Khamis, 24 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 24 Mar 2011 03:48 PM PDT

Ezam Dah Gila. Dulu Suruh Anwar Bersumpah, Sekarang Tak Caya Pulak

Posted: 24 Mar 2011 02:00 PM PDT

Ezam Minta Pihak Berkuasa Rampas Pasport Antarabangsa Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

"Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.

"Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, hari Khamis.

Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.

"Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya)," katanya.

Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu.

-- BERNAMA

Terkini! Gambar: Thailand Dan Manila Digegarkan Dengan Gempa Bumi

Posted: 24 Mar 2011 09:29 AM PDT

Reuters – Residents stand outside a building after an earthquake, in Hanoi, March 24, 2011. REUTERS/Kham

By Panumet Tanraksa Panumet Tanraksa

CHIANG MAI, Thailand (Reuters) – A large 6.8 magnitude earthquake struck Myanmar near the border with northern Thailand on Thursday, killing one woman, police and witnesses said.

Witnesses said the tremors were felt in Bangkok, central Myanmar and as far away as the Vietnam capital of Hanoi where people were evacuated from tall buildings.

Police said a 53-year-old woman in Mae Sai, Chiang Rai province, had been killed when one wall of her house collapsed. Hospital officials said there were no other deaths or injuries reported.

The quake was centered 111 km (69 miles) north of the town of Chiang Rai, Thailand's northernmost province.

"In my 40 years, I never felt an earthquake this strong. A glass broke and I had to hold on to a pillar," Thanawan Sisukniyom, a retired teacher in Mai Sai, told Reuters by telephone.

Witnesses in Chiang Mai, the country's second-largest city, reported no immediate damage, but said the earthquake was felt strongly.

A witness in the Myanmar town of Tachilek, which borders Chiang Rai, said parked motorcycles fell to the ground and cracks were seen in the road.

TPBS television said electricity was cut off in parts of Mae Sai. The earthquake was shallow at a depth of 6.2 miles.

Chiang Rai province is a sparsely populated, hilly area that forms part of the famous "Golden Triangle," known for growth of illicit opium and where Myanmar, Laos and Thailand meet.

Somchai Baimuang, deputy director of the Thai meteorological department, urged the public not to panic.

"It's too soon to tell if there is any damage," he told Reuters. "Aftershocks are possible in the next two days."

Residents left their homes in the Myanmar capital Naypyitaw and the biggest city, Yangon. No deaths or injuries were reported.

"Many people fled their homes and laid down on the ground outside away from the buildings. We are still sitting on the ground since there are several aftershocks," a resident in Kentung, 50 miles west of the epicenter, told Reuters by telephone.

"In some buildings, TV sets fell off the tables and shrine altars fell down. I don't know anything about the casualties but I think there will be a lot of damage to properties," he added.

(Additional reporting by Aung Hla Tun in Yangon and Ambika Ahuja in Bangkok; Writing by Martin Petty; Editing by Sugita Katyal)

Thailand Rasai Gegaran Gempa Bumi Di Myanmar

BANGKOK, 24 Mac (Bernama) -- Thailand merasai sedikit gegaran berikutan kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.9 pada skala Richter melanda Myanmar pada malam Khamis.

Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Somchai Baimuang berkata penduduk di wilayah utara di Chiang Rai, Chiang Mai, Nam dan Bangkok turut merasai kesan daripada gempa bumi pada pukul 8.55 malam waktu tempatan.

'Jangan panik dan tiada gempa bumi di Thailand dan tiada amaran tsunami dikeluarkan," katanya.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik melaporkan kejadian gempa bumi di Myanmar terletak jauh di pedalaman dan tidak mencetuskan ombak tsunami.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menjelaskan pusat gempa bumi itu terletak 1,613km dari Barat Laut Kangar, Perlis.

Kenyataan itu menambah Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini mengenai gempa tersebut.

Gempa bumi pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami.

-- BERNAMA

Terkini! Gempa bumi 6.9 skala Richter gegar Myanmar malam ini

Posted: 24 Mar 2011 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 Mac - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Myanmar pada pukul 9.56 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, gempa itu berpusat di 1,613 kilometer dari Barat Laut Kangar, Perlis.

Jabatan itu sedang memantau perkembangan gempa bumi itu dan akan memaklumkan situasi terkini kejadian itu.

Jakim sahkan ada unsure pluralisme dalam ucapan Anwar in London

Posted: 24 Mar 2011 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan terdapat unsur-unsur pluralisme agama yang terkandung dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di London, Mac tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata antara unsur-unsur itu adalah mempertikaikan ekslusiviti kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam dan mengakui faham "The Transcendent Unity of Religions" melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan).

Selain itu, beliau berkata unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik.

"Jakim telah mengkaji ucapan tersebut dan di sana terdapat unsur-unsur pluralisme agama," katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamil berkata Jakim sentiasa memantau dan mengkaji sebarang pemikiran yang menyeleweng termasuk pluralisme agama.

Katanya, muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25 hingga 27 Julai 2006 ketika memutuskan berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng telah menyenaraikan konsep pluralisme agama sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pelbagai program penerangan akan disusun supaya masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas mengenai fahaman pluralisme, liberalisme dan sebagainya.

Sebelum ini, beliau berkata program penerangan telah bermula dengan adanya wacana membanteras gerakan pluralisme agama dan pemurtadan ummah pada 14 Dis tahun lepas dan wacana isu-isu semasa akidah pluralisme agama di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 15 Jan.

"Kita tahu ada gerakan yang terancang bahkan ada kekeliruan di kalangan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan yang ada hubung kait dengan agama tapi keliru dengan pluralisme dan sebagainya.

"Kerajaan menyedarinya bahkan bukan sekadar melihat dalam konteks hokum semata-mata dan tindakan untuk menjelaskan kepada rakyat telah bermula," katanya ketika menjawab saranan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mencadangkan agar kerajaan mengadakan muzakarah di peringkat kebangsaan bagi membincangkan beberapa salah faham yang membabitkan penyelewengan akidah. — Bernama

Panas! Najib jumpa trio Datuk T di Parlimen?

Posted: 24 Mar 2011 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendesak Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan terhadap laporan ketiga-tiga dalang video seks, bertemu Perdana Mentero itu di Parlimen semalam.

Ini berikutan, kata Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN dimaklumkan Najib mempengerusi mesyuarat Biro Politik Umno di pejabatnya di Parlimen.

"Maka, Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang itu dilihat berada di Parlimen.

"Ia menimbulkan tanda tanya serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks itu, yang melanggar beberapa peruntukan perundangan.

"Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua dalang itu, menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius dalam konspirasi itu – tak ubah seperti konspirasi pada 1998.

"Demi membersihkan namanya dan Umno, Najib perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini," katanya pada kenyataan media, hari ini, mengulas penayangan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Nazmi berkata, tindakan tiga orang yang dikenali sebagai 'Datuk 'T' itu jelas satu pembohongan besar kerana pelbagai kekeliruan timbul mengenai kenyataannya.

"Pengakuan Datuk Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya. Kononnya, dia disuruh oleh Anwar untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

"Jelas itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut.

"Dakwaannya konon terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal," katanya.

http://www.keadilandaily.com/najib-jumpa-trio-datuk-t-di-parlimen/

Johari nafi minta sogokan untuk lompat parti

Posted: 24 Mar 2011 06:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan dalang video seks palsu, Datuk Eskay Shazryl.

"Takkan saya nak minta RM100,000 sahaja. Kalau betul-betul nak rosakkan kredibiliti, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta terus," katanya mengulas kenyataan Eskay semalam, kononnya beliau meminta 'wang pelincir' untuk melompat parti.

Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan.

Johari berkata demikian pada sidang media khas melibatkan wartawan dan wakil media terpilih, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Dalam sidang media sama, beliau mengulangi pendiriannya bahawa pelaku hubungan seks itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menegaskan beberapa keraguan berkaitan rakaman video berkenaan.

Pertama, terdapat empat kamera digunakan untuk rakaman itu tetapi keempat-empat video itu merakam aksi tersebut dari sudut sama.

Kedua, Johari mempersoal mengapa kamera hitam putih digunakan dan bukannya kamera berwarna sedangkan teknologi sedia ada boleh digunakan untuk tujuan itu.

Ketiga, jarak antara kamera dan aksi itu begitu jauh.

Keempat, kata Johari, badan pelaku seks dalam rakaman berkenaan jauh lebih tegap berbanding Anwar.

Beliau turut menafi laporan yang menyatakan beliau bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya untuk menyiasat perkara itu dan berpendapat polis harus menyiasat dan menangkap Eskay dan Rahim Thamby Chik kerana memiliki rakaman lucah.

"Siasat dulu, tak perlu ada suruhan jaya diraja," kata Johari.

Selepas pertemuan pertama, Johari berkata, beliau membawa bersama dua Ahli Parlimen yang juga bekas pelajar Malay College of Kuala Kangsar dan mengenali Anwar sejak kecil untuk menonton dan turut mengesahkan lelaki dalam video itu bukan Anwar.

"Mereka adalah Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan Ahli Parlimen Merbok, Abdul Rashid Din.

"Turut dibawa bersama ialah Ahli Parlimen KEADILAN yang aktif di Parlimen. Mereka adalah Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat), dan Amran (Tanah Merah)," kata Johari.

Johari tanpa sebarang keraguan menegaskan, keseluruhan rakaman adalah konspirasi dan turut mengulangi pendirian betapa Rahim Thamby Chik berdendam terhadap Anwar.

"Tan Sri Rahim adalah musuh ketat Anwar. (Dahulu) Kabinet membuat keputusan supaya beliau berundur dari jawatan ketua Menteri dan Ketua Pemuda Umno," kata Johari.

Baja silikon Risda ganjaran bikin video seks?

Posted: 24 Mar 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin mempersoal sama ada pembekalan baja Selatan Thai ke Risda sebagai punca yang membawa kepada penayangan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, ia berikutan carian internet mendapati gambar dua daripada tiga individu yang terlibat dikesan dalam sebuah majalah pertanian di Thailand.

Selain mereka, beliau berkata, Datuk Yusof Noor dan Datuk Aliasak juga dilapor melawat kilang baja silikon yang dikatakan membawa keuntungan besar.

"Najib selaku Presiden Umno harus tampil memberi penjelasan kerana jelas, ia permainan politik kotor ke arah menyelamatkan Umno menjelang pilihan raya," katanya.

Datuk T terdiri daripada Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Rahim Tamby Chik ialah antara individu yang didakwa terlibat menerbitkan 'Buku 50 Dalil' yang membawa kepada penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998.

Eskay ialah bekas Konsul Thailand berasal dari Kedah yang dikatakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor politik kepada Najib.

Yusoff Noor yang tidak tergolong sebagai kumpulan Datuk T adalah bekas Pengerusi Felda yang juga orang kuat Najib yang sebelum ini dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda – agensi yang kerap mendapat perhatian Najib.

Video seks: Johari nafi minta 'Datuk T' beri wang pelincir

Posted: 24 Mar 2011 05:45 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menegaskan beliau tidak pernah meminta "wang pelincir" RM100,000 daripada "Datuk T" sebagai pendahuluan selepas menonton rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin lalu.

Malah wakil rakyat itu menegaskan, beliau tidak meminta insentif untuk mengaturkan lima ahli Parlimen PKR yang lain untuk menonton rakaman video seks.

"Taklah RM100,000, kita ahli Parlimen bukanlah lekeh sangat, baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

MP Sg Petani: 'Datuk T' Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar

Posted: 24 Mar 2011 05:29 AM PDT

Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, 24 Mac - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang "Datuk T" – Datuk Shuib Lazim adalah "pak ciknya", yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.

Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.

"(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar," kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.

"Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya," kata Johari.

Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl.

Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa "Datuk T" bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl.

"Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi," kata Johari lagi.

Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

"Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

"Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata "Datuk T" melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata:

"Apa pilihan yang mereka ada."

Anwar desak dalang video lucah ditangkap

Posted: 24 Mar 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Umno terlibat dalam fitnah video seks yang cuba dikaitkan dengan beliau.

Selain Najib, Anwar turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, yang mempunyai kuasa ke atas pasukan polis, sebagai pihak bertanggungjawab.

"Saya katakan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, bahawa mereka terlibat," kata Anwar ketika sidang media bersama wartawan di kompleks Mahkamah Jalan Duta tengahari tadi.

Anwar turut mempersoal mengapa ketiga-tiga individu yang mengaku sebagai dalang di sebalik tayangan video lucah itu tidak ditangkap mahu pun disoal siasat polis.

Tiga individu berkenaan, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskey Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim sehingga kini masih tidak didakwa.

"Dari awal kita katakan Umno terlibat. Umno menafikan, tapi sekarang sudah jelas mereka terlibat. Dan sekarang mereka mengaku, polis masih belum bertindak (menangkap mereka)," kata Anwar.

"Sebab itu saya katakan dalam kes ini, mana-mana orang menghebahkan adanya video lucah (perlu) terus diambil tindakan. Tapi kerana ini melibatkan pemimpin Umno, polis tertentu diarah melindungi (mereka)" kata Anwar.

Justeru Anwar menempelak Najib dan Hishammuddin kerana gagal mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat rakaman lucah palsu dan menayangkannya kepada media di tempat awam.

"Ini kes pertama penjenayah yang menayangkan video lucah diiktiraf Perdana Menteri dan isteri tercinta, Rosmah dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein," sinis Anwar disambut ketawa kecil wartawan yang mengerumuni beliau.

Dalam pada itu Anwar berkata, penglibatan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai salah seorang dalang di sebalik penyebaran video aksi seks palsu itu, didorong perasaan dendam dan tidak puas hati.

Ia berikutan pengunduran Abdul Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno selepas terbabit dengan skandal gadis bawah umur pada 1990 an, ketika Anwar masih di dalam kerajaan.

"Penglibatan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik itu mengingatkan saya kepada kes dan dendam lama dia. Kes yang melibatkan tuduhan rogol, dan kes yang melibatkan kertas pertuduhan yang ditanda tangani Tan Sri Ghani Patail bahawa beliau terlibat dengan isu rasuah," kata Anwar.

"Orang sebegini sekarang ini muncul berbicara soal moral tetapi soal lebih besar bagi saya ialah mengapa polis melindungi (mereka)?," tegasnya.

Pecah Berita: Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard (Berita Penuh Dan Kenyataan Media)

Posted: 24 Mar 2011 02:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin 'pelakon' dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN.

"Dari pemerhatian saya, video itu kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem berkenaan bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu, itu bukan Anwar.

Beliau mengumpamakan hal itu dengan keberkesanan Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang-kurangnya 11 anugerah peringkat dunia.

"Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya," katanya pada kenyataan media, hari ini, dan menganggap politik kotor dan jijik itu harus dikecam rakyat yang kian bosan dengan politik 'selak kain'.

Macam James Bond

Badrul yang dikenali sebagai Chegubard juga percaya kumpulan Datuk T mendapat perlindungan istimewa kerana modus operadi ketika membawanya menonton video itu umpama filem James Bond.

"Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond.

"Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi," katanya.

Badrul berkata, beliau menerima pelawaan menonton video itu selepas menerima panggilan pada 21 Mac lalu dan seorang rakannya dari Umno menyertainya dan mereka diarah menunggu depan Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.45 malam sebelum dihubungi Datuk T.

Badrul kemudian diminta meletak kereta di pakir IJN dan dijemput jam 8 malam manakala beberapa kenderaan ketika itu dilihat berpusing beberapa kali memerhatikan mereka, Mereka kemudian dibawa ke Hotel Shangrila.

Sebelum dibawa ke bilik menonton, beliau berkata, badan mereka diperiksa dan diminta meninggalkan telefon bimbit sebelum Datuk T memperkenalkan diri bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Suleiman.

Rahim Tamby Chik menipu

Mengikut kenyataan media itu, Badrul berkata, beliau mendapati kenyataan media Rahim Tamby Chik berbeza dengan pengalamannya ketika bertemu bekas Ketua Menteri Melaka itu dan Datuk Eskay Abdullah.

"Rahim Tamby Chik menipu kerana dalam sidang media semalam, dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya, dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

"Kami dimaklumkan, Rahim Tamby Chik baru menonton video itu. Ini berbeza sekali dengan kenyataannya pada 23 Mac sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T.

"Ketika menonton bersama, Rahim Tamby Chik beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah-olah inilah kali pertama menonton," katanya.

Badrul berkata, identiti sebenar Datuk T juga diragui kerana Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T, malah Rahim juga memanggilnya dengan panggilan sama kecuali tersasul dua kali dengan memanggil Eskay.

Salinan video kepada Wan Azizah

Pada kenyataan itu, Badrul berkata, beliau dipanggil diminta menyerahkan salinan video itu kepada Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail

"Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu kepada Wan Azizah. Bagaimanapun, ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah.

"Untuk mendapat video itu, saya berpura-pura bersetuju mengenai apa yang diberitahu mengenai video itu," katanya.

Namun, Badrul yang meninggal hotel berkenaan kira-kira jam 10 malam, turut mendapati mereka tidak bersungguh-sungguh mahu Wan Azizah menerima salinan video itu.

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Apakah masuk syurga pemimpin yang kerjanya mengkhianati Melayu?

Posted: 24 Mar 2011 02:00 AM PDT

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF

TAN SRI Muhyiddin Yassin (semasa pilihan raya kecil Galas, November 2010) pernah menyifatkan pimpinan PAS sebagai 'apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Justeru, Muhyiddin menyimpulkan kerjasama PAS dengan DAP sebagai tiada beza dengan kerjasama Umno dengan MCA."

Malah Muhyiddin turut memfitnah PAS, 'bagaimana pula keadaannya bila sanggup bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum-hakam agama'.

Apakah hukum yang dikatakan Muhyiddin sudah dilanggar oleh PAS dalam masa berbaik-baik dengan DAP? Apa yang jelas, kenyataan Muhyiddin sudah berupa suatu tohmahan dan tuduhan yang sudah terkeluar daripada akhlak seorang pemimpin negara.

Sikap PAS Pesuruhjaya Pahang dan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ceramah Felda Jengka 25, 2 Mac 2011) menegaskan Umno semakin terdesak bila mengatakan "PAS jadi alat DAP" berikutan keengganan PAS berkawan dengan Umno dan memilih DAP untuk bersama berjuang dalam Pakatan Rakyat.

Penjelasan Dato, Tuan Ibrahim, "Umno tuduh PAS kawan dengan Cina DAP sedangkan mereka juga kawan dengan Cina MCA. Mereka tuduh DAP peralatkan PAS (Melayu), padahal Umno itu sendiri diperalatkan oleh MCA."

"Bukti jelas Umno yang gadaikan kawasan majoriti Melayu kepada Cina MCA. Di Pahang misalnya, kerusi Parlimen Raub milik Umno diserahkan kepada MCA. Begitu juga dengan kerusi Parlimen Kuantan diberikan kepada MCA. Kerusi itu kini diwakili oleh orang Melayu iaitu Fuziah Salleh dari Parti Keadilan Rakyat. Bukankah Fuziah itu Melayu. Maknanya kerusi Melayu bertambah di parlimen.

Soalnya kenapa Umno kata PAS gadaikan perjuangan orang Melayu kepada DAP."

Justeru, sifat sebenar Umno adalah menganiaya orang Melayu di negara ini semenjak merdeka. Malah turut berlaku selama 20 tahun lalu, di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak pernah mendapat tambahan satu pun kerusi parlimen untuk kerusi orang Melayu. Sebaliknya Umno membenarkan SPR menambahkan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak yang bukan mewakili kepentingan politik umat Islam dan Melayu. Dalam hal ini, siapakah yang menganiaya orang Melayu di negara ini?"

PAS tidak gadai Islam

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad sudah menjelas panjang lebar hala tuju, misi dan realiti perjuangan PAS yang kini berdepan dengan cabaran dan serangan persepsi Umno dan kroni mereka. Justeru, PAS tetap bertegas di atas prinsip memelihara dan memuliakan Islam serta memartabatkan perjuangan demi kelangsungan sunnah perjuangan Rasululah s.a.w.

Sehubungan itu, landasan perjalanan PAS sudah diolah oleh kepimpinan PAS tetap tegas dengan dalil-dalil sejarah dan praktikaliti dari apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Misalannya, dalam konteks hubungan dan kerjasama dengan pihak bukan Islam, menurut Ustaz Idris, Rasulullah sendiri pernah mengiktiraf Half al-Fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah, iaitu satu persefahaman menentang kezaliman. Termasuk juga sirah hijrah baginda sendiri pernah menggunakan khidmat orang bukan Islam. Jelas PAS tidak mengkhianati sunnah nabi dalam perjuangannya.

PAS tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam dengan kerana berbaik dan membuat political engagement dengan DAP dan KeADIlan. Mana ada masjid dan surau yang ditutup dan diroboh oleh PAS di Kelantan semata untuk menjaga hati DAP.

Sebaliknya, agenda keagamaan Pakatan Rakyat lebih terbuka dengan memperjuangkan hak sama dalam kehidupan beragama. Apa yang dibuat di Kelantan, Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus utuh dengan misi mengharmoni hubungan antara agama dan kaum. Pembinaan masjid Beijing dengan reka bentuk Cina merupakan simbol keharmonian demi merapat sentimen perkauman yang tegang asuhan Umno-BN selama ini. PAS tidak mengkhianati Melayu dan Islam dalam projek seumpama masjid itu.

Malang sekali, Umno yang bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, dan Gerakan serta PPP, telah bertindak biadab dengan agama, antaranya tatkala Umno-BN kembali berkuasa di Terengganu 2004, sebuah masjid di Kg Bujal Kemaman telaah dirobohkan. Tidak padan dengan itu, kerakusan menghina agama Islam turut melibatkan ke atas Surau Kampung Berembang, Ampang Jaya, diikuti dengan menutup Surau al Rahman Seksyen 8 Shah Alam dua minggu sebelum puasa 2007, dan menutup surau di Puchong Perdana. Kesemuanya mempamerkan gelagat pemikiran dan social action pemimpin Umno yang mengkhianati Islam! Umno tidak pernah memakai prinsip Tahalluf Siyasi dalam berpakat dengan parti bukan Islam.

Formulasi politik Islam tidak pernah dipakai oleh Umno. Berbeza dengan politik Islam dibawa PAS yang membolehkan PAS melaksanakan dakwah dengan lebih cergas dan harmoni. Atas prinsip ini, ramai pimpinan DAP dan KeADILan dari kalangan bukan Islam sudah berharmoni dengan sistem Islam.Pembudayaan Islam sudah wujud sebahagian mereka. Apakah keharmonian sedemikian dikatakan mengkhianati Islam?

Mengkhianati Melayu Kelantan

Paling menakutkan umat Islam ialah tindakan tidak demokratik, bercanggah dengan kerukunan negara bertamadun, apabila kerja seharian para pemimpin Umno mengutuk dan menzalimi umat Islam serta rakyat Kelantan. Saban hari akhbar dan TV melangsungkan perbuatan mereka, sehingga menggambarkan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Kelantan buruk belaka.

Justeru itu terserlahlah perbuatan terkutuk mereka. Antaranya menafikan hak royalti minyak dari Petronas untuk rakyat Kelantan yang 95 peratus adalah Melayu.

Malah seketika pada zaman Dr Mahathir telah tidak menghormati maruah negara dan kedaulatan Kelantan dengan menafikan pendaratan sumber gas dari perut bumi zon bersama Kelantan- Thailand yang perairannya paling dekat dengan Kelantan, tetapi dipindahkan pendaratan gas itu di Songkhla Thailand. Paling tidak munasabah, sumber gas tersebut telah disalurkan ke Changlon Kedah dari Songkhla. Ia suatu tindakan mengkhianati. Apakah pengkhianatan sebegitu (tidak menjaga hak dan maruah negarabangsa) tidak boleh disifatkan berdosa kerana?

Demikian pula tindakan pemimpin Umno dalam kerajaan Pusat yang menganak-tiri Kelantan dari arus pembangunan negara turut berlaku. Antaranya sebanyak 118 lokasi projek sudah diluluskan dan telah dibuat pengambilan tanah mengikut keperluan Kerajaan Pusat demi kepentingan awam.

Namun sehingga kini, 118 projek itu tidak dimajukan dan ada yang terbengkalai dan mengalami kelewatan yang nyata.

Di antara berlaku di jajahan (baca daerah) Gua Musang adalah yang paling luas tanahnya diambil kononnya untuk memajukan 5 projek di atas tanah seluas 185 hekter. Di Kuala Kerai melibatkan 95 hektar tanah dikhaskan untuk 22 projek. Di Bachok pula melibatkan seluas 64 hektar tanah yang kononnya untuk memajukan 10 projek. Apakah tindakan menganaktiri dan menangguh projek pembanguan untuk umat Islam dan rakuyat Kelantan itu halal di sisi Islam?

Umno juga memerintah negara dengan melakukan amalan kewangan yang tidak telus, terutama di dalam tanggungjawab membayar capitation grant untuk rakyat Kelantan. Pembayaran dibuat tidak mengikut jadual dengan niat ingin mendera rakyat Kelantan yang menolak Umno pada 1990.

Demikian lagi, dalam isu membangunkan bekalan air di Kelantan yang dilayan sebagai memberi pinjaman bukannya geran. Sedangkan di negeri yang diperintah BN, pembiayaan projek pembangunan air diberi secara grant bukannya pinjaman. Apabila pinjaman, interest atau bunga untung sudah dipaksa bayar. Apakah perbezaan layanan ini sudah dianggap adil dan tidak mengkhianati Kelantan?

Demikian juga rakyat Kelantan dinafikan menikmati tempat tinggal perumahan awam kos rendah. Pihak pemimpin Umno telah memperkudakan peruntukan kerajaan Pusat dengan mengalihkan hak rakyat Kelantan ke negeri lain.

Walhasilnya kerajaan Kelantan disekat daripada menerima peruntukan perumahan awan kos rendah. Langsung mereka menghentam kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kerajaan yang tidak prihatin rakyat miskin. Menyebabkan Kelantan terpaksa berdikari melancarkan kehendak perumahan rakyat melalui penyediaan dana sendiri memajukan projek rumah dhuafat, bantuan rumah dan projek rumah mampu milik. Tidakkah sikap pemimpin Umno sebegitu sebagai mengkhianati rakyat miskin?

Demikian sedikit coretan bagaimana memahami kerosakan perjuangan Umno bersama BN yang mempersoalkan perjuangan PAS dalam konteks agama, syurga dan neraka. Meskipun Umno mendakwa banyak kebaikan yang dilakukan, namun kebalikannya, ada kebaikan dan ada keburukannya. Antara keburukan itu ialah mengkhianati orang yang tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.

Justeru harus dipersoalkan, apakah masuk syurga seseorang pemimpin itu yang kerjanya sentiasa mengkhianati bangsa, agama dan negaranya sendiri? Itulah wajah perjuangan Umno masa kini.

■ Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan.

Panas! Jangan Lupa, Chegubard Mahu 'Bogel' Datuk T Petang Ini

Posted: 24 Mar 2011 01:00 AM PDT

"Saya nak dedahkan yang saya dibawa tonton video itu, dedah siapa yang saya jumpa sekali dalam bilik hotel dan banyak data lain.

"Rahim TC (Tamby Chik) menipu dalam PC (sidang media) semalam," kata Badrul.

Sidang Media Tergempar akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur. Tepat pada jam 3.45 ptg hari ini !

Video seks: Perkasa masih pertahan Datuk T termasuk bendaharinya

Posted: 24 Mar 2011 12:45 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" termasuk bendaharinya yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).

Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Tayangan video seks itu ditayangkan pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

"Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum.

"Salah tetap salah . . . betul tetap betul . . . siapa yang lebih berdosa pembunuh atau yang dituduh membunuh, siapa yang lebih berdosa?" kata Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah.

Kata beliau, pihaknya tidak menuduh siapa individu dalam video seks tetapi satu siasatan segera perlu dilakukan bagi menyiasat kebenaran video seks itu.

Justeru, menurut Arman Azha, pihaknya tetap berpendirian agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks itu.

"Sebab itu kita nak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja, kita tak tuduh sesiapa dan kita juga tak tahu siapa yang terlibat.

"Kita juga tidak mempertahankan mana-mana pihak baik di pihak Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), tapi kita mahu individu yang terlibat dalam video seks itu bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata sekiranya individu dalam video seks itu terbukti pemimpin kanan Pakatan Rakyat maka individu tersebut perlu meletakkan jawatan serta-merta.

Semalam Abdul Rahim mengaku Shazry, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

"Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

"Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Umno BN rasuah rakyat untuk menang

Posted: 24 Mar 2011 12:30 AM PDT

Oleh Suhaimi Mokhtar

Ucapan tahniah dan syabas kepada MP Jerai, Mohd Firdaus Jaafar kerana keberanian, kepekaan dan keprihatinannya membuat pertanyaan di Dewan Rakyat bertanyakan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak tentang jumlah perbelanjaan kerajaan melaksanakan projek-projek segera sepanjang pilihanraya kecil Dun Tenang di Johor pada Januari lalu.

Jawapan bertulis PM menyenaraikan 85 program projek segera telah dilaksanakan sepanjang kempen lebih seminggu pilihanraya kecil Dun Tenang dengan memakan belanja RM5.968 juta. Peruntukan di bawah peruntukan khas PM itu dibelanjakan atas permintaan rakyat setempat terdiri dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan sebagainya.

Jawapan itu juga menyebut bahawa peruntukan itu termasuk dalam belanjawan 2011. Inilah hakikat yang menyebabkan Umno-BN terus dapat mengekalkan kerusi Dun Tenang dan mengekalkan kuasa pemerintahan setiapkali pilihanraya sejak 1959, pilihanraya pertama selepas merdeka 1957.

Pada mata kasarnya, perbelanjaan ini dibelanjakan atas kehendak dan permintaan rakyat, tetapi jika dibedahsiasat secara halus, ia adalah suatu cara untuk memenangi hati nurani rakyat terutama pengundi untuk mengundi calon Umno-BN dengan merasuah rakyat dengan projek-projek segera ini.

Tanpa adanya pilihanraya kecil tentu tiada projek segera akan dilaksanakan. Perbelanjaan sebanyak hampir RM6 juta itu memasuki kantung-kantung kontraktor-kontraktor Umno BN yang kehausan projek, ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian dan suku-sakat mereka. Akhirnya rakyat mengigit jari, menerima hampas-hampas yang tinggal, kerana santannya telah dibolot oleh mereka yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian.

Sebab itulah projek yang dilaksanakan kalau dalam bentuk bangunan, bangunan akan runtuh kerana pembinaan tidak mengikut spefikasi, kerana kontraktor orang Umno hanya berminat untuk mengaut keuntungan yang berlebihan dari menjaga kepentingan rakyat.

MP Md Firadus, sebagai pengarah pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat, telah membuat kerja rumahnya dengan membuat pertanyaan sedemikian. Soalan itu mungkin diletak di nombor-nombor yang terakhir bagi mengelakkannya menjadi soalan lisan yang apabila dijawab akan memberi ruang untuk pertanyaan tambahan yang akan menghagatkan lagi persidangan Dewan Rakyat. Oleh kerana soalan itu tersenarai jauh, maka apabila waktu yang diperuntukkan untuk soalan lisan berakhir, soalan berbaki akan hanya menerima jawapan bertulis.

Dianjurkan supaya soalan-soalan seperti ini, yang mungkin bagi sestengah pihak menganggapnya remeh perlu mendapat perhatian dan diasak oleh MP-MP Pakatan bagi mengetahui sejauh mana ketelusan kerajaan dalam berbelanja dan jumlah projek segera dan perbelanjaan yang dibelanjakan bagi merasuah rakyat dalam pilihanraya-pilihanraya negara ini baik pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.

Tanyakan juga jumlah program projek segera dan belanja yang dibelanjakan dalam tiap-tiap satu pilihanraya kecil yang sehingga ini telah 16 kali diadakan sepanjang tiga tahun lalu. Dalam pilihanraya kecil yang dimenangi Pakatan sebanyak lapan kali, sebanding dengan yang dimenangi Umno-BN,mungkin perbelanjaan rasuah yang ditaburkan berlibatkali ganda. Rakyat perlu mengetahuinya.

Kalau dalam satu pilihanraya kecil perbelanjaan kempen projek segera berjumlah hampir RM6juta, maka bagaimana pula dengan pilihanraya umum, tentulah belanja dalam jumlah puluhan atau ratusan juta wang rakyat di belanjakan untuk menjamin kekuasaan berterusan parti pemerintah.

Perbuatan merasuah rakayat untuk mendapatkan undi bagi menjamin kuasa pemerintahan berterusan adalah satu cara yang tidak berakhlak yang perlu dihentikan segera. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bertindak mencegahnya dan SPRM hendaklah bertegas dengan adil bagi menamatkan keadaan ini dari berlarutan bagi menjamin proses demokrasi berjalan mengikut landasan yang adil dan bersih dan bukannya mengikut padang permaianan tidak setara dan samarata yang akan membantut kesuburan demokrasi negara ini.

Sudah 12 kali pilihanraya dan akan menjelang pilihanraya ke-13 akan datang, sewajarnya proses demokrasi makin sihat dan subur, bukannya tambah pincang dan membantutkan penuh dengan ketidakadilan dan penyelewengan serta rasuah.

Kerajaan sebagai pemerintah yang diberi mandat oleh rakyat berhak untuk membela rakyat dan mengadakan projek-projek pembangunan untuk rakyat tetapi bukan melaksanakan projek segera setiap kali menjelang pilihanraya, apalagi semasa kempen pilihanraya sedang berjalan. Rakyat boleh sahaja menerima projek, tetapi bukan semasa kempen pilihanraya,kerana ia adalah salah satu bentuk rasuah.

Kerajaan mempunyai masa lain sepanjang tempuh mandat lima tahun untuk melaksanakan projek untuk rakyat. Jika projek segera dilaksanakan semasa kempen pilihanraya,maka ia adalah testimoni satu perlakuan rasuah. Memberi projek segera untuk mendapatkan pulangan supaya pengundi memberi undi,adalah satu perbuatan rasuah terang-terangan. Seadilnya,tiada projek segera dilaksanakan untuk rakyat semasa kempen pilihanraya. Cukuplah dengan manifesto yang meliputi dasar dan program parti yang bertanding, jika diberi kuasa memerintah.

SPR perlu mengadakan peraturan larangan terhadap perlakuan rasuah secara halus ini. SPRM pula perlu menghentikannya, kerana ia perbuatan yang tidak sihat untuk proses kematangan demokrasi di negara ini.

Jawapan bertulis PM merupakan program projek segera yang dilaksanakan semasa kempen pilihanraya. Apa pula pemberian-pemberian dalam bentuk lain secara langsung atau tidak langsung kepada pengundi individu atau berkelompak yang tidak pula diketahui jumlahnya. Inilah hakikat dan anasir tidak sihat dalam proses demokrasi pilihanraya negara ini.

Undi dibeli dengan wang ringgit. Pihak yang mempunyai peruntukan perbelanjaan yang besar dan tiada hadnya akan mampu membeli undi dan calun-calun Pakatan yang tidak mempunyai kewangan yang cukup dan sangat terbatas akan berhadapan untuk menyaingi calun parti pemerintah dalam padang permainan demokrasi yang tidak setara dan samarata.

MP-MP pakatan pembangkang perlu mengusulkan pertanyaan untuk jawapan lisan berapakah jumlah peruntukan projek segera yang dibelanjakan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil Galas, Kerdau, Merlimau, dan lain-lain yang dimenangi Umno-BN dan berapa pula perbelanjaan yang dihabiskan dalam pilihanraya kecil yang dimenangi Pakatan. Dari perangkaan-perangkaan ini akan dapat dibuat analisis betapa demokrasi pilihanraya negara in dibelenggui dan diselubungi ketidakadilan.

Walaupun setiap calun perlu menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya masing-masing selepas pilihanraya,tetapi angka-angka sebenar yang tepat tidak akan diketahui dan diperolehi umum secara jujur kerana ia telah dimanipulasi begitu rupa akibat tiadanya ketelusan dan integriti SPR sebagai agensi pelaksana pilihanraya negara ini.

Sebelum pilihanraya ke-13 berlangsung, parti-parti dalam Pakatan perlulah melakukan desakan dan agitasi politik mendesak SPR melakukan perubahan dan reformasi bagi menjamin ketelusan dan pilihanraya yang berwibawa kerana tanpa pilihanraya berkredibiliti, risiko penyelewengan sangatlah besar.

Apabila rakyat tidak mempunyai keyakinan terhadap agensi pelaksana pilihanraya seperti SPR dalam mengendalikan pilihanraya maka tindak balas rakyat akan merugikan semua pihak. SPR perlu dilihat berkecenderungan untuk mengadakan suatu pilihanraya yang seadil-adilnya bagi menjamin kesinambungan proses demokrasi tulen di negara ini.

Video seks: Skrip filem 'Fitnah II'

Posted: 24 Mar 2011 12:00 AM PDT

Oleh Huzir Sulaiman

Syarat wajib untuk mana-mana filem sebelum ianya dibuat memerlukan skrip atau jalan cerita yang jelas akan menarik seramai mungkin penonton ke arahnya dan seterusnya memberi keuntungan yang tinggi kepada pengeluar atau penerbitnya.

Skrip itu akan diteliti berkali-kali dan diubah-ubah mengikut citarasa penerbit sebelum pelakon-pelakon berbakat dipilih untuk menuturkan dan menggayakan dengan sepenuh hati setiap ayat dari skrip itu berlatarbelakangkan 'special effect' atau kesan khas yang kadangkala cukup mempersonakan dan menyakinkan penonton bahawa situasi itu seolah-olah realiti atau kenyataan dan bukan lakonan semata-mata.

Malah filem yang diolah dengan cukup baik akan lebih diterima penonton daripada filem-filem yang lemah dari aspek skrip penulisannya, pelakon dan arahannya.

Ramai di kalangan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat beranggapan bahawa isu Video Lucah yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) adalah satu lagi 'Filem' keluaran 'B* production' yang sama motifnya tetapi agak berbeza dari skrip dan jalan ceritanya. Ramai yang menanti-nanti apa pula jalan cerita seterusnya. Sejauh mana benarnya anggapan itu, ayuh sama-sama kita saksikan, sejauh mana bagusnya skrip penulisan, jalan cerita, pelakon dan arahannya jika ianya betul-betul sebuah 'Filem' genre politik kejam yang lebih hebat dari 'Filem' sebelumnya.

Yang pastinya 'Filem' ini tidak pernah melalui lembaga penapisan filem sebelum tayangannya kerana sudah pasti ianya tidak mematuhi undang-undang malah budaya masyarakat negara ini.

Kenyataan media oleh DSAI tempoh hari nyata memberi amaran yang cukup tegas kepada pihak tertentu bahawa DSAI dan keluarganya tidak gentar dengan keluaran 'Filem' terbaru ini kerana sudah 13 tahun melaluinya.

Pakatan Rakyat secara umumnya harus kreatif di dalam meneka jalan cerita seterusnya supaya persiapan seawalnya dapat dilakukan jika ianya betul-betul sebuah 'Filem'.

Meramal jalan cerita seterusnya dan kesannya untuk membentuk strategi tindakan awal dengan beberapa pelan sokongan cukup penting dalam 'survival' politik DSAI.

Ayuh!!!, sama-sama kita mendoakan agar mereka yang zalim ini dan juga mereka yang menyokong kezaliman ini diadili oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kerana doa orang yang dizalimi itu tidak ada hijabnya yang menghalang.

Perniagaan video seks akan berjaya

Posted: 23 Mar 2011 11:30 PM PDT

Oleh Aspan Alias

Pengendap bilik tidur dan mengintai orang berkelamin merupakan penyakit yang begitu sebati terutamanya di kampong-kampong dahulu kala. Mungkin penyakit itu sudah tidak lagi menjadi kebiasaan di zaman morden sekarang ini. Dulu-dulunya kegiatan mengendap itu merupakan perkara biasa tetapi ianya hanya menjadi mainan nakal anak-anak muda sahaja.

Ramai pasangan yang baru berkahwin menjadi mangsa pengendap ini tetapi ianya tidak membawa apa-apa keburukan kepada masyarakat kerana mereka bertindak mengendap itu hanyalah untuk suka-suka sahaja. Itu hanyalah merupakan 'practical jokes' yang biasa. Tetapi kalau diceritakan kepada orang muda-muda bawah empat puluhan ianya merupakan cerita dongeng kerana di zaman mereka ini penyakit ini sudah lama berkurangan dan mungkin sudah tiada lagi.

Tetapi budaya mengintai ini tidak hilang secara total kerana mungkin penyakit ini ada bersama orang Melayu walaupun budaya itu sudah lama tiada. Di zaman morden ini mengintai bilek tidur dan mengintip orang berkelamin itu sudah menjadi satu kegiatan penting di dalam politik dan lebih jauh lagi ianya sudah menjadi alat untuk perniagaan.

Kejayaan mengintai dan mengintip orang berkelamin terutamanya musuh politik pengintai itu, boleh menjadi modal perniagaan dan jika berjaya melakukannya dengan baik dan boleh pula membantu orang atasan atau kelompok yang berkuasa, kejayaan itu besar kemungkinan boleh membawa kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Kalau dahulu kegiatan mengintai ini hanya untuk suka-suka sahaja, di zaman sekarang mengintai ini boleh mendatangkan faedah kewangan serta taraf sosial kepada pengintai-pengintai ini. Cerita yang terakhir yang kita semua mendengar ialah tentang pengintaian yang dilakukan keatas seorang pemimpin yang di katakan sebagai pemimpin pembangkang negara.

Tetapi sekarang ini zaman modern; mengintai ini dilakukan dengan mengambil video sekali dan orang yang tidak mengintai boleh melihatnya melalui video yang di ambil oleh pengintai-pengintai ini. Jika ada peluang saya juga ingin melihat tayangan itu tanpa bersusah payah untuk mengintai. Rahim ini pernah berkawan dengan saya dan jika beliau sudi, saya juga ingin memohon dari beliau untuk mendapat kebenaran melihat tayangan dan adengan seks oleh pemimpin pembangkang itu.

Sekarang saya sudah tahu di mana hendak mendapatkan video lucah. Kalau Rahim tidak ada, kita pergi berjumpa Eskay dan jika kedua-duanya tidak ada mungkin kita boleh tempah dari Shuib Lazim. Kalau Dato T ini berjaya untuk membuktikan tuduhan mereka saya sangat berkeyakinan akan ramailah yang akan menjadi egen untuk mengedarkan video ini dan saya tidak tahu berapa peratus kah 'margin' yang akan diterima oleh agen-egen pengedar ini. Mungkin kah perniagaan 'multi-level ini akan mampu menyaingi Amway? Kita tidak tahu lagi.

Dulu perniagaan ini dilakukan oleh orang-orang bawahan sekarang perniagaan ini sudah dilakukan oleh orang-orang besar yang bergelar dan bernama. Mungkin hasil dari perniagaan ini boleh menambah sedikit sebanyak pencen yang mereka sedang terima sekarang ini.

Nampaknya kegiatan ini mugkin boleh menjadi elemen yang akan menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang di umumkan oleh pucuk pimpinan kita.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Kenapa Zul Nordin Dan Umi Hafilda Kecoh Isu Video Seks?

Posted: 23 Mar 2011 11:00 PM PDT

Isu Video Seks: Bila dendam tidak dapat sembunyikan...

Posted: 23 Mar 2011 10:45 PM PDT

Wira Arjuna

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu "membabitkan polis".

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah

Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

Eskay - sahabat Anwar?

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

PAS diminta jadi orang tengah pujuk Anwar tidak aktif berpolitik

Posted: 23 Mar 2011 10:30 PM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi "orang tengah" bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.

"Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.

Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa "akan ada satu kejutan" dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan "mesej" tersebut kepada Anwar.

Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.

Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.

"Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian," kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.

"Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka," kata sumber itu lagi.

Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.

Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.

Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polisnya.

Misteri "Datuk T" terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.

Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno.

Datuk T: Lagi pelbagai pihak, Ahli Parlimen KEADILAN lapor polis

Posted: 23 Mar 2011 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk beberapa Ahli Parlimen dari KEADILAN hari ini membuat laporan polis terhadap 'Datuk T' – Rahim Tamby Chik, Shuib Lazim dan Shazryl Eskay berhubung penayangan video lucah pada 11.30 pagi ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam Kdan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh dijangka berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 11.30 pagi.

Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) juga dijangka membuat laporan polis berkaitan isu sama di IPD Dang Wangi sekitar jam 12.

Organisasi lain termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di beberapa cabang seluruh negara turut membuat laporan polis dalam isu sama.

Video seks ditayangkan di Carcosa isnin lalu, kononnya melibatkan pelakuan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hal itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang sebelum ini terpalit dengan skandal rogol gadis bawah umur, mengakui menjadi dalang video berkenaan manakala Datuk Eskay Shazril Abdullah 'melakonkan' watak Anwar.

Menggunakan video itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul pula dipujuk meninggalkan KEADILAN, malah dijanjikan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Wan Azizah tiada hasrat tonton video seks

Posted: 23 Mar 2011 10:04 PM PDT

Presiden PKR president Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak berhasrat menonton video seks seperti yang didakwa oleh 'Datuk T' (Datuk Shazryl Eskay Abdullah).

"Terdapat dakwaan bahawa saya ingin menonton video itu.

"Saya tiada niat menontonnya kerana mengikut ajaran Islam, ia adalah haram," kata isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sambil tersenyum.

Menurut Wan Azizah beliau tidak pernah menghantar sesiapa ataupun sebarang sms mengatakan beliau ingin melihat video berkenaan.

"Kenapa saya harus tonton? Ia dilarang oleh Islam dan adalah haram."

Eskay semalam pada sidang medianya berkata beliau akan memberikan video tersebut kepada Wan Azizah kerana mendakwa presiden PKR itu memohon menontonnya.

Kedutaan Iran Nafi Laporan Berhubung Kontena Berisi Komponen Bina Senjata Nuklear

Posted: 23 Mar 2011 04:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Kedutaan Iran menafikan laporan media mengenai penahanan sebuah kapal dan rampasan dua kontena muatan dipercayai membawa peralatan untuk menghasilkan senjata pemusnah besar-besaran dalam sebuah kapal yang berlabuh di West Port.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, kedutaan itu berkata Iran sebagai anggota yang menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan satu daripada mangsa terbesar dalam penggunaan senjata pemusnah besar-besaran itu,tidak pernah mencuba untuk memiliki, memperoleh atau membinanya.

"Adalah penting dinyatakan bahawa pegawai Iran berulang kali mencela penggunaan senjata pemusnah itu, memandangkan pemimpin agung Iran, Ayatollah AliKhamenei telahpun mengeluarkan satu fatwa bahawa Islam menentang senjata nuklear dan bahawa Tehran tidak mencuba untuk membinanya," kata kenyataan itu.

Kedutaan itu berkata matlamat program nuklear Iran semata-mata bertujuan untuk keamanan dan sebagai anggota Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)dan anggota NPT, ia berhak untuk teknologi nuklear yang aman.

"Bahan-bahan nuklear Iran adalah di bawah pemantauan rapi IAEA dan bahawa Tehran sentiasa bekerjasama dengan agensi itu dalam mengaplikasi perjanjian untuk melindungi kemudahan dan bahan nuklearnya.

"Hak Iran memajukan program nuklear awamnya di dalam lingkungan kerangka IAEA perlu dihormati," kata kenyataan itu.

Khamis lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa dua kontena yang dirampas dari sebuah kapal yang berlabuh di West Port baru-baru inimengandungi komponen senjata.

Kapal dari China itu dalam perjalanan ke Iran.

-BERNAMA-

Biaqpila

Posted: 24 Mar 2011 03:17 PM PDT

Detik Terbaik Melebur Fitnah 1, 2 dan 3 !! (WAJIB BACA!!!)

Jam 2.48 am, malam ini walaupun aku belum tidur, jiwa aku rasa tenang. Kalau nak tidur pun bila-bila masa boleh lelap. Tapi sebab nak menulis sikit tentang rentetan peristiwa tiga hari ini, aku mengambil keputusan untuk tidur lewat sikit walaupun esok kerja. Menulis dengan bahasa yang santai.

Aku yakin malam ini tidur aku nyenyak, begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangan, blogger, penyokong Pakatan Rakyat dan bakal pengundi baru Pakatan Rakyat (setelah melalui detik dua hari ini semenjek video seks halal ditayangkan di hotel terkemuka negara) dan semua yang berjuang menegakkan keadilan, pasti akan tidur nyenyak.

Tak tau lah pulak apa nasib Najib dan gerombolannya yang sudah terkantoi sepanjang hari ini. Sudah tidur ke belum si Najib? Sudah tidur ke belum wahai datuk-datuk 'T' stooges?

Pertama, aku bersyukur kepada tuhan kerana telah menerbitkan secebis kebenaran. Benarlah bahawa doa orang-orang yang teraniaya akan diangkat tanpa hijab lalu dimakbulkan. Kesempatan ini ingin aku ceritakan detik-detik penting yang aku lalui sejak semalam yang menjadi crucial time kepada perlawanan menentang fitnah demi fitnah. Ia seolah-olah satu kemuncak kepada beberapa siri fitnah yang tiap kalinya menemui kegagalan walaupun dirancang dengan bantuan yahudi lakhnatullah.

Bermula kelmarin (21 Mac 2010), pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan satu BBM yang mengatakan sekumpulan wartawan akan dipanggil untuk sesi tayangan video seks yang membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Aku terus check twitter, memang benar bahawa satu tayangan lucah akan berlangsung di Carcosa Sri Negara.

Bayangkan sekiranya rakyat awam seperti aku telah ketahui lebih awal aktiviti jahat ini, mengapa tidak pihak polis yang punya intel mengambil tindakkan wajar? Contoh tindakkan ialah menahan Datuk T dan merampas klip video yang ditayangkan. Tetapi ia tidak berlaku!

Dalam masa yang sama, aku terfikir di manakah anak muda dari AMK pagi-pagi Isnin itu? Adakah mereka bangun lewat pada hari tersebut? Sepatutnya AMK harus bertindak pantas menghimpit perjumpaan di Carcosa yang menjurus kepada penayangan video lucah kononnya membabitkan Anwar Ibrahim. Mengapa aku katakan membabitkan Anwar ialah kerana Datuk T sendiri mengatakan pemimpin PR terlibat itu harus berundur bersama isterinya! Ini bermakna isteri si tertuduh adalah merupakan seseorang yang mempunyai jawatan dalam parti, yang membolehkan satu ugutan supaya berundur telah berlaku. Polis masih tidak mengambil tindakkan, begitu juga dengan kelembapan AMK.

Ketika itu aku yakin bahawa bukan Anwar Ibrahim yang terlibat. Aku tidak akan mudah terbeli dengan penyebaran berita Anwar Ibrahim melanggan pelacur di spa, begitu juga dengan kepimpinan PR yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Sekiranya Anwar adalah orangnya, maka wajar Anwar Ibrahim berundur. Aku petik quote ini dari che'GuBard. Apa yang salahnya kenyataan ini berbanding dengan kenyataan "Tidak kira walau Anwar dalam video itu ataupun bukan, kita tetap mahukan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat"? Apa yang penting adalah keyakinan kita sejak azali, kerana ini adalah fitnah ke-tiga buat Anwar Ibrahim. Apa yang jauh lebih penting ialah, peranan kita menyampaikan kebenaran kepada pelbagai lapisan masyarakat agar mereka juga yakin seperti apa yang kita yakin - Anwar tidak terlibat dalam Fitnah 1, 2 atau 3! Baca lagi kenyataan che'GuBard dan fahamkan dalam tajuk "Isu video : awat anak muda kalut ?"

Masuk tarikh 22hb, keadaan tiba-tiba berubah apabila tersebarnya berita yang menyatakan pelakon dalam video seks itu berperut buncit walaupun irasnya seperti DSAI. Ketika ini, blog-blog pro-BN yang berpesta sehari sebelumnya dengan kenyataan Anwar Ibrahim lah lelaki X dalam video tersebut, telah mula bertukar rentak dengan sungguh-sungguh mengatakan video itu direkayasa oleh Anwar Ibrahim.

Kemudian datanglah tanggal 23 Mac 2010, tarikh yang harus dikenang sebagai hari pembalasan kecil kepada si pendusta besar. Pagi-pagi lagi Malaysia dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang menterbalikkan keputusan awal, apabila dengan dengan tidak semena-mena menerima semula bukti DNA lokap yang telah ditolak sebelum ini. Bayangkanlah jika hakim dah jatuh hukum, tapi menarik balik hukuman tersebut tanpa alasan munasabah. Ini sesuatu yang agak pelik seumpama ada yang tidak kena di sebalik penyebaran betapa Anwar Ibrahim tidak sebuncit si pelakon porno.

Memang masa itu semua syak ada yang tak kena sebab skandal video seks dikatakan sudah gagal, tetapi belum kantoi lagi ketika itu. Rakyat kebanyakkan yang mengikuti skandal video seks ini telah lebih ramai yang meragui daripada mempercayai.

Tiba-tiba seorang sahabat aku yang bernama ephol telah menjumpai satu berita dari MalaysianUnpluge yang mendedahkan siapakah Datuk 'T'. Entry tersebut di sini, dan entry ini meletup kerana belum ada pendedahan lain dalam entry pro-pakatan rakyat yang regular. Sewaktu entry tersebut dipublish, aku dapat beberapa panggilan yang bertanya akan kesahihan maklumat yang aku dapat. Belum sempat aku jawab, kira-kira sejam selepas pendedahan di blog edyesdotcom, maka hadirlah kenyataan akhbar yang merungkai segala persoalan, yang mengsahihkan sebijik-sebijik dengan maklumat awal yang dipapar sebelumnya.

Maka tidak hairanlah mengapa mahkamah menterbalikkan keputusan asalnya apabila tetap menerima DNA yang diperolehi secara tidak sah. Apakah rakyat semua tidak sedar lagi? Adalah menjadi tanggungjawab pembaca blog edyesdotcom untuk sampai menyampaikan kebenaran. Pikullah amanah ini dengan yakin!

Syabas dan tahniah YB Johari Abdul kerana berani dan tidak tumbang dengan umpan yang dilempar. Kenyataan YB Johari kemudiannya dipublish dalam entry "Kenyataan Akhbar Dato Johari Merungkai Segalanya !!!" . Sebuah kenyataan yang mendedahkan modus operandi UMNO memikat ahli parlimen Pakatan Rakyat bagi melunaskan nafsu mereka dengan cubaan mencukupkan bilangan majoriti dua per tiga Dewan Rakyat.

Sedari tidak, perancangan jahat ini juga merupakan satu cubaan checkmate buat Anwar Ibrahim kerana dengan pelbagai tohmahan termasuk dua siri fitnah, DSAI diyakini tidak akan mampu lagi menahan beban satu lagi fitnah lebih besar dan jahat biarpun ia secalit persepsi, ia akan memusnahkan terus karier DSAI. Ini dinamakan political assasination. Namun, Allah itu maha pengasih dan penyayang, tidak membenarkan negara Malaysia terus hanyut. Justeru itu, kita harus bersyukur kerana kebenaran itu tiba tepat pada masanya.

Najib sudah pening, Muhyidin sudah semak, Datuk 'T' stooges sudah tak tahu mana mau lari, cybertrooper UMNO sudah ontok seontoknya, Zul Kulim dah surrender dek dua kenyataan baghalnya yang tidak menepati sasaran dari awal hingga akhir. Binawe sungguh, aku masih petik namanya. Penyokong tegar UMNO yang tiada kepentingan mulai rasa menyesal dan rasa bersalah, bukan kepada Anwar Ibrahim, tetapi kepada apa yang mereka dukungi selama ini. Penyokong atas pagar sudah mula memilih haluan yang lebih tepat, iaitu menolak regim jahat yang mengotorkan siaran tv dengan aksi berita lucah, lucah dan lucah!

Apa lagi idea yang masih belum digunapakai untuk menyelamatkan maruah UMNO apabila mereka yang terlibat adalah seorang pengerusi RISDA, seorang pembida jambatan bengkok dan seorang lagi adalah bendahari pejuang melayu tulen PERKASA. Ini dah menghampiri check-mate buat BN. Rakyat di bandar dan di kampung harus buka mata luas-luas! Lebih penting, pastikan maklumat ini sampai kepada semua.

Akhir sekali, timbul satu lagi cubaan penghabisan apabila Datuk 'T' stooges tampil dalam satu sidang media. Dengan membuat pengakuan oleh datuk Eskay sendiri berada dalam video seks tersebut, tanpa menyatakan kedudukkannya sebagai pelakon yang mana. Pelakon utama ataupun tambahan. Kegemparan ini dirakam dalam sebuah lagi entry yang bertajuk "Datuk Eskay: Saya Dalam Video Itu"

Kecelaruan tahap maksimum cuba ditimbulkan daripada sidang media ini. Tiba-tiba juga beberapa menteri melenting dengan mengatakan UMNO dan kerajaan BN tidak terlibat. Tetapi persoalan lebih parah yang tertimbul secara automatis;

Mengapa RISDA terlibat sehingga dikatakan membuat tempahan dan membayar kos hotel Carcosa? PERKASA juga terlibat? Mengapa ketiga-tiga stooges ini masih belum ditangkap walaupun pengakuan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video seks itu adalah sangat jelas?

Muka Datuk Eskay agak seiras dengan muka DSAI, mungkin perbezaannya adalah perut siapa yang lebih buncit. Adalah sesuatu yang janggal apabila dikatakan Datuk Eskay adalah teman rapat Anwar sebulan yang lalu, benarkah begitu??

Paling penting, mereka juga telah mengugut Anwar Ibrahim dan Kak Wan pada Isnin lalu supaya berundur dari jawatan dalam parti melalui satu video seks fitnah (yang akhirnya terbongkar dibikin sendiri). Kalau Datuk 'T' stooges menyuruh Anwar dan isterinya berundur, bukankah itu yang UMNO dan Barisan Nasional mahu supaya mereka selamat di PRU ke 13?

Akhir kalam, aku menyeru agar artikel peristiwa yang aku lalui sepanjang tiga hari berturut ini disampaikan kepada semua blog dan facebook. Aku yakin, rakyat hari ini telah terbuntang matanya menyaksikan kejahatan sebenar sebuah kerajaan terdesak yang ingin mempertahankan kuasa dengan slogan;

Biarpun hancur tulang belulang(rakyat), Putrajaya harus dipertahankan.

Hanya satu ayat yang bermain dalam kepalaku di saat ini;

"Wama karu wama karullah.. Allahukhairun makireen.." yang bermaksud "Kita merancang, Allah juga merancang.. Namun perancangan Allah itu lebih baik"

Takbir!!

Takbir!!

Di hari tumbangnya sebuah regim jahat, ketika itu jugalah sebuah REVOLUSI bermula !!

EDYES @ edyesdotcom

edyesdotcom

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut