Rabu, 4 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


n12selinsing

Posted: 04 May 2011 09:18 PM PDT

n12selinsing


PEMILIK BIMBANG DENGAN MENDAPAN BANGUNAN

Posted: 04 May 2011 07:16 PM PDT

Kuala Gula; 4 Mei 2011, Pemilik bangunan rumah kedai di Taman Bersatu, Kuala Gula melahirkan rasa resah dan kebimbangan mereka kerana berlaku mendapan yang serius terhadap bangunan yang baru 3 tahun diduduki. Menurut pemilik lot bangunan tersebut Lim Chong Kheng, bangunan yang telah mendapat CF pada April 2008 itu telah dikesan berlaku keretakan pada bangunan sebelum CF dikeluarkan lagi, setelah mengadu kepada pemaju, pihak kontraktor hanya menampal sahaja keretakan tersebut dan mengecatnya semula bangunan tersebut bagi menghilangkan kesan keretakan. Selepas setahun keretakan kembali berulang dan sehingga kini keadaannya semakin membimbangkan kerana keadaan bangunan tersebut jelas nampak melengkung ke bawah apabila dilihat dari jarak jauh.

Menurut Mr Ong Sooi Tow yang mewakili pemilik bangunan tersebut, pihak mereka telah menghantar surat kepada pemaju bagi memaklumkan masalah tersebut, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dari pihak yang berkenaan.



Keadaan di hujung bangunan yang nampak naik sehingga 3 inci dari tapak asal bangunan



Keretakan jelas kelihatan di bahagian tengah bangunan


Tiang bangunan juga mengalami masalah keretakan yang serius



Mr Ong Sooi Tow menerangkan sesuatu kepada YB Husin

PAS Negeri Sembilan

Posted: 04 May 2011 09:12 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Anwar Ibrahim di Jelebu N.Sembilan 8 Mei 2011

Posted: 04 May 2011 08:25 PM PDT



SIRI JELAJAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI SEMBILAN
8 MEI 2011 (AHAD)

PROGRAM 1
7.00 -8.30 mlm - Solat Maghrib / Hajat dan Tazkirah Dato Seri Anwar Ibrahim
(lokasi : Surau Kampung Petaseh, Jelebu)

PROGRAM 2
8.00 - 11.00 mlm - Jamuam Makam Malam bersama Masyarakat Tionghua dan Pengundi
(lokasi : Pekan Simpang Pertang, Jelebu)
Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
3. YB Elizabeth Wong Keat Ping
4. YB Hee Loy Sian
5. YB Anthony Loke Siew Fook

PROGRAM 3
9.00 - 12.00 mlm - Ceramah Perdana
(lokasi : Kampong Pilah Tengah, Kuala Pilah)
Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
3. YB Anthony Loke Siew Fook
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YBhg Zulkefly Muhammad Omar
6. YBhg Siti Aisyah Sheikh Ismail

MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN!

Sumber dari Blog Ahli Parlimen Telok Kemang YB Dato' Kamarul Baharin Abbas di http://telokkemang.blogspot.com/2011/05/siri-jelajah-dato-seri-anwar-ibrahim-ke.html

PAS selami masalah orang Asal di Jelebu, N.Sembilan

Posted: 04 May 2011 06:56 PM PDT


Kuala Klawang, Jelebu - 4 Mei 2011 - PAS MTD Klawang meneruskan program "Masih Ada Yang Sayang" untuk siri yang ketiga. Pada kali ini PAS MTD Klawang telah merentasi batasan kaum dengan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada kaum Tionghua di Pekan Kuala Klawang dan Orang Asal di Kg Kelaka, Ulu Klawang.

Di kampung orang asal iatu Kg Kelaka, Ulu Klawang PAS telah menyumbangkan sebuah kerusi roda dan juga bantuan makanan kepada Puan Hema anak Lebek. Puan Hema mempunyai seorang anak OKU. Turut menerima sumbangan adalah Wok Binti Panglima Dalam dan Debok Binti Panglima Dalam. Puan Wok dan Puan Debok adalah warga miskin orang asal dan tidak ada tempat untuk bergantung.

Pada program "Masih Ada Yang Sayang" kali ini sumbangan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Saudara Zulkefly Mohamad Omar dan juga YB Hj Taufek Ghani, ADUN (PAS) Paroi sempena lawatan kerja Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ke Daerah Jelebu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Jelebu Hj Kateran dan juga Timbalan YDP Hj Jamalus Mansor turut hadir dalam program ini.

MENGOMBAK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI JELEBU !

Sumber : http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/masih-ada-yang-sayang-siri-3.html


Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011

Posted: 04 May 2011 02:17 AM PDT



CERAMAH KHAS
Bersama : Bob Lokman
Juga : YB Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Pada 10 Mei 2011 SELASA
Jam 9 malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/05/program-terkini-ceramah-umum.html

Berpaut pada dahan reput

Posted: 04 May 2011 12:13 AM PDT



Sinar Harian 4 Mei 2011

SEREMBAN – Kegembiraan 11 sahabat menghabiskan cuti umum dengan bermandi-manda di hutan rekreasi Sungai Gunung Berambun, Pantai, di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, S. Sasitharan dikatakan tergelincir dan tenggelam ke dalam air sebelum dibawa arus deras.

Rakan mangsa dikenali sebagai Ariaran, 26, berkata, mereka tiba di tempat itu kira-kira 12.30 tengahari.

Menurutnya, semasa mereka sedang berseronok bermain air, paras air di sungai berkenaan secara tiba-tiba naik mendadak.

"Pada awalnya memang paras air hanya pada lutut kami. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, paras berkenaan tiba-tiba naik secara mendadak hingga paras dada selain mengalir deras walaupun cuaca tidak hujan.

"Kami terkejut dan segera mahu naik ke atas tebing dengan berpaut pada tali kabel di sekitar kawasan terbabit.

"Tetapi Sasitharan berkata, dia mahu mengambil begnya terlebih dahulu. Bagaimanapun, dia tidak sempat dan kami nampak dia tenggelam sebelum dihanyutkan arus deras," katanya.

Menurutnya, sejurus naik ke tebing, dia terkejut melihat mangsa berada dalam jarak kira-kira 50 meter tenggelam dan sempat berpaut pada sebatang dahan pokok reput.

"Kami kemudian segera membaling kayu untuk cuba menariknya dari situ, namun masih gagal dan mangsa terus dihanyutkan arus berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Rahang, Zakaria Ahmad berkata, sepasukan anggota membabitkan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rahang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan.

"Kita menyelamatkan kesemua mereka ke tempat selamat. Manakala, mangsa yang hanyut itu kita jumpai dan dibawa ke darat kira-kira 8.50 pagi tadi (semalam)," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9047427.asp

Anwar Ibrahim di Kuala Pilah 8 Mei 2011

Posted: 03 May 2011 11:28 PM PDT



MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH
Tarikh : 8 Mei 2011 (AHAD)
Jam 9 malam
di Kg. Seri Pilah, Senaling, Kuala Pilah, N.Sembilan

Bersama : Dato' Seri Anwar Ibrahim
Turut serta : Azmin Ali, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Dato Kamarul Baharin Abas, Zulkefly Omar, Anthony Loke dan Zaharuddin Othman

Anjuran Parti keADILan Cabang Kuala Pilah

Semua dijemput hadir

Sumber http://jemapohku.blogspot.com/2011/05/mengombak-kemenangan-kuala-pilah.html

Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Posted: 03 May 2011 09:37 PM PDT


Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Aduan Rakyat, 3 Mei 2011

Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun.

Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu.

Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali.

Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan.

Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan.

Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan.

Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah…

terima kasih.

Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-alias

Himpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html


Dr Azman Ibrahim

Posted: 04 May 2011 07:54 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Ustaz Mohd Pauzi kekal terajui PAS Setiu

Posted: 04 May 2011 07:09 PM PDT

Ustaz Mohd Pauzi Muda
Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu sesi 2009/2011 dipilih semula sebulat suara untuk kekal menerajui PAS Kawasan Setiu bagi sesi 2011/2013 dalam pemilihan secara syura di kalangan ahli jawatankuasa PAS kawasan yang diadakan semalam. Mantan Naib Yang Dipertua sesi lepas, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir pula menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua menggantikan YM Tengku Ahmad Tengku Husin yang kini diamanahkan sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Setiu.

Tengku Ahmad Tengku Hussein
Aminuddin Umat
Haji Shamsuddin Wahab
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi dan Ketua Penerangan sesi lepas, Dr Azman Ibrahim diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua. Jawatan Setiausaha dan Bendahari kekal masing-masing kepada Aminuddin Umat dan Haji Shamsuddin Wahab sementara bekas Ketua Pemuda Sesi lalu, Ustaz Mohd Nazari Alias mengambil alih jawatan Ketua Penerangan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 04 May 2011 07:46 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


PIBG 'Cekik Darah'?

Posted: 04 May 2011 08:12 AM PDT

Ramai ibubapa para pelajar merungut mengenai sumbangan yang dikenakan oleh pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran (SKAC). Menurut mereka yuran PIBG telahpun dibayar semasa pendaftaran kemasukan pada awal tahun dahulu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. "PIBG cekik darah!" kata mereka.

Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Inilah akibatnya kalau kalau institusi milik kerajaan dipolitikkan oleh Umno-BN. Justeru Dewan Pemuda PAS Ampang menyeru masyarakat dan pengundi segenap lapisan agar menumbangkan Umno dan Barisan Nasioanal dalam pilihnraya umum akan datang atas nama pejuangan menyelamatkan Malaysia bumi tercinta.

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 May 2011 07:45 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Miri Berjaya Menyatukan Semua Kaum Di Sarawak

Posted: 03 May 2011 11:39 PM PDT

PAS Miri Go Towards The concept of "Pas for All"

Picture shown that Mr Yeo received Laksamana Cheng Ho Award from Dato Husam Musa


PAS Miri conducted 2nd Annual General Meeting last Monday, 2nd May 2011 at Gymkhana Club MainHall. The meeting was attended by 120 delegates from 6 branches of PAS in Miri includes Senadin, Pulau Melayu, Pujut Adong, Tudan, Pujut and Piasau. In addition, more than half of delegates come from PAS Supporter Club lead by Chairman, Mr John Barah Aning and Secretary, Mr Yeo KH.In the event,Mr Yeo was being elected as Laksamana Cheng Ho Award recipient in recognition on his comitment towards the implementation of PAS for ALL Concept in Miri.

The meeting was officiated by YB Husam Musa, Kelantan Exco. In his speech, he repeats the comitment of PAS towards strengthens Pakatan Rakyat and call the invitation by Najib as a desperate move by the PM. The recent Sarawak Election,particularly in Miri, the good and strong comitment by PAS to asssit his counter part DAP and PKR has show a good result that resulted capturing Pujut and Piasau. He also stress the importance of PAS to conitnue its agenda for to support the welfare of people especially the poor basic aminities,Land Issues,clean and fair government towards the two-system party.

The meeting also sees that Haji Jofri Jaraiee and Engr Khairulnizam Yob were given the mandate to lead PAS Miri for the next term till 2013.

Few resolutions passed thru the meeting. First; PAS Miri was offer itself to represent Pakatan Rakyat in next Parliamentary Election to forecast the PAS for ALL Concepts and a true spirit of Pakatan Rakyat in term of "setiakawan"@ cooperation after giving away the state seat to DAP and PKR recently. Only with the true friendship and cooperation will succeed the Pakatan will for Putrajaya.

Others resolution passed also includes the strengthen focus of PAS miri towards increasing the support by double-up the branches includes Sibuti Parliamentary seats and focus towards welfare program includes longhouses and rural area.

PAS Miri

Malay version
PAS Miri Menuju ke Arah Konsep "PAS for All"
PAS Kawasan Miri buat kali kedua telah mengadakan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri pada 2 Mei 2011 bersamaan 28 Jamadil Awal 1432 H. Mesyuarat telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh Dewan Pemuda,Muslimat dan 6 Cawangan penaja sekitar Miri. Lebih manis buat julung kali perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri turut hadir diketuai sendiri Ketua DHPP ,En John Barah Aning dan Setiausaha,Encik Yeo. Encik Yeo sendiri turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri.

Majlis disempurnakan perasmiannya oleh YB Haji Husam Musa. YDP PAS Miri,dalam ucapan pembukaan,mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar ,iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Biarpun peranan PAS Miri pada PRDUN Sarawak dahulu tidak melibatkan sebarang kerusi ditandingi di Miri,PAS Miri telah menunjukkan komitmen dan gerakerja tersusun bagi membantu rakan rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun Miri dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang ditandingi oleh DAP.Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat Cawangan bagi memastikan momentum perkembangan ini berterusan.

Haji Husam menegaskan, dalam ucapan perasmiannya agar PAS Miri menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for ALL dan betapa indahnya ISLAM sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak ini. Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat,beliau mengharapkan usaha ini diteruskan khas di peringkat pendalaman bagi menyebarluaskan ISLAM dan PAS.

Usul utama yang diluluskan sebulat suara oleh perwakilan adalah untuk mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Miri bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan 'PAS for ALL' di bumi kenyalang ini. Dengan kemunculan aktif DHPP Miri di bandaraya ini,potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah begitu cerah sekali. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan ,Tuan Haji Jofri dan Engr. Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013.

www.pas-miri.blogspot.com

Pengguna Kenderaan Lama Lega Dengan Kenyataan Bank Negara!!!

Posted: 03 May 2011 07:56 PM PDT



Bank Negara wants lower insurance costs for old vehicles
By LEE YEN MUN - yenmun@thestar.com.my
PETALING JAYA: Owners of cars and motorcycles that are 10 years or older will now be able to get insurance coverage without having to pay a loading of 200% to 300%. This follows a new Bank Negara ruling for all insurance companies to provide coverage with immediate effect. They are no longer allowed to implement loading fees provided the vehicles are roadworthy. In an announcement which takes effect immediately, Bank Negara said the vehicles concerned had previously been grouped as "displaced vehicles" or deemed high-risk vehicles. "Those with displaced vehicles that are currently underwritten by the Malaysian Motor Insurance Pool will no longer be subjected to the loading imposed on high-risk vehicles," said a Bank Negara statement yesterday. It added that these vehicles would only be required to undergo annual roadworthiness checks at Puspakom. Sources said yesterday that the move was made following steps taken previously by insurance companies to charge owners of old vehicles between 200% and 300% above the normal market premium rates. Prior to this, a vehicle's age on the road was used as the yardstick to categorise its insurance risk, which in turn affects its premium rate. The announcement yesterday came about a month after Bank Negara issued a directive on third-party insurance under its New Motor Cover Framework. It reportedly said that for third-party cover, those owning motorcycles of 110cc would have to pay a premium increase of between RM1 and RM3.50 per year, or a maximum of 30 sen a month, over the next four years. For private cars of 1,400cc, the premium adjustment would be between RM6 and RM34 per year (a maximum of RM2.80 per month) over the same period.


The announcement in March had come under fire from consumer associations and politicians from both sides of the divide, including MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. The groups believed that the increase in premiums would burden consumers from the lower income bracket, who were considered the majority among owners of older vehicles. The framework, to take effect next January, will see an adjustment in vehicle premium rates, which have not been revised since 1978. However, Dr Chua had said that insurance companies should use profits from the comprehensive motor vehicle cover premiums to cross-subsidise third-party cover premiums instead. Bank Negara also added yesterday that insurers were prohibited from compelling their customers to buy non-motor products for the sale of a motor insurance. This includes the purchase of personal insurance as a pre-requisite or complementary to a purchase of vehicle insurance.


English version
Press Statement Insurance for Old Vehicle should be lowered long time ago

Referring to a press release from Bank Negara wants lower insurance costs for old vehicles. PAS and the vehicle users who are pressed for an expensive insurance payment by insurance companies to lower the price of insurance for the vehicle more than 10 years are pleased with the announcement of the Bank Negara. The users have been too long burden by this insurance company who charge the old vehicles with higher costs. PAS representative and the others representative has done their responsibility in the last parliament debate regarding on the insurance costs for the old vehicles issue.

It was also an achievement for the users as demanded for the insurance companies to lower prices of old vehicles insurance which is too expensive. To make the claim successfully the users or the people must work together so that what ever we want in future will be fulfilled by the relevant authorities. This is what we called the people (rakyat) power.

PAS Miri


Kenyataan Media – Insurance Kenderaan lama sepatutnya turun lama dulu
Merujuk pada kenyataan akhbar dari Bank Negara yang ingin bayaran insurans yang lebih rendah untuk kenderaan lama. PAS dan pengguna kenderaan lama yang ditekan selama ini untuk pembayaran insurans mahal oleh syarikat insurans untuk menurunkan harga insurans untuk kenderaan lebih dari 10 tahun sangat senang dengan pengumuman Bank Negara.
Para pengguna sudah terbeban terlalu lama oleh syarikat insurans yang menghendaki kenderaan lama dengan kos yang lebih tinggi. Wakil PAS dan wakil yang lain telah melakukan tanggung jawab mereka dalam debat di parlimen yang lalu berkaitan dengan masalah kos insurans untuk kenderaan lama.

Itu juga merupakan kejayaan bagi para pengguna seperti yang diminta untuk syarikat insurans menurunkan harga yang lebih rendah daripada insurans kenderaan lama yang terlalu mahal. Untuk membuat tuntutan berjaya pengguna atau orang ramai harus bekerjasama sehingga apa yang kita inginkan di masa depan akan dipenuhi oleh pihak yang berwajib. Inilah yang kita sebut sebagai kuasa pengguna (rakyat).

Pas Miri

Khalid Samad

Posted: 04 May 2011 07:41 PM PDT

Khalid Samad


Respon Pengunjung Mei

Posted: 04 May 2011 08:17 AM PDT

Kali ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan respon kepada komen di blog saya ini. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf, kerana terlalu sibuk dengan pelbagai program lain termasuk Pilihan Raya Sarawak, maka saya tidak sempat memberi respon ini lebih awal. Begitu juga, saya dapati banyak komen-komen yang sememangnya memerlukan saya memberikan respon, tetapi oleh kerana kesuntukan masa, hanya 3 komen sahaja yang akan sempat saya ulas.

Berkata BJ berhubung Respon Pengunjung Februari (II):
"Adakah ini lesen utk PAS berperang dgn UMNO sehingga sanggup bersekongkol dgn DAP yang jelas menolak Islam? Dimana YB nk sembunyikan ayat Al-Quran -> Innamalmukminu na ikhwatun...iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah...maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (Ayat 10 Surah Al-Hujarat).

Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai...

Kenapa PAS tidak mengambil ayat ini utk menyambut salam perpaduan UMNO? Mereka Islam, mengakui kewujudan Allah, rukun iman rukun Islam, mengucap kalimah syahadah sama juga seperti org2 PAS. PAS melaungkan keadilan yaitu meletakkan sesuatu pada haknya. Apakah ayat ini tidak cukup utk PAS melaksanakan keadilan pada UMNO? Di sinilah sebenarnya keadilan yang PAS tak pernah nampak. Jika PAS berdendam dgn UMNO ketika krisis thn 70an dulu...ingin saya katakan sekali lg...dlm Islam dosa tidak diwarisi malah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bermaaf-maafan sesama muslim. Nik Aziz mungkin sudah lupa ajaran Islam yg ini."
Terima kasih saya ucapkan pada BJ. Jawapan saya pula adalah seperti berikut:

  1. PAS sememangnya tidak pernah menolak persaudaraan sesama Islam. Itulah sebabnya PAS mengajak ahli-ahli UMNO meninggalkan UMNO yang berjuang atas dasar politik selain dari Islam dan menyertai PAS. Supaya dengan itu lebih kukuh pegangan mereka terhadap agama Islam di mana politik adalah berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.
  2. PAS telah berkali-kali menasihati UMNO dan pimpinannya supaya berdamai di atas dasar Islam dengan sama-sama patuh kepada perintah Allah tetapi seruan tersebut, apatah lagi semasa BN kukuh, dijawab dengan penuh kezaliman. Royalti minyak Terengganu dirompak semasa PAS memerintah Terengganu dan Royalti minyak Kelantan yang 98% orang Melayu beragam Islam terus dinafikan higga ke hari ini.
  3. Ayat Al-Imran 103 menuntut kita berpegang teguh kepada tali Allah dan jangan bercerai berai. Ini membawa maksud, sesiapa yang melepaskan tali Allah itu, iaitu Al-Quran dan Sunnah, maka merekalah yang merupakan punca kepada pepecahan di kalangan ummat Islam.
  4. Tidak, TGNA tidak lupa. Hanya TGNA, seperti kami, tidak nampak adanya perubahan dalam UMNO sejak tahun 70an. UMNO hanya ingin berbaik apabila mereka tersepit dan masih enggan melepaskan pegangan mereka terhadap politik sekular dan perkauman. Video seks yang memfitnah DSAI, tuduhan Liwat 1 & 2 merupakan bukti bahawa politik UMNO politik yang korup dan menjijikkan. Oleh yang demikian, mereka perlu meninggalkan politik ini dan kembali kepada politik Islam.

Berkata Anonymous berhubung Bible Bahasa Melayu: Di Antara Kepimpinan dan Ketuanan:
" Tuan... kenapakah Tuan suka menakwil ayat Al-Quran separuh jalan?... tidak ditakwil menurut konteks?...

"Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?"

Dan Surah Al-Maidah ayat 72-73 :

[72] Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
[73] Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

...Apakah Tuan masih mahu meneruskan seruan tuan?... minta tolong diperjelaskan...

Saya ucapkan terima kasih pada Anonymous di atas teguran beliau. Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang dirujuk olehnya dalam komennya terhadap tulisan saya berhubung isu tersebut. Hanya saya rasa memadai dengan yang di atas kerana respon saya masih tetap sama.

Saya sebenarnya tidak 'menakwil' atau mentafsir ayat-ayat tersebut separuh jalan atau di luar konteks. Perkara yang saya ingin sampaikan adalah berdasarkan ayat-ayat tersebut, bahawa masyarakat Yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah 'Allah'. Sememangnya apa yang mereka nyatakan ditolak Islam; tetapi hakikatnya mereka menggunakan kalimah 'Allah'. Itu sahaja ingin saya sampaikan dan dengan tuan menampilkan ayat-ayat yang sama ianya mengukuhkan hujjah saya.

Al-Quran tidak melarang mereka menggunakan kalimah itu tetapi menjelaskan bahawa kepercayaan mereka terhadap Allah adalah tidak benar. Mereka dakwa Isa adalah anak Allah, Islam mengatakan tidak, Nabi Isa (AS) adalah hanya seorang Rasul Allah. Namun mereka gunakan kalimah Allah.

Oleh itu, kalau tuan boleh membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' berdasarkan ayat-ayat tadi, saya sanggup melihat 'takwil' tuan.

Pejuang PAS berkata berhubung Persoalan Penyelusupan dan Jamaah Dalam Jamaah:
"Masalahnya YB usaha-usaha ini jelas. Mesyuarat sebelum mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat, mesyuarat lepas mesyuarat dsb.

Selain itu usrah di tempat2 tertentu dalam membentuk perancangan tersendiri yg bercanggah dgn keputusan syura jamaah.

malah kerja membocorkan rahsia jamaah, mengeluarkan kenyataan yg memecahbelahkan jamaah dan beberapa perkara lagi menjadi bukti yg jelas usaha tersebut masih lagi konsisten.

Saya sayang YB sebagai orang lama dalam pas, tapi saya lihat YB sendiri agak cenderung utk menyokong golongan tersebut.

Maaf jika saya tersalah".
Terima kasih saya ucapkan kepada Pejuang PAS. Sebagai anggota jemaah Islam, maka kita perlu bertindak berdasarkan keputusan jemaah. Apabila saya maksudkan jemaah di sini, saya tidak bermaksud cawangan atau kawasan semata-mata. Saya maksudkan PAS Pusat, lebih-lebih lagi apabila ianya berhubung dengan persoalan disiplin.

Seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya itu, jikakalau benar ianya begitu dan ianya sejelas yang digambarkan, maka buatlah aduan rasmi kepada kawasan supaya dibawa ke Negeri dan Pusat dan biarlah mereka yang tertuduh 'dibicarakan' secara adil. Sekurang-kurangnya kita akan mendapat pengesahan rasmi akan kebenaran tuduhan tersebut di mana mereka juga diberi peluang membela diri. Seterusnya, tindakan yang diambil, sekiranya didapati bersalah, akan merupakan tindakan jemaah dan bukan sekadar tindakan individu.

Saya khuatir, seperti yang saya nyatakan dalam tulisan saya, ada individu yang dizalimi melalui kempen bisik-bisik ini di mana dia dituduh ini dan itu, tanpa diberi peluang membela diri. Sedangkan pada hakikatnya, kesalahannya ialah dia tidak disukai orang-orang tertentu atau dia dilihat sebagai 'ancaman' kepada orang-orang tertentu.

Untuk mengelakkan ini, buat secara 'profesional' dan buat aduan bertulis dengan bukti-bukti yang kukuh. Sekiranya benar, saya percaya bahawa mereka ini akan dinasihati dan kalau ingin terus ingkar, akan dipecat keahliannya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 04 May 2011 07:29 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Kematian Osama masih misteri

Posted: 03 May 2011 08:14 PM PDT

Obama enggan dedah bukti 


WASHINGTON - Rumah Putih seakan bermain tarik tali apabila seperti keberatan untuk mengeluarkan foto mayat Osama Laden selepas diminta oleh beberapa Ahli Parlimen bagi menunjukkan bukti jika benar pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda itu sudah meninggal dunia, kelmarin. 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dengan angkuh bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan semua orang mempercayai foto yang dikeluarkan itu adalah benar mayat Osama. 


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perumahan, Senator Joseph Lieberman berkata, kerajaan perlu mengeluarkan foto atau rakaman video yang lebih jelas supaya tiada keraguan dan persoalan lain berhubung kesahihan itu akan timbul. 

"Kami akan mempercayai berita kematian Osama jika ia disahkan oleh ahli kumpulan Al-Qaeda itu sendiri kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang sedang dilakukan tidak boleh menjadi satu bukti kukuh," menurutnya lagi. 

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Rumah Putih, Mike Rogers berkata, mereka yakin telah menembak Osama dan keengganan mereka untuk mengeluarkan foto atau bukti lain berkaitan kematian Osama kerana tidak mahu mencetuskan sebarang masalah.-SH

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 04 May 2011 03:36 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan

Posted: 03 May 2011 03:53 PM PDT

1. Politik tanahair kini menyaksikan UMNO dan BN terus mendendangkan irama lama yang kian sepi tidak dipeduli. Malah seninya kian pudar dan "tone"nya kehilangan sentuhan pitching yang tepat. Persembahan tidak seimbang dan penampilan tampak pincang. Apabila UMNO mengajak PAS sekali lagi menyertai Barisan Nasional dan jikalau PAS tidak mahu menyertai Barisan Nasional, keluar Pakatan Rakyat pun jadilah. Saya lihat UMNO kini seperti Pungguk Rindukan Bulan.

2. Mengatas nama bangsa dan agama, UMNO melalui Presidennya terus mendesak agar PAS menyertai BN atau sekurang - kurangnya keluar Pakatan Rakyat. Jelas agenda mereka hanya satu iaitu mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat yang dilihat semakin utuh atau dalam erti kata lain ialah untuk meretakkan kesatuan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

3. Demi bangsa dan agama ! begitulah tone lama yang pitchingnya sumbang. Kononnya PAS tidak boleh bersama DAP kerana DAP menentang perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Tiba - tiba MCA yang menjadi rakan kongsi UMNO di dalam BN bingkas memberi amaran, jika PAS menyertai BN pastikan PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Inilah barangkali suatu contoh tindakan yang pernah disindir oleh Allahyarham P. Ramle sebagai Masuk Angin Keluar Asap.

4. Menariknya, UMNO seperti telah mengiktiraf bahawa perjuangan PAS adalah untuk Islam, justeru itu mereka sangat bimbang kalau - kalau perjuangan suci itu dihalang oleh DAP lantas menggesa PAS keluar dari Pakatan Rakyat kalaupun tidak mahu menyertai BN. Saya mahu ucapkan terima kasih diatas pengiktirafan secara tidak langsung itu setelah sekian lama sejak tahun 51, PAS diitentang serta dibelasah habis - habisan oleh UMNO dan BN lantaran mereka tidak pernah mengiktiraf perjuangan PAS untuk Islam sebelum ini.

5. Setelah saya kemukakan 4 perenggan di atas, isunya terhenti di atas dua point.

Pertama : Demi bangsa dan agama, PAS tidak boleh menyertai Barisan Nasional kerana kompenan kedua besar parti Barisan Nasional MCA telah memberi amaran agar PAS tidak memperjuangkan negara Islam. Sedang DAP melalui pengerusinya Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu telah memperlihatkan keterbukaan beliau terhadap dasar perjuangan PAS ini apabila Karpal Singh mengisyaratkan bahawa isu negara Islam boleh dibincang. Sedang DAP memberi isyarat bahawa isu negara Islam boleh dibincangkan, MCA pula membentak keras memberi amaran kepada PAS supaya jangan memperjuangkan negara Islam.

Kedua : Apabila UMNO telah mengiktiraf Islam yang diperjuangkan oleh PAS, lantaran itulah UMNO kelihatan malu malu sayang lalu menggesa supaya PAS keluar Pakatan Rakyat bimbang ianya dihalang oleh DAP. Maka saya berpandangan, amat wajarlah UMNO yang menyertai PAS demi masa depan bangsa dan agama  atau sekurang - kurangnya UMNO keluar Barisan Nasional kerana MCA jelas lantang menentang Islam dan penubuhan negara Islam sementara UMNO kini kelihatan sangat berminat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Untuk apa lagi UMNO menahan rasa dan membendung resah bersekongkol dengan MCA.

6. Saya meninjau pandangan umum dari kalangan rakyat awam yang mempunyai akses dengan maklumat ketiga dan rata - rata dalam kelompok yang saya temui mempercayai bahawa kini UMNO dan BN terdesak untuk kembali memulih potensi memiliki dua pertiga majoriti mereka di parlimen. Tiada link kedua melainkan UMNO mesti merencana sesuatu untuk memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat ekoran inilah satu - satunya tembok penghalang untuk UMNO dan BN merealisasikan impian mereka.

7. Mengaibkan peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video lucah kepada umum, pula mendahului siasatan yang adil dan saksama adalah diyakini sebagai sebahagian usaha untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Character assassination ini dilakukan dengan penuh teliti dan terancang. Merentasi kewajaran dan rasional masyarakat bertamadun. Berteraskan prinsip politik Mechavelli "matlamat menghalalkan cara", kini UMNO mencipta satu lagi sejarah hitam politik negara dengan memperkenalkan Politik Lucah yang jijik dan mual.

8. Sebahagian masyarakat pula cepat mengesan bahawa ini tidak lebih dari sandiwara UMNO dan BN apabila tangan kirinya menggapai PAS untuk menyertai mereka sementara tangan kanannya pula siap belati dan sabit bermata dua untuk menikam dan mencincang PAS. Realiti ini jelas diperhati umum, sebagai contoh pilihanraya peringkat negeri Sarawak tempohari, walaupun BN tahu PAS hanya bertanding di 5 kerusi, tetapi Presiden BN yang juga Presiden UMNO terus mengasak dan mengganyang PAS seolah - seolah PAS satu - satunya lawan mereka di Sarawak.

9. Saya tidak bermaksud malah tidak pernah berselera untuk UMNO dan BN menghulurkan simpati kepada PAS sehingga memberi laluan selesa kepada PAS untuk memenangi satu - satu edisi pilihanraya, tetapi apa yang tekankan ialah sikap. Pastinya adab kita mengundang, adab kita mahu berkawan dan sebagainya didahului dengan langkah berbuat baik, beramah mesra dan seumpamanya. Apa yang berlaku, UMNO dan BN terus menunjukkan sikap permusuhan dan dendam politiknya yang berterusan kemudian mengajak PAS menyertai mereka. Jika bukan sandiwara politik maka drama apakah ini ?

10. PAS tidak pernah menolak suatu yang diajar oleh Islam seperti perpaduan ummah dan kerjasama baik demi negara, bangsa dan agama selama mana ia benar - benar dibina di atas landasan Islam. Wajarnya UMNO pula menyertai PAS demi merealisasikan hasrat murni tersebut. Sementelah PAS pernah mempunyai pengalaman menyertai Perikatan suatu ketika dahulu, kini eloklah UMNO pula mengambil pengalaman tersebut. Jika UMNO enggan untuk menyertai PAS demi kerana bangsa dan agama maka bagaimanalah UMNO boleh fikir bahawa PAS mahu menyertai UMNO dan BN ?


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 May 2011 03:18 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MAMPUKAH DPPWM MENDEPANI 8 BLOGGER PENCACAI WANGSA MAJU

Posted: 04 May 2011 02:00 AM PDT

Mampukan DPPWM blogspot mendepani blogger pencacai angkat tahi UMNgOk Wangsa Maju? Puak-puak ni ketuai oleh Gelombang Wangsa Maju. Gelombang Rakyat, Badut Rakyat dan Malay Delima. Kalu dilihat jumlah blogger pencacai angkat tahi UMNgOk yang bernaung di bawah Wangsa Maju lebih kurang 7 - 8 termasuk penyebar gambar lucah papa gomok. Hebat betul depa sampai 8 blogger terpaksa bergabung untuk menjatuhkan DDPWM blogspot. Kalu sebelum ini Gerakan Anti Liwat (GELI) yang kononnya memperjuangkan nasib DSAI telah terlingkup dek gara-gara kehebatan DPPWM.
Apa pun kami DPPWM masih bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan kepada kami dan berdoa agar segala niat murni kami untuk menjatuhkan puak-puak thoghut di Wangsa Maju dimakbulkan Allah. Amin Ya Rabbal'lamin. 

LEBIH 60 LAPORAN POLIS PASAL AMK .. AWAT JAKIM TAK LAYAN?

Posted: 04 May 2011 12:06 AM PDT

Sehingga kini lebih 60 buah laporan polis oleh puak-puak yang BODO UMNO telah dibuat terhadap AMK yang didakwa telah membuat huru hara di dalam Masjid Amru Al Asy selepas solat Jumaat untuk adakan program sumpah Mubahalah Dato 'T' Eskay jumaat lalu.

Dan puak-puak BODO itu mendakwa perkara ini bukan dalam bidang kuasa polis tetapi adalah dalam ruang kuasa JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

Namun sehingga ke hari ini pihak JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri tidak mengambil sebarang tindakan kepada pihak masjid ataupun AMK itu sendiri kerana program sumpah tersebut tidak mendapat kebenaran pihak JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri terlebih dahulu sebaliknya hanya memaklumkan kepada pihak AJK masjid.

Sepatutnya pihak JAKIM dan Majlis Ugama Islam Negeri perlu mengambil tindakan kepada AJK masjid kerana telah membenarkan puak penyebar filem lucah bersumpah seks di dalam masjid yang dilihat lebih jelas jijik dan kotor perbuatan sumpah tersebut.

(contoh laporan polis puak-puak UMNO BODO nie...)

(GEMPAR) YE KE? SIDANG MEDIA DS WAN AZIZAH & NURUL IZZAH

Posted: 03 May 2011 08:27 PM PDT


Sidang Media Datin Seri Wan Azizah dan Yb Nurul Izzah

Tarikh :
4 May 2011

Jam :
2 Petang

Tempat:
Ibu Pejabat PKR di Tropicana

 
"Menjawap Fitnah Tuduhan Video Seks terhadap Dato Seri Anwar Bin Ibrahim"

TALIAN HAYAT UMNO KINI PADA PAS.. UMNO GILER TALAK!

Posted: 03 May 2011 08:18 PM PDT

UMNO Giler Talak!!! Gelaran yang wajar dan patut dikurniakan kepada UMNO

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan tindakan UMNO yang mempelawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan duduk bersama dengan BN sebagai tindakan tersepit dan terdesak.


UMNO kini ibarat 'orang hampir lemas yang cuba berpaut pada apa sahaja' sedangkan mereka selama inilah yang memburukkan PAS di mata masyarakat dengan pelbagai tuduhan huduh dan menghinakan. Selama ini mereka sombong dengan menganggap mereka sahaja parti terbaik untuk kaum Melayu dan PAS adalah sebuah parti yang sesat serta tidak mempunyai masa depan.

Perlu dingat bahawa selama puluhan tahun UMNO hidup dengan membuli dan mengganyang musuh politik mereka. PAS dan lain-lain parti pembangkang tidak pernah diberikan hak dalam pentas demokrasi yang sebenar. Bahkan hampir setiap hari media massa milik mereka memburukkan pemimpin PAS dan PR. Selain itu, hampir seluruh jentera kerajaan dipergunakan semaksima mungkin dalam memastikan pembangkang khususnya PAS terus jatuh terduduk dalam setiap pilihanraya umum dan kecil. Apakah dalam keadaan demikian, UMNO masih terhegeh-hegeh mencari simpati PAS?

DPPP mengingatkan bahawa PAS telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi sepanjang jalan perjuangan mereka dalam pentas politik di Malaysia. Bukan sekadar ugutan dan fitnah, bahkan pemimpin PAS pernah di ISA kan, dipenjara, bahkan dibunuh. Ini semua dilakukan oleh pemimpin UMNO yang kononnya mahu memperjuangkan bangsa Melayu. Masih segar dalam ingatan bagaimana tindakan UMNO terhadap kerajaan Terengganu yang majoritinya bangsa melayu pada tahun 1999-2004 apabila dinafikan royalti petroleum hanya kerana mereka diperintah oleh PAS. Begitu juga nasib yang sama diterima oleh Kerajaan PAS Kelantan yang sehingga ke hari ini terpaksa memperjuangkan hak untuk mendapatkan royalti petroleum di mahkamah.

Sejarah juga membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengkhianati hak orang melayu sebaliknya UMNO lah yang menjadi petualang dalam menghakis hak keistimewaan orang melayu. Apakah kita lupa bahawa biasiswa telah digantikan dengan PTPTN. Bagaimana bantuan sekolah agama rakyat ditarik. Kemana perginya saham bumiputera yang bernilai 52 bilion. Ini semua berlaku kerana UMNO sememangnya tidak pernah memikirkan bagaimana mahu membantu orang melayu sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang di amanahkan dengan mengaut keuntungan peribadi.

Tindakan mempelawa PAS ini menjelaskan kepada semua bahawa sebenarnya sokongan orang melayu kepada UMNO sudah semakin terhakis. PAS pula dilihat sebagai pengganti yang sesuai bagi orang melayu.Lebih-lebih lagi dengan budaya politik kotor dan keji yang mereka amalkan seperti video lucah seperti yang dipaparkan sekarang. Orang Melayu sudah semakin meluat dengan politik 'Machiavelli' UMNO sehingga sanggup menengepikan syariat Islam. Dalam kes video lucah yang disebarkan hari ini, DPPP mencabar UMNO agar membawa kes ini ke Mahkamah Syariah dan sanggup menghadapi hukuman Qazaf sekiranya mereka terbukti benar.

Sebelum ini, bangsa Cina dan India juga sudah semakin hilang kepercayaan kepada UMNO-BN akibat kegagalan BN memerintah Malaysia dengan aman dan adil. Bangsa Cina dan India telah lama membuka mata melihat keabsahan pemerintahan BN yang rasuah, korupsi, kronisme serta bersifat perkauman. Sedangkan PAS bersama PR terus konsisten dengan memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa dan kaum serta mengembalikan hak-hak rakyat yang hilang selama ini.

DPPP juga melihat tindakan Presiden UMNO yang mempelawa PAS keluar daripada PR dan bersama dengan BN sebagai helah politik semata-mata demi untuk menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakan-rakan di dalam PR. Dan ini juga merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan sisa-sisa riwayat UMNO yang semakin menghampiri penghujungnya. PAS tidak sesekali akan terpedaya dengan umpan UMNO sehinggalah akhirnya Pakatan Rakyat memenangi PRU ke 13.



(....mintak nyawa...mintak nyawa..mintak nyawa.. UMNO dah nazak seperti Najib Nazak...)

NAJIB AKUI BLOGGER PR BAKAL GUGAT BN DALAM PRU 13

Posted: 03 May 2011 07:40 PM PDT

Pengakuan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mengenai kewujudan media internet menyukarkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak didakwa merupakan alasan dan jawapan terhadap kehilangan kerusi kepada Pakatan Rakyat.

Menurut editor di sebuah syarikat media internet, Onn Yeoh, keputusan yang dicatatkan pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan kerusi-kerusi di kawasan bandar beralih kepada Pakatan Rakyat membuktikan keberkesanan media atas talian kepada pengundi.

"Beliau (Najib) berkata demikian sekadar ingin memberikan alasan kepada kehilangan banyak kerusi BN kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Presiden Umno itu ujarnya, perlu mencari sebab kehilangan 15 kerusi kepada Pakatan Rakyat daripada sibuk menunding jari menyalahkan media internet yang terhasil daripada ruang demokrasi yang lebih luas terbuka. Tambah Onn Yeoh, media arus perdana bersifat tradisi lebih mudah dikawal oleh BN dalam menyebarkan segala bentuk propaganda dan bahan-bahan kempen.

"Kita lihat media internet yang hanya terhad kepada penduduk di kawasan bandar memberikan kesan yang sangat ketara apabila Pakatan Rakyat menang di kawasan-kawasan berkenaan. Jika di kawasan pedalaman dan kampung-kampung, mereka tidak ditembusi liputan internet menyebabkan mereka tidak memperolehi maklumat yang banyak untuk membuat penilaian," ujarnya.

Hal tersebut menyebabkan Pakatan Rakyat hanya menang di bandar sahaja dan kalah di kawasan pedalaman. Jelas Onn Yeoh, kawalan yang longgar ke atas media internet sememangnya menyukarkan kejayaan BN untuk membolot lebih banyak kerusi.

Terdahulu, dalam satu laporan Bernama, Najib dilaporkan sebagai berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka. Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini.

... jadi sahabat-sahabat semua teruskan berkarya dengan memberi maklumat alternatif kepada seluruh rakyat Malaysia... blogger pencacai UMNgOk hanya media UMNgOk untuk sebab gambar lucah je.... media mereka sebenar TV3 suku ngan Utusan Meloya....

NAJIB DISIKU TG NIK AZIZ... AMIK KAU!

Posted: 03 May 2011 05:43 PM PDT

TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".


"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz  itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.

Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Nik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.

"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.

"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.

KEMATIAN OSAMA SUATU TEORI KONSPIRASI AS

Posted: 03 May 2011 05:36 PM PDT

Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.


Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama (gambar) ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai 'alat' CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

"Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh," tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata "carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati", "Osama bin Laden masih hidup" dan "bin Laden tidak mati" kelihatan ketara kelmarin.

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: "Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?"

BARCELONA SAH KE FINAL JUARA LIGA

Posted: 03 May 2011 05:30 PM PDT

BARCELONA, 4 Mei — Pasukan Barcelona yang memulakan pusingan kedua dengan selesa menempah tiket perlawanan akhir kejohanan Juara Liga walaupun seri satu gol.


Ia yang turun dengan kelebihan dua gol menghabiskan pusingan kedua (awal pagi ini, waktu Malaysia) dengan seri satu gol di Camp Nou.

Dengan keputusan hari ini, Barcelona mengatasi Real Madrid dengan kelebihan agregat 3-1 untuk bertemu sama ada Manchester United (MU) atau Schalke pada final 28 Mei ini.

Pasukan itu yang pernah memenangi gelaran Juara Liga pada 1992, 2006 dan 2009 - akan mengetahui pencabar mereka awal pagi esok.

MU juga akan turun gelanggang dengan kelebihan dua gol di arena Old Trafford. — Agensi

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 04 May 2011 03:18 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


usamah bin laden: apa selepasnya?

Posted: 03 May 2011 10:20 PM PDT

Semoga Allah merahmati Usamah Bin Laden, menghimpunkannya bersama para syuhada’ di jalan Allah di sepanjang zaman, diketuai Hamzah bin Abdul Muttalib radhiaLlahu anhu. Orang yang hidup sepertinya tiada mengingini selain terbunuh syahid di tangan musuh Allah yang ditentangnya habis-habisan. Semoga Allah mengurniainya kemuncak keinginannya di dunia dan di akhirat. Di dunia, dia mahu Amerika menjadikannya [...]

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 04 May 2011 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DULU TAKUT 'ISLAM' KINI TAKUT 'RAKYAT' ?

Posted: 04 May 2011 02:20 AM PDT


Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon.

Komen : Dulu perkataan 'Islam' sangat ditakuti dan dicemburui oleh UMNO/BN. Sampai perkataan Islam pada PAS pun hendak dibuang. kan bagus nama Universiti Islam, Pusat Islam dan sebagainya ataupun Parti UMNO Islam atau bla-bla! Ini tidak, asal Pakatan Rakyat punya cadangan dan permohonan semua nak dibantah.
Kini perkataan 'Rakyat' pula digaduhkan. Abis nama Bank Rakyat camner pulok?

Bagus gak Nurul acah dan gempak skit KDN , kira nak test dan bertaubat atau tidak Kementerian Dalam Negeri ini. Semenjak 2 menjak Hisamudin jaga KDN.

Wakil daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran memberitahu perkara itu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dalam pertemuan di Putraja hari ini.

"Kementerian bimbang nama yang dicadangkan harian itu akan mengelirukan orang awam," kata Hata (kanan) dalam sidang media selepas mesyuarat itu.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan orang penting di belakang penerbitan itu berkata, mereka akan mendesak untuk kekal dengan nama asal yang dicadangkan itu.

Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan.

NONE"Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah (kiri) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing.

Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat.

"Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya?

Utusan aaa, atau Utusan tut," katanya sambil berjenaka. - Mkini.


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/05/nurul-izzah-masih-tersenyum-rupanya.html#ixzz1LNEdWNO5

MEMALUKAN PARTI UMNO BILA ADUN PERASUAH MASIH WAKIL RAKYAT !

Posted: 04 May 2011 12:14 AM PDT


ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata Najib
Komen : Sepatutnya ADUN Lenggeng digantung bagi menunjukkan wakil rakyat tersebut telah terbukti bersalah. Memang yang bersalah boleh buat rayuan tetapi ini bukan lagui tuduhan atau dakwaan. ADUN ini telah menjalani proses mahkamah dan telah dibuktikan bersalah dan hukuman maksimum telah dijatuhkan apa lagi.
Takkan takut Pilihan Raya sanggup Pengerusi BN/UMNO menyimpan wakil rakyat yang sudah dicop bersalah dan perasuah!


BALIK PULAU 2 April 2011 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu.

Katanya, ADUN Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Bulan lepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir. - Bernama

ASTAGFIRULLAH ! KEMATIAN SAUDARA SEISLAM DIKATAKAN AMANKAN DUNIA ?

Posted: 03 May 2011 08:08 PM PDT



Najib Razak berharap kematian pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden yang terbunuh dalam satu serangan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Najib juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

"Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.


KENYATAAN NAJIB BERHUBUNG DENGAN OSAMA KURANG TEPAT – PERSATUAN ULAMA MALAYSIA


Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyifatkan kenyataan Najib Razak bahawa kematian Osama Ben Laden akan menjadikan dunia ini lebih selamat dan aman, sebagai kurang tepat.

Keadilan Daily melaporkan Yang Dipertua PUM,Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

"Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

"Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.



SALAHUDIN KESAL KENYATAAN NAJIB EKORAN KEMATIAN OSAMA – harakah daily

Tindakan Najib Razak seolah-olah bersorak gembira bersama dengan Amerika Syarikat ekoran kejayaan membunuh Osama Bin Ladin tidak disenangi oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Bagi beliau, Najib prejudis dan tidak bertanggung jawab ketika membuat kenyataan dunia akan aman selepas kematian Osama tanpa mengambil kira dasar luar Amerika yang berterusan memerangi umat Islam.

"Bagi saya, PAS sama sekali tidak toleransi dengan keganasan di dunia, namun kegembiraan Najib seolah-olah bersorak sorai bersama Amerika dengan kematian Osama satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia Islam.

"Imej sebegini sangat buruk di kalangan umat Islam dunia," kata Salahudin.

Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan kematian Osama dalam satu serangan tentera Amerika di bandar Obbottabat, 100 km ke utara Islamabad.

TAHNIAH JASAMU DIKENANG ! DESAKAN KESUSAHAN RAKYAT BARU MENTERI PANDANG !

Posted: 03 May 2011 07:32 PM PDT


Tahniah kepada desakan dan tekanan kedua-dua Naib Presiden PAS YB Mahfuz dan YB Salahudin terhadap langkah Bank Negara cuba mengenepikan keperluan 3rd Party insuran dan membiarkan premium tinggi bagi kenderaan lebih 10 tahun dan caj tambahan yang menyusahkan.

Perlindungan Insurans Serta Merta Untuk Semua Kenderaan - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

Langkah ini adalah untuk memastikan semua pemandu mendapat akses kepada perlindungan kenderaan, kata BNM dalam satu kenyataan.

Semua penginsurans am bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kenderaan kepada semua pemandu termasuk 'kenderaan tersisih' yang kebanyakannya adalah kenderaan peribadi melebihi sepuluh tahun dan motorsikal yang ditaja jamin oleh Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), kata BNM.

"Perlindungan kenderaan itu boleh ditaja jamin oleh penginsurans atau diberikan bagi pihak MMIP.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya.

BNM berkata langkah ini adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baharu.

Rangka kerja itu yang akan bermula pada Januari 2012 akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu pengstrukturan dalam sektor insurans motor dan takaful.

Bahagian pertama rangka kerja itu termasuk perlaksanaan langkah peningkatan keberkesanan terlaras untuk meningkatkan proses penyelesaian tuntutan keseluruhan, terutamanya bagi tuntutan kecederaan dan kematian.

Sementara itu, bahagian kedua adalah perlaksanaan pelarasan premium secara berperingkat sepanjang empat tahun.

Inisiatif ini adalah untuk memastikan orang ramai dan perniagaan boleh mendapat perlindungan kenderaan pada premium yang berpatutan dan supaya perniagaan insurans/takaful kenderaan berdaya maju pada jangka sederhana dan panjang.-BERNAMA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 04 May 2011 01:27 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


PIBG 'Cekik Darah'?

Posted: 04 May 2011 08:12 AM PDT

Ramai ibubapa para pelajar merungut mengenai sumbangan yang dikenakan oleh pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran (SKAC). Menurut mereka yuran PIBG telahpun dibayar semasa pendaftaran kemasukan pada awal tahun dahulu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. "PIBG cekik darah!" kata mereka.

Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Inilah akibatnya kalau kalau institusi milik kerajaan dipolitikkan oleh Umno-BN. Justeru Dewan Pemuda PAS Ampang menyeru masyarakat dan pengundi segenap lapisan agar menumbangkan Umno dan Barisan Nasioanal dalam pilihnraya umum akan datang atas nama pejuangan menyelamatkan Malaysia bumi tercinta.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 04 May 2011 01:09 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


HAMAS DAN FATAH BERSATU.....

Posted: 04 May 2011 04:43 AM PDT

DUN Lembah Jaya

Posted: 04 May 2011 11:18 AM PDT

DUN Lembah Jaya


KERAJAAN SELANGOR YAKIN RUNDINGAN AIR CAPAI KEPUTUSAN POSITIF

Posted: 04 May 2011 08:45 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
2 MEI 2011

KERAJAAN SELANGOR YAKIN RUNDINGAN AIR CAPAI KEPUTUSAN POSITIF

Kerajaan Selangor menyedari kebimbangan pemegang-pemegang bon air susulan laporan bahawa bon mungkin menghadapi penurunan rating sekiranya perbincangan penyusunan semula industri air tidak diselesaikan.

Namun Kerajaan Selangor yakin dapat menyelesaikan isu ini dengan Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula perkhidmatan air seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Kerajaan Selangor menaruh keyakinan bahawa perbincangan yang sedang berjalan akan membawa keputusan positif dan memberi manfaat kepada rakyat serta menggalakkan lagi pertumbuhan industri.

"Penyelesaiannya menggunakan pendekatan holistik dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pemegang-pemegang saham," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor menantikan jawapan dan maklum balas dari Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau untuk menyelesaikan segera rundingan ini dalam tempoh terdekat.

Kerajaan Persekutuan telah memberi lampu hijau kepada Kerajaan Selangor pada Januari 2008 untuk menyatukan pemegang konsesi air ini di bawah syarikat milik penuh Kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Selepas Pakatan Rakyat memerintah Mac 2008, Menteri Besar memutuskan untuk menstruktur semula industri air dengan menawarkan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak RM5.7 billion.

Pemegang konsesi bagaimanapun menolak tawaran ini kerana mendakwa jumlahnya tidak cukup untuk menampung hutang-hutang yang ditanggung syarikat konsesi yang berjumlah RM6.4 billion.

Selepas semakan semula empat bulan kemudian, Kerajaan Selangor menawarkan pampasan sebanyak RM9.3 billion dan tawaran ini diterima SPLASH dan ABBAS.

Pada Mac 2010, Kerajaan Persekutuan membuat tawaran kepada pemegang konsesi berjumlah RM10.3 billion tetapi ditolak oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Pada Januari 2011, Kerajaan Selangor sekali lagi membuat tawaran pengambilalihan termasuk menawarkan arbitrasi antarabangsa (International Arbitration) dalam memastikan pengambilalihan dilaksanakan dengan integriti dan adil kepada semua pemegang konsesi.

Mengenai desas desus kononnya Selangor akan mengalami krisis kekurangan bekalan air, Menteri Besar berkata, beliau telah meminta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melakukan kajian dan melalui data yang diperolehi kita yakin bahawa Selangor mempunyai bekalan air mentah dan bersih yang mencukupi dan berada pada paras normal.

Bukan setakat itu sahaja, LUAS juga telah mengenal pasti pusat-pusat rawatan air serta loji yang masih belum digunakan secara optima yang menjadi punca kepada kekurangan bekalan air.

"Laporan LUAS jelas menerangkan bekalan air mentah dan bersih mencukupi tetapi kapasiti paip yang bermasalah. Masalah ini sepatutnya ditangani oleh syarikat konsesi bagi memenuhi permintaan pengguna.Kerajaan Negeri akan memantau masalah paip ini dan yakin masalah ini dapat diatasi jika Kerajaan Negeri diberi kuasa untuk mengambilalih pengurusan air di Selangor," kata Menteri Besar.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


Batu Gajah Mari

Posted: 04 May 2011 11:17 AM PDT

Batu Gajah Mari


Penyatuan PAS-UMNO rugikan Negara - Dr Asri

Posted: 04 May 2011 04:19 AM PDT

SHAH ALAM 4 MEI : Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan dakwaan 'pengkhianat Islam' hanya boleh diterima pakai untuk pihak yang membenci kepada perpaduan umat Islam dan bukan terhadap penentang penyatuan Umno dan PAS.

Beliau juga menegaskan adalah lebih baik Umno dan PAS meneruskan perjuangan masing-masing demi keseimbangan politik negara.

" Saya tidak fikir asimilasi parti ke dalam parti yang lain yakni PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS akan membuahkan hasil keseimbangan politik dalam negara kita," jelasnya.

" Kalau PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS nanti tidak akan ada keseimbangan parti politik. Apa yang akan ada hanya kerakusan kuasa dan wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah)," kata Dr Mohd Asri kepada TvSelangor.

Dr Mohd Asri mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mendakwa pihak-pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS adalah sebagai pengkhianat Islam.

" Kita kena tengok dulu apa maksud penyatuan itu, jika penentangan itu dibuat memang kerana dia membenci penyatuan orang Islam dalam erti kata ukhwah ummat Islam kerana dia tidak suka lihat orang islam berpadu maka kenyataan itu boleh diterima pakai," kata Dr Mohd Asri.

" Tetapi terdapat kemungkinan bahawa sesetengah pihak itu tidak menentang penyatuan ummat Islam, tetapi mungkin dia ingin melihat adanya kepelbagaian di dalam politik dan keseimbangan politik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi," ujarnya.

Utusan hari ini memetik Dr. Juanda sebagai berkata pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

Dr Juanda tidak dapat dihubungi untuk mempertahankan kenyataan beliau kepada Utusan.

Jelas Dr Asri, tidak salah untuk PAS dan Umno cuba mencari titik persefahaman atas isu-isu kepentingan sama yang boleh memartabatkan syiar Islam di negara ini.

Ini boleh dilakukan tanpa mana-mana parti melepaskan agenda politik masing-masing dalam membela rakyat.

" Bersatu ini boleh jadi dalam prinsip-prinsip Islam, bersatu dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama," kata Dr Asri.

" PAS dan Umno mesti menghubungkan diri diantara satu sama lain di atas dasar ukhwah Islamiah. Bagaimanapun jangan menafikan peranan parti-parti ini untuk melakukan check and balance dalam pentadbiran negara," tambah beliau.

Minggu lalu, Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa hanya DAP mengaut keuntungan daripada kerjasama pembangkang itu.

Pas menolak perlawaan itu dan memberi pelbagai contoh bagaimana perjuangan Umno untuk mendokong Islam tersasar dan semakin terhakis apabila parti itu dibelit dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata pihaknya tidak sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

Dr Asri berkata penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama, sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Beliau berkata penyatuan dua parti itu adalah lebih baik dibataskan atas dasar hubungan Ukhwah Islamiah sahaja dan bukan untuk mencari kemenangan politik.

" Saya berharap PAS dan UMNO mempunyai hubungan ukhwah Islamiah persaudaraan Islam, hormat menghomati sebagai muslim, tahu hak-hak antara satu sama lain sebagai Muslim. Tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan untuk mereka berbeza dalam politik dan sentiasa menjadi pengimbang antara satu sama lain dalam politik, kata beliau.
-tvsnews-

Muktamar Pemuda PAS Perak berlangsung dengan jayanya

Posted: 04 May 2011 04:14 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh Markaz PAS Negeri, Air Kuning Bukit Gantang.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss, Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 28 kemudian diikuti dengan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, AFadhil Ustaz Zawawi Abu Hassan dengan tema

" Pemuda Nadi Rakyat" majlis diteruskan dengan ucapan wakil perhubungan PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri,seterusnya wakil dari dewan pemuda pas pusat, sdr Ahmad sabki yusof , seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung dengan begitu baik dan jayanya, seluruh pemerhati perwakilan dan piminan dapat telah memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan muktamar ini.

Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik, seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan pemuda PAS negeri bagi sesi 2011-2013.

Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi Sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap : Ustaz Mohd Nuri Endut
Tim. Pengerusi Tetap : Sdr Khalilul Rahman Abd Samad

Ketua Pemuda : Ustaz Zawawi Hassan
Timbalan Ketua Pemuda : Dr Raja Ahmad Iskandar
Naib Ketua Pemuda : Ustaz Khairi Jamaluddin

Ahli Jawatankuasa
1. Ustaz Mohd Hafez Sabri
2. Ustaz Abdul Fattah
3. Ustaz Akmal Kamaruddin
4. Ustaz Nazri Din
5. Ustaz Fakhrulrazi
6. Sdr Mohd Hakim
7. Ustaz Ismi
8. Ustaz Azmin
9. Sdr Aidil Abd Aziz
10.Sdr Firdaus

Pemeriksa Kira-Kira
1. Sdr Nik Nor Azman
2. Sdr Azhar Rifa'ie

Selain itu, 4 anugerah jasamu dikenang juga telah diberikan kepada 4 orang bekas exco yang telah bersara dari pentas pemuda, mereka ialah, Ustaz Nuri Endut, Sdr Ridwan Rasyid, Sdr Aminuddin dan Sdr Nik Nor Azman.

Selain itu angerah keseluruhan bagi pemuda kawasan terbaik telah dimenangi oleh Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah PASTI dan pengurusan Blog terbaik juga dimenangi Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah system UKJ terbaik dimenangi pemuda PAS kawasan Kampar dan anugerah jabatan amal terbaik telah dimenangi Pemuda PAS kawasan Gerik.

Diharapkan seluruh Pemuda PAS Perak, mengekalkan momentum Tarbiyah, Dakwah dan siasah bagi berhadapan apa jua cabaran dan rintangan untuk menggapai kemenagan buat perjuangan Islam di Perak ini.

mohd hafez sabri

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 04 May 2011 09:52 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Minta daripada tuan punya yang sebenar

Posted: 04 May 2011 07:53 AM PDT

Manusia selalu tersasar apabila dirundung resah gelisah kerana tidak tercapai sesuatu hajat, atau hilang nikmat yang di tangan. Manusia sering lupa daripada mana sebenarnya datang nikmat itu. Dan siapa yang menghilangkan daripadanya apa yang berupa pinjaman kepadanya.
Manusia lupa dirinya Allah yang punya.Manusia lupa yang sebenarnya segala yang ia capai atau 'punyai' sebenarnya adalah kepunyaan Allah. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan daripada Allah. Tiada ilmu, tiada bahagia melainkan yang diizin oleh Allah.
Sewajarnya manusia meminta pagi dan petang kepada ALLAH YANG MAHA BERKUASA
, MILIK SELURUH ALAM...
http://www.youtube.com/watch?v=lVngt8g2kXU&feature=related

Mahasiswa Malaysia mula berjiwa rakyat

Posted: 04 May 2011 05:48 AM PDT

Tahniah kepada mahasiswa yang mempunyai jati diri dan kesedaran untuk bangkit menebus maruah bangsa yang kian hari merudum dek nafsu jahat pemerintah elitis untuk kepentingan peribadi dan kroni.
Daya kekuatan sesebuah masyarakat tercermin daripada daya kekuatan golongan intelek muda untuk bersinergi dengan penggerak ummah untuk merubah keadaan sistem sosial yang membimbangkan dan akan memberi natijah parah jika tidak dihenti dan dirawat segera.
Betapa pentingnya kebangkitan anak muda menara gading bergabung tenaga bersatu hati berkongsi visi bagi mencetus gelombang kesedaran berskala besar di kalangan rakyat biasa yang majoriti masih diulit mimpi indah kerana didodoikan oleh kaca tv yang sarat memuatkan berita dan cerita khayalan.


Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat diteruskan
Hazayani Zakaria  (harakahdaily) 
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat.
Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu.
Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah.
GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation.
Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi.
GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN.
Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana.
Bercakap pada sidang media di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya hari ini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razak berkata, GMSR sedang giat melakukan persiapan bagi tujuan siri jelajah itu seperti mengumpul dana dan memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab di kawasan yang akan dikunjungi mereka.
"Kami sedang dalam proses melakukan persiapan ke arah siri jelajah ini dan sedang berusaha memaklumkan kepada pihak terbabit mengenai kehadiran kami," katanya.
Menyentuh mengenai dana GMSR, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini pula berkata, mereka menggunakan dana hasil sumbangan mahasiswa sendiri, tanpa meminta bantuan daripada mana-mana pihak.
"Setakat ini kami gunakan dana daripada mahasiswa sendiri, dan tak bercadang untuk meminta bantuan daripada mana-mana pihak termasuk parti-parti politik. Kami mahu tunjukkan ketulenan perjuangan mahasiswa," tegasnya.
Ditanya mengenai kemungkinan halangan yang timbul akibat berlaku tangkapan pada siri jelajah pertama, jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin berkata, mereka telah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan menegaskan apa yang dilakukan itu tidak salah malah untuk menunjukkan peranan mahasiswa di kalangan masyarakat.
"Tangkapan itu perkara biasa, dan kami akan teruskan perjuangan kami untuk bersama masyarakat dan kami yakin kami tidak melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang, sama juga seperti NGO-NGO lain yang ingin membantu rakyat," katanya yang merupakan salah seorang yang ditangkap di KL Sentral.
GMSR merangkumi beberapa kumpulan mahasiswa antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro Mahasiswa Nasional (Pro MN) dan Sister In Movement (SIM).

PAS Miri mahu bertanding Parlimen

Posted: 04 May 2011 04:17 AM PDT

Syabas dan tahniah kepada PAS Kawasan Miri yang terus menghirup suaana perubahan kebangkitan penduduk Sarawak yang semakin sedar track record BN memerintah negeri yang kaya dengan sumber dan boleh menjadi negeri terkaya di Malaysia tetapi hakikatnya jauh ketinggalan daripada aspek segala-galanya! 

PAS Miri lulus usul bertanding parlimen
Harakahdaily   
MIRI, 4 Mei: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Miri sebulat suara meluluskan usul mendesak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memberi laluan kepada PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding kerusi parlimen Miri dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ini bagi menterjemahkan konsep setiakawan Pakatan dan PAS for All di Bumi Kenyalang.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kedua itu, kelmarin berkata PAS Miri perlu menggunakan sepenuh kekuatan yang ada bagi merealisasikan PAS for All dan betapa indahnya Islam sebagai panduan hidup bagi masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.
Dengan prestasi dan penerimaan baik penduduk setempat, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan mengharapkan usaha itu diteruskan khas di peringkat pedalaman bagi menyebar luaskan Islam dan PAS.
Dalam pada itu, dengan kemunculan aktif Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri di bandaraya ini, potensi PAS bagi meraih kemenangan adalah cerah.
Mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Serbaguna Kelab Gymkhana Miri itu telah dihadiri lebih 120 perwakilan dari seluruh anggota Dewan Pemuda, Muslimat dan 6 cawangan penaja sekitar Miri.
Lebih manis buat julung kali perwakilan DHPP Miri turut hadir diketuai sendiri ketuanya, John Barah Aning dan setiausaha, Yeo.
Yeo turut terpilih penerima Anugerah Khas Laksamana Cheng Ho di atas keaktifan beliau menambah keahlian DHPP seramai 70 orang di Miri.
Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri semasa menyampaikan ucapan alu-aluan mengingatkan jentera PAS Miri untuk kembali fokus kepada perjuangan yang lebih besar iaitu dakwah dan siasah menjelang Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, biarpun PAS Miri pada pilihan raya negeri ke-10 yang berlangsung 16 April lalu tidak bertanding sebarang kerusi tetapi telah menunjukkan komitmen dan gerak kerja tersusun bagi membantu rakan-rakan Pakatan Rakyat sehingga membolehkan 2 kerusi Dun di Miri dimenangi calon DAP. Tambahnya, hanya dengan setiakawan dan kerjasama yang kukuh saja hasrat Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya akan tercapai.
Beliau mengingatkan semua ahli meneruskan kerja untuk mendapatkan seramai ahli peringkat cawangan bagi memastikan momentum perkembangan yang berlaku itu berterusan.
Mesyuarat kali ini juga menyaksikan beliau dan Khairulnizam sekali lagi diberi amanah memimpin PAS Kawasan Miri bagi sesi 2011-2013.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 May 2011 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011

Posted: 04 May 2011 02:22 AM PDT



CERAMAH KHAS
Bersama : Bob Lokman
Juga : YB Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Pada 10 Mei 2011 SELASA
Jam 9 malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/05/program-terkini-ceramah-umum.html

3 kanak-kanak dikhuatiri lemas

Posted: 03 May 2011 11:40 PM PDT



3 kanak-kanak dikhuatiri lemas
Utusan Malaysia 4 Mei 2011



Ibu kepada tiga kanak-kanak yang dihanyutkan air deras, Wan Azlela Wan Abdullah (kanan), ditenangkan oleh rakannya di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 3 Mei – Tiga beradik berusia dua hingga lima tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras semasa berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Arus deras itu dipercayai berpunca daripada kepala air ekoran hujan di kawasan tinggi di Gunung Angsi dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu juga, bapa kepada tiga beradik tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, turut dihanyutkan arus.

Bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Syed Ahmad dan Alwani kini dirawat di Hospital Kuala Pilah.

Usaha mencari oleh beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, polis, Rela, Jabatan Perhutanan dan pasukan pacuan empat roda Kuala Pilah yang kesemuanya berjumlah 40 orang masih diteruskan sehingga lewat petang ini.

Lelaki yang berjaya menyelamatkan pasangan itu, Turiman Bostam, 42, berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berjalan menyusuri sungai.

Dia ternampak dua kanak-kanak sedang tenggelam timbul dibawa arus yang kemudiannya tidak lagi kelihatan dalam tempoh beberapa saat.

"Saya kemudian turun ke gigi air dan ketika itu saya ternampak seorang wanita sedang terkapai-kapai dihanyutkan arus dan berjaya menariknya ke tepi.

"Selepas itu, saya ternampak seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak sambil menjerit meminta tolong daripada orang ramai.

"Lelaki itu berjaya diselamatkan tetapi kanak-kanak itu hilang dibawa arus yang sangat deras ketika itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Ibu tiga beradik masih berharap anaknya selamat


KUALA PILAH 3 Mei – Ibu kepada tiga kanak-kanak malang yang dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini, terus berada di tepi sungai itu malam ini dengan harapan dapat menemui anak-anaknya.

Wan Azlela Wan Abdullah, 27, dari Taman Jasmin, Senawang dilihat sugul dan enggan bercakap dengan para wartawan yang berada di lokasi kejadian.

Menurut abang Wan Azlela, Wan Adnan, 37, adiknya itu keluar bekerja di sebuah pasar raya besar di Senawang dan lazimnya akan meninggalkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan bekas mertuanya di Taman Marida, Senawang.

"Saya difahamkan, hari ini bekas suami beliau membawa anak-anaknya mandi di kawasan perkelahan ini tanpa pengetahuan adik saya.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan kejadian ini dan terus bergegas ke sini untuk melihat apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian malam ini.

Tiga anak Wan Aziela iaitu Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5, Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di kawasan perkelahan popular Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, bapa tiga kanak-kanak tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Posted: 03 May 2011 09:38 PM PDT


Masalah ketiadaan air yang berlarutan di Felda Raja Alias

Aduan Rakyat, 3 Mei 2011

Saya penduduk kawasan FELDA Raja Alias yang bertempat di Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan. Masalah ketiadaan air yang berlarutan merunsingkan penduduk kampung. Masalah ini sudah melanda hampir setahun.

Kawasan kami sering kali terputus bekalan air sehingga 2-3 hari berturut-turut dan sehingga 1-2 kali seminggu. Bekalan air cuma ada 2-3 hari sahaja seminggu.

Kerja-kerja harian seperti membasuh, mandi, dan memasak terganggu sama sekali.

Lebih menyedihkan lagi, terlalu jarang sekali JBA Negeri Sembilan menghantar bekalan air ke kawasan kami apabila masalah bekalan air terputus berlarutan.

Contohnya 26 april 2011, sudah 2 hari kawasan kami terputus bekalan air dan tiada tanda2 bantuan.

Kami berharap masalah ini dapat diatasi oleh pihak kerajaan.

Kerajaan malaysia mengutamakan slogan satu malaysia dan melebihkan rakyat, Oleh itu, sy berharap sangat aduan saya dapat mengatasi masalah kami.. insyaAllah…

terima kasih.

Sumber Aduan Rakyat : http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-ketiadaan-air-yang-berlarutan-di-felda-raja-alias

Himpunan pelbagai masalah air di Negeri Sembilan bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html


Jasindaily Online

Posted: 04 May 2011 09:17 AM PDT

Jasindaily Online


Kenaikan Harga Minyak Petrol RON 97

Posted: 04 May 2011 05:12 AM PDT

CHEGU BARD OH CHEGU BARD

Posted: 03 May 2011 09:03 PM PDT

TOK GURU NIK AZIZ "SIKU" NAJIB

Posted: 03 May 2011 09:00 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 04 May 2011 09:02 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Isu Sumpah: Bila Hilang Rasa Takut Kepada Allah

Posted: 04 May 2011 04:41 AM PDT

Oleh : Lajnah Tarbiyah Pemuda Dun Sura

Hakikatnya, tidak perlu dijelaskan lagi hukum yang sedia jelas berkaitan sumpah ini. Sudah ramai ahli ilmu mengulas mengenainya. Terang dan jelas kecuali kepada sesiapa yang buta hatinya walaupun celik matanya, jelas pendengarannya.

Pelik sungguh manusia ini; yakinkan kita bahawa mereka ini benar-benar takut kepada Allah Taala dengan sumpah laknatnya sambil memegang Al-Quran di dalam rumah Allah pada hari Jumaat yang mulia dalam masa yang sama mereka sendiri mengabaikan hukum Al-Quran seperti Qazaf? Adakah mereka memang jahil atau buat-buat jahil?

Sumpah laknat ini hanya berlaku dalam hal yang melibatkan suami isteri. Adapun tuduhan kepada seseorang dengan kes zina perlu mendatangkan empat saksi. Sekiranya gagal, orang yang menuduh perlu dihukum qazaf dengan sebat sebanyak 80 kali sebatan. Sumpah yang berlaku hari ini tidak akan menthabitkan orang yang didakwa itu bersalah, bahkan yang menuduh perlu dihukum kerana gagal mendatangkan bukti.

Perlu difahami sebaiknya, kalau seseorang ingin bersumpah sekalipun adalah untuk menafikan dirinya bukannya menuduh orang lain. Kaedah sumpah yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam disebut: " bukti bagi yang mendakwa, sumpah bagi yang didakwa". Sumpah dalam Islam adalah dengan nama Allah tanpa perlu kepada menjunjung Al-Quran. Sy Atiyyah Saqar Rahimahullah, seorang ulama' Al-Azhar As-syarif menyebut bahawa perbuatan menjunjung Al-Quran ini bukanlah amalan dalam Islam.

Perlukah sumpah balas?

Walaupun di sana terdapat cadangan-cadangan supaya diadakan sumpah balas diadakan bagi mempertahankan maruah dan mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat, persoalannya adakah sumpah itu menjamin suasana akan datang akan menjadi lebih baik?

Hari ini, mungkin pihak yang salah bersumpah untuk mendapatkan keyakinan bahawa pihak yang benar itu benar-benar bersalah. Esok mungkin pihak yang benar pula memulakan sumpah, kemudian di pihak yang salah menjawab sumpah untuk meyakinkan orang bahawa dia sebenarnya tidak bersalah. Kerja yang pasti tidak akan selesai apabila keluar dari manhaj Nabi Sollallahu'alaihiwasallam.

Jangan menambahkan kekeliruan masyarakat. Jangan sampai perkara ini menjadi amalan masyarakat akan datang. Adapun sesiapa yang mempunyai kefahaman, cubalah memahamkan masyarakat yang terkeliru. Mereka yang berkeahlian, didiklah masyarakat supaya benar-benar takut dan tunduk dengan hukum Allah Taala.

Wallahua'alam….

i n t a n h i j a u

Posted: 04 May 2011 07:12 AM PDT

i n t a n h i j a u


PERLU PERUBAHAN DI PUTRAJAYA - DR. ABDUL AZIZ BARI

Posted: 04 May 2011 04:33 AM PDT


TELUK INTAN, 4 Mei - Seminar PAS Ganti UMNO telah berjaya dianjurkan oleh PAS Kawasan Teluk Intan. Seminar tersebut telah diadakan di Hotel Grand Court dekat sini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Seminar tersebut telah mengundang dua orang tokoh yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Idris Ahmad , Ketua Penerangan PAS Pusat dan Profesor Dr. Abdul Aziz dari UIA Gombak. Mereka telah membentangkan dua kertas kerja iaitu PAS Ganti UMNO :  Rasional dan Tindakan dan Perlembagaan Malaysia Dalam Konteks Politik Baru. Seminar tersebut telah menarik hampir 300 orang peserta yang hadir bukan sahaja dari sekitar Teluk Intan malah ada yang datang dari kawasan Pasir salak dan Bagan Datoh.
Ustaz Ismail menyampaikan ucapan aluan.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Ismail Che Nik telah membuka agenda dengan menyampaikan kata alu-aluan. Kemudian Dr. Abdul Aziz Bari telah memulakan slot pembentangan kertas kerjanya.


Istilah politik baru bukanlah satu perkara baru dan ia bukanlah satu ciptaan baru. Menurut beliau, politik baru bermaksud demokrasi yang sebenar dan tulen. Namun, malangnya ia tidak dominan dalam budaya politik di negara ini.

"Demi masa depan politik baru, ia menuntut perubahan yang mendasar dan parti-parti politik yang sedia ada. Sebahagian daripada parti politik memerlukan lebih daripada hanya perubahan kosmetik semata-mata," ujar beliau.

"Sudah tiba masanya parti politik yang ada sekarang menghentikan pertimbangan berdasarkan kaum. Sebaliknya isu keadilan, keterbukaan seumpamanya diutamakan," ujar beliau lagi.
Sesi soal jawab.

Wakil DHPP Teluk Intan.

Beliau juga menekankan perlunya ada sistem dua parti seperti berlaku di negara lain sebab tanpa sistem dua parti, sukar untuk mengharapkan ideal dan perlindungan yang dijamin oleh perlembagaan dapat dilaksanakan. 

Akhirnya, beliau membuat kesimpulan bahawa mesti ada perubahan dalam pentadbiran di Putrajaya kerana pemegang kuasa yang ada sekarang tidak menunjukkan minat untuk berubah.
Pembentangan kertas kerja yang begitu menarik.

Ada perkara yang mencuit hati.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah menggariskan beberapa sebab mengapa UMNO perlu diganti oleh PAS. Antaranya ialah :

1. Islam tidak menjadi dasar UMNO
2. Dasar UMNO yang pragmatis (ikut suasana)
3. Islam hanya kuda tunggangan UMNO
4. Program Islam sebagai alat politik
5. UMNO peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi
6. Sikap individualistik dalam kalangan pemimpinan  UMNO
7. UMNO melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak dan penuh dengan skandal
8. UMNO tidak membela agama
9. Ulama UMNO hanya subang tembaga
10. Amalkan dasar UMNOputera bukan bumiputera
11.Gagal meningkatkan ekonomi bumiputera
12.Khianat bangsa sendiri
13.Rasuah dalam pemilihan pimpinan UMNO
14.UMNO kena sakit 'ketuaan" - Tun Musa Hitam
15.Gagal mengatasi masalah akhlak
16.Keselamatan sosial semakin merosot
17.Peranan masjid dimatikan
18.Menyuburkan industri maksiat
19.gagal atasi masalah rasuah
20.Mengkhianati hak orang miskin
21.Membayar wang rakyat kepada Syarikat APCO Israel
22.Harta negara tergadai di tangan asing

Kedua-dua slot pembentangan kertas kerja telah dipengerusi oleh Sdr. Hj. Mohd. Azhar Rafiei dan Dr. Muhaimin Sulam.


Dr. Muhaimin mengendalikan sesi dialog.




Seorang peserta mengemukakan soalan.


YDP PAS menyampaikan cenderamata kepada pembentang kertas kerja.

intanhijau.blogspot.com

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 May 2011 03:49 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Rumah sewa 12 Unit Di Jalan Kebun Musnah

Posted: 03 May 2011 03:54 PM PDT

KOTA RAJA 3 Mei: 12 buah rumah sewa di Kampung Jalan Kebun di sini, musnah dalam satu kebakaran pada kira-kira 9.40 malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan tiga jentera bersama anggotanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

"Ketika bomba sampai, api sedang marak dan struktur rumah diperbuat daripada kayu, menyebabkan api mudah merebak," kata Ketua Kampung Tuan Hj Solehan Tahir kepada wakil kami ketika ditemui di tempat kejadian.

Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan api, dan sejam untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian, semua penghuninya dapat menyelamatkan diri," katanya.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Pemilik rumah sewa Hj Sham berkata kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas menyebabkan beliau dan penduduk setempat tidak sempat menyelamatkan apa-apa, termasuk barangan milik penyewa yang tinggal di situ.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Raja YB dr Siti Mariah Mahmud bergegas ke tempat kejadian melawat mangsa-mangsa kebakaran. Beliau merupakan pemimpin yang paling awal mengunjungi keluarga mangsa kebakaran iaitu sempat melihat pasukan bomba berusaha bertungkus lumus memadam api.

Dr Siti Mariah menyatakan rasa simpatinya kepada keluarga terbabit dan berharap keluarga agar dapat bersabar dalam menempuhi ujian Allah. Beliau yang turut menyampaikan sumbangan akan berusaha agar bantuan kewangan dapat disalurkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan bebanan mereka sekarang ini.


Tn Hj Norhalim Sirome, Ahli Majlis MBSA Zon 11 dan Tn Azmi Jusoh Ahli Majlis MPK turut hadir menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran bersama Jawtankuasa PAS kawasan Kota Raja.


-Laporan : Azman Mohd Mah Husin, AJK PAS Kawasan KR

Gambar ana akan emailkan

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 04 May 2011 01:23 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Bob Lokman dan DS Nizar Memukau Hadirin di Tg Malim

Posted: 03 May 2011 09:41 PM PDT


3 Mei 2011- Program Ceramah Khas melibatkan Menteri Besar Perak pilihan rakyat, DS Nizar Jamaluddin dan artis yang kini tekah menukar arah hidupnya kepada pendakwah sepenuh masa, Bob Lokman telah menyebabkan semua hadirin yang datang untuk mendengar pidato mereka terpukau dengan gaya dan maklumat terkini yang disampaikan oleh penceramah jemputan ini.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli serta Ahli Parlimen Kepong.

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.15 malam itu telah dibuka tirai ucapan oleh Ketua cawangan Pas Berop, En Daud, dan diikuti dengan ucapan YDP yang menyentuh tentang kejayaan Pas menangani isu saman ekor. Menurut YDP yang juga seorang peguam, mutakhir ini kelihatan sudah ada sedikit tindakan daripada pihak-pihak yang terlibat untuk mengikut undang-undang negara. Beliau juga melahirkan kesyukuran dan berjanji bahawa jika Pas diberi kepercayaan mentadbir Malaysia, pasti rakyat tidak akan ditindas dan diperkotak katikkan seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika ini.

YDP Turut Serta Misi Bantuan Banjir

Posted: 03 May 2011 09:18 PM PDT


2 Mei 2011- Beberapa tempat di Kawasan Tanjong Malim telah dinaiki air akibat hujan lebat yang turun sepanjang malam. Antara kawasan yang dinaiki air ialah Kg Menderang, Sungkai, Pekan Trolak, kampung Rasau dan beberapa kampung sekitar Slim dan Tg Malim.

Dalam kejadian banjir ini, Unit Amal terus bergegas ke kawasan yang memerlukan bantuan segera dan misi bantuan ini turut disertai oleh YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.


Selain itu, pasukan bomba dan penyelamat turut hadir membantu memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat.

Menurut Tn Hj Aminuddin, Pas sedaya upaya akan membantu mangsa-mangsa yang memerlukan bantuan bukan setakat banjir sahaja, tetapi merangkumi semua bantuan bagi menyelesaikan masalah penduduk setempat. Selain itu, beliau berazam akan terus memperjuangkan dan mencari jalan bagi mengatasi masalah penduduk yang sering menghadapi banjir apabila berlaku hujan lebat.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 May 2011 01:22 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


TAHNIAH KEPADA CAWANGAN DAN KAWASAN PAS DI PERAK YANG TELAH BERMESYUARAT AGUNG : PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 04 May 2011 01:20 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS Perak yang telah mengadakan mesyuarat agung diperingkat kawasan dan cawangan masing-masing.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS di negeri Perak kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan PAS untuk diadakan mesyuarat agung diperingkat cawangan dan kawasan masing-masing.

Beliau juga menyatakan, tujuan utama mesyuarat agung PAS diperingkat cawangan dan kawasan bukan semata-mata untuk menunaikan amanah yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS, tetapi ia lebih dari itu kerana pentingnya sesebuah Parti Islam ini untuk menyusun dan memperkemaskan pengurusan organisasinya.

Memetik ucapan beliau, " kita sebagai individu dan kumpualan yang berjuang di atas landasan Islam perlu memahami kehendak Allah"

"Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah- olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff: Ayat 4)

Beliau juga turut menyatakan, sesungguhnya ruh dan tuntutan sebenar yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat tersebut di mana Allah SWT mewajibkan Islam ditegakkan secara berencana dan berjamaah dalam satu pengurusan yang tersusun rapi laksana sebuah bangunan kukuh.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan bahawa, mesuarat agung cawangan dan kawasan adalah medan muhasabah yang paling baik untuk memberi teguran dan pandangan yang membina kepada parti. Pemimpin yang berada di atas pentas tidak boleh terasa hati dan emosi dengan kritikan yang bakal dikeluarkan oleh perwakilan. Mereka mesti menerima teguran dan pandangan dengan dada yang terbuka, pemimpin terkadang tidak nampak kelemahannya.

Sebagai pejuang Islam, kita perlu menerima teguran dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Membetulkan segala kelemahan dan kekurangan jika perkara itu benar. Kita tidak mahu segala kritikan tadi tidak memberi apa-apa erti kepada rentak kepimpinan kita. Kita yakin pandangan perwakilan adalah ikhlas dan sayang kepada pimpinan dan jamaah.

Beliau juga menyatakan, perwakilan juga mesti bersedia untuk menerima teguran dan arahan daripada pemimpin. Mereka juga mesti bersedia mendapat penjelasan dan teguran yang membina. Mungkin apa yang dipandang oleh pemimpin adalah perkara yang agak terlindung kepada perwakilan dan ahli. Maka jangan pula kita tidak bersedia untuk menerima arahan yang diberi oleh pemimpin.

Memetik ucapan beliau

" Dasar PAS ialah Islam, dengan fikrah perjuangan inilah ia memberi kesan kepada gerak kerja parti. Hanya orang yang yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS akan terus mara bersama dengan PAS. Mereka yang tidak yakin akan tergelincir dan tertinggal dalam perjuangan. Mereka yang yakin tidak akan berdolak dalik dalam perjuangan. Bagi mereka yang tidak yakin mereka akan mencari seribu alasan untuk tidak mahu bersama dengan perjuangan PAS"

" Perbetulkan niat , rebut ganjaran Allah bagi merintis kemenangan, itulah ungkapan yang kian menjadi zikir dari kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai usaha dan kerja buat untuk mencapai kemenangan dan nyata kemenangan yang diidam adalah suatu yang amat mustahil jika ruhiyah kita tidak diisi dengan Keimanan yang tinggi , ini kerana disana yang amat pasti adalah segala macam kepayahan , Ibtila' dan tribulasi sedang menanti dihadapan.Maka Tarbiyah menjadi asset penting kepada prinsip perjuangan agar kehidupan kita dapat dipandu dengan Keimanan bukan dengan kerakusan syahwat , pijar mengejar kekayaan dan kuasa duniawi semata mata".

" PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia".

" Saya mengingatkan mengingatkan agar seluruh cawangan dan kawasan PAS di Perak, berusaha untuk menambahkan ahli-ahli PAS di cawangan dan kawasan masing-masing, selain itu kawasan juga perlu menambahkan jumlah cawangan PAS dan ianya dipastikan aktif, daftar pengundi-pengundi baru juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan kemengan milik kita untuk PRU 13 ini, perkukuhkan dana akaun parti bagi melancarkan gerak kerja parti"

ustazabubakar.wordpress.com

Mohd Hafez Sabri

Kumpulan Palestin Meterai Perjanjian Perpaduan

Posted: 04 May 2011 01:19 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH 4 MEI : Kumpulan Palestin memeterai perjanjian perpaduan di Kaherah bagi menamatkan pemisahan antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta mengadakan pilihan raya, perkembangan yang disifatkan Israel sebagai menggugat perdamaian.

Wakil 13 kumpulan Palestin, termasuk parti Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas, serta tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan pegawai Mesir.

"Semua kumpulan Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai risikan Mesir," kata Bilal Qassem, anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). - AFP

Pasangan warga emas mati dikelar

Posted: 04 May 2011 01:00 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BENTONG: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan dada selain turut dikelar di leher, di Kampung Gementi, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, Muhamad Yusof@ Abdul Rashid Samah, 71, dan isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, dibunuh seorang lelaki yang dipercayai dikenali mangsa.

Pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam.

Berita Harian/-

Sumpah dipermain, rumah Allah diperalat

Posted: 04 May 2011 12:40 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SUNGAI PETANI, 4 Mei: "Sumpah dipermainkan, rumah Allah diperalatkan. Ayat dan kitab suci Al Quran hanya diambil sebahagian dari sebahagian untuk kepentingan individu yang boleh menyesatkan umat Islam," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).

Katanya, isu yang cuba dibawa oleh Datuk Eskay Shazryl Abdullah semasa melafazkan sumpah di Masjid Amru Al-As baru-baru ini termasuk dalam hukum qazaf dan bukannya mubahalah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pandangan dalam 'Forum Sumpah Laknat' yang telah diadakan di Masjid Al Barakah, Tikam Batu, di sini bersama-sama dengan Yang Dipertua Abim Kedah, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Hamid, semalam.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan sekarang ini tidak langsung memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Islam sebelum ia dilaksanakan.

Antaranya, kata beliau ialah ikhlas niat kerana Allah semata-mata, berilmu serta diadakan perbahasan terlebih dahulu.

"Yang membuat tuntutan itu perlulah orang yang soleh dan bukannya ahli maksiat, mesti dilakukan selepas adanya hujah-hujah yang tepat dikemukakan serta adanya kepentingan untuk agama Islam," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia turut berkata, isu ini jelas memaparkan ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh merosakkan moral masyarakat dan juga negara.

"Rujuklah kepada Al Quran sebagai pedoman. Jangan gunakan akal sebagai sandaran yang boleh menyesatkan kita di dunia dan juga akhirat.

"Pihak kerajaan harus terlibat secara langsung bagi menegakkan hukum Islam yang menjadi tuntutan, kerana keengganan untuk melaksanakan hukuman tersebut membawa kepada padah seperti mana yang berlaku sekarang ini.

Harakahdaily/-
Oleh : Muhayat Jasmin

'Ada Tak Kena Dengan Pesawat RM86 Juta Taib'

Posted: 04 May 2011 12:30 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 4 MEI : Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

Pengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu," katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.

-M'siakini.

Konvensyen PR Hadapi PRU 13

Posted: 04 May 2011 12:00 AM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 4 MEI: Konvensyen Ekonomi Pakatan Rakyat akan berlangsung pada pertengahan bulan Jun tahun ini menurut Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan gagasan itu di sini semalam.

Anwar berkata konvensyen yang dijadualkan pada Mac lalu terpaksa ditangguhkan berikutan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Justeru beliau berkata Pakatan Rakyat akan membuat persediaan awal menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal diumumkan bila-bila masa.

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, gabungan itu akan memperkasa penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai Buku Jingga untuk mengangkat martabat seluruh masyarakat di negara ini.

Anwar kemudian berkata, pendekatan polisi Buku Jingga diterima baik rakyat namun Umno-BN dilihat sedaya- upaya untuk mengagalkan usaha mengetengahkan polisi itu.

"Penerangan berkesan. Rakyat menerima baik penjelasan Buku Jingga. Oleh itu jentera kerajaan dikerah untuk tidak menjawab tapi untuk menfitnah kepimpinan Pakatan Rakyat sebagai penghianat negara.

"Di Johor polis diperalat melarang ceramah," kata beliau.

Ketua Pembangkang itu turut mengulas peranan media yang semakin tertekan berikutan cengkaman yang dikenakan terhadap institusi itu oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Najib menggunakan garis panduan Apco untuk memaparkan imej neutral kerajaan namun pada masa yang sama menyekat kebebasan media.

"Kita ambil kesempatan hari kebebasan media dan kedudukan media merudum di bawah kepimpinan Najib yang menggunakan Apco untuk gembar-gemburkan sikap neutral tapi rakus dan kejam termasuk menyekat kebebasan media," jelas beliau lagi.

Tv Selangor/-

Jagdeep dakwa Zahrain punca Pulau Pinang corot

Posted: 03 May 2011 11:45 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 4 Mei: Kedudukan tercorot pasukan bola sepak Pulau Pinang dalam Liga Premier 2011 dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Menurut beliau lagi, selepas 16 aksi permainan dalam liga tersebut, Pulau Pinang hanya mampu berada di tangga tercorot dengan kemampuan hanya mengumpul satu mata tanpa adanya kemenangan yang telah diperolehi.

"Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini," dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini.

Dalam 15 perlawanan yang telah disertai pasukan negeri semuanya tewas dan hanya mencatat seri bagi satu perlawanan sahaja.

Ini, katanya menunjukkan adanya ketidakcekapan dalam pengurusan yang ditadbir oleh Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Zahrain mengisytiharkan wakil rakyat Bebas pada 12 Februari 2010.

Semasa pilihan raya umum 2008 beliau mewakili PKR mengalahkan calon Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya 16,589 undi.

Harakahdaily/-
Oleh : Fakhri Ali

Osama Tidak Bersenjata Ketika Serbuan

Posted: 03 May 2011 11:30 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

NEW YORK 4 MEI : Osama bin Laden dilaporkan tidak bersenjata apabila komando Amerika Syarikat menyerbu masuk ke biliknya dan menembak beliau mati di tempat persembunyiannya di Pakistan, menurut White House.

Tindakan itu sekali gus menukar pernyataan rasmi mengenai insiden berkenaan dan menimbulkan persoalan apakah Amerika memang tidak merancang menangkap Osama hidup-hidup.

Namun menurut beberapa laporan yang belum disahkan, Osama sempat melawan sebelum ditembak mati.

Pentadbiran presiden Amerika, Barrack Obama juga masih berdebat sama ada mahu menyiarkan gambar ngeri mayat Osama kerana bimbang ia akan meningkatkan lagi sentimen anti-Amerika ketika dunia perlu diyakinkan bahawa pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.

Namun, Pengarah CIA, Leon Panetta, berkata satu gambar pastinya akan ditunjukkan.

"Saya tidak sangsi satu gambar akhirnya akan ditunjukkan kepada umum," katanya dalam temubual bersama NBC Nightly News.

Sebelum ini, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa pemimpin al-Qaeda sudah dibunuh dalam satu operasi tentera dan jenazah beliau disemadikan di laut.

Menurut jurucakap White House, Jay Carney, pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut bagaimana keadaan Osama ketika dia diserang.

Di Islamabad, Reuters melaporkan pakar perisikan Pakistan menyatakan seorang daripada anak perempuan Osama menjadi saksi pembunuhan bapanya yang ditembak mati oleh pasukan tentera Amerika.

Menurut pakar perisikan yang enggan dikenali itu, anak perempuan Osama yang berusia 12 atau 13 tahun itu turut mengesahkan dalang serangan 11 September 2001 itu mati dibunuh pada awal pagi kelmarin.

Sementara itu, 10 saudara-mara Osama termasuk seorang isteri serta lapan anaknya ditahan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk disoal siasat.

- Agensi

Strategi Umno BN buli Cina, tipu Melayu

Posted: 03 May 2011 09:30 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

"Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus.

"Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP.

"Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.

Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu.

Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

"Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno.

"Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya.

"Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.

"Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan.

"Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya.

Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.

"Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz.

Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.

"Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz.

Harakahdaily/-
Oleh : Abdul Aziz Mustafa

Kuatkuasa perlu bagi kurangkan merokok

Posted: 03 May 2011 09:00 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Merokok tidak baik untuk kesihatan, mudah sahaja malangnya langkah yang diambil untuk menangani wabak merokok di Malaysia dilihat bertentangan – pada satu pihak kosnya dalam bentuk kesihatan manusia manakala satu pihak usaha kerajaan yang menjadi kesan negatif kepada penanam tembakau serta usaha untuk membasmi kekemiskinan. Hujah yang kedua itu tidak dapat diterima.

Perangkaan merokok di Malaysia amat membimbangkan; lebih 50% lelaki dewasa adalah perokok dan kira-kira 50 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun merokok setiap hari. Dianggarkan 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan merokok, menjadikannya pembunuh utama di negara ini. WHO menganggarkan tembakau membunuh bilion orang di dunia ini pada akhir abad ke 21. Kemudian terdapat kos rawatan kepada keluarga, mengurangkan produktiviti ekonomi dan meningkatkan kos penjagaan kesihatan awam.

Di Malaysia, tembakau ditanam untuk membantu petani memperolehi pendapatan dan mengurangkan kemiskinan. Bank Dunia, agensi kewangan global yang menyediakan modal bagi pengeluaran tembakau di negara membangun, telah menghentikan tindakannya yang menyedari akan kos kesihatan dan kini menyokong tanaman alternatif.

Pengulangan dakwaan bahawa penanaman tembakau mengurangkan kemiskinan hanya dibesar-besarkan, walaupun sebenarnya salah, apabila kita melihat contohnya kerajaan Malaysia sering menyelamatkan dan menawarkan subsidi kepada petani tembakau untuk mengekalkan daya maju ekonomi mereka dalam keadaan dilanda bencana alam dan lain-lain cabaran. Contohnya pada awal 2009 apabila tanaman tembakau di Pantai Timur musnah oleh banjir, menyebabkan kerajaan dan syarikat tembakau melanjutkan bantuan khas dalam bentuk subsidi kepada petani.

Seksyen 16 (1) Peraturan Kawalan Produk Tembakau 2004 dengan jelas menyatakan, "Pengeluar perlu membungkus rokok dalam kotak mengandungi tidak kurang daripada dua puluh batang". Bagaimanapun amat malang sekali terdapat gesaan bagi menyokong 'perjuangan penanam tembakau' mengatasi pertimbangan kesihatan sepertimana yang dilihat melalui keputusan kabinet pada 2005 yang tidak menghentikan segera kotak rokok 14 batang sepertimana yang disarankan oleh Rangkakerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) tetapi akan menghapuskannya dalam tempoh lima tahun.

Malaysia sepatutnya menerima WHO FCTC yang memberikan mandat terhadap beberapa jenis dasar kawalan tembakau. Bagaimanapun, kerajaan mengalami konflik dalam pelaksanaan dasar dan langkahnya memandangkan mereka membeli banyak saham dalam syarikat multinasional tembakau senaraian awam seperti British American Tobacco dan Japan Tobacco International Malaysia dan menggalakkan penanaman tembakau, dengan alasan ia diperlukan untuk membasmi kemiskinan. Pembelian saham ini oleh kerajaan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) melalui badan pelaburan yang dikawal oleh kerajaan termasuk dana pencen, perbadanan pelaburan kerajaan dan unit amanah kawalan kerajaan negeri.

Oleh sebab itu kami mengalu-alukan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini bahawa kerajaan akan mendenda mereka yang ditangkap merokok atau memiliki rokok secara haram dalam usaha untuk mengurangkan permintaan terhadap rokok itu, yang akan membawa kepada berhentinya aktiviti penyeludupan dan perdagangan haram seperti itu.

Rokok yang diseludup berharga serendah RM2 bagi setiap kotak 20 batang, manakala rokok bebas cukai pula diseludup oleh sindiket dan dijual secara haram oleh peruncit yang tidak bertanggungjawab di seluruh negara dengan harga antara RM3.50 dan RM4 bagi satu kotak berisi 20 batang rokok. Penyangak peruncit ini pula tidak hanya menjual rokok yang diseludup tetapi mencabuli peraturan kerajaan yang menetapkan harga rokok minimum (MCP) RM7.

Rakyat Malaysia dilaporkan merokok "amat mengejutkan dengan sembilan bilion batang rokok haram setiap tahun" – dengan anggaran 4 daripada 10 rokok yang dihisap di negara ini adalah yang haram, menyebabkan kerajaan kehilangan hasil daripada cukai sehingga RM2 bilion.

Langkah Yang Perlu Diambil Oleh Kerajaan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil langkah yang serius memandangkan merokok telah mengancam individu dan kesihatan masyarakat. Langkah yang lebih konkrit mestilah dilakukan dalam dasar negara dan dilaksanakan dengan tegas untuk memerangi masalah penggunaan tembakau yang semakin berkembang.

1) Kurangkan Permintaan

- Jadikan harga rokok minimum yang lebih tinggi bagi rokok untuk memastikan perokok menghentikan tabiat mereka yang membazirkan wang itu. Harga runcit rokok berjenama premium perlu ditetapkan pada kadar yang lebih tinggi bagi kotak 20 batang, lebih tinggi berbanding harga semasa kira-kira RM10 sekotak. Harga premium rokok berjenama di United Kingdom ialah RM36.60, Ireland RM37.98, Singapura RM27.80, New Zealand RM27.20, Jepun RM10.60 dan Sri Lanka RM10.90.

- Menguatkuasakan pengharaman jualan rokok secara berasingan untuk memastikan peruncit tidak menjualnya.

- Menaikkan duti eksais ke atas produk tembakau dan meningkatkan penguatkuasaan untuk mencegah penyeludupan secara haram, barangan gelap atau rokok bebas cukai. Ini membantu untuk memastikan rokok tidak diperolehi dengan mudah oleh sebahagian besar penduduk.

- Hapuskan status bebas cukai bagi rokok dan produk tembakau yang dijual di lapangan terbang dan kedai bebas cukai.

- Hentikan penjualan rokok di atas kapal terbang Malaysia.

- Haramkan pameran rokok di kaunter bayaran setiap premis dan kedai runcit serta tempat tumpuan utama lain. Sebagai ganti, produk ini perlu dijauhkan daripada pandangan awam, contohnya di bawah kaunter bayaran, dan hanya dikeluarkan untuk dijual atas permintaan khusus pelanggan.

2) Melindungi daripada perokok pasif – melanjutkan pengharaman merokok meliputi semua tempat awam termasuk restoran, bar, taman dan kawasan rekreasi.

3) Memperkenalkan sistem pelesenan yang menghadkan bilangan dan lokasi premis yang dibenarkan untuk menjual produk tembakau. Lesen seharusnya tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun.

4) Meningkatkan langkah menghapuskan penanaman tembakau, dan menjadikannya haram untuk menanam tembakau.

5) Meningkatkan dana kerajaan untuk pendidikan, kempen antimerokok, dan langkah untuk membantu perokok menghilangkan tabiat merokok mereka.

6) Melarang mengaitkan pendidikan, aktiviti sukan, biasiswa dengan syarikat dan produk tembakau.

7) Keazaman politik yang kuat dan melaksanakan dasar peraturan yang tegas untuk mengawal tabiat merokok di negara. Kerajaan perlu menghentikan menggunakan usaha menghapuskan kemiskinan dan perlindungan petani sebagai alasan untuk gagal mengambil tindakan tegas terhadap pengeluaran dan promosi tembakau.

8) Mengharamkan publisiti bagi produk tembakau dalam sebarang bentuk. Pemimpin kerajaan perlu menunjukkan contoh teladan dan melalui sokongan bagi mengurangkan perokok dan penyakit yang dikaitkan dengannya.

9) Hentikan sebarang bentuk tidak ketara daripada sokongan kerajaan untuk produk tembakau – pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan mestilah menghentikan daripada memberikan sokongan kepada syarikat tembakau multinasional sebagai warga korporat yang baik, dengan itu memberikan mereka peluang untuk mengurangkan kesan terhadap dasar tembakau.

10) Sokongan media juga turut diperlukan untuk menghentikan aktiviti merokok – pihak media perlu meningkatkan liputan terhadap kesan negatif tembakau untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap bahaya merokok dan menggalakkan mereka berhenti merokok.

Tembakau adalah penyebab penyakit utama yang boleh dicegah, kehilangan masa yang berharga dan kematian awal dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami menggesa kerajaan supaya tidak lagi berada dalam konflik tetapi meletakkan kepentingan orang ramai mengatasi kepentingan industri.

Harakahdaily/-
Oleh : S. M. Mohamed Idris

Aset RM2.8b milik tiga pemimpin dibekukan

Posted: 03 May 2011 08:30 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

GENEVA - Kerajaan Switzerland mengenal pasti aset bernilai 830 juta Swiss frans (RM2.8 bilion) milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dan bekas Presiden Mesir dan Tunisia, Hosni Mubarak dan Zine El Abidine Ben Ali berpotensi dibekukan, kelmarin.

Menteri Luar Swit­zerland, Micheline Calmy-Rey berkata, aset bernilai 360 juta Swiss francs (RM1.2 bilion) kemungkinan milik Gaddafi atau sekutunya.

Pihak berkuasa turut mengaitkan aset bernilai 410 juta Swiss francs (RM1.4 bilion) mungkin milik Mubarak manakala 60 juta Swiss francs (RM205 juta) lagi milik Ben Ali.

Terdahulu, kesemua bank diarahkan untuk membeku aset yang mungkin dimiliki ketiga-tiga pemimpin dan penyokong utama mereka untuk mencegah dana dikeluarkan secara rahsia.
Sementara itu, Mubarak dan Ben Ali sudah pun memulakan proses pengadilan untuk menuntut semula aset mereka.

Namun, kedua-dua pemimpin negara itu gagal menyediakan sebarang bahan bukti yang diperlukan untuk mendapatkan semula aset mereka.

Sebelum ini, Switzerland menghantar kabel diplomatik ke Tunisia dan Mesir, Mac lalu, menjelaskan bahawa kedua-dua negara harus menyerahkan bukti sehingga pihak berkuasa memutuskan tindakan seterusnya.

Sinar Harian/-

Anwar dakwa BN gila talak

Posted: 03 May 2011 08:00 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar Pas meninggalkan pakatan parti pembangkang dan menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai 'gila talak'.

Menurutnya, BN/UMNO juga dilihat sedang terdesak bagi meraih sokongan dan undi kaum Melayu sehingga sanggup melaga- lagakan PR.

"UMNO sentiasa berusaha untuk melaga- lagakan DAP dan Pas namun nampaknya usaha mereka tidak akan berhasil Isu ini tidak berbangkit, ia adalah usaha terdesak yang dilakukan UMNO. UMNO terdesak dan kita yakin dengan kepimpinan Pas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak hadir dan difahamkan sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Pulau Pinang.

Anwar turut meletakkan keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pas dan percaya parti Islam itu tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana diharapkan musuh politik mereka.

Abdul Hadi pula berkata, cubaan UMNO melaga-lagakan Pas dengan DAP disebabkan melihat prestasi luar jangkaan Pas dalam meraih undi bukan Islam semasa pilihan raya negeri Sarawak lalu.

"Apa yang berlaku pada hari ini ialah DAP telah membuktikan pengundi Cina mengundi Pas walaupun Pas menentang MCA dan MIC. Ini terbukti di Sarawak di mana pengundi Cina boleh mengundi calon Melayu dan Islam walaupun menentang Cina," katanya.

Memandangkan BN kini sedang berusaha memecahbelahkan kesepakatan PR, pemimpin-pemimpin pembangkang itu sebulat suara mengadakan pertemuan tertutup bersama dalam tempoh dua minggu bagi membincangkan strategi mengelakkan cubaan BN.

"Pertemuan ini adalah pertemuan tertutup khusus membincangkan dasar-dasar bersama mengeratkan lagi hubungan untuk mengelakkan percubaan BN yang cuba menimbulkan kesangsian di kalangan kita bersama," katanya.

Ketika ditanya mengenai jangkaan tarikh pilihan raya umum ke 13, Anwar yakin ianya akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

"Kami yakin ianya akan berlaku dalam masa terdekat. Malah PR telah bersedia menghadapinya jika ia berlaku pada tahun ini," katanya.

Ditanya mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR ini, Anwar berkata, fokus utama adalah merangka strategi besar bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sinar Harian/-

Hamil luar nikah, pelan ‘separuh siap’ Shahrizat

Posted: 03 May 2011 07:30 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Peningkatan kes hamil luar nikah adalah bukti kegagalan penubuhan Sekolah Harapan, bukti ketidakcekapan badan organisasi Balkis dan terutamanya sebagai bukti perancangan dan pelan kerja 'separuh siap' Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Pengetua Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkenaan peningkatan kes hamil luar nikah terus berlaku saban hari adalah amat membimbangkan.

Saban tahun, katanya berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani masalah sosial begini, namun tiada perubahan constructive yang dapat dilihat.

Demi mengelakkan lebih banyak pembaziran dana dan wang rakyat berlaku, dan masalah itu dapat diatasi secara tuntas, beliau memohon agar kerajaan segera meneliti semula konsep dan matlamat penubuhan Sekolah Harapan, sehingga suatu kajian penyelesaian secara menyeluruh ke atas masalah sosial ini dapat dibuat.

Ini kerana, ujarnya peningkatan kes kehamilan luar nikah yang berlaku jelas telah membuktikan bahawa dengan penubuhan hanya satu sahaja Sekolah Harapan tidak akan mampu untuk menjadi penyelesai kepada masalah sosial sedia ada yang dihadapi di seluruh negeri.

"Saya melihat, peningkatan kes kehamilan luar nikah ini secara amat serius kerana ini akan menyebabkan bilangan golongan ibu muda juga semakin bertambah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang kepada Harakahdaily.

Menurutnya, adalah sesuatu yang amat merungsingkan kerana sehingga kini, kebajikan ibu muda sedia ada sendiri masih ditangguk enteng, apatah lagi dengan pertambahan yang hadir tentunya memberi lebih tekanan dan persaingan dalam komuniti teraniaya begini.

Baginya, bermula dari tekanan sebegini, maka tidak mustahil penglibatan aktiviti pelacuran oleh wanita muda sebegini terus meningkat dan sekaligus akan menggagalkan hasrat pemberdayaan dan pemerkasaan wanita yang diimpikan.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya terus mengenepikan golongan ibu muda dalam pembangunan negara kerana konsep Victoria "good women" dan "bad women" yang menjadi kod amalan kerajaan adalah amat mendiskriminasi terhadap wanita dan suatu dasar yang adil buat semua wanita harus dilaksanakan segera.

Harakahdaily/-

Tiga Beradik dikhuatiri Lemas

Posted: 03 May 2011 07:20 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


ANGGOTA penyelamat mencari tiga beradik yang dihanyut arus deras di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul

KUALA PILAH - Tiga beradik dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang, bapa kepada tiga kanak-kanak malang itu, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 20-an sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan perkelahan itu.

Syed Ahmad dan Alwani dirawat di Hospital Kuala Pilah di sini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan polis meneruskan usaha mencari tiga beradik itu.

Difahamkan semasa kejadian ibu kepada tiga beradik itu, Wan Azlela Wan Abdullah, 27, yang tinggal di Taman Marinda, Senawang tiada di tempat kejadian kerana telah bercerai dengan Syed Ahmad.

Syed Ahmad didakwa telah menjemput anak-anaknya yang dijaga oleh Wan Azlela di Taman Jasmin, Senawang untuk dibawa berkelah ke air terjun itu.

Seorang saksi, Turiman Bostam, 42, berkata, semasa kejadian dia berjalan menyusur sungai di situ dalam keadaan hujan renyai-renyai sebelum terkejut melihat arus deras dari arah hulu sungai.

Pencuri Lapah Rel Kereta Api

Posted: 03 May 2011 07:04 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Sekumpulan 26 lelaki yang sibuk memotong besi rel dan kayu landasan kereta api di sebuah stesen kereta api lama berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang terkedu apabila diserbu sepasukan polis, petang Ahad lalu.

Mereka terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat warga Bangladesh dan 15 warga India berusia 25 hingga 45 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati 450 meter besi rel dan kayu landasan itu dibawa keluar dan dijual manakala 170 meter lagi baru selesai dipotong.

"Hasil siasatan mendapati mereka menggunakan lori khas untuk mengangkut keluar rel besi dan kayu yang dipotong sebelum dipindahkan ke dalam lori lain dan dihantar kepada pembeli.

"Setakat ini, polis masih menyiasat dan mengesan pelanggan mereka dan lokasi barangan berkenaan dijual," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebuah jengkaut, dua lori, sebuah motosikal, empat kereta dan 10 silinder gas digunakan untuk kerja pemotongan.

Menurutnya, empat daripada tujuh lelaki tempatan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kes merusuh dengan senjata berbahaya, curi kereta dan samun berkawan.

"Kalau mengikut harga pasaran, setan besi berkenaan dianggarkan RM1,400 hingga RM1,500. Dalam kejadian itu, ia membabitkan jumlah kerugian keseluruhan mencecah jutaan ringgit.

"Siasatan mendapati lelaki itu dibayar upah RM40 sehari bagi melakukan kerja pemotongan besi rel dan kayu landasan berkenaan," katanya.

Kumpulan Palestin Meterai Perjanjian Perpaduan

Posted: 03 May 2011 06:34 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KAHERAH: Kumpulan Palestin memeterai perjanjian perpaduan di Kaherah bagi menamatkan pemisahan antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta mengadakan pilihan raya, perkembangan yang disifatkan Israel sebagai menggugat perdamaian. 

Wakil 13 kumpulan Palestin, termasuk parti Fatah pimpinan Presiden Mahmud Abbas, serta tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan pegawai Mesir.

"Semua kumpulan Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai risikan Mesir," kata Bilal Qassem, anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 

AFP

Kematian Osama: Shura, Mapim kecam operasi Amerika

Posted: 03 May 2011 06:30 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya operasi Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kematian Osama bin Laden, kelmarin.

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya mengutuk tindakan tentera AS melepaskan jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda ke laut kerana tindakan tersebut merupakan suatu penghinaan.

"Jenazah Osama sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat handainya dan diuruskan pengebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim," katanya dalam satu kenyataan media.

Azmi menambah, operasi tersebut adalah gerakan asasinasi unilateral AS untuk membunuh seorang yang diburu di luar bumi Amerika dan ia satu tindakan melanggar undang-undang antarabangsa.

Azmi juga berkata, kerajaan Pakistan turut menjadi tali barut kepada AS untuk menjayakan operasi tersebut yang sama sekali tidak dapat diterima oleh umat Islam.

Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh dalam satu operasi khas tentera AS di sebuah rumah di bandar Abbottabad, timur laut Islamabad.

Jenazahnya dilepaskan di utara Laut Arab semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin pula berkata, Shura dan Mapim akan menganjurkan solat ghaib untuk jenazah Osama di seluruh negara.

"Kami menyeru semua ulama, tuan guru, ustaz, aktivis Islam, pemimpin NGO Islam, para imam untuk mengadakan solat ghaib jenazah untuk beliau dan mendoakan agar rohnya dikumpulkan bersama para syuhada," katanya dalam satu kenyataan.

Shura dan Mapim juga akan mengusulkan kepada kerajaan Malaysia agar menyatakan pendirian mengecam serangan tentera AS tanpa rasa takut.

Oleh Zulaikha Zulkifli

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

Posted: 03 May 2011 05:30 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, "Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Harakahdaily

Osama Bin Laden Masih Hidup

Posted: 03 May 2011 04:56 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pimpinan Taliban Pakistan mengklaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup. Pihak Taliban menilai tuduhan tewasnya Bin Laden amat tidak berdasar.

Sebelumnya Presiden Amerika Serikat Barack Obama memastikan bahwa Bin Laden terbunuh dalam sebuah operasi militer AS di wilayah Abbottabad, Pakistan. Pemimpin jaringan teroris Al Qaeda tersebut tewas dalam sebuah baku tembak.

Seperti dilansir Bloomberg, Selasa (3/5/2011), klaim bahwa Osama Bin Laden masih hidup ini, dilontarkan oleh Pemimpinan Taliban Pakistan yang mengirimkan pernyataan mereka kepada televisi Pakistan GEO TV.

Osama Bin Laden dinyatakan tewas dalam pertempuran saat tim kecil militer AS menyerang sebuah rumah kecil di Abbotabbad. Pihak AS sendiri sudah memastikan bahwa Bin Laden memang sudah tewas setelah melakukan tes DNA.

Klaim mengenai Osama Bin Laden masih hidup ini tentunya dapat menimbulkan kebingungan. Terlepas dari sudah keluarnya hasil tes DNA yang dilakukan AS.

Seperti dikutip dari Arrahmah.com, Komandan Waliur Rahman, seorang komandan Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan berada dalam kondisi sehat.

"Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Usamah, namun saya dapat mengonfirmasikan dengan jelas kebenaran bahwa Syeikh Usamah bin Ladin masih hidup dan dalam keadaan baik," ujar Waliur Rahman dalam statemen video yang diambil Arrahmah dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab.

Read more: http://jiastisipolcandradimuka.blogspot.com/2011/05/osama-bin-laden-masih-hidup.html#ixzz1LKxLfdNP

Barcelona ke final Liga Juara-Juara Eropah

Posted: 03 May 2011 04:48 PM PDT

PEMAIN Barcelona melambung rakan sepasukan mereka, Eric Abidal selepas menang ke atas Real Madrid pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Nou Camp, Barcelona, awal pagi tadi. Barcelona layak ke perlawanan akhir selepas catat keputusan seri 1-1 pada perlawanan itu dengan agregat 3-1. - Foto AFP

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

LONDON: Barcelona menepati ramalan apabila layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, sebentar tadi.

Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54.

Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian.

Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2-0.

Gambar palsu jenazah Osama, Pegawai AS belum beri reaksi

Posted: 03 May 2011 04:41 PM PDT

Gambar jenazah palsu Osama


30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Foto jenazah Osama bin Laden, yang dipublikasikan sebelumnya, ternyata hasil manipulasi dua foto berbeda yang dipublikasikan online dua tahun terakhir. Foto yang diklaim sebagai jenazah bin Laden itu ternyata telah beredar di internet sejak 2009 lalu.

Beberapa situs koran Inggris menggunakan foto tersebut pada halaman muka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghapus foto itu setelah tersiar kabar bahwa foto itu hasil rekayasa. Hal yang sama juga terjadi di berbagai situs surat kabar dan kantor berita dunia.

Koran The Guardian terbitan Inggris misalnya, menyatakan bahwa foto palsu itu digunakan pertama kali pada "themedialine.org," surat kabar online di Timur Tengah, pada tanggal 29 April 2009. Pihak editor menyatakan tidak bisa memastikan apakah foto tersebut asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, sejumlah forum konspirasi bersikeras menyatakan bahwa foto itu tidak palsu dan sesuai mengklaim bahwa pemimpin AlQaeda telah tewas. Foto utama diambil dari bin Laden pada tahun 1998 dan digunakan oleh kantor berita Reuters.

Presiden AS Barack Obama, sebelumnya (2/5) mengumumkan bahwa bin Laden tewas di tangan pasukan AS pada hari Ahad (1/5) setelah dia ditemukan di tempat persembunyiannya di Pakistan.

Sementara itu, seorang pejabat Amerika menyatakan bahwa jenazah bin Laden dilempar ke laut, seraya menyatakan bahwa "pemakaman" tergesa-gesa itu sesuai dengan hukum Islam, yang menetapkan waktu penguburan 24 jam setelah kematian. Hingga kini belum ada reaksi dari para pejabat Amerika Serikat mengenai tersebarnya foto rekayasa jenazah bin Laden itu. Republika.co.id/-

Lynas: Kerajaan digesa bersikap rasional, tegas

Posted: 03 May 2011 04:35 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM, Mohd Syahid Mohd Zaini menggesa kerajaan Malaysia bersikap lebih tegas dan mengambil tindakan yang lebih rasional terhadap projek pembinaan sebuah loji nuklear di Pahang.

"Bolehkah anda bayangkan penderitaan apabila cahaya mata yang dinanti-nantikan oleh keluarga, dilahirkan terencat akal dan cacat anggota?" soalnya.

Beliau turut menyatakan kerajaan perlu memikirkan jangka masa panjang sekiranya projek itu tetap akan dilaksanakan.

"Kerajaan wajib mempertimbangkanpro dan kontra projek kontroversi itu.

"Dan tidak perlu tergesa-gesa dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar," tambahnya dalam satu kenyataan.

Mohd Syahid turut menyeru agar seluruh Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan mahasiswa seluruhnya menyokong gerakan membantah 'Projek Lynas'.

"Saya dengar sisa radioaktif yang akan dihasilkan nanti 10 kali lebih tinggi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah, Perak yang ditutup 20 tahun lalu.

"Jadi, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan lebih buruk.

"Mahasiswa harus bersama-sama membantah projek ini kerana ianya akan meninggalkan kesan lebih buruk untuk generasi akan datang kelak," tegasnya lagi.

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng, Pahang oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Syarikat itu dipercayai telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan dijangka projek itu akan disiapkan pada bulan September.

Harakahdaily/-

Kronologi Kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah Perak.

Posted: 03 May 2011 04:29 PM PDT

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
http://sisaradioaktif.blogspot.com

Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

Anda rakyat prihatin. Selamatkan generasi masa depan kita. Bersuaralah dan hentikan pemprosesan 'rare earth' di Kuantan sebelum terlambat.

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O 'Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987

6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.
Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana 'tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.'

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama

Posted: 03 May 2011 07:51 AM PDT

29 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Muhammad Nuruddin Bashah

Dewan Pemuda PAS Gopeng merasa kesal dengan kenyataan pemimpin utama Negara kita yang menyatakan keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama. Adakah beliau terlupa bahawa gejala keganasan atau military action bukan suatu fenomena sebaliknya suatu dielektika yang berlangsung akibat hambatan tertentu seumpama pembersihan etnik, diskriminasi dan tindak balas terhadap kekejaman empirelis?

Adakah pemimpin umat islam yang giat mengampu AS yang mengeluar kenyataan bahawa keganasan serata dunia berkaitan dengan kegiatan umat Islam terlupa bahawa punca utama keganasa serata dunia adalah disebabkan penjajahan dan campurtangan pihak kuasa besar terhadap negara-negara umat islam? Terlalu lemahkah otak pemimpin umat islam untuk mengingati kekejaman zionis yang saban hari mejarah tanah umat islam Palestin sehingga menjadi sekangkang kera? Maklumat terkini menyaksikan statistik 1.2 juta jenayah penculikan anak-anak dan wanita yang lemah rakyat Palestin oleh polis-polis Yahudi yang sepatutnya difokuskan keganasan mereka.

Catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di wilayah AS antara tahun 1980 hingga 2005 dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain).

Data yang dikumpulkan oleh Europol menguatkan lagi pernyataan ini. Setiap tahun Europol menerbitkan laporan tahunan berjudul 'Pengganas Kesatuan Eropah: Situasi dan Laporan Trend' dan laporan ini boleh diakses di laman web rasmi mereka.

Hasil laporan tersebut jelas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok bukan Muslim; dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Maksudnya hanya 0.4% sahaja kes sahaja yang berkaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan, diskriminasi dan lain-lain.

Namun begitu tidak juga kita mampu nafikan kematian Osama sekadar suatu propaganda AS yang kini kian tenat menapung perbelanjaan untuk memerangi manusia yang mungkin masih wujud atau tidak. Kini hutang AS tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S.

Obama yang mengeluar kenyataan bahawa keadilan dunia telah tercapai dengan kematian musuh nombor 1 AS itu, kian cuak dengan jumlah kematian dan perbelanjaan dana peperangan anti pengganas yang diwarisi daripada dinasti Bush sebelumnya. AS mungkin tidak akan memberi komen implikasi mengejar manusia bernama Osama, 2 buah negara umat islam Iraq dan Afghan telah menjadi padanh jarahan tentera AS. Kini Libya pula akan diselongkar atas nama membebaskan rakyat Libya daripada tangan Gaddafi walaupun jelas serangan udara berkenaan bermotifkan egoisme dan neo-koloni teradap hasil alam Libya.
___________________

Muhammad Nuruddin Bashah merupakan Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Telefon bimbit antipintar berharga RM31,675

Posted: 03 May 2011 07:49 AM PDT

29 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


LONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam.

Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.

YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah.

"Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. - Agensi

Pengikut