembangan lain, Ayda sibuk menjalani penggambaran iklan produk makanan kucing sebanyak 29 episod untuk siaran Youtube berjudul Oscar I Miss You.

Selain itu, dia juga akan membintangi dua filem baru iaitu sebuah filem genre seram arahan Ahmad Idham manakala satu lagi filem komedi romantik arahan Aidil Fitri Mohd Yunos. Bagaimanapun, Ayda merahsiakan judul kedua filem tersebut buat masa ini.

- mD

(Foto) Perodua Myvi Baru 2015 New Facelift Tersebar

Posted: 18 Dec 2014 02:31 PM PST

Gambar kereta perodua Myvi baru 2015 new facelift tersebar. Menerusi laman sosial, kini tersebarnya foto rekaan terbaharu Perodua Myvi yang dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada tahun 2015.

Daripada foto yang tersebar, rekaan model Myvi 2015 dibahagian hadapan nampak lebih garang daripada rekaan Myvi yang terdahulu.





5 Kes Cerai, Rumah Tangga Selebriti Dalam Sehari

Posted: 18 Dec 2014 02:01 PM PST

Menjelang penghujung tahun 2014, dunia hiburan dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dipenuhi dengan kes perceraian dan masalah rumah tangga selebriti., pada Khamis.

Memetik kenyataan di mStar online, antara artis yang dilihat diperkarangan mahkamah tersebut adalah Ieda Moin (perceraian), Fadilah Mansor dan Mat London (pengesahan nikah dan cerai), Syura (pengesahan rujuk) dan Rozana Misbun (pengesahan nikah dengan Awie).

Manakala nama penyanyi Farah Asyikin dan suaminya, Zaahier Stanley turut dilihat berada di papan kenyataan berhubung permohonan perceraian mereka. Bagaimanapun Fara dan Zaahier Stanley tidak hadir ke mahkamah dan kes berkenaan ditangguh pada 21 Januari untuk sebutan semula.

Ieda Moin Cerai Talak 1


Ieda akhirnya bercerai dengan Mohd Naquib Idris selepas gagal menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Penyanyi dan pelakon itu sah bercerai talak satu selepas Naquib melafazkan talak di Dewan 5, Mahkamah Rendah Syariah.

Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, memberitahu mahkamah perceraian itu adalah jalan terakhir sebagai penyelesaian kemelut rumah tangga mereka dan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 4 November 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania yang kini bwerusia enam tahun.

Bagaimanapun Mohamed Hizwan mengarahkan pasangan itu memfailkan tuntutan nafkah di Mahkamah Tinggi Syariah selepas Ieda tidak bersetuju dengan Mohd Naquib yang mahu membayar nafkah anak mereka sebanyak RM800 sebulan.

Syura Gagal Hadir Kes Lafaz Rujuk

Sementara itu, dalam sidang sama, bekas suami kepada penyanyi dan juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura iaitu Mohd Fadhly Md Yassin membuat permohonan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat secara lisan pada 10 November lalu.

Bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut dan Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Mohd Fadhly yang ditemui diperkarangan mahkamah turut mengakui mereka sah bercerai pada September lalu.

Pengarah Jabatan Agama Dipanggil Beri Keterangan Kes Awie

Dalam perkembangan lain, dalam dewan berasingan, Hakim Mohd Amran Mat Zain mengarahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Yusoff Abu Bakar dipanggil memberi keterangan pada 6 Januari depan berhubung pengesahan surat nikah penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun.

Mohd Amran memberitahu kes berkenaan akan diselesaikan terlebih dahulu sebelum menyambung isu berhubung hak penjagaan anak yang difailkan oleh Awie selaku plaintif kes tersebut.

Rozana yang hadir pada sidang tersebut turut memaklumkan pihaknya menukar peguam syarie yang mewakilinya dalam kes tersebut iaitu Nor Azmi Mohd Arif.

Awie bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.


sumber: mStar online

Pelakon terkenal terpesong akidah, anak buat laporan JAIS

Posted: 18 Dec 2014 04:01 AM PST

SEDIH bercampur kecewa apabila mendengar perkhabaran seorang pelakon dan penyanyi berusia 40-an bersama isterinya, antara yang didakwa menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham.

Pasangan ini dikatakan telah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk disiasat selepas anak lelakinya sendiri membuat laporan.

Artis lelaki yang cukup sinonim dengan aksi meniru artis lagenda ini ditahan minggu lalu di ibu kota sementara kes ini disiasat.

Menurut laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu pelakon berkenaan jadi pengikut ajaran sesat itu bersama ahli keluarganya sejak lebih tiga tahun lalu selepas mengikut seorang saudaranya yang menyebarkan ajaran itu.

"Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.

"Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam," katanya.

Malah, ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di rumah artis tersebut, dokumen dipercayai 'kitab' ajaran Millah Abraham turut ditemui.

Kini, artis tersebut sedang menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu. - MYNEWSHUB.CC

Suami dicekup berzina dengan kembar isteri dalam kereta

Posted: 17 Dec 2014 10:01 PM PST

Seorang suami bersama pasangannya ditinggalkan dalam keadaan berbogel ditempat awam selepas didapati curang oleh si isteri suami terbabit.

Ting Su 29 tahun mendapat tahu wanita yang bersama suaminya Cheng 30 tahun yang tengah melakukan hubungan asmara dalam sebuah kereta bukan calang-calang orang malah kakak kembarnya sendiri.


Ting Su yang mengekori suaminya menghampiri sebuah kereta dan dua pasangan yang tidak menyedari kehadirannya terperanjat dan terus melompat keluar dari kereta dalam keadaan berbogel.

Ting Su mengambil kesempatan dengan masuk kedalam kereta suaminya dan beredar meninggalkan dua pasangan itu dalam keadaan berbogel dan mengaibkan malah diperhatikan oleh ramai orang disekeliling.

Selepas insiden tersebut, Ting Su memfailkan penceraian dengan suaminya dan Ting Su cukup kecewa dengan apa yang berlaku bukan sahaja dikhianati suaminya malah kakaknya sendiri.

Foto intim pelakon Hetty Sarlene dan boifren dalam bilik hotel?

Posted: 17 Dec 2014 09:01 PM PST


Dah lama tak dengar cerita mengenai pelakon Hetty Sarlene yang pernah popular menerusi drama-drama tempatan satu ketika dahulu bukan?

Terbaru Murai Batu dapat tahu dia kini berada di negara asalnya iaitu di Singapura dan sudah pun mempunyai kekasih. Kekasihnya pula seorang jejaka mat salleh.

Amboi bukan main intim lagi menerusi foto-fotonya bersama boyfriend mat sallehnya yang dimuat naik dalam Instagram miliknya itu.

Murai Batu tengok kacak juga kekasih mat salleh Hetty ni, mereka kelihatan seperti bercuti di tepi pantai di Singapura.

Tanpa buang masa, jom layan foto-foto mereka:






Pengakuan gadis 18 tahun 'dipakai' bapa sendiri hingga hamil dua anak

Posted: 17 Dec 2014 06:15 PM PST

KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.

Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus.

Menurut teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.

Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka.

Setelah hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.

Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.

Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.

"Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah 'memakai' saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.

"Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.

"Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.

"Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang," kata Umairah kepada Raziah.

Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.

Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.

"Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.

"Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung," ujar Umairah.

Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.

Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.

Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.

Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.

Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.

Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.

Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.

Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.

"Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya," kata ayah Umairah.

Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/8216-dipakai-8217-bapa-sendiri-1.37451#sthash.zIAq3eO1.dpuf

'Saya berkemban ikut arahan'

Posted: 17 Dec 2014 04:01 PM PST

ARTIS dan isu berkemban bukanlah baharu. Sebelum ini pun, banyak penerbitan drama dan filem melibatkan artis berkemban mendapat kecaman sesetengah pihak yang tidak selesa dengan imej sedemikian.

Justeru pelakon Izreen Azminda yang mengetahui dirinya perlu berkemban dalam pementasan teater arahan Erma Fatima, Takhta 3 Ratu, menyedari hal ini akan jadi isu di kemudian hari sebaik sahaja memutuskan mahu terima tawaran tersebut.

"Dari awal lagi saya tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban. Malah Erma juga bertanya sama ada saya sedia atau tidak untuk tampil sedemikian. Apabila saya terima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan.

"Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya. Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut. Saya buat berdasarkan logik cerita. Seandainya penampilan Galuh itu dipersembahkan seperti Tun Teja, memang tak kena. Jadi saya harap isu ini tidak dipandang negatif," ujarnya kepada portal Media Hiburan.

Sebelum memulakan pementasan, Erma sendiri sudah menyatakan dia enggan karya terbaharunya itu dipandang negatif kerana wujudnya watak pelakon berkemban.

Pementasan Takhta 3 Ratu membariskan senarai pelakon terkenal dan berbakat besar antaranya Beto Kusyairy, Awie, Erra Fazira, Azri Iskandar, Soo Wincci, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Pementasannya akan berlangsung dari 13 hingga 22 Disember ini di Istana Budaya (IB) dan tiket-tiket berharga RM50 hingga RM350 boleh dibeli di kaunter IB atau menerusi laman www.airasiaredpix.com. – MYNEWSHUB.CC

Cucu Tok Selampit

Posted: 18 Dec 2014 01:07 PM PST

Cucu Tok Selampit


Tahniah Penduduk Kuala Langat Kerana Menjadi Hub Babi Moden Terbesar Di Malaysia

Posted: 18 Dec 2014 01:29 AM PST


Di zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar, beliau telah menghentikan projek penternakan babi secara moden yang dikatakan yang terbesar di Malaysia. TS Khalid Ibrahim masih lagi menjaga sensitiviti Masyarakat Islam di Selangor.

Nampak gayanya selepas YAB Azmin Ali mengambilalih jawatan Menteri Besar, projek penternakan babi secara moden dan besar-besaran ini akan diteruskan. Beliau mungkin lebih menjaga sensitiviti Masyarakat Cina DAP di Selangor yang memberi sokongan padu kepada kepimpinannya. Elizabeth Wong pasti tersenyum riang. Teressa Kok pasti membuat kenduri kesyukuran bersama Tony Pua dan lain-lain Wakil Rakyat PR di Selangor. 

Selepas Umat Islam terpaksa mengalah dalam kes Bible yang mempunyai kalimah Allah, selepas Selangor disajikan dengan pesta beer besar-besaran, kini pengundi-pengundi di Kuala Selangor dihadiahkan dengan pusat penternakan babi. Tahniahlah. Macai PR, tak payah komenlah. Anda pasti sedang bergembira.

PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Dec 2014 11:35 AM PST

PEJUANG BANGSA


KHAIRUDDIN TAK TINGGAL DI P.PINANG , TAK TAHU APA DIBUAT UMNO NEGERI @dzainalabidin

Posted: 17 Dec 2014 08:50 PM PST




Merujuk kepada Wawancara Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan yang disiarkan oleh Malaysiakini pada Rabu, 17 Disember 2014 


"Adalah sangat mendukacitakan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan telah memilih menggunakan media pro pembangkang untuk membuat tuduhan dan tohmahan tidak berasas kepada pimpinan UMNO dan BN Pulau Pinang dan tidak melalui saluran-saluran yang tersedia dalam parti. 

"Sebagai ahli UMNO, Dato' Paduka Khairuddin tentu maklum bahawa perlantikan Dato' Zainal Abidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan adalah prerogatif Presiden parti. Walaupun Dato' Zainal pernah tewas dalam PRU, dua faktor perlu diberi perhatian dalam perlantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. 

"Pertama, Dato' Zainal Abidin Osman bertanding di kawasan Parlimen Nibong Tebal di mana pengundi Melayu hanya 44% dan pengundi bukan Melayu (Cina & India) adalah 56%. Namun begitu beliau masih memperoleh 75% sokongan pengundi Melayu di sana. 

"Kedua, di bawah pimpinan Dato' Zainal Abidin, UMNO Pulau Pinang berjaya mengekalkan pencapaiannya dalam PRU ke-12 pada PRU ke-13 lalu. Jumlah kerusi dimenangi sama dengan semasa PRU 12 di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi 





"Dato' Zainal Abidin juga diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri untuk mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang yang turut dianggotai oleh Ketua -Ketua Bahagian dan YB Adun-Adun. Kedua-dua forum ini menyediakan ruang untuk melaksanakan banyak perkara untuk orang Melayu dan pembangunan negeri secara keseluruhannya. 

"Dakwaan Dato' Paduka Khairuddin yang mengatakan pimpinan UMNO di Pulau Pinang "tidur" adalah jauh tersasar. Beliau tidak menetap di Pulau Pinang, jelas sekali beliau tidak tahu atau "out of touch" dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. 

"Pada hemat saya Dato' Zainal Abidin mendapat sokongan penuh semua Ketua-ketua Bahagian, YB Ahli-ahli Parlimen dan YB Adun-Adun. Ketua-ketua Bahagian bermesyuarat tiap-tiap bulan dan semua memberi kerjasama yang baik dan jitu serta akur dengan keputusan-keputusan yang dibuat bersama serta arahan-arahan yang dibuat oleh Dato' Zainal. 

"Sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang saya tahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang. Boleh dikatakan setiap minggu ada program yang dilaksanakan oleh Bahagian-bahagian UMNO. 

"Sistem penggiliran tempat mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO Negeri juga memberi ruang kepada pimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang untuk turun ke setiap bahagian. Setiap kali diadakan Mesyuarat Badan Perhubungan aktiviti turun padang bertemu masyarakat dilakukan dan pertemuan dengan pimpinan sayap-sayap parti juga dibuat. 

"Dato' Zainal juga turun merasmikan beberapa program rasmi yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Batu Kawan di samping lawatan-lawatan peribadi pesakit-pesakit kronik, kenduri kenduri dan memenuhi jemputan jemputan lain di kawasan ini 

"Menyentuh mengenai perlantikan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Negeri, apakah Dato' Paduka Khairuddin tidak sedar bahawa tiada pemimpin Gerakan yang menang dalam dua PRU yang lalu. Mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga pernah tewas dalam Pilihanraya di Pulau Pinang dan ia tidak menjadi isu bagi parti mereka. Yang penting gerak kerja diteruskan untuk pilihanraya berikutnya. 

Kenyataan Media 
Mohd Noor bin Ahmad 
Ketua Umno Bahagian Batu Kawan 
Pulau Pinang 
Khamis 18 Disember 2014

MEMALUKAN ! EXCO AGAMA MALIK TAK ADA PENDIRIAN , SOKONG GUAN ENG ISU KALIMAH ALLAH

Posted: 17 Dec 2014 05:55 PM PST




Seperti dijangka EXCO AGAMA Malik Kassim akan menyokong Guan Eng dalam isu kalimah Allah selepas pemimpin utama PKR iaitu  Anwar & Azmin turut sama .

Amat malang P.Pinang memiliki Exco Agama yang tiada pendirian selari dengan Mufti negeri   hingga sanggup berkompromi isu   Kalimah Allah 


Cuma sekutu mereka  PAS sahaja tidak menyokong kenyataan Guan Eng ini . Klik di sini

Apapun kenyataan Guan Eng ini akan disiasat POLIS selepas banyak laporan dibuat kerana ia menyentuh sensiviti agama . Kita tunggu hasil siasatan  POLIS  samada anak Kit Siang bercakap guna fakta atau tidak seperti didakwa Malik 




Exco Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mempertahankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu kalimah ALLAH yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.


"Kenyataan Guan Eng tidak membabitkan prinsip sebaliknya ia berkaitan dengan fakta," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, apa yang disuarakan Guan Eng adalah fakta yang benar iaitu kalimah ALLAH boleh digunakan oleh semua orang bukan Islam di Pulau Pinang.

Katanya, apa yang disuarakan Guan Eng adalah fakta benar iaitu fatwa yang ditetapkan hanya tertakluk untuk orang Islam dan tidak meliputi orang bukan Islam.

Beliau berkata, tiada sebarang kesalahan dilakukan Guan Eng dalam isu berkenaan, sebaliknya sengaja cuba disensasikan oleh pihak tertentu.

"Semua orang tahu fakta bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 hanya terpakai kepada orang Islam sahaja dan itulah yang dikatakan ketua menteri," katanya.

Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat lalu, mengeluarkan kenyataan orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH.   

Katanya, larangan penggunaan kalimah ALLAH yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan kenyataan Guan Eng. Beliau dilaporkan berkata, sarjana terkemuka Islam, termasuk Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi sudah menyatakan keterbukaan terhadap penggunaan kalimah itu dalam kalangan bukan Islam.

Pengikut