Jumaat, 3 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 03 Dec 2010 11:16 PM PST

Salam Perjuangan


PRU13 - BERSEDIA SEMUA!

Posted: 03 Dec 2010 10:28 PM PST

27 Dzulhijjah 1431 H | 4 Disember 2010


Daftar pemilih merupakan persoalan besar dalam sistem pilihanraya Malaysia, dan beberapa isu utama yang berlegar dalam isu daftar pemilih masih belum selesai.

Ini termasuklah isu pengundi pos, ahli keluarga anggota tentera yang juga dikategorikan sebagai pengundi pos, isu pemindahan pengundi, penggundi yang bertindan dan sebagainya. Soal pembersihan daftar pemilih sentiasa dibuat. Ia dilakukan bilamana rang suku tahun dibentangkan untuk semakan dan bantahan.

Namun, ada dua isu utama di sini, iaitu tempoh bantahan yang sangat terhad, biasanya dua minggu untuk semakan dan bantahan sedangkan senarai rang daftar pemilih tersebut mengambil masa untuk diperolehi, menyebabkan sebahagian nama yang tersenarai tidak dapat disemak dan dibuat pembersihan.

Daftar pemilih yang akan digunapakai dalam sesuatu pilihanraya ialah senarai yang dibekalkan oleh SPR setelah selesai penamaan calon; seandainya terdapat beberapa nama yang dicurigai dalam senarai tersebut, maka parti tidak mempunyai hak atau kuasa untuk mengeluarkan senarai nama yang ada dan bantahan yang dibuat umumnya tidak akan dilayan.

Pangkalan data lengkap telahpun diwujudkan bagi semua pengundi di UPU telahpun ada, dan sistem SISPRO yang diguna telahpun memadai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki; namun tidak semua daftar isi rumah dapat diperolehi, terutama kawasan bandar dan pengundi yang bertukar alamat.


Walaupun pilihanraya umum sudah hampir, pengenalan calon-calon yang bakal bertanding di setiap kawasan parlimen dan DUN belum berlaku.

Calon mesti diuji untuk kerja-kerja parti jauh sebelum pilihanraya dan mengutip input kehendak rakyat sesuatu kawasan bagi memastikan perkara yang akan terkandung dalam manifesto musim pilihanraya adalah suara rakyat.

Penduduk di kawasan pedalaman sukar faham manifesto peringkat nasional tentang keburukan pemimpin BN dan kaitan dengan mereka tetapi faham jika kita bekerja untuk membina jambatan,jalan tar dan sebagainya.

Bagaimana PAS sedang menyiapkan diri ke arah itu?

Isu calon untuk diketengahkan lebih awal adalah isu lama yang sentiasa dibincangkan. Ada pelbagai pandangan pro dan kontra nya. Ada pihak menganggap calon adalah strategi dalam pilihanraya, dengan anggapan musuh akan menyusun pelbagai bentuk serangan ke atas peribadi calon, seandainya calon diketahui lebih awal.


Saya setuju agar bakal bakal calon dapat diturunkan dalam masyarakat lebih awal, duduk dan bergaul dengan masyarakat, bahkan inilah yang sepatutnya dimainkan.


Namun untuk war-warkan 'bakal' calon adalah sesuatu yang sangat sensitive, kerana ia akan mengundang pelbagai kemungkinan, seperti bantahan beberapa ahli, digugurkan, ditolak oleh kepimpinan parti dan sebagainya.


Akan tetapi, saya lebih suka agar pimpinan parti melaksanakan tanggungjawab peribadi untuk mendekatkan dirinya sebagai pendakwah untuk membantu dan bergelumang dalam masyarakat; bukan calon 'payung terjun' yang hanya turun di musim pilihanraya.


Isu merokok sering timbul bila pemilihan calon dalam PRK/PRU. Sejauh manakah ini menjadi satu isu kepada parti dan jamaah kerana masih ada pimpinan PAS yang merokok?

Isu merokok adalah isu akhlak, ia menjadi kayu ukur asas bagi individu Muslim untuk beramal dengan nilai-nilai murni dalam ajaran Islam.


Ia bukanlah masalah utama, dan lebih bersifat mendidik dalam isu pemilihan calon yang seringkali ia ditimbulkan.

Al-hamdulillah, sudah ada perubahan semakin ketara dalam parti, khususnya pimpinan yang ada, kesemuanya hampir tidak ada yang merokok. Ini adalah kejayaan kita dalam usaha membina generasi pimpinan yang meninggalkan perkara yang tidak baik untuk diri dan persekitaran mereka.

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 03 Dec 2010 11:14 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


BN = BARANG NAIK

Posted: 03 Dec 2010 06:21 AM PST

MKini: 4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 02:18 AM PST


Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram
- Malaysia Kini

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 03 Dec 2010 09:28 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


UCAPA BAJET NEGERI JOHOR 2011 OLEH YAB MENTERI BESAR JOHOR PADA 11.11.2010

Posted: 12 Nov 2010 03:18 AM PST

A. MUKADIMAH                                1

B. PRESTASI EKONOMI                      3

i. Ekonomi Global                                    3
ii. Ekonomi Malaysia                                4
iii. Ekonomi Negeri Johor                         4

C. PRESTASI PEMBANGUNAN       5

i. Prestasi Pelaburan                                 6

ii. Prestasi Koridor-Koridor Ekonomi       6

D. STRATEGI BAJET                         8

1. Mendaya Ekonomi Secara Strategik
                                                                                           8
2. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan
Rendah
                                                                                         14
3. Meningkatkan Kualiti Hidup Setaraf Negara Maju

                                                                                          20
4. Mentransformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor       28
5. Pembangunan Masyarakat Sivil Yang Beridentiti
Dan Mempunyai Nilai-nilai Murni
                                                                                          35
E. PERUNTUKAN BAJET 2011                                    41

F. PENUTUP                                                                    43
********


"MENDAHULUKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT"
A. MUKADIMAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

1. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat saya membentangkan ucapan Bajet Negeri Johor 2011 di
dewan yang mulia ini, pada pagi ini. Bersyukur juga kita kerana Negeri Johor
terus dikurniakan kemakmuran dan kesejahteraan, sekalipun berdepan dengan
pemulihan ekonomi yang sederhana di seluruh dunia.
2. Tanda-tanda ekonomi akan pulih terutama di Amerika Syarikat dan
Eropah pada awal tahun ini, berlaku sebaliknya selepas itu. Keadaan ini sedikit
sebanyak mempengaruhi ekonomi rantau Asia, tidak terkecuali Malaysia.
Antara kesannya ialah kemerosotan kemasukan pelaburan langsung asing,
termasuklah di Johor ini.

Yang Berhormat Dato' Speaker

3. Dalam keadaan begitu sekalipun, Kerajaan Johor terus dapat mengurus
negeri dengan mengambil kira keperluan rakyat, pembangunan seimbang dan
pengagihan yang adil. Pendekatan pembangunan menyeluruh lagi seimbang
itu telah meningkatkan daya tahan negeri ini dan rakyatnya menempuh kesan
kecelaruan ekonomi dunia. Lapan komponen Pembangunan Holistik iaitu
Kerajaan Cekap, Pembangunan Ekonomi, Pembangunan Beridentiti, Agama
Islam, Kerajaan Adil, Masyarakat Berilmu, Kemudahan Awam dan Kualiti
Hidup, menjadi sumber kekuatan negeri selama ini.
4. Pendekatan ini membolehkan kita melihat isu-isu secara lebih tuntas
termasuk dalam hal pendapatan isi rumah, keupayaan modal insan,
kemudahan infrastruktur, kesempurnaan kemudahan awam, kecekapan
perkhidmatan awam, kualiti kesihatan dan alam sekitar serta nilai-nilai
[ 2 ]
kerohanian dan jati diri; yang kesemuanya terangkum dalam membangunkan
kualiti hidup rakyat.
5. Penumpuan kepada cabang-cabang pembangunan ini akan diteruskan
dengan mendahulukan kepentingan rakyat, agar sama-sama menikmati
kemajuan melalui pengagihan yang adil dan saksama. Maka, 'Mendahulukan
Kesejahteraan Rakyat' dijadikan tema Bajet 2011 ini, yang merupakan
kesinambungan daripada bajet-bajet terdahulu yang dibentangkan di dewan
yang mulia ini.
6. Ini adalah seiring dengan iltizam Kerajaan Persekutuan di bawah
kepemimpinan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak dalam melaksanakan proses tranformasinya yang meliputi
aspek ekonomi, sosial dan politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
telah meletakkan asas-asas yang tepat untuk Malaysia menuju tahap sebuah
negara maju berpendapatan tinggi. Antaranya pertumbuhan ekonomi secara
berterusan dipelopori sektor swasta manakala produktiviti ditingkatkan melalui
pengukuhan modal insan serta hasil daripada Penyelidikan dan Pembangunan
(R&;D).
7. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mencerna Pelan Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dalam bajet 2011 ini.
Lantas kita akan berusaha menjana pembangunan ekonomi yang strategik,
meningkatkan taraf hidup rakyat, mentransformasi perkhidmatan awam negeri
dan membangunkan masyarakat beridentiti dan bernilai murni.
8. Kerajaan Negeri Johor telah meletakkan sasaran mencapai tahap
negeri maju serentak dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Malaysia Maju Tahun
2020. Kita yakin pendekatan bajet negeri saban tahun ini mampu meletakkan
negeri Johor di landasan menuju ke matlamat tersebut.

Yang Berhormat Dato' Speaker

9. Sesungguhnya bajet-bajet negeri Johor telah digubal dengan penuh
keazaman untuk menyediakan landasan yang kukuh kearah kemajuan masa
[ 3 ]
depan demi kesejahteraan rakyat. Ia mengandungi kegiatan-kegiatan yang
dipacu oleh inovasi, daya kreativiti dan teknologi agar mampu melonjakkan
kualiti pengeluaran dan kaya dengan nilai tambah. Namun, rakyat seluruhnya
juga perlu berusaha menjadi sumber manusia yang bertenaga dan
berpengetahuan untuk sama-sama menjayakan misi ini. Kita sewajarnya tidak
mudah berpuashati dengan cara kita bekerja serta apa yang dimiliki selama ini,
sebaliknya melaksanakan pembaharuan berterusan untuk sentiasa ingin lebih
baik lagi.

B. PRESTASI EKONOMI

Yang Berhormat Dato' Speaker,

i. Ekonomi Global

10. Keadaan ekonomi antarabangsa pada suku kedua 2010 kurang
memberangsangkan. Ini berikutan pemulihan ekonomi global yang tidak
seimbang akibat krisis hutang kerajaan di Eropah. Beberapa negara terlibat
dijangka melaksanakan langkah-langkah penjimatan fiskal, sekali gus
menyebabkan sentimen pengguna dan perniagaan menurun.
11. Ekonomi Amerika Syarikat mencatat pertumbuhan lebih perlahan iaitu
2.4% pada suku kedua berbanding 3.7% pada suku tahun pertama 2010.
Kemerosotan besar dalam eksport bersih dan peningkatan inventori lebih
perlahan, menyebabkan ekonomi tumbuh pada kadar sederhana, meskipun
disokong oleh penggunaan swasta, perbelanjaan kerajaan dan pelaburan
tetap.
12. Ekonomi Eropah pada suku kedua tahun 2010 mencatatkan
pertumbuhan sebanyak 1.7% berbanding 0.6% pada suku pertamanya.
Eksport bagi ekonomi Eropah meningkat sebanyak 22.6% pada suku kedua
berbanding 12.1% pada suku pertama berikutan peningkatan permintaan dari
negara Asia. Kebanyakan ekonomi di Asia pula mengekalkan pertumbuhan
kukuh pada suku kedua dengan dipacu oleh permintaan dalam dan luar
negara yang berdaya tahan.
[ 4 ]

ii. Ekonomi Malaysia

13. Ekonomi Malaysia pada suku kedua 2010 tetap mencatat
pertumbuhan kukuh 8.9% sekalipun menurun daripada 10.1% pada suku
pertama. Ini didorong permintaan dalam negara yang mengukuh berikutan
perbelanjaan lebih tinggi oleh sektor awam dan swasta. Permintaan luar
negara terutama barang perkilangan dan komoditi juga meningkat dengan
ketara, sekaligus merangsang pasaran pekerjaan domestik.
14. Pada suku kedua 2010, sektor ekonomi utama mencatat pertumbuhan
ketara terutama sektor perkilangan dan perkhidmatan. Sektor perkilangan
tumbuh pada kadar 15.9% dengan dipacu oleh kelompok Elektrik &
Elektronik dan barangan berkaitan pembinaan. Sektor perkhidmatan juga
berkembang sebanyak 7.5%, manakala sektor komoditi tumbuh sederhana
pada 2.4% dan 4.1% dalam sektor pembinaan.
15. Aktiviti perdagangan terus teguh pada suku kedua dengan
mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM 23.4 bilion. Pada asas tunai,
aliran masuk kasar Pelaburan Langsung Asing berjumlah RM4.7 bilion pada
suku kedua berbanding RM 4.9 bilion pada suku tahun pertama. Pelaburan
asing tertumpu dalam sektor perkilangan, khususnya industri Elektrik &
Elektronik dan industri berkaitan petroleum. Pelaburan asing dalam sektor
perkhidmatan pula disalurkan terutamanya ke dalam subsektor kewangan
dan subsektor perdagangan borong dan runcit.

iii. Ekonomi Negeri Johor

16. Pada tahun 2009, ekonomi Negeri Johor menguncup kepada 1.1%
disebabkan kemerosotan ekonomi global. Sektor pembuatan negeri yang
menyumbang 33.2% kepada Keluaran Dalam Kasar Negeri (KDNK) telah
merosot sebanyak 6.7% dan hampir semua sektor pengeluaran negeri
terjejas.
17. Bagaimanapun Ekonomi Negeri Johor dianggarkan merekod prestasi
yang memberangsangkan semula pada tahun 2010, seiring dengan
pemulihan ekonomi global dan langkah-langkah pemulihan oleh kerajaan.
[ 5 ]
Keluaran Dalam Negeri Kasar atau KDNK Johor diramalkan melonjak
melebihi 6% iaitu kepada RM52.48 bilion pada tahun 2010.
18. Sektor pertanian serta sektor perlombongan dan kuari yang lembab
pada tahun 2009, dijangka kembali cergas dengan pertumbuhan 3.6% pada
tahun 2010. Ini berikutan suntikan subsektor komoditi hasil pertambahan
kawasan matang kelapa sawit dan jangkaan permintaan terhadap getah yang
lebih baik. Sektor pembuatan dan pembinaan yang menguncup sebanyak
5.8% pada tahun 2009, juga dijangka pulih sebanyak 8.5% berikutan
pemulihan perdagangan global dan sentimen pengguna dan perniagaan yang
positif.
19. Sektor perkhidmatan pula dijangka berkembang daripada kadar 1.9%
pada tahun lalu kepada 6.2% pada 2010 untuk kekal menjadi penyumbang
utama sebanyak 55% kepada KDNK negeri Johor. Ia diperkukuhkan oleh
prestasi menggalakkan dalam subsektor komunikasi, kewangan dan insurans
serta perdagangan borong dan runcit. Pemulihan dalam aktiviti perdagangan
dijangka mencergaskan lagi kegiatan pengangkutan dan penyimpanan serta
utiliti.

C. PRESTASI PEMBANGUNAN

20. Secara keseluruhan pencapaian pelaksanaan pembangunan di
bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri Johor adalah
memuaskan. Setakat ini, prestasi perbelanjaan keseluruhan RMK-9 adalah
sebanyak RM10.49 bilion atau 75.3% berbanding anggaran siling
peruntukan yang diluluskan berjumlah RM13.93 bilion. Bagi tempoh Januari
hingga 31 Oktober 2010, RM2.05 bilion atau 57.2% telah dibelanjakan
daripada RM3.58 bilion peruntukan yang diluluskan pada tahun ini. Hasilnya,
sebanyak 1,829 projek atau 64.9% daripada 2,819 projek dan program
RMK-9 di Negeri Johor telah dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh
2006 hingga kini. Baki 990 projek atau 35.1% adalah dalam pelbagai
peringkat pelaksanaan.
21. Dalam memastikan projek/program pembangunan dapat dilaksanakan
mengikut perancangan, kerajaan mengambil tindakan lebih pro-aktif dengan
[ 6 ]
memperkemaskan kaedah pemantauannya. Pendekatan baru seperti 'value
management', 'Problem Based Solution Monitoring' budaya penilaian
'outcome' akan digunakan bagi tujuan ini. Ia dilaksanakan di semua peringkat
sama ada di peringkat negeri melalui Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri
(JKTNg) dan Majlis Tindakan Negeri (MTNg) manakala peringkat daerah
melalui Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah.
22. Selain projek di bawah RMK-9, negeri Johor juga mendapat
peruntukan sebanyak RM382.8 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi
Pertama (PRE1). Sehingga kini, prestasi perbelanjaannya mencapai 95%
atau RM362.1 juta. Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua pula, sebanyak
RM1.6 bilion telah diluluskan dan prestasi perbelanjaan mencecah RM1 bilion
atau 64.8%.

i. Prestasi Pelaburan

23. Sehingga Julai 2010, Negeri Johor telah menerima pelaburan
sebanyak RM2.7 billion berbanding RM2.6 billion pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah tersebut, RM1.2 billion iaitu 42% merupakan pelaburan
langsung asing (FDI). Baki sebanyak RM1.6 billion (58%) adalah pelaburan
domestik. Kemasukan FDI itu adalah kedua terbaik di seluruh negara dan
Johor pernah menjadi penerima tertinggi pelaburan asing tiga tahun berturutturut
sejak tahun 2005.
24. Oleh itu, tumpuan akan terus diberikan kepada kelompok industri
Bioteknologi, Minyak & Gas, Industri Berteknologi Tinggi, Perkhidmatan,
Pelancongan dan Kesihatan. Industri-industri baru yang akan diberi
penekanan pula ialah solar, teknologi tenaga hijau dan tenaga boleh
diperbaharui. Ini kerana bidang-bidang berkenaan semakin mendapat
sambutan di kalangan pelabur antarabngsa.
ii. Prestasi Koridor-Koridor Ekonomi
25. Sejak penubuhan Iskandar Malaysia, wilayah ekonomi ini terus
menyuntik kegiatan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial.
Sehingga September 2010, Iskandar Malaysia merekodkan komitmen
pelaburan berjumlah RM64.4 bilion. Demi kesejahteraan rakyat, Iskandar
[ 7 ]
Malaysia turut mengutamakan pemuliharaan alam sekitar, keselamatan bagi
komuniti dan perniagaan, pertumbuhan sosioekonomi seimbang, modal insan
berkualiti dan berkemahiran serta pengangkutan awam yang efisien.
26. Pembiayaan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesepuloh
(RMK-10) adalah penting merealisasikan wawasan Iskandar Malaysia. Kunci
utama pelaksanaan pembangunan di Iskandar Malaysia melalui RMK-10
lebih bertumpu kepada mewujudkan peluang pelaburan, platform ekonomi
untuk perniagaan dan infratruktur utama. Kaedah yang inovatif perlu dikenal
pasti sebagai pelengkap kepada pembiayaan awam RMK-10 menerusi
pembabitan sektor swasta. Penyertaan sektor swasta dalam projek seperti
Pelan Transformasi Daerah Sentral Johor Bahru, Johor Premium Outlet dan
Bandar Siber MSC Cyberport menyumbang secara positif ke arah
pertumbuhan ekonomi dan sosial di Iskandar Malaysia
27. Pelan Transformasi Daerah Sentral Johor Bahru akan menjadikan
pusat bandaraya sebagai pusat ekonomi yang mengekalkan nilai warisan dan
budaya. Sebelas (11) strategi dan 43 program dirangka untuk memastikan
daerah Sentral ini berdaya saing, mampan dan sebagai pilihan pertama untuk
tujuan melancong, menetap, bekerja dan menjalankan perniagaan.
28. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECERDC
pula memainkan peranannya dalam untuk mempertingkatkan taraf ekonomi
khususnya di Mersing. Perancangan yang disusun telah membantu usaha
menjana aktiviti ekonomi dan pelbagai pembangunan lain. Pembangunan
infrastruktur seperti pembinaan Jalan Persisiran Pantai dari Mersing ke Sedili
Besar dan menaiktaraf Jalan Kahang ke Taman Negara Endau Rompin,
dijangka menjana pertumbuhan sektor pelancongan.
29. ECERDC juga terlibat secara langsung dalam usaha memajukan
masyarakat melalui pembangunan modal insan. Projek Pusat Pembinaan
dan Pembaikan Bot dan Pusat Jahitan Pakaian Mersing, dijangka melatih
peserta dengan kemahiran dalam bidang keusahawanan serta menjana
pendapatan tambahan kepada kumpulan sasar. Program Pembasmian
Kemiskinan Golongan Nelayan pula merupakan inisiatif bagi membantu
meningkatkan pendapatan.
[ 8 ]

D. STRATEGI BAJET 2011

30. Bajet Negeri Johor 2011 ini dirangka dengan memberi tumpuan
kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat. Oleh itu hanya projek dan
program yang memberi impak positif kepada rakyat akan diberi keutamaan
dalam mengagihkan peruntukan.
31. Dengan dasar perbelanjaan berhemah dan pro-aktif, pendekatan yang
digunakan adalah lebih kreatif dan inovatif. Perancangan akan dibuat secara
lebih tersusun dengan menggalakkan gabungan pelbagai pihak
melaksanakan sesuatu program yang mempunyai kumpulan sasaran dan
matlamat yang sama. Ini akan dapat mengelakkan pertindihan program
seterusnya menjimatkan kos. Pelaksanaan projek juga akan dipantau dengan
teliti dengan kemungkinan ditukar ganti dengan projek atau program lain
yang lebih bermanfaat kepada rakyat.
32. Bajet 2011 Negeri Johor juga akan memberi tumpuan kepada
penyelesaian tuntas isu pembangunan dan masalah rakyat. Perancangan
polisi juga akan memberi ruang kepada penglibatan pihak yang
berkepentingan. Maka, Strategi-Strategi Bajet 2011 Negeri Johor
menggariskan perkara-perkara berikut:

Pertama : Mendaya Ekonomi Secara Strategik
Kedua : Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
Ketiga : Meningkatkan Kualiti Hidup Setaraf Negara Maju
Keempat : Mentransformasi Perkhidmatan Awam Negeri Johor
Kelima : Pembangunan Masyarakat Sivil Yang Beridentiti Dan
Mempunyai Nilai-nilai Murni

****************
STRATEGI PERTAMA : MENDAYA EKONOMI SECARA STRATEGIK

33. Dalam persekitaran dan persaingan global yang sudah jauh berubah,
kerajaan amat menyedari bahawa model ekonomi bergantung kepada
[ 9 ]
sumber asli sudah tidak berupaya lagi menjamin pertumbuhan berkekalan.
Oleh itu, model pembangunan perlulah sesuai dengan persekitaran semasa
yang banyak dipengaruhi pemikiran dan idea berbanding bekalan bahan
mentah dan kos buruh yang rendah. Di peringkat persekutuan telah pun
dilancarkan pelbagai inisiatif transformasi. Di negeri Johor, Pelan Induk
Ekonomi Negeri Johor 2010-2020 telahpun disempurnakan. Walau
bagaimanapun penyesuaian perlu dilakukan untuk menjadikannya lebih
relevan selaras dengan perancangan dan program di peringkat persekutuan.
Untuk mencapai matlamat tersebut maka adalah dicadangkan inisiatif-inisiatif
berikut:-

Inisiatif 1: Menyediakan Halatuju Pembangunan Negeri Johor

34. Kerajaan Johor melalui Unit Perancang Ekonomi sedang
memuktamadkan pelan pembangunan jangka panjang negeri Johor
berdasarkan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Rancangan Fizikal Negara,
Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi.
Perancangan di peringkat persekutuan akan diterapkan dalam Pelan
Komprehensif ini dengan mengambilkira Pelan Induk Ekonomi Negeri Johor,
Rancangan Malaysia Kesepuluh peringkat negeri dan lain-lain pelan serta
kajian yang dijalankan di pihak kerajaan negeri dan IRDA
35. Langkah Pertama : Menyediakan Pelan Pembangunan Negeri
Johor 2010-2020. . Pelan ini menjadi rujukan utama dalam membuat
perancangan pembangunan, membuat keputusan dan menyediakan siling
peruntukan untuk pembangunan. Pelan ini akan disediakan dengan
penglibatan meluas pihak kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain pemegang
kepentingan.

Inisiatif 2 : Meningkatkan Daya Tarikan Johor Sebagai Destinasi
Pelaburan

36. Mengambil kira kelembapan kemasukan Pelaburan Asing pada
penghujung tahun 2009 dan awal 2010, Kerajaan Negeri perlu mengambil
[ 10 ]
beberapa langkah untuk mewujudkan suasana pelaburan yang lebih
kondusif di negeri Johor. Langkah-langkah tersebut ialah:

37. Langkah Pertama : Merapatkan Hubungan Antara Industri dan
Kerajaan Negeri. Program-program meningkatkan pelaburan di negeri
Johor termasuklah lawatan berkala ke kilang dan perbincangan meja bulat
bertujuan merapatkan hubungan pemaju sektor industri dengan pimpinan
Kerajaan Negeri Johor. Program sebegini akan diadakan sekurangkurangnya
dua kali setahun.

38. Langkah Kedua : Meningkatkan Penyertaan Dalam Misi Galakan
Pelaburan. Misi galakan pelaburan ke luar Negara akan diteruskan bagi
memahami kehendak dan menarik minat pelabur asing untuk memilih
Negeri Johor sebagai destinasi pelaburan.

39. Langkah Ketiga: Memberi Tumpuan Kepada Industri Berimpak
Tinggi. Kerajaan akan mensasarkan tumpuan terhadap industri industri
spesifik yang memberi impak tinggi terhadap penjanaan ekonomi. Kita
mengalu-alukan para industrialis dalam kelompok seperti petrokimia,
bioteknologi dan tenaga solar untuk melabur di Johor. Beberapa projek
utama telah dikenalpasti akan dimulakan pada tahun 2011, termasuk projek
Projek Permulaan (Entry Points Projects) di bawah Program Transformasi
Ekonomi (ETP). Antaranya, terminal minyak di Pengerang oleh Dialog
Group dengan pelaburan sebanyak RM4.8 bilion yang dijangka menjana
lebih 800 pekerjaan di sektor minyak dan gas. Turut dilaksanakan ialah
pembangunan fasa kedua projek Bahru Stainless di Tanjung Langsat
bernilai RM1.1 bilion dan pembangunan pelancongan di Desaru sempena
suntikan baru oleh Khazanah Nasional. Selain itu, kepesatan ekonomi Johor
juga akan dirancakkan lagi melalui pembangunan Taman teknologi Tinggi
Senai, Lembah Bio Desaru, Taman Biokimia SILC, kawasan Industri Marin
dan petrokimia Tg. Bin.

40. Langkah Keempat : Memastikan Penyediaan Kemudahan Utiliti
Kepada Pelabur. Bagi menarik minat pelabur dalam sektor perindustrian,
kerajaan negeri akan meneruskan usaha meningkatkan keupayaan
[ 11 ]
membekalkan air mentah pada kadar tarif yang lebih rendah berbanding
harga bekalan air terawat.

Inisiatif 3 : Menjana Pertumbuhan Sektor Perkhidmatan

41. Johor akan mengekploit lokasi strategiknya berdekatan pusat
perkhidmatan utama global di Singapura, untuk menjadi sebuah pusat
perkhidmatan perniagaan sokongan di rantau ini. Oleh itu, sektor-sektor
perkhidmatan sedia ada seperti logistik dan perlancongan akan
dipertingkatkan. Sektor-sektor perkhidmatan yang baru termasuk pendidikan,
kesihatan, kewangan dan perkhidmatan berkaitannya serta ICT akan
dibangunkan selaras Pelan Transformasi Ekonomi Negara.
42. Langkah Pertama: Menggalakkan Aktiviti-Aktiviti Perkhidmatan
Berkaitan Sektor Perkilangan. Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan
aktiviti-aktiviti perkhidmatan berkaitan sektor perkilangan, antaranya ialah
bidang R&D, rekabentuk barangan, perkhidmatan sokongan pasaran
bersepadu, perkhidmatan logistik bersepadu, kemudahan utiliti pusat
bersepadu dan kemudahan bilik sejuk bagi keluaran makanan. Ini merupakan
aktiviti-aktiviti tambah nilai yang kritikal kepada pertumbuhan berterusan dalam
sektor perkilangan dan pembuatan.

Inisiatif 4 : Meningkatkan Nilai Tambah Sektor Pertanian

43. Sektor pertanian akan memberi fokus kepada pelaksanaan semua
program berdasarkan kepada Model Baru Ekonomi dan Dasar Agro Makanan
Negara yang juga merupakan Dasar Pertanian Negara Keempat (DPN4).
Matlamatnya adalah memaksimumkan pendapatan petani dengan
meningkatkan produktiviti ladang, seterusnya menjadikan sektor pertanian
lebih berdaya maju dan konsisten. Oleh itu, langkah berikut adalah dirancang
bagi tahun 2011:-

44. Langkah Pertama : Memperhebat Pelaksanaan Kebun Integrasi.
Integrasi tanaman akan diperkasakan dengan menggalakkan amalan
pertanian lestari iaitu penggunaan tanah dan segala sumber alam
[ 12 ]
diaplikasikan secara maksimum. Sumber yang semakin terhad termasuk
tanah, memerlukan satu strategi yang boleh mengoptimumkan penggunaan
sumber bagi pembangunan pertanian. Pengusaha pertanian digalakkan
menjalankan aktiviti tambahnilai di ladang masing-masing dengan projek
tanaman dan menjalankan integrasi dengan aktiviti perikanan serta ternakan
dalam ladang untuk meningkatkan pendapatan mereka. Pada tahun 2011,
sebanyak 560 projek akan dijalankan dengan penglibatan seramai 560 orang
pengusaha pertanian.

45. Langkah Kedua : Memesatkan Penggunaan Teknologi Dalam
Pertanian. Kerajaan negeri memodenkan sektor pertanian supaya menjadi
lebih kompetitif. Ia akan diurus sebagai satu entiti perniagaan dengan
kegiatan berskala besar dan menggunakan teknologi tinggi terkini,
mekanisasi serta automasi. Penggunaan teknologi tempatan yang mesra
alam dan menjimatkan kos input juga akan ditekankan. Pendekatan ini
meningkatkan penghasilan bahan makanan organik yang mempunyai
pulangan tinggi serta mampu meningkatkan pengeluaran sebanyak tiga kali
ganda. Hasil pertaniannya juga sentiasa selamat untuk dimakan.

46. Langkah Ketiga : Membangunkan Lebih Ramai Usahawan Industri
Asas Tani. Program galakan usahawan dan projek industri hiliran akan
diteruskan dengan tumpuan kepada aktiviti promosi, pemprosesan makanan,
pemasaran produk, bimbingan dan latihan dalam bidang tanaman, ternakan
dan perikanan. Kerajaan Negeri Johor telah mengambil langkah
mengekalkan keluasan tanaman barangan makanan seperti program
tanaman sayur-sayuran, dusun baru dan dusun pemulihan.

47. Langkah Keempat : Memacu Industri Ternakan Bernilai Tinggi.
 Industri burung walit terbukti mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Pada
masa ini terdapat 1,916 bilangan premis dengan 1,271 bilangan pengusaha
burung walit di Negeri Johor. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
merancang untuk membina pusat latihan pengusaha burung walit di Ladang
Agroteknologi TKPM Gariba, Batu Pahat. Pusat latihan ini dijangka
melahirkan lebih 500 orang usahawan burung walit setiap tahun.
[ 13 ]

48. Langkah Kelima : Menumpukan Aktiviti Akuakultur Bernilai
Tinggi. Dalam industri akuakultur, penternakan ikan ketutu memberikan
pulangan lumayan kerana nilai pasarannya tinggi. Pengeluaran ikan ketutu di
Malaysia diungguli oleh Negeri Johor dengan pengeluaran sebanyak 21 tan
metrik berbanding 30 tan metrik di seluruh Malaysia pada tahun 2009.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Johor akan menjalankan
program pembenihan, penetasan dan pembiakan ikan ketutu di Gelang Patah
dengan anggaran kos RM2 juta yang memberi manfaat kepada lebih 30
penternak.

Inisiatif 5 : Meningkatkan Daya Tarikan Johor Sebagai Destinasi
Pelancongan Berkualiti
 
49. Sebagai negeri paling selatan di Benua Asia, Johor kaya dengan alam
semulajadi, sejarah, budaya dan tradisinya tersendiri. Oleh itu, Kerajaan
Negeri akan mempergiatkan usaha menjadikan Johor sebagai destinasi
pelancongan terunggul dalam tempoh lima tahun ini. Tumpuan akan
diberikan kepada pengembangan produk pelancongan bernilai tinggi yang
akan membawa pulangan maksimum kepada para pengusaha pelancongan.
Bagi menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan berkualiti,
langkah langkah-langkah berikut akan diambil:

50. Langkah Pertama: Menyediakan Pelan Induk Pelancongan Negeri
Johor. Kerajaan Negeri akan menjalankan kajian untuk menyediakan satu
Pelan Induk Pelancongan yang akan menggariskan halatuju serta
memantapkan industri pelancongan negeri Johor. Kajian Pelan Induk ini akan
dimulakan pada suku tahun kedua tahun 2011 dan menjadi pelengkap
kepada Pelan Induk Pelancongan Iskandar Malaysia.

51. Langkah Kedua : Meningkatkan Sumber Manusia Berkualiti Di
Dalam Industri Pelancongan. Sumber manusia berkualiti akan dilahirkan
melalui kerjasama pintar dengan institusi-institusi latihan berkaitan
pelancongan. Latihan dan kursus berkonsepkan 'Think and Act Tourism'
akan diteruskan di samping kursus-kursus untuk meningkatkan kualiti
pemandu pelancong, frontliners, agensi-agensi pelancongan dan masyarakat
[ 14 ]
awam akan diteruskan. Program Pelancongan Pelajar (3P) pula
dikembangkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

52. Langkah Ketiga: Memperhebatkan Pemasaran. Program-program

yang akan dilaksanakan pada 2011 termasuk Lawatan Familiarization, Misi
Jualan Domestik Antrabangsa, Promosi Acara-Acara Pelancongan
Antarabangsa, Program Promosi Homestay, Program Pelawaan Penganjuran
Persidangan Antarabangsa (MICE), Program pengiklanan di media massa
dalam dan luar negara serta Program Pemasaran secara online (atas talian).

STRATEGI KEDUA : MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT
BERPENDAPATAN RENDAH

53. Pembangunan pesat perlu seiring dengan pembangunan sosio
ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat. Usaha meningkatkan taraf hidup
rakyat perlu ditumpukan kepada golongan berpendapatan 40% terbawah iaitu
pendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan mengikut takrifan
Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh. Tumpuan akan diberikan kepada
Pembangunan Secara Inklusif, Pembangunan Modal Insan dan
Pembangunan Usahawan.

Inisiatif 1 : Membangunkan Sosioekonomi Secara Inklusif

54. Pembangunan sosioekonomi secara inklusif adalah merupakan
tanggungjawab utama kerajaan negeri dalam memastikan segenap lapisan
masyarakat menikmati kualiti hidup yang baik. Setiap isu dan permasalahan
yang dihadapi oleh masyarakat memerlukan penyelesaian segera untuk
meningkatkan taraf hidup rakyat.
55. Pendekatan intensif yang telah diambil oleh kerajaan negeri berjaya
mengurangkan bilangan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar di Johor, daripada
1,232 orang pada bulan Januari 2010 kepada hanya 13 orang pada Oktober
2010. Kerajaan yakin miskin tegar ini dapat dibasmi sepenuhnya pada tahun
hadapan. Selain itu, bilangan Ketua Isi Rumah Miskin turut menurun daripada
2,651 orang kepada 2,118 orang dalam tempoh sepuluh bulan lalu. Kerajaan
[ 15 ]
akan terus memberi tumpuan membasmi kemiskinan pada tahun 2011
melalui langkah-langkah berikut:

56. Langkah Pertama : Meneruskan Program Bantuan Rumah
Golongan Miskin dan Mudah Miskin. Pelaksanaannya pada tahun hadapan
memberi tumpuan kepada golongan miskin dan mudah miskin melalui
peruntukan Pejabat Menteri Besar Johor dan Majlis Agama Islam Johor
berjumlah RM4juta. Selain itu, seperti negeri lain, Johor juga akan terus
menerima peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah bagi melaksanakan program ini pada tahun 2011.

57. Langkah Kedua: Menyediakan Peluang Kemahiran Golongan
Miskin dan Mudah Miskin. Bantuan kewangan akan diberikan kepada Ahliahli
Isi Rumah golongan ini yang berumur antara 18 – 25 tahun untuk
mengikuti kursus latihan kemahiran SKM Tahap 1 & 2 sepenuh masa di
Kolej-kolej Komuniti KPYPJ, meliputi bidang perkhidmatan dan pembuatan.

58. Langkah Ketiga: Memastikan Kes-Kes Baru Yang Didaftarkan
Melalui Pendaftaran Terbuka E Kasih Diambil Tindakan Segera. Jentera
penyelarasan di peringkat daerah akan dibentuk bagi menyiasat dan
memperakui kes-kes baru agar bantuan dapat disalurkan dengan segera.
Ianya merangkumi golongan sasaran di kawasan bandar, luar bandar,
masyarakat Orang Asli dan pekerja ladang.

59. Langkah Keempat: Menambah Baik Perkhidmatan Pusat-pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Kerajaan Negeri akan berusaha untuk
memastikan sebanyak 58 buah PDK di seluruh negeri, mempunyai
bangunan sendiri yang lengkap dengan kemudahan mesra OKU, menjelang
tahun 2015. Justeru itu, peruntukan tahunan daripada Kerajaan Negeri akan
dipertingkatkan selain sumbangan GLC dan pihak swasta melalui Tanggung
Jawab Sosial Korporat untuk membina sekurang-kurangnya 12 buah PDK
setahun. Bagi menghargai jasa bakti kakitangan PDK, Kerajaan Negeri
bersetuju memberi insentif sebanyak RM500 seorang kepada 350 orang
petugas PDK di seluruh negeri Johor.
[ 16 ]

60. Langkah Kelima: Meningkatkan Penyertaan Orang Kurang Upaya
(OKU) Dalam Sektor Pekerjaan. Kerajaan Negeri komited dalam
meningkatkan penyertaan OKU dalam perkhidmatan awam negeri.
Sehubungan itu, Unit Penempatan Pekerjaan OKU telah ditubuhkan di
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim bagi melaksanakan
komitmen tersebut. Unit itu juga bertanggungjawab terhadap
penambahbaikan kemudahan yang mesra OKU di bangunan-bangunan
kerajaan. Saya menyeru kepada sektor swasta supaya turut sama memberi
peluang kepada golongan OKU untuk bersama-sama menyumbang kepada
pembangunan ekonomi negeri ini.

61. Langkah Keenam: Membangunkan Masyarakat Orang Asli.
Golongan ini akan terus dibela dengan meningkatkan taraf sosioekonominya.
Penyelesaian isu hakmilik tanah akan diberi keutamaan. Kerajaan Negeri
telah bersetuju dengan Kaedah Pemberimilikan Tanah kepada Orang Asli
yang meliputi tanah rizab di bawah Seksyen 6 & 7 Akta Orang Asli 1954.
Sebagai permulaan, beberapa penempatan akan dipilih bagi melaksanakan
kaedah ini.

62. Langkah Ketujuh: Menyelesaikan Masalah Hakmilik Tanah
Masyarakat Kampung Baru. Setakat ini, sebanyak 19,429 hakmilik di
kawasan Kampung-kampung Baru telah dikeluarkan manakala 2,841 plot lagi
belum dibuat permohonan kepada Pejabat-pejabat Tanah. Bagi
menyelesaikan isu ini secara tuntas, saya menyeru kepada penduduk terlibat
supaya segera membuat permohonan. Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju
supaya perkhidmatan Pasukan Task Force bagi tujuan ini disambung selama
2 tahun lagi.

63. Langkah Kelapan: Meningkatkan Kesejahteraan Pekerja Ladang.
Kerajaan Persekutuan di dalam Bajet 2011, telah mengumumkan Skim
Pembiayaan Perumahan Kos Rendah bagi membantu golongan ini memiliki
rumah sendiri, yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional. Kerajaan
Negeri mencadangkan supaya pihak majikan ladang dapat mengenalpasti
tapak yang lengkap dengan kemudahan asas, bagi melaksanakan projek[
17 ]
projek perumahan melalui pendekatan Rumah Mesra Rakyat atau Rumah
Mampu Milik, di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad.

64. Langkah Kesembilan: Meningkatkan Penyertaan Wanita dan Ibu
Tunggal Dalam Ekonomi. Usaha lebih gigih akan diambil untuk
meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi. Pelan Tindakan
Pembangunan Ekonomi Wanita Negeri Johor sedang dirangka untuk
mengenal pasti kekangan dan sistem sokongan yang diperlukan oleh wanita,
ke arah mencapai matlamat ini. Program keusahawanan dan modal insan
yang disusun pada tahun 2011 akan memberi tumpuan kepada penyediaan
peluang dan penyebaran maklumat di kalangan wanita, termasuk yang
berpendapatan rendah dan ibu tunggal.

Inisiatif 2 : Membangunkan Modal Insan Berkualiti

65. Pembangunan Modal Insan kekal antara strategi utama nasional
khususnya dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia sebagai Negara
Maju Berpendapatan Tinggi. Perhatian perlu diberikan dalam bidang ini
memandangkan modal insan berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan,
kreatif dan inovatif adalah prasyaratnya. Kerajaan Persekutuan melalui
Kementerian dan agensinya akan menyediakan peruntukan untuk pendidikan
dan latihan manakala kerajaan negeri menumpukan kepada langkah-langkah
bukan latihan sebagai pelengkap kepada usaha ini, iaitu:

66. Langkah Pertama: Memperhebat Usaha Ke Arah Anjakan
Paradigma dan perubahan sikap. Penyaluran maklumat yang lebih efektif
di peringkat awal pendidikan dan kerjaya amatlah kritikal, terutamanya dalam
menentukan hala tuju kerjaya dan peluang penjanaan pendapatan. Bagi
tujuan ini, satu program mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan
kaunselor kerjaya melalui pendedahan industri yang berterusan akan
dijalankan. Melalui program ini keupayaan guru-guru kaunselor dan peranan
kaunselor sebagai rakan pintar kepada industri akan dipertingkatkan.

67. Langkah Kedua: Mempertingkatkan peluang menambah
pendapatan kepada golongan sasaran. Dalam usaha memastikan
[ 18 ]
penglibatan rakyat secara lebih menyeluruh, satu program pendedahan
secara turun padang yang lebih agresif akan dijalankan. Program KEPAK
2011 (EXPO Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran) akan dijalankan di semua
10 daerah. Program ini mendedahkan rakyat terhadap peluang-peluang
kerjaya di Iskandar Malaysia, aktiviti–aktiviti penjanaan pendapatan seperti
program 1 Azam, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang
keusahawanan. Peluang keusahawanan itu merangkumi perkhidmatan
sokongan kepada pelaburan-pelaburan besar di Johor.
68. Kerajaan Negeri juga peka dengan pembangunan dan keupayaan
modal insan di sektor industri kecil dan sederhana. Maka, satu program
padanan di antara institut dan pusat penyelidikan bersama pemain-pemain
industri kecil dan sederhana akan dilaksanakan. Sempena itu juga,
pencapaian-pencapaian R&D pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi
akan dikongsi dan dipadankan kepada IKS, seterusnya dikomersilkan.

69. Langkah Ketiga: Mempertingkatkan kemahiran–kemahiran
kritikal melalui kerjasama pintar selaras dengan kehendak industri.
Penyediaan bakat-bakat yang berterusan akan memastikan keupayaan
Negeri Johor bersaing di pasaran ekonomi global. Bakat-bakat baru harus
dikenal pasti, dibentuk dan digilap demi memastikan mereka mampu
menerajui jawatan-jawatan penting di Iskandar Malaysia dan Negeri Johor.
Bagi tujuan ini Kerajaan negeri akan meneruskan program Johor Student
Leadership Council (JSLC) yang telah dijalankan secara perintis pada tahun
2010. Pemimpin-pemimpin pelajar seawal tingkatan empat akan dinilai dan
dipilih untuk mengikuti program-program kepimpinan di dalam dan luar
negara. Mereka akan dipantau dan dibimbing secara berterusan sehinggalah
bersedia untuk memasuki pasaran kerja.
70. Meskipun program-program latihan akan dijalankan melalui
perancangan dan kewangan pusat, kerajaan negeri masih memberi tumpuan
kepada latihan-latihan kemahiran, khususnya program peningkatan
kemahiran kritikal melalui kerjasama pihak swasta dan industri. Program
kemahiran bahasa, khususnya Bahasa Inggeris akan diberikan penekanan
[ 19 ]
sejajar dengan usaha menyediakan modal insan berkemahiran tinggi untuk
sektor perkhidmatan yang disasarkan.

71. Langkah Keempat : Mewujudkan Jentera Pelaksanaan yang Lebih
Berkesan. Kerajaan negeri sedar bahawa penyelarasan antara agensi
pusat dan negeri dalam soal pembangunan modal insan mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan program-program yang dijalankan. Oleh itu, skop
Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Modal Insan Iskandar Malaysia akan
diperluaskan ke seluruh Negeri Johor bagi memastikan koordinasi lebih
mapan di antara agensi.

Inisiatif 3 : Membangunkan Usahawan dari Kalangan yang
Berpendapatan Rendah

72. Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUN) akan memberi
ruang kepada rakyat berpendapatan rendah menyertai dengan lebih giat lagi
program-program keusahawanan. Untuk tahun 2011, MPUN akan
melaksanakan 14 program termasuk 4 program baru dalam membantu
pembangunan sektor keusahawanan. Adalah dijangkakan seramai 6,447
usahawan menikmati faedah daripada program-program tersebut.

73. Langkah Pertama : Memberi Pengetahuan Asas Tentang
Keusahawanan. Untuk tahun 2011, MPUN akan melaksanakan 36 sesi
program memperkasakan ilmu pengetahuan usahawan. Kursus sedia ada
iaitu Bengkel Asas Perakaunan dan Bengkel Pensijilan Halal akan diteruskan
manakala dua (2) buah program baru, iaitu Kursus Pra Usahawan dan
Program Pembangunan Pra Usahawan (PPU) akan diperkenalkan. Program
Pembangunan Pra Usahawan ini bertujuan melahirkan usahawan dengan
bimbingan menghasilkan produk, pengurusan perniagaan, latihan praktikal di
pasar tani dan PKS terpilih, bantuan kewangan melalui dana Program
Galakan Usahawan serta penyediaan ruang niaga di pasar-pasar tani.
Program ini akan dilaksanakan secara bersepadu menggunakan sumbersumber
sedia ada melibatkan agensi-agensi seperti Pejabat Daerah, Jabatan
Pertanian, FAMA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan
Pembangunan Wanita.
[ 20 ]

74. Langkah Kedua : Membimbing Peningkatan Mutu Produk. Bagi
membantu para usahawan meningkatkan mutu produk mereka ke tahap yang
lebih baik, Kursus Jaminan Kualiti

74. Langkah Kedua : Membimbing Peningkatan Mutu Produk. Bagi
membantu para usahawan meningkatkan mutu produk mereka ke tahap yang
lebih baik, Kursus Jaminan Kualiti dan Keselamatan Makanan dan program
Bantuan Rekabentuk dan Percetakan Label akan diperkenalkan. Di samping
itu, program Bengkel Teknologi Rekabentuk, Pelabelan dan Pembungkusan
Makanan juga dijalankan. Melalui inisiatif-inisiatif ini, adalah diharapkan
keyakinan pengguna terhadap produk usahawan Johor akan dapat
dipertingkatkan.

75. Langkah Ketiga : Menyediakan Peluang Mempromosi Produk.
Program-program mempromosi produk-produk Johor akan terus
dimantapkan melalui penyertaan di beberapa siri ekspo dan pameran
bertaraf kebangsaan dan antarabangsa seperti Malaysia International Halal
Showcase (MIHAS), pameran kebangsaan Satu Daerah Satu Industri,
Karnival Produk Johor, Ekspo SDSI dan Kraf Johor.
76. Langkah Keempat : Mengadakan Program Pengeksport
Bumiputera Johor. Pada tahun 2011, MPUN akan memperkenalkan
program Pengekspot Bumiputera Johor melalui kerjasama MATRADE.
Melalui kerjasama ini, Kerajaan negeri akan membiayai sebahagian kos
pengangkutan, penginapan dan penyewaan ruang pameran untuk para
usahawan Johor menyertai misi perdagangan di luar negara. Pelbagai
program ini bukan sahaja bertujuan meluaskan pasaran produk Johor,
bahkan meningkatkan jalinan perniagaan di antara usahawan dan para
pemborong serta peruncit.

STRATEGI KETIGA : MENINGKATKAN KUALITI HIDUP SETARAF
NEGARA MAJU

77. Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat
setaraf dengan negara-negara maju. Sehubungan itu, pada tahun hadapan,
kerajaan Johor komited untuk melaksanakan 4 inisiatif utama bagi
merealisasikan hasrat tersebut.
[ 21 ]

Inisiatif 1: Meningkatkan Kualiti Infrastruktur

78. Infrastruktur yang berkualiti bukan sahaja menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan kegiatan ekonomi, malah meningkatkan keselesaan rakyat dari
segi perhubungan dan keselamatan. Jalinan perhubungan yang tersusun,
meluas, saling melengkapi dan bermutu akan memastikan tidak ada manamana
pihak tersisih daripada arus kemajuan. Untuk memastikan kemudahan
infrastruktur disediakan dengan berkesan, kerajaan negeri mengambil
langkah-langkah berikut:-

79. Langkah Pertama : Mewujudkan Kaedah Pemantauan Bagi Tujuan
Membudayakan Penyelenggaraan Jalan Secara Sistematik dan Efisien.
Kerajaan Negeri bercadang membangunkan satu sistem inventori dan
pemantauan kualiti 1,747km jalanraya negeri yang lebih sistematik dengan
kos RM3 juta. Sistem pengurusan Highway Development And Management
System 4 (HDM4) ini berupaya menghasilkan laporan lengkap mengenai
kualiti jalanraya, beserta cadangan pembaikan berkala yang lebih tersusun.
Ia juga menjamin penyelenggaraan jalanraya dapat dioptimumkan dengan
perlaksanaan mengikut keutamaan.

80. Langkah Kedua : Menaik Taraf Jalan Kampung. Kerajaan berhasrat
untuk menaikkan taraf 1,100km lagi jalan-jalan kampung dalam tempoh 2
tahun. Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk kerja-kerja
menaiktaraf mengikut kaedah bayaran tertangguh yang akan dilaksanakan
melalui sebuah anak syarikat kerajaan.
81. Melalui usaha ini, ditambah pula dengan sistem pemantauan dan
inventori yang baik, kita boleh mendapat peningkatan peruntukan
penyelenggaraan daripada kerajaan Persekutuan melalui Malaysian Road
Information System (MARRIS). Ini bermakna, dengan bertambahnya senarai
jalanraya negeri dan jalan-jalan kampung yang diiktiraf oleh MARRIS,
Kerajaan Negeri akan memperoleh semula pelaburannya melalui peruntukan
penyelenggaraan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.
[ 22 ]

82. Langkah Ketiga: Menaik Taraf Kualiti Perkhidmatan
Pengangkutan Awam. Negara-negara maju lazimnya membuat pelaburan
yang besar untuk memberikan rakyat kemudahan pengangkutan awam yang
terbaik dan bertaraf dunia. Kerajaan Persekutuan sudah pun menjadikan
pengangkutan awam sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA). Selaras itu, Kerajaan Negeri akan memberi komitmen yang selari
dengan hasrat Kerajaan Persekutuan.
83. Kita berharap bahawa peningkatan kualiti perkhidmatan akan
mendorong rakyat Johor khususnya warga Iskandar Malaysia memilih
pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Penumpang Bas Iskandar Malaysia yang diwujudkan khusus bagi laluan
sosial telah meningkat kepada 80,000 orang sebulan berbanding sekadar
4,000 orang penumpang pada bulan pertama pelancarannya Disember 2009.
Peningkatan ini melepasi matlamat perkhidmatan tersebut, sekaligus
berpotensi untuk diperluaskan termasuk ke daerah-daerah lain.
84. Selain itu, kualiti Pengangkutan Awam di Iskandar Malaysia turut
dipertingkatkan melalui Perkhidmatan bas TransIskandar yang setaraf
dengan negara maju. Sebagai permulaan, TransIskandar akan memulakan
perkhidmatan 'Bus Express Transit' atau BET di laluan koridor Kulai-Johor
seawal suku pertama tahun hadapan. Perkhidmatan ini menjimatkan masa
perjalanan kerana hanya berhenti di 9 perhentian terpilih, selain dijamin
menepati jadual dan keadaan bas yang selesa serta bersih. Pemandupemandu
basnya dilatih menerusi program Akademi Pemandu Bas kelolaan
bersama pihak KPYPJ dan beberapa institut memandu di Iskandar Malaysia.
85. Secara keseluruhannya, sebanyak RM6 juta akan diperuntukkan untuk
pengangkutan awam, dan inilah pertama kali dalam sejarah bajet Negeri
Johor, Kerajaan negeri memperuntukkan satu jumlah yang signifikan dalam
usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam.
86. Kerajaan Negeri juga akan memastikan Larkin Sentral dapat berfungsi
sebagai nadi pengangkutan awam di Iskandar Malaysia melalui usaha-usaha
menaik taraf perkhidmatannya. Setakat ini, Johor Corporation telah
[ 23 ]
membelanjakan hampir RM10 juta bagi meningkatkan pelbagai kemudahan
di bangunan terminal berkenaan dan tambahan RM6.5 juta lagi dalam
tempoh terdekat ini. Kerajaan juga bersetuju untuk memperuntukkan
RM500,000.00 bagi projek penambahbaikan di Larkin Sentral termasuk
pemasangan CCTV bagi tujuan keselamatan dan paparan maklumat serta
sistem trafiknya.

87. Langkah Keempat : Meningkatkan Infrastruktur Informasi. Dalam
usaha merapatkan jurang digital di kalangan rakyat, Kerajaan Negeri
bercadang memberi Netbook secara percuma kepada 1,120 keluarga yang
dikenalpasti layak di seluruh negeri Johor. Mereka akan menikmati
kemudahan Broadband dengan bayaran minimum. Unit Sains, Teknologi dan
ICT Negeri Johor dengan kerjasama SKMM akan menetapkan kriteria
pemilihan mereka yang berkelayakan seperti kakitangan kerajaan
berpendapatan rendah, usahawan dan pelajar-pelajar universiti.

Inisiatif 2 : Meningkatkan Kualiti Perumahan Dan Kemudahan Awam

88. Perumahan dan kemudahan awam mempunyai kaitan rapat dalam
memastikan rakyat negeri Johor menikmati kehidupan berkualiti.
Sehubungan itu, Dasar Perumahan Negeri Johor sedang disusun semula;
Pelan Pengurusan dan Penyelesaian Setinggan Negeri Johor dirangka;
manakala kemudahan awam lainnya turut diberi penekanan. Sempena itu
langkah-langkah berikut diambil :-

89. Langkah Pertama: Menggalakkan Pembinaan Rumah Mampu
Milik. Kerajaan Negeri Johor komited untuk meningkatkan tahap penawaran
rumah mampu milik demi memastikan masyarakat memiliki kediaman
sendiri. Justeru itu, Dasar Perumahan Negeri Johor sedia ada sedang dikaji
semula dengan memberi penekanan terhadap penyediaan lebih banyak
Rumah Mampu Milik yang lebih selesa, dengan harga berpatutan dan
terkawal. Ia mensasarkan agar semua golongan pendapatan isi rumah
kurang dari RM3,500 sebulan, mampu memiliki rumah kediaman sendiri.
[ 24 ]
90. Bagi Rumah Kos Rendah pula, ia akan terus dibina berdasarkan
kepada keperluan semasa, dengan mengambil kira kedudukan lebih strategik
dan infrastruktur lebih lengkap. Rumah-rumah kos rendah ini akan dijual pada
harga subsidi yang lebih berpatutan.

91. Langkah Kedua : Menyediakan Pelan Tindakan Pengurusan dan
Penyelesaian Setinggan Negeri Johor. Fenomena setinggan menjadi
masalah utama yang sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah
dengan nilai-nilai kehidupan yang ideal. Setinggan telah memberikan impak
yang mengakibatkan permasalahan kesesakan penduduk, penempatan
berselerak dan tidak teratur, kemiskinan, masalah sosial, pencemaran dan
sebagainya.
92. Justeru itu, kerajaan sedang merancang untuk menyediakan
penempatan semula setinggan yang terancang serta dilengkapi dengan
infrastruktur asas dan kemudahan awam yang kondusif. Penempatan
setinggan di seluruh negeri Johor dijangka dapat diselesaikan secara tuntas
melalui penyediaan Pelan Tindakan Pengurusan dan Penyelesaian
Setinggan Negeri Johor.

93. Langkah Ketiga : Membudayakan Gaya Hidup Sihat. Rakyat yang
sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif dalam pembangunan negara
serta menyumbang kepada penjimatan kos perubatan. Di atas keprihatinan
Kerajaan negeri terhadap tahap kesihatan dan produktiviti warga kerjanya,
sebuah program "A Healthy Workplace for A Healthy Workforce" akan
diperkenalkan kepada semua penjawat awam di negeri ini. Program ini
menekankan konsep gaya hidup sihat seperti amalan pemakanan secara
sihat, cara hidup aktif, bersenam secara berterusan, mengekalkan berat
badan unggul, tidak merokok dan mengambil alkohol serta bijak mengawal
stress.

94. Langkah Keempat : Merancakkan lagi Pembangunan Sukan di
Negeri Johor. Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Johor akan
menyelaras dan memastikan pembangunan sukan secara berperingkat dan
terancang dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, persatuan sukan dan
[ 25 ]
sektor swasta, dengan menekankan pencapaian ke arah kecemerlangan
sukan.
95. Penumpuan akan diberikan kepada penganjuran beberapa jenis sukan
secara liga untuk menarik penyertaan generasi muda seperti badminton, hoki
dan bola keranjang. Pada ketika ini, liga bola sepak tempatan untuk merebut
Piala Sultan Johor dan Piala Tunku Mahkota Johor sedang dilaksanakan.
96. Selain daripada itu, Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1
juta bagi menggantikan prasarana sukan (gimnasium) yang telah uzur di
seluruh Negeri Johor.

97. Langkah Kelima : Mempergiatkan Program Kebersihan,
Keindahan dan Keceriaan (3K). Sebuah pasukan khas yang dikenali
sebagai Pasukan Tindakan Kebersihan (PTK), ditubuhkan di semua Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Pasukan ini bertanggungjawab melaksanakan
kerja-kerja pemotongan rumput, pembersihan parit, pembersihan jalan,
melupuskan sampah longgok dan membersihkan sisa-sisa pokok yang
tumbang. Kerajaan Negeri yakin langkah ini mampu mewujudkan
persekitaran yang lebih selesa dan ceria untuk didiami.

98. Langkah Keenam : Memastikan Pengurusan Sisa Pepejal Yang
Lebih Efisen. Buangan sisa pepejal dijangka terus meningkat akibat
pertumbuhan kawasan perumahan, perdagangan dan perindustrian.
Menyedari keperluan ini tiga (3) buah tapak pelupusan sanitari baru akan
dibina di Pekan Nenas, Pagoh dan Bukit Payung di Batu Pahat. Kerajaan
juga mengambil langkah menutup selamat tapak-tapak pelupusan yang telah
penuh iaitu Bukit Bakri di Muar, Kampung Sawah di Pontian dan Temayor di
Labis.

99. Langkah Ketujuh : Menambah Baik dan Meningkatkan Tahap
Perkhidmatan Bekalan Air. Sepanjang 7,700 km daripada 19,000 km paip
air di seluruh negeri Johor didapati uzur. Ia perlu diganti demi meningkatkan
mutu perkhidmatan selain mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW)
disebabkan kebocoran dan paip pecah. Sehingga tahun 2009 sepanjang
[ 26 ]
2,150 km paip telahpun diganti. Pada tahun 2011, pihak Pengurusan Aset Air
Berhad (PAAB) akan memperuntukan RM50 juta bagi menggantikan paip di
beberapa kawasan kritikal yang telah dikenal pasti.
100. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pula memperuntukkan
RM210 juta bagi pembinaan Loji Air Semangar Fasa 2, bagi menampung
pertambahan permintaan bekalan air di Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Inisiatif 3 : Meningkatkan Tahap Keselamatan

101. Tahap keselamatan di Wilayah Iskandar Malaysia telah dapat
ditingkatkan melalui beberapa inisiatif termasuk penambahan anggota polis
dan kelengkapannya. Mulai Januari hingga Oktober 2010, kadar jenayah
jalanan di Iskandar Malaysia menurun sebanyak 37.6% dan memberi kesan
penurunan 22.3% kepada indeks jenayah keseluruhannya.
102. Untuk mendekatkan lagi komuniti dengan pihak polis dan
mengurangkan jenayah di kawasan perumahan, kaedah Pos Polis Komuniti
telah diperkenalkan di Iskandar Malaysia. Program akan diperluaskan
dengan penubuhan 37 unit lagi pada tahun 2011. PDRM juga akan
meneruskan aktiviti-aktiviti masyarakat seperti Rakan Cop.

Inisiatif 4 : Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar

103. Mutu alam sekitar merupakan aspek penting dalam kualiti hidup rakyat
negeri Johor. Oleh yang demikian, langkah-langkah berikut adalah
dicadangkan:-

104. Langkah Pertama: Mewujudkan Pelan Alam Sekitar Negeri Johor.
Pelan yang akan dimulakan kajiannya penghujung tahun ini bertujuan
menyediakan perancangan untuk usaha adaptasi dan mitigasi kepada kesan
perubahan iklim. Pelan ini akan diterjemahkan dalam polisi kerajaan ke arah
pembangunan mesra alam dan ekonomi hijau untuk Negeri Johor.

105. Langkah Kedua: Memulihara Hutan Paya Gambut. Kerajaan Negeri
Johor dengan kerjasama Wetlands International, menjadi negeri pertama
yang mengambil inisiatif dalam pemuliharaan Hutan Paya Gambut terosot
[ 27 ]
seluas 3,796 hektar di Ayer Hitam, Muar. Projek Pemuliharaan dengan
penanaman semula pokok hutan di kawasan yang mengandungi karbon ini,
turut mengenalpasti dan melibatkan komuniti tempatan untuk
membangunkan kegiatan ekonomi setempat berdasarkan satu pelan
pengurusan bersepadu.

106. Langkah Ketiga : Melaksanakan Kajian Sumber Air Negeri. Kajian
ini akan mencadangkan pelaksanaan strategi untuk memastikan sumber air
yang mencukupi, kualiti bekalan air bersih dan selamat serta menyelesaikan
masalah kemasukan air masin ke sungai untuk tempoh 50 tahun akan
datang. Empangan Sembrong dan Bekok akan dinaiktaraf untuk menjamin
bekalan air yang berkekalan kepada rakyat terutamanya pada musim
kemarau.

107. Langkah Keempat : Menyediakan Pelan Tindakan Pengurusan
Konflik Hidupan Liar dan Penubuhan Pusat Konservasi. Kerajaan
memberi tumpuan dalam mengelakkan konflik antara hidupan liar dan
penduduk berhampiran hutan. Pelan Tindakan Pengurusan Konflik Hidupan
Liar disediakan oleh PERHILITAN untuk menangani konflik di antara hidupan
liar dan aktiviti manusia, serta menubuhkan pusat konservasi bagi melindungi
spesies haiwan terancam.

108. Langkah Kelima: Melaksanakan Program Perlindungan Persisiran
Pantai Dan Kawasan Yang Mempunyai Nilai Biodiversiti. Pemeliharaan
dan pemuliharaan alam khususnya untuk melindungi kawasan yang bernilai
diutamakan demi kepentingan rakyat. Persisiran pantai yang terhakis akan
diambil perhatian dengan program-program mitigasi. Kerajaan juga
mengiktiraf kepentingan Pulau Merambong yang mempunyai nilai biodiversiti
yang tinggi dan perlu dilindungi.
109. Di samping itu, kerajaan juga akan meneruskan program pembersihan
sungai dan memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan pengawalan
pencemaran serta peningkatan kualiti airnya. Sungai Skudai menjadi perintis
untuk program ini dan lima jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk
menangani masalah pencemaran secara menyeluruh dan bersepadu. Sungai
[ 28 ]
Segget pula akan dipulihkan sebagai sebahagian daripada projek Daerah
Sentral Johor Bahru.

110. Langkah Keenam: Menganjurkan Kempen dan Seminar
Kesedaran Sempena Hari Antarabangsa Yang Berkaitan Alam Sekitar.
Kerajaan telah merangka program kesedaran sempena acara di peringkat
antarabangsa berkaitan alam sekitar seperti Kempen Kesedaran Earth Hour .
Kempen yang julung-julung kalinya diadakan pada tahun ini telah menarik
lebih 2,000 pengunjung daripada sektor awam, swasta, pelajar sekolah dan
orang ramai. Selain itu, Seminar Kepenggunaan Hijau dan Lestari juga akan
dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk NGO untuk
meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat terhadap kepentingan
melindungi bumi.

STRATEGI KEEMPAT : MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM
NEGERI JOHOR

111. Perkhidmatan awam merupakan jentera yang kritikal untuk
memastikan segala perancangan yang telah dirangka dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan berkesan. Cabaran globalisasi dan kekangan fiskal
memerlukan pendekatan baru dalam pentadbiran awam. Kecekapan dalam
pentadbiran dan produktiviti tinggi penjawat awam merupakan aspek penting
untuk memastikan transformasi kerajaan berjaya mengharungi cabaran ini.
Maka, inisiatif-inisiatif berikut adalah dicadangkan:
Inisiatif 1 : Meningkatkan Hasil Kerajaan dan Pengurangan Kos
Mengurus.
112. Kerajaan negeri sentiasa berusaha secara inovatif untuk
meningkatkan kutipan hasil dan mengurangkan belanja mengurus.
Peningkatan hasil akan membolehkan agihan peruntukan untuk
pembangunan dan program yang memberi manfaat kepada rakyat ditambah.
Untuk mencapai matlamat ini maka langkah-langkah berikut adalah
dicadangkan:-

113. Langkah Pertama : Mewujudkan PelanTindakan Penjanaan Hasil
Kerajaan Negeri. Pegawai-pegawai kerajaan yang berpengalaman akan
[ 29 ]
merangka pelan ini melalui perbincangan secara Makmal bagi menilai semula
potensi punca hasil sedia ada dan mengesan sumber-sumber baru. Pelan ini
juga menggariskan mekanisme pemantauan dalam memastikan pengutan
hasil dilaksanakan dengan berkesan.

114. Langkah Kedua: Mengurangkan Belanja Mengurus Kerajaan
Negeri. Satu Makmal Pengurangan Kos akan diwujudkan untuk
mencadangkan kaedah pengurangan belanja mengurus kerajaan. Kos
pengurusan perlu dikurangkan tanpa memberi kesan kepada produktiviti dan
semangat bekerja penjawat awam. Secara umumnya beberapa kaedah telah
diterapkan dalam Bajet 2011 seperti kerjasama antara pelbagai agensi
kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan NGO untuk menjalankan programprogram
kesejahteraan rakyat bagi mengelakkan pertindihan program dan
mengurangkan kos.

115. Langkah Ketiga: Meminimumkan tunggakan Hasil Daripada Cukai
Dan Sewa Rumah. Selain daripada usaha berterusan Pejabat Tanah dan
Galian Negeri Johor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (Cawangan
Perumahan) untuk mengutip tunggakan ini, rekod-rekod tunggakan juga perlu
dikemas kini. Usaha mengutip tunggakan cukai dan melaksanakan tindakan
penguatkuasaan akan ditumpukan kepada penghutang tegar terutamanya
melibatkan syarikat-syarikat besar.
116. Bahagian Perumahan Johor juga mengambil inisiatif untuk membuat
Surat Akujanji dengan pembeli rumah untuk membayar tunggakan mereka
secara ansuran.

117. Langkah Keempat: Mewujudkan sistem pengurusan aset dan
inventori secara berpusat. Sistem pengurusan aset dan inventori secara
berpusat dengan menggunakan teknologi maklumat akan diwujudkan untuk
memastikan pengurusan aset dapat dibuat secara efisien. Ia juga boleh
digunapakai untuk pengurusan hartanah milik kerajaan negeri. Sistem
berpusat ini juga akan menjimatkan kos berbanding membangunkannya
secara berasingan di setiap jabatan

118. Kecekapan perkhidmatan kerajaan akan dapat ditingkatkan melalui
perancangan yang teliti, pemantauan pencapaian secara berterusan dan
pembangunan modal insan. Oleh itu, langkah-langkah berikut akan diambil.

119. Langkah Pertama : Menubuhkan Pasukan Khas Pencapaian. Bagi
mengatasi masalah birokrasi dalam perkhidmatan kerajaan, satu pasukan
khas akan ditubuhkan untuk memantapkan sistem penyampaian sekaligus
meningkatkan keberkesanan sektor awam negeri. Pasukan ini terdiri daripada
wakil kerajaan, NGO, swasta dan lain-lain pihak berkepentingan. Mereka
bertanggung jawab mencadangkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam
beberapa urusan di jabatan-jabatan utama dan berfungsi membantu daya
saing pihak swasta. Pelaksanaan KPI di jabatan-jabatan kerajaan ini akan
dimulakan di PTG.

120. Langkah Kedua : Memperkasakan Pentadbiran Tanah Ke Arah
Jabatan Berprestasi Tinggi. Pentadbiran Tanah Negeri Johor akan
diperkukuhkan sempena peranannya sebagai penyumbang tertinggi hasil
kerajaan negeri. Sehubungan itu, Pejabat Tanah dan Galian Negeri termasuk
Pejabat Tanah Daerah akan diberi keutamaan dalam pengisian jawatan
dengan sumber tenaga kerja berpengalaman dan mahir, dibekalkan
peralatan terkini, sistem sokongan terbaik serta suasana kerja yang kondusif.
121. Adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan PTG negeri
Johor sebagai PTG terbaik di Malaysia dengan pencapaian yang menjadi
penanda aras kepada jabatan-jabatan lain. Dalam tahun ini, semua jenis
urusan pendaftaran pindahmilik telah diselesaikan dalam tempoh satu hari
bekerja sekiranya lengkap dan sempurna untuk didaftarkan. Program ini telah
mendapat pengiktirafan sijil penghargaan dari Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar.
[ 31 ]
122. Program Sistem Maklumat Strata Johor akan dilaksanakan bagi
merekod Sistem Data Permohonan Hakmilik Strata dalam usaha
mempercepatkan lagi pengeluaran Hakmilik Strata. Program yang
berasaskan sistem 'E-Kadastra' mampu mempercepatkan proses
pendaftaran Hakmilik Strata daripada 170 hari kepada 70 hari sahaja.
123. Kaunter Pungutan Cukai Tanah di PTG Johor akan mula
dilaksanakan dalam tahun 2011. Ini akan memudahkan orang ramai yang
datang berurusan di Pejabat Tanah dan Galian untuk terus membuat
pembayaran cukai, tanpa perlu ke Pejabat Tanah Daerah. Perkhidmatan ini
adalah tambahan kepada kaedah-kaedah lain yang telah ada seperti
pembayaran online dan sebagainya.

124. Langkah Ketiga : Melaksanakan Bengkel Perekayasaan Proses
Kerja (BPR) Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Bagi mencapai
matlamat Kerajaan dalam Program Transformasi Perkhidmatan Awam,
proses dan prosedur kerja yang seragam perlu diguna pakai di seluruh Pihak
Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Proses dan prosedur yang sedia ada
perlu direkayasa bagi mempercepatkan proses permohonan tanpa
melibatkan pertambahan kos dan guna tenaga. Dengan cara demikian
masa menunggu dan aduan pelanggan dapat dikurangkan di samping
meningkatkan daya saing negara serta meningkatkan daya tarikan pelabur.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan akan
mengadakan Bengkel Perekayasaan Proses Kerja (Business Process
Reengineering) melibatkan semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor
dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan.

125. Langkah Keempat : Melaksanakan Aplikasi e-NCR dan e-Halal.
Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan aplikasi e-NCR (Nikah, Cerai dan
Rujuk) dan e-Halal pada tahun 2011. Aplikasi e-NCR dan e-Halal ini akan
memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menjalankan urusan
berkaitan dengannya tanpa perlu berulang-alik ke Jabatan Agama. Ia juga
akan dapat mengatasi kekangan tenaga kerja di peringkat jabatan dan
masalah kelewatan serta tunggakan.

[ 32 ]
126. Langkah Kelima : Mengiktiraf Agensi Cemerlang. Bagi
meningkatkan tanggungjawab jabatan kerajaan terhadap kualiti, maka pada
tahun 2011 Kerajaan Negeri bersetuju memberi insentif RM10,000 kepada
setiap jabatan yang berjaya mencapai tahap lima bintang dalam Penarafan
bintang oleh pihak MAMPU.

127. Langkah Keenam : Mengagihkan Guna Tenaga Secara Berkesan.
Penyusunan semula organisasi perkhidmatan awam pada tahun 2011 akan
difokuskan kepada kaedah pertukaran dan perpindahan jawatan. Kerajaan
akan mengenal pasti mana-mana jawatan yang kurang penting di sesuatu
jabatan untuk dipindahkan ke jabatan lain yang lebih memerlukan terutama
yang menjana hasil negeri. Kaedah 'deployment' ini akan membantu operasi
sesebuah jabatan menjadi lebih cekap dan berkesan tanpa melibatkan
pertambahan perbelanjaan.

128. Langkah Ketujuh : Memberi Elaun Khas Kepada Jawatan
Kenaikan Pangkat Hakiki (Kumpulan Sokongan). Kerajaan Negeri
bercadang untuk memberikan Elaun Khas Tanggungjawab kepada gred
kenaikan pangkat secara hakiki di dalam kumpulan sokongan. Pemberian
elaun ini bertujuan untuk menaikkan motivasi / semangat kepada anggota
yang dinaikkan pangkat secara hakiki agar memberikan komitmen kerja yang
lebih tinggi.

129. Langkah Kelapan : Memberi Insentif Tambahan Kepada Penjawat
Awam Yang Cemerlang. Bagi memastikan anggota perkhidmatan awam
sentiasa mengekalkan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam
perkhidmatannya, maka dicadangkan satu insentif tambahan kepada anggota
perkhidmatan awam yang pernah menerima tiga kali perkhidmatan
cemerlang dalam tempoh perkhidmatannya. Satu panel penilaian akan
dilantik untuk memilih anggota yang layak menerima anugerah tersebut.
Insentif ini hanya diberikan sekali sepanjang tempoh perkhidmatan
seseorang pegawai awam.

130. Langkah Kesembilan: Meningkatkan Kecekapan melalui
Kemudahan Teknologi Maklumat. Pada Tahun 2010, Kerajaan Negeri telah
melancarkan Portal 'E-Payment' Johor dengan mensasarkan kepada kutipan
[ 33 ]
cukai hasil tanah Johor. Sehingga November 2010, sebanyak RM 1.3 juta
telah dapat dikutip melalui Portal tersebut. Kerajaan Negeri mensasarkan
untuk memperluaskan penggunaan Portal 'e-Payment' Johor pada Tahun
2011 kepada Sistem Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempertingkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan Awam Negeri Johor kepada rakyat.
131. Kerajaan negeri juga melaksanakan Perkhidmatan SMS Bersepadu
Negeri Johor iaitu MySMS bagi memberikan alternatif kepada rakyat untuk
berurusan dengan kerajaan dan kerajaan pula dapat menyalurkan maklumat
dengan lebih cepat dan efektif. Sistem e-Jawab pula akan menjadi platform
setempat bagi rakyat membuat aduan kepada semua agensi kerajaan di
negeri Johor. Manakala, Sistem GIS Kerajaan Negeri Johor akan
dibangunkan bagi mempertingkatkan keberkesanan perancangan dan
pemantauan kerajaan.

132. Langkah Kesepuluh : Menjalinkan Kerjasama Di Antara Pihak
Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Dengan Jabatan
Teknikal. Pihak IRDA akan mengadakan 'Service Level Charter' bersama
Jabatan-jabatan teknikal untuk mendapatkan komitmen dan jaminan ulasan
teknikal diperolehi dalam tempoh 7 hari. Dengan adanya 'Service Level
Charter', permohonan-permohonan seperti Kebenaran Merancang, pelan
bangunan dan pelan kerja tanah projek pembangunan berimpak tinggi dapat
diselesaikan dengan kadar yang cepat dan efisien.
133. Pada tahun 2011 juga pihak IRDA akan mewujudkan 'Standard
Operating Procedure atau SOP' bersama semua Pihak Berkuasa Tempatan
dalam Iskandar Malaysia agar dapat mempercepatkan tempoh masa
pemprosesan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh 30 hari.

Inisiatif 3 : Meningkatkan Ketelusan Kerajaan

134. Ketelusan adalah perkara yang selalu disebut dan dituntut dalam manamana
urusan mahupun perkhidmatan. Namun kadangkala persoalan ketelusan
timbul atas sebab prasangka dan persepsi kurang tepat. Persepsi negatif
terhadap sesuatu agensi itu biasanya berpunca dari prasangka dan
[ 34 ]
kekurangan maklumat tentang prosedur kerja di agensi terbabit. Langkahlangkah
yang akan diambil untuk memperbetulkan persepsi orang awam
terhadap perkhidmatan kerajaan adalah seperti berikut:-

135. Langkah Pertama : Memaklumatkan ketua-ketua masyarakat
tentang prosedur kerajaan. Program taklimat kepada penghulu, ketua
kampung dan ketua-ketua masyarakat mengenai proses dan prosedur kerja
dalam perkhidmatan kerajaan akan dilaksanakan untuk membolehkan mereka
menjadi sumber rujukan rakyat.

136. Langkah Kedua : Meningkatkan perhubungan di antara Kerajaan
dan rakyat secara online. Penggunaan teknologi maklumat diperluaskan
dalam urusan kerajaan untuk membolehkan rakyat mendapat maklumat secara
terbuka. Oleh yang demikian kerajaan negeri akan memperkenalkan beberapa
sistem perhubungan berasaskan web yang boleh diakses oleh rakyat pada
bila-bila masa.

137. Langkah Ketiga : Mewujudkan piawaian kualiti perkhidmatan yang
seragam untuk kakitangan barisan hadapan. Kualiti perkhidmatan barisan
hadapan jabatan-jabatan kerajaan adalah tidak konsisten kerana tiada garis
panduan piawaian kualiti perkhidmatan yang seragam. Satu garis panduan
piawaian kualiti perkhidmatan yang seragam akan dirangka untuk kakitangan
barisan hadapan.

138. Langkah Keempat : Meningkatkan Program hebahan dan promosi
perkhidmatan kerajaan. Perkhidmatan dan pencapaian kerajaan yang kurang
dipromosi akan menyebabkan persepsi negatif di kalangan rakyat. Oleh itu,
hebahan dan promosi tentang perkhidmatan kerajaan akan dipertingkat untuk
membolehkan maklumat-maklumat berkaitan perkhidmatan kerajaan sampai
kepada pengetahuan umum.
[ 35 ]

STRATEGI KELIMA : PEMBANGUNAN MASYARAKAT SIVIL YANG
BERIDENTITI DAN MEMPUNYAI NILAI-NILAI
MURNI

139. Tamadun sesuatu bangsa mampu bertahan sekiranya diikat dengan
nilai-nilai murni sebagai benteng utama mengharungi sebarang cabaran dari
luar. Nilai-nilai murni inilah yang akan membentuk daya tahan dan juga jati
diri dalam menentukan kelangsungan sesebuah bangsa dan tamadunnya.
Oleh itu, kerajaan negeri mengambil inisiatif berikut demi membangunkan
masyarakat yang mantap :-

Inisiatif 1: Menerapkan Nilai-nilai Murni Secara Berkesan

140. Nilai-nilai murni tidak sepatutnya terhakis oleh arus pembangunan.
Penerapan nilai-nilai murni harus dibuat secara efektif merentasi ke segenap
lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, langkah-langkah berikut adalah
dicadangkan:-

141. Langkah Pertama : Meningkatkan Program Pembangunan dan
Penghayatan Agama Islam. Program-program dakwah oleh Jabatan Agama
Islam akan diperhebatkan untuk memantapkan akidah dan perpaduan umat
Islam. Kursus Pemantapan Pendakwah yang melibatkan pegawai-pegawai
dakwah Jabatan Agama Islam akan dilaksanakan untuk melahirkan
pendakwah yang mampu menyampaikan mesej tepat. Program Dakwah
Menerusi ICT dan Dakwah Menerusi Media akan diadakan untuk
memastikan usaha dakwah dapat disampaikan kepada golongan sasaran
dengan media penyampaian yang responsif dengan kehendak umat Islam
masa kini. Seminar Pengukuhan Aqidah disasarkan untuk peserta seramai
1,500 orang di seluruh negeri Johor untuk meberi penjelasan kepada
masyarakat Islam tentang isu semasa berkaitan aqidah.
142. Kursus Asas; Kursus Lanjutan Guru Al-Quran Peringkat Negeri
Johor akan diadakan untuk 130 orang guru Al-Quran sebagai tambahan
kepada 2,052 orang guru-guru Al-Quran sedia ada yang mengajar di kelaskelas
Al-Quran di seluruh negeri Johor.
[ 36 ]
143. Bagi menghargai usaha murni dan khidmat bakti guru-guru Al-
Quran di seluruh negeri Johor maka kerajaan negeri dengan sukacita
mengumumkan peningkatan elaun untuk guru-guru Al-Quran kepada
RM100.00 bagi setiap sesi kelas Al-Quran. Dengan ini, seorang guru Al-
Quran akan memperoleh RM400.00 sebulan bagi 4 kali sesi pengajaran
144. Program Pendidikan Pemahaman Al-Quran untuk pelajar-pelajar
darjah 4, 5 dan 6 di sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor diadakan pada
25 minit waktu terakhir pembelajaran. Bagi darjah 4, pelajarnya mengkhusus
kepada 10 juzuk pertama, manakala 10 juzuk berikutnya diajar di darjah 5
dan 10 juzuk terakhir di darjah 6. Program pendidikan pemahaman Al-Quran
ini dapat melahirkan generasi yang memahami isi kandungan Al-Quran dan
memantapkan generasi yang mempunyai nilai-nilai akhlak yang mulia.
145. Bagi menggalakkan usaha ke arah melahirkan lebih ramai tahfiz
Al-Quran, maka Kerajaan Negeri Johor akan menyediakan ganjaran
RM1,000 sebulan untuk para tahfiz yang berjaya menghafaz lengkap 30
juzuk Al-Quran.

146. Langkah Kedua : Menerapkan Nilai-nilai Perpaduan. Perpaduan
merupakan antara kunci untuk mewujudkan masyarakat yang beridentiti dan
bernilai murni. Program Jiran Muafakat akan diperkenalkan bagi
meningkatkan lagi persefahaman dan kerjasama di kalangan penduduk di
samping menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan di kalangan peserta
yang terdiri daripada masyarakat luar bandar dan taman perumahan.
Seminar 1Remaja 1Malaysia akan diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan
bagi memberi pemahaman berkenaan konsep 1 Malaysia yang
mementingkan perpaduan masyarakat dan meningkatkan semangat
patriotisme di kalangan remaja.

147. Langkah Ketiga : Memperkukuh Nilai-nilai Kekeluargaan. Institusi
keluarga sebagai unit asas sesebuah negeri perlu diperkasakan untuk
menjamin kekukuhan negeri. Antara program-program yang akan dijalankan
ialah Program Mencari Pasangan Soleh dan Solehah. Matlamat utama
[ 37 ]
program ini adalah supaya masyarakat terutama pelajar Institusi Pengajian
Tinggi serta Kolej lebih memahami ciri-ciri pasangan yang boleh membentuk
keluarga yang bahagia. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada institusi pengajian dan diharap dapat diteruskan bagi
memperkukuhkan lagi nilai-nilai kekeluargaan. Anak Soleh Titian Ke Syurga
yang melibatkan pelajar sekolah rendah bagi mengurangkan masalah gejala
sosial dikalangan pelajar dengan pencegahan dan pemahaman isu ini di
peringkat awal. Program Keluarga Cemerlang Ummah Gemilang akan
diadakan bagi masyarakat menghayati dan mengamalkan ciri-ciri keluarga
yang cemerlang dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan
keharmonian dalam sesebuah keluarga dan mewujudkan masyarakat
penyayang.

148. Langkah Keempat : Menggalakkan Semangat Kesukarelaan.
Kesedaran masyarakat kini semakin kurang terhadap tanggungjawab
menjaga serta memulihara kawasan perkuburan Islam. Kempen kesedaran
serta Program Ziarah Pusara akan dipertingkatkan dengan melibatkan
masyarakat setempat yang akan mewujudkan perpaduan lebih erat, selain
kawasan perkuburan terpelihara. Selain itu, Kem Sukarelawan Rakan
Muda yang dihadiri oleh golongan remaja akan melahirkan generasi yang
lebih prihatin serta meningkatkan semangat kesukarelaan dalam diri mereka.
149. Program yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) pula adalah Program Khidmat Bakti / Khidmat
Masyarakat, Program Motivasi Pendidikan dan Program Lestari Bumi
Hijau. Program-program ini dijangka melahirkan golongan professional muda
bersahsiah tinggi melalui penghayatan nilai-nilai murni.

Inisiatif Kedua : Merangka Program Pembangunan Sukan dan Belia
Negeri Johor yang Holistik

150. Bagi membina masyarakat belia yang berakhlak tinggi dan berdisplin,
Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi kerajaan memberi fokus kepada
empat langkah utama :-

151. Langkah Pertama : Membangunkan Belia Secara Holistik. Antara
program yang dirangka ialah Program Eksplorasi Belia Johor, Program
[ 38 ]
Motivasi Belia Felda dan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional Negeri
Johor. Ini diharap dapat melahirkan generasi belia muslim yang menjiwai
agama, berakhlak mulia dan menghayati nilai-nilai unggul serta mempunyai
jatidiri yang kental dan berketerampilan sebagai pewaris kepimpinan negara.

152. Langkah Kedua : Membangunkan Sukan Untuk Belia. Keterlibatan
belia dalam pelbagai kegiatan sukan diperluaskan lagi pada tahun 2011
dengan keutamaan kepada sukan bermotor dan senaman J-Robik.


153. Langkah Ketiga : Mempergiatkan Pembangunan Rakan Muda.
Satu program yang dinamakan Program Rakan Muda (Anugerah Remaja
Perdana) diperkenalkan bagi menterjemahkan hasrat membentuk personaliti
unggul di kalangan remaja. Program ini akan menggarap ciri-ciri utama
pembangunan remaja yang terdapat di dalam falsafah pembangunan
Program Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal, mental dan kerohanian.

154. Langkah Keempat : Memantapkan Program-Program Belia dan
Remaja oleh Jabatan Agama Johor. Antara program yang diperkenalkan
adalah seperti Program Generasi Mukmin yang berteraskan pembangunan
rohani dan memupuk kesuburan iman supaya menjadi benteng dalam diri
seseorang. Pengisian program ini termasuklah aktiviti zikir, qiamulail dan sesi
kaunseling kerjaya berkelompok.
155. Bagi belia yang terlibat dengan aktiviti bermotorsikal, yang dinamakan
Program Rehlah Belia, tetap dikehendaki mengikuti kegiatan akan zikir,
qiamulail, explorace, solat jamak dan qasar berjemaah. Ini membolehkan
mereka merasakan dirinya hampir dengan institusi agama seperti surau dan
masjid, selain terlibat dengan aktiviti seperti pembersihan tanah pusara dan
rumah orang yang miskin.
156. Bagi keutuhan fardhu kifayah, kerajaan negeri terus memperkukuhkan
program golongan belia dengan memperkasakan pengetahuan serta
penghayatan terhadap pengurusan jenazah. Justeru Program Bengkel
Pengurusan Jenazah untuk golongan belia akan dilaksanakan oleh Jabatan
Agama Johor.

Inisiatif Ketiga : Meningkatkan Imej Budaya Beridentiti Johor

157. Dalam menjenamakan dan mengembangkan aktiviti-aktiviti
kebudayaan dan kesenian di negeri Johor ini, beberapa pendekatan dan
[ 39 ]
langkah telah dikenal pasti untuk peningkatan imej budaya beridentitikan
Johor. Oleh yang demikian, penyelarasan dan perancangan di antara agensi
dan pihak NGO adalah perlu agar ianya dapat melibatkan penyertaan semua
lapisan masyarakat.

158. Langkah Pertama : Menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan
Seni Dan Budaya Negeri Johor. Sejajar dengan objektif serta inisiatif bagi
memastikan agar perancangan aktiviti kebudayaan ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya, Pelan Tindakan Pembangunan Seni dan Budaya Negeri Johor
akan diwujudkan bagi memaksimumkan potensi warisan budaya Johor ini ke
peringkat yang lebih tinggi. Pelan tindakan ini lebih tertumpu kepada aktiviti
dan program yang dapat memberi impak kepada masyarakat serta
melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat.

159. Langkah Kedua : Menjalankan Program Kajian Sejarah Johor Dan
Pembangunan Tapak-Tapak Sejarah di Sepanjang Sungai Johor.
Program ini bertujuan mengenalpasti fakta sebenar tamadun silam di
sepanjang sungai Johor. Pemugarannya mampu memberi kesedaran
berkaitan warisan seni, budaya dan sejarah Negeri Johor serta memupuk
semangat tanggung jawab masyarakat untuk menjaga tinggalan sejarah
kepada generasi akan datang. Di samping itu, ianya dapat dijadikan sebagai
pusat pembelajaran sebenar bagi pelajar serta pengkaji sejarah, selain
menjadi satu daripada produk pelancongan.

160. Langkah Ketiga : Menubuhkan Akademi Seni & Warisan Negeri
Johor. Akademi ini akan mengembangkan lagi ilmu berkaitan seni, budaya
dan warisan Johor kepada masyarakat, khususnya generasi muda. Ia bakal
menjadi pusat penggiat seni serta pelajar menimba ilmu berkaitan sejarah
dan seni kebudayaan Johor.

161. Langkah Keempat : Memperkembangkan kebudayaan Zapin
Johor. Gerak Langkah Zapin Johor akan dibukukan untuk dijadikan panduan
kepada Pendidik, Pelajar Institut Pengajian Tinggi, Peminat Seni Tari serta
Persatuan Seni. Bagi melahirkan lebih ramai jurulatih zapin, Yayasan
Warisan Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Johor Bahru dan Jabatan
[ 40 ]
Pelancongan Negeri Johor akan mengadakan Bengkel Kejurulatihan Tari
Zapin yang disertai oleh kalangan komuniti Homestay supaya mereka turut
berperanan memperkembangkan tarian zapin di setiap Homestay.

162. Langkah Kelima : Memupuk dan Melahirkan "ADIGURU" Seni
Budaya. Program ini mengenalpasti penggiat-penggiat berkualiti yang
dipupuk dan diberi pendedahan sehingga mencapai pengiktirafan di peringkat
antarabangsa. Kewujudan "ADIGURU" ini akan memastikan kesinambungan
pengembangan pelbagai cabang seni dan budaya negeri Johor.

163. Langkah Keenam: Menganjurkan Program Seni dan Kebudayaan
Beridentiti Johor. Kerajaan Negeri akan menganjurkan Festival Seni dan
Budaya Johor 2011 yang akan menggabungkan beberapa pertandingan
seperti Ghazal, Zapin, Keroncong serta lain-lain aktiviti seni dan kebudayaan
yang beridentitikan Johor. Program ini akan menjadi 'Hallmark Event' yang
akan dimasukkan kedalam kalendar pelancongan Johor di samping memberi
peluang kepada penggiat seni dan budaya mempersembahkan hasil karya
mereka.
164. Selain itu, aktiviti seni dan kebudayaan secara berterusan akan
dilaksanakan dengan memaksimumkan penggunaan lokasi sedia ada.
Adalah dicadangkan supaya Legaran Segget dijadikan Pusat Seni Setempat
untuk kumpulan–kumpulan kebudayaan mengembangkan bakat mereka
manakala Taman Merdeka menjadi lokasi persembahan teater. Kedua-dua
inisiatif ini dijangka menarik minat masyarakat tempatan dan juga pelancong
asing.

165. Langkah Ketujuh: Menyuburkan Kekayaan Budaya Pelbagai
Kaum. Kerajaan negeri melalui agensinya akan turut memberi peluang
kepada kumpulan-kumpulan kebudayaan pelbagai kaum, khususnya Cina
dan India, menggiatkan lagi aktiviti mereka. Kumpulan-kumpulan kebudayaan
yang mengamalkan warisan budaya keturunan masing-masing seperti tarian
dan gendang, boleh silih berganti menggunakan ruang persembahan yang
disediakan. Malah, kerajaan negeri yakin gabungan kumpulan-kumpulan
[ 41 ]
kebudayaan ini dalam memperagakan kekayaan budaya rakyat Johor,
merupakan satu produk pelancongan yang bernilai tinggi.

166. Langkah Kelapan: Mewujudkan Pasar Budaya Negeri Johor.
Sudah tiba masanya Pasar Budaya Negeri Johor diwujudkan sebagai wadah
mengkomersilkan kekayaan seni budaya negeri. Sehubungan itu, pihak
Majlis Bandaraya Johor Bahru, IRDA serta Jabatan Kesenian dan
Kebudayaan Negeri Johor akan bekerjasama mewujudkan Pasar Budaya
Negeri Johor. Pasar ini akan mempamerkan produk-produk kebudayaan,
kesenian dan kraftangan Negeri Johor. Seiring dengan inisiatif ini, usaha
perlu ditingkatkan bagi menghasilkan produk warisan seni Johor yang
berkualiti seperti seni khat untuk memenuhi citarasa peminat seni dan
penggemar koleksi mewah.

E. PERUNTUKAN BAJET 2011

Yang Berhormat Dato' Speaker,

i. Anggaran Hasil Dan Perbelanjaan

167. Bajet Negeri Johor Tahun 2011 merupakan Bajet Lebihan, di mana hasil
dianggarkan berjumlah RM814.12 juta manakala perbelanjaan mengurus
berjumlah RM811.35 juta. Oleh itu, lebihan bagi tahun 2011 adalah sebanyak
RM2.77 juta berbanding dengan defisit dalam Bajet tahun 2010 berjumlah
RM1.50 juta.

ii. Hasil-Hasil Utama
168. Hasil Kerajaan Negeri dipecahkan kepada tiga komponen utama, iaitu
Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil Cukai bagi
tahun 2011 dianggarkan sebanyak RM316.88 juta iaitu penambahan sebanyak
RM37.98 juta berbanding anggaran asal tahun 2010. Kutipan dari Hasil Bukan
Cukai pula dianggarkan menurun sebanyak RM11.11 juta, kepada RM351.42
juta iaitu penurunan sebanyak 3.06 peratus. Terimaan Bukan Hasil adalah
dianggarkan sebanyak RM145.82 juta.


iii. Anggaran Perbelanjaan Mengurus

169. Perbelanjaan Mengurus dianggarkan meningkat sebanyak 3.27 peratus
dari RM785.65 juta kepada RM811.35 juta.
170. Salah satu komponen bagi Perbelanjaan Mengurus adalah Pemberian dan
Kenaan Bayaran Tetap yang merupakan 31.52 peratus daripada peruntukan
yang disediakan dalam tahun 2011. Di antara perbelanjaan yang termasuk di
dalam komponen tersebut adalah bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan
Persekutuan yang berjumlah RM31.88 juta dan caruman kepada Kumpulan
Wang Pembangunan yang berjumlah RM100 juta.
171. Perbelanjaan emolumen pula berjumlah RM313.28 juta atau
38.6 peratus daripada keseluruhan peruntukan tahun 2011. Perbelanjaan
Perkhidmatan dan Bekalan pula sebanyak RM226.55 juta, Aset
RM13.37 juta dan lain-lain perbelanjaan sebanyak RM2.40 juta.

iv. Peruntukan Pembangunan

172. Peruntukan Pembangunan untuk tahun 2011 adalah sebanyak
RM313.33 juta. Sejumlah RM58.50 juta diperuntukkan kepada Pejabat Menteri
Besar bagi tujuan pelbagai pembangunan termasuk pembinaan jalan-jalan
kampung, pengambilan balik tanah, pembinaan dewan orang ramai, pembinaan
padang di mukim-mukim dan program pembangunan usahawan. Jabatan Kerja
Raya Negeri Johor diperuntukkan sebanyak RM143.45 juta yang mana
sebahagian besar adalah untuk pembinaan jalan dan jambatan negeri serta
bangunan kerajaan.
173. Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar diperuntukkan sebanyak
RM35.99 juta, di mana sejumlah RM20.25 juta adalah untuk projek pengairan dan
saliran manakala selebihnya untuk projek-projek perikanan, pertanian dan
perkhidmatan veterinar. Perbelanjaan lain yang mendapat peruntukan besar
adalah Jabatan Agama Negeri Johor yang diperuntukkan sebanyak RM21 juta,
bagi tujuan pendidikan agama, pembinaan sekolah-sekolah agama dan programprogram
pembangunan ummah.
[ 43 ]
174. Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerima peruntukan berjumlah
RM11.61 juta. Sebanyak RM9.20 juta untuk membantu penguasa-penguasa
tempatan melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan mereka
manakala baki sebanyak RM2.41juta adalah untuk pembinaan dan
penyelenggaraan rumah-rumah rakyat. Sementara itu sebanyak RM31 juta
disediakan untuk pejabat-pejabat daerah dan tanah. RM9.33 juta disediakan
untuk projek-projek pembangunan perhutanan dan pelancongan.
v. Tabung Amanah Warisan Negeri Johor
175. Tabung Amanah Warisan Negeri Johor masih melaksanakan aktiviti-aktiviti
pelaburan untuk menjanakan pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Daripada
jumlah modal sebanyak RM390.4 juta, nilai kumpulan wang Tabung Amanah
Warisan Negeri Johor sehingga akhir tahun 2009 mencatatkan penurunan
kepada RM301.65 juta. Keadaan ini adalah berikutan dari kelembapan ekonomi
semasa menyebabkan kejatuhan dalam nilai pelaburan Tabung dan menjadikan
kerugian terkumpul berjumlah RM88.75 juta.
176. Sehingga akhir September 2010, Tabung telah berjaya merekodkan
jumlah keuntungan bersih sebanyak RM11.03 juta. Sehingga akhir 2010 dan
tahun 2011, pasaran dijangkakan adalah tidak menentu dan penuh cabaran.
Indeks komposit mengalami sedikit peningkatan pada awal tahun tetapi ia tidak
kekal lama. Oleh itu, pengurusan Tabung akan terus mengambil langkah berhatihati
dan mengambil pendekatan sederhana supaya pelaburan yang dijalankan
memberi pulangan yang baik.

F. PENUTUP

Yang Berhormat Dato' Speaker

177. Apa yang dirangka dan dibentangkan di dewan yang mulia ini adalah
visi kerajaan dalam memenuhi aspirasi dan harapan rakyat. Pembentangan
bajet sebegini rupa, sarat dengan pembangunan dan pembelaan untuk
rakyat, tidak kira sama ada di bandar mahupun desa, dewasa mahupun
[ 44 ]
muda, telah dibolehkan oleh pengurusan kewangan negeri yang cekap dan
berhemat selama ini.
178. Sekalipun berada dalam suasana ekonomi yang amat mengekang,
kewangan negeri diurus dengan berhemah sekali gus sentiasa berada dalam
keadaan yang kukuh. Keupayaan ini membolehkan Kerajaan Negeri Johor
pimpinan Barisan Nasional tetap teguh dan mampu mengharungi cabaran,
mengurus negeri dengan cekap, malah sentiasa mengotakan janjinya
membawa kesejahteraan kepada rakyat. Sesungguhnya kerajaan negeri
tetap meletakkan kepentingan rakyat di hadapannya dalam apa jua keadaan
sekalipun.
179. Rekod pemerintahan sekian lama kerajaan Barisan Nasional di negeri
ini telah membuktikan bahawa tidak sekalipun, malah dalam keadaan apa
sekalipun, kepentingan rakyat pernah diabaikan. Walaupun kita menempuh
dua kali kemeleseatan ekonomi dalam tempoh lebih kurang 15 tahun ini,
yang turut menyebabkan hasil negeri merosot sebanyak 16 peratus, kerajaan
negeri tidak sedikitpun mengurangkan perbelanjaan pembangunannya.
180. Pembangunan tetap diteruskan sebagaimana dirancang supaya kesan
daripada kemelesetan ekonomi tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat
terutama sekali di pekan-pekan dan di luar bandar. Saban tahun kerajaan
negeri menumpukan usaha menaikkan taraf hidup rakyat melalui peruntukan
dalam lingkungan RM180 juta hingga RM200 juta setahun. Ia melibatkan
pelbagai program pembangunan termasuk pembinaan jalan negeri, jalan
kampung, kemudahan di kampung baru, penyelenggaraan parit, sungai,
bantuan industri asas tani untuk pekebun kecil, sektor industri kecil dan
sederhana, membina masjid dan surau serta sekolah agama.
181. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2006 hingga tahun 2009, Kerajaan
Johor telah membiayai sendiri pelbagai projek pembangunan bernilai RM813
juta termasuk membina 29 sekolah agama, membina 2,545 kilometer jalan
kampung, menaik taraf serta menyelenggarakan jalan-jalan yang ada di
peringkat negeri dan juga di kampung.
[ 45 ]
182. Sekiranya kerajaan negeri tidak membuat sebarang perbelanjaan
pembangunan di antara tahun 1998 hingga 2009, kita akan mencatatkan
lebihan purata RM104 juta setahun dalam akaun semasa. Jika dikumpulkan
selama 12 tahun, maka Akaun Hasil Disatukan Negeri akan mencatatkan
lebihan berjumlah RM1.2 bilion.
183. Kerajaan Negeri Johor adalah sebuah kerajaan yang prihatin dan peka
dengan hal rakyat, kesejahteraan rakyat. Apalah gunanya wang simpanan
berbilion, sedangkan rakyat tidak mendapat pembelaan, lebih-lebih lagi
dalam hal yang berkaitan dengan keperluan asas.
184. Perbelanjaan-perbelanjaannya bukanlah dibuat secara sewenangwenangnya
tanpa kawalan, tapi memenuhi kehendak dan juga keperluan
semasa sejajar pembangunan holistik untuk rakyat Negeri Johor.
185. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan yang
mendalam kepada rakyat Johor yang amat amat sedar mengenai
kepentingan masa depan mereka, dan terus memberikan sokongan kepada
kerajaan untuk meneruskan misi kesejahteraan rakyat ini.
186. Kerajaan juga amat menghargai komitmen para pegawai dan
kakitangannya dalam menjalankan tugas serta peka dengan tanggungjawab
masing-masing. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan dan
perlindungan Allah serta diberi petunjuk dan hidayah-Nya untuk mencapai
tahap negeri yang dilimpahi kebaikan dan beroleh naungan serta
keampunan-Nya. InsyaAllah.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

sumber: http://www.johordt.gov.my/doc/pdf/Ucapan-Bajet-Negeri-Johor-2011.pdf











PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 03 Dec 2010 09:26 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Keratan akhbar: Harga munyak

Posted: 03 Dec 2010 09:50 AM PST

Bacalah sendiri, dapat dari rakan FB.

BN Barang Naik: Minyak naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 07:54 AM PST

Aku tak buka berita tadi, penat sangat balik dari kerja. Terbangung tgh malam buka FB, ada rakan posting tentang kenaikan harga minyak, gula dan gas.

Tapi aku boleh agak apa pak menteri tu nak kata.

"Harga minyak dan gula masih lagi murah berbanding negara-negara lain... ini tidak membebankan rakyat.."
Agak aku lah pak menteri cakap macam itu.

Lupa pulak aku nak tanya, harga kereta di Malaysia antara yang mahal berbanding dengan harga di Thailand. Tidak pulak pak menteri nak komen.

Itu belum lagi bab tol, gaji pak menteri, elaun pak menteri... kenapa tak nak potong elaun tu. Aku ni mana ada elaun, kerja pun dengan swasta. Ada elaun sikit dah kena bayar cukai.

Nampaknya rakyat bak kata orang Utara, tang mana pun dok kena.

Berkatalah Sadiq Sigaraga." Apa lagi bala nak datang"

Lepas ini apa lagi yang nak naik. Yang turun cuma hujan aje... yang lain Barang Naik a.k.a BN Umno

Kita tunggu aje lah... Pencapaian diutamakan Rakyat didahulukan

PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 03 Dec 2010 09:08 PM PST

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Jaulah Tarbawi Pemuda Pantai

Posted: 03 Dec 2010 03:44 AM PST


Pemuda PAS Lembah Pantai akan mengadakan Jaulah Tarbawi Pemuda pada 3 - 5 Disember ini ke Kedah. Antara aktivitinya ialah melawat keluarga mangsa Memali, sesi dialog bersama PAS Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah, melawat Madrasah Tarbiyatul Awladiyyah Darul Ulum dan banyak lagi.

Jaulah beserta pengisian yang julung-julung kali diadakan ini bakal memberi banyak ilmu dan manfaat kepada peserta. Semoga semua peserta yang akan menyertai Jaulah ini dilindungi dan diberkati oleh Allah perjalan pergi, semasa dan pulang. Allahuakbar!!!

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 03 Dec 2010 09:08 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Gesa Prihatin Kebajikan Muallaf Sabah

Posted: 03 Dec 2010 08:54 PM PST


Kota Kinabalu – Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu memberikan sokongan moral kepada rombongan seramai 40 orang muallaf yang berlepas ke semenanjung untuk tujuan lawatan ke beberapa beberapa lokasi pondok pengajian dan institut pengajian Islam.

Lawatan rombongan muallaf ini atas kerajasama tajaan Yayasan Amal dan JAKIM yang merupakan program kali ke dua seumpamanya diadakan.

Lahirul ketika mengiringi rombongan tersebut di terminal 2 berkata lawatan tersebut merupakan satu usaha yang baik untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka melihat suasana Islam yang sebenar di sana nanti.

Beliau berkata, Pemuda PAS sangat prihatin dengan kebajikan golongan muallaf di Sabah yang masih memerlukan perhatian dari sudut pendidikan asas seperti ilmu fardu ain.

"sehingga ke hari ini masih terdapat sebahagian besar golongan muallaf yang telah memeluk Islam bertahun lamanya tetapi masih mengamalkan budaya pagan dan animisme"

Jelas Lahirul, situasi golongan muallaf di Sabah sangat berbeza dengan situasi golongan muallaf di tempat lain kerana ia melibatkan nasib umat Islam di Sabah ini yang sebelum ini dipandang remeh oleh pemimpin Umno.

Kebanyakkan golongan muallaf di sini hidup dalam keadaan miskin dan tinggal jauh di kawasan kampung-kampung yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti seperti air, elektrik dan jalan raya.

Selain itu kata Ketua Penerangannya Salman Amin, dengan bantuan prasarana yang sangat daif dan tidak diberi perhatian, apa yang membimbangkan juga iaitu dakyah dari golongan misionari yang bergerak aktif.

"Antara masalah yang dikenal pasti dihadapi oleh golongan ini iaitu tenaga pengajar yang tidak mencukupi disamping kelas-kelas penggajian agama yang sangat daif, jelas Salman.

Tambah Salman, kita tidak mahu sejarah hitam berulang lagi apabila kemasukkan Islam secara beramai-ramai masyarakat bumiputera ketika pemerintahan Tun Datu Mustapha yang tidak ada tindakan susulan akhirnya mereka kembali kepada agama lama mereka.

"Saya menerima respon daripada pihak yang prihatin dengan golongan muallaf ini agar dilantik seorang speaker dari kalangan mereka untuk bercakap di parlimen agar suara rintihan mereka didengar oleh pemimpin Negara ini"

Sehubungan dengan itu kata Salman, Pemuda PAS akan akan menggerakkan usaha untuk memberikan kesedaran kepada semua pihak akan tanggungjawab menjaga kebajikan golongan muallaf yang juga saudara seakidah mereka.

"Kita akan bertemu dengan pelbagai pihak dari kalangan pendakwah berpengalaman, NGO dan badan kerajaan agar usaha ini mendapat sokongan dari semua umat Islam di Sabah"

PAS Kawasan Miri

Posted: 03 Dec 2010 07:34 PM PST

PAS Kawasan Miri


Orang Bukan Islam Yang Amanah Lebih Baik Dari Orang Islam Yang Tidak Jujur Dan Tidak Adil.

Posted: 03 Dec 2010 03:51 PM PST

BN Government pride is a corrupt pride and therefore a false pride
Nik Aziz: God-fearing Chinese is more noble than corrupt Malay

PAS' no-nonsense spiritual adviser Nik Aziz
"A Chinese who is fearful of God is far more noble than a Malay who indulges in corruption, oppression, betrayal and so forth. No matter how high the songkok is on his head, without the fear of God, he is worthless."


DayakBaru Thoughts
I agreed 100% with Tok Guru Nik Aziz. This set me to understand why so many people do not like Sarawak Chief Minister because he is totally corrupt and with all the bomoh around him how can he fear god. I repeat what Tok Guru said of such a person " he is worthless". He only knows how to put fear into the YBs and some voters through his money. I am sure Tan Sri Jabu fear Taib very much. Jabu depended on Taib for his living. Taib said "I am the Government". False pride indeed, when Taib says "I am the government". In a sense he is but through evil ways. It brings my thought to SPDP, with 5 YBs rebelling against the party leadership and yet they continue to stay around. I must say, the 5 is staying around and maybe to be reappointed to stand as SPDP candidate in the coming election against Mawan personal wish. But then Mawan fear Taib, as the Chief Minister can easily destroy his party.
What will Taib do if there is mutiny in PBB?
Imagine if the same thing happen in PBB, where 5 of its YBs conduct a mutiny against Taib. What do you think Taib will do? I am sure Taib will not select the 5 YBs from representing PBB in the coming election. But for SPDP Mawan, Taib may just twist his arms because Taib has evil leadership. PRS is finding it hard to even decide on its Pelagus seat because of Taib. But then if leaders like Mawan and Masing continue to think of their personal well being and not that of the people they represent, Taib will prevail. If PRS and SPDP is really a political party with integrity, then we will not see the 5 Ybs recontesting and also Larry will not be in Pelagus.
Do you have any reason to believe that Dr. James and Mawn will dare to defy Taib in the coming election?
For Pakatan Rakyat Change WE Must approach, it is the correct time to make the change. It is correct for both PRS and SPDP to make the change and take over the government of Sarawak in coalition with Pakatan Rakyat.
Fear God
PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (pic) has reminded that a person's race was worthless in the eyes of Islam, and that one was only judged by one's fear of God. "A Chinese who is fearful of God is far more noble than a Malay who indulges in corruption, oppression, betrayal and so forth. No matter how high the songkok is on his head, without the fear of God, he is worthless," he said in a statement. He was responding to the strong reactions over the purported decision by Pakatan Rakyat to appoint DAP's Lim Kit Siang as a deputy prime minister. According to Nik Aziz, anyone can become a leader, "including Lim Kit Siang and whoever else", as long as he was a pious Muslim.
A pious non-Muslim is better then a corrupt Muslim
"A non-Malay Muslim who is pious will be more beneficial to the country than a Malay who is corrupt," he stressed.
The Kelantan Menteri Besar however questioned whether the media frenzy over the issue was a sign that the curtain was finally being drawn on Barisan Nasional. "To me, this is no more than a sign that UMNO and Barisan Nasional are on their death bed and have no chance of recovery. Praise to God, even the UMNO-controlled media have realised this," he said.
UMNO/BN is chronically ill and dying
UMNO mouthpiece Utusan Malaysia recently reported that Opposition Leader Anwar Ibrahim had agreed to appoint the veteran DAP politician as a deputy prime minister should Pakatan Rakyat win the impending general election.
Nik Aziz said the euphoria generated by the report showed that the ruling party was chronically ill and dying.
Giving the analogy of distribution of one's inheritance, Nik Aziz said it was not always the case that "such questions of inheritance would be debated when a person is healthy". "Issues of inheritance are usually debated when someone is on his death bed or is already dead," he added. 'What else is new?' Nik Aziz also clarified that there had been no discussion or decision made regarding the appointment of a deputy prime minister. "What else is new with the UMNO media?
"Not long ago, they misquoted a phrase I used, 'Plastic Islam', as 'Palestinian Islam'. Misquoting and misreporting is a norm in UMNO-owned media," he added.
The rise and fall of Malay do not depend on UMNO
On the angry reactions from UMNO leaders over the report, Nik Aziz reminded that the rise and fall of Malays in the country did not depend on UMNO. "Is UMNO the only party defending the Malays? Is the Malay race sovereign only upon the blunt keris of UMNO, and that they would fall when UMNO falls?" He reminded that UMNO had once surrendered the post of Chief Minister in Penang to Gerakan, even though the UMNO dominated the state assembly then."Where was ketuanan melayu? Hidden in UMNO's tall songkok? "At that time, where were those professors and so-called intellectuals to comment on 'ketuanan melayu'?" asked Nik Aziz, referring to earlier condemnations from UMNO leaders over the speech by Parti Keadilan Rakyat president Dr Wan Azizan Wan Ismail, urging Malays to become a "dignified race" rather than harping on 'Ketuanan Melayu' (Malay supremacy). He said when former prime minister Dr Mahathir Mohamad once called for Malaysians to ignore one's origin for the sake of 1Malaysia, there were no calls for him to be expelled from the country. "Isn't ignoring one's origin tantamount to ignoring 'ketuanan melayu'?"
- Harakahdaily

Noted: Tok Guru Nik Aziz has been appointed as the 5th. Chief Minister of Kelantan Darulnaim on 22nd. October 1990 at 8.00 pm to replace former Menteri Besar from the ruling government i.e. Barisan Nasional. He got the biggest majority during the national election for Kelantan. As an emerging Islamic and transformational leader, Tok Guru Nik Aziz has cut off 40% of his salary to be given to the savings of Kelantan PAS "(dia dah buat penjimatan sejak lama dulu dah..)". He also did not accept any allowance provided for him during Hari Raya (the celebrating holiday in Islam). Tok Guru also warned all the elected exco and state assembly members to reject any prize given to them by any people. He felt that the prize given can be considered as misconduct or bribery that could led to corruption.
PS: Apa yang kita baca diatas menujukkan bahawa bila orang Islam menunjukkan tingkah laku dan akhlak mulia seperti yang diajurkan oleh junjungan besar kita Rasullullah saw maka orang bukan islam sendiri pun boleh menilai kebaikan yang Islam tunjukan melalui akhlak yang mulia. Lihatlah kehidupan Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, hidup sederhana dan berjiwa rakyat, pemimpin macam inilah yang kita mahu memimpin negara kita, dia lebih penting rakyat dari pentingkan diri sendiri. Bah mari kita merubah dari BN ke PAS dan PAKATAN Rakyat.

BN = Bila Naik? Baru Naik !!!! BN terus menindas Rakyat

Posted: 03 Dec 2010 02:30 PM PST

BN zalimi rakyat marhaen
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.
Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.
"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.
"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.
Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi 4hb Disember 2010.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.
Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.
Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.
"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.
"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.
Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.
Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban. "Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya. Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini. Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

PS: Belum lagi pilihanraya umum ke 13, BN dengan rangkus & bongkak naikan harga barang keperluan kita, apa lagi kalau mereka masih perintah Malaysia selepas PRU13 nanti, sudah pasti semua barang keperluan harian akan terus meningkat dan rakyat marhaen akan terus menderita dan orang kaya akan bertambah kaya. Adakah rakyat Malaysia yang mempunyai akal fikiran yang waras masih lagi bagi peluang pada BN untuk terus perintah Malaysia??? Bah mari kita mengubah dari BN kepada Pas & Pakatan Rakyat. Semoga kita semua bebas dari jajahan BN.

Harga Petrol Naik Lagi!!! Satu Hadiah BN utk Sambut Tahun Baru

Posted: 03 Dec 2010 03:17 AM PST


4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi
Dec 3, 10 5:07pm
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.
Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

PS: Inilah hadiah yang Rakyat dapat setelah sekian lama memberi peluang kepada BN perintah Malaysia....Skrg masanya rakyat fikir sendiri apa yang BN telah lakukan untuk kebajikan rakyat...Bah mari kita berubah sokong PAS dan PAKATAN Rakyat

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 03 Dec 2010 07:15 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Selamatkan Hak Rakyat Selangor

Posted: 02 Dec 2010 08:08 PM PST











  1. Apakah tujuan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha penyusunan semula industri air di Selangor?
    • Kerajaan Negeri Selangor berhasrat menyusun semula perkhidmatan industri air di Selangor secara bersepadu (holistik), bagi memastikan empat syarikat konsesi yang sedia ada digabung menjadi sebuah badan yang diberi lesen mengoperasi untuk mengurus perawatan dan penyaluran air bersih ke seluruh Selangor.

    • Syarikat tunggal air ini beroperasi dalam kawalan Kerajaan Negeri Selangor.

    • Kerajaan Negeri Selangor berhasrat meningkatkan kecekapan industri air, mengurangkan tarif sehingga 24 peratus dan mengekalkan dasar pemberian air percuma sehingga 20 meter padu.

  2. Bagaimanakah usaha ini dapat disesuaikan dengan rancangan Kerajaan Persekutuan?
    • Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 yang diluluskan Parlimen bertujuan memiliknegarakan kesemua aset air di negeri-negeri di Semenanjung.

    • Rancangan ini kemudian menyerahkan semula aset yang berkaitan air kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi yang dilantik – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

    • Kerajaan Negeri Selangor memiliki 70 peratus aset air negeri, manakala baki 30 peratus dimiliki syarikat konsesi air persendirian.

    • Jika pengambilalihan ini berjaya, maka semua aset air Selangor menjadi milik Kerajaan Persekutuan, namun lesen untuk beroperasi diberikan kepada pihak lain.

  3. Apakah cadangan Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha penyusunan semula industri air secara bersepadu?
    • Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kesemua aset syarikat-syarikat konsesi tersebut, dan membayar ekuiti pelaburan mereka pada kadar 12 peratus setahun. Jumlah ini dijangka menjadi RM5.7 bilion (iaitu nilai aset berjumlah RM4.6 bilion, nilai ekuiti bernilai RM1.1 bilion).

    • Jika cadangan ini diterima, barulah Kerajaan Negeri Selangor memindahkan RM4.6 bilion nilai aset syarikat-syarikat konsesi, dan RM9.7 bilion nilai aset air milik Kerajaan Negeri kepada PAAB.

    • Hasil daripada jualan aset berkaitan air itu nanti, Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima RM14.3 bilion dalam bentuk tunai dan bon daripada Kerajaan Persekutuan.

    • Kaedah khusus untuk mencapai tujuan ini hanyalah menerusi penubuhan badan korporat yang bertanggungjawab untuk menggabungkan kesemua empat syarikat konsesi ("special-purpose vehicle"). Kerajaan Negeri memiliki saham dalam syarikat-syarikat tersebut dan dengan yang demikian mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam urusan penggabungan tersebut.

    • "Special-Purpose Vehicle" itu meliputi pemberian lesen untuk mengoperasi industri air di Selangor, dan memajakkan aset air yang dimiliki oleh PAAB untuk beroperasi di peringkat negeri.

  4. Mengapakah perlunya penyusunan semula ini dilakukan dengan segera?
    • Memang sangat perlu bagi kita untuk mengerakan penyusunan semula kerana menurut perjanjian konsesi, Syabas dijangka menaikkan tarif air sehingga 31 peratus.

    • Walaupun, jika setelah Kerajaan Persekutuan memberikan semula lesen mengoperasi kepada Syabas (yang dibantah oleh Kerajaan Negeri Selangor), ia tidak menaikkan tarif air, namun, perbezaan kadar tarif terpaksa ditanggunggung oleh Kerajaan Negeri yang pastinya tarif itu dibayar oleh rakyat Selangor juga.

  5. Apakah yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mensabotaj rancangan Kerajaan Negeri Selangor?
    • Dua hari sebelum tawaran Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat konsesi berakhir, Kerajaan Persekutuan melalui badan penyelarasnya Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), ada mengumumkan yang Kerajaan Persekutuan hendak menggagalkan usaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan rundingan terus dengan syarikat-syarikat konsesi.

    • Tawaran-tawaran Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat konsesi tersebut dengan jelas merupakan sabotaj oleh sebab mereka memberi tawaran harga yang tinggi kepada syarikat-syarikat tersebut, berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.

    • Alasan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan Negeri Selangor dengan sengaja melewat-lewatkan proses rundingan, walhal yang sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa memberikan maklumat kepada Kerajaan Persekutuan berhubung dengan setiap perkembangan yang berlaku.

    • Sebagaimana yang dijangka, semua empat syarikat konsesi sudah menolak tawaran daripada Kerajaan Negeri Selangor

  6. Mengapakah tawaran Kerajaan Persekutuan kepada syarikat-syarikat konsesi dianggap sebagai penyelamat atau "Bail-Out" Barisan Nasional terhadap kronin-kroninya?
    • Kerajaan Persekutuan, dengan cara membayar wang kepada syarikat-syarikat konsesi dalam jumlah yang meragukan banyaknya, dengan jelas merupakan bayaran penyelamat kepada syarikat-syarikat konsesi yang sedang menanggung hutang yang sangat banyak.
    • Selepas WSIA 2006 ditandatangani, akaun syarikat konsesi didapati membayar dividen yang banyak kepada pemegang saham. Jumlah dividen yang besar ini amat tidak berpatutan keranma syarikat-syarikat berkenaan sedang menanggung hutang yang besar.

    • Ketua Pegawai Eksekutif –CEO– Puncak Niaga ternyata sudah dibayar gaji sebanyak RM5.1 juta sepanjang tahun 2007, manakala elaun pengurusan bulanannya sebanyak RM700,000. Sekiranya syarikat tersebut sedang menanggung hutang yang banyak, mengapakah masih membayar gaji yang sangat tinggi kepada CEO?

    • Kerajaan Persekutuan masih terus menolong syarikat-syarikat kroni Barisan Nasional. Syabas didapati menaja Perhimpunan Agung Tahunan UMNO, termasuk tahun 2009.

  7. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor mesti dilibatkan dalam proses penyusunan semula industri air?
    • Fasal 191(4) dan Fasal 191(7) Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 mengkehendaki Kerajaan Negeri dilibatkan dalam proses rundingan, sebagai imbalan balik terhadap perjanjian konsesi yang ditandatangani dengan syarikat-syarikat konsesi.

    • Dalam keputusan mesyuarat Kabinet pada 16 Januari 2008, dipersetujui supaya Kerajaan Negeri, menerusi anak syarikat Kerajaan Negeri Kuampulan Darul Eksan Berhad (KDEB), mengetuai rundingan bagi proses penyusunan semula industri air.

    • Keputusan Kabinet itu belum dibantah, dan belum ada keputusan Kabinet yang mempertikaikannya. Justeru itu, Kerajaan Negeri masih perlu dilibatkan. Pengecualian daripada hal ini dianggap menyalahi undang-undang.

    • Daripada segi undang-undang, Kerajaan Negeri mempunyai hak penuh terhadap air mentahnya. Usaha untuk meminggirkan Kerajaan Negeri dilihat tidak bijak dan bukan idea yang praktikal kerana mahu tidak mahu Kerajaan Negeri mesti dilibatkan sebagai penyelesaian terhadap industri air.

    • Lebih daripada 70% aset air di Selangor masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor, termasuk yang diuruskan oleh syarikat-syarikat konsesi sekarang.

    • Dalam perjanjian konsesi, semua aset yang berkaitan air mesti dipindahkan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor. Jika syarikat-syarikat memindahkan aset ini kepada Kerajaan Persekutuan, ia dianggap melanggar perjanjian kerana tidak menyerahkan semula aset kepada Kerajaan Negeri.

  8. Apakah yang diminta oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada Kerajaan Persekutuan?
    • Kerajaan Negeri Selangor meminta Kerajaan Persekutuan supaya menamatkan perjanjian konsesi dengan Syabas, kerana Syabas tidak diurus dengan betul, dilihat terlibat dalam amalan rasuah, melanggar perjanjian dan tidak cekap dalam hal melaksanakan perkhidmatan kepada rakyat Selanmgor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut Kerajaan Persekutuan supaya melaksanakan kuasanya menerusi WSIA 2006.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya ia meneruskan usaha penyusunan semula dengan syarikat-syarikat konsesi, menurut keputusan asal Kabinet dan sejajar dengan semangat dalam WSIA 2006.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya lesen mengoperasi tidak diberikan semula kepada Syabas tetapi diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

    • Kerajaan Negeri Selangor menuntut supaya Kerajaan Persekutuan melakukan tindakan yang sewajarnya. Jikalau Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor boleh bekerjasama, maka isu yang berlarutan ini dapat diselesaikan dengan segera tanpa menjadi isu yang boleh dipolitikkan.

  9. Apakah pilihan yang ada di pihak Kerajaan Negeri selangor sekiranya situasi ini menemui jalan buntu?
    • Kerajaan Negeri sudahpun berbincang dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dan situasinya di sini nampaknya menemui jalan buntu.

    • Kerajaan Negeri Selangor sudahpun mengemukakan cadangan untuk pertimbangan Menteri berkenaan, tentang rancangan penyusunan semula industri air Negeri dan sedang menunggu maklum balas daripada beliau.

    • Sekiranya usaha ini masih gagal, maka Kerajaan Negeri Selangor tiada pilihan lain kecuali mengambil tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Persekutuan.

Seruan ke Himpunan dan perarakan aman membantah kenaikan air SYABAS...

Posted: 02 Dec 2010 08:03 PM PST

Ayuh semua beramai-ramai ke Himpunan dan perarakan aman penyerahan memorandum bantahan kenaikan harga air kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Kita Solat Zohor berjemaah terlebih dahulu dan kemudian Solat Sunat Hajat dan seterusnya bersama menuju ke Istana Negara secara aman bersama pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang insya Allah akan diketuai oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor dan para exco, ADUN, MP dan pimpinan parti-parti pakatan rakyat.

Kehadiran anda, sumbangan kepada perjuangan mengembalikan hak dan keadilan untuk rakyat...



Lain-lain paparan akan diupload dalam masa terdekat...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Dec 2010 03:36 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PROJEK E-BOOK BERMISTERI LAGI KRONIK

Posted: 02 Dec 2010 06:37 PM PST

Oleh : Dr. Syed Azman Syed Ahmad

"Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Kerajaan negeri akan merakyatkan program buku elektronik dengan menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membekal komputer riba kepada 25,000 orang pelajar." Begitulah kata-kata Dato' Sri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang merupakan pencetus idea penggunaan e-Book semasa membentangkan bajet tahunan 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Genap sebulan yang lepas saya telah mengemukan soalan di Dewan Undangan Negeri tentang kewajaran Kerajaan Terengganu memperuntukkan jumlah yang amat besar bagi projek e-Book bagi membekal komputer riba kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 di seluruh negeri.

Dalam jawapan beliau kepada saya, Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said secara angkuh membidas saya) yang menurutnya tidak pernah bersetuju dan dengki dengan apa yang dibuat kerajaan negeri walaupun ia jelas menampakkan kejayaan. Katanya lagi, kerajaan negeri berani berbelanja untuk sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat Terengganu seperti perlaksanaan program e-book atau buku elektronik kepada pelajar sekolah dan juga guru walaupun ia dikatakan sebagai membazir oleh pihak lawan (PAS).

Saya bangun mencelah dan menyatakan kepada Menteri Besar bahawa "tidak timbul soal dengki atau sekadar membangkang sedangkan kita semua rakyat Terengganu dan mempunyai tanggungjawab yang besar bagi membangun serta melihat kejayaan negeri Terengganu". Isu pokoknya apakah pihak kerajaan Terengganu telah membuat kajian mendalam mengenai perlaksanaan projek yang amat besar ini?

Ini di tambah dengan anggaran keseluruhan projek e-Book ini sahaja telah mencecah hampir RM100 juta dan dijangka meningkat berlipat kali ganda lagi. Lihat sahajalah perbelanjaan yang telah di keluarkan setakat ini;

Pembinaan kilang 'design & build' - RM7.95 juta
Budget pembelian e-Book 2009 - RM30 juta
Budget pembelian e-Book 2010 – RM25 juta
Budget tambahan pembelian e-Book Ogos 2010 – RM25 juta

Anggaran jumlah keseluruhan yang telah di belanjakan sepanjang tahun 2008-2010 sahaja adalah RM 87.95 juta. Namun persoalan yang selalu timbul di naluri hati saya adalah apakah projek ini di urustadbir dengan telus dan berhemah? Bagaimana pula kos keseluruhannya yang akan di tanggung oleh kerajaan negeri? Dan apakah pula pulangannya kepada rakyat Terengganu yang rata-rata susah dan miskin?

Namun jangkaan negatif saya menjadi kenyataan apabila saya telah dibekalkan melalui pos laju satu set laporan Audit Pengurusan Anak Syarikat Top IT Industries Sdn. Bhd. yang di sediakan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu. Isi kandungannya adalah amat mengejutkan! Amat menggerunkan serta amat memalukan!

Antara lain laporan itu menyebut; "pada pendapat audit, aktiviti projek e-Book kurang memuaskan kerana;
1. tiada perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian
2. berlaku kelewatan penghantaran
3. kadar murid yang membawa eBook ke sekolah adalah amat rendah
4. berlaku kecuaian memilih pembekal perisian sistem,
5. kerosakan e-Book

Tiada perjanjian! Bayangkan projek sebesar ini tidak ada sebarang perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian. Lebih mengejutkan lagi kilang bernilai lebih hampir RM 8 juta ini menurut semakan audit "mendapati pelan banguunan kilang belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bangunan kilang belum lagi memperolehi Sijil Akaun Kelayakan Menduduki (SAKM) daripada pihak berkuasa Majlis Bandaraya. Bagaimanapun, bangunan telah digunakan untuk menjalankan operasi."

Lebih menggerunkan lagi apabila laporan audit ini mendapati "Berdasarkan laporan juruperunding arkitek pembinaan kilang, mendapati kebocoran pada dinding, steel column dan dinding batu bata. Lawatan audit ke bangunan kilang pada 15hb Mac 2010 mendapati kesan retak yang serius yang sedang dalam pembaikan oleh kontraktor.."

Bayangkan kilang yang telah beropersi hampir dua tahun tidak mendapat keluluusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tidak ada CF sedangkan lebih 60 orang pekarja telah menjalankan tugas dalam keadaan nyawa mereka sentiasa terancam dengan menanggungung risiko kemungkinan keruntuhan bangunan kilang. Siapakah yang akan bertanggungjawab dalam hal ini semua?

Lebih memalukan lagi apabila laporan Audit ini menndapati "semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempoh Januari 2010 sehiingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan di hantar ke kilang untuk dibaiki. Daripada jumlah tersebut seramai 609 murid dikehendaki membayar diantara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut tidak termasuk dalam jamina kerosakan selama setahun. Kadar kerosakan adalah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book".

Yang amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempoh kurang satu tahun selepas pemberian kepada murid-murid dan kadar kerosakan 14% merupakan kadar yang amat tinggi dan ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan adalah amat tidak bermutu.

Lebih memalukan lagi apabila kilang yang diwarwarkan oleh Menteri Besar "bahawa kerajaan dengan kerjasama syarikat klogomerat Intel telah siap membina kilangnya di kawasan Perindustrian Gong Badak yang mula beroperasi bagi pemasangan komputer riba untuk dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara".

Realitinya, tidak ada operasi bagi pemasangan komputer riba untuk dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara. Yang ada hanya pekerja-pekerja yang bekerja mengisi perisian-perisian 'software' e-Book yang di impot dari China berbumbungkan sebuah kilang yang pada bila-bila masa berkemungkinan boleh runtuh seperti runtuhnya Stadium Sultan Mizan yang tersergam indah kabar dari rupa. Wahai rakyat Gganukite bagnkitlah menentang kepincangan dan salahurus di negeri tercinta ini, janganlah jadi seperti pak pandir...

TRANFORMASI BUAT RAKYAT MIMPI, REFORMASI YANG PERLU DIHAYATI

Posted: 02 Dec 2010 06:13 PM PST


Lihatlah senarai projek permulaan (EPP) yang ditandatangani sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Program transformasi bukan mimpi, projek mana satu merupakan program pembasmian kemiskinan?

Syarikat Jerman, LFoundry menempatkan dan melabur lima loji Fabrikasi Wafer di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan permulaan RM214 juta dan pelaburan keseluruhan RM1.9 bilion.
Pemborong dan pengusaha peruncit tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd melabur RM1 bilion bagi membuka 14 cawangan baru dalam tempoh tiga tahun.
St Regis, jenama antarabangsa dalam bidang hospitaliti bertaraf enam bintang membina hotel 208 bilik dan 160 unit kediaman di KL Sentral membabitkan pelaburan RM1.2 bilion.
Syarikat perkhidmatan medan minyak, Schlumberger membuka hab perkhidmatan, Eastern Hemisphere Global Financial Services Hub di Bandar Utama, Petaling Jaya bagi menarik 100 syarikat multinasional untuk menempatkan operasi di Lembah Klang menjelang 2020.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memberi konsesi 25 tahun kepada syarikat pembinaan dan infrastruktur, WCT Bhd untuk membina dan mengendalikan operasi kompleks integrasi di Terminal Tambang Murah (KLIA2), Sepang bernilai RM486 juta.
Syarikat pelaburan Asia Barat, Mubadala bekerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Premium Renewable Energy Sdn Bhd akan membina lima loji minyak bio dalam tempoh lima tahun dengan kos loji pertama RM124 juta di Lahad Datu, Sabah.
Asia e-University dilantik Kementerian Pengajian Tinggi sebagai Universiti Gateway untuk pembangunan pembelajaran dalam talian dan jarak jauh antarabangsa dijangka menghasilkan pendapatan negara kasar (PNK) RM341 juta.
Genting Berhad membina Johor Premium Outlets di Genting Indahpura merangkumi hotel, taman rekreasi air antarabangsa dan pusat beli-belah besar membabitkan pelaburan RM150 juta.
Sebab itu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika menyampaikan syarahan di Universiti Nasional Australia (ANU) pada 15 November 2010 berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri hanya menumpukan perhatian kepada projek mega yang mengenyangkan kelompok kroni UMNO-Barisan Nasional tanpa perincian kepada program untuk membasmi kemiskinan tegar dan projek berteraskan kebajikan rakyat.
Rujukan :
http://anwaribrahimblog.com/2010/12/02/politik-kemiskinan-ala-ketuanan-melayu-umno/

SIBUK KETUANAN MELAYU, PP MENDAHULU

Posted: 02 Dec 2010 06:11 PM PST

RM 800 UNTUK KAKITANGAN AWAM P PINANG
GEORGE TOWN, 2 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu.
"Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini.
Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas.
"Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta," katanya.
Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. – Bernama

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 03 Dec 2010 03:31 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


DPP PUSAT arahkan PEMUDA sertai DEMO!!!!!

Posted: 03 Dec 2010 12:04 AM PST

Salam sahabat semua.
KP pusat telah memberikan arahan. Sayugia diingatkan adalah menjadi kewajipan kepada semua pemuda yang tidak uzur syari'e untuk hadir ke Masjid Negara pada 4 Dis 2010. Buktikan anda adalah pemuda yang akan berjasa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan tarif air
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

"Himpunan itu sebenarnya bertembung dengan Jambori Amal Kebangsaan pemuda PAS, tapi pada mesyuarat lajnah politik Selasa lalu, kita telah mengecualikan pemuda PAS Selangor dan Wilayah menyertai jambori dan minta mereka memberi tumpuan kepada himpunan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor mensasarkan 100 ribu tandatangan rakyat bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Memerandum bantahan yang ditandatangan itu dijangka akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.

Kumpulan bantahan itu juga akan berbaju merah sebagai lambang bantahan mereka.

Mereka juga dijangka bertembung dengan dengan kumpulan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang akan berbaju hitam yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.

POLIS KATA....POLIS KATA HIMPUNAN AHAD 4 DEC 2010 HARAM!

Posted: 02 Dec 2010 11:57 PM PST

Sejak bila pihak keselamatan negaraku yang tercinta berminat untuk memberi permit bagi perhimpunan aman PAKATAN RAKYAT. Jadi tiada apa yang perlu dihairankan apabila chief keselamatan mengumumkan perhimpunan Ahad 4 DEC 2010 ini adalah haram.......
 

Demo Ahad haram, kata polis
Salhan K Ahmad
Dis 3, 10
1:08pm
Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta dua perhimpunan yang akan dilakukan di ibu negara Ahad ini.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tindakan tetap akan diambil terhadap wakil rakyat mahupun pemimpin negeri yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang berlandaskan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganjur dan turut serta dalam perhimpunan haram ini," kata Zulkifli lagi.
Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan berbaju merah itu berkemungkinan bertembung dengan kumpulan NGO antipenyelewengan kerajaan negeri (berbaju hitam) - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) - yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.

NONEKedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, pihaknya sehingga ini belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Tak halang serah memorandum

"Sekiranya perhimpunan ini diadakan, maka ianya adalah perhimpunan tanpa permit polis sepertimana peruntukan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
"Justeru ia merupakan satu perhimpunan haram," kata Zulkifli dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
azlan
Beliau bagaimanapun menjelaskan, polis tidak menghalang tindakan untuk menyerahkan memorandum.

"Tak sepatutnya berlaku sebab pada saya ada cara lain lagi untuk menyampaikan memorandum, tidak melalui perarakan dan perhimpunan.

"Tuan-tuan sendiri tahu, tanpa perhimpunan pun KL akan sesak. Bila sesak akan timbul perasaan marah pemandu dan mungkin akan timbulkan ketegangan dan situasi yang menggugat ketenteraman awam. Itu yang kita hendak elak," katanya lagi.

Katanya lagi penganjur bagi perhimpunan berkenaan akan dianggap menggalakkan perbuatan jenayah

'YB galak perbuatan jenayah'
"Saya kesal ada pemimpin negeri yang sanggup mengajak orang untuk berhimpun dan berarak yang kita tahu ikut undang-undang tak boleh," katanya yang menganggap penganjuran itu sebagai "menggalakkan perbuatan jenayah."

"Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pemimpin negeri atau yang berhormat-yang berhormat," kata ketua polis Kuala Lumpur yang baru itu lagi.

NONETambahnya, maklumat berkenaan penganjuran perhimpunan berkenaan yang diperolehi daripada laman blog dan laporan media menyatakan, salah satu perhimpunan berkenaan diadakan bagi membantah pengurusan air Selangor.

Kumpulan berkenaan akan berhimpun di Masjid Negara dan bergerak ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan ke atas pengurusan Syarikat Air Selangor (Syabas), katanya.

"Kita juga menerima maklumat bahawa terdapat satu kumpulan laun yang akan berhimpun di Stadium Negara dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan dan kelemahan kerajaan Selangor," katanya lagi.
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter


Gajiku Tak Habis Makan 7 Generasi

Posted: 02 Dec 2010 11:46 PM PST

 Kenaikan tarif air 37% vs Tabung Budi.
Syabas telah mengekploitasikan duit subsidi air KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR.
Mengapa CEO syabas masih tergamak makan jutaan RM setahun sedangkan membuat kutipan katanya bermula daripada staff untuk membantu rakyat yang terdesak membayar bil air.
Dimana pemikir korporat SYABAS, setelah PAKATAN RAKYAT SELANGOR memberikan air percuma terhegeh2 mengitup sumbangan rakyat. Apakah pemikir korporat ni sudah mandom, tidak dapat memikirkan satu kebajikan untuk rakyat terbanyak, sekadar menumpang dan mengeksploitasi program kerjaan Selangor.

Apakah tabung budi untuk menjustifikasikan cadangan kenaikan tarif air 37% dan memburukkan kerajaan Selangor.....?

Bersama menghapuskan kezaliman.
Zahirkan bantahan terhadap SYABAS!
Jom ke Masjid Negara Ahad 4 Dec 2010 12 tengahari!!!!!!!!!!!!!!!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gaji RM5.1 juta setahun pengerusi Syabas dipertikai
Malaysiakini

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mempertikaikan gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.

NONEKetua penerangan dewan itu Fadhil Osman berkata pendapatan tinggi itu tidak wajar diperoleh oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air," kata Fadhil.

Dalam satu kenyataan, Fadhil (kanan) menegaskan bahawa air merupakan keperluan asas dan pemberian Tuhan.

"Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah SWT untuk manusia?"

Sehubungan itu, Fadhil mengesyaki tindakan SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37 peratus bertujuan menampung kos operasinya, termasuk bagi membayar gaji pengerusinya.

NONE"Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah.

"Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan perhimpunan besar membantah kenaikan harga air di ibu negara.

Raptai Demo......1,2,3 Hidup Melayu

Posted: 02 Dec 2010 11:33 PM PST

Salam all.........
Ni macam nak buat pentomin ke, persembahan drama ker. siap ada buat rehearsal dulu...ni geng baju hitam aka gagak hitam gamak nya......
 
 
'Baju Hitam' adakan 'raptai' demo dulu
Leven Woon & Jimadie Shah Othman
Dis 2, 10
6:38pm 
 
Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin berkata perhimpunan mereka selepas solat Jumaat esok bertujuan menyerahkan memorandum 'penyelewengan' kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

NONE"Esok hari bekerja. Jika kita boleh dapatkan 2,000 orang, saya percaya jumlah peserta pada hari Ahad akan menjadi dua atau tiga kali ganda," katanya sambil memberitahu mereka akan berarak daripada masjid ke istana negeri.

Ahad ini, kumpulan ini - yang berbaju hitam - berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi perhimpunan anjuran kerajaan Selangor (berbaju merah) menuju ke tempat sama bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

syabasGaps menjangkakan 2,000 penyokong mereka akan turut serta manakala kerajaan Selangor pula mensasarkan 20,000 orang akan terlibat menyokong perhimpunan yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hamidzun menjelaskan, Gaps memutuskan tidak memohon permit polis untuk perhimpunan Ahad ini kerana menurutnya kebebasan berhimpun dijamin dalam perlembagaan.

Bagaimanapun, tambahnya, Gaps sedang menguruskan pertemuan dengan pihak polis bagi membincangkan perkara itu esok.

Ditanya tindakan lanjut mereka sekiranya dihalang pihak berkuasa, Hamidzun berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.

'Baju Merah' sedia 500 'pengawal'

"Orang kita berhimpun dalam masjid. Kamu tidak perlukan permit untuk masuk ke dalam masjid.

azlan"Tetapi jika tidak dibenarkan, kami akan cuba berunding dengan mereka syarat-syaratnya supaya tidak melanggar undang-undang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, penyelaras kempen Air untuk Rakyat Badrul Amin Bahrom berkata, seramai 500 anggota parti pembangkang dan sukarelawan Gerak Kerja Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) dikerah mengawal keselamatan dan lalulintas dalam perhimpunan mereka Ahad ini.

Menurut Badrul Amin, ia melibatkan 200 anggota dan sukarelawan Pikom - unit penerangan kerajaan Selangor, 200 Unit Amal PAS dan 100 Briged Pemuda PKR.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speech"Mereka akan kawal keselamatan semua, bukan hanya menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim, bagi menangani provokasi daripada luar dan dalam," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR juga mengingatkan peserta perhimpunan anjuran kerajaan negeri supaya sentiasa bertenang dan tidak mengganggap kumpulan Gaps sebagai musuh.

"Mereka bukan musuh. Mereka hanya diupah oleh golongan yang berkepentingan. Musuh sebenar kita adalah kroni dan pemimpin Umno," katanya.

Setakat ini, pihaknya belum dihubungi pihak istana atau polis berhubung perhimpunan itu, jelas Badrul Amin.

"Mungkin juga mereka segan hendak menjawab. Maklumlah melibatkan (kerajaan) pusat. Jadi, sukar," kata bekas pensyarah itu.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 03 Dec 2010 03:29 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


4-Dalam-1 Naik Lagi:Undilah BN!!

Posted: 03 Dec 2010 05:08 AM PST

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.


Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.


Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

ATUK 56 CACAT KEDUA TANGAN ROGOL BUDAK 13 TAHUN

Posted: 02 Dec 2010 05:44 PM PST

Saya petik:


[HM] BATU PAHAT: "Saya tahu kamu suka sama suka, tetapi gadis ini masih kecil dan bertaraf cucu kepada kamu. Selagi mangsa berusia bawah 16 tahun, undang-undang negara mengklasifikasikan tindakan kamu sebagai kes rogol.

"Kamu sepatutnya melindungi serta menasihatkan gadis ini dan bukan memujuknya melakukan hubungan seks," kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukum kepada seorang warga emas orang kurang upaya (OKU).

Tertuduh, Mohd Sairi Munajar@Munajat, 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, tertuduh sepatutnya melindungi dan menasihatkan gadis berkenaan daripada melakukan perbuatan negatif, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.

Beliau berkata, kes rogol membabitkan mangsa di bawah umur semakin berleluasa dan hukuman lebih tegas perlu dikenakan sebagai peringatan dan amaran kepada masyarakat.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan kepada tertuduh yang juga seorang tukang kayu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sairi dituduh merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun sembilan bulan di Asrama Pekerja Kilang, Syarikat Berjaya Perniagaan Kayu Kayan T dan Y di Batu 19, Kampung Dalam, Ayer Hitam, di sini, pada jam 11.30 malam, 24 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa di tempat sama antara jam 2 petang hingga 11 malam pada 25 Oktober tahun lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan...... - Ibrahim Isa

TERUBAT RINDU BILA DENGAR SUARA RAJA KATAK

Posted: 02 Dec 2010 05:35 PM PST

... akhir terubat rindu dihati ini bila dapat dengar balik suara orang yang gua pangkah masa PRU lalu untuk jadi wakil rakyat kawasan gua kawasan Pasir Mas...

Brahim Ali mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu "jenayah" kepada orang Melayu.


Dia (gambar) juga menegaskan "Ketuanan Melayu" konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah "Ketuanan Melayu" hanya dicipta ketika 1980-an.

"Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah 'Tuan' Tanah Melayu.

"Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan 'Tuan dan hamba'," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

.

AYAT 190 : PAK LAH, JAMIL & ABDULLAH MD ZIN TAK TAHU RUPANYA

Posted: 02 Dec 2010 04:59 PM PST

Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengecam tindakan Kesavan yang membacakan terjemahan Ayat 190 Surah Ali-Imran. Mungkin depa ni kene dengan balik video Kasevan baca terjemahan ayat 190 tue... jangan jadi jahil murakkab....

baca balik disini http://fadhlibrahim.blogspot.com/2010/11/tafsiran-quran-kesavan-disahkan-tak.html


Berita berkaitan.....
KUALA LUMPUR, 2 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memanggil satu mesyuarat khas malam esok bagi membincangkan penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh perwakilan bukan Islam pada Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Pertemuan itu yang akan dihadiri oleh mufti-mufti dijangka diadakan di Putrajaya.

Difahamkan Jakim akan mengeluarkan garis panduan hasil mesyuarat itu, tetapi tidak dipastikan sama ada akan ada fatwa khas kemudian.

Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad mengesahkan mengenai mesyuarat itu tetapi tidak menjelaskan agenda pertemuan itu.

The Malaysian Insider difahamkan Jakim menghubungi pejabat-pejabat mufti hari ini bagi memaklumkan mesyuarat tersebut.

"Esok malam, kita memang akan ada mesyuarat khas bersama Jakim tetapi tidak dimaklumkan apa agendanya.

"Saya masih belum dapat maklumat mengenai agenda mesyuarat khas esok," kata beliau ketka dihubungi The Malaysian Insider sambil berkata, kemungkinan besar tidak akan dapat menghadiri mesyuarat khas itu kerana ada urusan lain.

Satu lagi sumber memberitahu, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan perkembangan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam ketika Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Sehingga petang ini, usaha mendapatkan pengesahan Jakim belum berhasil.

Difahamkan mesyuarat khas itu akan membincangkan perkembangan Kongres Nasional PKR di mana S Kesavan, perwakilan dari Perak dan Adun Hutan Melintang, yang memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul Ahad lalu.

TENGOK NI DULU SEBELUM HINA KOPIAH & SERBAN TGNA

Posted: 02 Dec 2010 04:40 PM PST

Inilah salah satu serban dan bentuk kopiah kekasih Allah yang Agung Rasulullah SAW

gambar yang ana ambil daripada blogger pencacai UMNgOk yang menghina serban & kopiah Tok Guru Nik Aziz...
apakah itu termasuk dalam suatu penghinaan terhadap sunnah Nabi Muhammad SAW????

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 03 Dec 2010 03:10 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Budak Felda gagal?

Posted: 03 Dec 2010 02:54 AM PST


Kenapa ramai belia Felda gagal ke IPT
Hazayani Zakaria - Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria mendakwa masih ramai belia Felda yang gagal ke menara gading dan terlibat dengan masalah sosial.

Nasir sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam berkata, berdasarkan jawapan sebelum ini, sebanyak enam peratus sahaja daripada anak Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

"Terlalu ramai lagi yang gagal di kawasan Felda. Baru-baru ini dalam mesyuarat telah diputuskan untuk diberi jarum percuma kepada mereka yang terlibat dengan dadah dan ini satu perkara yang perlu dilihat serius oleh pihak Felda sendiri.

"Walaupun diberi angka 76 ribu yang masuk universiti, tapi ratusan ribu lagi yang berada dalam keadaan yang boleh kita pertikaikan moralnya," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai pertubuhan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) yang didakwa diwujudkan ekoran penubuhan Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) oleh PAS.

"Adakah pihak Felda akan bekerjasama juga dengan NGO seperti Anak. Sebab daripada Anak inilah lahirnya Bapak.

"Sebelum ini tak ada Bapak. Tapi menteri tak sebutkan pun NGO Anak ini yang banyak memperjuangkan isu Felda di peringkat kebangsaan," katanya.

Datuk Ahmad Maslan dalam jawapannya bagaimanapun mendakwa Anak baru setahun jagung berbanding pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan di bawah Felda yang lain.

Namun beliau berkata, Bapak akan bekerjasama dengan Anak dalam isu-isu tertentu.

"Anak ni NGO baru setahun jagung berbanding pertubuhan-pertubuhan kita yang lain.

"Bagaimanapun kita melayan Anak. Dalam jawatankuasa bersama, kita akan jemput Anak bersama," katanya.

Sebelum itu, Datuk Lilah Yasin (BN-Jasin) dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan bilangan anak peneroka Felda yang mempunyai ijazah dan berapa pula yang lulus dalam bidang profesional dan usaha yang dijalankan kerajaan bagi menarik minat golongan ini menyumbang ke arah kemajuan peneroka Felda

Isu gaji RM5.1juta

Posted: 03 Dec 2010 02:46 AM PST


Potong gaji pengerusi Syabas, bukan naik harga air
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

Ketua Penerangannya, Fadhil Osman berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.

Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.

DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.

"Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?

"Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?" soalnya lagi.

Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.

Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

insaf

Sepatutnya, tambah beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.

"Rakyat baru mendapat 'hadiah' dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi," ujarnya.

Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.

DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas.

4 dalam 1 : barang naik petrol, diesel, gas, gula

Posted: 03 Dec 2010 02:39 AM PST

azlanHarga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Johor, N Sembilan, Melaka diramal tumbang

Posted: 03 Dec 2010 02:36 AM PST

pas muktamar 130610 abdul hadi awangPAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.

Portal berita rasmi parti itu memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen baru-baru ini.

"Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya.

Menurut Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana mereka terpaksa bertanding di padang yang tidak sama rata.

"Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Hari ini PAS sudah mempunyai dua ADUN PAS di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Mahathir berkata ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan ada kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Ketuanan Melayu heret Sultan

Posted: 03 Dec 2010 02:27 AM PST

Polemik Ketuanan Melayu: Raja-raja terikat pilihan rakyat, kata PAS - MInsider

SHAH ALAM, 3 Dis ─ Pemimpin-pemimpin PAS menuduh Datuk Seri Nazri Aziz "mengaibkan" institusi Raja-raja Melayu apabila mengheret sistem diraja dalam debat "Ketuanan Melayu" dan "Ketuanan Rakyat".

Malah pemimpin-pemimpin PAS juga berkata, seseorang Sultan mempunyai obligasi untuk memenuhi kehendak rakyat yang dibuat menerusi pilihan raya dan meletakkan kepentingan mereka mengatasi kepentingan sendiri.

"Sebagaimana rakyat terikat dengan baginda (Sultan), begitu juga sebaliknya," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Raja berperlembagaan beraja... sangat jelas bahawa kepentingan rakyat baginda mengatasi dan mendahului kepentingan baginda," kata beliau.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar turut mengecam Nazri dan menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu cuba melaga-lagakan Raja-raja Melayu dengan keputusan pilihan raya dibuat rakyat Malaysia.

"Bagi saya, kenyataan Nazri itu seakan mahu menghasut Raja-raja supaya tidak menghormati keputusan rakyat negara kita," katanya.

"Ini akan mengurangkan kedaulatan dan pengetahuan Raja-raja kita yang berada dalam (era) demokrasi mengenai Ketuanan Rakyat. Nazri mengaibkan Raja-raja," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Dzulkefly juga mendakwa Nazri "berniat jahat" kerana mentafsir "Ketuanan Melayu" sebagai kedaulatan Raja-raja Melayu.

"Bila anda bercakap mengenai Ketuanan Melayu, jangan kaitkan ia dengan Ketuanan Sultan. Ia sesuatu yang buruk dan berniat jahat," katanya.

"Jangan mengheret Sultan ke dalam debat getir Ketuanan Melayu lawan Ketuanan Rakyat," kata beliau.

Sebelum ini, Nazri memberitahu pemimpin-pemimpin PKR bahawa "Ketuanan Rakyat" tidak memberikan kuasa mutlak kepada mereka untuk memutuskan pemimpin-pemimpin kerajaan sambil mengingatkan Raja-raja Melayu masih dianggap sebagai tertinggi dalam sistem raja berperlembagaan di Malaysia.

Dzulkefly bagaimanapun menekankan bahawa keputusan dibuat Sultan harus mencerminkan sentimen rakyat memandangkan Sultan bukan raja yang berkuasa mutlak.Kata beliau, jika rakyat mahukan sesuatu atau sebaliknya, raja berperlembagaan demi kepentingan negara dan kedudukan baginda sebagai raja, perlu mengambil kira perkara keperluan tersebut.

"Ini bermakna baginda bukan (raja) mutlak," kata beliau.

Beliau juga menambah, Sultan terikat kepada peruntukan perlu memperakui bahawa apa jua pindaan yang disyorkan ke atas Perlembagaan oleh Parlimen menerusi kuasa majoriti dua pertiga.

"Hakikatnya rakyat juga boleh meminda Perlembagaan, dengan syarat mempunyai majoriti dua pertiga sama ada yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) ataupun pakatan Rakyat, dan raja perlu merestui dan memperakuinya," kata Dzulkefly lagi.

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Selain Dr Wan Azizah, beberapa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menolak konsep itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pendiriannya menolak konsep "Ketuanan Melayu" sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan "tuan dan hamba" dalam masyarakat.

Semalam Mahfuz berkata, dalam kes di Perak, menjadi tanggungjawab Sultan untuk mendukung parti politik yang memperoleh majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Sultan boleh memilih parti yang dipilih majoriti. Sultan tidak boleh memilih yang lain. Ini menunjukkan Sultan itu perlu mematuhi pilihan diperbuat rakyat," kata Mahfuz.

Mahfuz dan Dzulkefly berpendapat bahawa Raja-raja Melayu sentiasa mempertahankan keputusan yang dibuat oleh pengundi.

"Rakyat yang membuat keputusan dalam pilihan raya. Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menafikan pilihan dibuat oleh rakyat ketika pilihan raya," kata Mahfuz.

"Malah, saya melihat Raja-raja Melayu sendiri menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi," tambahnya.

Beliau juga mendakwa Umno menghasut Raja-raja Melayu agar "bertelagah" dengan rakyat berhubung hak-hak demokratik untuk memilih kerajaan.

"Mereka menghasut raja-raja untuk bertelagah dengan rakyat, yang diberi hak dalam sebuah negara demokrasi untuk menentukan kerajaan mereka," kata Mahfuz.

Dzulkefly menegaskan bahawa "Ketuanan Rakyat" akan sentiasa dilindungi oleh "Ketuanan Sultan".

"Ketuanan Rakyat juga akan sentiasa mendukung Ketuanan Sultan," katanya.

Beliau menambah, Sultan diberi mandat untuk melindungi bukan sahaja kedudukan khas orang-orang Melayu, tetapi juga hak sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan.

"Anda perlu baca Artikel 153 dengan satu nafas," kata Dzulkefly.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustaffa Ali bersetuju dengan pendapat pemimpin PAS itu bahawa kuasa Sultan adalah terbatas kerana baginda hanya boleh melantik seorang perdana menteri yang mendapat sokongan majoriti Parlimen.

"Sultan boleh melantik sesiapa baginda mahu menjadi perdana menteri. Tetapi Sultan tidak boleh melantik seseorang yang tidak mempunyai majoriti," kata Mustaffa.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan konsep "Ketuanan Rakyat", sebaliknya mengemukakan "Ketuanan Islam".

"Saya bersetuju dengan Ketuanan Islam. Ia tidak berdasarkan kaum," kata beliau

Laras konon padahal NAIK harga

Posted: 03 Dec 2010 02:10 AM PST


Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik -MInsider

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97.

Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin.

Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

"Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok," kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

"Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini," kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

BBQ keluarga

Posted: 02 Dec 2010 03:34 PM PST


Malam tadi diadakan majlis BBQ yang ditaja oleh adinda Apis di rumah Taman Sri Lambak. Ia terbukti dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Seronok berkumpul anak saudara dapat bakar ayam dan daging BBQ bersama-sama pasti suasananya meriah dengan berbagai ragam.

Nak mulakan prosas bakar arang menjadi bara memang mencabar kesabaran, hujan lebat dengan angin membasahkan sekitar rumah. Terpaksa bakar bawah ruangan letak kereta. Fire stater tak ada, berbagai kaedah seperti bakar getah beladar, taruk kertas akhbar, akhirnya bubuh minyak enjin baru boleh marak dan berbara...nasib baik tak taruk minyak petrol...bisa meletup.

Bau asap BBQ yang membuatkan perut bercerocok menusuk masuk ke rumah jiran, bagilah sepinggan ...anakanda ana yang menjadi utusan...bila dapat...wow memang ditunggu-tunggu terutama anak-anak jiran.

Lain kali boleh buat lagi.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 03 Dec 2010 01:49 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Sebutan rayuan kes ‘Rosmah Puaka’ di Mahkamah Tinggi 8 Disember

Posted: 03 Dec 2010 10:31 AM PST

rosmah_mansor_02 Sebutan rayuan bagi kes 'Rosmah Puaka' yang membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) akan didengar di Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur pada 8 Disember depan.
Rayuan itu dikemukakan pihak pendakwaraya terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah dibawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.

Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat,pencerobohan jenayah dan vandalisme.
Namun hakim Rozana Ali Yusoff membebaskan mereka daripada pertuduhan tersebut setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Rozana dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaraya gagal membuktikan premis penting dalam pertuduhan yang boleh mengaitkan semua tertuduh melakukan khianat dan mempunyai niat yang sama.
Beliau juga berkata siasatan forensik yang dilakukan terhadap bahan api serta rekod panggilan telefon juga tidak dapat mengaitkannya dengan tertuduh.
Hakim semak nota keterangan
"Dalam proses kes sebegini hakim biasanya akan menyemak nota keterangan, petisyen yang difailkan, serta beberapa dokumen penghakiman yang lain.
"Jika semua dokumen yang diperlukan lengkap, kemungkinan hakim akan tetapkan tarikh untuk dengar rayuan…namun semuanya terpulang pada hasil perjalanan kes Rabu depan," kata peguam mewakili Shazni Mohd Razlan Jalaluddin ketika dihubungi FMT.
Kelima-lima pelajar terbabit sebelum ini didakwa dibawah Seksyen 427 atas tuduhan menyimbah petrol di atas permaidani – yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan menconteng didinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan tulisan 'Rosmah Puaka' 24 Jun tahun lalu kira-kira jam 4 pagi.
Mereka didakwa turut menconteng perkataan "C4", "Bini Puaka", dan "pembunuh Altantuya" didinding API dengan tulisan merah sebelum kedatangan Rosmah Mansor ke universiti itu bagi menghadiri satu majlis rasmi.
Manakala bagi Seksyen 436/511, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama.

Lebih Separuh Remaja Mengaku Pernah Berzina

Posted: 03 Dec 2010 10:30 AM PST

Jangan nafikan bahawa remaja Malaysia juga begini. Dahulu ada sebuah universiti membuat kaji selidik dan hasilnya amat mengejutkan. Keputusan kaji selidik itu dibangkang oleh pelbagai pihak yang menghidap penyakit sindrom penafian. Walaupun kaji selidik itu hanya melibatkan respoden yang kecil, namun janganlah sesekali meminggirkan keputusannya.

Hari ini terbukti apabila gejala buang bayi kian berleluasa. Lebih menggusarkan apabila Sekolah Harapan dibuka khusus untuk remaja yang hamil anak luar nikah. Biarpun begitu, banyak pihak masih menafikan betapa buruknya kelaku remaja-remaja kita!

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Lebih separuh daripada remaja Jakarta mengaku berzina, kata Agensi Perancang Keluarga Kebangsaan, semalam.

Hasil kajian dilakukan agensi itu menunjukkan, daripada 100 remaja ditemui, 51 mengaku tidak lagi dara. 

Walaupun begitu, ketuanya, Sugiri Syarif, berkata jumlah itu masih rendah berbanding bandar raya lain seperti Surabaya (54 peratus) dan Medan (52 peratus).

Di Bandung pula, kadarnya adalah 47 peratus.

"Kajian menunjukkan, sebanyak 2.4 juta pengguguran janin dilakukan di Indonesia setiap tahun, 800,000 daripadanya membabitkan remaja," katanya, semalam.

Satu kajian lain pula menunjukkan, 37 peratus daripada 1,160 mahasiswa di Yogyakarta mengaku pernah hamil di luar nikah. - Agensi

P/s: Tidak menghairankan apabila negara itu sering dilanda bencana alam yang dashyat jika dilihat betapa hebat negara itu diserang dengan pelbagai macam gejala budaya hedonisme. Jadi, ambil iktibar. Jangan biarkan Malaysia juga berada dalam senarai negara yang bakal menerima bala Allah yang Maha Dashyat!

MPEN: Jual GLC bagi biayai dana kekayaan negara..kalau jual negara lagi baik..!!!

Posted: 03 Dec 2010 10:29 AM PST

Kerajaan hari ini dicadang membentang dana kekayaan negara (SWF) yang bakal melabur dalam pelbagai kelas aset, termasuk sekuriti, tukaran asing dan derivatif dalam usaha menarik pelabur dan mempermantapkan saingan.

Namun Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia-Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik" tidak menetapkan rangka masa untuk skim itu. Ia juga sekaligus mengelakkan perbalahan mengenai hak keistimewaan Melayu.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menjanjikan pembaharuan ekonomi kerana kadar pelaburan ke negara ini masih belum pulih selepas krisis kewangan Asia 1998 dan kemasukan pelaburan asing langsung yang terus menjunam sejak 1990an.

"Kerajaan wajar menimbangkan untuk mengehadkan pemilikannya dalam syarikat strategik kepada 30 peratus daripada saham terbitan," kata MPEN.

"Kerajaan juga perlu mengambil kaedah kawalan strategik kurang invasif seperti saham emas, dasar industri dan sekatan pemilikan asing.

Laporan itu dilancarkan oleh Najib, hari ini.

NONESaham emas memberi kuasa kepada pemegang untuk mempengaruhi keputusan utama dalam sebuah syarikat, manakala dasar industri adalah cara menjaga kawalan strategik melalui dasar industri tersebut dan sekatan-sekatan pemilikan bagi mengawal pelaburan pelabur asing.

MPEN juga mencadangkan kerajaan menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak strategik dan memberi peluang kepada sektor swasta yang mempunyai peluang lebih besar untuk menambah nilai.

MPEN berkata, carian data mendapati terdapat 445 syarikat GLC di negara ini.

NONEMenurutnya hasil daripada penjualan pelaburan tidak seharus dikira sebagai pendapatan kendalian (aliran) tetap diiktirafkan sebagai penukaran modal (saham) manakala perolehan patut ditempatkan ke dalam SWF.

SWF akan melaksana rangka kerja tadbir urus seperti pengurusan rizab tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) dan ditadbiruruskan sejajar dengan prinsip Santiago yang antara lain memerlukan pendedahan dasar pelaburan SWF, penyata kewangan dan pendekatan pengurusan risiko, MPEN.

Menurut laporan itu, keuntungan daripada SWF boleh digunakan untuk memangkin inisiatif baharu sektor swasta.

Menurut MPEN, terdapat GLC yang dinyah labur boleh menjadi sebahagian daripada program khas untuk menyokong konsortium usahawan Bumiputera menerusi proses tender terbuka yang telus.

MPEN juga mencadangkan satu pihak berkuasa kawal selia GLC (GOA) ditubuhkan bagi mengumpul data kewangan kesemua GLC, memantau prestai mereka, dan GLC bertanggungjawab ke atas perbelanjaan belanjawannya.

NONE"Sebaik-baiknya, GOA perlu melapor kepada Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan prinsip keterusan ke arah membina keyakinan sektor swasta," menurutnya.

MPEN juga meminta kerajaan meminda rangka kerja perundangan dan kawal selia yang sudah wujud untuk menyediakan asas yang sama rata antara GLC dan perniagaan swasta selain mengurangkan ketidakpastian para pelaburan swasta.

"GLC juga perlu tertakluk kepada peruntukan Akta Persaingan 2010 bagi memastikan amalan perdagangan mereka tidak bersifat antipersaingan, selain kerajaan seboleh-bolehnya tidak menyediakan jaminan automatik ke atas liabiliti GLC," menurutnya.

Menurut laporan itu, halangan rasmi mahupun tidak rasmi dalam proses perolehan kerajaan, yang memberi keutamaan akses kepada GLC, harus dihapuskan.

95% Orang Melayu Tak Percaya Umno

Posted: 03 Dec 2010 10:28 AM PST


Lepas satu, satu lagi isu yang yang sengaja dicipta dan diperbesarkan oleh Umno dalam usaha mereka membunuh kesatuan Pakatan Rakyat. Isu terbaru ialah tentang isu TPM berbangsa Cina seperti yang diusulkan oleh Anwar dan disambut oleh Nik Aziz.

Namun mungkin kebanyakan mereka lupa dik kerana terlampau sibuk menjadi Tuan Melayu di Tanah Melayu ini yang perlembagaan negara Malaysia tidak sama sekali menghalang apa bangsa sekalipun menjadi TPM atau Timbalan Perdana Menteri bagi Malaysia. Malah ada pendapat yang mengatakan adalah lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Umno dilihat memainkan isu yang salah sekiranya mereka meledakkan isu ini dengan niat menawan hati kaum lain selain dari Melayu pada PRU ke 13 nanti. Malah Umno bagai mahu menimbus kebusukan ciptaan Mahathir Mohamad yang dengan sombong dan bongkaknya mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong".

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.Umno Mainkan Isu Yang Salah

Nik Aziz: PAS sedia hadapi pilihan raya umum bila-bila masa

Posted: 03 Dec 2010 10:26 AM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata partinya bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa berikutan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan yang sepatutnya bermula tahun depan.
Malahan beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata partinya tiada masalah untuk menghadapi pilihan raya umum lebih awal kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia.
"Kita bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa daripada sekarang jika ia diadakan lebih awal seperti digembar-gemburkan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini
Nik Aziz (gambar) berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan pada penghujung tahun depan berikutan pengumuman Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangguhkan pemilihan Umno sehingga 18 bulan.
Beliau berkata PAS juga sudah mempunyai calon-calon yang berkebolehan untuk diketengahkan pada pilihan raya umum biarpun parti itu pernah tewas buat pertama kali dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November lepas.
Dalam pilihan raya kecil DUN itu, calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff, mengalahkan calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad, dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008 lepas. Calon PAS, Allahyarham Chek Hashim Sulaima, yang meninggal dunia pada 27 September lepas, memperoleh majoriti hanya 646 undi.
BN memperoleh kemenangan besar pertama dalam pilihan raya kecil itu setelah tewas kepada PAS dengan majoriti tipis dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009.
Kemenangan BN di Galas dan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dikatakan menjadi sandaran untuk BN mengadakan pilihan raya umum tahun depan kerana keyakinan rakyat semakin beralih kepada BN berbanding pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pakatan pembangkang memperoleh lima negeri dan BN hanya mendapat majoriti mudah berbanding dua pertiga majoriti dalam Parlimen pada 2004.
Nik Abdul Aziz turut menafikan dakwaan kononnya kekalahan PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas bukan disebabkan faktor calon yang ditolak pengundi kerana pernah kalah dalam pilihan raya sebelum itu.
Namun beliau mengakui kemungkinan kesilapan strategi berkempen punca calon BN memperoleh majoriti lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi calon PAS pada pilihan raya umum 2008.

Tanda Gula Naik Harga -Dijajalah Cerita Diabetes Meningkat Mendadak Di Asia

Posted: 03 Dec 2010 10:24 AM PST


Penyakit gula dan gila sudah datang. Diabetes meningkat mendadak. Kawasan Asia-Oseania mengalami peningkatan mendadak penyakit diabetes dengan kira-kira 138 juta penduduk Asia, termasuk 14.9 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu pada masa ini.

Kia-kira 1.5 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes dengan 20 peratus daripadanya menguruskan penyakit itu menggunakan terapi insulin di pusat-pusat kesihatan Kementerian Kesihatan. Itulah kata-kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan.

Kenapa dia tidak bercakap tentang penyakit gula sebelum ini. Ini adalah penyakit gila Kerajaan Malaysia. Malaysiakini melaporkan gula akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Itulah sebabnya dia bercerita tentang diabetis. Kalau nak naikkan harga, tak payah bercerita tentang diabetis, lain kali pun boleh.

Gila! aaa...gula! gila! aaa...gula! gila! gila! gila!!!!! ooo....gilaaa...siapa? ntah!!!

Kerajaan tidak pernah ikhlas tentang apa-apa yang dibuat. Kononnya takut rakyat marah tentang kenaikkan gula, penyakit itulah, penyakit inilah, hampeh!!

MBE: Malaysia perlukan tindakan afirmatif mesra pasaran

Posted: 03 Dec 2010 10:22 AM PST

Tindakan afirmatif yang mesra pasaran akan diperkenal bagi mengelak rasa tidak puas hati atas nikmat kemajuan ekonomi bagi merapatkan jurang ketaksamaan pendapatan antara penduduk bandar dan luar bandar di semua wilayah terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Menurut Laporan Model Baru Ekonomi (MBE) Bahagian Akhir oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang dikeluarkan hari ini, tindakan itu menekankan pendekatan promiskin, pertumbuhan menyeluruh yang dapat menangani ketaksamaan pendapatan dan ketidaksamaan sosial sambil mengeluarkan penduduk yang kurang berkemampuan dari kemiskinan.
Bagaimanapun, tindakan afirmatif tersebut tidak melanggar perlindungan dan syarat-syarat yang termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di mana MBE tidak menganjurkan penghapusan kedudukan istimewa orang Melayu, penduduk asal Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah masyarakat yang lain.
Menurut laporan itu, tindakan afirmatif yang berasaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang dilaksanakan sejak pertengahan 1940-an ternyata berjaya mengurangkan kategori kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Namun, ia turut melibatkan beberapa kesan negatif yang penting antaranya, tindakan itu telah menggalakkan dan menanam budaya pengagihan dan rasa berhak serta tabiat merentir.
Selain itu, pemberian sumber-sumber modal kepada firma-firma bumiputera yang kurang berkelayakan telah menggalakkan penubuhan barisan hadapan yang palsu serta penggunaan kuota berdasarkan kaum yang berlebihan telah mengakibatkan pengagihan kepada penerima yang kurang berkelayakan yang melahirkan ketidakcekapan.
Menerusi tindakan afirmatif yang mesra pasaran, ketidaksamaan yang berterusan selama ini akan diubah dan diberi pembaharuan dengan menghapuskan elemen-elemen yang negatif serta kelemahan-kelemahan dari amalan-amalan yang terdahulu.
Tindakan afirmatif yang mesra pasaran di dalam MBE akan mendukung penggunaan prosedur dan kriteria yang telus untuk menggalakkan pembinaan keupayaan dan kemampuan dan penghapusan pendekatan-pendekatan yang menyumbang kepada amalan merentir.
"MBE juga ingin menggalakkan pemberian ganjaran berdasarkan prestasi dan menggalakkan lebih banyak persaingan dengan menghapuskan perlindungan yang berlebihan dan menggalakkan liberalisasi mengikut sektor kerana peningkatan persaingan dan produktiviti amat bergantung kepada ganjaran yang diberi berasaskan merit dan usaha, bukan kepada kriteria lain yang tidak wajar," kata laporan itu.
Selain itu objektif keterangkuman MBE juga tertumpu kepada pengurangan ketaksamaan dan pengangkatan 40 peratus isi rumah terendah dengan pelaksanaan program yang tidak mengambil kira latar belakang etnik penerima dan tanpa apa-apa elemen herotan seperti kuota atau keutamaan atau kelayakan kepada sumber kewangan, pekerjaan, kontrak dan lesen.
Kesemua program itu akan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan merit pemohon dan akan tertumpu kepada pembinaan keupayaan dan kemampuan.
Antara langkah dasar bagi Mengurangkan Jurang Ketaksamaan Pendapatan dan Perbezaan Wilayah ialah;
* Mewujudkan satu dasar induk bagi program-program bantuan dengan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat hendaklah dijadikan sebagai agensi penyelaras bagi membangun dan memantau dasar ini.
* Semua kementerian dan agensi terlibat perlu menggunakan pangkalan data seragam yang menyeluruh yang pada mulanya akan berasaskan e-Kasih.
* Mewujudkan program-program bantuan sosial tambahan berkenaan pengangkutan dan perumahan yang merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah seperti;
- Meningkatkan pergerakan di kalangan kumpulan 40 peratus terendah bagi peluang pekerjaan yang lebih baik dengan memperuntukkan subsidi pengangkutan awam melalui penjimatan daripada pengurangan subsidi kerajaan yang lain.
- Menubuhkan Lembaga Perumahan peringkat negeri untuk merancang, membangun dan mengurus skim perumahan bagi kumpulan 40 peratus terendah.
- Memindahkan tumpuan sekarang skim tersebut daripada pemilikan kepada pajakan dengan peluang untuk membeli semasa tamatnya tempoh pajakan tersebut.
- Menawarkan pinjaman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk keperluan perumahan bagi kategori kumpulan 40 peratus pertengahan yang boleh dibayar balik melalui potongan daripada caruman bulanan oleh pekerja, iaitu bersifat berkecuali ke atas aliran tunai.
* Membolehkan kumpulan 40 peratus terendah untuk keluar dari kemelut kemiskinan melalui pendidikan.
- Menawarkan insentif kepada guru-guru untuk meningkatkan prestasi dan kesediaan untuk mengajar di kawasan luar bandar termasuk juga di beberapa kawasan pendalaman dan memperuntukkan jaringan keselamatan bagi ibu bapa memastikan anak-anak mereka menamatkan persekolahan sepenuhnya.
Selain itu, laporan tersebut juga menggariskan beberapa pendekatan untuk Program-program Sasaran bagi Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) seperti mewujudkan program-program khusus dengan strategi keluar; bagi pengusaha kecil sederhana (PKS) bumiputera sahaja dan tumpuan terhadap program-program pembinaan kemampuan.
"MPEN mendukung langkah-langkah utama tersebut dan percaya bahawa program-program khas yang disasarkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu di luar lingkungan 40 peratus isi rumah terendah terutamanya PKS di dalam MPPB patut diteruskan tetapi hendaklah dikurangkan secara berperingkat kepada satu tahap yang bersesuaian.
"Keutamaan yang diberi di bawah program itu perlu dijadikan mesra pasaran, telus dan berasaskan keperluan dan merit," kata laporan itu.

Badrul Amin - Istana Beri Lampu Hijau Terima Memorandum Air

Posted: 03 Dec 2010 10:21 AM PST


Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Ahad ini tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

Beliau yang dihubungi petang tadi berkata meskipun pengarah kempen yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Theresa Kok tidak dimaklumkan oleh pihak polis mengenai permit perhimpunan tersebut.

"Polis tidak menjawab walaupun kita telah memaklumkan kepada mereka dan kita hanya diberi amaran melalui media oleh pihak polis.

"Kita tetap teruskan perhimpunan atas alasan, ia merupakan hak setiap individu untuk berhimpun," ujar beliau.

Menurut Badrulamin lagi, ini berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu.

Dalam perbicaraan tersebut, Jagjit  berkata pihak polis telah melanggar kebebasan beragama dalam Artikel 11 Perlembagaan apabila menangkap semua tertuduh di Masjid Negara.

Ditanya tentang langkah-langkah yang telah diambil tentang persediaan perhimpunan yang akan diadakan itu beliau berkata pihaknya telah menyediakan 500 petugas yang terdiri daripada Unit Amal (PAS), Briged Keadilan dan Penyelaras Komunikasi Selangor (Pikom) bagi menghalang provokasi daripada pihak-pihak tertentu.

"Mereka akan mengawal provokasi yang berkemungkinan dicetuskan oleh kumpulan baju hitam dan daripada pihak polis sendiri.

"Kita telah menasihat pihak kita supaya tidak bertindak liar dan bersabar menghadapi apa sahaja bentuk provokasi dan ikut arahan pemimpin.

Pada masa sama, beliau turut berharap  kumpulan baju hitam menghentikan hasrat untuk mengganggu perjalanan perhimpunan menentang kenaikkan harga air.

"Kalau betul-betul ada bukti penyelewengan negeri Selangor, ikutlah saluran yang betul...serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bukannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.

"Saya minta pihak polis juga bersikap profesional dan bijaksana dalam menangani kedua-dua perhimpunan tersebut," tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Selangor.

Gani Patail Didesak Jelas Hubungan Dengan Proksi Bekas Pengerusi MAS

Posted: 03 Dec 2010 10:20 AM PST



Pengerusi majlis peguam, Ragunath Kesavan mendesak supaya peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan apakah hubungannya dengan Shahidan Shafie yang dikatakan proksi kepada bekas pengerusi Syarikatt Penerbangan Malaysa (MAS)i, Tan Sri Tajuddin Ramli.
Ragunath menegaskan Gani juga perlu menjelaskan dakwaan yang mengatakan perbelanjaan beliau dan keluarga menunaikan ibadah haji baru- baru ini ditaja oleh seseorang.
Beliiau juga menuntut gani menjelaskan adakah bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu atau untuk tidak melakukan sesuatu.
"Saya tidak pasti sama ada Tan Sri Abdul Gani patut menjawabnya tetapi ia terserah kepadanya untuk memberikan respon- Ragunath Kesavan," katanya lagi
Abdul Gani dan Shahidan kemudiannya hampir senada apabila enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. 
Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.
Isu yang dibangkitkan Ragunath ini dilihat mirip kepada tomahan yang dilemparkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji oleh sebuah syarikat.
Ragunath berkata beliau menyedari mengenai gambar-gambar lawatan Abdul Gani ke rumah Shahidan ketika pengkebumian anaknya seperti yang didedahkan oleh lamanweb Malaysia Today.
Hubungan yang dipertikaikan itu, kata Ragunath menimbulkan persoalan adakah kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan menyebabkan "tiada tindakan" dikenakan ke atas Tajuddin.
Tajudin sebelum ini dipertanggungjawabkan kerana menyebabkan syarikat penerbangan malaysia atau MAS mengalami kerugian sehingga 8 billion ringgit namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan keatasnya.

Pelaburan antarabangsa mendatar melangkah ke 2011

Posted: 03 Dec 2010 10:19 AM PST

global-economy_25Prospek pelaburan antarabangsa kekal mendatar melangkah ke suku keempat 2010 tetapi masih menunjukkan peningkatan berbanding prestasi menjunam tahun 2008 dan 2009.
Prestasi ini terkandung dalam rencana utama isu terbaru Buletin Berita Pelaburan yan diterbitkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Dalam satu kenyataan bertarikh 2 Disember, OECD meramalkan bahawa aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) akan merosot 8% pada 2010.  Namun ia satu pencapaian yang lebih baik berbanding kejatuhan 19% dalam aliran FDI pada 2008 dan pengurangan 43% tahun 2009.
Jika trend ini kekal, maka pelaburan dalam aktiviti Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A), satu komponen penting dalam FDI akan berlegar di sekitar US$670 bilion dalam 2010, peningkatan sebanyak 6% berbanding tahun 2009," kata kenyataan itu.
Ini merupakan pertambahan kali pertama dalam aktiviti M&A antarabangsa sejak 2007 berikutan kejatuhan 21% tahun 2008 dan 53% tahun 2009, menurut laporan itu.
Berdasarkan momentum yang kurang jelas, pelaburan antarabangsa 2011 akan sensitif kepada kekuatan pemulihan ekonomi global.
"Ia turut sensitif sama ada negara-negara dalam kumpulan G20 boleh mengelak dari perlindungan pelaburan atau konflik berhubung dasar pertukaran asing.
"Keadaan ini boleh mencipta ketidaktentuan berhubung harga aset antarabangsa dan penilaian pendapatan dijangka dari aset-aset ini," kata OECD.

Tahniah Semua Rakyat 1Malaysia... Anda telah membuat Pilihan Yang Bijak..!!

Posted: 03 Dec 2010 10:16 AM PST

Kerajaan BN-Barang Naik RON95

Posted: 03 Dec 2010 10:15 AM PST

Kerajaan BN semakin mengganas menekan dan membuli rakyat apabila secara tiba-tiba tanpa isyarat akan menaikkan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula bermula esok.

Antara yang akan dinaikkan ialah petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter, gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram dan gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Beberapa hari lepas, kerajaan BN telah pun menaikkan harga petrol RON97 dengan 15 sen menjadikan RM2.30 seliter.

Sudah nasib rakyat Malaysia laa. Dah hangpa pilih kerajaan BN jadi terpaksalah terima kenaikan harga barang yang dinaikkan oleh kerajaan.

Depa nak naikkan harga barang tanpa mempedulikan rintihan rakyat, tanpa memikirkan kesusahan rakyat tapi yang penting poket depa penuh, anak bini boleh pi shopping luar negara tanpa ada gangguan kewangan walaupun negara dalam keadaan gawat.

Kalau tanya depa tu kenapa naikkan harga petrol dan barang-barang lain. Depa akan jawab nak selaras subsidi. Kalau dulu depa kata nak guna duit hasil pengurangan subsidi tu untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Haram jadah, sampai sekarang masih lagi di tahap yang gampang.

Kesesakan saban hari makin menjadi-jadi, perkhidmatan kenderaan yang kurang memuaskan. Yang puas hanyalah depa dan anak beranak depa yang duk di puncak, yang senang-lenang dalam mahligai ntah dari mana dapat duit untuk membinanya.

Kalau tanya depa, macam-macam alasan diberikan, tapi satu habuk tak beri faedah untuk rakyat. Rakyat makin hidup tak tentu arah, makin merempat di negara sendiri.

Selepas ini kalau rakyat yang tertindas dek kerja-kerja Umno-BN tu masih lagi memilih kerajaan BN, bermakna bodoh tahap bangang la jawabnya. Memang sah depa suka ditindas. Padanlah muka hangpa.

Padah! Bunga Api Neraka Mula Membaham Israel!!!

Posted: 03 Dec 2010 10:11 AM PST


MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu.


Ketika pengawal terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka.


Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering.





Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut.

"Bencana ini amat besar," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel.



Api masih marak di luar kawalan sehingga tengah malam tadi.

Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran.



Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria.

Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin. - AP@ASD




PHOTOS : AFP PHOTO/JACK GUEZ(Photo credit should read JACK GUEZ/AFP/Getty Images)

More photos HERE

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 03 Dec 2010 01:41 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


BN Lagi : Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 02:39 AM PST

PAS KOTA TINGGI

Posted: 03 Dec 2010 01:13 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Muhyidin Takut Kejahatan Terbongkar

Posted: 03 Dec 2010 07:29 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia PAS mendakwaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewingan kerajaan BN akan terbongkar sehingga beliau mengingatkan pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.


Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak. Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan Umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui. Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita. Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.


Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media Umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato' Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi. Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar. Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan, pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin Umno. Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden Umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan. Tetapi zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin Umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya.

Tanah Melayu Terhakis Angkara Umno

Posted: 03 Dec 2010 07:26 AM PST


Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara. Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah umno. Pemimpin umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, InsyaAllah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin umno. Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga tektik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

  • Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
  • 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
  • 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.
  • 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
  • Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
  • Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
  • 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
  • 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
  • Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
  • 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.
  • Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

· Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

  • Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

· Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

  • Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

  • Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing

  • 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

· Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor.. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".

Ulamak Mesti Berani Menegur

Posted: 03 Dec 2010 07:22 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuwan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur penghinaan kepada Islam. Jangan hanya nasihat ini ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja malahan teguran ini juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa. Kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat.

PAS juga mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah. Ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam di buka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam umno walaupun program ini akan memusnahkan jiwa manusia. PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan kerajaan dan ulamak dalam Umno orang kurang upaya (OKU).

Teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW menyebut 'Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu di bunuh"

Rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakul sampahkan sahaja. Orang agama dalam JAKIM ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.Jika teguran JAKIM pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang lain.


Dupahang's Weblog

Posted: 03 Dec 2010 11:30 AM PST

Dupahang's Weblog


LAGI HADIAH KERAJAAN BN

Posted: 03 Dec 2010 01:44 AM PST

Subsidi diselaras lagi, harga petrol dan LPG dijangka naik Oleh G Manimaran Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi – dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini. Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97. Harga [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Dec 2010 11:27 AM PST

Batu Gajah Mari


Biasa la, UMNO kan juara rakyat!!

Posted: 03 Dec 2010 06:33 AM PST

Mufti jangan pulak keluar fatwa Harus pulak.. hehe

Posted: 02 Dec 2010 08:38 PM PST



IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, segera mengeluarkan fatwa berhubung isu meletak ancak yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di Manong baru-baru ini.

Nizar berkata, berdasarkan kajian serta takrif daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), perbuatan berkenaan adalah jelas bertentangan dengan amalan Islam kerana ianya berunsur khurafat dan boleh membawa kepada syirik.

Bagaimanapun, menurut Nizar, pada 7 November lalu pihak mufti telah mengatakan bahawa perbuatan berkenaan adalah salah , tetapi beberapa hari kemudian mufti telah mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya.

"Dalam perbahasan saya semalam, saya telah dedahkan amalan yang dibuat oleh Zambry yang dilihat bertentangan dengan amalan Islam.

"Saya sendiri pernah pegang lilin pada hari memperingati mendiang Teoh Beng Hock. Pada ketika itu, mufti telah mengeluarkan fatwa serta merta berhubung perkara berkenaan bahawa perbuatan itu adalah bertentangan dengan akidah umat Islam dan saya digesa bertaubat.

"Saya tidak mempertahankan diri saya dalam soal ini. Tetapi dalam soal ancak ini, sehingga sekarang masih tiada fatwa yang dikeluarkan oleh mufti," katanya kepada pemberita.

Nizar berkata demikian pada sidang media pada hari ketiga, Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketia, Dewan Negeri Yang Kedua Belas, Perak Darul Ridzuan, semalam.

Hadir sama, ADUN Tronoh, V Sivakumar dan Nga Kor Ming, (Pantai Remis).

Terdahulu, Nizar turut kesal kerana hanya sebanyak tiga soalan yang dibahaskan dalam masa satu jam, berbanding 30, yang diperuntukkan pada sesi soal jawab.

Katanya, keadaan berkenaan dilihat sebagai sesuatu yang merugikan bagi rakyat negeri Perak berikutan masih banyak persoalan yang tidak dapat dibahaskan.

Sementara itu, Nizar turut memuji ADUN Hutan Melintang, S Kesavan yang hadir pada setiap hari bagi mengikuti perjalanan sidang dewan.

Katanya, kehadiran Kesavan adalah sangat dihargai dan rakyat di Hutan Melintang kini boleh melihat bahawa inilah tugas serta tanggung jawab yang dilaksanakan oleh wakil rakyat di kawasan mereka.

"Biarpun jarak antara Hutan Melintang dengan Ipoh jauh selain tidak dapat memasuki dewan, tetapi beliau (Kesavan), tetap hadir bagi mengikuti perbahasan yang dibuat di Dewan Negeri," katanya.

ansarullah

Posted: 03 Dec 2010 11:03 AM PST

ansarullah


Mari kita tengok,sapa yang kena?????

Posted: 03 Dec 2010 07:20 AM PST

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

KUALA LUMPUR: Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram.

P/S:-Pandai sungguh Pihak Berwajib(KERAJAAN) bermain kata-kata.Dia kata subsidi barangan akan mula dikurangkan esok.Kita sebagai Pengguna dan Rakyat kena tahu 1 benda.Ianya adalah SAMA dengan KENAIKAN HARGA bagi barang-barang yang telah disebutkan diatas.

Baru-baru ni harga RON97 naik.(masa BN sibuk menang di GALAS hari tu)Dan sekarang menyusul pula RON 95 dan DIESEL.Kalau semua benda ni naik harga,semua barang lain akan turut naik harga!

Minyak naik kali ni tak ada pulak kait dengan kenaikan harga minyak dunia!Macam mana pulak kena naik minyak padahal harga dunia tak naik pun?Dan untuk masyarakat Malaysia Amnya dan Rakyat Jerantut KHASNYA,kita semua perlu berterima kasih kepada kerajaan yang benar-benar telah membuktikan yang RAKYAT DIDAHULUKAN(rakyat kena dulu!)

Tahniah Rakyat Malaysia!

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 03 Dec 2010 09:08 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda PAS sertai demo bantah kenaikan tarif air

Posted: 03 Dec 2010 08:37 AM PST



KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS akan mengerah ahlinya menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, biarpun himpunan itu bertembung dengan program Jambori Amal peringkat Kebangsaan Pemuda PAS di Melaka, komitmen dan sokongan pemuda PAS tetap diberikan dengan menghantar pemuda PAS Wilayah dan Selangor.

"Himpunan itu sebenarnya bertembung dengan Jambori Amal Kebangsaan pemuda PAS, tapi pada mesyuarat lajnah politik Selasa lalu, kita telah mengecualikan pemuda PAS Selangor dan Wilayah menyertai jambori dan minta mereka memberi tumpuan kepada himpunan itu nanti," katanya kepada Harakahdaily.

Kerajaan negeri Selangor mensasarkan 100 ribu tandatangan rakyat bagi membantah kenaikan tarif 37 peratus air Selangor.

Memerandum bantahan yang ditandatangan itu dijangka akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.

Kumpulan bantahan itu juga akan berbaju merah sebagai lambang bantahan mereka.

Mereka juga dijangka bertembung dengan dengan kumpulan NGO Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang akan berbaju hitam yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.(Harakahdaily)

i n t a n h i j a u

Posted: 03 Dec 2010 07:24 AM PST

i n t a n h i j a u


SEMUA NAIK : MARI KITA AJAR BN PRU 13 / سموا ناءيق : ماري کيت اجر بن ڤرو 13

Posted: 03 Dec 2010 04:28 AM PST


RON 95 yang sebelum ini RM1.85/liter akan dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM1.90/liter. Diesel juga tidak terlepas dari kenaikkan harga bahan bakar iaitu dari RM1.75/liter kepada RM1.80/liter juga naik 5 sen.

Harga keperluan makanan seperti gula naik sebanyak 20 sen dari RM1.90/kg kepada RM2.10/kg dan juga gas LPG naik sebanyak 5 sen dari RM1.85/kg kepada RM1.90/kg.




Sudah terang lagi bersuluh. Depan mata kita, kena betul-betul pada batang hidung kita. Barang keperluan harian kita telah naik.
Jangan kata  'tak mengapa'.... menampakkan diri kita ini amat bodoh..
Jangan kata 'buat macam mana'....menampakkan diri kita jahil..


Anda MARAH...
MOH,
JOM,
MARI,
KITA TUNJUKKAN KEMARAHAN KITA PADA PRU13 NANTI.
Sesiapa yang masih belum mendaftar mengundi, bolehlah berbuat sekarang cepat-cepat sama ada di Pejabat Pos atau mana-mana pendaftar yang dilantik SPR.
Jangan buang masa......!!!!
Mari kita tumbangkan BN ...!!!


PERAK BAKAL MUFLIS, HUTANG MENINGKAT 500% / ڤراق باکل مفليس، هوتڠ منيڠکت 500%

Posted: 02 Dec 2010 07:47 PM PST


IPOH, 3 Dis: Negeri Perak bakal muflis sekiranya hutang yang menggunung sejak 10 tahun lalu tidak dilangsaikan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung di mana pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta.

Tambahnya, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus.

"Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan," ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun, semalam.

Dengan kata lain, beliau yang juga Setiausaha DAP negeri berkata, sekiranya tidak dijelaskan segera hutang tersebut negeri Perak akan muflis.

"Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, tanya iman, jika bersalah, sila bertaubat," ujarnya sinis.(harakahdaily)

ISU GUNA BOMOH : ADUN TITI SERONG KENA HADAP JAWATANKUASA HAK / ايسو ݢونا بوموه : ادون تيتي سيروڠ کنا هادڤ جاوتنکواس حق

Posted: 02 Dec 2010 04:58 PM PST


Dua ADUN - masing-masing kerajaan dan pembangkang - akan dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul mengenainya terhadap Hasbullah Osmail (BN-Temengor) diterima oleh Speaker Datuk R Ganesan selepas dia menuduh kerajaan Selangor korup.

Manakala Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) pula akan dihadapkan kepada jawatankuasa tersebut kerana menuduh kerajaan negeri menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi DUN pada 7 Mei tahun lalu.(malaysiakini)

ULAMA MESTI BERANI MENEGUR / علماء مستي براني منݢور

Posted: 02 Dec 2010 03:01 PM PST

 
Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuwan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur  penghinaan kepada Islam. Jangan hanya nasihat ini ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja malahan teguran ini juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa. Kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat.
PAS juga mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah. Ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam di buka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam umno walaupun program ini akan memusnahkan jiwa manusia. PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan  kerajaan dan ulamak dalam Umno orang kurang upaya (OKU).
Teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW menyebut 'Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu di  bunuh"
Rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakul sampahkan sahaja. Orang agama dalam JAKIM ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.Jika teguran JAKIM pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang  lain.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 03 Dec 2010 03:41 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Isyarat Awal PRU13

Posted: 03 Dec 2010 01:58 AM PST

1) Pemilihan UMNO ditangguh selama 18 bulan (konon nak pulih parti). Sebenarnya nak elak perebutan kuasa suapaya rakyat lihat UMNO stabil menjelang jangka hayat Kerajaan kini

2) Saman PDRM dikurangkan 50% (Konon berhati rakyat)

3) Minyak RON97 dinaikkan 15 sen ( untuk tambak duit kerajaan yang semakin kering)

4) Menaikkan caruman PERKESO

5) Menyerang Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat

6) Menggantung Anwar Ibrahim selama 6 bulan dalam Dewan Rakyat

7) Mensensaikan kes Liwat Anwar Ibrahim

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 03 Dec 2010 03:13 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


CAMP LEADERSHIP AL-QURAN DAN SYAKHSIYYAH

Posted: 02 Dec 2010 10:19 PM PST

Pertubuhan Islam Bestari dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Ru
Muda akan menganjurkan satu kem kepimpinan yang menekankan
pengajian Al-Quran dan motivasi bina Syaksiyyah iaitu CAMP LEADERSHIP
AL-QURAN DAN SYAKHSIYYAH.

Antara program menarik ialah;

Motivasi daripada pakar-pakar
Hafazan surah dan doa
Bina Syakhsiyyah dan Kepimpinan
Qiamullail
Musabaqah dan macam-macam lagi!

Antara tokoh-tokoh terkenal yang dijemput khas untuk memberikan pengisian
ialah;

Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, pendakwah dan penceramah terkenal

Ustaz Tarmizi Ali, Juara Akademi Al-Quran

Ustaz Mohd Mizan Mohd Nor, Pengurus Taman Al-Quran Hadiqatul Muqarrabin


Untuk mendaftar sila hubungi;

Ustaz Azizuddin 013 921 7374
Ustaz Jailani 019 996 0923
Ustaz Fakhrurrazi 013 356 9946

Program akan berlangsung di Masjid Ru Muda, Marang bermula 10 hingga 17 Disember 2010 dengan yuran sebanyak RM250.

Jom jayakan program-program motivasi berbentuk Islamik!

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 03 Dec 2010 03:04 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


Posted: 03 Dec 2010 02:49 AM PST

MKini: 4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 02:19 AM PST


Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.
Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

* Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

* Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

* Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram
- Malaysia Kini

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Dec 2010 01:49 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 01:32 AM PST

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95 petrol, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Menurut sumber, pengumuman rasmi kenaikan itu akan diumumkan lewat hari ini oleh kerajaan.

TERSENTUH HATI APABILA MASIH ADA MASYARAKAT YANG TERPINGGIR

Posted: 03 Dec 2010 12:02 AM PST

26 Zulhijjah 1431H
Oleh : SAIDI

LENGGONG: 25 Nov. YDP PAS Kawasan Lenggong. Hj. Razman Zakaria, kesal dan terkejut setelah melihat sendiri nasib rakyat yang masih hidup melarat dan tidak mendapat sebarang pembelaan daripada pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dibawah.

Hj. Razman Zakaria berkata demikian semasa datang menziarahi seorang masyarakat berbangsa Tionghua menghidapi penyakit buah pinggang Leong Keat 53, yang tinggal bersendirian diatas tanah rizab jalan berhampiran jalanraya Kuala Kangsar-Gerik di Kg. Sira Lenggong.

Menurut Leong Keat 53, beliau tidak lagi berupaya untuk bekerja menyara hidupnya yang selama ini cuma berusaha menanam sayur di belakang pondok tempat tinggalnya. Penyakit yang dihidapi memaksa beliau berulang-alik ke Hospital Taiping untuk menjalani rawatan Hemodialysis pada setiap minggu.

Jelasnya, beliau tidak dapat menjalani rawatan tersebut pada pada bulan lalu kerana kesempitan wang sehingga menyebabkan beliau terlantar kesakitan ketika kunjungan Hj. Razman sambil menunjukkan kakinya yang semakin membengkak dan menyukarkan pergerakannya.

Sehingga kini, beliau hanya bergantung belas ehsan makan minum diberikan saudaranya sahaja yang juga berasal dari keluarga yang miskin.

Menurutnya lagi, amat menyedihkan apabila kesempitan hidupnya selama ini tidak pernah diambil perhatian oleh pihak-pihak berwajib seperti menerima bantuan bagi meringankan beban kemiskinan yang ditanggungnya.

Kunjungan ziarah YDP PAS Hj. Razman Zakaria dan AJK PAS Kaw. Lenggong bersama Setiausaha DAP Lenggong menghulurkan bantuan pada hari tersebut telah mendapati keadaan hidup Leong Keat 53, adalah amat menyedihkan.

Keadaan pondok yang diduduki nya hanyalah berlantaikan tanah, dinding yang tidak sempurna dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan eletrik, air dan tandas.

Ujar Hj. Razman Zakaria dengan rasa kesal, tidak sepatutnya pihak bertanggungjawab sering terlepas pandang atau membiarkan sahaja keadaan hidup masyarakat seperti ini dari terus berlaku.

Sesiapa yang ingin menderma, sila masukkan derma anda melalui akaun Maybank: 108131159089
Liang Ching@Leong Lai Kow.

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'

Posted: 02 Dec 2010 11:52 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

"Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.

Malaysiakini/-

Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok

Posted: 02 Dec 2010 11:43 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

"Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

"Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

"'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Malaysiakini/-

Perangkaan hutang negara: Donald, MP berbalah

Posted: 02 Dec 2010 11:35 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

Ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara.

Ketika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (kanan) berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing.

"Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim.

Bagaiamanpun, Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) bangkit dan berkata berdasarkan laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama.

"Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat.

Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja.

Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara.

"Baca la, baca la, angka awak semua salah," kata timbalan menteri itu.

Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng.

"Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," katanya.

Malaysiakini/-

Ulama gesa k'jaan kaji semula pendidikan seks

Posted: 02 Dec 2010 11:30 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan bahawa masyarakat Islam di negara ini sedang gelisah dengan keputusan kerajaan untuk memperkenal pendidikan seks kepada murid tahun satu, mulai 2011.

Sehubungan itu, PUM yang prihatin dengan perkembangan tersebut, menggesa kerajaan supaya mengkaji semula langkah tersebut.

"PUM juga meminta supaya kerajaan mengadakan siri penerangan terlebih dahulu kepada wakil masyarakat, NGO, alim ulama, guru agama dan masyarakat awam," kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

"Ini bagi mengelak salah faham, salah tanggap terhadap hasrat memperkenalkan pendirikan seks tersebut.

"PUM meminta supaya kita tidak terlalu terikut dengan kaedah pendidikan barat, kerana mereka mengasngkan aspek agama dari pendidikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Dr Mohd Roslan berkata, masyarakat Malaysia terutama umat Islam, sangat prihatin dengan pendidikan agama.

Oleh itu, tambahnya, adalah lebih baik jika pendidikan agama yang lebih menyeluruh dapat diterapkan kepada anak-anak berkenaan.

"Agar mereka faham tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dari perspektif agama," tegas.

Malaysiakini/-

Rombakan PDRM: 4 negeri dapat ketua polis baru

Posted: 02 Dec 2010 11:22 PM PST

26 Zulhijjah 1431H
Oleh : Salhan K Ahmad

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumum rombakan peringkat tinggi yang membabitkan pelantikan ketua polis baru di empat negeri yang berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar selepas mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SSP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman, Tan Sri Ismail berkata empat negeri yang mendapat ketua polis baru ialah Melaka, Perlis, Terengganu dan Perak.

Mereka ialah SAC Datuk Chuah Ghee Lye (Melaka), DCP Datuk Mohd Shukri Dahalan (Perak), SAC Datuk Tajudin Md Isa (Perlis) dan SAC Datuk Jamshah Mustapha (Terengganu).

Sebelum ini, Chuah merupakan komander Unit Udara PDRM) manakala Mohd Shukri adalah ketua polis Terengganu.

Tajuddin pula adalah timbalan pengarah (II) jabatan siasatan jenayah komersial manakala Jamshah merupakan ketua penolong pengarah pengurusan bahagian latihan.

"Beberapa jawatan lain telah diluluskan oleh suruhanjaya lain iaitu ketua jabatan jenayah Selangor, ketua jabatan jenayah Sabah dan beberapa jawatan kosong lain di dalam PDRM.

"Dengan pengumuman ini, barisan yang saya tetapkan ini akan melengkapkan perubahan sejak saya mengambil alih tugas sebagai ketua polis negara," kata Ismail lagi.
Usaha perkukuh PDRM

Dalam kenyataannya, Ismail berkata mesyuarat SSP itu merupakan usaha untuk memperkukuhkan struktur serta perkhidmatan pegawai dan anggota pasukannya, dengan sokongan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

"Keputusan yang dibuat pada hari ini adalah untuk memastikan PDRM dapat menyusun dan menugaskan pegawai yang sesuai berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Mesyuarat hari ini juga telah membincangkan langkah-langkah bagi memperkemaskan prosedur dan meperlihatkan ketelusan dalam urusan tatatertib serta disiplin di kalangan anggota PDRM.

"Ini penting bagi menunjukkan keseriusan pihak PDRM dalam mengambil tindakan terhadap anggota dan pegawai yang melakukan salah laku, sekali gus meningkatkan tahap profesional dan kepercayaan anggota masyarakat terhadap pasukan polis," katanya lagi.

Malaysiakini/-

ADUN PAS dakwa Umno guna bomoh di DUN Perak

Posted: 02 Dec 2010 11:09 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

Dua ADUN - masing-masing kerajaan dan pembangkang - akan dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul mengenainya terhadap Hasbullah Osmail (BN-Temengor) diterima oleh Speaker Datuk R Ganesan selepas dia menuduh kerajaan Selangor korup.

Manakala Khalil Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) pula akan dihadapkan kepada jawatankuasa tersebut kerana menuduh kerajaan negeri menggunakan khidmat bomoh untuk menjampi DUN pada 7 Mei tahun lalu.

"Tujuan saya membangkitkan isu bomoh bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk menyatakan hal terlarang itu adalah tidak betul.

"Sebab itu, bila didesak untuk menyebut nama adun berkenaan, saya tidak sebut.

"Saya akan sebut bila jawatankuasa itu memanggil saya nanti.

"Saya juga bertanggungjawab dengan kenyataan yang diberikan berkaitan bomoh dan saya ada bukti jelas bila dipanggil nanti," kata Khalil Idham kepada wartawan di luar dewan.

Malaysiakini/-

Syabas tiada mandat kumpul dana

Posted: 02 Dec 2010 11:03 PM PST

26 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) digesa menghentikan segera kegiatan mereka memungut wang daripada pengguna sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi Syabas.

Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Charles Santiago (DAP-Klang) dalam satu kenyataan bersama berkata, kegiatan itu adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak iaitu Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Menurut mereka, mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Supply Enactment 1997, Syabas hanya diberi lesen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Adalah difahamkan bahawa Syabas tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan memulakan sebuah tabung dari serahan wang hasil dari air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Selangor kepada pengguna di Selangor," kata kenyataan itu.

Kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya itu tidak dapat ditentukan ketelusannya sebaliknya Syabas terlibat dalam membuat dua kali kutipan kepada pengguna tidak dapat ditentukan siapa yang akan menerima dana itu.

"Syabas tidak dihalang untuk menunaikan CSRnya kepada masyarakat kurang berkemampuan dengan keuntungan yang dilaba sekian lama ini.

"Tetapi cara yang dilakukan ini jelas menimbulkan pelbagai pertikaian bahkan bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Enakmen Bekalan Air Selangor 1997," kata kenyataan itu.

Harakahdaily/-

Batal pangsapuri RM180 ribu, ganti mampu milik

Posted: 02 Dec 2010 08:00 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

SHAH ALAM, 2 Dis: Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina pangsapuri mampu milik di tapak Kampung Seri Temenggung, Gombak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, menurut perancangan asal PKNS, mereka akan membina 270 unit pangsapuri dengan harga sekitar RM180,000 sebuah.

Walau bagaimanapun, katanya memandangkan keperluan perumahan mendesak bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana, PKNS akan membina pangsapuri mampu milik dengan harga tidak lebih RM70,000 dan keluasan tidak kurang 800 kaki persegi.

"Sekurang-kurangnya 500 pangsapuri akan dibina di atas tanah seluas lebih kurang 10 ekar ittu," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, projek pangsapuri itu merupakan sebahagian dari usaha kerajaan negeri di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan untuk memperkenalkan rumah mampu milik generasi baru.

PKNS juga, tambahnya terlibat di dalam projek 125 unit pangsapuri mampu milik di Bandar Baru Bangi yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada akhir bulan Disember ini.

Harakahdaily/-

Pakatan mungkin kuasai Johor, Negeri Sembilan

Posted: 02 Dec 2010 07:52 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

KUALA LUMPUR, 2 Dis: PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin.

"Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata.

"Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam.

"Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP.

Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua.

"Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam."

Harakahdaily/-

Perak bakal muflis, hutang naik 500%

Posted: 02 Dec 2010 07:35 PM PST

26 Zulhijjah 1431H

IPOH, 3 Dis: Negeri Perak bakal muflis sekiranya hutang yang menggunung sejak 10 tahun lalu tidak dilangsaikan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung di mana pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta.

Tambahnya, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus.

"Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan," ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun, semalam.

Dengan kata lain, beliau yang juga Setiausaha DAP negeri berkata, sekiranya tidak dijelaskan segera hutang tersebut negeri Perak akan muflis.

"Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, tanya iman, jika bersalah, sila bertaubat," ujarnya sinis.

Harakahdaily/-

Mungkar: Ulama Umno guna bahasa isyarat

Posted: 02 Dec 2010 07:21 PM PST

26 Zulhijjah 1431H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Dis: PAS bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur penghinaan kepada Islam.

Namun, kata Ketua Penerangan PAS Puat, Idris Ahmad jangan hanya nasihat itu ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja.

Malahan, ujarnya teguran itu juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran.

"Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS juga, tambahnya mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah.

Katanya, ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam dibuka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam Umno walaupun program itu akan memusnahkan jiwa manusia.

"PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan kerajaan dan ulamak dalam Umno kurang upaya," ujarnya sinis.

Tegasnya, teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara sebagaimana hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu dibunuh.

Menurutnya, rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakulsampahkan sahaja.

Sedangkan, ujarnya orang agama dalam Jakim ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.

"Jika teguran Jakim pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang lain," katanya.

Isu bomoh : ADUN Titi Serong dihadapkan Jawatankuasa Hak & Kebebasan Dewan.

Posted: 02 Dec 2010 02:12 AM PST

Hafizi Pauzi

IPOH : ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dihadapkan kepada jawatankuasa hak dan & Kebebasan Dewan setelah dia enggan untuk mendedahkan siapakah ADUN yang terlibat membawa bomoh ke dalam dewan negeri sebelum sidang DUN & Mei 2009.

Insiden tersebut berlarutan semasa beliau menyampaikan ucapan perbahasan bajet 2011 dalam sidang DUN pada hari ini.

Drs. Khalil bertegas untuk tidak mendedahkan nama ADUN yang terbabit sehingga seorang wakil kerajaan dari Kamunting bangun mengusulkan dengan peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan supaya dia dahadapkan kepada Jawatankuaa Hak dan kebebsan Dewan.

Sebelum ini ADUN Titi Serong yang pernah mendedahkan perkara yang sama kepada media pernah dipanggil oleh Polis untuk memberi keterangan selepas Dr. Zambry membuat laporan polis akibat dari kenyataannya dewan dimasuki bomoh.

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 03 Dec 2010 01:31 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


tahniah rapid kl bus -Ketua Pemuda-

Posted: 02 Dec 2010 03:58 AM PST


1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain diatas langkah bijak dan mesra kaum wanita , sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita dalam negara ini .

2. Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

3. Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

4. Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

5. Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

6. Saya juga mencadangkan agar perkara ini diangkat menjadi satu yang diperundangkan dalam undang - undang negara di bawah peraturan jalanraya agar ia menjadi satu dasar perkhidmatan pengangkutan awam yang melibatkan perkhidmatan bas , teksi , LRT dan seumpamanya di seluruh negara khasnya di bandar - bandar utama .

7. Saya percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti jenayah seksual [ gangguan seksual dan rogol ] , ragut dan sebagainya . Semoga usaha yang baik dan mulia ini [ walau masih diperingkat percubaan ] diberi perhatian serius oleh kerajaan .

8. Begitu juga langkah - langkah membuat dasar dan peraturan yang mesra pengguna khasnya kaum wanita , kanak - kanak dan OKU dalam semua aspek yang melibatkan keselamatan dan keselesaan mereka samaada di sektor perkhidmatan pengangkutan awam , tempat kerja , kawasan rekreasi , stesen minyak , tempat parking , lalu lintas , university , kolej , sekolah dan seumpamanya wajarlah diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan . Sementara mana - mana aspek yang berada di bawah kuasa kerajaan negeri , saya mencadangkan agar kerajaan negeri - negeri Pakatan Rakyat memulakan langkah bijak ini .

Pengikut