Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.
Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadap Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994. Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu. Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur. Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu. 'Tak boleh baca' "Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' . Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik. "Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Eskay pada sidang media.
Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis. Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya. Eskay – seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan. beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu "membabitkan polis".
Pas NS buat laporan polis Sinar Harian 25 Mac 2011
SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan membuat laporan polis di sini, semalam, berikutan fitnah yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks.
Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, laporan polis itu dibuat bagi mendesak polis melakukan siasatan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik yang terbabit dalam rakaman video aksi seks itu.
"Tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah yang sangat melampau. Tiada sebarang asas yang boleh dipertanggungjawabkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.
Menurutnya, ia bukan sahaja mencemar nama baik Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dan keluarga, malah fitnah itu ibarat sudah menjadi budaya di negara ini.
"Kita tidak mahu barah fitnah ini merebak dan menjadi budaya diamalkan rakyat dengan tujuan memburukkan individu tertentu demi kepentingan peribadi mahupun politik.
"Kerajaan dan pihak berkuasa perlu pandang serius budaya yang semakin menular ini bagi memastikan negara bebas daripada fitnah, yang pastinya membawa kesan buruk kepada imej negara," katanya.
Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Presiden Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman dan 20 ahli Pas negeri.
Menteri yang merasa dirinya cerdik itu cuba memperbodohkan rakyat yang disangkanya bodoh. Kita bukan mintak perkara yang baru dan tidak munasabah. Jangan cerita sama ada orang nak celup jari dalam dakwat atau tidak..... kalau nak kira hendak atau tidak, orang naik kereta duduk di belakang pun tidak mahu pakai tali pinggang keselamatan tetapi kerajaan tetap kuat-kuasakan.... tak pakai denda RM300. Ada menteri kisah pasal perlembagaan?
Apa kena-mengena dengan biomatrik? Biomatrik untuk mengenalan bukan untuk menandakan beliau telah mengundi atau belum. Ini satu lagi jawapan tidak cerdik (bangang) dari seorang menteri yang dikatakan intelek. Ataupun beliau menyangka beliau sahaja cerdik orang lain bodoh belaka.
Nampaknya kerajaan tidak berminat untuk melaksanakan proses pengundian yang telus kerana takut kalah. Penipuan adalah kaedah yang terbaik. Kalau mengundi pun mereka cuba tipu apa jaminan mereka tidak akan menipu perkara yang lain? ______________________________ KUALA LUMPUR, 24 Mac: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana ia dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menggulung perbahasan titah ucapan Diraja berkata, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua pihak untuk digunakan dan sedang meneliti penggunaan biomatrik sebagai ganti.
"Namun ia masih dalam perhatian kerana perlu melihat dari semua sudut," katanya.
Nazri menambah, penggunaan dakwat kekal juga tidak sesuai kerana bercanggah dengan perlembagaan dengan memberi contoh situasi pengundi tidak mahu ibu jarinya dicalit dengan dakwat.
Bagaimanapun, jawapan itu mendapat tentangan daripada Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang menyifatkan ia masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.
"Alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat. Kalau itulah yang menjadi isunya pada pilihan raya yang lepas, saya kira kita mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihan raya itu sendiri.
"Tapi kita tidak membuat usaha ke arah itu. Mungkin tidak ada political will dan perjumpaan kita dengan SPR pun, SPR kata ini adalah keputusan kabinet, ini adalah keputusan kabinet," katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, SPR menerima tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) agar dakwat kekal digunakan namun keputusan itu ditarik balik beberapa hari sebelum mengundi atas arahan kerajaan.
Siti Mariah juga menyanggah jawapan Nazri bahawa tidak berlaku pengundian dua kali dan mendakwa terdapat pendatang asing menerima kad pengenalan meskipun tidak layak.
"Saya nak bangkitkan mengenai tidak ada pengundian dua kali. Mungkin kalau saya bawa perkara ini Menteri kata tuduhan tapi kita sudah banyak kali mendengar bagaimana di Sabah kad pengenalan diberikan kepada pendatang tanpa izin.
"Pengeluaran kad pengenalan ini menjadi perbualan malah di kalangan kakitangan kerajaan di jabatan Pendaftaran Negara sendiri mengatakan kad pengenalan mudah diberikan kepada rakyat termasuk pendatang tanpa izin yang dah lama beerada di sini untuk menjadi pengundi. Ini utuk kepentingan politik BN," dakwanya.
Tambahnya, tidak mungkin mereka yang menerima kad pengenalan secara tidak sah akan mengaku mengenai perkara itu.
"Menteri mungkin suruh saya bawa saksi. Tapi mana ada orang yang dapat kad pengenalan, yang tak sepatutnya dia dapat akan mengaku bahawa dia mendapat kad pengenalan.
"Inilah kebimbangan kita, JPN akan keluarkan kad pengenalan kepada orang yang tak sepatutnya sehingga ada yang mempunyai kad pengenanalan lebih daripada satu, boleh pergi ke dua tiga pusat pengundian,"katanya.
Nazri juga memberitahu, sistem pengundian automatik juga tidak akan dilakukan atas alasan sebahagian besar rakyat tidak tinggal di alamat seperti yang didaftar dalam kad pengenalan.
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dipanggil untuk membela diri dalam perbicaraan kes liwat beliau.
"Kami akan menentukan perkara ini kemudian, selepas penghujahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak . . . akan memanggil mereka sebagai saksi, kemungkinan ada," kata peguam bela Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.
Karpal berkata mereka perlu menemu bual Najib dan Rosmah terlebih dahulu sebelum memanggil mereka sebagai saksi.
"Senarai saksi kami termasuklah Najib, Rosmah dan Dr Osman dari Hospital Pusrawi," kata Karpal.
Pendakwa menutup kes mereka hari ini selepas mahkamah memutuskan untuk menerima tiga barang, yang diambil dari lokap, yang digunakan untuk mengambil sampel DNA Anwar.
Perbicaraan akan disambung 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pembela dan pendakwa mengemukakan hujah masing-masing.
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melalui kenyataan akhbar yang disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim, Johari mengariskan bahawa pelaku seks itu bukan Anwar berdasarkan:
Selepas menyaksikan video itu, Datuk Johari yakin "pelakon" itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Mula-mula nak main game "cloak and dagger" konon. Nak kasi suspens, panggil editor saja. Lepas itu ada nak kasi satu copy pada Awnar dan tuntutan undur dalam masa 7 hari.
Tapi pergi duduk kat situ pakai cermin mata hitam buat apa? Macam le orang tak kenal
Pulak tue bawak Johari Abdul untuk tengok dan Johari Abdul buat press statement dedahkan mereka pulak?
Gelabah punye pasal.....terus tiga-tiga beruk tua dedahkan diri masing2....wakakakakaka
Bodoh jugak tiga orang tua nie... inilah orang umno!
Alhamdulillah sejurus selepas mesyuarat agong tahunan kali ke-15, Dewan Pemuda terus bergerak dengan tugasan rutin walaupun belum menyusun strategik planning tahunan untuk sesi kepimpinan baru.
Rabu yang lalu 23 Mac 2011, Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng turut hadir memeriahkan majlis usrah cawaga baru di taman Botani. Dengan penyertaan pemuda baru ke kawasan Gopeng turut bakal menyemarakkan perjuangan islam di sini.
Ketua Penerangan diamanahkan untuk membentangkan kertas kerja berkenaan istiqamag dalam perjuangan bersama PAS selaku sebuah jamaah islam.
Pemuda-pemuda islam di kawasan Parlimen Gopeng dijemput pula untuk menghadiri program kedua sesi ini iaitu Katibah tarbawi yang akan diadakan di Surau haji Fahme Meranti 8. Program bermula jam 10 malam dengan tazkirah tazkiyah an nafs serta diikuti dengan tadarus dan tahsin bacaan Al Quran. Qiamullail dan munajat akan di adakan pada 4 pagi dan disertai dengan solat subuh dan taujihat subuh.
Insya Allah sesi kepimpinan baru dimulakan dengan agenda tarbiah dan pemerkasaan kerohanian ahli demi perlestarian kerja-kerja amal islami yang diimpikan.
Tajuk di bawah telah dibentang oleh kami Lajnah Penerangan DPPK Gopeng di Cawangan penaja baru Taman Botani Simpang Pulai Rabu 23 mac 2011
Istiqamah dalam perjuangan bersama PAS
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
Istiqamah adalah antara senjata paling ampuh yang ada di dalam Parti Islam SeMalaysia dan jamaah Islam seangkatannya sehingga mampu kekal lebih 50 tahun tanpa dana dan sumber kewangan sebagai pemacu gerak kerja ahlinya.Istiqamah adalah suatu sikap dan paradigma bukan sekadar tindak kerja. Istiqamah juga adalah falsafah hidup dan cara kita hidup. Individu tanpa istiqamah adalah individu tanpa pandangan hidup yang tepat, malah golongan yang berjuang hidup untuk perjuangan yang keluar daripada orbit rabbani, aqidah yang sahih dan hadaf yang benar, akan terkikis istiqamahnya.
Ramai juga petugas PAS hilang istiqamah kerana ketiadaan kefahaman dan ilmu dalam perjuangan. Mereka hairan mengapa berjuang islam tetapi hidup tidak kaya. Mereka hairan mengapa berjuang Islam tetapi ilmu agama tidak bertambah, akhlak tidak dibaiki malah mengapa diri sendiri tidak penting dalam masyarakat. Matlamat hidup berjamaah perlu difahami. Matlamat jamaah perlu diketahui. Ilmu berjamaah dan ilmu Islam perlu dipelajari secara berterusan dan mendalam. Inilah antara pra-syarat utama mendapat cara hidup istiqamah.
Wahai petugas PAS, sila perhatikan ayat di bawah.
oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana Yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang Yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.( Surah Hud : 112)
Jelas, istiqamah adalah suatu saranan daripada Allah jika kita ingin melihat kejayaan sebarang perjuangan menuju Allah.
Kelebihan istiqamah adalah seperti berikut;
·Jika anda jahil, anda akan alim sekiranya istiqamah.
·Jika anda masih maru dalam jamaah atau berpindak ke kawasan baru, anda akan kuat, dikenali dan mampu menyertai jamaah tempat baru jika anda istiqamah.
·Jika anda dirundung masalah (melakukan kesilapan atau kesalahan), istiqamah akan merawat semuanya malah menjadikan anda individu yang bersih daripada kesalahan lampau.
·Jika anda ingin memenagkan jamaah islam, anda istiqamahlah dalam bidang (lajnah) masing-masing serta gilapkan kemahiran dan bakat dengan menyertai pelbagai program takwin dan tanfizd yang dianjurkan oleh PAS Kawasan dan Negeri atau Pusat.
Dalam ayat di atas, Allah juga mengingatkan kita jika kita istiqamah jangan sesekali kita melampaui batas, mengada-ngada, bertindak ghuluw kerana golongan ghuluw dan toghut selalunya akan gugur daripada perjuangan Islam.
Ayat istiqamah adalah ayat yang paling berat bagi Rasulullah. Jika Rasulullah risau berkenaan isu istiqamah, bagaimana pula dengan kita petugas PAS masih masih jahil dan kerdil?
Ibnu Abbas RH mengkhabarkan semasa sahabat berbual denganNabi SAW, mereka berkata" Betapa cepat engkau beruban, jawab baginda, yang membuatku beruban adalah Surah Hud dan surah-surah yang seumpamnya ( Tafsir Al Qurtubi, riwayat At Tarmizi, disahih oleh al AlBani)
Istiqamah berbeza dengan istilah konsisten kerana istilah ini ada tafsirannya :
·Saidina Abu Bakar menyatakan maksud istiqamah adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesiapa.
·Umar Al Khattab menyatakan lurus pada ketaatan dan menjauhi larangan.
·Imam An Nawawi berkata istiqamah adalah lurus atas ketaatan hingga mati.
Istiqamah bukan perkara mainan malah memerlukan mujahadatun nafs (bermujahadah dan berjihad melawan nafsu).
Istiqamah ada kaitannya dengan berazam. Azam (a'zama secara harfiah bermakna menetap cita-cita yang pasti) dalam bahasa arab bukan sekadar berangan-angan atau impian tahun baru dll, sebaliknya azam adalah kemahuan perlaksanaan kerja yang istiqamah, bersungguh-sungguh dan disertai dengan tawakal.
"kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya." (Ali Imran : 159)
Kerana itu Rasul-rasul yang bergelar Ulul Azmi adalah rasul yang berazam atau bertekad kuat malah berusaha keras melawan kaum masing-masing serta menghadapai tribulasi paling teruk berbanding rasul lain. Inilah makna azam yang sebenarnya.
Tujuan PAS mendidik ahlinya adalah untuk menghasilkan Muslim haraki. Menurut Ustaz yahya Othman dalam bukunya Amal Jamaiy Pengertian dan Tuntutannya, Muslim Haraki adalah individu yang
·Mengiklan secara terbuka bahawa beliau bekerja untuk membina masyarakat Islam.
·Mendirikan Negara islam yang menyeluruh.
·Mengembalikan kepimpinan Islam.
Muslim haraki bermakna orang muslim yang bergerak. Bergerak bererti muslim itu beramal dan berjihad. Jihad dan amal perlu istiqamah jika inginkan kejayaan islam. Istiqamah adalah TERAS Muslim haraki.
Untuk ahli PAS melaksanakan cara kerja istiqamah, mereka perlu meneliti gagasan yang diterapkan oleh Abu A'la Al Maududi dalam bukunya Pra Syarat Kejayaan harakah Islamiyyah.
·Menjauhi sikap sombong dan takbur sehingga menganggap kerja Islamnya lebih baik berbanding rakan yang lain.
·Riya' serta sering menceritakan kehebatannya dalam kerja jamaah sehingga akibatnya istiqamah akan hilang dengan sendirinya sebaliknya beliau hanya asyik dengan kehebatan sendiri.
·Ahli jamaah yang berniat buruk dalam jamaah pasti akan hilnag nilai istiqamahnya.
·Sikap mementing diri, ananiyah, selfish, individualism serta budaya elitism.
·Pemikiran sempit, tidak mengikuti wacana dan arus perubahan polisi jamaah.
Antara asas penting untuk istiqamah adalah mendalami cara hidup jihad dalam amalan seharian samada dalam kerjaya, berumahtangga dan bekerja dalam jamaah. Tanpa jihad jangan harap petugas PAS tanpa wang dan ganjaran sanggup berpanas, berhujan malah dibuang pekerjaan semata-mata untuk kerja jamaah.
Jihad politik (jihad siasiy) adalah istilah yang digunakan oleh Said Hawwa dalam bukunyaJundullah Saqafatan wa Aqlaqan. Takrifan jihad politik adalah'setiap usaha yang dilakukan untuk mempertahankan dan memajukan islam dalam apa jua bidang seperti politik, pendidikan, ekonomidan lain-lain'.
Asal istilah jihad digunakan oleh ulama' fiqh untuk permasalahan bab fiqh peperangan dalam islam. Kini peperangan diterjemah dalam pelbagai bentuk termasuk berperang menentang ideologi ilhad daripada pihak kuffar.
Said Hawwa juga berkata ' Jihad politik adalah usaha yang dilakukan untuk menegak kerajaan Islam yang adil melalui saluran politik, ememgang amanah pemerintahan da mempertahankannyadaripada serangan musuh'.
Menurut Dr SyedMohamad Syed Hasan dalam bukunya Wehdatul Fikri Asas Kecemerlangan Jamaah, antara sikap yang merosakkan kerja istiqamah dalam pergerakan jamaah adalah
·Menganggap peranan memajukan Parti terletak di bahu pemimpin semata-mata.
·Menganggap muktamar atau mesyuarat agong medan mengkritik habis-habisan atau tempat menunjuk kemahiran bercakap.
·Lambat bertidak terhadap arahan , sikap menangguh kerja.
·Menghadiri mesyuarat dengan tangan , otak dan minda yang kosong.
·Mengguna masa yang lama untuk mesyuarat.
·Setiausaha menjadi ketua, manakala ketua menjadi pak angguk.
·Setiausaha hanya berperanan menjadi penghantar surat dan pencatat minit.
·Bendahari hanya menjadi penjaga akuan sahaja.
·Jawatankuasa hanya sekadar pencukup korum tanpa tugas khas.
·Keputusan mesyuarat tidak dilaksanakan.
·Sikap melawan arahan pimpinan.
Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:
·Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran. Firman Allah Taala. (Surah Al-Furqan ' ayat 32 ) Ertinya: Dan orang-orang yang kafir berkata : "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali ( dengan sekali gus ) ? diturunkan Al-Quran dengan cara yang demikian kerana hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
·Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala. Firman Allah Taala: (Surah Ibrahim ' Ayat 27)Ertinya: ....Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yangberiman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.....
·Istiqamah perbuatan:Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuanganmenegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa.Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istikamah.
Tahukah anda sikap istiqamah juga menjadi intipati gejala indhibat dalam jamaah? Indhibat adalah disiplin dalam berorganisasi. Maksud indhibat menurutDr Adil Syuwaikh dalam bukunya Al Indhibatadalah " kehampiran seseorang dalam melaksanakan komponen kerja yang dituntut secara termampu secara tepat degan syarat perkara itu dilakukan pada waktu yang ditetapkan dan ia sebahagian daripada kerja yang menyeluruh ditugaskan".
PAS yang berjaya di Kelantan dan beberapa negeri berpunca daripada sikap disiplin mereka yang amat tinggi dalam usaha melaksanakan SEMUA perancangan mereka. PAS yang kurang berjaya di beberapa tempat diakibatkan semua kerja hanya tertulis indah di KERTAS KERJA tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Terdapat ramai mahasiswa dan pelajar sekolah agama yang ditarbiah d sekolah masing-masing tetapi meninggalkan parti apabila sampai usia alam bekerja. Ada yang meninggalkan kerja jamaah apabila menerima kenaikan pangkat. Bukan sekadar jasad tiada dalam majlis jamaah, malah malu alah untuk menjawab SMS dan panggilan dari sahabat jamaah sendiri. Ini petanda kehilangan intima' diri daripada jamaah dan ia amat berbahaya.
Seluruh ulama'berpendapat bahawa istiqamah musnah jika kita bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik, bermotivasi rendah malah pesimis terhadap kerja Islam. Malah sikap istiqamah akan musnah apabila terlalu banyak berkecimpung dengan urusan dunia. Kerjaya perlu dijadikan asbab (sebab musabab) untuk menjalankan kerja Islam kerana kerjaya menjamin wang untuk tanggunjawab berumahtangga serta wang untuk berjuang, bukannya kerjaya asing, jamaah asing.
Istiqamah adalah lambang ahli PAS telah mencapai darjat golongan multazimin yang ruh dan jasadnya untuk agama dan jamaah Islam.
8.56 pm
21 Mac 2011
Seputeh Permai
You are subscribed to email updates from DPP Gopeng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PERINGATAN NABI SAW BAHAWA DIAKHIR ZAMAN AKAN BERLELUASANYA FITNAH,ORANG BAIK DIANGGAP JAHAT DAN ORANG JAHAT DIANGGAP BAIK,ORANG YANG AMANAH DIANGGAP KHIANAT DAN ORANG KHIANAT DIANGGAP JUJUR.SEMOGA RAKYAT MALAYSIA BIJAK MENILAI YANG MANA INTAN YANG MANA KACA.KONSPIRASI POLITIK KOTOR YANG MENJIJIKKAN ,AMAT MEMALUKKAN NEGARA KITA.SELURUH DUNIA TAHU BETAPA JIJIKNYA POLITIK DIMALAYSIA YANG TELAH DIDALANGI OLEH PIHAK TERTENTU DEMI SURVIVAL PEMERINTAHAN MEREKA.PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN,PENIPUAN DEMI PENIPUAN,DIHIDANGKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA. DIMANA ULAMAK ULAMAK DALAM KERJAAN ?,KENAPA DIBIARKAN KES KES TUDUHAN ZINA DAN FITNAH TERUS BEREDAR MELALUI MEDIA TANPA SEKATAN DAN TEGURAN DARI ULAMAK KERAJAAN PERSEKUTUAN!!!.SEHARUSNYA ORANG YNG MENUDUH DAN DITUDUH DIADILI SECARA UNDANG UNDANG SYARIAH.INILAH KELEMAHAN KITA,UNDANG UNDANG ISLAM TIDAK DIPERKASAKAN,ISU YANG BERKAITAN MARUAH UMAT ISLAM SEHARUSNYA DIADILI MENGIKUT HUKUM ISLAM DAN SYARIAH ISLAM.KENAPA DIMALAYSIA,KES DSAI TIDAK DIADILI OLEH MAHKAMAH SYARIAH???. SEPATUTNYA KERAJAAN MENGAMBIL TINDAKKAN KEATAS KETIGA TIGA DATUK T,YANG TELAH MENGAKU,MENYIMPAN ,MENONTON DAN MEMBERI ORANG LAIN TONTON VEDIO LUCAH.? KALAU BENAR KES INI DIDAKWA TIADA CAMPURTANGAN ORANG POLITIK ,SEHARUSNYA MEREKA SEMUA DIAMBIL TINDAKKAN UNDANG UNDANG SEGERA!.
KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin 'pelakon' dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN.
"Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. "Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. "Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. "Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya," kata Badrul dalam kenyataan media, hari ini.
Berkaitan : Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.
Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.
Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.
Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)
Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik. Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.
Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.
Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay. Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.
1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga
2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.
3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.
4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi. Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.
Sekian che'GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sumber : wargamarhaen
KUALA LUMPUR 24 Mac - Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ghazali Md. Amin berkata, pihaknya akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensi yang berwibawa.
Polis mengklasifikasikan kes ini mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
"Sehingga hari ini, pihak polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama
Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:
"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."
Bagi individu yang menyimpan gambar lucah pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 dan 293 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Tindakan turut boleh diambil mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh didenda tidak kurang RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
SPR memang melampau, apa taknya mereka cuba susahkan penyokong dari Semenanjung ke Sarawak dengan memberi tarikh 6 April iaitu hari Rabu sebagai Hari Penamaan Calun. Memang pengerusinya menyusahkan rakyat dan memang kelebihan pada BN kerana mereka tak segan silu akan gunakan jentera kerajaan untuk berkempen dan kakitangannya yang condong ke UMNO/Bn akan diberi pelepasan biasanya dan tidaka jadi masalah walau hari bekerja. Sepatutnya 3 April (Ahad) Penamaan Calun dan 17 April Hari Mengundi baru kena dengan slogan Rakyat diutamakan dan Pencapaian diutamakan.
BN HILANG MAJORITI 2/3 DI SARAWAK? Rata-rata penganalisa politik meramalkan Bee eNd tidak akan menghadapi masalah mengekalkan majoriti dua pertiga di dalam pilihanraya negeri Sarawak 16 April nanti.
Bee eNd dijangka akan hilang beberapa kerusi lagi dan paling tinggi, pembangkang hanya akan menang di 17 dewan undangan negeri. http://www.facebook.com/notes/sarawak-update/bn-dijangka-kekalkan-23-kerusi-di-sarawak/10150110080191871?ref=nf
Tetapi terdapat satu laporan yang mengatakan BN akan hilang majoriti 2/3 di Sarawak.
Ini katanya, berdasarkan keharusan dari satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Penerangan Sarawak.
Menurut laporan tersebut:
* PBS AKAN KALAH DI 14 DUN ** SUPP AKAN KALAH DI 10 DUN *** PRS AKAN KALAH DI SATU DUN **** SPDP AKAN TEWAS DI SATU DUN
Ini bermaksud pembangkang akan menang di 26 Dewan Undangan Negeri sementara BN akan menang di 45 Dewan Undangan Negeri.
BN perlukan 47 kerusi untuk mendapatkan mandat 2/3 di Sarawak. http://www.sarawakreport.org/2011/03/najib-and-deputy-came-to-sack-taib-after-shock-polls-exclusive/
Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.
Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.
Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.
Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa lepas.
"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.
Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.
Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.
"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.
Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.
Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.
Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.
"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.
"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.
"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.
Buku yang menjadi kebanggaan Mahathir kini telah dijual macam goreng pisang panas sebanyak 10 000 naskah yang menyatakan kisah benar yang belum lagi dipaparka oleh Mantan PM "Mudah Lupa" ini.
Namun apabila di baca dan diteliti buku yang dianggap hebat ini adalah senaskah buku yang dianggap oleh para penganalisa buku sebagai suatu penulisan daif dan hanya mampu mengwujudkan perpecahan dan sikap benci membenci dikalangan masyarakat negara ini.Lantas seolah-olah Dr Mahathir pula cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.
Buku yang lebih banyak memaparkan keburukan individu untuk dijadikan bahan cemuhan dan kebencian masyarakat dilihat tidak langsung mampu menyelesaikan masalah ummah dan memberikan kesedaran kepada para pembaca.
Fakta-fakta yang dinyatakan banyak yang bercanggah,seperti kes pertemuan Mantan PM ini dengan Bekas Presiden Singapura,dimana tarikh perjumpaan tersebut menjadi bahan tertawa masyarakat kerana semasa itu Bekas Presiden Benjamin Henry Sheares telah pun meninggal mengikut rekod akbar The Straits Times Singapura,
Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi. Dr Mahathir juga sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim hanya akan membatalkan pemilihan umno pada April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.
Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.
Seterusnya,cerita bagaimana beliau berjumpa dengan 3 wanita yang ada hubungan dengan DSAI dan menceritakan segala kisah jijik DSAI di dalam bukunya,mungkin ini sesuatu yang beliau anggap hebat...tetapi kesan mengaibkan individu kalau difahami dalam islam,sudah pasti beliau tidak akan sanggup menulis walaupun kisah tersebut suatu rekaan atapiun benar-benar berlaku.
Malah sebagai seorang Mantan PM yang disegani dan berakhlak,beliau sepatutnya tidak akan mengaibkan individu lain untuk tatapan dan cemuhan generasi yang akan datang,sekiranya beliau kembali kepada Allah maka segala dosa fitnah dan mengaibkan individu tersebut akan berterusan ditanggung dengan azab yang pedih di akhirat kelak...nauzubillah...
Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.
Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.
Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu. 'Tak boleh baca'
"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.
Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.
"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Eskay pada sidang media itu.
Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.
Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.
Eskay – seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu "membabitkan polis".
Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.
Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.
Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.
Rogol gadis sekolah
Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.
Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.
Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.
Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.
Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.
Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .
Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.
Eskay – sahabat Anwar?
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja – adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?
Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?
Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.
Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.
Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.
Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.
Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.
Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka. Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11
1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".
"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"
"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"
2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)
"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"
"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."
Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"
2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar"
3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"
ADUN Meru, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah mengetuai rombongan beberapa orang Ketua Kampung pergi melawat pejabat baru Lembaga Zakat Selangor Daerah Klang yang beroperasi di Klang Central, Meru.
Mereka telah di beri taklimat oleh Penolong Ketua Operasi mengenai bidang kerja dan bentuk perkhidmatan yang di berikan kepada golongan asnaf.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
22 Mac, Bangka-Bangka: PAS kawasan Sepangar hari ini telah berkesempatan menziarahi mangsa kebakaran di Kg. Bangka-Bangka, Kingfisher. Melalui lajnah kebajikan, sumbangan berupa pakaian, barang keperluan harian dan wang tunai berjaya disampaikan bagi meringankan bebanan mangsa sekeluarga.
Mangsa kebakaran tersebut ialah seorang ibu tunggal iaitu Pn. Haini bt Dulamin pada ketika lawatan tersebut masih berada dibalai polis bagi membuat laporan. Namun begitu, abang mangsa beserta anak beliau telah menerima kehadiran PAS kawasan bagi menerima bantuan. Menurut anak mangsa, punca kebakaran adalah disebabkan berlaku litar pintas dan api sangat pantas merebak sehingga menyebabkan mereka gagal untuk menyelamatkan semua barang.
Hadir bersama pada lawatan tersebut ialah Naib Yang Dipertua PAS kawasan iaitu saudara Mohd Nazri Sulaiman dan ketua penerangan, Ust. Mohd Julfikar Abd Mijan . Sebelum berpisah Ust. Julfikar telah memberi kata-kata semangat supaya keluarga mangsa agar banyak bersabar dan redha dengan qada dan qadar Allah s.w.t, kerana semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Katanya juga, PAS kawasan bersedia menghulurkan bantuan sekadar yang termampu selepas ini sekiranya khidmat PAS diperlukan.
Gambar sekitar lawatan:
Ust. Julfikar Abd Mijan sedang meninjau rumah mangsa yang telah hangus terbakar
Sumbangan berupa barang pakaian, keperluan harian dan wang tunai disampaikan kepada anak mangsa
KUALA LUMPUR, 23 Mac: PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.
"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka hari ini mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.
Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.
ngkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.
"Ada kemungkinan mereka sendiri merancang membuat video fitnah itu.
"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.
Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.
Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.
Anwar juga semalam membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu.(harakahdaily)
23 Mac : Majlis Fatwa Kebangsaan dan Ashab as-Samahah Mufti-Mufti diminta memberi pencerahan dan panduan kepada ummat Islam dalam menangani pertuduhan liwat dan zina yang sedang melanda negara Malaysia secara besar-besaran terutama yang melibatkan maruah ummat Islam berbangsa melayu.
UMNO sejak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menerus menuduh beliau seorang peliwat. Asas pertuduhan ialah buku 50 Dalil, kenyataan Ummi Hafilda dan kenyataan Dr. Mahathir. Asas pertuduhan liwat terbaru pula ialah dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan. Liwat menjadi perbualan seluruh negara dalam media cetak dan media elektronik.
Sekarang bahan kempen mereka ialah video seks selama 20 minit yang didakwa sebagai aksi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Video itu didedahkan oleh 3 orang Dato' yang disifatkan rapat dengan UMNO iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator yang juga bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pula ketika mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian. Lihat Malaysiakini.
Kenyataan Menteri itu disangkal oleh Karpal Singh pula dalam satu kenyataan berkata, tindakan Datuk T itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.
Kita berharap para ahli muzakarah fatwa kebangsaan dan para mufti tidak berdam diri membiarkan ummat Islam terus hanyut menjalankan kehidupan tanpa mendapat panduan daripada al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada Sabtu 16 April 2011, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Penamaan calon akan berlangsung pada Rabu 6 April 2011
Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006.
Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.
Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.
Berdasarkan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.
KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai baru mengeluarkan wang dari bank dan kemudianya singgah untuk minum di sebuah kedai kopi kerugian RM36,400 apabila wang tersebut yang disimpan di dalam kereta dikebas oleh pencuri.
Mangsa yang berumur 45 tahun sebelum itu berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini berhampiran kedai kopi tersebut.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari semalam.
"Cermin depan sebelah kiri kereta mangsa telah dipecahkan dan mangsa turut ternampak dua suspek yang menaiki motosikal melarikan diri dari situ.
Perkataan 'paria' telah digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sastera, kata Timbalan Prerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, perkataan itu yang mencetuskan kemarahan dan demonstrasi daripada masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.
Menurut Muhyiddin, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".
"Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian (Pelajaran) menganggap isu ini selesai," katanya semasa sesi soal jawap di parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan Umno-BN melalui Menteri Pengangkutan perlu jelaskan kehilangan dana kerajaan sebanyak RM12.5 bilion yang dibazirkan dalam projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam sidang media di Parlimen semalam berkata, walaupun kerajaan kini telah mendakwa beberapa orang kenamaan berkenaan terlibat dalam penyelewengan PKFZ, tetapi masih membisu apabila ditanyakan perkara-perkara kritikal lain berkenaan projek tersebut.
"Pertama, walaupun Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Hwa Beng telah menyarankan agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah PKA didakwa atas kesalahan mengabaikan serta melanggar tugas rasmi tetapi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha didapati menyekat tindakan diambil terhadap mereka," jelas beliau.
Pua berkata, tindakan Kong Cho Ha seolah-olah dilakukan secara sengaja agar kesemua bekas ahli lembaga pengarah dapat melepaskan diri dari diambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Limitasi yang memberi imuniti kepada pegawai dari badan statutori daripada diambil tindakan undang-undang akibat kejatuhan ekonomi selepas enam tahun.
Menurut Pua, tempoh enam tahun akan tamat bagi Kong pada 31 Mac, 2011 iaitu hanya seminggu lagi.
"Kegagalan untuk mendakwa bekas ahli lembaga pengarah PKA hanya akan memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN sememangnya berniat tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) atas kecuaian mereka," tegas beliau.
Jelas Pua , laporan akhbar The Sun baru-baru ini yang menyatakan ahli lembaga pengarah PKA akan disertai oleh beberapa pemain industri seperti wakil terminal pelabuhan, agensi logistik dan perkapalan amat membimbangkan kerana pihak berkepentingan boleh mempergunakan PKA untuk kepentingan mereka sendiri seperti menaikkan tarif pelabuhan.
Tambah Pua, bagi menangani kemelut PKFZ yang semakin meruncing, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menubuhkan satu pasukan gerak kerja pada September 2009 yang terdiri daripada Setiausaha Agung Perbendaharaan Negara, Peguam Negara serta beberapa pegawai daripada Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Kewangan bagi menyiasat tiga perkara utama iaiu, penyalahgunaan kuasa dan kedudukan, tata kekola yang baik dan keadaan kewangan projek PKFZ.
"Malangnya setelah 18 tahun, pasukan ini gagal memberikan maklumbalas yang meyakinkan. Tambahan pula, kerajaan sehingga hari ini tidak langsung memberikan apa-apa perancangan terperinci bagaimana kos RM12.5 Bilion untuk PKFZ dapat dijana semula? Sehingga hari ini, projek PKFZ amat lembap dan hanya dapat menjana RM20 juta setahun, berbanding pinjaman RM180 juta setahun yang perlu dibayar balik, tambahan pula dengan baki pinjaman sebanyak RM4.6 Bilion yang juga perlu dibayar," kata beliau lagi.
Revolusi kebangkitan rakyat di Bahrain memasuki pusingan baru apabila tentera Saudi Arabia berjumlah 1,000 orang anggota yang lengkap dengan kenderaan tentera termasuk kereta perisai dan lain-lain kelengkapan ketenteraan dan peralatan perang memasuki Manama, ibu kota Bahrain Isnin lalu bersama dengan 500 orang pegawai dan tentera Emariah Arab Bersatu (UEA).
Kehadiran ketumbukan tentera seramai 1,500 orang anggota itu adalah atas jemputan Raja Bahrian sebagai sebahagian dari bantuan ketenteraan dari negara anggota Majlis Negara-Negara Teluk (GCC) untuk menyelamatkan regim Bahrain yang sedang menghadapi revolusi kebangkitan rakyat.
Rakyat mendesak dilakukan reformasi politik,ekonomi dan sosial meliputi soal kebebasan, ketelusan, menentang rasuah dan akhirnya menukar regim beraja yang memerintah Bahrain beratus-ratus tahun lamanya.
Dari satu kebangkitan masyarakat sivil rakyat secara aman menyarupai kebangkitan di Tunisia dan Mesir, kebangkitan di Bahrain bertukar menjadi ganas apabila regim diraja terus mempertahankan kelangsungan regimnya.
Kebangkitan rakyat telah berlangsung sejak berminggu-minggu lalu dan konsesi yang ditawarkan oleh regim Bahrain untuk berdailog dan melakukan reformasi telah tidak disahut oleh penganjur-penganjur demonstrasi yang mahu menukar regim yang ada.
Sebaik sahaja tentera Saudi dan UEA memasuki Bahrain, regim beraja Bahrain melakukan penggelidahan dan pembersihan terhadap para demonstran dan menyuraikan mereka yang berkumpul di Bulatan Mutiara dengan kekerasan. Ramai yang terkorban dan cedera dalam kempen kekerasan yang dilakukan.
Bahrain sebuah negara kecil bukan sahaja dari segi saiznya, tetapi juga penduduknya. Ia unik kerana raja pemerintah adalah dari kalangan sunni sementara 70 peratus penduduknya terdiri dari penduduk Syiah. Pihak Amerika Syarikat (AS) dan barat meuar-uarkan bahawa kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat syiah yang tidak berpuashati kerana mereka sentiasa dipinggirkan termasuk dalam penentuan dasar negara.
Bagaimana pun mereka yang berdemonstrasi terdiri dari kalangan Syiah dan Sunni. Tidak terdapat pertentangan terbuka antara kedua kalangan itu yang telah hidup saling mengerti selama ini.
Kandatipun demikian,kebangkitan di Bahrain ini berbeza sedikit dengan kebangkitan di jazerah Arab yang lain seperti di Yaman, Libya dan di wilayah-wilayah lain termasuk di Tunisia dan Mesir yang menyaksikan tumbangnya dua regim diktator Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.
Perbezaan nya kerana di Bahrain majoriti rakyat adalah penganut syiah walaupun dinegara-negara Arab dan Teluk yang lain penganut syiah juga ramai,tetapi Bahrain dalam konteks Saudi adalah negara penimbal bagi Saudi Arabia. Saudi tidak mahu melihat kebangkitan yang melanda jazerah Arab ini tiba di Riyadh dan kehadiran tentera Saudi adalah dalam usaha untuk membendungnya.
Di Bahrain terdapat pengkalan tentera laut AS dan di Saudi Arabia pula terdapat kem tentera AS. Kehadiran tentera AS ini adalah dalam skima lebih besar dan luas dalam percaturan dirantau Timur Tengah dan Asia Barat itu.
Negara Repablik Islam Iran selepas revolusi 1979 yang menyaksikan kejatuhan dinesti Shah Pahlavi dianggap sebagai satu ancaman kepada negara-negara serantau. Sehingga kini Iran dianggap sebagai negara musuh oleh AS dan barat.
Percaturan untuk berebut menjadi kuasa serantau antara Iran dan Saudi Arabia berterusan sejak revolusi Iran sehingga kini dan dalam konteks itulah tentera Saudi dan UEA memasuki Bahrain bagi membendung pengaruh Iran kerana majoriti rakyat Bahrain terdiri dari penganut Syiah. Jika sekiranya berlaku konflik antara Sunni dan Syiah yang memang diadu-domba oleh AS dan barat,rantau yang bergolak itu akan menyaksikan konflik yang berskala besar. Diharapkan tidak akan berlaku pertembungan sia-sia ini.
Kehadiran tentera Saudi di Bahrain telah mendapat persetujuan AS dan barat. AS mensifatkan kehadiran tentera Saudi bukanlah satu penaklukan atau penjajahan. Ia menepati kerjasama negara anggota GCC. Iran telah membantah kehadiran tentera Saudi di Bahrain yang bertujuan untuk membendung kebangkitan rakyat Bahrain. Iran menafikan penglibatan negara itu dimana-mana jua, walaupun rakyat Bahrain dan kebanyakan negara Arab lain termasuk Iraq mempunyai penduduk majoriti penganut Syiah.
Saudi dan UAE menjadi proksi AS dan barat dalam menyelamatkan regim Bahrain. AS mempunyai kepentingan yang besar dirantau itu dengan kehadiran armada keenamnya. AS tidak berupaya membiarkan kebangkitan di Bahrain berterusan,walaupun retorik AS sentiasa menyatakan rakyat dinegara-negara Arab berhak untuk berdemonstrasi secara aman; mendesak dilakukan reformasi politik dan menyokong kebangkitan pro demokrasi.
Dengan bantuan ketenteraan Saudi yang disokong oleh AS dan barat, kebangkitan rakyat di Bahrain dijangka akan dibendung dengan cara kekerasaan, tetapi rakyat yang bangkit menyatakan iltizam mereka untuk meneruskan kebangkitan. Kini kebangkitan di Bahrain telah memakan korban lebih ramai.
Bagi Saudi membendung dan sekaligus menumpaskan kebangkitan di Bahrain berkait rapat dengan menumpaskan kebangkitan yang mula mengambil tempat di timur Saudi yang juga majoriti penduduknya merupakan penganut Syiah. Setakat ini Saudi dengan kerasnya dapat membendung kebangkitan di timur negaranya,tetapi apakah ia mampu menumpaskannya sekaligus.
Pendekatan regim-regim yang dilanda kebangkitan revolusi rakyat berbeza antara satu negara dengan satu negara yang lain. Selepas kejatuhan Ben Ali dan Mubarak, regim-regim ini mengambil pendekatan untuk berdepan dan menghadapi kebangkitan dengan kekerasan dengan menggunakan tentera dan pasukan keselamatan, menyebabkan ramai rakyat yang berdemonstrasi secara aman terkorban.
Regim-regim diktator ini tidak menyerah kalah kepada tuntutan kebangkitan rakyat. Mereka tidak mahu mengikut jejak Ben Ali dan Hosni Mubarak yang dijatuhkan dengan penuh penghinaan sekali.
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah mengambil pendekatan memerangi rakyatnya sendiri dan kini dikatakan mulai memenangi semula wilayah-wilayah yang dikuasai oleh revolusi kebangkitan rakyat yang menamakan diri mereka sebagai majlis nasional Libya yang telahpun diiktiraf oleh Peranchis dan Britain.
Gaddafi telah menggunakan kekuatan udaranya untuk menyerang dan membebaskan wilayah yang dikuasai oleh kebangkitan rakyat dan kini dilaporkan sedang menuju ke Banghazi yang menjadi kubu kuat kebangkitan rakyat.
Bagi menyelamatkan Benghazi Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan larangan penerbangan di langit Libya bagi menyelamatkan rakyat Libya dari serangan udara oleh jet-jet pejuang tentera udara yang pro Ghadafi. Resolusi majlis Keselamatan itu disokong oleh sepuluh negara sementara lima negara termasuk dua negara anggota tetap China dan Russia berkecuali. Tiga lagi negara anggota tetap, iaitu AS, Britain dan Peranchis menyokong.
Resolusi larangan penerbangan ini adalah campurtangan langsung negara kuasa AS,Britain dan Peranchis terhadap konflik perang saudara di Libya. Bagi memberikan kesan kepada larangan penerbangan, keupayaan udara yang dimiliki Gaddafi mesti disasarkan bagi melumpuhkan keupayaan udara yang dimiliki tentera udara pro Gaddafi.
Dalam konteks Libya, dimensi dari satu revolusi kebangkitan rakyat bertukar wajah menjadi perang saudara dan kini menerjah kepada satu keadaan yang akan mengheret kepada arena perang yang lebih besar, semata-mata kerana keengganan dan kedegilan Ghadafi tunduk kepada tuntutan rakyat.
Di Yaman pula,keadaan yang hampir serupa sedang mengambil tempat. Regim Ali Abdullah Salleh yang enggan tunduk kepada tuntutan kebangkitan rakyat mula menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan. Regim-regim ini mahu menggagalkan kebangkitan rakyat.
Kebangkitan rakyat di Bahrain akan digagalkan dengan bantuan Saudi yang disokong oleh AS dan barat. Di Libya larangan penerbangan memberi ruang kepada AS dan sekutunya untuk campurtangan dalam konflik perang saudara di Libya,sementara di Yaman, regim Ali Abdullah Salleh mahu berdepan dengan kekerasan terhadap para demonstran yang menggerakkan kebangkitan rakyat.
Pengakhiran kebangkitan rakyat dibeberapa buah negara ini berada dalam keadaan tidak menentu. Penyelesaian nya tidak lagi antara rakyat yang bangkit dengan regim masing-masing tetapi mengheret kuasa AS barat dan proksi mereka dalam kancah dan pergolakan yang dijangka akan berpanjangan.
Sewajarnya penyelesaian dari revolusi kebangkitan rakyat ini di selesaikan oleh rakyat sendiri tanpa campurtangan asing seperti yang berlaku di Tunsia dan Mesir.
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Pejabat Presiden PAS sehingga kini masih menunggu apa reaksi akhbar milik MCA, The Star ekoran laporan palsu yang dibuat oleh akhbar berkenaan mengenai judi.
"Kita masih menunggu reaksi The Star setelah akhbar Cina Nanyang Siang Pau memohon maaf dan menarik balik laporan salahnya," kata Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Politik Presiden PAS.
Akhbar The Star hari ini hanya menyiarkan berita bahawa akhbar Nanyang telah menarik balik laporan yang tidak benar tersebut namun akhbar itu sendiri tidak memberikan sebarang reaksi terhadap tuntutan Pejabat Presiden PAS sebelum ini.
Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya mendesak akhbar The Star dan Nanyang menarik balik laporan palsunya berkaitan dengan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Besut, Terengganu.
(GAMBAR: Laporan akhbar Nanyang iaitu pembetulan dari Ahmad Samsuri dan kenyataan minta maaf di bawahnya)
Menurut The Star, Nanyang Siang Pau telah memohon maaf kepada Presiden PAS kerana tersalah petik kenyataan beliau apabila berkata Pakatan Rakyat akan menutup semua aktiviti judi jika berjaya mengambil alih Putrajaya.
Dalam permohonan maafnya, Nanyang berkata laporannya Isnin lepas tersilap kerana salah terjemahan.
"Apa yang Hadi kata pada hari itu adalah Pakatan akan mansuhkan saman ekor jika mereka mengambilalih Kerajaan Persekutuan.
"Kami memohon maaf atas kekeliruan dan kesilapan ini," kata akhbar Nanyang sebagaimana yang dilaporkan The Star hari ini.
Dr Ahmad Samsuri sebelum ini dalam kenyataannya berkata, PAS membantah terhadap berita bertajuk DAP clashes with PAS over gambling ban, again yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini, 21 Mac 2011 dan The Star, 22 Mac 2011 dengan tajuk Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.
Artikel berita yang yang dimuatkan dalam portal berita Malaysiakini dengan tajuk di atas, di perenggan enam dan tujuh adalah dirujuk, iaitu: According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling. He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter.
Manakala Portal The Star pada 22 Mac 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.
"Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat," kata Dr Ahmad Samsuri dalam kenyataan itu.
Ujarnya, persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.
Rakaman ucapan Presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.
"Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu," tegasnya.
(GAMBAR: Laporan akhbar The Star yang melaporkan Abdul Hadi berkata demikian dalam ceramahnya)
Malaysiakini dalam laporannya memetik laporan akhbar Cina Nanyang sebagai sumbernya namun akhbar The Star telah menjadikan ucapan Abdul Hadi di Jertih, Besut Terengganu sebagai sumbernya yang jelas tidak wujud.
KUALA LUMPUR 24 MAC : Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan serta mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor berikutan kegagalan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Parlimen semalam berkata, tindakan kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' bukan sahaja menyusahkan malah rakyat turut terbeban dengan kesukaran untuk membuat bayaran tersebut.
Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.
"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?
"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.
"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.
Sementara itu, Mahfuz berkata KASE kini dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.
Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.
"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.
"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.
Sehubungan itu, KASE meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.
Segala maklumat boleh disalurkan melalui email KASE di kempenantisamanekor@gmail.com atau terus di laman Facebook dengan memberikan maklumat lengkap pemilik kenderaan iaitu nama penuh,alamat, nombor plet kenderaan, tarikh tamat cukai jalan, tarikh dihalang perbaharui cukai jalan, lokasi cawang JPJ yang menghalang perbaharui cukai jalan, nombor telefon serta emel yang sah.
KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya.
"Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah kepada pemberita di Kuala Lumpur. .
"Saya tahu video itu adalah satu pembohongan, jadi kenapa harus saya tengok benda fitnah," tambah beliau.
Wan Azizah menyifatkan tindakan Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim menyebarkan video fitnah semata-,mata tujuan politik sebagai tidak bermoral.
Beliau menyeru mereka supaya menghentikan perbuatan itu dan bertaubat.
Semalam Eskay mendakwa kononnya beliau diminta oleh Wan Azizah untuk memberikan video itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel.
Namun, menurut Eskay, beliau tidak mahu menyerahkan video itu atau pun memberi satu salinan kepada Wan Azizah kerana bimbang ia akan "disalahguna."
Alasan itu bagaimanapun dangkal kerana jika pun salinan itu disalahguna, Eskay mempunyai rakaman asal untuk membuktikan segala dakwaannya itu.
Syarat wajib untuk mana-mana filem sebelum ianya dibuat memerlukan skrip atau jalan cerita yang jelas akan menarik seramai mungkin penonton ke arahnya dan seterusnya memberi keuntungan yang tinggi kepada pengeluar atau penerbitnya.
Skrip itu akan diteliti berkali-kali dan diubah-ubah mengikut citarasa penerbit sebelum pelakon-pelakon berbakat dipilih untuk menuturkan dan menggayakan dengan sepenuh hati setiap ayat dari skrip itu berlatarbelakangkan 'special effect' atau kesan khas yang kadangkala cukup mempersonakan dan menyakinkan penonton bahawa situasi itu seolah-olah realiti atau kenyataan dan bukan lakonan semata-mata.
Malah filem yang diolah dengan cukup baik akan lebih diterima penonton daripada filem-filem yang lemah dari aspek skrip penulisannya, pelakon dan arahannya.
Ramai di kalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat beranggapan bahawa isu Video Lucah yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah satu lagi 'Filem' keluaran 'B* production' yang sama motifnya tetapi agak berbeza dari skrip dan jalan ceritanya.
Ramai yang menanti-nanti apa pula jalan cerita seterusnya. Sejauh mana benarnya anggapan itu, ayuh sama-sama kita saksikan, sejauh mana bagusnya skrip penulisan, jalan cerita, pelakon dan arahannya jika ianya betul-betul sebuah 'Filem' genre politik kejam yang lebih hebat dari 'Filem' sebelumnya.
Yang pastinya 'Filem' ini tidak pernah melalui lembaga penapisan filem sebelum tayangannya kerana sudah pasti ianya tidak mematuhi undang-undang malah budaya masyarakat negara ini.
Kenyataan media oleh DSAI tempoh hari nyata memberi amaran yang cukup tegas kepada pihak tertentu bahawa DSAI dan keluarganya tidak gentar dengan keluaran 'Filem' terbaru ini kerana sudah 13 tahun melaluinya.
Pakatan Rakyat secara umumnya harus kreatif di dalam meneka jalan cerita seterusnya supaya persiapan seawalnya dapat dilakukan jika ianya betul-betul sebuah 'Filem'.
Meramal jalan cerita seterusnya dan kesannya untuk membentuk strategi tindakan awal dengan beberapa pelan sokongan cukup penting dalam 'survival' politik DSAI.
Ayuh!!!, sama-sama kita mendoakan agar mereka yang zalim ini dan juga mereka yang menyokong kezaliman ini diadili oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kerana doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang.
PERMATANG PAUH,: Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menjadikan persundalan sebagai modal politik murahan mereka, semata-mata untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan secara telus dengan mengheret mereka yang terlibat dalam isu video seks yang didakwa oleh Datuk 'T' ke muka pengadilan.
"Jika pihak polis boleh membuat serbuan terhadap premis yang menyimpan atau menayangkan video lucah, kenapa pula dalam isu ini, Datuk 'T' diizinkan untuk menayangkan video lucah, menyimpan dan menjemput media untuk menyaksikannya.
"Apakah undang-undang dalam negara ini tidak sama kedudukannya kepada golongan yang berbeza. Jika untuk kepentingan politik BN maka ia diharuskan. Jika melibatkan PR maka ia akan dikekang sejak awal lagi," ujarnya dalam kenyataan media yang diedarkan pagi tadi.
Amir yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh, turut mendesak pihak polis supaya membuktikan keadilan yang diwar-warkan selama ini dalam melaksanakan tugas dan profesion mereka dengan membawa Datuk 'T' ke muka pengadilan kerana menyimpan dan menayangkan kepada umum video lucah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man, ketika ditemui malam tadi, turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan drastik yang segera bagi mengelakkan imej polis tercemar.
"Buktikan kepada masyarakat bahawa polis tidak amalkan 'double standand'. Tidak kira sama ada pelakunya adalah di kalangan orang BN atau PR. Undang-undang negara mesti dihormati.
"Jika tindakan dan serbuan kerap dilakukan ke atas mereka yang memiliki video lucah, kenapa orang yang mendakw dirinya sebagai Datuk 'T' ini dibiarkan menentang undang-undang yang begitu ketara kesalahannya," katanya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, turut mendesak pihak polis supaya mengambil tindakan segera setelah menerima aduan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai video lucah tersebut.
Tambahnya lagi, rakyat sedar ini merupakan salah satu lagi konspirasi yang cuba memburukkan imej kepimpinan PR menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Namun begitu, cara ini adalah paling jahat dan melampau.
"Sepatutnya pemimpin negara yang ada seperti BN jangan terlalu melampaui batas. Apakah pemimpin negara ini tidak pernah merasa malu kerana isu yang dibawa sejak sekian lama untuk menjatuhkan musuh politik hanyalah dengan isu persundalan sahaja," ujarnya lagi.
KOTA BHARU, 24 Mac: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.
"Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.
"Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.
"Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya," katanya.
Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.
Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian "A" seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.
Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.
Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.
"Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.
"Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK," katanya.
Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.
"Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan," katanya.
Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).
Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).
Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh.
KOMENTAR : Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.
Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.
Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.
Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' kata beliau.
Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.
"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Datuk Eskay pada sidang media itu.
Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.
Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.
Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu "membabitkan polis".
Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.
Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.
Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.
Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol gadis sekolah.
Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.
Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.
Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.
Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .
Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?
Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?
Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.
Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.
Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.
Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik.
IPOH: Pakatan Rakyat ( PR ) Negeri Perak sudah bersedia untuk mneghadapi pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum dalam masa terdekat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, segala perancangan dan strategi di atur bagi menghadapi sebarang kemungkinan dijangka berlaku.
Menurut beliau, tumpuan akan diberikan terhadap penerangan buku jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat.
Memetik ucapan beliau " Pakatan Rakyat Perak akan adakan penerangan daripada rumah ke rumahsecara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampong, Melayu, Cina dan India"
" Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN )"
Hadir sama pada majlis itu, Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin ( PAS ), Datuk Ngeh Koo Ham ( Pengerusi DAP Perak), Dr Lee Boon Chye ( Timb Pengerusi PKR Perak ), Dr Dzulkifly Ahmad (Wakil Pimpinan PR Pusat) dan beberapa adun dan pimpinan PR yang lain.
Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, selain buku jingga Pakatan Rakyat Perak akan mengeluarkan Manifesto Negeri Perak dalam masa terdekat, dan semestinya Manifesto peringkat Perak juga akan menawarkan konsep kerajaan berkebajikan terhadap Rakyat.
Beliau juga menyatakan, Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya.
Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.
Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga untuk bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan.
Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.
SUNGAI MANIK - Hujan lebat yang berlarutan di kawasan ini menyebabkan 81 penduduk daripada dua kampung terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air semenjak, semalam.
Salah seorang penduduk Kampung Kunci Air 4, Labu Kubong, Safarina Jaafar, 27, berkata, dia sekeluarga terpaksa berpindah Surau Ar-Taufiqiyah, kira-kira 9 pagi semalam selepas rumahnya dinaiki air setinggi kira-kira 0.6 meter.
Menurutnya, kejadian banjir kali ini dikatakan terburuk dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini yang menyebabkan beberapa keluarga turut berpindah ke surau berkenaan.
"Walaupun sebelum ini pernah mengalami banjir namun, tidak menyebabkan kami sekeluarga berpindah. Hujan lebat selama beberapa jam pada petang Ahad lalu menyebabkan air mulai naik namun, tidak pada paras bahaya.
"Namun begitu, hujan berterusan pada kelmarin menyebabkan saya, suami dana anak berusia tujuh tahun mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman kami dinaiki air kira-kira 0.6 meter pagi tadi (semalam)," katanya.
Dia berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui di Surau Ar-Taufiqiyah, Labu Kubong, di sini, semalam.
Dalam nada sama, seorang warga emas, Amit Mat Isa, 70, berkata, kejadian banjir di kawasan Tanjung Ara, Chenderong Balai adalah perkara biasa namun hujan lebat berlarutan beberapa hari menyebabkan rumahnya kini dinaiki air.
Menurutnya, dia tinggal bersama isteri dan anak perempuan yang masih lagi berpantang berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang air banjir akan melimpah masuk ke dalam rumahnya.
"Ini adalah antara banjir terburuk yang pernah kami alami sejak tiga tahun kebelakangan ini walaupun kampung ini sering kali dilanda banjir setiap kali hujan.
"Saya dan keluarga sudah bersiap sedia untuk menghadapi banjir sekiranya berlaku dalam tempoh terdekat, namun begitu saya bimbang akan keselamatan anak saya yang masih dalam tempoh berpantang," katanya ketika ditemui di Kampung Tanjung Ara, Chenderong Balai, di sini, semalam.
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa beliau ditawarkan sejumlah wang dan jaminan keselamatan sekiranya 'lompat parti' dan menyertai Barisan Nasional (BN).
Malah beliau Ahli Parlimen pertama ditunjukkan video aksi seks yang memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai umpan untuk menyertai BN.
Beliau berkata, individu yang terlibat ialah seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik,
Johari berkata, beliau telah ditunjukkan video itu Isnin lalu dan ditawarkan untuk dibawa bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka menawarkan saya jaminan kewangan dan keselamatan. Mereka jelaskan bahawa saya adalah Ahli Parlimen pertama yang menonton video ini.
"Jika saya bersetuju, mereka boleh aturkan perjumpaan saya dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak berkata apa-apa pada waktu itu," katanya pada sidang media di sini semalam.
Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution.
Johari berkata, Abdul Rahim kemudiannya memintanya membawa lebih banyak Ahli Parlimen pembangkang untuk menonton video tersebut.
Menurutnya, beliau mengetahui Shazryl adalah 'Datuk T' petang Isnin lalu, selepas beliau bersama bapa saudaranya yang dipanggil 'pakcik' dibawa ke Hotel Flamingo bertemu kedua-dua individu itu.
Katanya, di hotel tersebut, Shazryl menunjukkan rakaman video seks kepadanya, yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi pembangkang untuk memujuknya keluar parti serta memintanya membawa beberapa pemimpin PKR lain lagi menonton video terbabit.
Katanya, beliau menolak sekeras-kerasnya bahawa lelaki yang di dalam video itu adalah Anwar, kerana terlalu banyak kemusykilan.
"Contohnya tidak mungkin Anwar tidak menyedari pergerakan di bilik tersebut dirakam kerana alat rakaman tersebut dipasang dari empat arah," katanya.
Menurutnya, rakaman tersebut tidak memfokuskan muka dengan dekat, kecuali menampakkan orang yang seakan-akan Anwar, namun bentuk badan terutamanya perut, bahu dan punggung tidak sama dengan pemimpin pembangkang terbabit.
"Demi Allah saya katakan bahawa saya yakin lelaki dalam video itu bukanlah Anwar," katanya.
Beliau berkata, keadaan bilik hotel dalam video tersebut seolah-olah seperti zaman British kerana unit penghawa dingin yang tidak dipusatkan selain katil yang amat 'cikai'.
"Susah hendak melihat hotel sebegitu lagi di Malaysia, lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur. Ia mungkin banyak di negara jiran," katanya.
Menurutnya, beliau bersedia membawa beberapa Ahli Parlimen PKR untuk menonton video tersebut dan bertemu Rahim, bagaimanapun perjumpaan telah dibatalkan.
Sementara Saifuddin berkata, adalah jelas itulah rancangan mereka untuk menunjukkan video tersebut kepada Ahli Parlimen PKR bagi menimbul keraguan dan membuat tawaran membeli mereka.
DARAA, Syria: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam protes antikerajaan di bandar Daara.
Antara mereka yang terbunuh termasuk kanak-kanak dan anggota keselamatan, lapor aktivis kemanusiaan negara itu.
Menurut aktivis dan penduduk, pihak tentera melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan di luar Masjid Omari pada awal pagi Rabu dan berterusan selama satu hari.
Sebelum itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul bagi menghalang pihak polis menyerbu protes tersebut.
LARUT, 24 Mac :- Idham Care akan terus menyusun jadual untuk menyampaikan bantuan kepada warga yang memerlukan di masa akan datang, Demikian antara penegasan yang dinyatakan oleh Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan ADUN Titi Serong semasa dihubungi selepas beliau dan Isterinya turun untuk menyampaikan bantuan di DUN Selama dalam Parlimen Larut kelmarin.
Beliau juga mengharapkan Idham Care dapat terus bergerak untuk membantu pelbagai pihak yang memerlukan bantuan.
Baginya untuk menjayakan usaha tersebut tentunya sejumlah dana yang besar diperlukan dan harapannya supaya sumbangan dari individu dan badan koperat serta syarikat swasta sudi untuk menyalurkan sumbangan tersebut.
"Saya merayu kepada pelbagai pihak terdiri dari individu, badan koperat dan syarikat swasta untuk menyalurkan wang zakat dan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program kebajikan Idham Care" jelasnya.
Sumbangan dapat disalurkan ke Akaun Maybank atas nama IDHAM CARE, No Akaun : 558417102650.
Program tersebut melibatkan 10 warga miskin yang di pilih oleh PAS Kawasan larut dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN Selama.
Hadir sama dalam misi tersebut ialah YDP PAS Kawasan, Dr. Mohd Dahri Osman, Setiausaha PAS Kawasan Hj. Hussin dan Ketua Penerangan PAS Kawasan larut, Hj. Muhd Zaki Hassan serta pimpinan MTD DUN Selama yang lain.
Drs. Khalil menyampaikan sumbangan kepada seorang warga terlantar.
Sempat membeli sebuah bakul anyaman mengkuang
Drs. Khalil dan Isteri bergambar bersama sebuah keluarga yang hidup dalam serba kekurangan
KUALA LUMPUR,: Lebih 10,000 orang awam telah dibunuh oleh tentera elit rejim Gaddafi yang mendapat arahan dari beliau sepanjang tercetusnya 'kebangkitan revolusi rakyat' di Libya sejak bulan lalu.
Siri kekejaman yang amat membimbangkan itu bagaimanapun lebih memperkuatkan lagi keyakinan, semangat dan kesungguhan rakyat Libya untuk menumbangkan rejim tersebut melalui 'revolusi rakyat'.
Jurucakap Gerakan Pembebasan Libya, Dr Abdulmonem Hresha menegaskan, rakyat Libya kini ternyata mahukan 'hak dan pembebasan' dari kekejaman pemerintahan rejim Muamar Ghadaffi dan seluruh rakyat negara itu yakin 'revolusi rakyat' pasti akan menghasilkan kejayaan.
Menurut beliau, antara kekejaman yang sedang dilakukan oleh rejim Gaddafi sekarang adalah pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang mengadakan demonstrasi di negara tersebut dan penghapusan penuh masyarakat Libya tanpa sebarang perikemanusiaan.
Katanya, siri kekejaman itu mesti dihentikan segera dan rakyat Libya kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan dari semua lapisan masyarakat dunia termasuk dari Malaysia.
"Kami amat memerlukan bantuan perubatan dan bantuan kemanusiaan agar rakyat Libya yang tertindas ini mendapat pembelaan dan dilindungi dari usaha pembunuhan beramai-ramai rejim Gaddafi," katanya.
Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Dr Hresha kepada beliau pada pertemuan beliau serta wakil PAS Representative Concil UK dan Eira (PRC) dengannya, sempena pertemuan khas bersama beberapa pimpinan gerakan Islam dunia mengenai perkembangan Libya di London, semalam.
Menurut beliau, sempena pertemuan itu, Dr Hresha turut memberitahu kepadanya sepanjang lebih 40 tahun pemerintahan kuku besi Gaddafi, rakyat Libya telah dinafikan dari apa juga bentuk kebebasan dan hak asasi.
"Malahan rejim Ghadaffi telah bertindak memenjara dan membunuh ribuan ulama dan cendekiawan, wartawan dan pemimpin masyarakat yang dianggap sebagai ancaman kepada pemerintahan beliau," kata Syed Azman dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Sempena pertemuan itu juga, Dr Syed Azman turut menegaskan sokongan PAS serta rakyat Malaysia terhadap rakyat Libya yang sedang berjuang bagi membebaskan negara mereka dari kekejaman rejim Gaddafi.
"PAS juga akan usahakan seberapa segera bagi menghantar satu pasukan misi kemanusiaan dan perubatan ke Libya. Malah pasukan yang terdiri dari doktor dan sukarelawan kemanusiaan sedang bersiap sedia untuk masuk ke Libya," tegasnya.
Dr Hresha turut menyampaikan ucapan terimakasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersama-sama simpati dengan nasib yang menimpa rakyat Libya serta menyokong penuh segala usaha yang dibuat oleh rakyat Libya, bagi membebaskan negara mereka dari kekejaman diktator Gaddafi.
"Kami cuma mahu meminta hak yang sama seperti apa yang dimiliki oleh rakyat lain di bumi ini. Doakan kepada kami. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati kesejahteraan hidup rakyat Libya," kata Dr Hresha kepada Syed Azman menerusi perbincangan yang diadakan sempena pertemuan mereka.
TOKYO - Krisis nuklear di Jepun semakin meruncing apabila pencemaran radiasi yang melebihi tahap berbahaya ditemui dalam 11 jenis sayur-sayuran yang ditanam berhampiran loji nuklear, semalam.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan penduduk tidak memakan sayuran tercemar itu termasuk brokoli, bayam dan kobis.
Kesan radiasi melebihi tahap selamat turut ditemui dalam susu yang dihasilkan berhampiran loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak dalam bencana gempa dan tsunami, 11 Mac lalu.
Kan turut menghalang susu dan sayuran dari wilayah Ibaraki yang terletak berhampiran dengan Fukushima daripada dieksport ke luar negara kerana khuatir dengan tahap keselamatan makanan itu.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) menjadi negara pertama yang menghentikan import susu dan daging mentah yang dihasilkan berhampiran kawasan loji nuklear Jepun.
Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), kesemua produk makanan dan susu dari Fukushima, Ibaraki, Tochigi dan Gunma akan dihalang daripada memasuki AS.
Jepun berhadapan dengan krisis pencemaran radiasi selepas gempa sekuta 9.0 pada skala Richter memusnahkan loji nuklear negara itu, 11 Mac lalu sehingga membebaskan bahan radioaktif.
Lebih 400 jurutera, tentera, polis dan bomba berusaha mengawal keadaan di loji itu sejak minggu lalu bagi mengelak situasi bertambah buruk.
PARIT BUNTAR, 24 Mac : Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim mencabar Perdana Menteri supaya membuat laporan polis berkaitan tuduhan bunuh Altantuya terhadap beliau.
Beliau merujuk kepada keberanian tindakan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis sehari selepas tuduhan video seks, ia sama dengan kes Altantuya kerana keduanya melibatkan maruah dan Najib juga mestilah menbuat laporan Polis untuk menunjukkan satu usaha membersihkan dirinya..
"Kes Altantuya sudah lama berlaku namun Najib belum membersihkan dirinya dan tidak ada usaha kearah itu" jelasnya
Merujuk kepada ulasan Datuk Mustafa Mohamad yang mengesa rakyat untuk menilai tahap integriti, Drs. Khalil menganggap itu adalah pandangan yang sengaja diadakan untuk melindungi kejahatan yang dilakukan oleh pimpinan BN sekian lama.
"Macamlah rakyat sudah tidak pandai menilai tahap integriti dinegaranya sendiri"katanya.
"Mengapa beliau (Mustapa Mohamed) gesa rakyat untuk buat penilaian tahap integritinya jika belum disabitkan kesalahan," katanya ketika ditemui di sini.
Tambahnya, Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan polis berhubung fitnah jahat video seks, ini membuktikan beliau berani dan mahu menafikan perkara yang memang beliau tidak lakukan dengan saluran keadilan yang ada iaitu mahkamah.
Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, tindakan beliau (Anwar) membuat laporan polis tersebut adalah suatu perkara biasa jika dituduh berkaitan isu yang tidak pernah dilakukan.
"Tapi jika ada individu yang difitnah , tindakan yang mesti dilakukan ialah kemukakan laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.
"Dunia sedang melihat bagaimana senario politik yang tidak matang," katanya.
"Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin BN jelas mengamalkan toleransi terhadap budaya politik yang bersifat "undang-undang rimba". jelasnya.
Menurutnya pemimpin sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih perihatin dan mesra rakyat dalam memenuhi amanah kepimpinan negara. namun yang kita lihat kerja mereka menyerang parti lawan dan pimpanannya denga rekaan cerita yang bukan-bukan.
"Paling malang segala institusi kerjaan disalahgunakan untuk melangsungkan kerja jahar mereka bagi kekal berkuas" katanya
"Tidak hairanlah mengapa isu yang memalukan Negara membiak dengan pesat sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.
"Rakyat menilai kerajaan sedia ada yang tidak pernah berubah untuk menyelamatkan malaysia," tegasnya.
"Protes perlu dilakukan terhadap Umno BN, dan protes tersebut perlu diterjemahkan pada kertas undi pada pilihanraya Sarawak pada April dan PRU13 tidak lama lagi, perubahan perlu berlaku di Malaysia," tegasnya.
TEMERLOH, 24 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini.
Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan.
"Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.
Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti.
"PAS perlu bangkit sebagai parti berwibawa dalam persaingan keyakinan rakyat dan masa depan yang hebat," ujarnya.
MUAR – Sorang pengawal keselamatan tidak menyangka besi buruk yang dijumpai dalam kebun di belakang rumahnya di Kampung Hj Abdullah, Sungai Abong merupakan sebutir bom mortar lama.
Bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang dipercayai sudah berusia lebih 50 tahun dipindahkan Unit Pemusnah Bom Muar kira-kira jam 9 pagi semalam sebagai langkah keselamatan.
Yaakob Abas, 56, berkata, beliau menjumpai bom tersebut ketika sedang membersihkan kebunnya itu pada Ahad lalu.
Menurutnya, sebelum ini kebun miliknya itu agak terbiar dan dipenuhi pokok-pokok liar.
"Sedang saya membersihkan semak berhampiran pokok getah, ternampak besi buruk yang tertanam separuh dalam tanah," katanya kepada Sinar Harian.
Yaakob berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, beliau bersendirian berada dalam kebun berkenaan.
"Saya tidak pasti sama ada bom ini masih aktif atau sebaliknya. Saya yang takut bergegas pulang ke rumah demi keselamatan diri.
"Saya tidak menyangka dalam kebun ini mengandungi bom lama kerana jarak tempat penemuan bom dengan rumahnya kurang 50 meter," katanya.
Yaakob berkata, kemungkinan di dalam kebun itu terdapat bom lama lain yang masih belum dijumpai lagi.
"Seramai tujuh anggota polis termasuk daripada Unit Pemusnah Bom Muar datang ke kebunnya dan berjaya memindahkan bom ini," katanya.
Menurutnya, meskipun terkejut dengan situasi itu, tetapi dia tetap menganggap penemuan itu sebagai pengalaman yang berharga.
Sementara Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, penemuan sebutir objek di Kampung Hj Abdullah itu bukan bom lama seperti yang diperkatakan.
"Ia adalah bom dummy yang digunakan untuk latihan. Bagaimanapun, pihak kami akan melakukan siasatan lanjut untuk mengetahui bagaimana bom ini boleh berada di dalam kebun milik Yaakob," katanya ketika dihubungi.
SHAH ALAM : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.
Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.
Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11
1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".
"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"
"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"
2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)
"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami".
Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"
"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."
Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"
2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar"
3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"
19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - TRIPOLI 24 Mac - Kuasa Barat yang membedil sistem pertahanan Libya akhirnya 'akan dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah', kata Muammar Gaddafi, ketika askarnya menyekat kemaraan pemberontak, meskipun diserang dari udara selama empat malam, berturut-turut.
Serangan udara kuasa Barat telah berjaya melumpuhkan tentera udara Libya dan memaksa askar dan kereta kebal tentera Libya berundur dari pinggir kubu pemberontak di Benghazi, tetapi pemberontak yang tidak tersusun dan kekurangan senjata gagal memanfaatkan bantuan udara itu dan terus terperangkap.
Tentera pemberontak belum berupaya mengusir askar Gaddafi dari persimpangan utama bandar Ajdabiyah di timur, manakala kereta kebal tentera kerajaan terus membedil Misrata, bandar terbesar terakhir yang cuba dipertahankan oleh pemberontak.
Terdapat kemungkinan besar berlaku kebuntuan di darat, kata penganalisis.
Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di Tripoli sebelum subuh hari ini, sementara deruan sebuah jet pejuang kedengaran di ruang udara disusuli tembakan bertalu-talu meriam antipesawat.
"Kita tidak akan menyerah kalah, kita akan menewaskan mereka dengan apa cara sekalipun kerana kita bersedia untuk berperang dalam jangka pendek atau jangka panjang....kita akan mencapai kemenangan akhirnya," kata Gaddafi kepada penyokong yang membentuk perisai manusia di pekarangan kediamannya di Tripoli.
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai keganasan yang dilancarkan kumpulan fasis yang kesudahannya akan 'dimasukkan ke dalam tong sampah sejarah'.
Kerajaan Libya menafikan tenteranya melancarkan serangan, sebaliknya mendakwa mereka hanya mempertahankan diri apabila diserang, tetapi pemberontak dan penduduk berkata, kereta kebal rejim meneruskan bedilan ke atas Misrata di barat, menyebabkan 40 orang terbunuh kelmarin, di samping menyerang pekan kecil Zintan di sempadan Tunisia.
Kemaraan pemberontak di timur juga tersekat di pinggir Ajdabiyah sejak baki kereta kebal Gaddafi berkawal di sana selepas barisan kenderaan berperisai tentera beliau yang sedang mara ke Benghazi musnah dalam serangan udara tentera Perancis lewat Sabtu lalu.
Pemberontak yang berlindung di balik bukit pasir daripada tembakan meriam kereta kebal dari bandar itu tidak mempunyai senjata berat, kepimpinan, komunikasi atau pelan.
Negara-negara Barat keberatan menempatkan tentera darat yang dapat memberi panduan melancarkan serangan udara dengan lebih tepat bagi membantu pemberontak menawan Tripoli.
Sementara itu, penganalisis pertahanan berkata, kuasa Barat dijangka menanggung kos melebihi AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya jika operasi itu berlarutan selama beberapa bulan. - Reuters
19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - LOS ANGELES: Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung. Beliau berusia 79 tahun.
Jurucakap aktres itu, Sally Morrison berkata ketika menghembuskan nafas terkhirnya, semua anak Elizabeth berada di sisinya.
Aktres itu dilaporkan sering sakit sejak beberapa tahun lalu, dimasukkan ke hospital itu enam minggu lalu kerana masalah jantung.
Elizabeth terkenal dalam lakonannya dalam filem termasuk Cleopatra, Who's Afraid of Virginia Woolf dan National Velvet. - The Guardian
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut.
The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi "orang tengah" bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.
"Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.
Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa "akan ada satu kejutan" dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan "mesej" tersebut kepada Anwar.
Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.
Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.
"Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian," kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.
"Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka," kata sumber itu lagi.
Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.
Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.
Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.
"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polisnya.
Misteri "Datuk T" terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.
Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.
Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno. - MInsider