Pakatan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Pakatan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Kenapa Sekarang Baru Risau Belia 4B Bukit Katil? Posted: 22 Sep 2011 08:39 AM PDT Bukankah sebelum ini ADUN Bukit Baru yang juga merangkap Ketua Menteri Melaka mahu melanjutkan operasi hiburan sehingga jam 3 pagi pada waktu hujung minggu dan jam 2 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat? Tiba-tiba melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa. Apa semua ini? Bukankah puncanya datang dari kerajaan Melaka pimpinan Ali Rustam sendiri dan sekarang mahu menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang tidak bertindak tegas? Jangan disalahkan budak kecil (Pihak Berkuasa Tempatan) itu kerana bermain mercun sebaliknya bapa (sebagai Ketua Menteri) haruslah memainkan peranan dalam mencegahnya terlebih dahulu. Lebih daripada 100 premis menjalankan kegiatan perjudian berkomputer secara terbuka dan beroperasi tanpa lesen di beberapa daerah di negeri ini. Kebanyakan premis berkenaan beroperasi di sekitar Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau, Jasin, Melaka Tengah dan Ayer Keroh. Ada premis berkenaan yang beroperasi berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Bukit Beruang dan berhampiran Balai Polis Simpang Ampat di Alor Gajah. Apa gunanya pihak berkuasa yang langsung tidak ambil peduli terhadap maklumat yang diberikan kepada mereka mengenai premis yang menjalankan kegiatan tersebut. Ahli Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Bukit Katil, Adnan Saad berkata; sekiranya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan wajar membanteras premis berkenaan, ahli Gerakan Belia 4B seluruh negeri melibatkan 6,000 orang akan membuat demonstrasi aman. Sebelum ini Pemuda PAS sudah lama mengadakan demonstrasi mengenai lanjutan tempoh masa hiburan di Melaka sebaliknya demonstrasi itu diganggu oleh pihak polis dan jika Belia 4B mengadakan demonstrasi ini, adakah pihak polis akan menyekatnya juga walhal motif yang dilakukan oleh Pemuda PAS Bukit Katil adalah sama. Ibarat pepatah selagi belum terhantuk manakan mahu rasa sakitnya. Oleh: kijang59 Any comment pls email to mstcmal@miosh.net |
Posted: 22 Sep 2011 12:17 AM PDT 1 Sept - Ahli Jawatankuasa Balai Islam Taman Cempaka sekali lagi mengadakan program khas, bagi meraikan bakal-bakal haji yang tinggal di kawasan berhampiran. Seramai 8 orang penduduk taman yang bakal mengerjakan haji pada tahun ini. Mereka terdiri daripada penduduk Taman Peringgit Jaya dan Taman Cempaka. 1. En Amir b Ahmad dan isteri (Pn Salmah) 2. En Rosli b Said dan isteri (Pn Hamidah bt Bakrun) 3. En Azraie dan isteri (Pn Aziah) 4. Hjh Azizah bt Radin 5. Pn Jamilah En Rosli dan isteri di jadual berlepas pada 29 Sept, penerbangan pertama jemaah haji. Majlis tahunan ini dibuat sejurus selapas kuliah mingguan. Majlis penyampaian cenderahati disampaikan oleh al-Fadhil Ust Zulkifli Ismail, Mudir Baitul Qurra' wal 'ilmi, merangkap Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Melaka. Pihak balai Islam merakamkan penghargaan dan mendoakan agar bakal-bakal haji mendapat keberkatan dan haji yang mabrur. Any comment pls email to mstcmal@miosh.net |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
Kementerian Pelajaran tunggang langgang, TPM sibuk politik Posted: 21 Sep 2011 08:26 PM PDT SAYA ialah bekas pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLIsr) sepenuh masa Ambilan Jun 2010 yang menamatkan pengajian pada akhir Mei 2011. Saya mewakili semua warga KPLIsr sehingga sekarang masih belum menerima apa-apa berita mengenai penempatan KPLI. Sudah banyak kali panggilan telefon dibuat kepada pihak berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Putrajaya, namun berbagai tarikh dan alasan yang diberikan. Harapan cuma jadi harapan kerana kami masih belum menerima apa-apa surat atau berita selama empat bulan ini. Sekurang-kurangnya kami ingin satu tarikh yang pasti dan berita kerana ramai di kalangan kami yang mempunyai tanggungan dan beban hutang. Terdapat juga beberapa kawan saya yang berhasrat melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini terpaksa menangguh dulu niat baik itu. Justeru, kami perlu mencari pekerjaan lain sekiranya penempatan kami lambat. Di samping itu, apa yang menghairankan kami selalunya pelajar KPLI yang memiliki diploma pendidikan ini hanya akan menunggu selama tiga bulan kemudian akan ditempatkan untuk bertugas di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia. Ini kerana pelajar KPLIsr diambil berdasarkan peruntukkan guru yang diperlukan oleh kerajaan dan akan lebih diutamakan berbanding pelajar jurusan pendidikan lain. Bagaimanapun, selepas isu GSTT tempoh hari dan berjaya diselesaikan oleh KPM, kami pula yang menjadi mangsa lambat ditempatkan. Semoga pihak KPM dan menteri yang berkenaan dapat memberi jawapan yang sewajarnya akan nasib kami ini. Kami mohon supaya kami dapat penempatan segera. Pelajar menanti penempatan KPLI, BAKAL GURU, Johor. 22 Sep 2011 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarmenantipenempatanKPLI/Article |
Mahalnya barang di Jelebu, Kedai 1Malaysia mana? Posted: 21 Sep 2011 07:34 PM PDT Kenapa tak buka Kedai Rakyat 1Malaysia di Kuala Klawang, Jelebu? Kesian orang Jelebu, kesian nenek Mahani, kesian pakcik Rajima harga barang di kedai runcit mahal sangat. Rais Yatim dan Mohamad Hasan sibuk dengan jalur lebar, bukan nak tengok harga barang di Jelebu. Nak beli barang di Seremban, kena tunggu 2 jam baru ada bas dari Jelebu. Inilah yang dinamakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ! Harga barang runcit mahal 22 Sep 2011 KUALA KLAWANG - Penduduk di sekitar pekan Kuala Klawang meminta pihak berkuasa memantau harga barang khususnya barangan runcit yang dijual di pekan ini dengan harga tinggi. Tinjauan mendapati, harga barangan runcit yang dijual di kedai runcit di pekan ini jauh lebih mahal berbanding di bandar. Salah seorang pengguna, Rajima Morgesu, 60, berkata, setiap kali membeli barangan runcit, dia akan menghabiskan tidak kurang dari RM200. Menurutnya, harga barangan keperluan di situ sangat mahal. "Saya sering membeli barangan dapur dan makanan basah di sini serta tiada pilihan lain kerana tidak memiliki kenderaan untuk membeli di luar. "Tambahan pula, saya merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja," katanya yang menetap di Taman Nagamas, dekat sini. Katanya, dia mahu membeli barangan runcit di pasar raya besar yang jauh lebih murah, namun tidak mampu berbuat demikian kerana tambang teksi sangat mahal. Sementara menurut Mahani Jaklam, 88, dia hanya berharap kepada barangan keperluan harian yang dibeli anak-anaknya di luar kawasan Jelebu. Menurutnya, dia tidak pernah membeli barangan keperluan harian di sini kerana harganya mahal. "Saya hanya membeli barangan dalam kuantiti sedikit jika perlu. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau harga barangan yang dijual di sini kerana ia membebankan penduduk selain tidak mempunyai pilihan lain. "Harga barangan keperluan di kedai runcit di pekan Kuala Klawang juga tidak selaras dan ini menyukarkan pengguna membuat pilihan," katanya. Malah katanya, begitu juga dengan kedai runcit yang terdapat di kampung-kampung di mana harga ditawarkan kepada pengguna tinggi sama seperti di pekan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9551730.asp 100 lagi kedai 1Malaysia dibuka KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang membuka sekurang-kurangnya 100 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia dalam masa terdekat berikutan sambutan baik pengguna. Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perluasan konsep Kedai Kedai Rakyat 1Malaysia itu didorong oleh tarikan seperti harga barangan lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding pasar raya dan kedai runcit. "Pihak yang berminat dengan konsep kedai itu boleh memohon permit penggunaan paten jenama 1Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,'' katanya di sini semalam. Beliau memberitahu, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia itu juga akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar. "Kerajaan mahu memastikan rakyat ada pilihan dalam membuat pembelian barang dan dengan adanya Kedai 1Malaysia mereka boleh memilih sama ada mahukan produk berjenama ataupun produk 1Malaysia yang setaraf dari segi kualiti,'' katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di stesen LRT Kelana Jaya di Petaling Jaya pada Julai lalu. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan telah dijenamakan dengan jenama itu dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai itu, senarai barangan serta harganya, sila kunjungi http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ . http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm |
Pelajar asing diutamakan, pelajar Melayu tak dapat IPTA Posted: 21 Sep 2011 06:39 PM PDT Apalah malang sungguh nasib pelajar Melayu yang lulus cemerlang di Matrikulasi dan Asasi Sains tetapi tidak mendapat tempat di IPTA. Mana pergi jaguh-jaguh pembela Melayu di kalangan pemimpin Melayu? Adakah pelajar asing makin ramai diterima IPTA kerana mereka boleh beri pulangan lumayan melalui yuran yang tinggi? KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN ! 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN SIAPA PENGKHIANAT BANGSA SEKARANG? Tolong baca artikel PELAJAR MELAYU TERUS TERTINDAS, PEMIMPIN PULA SIBUK BERPOLITIK di http://amkns.blogspot.com/2011/09/pelajar-melayu-terus-tertindas-pemimpin.html DI MANA HAD KEMASUKAN PELAJAR ASING? 22 September 2011 MEMBACA tulisan Keluhan pelajar Matrik (Forum 20 September 2011) oleh Pedang Bertuah dari Kuala Lumpur sebenarnya isu ini ada kaitan dengan kecenderungan dasar pengambilan puluhan ribu pelajar antarabangsa mutakhir ini. Buktinya, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah baru-baru ini dalam suatu ucapannya telah menyatakan bahawa terdapat seramai 24,214 daripada 86,919 pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berada di universiti awam buat masa ini. Kenyataan beliau dalam Persidangan Pengurusan Pelajar-pelajar Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur memberi makna kepada kita bahawa terdapat 28 peratus pelajar asing berada di universiti awam. Hal ini sekali gus telah "merampas" tempat pelajar tempatan. Bayangkan, dengan 20 jumlah IPTA yang ada, secara puratanya sebuah IPTA dihuni oleh kira-kira 1,211 pelajar asing! Malah, tambah beliau jumlah pelajar antarabangsa itu akan meningkat setiap tahun! Tidak hairanlah apabila ruang untuk pelajar lepasan matrikulasi semakin terhad seperti yang telah didedahkan oleh Pedang Bertuah. Mereka bukan sekadar bersaing secara sihat sesama mereka tetapi dalam masa sama paling sakit berebut tempat dengan pelajar asing dalam keadaan yang amat tidak adil. Oleh itu, mohon penjelasan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyatakan sejauh mana had pengambilan pelajar antarabangsa ditetapkan. Kedua, bagaimana pihak KPT telah berusaha menangani keciciran modal insan pelajar-pelajar tempatan yang cemerlang untuk mendapat tempat di IPTA. Jika salah satu sebab kemasukan ribuan pelajar asing itu kerana didorong mahu mencapai penarafan (ranking) universiti, hal itu amat memberi impak buruk seperti yang telah ditegaskan oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob dalam ruangan ini pada 19 September lalu. ANTI KERA DISUSUKAN Universiti Malaya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm |
Jamuan Raya dgn DSAI 27 Sep 2011 Port Dickson Posted: 21 Sep 2011 06:39 PM PDT JAMUAN IDIL FITRI Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim Selasa 27 Sept 2011 Jam 8 malam Di Markas Pakatan Rakyat Kg Telok Pelanduk, Bt 12, Port Dickson Semua dijemput hadir Info dari http://telokkemang.blogspot.com/2011/09/jamuan-aidilfitri-demi-rakyat.html |
SPRM penyamun, Polis pengedar dadah, Askar perompak Posted: 21 Sep 2011 05:32 PM PDT Selamat lagikah rakyat Malaysia sekarang ini apabila Pegawai SPRM dikaitkan dengan kes samun hampir RM1 juta, anggota polis pula dikaitkan dengan kes edar dadah dan keganasan manakala anggota tentera pula dikaitkan dengan kes rompakan? Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi ! Nampaknya setiap rakyat Malaysia perlu bawa senjata api atau parang untuk menjaga keselamatan diri kalau perkara ini berterusan. Artikel Polis Malaysia jadi perompak, pengedar dadah, pengganas di http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-malaysia-jadi-perompak-pengedar.html Artikel Lima tentera Malaysia jadi perompak di http://amkns.blogspot.com/2011/08/lima-tentera-malaysia-jadi-perompak.html TIGA PEGAWAI SPRM SAMUN KLIA DILUCUT TUGAS Rabu September 21, 2011 KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan. Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa. SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas. Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan. "Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/21/mstar_berita/20110921212212&sec=mstar_berita MACC MEN HELD OVER ROBBERY Rabu September 21, 2011 KUALA LUMPUR: Three Malaysian Anti-Corruption Commission officers (MACC), including an assistant commissioner have been arrested for allegedly robbing a money changer of US$300,000 (RM900,000) inside the satellite building at KL International Airport (KLIA). The three, said to be attached to the Putrajaya special operations division, were arrested on Tuesday by Sepang police following a report lodged by the money changer that he was robbed by them on Sept 15. In a statement, MACC confirmed the arrests, saying that the three had been suspended and stripped of their investigation powers. Sources familiar with the investigations said the three went to KLIA to investigate alleged money laundering by several money changers involving millions of ringgit. They said the MACC officers spotted one of the money changers and approached him before asking him to open his bag containing hundreds of thousands of ringgit in foreign currency. They were alleged to have taken part of the money before allowing the money changer to board his flight to Singapore. Sources said all three were picked up by police and identified by the money changer during a parade. They said that police had obtained a recording of the alleged incident. It is not immediately known if any money was recovered from the three who have since been remanded to facilitate investigations. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/9/22/nation/9550697&sec=nation |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
BLOG - BLOG PARTI DAP |
Posted: 22 Sep 2011 01:26 AM PDT
| ||||||||||
Posted: 21 Sep 2011 11:37 PM PDT
| ||||||||||
Posted: 21 Sep 2011 11:15 PM PDT
| ||||||||||
Posted: 21 Sep 2011 07:11 PM PDT
| ||||||||||
Posted: 21 Sep 2011 03:52 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from BLOG - BLOG PARTI DAP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar |
Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 22 Sep 2011 02:45 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Sepanggar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |