Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, melancarkan kempen " INFAQ PENGHAPUS DOSA" diperingkat negeri Perak baru-baru ini.
Program ini telah menghimpunkan seluruh Yang Di Pertua dan Setiausaha PAS Kawasan-kawasan di Perak bagi menerima amanat untuk membuat kutipan Infaq bagi mengukuhkan tabung gerak kerja Tarbiyah, Dakwah dan Politik PAS Perak.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM100 Ribu dalam tempoh satu bulan dengan kaedah edaran kupon derma, disamping menggalakkan seluruh ahli PAS Negeri Perak untuk bersedaqah dan menginfaqkan harta.
kempen ini juga dapat mewujudkan budaya mengutamakan bersedeqah yang mana ia mampu melepaskan seorang mu'min dari sifat kedekut dan melatih tumbuhnya sifat berkorban, suka berinfaq dan sikap suka mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri.
Pesuruhjaya PAS Perak mengingatkan agar semua ahli PAS Perak sentiasa mengingtati ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayar 261 yang bermaksud "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya
Justeru PAS Perak mengharapkan agar usaha murni ini dapat menambahkan kekuatan material PAS Perak bagi membina kekuatan dakwah di Perak bagi merealisasikan konsep Negeri yang baik serta mendapat keampunan dari Allah
The Taib Crown Jewels Monday, February 14th, 2011 GMT - Petikan dari Sarawak Report
Nieces and their jewels in a row Regal?
Laila, Taib's first wife set a tradition for VERY large rubies!
Royal couple? Resources--> Abdul Taib Mahmud may be merely the Chief Minister of a single state of Malaysia on a modest official income, however he and his family boast a treasure trove of jewelry that even the wealthiest monarchs and sultans of the world would be proud to own. The many women of his family are always happy to flaunt this wealth, usually around their bare necks and bosoms, despite their pretence of strict Muslim customs. Sarawak Report has gathered some of the many pictures of this display to give Sarawakians a view of where so much of the money that was promised to the people for development and progress actually went.
Spoils of the Jungle Sarawak's forests were cut down and in return the people who owned the lands were promised that they would be helped and given modern living standards. But instead they have been left even poorer and without their forests to provide food. Many are starving with their fish, animals and fruit all gone and rice fields turned into oil palm plantations, which hire immigrant workers. These picturesshow where the profits actually ended up, much of it spent on baubles which can be seen hanging around the necks and stuck on the fingers of the Taibs and their business cronies. We have published these photographs because pictures like these are rarely shown to the ordinary people and we believe they have a right to understand the level of wealth acquired by the governing family in whom they have placed their trust for the last 30 years. Of course it is not just what these people wear that tell the story of where Sarawak's vast natural wealth has disappeared to, but it is their houses too. We believe it is only fair that the people of Sarawak, many of whom live in some of the poorest conditions in the world, should know just how grand the lifestyles are of those rulers who promised to make their lives better.
Taib is no sultan Given the wealth and display shown by the Taibs it is sometimes necessary to remind the people that these are not sultans or princes, they are mere politicians who are elected to serve their people and not to rule over them or take their wealth. The wealth of Taib Mahmud is proof of his dishonesty. This is why he attempts to hide it from the people and why we have decided to publish these pictures.
PS: Selama hampir 30 tahun pehin sri Taib memerintah Sarawak, masih ada lagi rakyat hidup dalam keadaan daif dan miskin. Kemanakah sumber hasil kekayaan negeri Sarawak? Adakah semua sumber hasil negeri dibolot oleh golongan bangsawan atau pemimpin BN? Lihat sendiri keadaan kehidupan pemimpin dan keluarga pemimpin BN, kehidupan mereka cukup mewah seumpama kehidupan seorang raja dalam sebuah negara. Pemimpin beginikah yang kita hendak ambil sebagai wakil rakyat? Jadi fikirlah sendiri wahai rakyat Sarawak supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Bah mari kita mengubah dari keadaan susah kepada sebuah kerajaan kebajikan untuk semua. PAS untuk Semua.
PAS Miri telah mengadakan lawatan kebajikan kerumah panjang di pinggir bandaraya Miri pada minggu lalu yang turut disertai YB Taib Azamudin,Ahli Parlimen PAS Baling dan Ketua AMK Sarawak,Ahmad Nazib . PAS Miri diketuai sendiri YDP PAS Kawasan Miri ,Tuan Haji Jofri Jaraiee telah disambut mesra oleh Tuai Rumah dan penduduk setempat. Sebanyak 2 buah rumah panjang dilawati terdiri 120 buah pintu . Walaupun terpaksa meredah hujan dan jalan yang sukar dek kerana pembangunan infrastuktur yang amat teruk,PAS Miri tetap bersungguh untuk menyampaikan mesej PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan di Sarawak. YB Taib dengan tegas menerangkan kejayaan PAS dan Pakatan di Kedah dalam melaksanakan program Tanah Untuk Rakyat sedangkan di Sarawak,BN telah merampas hak rakyat. Kebanyakan penduduk cukup terharu dengan kunjungan mesra PAS Miri dan rakan Pakatan dan memberi jaminan akan membuat perubahan penting demi menjamin kesejahteraan hidup masa hadapan mereka. Untuk rekod salah sebuah rumah panjang terdiri dari mangsa kebakaran Rumah Panjang asal mereka pada 2009 ,namun masih belum mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan BN.
PAS Miri continue to conduct Charity Visit and this time around at 120 doors-Long House nearby Miri/Baram. The reception from the people is really positive with a keen support by the people who want to know more about PAS. Special guest is MP from baling,YB Taib Azamudin,who shared success of Pakatan Rakyat Kedah on giving land title to more than 300 families in Kedah for the past 2 years;while in Sarawak,the case is contrary ;where people's land been robbed by Taib and Regime. with this positive step;PAS for ALL is really a well implemented theme for PAS to be accepted by Sarawakians
Dr M: Taib jangan jadi Mubarak Joseph Sipalan Feb 14, 11 7:13pm - Petikan dari Malaysiakini Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menamakan penggantinya sebelum berundur daripada mengetuai pentadbiran negeri itu. Katanya, Abdul Taib perlu bertindak demikian bagi mengelakkan Sarawak mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku di Mesir.Mahathir menjelaskan, presiden Mesir Hosni Mubarak telah meletakkan jawatan namun tidak ada pengganti bagi mengambil alih pentadbiran negara itu.Mubarak akhirnya berundur daripada jawatan presiden Mesir pada Jumaat lalu ekoran demonstrasi selama 18 hari oleh jutaan rakyat negara itu.Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu bagaimanapun berkata, proses peralihan kuasa Taib perlu dijalankan dengan tertib.Katanya, beliau menyerahkan kepada rakyat Sarawak bagi memutuskan waktu yang sesuai untuk Taib berundur.Mahathir berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan satu NGO berkaitan kebudayaan Palestin di Shah Alam hari ini.Abdul Taib pada minggu lalu berkata, beliau mengakui akan berundur daripada jawatannya yang dipegang sejak tahun 1981 itu.Katanya, beliau akan bertindak demikian setelah mendapat pengganti yang sesuai bagi jawatannya itu.
PS: Sekarang Tun Mahathir pun dah pandai mendesak agar Pehin Sri Taib berundur dari jawatan sebelum terjadinya peristiwa tragis yang berlaku di Tunesia dan Mesir dimana rakyat beramai-ramai keluar berdemostrasi mendesar agar pemimpin mereka yang korup dan menyalahgunakan kuasa meletak jawatan. Mungkin perkara ini belum berlaku di Sarawak tetapi apabila rakyat sudah hidup dalam keadaan terdesak perkara ini boleh berlaku. Oleh kerana pilihanraya Sarawak pun dah hampir menjelang tiba maka rakyat Sarawak masih ada peluang lagi untuk menukar pemimpin dengan cara mengundi. Kita berharap ini sajalah jalan demokrasi yang tebaik untuk rakyat menukar kerajaan Bn yang sudah lama memerintah kepada kerajaan yang lebih baik lagi demi kesejahteraan rakyat.
Kita juga mendesak agar SPR mesti berlaku adil dan berkecuali dalam menjalankan tugas mereka. Diantaranya kita minta SPR agar undi Pos patut dimansuhkan atau telus dimana undi tersebut hendaklah dikira terus di pusat pengundian dan di saksi oleh kedua belah pihak yang bertanding. Kebanyakan undi Pos sangat diragui sebab tidak telus dan menurut pengundi Pos undi mereka tidak rahsia kerana ada no serial yang boleh dikesan oleh pihak pemerintah tentang undi mereka. Kita juga minta SPR menggunakan beg undi Pos yang telus bukannya macam beg Posmen dimana kita tidak tahu apa yang ada dalam beg tersebut.
Mudah2an dengan adanya sistem dua parti BN dan PAKATAN Rakyat lebih menyakinkan rakyat untuk memilih parti yang boleh memerintah dengan lebih baik dan adil untuk semua. Bah marilah kita pakat2 memberi sokongan padu pada PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Ini sajalah cara kita dapat menukar pemerintah dari kerajaan Bn kepada PAS dan PAKATAN Rakyat. Insy-Allah pasti ada perubahaan yang terbaik buat rakyat semua. PAS untuk Semua.
TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.
Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.
"Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan," katanya.
Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.
"Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi," katanya.
Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.
Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.
"Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.
"Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun," katanya.
Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.
Sekarang di Malaysia umno berusaha menzalimi rakyat dalam media internet pula. Celakalah umno-bn dan pemimpin mereka. Munajat ibu tunggal obor revolusi Mesir
Nuridah Mohd Salleh
Tahun 2011 membuka lembaran sejarah dengan kita menyaksikan tumbangnya dua Presiden di dua buah Negara Arab selang beberapa minggu oleh bantahan jalanan rakyatnya. Jumaat 28 Januari Zein al Abidin Ali, Presiden Tunisia meninggalkan takhta dan negaranya menuju ke Arab Saudi, 18 hari kemudiannya pada Jumaat 11 Februari giliran Presiden Hosni Mubarak dari Mesir turun takhta dan meninggalkan istananya.
Kedua-dua diktator ini berkuasa begitu lama secara kuku besi dengan menindas rakyat dan menzalimi penentang-penentangnya. Mereka menutup ruang demokrasi walaupun mengadakan pilihan raya yang setiap kali akan dimenangi mereka dengan majoriti besar. Mereka menguasai media dan memerintah dengan pengisytiharan undang-undang darurat.
Mereka menangkap penentang-penentangnya, menyiksa dan memenjarakan mereka tanpa bicara. Walaupun begitu mereka mendapat sokongan kuat kuasa-kuasa besar barat yang seringkali melaung-laungkan demokrasi dan hak asasi manusia.
Kedua-dua senario ini menggambarkan kepada kita suatu bentuk kezaliman yang telah dilakukan di atas premis demokrasi. Satu contoh manipulasi politik pragmatis di mana matlamat itu menghalalkan cara tanpa mengambil kira halal atau haram.
Akhirnya tumbang juga di atas bantahan jalanan rakyat. Benarlah penegasan Allah s.w.t di dalam al-Quran yang sering kita baca sebagai wirid selepas solat fardhu iaitu pada surah Ali Imran: ayat 26 yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki……"
Juga benarlah janji Allah s.w.t bahawa doa orang-orang yang dizalimi akan diterima dan dimakbulkanNya, hanya Dialah yang menentukan bila hari pembalasannya.
Tanpa ragu-ragu kita sedar bahawa senario yang hampir sama seolah-olah sedang berlaku di negara kita. Di atas slogan "rakyat didahulukan" tanpa segan silu kerajaan Umno BN yang telah berkuasa lebih 50 tahun akan mendahulukan rakyat dengan kenaikan cukai, kenaikan harga petrol dan memotong subsidi untuk menghadapi kemelut ekonomi. Semua ruang bantahan rakyat akan cuba ditutup rapat.
Kembali kita pada senario di pinggir Kahirah pada pagi Jumaat 11 Februari di rumah seorang ibu tunggal bernama Laila. Anak lelakinya Khaled Said telah syahid pada hari pertama revolusi rakyat itu. Ketika itu Khaled sedang berada di cyber café dengan facebooknya berinteraksi dengan teman-teman seperjuangannya. Tiba-tiba saja 2 orang polis tidak beruniform menangkap, menggari dan menghiritnya keluar serta memukul sehingga mati disaksi oleh semua pengunjung cyber café tersebut. Peristiwa ini tersibar luas di Youtube, di internet.
Kita patut mengambil iktibar dari peristiwa ini. Di mana ketabahan seorang muslimat menjadi obor yang menyuntik semangat perjuangan menentang kezaliman. Bagaimana seorang ibu ini berdoa dengan lilihan airmata, penuh ikhlas bermunajat memohon pertolongan dari Allah. Tapi pemerintah zalim Mesir memadamkan kisah ini di internet dan seterusnya menutup terus seluruh rangkaian maya di Mesir.
Iktibar yang patut para muslimat semua khusus muslimat PAS ambil adalah perjuangan menentang kezaliman bukan suatu bentuk kerja sambilan. Ia memerlukan sepenuh komitmen dan pengorbanan. Sesungguhnya dalam mengharungi perjuangan ini jangan lupa kita bermunajat dan memohon pertolongan dari Allah s.w.t.
Itulah kunci yang dapat memastikan kita istiqamah dalam menghadapi segala rintangan dan kepayahan.
"Kematian wakil rakyat di Malaysia ini memberi mesej jelas kepada pemimpin negara. Doa rakyat yang dizalimi, kesusahan, derita akan diperkenankan Allah, walaupun yang berdoa tadi orang Hindu, orang Budha, orang Kristian. Oleh itu serulah kepada rakyat agar jangan doakan wakil rakyat mati.
Artikel sebelum ini , Tolonglah, janganlah doakan wakil rakyat kita mati di amkns.blogspot.com
DOA ORANG MAZHLUM ADALAH MUSTAZAB
TUTONG, Sabtu, 25 April. - Dalam masyarakat, ada orang baik-baik dengan kebaikannya dan ada orang jahat dengan kejahatannya, kemudian ada pula orang baik yang kadang-kadang menjadi mangsa kepada orang jahat dan orang jahat yang binasa atau hina kerana kejahatannya.
Agama Islam menghendaki semua orang menjadi baik, agama Islam mau semuanya penganut-penganutnya adalah baik-baik belaka, dilarang sama sekali jadi orang jahat, kerana orang jahat biasanya bukan sahaja merugikan dirinya sendiri tetapi juga menjejaskan orang lain, sebab itu dilarang keras oleh Islam iaitu jangan sekali-kali membuat jahat, orang yang terjejas kerana kejahatan seseorang dipanggil dia Mazhlum, yang bererti orang yang teraniaya.
Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned menjelaskan perkara tersebut ketika menyampaikan kuliah 'Bagaimana Doa Mustazab Menimpa Sasarannya' semasa Kuliah Bersama Mufti di Masjid Kampong Sinaut.
Bagi orang yang ditimpa kezaliman atau yang dizalimi katanya, akan dibekalkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan satu senjata luar biasa, bukan sebarang senjata, tetapi senjata luar biasa,iaitu doa.
Seseorang yang dizalimi atau dianiaya tambah Yang Berhormat, adalah berhak untuk menggunakan senjata luar biasa bernama 'Da'wah al-Mazhlum' iaitu doa orang yang teraniaya.
Peringatan Yang Berhormat mengenai senjata ini, apabila seseorang yang dizalimi menggunakan senjata ini pasti akan berhasil menepati sasarannya.
"Senjata itu amat berbahaya dan amat tajam serta jangan dipandang ringan kerana orang Mazhlum doanya mustajab dan tiada dinding doanya dengan Allah," terangnya.
Orang yang teraniaya jelasnya, adalah orang yang disakiti atau dianiaya iaitu dengan bermacam-macam keadaan dan bahasa yang tepat bagi menjelaskan orang Mazhlum ialah orang dizalimi dengan berbagai-bagai cara seperti dikhianati, ditipu, dibohongi, difitnah, diracun, disihir dan sebagainya termasuk menganiaya keluarganya.
Yang Berhormat mengulangi dalam kuliahnya menyatakan, doa adalah senjata orang mukmin dan doa orang Mazhlum adalah mustajab dan amat tajam. Mengenai perkara kezaliman dan doa orang Mazhlum tersebut, Yang Berhormat menjelaskan bahawa Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Nabi pembawa rahmat telah mengingatkan dan memberi amaran kepada kita mengenai bahaya doa orang 'Mazhlum' dengan sabda Baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu akan doa orang yang Mazhlum (yang teraniaya) sekalipun dia itu orang kafir, kerana doa orang Mazhlum itu mustajab, sesungguhnya tiada dinding di antara doanya dengan Allah."
Ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam hendak mengutus salah seorang sahabatnya, Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu ke Yaman, beliau menitipkan beberapa pesan, di antaranya adalah, "Beritahukanlah mereka bahwa Allah mewajibkan bagi mereka zakat yang diambil dari kalangan orang mampu dari mereka dan dibagikan kepada kalangan yang faqir dari mereka. Jika mereka menaati kamu dalam hal itu, maka janganlah kamu mengambil harta-harta pilihan mereka. Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengingatkan kita akan bahaya doa orang yang teraniya, agar kita tidak berlaku aniaya kepada orang lain, karena doa mereka tidak terhijab dan akan dikabulkan oleh Allah Subhaanahu Wata'ala. Sekalipun mereka adalah para pelaku dosa besar, yang dibesarkan dari makanan-makanan haram. Bahkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dikatakan, walaupun orang yang teraniaya itu adalah seorang kafir.
Ya, ramai orang zalim telah melupai mangsa mereka. Bahkan sebahagian mereka tidak mengenali pun siapakah mangsa mereka. Ketika mereka bergolek dalam keseronokan, mangsa-mangsa mereka merintih penderitaan dan kesakitan. Lihatlah berapa ramai pemaju perumahan yang berarak ke sana sini sedangkan pembeli-pembeli rumah yang ditipu atau terbengkalai terus menderita dek penipuan tersebut. Mungkin mereka tidak kenal pun bagaimanakah rupa si pemaju dan si pemaju pun tidak kenal rupa mereka. Namun Allah tidak pernah lalai dan alpa atas apa yang dilakukan.
KUALA LUMPUR, 15 Feb : Pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ianya membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.
"Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini.
"Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat," ujarnya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1432H.
Berikut perutusan penuh beliau.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.
Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.
Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.
Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.
Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.
Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
DUNGUN 14 Februari, Isnin - Seperti beberapa tahun sebelumnya, para pelajar yang memperolehi kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam yang mereka hadapi akan menerima kunjungan keraian oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Di kampung Alor Tembesu, baru-baru ini, sebahagian daripada calon peperiksaan PMR 2010 yang mendapat keputusan cemerlang telah menerima sendiri sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura, sebahagiannya menerima melalui ibu, bapa atau keluarga masing-masing.
Mereka ialah adik Nurul Bahirah bt Hussein (9A) dan adik Tengku Salwani bt Tengku Zarawi (9A) dari Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun.
Adik Hamidah bt Ab Latif (9A), adik Nur Izzati bt Abd Aziz (9A) dan adik Muhammad Faiz b Mohd Noor (8A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang.
Adik Mohd Zulfahmi b Radzi (8A) dan adik Hafizati Izuani bt Musa (8A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, adik Nor Shahirah Aishah bt Zulkifli (8A) dan adik Muhammad Fadhli b Ahmad Sanusi (7A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Wan Nur Aisyah bt Wan Mohd Solah (9A) dari Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun.
Sementara itu, di Kampung Sungai Buaya, seramai 8 orang pelajar cemerlang telah diraikan oleh ADUN Sura.
Mereka ialah adik Muhammad Syafiq b Mohd Sakri (7A) daripada Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, adik Noor Niza bt Mohd Rizan (8A) dan adik Amirah bt Azmi (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.
Adik Nur Shazwani bt Shaary (9A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang, adik Azlini bt Mat Ali (8A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adik Nur Syarah Adila bt Othman (8A) daripada MRSM Kuala Berang.
Adik Zus Syakirah bt Haji Zunil Fauzi (9A) daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dan adik Muhammad Hisyamuddin b Salman (9A) daripada Sekolah Menengah Agama Imtiaz Dungun.
Bekas penolong pegawai daerah dijatuhi hukuman penjara kerana rasuah
BUTTERWORTH: Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu seleps tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang. Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal membayar denda. Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas. Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas. Mohd Jamil dituduh di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Mohd Jamil diwakili peguam bela Rosli Ismail. -Bernama
Dengan pemergian ADUN Kerdau, Dato' Zaharuddin Abu Kassim maka negara berhadapan dengan Pilihan Raya ke 16 selepas DUN Pelabuhan Klang dan DUN SIPUTEH yang cuba dinafikan keperluan PRK untuk pengundi-pengundinya yang ingin menikmati kemakmoran dan limpahan projek dan wang. Kalau kita amati dan teliti sehingga PRK ke 16 ini satu-satu negeri yang belum mengalami PRK ialah negeri Perlis.
Macam dirancang (memang Allah lebih mengetahui) 3 pilihanraya kecil yang terakhir ini diadakan di kawasan yang boleh dikategorikan umpama kubu Barisan Nasional. Setelah calon-calon Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi, PAS terus diamanahkan untuk memikul tanggungjawab di Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Sedemikian amatlah terasa jika wakil rakyat negeri Perlis tidak berjaga-jaga dan berdoa agar mereka sihat walafiat sehingga PRU13 nanti. Mereka juga mungin menghadapi doa sebaliknya dari pengundi atau segelintir rakyat yang mahu menikmati rezeki PRK seperti yang berlaku di negeri lain.
Akhbar Berita Harian melaporkan dan dalam TV3 juga memaparkan Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Pilihan Raya Merlimau bersedia menjawab segala tohmahan dan berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung pentadbiran dan pembangunan di negeri ini.Laporan itu menunjukkan Ali Rustam tidak gentar menjawab segala tuduhan terutama berkaitan pemberian status negeri maju, rancangan pembangunan industri dan pelancongan serta penyediaan infrastruktur di Melaka.
Orang luar Melaka mungkin mudah ditemberang termasuk pemberita lurusbendul tetapi sukar ditpu kerana mereka dah tahu bukan pertama kali kata-kata itu keluar dari pemimpin Umno yang terpalit isu rasuah dan penyelewengan berkata demikian.
Kita perlu ingat akhir tahun lepas kewajaran pembinaan sekolah Murid Mengandung ( sekolah Harapan ) telah dipersoalkan dan juga pendedahan penipuan kerajaan negeri terhadap rakyat Melaka dan Malaysia dan seluruh dunia kononnya Melaka telah mendapat pengiktirafan OECD ( Organisation for Economic Cooperation and Development) pada 2010.Fakta ini akhirnya telah dinafikan oleh wakil OECD Jon Hall. Ali Rustam yang bengong dan dungu masih tetap mempertahankan bahawa sekolah Harapan idea hebat dan berkeras dengan mengatakan Melaka memang dah capai negeri maju.
Alhamdulillah ketika Ali Rustam berkata bersedia berdebat dengan pemimpin Pakatan Rakyat, tup-tup Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abd Ghani abd. Rahman menghantar surat rasmi menyambut kata-kata Ali Rustam untuk berdebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Jadinya pelawaan telah bersambut cuma kita lihat jadi tak jadi debat tersebut. Ramai dah menjangka debat tersebut akan digagalkan dengan nasihat dari PM supaya jangan berdebat kerana buang masa.
Pro-canselor Universiti Industri Selangor Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor baru universiti milik kerajaan negeri itu.
Menurut sumber, pelantikannya akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.
Pelantikan itu dijadual diumumkan oleh exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini.
TANGIS BUJANG TAHA TERUBAT JUGA: DAPAT BANTUAN RM21,000 SEMALAM
TANGIS dan hiba Bujang Taha, juara bina badan negara dan Mr Asia terubat juga semalam apabila wakil Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Malaysia (YAKEB) menemuinya dan menghulurkan sumbangan berjumlah RM21,000.(Yang sebenar YAKEB beri RM1,000 sahaja ,rm10000 dari bank Rakyat dan RM10000 lagi dari NAIM, sewajarnya YAKEB beri RM10,000)
Sumbangan itu adalah untuk meredakan keresahan dan kehibaan Bujang selepas rumahnya musnah dijilat apa beberapa hari lalu.
RM10,000 diterima daripada Bank Rakyat, RM10,000 daripada Naim Holdings Berhad (Naim) dan RM1,000 daripada YAKEB.Semoga budi baik semua membantu Bujang dihargai Allah.
KUALA LUMPUR, 14 Feb – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau (gambar) berkata permohonan yang diterima daripada pihak penganjur pada Jumaat lepas, telah ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal).
Penyanyi kelahiran Iran yang digelar "Bob Dylan" oleh New York Times satu ketika dulu itu juga mendapat banyak tentangan daripada rakyat Malaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagu-lagunya. – Bernama
WANGSA MAJU, 13 Feb: PAS Kawasan Mangsa Maju berjaya melancarkan papan tanda baru dengan 'design' terkini bagi seluruh PAS cawangan Wangsa Maju.
Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya dan Pelancaran Papan Tanda Baru telah disempurnakan oleh YB Solahuddin Ayob, Naib Presiden PAS. Turut hadir Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Tuan Haji Mohd Noor dan YDP PAS Wangsa Maju Dr Rainey.
Program tersebut anjuran Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju bertempat di Kampung Setia Jaya telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat. Masing-masing teruja dengan papan tanda baru tersebut.
Pelancaran program tersebut di harapkan memberikan momentum dan impak yang berkesan kepada cawangan-cawangan di Wangsa Maju untuk terus istiqamah dalam perjuangan.
Naib Presiden PAS YB Solahuddin Ayob berkata PAS tidak pernah ketandusan kepimpinan yang berkaliber. Lihat sahaja di PRK Tenang, PAS melahirkan Cikgu Mala. Merupakan calon muslimat pertama yang bertanding dalam piliharaya kecil.
"YB Nizar sebagai contoh pernah menjadi 'tsunami' politik tanahair"
"Papan tanda merupakan syiar bagi PAS dan saya mencadangkan kepada PAS Wilayah Persekutuan supaya 'design' ini diguna pakai dan diseragamkan bagi seluruh PAS di Kuala Lumpur"
Demikian antara ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Tuan Haji Mohd Noor.
It's all right to observe Valentine's Day, says Khairy
KOTA BARU: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has joined in the chorus hitting out at PAS Youth's plan to play moral police on Valentine's Day, saying that as long as people are not committing sin, it was all right to observe the special day.
He said: "Yes, I've given my wife flowers and taken her for dinner on Valentine's Day before. Sometimes, we even get jiggy with it. I am still a Muslim," said Khairy in one of his tweets message yesterday.
When asked why Muslims need to celebrate love and affection specifically on Valentine's Day, Khairy said: "If people want to do it because they feel it's a nice occasion, as long as they are not committing sin, why not? Of course you can do it anytime. That's not the point."
Khairy cynically said the annual Jan 1 public holiday should be banned as it signifies the start of the Gregorian calendar introduced by Pope Gregory.
Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen also chided moral policing on Valentine's Day, saying that it would affect tourist arrivals to the country.
Dr Ng added that she had received hundreds of calls from overseas expressing alarm at PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi's comments.
"The callers were industry players concerned that such statements could cause fear or confusion among foreign tourists that it would make them think twice about promoting Malaysia.
"Why is there a need to have moral police putting fear in foreign tourists?" Dr Ng asked after attending a Chinese New Year event here yesterday.
Dr Ng, who is also Kelantan MCA chief, said this in response to Nasrudin, who reportedly said the state governments in Kedah, Kelantan and Selangor had directed the local authorities to work closely with the police and Rela to check immoral activities on Feb 14.
MCA central committee member Loh Seng Kok had also criticised Valentine's Day comments made by Muslim preacher and motivator Siti Nor Bahyah Mahamood's on TV9's Halaqah programme
She is reported to have said that "immoral activities, discoing, couples meeting in private, are traditions of the Christian community."
Loh described her remarks as "hopelessly baseless" and "spewed on personal conviction that is ignorant and prejudiced".
Loh urged Siti Bahyah to apologise to the Christian community.
Akibat keceluparan CEO, Maybank Investment berkenaan dengan pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu puak-puak bloggers umno sepakat menerusi blog mereka dan facebook akan memboikot Maybank...wakakakaka....
Inilah blogger pencacai UMNgOk .... lu dok main blog pencacai hari-hari... lu nak pertikai pendapat kawan yang pakar ekonomi... memang bodo punye UMNgOk... sama macam puak-puak nie yang dok komplen pasal agama... yang diri sendiri baca fatihah pun tak lulus....
Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah," katanya.
Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.
Kuala Lumpur,13 Februari; Satu acara perasmian sempena pemasangan papan tanda cawangan baru,telah diadakan semalam.Majlis perasmian diadakan di Kampung Setia Jaya,Setapak.Majlis semalam telah dirasmikan oleh YB Salahuddin Ayub ,naib presiden PAS.Pimpinan-pimpinan PAS Wilayah Persekutuan juga hadir untuk sama-sama meraikan pemasangan papan tanda baru yang telah diinfakkan oleh ahli jemaah .
Pada masa yang sama juga,majlis semalam diadakan sempena pelancaran gerak kerja pilihanraya yang dijangka tidak lama lagi akan diadakan.
Tuan Guru Nik Aziz sedang menunggu masuk solat zohor. Disebelahnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
Selesai sahaja solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong, TGNA dan jemaah musafir lain membuat saf baru bagi menunaikan solat qasar asar. Kelihatan jemaah lain duduk di sisi masjid bagi memberi ruang kepada jemaah musafir meneruskan solat mereka.(kalu nak kate 2 imam ikut dakwaan UMNGOk... awat belakang imam xde org?... ke jenis kat Johor Imam tengah makmum pakat-pakat sembahayang tepi dinding...wakakaka)?
TGNA dan jemaah musafir lain menunaikan solat qasar asar 2 rakaat (kene tulis sebab UMNgOk tak tau yang qasar tue 2 rakaat).
Jemaah berada dalam Tahiyyat akhir selepas memunaikan solat qasar 2 rakaat (kene tulis sekali lagi 2 raakat) dan sempat mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Kampung Redong.
....lihat camno UMNO kencing buta-buta atas mata Sultan Johor...
(gambar dari blog pencacai taik UMNgOk)
KOTA TINGGI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada semalam bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.
Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.
"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.
"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.
Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid. - Bernama
....SIAN AKU TENGOK SULTAN JOHOR... KENE KENCING BUTA-BUTA ATAS MATA OLEH PUAK-PUAK UMNO... NIE KALU KENCING SULTAN KIRE DERHAKA KE???
KUALA LUMPUR, 14 Feb — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber.
Taib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.
Sumber Astana Sarawak memberitahu, pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri.
Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.
Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.
Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.
Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.
KUALA LUMPUR – Pelajar yang ingin kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian perlu bersedia menanggung sendiri kos tiket penerbangan tanpa diskaun.
Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, perkara itu adalah amalan biasa termasuk ketika melibatkan pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Padang dan Solo, Indonesia akibat letusan gunung berapi baru-baru ini.
"Kerajaan hanya menanggung kos perjalanan pada waktu kecemasan sahaja.
"Kita tidak pernah bincang untuk memberikan diskaun dan sebagainya. Tetapi jika ada syarikat penerbangan yang hendak bagi diskaun, itu terserah pada budi bicara mereka," jelasnya ketika dihubungi di sana semalam..
Terbukti slogan 'Rakyat Didahulukan' sekadar retorik semata-mata, maknanya selepas ini kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin balik ke Mesir tanggunglah sendiri tambang balik . Kita maklum, rata-rata pelajar kita terutamanya dalam aliran agama dikalangan keluarga berpendapatan sederhana.
Bahang pilihanraya umum (PRU13) tidak dapat disangkar lagi. Presiden UMNO Malaysia merangkap PM Malaysia DS Najib Rosmah (gelaran baru bagi Najib Razak ) serta pengerusi kerajaan Bini Najib atau barisan nasional akan diadakan secepat mungkin.
Dalam UMNO sekarang ada dua geng atau dua ekor jerung besar dalam UMNO.
Satu geng jerung besar atau kumpulan TS Muhyiddin Yasin bersama dengan "orangnya"
Geng jerung besar kedua geng atau kumpulan "orang Najib bersama sepupunya".
Untuk rekod Najib telah tangguh pemilihan atau persidangan UMNO selama 18 bulan. Penganalisa politik dan veteran UMNO meramalkan jika ada pemilihan UMNO, kumpulan geng atau jerung Najib akan ditentang hebat jerung atau geng Muhyidin Yassin.
Najib dan gengnya cekap membaca lanskap politik dalam UMNO. Ini satu kehebatan langkah Najib bersama spupunya DS Hishamudin. Jika ada pemilihan umno memang akan berlaku pertembungan sengit dalam semua jawatan tertinggi dalam UMNO.
DS Najib sebagai PM, pengerusi UMNO dan pengerusi Barisan nasional bertindak bijak dan selangkah kehadapan. *****uhnya:-
1- Menanggug pemilihan UMNO.
2- Bersemuka dengan semua ahli parlimen UMNO dan barisan nasional
3- Bersemuka dengan semua semua wakil barisan nasional
4- bersemuka dengan semua ketua bahagian UMNO
Tujuan untuk mendapat maklumat politik serta pendirian masing masing. Hanya kemajuan kawasan masing masing hanya tempelan sahaja. Orang yang bersama Najib ketika sesi bertemu muka adalah "pegawai perisik" Najib.
Jelas reputasi Najib Razak atau Najib Rosmah tercalar yang amat parah. Orang yang mencalar Najib Razak ialah isterinya sendiri. Hampir 95 % pegawai di JPM dan pegawai kanan kerajaan cukup meluat dengan Rosmah Mansor atau RM.
Begitu juga dengan ahli parlimen BN/UMNO dan menteri serta timbalan menteri juga loya dan meluat peranan Rosmah bini Najib bagaikan seorang menteri kabinet.
Walau bagaimana pun Najib Razak cepat bertindak dan cukup pintar menutup kelemahan yang dihadapi terutama berkaitan dengan Rosmah. Atau mungkin Najib terperangkap diantara duabelah peha.
Jelas kerajaan Barisan Nasional dibawah ketiak Najib Razak rakyat menderita dan cukup merana kenaikan barang runcit di pasaran. Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat bertindak dan gagal bertindak.
Pemimpin BN/UMNO dan kroninya penting politik perut masing masing dan kumpul harta dan wang. Rakyat biasa dibiarkan merana. BN kejam dan jahat. "
Solidariti Wanita Muda Malaysia sedang mendepani cabaran mempersiapkan minda generasi muda untuk menolak kerajaan zalim yang menindas rakyat seperti yang berlaku di Mesir. Ahli jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, generasi muda khususnya wanita harus menyedari isyarat kebangkitan baru ini dan tidak teragak-agak untuk membuat perubahan ke arah kerajaan yang lebih baik di negara ini. "Bagi kami Solidariti Wanita Muda Malaysia, apa yang menjadi tanggungjawab kita adalah bagaimana nak mempersiapkan minda khususnya pejuang wanita muda di Malaysia dalam pelbagai ideologi politik masing-masing untuk akhirnya bersiap ke arah kebangkitan ini untuk satu kepentingan iaitu kepentingan rakyat dan keadilan," katanya ketika ditemui ditemui selepas penyerahan nota tahniah kepada rakyat Mesir di Kedutaan Mesir hari ini. Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, pejuang wanita dalam gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Zainab Al-Ghazali pernah menyebut bahawa kebangkitan baru akan muncul selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah di Turki pada tahun 1921. Ikhwanul Muslimin bangkit selepas kejatuhan itu dan semangat perjuangannya tersebar sehingga ke rantau Asia. Kini ujarnya, kebangkitan itu telah terbukti di Mesir dan diyakini akan menular ke seluruh dunia khususnya negara yag mepunyai pemerintah diktator. "Sepatutnya anggota gerakan Islam dan pejuang Islam mesti ambil perhatian bahawa signal kebangkitan baru yang disebutkan Zainab Al Ghazali muncul kembali di Mesir. dan seluruh dunia mesti faham signal kebangkitan itu. "Kita percaya mudah-mudahan semangat yang berlaku di Mesir hari ini juga akan tersebar dan juga akan sampai ke Malaysia. Beliau berkata, kerajaan BN di Malaysia sudah menunjukkan sikap yang sama dengan rejim Hosni Mubarak dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. "Kita percaya kebobrorokan yang dilakukan BN sudah melampaui batas dan seperti di Mesir ia berlaku akibat kebangkitan rakyat yang bencikan kezaliman," katanya. Oleh sebab itu katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu takut dengan kebangkitan rakyat Mesir dan cuba menggambarkan ianya sebagai satu bentuk kejahatan dan keganasan rakyat. "Sebab itu kita tengok (Datuk Seri) Najib sangat takut dengan kebangkitan rakyat di mesir sehingga mahu memberi justifikasi songsang tehadap kebangkitan rakyat dengan kononnya berlaku rusuhan dan ketidakamanan. "Tujuannya untuk menampakkan kebangkitan itu jahat. Sebab beliau tahu bila perubahan berlaku di Tunisia, berlaku di Mesir tidak mustahil akan berlaku di malaysia," katanya.
MELAKA : Projek 'mee segera' yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan 'projek mee segera' adalah kempen [...]
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Saya pernah belajar di Mesir. Empat tahun saya peruntukkan dari usia muda saya untuk menimba ilmu di bumi ambiya tersebut. Orang-orang Mesir saya lihat begitu ramah dan mesra terutama dengan tetamu asing. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba di sana untuk dibawa pulang ke tanah air. Hari [...]
http://ustsaifulbahri.blogspot.com/ Kitaran roda Islam itu sentiasa berputar. Maka berputarlah bersama roda Islam. Setiap zaman dan masa, para pejuang gerakan Islam sentiasa berfungsi. Cepat atau lambat ianya tetap istiqamah. Tetap beramal meskipun nasib acap-kali tidak menyebelahi mereka. Sejak kejatuhan empayar Khilafah Islamiyyah di Turki oleh pengkhianat Kamal Attaturk serta bermulanya era penjajahan barat dinegara-negara umat [...]
Oleh Dr Maza Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata 'Ali [...]
“PAS akan menghadapi dua Pilihanraya Kecil tidak lama lagi. Pertama di Dun Merlimau, Melaka pada 06 Mac nanti, manakala satu lagi di Dun Kerdau, Pahang yang tarikhnya belum ditetapkan oleh SPR. Apa yang pasti, SPR terpaksa akur dengan dua PRK ini, tidak perlu lagi merujuk ke mahkamah. PRK Dun Merlimau telah ditetapkan bahawa PAS sebagai [...]
Majlis Walimatul Urus anak lelaki kepada Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Hj Asmuni berlangsung dengan meriah dihadiri ribuan rakyat. Majlis itu diadakan di kediamannya di Taman Meru, Jelapan. Antara pimpinan yang hadir ialah Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, YB Ngeh Koo Ham, Yb Anuar Sudin, dan ramai lagi.
YDP Pas Batu Gajah dan Ketua pemuda bersama Haji Asmuni
Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.
Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.
Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.
Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.
Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.
"Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.
Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.
Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.
Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.
1. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .
2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PR sebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.
3. Pemuda PAS akan diberi suntikan semangat pada himpunan tersebut oleh tokoh - tokoh pimpinan PAS dan sebahagiannya adalah mantan ketua - ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Insyaallah, himpunan 30K Pemuda PAS ini akan mendengar ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia [ sessi 2009-2011 ] sebagai "amanah perjuangan" serta "peraturan dan arahan" khas menghadapi gelombang kebangkitan anak muda ke arah memenangi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.
4. Tokoh - tokoh pimpinan yang akan turun memberi suntikan semangat perjuangan fi sabilillah kepada pemuda - pemuda PAS kelak ialah :
Al Fadhil Ustaz Yb Nasharudin bin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man [ Naib Presiden PAS ]
Al Faadhil al Akh Yb Tuan Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak [ AJK PAS Pusat merangkap MB Kedah ]
Al Faadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Ketua DPP Malaysia ]
Al Fadhil al Akh Tuan Hj Mohamad bin Sabu [ AJK PAS Pusat merangkap mantan Pemangku Ketua DPPM ]
Al Faadhil Ustaz Hj Hasrudin bin Hassan [ Ketua DPP Malaysia - Ucaptama ]
5. Sebelah petangnya pula Peserta himpunan akan direhatkan seketika dengan selingan persembahan artis - artis terkenal seperti Radhi dari Malissa dan Pak Long yang akan mengiringi seorang tokoh seleberiti terkenal tanahair yang akan menyerahkan borang untuk menyertai PAS pada hari itu. Himpunan ini akan ditutup dengan taklimat khas dan arahan gerakkerja pilihanraya oleh Pengarah Jabatan Piliharaya dan Strategi DPP Malaysia Yb Firdaus Jaafar.
6. Himpunan 30K ini akan disempurnakan dengan penuh gemilang pada jam 8.30 malam dengan Majlis Solat Hajat Perdana di tapak himpunan memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt bagi mempertahankan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan pidato Perdana sempena semarak Kebangkitan Anak Muda menuntut perubahan memburu keadilan dengan tema Masa Untuk Berubah : PAS Sedia ganti UMNO oleh :
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh al Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Sohibus Samahah Fadhilatus Syeikh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Al Fadhil Ustaz Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak
Al Fadhil Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan
Al Akh [ Seleberiti Terkenal Tanahair yang akan menyerahkan borang menyertai PAS ] - nantikan kemunculannya.
7. Pastikan anda sebagai Pemuda PAS hadhir ke himpunan ini bagi menyemarakkan gelombang kebangkitan Anak Muda dari seluruh dunia. Dari Tunisia, Yemen, Mesir, Jordan, Bangladesh dan kini Malaysia . Jumpa anda semua pada 19 February 2011 [ sabtu ] bersamaan 16 Rabiul Awal 1432H.
8. Ayuh Pemudaku ... tunaikan amanah perjuanganmu dan capai inspirasimu menuntut sebuah perubahan. kalian adalah Rijaaluttaghyir [ Agen Perubah ]
Chukai, KEMAMAN - Operasi mencari seorang kanak-kanak yang hilang di pantai Geliga disini disambung semula setelah dihentikan Khamis lalu setelah usaha pengesanan menemui jalan buntu.
Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat operasi tersebut diadakan selama dua hari, bermula hari ini dan berakhir esok, Isnin 14 dan 15 Februari,
Katanya, usaha terbaru itu akan dibuat dipersekitaran sebuah tongkang yang tersadai di tepi pantai kerana dipukul omabk besar baru-baru ini.
Operasi akan bermula hari ini dan disambung esok sekiranya tidak ada apa-apa penemuan hari ini, juruselam akan turun di sekitar tongkang yg tersadai,"ujarnya Berita selanjutnya akan dikemaskini.
Setiap insan dibekalkan dengan potensi luar biasa. Wanita muda yang menunjuk keyakinan luarbiasa dan pengaruh yang mencetus kejutan berimpak fenonomenal membuktikan masyarakat Mesir yang sudah terlalu sabar dengan pemerintahan kukubesi Hosni Mubarak telah bangkit pantas daripada tidur lena dan mula mampu menunjukkan kekuatan rakyat luar biasa. Langkah berstrategi si wanita muda ini menghasilkan natijah yang hampir tidak boleh dipercayai dunia dan memalukan Israel dan sekutunya AMERIKA SYARIKAT dan sudah tentu menjadi satu tanda ingat kepada mereka untuk lebih berhati-hati menghadapi kebangkitan rakyat dan luar negara yang mengikuti
Manusia hanya mampu berikhtiar. Yang menentukan kesudahannya ialah Allah swt.Justeru sesudah ikhtiar maksima yang terancang berstrategi dengan keikhlasan hati, maka langkah seterusnya ialah bermunajat kepada Allah swt.Allah yang mampu membuka pintu hati manusia yang memang sengaja menghancurkan ummah.Ada golongan pengikut yang tidak sedar apa yang mereka ikuti dan natijah perbuatan mereka yang bersekongkol dengan penyebar fitnah dan penipu rakyat yang pakar.
Muslimat juga perlu memohon kepada Allah swt agar hati bersih supaya cahaya iman boleh menerobos masuk ke dalam.Ini memungkinkan taufiq dan hidayah Ilahi menyerap masuk untuk mempertingkatkan ketahanan jiwa yang menjadi perisai utama seorang pejuang.
Penduduk Taman Century di Lorong Batu Uban 1 yang berada dalam lingkungan tadbir JKKK Batu Uban dapat menarik nafas lega setelah lebih dari 10 tahun permohonan mereka untuk mendapat lampu untuk menerangi padang permainan diabaikan oleh kerajaan BN sebelum ini. Kini 4 batang lampu jalan bernilai RM6000 dari peruntukan Ahli Majlis MPPP yang diusahakan oleh [...]
Demo anti Hosni Mubarak ( Mesir ) telah diadakan di Masjid Hashim Yahya Jelutong.Rata-rata masyarakat Islam setempat mengambil bahagian demo tersebut selepas solat Jumaat.Dari Para umur Demo tua,muda bahkan kanak-kanak turut dalam demo itu ,bahkan Polis turut serta demo terhadap anti Hosni Mubarak yang zalim terhadap rakyat Mesir.
KAHERAH: Penunjuk perasaan di dataran Tahrir akan terus mengenakan tekanan ke atas pentadbiran sementara kerajaan Mesir, sehingga mereka yakin demokrasi ditegakkan semula di negara itu.
Mereka juga mahukan maklumat jelas daripada pentadbiran tentera mengenai tempoh diambil bagi peralihan kerajaan.
Pada masa sama, pasukan tentera negara itu mula meruntuhkan khemah sementara didirikan penunjuk perasaan bagi membolehkan aliran lalu lintas kenderaan berjalan lancar.
Tentera menggesa penunjuk perasaan kembali ke rumah masing-masing tetapi ada yang enggan berbuat demikian.
Seorang penunjuk perasaan Ashraf Ahmed berkata, tentera boleh meruntuhkan khemahnyatetapi beliau tidak akan pergi kerana 'terlalu banyak perkara perlu dilakukan. Mereka belum laksanakan apa-apa'.
Beberapa pertengkaran kecil dan perang mulut berlaku antara anggota tentera dan penunjuk perasaan, bagaimanapun keadaan secara keseluruhannya tenang.
TUN Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan Zaine al Abidene jadi Presiden Tunisia selama 25 tahun. Kira-kira sama lama. Zaine al Abidene sebelum menjadi Presiden adalah Perdana Menteri di bawah Presiden Habib Bourgiba. Keduanya berbalah. Sebelum dia dipecat Presiden, dia merampus kuasa dan menjadi Presiden.
Dr. Mahathir berbalah dengan pemimpinnya Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Dia dipecat dari partinya, Umno. Selepas Tunku dipaksa berundur, Dr. Mahathir dapat kembali dalam Umno dan kemudiannya jadi Perdana Menteri.
Kedua-duanya sama-sama keras terhadap orang bawah dan rakyat.
Ada satu lagi persamaan antara keduanya. Dr. Mahathir dikatakan bertanya Presiden Ben Ali bagaimana dia menghadapi kaum muda yang berpelajaran tinggi sehingga mereka menyoal kepimpinannya dan pemerintahannya.
Senang saja. Ben Ali menjadikan mereka orang yang berhutang sepanjang hidup. Sebaik mereka lulus universiti dan mendapat pekerjaan dan yang tidak lulus universiti pun dapat pekerjaan, maka mereka diberi kemudahan untuk membeli kenderaan.
Mereka pun jadi orang yang berhutang. Sebahagian dari pendapatan mereka digunakan untuk membayar ansuran hutang motokar. Menampung perbelanjaan motokar seperti menampung seorang isteri.
Selagi hutang motokar itu tidak selesai, maka tidak banyak memikirkan hal lain selain dari menjelaskan hutang itu. Mereka akan menghadapi masalah kiranya hutung motokar tidak dijelaskan. Biasanya mereka menunaikan beban itu.
Sekali seseorang itu bermotokar, maka dia mesti sepanjang hidupnya bermotokar. Sebaik hutang itu selesai motokar pula tua terpaksa diganti baru. Maka dia menyambung hutang lagi sehingga tua.
Kemudian mereka diberi kemudahan pinjaman membeli rumah. Kadang-kadang sampai usia bersara hutang rumah belum selesai.
Sepanjang hidup rakyat seperti itu sebok menanggung hutang. Justeru itu mereka tidak boleh berfikir untuk berlawan dengan kerajaan kerana ada risiko berlawan dengan kerajaan. Kalau ditakdirkan dia hilang pekerjaan, maka bagaimana dia hendak menjelaskan ansuran hutang motokar dan rumah?
Oleh kerana itu orang cerdik pandai yang berhutang itu tidak banyak memikirkan kerajaan dan pimpinannya baik atau tidak, kerana tanggungjawab utama mereka ialah sebok menjelaskan hutang.
Dr. Mahathir pun berkongsi pengalaman yang sama. Sebelum Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lulusan sekolah menengah dan lulusan unversiti yang bekerja membeli motokar dulu. Mereka juga ada kemudahan membeli rumah.
Kerajaan menyediakan pinjaman itu.
Kerajaan Dr. Mahathir membuka peluang mudah memiliki motokar. Kerana Malaysia sendiri membina lebih dari satu kilang membuat motokar, bukan saja orang senang membeli motokar, orang juga senang bertukar motokar.
Dr. Mahathir juga menukar sistem biasiswa bagi mahasiswa berjalan sejak di zaman British dulu kepada sistem pinjaman. Setiap pelajar diberi hak untuk membuat pijaman pelajaran.
Maka sebelum pelajar itu keluar universiti, mereka sudah jadi orang yang berhutang. Sebaik saja mereka dapat pekerjaan, maka mereka mula membayar hutang.
Rakyat Tunisia hanya menjadi orang yang berhutang selepas keluar dari universiti. Rakyat Malaysia sudah jadi orang yang berhutang sebaik saja masuk universiti. Beban hutang itu akan bertambah apabila mereka membeli motokar dan membeli rumah.
Oleh itu mereka sebok sepanjang hidup bekerja untuk menyelesaikan hutang. Beban hutang itu mungkin selesai apabila masing-masing bersara. Orang masuk usia bersara tidak lagi banyak memikirkan tentang politik dan kerajaan. Orang yang penat ini biasanya memilih untuk berehat.
Apa yang dibuat oleh Ben Ali itu berjaya menyelamatkan politiknya hingga sampai 23 tahun. Memang pelannya lojik dan menasabah.
Tetapi rakyat Tunisia akhirnya tidak lagi memikirkan mereka berhutang atau tidak. Dimulai oleh orang tidak ada pekerjaan di jalan-jalan bangkit menyoal pemerintahan Ben Ali. Mereka disokong oleh orang-orang yang berhutang, mereka hambat Ben Ali hingga tidak ada negara hendak menerimanya sebagai orang buangan.
Dr. Mahathir lebih cerdik. Sebelum orang berhutang hambat dia, dia berhenti dulu. Ben Ali bukan tidak cerdik, tetapi dia pun tidak sangka rakyat Tunisia rupanya sudah cerdik belaka.
BANGKOK - Seramai 18 anggota tentera dan orang awam cedera apabila bom buatan sendiri seberat 20 kilogram yang diletakkan dalam sebuah kenderaan pikap meletup di pusat bandar Yala, semalam.
Jurucakap polis Yala melaporkan tujuh daripada mereka cedera parah dan dimasukkan ke Hospital Yala, manakala yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.
Pada masa ini, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar anggota tentera dan orang awam yang cedera dalam kejadian pada jam 9.50 pagi waktu tempatan itu.
Siasatan awal berdasarkan kamera litar tertutup di kawasan itu menunjukkan seorang lelaki meletakkan pikapnya di pusat bandar pada kira-kira jam 7.30 pagi dan bom itu diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila pasukan tentera melalui kawasan itu.
Letupan itu turut menyebabkan kebakaran yang memusnahkan 12 kedai kayu dengan kerugian kira-kira 10 juta Baht (RM990,000).
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru masyarakat menghayati kefahaman sebenar Maulidur Rasul menolak sambutan Hari Valentine.
Justeru, pengerusinya , Mohd Fadzil Saleh menyeru pihak kerajaan dan institusi berkenaan memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang hari Valentine dan membuat penguatkuasaan agar ianya tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.
Katanya, virus sosial yang dibawa Hari Valentine di semua IPT perlu diperangi habis-habisan di samping menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine itu.
Sebaliknya, kata beliau masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah saw.
Tambahnya, belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang selain melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru belia dan remaja agar mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.
Di samping itu, ujar mereka hendaklah mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti 'dating' yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.
Bagi keluarga dan ibu bapa pula, katanya mereka perlu mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak, menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.
"Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau juga menyeru media massa menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya di samping menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.
Katanya, saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih, malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ianya hangat diwar-warkan di media massa mahupun di laman sosial.
"Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda," katanya.
Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu.
Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan yang amat membimbangkan.
Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya.
Pengurusan institusi Raudatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24hb November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan 'Valentine's Day' bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampurbaur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam.
Namun, sehingga kini, kata Mohd Fadzil ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen 'No Panties' pada Hari Valentine.
"Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita," katanya lagi.
Ahli-ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock menghadiri prosiding pertama Suruhanjaya Siasatan kematian pembantu politik itu pada pagi Isnin di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin. - Foto THE STAR
Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.
Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.
Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.
Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.
Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.
"Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.
Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.
Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.
Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.
RAWANG, 14 Feb: PAS kembali pendekatan asas bahawa parti Islam itu hidup atas keringat dan perjuangan para ahlinya apabila melancarkan Tabung Buluh PRU-13 malam tadi di Bandar Tasik Puteri kira-kira 15 km dari sini.
Projek itu dilancarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam satu majlis penuh simbolik.
"Kenapa kita pilih tabung buluh untuk mengumpul dana. Ini kerana kita ingin memberitahu pemimpin yang terpilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya bahawa mereka menang atas sokongan dan dokongan ahli-ahli bawahannya bukannya atas kehebatan mereka.
"Kita yakin inilah yang akan mengikat kita walau setinggi mana wakil rakyat kita itu naik nanti," kata Tuan Ibrahim ketika melancarkan tabung itu.
Pelancaran ini dibuat ketika seorang demi seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat meninggalkan gabungan parti dalam gabungan itu dan menjadi anggota bebas. Yang terakhir adalah V Gobalakrishnan anggota Parlimen Padang Serai, Kedah.
Di majlis itu, Tuan Ibrahim telah menyerahkan tabung buluh kepada lima ketua-ketua cawangan PAS di sekitar kawasan pelancaran itu iaitu di Bandar Tasik Puteri, satu kawasan penempatan penduduk yang baru dibuka kira-kira 10 tahun lalu.
Sebelum itu, beliau bersama Dr Hatta melancarkan video klip yang dibuat khas untuk majlis pelancaran ini.
Dengan penduduknya seramai lebih 30,000 dan 95 peratus berbangsa Melayu, Bandar Tasik Puteri dikira subur untuk menjadi tapak perkembangan PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor.
Tabung buluh itu dijual kepada ahli-ahli PAS. Mereka pula akan mengumpul wang siling yang berbaki dalam poket mereka sehingga pilihan raya umum ke 13 nanti.
Tabung itu akan diserahkan kepada calon-calon PAS yang bertanding dengan sekeping nota bahawa inilah sumbangan mereka untuk perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
"Kita yakin sumbangan ini akan menjadi ikatan roh antara calon kita dan para ahli agar mereka tidak terlibat dengan tragedi lompat parti dan seumpamanya," kata Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim juga berharap, selepas ini semua kawasan dan cawangan PAS di seluruh negara mengambil pendekatan ini untuk mengumpulkan dana pilihan raya PAS menjelang PRU ke 13.
Menurut pengarah projek ini, Mazlan Moin mereka bersedia untuk membekalkan tabung-tabung buluh kepada mana-mana cawangan atau kawasan PAS yang hendakkannya.
Di majlis itu, lebih 50 buah tabung dibeli oleh ahli-ahli dan penyokong PAS di situ.
KUALA LUMPUR, 14 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.
"Apakah sejak Gelombang Merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?" tanya Kertua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kenyataan Mustapa seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan.
Tambahnya, jika benar ada kegiatan seperti begitu di Kota Bharu, Mustapa tidak boleh untuk berdiam diri.
"Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa.
"Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersetongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan," tegasnya.
Katanya lagi, jika benar kenyataan Mustapa, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak.
Jelasnya, mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang.
Beliau berkata, Mustapa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat dan bertindaklah segera, jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.
Justeru, katanya PAS mengharapkan kesedaran Gelombang Merah, boleh juga menyedarkan Mustapa dan Datuk Dr Awang Adek bahawa kedua-dua perbuatan itu salah di sisi Islam.
Katanya, walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam.
"Perkara yang sama bolehlah dibawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah," katanya.
BEIJING - Kerajaan China mengharamkan adegan merokok dalam semua filem atau rancangan televisyen kerana bimbang mempengaruhi lebih 300 juta perokok tegar di negara itu.
Pihak Pentadbiran Radio, Filem dan Televisyen Kebangsaan (SARFT) diarahkan supaya mengeluarkan arahan keras dan mengharamkan semua adegan merokok di dalam semua tayangan filem atau rancangan televisyen di negara itu.
SARFT mengumumkan di dalam laman sesawangnya bahawa semua jenama rokok tidak boleh disiarkan di televisyen atau filem dan adegan merokok mestilah dilakukan dalam tempoh masa yang pendek.
Kajian terhadap 11,000 pelajar sekolah menengah rendah di Beijing mendapati hampir 33 peratus daripada mereka ingin cuba merokok selepas menonton pelakon melakukan adegan merokok di televisyen.
Tembakau merupakan pembunuh utama di China, dan merupakan pengeluar serta pengguna terbesar tembakau di dunia.
11 Rabiul Awal 1432 H. Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA.
TANGGAL 12 Rabiulawal bersamaan 15 Februari bersamaan Selasa hadapan adalah tarikh lahir Nabi Muhammad SAW. Pada minggu hadapan juga genaplah 1,200 tahun baginda SAW meninggalkan umat Islam yang dicintainya.
Rasulullah SAW wafat pada tarikh lahir baginda iaitu 12 Rabiulawal 632 Masihi di Madinah ketika berusia 63 tahun. Baginda dimakamkan di dalam rumah baginda yang terletak di dalam Masjid Nabawi pada hari ini.
Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau. Kawasan ini dikenali sebagai Raudhah.
Di sisi makam Nabi SAW terdapat makam dua sahabat karib baginda iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a and Khalifah Umar al-Khattab r.a. Mereka adalah antara sahabat karib Rasulullah SAW dan juga khalifah umat Islam selepas kewafatan baginda.
Mereka berdua adalah orang yang sentiasa menemani Rasulullah SAW ketika senang dan susah dan sentiasa mempercayai setiap kata-kata Nabi SAW di dalam apa juga keadaan.
Rasa sayang dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW sentiasa subur di hati mereka walaupun selepas kewafatan baginda. Setelah kedua sahabat Rasulullah SAW ini meninggal dunia, mereka dimakamkan bersebelahan makam baginda.
Rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW bukan sahaja dirasai oleh dua khalifah Islam yang agung ini, malah ia turut dirasai oleh umat Islam lain sama ada yang hidup sezaman dengan baginda ataupun umat Islam yang ada pada hari ini.
Bagi umat Islam yang datang selepas kewafatan Nabi SAW, rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW kian subur dengan hanya mengenali baginda melalui sejarah. Walaupun umat Islam pada hari ini tidak pernah melihat Rasulullah SAW tetapi kasih sayang terhadap baginda diibaratkan seperti cahaya matahari yang menerangi bumi seperti yang terdapat di dalam nasyid Rasulullah Junjungan yang didendangkan oleh kumpulan Raihan:
"Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertakhta di sanubari"
Puji-pujian dan selawat ke atas Rasulullah SAW yang didendangkan di seluruh dunia sering membangkitkan rasa rindu yang mendalam kepada baginda SAW.
Seperti di dunia Melayu, selawat dan marhaban sering didendangkan dalam majlis-majlis keraian agama seperti sambutan awal Muharam, sambutan Maulidur Rasul, majlis perkahwinan, majlis khatam al-Quran, majlis cukur jambul bagi bayi yang baru lahir dan sebagainya.
Baris-baris selawat ditulis dan disebarkan ke seluruh dunia oleh penulis Islam. Manuskrip-manuskrip Islam yang mengandungi selawat dan sejarah ringkas mengenai Rasulullah SAW seperti Dalail al-Kayrat disalin dan diedarkan diseluruh dunia. Manuskrip ini dihasilkan di Maghribi oleh seorang ahli sufi yang dikenali sebagi al-Jazuli pada abad ke 15 Masihi.
Selain selawat, manuskrip ini juga mempunyai doa-doa pilihan, nama-nama panggilan Nabi Muhammad SAW, sedikit penjelasan mengenai makam Rasulullah SAW dan sejarah ringkas mengenai Khalifah Abu Bakar r.a dan Khalifah Umar al-Khattab.
Setiap manuskrip Dalail al-Kayrat ini sering mempunyai dua buah lukisan. Satu memperlihatkan lukisan Kaabah di Mekah dan satu lagi memperlihatkan lukisan makam Rasulullah SAW di Madinah.
Selain manuskrip selawat terdapat juga manuskrip sejarah yang mengandungi salasilah baginda SAW yang bersambung dengan para nabi dan rasul sebelum baginda. Manuskrip ini ditulis dengan penuh teliti, jelas dan menarik dengan penggunaan dakwat yang berwarna-warni.
Selain seni penulisan, nama Nabi Muhammad SAW turut diabadikan di atas barangan kesenian yang lain seperti dalam bentuk sulaman, ukiran dan tenunan.
Nama baginda SAW selalunya digandingkan dengan nama Allah SWT atau nama para sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.
Terdapat juga nama ahli keluarga Rasulullah SAW yang digunakan seperti puteri baginda Saidatina Fatimah r.a dan cucu baginda Saidina Hassan dan Hussein r.a.
Barangan yang mempunyai nama Rasulullah SAW sering digunakan sebagai hiasan dan diletakkan di tempat yang tinggi sebagai tanda kasih dan sayang umat Islam di seluruh dunia kepada nabi junjungan mereka iaitu Nabi Muhammad SAW.
KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS bersama para NGO akan menghantar nota tahniah kepada rakyat Mesir di Kedutaan Mesir, Jalan Ampang jam 11 pagi esok ekoran kejayaan mereka menjatuhkan regim Mubarak.
Penghantaran nota ini akan diketuai oleh Haji Mohamad Sabu di samping Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Arucelvam (PSM), Syed Ibrahim Syed Noh (Jim) di samping pemimpin NGO seperti Abim, Jim dan lain-lain.
Selepas tiga minggu berdemonstrasi, rakyat Mesir berjaya menjatuhkan regim Hosni Mubarak Jumaat kelmarin.
Kini Mesir ditadbir oleh Majlis Tentera dan mereka berjanji akan memenuhi tuntutan rakyat.
LONDON: Bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak, menggunakan masa menghadapi protes 18 hari bantahan ke atasnya untuk memindahkan kekayaannya ke akaun luar negara yang tidak dapat dikesan dan ada pihak menggesa masyarakat antarabangsa bekerjasama membekukan aset berkenaan.
"Kami tahu anggota keluarga Mubarak berbual mengenai cara menyelamatkan aset mereka. Penasihat kewangan mereka sudah memindahkannya. Jika beliau ada wang di Zurich, ia mungkin sudah tiada sekarang," kata sumber perisikan Barat.
Bekas Presiden Mesir itu dituduh memiliki kekayaan lebih £3 bilion (RM15 bilion) tetapi ada yang memberi angka sehingga £40 bilion (RM200 bilion) dan £70 bilion (RM350 bilion) selepas memerintah 30 tahun.
Antara aset itu termasuk wang di bank asing, pelaburan, jongkong emas dan hartanah di London, New York, Paris dan Beverly Hills.
Malah, anak lelaki Mubarak, Gamal, dilaporkan sempat berparti di sebuah kelab malam di Tramp di sini hujung minggu lalu dengan satu bil 'champagne' mencecah £16,000 (RM78,115).
Sumber perisikan itu berpendapat, Mubarak, 82, mungkin belajar daripada kesilapan diktator Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, yang lari ke Arab Saudi diikuti dengan tindakan Switzerland membekukan akaun bank Ben Ali dan juga bekas pemimpin Mesir itu. Duta Mesir ke London, Hatem Seif el Nasr, berkata beliau tidak ada maklumat mengenai aset Mubarak.
"Secara jujur, saya tidak tahu menahu langsung mengenai wang (milik Mubarak)," katanya kepada BBC TV.
Terbaru, Pejabat Jenayah Serius (SFO) Britain melancarkan operasi mengesan aset dan wang tunai Mubarak di Britain, lapor akhbar Sunday Times tanpa memberitahu sumber langkah itu.
Ketua SFO, Richard Alderman, berkata: "Masyarakat menjangka kami mencari wang itu jika tahu di mana dan cuba memulangkannya untuk kebaikan penduduk negara itu."
Perdana Menteri Britain, David Cameron dilaporkan menerima tekanan hebat untuk segera membekukan aset berjumlah £5 bilion (RM24.11 bilion) yang disimpan di United Kingdom oleh Mubarak.
Britain boleh membekukan sebarang aset yang ada kaitan dengan Mubarak jika diminta Kesatuan Eropah atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta kerajaan Mesir.
Ketika jutaan rakyat Mesir hidup dalam kemiskinan tegar, kaum keluarga Mubarak disyaki melarikan aset berbilion dolar dari negara itu, dikumpul daripada perjanjian perniagaan dilingkari rasuah dan rampasan aset bekas presiden dan monarki. – Agensi
LANGKAWI: Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) memasang 16 unit kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjadikan Langkawi sebagai destinasi pulau pelancongan yang selamat. Yang Dipertua MPL, Abdul Rahman Salleh, berkata pemasangan itu dibiayai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah program bandar selamat.
"Pasir Tengkorak, Pekan Padang Matsirat, Pantai Cenang, Taman CHOGM, Pantai Kok, Jeti Kuah dan pejabat MPL adalah antara lokasi yang dipasang CCTV," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, selain dapat memantau kejadian jenayah yang berlaku di pulau bebas cukai, pemasangan alat bernilai RM2 juta itu membolehkan penduduk dan pelancong berasa selamat. Selain MPL, Polis Langkawi turut memasang alat itu yang dibiayai Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
TEMERLOH: UMNO Bahagian Kuala Krau akan menyenaraikan antara lima hingga tujuh nama untuk dipilih pucuk pimpinan parti sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau. Ketuanya, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata senarai nama itu akan diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut petang esok.
"Lima atau tujuh nama yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sebagai calon akan dicadangkan UMNO Bahagian untuk diputuskan pucuk pimpinan parti," katanya di sini hari ini. Ismail berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut.
"Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan hari pengundian, namun persediaan awal menghadapi pilihan raya itu perlu diadakan," katanya.
Kerusi DUN berkenaan kosong selepas wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya kelmarin.
Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin pula meraih 2,520 undi. - BERNAMA
11 Rabiulawal 1432H [MOD] - Laluan di Kilometer 274.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara berhampiran susur antara Ipoh ke Jelapang ditutup satu lorong sejauh 50 meter selama dua minggu apabila berlaku mendapan tanah membentuk lubang sedalam empat meter dan seluas 12.96 meter persegi tengah hari semalam.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri, Datuk Dr Ir Safry Kamal Ahmad berkata, penyiasatan terhadap kejadian itu bermula hari ini untuk mencari kaedah terbaik pembaikan lubang berkenaan.
"Mendapan tanah ini berlaku daripada kegagalan struktur pembetungan yang merentasi lebuh raya ini. Terdapat rekahan pada pembetung ini menyebabkan air meresap dalam tanah dan mengikut air yang mengalir.
"Kita akan siasat secara menyeluruh sistem pembetungan ini mulai esok dan dalam masa sama mencari kaedah terbaik pembaikan dengan kerjasama Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan JKR Perak," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat mendapan tanah itu di sini.
Menurutnya, kerja pembaikan dijangka siap dalam masa dua minggu melibatkan struktur tanah, parit dan rekahan struktur pembetungan berkenaan.
"Sementara waktu ini, persiapan keselamatan kepada pengguna di seksyen ini diutamakan," katanya.
Dr Ir Safry Kamal berkata, purata 10,000 kenderaan yang melalui kawasan itu diminta mematuhi papan tanda keselamatan bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.
"Laluan ini penting kepada penduduk di bandar raya ini untuk ke Jelapang dan Utara. Pengguna diminta berhati-hati dan memandu dengan kelajuan yang sesuai bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan patuhi arahan papan tanda yang disediakan," katanya.
[MOD] 14 Feb. – Tiga lagi gegaran berasingan berlaku di pusat bandar Chile awal pagi semalam, dua hari selepas satu gempa bumi kuat yang melanda negara lingkaran gunung berapi ini.
Gegaran terbaru adalah berkuatan 6, 5.8 dan 5.6 pada skala Richter berlaku 95 Km dari daerah Bio-Bio di barat Chile. Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan dan kecederaan dilaporkan setakat ini. – AFP
ALGIERS 14 Feb. – Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.
Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.
Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.
Ops Lalang yang lena sejak lebih dua dekad lalu, baru-baru ini dikejutkan dengan hembusan badai supaya kisah itu digamit semula bagi mencari dalang atau alasan bagi pihak berkuasa kembali sibuk memburu 'anasir-anasir' yang kononnya membahayakan keselamatan negara.
Suka ataupun tidak, ada yang berpendapat 'cantasan lalang' akan berulang. Namun, sebelum kita tatapi signifikan cerita dinihari, molek kita amati dulu peristiwa tempoh hari.
mahathir and operasi lalang14 Mac 1988, - empat bulan selepas operasi tersebut, kementerian dalam negeri (KDN) mempersembahkan kertas puttih berjudul 'Ke Arah Memelihara Keselamatan Dalam Negeri' kepada parlimen.
Kertas putih itu memaparkan justifikasi kerajaan untuk penangkapan beramai-ramai dalam operasi yang diadakan tahun sebelumnya.
Operasi yang melihat lebih seratus individu ditahan tanpa bicara, hak berkumpul secara aman disekat dan lesen penerbitan empat akhbar ditarik balik.
Urutan cengkaman totalitarian yang Bapa Kemerdekaan kita sendiri Tunku Abdul Rahman labelkan sebagai anjungan kepada sebuah negara kuku besi!
azlanSiapa saja yang mengeluarkan arahan, sama ada pihak polis atau perdana menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad, kertas putih berkenaan tidak menyatakannya.
Yang dicatatkan hanyalah "kerajaan mengambil keputusan untuk bertindak."
Tidak salah kalau ditafsirkan 'kerajaan' ini adalah pihak berkuasa ketika itu, yang dipimpin oleh Dr Mahathir. Lebih-lebih lagi, laporan berkenaan disediakan oleh KDN, porfolio yang dipegang Mahathir dari 1986 hinggalah 1999.
'Berakhirnya di pejabat PM'
Walaupun betapa bebalnya bantahan Mahathir yang menafikan beliau bertanggungjawab mengeluarkan arahan itu, telunjuk masih membidik ke dahi bekas perdana menteri yang juga menteri dalam negeri ketika itu.
mahathir and crowdNamun penulis sajak 'Melayu Mudah Lupa' ini mempunya ingatan yang agak berlainan.
Jarinya dituding kepada polis sebagai pihak yang bertanggungjawab memulakan Ops Lalang.
"Saya berjumpa dengan pemimpin pembangkang (terlebih dahulu) dan memberi jaminan yang mereka akan kekak bebas. Tapi apa yang polis buat? Ditangkapnya mereka. Kewibawaan saya musnah," kata Mahathir kepada wartawan dan penulis Tom Plate.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, seorang daripada tahanan itu menyangkal dakwaan berkenaan.
Katanya, Mahathir tidak pernah berjumpa beliau dan mencabar bekas perdana menteri menamakan ketua-ketua pembangkang yang ditemuinya dan diberi jaminan kebeabasan mereka itu.
NONEBekas ketua polis negara Tun Hanif Omar pula mempertahankan Dr Mahathir. Katanya pihak polis yang bertanggungjawab.
Tetapi beliau sempat menuding jari kepada Dr Mahathir untuk arahan tahanan selanjutnya selepas tahanan tempoh 60 hari dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri luput.
"Dari masa itu, semuanya adalah keputusan beliau," kata Hanif.
Walhal pun jika polis benar bertindak sendirian, tanggungjawad mutakhir masih berada di tangan perdana menteri yang memerintah, ulas pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari.
Katanya, "segalanya berakhir di pintu pejabat perdana menteri".
Aturan sejarah juga menjadi saksi yang perdana menteri yang disifatkan bagaikan Machiavelli ini, tidak mungkin memberi kebebasan kepada polis untuk bertindak sesuka hati.
Keselamatan negara atau kesinambungan politik?
Soalan cepumas dalam percaturan ini bukanlah siapa yang mengeluarkan arahan. Tetapi yang lebih menggusarkan adalah alasan kerajaan untuk melaksanakan Ops Lalang. Ura-ura serupa seperti sudah kunjung tiba, seperti yang didakwa pihak berwajib.
ops lalang chan tse yuen arrest 271005Terdapat enam bahagian di dalam laporan yang ditulis pada tahun 1988 itu. Setiap bahagian menyentuh perkara yang pihak berkuasa dakwa sebagai pemangkin "aktiviti yang membahayakan keamanan rakyat dan keselamatan negara".
Antara isu yang disentuh ialah penggamatan isu-isu sensitif, bahaya 'Kristianisasi', Islam yang radikal, kebangkitan golongan sosialis dan pelajar, pengganas komunis dan akhbar yang enggan tunduk dek telunjuk kerajaan.
Tidak terlalu liar untuk kita bayangkan yang isu-isu terbabit juga sedang digembar-gemburkan, isu sensitif umpamanya menjadi permainan NGO-NGO belaan sebuah parti Melayu dan pihak berwajib seakan pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap demonstrasi.
azlanKerajaan pula seperti sedang cuba untuk menghalang kebangkitan aktivis pelajar dan gelombang rakyat sejagat yang makin celik dengan kesedaran sosial.
Begitu juga dengan isu-isu yang dicanagkan PAS, petubuhan Kristian dan juga isu agama yang seperti diapi-apikan menjurus kepada perlanggaran. Timbul juga isu kewujudan sel-sel pengganas di Malaysia kononnya berleluasa walaupun tanpa bukti mantap.
Pihak berkuasa juga dewasa ini asyik menegur suratkhabar dan penerbitan supaya lebih 'berkerjasama' dengan agenda pemerintah atau menjadi sasaran amaran dan kawalan. Jika dilihat keadaan sejagat mungkin agak keruh sekali.
azlanTetapi adakah kelodak ini masalah nyata ataupun propaganda? Adakah ia isu keselamatan dalam negara ataupun alasan kesinambungan politik sebuah rejim yang mencecah 53 tahun ini.
Tanpa bayangan rusuhan kaum dan juga pertembungan agama, mungkin sudah tiada ruang untuk institiusi politik rapuh dan lapuk seperti BN. Binaan politik usang seperti ini mungkin patut dimandulkan saja untuk kebaikan rakyat.
Amaran dan peringatan
Tetapi lebih gawat lagi, adalah ketakutan yang menyakat BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila memerhati kan kejatuhan rejim-rejim kuku besi di Asia Barat.
NONEIni memungkingkan beliau berpatah balik ke taktik usang untuk kekal berkuasa. Lihat saja amaran jelasnya yang "kita tak akan benarkan ia berlaku di sini," dan juga peringatan berlapik kepada ahli perniagaan untuk terus berkerjasama dengan kerajaan atau menerima akibat yang kurang menyenangkan.
"Ini bukan masa buat uji kaji atau memperjudikan masa depan. Saya rasa anda tahu apa yang saya sedang katakan... Biasalah, orang berniaga senntiasa peka dan pragmatik," kata Najib di rumah terbuka anjuran SMI Malaysia di Petaling Jaya semalam.
Amaran Najib kepada ahli-ahli perniagaan mungkin ingin menutup kemungkinan ada yang akan menaja kebangkitan rakayt ataupun mencarum kepada dana politik pihak Pakatan Rakyat.
egypt revolution mubarak steps down crowd 1Seperti kita tahu, kebangkitan di Medan Tahrir dan tempat-tempat lain di Mesir tidaklah seampuh itu sekiranya tiada bantuan daripada pihak korporat.
Menjana kebangkitan rakyat, seperti juga menjalan kempen politik pembangkang di sistem politik berat sebelah negara ini, kedua-duanya adalah pertaruhan yang tinggi harganya.
Dengan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak yang telah cabut dari Kaherah dan pertukaran kuasa awal pagi tadi, mesej ini mungkin ingin dicanangkan dengan lebih keras oleh Najib dan BN, agar rakyat tidak teruja untuk mencubanya di Malaysia.
ops lalang 261005 star front page'Mesir and Medan Tahrir!'
Justeru, jangan terkejut jika tiba-tiba atas arahan perdana menteri ataupun polis yang 'bebas', tiupan angin yang berwajib mungkin kembali mencantas 'lalang' lagi.
Namun kini, taktik sedemikian jauh sekali akan meredakan tentangan terhadap Najib dan BN, sebaliknya ia mungkin menyemarakkan api dalam sekam, membakar kebangkitan ala Mesir yang cuba dihindari pihak kerajaan.
Di zaman komunikasi segera dan alam maya internet, propaganda dan kawalan berita tidak lagi berkesan. Agak susah untuk pihak berkuasa menakutkan rakyat hanya dengan propaganda.
protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur crowd 1Wujudnya rangkaian sosial juga memungkinkan rakyat untuk menjana kebangkitan di peringkat akar umbi, walaupun tanpa arahan pimpinan. Apatah lagi jika pimpinan mereka dipenjarakan, akan marak lagilah semangat kebangkitan.
Lebih-lebih lagi dengan rakyat yang dipaksa mengikat perut masa ekonomi gawat, dibayangi kroni korporat dan golongan elit BN yang masih hidup dalam kemewahan atas duit rakyat, situasi terkini memang agak rapuh sekali.
Jika ada lagi 'cantasan' lalang, ia mungkin menjadi percikan api yang menyalakan sekam amarah rakyat.
"Mesir dan medan Tahrir!" patut menjadi amaran kepada BN, dan juga laungan perjuangan rakyat. Ubah haluan sekarang, jika tidak mahu diubah landaan badai melintang.(MInsider)
Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.
"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya.
Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.
"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya. Simbolik
Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.
Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.
Kempen siri kali ketiga ini mempunyai 3 fasa, iaitu fasa pertama adalah majlis pelancaran oleh Menteri Besar, manakala fasa kedua pula akan bermula pada jam 8 malam hingga 2 pagi, melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada NGO yang diketuai oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor akan mengedarkan risalah mengenai bahaya zina kepada masyarakat.
Antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi.
Fasa ketiga bermula jam 2 pagi hingga 6 pagi, di mana akan menggempur beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti untuk diperiksa, kempen ini melibatkan semua jabatan dan agensi kerajaan, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.
Kempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Khalid berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam menangani isu gejala sosial di Selangor apabila kempen seumpama ini dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mewujudkan persekitaran yang aman dan tenteram.
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanjakan hampir RM10 juta untuk mengadakan 15 Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula di Permatang Pauh pada Ogos 2008.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah keseluruhannya RM9,6210.92 digunakan untuk menampung semua perbelanjaan dalam setiap PRK.
"Angka berkenaan merangkumi perbelanjaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang hingga Merlimau, Melaka. Tanpa PRK, wang itu boleh digunakan untuk perkara lain yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat negara ini," katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, menjelang pilihan raya banyak aktiviti yang dilakukan oleh SPR untuk mempersiapkan proses pengundian.
Mengulas persoalan mengenai adakah PRK serentak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang dan Merlimau, di Melaka, beliau belum menerima surat daripada Speaker DUN Pahang untuk mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan.(Sinar Harian)
GELI pula hati aku mendengar komen Zahid Hamidi di dalam berita Astro Awani apabila beliau mengulas kematian Adun Kerdau kelmarin. Beliau menyebut kematian Adun Umno tersebut merupakan ujian Allah terhadap Umno/Bn. Mengapa ke situ pula perginya Zahid Hamidi?
Apa pula kena mengena kematian, ajal dan maut dari Allah terhadap hambanya dengan Umno? Zahid jangan perasan sangat dan menyangka Allah merestui parti sekular yang bersekutu dengan Apco Yahudi Israel laknatullah itu. Apakah Zahid Hamidi percaya dan yakin benar bahawa Allah meredhai Umno yang sentiasa menolak hukum Islam itu? Bukankah tangan pemimpin Umno yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting? Lesen kilang arak terbesar di Shah Alam? Lupakah Zahid tentang cita-cita pemimpin besar Umno yang mahu meluluskan lesen judi bola sewaktu kempen Bola Sepak Piala Dunia yang lalu? Masakan Zahid tidak tahu pemimpin Umno jugalah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran agar kerajaan negeri tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud? Parti seperti inikah yang Zahid rasa Allah redha?
Cukuplah Zahid. Setelah kamu menipu orang-orang Melayu berugama Islam dengan perjuangan sekular Umno itu, masakan dengan Allah yang maha mengetahui itu pun kamu mahu tipu? Kita kenal siapa Zahid Hamidi yang dulunya dinaikkan di dalam politik Umno oleh DS Anwar, kemudiannya cuba menunjukkan berani untuk bersama pejuang reformasi, tetapi baru beberapa hari ditahan akhirnya keluar di depan TV membaca skrip memburukkan DS Anwar dan mereka yang berjuang di dalam reformasi. Kedudukan beliau sekarang adalah `upah' yang beliau perolehi hasil dari mengkhianati perjuangan rakyat.
Pada kita yang komited dengan perjuangan, samada berlakunya kematian di kalangan Wakil Rakyat atau tidak, kita tetap terus berjuang kerana Allah sentiasa menguji kita di dalam keadaan senang atau pun susah. /wfauzdin.blogspot.com
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.
TV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.
"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.
"Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.
Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka. Kuku besi
Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.
"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.
"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .
Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.
KAHERAH, 14 Feb: Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu.
Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka.
Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan.
Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir.
Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini.
Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung dengan pihak tentera semalam.
Jumaat lalu, Mubarak akhirnya berundur selepas akur dengan tekanan rakyat yang mengadakan demonstrasi mendesak beliau meletak jawatan.
Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya, Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain. ( Al Bukhori dan Muslim)
Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru masyarakat menghayati kefahaman sebenar Maulidur Rasul menolak sambutan Hari Valentine.
Justeru, pengerusinya , Mohd Fadzil Saleh menyeru pihak kerajaan dan institusi berkenaan memberi kesedaran kepada para pelajar sekolah mengenai budaya songsang hari Valentine dan membuat penguatkuasaan agar ianya tidak menjadi satu budaya yang diraikan sejak peringkat sekolah.
Katanya, virus sosial yang dibawa Hari Valentine di semua IPT perlu diperangi habis-habisan di samping menggembleng tenaga, membuat penguatkuasaan dan mengambil tindakan untuk melumpuhkan sebarang aktiviti dan usaha-usaha untuk memeriahkan atau menyambut Hari Valentine itu.
kata beliau masyarakat Islam menghayati semangat dan kefahaman sebenar perayaan bersempena Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah saw.
belia dan remaja mengalihkan sudut pandang mereka kepada mencontohi Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) dalam konteks menzahirkan kasih sayang selain melibat diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina akhlak dan intelektual mereka.
beliau juga menyeru belia dan remaja agar mengetahui latar belakang dan matlamat Hari Valentine, agar tidak terikut-ikut budaya liar yang langsung tiada kaitan dengan Islam; malah tersasar darinya.
mereka hendaklah mengelakkan terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti meraikan hari tersebut seperti 'dating' yang akhirnya membawa kepada keruntuhan akhlak seperti penzinaan, arak dan pembuangan bayi.
Bagi keluarga dan ibu bapa pula, katanya mereka perlu mendapatkan maklumat yang betul mengenai Hari Valentine dan menyampaikannya kepada anak-anak, menghidupkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga.
"Memastikan anak-anak tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang merosakkan ini dan mewujudkan aktiviti-aktiviti alternatif agar anak-anak dapat dijauhkan dan tidak terlibat dengan sambutan Hari Valentine,".
Beliau juga menyeru media massa menyampaikan maklumat sebenar mengenai Hari Valentine agar masyarakat menjauhi sebarang aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sambutannya di samping menghentikan sebarang bentuk promosi yang menjurus kepada mempopularkan sambutan Hari Valentine.
saban tahun, 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih, malahan seminggu sebelum tarikh tersebut, ianya hangat diwar-warkan di media massa mahupun di laman sosial.
"Saban tahun juga, kita menyaksikan ramai belia dan remaja ternoda,".
Laporan Polis Diraja Malaysia yang dikongsikan di dada akhbar bertarikh 10 Februari 2011 (Sinar Harian, hlm N15) menunjukkan sebanyak 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan dari 2005 sehingga Januari lalu.
Manakala dalam tempoh Januari sahaja, sebanyak 19 kes pembuangan bayi telah dilaporkan yang amat membimbangkan.
Pergaulan bebas tanpa kawalan antara puncanya.
Pengurusan institusi Raudatus Sakinah mendapati bahawa punca fenomena tersebut adalah hasil daripada kemaksiatan dan penzinaan yang berlaku bersempena dengan sambutan Hari Valentine dan juga sambutan Hari Kemerdekaan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 pada 24hb November 2005 telah memutuskan bahawa amalan merayakan 'Valentine's Day' bukan amalan Islam. Malah, ia menegaskan bahawa, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur agama Kristian dan amalannya bercampurbaur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan terlarang dalam Islam.
sehingga kini, ia masih lagi menjadi budaya dalam masyarakat dan diamalkan oleh penganut-penganut beragama Islam – khususnya dalam kalangan belia dan remaja. Tahun lepas, misalnya, ada pihak telah mencetuskan kempen 'No Panties' pada Hari Valentine.
"Ini jelas menggambarkan betapa kroniknya budaya songsang telah menular dalam masyarakat kita,".