Isnin, 6 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 06 Jan 2014 03:45 PM PST

[TMI] Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari semalam, hari ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.

"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.

"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.

Semalam, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.

Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.

Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini.

"Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.

Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran.

"Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang.

"Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.

"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.

"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.

Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.

Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia. – 6 Januari, 2014.

Biaqpila

Posted: 06 Jan 2014 03:31 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:31 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


DASAT!!! 4 EKOQ LEMBU NAIK WIRA

Posted: 05 Jan 2014 10:19 PM PST


Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta.
Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Halal darah: Pemuda PAS Kelantan lapor polis

Posted: 06 Jan 2014 08:00 PM PST


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan turut membuat laporan polis ke atas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan peserta Himpunan Turun 31 Disember 2013 lepas sebagai 'bughah' dan halal darah mereka.

Laporan polis tersebut dibuat serentak di seluruh negeri Kelantan oleh semua Dewan-Dewan Pemuda PAS Kawasan di negeri itu petang semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, ketika ditemui berkata, laporan polis itu dibuat bertujuan memohon polis menyiasat dakwaan Mufti Perak itu yang disifatkan boleh menyebabkan huru-hara dan menghasut.

Bahkan katanya, jika dibiarkan tidak mustahil fatwa 'halal darah' yang dikeluarkan itu akan digunakan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

"Hari ini sahaja, 6 kawasan di seluruh negeri Kelantan membuat laporan polis iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa.

"Laporan polis ini dibuat di kawasan masing-masing. manakala selebihnya akan membuat laporan hari ini, katanya ketika mengetuai rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Mas dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rantau Panjang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas semalam.

Beliau berharap, dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negeri itu, pihak keselamatan mengambil serius dan melakukan siasatan segera.

Katanya, sebarang kelewatan di dalam menyelesaikan siasatan itu akan menyebabkan rakyat beranggapan fatwa 'halal darah' itu diterima dan tidak merupakan satu kesalahan.

"Ianya juga akan mengelirukan rakyat berhubung perkara itu," ujarnya lagi. ~harakahdaily



Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Judi halal untuk golongan berpendapatan tinggi

Posted: 06 Jan 2014 05:24 AM PST


6 Jan 2014 - PDRM TUBUH SKUAD KHAS BANTERAS JUDI HARAM. Sebuah pasukan khas akan diwujudkan bagi membanteras kegiatan judi haram yang menjadikan golongan berpendapatan rendah sebagai sasaran utama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pasukan tersebut dengan melibatkan keseluruhan peringkat iaitu balai polis, ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen yang akan sama-sama turun padang.

Fatwa Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad

Posted: 05 Jan 2014 08:40 PM PST




Tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya.

Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka."

Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja.

Masyarakat Islam telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Kurang petugas jabatan kerajaan punca gangguan monyet liar tidak dapat dikawal

Posted: 05 Jan 2014 08:01 PM PST




6 Januari 2014

JASIN - Penduduk di beberapa kawasan di Dun Serkam, terutamanya di sekitar Serkam, Pulai dan Tedong, hidup dalam kebimbangan ekoran kemunculan hampir setiap hari, sejak lima tahun lalu, keluarga macaca (macaque) atau nama umumnya monyet ini.

Penduduk Kampung Sempang Timur, Sapiah Muhammad, 59, berkata, lebih 100 ekor monyet berkeliaran setiap hari tanpa mengira masa dan semakin aktif akhir-akhir ini.

"Malah, murid-murid juga sering diganggu dan dikejar sekumpulan monyet ketika pulang dari sekolah. Kita bimbang keselamatan anak-anak ini," katanya.

"Kita juga sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, namun kita dimaklumkan mereka kekurangan anggota untuk menangani masalah ini," katanya.

Cuti Ahad, Malaysia satu-satunya negara yang memeningkan para pelabur

Posted: 05 Jan 2014 06:23 PM PST




Tahukah kita hanya Malaysia satu-satunya negara di dunia ini yang wilayah atau negeri dalam sesebuah negara yang hari bekerja dalam seminggu tidak selaras. Tidak ada negara lain dalam dunia yang boleh mencontohi Malaysia dalam isu hari bekerja ini.

Untuk penganut agama Kristian hari Ahad ialah khusus "Hari Untuk Tuhan" atau "Lord's Day".

In some Christian traditions, Sunday is the "Lord's Day" and the day of rest and worship. In other Christian traditions, they recognize the solar calendar and their day of rest is from noon on Saturday to noon on Sunday

Pencuri lembu pun ambil langkah berjimat cermat

Posted: 05 Jan 2014 05:37 PM PST




Guna kereta sumbat empat ekor lembu lagi jimat dari guna lori.

Lembu pun jadi mangsa culik di Malaysia

Posted: 05 Jan 2014 05:21 PM PST




KULIM 5 Jan. 2014 - Cubaan dua lelaki untuk mencuri empat ekor lembu dengan cara membius sebelum menyumbat kesemua haiwan itu di dalam sebuah kereta semalam, tidak berjaya selepas kenderaan tersebut terpaksa ditinggalkan di Kampung Siam, Lunas di sini kerana rosak. Kesemua lembu itu disumbatkan di dalam kereta jenis Proton Wira berkenaan yang telah diubah suai di ruang tempat duduk penumpang belakang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Supritendan Chin Su Song memberitahu, kejadian itu disedari seorang penternak di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 5 pagi selepas mendapati empat ekor haiwannya hilang.

"Kita sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan. Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan

Posted: 05 Jan 2014 05:21 PM PST




Program Pelancaran Alternatif Riding Club (ARC) Negeri Sembilan
Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Lokasi : Seremban ke Nilai

Aturcara :
3.00 petang - RV 1 Berkumpul di Petronas Depan Terminal One Seremban.
5.00 petang - RV2 Pelancaran ARC di Dataran Nilai.
6.45 petang - RV3 Masjid Lama Jijan & BBQ

Kalau dilanggar, jangan berhenti, mesti lari untuk elak dirompak

Posted: 05 Jan 2014 03:36 PM PST


6 Jan 2014

Serdang: "Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak.

"Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta," kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35.

Dia dan isteri menjadi mangsa samun langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin.

Suspek dipercayai berusia 20-an bukan saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu sebelum memecut laju dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, wanita terbabit terselamat dan tidak dicederakan walaupun dilarikan suspek kira-kira 12 kilometer sebelum dibebaskan selepas penjenayah merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai serta meninggalkannya di tepi jalan di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Berapa ramai pelatih wanita PLKN gagal ujian kehamilan?

Posted: 05 Jan 2014 03:22 PM PST


Berapa ramai pelatih PLKN pengambilan Januari 2014 gagal ujian kehamilan? Adakah kerajaan boleh memberi jaminan selepas ini tiada lagi kes buang bayi atau kes kehamilan di kem-kem PLKN?

Ujian kehamilan wajib bagi bakal pelatih PLKN
19 Ogos 2013

Semua pelatih wanita kini diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. Menurut Kementerian Pertahanan, sejak PLKN dilaksanakan dari 2004 hingga kini, terdapat enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani program itu.

- Bernama

Setelah 10 tahun PLKN, apa hasilnya?

Posted: 05 Jan 2014 03:02 PM PST


Adakah lulusan PLKN mudah dapat kerja? Adakah lulusan PLKN mudah masuk IPTA? Adakah lulusan PLKN mudah dapat biasiswa? Adakah lulusan PLKN tidak perlu bayar pinjaman PTPTN? Adakah lulusan PLKN tidak terjebak dalam gejala sosial, dadah, zina, merempit, jenayah dan sebagainya?

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.

Dapatkah sijil ISO mengatasi segala masalah di kem PLKN sebelum ini dengan kes gaduhnya, kes rusuhannya, kes buang bayinya? Adakah 90 peratus kem PLKN yang tidak ada sijil ISO tidak selamat?

Lagi berita kes gaduh, rusuhan, melahirkan anak luar nikah, keracunan makanan di PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com

Operator PLKN diberi masa 6 bulan dapatkan ISO
5 Jan 2013

Semua operator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi tempoh enam bulan untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi membolehkan mereka terus menguruskan operasi di kem-kem PLKN seluruh negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini hanya 10 peratus daripada operator yang sedang menguruskan 79 kem PLKN seluruh negara telah mempunyai sijil tersebut.



Pengikut