Dari seorang ahli akademik, akhirnya profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik.
Bermula dari NGO Adil, kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hanya selepas dua tahun menerajui Parti keadilan pada Disember 2001 Dr. Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan Parti Keadilan tampa sebarang alasan.
Saya masih ingat lagi (Dr. Chandra) salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas peristiwa 11 september, dia (Anwar) menulis rancana dalam Times Magazine dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kapada Amerika Syarikat tampa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global.
Seolah-olah dia menyalahkan orang Islam pada ketika itu kata Dr. Chandra, tulisan Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr.Chandra bertajuk Who Hijacked Islam? yang keluar dalam majalah Time pada Oktober 2001.
Dalam rancana iti Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohamad Atta adalah penganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center ( Pusat Dagangan Dunia ) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengsahkan tuduhannya itu.
Penulis barat, Peter J. Boyer dalam rancananya bertajuk NeThe Believer Paul Wolfowitz defends his war, Thew Yorker, 1 November 2004, mengakui rencana Anwar di Time itu telah menarik Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika itu Timbilan Setiauseha Pertananan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar.
Dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buluh pada tahun 2004, Pau Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat. Anwar menjadi pensyrah di John Hopkins juga bermula dari rancananya di majalah TIME>
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
sahabat mari kita menilai siapa Anwar Ibrahim sebagai yang disebut-sebut oleh banyak orang tentang Anwar Ibrahim menjadi tali barut zionis, apa yang diperkatakan oleh Dr.Chandra Muzaffar ini mari kita sama-sama berefikir dan kita membuat keputusan, selepas ini Dr. Chandra akan cerita lagi.
bersambung cerita Dr. Chandra
You are subscribed to email updates from #seratah# To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
I heard those guys in Pemandu are quite powerful that they overrule even our top most civil servants in the Economic Plannic Unit and the Implementtation Coordination Unit of the Prime Minister's Department but I never knew that they are so powerful to evenSACK the Prime Minister.
Would those foreigners depicted in LAT's masterpiece (published in the New Straits Times today) make a U-turn now since PEMANDU has taken over the wheels from Datuk Seri Najib Razak? Watch the blame game unfold… and nothing would happen to anyone because someone said 'Najib doesn't believe in sacking his staff. Probably that is why there are loads of rubbish in the PMO. Dear Datuk Seri, please take the necessary action now before your own officers, advisors, and apple polishers sack you for real.
Ini statement versi Aseh di fb dengan ayat coverline selepas isu ini menjadi PANAS.
Sebelum PANAS?
Sebelum PANAS?
Ini statement versi Siaran Media
"Jika pun permohonan ini diterima kelak......."
Apa maksud yang cuba disampaikan Si Aseh ni? Gimik dah sejukkan keadaan yang semakin panas?
Cukup-cukuplah Aseh oiii....Inilah jenis KUMAN SIPLIS DAN GONORRHEA yang jadi pemimpin bersarang dalam pentadbiran Najib Razak yang akhirnya membuatkan Najib sendiri dijangkiti penyakit ini dan menjadi "pembawa" penyakit.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam.
Ia universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun dan mengenakan yuran di antara yang paling murah dengan kemudahan kolej kediaman yang selesa.
Kemasukan universiti terbuka kepada Bumiputera sahaja dan Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.
Mungkin dek kerana HANYA TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA, UiTM juga tidak lari dari agenda politik kotor pembangkang dengan FITNAH :
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia cedera di perut selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian di lebuh raya berhampiran Puchong, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian, berkata dua suspek terbabit turut melarikan kereta bersama-sama isteri mangsa yang kemudian ditinggalkan tanpa sebarang kecederaan di sebuah stesen minyak di Bangi.
Dalam kejadian 11 pagi itu, Nazaruddin Mat Ali, 35, yang bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan Maritim di Kuantan dan isteri Alawiyah Haron, 35, seorang eksekutif syarikat swasta, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih.
Kereta yang dipandu mangsa kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dan ketika mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan tembakan yang mengenai bahagian kiri perut mangsa, katanya di sini hari ini.
Menurut Shukri, suspek kemudian melarikan kereta itu bersama-sama Alawiyah yang kemudian ditinggalkan selepas suspek menyamun beg tangan, telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangannya.
"Kereta Honda Accord milik mangsa ditemui semula di Jalan Persiaran Bangi di simpang masuk Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi pada petang hari kejadian,” katanya.
Shukri berkata, polis percaya kejadian bermotifkan samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya mangsa yang dirawat di Hospital Serdang dilapor dalam keadaan stabil.
Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui Bernama di Hospital Serdang enggan ditemu bual. - Bernama
NOTA LUTUT
Awas jangan mudah bertindak terburu-buru dengan keluar dari kenderaan anda.
Tektik melanggar kereta seperti ini telah lama dilakukan.
UMNO Selangor hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib bahawa Pakatan Rakyat bersatu dalam satu pakatan hanya berkaitan politik tetapi tidak dalam urusan agama. Justeru rakyat perlu melihat perkara ini dengan lebih jelas kerana apa jua yang diperjuangkan di dalam politik kita mesti mempertahankan juga agama.
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, UMNO Selangor melihat DAP Selangor sudah mula besar kepala apabila memberi cadangan untuk mengubah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Mereka melihat isu ini boleh menguntungkan mereka dari segi politik tanpa memikirkan impikasi daripada cadangan mereka itu.
"DAP tidak merasa malu untuk mendesak pindaan tersebut kerana mereka memperjuangkan kepentingan agama bukan Islam di Selangor dan merasakan PR mempunyai suara majoriti di dalam dewan negeri. Namun demikian jika 37 orang Adun-Adun Melayu di Selangor (BN-12, PAS-15 dan PKR-10) bersatu seperti kenyataan Datuk Harun Taib untuk mempertahankan kepentingan agama Islam, cadangan yang dibuat oleh DAP tidak akan dapat dilaksanakan.
UMNO Selangor melihat usaha yang dilakukan oleh DAP campur tangan dalam hal ehwal agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bagaimana mereka cuba menghapuskan penguasaan agama Islam di Selangor secara praktikal," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Tambahnya, UMNO Selangor kesal dengan kenyataan Exco Agama Selangor YB Salehen Mukhyi untuk mengadakan perjumpaan dengan Paderi Lawrence Andrew kerana sebagai seorang Exco Agama beliau perlu tegas dan mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh JAIS.
Soal siapa yang bersalah biar mahkamah yang menentukan. Kenyataan beliau menunjukkan seolah-olah beliau tidak memahami erti kebebasan beragama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rakyat perlu faham Perkara 11 dalam Perlembagaan menyebut bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Perkara 11 (4) yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
"Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan pada tahun 1988 diwujudkan sebagai kesinambungan daripada Perkara 11 (4) dan memberi kuasa kepada pegawai-pegawai yang ditauliahkan untuk menyiasat dan menangkap tanpa waran mana-mana individu yang melanggar peruntukan di dalam enakmen tersebut.
Paderi Lawrence Andrew sebagai seorang Paderi dan Pengarang The Herald, beliau harus sensitif dan faham undang-undang beragama di Selangor. Jangan menggunakan alasan tidak memahami undang-undang sebagai satu alasan untuk melanggar undang-undang. Beliau seharusnya mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan isu kalimah Allah juga telah menjadi kes di mahkamah.
Sehubungan dengan itu, UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu pihak berkuasa jangan sekali-kali tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Islam di negeri Selangor," tambahnya.
Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah penghinaan kepada umat Islam yang akhirnya boleh mengakibatkan gejala murtad berleluasa di negara ini.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, cadangan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah perbuatan itu seperti menderhaka terhadap Sultan Selangor dan institusi raja di negara ini.
Menerusi pindaan itu katanya, gejala murtad boleh berlaku secara terbuka kerana tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kesalahan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam.
"Jika pindaan berlaku sudah tentu umat Islam akan marah dan bangkit secara terbuka untuk menentang habis-habisan tindakan tiga wakil rakyat ini yang cuba bermain api dan mencetuskan kemarahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan cadangan wakil rakyat DAP untuk membuat pindaan berkenaan sebagai amat berbahaya kerana bakal mengundang implikasi terburuk kepada negara sekali gus membawa perselisihan antara agama.
Hasan turut mempersoalkan asas pindaan itu sedangkan enakmen berkenaan tidak terpesong daripada Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Raja-raja Melayu yang memayungi agama Islam selain disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tiga wakil rakyat itu mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya baru-baru ini.
Ismail berkata, tiga wakil rakyat ini tidak layak menetap di Selangor kerana telah menderhaka kepada sultan yang bertitah melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sebagaimana diputuskan mahkamah.
"Walaupun DAP dijangka tidak boleh menang untuk cadangan diluluskan di dewan tetapi umat Islam jangan ambil mudah kerana ini menunjukkan agenda sebenar DAP di negara ini," jelasnya.
Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pindaan itu mengakibatkan umat Islam hilang hak dan kuasa untuk memelihara kesucian agama Islam sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri.
Sambil menyifatkan cadangan tersebut sebagai ancaman paling besar kepada umat Islam, beliau berkata, penganut Islam perlu bersatu padu dan bangkit menentang agenda DAP tersebut tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
"Jika pindaan ini diluluskan maka apa-apa sahaja perkara yang orang Islam hendak buat adalah tertakluk kepada persetujuan bukan Islam, maknanya apa-apa sahaja membabitkan hal-ehwal Islam seperti nikah kahwin, menyebarkan agama dan sebagainya, kita kena minta kebenaran dan kelulusan mereka terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata, cadangan tersebut menunjukkan wajah sebenar agenda DAP dan disebabkan itu umat Islam perlu berhenti berbalah sesama sendiri demi masa depan umat di negara ini.
"Tindakan tiga wakil rakyat ini cukup biadab dan kita sepatutnya tidak berlembut dengan mereka untuk mempertahankan hak-hak kita yang dijamin dalam undang-undang di tanah air kita sendiri," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bila isu kalimah Allah timbul, terdapat sejumlah besar umat Islam yang liberal menyokong tindakan gereja.
MyMassa agak pelik dengan tindakan mereka yang menyokong pihak gereja. Tapi bila MyMassa tengok video ini MyMassa rasa JAIS dan mana-mana jabatan agama perlu kerja keras lagi untuk menangani gejala Islam Liberal ini.
Orang yang bercakap dalam video ini adalah Benz Ali, pengasas REPUBLIKKU. Dia mendakwa kenyataannya telah diedit untuk burukkannya. Untuk lebih adil, MyMassa letak video penuh Benz Ali. Pembaca boleh membuat penilaian semula.
MyMassa rasa lepas tengok video penuh, lebih teruk penghinaan Benz Ali kepada Islam. Tak tahulah kalau pembaca berpandangan berbeza.
I heard those guys in Pemandu are quite powerful that they overrule even our top most civil servants in the Economic Plannic Unit and the Implementtation Coordination Unit of the Prime Minister's Department but I never knew that they are so powerful to evenSACK the Prime Minister.
Would those foreigners depicted in LAT's masterpiece (published in the New Straits Times today) make a U-turn now since PEMANDU has taken over the wheels from Datuk Seri Najib Razak? Watch the blame game unfold… and nothing would happen to anyone because someone said 'Najib doesn't believe in sacking his staff. Probably that is why there are loads of rubbish in the PMO.
Sekali lagi MyMassa tanya, apakah maksud kesengsaraan bagi rakyat Malaysia? Cuba lihat gambar ini dan nilaikan.
MyMassa rasa maksud kesengsaraan boleh dikaitkan dengan tahap bersyukurnya seseorang itu. Jika dilihat dalam gambar, orang di Afrika masih boleh lagi tersenyum sampai nampak gigi.
Bagi anak muda Malaysia, kalau line internet tak laju dah kira sengsara.
Bagi keseluruhan rakyat, naik harga barang dah kira sengsara.
Setakat ini, MyMassa tak pernah dengar rakyat Malaysia yang mati sebab tak cukup makan. Yang selalu dengar, meninggal dunia sebab terlebih gula, garam, kolestrol dan lain-lain lagi.
Kalau dulu, penyakit sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dianggap penyakit orang kaya. Orang dulu minum teh O, kopi O sebab gula bukanlah keperluan. Nasi pun makan kongsi-kongsi. Si emak akan suapkan anaknya bagi mengelakkan membazir. Selalunya kalau masak banyak tu, habis licin. Jarang disimpan dalam almari makanan. Zaman dulu hanya orang kaya mampu beli peti ais.
Contoh almari makanan zaman dulu.
Sekarang ni kalau masak atau beli makanan, selalunya tak habis, yang baki akan masuk dalam peti ais. Sebenarnya amalan seperti ini tidak bagus untuk kesihatan kerana kita akan makan makanan yang tidak segar (dipanaskan berulang kali).
Kalau pergi ke kedai makan, acap kali kita lihat rakyat Malaysia tak habiskan makanan. Maka pekerja kedai makan atau restoran makanan segera akan buang baki makanan tersebut. Bila tengok keadaan macam tu, teringat pesanan orang tua-tua bahawa siapa makan sebutir nasi yang terakhir, dia akan dapat bidadari syurga. Maka berebut-rebut anak-anak kecil mahu jadi orang yang terakhir menghabiskan makanan sampai licin. Akibat daripada pembuangan sisa makanan yang tinggi, kini pengurusan sisa pepejal negara perlu memikirkan kaedah yang terbaik kerana sisa jenis ini tidak dapat dikitar semula kecuali dihantar ke pusat penternakan.
Dalam masa rakyat Malaysia mengadu sengsara hidup di Malaysia, makin ramai pula pendatang asing yang datang ke negara ini. Kalau benar sengsara hidup di Malaysia, mengapa mereka datang? Kalau hidup di negara ini sering dihimpit kesempitan hidup, bagaimana mereka boleh hantar pulang wang ke negara asal setiap bulan?
Rakyat Malaysia sengsara tapi hujung minggu kedai makan sentiasa penuh sampai nak cari meja kosong pun susah.
Rakyat Malaysia sengsara tapi hujung minggu pasaraya sentiasa penuh sampai nak cari parking pun susah.
Rakyat Malaysia sengsara tapi hujung minggu, lebuhraya bertol ke utara, selatan dan pantai timur sentiasa sesak.
Rakyat Malaysia sengsara tapi bilangan yang pergi bercuti menggunakan kapal terbang sentiasa meningkat.
Rasanya cukup panjang artikel kali ini. MyMassa rasa kita semua patut memikirkan adakah benar kita sedang sengsara atau masih tak bersyukur dengan nikmat yang kita terima selama ini?
*Jika anda tidak puas hati dengan artikel ini dan ingin berkongsi keSENGSARAan anda, sila luahkan di ruang komen.
LIM KOK WING TERSENARAI, UNISEL YANG LEBIH SENIOR TAK TERSENARAI?
Tahun 2014 menjelma dengan sejuta harapan rakyat Malaysia untuk mengecapi sistem pendidikan yang berkualiti khususnya di peringkat Universiti.
Namun begitu, tinjauan kami mendapati berlaku masalah besar kepada para graduan dari Unisel apabila beberapa kursus di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti tersebut tidak diiktiraf oleh masyarakat.
Berikutan pengumuman Kerajaan bahawa pada tahun 2014 kenaikan pangkat malah kenaikan gaji kakitangan awam akan turut dilihat daripada sudut ijazah mereka, beberapa graduan Sarjana dan Doktor Falsafah dari Unisel menghubungi kami dan menyatakan kebimbangan mereka kerana pandangan orang ramai bahawa lulusan dari Unisel kurang diberi perhatian berbanding universiti-universiti IPTA yang lain.
Pengiktirafan oleh MQA dan pengiktirafan oleh masyarakat adalah dua perkara yang berbeza. Apabila perkara ini diajukan kepada pengurusan Unisel, mereka hanya menjawab kursus-kursus mereka telah diiktiraf oleh MQ. Malangnya mereka tidak dapat menjawab isu mengapakah lulusan Sarjana dan PhD dari Unisel dipandang sebelah mata?
Saya berpendapat, Unisel harus menempatkan diri mereka di dalam senarai Universiti terbaik dunia, janganlah sampai ke 6,554 dalam dunia. Universiti di negara baharu Timor Timur pun tak seburuk angka itu?. Excellance Rank bagi University National Timur Timor ialah 5,080. Jika sukar pun, Unisel patut berusaha berada di dalam ranking terbaik dalam negara.
Masalah-masalah logistik seperti kampus, air, makanan, pengangkutan, asrama, bilik kuliah, isu-isu pinjaman pelajaran, isu-isu pengiktirafan perlu diatasi dengan kadar segera.
1. Beberapa blog menyentuh isu sambutan hari jadi (kononnya) diadakan Menteri Dalam Negeri di hotel mewah di saat rakyat sedang susah. Meskipun ramai tidak tahu beliau bukan menggunakan duit kerajaan dan dibuat atas dasar setiakawan Sahabat beliau yang berpakat meraikannya.
2. Panglima sendiri tidak menghadiri majlis tersebut dan hanya membaca dari blog. Barangkali ia majlis Sahabat terdekat Menteri dan khabarnya dianjur Sahabat rapat beliau untuk meraikan semua yang selama ini sentiasa menyokong beliau ketika senang dan susah bersamanya.
3. Meskipun lokasi majlis hotel mewah Royale Chulan , namun menu yang disediakan tidak mewah seperti digambarkan. Hanya nasi lemak satay air sirap yang tidak melambangkan keborosan bahkan menunjukkan sikap berjimat cermat (mungkin tidak ada duit banyak) Sahabat beliau. Tidak seperti yang sering disebut ketika zaman Anwar Ibrahim di mana orang sekeliling dilimpahi kekayaan melampau gara-gara kronisme yang terlalu teruk.
4. Paling menarik email yang disebar juga didapati salah tarikhnya dan tidak mustahil ia petunjuk dari Allah bahawa email tersebut direka pihak tertentu yang tidak senang hati dengan sokongan hampir 100 % Bahagian Umno seluruh negara kepada DS Ahmad Zahid Hamidi pada persidangan yang lalu.
5. Yang tidak disebut ialah majlis tersebut mendapat sambutan begitu ramai walaupun tidak semua menerima jemputan ekoran masalah tempat terhad namun lebih 2 ribu telah menghadiri majlis semalam.
Harap politik matang kita amalkan dan jangan kerana sesuatu sebab kita mula menghentam selepas memuji beliau sebelum ini. Nasihat untuk diri dan kawan-kawan.
Sesiapa kata Panglima kaya kerana dapat duit dengan Zahid hamidi boleh minta skrin akaun bank yang hanya beberapa ringgit sahaja yang tinggal selain hutang yang berlambak selepas mengambil keputusan memenuhkan masa dengan perniagaan produk perubatan serta pemasaran syarikat rakan sejak Oktober lalu.
Saya sokong kerana orang bukan kerana wang. Jika Zahid juga mula takbur & lupa diri maka saya juga akan memberi teguran secara hikmah tanpa memalukan maruah beliau sebagai seorang pemimpin.
Lebih lembut kata-kata tentu lebih berkesan pada telinga dan terus jatuh dan menusuk hati !
Kata yang lembut datang dari hati yang lembut dan bersih, hati yang bukan berkarat dengan dosa dan maksiat.
Bukan pelaku homoseksual, Peliwat atau peminum arak dan berpeleseran di Night Club.
KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.
"Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.
"Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.
Ok hard rock cafe nak buka di putrajaya, aku tak mau cerita banyak, korang sekelian rakyat malaysia yang cerdik pandai boleh menilai kedua-dua laporan di bawah...
Tetiba semalam kenyataan ini pulak di keluarkan oleh perbadanan putrajaya, adakah pihak perbadanan putrajaya cuba nak kata akhbar utusan menipu atau memanipulasi berita? kalau berita itu keluar di harakah daily, suara keadilan, malaysiakini atau malaysian insider aku boleh anggap itu adalah spin pembangkang...
Cukup-cukup lah di selangor jadi hub maksiat, janganlah putrajaya pun nak ikut macam negeri selangor, ingat, kalau hard rock cafe di buka di putrajaya, lepas nie, jangan terkejut, akan tumbuh lagi beberapa pub, disco dan rumah urut di putrajaya, akhirnya dari sebuah bandar yang clean dari maksiat putrajaya juga akan jadi seperti bandar-bandar di selangor yang menjadi pot untuk orang buat maksiat...
Maleh nak cakap... kita tunggu dan tengok betui atau tak. Terang sudah nampaknga dipergunakan oleh kafirun bukan saja Agama Parti pun kena ikut arahan dan tunjuk kesetiaan demi nak menang atau ada rakan parti... elok la tu.... pada Pauk juak lembu roket dah boleh pertahankan kumpulan yg berjuang utk Islam dan kini sedang berjuang mempertahankan kafir yg sudah cukup jelas pergunakan nama Allah di gereja. Adakah menyokong tentang tuhan mereka yg sama dengan Islam... Nabi Isa pulak kedudukannya dimana?
Jadi jangan buang masa dah holeh post dalam FB beramai-ramai ucap tahniah kat unit amal... bang non suka tu....
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Cadangan tiga wakil rakyat dari DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam dibela dianggap keterlaluan kerana seolah-olah sengaja mahu mengeruhkan keadaan, kata peguam jenayah kanan, Ranjit Singh Dhillon.
Ranjit Singh dilaporkan Utusan berkata tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta bahasa Iban seharusnya tidak perlu dipertikaikan kerana merupakan tanggungjawab agensi itu dalam melindungi kesucian Islam.
Menurutnya, tindakan JAIS tersebut dilihat tidak sama sekali mengganggu hak orang bukan Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana dilaksanakan untuk memelihara Islam sebagai agama Persekutuan.
"Sebagai orang yang bermastautin di Selangor, tidakkah mereka (tiga wakil rakyat DAP terbabit) ada tanggungjawab untuk akur dan mematuhi titah Sultan Selangor?
"Walaupun seseorang sultan tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan negeri namun dalam hal ehwal agama Islam, sultan secara langsung mempunyai kuasa mutlak untuk memelihara kesucian Islam," katanya.
Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San seperti dilaporkan The Malaysian Insider supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Cadangan tersebut dibuat susulan tindakan JAIS merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam.
Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis terbabit, Sinclair Wong.
Ranjit yang juga seorang pemerhati politik memberitahu, cadangan tersebut juga dipercayai cubaan pihak tertentu untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mempertahankan tindakan JAIS itu.
"Politik, agama dan bangsa adalah entiti yang berlainan. Demi kelangsungan karier politik, diharapkan dia (Abdul Khalid) tidak mencabar titah sultan," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang mempertahankan tindakan Penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor menggunakan Enakmen 1988 ((Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) untuk menyerbu premis tersebut.
Menurutnya, Enakmen 1988 itu terkandung di dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan untuk melarang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dan bukannya menggugat hak kebebasan beragama masyarakat bukan Islam di negara ini.
Justeru, beliau menegaskan, cadangan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mahu enakmen tersebut dipinda tidak wajar disokong sama sekali terutama oleh wakil-wakil rakyat beragama Islam di negeri tersebut.
Mengapa enakmen tersebut perlu dipinda sedangkan sumber undang-undang itu adalah daripada Perlembagaan Persekutuan sendiri.
"Subsekyen dalam Perkara 11(4) membenarkan mana-mana negeri untuk membuat undang-undang kawalan pengembangan kepercayaan agama bukan Islam kepada orang bukan Islam.
"Sepatutnya kita perlu mendesak agar negeri-negeri yang belum menggubal enakmen seumpama itu agar melakukannya, bukannya mencadangkan negeri yang sudah ada untuk membuat pindaan atau menghapuskannya," katanya kepada Utusan. Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenyataan berani yang dibuat oleh Yuktes terhadap Anwar Ibrahim. Yuktes seolah ada sesuatu asas yang kukuh untuk menuduh Anwar Ibrahim sedemikian. Apa respon dari Anwar Ibrahim?
Dua perkara yang kita boleh jangka dari Anwar Ibrahim
1) Anwar akan nafikan
2) Anwar akan tuduh semula kenyataan Yuktes ini jahat dan sebagainya.
3) Anwar Ibrahim akan saman Yuktes.
Ini antara perkara yang Anwar akan lakukan. Namun beranikah Anwar Ibrahim mengambil tindakan yang ketiga itu?
"Universiti Georgetown adalah universiti swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya bermula dari tahun 1634.
Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.
Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi yang juga dikenali sebagai 'orientalis'.
Mereka mengelarkan diri mereka sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding, Universiti Georgetown."
Bukan sekadar itu sahaja, UCANews.com (baca sini) pernah melaporkan bahawa Jesuit Ateneo de Manila University telah memberi satu anugerah kepada Anwar Ibrahim pada Ogos 1996 lagi.
Dengan jelas sekali tindakan di atas adalah satu bentuk provokasi terhadap umat Islam di Malaysia. Mahkamah sudah buat keputusan, Sultan Selangor sudah bertitah tentang isu ini pada 14 November 2013. Mengapa ada pihak yang mahu melangkaui undang undang dan perintah Sultan?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.
Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malaysiakini sendiri sudah lupa apa yang mereka telah laporkan (rujuk sini). Sepatutnya portal tersebut tidak boleh terus mengapi ngapikan umat Islam di Malaysia dengan berita provokasi yang melampau seperti dalam berita di atas.
PAS Selangor sendiri patut merasa malu kerana tidak berpihak kepada Islam dan berlandaskan apa yang sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa. Dulu ketika isu agama, PAS yang paling lantang tentang isu agama. Di mana mereka sekarang? Di mana Persatuan Mahasiswa Islam di universiti yang "garang" sangat tentang isu ini suatu ketika dahulu?
Mereka patut malu dengan Haron Din tentang isu ini. Dengar dan lihat sendiri apa yang Haron Din perkatakan tentang isu kalimah Allah ini.
Isu kalimah Allah kembali bergema gara-gara tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya , dalam satu serbuan di Petaling Jaya minggu lepas.
JAIS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jika di zaman pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Rahman Palil. Selepas PRU 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Hasan Ali. Tahun 2012 apabila Hasan dipecat daripada Pas, orang yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah melantik dirinya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama islam di Selangor. Tahun 2013 pula exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Sallehan Mukhyi, Adun Pas untuk kerusi Sabak.
Dengan penerangan diatas saya harap semua jelas dan nyata bahawa JAIS adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor, dan tidak ada kena mengena langsung dengan Kerajaan Persekutuan.
Namun begitu apabila berlaku kes rampasan bible seperti diatas, ada pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang tiba-tiba menjadi lembu kenyang yang kebodohan menyalahkan Umno dan Kerajaan Persekutan. Tujuannya untuk mengelirukan orang ramai supaya nampak itu semua salah Umno.
Lim Kit Siang selaku seorang yang lama dalam politik dan faham selok belok perundangan negara pun turut sama jadi bodoh menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kehadiran anggota polis semasa JAIS melakukan rampasan.
Sedangkan polis hadir adalah atas permintaan JAIS. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sah tidak kira kerajaan negeri mana sekalipun dan diperintah oleh parti mana sekali pun, JAIS berhak meminta bantuan polis untuk melindungi mereka semasa menjalankan tugas. Jangan kata JAIS, orang yang bercerai laki bini pun ada yang bawa polis untuk pergi ambil anak dengan bekas isteri atau bekas suami.
Mana-mana penguatkuasa bawa atau minta bantuan anggota polis semasa melakukan tugas mereka adalah perkara biasa. Bukan setakat untuk rampas bible, tangkap orang melakukan maksiat pihak penguatkuasa bawa polis juga.
Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.
Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang.
Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?
Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka.
Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan.
Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan.
Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ? Sudah hampir seminggu isu ini berlarutan tetapi belum nampak sebarang ketegasan lagi daripada beliau terhadap pihak-pihak yang memprovok dan juga tuduhan anggota polis terlibat dengan rampasan terbabit.
Yang paling mustahak adalah isu kalimah Allah ini perlu diselesaikan segera. Kerana ianya mampu membawa kepada pergaduhan agama yang lebih besar. Apabila berlaku pergaduhan antara agama ianya boleh membawa kepada seribu satu masalah termasuklah keselamatan rakyat serta kemerosotan ekonomi negara. Tolonglah Menteri Dalam Negeri. Saya merindui ketegasan kamu sebelum ini. Atasilah masalah ini dengan segera. Bertindaklah setegas mungkin demi untuk keselamatan rakyat dan negara.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ANAK kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat.
Sinar Harian dalam laman webnya hari ini menulis artikel bertajuk "Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam" memetik kenyataan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Marina melalui Twitternya beranggapan artikel itu sebagai mengarut dan menuntut sesiapa supaya menunjukkan kepada beliau bukti di dalam Al-Quran bahawa umat Islam disuruh bercuti pada hari Jumaat.
Dalam artikel itu, Hassan bersetuju sekiranya lebih banyak negeri menjadikan hari Jumaat sebagai salah satu cuti rehat mingguan kerana ia memang hari cuti bagi umat Muslim.
"Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini kerana Jumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam.
"Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.
"Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik.
"Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya," katanya memetik artikel Sinar Harian.
Marina sebagai umat Islam sepatutnya tahu hujah berkaitan Jumaat bukanlah dikhaskan pada zaman tertentu dengan menyebut secara khusus bahawa pada hari itu umat Islam disuruh bercuti.
Menurut hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abdullah bin Munzir, bahawa Nabi Muhammad terlah bersabda :-
"Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari dan yang TERBESAR di sisi penciptaan anak Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga dia (Nabi Adam) wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seseorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
"Pada hari itu Hari Kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah melainkan ia takut pada hari Jumaat. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu, langit fan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat,"
Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi.
Jadi, di zaman serba moden dengan kesibukan tugas, dengan banyak keistimewaan disediakan oleh Allah pada hari Jumaat lebih elok ia dijadikan sebagai cuti rehat bagi memudahkan umat Islam melakukan ibadah Solat Jumaat dengan penuh kesediaan dan kesempurnaan.
Sudah dijelaskan dalam hadis berkenaan berkaitan keistimewaan hari Jumaat yang lebih hebat dari Hari Raya, dan ia sepatutnya menjadi satu antara cuti rehat bagi umat Islam.
Bukan semua dalil dan nas-nas Islam hanya terletak pada Al-Quran tetapi ia harus berpandukan kepada Al-Quran, Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini.
Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.
Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.
Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.
Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja.
Michael dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada individu yang hadir terima kasih memberi sokongan dan juga buat para anggota keselamatan yang menjaga keselamatan mereka.
Beliau juga berharap agar masyarakat Kristian dapat menjalankan tanggungjawab agama mereka tanpa gangguan.
"Ktia terus berdoa supaya situasi aman damai dapat berterusan di Malaysia.
Kehadiran berkurangan
"Kita dapat saling hormat menghormati dan umat Kristian ada kebebasan guna bahasa mereka sendiri untuk menyembah Tuhan," kata beliau dalam ucapannya hari ini.
Chua ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, kehadiran ke upacara dalam bahasa Melayu hari ini berkurangan berbanding kehadiran untuk upacara dalam bahasa Inggeris dan Tamil.
"Biasanya ada kira-kira 300 (hadirin) tapi hari ini ada lebih kurang 200 sahaja," kata beliau ketika ditemui di luar gereja.
Chua berkata, mungkin ramai hadirin memilih untuk pulang lebih awal atau tidak langsung tidak menghadiri acara tersebut disebabkan ancaman kumpulan yang dikatakan akan mengadakan bantahan di hadapan gereja mereka.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung rancangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Satu gabungan NGO yang rapat dengan Umno Selangor pada hari Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk mengadakan protes dan menghantar nota bantahan kepada paderi Lawrence Andrew.
Ia ekoran pendirian Andrew yang didakwa mencabar kuasa Sultan Selangor dan berkeras mahu orang Kristian dibenarkan mengguna nama 'Allah'.
Umno Selangor semalam mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk tidak menghadiri perhimpunan di gereja berkenaan.
Bagaimanapun, sesetengah anggota dan pemimpin Umno Selangor tetap muncul dalam perhimpunan anjuran NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Muslim Klang, di satu padang kira-kira 1km dari gereja tersebut hari ini.
Foto yang menampilkan keluarga Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) di akaun Instagram Ibu Ani Yudhoyono kecoh apabila dilaporkan ada 'penampakan' entiti misteri.
Foto tersebut menampilkan Presiden SBY, Ibu Ani Yudhyono, beserta anak, menantu, dan cucunya.
Foto tersebut menjadi sedikit kontroversi apabila ada 'penampakan' di belakang Aliya Rajasa.
"Ibu, itu dibelakang mba ruby disebelah mas ibas kayak ada kepala anak kecil, sapa ya bu," tulis pengguna Instagram annagreace.
Foto ini kemudian menjadi heboh dan mendapat berbagai respon.
Akhirnya, jurufoto keluarga SBY ini menjelaskan mengenai perkara tersebut. Anung menegaskan ianya bukan penampakan makhluk halus.
"Hadehhhhhh hari gini penampakan ???? Mas dan Mba ... IG .. Itu baby sisternya Airlangga dan knp ga ada kakinya , karena dia duduk di tangga dan kakinya di tekuk di anak tangganya .. Maaf ya Bu @aniyudhoyono jadi rame .. Trima kasih," jelas @anunganindito,
Kisah cinta pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zack Haikal disebut-sebut semula apabila hubungan beliau dengan Zzati dikatakan telah terputus akibat beberapa faktor peribadi.
Namun begitu, Wan Zack rupa-rupanya dalam diam telahpun melangsungkan pertunangan. Gadis yang bertuah itu bernama Syahifah dan berasal dari Kemaman, Terengganu.
Semoga pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan secepat mungkin. Harus banyak bersabar kerana Wan Zack khabarnya akan terbang ke Jepun semula untuk meneruskan kembali kariernya sebagai pemain bola sepak.
Nanti dah kahwin boleh angkut bini sekali duduk sana. Hehehe.
Tahniah kepada Wan Zack Haikal dan Syahifah atas pertunangan ini.
LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.
Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.
Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.
"Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya. Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.
"Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.
justify;"> KUALA LUMPUR 5 Jan. - Seorang pengarah pentadbiran kewangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuantan cedera di perut akibat ditembak sebelum disamun di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Semenyih dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa memandu bersama isterinya dari Shah Alam menuju ke Semenyih dan setibanya di persimpangan Puchong, kenderaan yang dipandunya telah dilanggar dari belakang oleh dua suspek.
Mangsa yang keluar untuk berbincang dengan suspek bagaimanapun telah ditembak di perut kiri manakala isterinya pula dilarikan suspek bersama kereta sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan kejadian.
Barangan milik isteri mangsa seperti rantai leher, gelang tangan dan dua telefon bimbit turut disamun dalam kejadian itu.
Kereta mangsa yang dilarikan kemudiannya ditemui di Jalan Persiaran, Bangi.
Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan rancangan satu kumpulan NGO Islamuntuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.
Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.
Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah.
Kumpulan Solidariti Ummah Selangor bagaimanapun mengubah rancangan dan hanya berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bersama kira-kira 100 orang peserta pagi ini, serentak dengan perhimpunan di hadapan gereja tersebut.
Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama
KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama
Saya mempunyai kekasih yang mengakui pernah bergelumang sebagai homoseksual ketika zaman sekolah. Katanya, disebabkan pernah menjadi mangsa liwat, dia terpengaruh dengan cara hidup kotor.
Dia membuat pengakuan kerana tidak mahu berahsia mengenai sejarah silamnya. Dia tidak pasti dengan perasaan cintanya terhadap saya, menyebabkan dia berterus-terang.
Saya terkejut, sedih serta kecewa kerana sejarah silam begitu. Saya tidak pasti boleh menerima kisah lalu si dia. Saya tiba-tiba rasa jijik dan sukar terima hakikat.
Dia terima sebarang keputusan saya dan berkata dia insaf serta kesal kerana membiarkan perlakuan senior ketika itu. Dia bimbang akan dipukul serta terus dibuli kalau tidak melayan nafsu songsang seniornya.
EMMA Subang Jaya, Selangor
Jujur menunjukkan si dia ikhlas mengasihi saudari. Bayangkan situasi saudari berada di tempatnya, adakah saudari boleh bersikap jujur dan sanggup berterus terang?
Nyata dia bertaubat dan berbanding berasa jijik mahupun memarahinya, adalah lebih baik saudari memberi sokongan moral.
Jangan terus menghukum, malah mencerca kesilapan dilakukannya disebabkan dia bermula sebagai mangsa. Dia sudah mengaku pernah menjadi mangsa liwat dan daripada segi psikologinya, dia didera.
Beri ruang padanya serta tenangkan diri saudari supaya dapat menimbang dengan wajar mengenai status hubungan saudari dengannya.
Dang Setia bimbang saudari terikut-ikut dengan perasaan marah mahupun kecewa, menyebabkan saudari membuat keputusan kecewa.
Selain itu, elak meletakkan status dan 'nilai diri' si dia hanya kerana kesilapan lalu. Kadangkala mereka yang pernah terjerumus dalam maksiat dan bertaubat jauh lebih baik daripada orang yang menilai mereka.
SELEPAS setahun lapan bulan menyulam cinta, penyanyi baru, Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid akui kini sudah putus cinta dengan kekasih hatinya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zak Haikal Wan Noor.
Zzati berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga maruah keluarga serta dirinya yang dituduh menggunakan ilmu hitam untuk menawan Wan Zack oleh salah seorang daripada ahli keluarga pemain itu.
Menurut penuntut jurusan Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor itu, keputusan itu juga dibuat atas kehendak dirinya selepas mempertimbangkan masa depan hubungan mereka.
"Kini segalanya telah terjawab. Terlebih dahulu, Zzati ingin memohon maaf kepada semua pihak media kerana sudah lama mengelakkan diri dari anda semua.
"Dua bulan Zzati mengelak dari media, tak mahu menjawab apa-apa persoalan kerana inilah.
"Saya mencari kekuatan untuk berdiri semula. Segala apa yang ada di surat khabar hari ini sebenarnya ibarat menepuk air ke dalam dulang, alih-alih kena diri sendiri jugak. Tapi, inilah ceritanya.
"Bukan berniat nak aibkan sesiapa tapi niat untuk tebus balik maruah keluarga saya. Sejahil jahil saya dan keluarga, tak terfikir nak buat semua benda bodoh itu," katanya menerusi laman Instagram.
Dalam laporan media tempatan hari ini, hubungan cinta Zzati dengan Wan Zack dikatakan sudah berakhir sejak Oktober lalu.
Selain itu, Zzati juga dituduh sebagai pisau cukur dan sering menggunakan duit simpanan Wan Zack sepanjang perhubungan mereka.
Tambah Zzati, dengan segala tuduhan yang dilemparkan itu, beliau nekad untuk tidak kembali lagi bersama pemain itu.
Malah beliau juga berharap dirinya tidak akan lagi dikaitkan dengan Wan Zack biarpun pernah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi sebelum ini.
"Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya bukan seorang yang pecah amanah. Apa pun, segalanya sudah berakhir dan pengakhirannya sangat 'terbaik'.
"Saya bersyukur kerana ALLAH tunjukkan segalanya awal. Syukur alhamdulillah dan saya harap jangan ada lagi yang bertanyakan atau mengaitkan lagi saya dengan dia," katanya.
Alor Pongsu : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.
Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.
Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.
Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.
Terkejut Sha bila seorang kenalan bercerita perangai tidak senonoh pelakon terkenal seberang yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan video panas.
Babak hangat itu berlaku dalam pesawat ketika pulang ke negaranya. Figura jelita itu datang ke Malaysia atas undangan menjadi juri satu program.
Kata si penyampai yang menyaksikan kejadian itu, dia tak sangka pelakon itu langsung tak ada rasa malu hingga tidak hirau mata memandang perlakuan melampau bersama teman lelakinya.
Ada ke patut bermesra seolah-olah mereka ada dalam bilik, walhal mereka berada dalam pesawat! Sepatutnya dia belajar daripada kesilapan lepas, tetapi nampak gayanya perkara mengaibkan itu langsung tidak buat dia insaf, sebaliknya makin 'mengganas'.
Kalau dulu buat perkara tidak senonoh dalam bilik, sekarang berani tayang terang-terangan dalam kapal terbang. Mungkin dia fikir duduk di tempat bisnes tidak ada yang akan ambil tahu, sedangkan yang berlaku sebaliknya.
Ia jadi 'kenangan' tidak dapat dilupakan buat mereka yang memandang dan terpandang, malah lebih parah jadi buah mulut.
Itulah jadinya bila bertuankan nafsu. Hilang segala rasa malu hingga tergamak bersikap keterlaluan secara terbuka.
Tahun ini, si jejaka memasuki usia 47 tahun, manakala si wanitanya berusia 38 tahun. Tapi, mereka ini masih berbisa. Aktor handalan, Datuk Rosyam Nor dan aktres, Rita Rudaini Mokhtar masih lagi diangkat sebagai hero dan heroin dalam layar perak mahupun lakonan TV.
Nyata, usia bukan ukuran. Apa yang lebih penting, kredibiliti, disiplin kerja dan populariti sebagai pelakon hingga meletakkan Rosyam dan Rita dalam pelakon 'kelas pertama' yang masih dipandang dan diminati ramai.
Rosyam, biarpun usianya sudah menginjak 47 tahun dan bakal mempunyai cucu tidak lama lagi, tetapi bakat besarnya meletakkan dirinya masih tetap sebaris seperti pelakon muda popular lain.
Berilah apa saja karakter, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2003 itu mampu memberi impak besar.
Bermula seawal 17 tahun
Melangkah ke dunia lakonan seawal usianya 17 tahun, sehingga hari, hampir 30 tahun Rosyam masih bertahan industri perfileman sehingga mampu bergelar produser berjaya.
Lihat saja lakonannya dalam filem KL Gangster 2 sebagai watak Tai Long, Rosyam mampu 'membaham' semua karakter lain dalam filem arahan Syamsul Yusof itu. Tai Long juga mampu melenyapkan gelaran Castello yang sekian lama dipegang. Begitu juga Rita, wajahnya masih terserlah di kaca TV dengan watak-watak sedih dan memendam rasa, biarpun wajah baru dan muda silih berganti datang dan pergi, namun Rita masih berada di puncak persada tersendiri.
Tanpa berselindung, Rosyam akui: "Saya pernah berada di kemuncak apabila memenangi Bintang Paling Popular, ABPBH 2003 dan banyak anugerah lain sepanjang hampir 30 tahun bergelar pelakon...
Suka bersama hero matang
Rita Rudaini mengakui dia sudah lama merindui berlakon di sisi Rosyam selepas sekian lama tidak bergandingan sama ada dalam filem mahupun drama.
"Tawaran Rosyam berlakon dalam filem Balistik umpama bulan jatuh ke riba. Sudah lama kami tidak bergandingan bersama. Kali terakhir saya berlakon dalam drama Trilogi Cinta dengan Rosyam.
Dan sudah lima tahun saya tidak berlakon filem selepas filem terakhir, Cinta pada 2007. Percaya kredibiliti Rosyam
"Jika ditakdirkan Rosyam menawarkan dua atau tiga babak pun saya tetap menerimanya kerana saya tahu kredibiliti Rosyam. Bagaimanapun, Alhamdullillah... Rosyam menawarkan saya antara watak penting sebagai Selena dalam filem Balistik.
"Tidak dinafikan, saya banyak menerima tawaran berlakon filem tetapi terpaksa ditolak. Kebanyakannya mahu saya berlakon komedi.
Memang saya tak mampu nak bawa watak komedi. Saya tidak selesa...
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membebaskan enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak pada Ahad.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua tahanan itu merupakan mereka yang terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.
"Mereka dikenakan perintah tahanan selama dua tahun. Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya pada Sabtu.
Tiga rakyat Malaysia tersebut ialah Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba.
Sementara itu dua warga negara Indonesia yang akan dibebaskan ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, manakala warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.
KUALA LUMPUR: Serbuan dan rampasan ke atas kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Selasa telah mencabul kebebasan beragama di negara ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya menyifatkan serbuan haram yang dilakukan oleh JAIS itu adalah sesuatu yang sangat menyedihkan dan mengejutkan terutama dalam perpaduan dan solidarity Malaysia sepangjang tempoh 50 tahun.
"Tidak keterlaluan kalau disebut bahawa serbuan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh JAIS serta rampasan ke atas Bible berbahasa Melayu dan Iban itu sebagai tamparan terhebat terhadap perpaduan dan proses pembentukan negara Malaysia yang telah berlangsung selama 50 tahun serta mampu menimbulkan perpecahan, pertelagahan dan malah menggoyangkan negara," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah tindakan yang dilakukan oleh JAIS itu juga sebagai satu "serangan agresif" terhadap hubungan antara agama di Malaysia.
Justeru itulah rakyat Sarawak dan Sabah, termasuk daripada kem Barisan Nasional, memberikan reaksi keras terhadap serbuan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh Jais ke atas Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) serta rampasan ke atas Alkitab berbahasa Melayu dan Iban.
"Sebagai contoh, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr. James Masing secara tidak berlapik telah mengecam sikap "penakut" dan "berhati-hati secara keterlaluan" para pemimpin kerajaan pusat dalam menangani isu kalimah Allah dengan memperkenalkan "dasar yang tidak munasabah demi memuaskan hati setiap orang," katanya lagi.
Menurut beliau, menteri-menteri Kabinet "seharusnya bersikap berani dalam mengambil pendirian dan memberikan kata putus peraturan keagamaan mana yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia."
Serbuan itu "menggambarkan sebuah dasar yang tersasar,".
"Tidak wajar untuk sebuah negara mengamalkan dua jenis undang-undang keagamaan untuk isu yang sama. Pendekatan ini tidak akan berhasil. Ia tidak mungkin berhasil. Para pemimpin Malaysia perlu memberikan kata putus peraturan keagamaan mana yang perlu dipatuhi rakyat Malaysia. Cara ini lebih jelas untuk rakyat Malaysia. Peraturan berkenaan harus diterapkan untuk semua, sama ada bagi yang tinggal di Lubok Antu (di Sarawak), Pulau Penyu (Sabah) atau pun Kuala Perlis," tegas Kit Siang lagi.
Oleh hal demikian, beliau menggesa agar pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bertemu dalam tempoh seminggu dua ini dalam membincangkan agenda dan pelan induk Perpaduan Nasional bagi membina semula perpaduan seperti yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tiada siapa menaruh harapan tinggi pada Majlis Perundingan Perpaduan Negara untuk memberi sebarang impak penting, khususnya apabila dalam tempoh kurang daripada 48 jam Perdana Menteri menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2014, Malaysia terjerumus ke dalam salah satu babak perpecahan dan pertelagahan paling buruk sehingga menimbulkan persoalan tentang jaminan kebebasan beragama yang diberikan perlembagaan serta semua persoalan hak asasi yang lain," kata Kit Siang lagi.
Perdana Menteri tidak kelihatan dan suaranya tidak kita dengar. Rakyat Malaysia tidak tahu sama ada beliau berada dalam negara atau di luar. Timbalan Perdana Menteri menyimbah minyak ke dalam api, manakala para Menteri Kabinet semua menyembunyikan diri.
"Kerajaan tampaknya hilang punca untuk membina semula perpaduan nasional, maka saya mencadangkan supaya diadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan agenda dan pelan induk Perpaduan Nasional bagi membina semula perpaduan nasional," gesanya pula.
Kini terserah kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Barisan Nasional untuk mengambil langkah yang wajar.
Kejadian amukkan berlaku di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam pada jam 0115, 4 Januari 2014. Suspek lelaki berbangsa India seramai 3 orang menaiki Satria berwarna kuning bernombor plat WND 2980.
Anggaran dalam 15-20 buah kereta sekitar flat berkenaan telah dirosakkan seperti dipecahkan cermin dan ditendang sehingga kemek.
Selain itu, suspek juga mengugut kearah penduduk dengan menjerit "Siapa gengster turun" dan berkata kesat. Disertakan gambar dilokasi kejadian.
Terima Kasih. (minta dirahsiakan pengirim)
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya adalah seorang peminat DS Zahid Hamidi. Malah ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, saya antara penyokong kuat beliau yang berkempen untuk beliau. Namun, e-mail yang saya perolehi ini benar-benar mengecewakan saya. Saya tidak pasti siapa penganjur majlis berkenaan. Saya juga tidak pasti siapa pembiaya majlis berkenaan yang diadakan di hotel 5 bintang.
Cumanya, ini salah satu kesilapan politik bagi DS Zahid atau dalam bahasa politiknya 'political incorrect'. Dalam Kerajaan mengalakkan Rakyat untuk berhemah di dalam berbelanja, satu majlis hari lahir seorang Menteri yang diadakan di hotel 5 bintang amat tidak kena sekali. Kata elaun itu dan ini sudah di potong. Mungkin elaun meraikan hari lahir tidak di potong macam elaun cuti Menteri, pergi atau tidak bercuti tetap boleh buat tuntutan.
Sampai bila kita nak menipu rakyat ini dengan retorik kita. Lebih memualkan jika ada pembodek-pembodek tegar yang menganjurkan majlis ini untuk membodek Menteri Dalam Negeri. Apapun, CTS ucapkan Selamat Hari Lahir DS Ahmad Zahid Hamidi. Semoga selamatlah hendaknya kesemuanya.
Updated 05/01/2014 3:45PM:
Gambar-gambar di bawah diambil dari rakan-rakan sosial Facebook di majlis di atas. Tema: Merah. Nama Majlis: Majlis Jalinan Sahabat.
DISEBABKAN dua keputusan dalam satu pentadbiran, maka suatu hari keputusan itu akan menghancurkan negara.
Keputusan kerajaan bahawa sebutan ALLAH bagi merujuk Tuhan yang sudah sinonim dengan agama islam, dibenarkan bagi penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung ianya dilarang.
Mahkamah tertinggi negara ini, telahpun memutuskan bahawa di seluruh Semenanjung, kalimah ALLAH hanya untuk orang islam, manakakala penganut agama lain dilarang menggunakannya.
Awal minggu ini, Jabatan Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia, dan merampas Al-Kitab (injil) versi bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah.
Tun Dr Mahathir ada membuat ulasan berakitan dengan kalimah ALLAH ini awal minggu ini juga. Mantan Perdana Menteri itu, mempersoalkan, mengapa hanya bermula tahun 2008, penganut agama kristian menimbulkan isu ini, dan tidak selama 50 tahun negara merdeka.
Tahun 2008, adalah keadaan di mana Kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3, di Dewan Rakyat, ertinya dilihat sebagai kerajaan lemah. Melihat keadaan itu, maka penganut agama kristian mengambil peluang keadaan itu, untuk menimbulkan satu konflik yang boleh menghancurkan negara.
Jelas, rancangan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan Kalimah ALLAH, memang mempunyai niat yang terselubung, agar negara berkicai. Negara boleh hancur, kerana masalah agama.
Di Malaysia, sebenarnya berbicara berkaitan agama sangat sensitif, kerana negara ini diduduki oleh berbagai kaum dan juga berbagai agama.
Sejak merdeka, rakyat sudah terbiasa dengan Rukun pertama Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" atas sebab itu, kita biasa mendengar dan membaca, penggunaan perkataan TUHAN YANG MAHA ESA, ertinya Tuhan yang satu. Jarang kita mendengar perkataan ALLAH keluar daripada mulut bukan penganut agama islam, kecuali di Sabah dan Sarawak, kerana keadaan penduduk yang bercampur gaul, sehingga perkataan allah disebutkan sebenarnya bukan merujuk kepada TUHAN YANG SATU, melainkan hanya ungkapan biasa. contoh:allah kau ini, ertinya bagi penduduk Sabah atau Sarawak, Apa sudah jadi dengan awak ini.
Penulis mempunyai kawan atau sahabat yang beragama kristian, namun jarang tertdengar apabila mereka berdoa menggunakan nama allah, melain Tuhan Bapa. Perkataan allah, hanya mereka gunakan sejak akhir-akhir ini, selepas isu kalimah Allah berkembang, dan meluasnya kemasukan kitab injil yang dicetak di Indonesia, yang membawa perkataan ALLAH, bagi menggantikan Tuhan atau GOD.
Tahun 2014 adalah tahun Pilihanraya bagi negara yang dilanda krisis. Entah berapa nyawa telah melayan, pembunahan, tangkapan, kebakaran yang merusokkan harta benda, Negara seperti Mesir, Syria, Thailand, Bangladash diantara negara yang setiap hari bergolak dan ramai yang mati.
Rakyat diarah bertempur, untuk pemimpin berkuasa. Yang menjadi perhatian adalah tiga negara yang dikuasai wanita, Perebutan untuk menjadi pemimpin negara kecuali Mesir, tapi wanita mesir memainkan peranan utama bagi menentukan pemimpin mereka diangkat, wanita Mesir rela dipenjara.
Begitu juga di Thailand, Perdana Menteri sekarang seorang wanita dan akan terus mempertahankan partinya untuk menang pilihanraya nanti walaupun terpaksa ditangguhkan.
Di Bangladesh tarikh pilihanraya 5.1.2014, tapi hanya satu parti saja yang bertanding, iaitu parti yang memerintah sekarang manakala 20 parti lagi tidak ikut bertanding kerana parti pembangkang mahu diadakan kerajaan sementara dulu baru diadakan pilihanraya.
Ragam-ragam ini menandakan dunia sudah tidak aman. banyak lagi negara dialam kemusnanah. Sampai bila?
Apabila Demang mengambil keputusan untuk memulakan sebuah portal baru, perkara utama yang Demang fikirkan ialah siapakah sasaran pengunjung ke portal tersebut?
Oleh kerana Demang sendiri seorang pengeluar produk yang turut bertanggung jawab melakukan promosi maka dengan mudah Demang mengembalikan soalan tersebut pada diri sendiri dengan meletakkan diri Demang sebagai pemilik syarikat yang ingin mencari tapak iklan.
Soalan pertama yang perlu dijawab ialah: siapakah pengguna pada produk Demang? Maka Demang jawab, golongan yang telah berumah tangga.
Justeru Demang sudah dapat mengagak bentuk isi kandungan yang sesuai untuk Demang siarkan bagi menarik khalayak.
Namun Demang perlu realistik kerana sebuah portal tidak mungkin mampu bergerak dengan hanya iklan daripada satu produk dan satu golongan sasaran.
Demang sedar, golongan yang paling ramai menggunakan internet ialah golongan remaja dan belia iaitu dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Demang juga sedar golongan ini bukan sahaja pengguna internet yang aktif malah mampu mendapatkan peruntukan bagi membeli produk yang mereka inginkan.
Justeru soalan penting yang perlu Demang jawab ialah: apakah yang mampu menarik minat golongan ini?
Memahami sensitiviti orang muda
Dalam lautan internet, maklumat terlalu banyak sehingga hampir tiada nilai. Itu sebabnya dalam perbincangan awal lagi Demang ingatkan bahawa para pengguna internet sudah terbiasa dengan maklumat yang diakses secara percuma.
Suatu ketika dahulu ada syarikat yang cuba menjual kamus dalam talian dengan harga RM50 hingga RM100. Kemudian ada pula individu yang membina perisian kamus sendiri dan menjualnya cuma RM10.
Kini kamus online boleh diguna secara percuma dan pada bila-bila masa!
Jadi, menjual tulisan dalam internet biar bagaimana tinggipun nilainya samalah seperti cuba menjual garam di laut.
Justeru jika anda mahu berkarya di internet anda mestilah mendapatkan pihak yang mahu menaja.
Di situlah kerja anda bermula.
Sifat orang muda: Protes dan simpati
Ajaran yang Demang terima, bayi yang baru lahir ibarat kain putih bersih sehinggalah dicorakkan ibubapanya.
Dalam masyarakat Islam, anak-anak dididik dengan pekerti mulia dan diajar bacaan-bacaan serta doa-doa mudah seawal yang mungkin.
Dari situ anak-anak mula memahami sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang boleh dibuat dan sesuatu yang tidak boleh dibuat seterusnya ia dikonsepkan sebagai hukum halal, haram, serta harus.
Dalam proses mendidik dan membesar, ibubapa yang realistik memahami bahawa anak-anak tidak perlu mematuhi semua hukum bahkan Islam sendiri memberi kelonggaran.
Bagi anak-anak pula mereka menyedari bahawa mereka masih kecil dan ada masa untuk belajar dan melaksanakannya.
Implikasi daripada keadaan tersebut ialah anak-anak berfikir bahawa jika mereka tidak mematuhi sesuatu hukum ia adalah wajar kerana mereka akan melakukannya secara sempurna apabila bertambah matang.
Dalam masa yang sama mereka berpendapat orang dewasa tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan apa yang wajib dan meninggalkan apa yang haram.
Di sinilah titik mula timbulnya protes yang menjadi isi penting pada pertentang orang muda dengan orang tua.
Apabila Demang mengambil keputusan untuk memulakan sebuah portal baru, perkara utama yang Demang fikirkan ialah siapakah sasaran pengunjung ke portal tersebut?
Oleh kerana Demang sendiri seorang pengeluar produk yang turut bertanggung jawab melakukan promosi maka dengan mudah Demang mengembalikan soalan tersebut pada diri sendiri dengan meletakkan diri Demang sebagai pemilik syarikat yang ingin mencari tapak iklan.
Soalan pertama yang perlu dijawab ialah: siapakah pengguna pada produk Demang? Maka Demang jawab, golongan yang telah berumah tangga.
Justeru Demang sudah dapat mengagak bentuk isi kandungan yang sesuai untuk Demang siarkan bagi menarik khalayak.
Namun Demang perlu realistik kerana sebuah portal tidak mungkin mampu bergerak dengan hanya iklan daripada satu produk dan satu golongan sasaran.
Demang sedar, golongan yang paling ramai menggunakan internet ialah golongan remaja dan belia iaitu dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Demang juga sedar golongan ini bukan sahaja pengguna internet yang aktif malah mampu mendapatkan peruntukan bagi membeli produk yang mereka inginkan.
Justeru soalan penting yang perlu Demang jawab ialah: apakah yang mampu menarik minat golongan ini?
Memahami sensitiviti orang muda
Dalam lautan internet, maklumat terlalu banyak sehingga hampir tiada nilai. Itu sebabnya dalam perbincangan awal lagi Demang ingatkan bahawa para pengguna internet sudah terbiasa dengan maklumat yang diakses secara percuma.
Suatu ketika dahulu ada syarikat yang cuba menjual kamus dalam talian dengan harga RM50 hingga RM100. Kemudian ada pula individu yang membina perisian kamus sendiri dan menjualnya cuma RM10.
Kini kamus online boleh diguna secara percuma dan pada bila-bila masa!
Jadi, menjual tulisan dalam internet biar bagaimana tinggipun nilainya samalah seperti cuba menjual garam di laut.
Justeru jika anda mahu berkarya di internet anda mestilah mendapatkan pihak yang mahu menaja.
Di situlah kerja anda bermula.
Sifat orang muda: Protes dan simpati
Ajaran yang Demang terima, bayi yang baru lahir ibarat kain putih bersih sehinggalah dicorakkan ibubapanya.
Dalam masyarakat Islam, anak-anak dididik dengan pekerti mulia dan diajar bacaan-bacaan serta doa-doa mudah seawal yang mungkin.
Dari situ anak-anak mula memahami sesuatu yang baik dan sesuatu yang tidak baik, sesuatu yang boleh dibuat dan sesuatu yang tidak boleh dibuat seterusnya ia dikonsepkan sebagai hukum halal, haram, serta harus.
Dalam proses mendidik dan membesar, ibubapa yang realistik memahami bahawa anak-anak tidak perlu mematuhi semua hukum bahkan Islam sendiri memberi kelonggaran.
Bagi anak-anak pula mereka menyedari bahawa mereka masih kecil dan ada masa untuk belajar dan melaksanakannya.
Implikasi daripada keadaan tersebut ialah anak-anak berfikir bahawa jika mereka tidak mematuhi sesuatu hukum ia adalah wajar kerana mereka akan melakukannya secara sempurna apabila bertambah matang.
Dalam masa yang sama mereka berpendapat orang dewasa tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan apa yang wajib dan meninggalkan apa yang haram.
Di sinilah titik mula timbulnya protes yang menjadi isi penting pada pertentang orang muda dengan orang tua.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Arfajah Ibnu Syuraih Ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa datang kepadamu ketika keadaanmu bersatu, sedang ia ingin memecah belah persatuanmu, maka bunuhlah ia." Riwayat Muslim.
Satu lagi hadis adalah daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: Aku dengar Rasuullah s.a.w bersabda "Sebaik-baik pemimpin adalah yang kamu cintai dan mereka mencintaimu. Kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakanmu. Sejahat-jahat pemimpin adalah yang kamu benci dan mereka membencimu. Kamu kutuk mereka dan mereka mengutukmu. Para sahabat bertanya, "Tidakkah kami mengangkat senjata terhadap mereka?" Nabi Saw menjawab, "Jangan, selama mereka mendirikan shalat. Jika kamu lihat perkara-perkara yang tidak kamu senangi maka bencimu terhadap amal perbuatannya dan jangan membatalkan ketaatanmu kepada mereka." (HR. Muslim)
NOTA : Pandangan yang mengatakan bughah perlu BERSENJATA dan DEMONSTRASI BUKAN BUGHAH adalah TIDAK TEPAT lebih-lebih lagi dalam konteks semasa. Perhatikan hadis yang pertama, tidak disebutkan tentang senjata. Jika ada pun Nabi s.a.w menyebut mengenai senjata seperti di dalam hadis kedua, ia adalah 'jangan angkat senjata terhadap pemimpin yang masih mendirikan solat' .
Dalam konteks hari ni para doktor falsafah agama dan ustaz-ustaz perlu membuka fikiran lebih luas untuk melihat bahawa 'SENJATA' bukan semestinya senjata pedang dan panah atau raifel dan bom - tetapi ideologi, teknologi internet, media sosial, demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jangan lupa fitnah di Timur Tengah yang mengorbankan banyak nyawa dan meruntuhkan kerajaan bukan terjadi menggunakan senjata konvensional tetapi `senjata demonstrasi berdasarkan 198 kaedah revolusi tanpa kekerasan (kononnya) cetusan Gene Sharp'.
Sebab itu saya tidak sekali-kali bersetuju apabila ada golongan agama yang berfatwa kononnya dalam suasana hari ni tidak wujud lagi kafir harbi. `Harbi' dalam konteks hari ini bukan lagi peperangan bersenjata konvensional atau moden, tetapi kerana golongan ini memerangi dan menyerang dengan ideologi dan kaedah-kaedah lain.
Saya fikir agamawan yang gagal melihat tentang senjata baru ini gagal untuk melihat konteks masa kini vs konteks zaman Rasulullah saw atau mungkin kerana mereka ditaja oleh musuh umat Islam.
Baca Mufti Perak Pertahan Kenyataan BUGHAH & HALAL Darah peserta Perhimpunan
Pengertian bughahBughah mengikut istilah syara` adalah " segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.' (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)
Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah "perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)".( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)
Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah
Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;
"Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes'> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan"
Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;
1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu". Riwayat Muslim
2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah". yes'> Riwayat al-Bukhari dan Muslim
3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: "Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan". (Riwayat Muslim dan Ahmad)
4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)
5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)
Bughah Menurut Pandangan Ulamak
1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan"….persoalan-persoalan ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…"
2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…"adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan.
Firman Allah S.W.T.
"Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri".
Ali Imran ayat 165
Dan Allah S.W.T. berfirman yes'> yang bermaksud;
"Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan".
Al-An`am ayat 129
Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan".(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)
3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, "…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat".( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)
4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, "kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Al-Nawawi berkata, "hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah". (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)
5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, " … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka". (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)
Kesimpulan
Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.
Disediakan oleh
BAHAGIAN PENYELIDIKAN
JAKIM
AL-IMAM TAQIYUDDIN ABI BAKAR BIN MUHAMMAD AL-HUSAINI, KIFAYAH AL-AKHYAR FI HILLI GHAYAH AL-IKHTISAR, DAR AL-KUTUB AL-ILMIYAH, BEIRUT, JLD 2
QANUN JINAYAH SYAR`IYYAH, HAJI SAID HAJI IBRAHIM, CETAKAN PERTAMA 1996, DARUL MA`RIFAH, KUALA LUMPUR
AHKAM AL-SULTANIAH WA AL-WILAYATI AL-DINIYYAH, ABI HASAN ALI BIN MUHAMMAD BIN HABIB AL-BAGHDADI AL-MAWARDI, DAR AL-KUTUB AL-ILMIAH, BEIRUT
LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.
Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.
Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan. "Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya.
Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu. "Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.
** Apakah ayat ini sesuai " iman itu tak dapat diwarisi " ?? Bapa nak laksana hudud tapi anak seperti ini ?.........................
Hairan isu rampasan bible oleh JAIS pun macai2 PR nak salahkan UMNO .
Apa kuasa UMNO woi nak arah penguatkuasa JAIS ??
Tolong tunjuk bukti undang2 yang mensabitkan UMNO berkuasa arah JAIS ??
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendiriannya berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam yang tercetus baru-baru ini.
Malah Anwar juga tidak menyokong cara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
"Jika JAIS rasa ada tindakan yang melanggar undang-undang, mereka sepatutnya memanggil pihak berkenaan untuk memberi penjelasan.
"Tetapi anda tidak boleh berbuat tindakan drastik sedemikian kerana akan dilihat sebagai tindakan anti Kristian.
"Tidak perlu sedemikian kerana ia akan melahirkan ketegangan," katanya selepas memberikan ceramah di Pusat Reformasi, Demokrasi dan Inisiatif Sosial, memecah kebisuannya selama ini.
Semasa menyerbu PBM, JAIS turut menahan dua pegawainya dan meminta mereka ke Balai Polis Damansara.
Tetapi para peguam mempertikaikan tindakan Jais menyerbu premis PBM dan merampas Bible kerana jabatan itu tidak ada kuasa ke atas yang bukan Islam.
Mereka juga mempertikaikan keabsahan enakmen yang digunapakai dalam tindakan itu kerana ia melanggar kebebasan beragama orang bukan Islam.
Anwar percaya tindakan ini adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang melanda negara iaitu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ekoran pemotongan subsidi.
"Saya tidak menolak kemungkinan mereka cuba mengalih perhatian dari masalah ekonomi dan lain-lain masalah yang dihadapi negara termasuk kualiti pendidikan, ketidakadilan ekonomi dan kebejatan moral," katanya sambil meminta Najib menyatakan sikapnya dalam isu ini.
"Kerajaan perlu menghadapi semua ini bukan dengan cara menyerang perkara lain," katanya yang dipetik daripada The Malaysian Insider.
Namun Anwar tidak bersetuju dengan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri DAP – Yeo Bee Yin (Damansara) Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Lau Weng San dari Kampung Tunku yang mencadangkan agar pindaan dibuat ke atas Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan penyebaran agama bukan Islam) Enakmen 1988.
Enakmen yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional lalu menyekat bukan Islam dari menggunakan 35 perkataan Arab dalam amalan beragama mereka termasuk Allah, Injil dan Insya'Allah.
Anwar berkata, beliau tidak setuju tindakan itu kerana ia dilihat tergesa-gesa kerana masih ada saluran yang sesuai untuk menyampaikan pandangan mereka.
JAIS menyerbu PBM ketika isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian sedang hangat dibahaskan di mana sesetengah kumpulan Islam bertegas ia hanya eksklusif untuk Islam sahaja.
Serbuan ini dipercayai ekoran kenyataan Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew bahawa pihaknya akan meneruskan penggunaan kalimah Allah dalam program ibadat berbahasa Melayu mereka.
Bagi beliau, Perkara 11 (3) (A) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa setiap kumpulan agama yang berhak mengurus hal ehwal agama masing-masing.
Ekoran itu, kumpulan Islam membuat perhimpunan membantah Andrew dan menuntutnya memohon maaf.
Agak mengejutkan UITM pun terpalit serangan "NAIK " yang selalu dijerit macai PR. Mengapa IPT lain tidak kena dan UITM sahaja ?? Seperti kita sedia maklum , bayaran seperti yuran ini semua ditetapkan kerajaan dan jika terdapat apa-apa pengumuman pun sudah tentunya dimaklumkan di media dan bukannya di sekeping poster !! Ini semua kerja pihak yang mahu membangkitkan kebencian pelajar & ibubapa bangsa Melayu kepada UITM dan kerajaan . Mereka sengaja mahu menambah lagi pelbagai trend kenaikan2 yang sering dijaja pembangkang bagi meresahkan rakyat. Harap pelajar2 dan ibubapa tidak terpedaya penipuan ini ..
Warga and Anak2 UiTM yg dirahmati Allah SWT. Sila ambil perhatian. Ada pihak yg TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan yg berniat buruk telah menyebarkan satu poster melalui twitter perkenaan kenaikan yuran utk pelajar UiTM.
Ini adalah satu FITNAH YG MEMBUSUKKAN nama baik UiTM dan boleh memecah-belahkan orang Melayu dan Bumiputra dan menimbulkan api kemarahan dan kebencian sesama kita.
Anak2 semua adalah bijak dan dapat menilai kepalsuan poster tersebut. Dan sila betulkan persepsi ini dikalangan rakan2 dan ahli2 keluarga. Jom kita doakan semoga Allah SWT menunjukkan jalan yg benar dan keinsafan kpd pihak yg tidak bertanggungjawab itu. Semoga kita dilindungi Allah SWT dari sebarang fitnah.
Jangan terkejut POLITIK PR ( penipu rakyat ) ini bukan sahaja menipu ketika berada di dalam negara , malah hingga di Kota Mekah .
Jika melihat kepada twitter Khalid Samad , sepatutnya beliau yang mengerjakan umrah di sana meninggalkan lah tentang bab politik dan menumpukan kepada ibadah di sana .
Ini tidak beliau menyebarkan satu berita pembohongan bahawa SOGO KL telah mengenakan GST di parking . Walhal kita sedia maklum GST masih lagi belum dilaksanakan dan ianya pada 2015 .
Benarkah GST dah dilaksanakan kat parking Sogo ? Adakah itu resit itu palsu yang disebarkan di tweet Khalid ? Ini kerana penyebaran gambar2 ini belum tentu benar kesahihannya .
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibiliti Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria sebagai ulama yang mengeluarkan pandangan daripada aspek hukum agama berkenaan perhimpunan haram baru-baru ini.
Presidennya, Zamihan Mat Zain berkata, apa yang dikatakan oleh Harussani itu termasuk mengenai bughah (segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada Ulil Amri atau pemerintah) merupakan satu ijtihad berdasarkan fakta, masa, tempat, keadaan dan kesan.
"Istilah dan hukum bughah perlu dirujuk kepada perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kekadang ia melibatkan kata-kata, perbuatan dan iktikad.
"Manakala istilah halal darah itu perlu dirujuk kepada tindakan ganas atau mengguling kerajaan. Tindakan ini dikira subversif kerana bersifat kekerasan..siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tak berjaya tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan dan kecederaan sudah nyata...jadi hukumnya adalah haram," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Zamihan, sekiranya pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri dan itu yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu. "Para peserta demonstrasi TURUN secara realitinya tak bawa senjata tetapi sebilangan kecil mereka menyimpannya di tempat strategik yang berjaya ditemui polis. Kebarangkalian penggunaan senjata seperti itu bila-bila masa boleh berlaku," katanya.
Lagi pun, katanya, pendapat peribadi Muffti Perak dibuat selepas perhimpunan dan ia bermaksud ada kronologi bahaya yang dibawa oleh puak pelampau di sebalik tabir rancangan mereka.
"Pengklasifikasian bahaya ini sukar didedahkan kepada umum memandangkan ia berkait dgan bukti intelegen namun penemuan beberapa senjata dan insiden kecederaan yg berlaku memperlihatkan demontrans aman bertukar keras.
"Oleh itu, sesuatu pendapat yang keras biasanya melihat kepada situasi yang tegang dan bahaya. Dalam kes ini, ia melibatkan kepentingan negara, nyawa rakyat dan keselamatan negara.
Umat Islam, katanya, perlu bersangka baik dengan Harussani sebagai ulama dan mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apa yang beliau sampaikan hanya satu nasihat agama untuk panduan umat islam.
"Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam? Adakah mufti berkenaan mengharamkan ajaran Wahhabi, Syiah, liberal dan perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati.
"Atau hati-hati kita kita telah lama bergelap dengan hijab kepartian? Lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yg sempit," katanya. Sementara itu, Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan 'bughah' yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014 yang lalu.
Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.
"Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak," katanya ketika ditemui media sempena lawatan Pemuda Pas Perak, ke jabatan berkenaan pada Jumaat.
'Bughah' yang mengikut hukum membawa maksud 'pemberontak yang menentang kerajaan Islam dan darah mereka halal' mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria merujuk perkataan itu kepada kumpulan perhimpunan berkenaan TURUN di Dataran Merdeka 31 Disember lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan