KUALA LUMPUR: MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya," katanya. Terbaru, katanya, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini. "Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran," kata Salahuddin Ayub. Beliau juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding. "Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN," katanya. Meskipun demikian, beliau percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN. "BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan. "Apabila jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan," kata Salahuddin (gambar). Beliau menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman. Ketika parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman, Salahuddin yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen. "Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang kita anjurkan. "Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini," kata beliau. Beliau juga yakin, hakikat bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan mereka yang ikhlas dan tulen akan semakin sebati dalam pemikiran rakyat. http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/19662-merajuk-soi-lek-dicadang-niaga-keranda
ULASAN Saya terasa teringin untuk menulis sesuatu hari ini. Agak lama tidak menyatakan pandangan, mungkin kerana terpaksa menahan diri dari melakukannya kerana ada tugas penting yang perlu diselesaikan tanpa memberi peluang kepada mana-mana pihak mentelaah secara negatif. Hari ini setelah semuanya selesai maka sementara duduk di rumah elok dituliskan sesuatu agar mampu memberi sedikit pencerahan.
Ramai melihat agenda melantik menteri besar di Selangor dan barisan Exco dengan kanta pandang dekat. Ramai mungkin yang mahu memberi pandangan walaupun dalam banyak masa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tepat untuk membuat komen. Maka wujudlah beberapa siri perbincangan panas antaranya Istana campurtangan dalam pemilihan Exco, politik kuno berpaksikan kaum, politik order lama yang tidak sensitif gender dan bermacam lagi.
Bila ada ura-ura kononnya istana atau lebih khusus lagi DYMM Sultan cuba memberi nasihat dan pandangan dalam pelantikan Exco maka terus sahaja kita membuat kesimpulan bahawa Tuanku mahu campurtangan dalam pentadbiran negeri, baginda seorang yang rasis dan hanya memihak kepada orang Melayu. Tidak sedikit yang menyatakan rasa marah dan tersinggung serta kesedihan mereka dengan berita tersebut. Ramai kita terlupa bahawa politik Pakatan Rakyat yang kita bawa adalah politik baru dengan semangat politik inklusif, yakni ruang bersuara dan memberi pandangan terbuka luas kepada semua pihak dan saya berpandangan ianya tidak terkecuali kepada pihak istana.
Lebih malang apabila timbul cerita bahawa pihak istana mahu formula 6:4 (Melayu: Bukan Melayu) digunapakai dan isu kaum terus dimainkan tanpa cuba melihat mungkin ada sudut lain yang lebih positif dan membina yang boleh dilihat. Bila kita lihat keputusan 15:15:14 PAS DAP dan PKR, ini bermakna keputusan tersebut telah melonjakkan kerusi PAS yang dahulunya hanya lapan kepada 15 kerusi. Sedar atau tidak dengan lonjakan tersebut telah sekaligus membenamkan tohmahan Umno-Najib bahawa PRU 3 adalah Tsunami Cina hingga membawa kepada keceluparan melampau apabila mereka mengatakan "Apa Lagi Cina Mahu". Kawasan majoriti Melayu di Sepang dan Sabak yang dimenangi oleh PAS telah memusnahkan ego Najib dan kuncu utamanya Md Zin.
Justeru, dengan memperolehi 15 kerusi amat wajar PAS diberikan penghargaan kerana bukan sahaja memang mereka telah melonjakkan kerusi Pakatan Rakyat hingga mendapat 3/4 majoriti di dalam Dewan, malahan telah menafikan jolokan Tsunami Cina yang cuba dimainkan oleh Umno. Ianya saya lihat telah menggagalkan usaha Umno untuk memalukan masyarakat Melayu di Selangor hingga boleh mewujudkan ketegangan kaum.
Saya berpendapat inilah yang cuba dibayangkan oleh Tuanku semasa membuat keputusan untuk tetap memberi pandangan kepada MB bahawa rayuan MB di saat akhir dengan tujuan memberi 4 kerusi Exco kepada DAP tidak boleh dirai. Namun, benar percakapan umum bahawa politik terbaca atas persepsi dan bukan dari niat sebenar. Maka persepsi menggambarkan Tuanku seperti anti-Cina dan hanya mementingkan politik orang Melayu.
Bagaimana pula hari ini? Setelah melihat pentadbiran PR Selangor dengan berani mencipta sejarah melantik YB Puan Hannah Yeoh sebagai Speaker lantas menjadi Wanita (Cina) pertama yang menduduki kerusi tersebut adakah persepsi di atas masih terpakai? Terbukti hari ini politik Selangor telah menjangkau ke hadapan - meninggalkan politik rasis dan gender ke belakang. Tidak terfikirkah kita bahawa DYMM Tuanku juga memainkan peranan besar di dalam sejarah yang kita cipta ini? Sejarah mampu dicipta di Selangor ekoran dari proses konsultasi, tawar menawar, tikaman lidah hingga mewujudkan kerjasama erat dan kebijaksanaan Menteri Besar, pemimpin Pakatan Rakyat hatta dari keperihatinan DYMM Tuanku sendiri.
Sebenarnya saya tidak hadir pada majlis angkat sumpah Exco yang penuh istidat dan bersejarah hari ini kerana khuatir kokokan batuk yang saya alami sejak PRU dahulu akan mengganggu keharmonian upacara. Meskipun saya dijemput sendiri oleh Dato Pengelola Istana tapi saya terpaksa menolaknya walau dengan hati yang berat. Biarlah acara gemilang berlangsung cemerlang tanpa ada bunyi atau suara sumbang-garau yang mencemar majlis. Cukup sekadar menyediakan teks sembah ucapan Dato Menteri Besar kepada Tuanku menjadikan saya seolah-olah berada di sana merai hari bahagia rakyat Selangor.
Memandangkan saya ada kelapangan berada di rumah, saya mengambil kesempatan membuat catatan ini dengan hasrat mahu mengimbangi keghairahan kita memberi pendapat dengan harapan dapat mengecapi politik ideal. Ghairah mengetengahkan harapan agar tiada campurtangan istana dalam pentadbiran negeri. Harapan agar politik tidak diukur dengan ras dan kaum. Harapan agar politik kita terkeluar dari kekangan gender. Saya akui semua harapan itu memang baik dan ideal; tidak keterlaluan jika saya katakana itulah suasana politik yang didambakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun pada saya, apa yang lebih penting ialah natijah dan hasil dari proses yang kita ambil dalam berpolitik. Maksud saya, apa yang kita lihat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. Pentadbiran Selangor membariskan barisan Exco yang mempunyai cukup representasi dari Melayu, Cina dan India. Selangor lengkap dengan reprentasi Wanita dalam Exco yakni sebanyak 40 peratus. elangor mencipta sejarah apabila buat julung-julung kalinya melantik seorang Speaker wanita berbangsa Cina dan timbalan speaker termuda di dalam sejarah politik negara. Pakatan Rakyat Selangor berjaya membariskan barisan Exco profesional pelbagai bidang dan jurusan; Peguam, doktor, arkitek, dentis hatta seorang ilmuan agama seperti Ustaz Solehin Muhyi.
Rakyat Selangor pula semuanya berbangga menjadi rakyat di negeri Selangor yang telah memilih pimpinan mereka yang pelbagai bidang. Cuma satu perkara yang ingin saya ketengahkan, di sebalik kegembiraan dan kebanggaan yang kita semua rasai ketika ini, harus diketahui juga ianya bukan datang dengan sendiri. Bukan juga dengan campurtangan mana-mana pihak. Ianya adalah hasil dari proses bertikam lidah, konsultasi, perbincangan serta tawar menawar yang dilakukan semua pihak; parti-parti politik, pegawai eksekutif di pejabat Menteri Besar dan pegawai di istana. Malah yang lebih besar lagi apabila DYMM Tuanku sendiri yang ada ketika pada siri menghasilkan barisan Exco dan speaker, telah sanggup mencemar duli. Pada saya, sejarah hari ini telah dicipta semua orang baik dari keturunan raja hinggalah pacal rakyat marhaen dan budak suruhan pejabat serta para bentara di istana.
Syabas rakyat Selangor dan tahniah kepada pimpinan yang dilantik menerajui pentadbiran negeri. Selamat menjalankan tugas - bekerja demi rakyat tanpa memihak kepada sesiapa dan tanpa rasa takut kepada manusia. Sesungguhnya rakyat hakim negara dan Allah pemilik sekalian alam. FAEKAH HUSIN setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.
Hamid Awaludin was Indonesian minister of law and human rights from 2004-2007 when Jusuf Kalla was vice president, and was Indonesian ambassador to Russia and Belarus from 2008-2011.
1.Anwar Ibrahim claims it was Jusuf Kalla who approached him whereas Jusuf Kalla said he was approached by Anwar. Which is true?
Hamid Awaludin:
I was present during Jusuf Kalla's discussions with both Anwar and Najib. It was Jusuf Kalla who accepted Anwar's request to mediate. He did not take the initiative and approach Anwar. Jusuf Kalla does not have any political and economic interests in Malaysia. He is busy with his affairs in Indonesia. So why would he take the initiative and approach Anwar? It isn't logical.
Jusuf Kalla considers both Anwar and Najib as good friends. He wanted to help because they were competing fiercely with one another. That is how he saw this.
2.Anwar claims there were several "preconditions" in the agreement eg. free elections, fair media, etc. Can you outline any preconditions?
Hamid Awaludin:
I am very sure that there were no preconditions discussed between Jusuf Kalla and Anwar. For me, a deal is a deal. And there was a deal that both parties – Anwar and Najib – agreed to.
Some people always try and find a loophole after the event, or an excuse not to deliver on their promise. Some people are different in character to others.
3.Anwar now claims PM Najib didn't sign the agreement and it was therefore not valid. Jusuf Kalla says the PM did give his verbal agreement and therefore the deal was agreed by both parties, and was valid. Is Anwar correct or is Jusuf Kalla?
Hamid Awaludin:
Anwar knew that Najib did not sign the agreement. Najib had very reasonable, political reasons for not signing the agreement and Anwar understood and accepted it.
But Najib gave his word that he would honour the agreement. He consented to the agreement. Basic morality teaches us that a man's word is more important than his signature. And deeds are more important than any declaration. Najib delivered on his promise. He called for national reconciliation during his election result acceptance speech. Najib's deeds matched his word.
4.On Election Day, do you feel that the agreement was still in place? Had anything happened before Election Day to invalidate the agreement?
Hamid Awaludin:
I am very sure that nothing jeopardized the agreement in the run up to the election or on Election Day. The agreement still stood. Things changed after Najib was declared the winner. Even the day after Najib's victory, I was personally optimistic that a deal is deal, and both sides would abide by the deal. But Anwar broke the deal. Perhaps he was unable to manage his followers, especially because the DAP had won more seats than Anwar's own party. Anwar found himself in a difficult position. But a leader must lead, not be led.
5.Do you and Jusuf Kalla feel Anwar broke the deal? If so, how?
Hamid Awaludin:
I feel that Anwar still does not accept political reality. Perhaps he has things he will not say because he doesn't want to hurt people. I don't know.
6.Do you feel Anwar was/is sincere in wanting national reconciliation in Malaysia?
Hamid Awaludin:
I believed that Anwar had sincerity and I still hope he has.
7.Why do you think Anwar is behaving in the manner in which he is – denying the agreement, refusing to cede defeat and organising protests across Malaysia?
Hamid Awaludin:
From the beginning, Anwar convinced himself that he would win the election. He had struggled for so long and he thought that this was the end of the struggle. He thought he would win the battle and defeat Barisan Nasional. His belief was strengthened by opinion polls that were often in his favour. And each rally Anwar held during the campaign attracted massive crowds. But in the end, the people's choice is the ultimate factor in a democracy.
Anwar believed he would win the election but he was afraid Najib would resist and not hand over power. So Anwar wanted insurance against this scenario. That is why he came up with the idea of the deal.
The government will set up a special committee comprising members of Parliament from Barisan Nasional and the opposition to oversee the Election Commission in order to allay concerns over the impartiality of the country's election management body
Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who announced this during his speech Saturday at the investiture ceremony in conjunction with the Yang Dipertuan's birthday celebration at Istana Negara, said the government would extend its full co-operation to the commission in order to further improve the credibility of elections in the country.
"With this move, it is hoped that the impartiality of the Election Commission is no longer questioned and that the confidence of the people towards the Commission can be strengthened," Najib was quoted as saying by Bernama.
Najib urged all quarters not to damage the trustworthiness of the commission by making all sorts of wild allegations that are driven merely by self-interest.
He said the commission was not a government agency or department but was a special body set up based in accordance with provisions under the Federal Constitution.
It has been widely reported that Datuk Seri Anwar Ibrahim reneged on a brokered, pre-election deal to accept the results of GE13. The agreement, between Anwar and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and brokered by Jusuf Kalla, Indonesia's former Vice President, required the loser to accept the results and work toward national reconciliation.
It was Anwar's idea. Anwar, of course, immediately claimed the results were fraudulent and began a series of illegal rallies and protests, claiming that the Government is illegitimate. Jusuf Kalla instead revealed the way Anwar broke his own deal. The Wall Street Journal was very clear.
Once news of the deal broke, Anwar deployed an evolving series of excuses for his violation of the agreement. Najib had said cruel things about him, Anwar said, and this was a condition of the agreement Najib violated. Najib committed fraud. Najib never signed the document.
And, he added, Kalla had reached out to him to enter the agreement in the first place. It was certainly never Anwar's idea. (That last is especially important inside of Pakatan Rakyat, as it has been reported that Anwar never bothered to share the fact of the deal with his coalition partners, leaving Lim Guan Eng in particular furious about finding out about it along with the rest of the country.) One by one, Anwar's excuses have been demolished.
Kalla made clear in an interview with The Wall Street Journal that it was indeed Anwar who had reached out to him, and added his displeasure at Anwar's violation of the clear terms of the deal. "On Monday (May 6), I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, 'No, no, no, no.' " Now, all of Anwar's excuses have been authoritatively demolished by the very man who broke the news of the deal in the first place.
It was reported some weeks ago that Hamid Awaludin, the former Indonesian minister of law and human rights, wrote a scathing editorial in Koran Tempo, the Indonesian newspaper, in which he first outlined the deal and Anwar's breach.
Hamid was a witness to all of the dealings related to the agreement, and he has personally and authoritatively rubbished each of Anwar's excuses.
"It was Jusuf Kalla who accepted Anwar's request to mediate. He (Jusuf) did not take the initiative and approach Anwar," Hamid has said in an interview, explaining that Anwar had "convinced himself that he would win the election" because of favourable polling and large ceramah turnout. Yet it gets worse for Anwar.
On the so-called preconditions that Najib allegedly violated: "I am very sure that there were no preconditions discussed between Jusuf Kalla and Anwar. For me, a deal is a deal. And there was a deal that both parties – Anwar and Najib – agreed to. Some people always try and find a loophole after the event, or an excuse not to deliver on their promise. Some people are different in character to others."
This had been, for a time, Anwar's first excuse. It is now clear that there were no preconditions. There was simply a straightforward agreement to accept the election results.
It does not end there. Anwar has of late alleged that Najib refused to sign the deal, so there was no deal on which Anwar could be said to have reneged. (This of course contradicts his earlier assertion that there was a deal, but Najib violated it. Anwar has never been overly attached to consistency.) Hamid here is brutal. "Anwar knew that Najib did not sign the agreement. Najib had very reasonable political reasons for not signing the agreement and Anwar understood and accepted it.
"But Najib gave his word that he would honour the agreement. He consented to the agreement. Basic morality teaches us that a man's word is more important than his signature. And deeds are more important than any declaration. Najib delivered on his promise. He called for national reconciliation during his election result acceptance speech. Najib's deeds matched his word."
In other words, Anwar accepted Najib's word in place of his signature – and only fell back on this excuse when his own poor election planning failed to yield him Putrajaya. Hamid offers some consoling thoughts about Anwar's sincerity and belief in national reconciliation, but the overall thrust is clear:
Anwar is a man not of his word, but of expedience and a determination to have power. When he thought he would win, he was willing to agree to accept the election results. As soon as he lost, his word was without value.
Malaysia dodged a disaster by avoiding putting this man in Putrajaya. Hamid deserves the rakyat's thanks.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di negara penegak DEMOKRASI seperti Australia, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah pendemo akan di kepung dengan kawad dawai berduri, dipukul dengan kayu cota dan ditembak dengan peluru getah. Di Thailand pula pendemo akan ditembak dengan peluru hidup dan tempat tersebut akan dikenakan "curfew" selama beberapa hari.
Ingatlah Hadis Sahih Bukhari, "Allah akan takdirkan naiknya pemimpin yg zalim bila penduduk negeri tersebut zalim". Oleh itu jangan menzalimi diri kerana memfitnahKerajaan Malaysia zalim. Tiada dalil dan nas yang menghalalkan meruntuhkan Kerajaan Islam!
Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini
I tend to agreed with Nile Bowie, that the Malaysian government is still taking the SOFT APPROACH when dealing with dissidents and rowdy crowd that want to topple the government-
"Whether we'd like to admit it or not, the authorities have been extremely soft ...on public gatherings, candlelight vigils, and opposition rallies held after the May 5 election. Rallies were met with no resistance; few if any security personnel were in attendance, and attendees were not infringed upon or prevented from exercising their freedom of expression.
As far as I am aware, the police did not exercise force upon any rally-goer, nor did authorities block access to print or digital media that is favourable to the opposition prior to the recent arrests of Adli and others.
By international standards, the response of the state has been extremely liberal. In countries such as Australia, the United States, and within the European Union, public displays of dissent are more often than not met with police batons and 'less-lethal' munitions such as rubber bullets. (Malaysia does not use the latter.)
In the regional context, the crowd dispersal protocols in neighbouring countries are significantly more heavy-handed than practices in Malaysia. When Thailand faced significant political unrest in 2010 over challenges to the rule of former PM Abhisit Vejjajiva, the government authorised the use of live ammunition and ordered curfews for several days; popular areas of Bangkok looked like war-zones, the domestic economy nearly ground to a halt, and handfuls of civilian causalitieswere incurred " Read more https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/05/29/liberty-sedition-and-jailed-dissidents/
Wacana Tasawwuf/Pemikiran Ibnu Arabi bersama Al Fadhil Sheikh Rohimuddin Al Bantani - Diskusi Buku " Kitab Tajalliyyat" karangan Syeikhul Akbar Muhyiddin Ibnu Arabi .
*5 Jun ( Rabu ) *Jam 9.00-11.00 malam *Bilik Seminar Masjid UKM Bangi
Dato Seri Najib baru masuk kerja jadi Perdana Menteri tapi Penasihat-Penasihat dan Konsultan-Konsultan sudah mula mendabik dada mengatakan Najib akan membina legasi.
Kira hebat untuk buat buku pada tahun pertama sebagai Perdana Menteri kerana 10 tahun pertama Dr Mahathir, tiada buku ditulis untuknya.
Tentu sekali Penasihat-Penasihat dan Konsultan-Konsultan sudah memikirkan gelaran bapa yang sesuai untuk Najib.
Tunku Abdul Rahman ------ Bapa Kemerdekaan
Tun Abdul Razak ----------- Bapa Pembangunan
Tun Hussein Onn ----------- Bapa Perpaduan
Tun Dr.Mahathir Mohamad ---------- Bapa Pemodenan
Tun Abdullah Ahmad Badawi -------- Bapa Demokrasi
Dato Najib Tun Abdul Razak -------- Bapa Sekolah Cina sesuai tak?
Selepas Nurul Izzah dihalang daripada memasuki Sabah, pelbagai pihak terutama parti pembangkang dengan lantang telah menghina sistem perundangan negeri di bawah bayu itu.
Cemuhan terbaru datangnya daripada Penerangan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor mendakwa insiden terhadap Nurul Izzah itu menunjukkan ada dendam yang tersimpan dalam lubuk hati pemimpin negeri itu sehingga pemimpin Pakatan Rakyat yang disenarai hitamkan tidak dibenarkan masuk ke Sabah.
Selain pihak pembangkang, Datuk Bung Mokhtar Radin orang Umno sendiri juga turut mengkritik. "Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu di perbetulkan," kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.
Nurul Izzah menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai "penahanan anti demokratik", Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman enggan mengulas mengenai halangan masuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ke negeri Borneo itu semalam.
Taipingmali percaya bahawa tindakan yang dibuat oleh kerajaan Sabah adalah tepat dan betul. Nurul ke Sabah kerana mempunyai agenda yang besar dan rahsia.
Sebelum ia menjadi barah kepada kesejahteraan penduduk dan keamanan di Sabah lebih baik kerajaan menyekat kemasukan Nurul. Bahkan bukan sahaja beliau seorang, ramai lagi pemimpin pembangkang patut dihalang daripada memijak bumi Sabah.
Tindakan Sabah tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa, itu hak mereka dan Nurul sepatutnya menghormati keputusan yang dibuat oleh kerajaan Sabah. Sekatan tidak akan dibuat sewenang-wenangnya. Sudah tentu pihak keselamatan Sabah sudah dapat menghidu atau mempunyai maklumat mengenai tujuan dan motif sebenar Nurul ke sana.
Satu soalan kepada Nurul Izzah, Jika seseorang yang suka membuat onar. mencerca dan menjadi musuh Nurul Izzah tiba-tiba satu hari orang tersebut ingin datang dan menumpang di rumah beliau, adakah Nurul akan memberi izin?
Hamid Awaludin was Indonesian minister of law and human rights from 2004-2007 when Jusuf Kalla was vice president, and was Indonesian ambassador to Russia and Belarus from 2008-2011.
1. Anwar Ibrahim claims it was Jusuf Kalla who approached him whereas Jusuf Kalla said he was approached by Anwar. Which is true?
Hamid Awaludin:
I was present during Jusuf Kalla's discussions with both Anwar and Najib. It was Jusuf Kalla who accepted Anwar's request to mediate. He did not take the initiative and approach Anwar. Jusuf Kalla does not have any political and economic interests in Malaysia. He is busy with his affairs in Indonesia. So why would he take the initiative and approach Anwar? It isn't logical.
Jusuf Kalla considers both Anwar and Najib as good friends. He wanted to help because they were competing fiercely with one another. That is how he saw this.
2. Anwar claims there were several "preconditions" in the agreement eg. free elections, fair media, etc. Can you outline any preconditions?
Hamid Awaludin:
I am very sure that there were no preconditions discussed between Jusuf Kalla and Anwar. For me, a deal is a deal. And there was a deal that both parties – Anwar and Najib – agreed to.
Some people always try and find a loophole after the event, or an excuse not to deliver on their promise. Some people are different in character to others.
3. Anwar now claims PM Najib didn't sign the agreement and it was therefore not valid. Jusuf Kalla says the PM did give his verbal agreement and therefore the deal was agreed by both parties, and was valid. Is Anwar correct or is Jusuf Kalla?
Hamid Awaludin:
Anwar knew that Najib did not sign the agreement. Najib had very reasonable, political reasons for not signing the agreement and Anwar understood and accepted it.
But Najib gave his word that he would honour the agreement. He consented to the agreement. Basic morality teaches us that a man's word is more important than his signature. And deeds are more important than any declaration. Najib delivered on his promise. He called for national reconciliation during his election result acceptance speech. Najib's deeds matched his word.
4. On Election Day, do you feel that the agreement was still in place? Had anything happened before Election Day to invalidate the agreement?
Hamid Awaludin:
I am very sure that nothing jeopardized the agreement in the run up to the election or on Election Day. The agreement still stood. Things changed after Najib was declared the winner. Even the day after Najib's victory, I was personally optimistic that a deal is deal, and both sides would abide by the deal. But Anwar broke the deal. Perhaps he was unable to manage his followers, especially because the DAP had won more seats than Anwar's own party. Anwar found himself in a difficult position. But a leader must lead, not be led.
5. Do you and Jusuf Kalla feel Anwar broke the deal? If so, how?
Hamid Awaludin:
I feel that Anwar still does not accept political reality. Perhaps he has things he will not say because he doesn't want to hurt people. I don't know.
6. Do you feel Anwar was/is sincere in wanting national reconciliation in Malaysia?
Hamid Awaludin:
I believed that Anwar had sincerity and I still hope he has.
7. Why do you think Anwar is behaving in the manner in which he is – denying the agreement, refusing to cede defeat and organising protests across Malaysia?
Hamid Awaludin:
From the beginning, Anwar convinced himself that he would win the election. He had struggled for so long and he thought that this was the end of the struggle. He thought he would win the battle and defeat Barisan Nasional. His belief was strengthened by opinion polls that were often in his favour. And each rally Anwar held during the campaign attracted massive crowds. But in the end, the people's choice is the ultimate factor in a democracy.
Anwar believed he would win the election but he was afraid Najib would resist and not hand over power. So Anwar wanted insurance against this scenario. That is why he came up with the idea of the deal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KUALA LUMPUR 31 Mei – UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berdasarkan kepada peningkatan bilangan kerusi yang dimenangi berbanding pilihan raya umum yang lalu.
Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi.
"UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat dalam pilihan raya umum ke-13. Prestasi UMNO bertambah jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini iaitu bilangan kerusi meningkat daripada 79 kepada 88.
"Jika kita bandingkan dengan pembangkang mereka mempunyai keseluruhannya 89 bererti bahawa UMNO sebagai parti tunggal boleh menyamai parti-parti pembangkang yang terdiri daripada tiga buah parti.
"Kita juga ambil kira bahawa kejayaan kita untuk menang di dua buah negeri yang dulu kita kalah iaitu Kedah dan Perak. Dan undi yang diperolehi UMNO juga bertambah lebih kurang 30 peratus peningkatan berbanding PRU lalu walapun sukar bagi kita untuk menentukan secara tepat sebab kebanyakan kawasan itu bercampur," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya memberitahu UMNO perlu terus berjuang dan melakukan usaha-usaha ke arah pemantapan dan kekuatan parti terbabit.
"Sehubungan ini Majlis Tertinggi telah menerima cadangan daripada jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana kita perlu mewujudkan, mengkaji semula pentadbiran ibu pejabat dan seterusnya mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa yang melibatkan bidang-bidang seperti penyelidikan dan latihan, media sosial, penerangan dan sebagainya.
"Kita akan susun semula sesuai dengan keperluan kita untuk mewujudkan tenaga profesional, tenaga sepenuh masa dan tenaga yang dedikasi untuk tugas-tugas yang perlu diberi tumpuan supaya mesej UMNO dan segala keputusan dan pengarahan Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan lebih berkesan lagi," katanya.
Beliau turut memberitahu, sebanyak 99 kes aduan sabotaj parti telah diterima oleh Sekretariat Lembaga Disiplin yang berlaku sepanjang berlangsungnya PRU ke-13 yang lalu selain 192 ahli UMNO bertanding sebagai calon bebas dan sertai parti pembangkang.
AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 23 Mei 2013 memaparkan tulisan Loh Han Chew melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan meneruskan perjuangan agresif kaum Cina.
Pilihan raya umum (PRU) kali ini terzahir keadaan yang membanggakan. Masyarakat Cina akhirnya melihat diri mereka sebagai bukan kaum yang dikatakan dingin terhadap politik.
Dahulu ada yang kata orang Cina hanya pandai cari duit, tidak berminat, dingin terhadap politik dan dingin membuang undi di musim pilihan raya. Tetapi daripada keputusan PRU kali ini, rupa-rupanya sebelum ini orang Cina rasa kecewa terhadap politik, keadaan struktur politik sedia ada serta garis sempadan kawasan yang tidak seimbang.
Orang Cina menganggap kalah terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan, sebab itu mereka tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap PRU kerana tidak kira macam mana PRU dilaksanakan, kemenangan tetap akan memihak kepada parti pemerintah. Tiket undi yang ada di tangan tiada kesan, sebab itu tidak ramai orang Cina yang turun mengundi, malah ada yang tidak mendaftar sebagai pengundi.
Sebaliknya, PRU kali ini orang Cina secara agresif turun mengundi, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini. Ramai pengundi yang berusia 20-an sehingga usia 60 dan 70 tahun turun mengundi. Sikap mereka berbeza dengan dahulu. Kini mereka bertukar menjadi "tidak boleh kurang walaupun satu undi dari saya". Diharap orang Cina terus mengekalkan sikap agresif sedemikian pada masa akan datang.
Perlu diingat, kawasan sempadan di kerusi Parlimen pembangkang ditambah dengan bilangan orang Melayu yang banyak, kesedaran mereka terhadap politik tidak kurang hebatnya daripada kaum Cina. Pendidikan mereka, bahasa mereka dan kesedaran mereka begitu terbuka, ilmu pengetahuan tentang politik orang Melayu ini telah ditarik dan dipengaruhi oleh sebahagian daripada orang Cina. Ini bermakna orang Cina boleh gabungkan kekuatan politik bersama mereka, sebab itu orang Cina jangan lagi memperkecilkan dan memandang rendah terhadap kekuatan satu tiket undi yang ada di tangan.
Fenomena baharu yang berlaku termasuk rakyat kita dari luar negara secara agresif kembali membuang undi, sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Ada yang sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk kembali ke tanah air melalui kapal terbang sementara pekerja di Singapura mengambil cuti dua hari lebih awal kembali ke kampung halaman untuk membuang undi. Semua ini menunjukkan mereka sudah ada kesedaran "tidak boleh kurang walaupun satu tiket undi dari saya".
Orang yang dari luar negara ini, termasuk yang balik dari Singapura, ramai daripada mereka adalah orang Cina. Menampakkan orang Cina tidak kira mereka tinggal di mana sahaja, walaupun sejauh beribu batu mereka langsung tidak gentar, setiap saat mereka ingat negara kesayangan mereka ini, jiwa mereka di Malaysia. Orang yang menggelarkan orang Cina pendatang, orang yang mahu orang Cina balik ke China, apa pula anda hendak katakan?
Satu lagi fenomena yang berlaku iaitu dalam pertubuhan-pertubuhan Cina termasuk bidang seni dan bidang profesional, mereka telah secara terbuka mengumumkan mereka sokong dwikuasa, menyeru orang ramai memperkukuhkan dwikuasa.
Yang tidak disangka-sangka, ahli-ahli korporat, ahli-ahli sains juga secara terbuka mengemukakan pandangan politik mereka. Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif Supermax Corporation Berhad, Tay Kim Soon juga, walaupun saham syarikat itu jatuh, beliau tetap tidak berganjak terus menyokong penuh dan berkempen untuk pakatan pembangkang.
Ada sesetengah ahli korporat walaupun tidak berani berterus terang ikut cara beliau tetapi mereka juga menguatkan semangat memberi sokongan. Selain itu, ahli korporat Taiwan, Pua kian Seng, kembali semula ke tanah air melabur, juga memberi sokongan.
Dalam perbualan antara gabungan Tay dan Pua, kedua-dua mereka ini ada tujuan yang sama, mereka berdiri semata-mata untuk bangsa dan negara ini. Walaupun besar kemungkinan industri dan pelaburan mereka akan terjejas dan rugi, mereka lebih pentingkan bangsa dan negara diletakkan di hadapan. Mereka sudah tidak mahu berkira apa-apa, di dalam jiwa mereka semata-mata mahu berjuang untuk bangsa dan negara, mereka tidak hiraukan kepentingan diri sendiri, menyebabkan orang lain rasa kagum.
Orang yang kembali melabur di tanah air, mereka ini juga ada yang berusia 30-an, pertama kali mengundi. Mereka juga sayangkan tanah air, mereka mengundi kerana sayangkan negara ini dan rakyat di negara ini.
Kami percaya ramai dalam kalangan orang Cina rasa kecewa terhadap keputusan PRU tetapi kita kena ingat kota Rom bukan disiapkan dalam masa satu hari dan orang Melayu golongan pertengahan juga telah memberi sokongan kepada pakatan pembangkang, sebab itu pakatan peroleh kemenangan lebih daripada separuh tiket undi. Kini, dwikuasa telahpun terbentuk, orang Cina perlu terus kekalkan sikap sebegini, mengambil bahagian secara agresif setiap sesi PRU yang diadakan, pasti kita akan menemui masa depan yang indah.
Yang mendapat lebih separuh undi di luar kerajaan, yang memperoleh tidak sampai separuh pula memerintah, bukankah kerana masalah sistem PRU yang melucukan? Sedangkan Amerika Syarikat kata, sistem PRU di negara kita boleh dipercayai. Bukankah semua orang telah membuat kita penat sahaja?
TANPA WAKIL 'BAHASA MANDARIN' DALAM KERAJAAN
AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 21 Mei 2013 pula memaparkan tulisan Liew Ewi Yeik juga dalam ruangan Pendapat Yua Lun berkaitan politik Cina pasca PRU-13 yang penuh penantian.
Arahan MCA tidak masuk ke dalam Kabinet boleh tunggu berapa lama lagi? Jika arahan drastik itu dapat dimansuhkan, apabila wakil-wakil rakyat MCA masuk dalam kerajaan, jawatan menteri dan timbalan menteri telah pun penuh diisi oleh orang lain.
Jawatan yang ada hanya sedikit iaitu seperti menjaga perihal pengangkutan, menguruskan kereta api, kapal laut dan kapal terbang dengan jawatan Menteri Pengangkutan.
Ada pengkritik politik asyik meramalkan MCA akhirnya akan masuk juga ke dalam Kabinet, ada pula pengkritik melabelkan MCA tidak masuk ke dalam Kabinet, itu satu tindakan yang bodoh seperti suka merajuk.
Memang benar, pada waktu membuat keputusan tidak mahu masuk ke dalam Kabinet diluluskan, penulis sangat kagum. Adakah MCA tidak terfikir kejadian itu akan benar-benar berlaku? Ataupun mereka sudah tidak kisah lagi jika ia benar-benar berlaku?
Kehilangan pengundi Cina lebih awal diramalkan, itu adalah kenyataan, pengundi Melayu MCA juga telah merosot menyebabkan mereka tewas teruk dan hari ini, MCA tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan. Sebelum ini MCA pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ahli-ahlinya jangan angkat kaki, tindakan negatif daripada masyarakat Cina terhadap MCA umpama satu balasan kepada mereka.
Mungkin ada sesetengah orang berkata, walaupun MCA tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, tiada kaitan dengan mereka. Tetapi jika difikirkan lebih mendalam, barisan Kabinet yang ada sekarang ini, siapa pula sasaran hentaman Dong Zong? Siapa pula orang kenamaan Tan Sri atau Datuk yang akan hadir untuk merasmikan upacara dan aktiviti besar ataupun kecil? Bangunan sekolah-sekolah SJKC yang separuh siap dibina, siapa pula yang akan memantau sehingga siap?
Dua orang Cina yang duduk dalam Kabinet langsung tidak tahu berbahasa Mandarin, tidak boleh dianggap sebagai pemimpin kaum Cina untuk mewakili orang Cina. Ini bermakna biarkan orang Cina sendiri rasakan bagaimana pahitnya jika tiada wakil duduk di dalam kerajaan.
Apa yang dapat dirasai, sama ada wawasan besar ataupun kecil masyarakat Cina di negara ini, kini seperti masih dalam peringkat peralihan. Semua itu akan diputuskan dalam enam bulan lagi selepas berlakunya pemilihan pucuk kepimpinan parti, barulah ia dapat dirungkai.
Melalui pertempuran, keputusan serta perkembangan PRU 505, politik negara kita akan lebih condong ke sayap kanan, itu adalah realitinya. Ranjau perjalanan politik negara kita masih perlu diteruskan. Dua tahun dahulu, kita semua ternanti-nanti tarikh PRU. Selepas PRU, kita ternanti-nanti pemilihan pucuk kepimpinan parti pula. Dalam perjalanan politik negara kita, pola politik kaum Cina akan terus ternanti-nanti.
Pemilihan Umno (15 Julai hingga 31 Ogos untuk mesyuarat cawangan diikuti mesyuarat perwakilan bahagian) Guna Pakai Perlembagaan Baharu Parti - Najib
KUALA LUMPUR: Pemilihan Umno akan di laksanakan tahun ini dengan mengguna pakai perlembagaan baharu parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 ahli di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.
Pemilihan itu akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini Jumaat.
Beliau berkata satu pasukan khas diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baharu berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009.
"Perlembagaan parti yang baharu ini lebih mencabar dan lebih kompleks kerana sejajar dengan pembaharuan dan reform yang telah kita mulakan tiga tahun dulu tapi belum kita kuat kuasakan pemilihan menggunakan perlembagaan yang baharu.
"Dari segi pemilihan Majlis Tertinggi, hampir 150,000 orang akan terlibat dalam menentukan pucuk pimpinan parti daripada presiden sampai kepada Majlis Tertinggi. Ini tidak termasuk 100,000 orang daripada setiap sayap Wanita, Pemuda dan Puteri," jelas Najib.
"Walaupun tanggung jawab tidak sama dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)tapi ia jauh lebih besar daripada apa yang telah kita lalui sebelum ini," kata Najib.
Beliau berkata proses pemilihan baharu itu akan dijalankan secara serentak di 191 bahagian di seluruh negara dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Mengenai kaedah pelaksanaan pemilihan itu, Najib berkata: "Cara mana nak buat angkat tangan, biometrik, dakwat kekal dan macam-macam lagi, perkara masih diperincikan lagi."
Dalam pada itu, beliau berkata mesyuarat cawangan akan hanya bermula selepas proses penerangan di peringkat negeri selesai di laksanakan pasukan khas yang turut disertai Setiausaha Agung, Setiausaha Kerja dan beberapa anggota parti.
"Tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan ialah 15 Julai. Jadi kita tetapkan 15 Julai hingga 31 Ogos untuk mesyuarat cawangan diikuti mesyuarat perwakilan bahagian dan perhimpunan agung.
"Kedua-dua tarikh itu akan diumumkan selepas kita dapatkan maklum balas dari pasukan yang turun padang. Dan kita akan tengok dari segi kefahaman dan keperluan logistik untuk kendalikan pemilihan yang melibatkan jumlah begitu besar yang belum pernah kita lakukan sebelum ini," kata Najib. - BERNAMA
Pasaraya The Store Kuala Kangsar telah meletakkan Gardenia dan cucur Adabi di bahagian minuman arak dan makanan tin babi. manakala Massimo pula diletakkan di tempat yang sebetulnya sebagai satu sanjungan terhadap produk Robert Kuok. Ini jelas sikap The Store DAP yang menunjukkan secara terang sifat sebagai satu simbol hinaan dan anti-melayu secara halus.Pasaraya The Store dan Pacific Hypermarket adalah dari syarikat yang sama.
untuk melihat produk adabi sila henti di minit: 1.47
Antara produk dari syarikat Massimo Robert Kuok yang lain adalah: 1.Seri Murni Minyak Masak DAP 2.Neptune Minyak Masak DAP 3.Krystal Minyak Masak DAP 4.Marina Sardin DAP 5.Marina Peas DAP 6.Marina Baked Beans DAP 7.Marina Tuna DAP 8.Marina Tempura DAP 9.Marina Chicken Fries DAP 10.Marina Beef Balls DAP 11.Marina Hot Dog DAP 12.Shamu Nata decoco DAP 13.Shamu Drinks DAP 14.Cap Sauh Tepung Gandum DAP 15.Roti Massimo DAP-click>
Demo orang kurang cerdik, kalau buat demo selepas solat Jumaat, pasti anak-anak cina Dap tak joint sebab depa tak tahan panas. POLIS UNTUK RAKYAT? Pas sudah ada polis sendiri baaa! Jabatan Amal Pas so apa susah mahu PDRM?
PDRM sudah lama berkhidmat untuk menjaga keamanan negara. kalau tak ada polis hari-hari orang Pas kena katuk sampai mampuih oleh orang Umno.
Dan kalau tak ada polis juga hangpa yang dok berdemo tu dah lenyap jadi bangkai. Ada faham?
PUTRAJAYA: Kira-kira hanya 20 pelajar yang menyertai perhimpunan di luar Kementerian Dalam Negeri hari ini bagi menuntut supaya menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan. Ini berikutan rasa tidak puas hati mereka berhubung beberapa siri tangkapan ke atas aktivis pelajar dan juga pemimpin pembangkang.
Sambil berhimpun, pelajar berkenaan membawa sepanduk yang tertera "Polis untuk rakyat", "Pulihkan imej polis" dan "Ahmad Zahid letak jawatan".
Mereka juga menuntut Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana didakwa gagal bertindak secara profesional.
Antara yang hadir selepas solat Jumaat tadi adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang yang baru dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 setelah dituduh mengeluarkan kenyatan berbaur hasutan.
Safwan yang ditangkap 28 Mei lalu mendakwa Zahid menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN).
"Tujuan memorandum hari ini diserahkan oleh kami adalah untuk menuntut Datuk Zahid Hamidi meletakkan jawatan kerana terdapat tuduhan-tuduhan bersifat politik.
"Kenapa tuduhan ini dibuat secara berpilih-pilih? Orang yang tertentu sahaja yang terlibat di bawah tuduhan menghasut. Ini telah menjejaskan imej KDN," katanya.
Selain Safwan, empat orang aktivis lain iaitu Haris Ibrahim (NGO - Asal Bukan Umno), Naib Presiden PKR, Tian Chua dan pemimpin PAS Tamrin Ghaffar turut ditangkap atas tuduhan yang sama.
"Kami rasakan Datuk Zahid telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan PDRM untuk turut bersekongkol membuat tangkapan dan tuduhan terpilih.
"Zahid menggunakan jentera kerajaan untuk motif politik," katanya kepada wartawan selepas sesi serah memorandum yang diterima oleh Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Abdul Hafiz.
Beliau seterusnya menempelak Zahid kerana didakwanya tidak menjalankan tugas memerangi jenayah dalam negara.
"Zahid sepatutnya memerangi jenayah bukan membuat tuduhan dan mengarahkan PDRM untuk membuat tangkapan," katanya.
"Kalau betul nak perangi jenayah, perangi betul-betul, selesaikan masalah pengganas isu jenayah. Tapi kenapa dibuat lagi tuduhan-tuduhan politik dan tangkapan seperti yang dikenakan terhadap kami," tambahnya.
Adakah telah mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Perak?
Sekolah Tahfiz Ustaz Zaki No 4961 Lorong 10 Jalan Raya Kg Pinang 34600 Kamunting Taiping Perak
Menjadi tanda tanya kepada penduduk Kg Pinang kalau tempat ini Sekolah Tahfiz mana tenaga pengajar nya ? sedangkan tidak berapa jauh dari tempat ini sudah ada Sekolah Agama Rakyat Nurussakinah di bangunan Surau yang sedang beroperasi sekarang.
Selalu juga tempat ini mengadakan Solat waktu berjemaah adakah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Daerah kerana seperti yang diketahui jarak Surau sedia ada tidak sampai 800 meter dengan tempat ini begitu juga dengan jarak Masjid Maimun dengan tempat ini tidak sampai 900 meter.
Yang lebih mengecewakan penduduk pada sebelum Pru 13 tempat ini juga seringkali digunakan untuk Ceramah Politik untuk menutup mata masyarakat dijadikan tanah kosong bersebelahan sebagai Markas sementara tetapi segala operasi Politik dilakukan didalam tempat ini.
Pertanyaan dari penduduk setempat apakah pihak berkuasa di daerah Larut Matang dan Selama tidak tahu apa yang sedang berlaku ditempat ini atau sengaja buat-buat tak tahu kerana difahamkan seperti Jabatan Agama Islam Daerah Lms kaki tangan nya 100 % adalah ahli Pas tetapi bagaimana pula dengan Jabatan-Jabatan lain seperti Pejabat Tanah Taiping, Majlis Perbandaran Taiping,Adun Kamunting, Penghulu difahamkan juga kebanyakan Penghulu di daerah Lms adalah penyokong kuat Pas dan bagaimana dengan Ketua Kampong dan Jkkk masih semua nya lena lagi ?.
Bercakap tentang Penghulu admin dalam masa terdekat akan membongkar kisah seorang penghulu semasa berkerja tapi hadir majlis ceramah Pas semasa sebelum Pru 13 sama-sama kita tunggu, Walau apa pun laporan yang admin sediakan ini dapat kira nya menjadi perhatian pada pihak yang berwajib untuk bertindak. Ingatan buat semua orang Melayu telah berpecah berpunca dari kebodohan Melayu berpolitik jangan pula ada pihak yang cuba memecah belahkan lagi Penduduk di kampung Pinang ini.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dengan izin Allah SWT dan berkat doa seluruh rakyat jelata negeri Selangor, Beta pada hari ini adakan Istiadat melantik Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), setelah mendapat mandat daripada rakyat selepas mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
Sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan, rakyat telah memilih Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan mentadbir negeri ini dengan penuh harapan untuk mendapat dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa. Beta percaya parti yang berjaya memerintah telah dapat meyakinkan rakyat semasa PRU-13 dengan manifesto mereka.
Oleh itu bagi mengekalkan kesejahteraan rakyat dan keharmonian rakyat, Beta berkenan parti yang dipilih oleh rakyat Selangor hendaklah memastikan bahawa manifesto yang merupakan janji yang telah dilaungkan semasa tempoh berkempen yang lalu, dan hendaklah ditunaikan tanpa berlengah dan dilaksanakan dengan adil dan saksama, berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Manifesto-manifesto yang telah dibuat oleh sesebuah parti itu adalah satu perjanjian parti tersebut dengan rakyat apabila mereka memerintah ia akan dilaksanakan. Oleh itu amatlah penting ia ditunaikan dan janganlah melupakan rakyat yang menaruh penuh harapan untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana rakyat hidup dengan penuh harmoni. Ahli-ahli Yang Berhormat perlulah menyedari bahawa tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) adalah merupakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat negeri ini dan ia perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Rakyat sekarang bijak dan pandai menilai serta mengetahui akan kehendak dan keperluan mereka. Dibantu pula dengan media massa yang bebas dan media-media elektronik yang canggih, rakyat dapat menerima maklumat dengan cepat untuk dinilai oleh mereka.
Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik ini hendaklah lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan tidak sama sekali cuba untuk mengelirukan rakyat negeri ini.
Peranan utama Menteri Besar dan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah untuk membangunkan program yang memberi impak sebenar kepada Selangor ke arah mencapai kemajuan dan kemakmuran. Setiap tanggungjawab yang bakal dipikul, hendaklah dikendalikan secara intelektual dan bukan secara emosi dengan mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri berbanding kepentingan diri atau parti masing-masing. Beta menyeru agar keutamaan diberikan ke arah mencapai kemajuan kepada negeri ini di samping memastikan kehidupan rakyat yang berbilang kaum hidup dengan selesa, aman, damai dan harmoni sehingga ke generasi akan datang.
Apabila menjalankan tugas, Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah berpandukan kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan dan janganlah sekali-kali melanggar undang-undang ini serta membuat sesuatu dengan mengikut kehendak hati semata-mata.
Jalankanlah tugas dengan penuh jujur, amanah, ikhlas, telus serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat dan Selangor yang dikasihi ini. Jauhkan diri dari rasuah yang mana gejala rasuah ini jika diamalkan akan menjatuhkan maruah dan imej seseorang itu, dan juga boleh merosakkan Selangor ini. Rakyat juga amat benci dengan pemimpin yang terlibat di dalam gejala rasuah.
Beta percaya rakyat yang berbilang kaum dan agama di Selangor ini mahukan keamanan dan keharmonian. Oleh itu Ahli-ahli Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat hendaklah memahami kehendak dan keperluan mereka ini dengan sentiasa menitikberatkan perpaduan berteraskan konsep muhibbah antara kaum.
Janganlah dilupakan rakyat yang memilih Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa berdamping dengan mereka untuk mengetahui kehendak dan keperluan mereka dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Janganlah apabila memerlukan undi, Ahli-ahli Yang Berhormat menjanjikan bulan dan bintang serta sanggup melawat mereka hingga ke dapur rumah mereka; tetapi apabila telah mendapat undi dan kemenangan, kelibat Ahli-ahli Yang Berhormat sekelian pun tidak kelihatan.
Beta juga menyeru dan menyarankan bahawa memandangkan tempoh berkempen pilihan raya telah pun tamat, ahli-ahli politik dari parti-parti politik yang bertanding perlulah berbaik-baik semula dan bekerjasama serta tumpukan tenaga untuk membina kemakmuran Selangor yang dikasihi bersama-sama untuk generasi akan datang.
Di kesempatan ini, Beta mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya. Beta juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak polis dan juga tentera yang telah dapat mengawal dan menjaga serta mengekalkan keamanan semasa PRU-13 yang telah berjalan dengan selamatnya.
Tidak lupa juga Beta mengucapkan syabas kepada agensi-agensi lain yang turut menyumbang tenaga membantu kelancaran proses pilihan raya ini seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), RELA, Pertahanan Awam dan Jabatan Kesihatan yang bersiap sedia untuk menghadapi perkara-perkara yang tidak diingini, jika berlaku.
Beta mengakhiri titah ucapan Beta ini dengan berdoa ke hadrat Allah SWT semoga dikurniakan rahmat ke atas negeri Selangor yang dikasihi ini supaya dijauhi dari malapetaka, bala bencana agar rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup dalam harmoni dan Selangor yang dikasihi ini akan terus maju.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar menunjukkan isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada umum bagi membuktikan beliau tidak berbohong dan tidak pernah memanipulasi surat bertarikh 17 April 2013 itu.
Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sekiranya cabarannya tidak disahut, itu membuktikan Guan Eng berdusta dalam isu surat tersebut semata-mata mahu meraih simpati rakyat.
Ujarnya, beliau sendiri membaca surat ROS kepada DAP itu dan di dalam surat berkenaan, langsung tidak dinyatakan pihak ROS mahu membatalkan pendaftaran DAP serta melarang penggunaan logonya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
''Sebaliknya ROS hanya meminta DAP membuat pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan pada 15 Disember 2012 lalu. Itu sahaja.
''Ini yang menghairankan saya apabila tiba-tiba muncul isu pembatalan pendaftaran DAP dan juga larangan menggunakan logo DAP pada PRU-13. Kedua-dua isu ini langsung tidak disebut di dalam surat berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tuan Tat berkata, apa yang dilakukan oleh Guan Eng dan konco-konconya itu merupakan taktik kotor demi survival politik mereka di dalam DAP.
Selain mahu mendapatkan simpati rakyat, beliau berkata, tujuan Guan Eng memanipulasi isi kandung surat itu adalah untuk memudahkan 'tugasnya' meletakkan segala kesalahan kepada ROS dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
''Mereka mahu rakyat melihat ROS dan BN yang bersalah sedangkan dalam isu ini jelas DAP yang bersalah kerana gagal menyatakan kebenaran surat yang telah dihantar oleh ROS itu kepada masyarakat umum," ujarnya.
Hakikatnya, Tuan Tat berkata, Guan Eng takut untuk melakukan pemilihan semula CEC kerana terdapat 753 perwakilan DAP yang dinafikan haknya untuk memilih barisan kepemimpinan utama parti pada pemilihan parti Disember lalu.
''Seperti yang saya katakan sebelum ini jika 753 perwakilan ini dibenarkan hadir dan melakukan pemilihan, kemungkinan Guan Eng akan berada ke bawah di antara calon yang bertanding. Guan Eng tidak mahu perkara ini berlaku," katanya.
Sementara itu, Ramai ahli DAP tidak terima notis!
Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.
Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.
"Ahli DAP yang layak tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dalam pemilihan CEC tersebut.
"ROS juga akan terus menyiasat isu-isu lain yang dikemukakan pengadu dan mengkaji semua dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.
Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih. Tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.
Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.
Ekoran itu, ROS menjalankan siasatan selain membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember 2012 melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tentera siber DAP atau dikenali sebagai `Red Bean Army' dibayar dengan gaji besar untuk menabur fitnah tanpa henti.
Tunku Abdul Aziz berkata, kumpulan berkenaan sekitar 200 orang menabur fitnah 24 jam sehari bagi mempengaruhi pemikiran orang ramai dan mereka bergerak di sebuah hotel.
"Kerajaan memang menyedari kewujudan kumpulan berkenaan, tetapi lambat bertindak, sehingga kumpulan itu berjaya membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan dan pemimpin tertentu, walaupun belum pasti kebenarannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada kumpulan berkenaan yang ternyata telah menjejaskan keharmonian negara ini dengan memainkan isu perkauman dan menanam kebencian terhadap kerajaan.
"Kerajaan tidak harus takut untuk bertindak kerana ia bukan bertujuan menyekat kebebasan hak bersuara, tetapi mereka yang menabur fitnah perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka," ujar beliau.
Sepatutnya, kata beliau, sebaik sahaja menyedari kewujudan kumpulan berkenaan, kerajaan terus mengambil tindakan kerana ia berkait dengan keselamatan negara dan kepentingan majoriti rakyat negara ini.
Dalam pada itu ketika mengulas tentang demonstrasi jalanan yang terus diadakan oleh Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz menggesa pemimpin pembangkang itu supaya menerima keputusan pilihan raya yang lalu, di mana majoriti rakyat negara ini menolak beliau.
"Jadilah seorang yang matang dan belajar menerima keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat," katanya.
Tunku Abdul Aziz juga mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Pas dan DAP kerana mengambil tindakan berani dengan tidak lagi menyokong demonstrasi jalanan bertujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. - UMO
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenapa PR Tidak Minta Buat PRU Semula Bagi Semua Kerusi?
Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal. Di ulang, 'SATU' laporan polis sahaja bagi kesemua 'penipuan'.
Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana "hilang bila dibasuh" dan BUKANNYA penipuan kerana "mengundi dua kali".
Atas alasan ini, maka PR mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula. Persoalannya, kenapa hanya 30? Bukankah antara yang dijaja di internet oleh PR berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR? Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui?
BN telah memenangi 133 kerusi dan PR 89. Ini bermakna PR menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi.
Pelik sekali kerana PR hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi. Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah PR boleh memenangi sehingga 89 kerusi?
Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai? Kenapa mesti membiarkan Dato' Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina?
Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan. Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula.
Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga.
Perlu diingatkan bahawa 'tema' himpunan bantahan Anwar ialah 'blackout' iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR.
Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan 'blackout', malah Anwar langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya. Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja.
Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema 'ink-out' bukan 'blackout'. Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan 'blackout' sedangkan yang diperjuangkan ialah 'ink-out'.
Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan 'kegelapan' bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal. Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan 'blackout'.
Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.
Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi? Atau di manakah kejadian 'blackout' ketika proses pengiraan undi berlaku? Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU? Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang?
Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan Anwar tidak akan menjawab dengan ugutan "you ulang, I saman." Kiriman Email
Teman mengutuk keras tindakan biaDap dan kurang ajar segelintir kaum cauvinis dan politikus pelampau terutamanya kaum Anwarinas yang terus menerus mempertikaikan keputusan PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram menggunakan jenama 'Blackout 505'.
Jenama BO-505 ni kononnya digunakan kerana dua alasan yang jelas suatu pembohongan dan putar-belit:
1. dakwaan mereka konon berlakunya blackoutsemasa proses pengiraan undi pada 05 Mei dibeberapa tempat;
2. dakwaan mereka konon mereka memenangi PRU-13 atas undi popular.
Berkaitan dakwaan pertama, adalah jelas ianya satu pembohongan kerana tiada insiden blackoutyang berlaku semasa proses pengiraan undi. Malahan tuduhan menyatakan berlaku blackout di Bentong juga ternyata kini diakui sebagai satu pembohongan. Gambar blackout yang disebar di laman siber juga terbukti satu lakonan murahan didalangi pelacur-pelacur politik yang desperado!
Berkaitan dakwaan kedua bahawa pembangkang memenangi PRU-13 berdasarkan undi popular, adalah jelas ianya satu putar-belit mega oleh para desperados yang jelas tidak mahu menerima hakikat rakyat telah menolak politik pembohongan dan putar-belit pembangkang! Malah rakyat dengan jelas memberi mandat baru kepada BN dibawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib.
Teman telah mengupas panjang lebar berkenaan mitos undi popular dan sistem first-past-the-post dalam sistem pilihanraya dinegara ini (sila lihat artikel dibawah tajuk "Mitos Undi Popular" - 27 Mei 2013 dan "Fisrt-Past-The-Post" - 15 Mei 2013).
Pada teman, tindakan mempertikai PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram sehingga ada yang cuba menggulingkan Kerajaan melalui rusuhan jalanraya jelas adalah tindakan desperado golongan yang terlalu gila bernafsu serakah mahu bersemayam di Putrajaya!
Pada teman, label Anwar-Spring yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah paling tepat.
Anwar Spring disini bukan bermaksud musim bunga kaum Anwarinas. Anwar Springdisini bermaksud spring otak kaum Anwarinas dah longgar! Kaput!
Kaum Anwarinas tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak mereka dan pembangkang dalam PRU-13. Walaupun pelbagai taktik kotor, cauvinis, rasis, ekstremis, dan pelampau berasaskan pembohongan dan putar-belit mereka cuba gunakan sejak 08 Mac 2008 untuk menjatuhkan Kerajaan BN, namun ianya gagal.
Malaysia bernasib baik kerana hanya segelintir kaum cauvinis dan otak singkat sahaja yang telah terpedaya dan termakan dengan mainan politik kotor ini - alhamdulillah!
Malahan saudara Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia yang juga rakan baik Anwar menegaskan bahawa Anwar sendiri telah memungkiri janji yang dibuat bersama beliau untuk menerima apa juga keputusan PRU-13.
Dan tindakan Jusuf Kalla memilih untuk mendedahkan perjanjian Anwar itu di Wall Street Journal, sebuah media barat sangat menarik perhatian.
Kerana apa Jusuf Kalla memilih Wall Street Journal sebuah media dunia barat? Adakah Jusuf Kalla yang begitu mengenali Anwar mahu dunia Barat tahu siapa Anwar Ibrahim? Hanya Jusuf Kalla sahaja yang boleh menjawab soalan ini.
Apa pun teman berharap Jusuf Kalla sekarang menyedari siapa sebenarnya rakan baik dia itu!
Dan kepada rakyat Malaysia, terutama golongan penaksub dan pencacai Anwarinas; ingatlah, kalau kawan baik dia sendiri pun dia boleh kelentong, ini kan pulak setakat mike rakyat marhaen biasa! Jangan kata kelentong, silap haribulan mau dema 'kencing' je mike yop.
Mike kena sedar Anwar-Spring yang cuba dibawa oleh kaum Anwarinas hanyalah sekadar memperkaldaikan rakyat untuk memenuhi nafsu serakah mereka mahu bersemayam di Putrajaya.
Mengapa Anwar beriya-iya sangat mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah untuk menutup segala salahlaku moral dan kegiatan luar-tabi'e dia? Atau adakah sekadar Anwar menjadi pandir barua dan talibarut dalang asing?
Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop! ALLAH berikan otak bukan suruh masak lemak cili padi, tetapi untuk berfikir! Maka berfikirlah yop!
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
21 Rejab 1434
31 Mei 2013
*Gambar ehsan daripada Rajagoyang 360 - whoever he or she or he-she is!
Peliknya berita yang menyebelahi Pakatan seperti komen Bung Mukhtar tentang penahanan Nurul Izzah yang dihalang masuk Sabah disiarkan tanpa sebarang masalah
Mungkin ada yang kata perumpamaan itu macam gampang, tapi itulah hakikatnya, orang yang tak pernah berpeluh potong buluh nak buat tiang bendera, orang yang tak pernah gantung poster, tetiba nak jadi pencatur politk, nak tentukan untung nasib bangsa melayu dan umno...
Alis Nor, ya itulah nama penasihat 25 % najib yang mana nasihatnya hampir-hampir melingkupkan Melayu, Islam, UMNO dan BN...
Aku bukan nak tegur sangat mamat poyo tu, tapi teguran bernas dari bekas menteri kewangan dan menteri tugas-tugas khas, tun daim zainuddin, perlu di ambil perhatian oleh semua kepimpinan umno...
Janganlah bila ada yang ulas teguran yang dibuat oleh daim itu, orang yang mengulas itu di hentam, di sound dan di ugut, weii saidina umar pun minta di tegur, alis tu sape???
Kalau berginilah sikap dan perangai pemimpin umno, sampai mampos pun umno tak akan berubah... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hisham sepupu najib sebenarnya tak ada bakat untuk jadi pemimpin...
Hisham sebenarnya gagal dalam setiap kementerian yang diketuai, bermula dari kbs hinggalah yang terakhir di kdn, semua keputusan dan tindakan yang dibuat oleh hisham dilihat gagal dan bodoh...
Aku yakin najib sedar kegagalan sepupunya itu, tapi nak buat macam mane, sepupu punya pasal kena la juga tolong...
Najib bagi hisham jadi menteri pertahanan, satu malaysia pening bila mamat tu di beri kepercayaan menjaga kementerian yang terpenting di negara ini, kegagalan hisham sewaktu di kdn masih terbayang di mata rakyat...
Tidak cukup dengan kementerian pertahanan, najib bagi sepupunya itu memangku jawatan menteri pengankutan, tak kah korang terfikir, kenapa dalam banyak-banyak ahli parlimen yang senior, kenapa najib pilih sepupunya itu memangku jawatan kementerian pengankutan...?
Hari nie sudah 15 hari kabinet najib di bentuk, najib masih belum melantik menteri untuk mengantikan hisham, kenapa? Adakah ahli-ahli parlimen BN yang ada ini tak cukup fit untuk menggalas jawatan itu atau memang najib nak bagi dua gaji dan dua elaun untuk sepupu kesayangan dia tu...?
Kalau najib susah sangat nak pilih siapa menteri pengankutan, aku pun boleh pegang jawatan tu, aku rasa aku boleh perform lagi hebat dari hisham.... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.
Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.
Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.
Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan Pas di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri Pas' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.
''Pada pilihan raya umum lalu, Pas di Selangor telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi Pas di Kedah.
''Selangor adalah unik kerana selain menjadi 'negeri Pas', ia juga 'negeri DAP' dan 'negeri PKR'. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini 'negeri mereka' kerana jumlah kerusi DUN setiap parti adalah hampir sama,'' katanya dalam kenyataan seperti dipetik menerusi laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net, semalam.
Berdasarkan laporan laman web media kerajaan negeri, www.selangorku.com, Saifuddin yang tewas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umum lalu, akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.
Menurut laporan itu, perkara tersebut diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres parti kesembilan pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya.
Pas Selangor sebelum ini membidas beberapa pemimpin PKR negeri itu dengan menegaskan tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR.
Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. BN pula menguasai 12 kerusi DUN.
Iskandar memberitahu, oleh yang demikian, pimpinan Pas terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan sama kepada Selangor seperti tumpuan yang diberikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
''Isu-isu di Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan muktamar seperti dilakukan PKR serta DAP,'' katanya.
Sementara itu, menurut sumber dalaman, kerajaan negeri mengesahkan tentang pelantikan Saifuddin dan telah dipersetujui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut sumber tersebut, Saifuddin dijangka diberikan tugas membantu Menteri Besar menguruskan hal ehwal politik pakatan pembangkang di negeri itu, selain turut berperanan mengukuhkan hubungan antara pemimpin PKR di peringkat Pusat dan negeri.
''Hal ini kerana, hubungan antara kepemimpinan PKR di peringkat negeri dengan Pusat dilihat tidak 'rapat' sehingga wujudnya pergeseran dalam kalangan pemimpin parti itu seperti dilaporkan sebelum ini,'' katanya.
Menurut sumber itu, jawatan yang akan dipegang Saifuddin bagaimanapun tidak akan melibatkan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri kerana beliau hanya bertanggungjawab dalam hal berkaitan politik.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berita terkini- Di kala Anwar dengan egonya tidak berminat untuk menunaikan janjinya untuk bersara, dan masih degil mahu meneruskan siri bantahan Keputusan Pru13, negara dikejutkan dengan berita sekurang-kurangnya dua Ahli Parlimen dan Dua ADUN dari Pakatan akan melompat parti meninggalkan Anwar.
Momentum lompat parti mengulangi sejarah tahun 2009 apabila 3 ADUN dari Perak dan 7 Ahli Parlimen pakatan meninggalkan Pakatan dan Anwar. Di mana ianya satu peristiwa yang mengejutkan negara.
Ketika itu, Datuk Zaharain memulakan siri meninggalkan Anwar dengan diikuti Zulkifli Noordin, Tan Tee Beng sehinggalah kepada Gobalakrishnan dan juga Nasharudin Mat Isa yang turut meninggalkan perjuangan PAS yang semakin tersasar .
Peristiwa ini berulang lagi, Mymassa akan dedahkan selepas mendapat green light dari wakil-wakil rakyat tersebut. tiada siapa membayar mereka, tiada siapa mendesak mereka dan tiada siapa mengugut mereka.
Anda boleh pilih untuk tidak percayai berita ini, namun sejarah membuktikan pada mulanya tiada siapa mempercayai Zulkifli Noordin, Zahrain, Tan Tee Beng dan lain- lain akan mennggalkan Anwar. Akhirnya ia berlaku bukan.
Anda boleh teka siapa dan kami hanya boleh kata wakil-wakil rakyat tersebut 3 Melayu dan Seorang Cina. Sebab mengapa mereka melompat dan meninggalkan Anwar, tidak akan kami dedahkan sekarang. Kami perlu menjaga rahsia, Presiden UMNO malah tidak ada satu pun pemimpin tertinggi UMNO mengetahui hal ini.
Siapakah kami bukan penting kerana Presiden UMNO pun tidak tahu siapa kami. Kami tiada dana tetapi ianya adalah sebuah index pengalaman yang kami berjaya gunakan demi agama bangsa dan negara kita.
Kepada, Johari Abdul dan Saifudin Nasution, kamu silap bila kamu merangka untuk membeli YB dari BN. Kamu tersilap kerana kami lebih bijak dari kamu berdua.
Bagaimana seorang dari Pejabat Anwar Ibrahim meminta bantuan Elizabeth Wong untuk meluluskan penjualan tanah bagi tujuan komersial dalam Mesyuarat EXCO?
Sumber MyMassa memaklumkan bahawa Azmin dan pemimpin PKR lain memang bengang dengan geng Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan Wan Azizah. Geng Khalid Ibrahim nampak macam BERSIH tetapi tidaklah sebersih mana.
Persoalannya, bagaimanakah kelulusan untuk tanah kepada syarikat swasta boleh dibincangkan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 28 Januari 2013 (seperti mana dalam e-mel pertama)? Kenapa Kerajaan Negeri Selangor tergesa-gesa untuk meluluskan tanah hampir dengan pembubaran DUN negeri tersebut? Adakah ianya ada kaitan dengan wang perbelanjaan berkempen dalam PRU 13?
Jika benar apa yang terkandung dalam e-mel ini, maka SPRM perlu masuk menyiasat penglibatan orang politik dari pejabat Anwar Ibrahim boleh bagi proposal kepada seorang EXCO untuk kelulusan tanah.
Takkan Dr. Khir Toyo boleh kena dakwa tapi Abdul Rahman Yusof dan Elizabeth Wong boleh terlepas? *SPRM sila siasat!
Le facteur de ce qui m’impressionne, c’est que une source pratique pour votre casino gratuit sans telechargement avec bonus, c’est qu’il parle plus en ce qui concerne casino en ligne france.
Cadangan BN sebagai parti tunggal diberi perhatian oleh Najib. Malah ditubuh pula makmal khusus bagi memperinci cadangan ini.
Sepatutnya perkara ini tak perlu dilayan. Adakah Najib tak nampak agenda tersirat?
Daripada anda buang masa dan tenaga melayan cadangan BN parti tunggal ini, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat sekiranya Najib menubuhkan makmal khusus bagi memperhalusi cadangan sekolah wawasan ( satu aliran ).
Umno Wujudkan Makmal Khusus Lihat Cadangan BN Parti Tunggal - Najib
KUALA LUMPUR: Umno akan mewujudkan makmal khusus untuk memperinci cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Umno itu berkata parti juga perlu mengadakan tinjauan pendapat daripada anggotanya sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu. Sebarang perubahan, katanya, perlu berdasarkan penerimaan anggota Umno sendiri.
"Kita faham Umno ini parti yang dekat di hati ahli...jadi sebarang perubahan perlu diperhalusi dengan mendalam supaya nanti tidak timbul isu ketidakterimaan terhadap parti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti di sini Jumaat.
Ini merupakan mesyuarat pertama MT Umno selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.
Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.
Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.
You are subscribed to email updates from NASIONALIS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ini, iaitu Sim Tze Min (sekarang Ahli Parlimen Bayan Baru) telah menceritakan secara tertutup strategi halus dan berfokus PKR dalam PRU13.
Video di bawah ini mendedahkan bahawa PKR memang merancang untuk huru harakan negara. Tidak mustahil apa yang berlaku sekarang iaitu dalam 505 adalah sebahagian daripada "master plan" mereka untuk kucar kacirkan negara.
Kuala Lumpur: Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihak kementerian sedang memantau kaedah yang diguna pakai negara lain dalam menangani isu berkenaan.
Katanya, penyalahgunaan media sosial jika tidak dipantau dikhuatiri akan menjurus kepada penyiaran berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya dan juga berbaur hasutan.
Perlu bertanggungjawab
Isu penyalahgunaan media sosial perlu diteliti kerana dalam melaksanakan undang-undang berkenaan, kita tidak mahu menyekat kebebasan bersuara.
Semua pengamal media termasuk pengendali media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap bahan berita yang dihasilkan kerana dikhuatiri akan menjadi punca perbalahan kaum dan agama di negara ini, katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, yang menggesa kerajaan Malaysia mengambil contoh Singapura untuk mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini.
Azwanddin juga dipetik berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memainkan peranan penting dalam menguatkuasakan lesen kepada pengendali laman web berita bagi memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang menerbitkan berita dan laporan berbaur hasutan.
Peguam Negara perlu diambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghina Jalur Gemilang. Kejadian ini berlaku di Kompleks Queensbay. Tidak boleh dibiarkan keadaan sebegini berlaku di negara ini. Secara terbuka mereka Jalur Gemilang diterbalikkan untuk paparan umum. Apakah ini disedari oleh pihak pengurusan Queensbay Mall?
Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang.
Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.
"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada pemberita di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.
Nurul Izzah dalam Twitternya pada pukul 7.30 malam menyebut; "Saya ditahan oleh Imigresen Sabah dan diarah pulang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca PRU-13. Just you wait BN".
Pada 7 April lalu, seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) turut tidak dibenarkan memasuki Sabah dan diminta kembali ke Semenanjung.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
31 Mei 2013 21 Rejab 1434 H. [MOD] - Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS
KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya. Sebab-sebab itu adalah: 1. Media yang tidak adil. 2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya. 3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi. 4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah. 5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN. 6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda. 7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN). 8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. Harakahdaily/-
Tok nak ulas sikit tentang pendapat Timbalan Presiden PAS iaitu Tuan Hj Mohamad Sabu berkenaan kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raye. Pade pendapat Tok, Md Sabu ni dah tersalah kire, dalam kirean Tok punce kekalahan PAS ni lebih dari lapan.
Lapan alasan yang di kemukekan oleh Md Sabu diatas tadi adelah alasan2 yang dangkal dan sudah lapuk yang di ulang2 setiapkali selepas PRU. Pemimpin2 PAS se olah2 mahu menyembunyikan kelemahan2 pucuk kepimpinan parti itu.
Sepatutnye Md Sabu tak payah le susah2 nak kire punce kekalah PAS ni, ape yang patut die ambil berat ialah tentang sokongan rakyat terutame nye kaum melayu/islam terhadap PAS. Adekah Md Sabu dah kaji mengape kaum melayu/islam masih lagi tidak ramai yang menyokong PAS?
Kegagalan PAS ini sebenar nye berpunce dari kegagalan pemimpin2 PAS dalam misi nye mempromosikan parti PAS sebagai parti yang benar2 memperjuangkan agame islam dan bangse melayu. Sejak kebelakangan ni perjuangan islam dan bangse melayu dalam PAS sudah jadi semakin samar.
Kaum melayu/islam tidak nampak perjuangan islam dalam PAS itu lebih hebat dari yang telah di perjuangankan oleh UMNO. Perjuangan islam dalam UMNO nampak lebih terserlah dan terbukti nyate, hanye pemimpin2 dan pencacai2 PAS sahaje yang masih lagi tidak mahu menerime kenyataan ini.
PRU13 yang baru lepas tadi telah membuktikan bahawe kaum melayu/islam sudah menolak PAS secare total. Kemenangan calon2 pemimpin PAS cume dengan bantuan kaum kafir sahaje. Tanpa bantuan dari kafir pasti lebih ramai lagi pemimpin2 PAS yang tewas pade PRU13 tadi.
.
You are subscribed to email updates from tok gajah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Semalam berlangsung mesyuarat ahli majlis tertinggi Umno yang pertama selepas PRU 13. Dalam mesyuarat semalam Datuk Seri Najib telah memberi peluang seluas-luasnya kepada semua ahli MT untuk bercakap apa sahaja yang terbuku di hati .
Jangan disimpan-simpan, luah sahaja perasaan anda, Presiden dan Timbalan Presiden nak dengar. Tak puas hati dengan pilihan raya ? tak puas hati dengan Presiden ? tak puas dengan apa-apa sahaja, cakap....cakap....cakap.....
Tapi malangnya apabila sampai giliran si pengamal politik baru yang tertonggeng di Temerloh baru-baru ini, sepatah haram pun dia tak bercakap apa.
Cis....ptui...ptui....ptui....diluar depan penyokong pembangkang bukan main lagi dia menyalak sampai minta Umno bertaubat nasuha. Dalam mesyuarat MT apabila Presiden suruh bercakap, sepatah haram dia tak bercakap.
Akhir Disember 2010 Dr Mohd Khir Toyo bersama seorang ahli perniagaan, Shamsuddin Haryoni telah didakwa di mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa. Ianya membabitkan jual beli sebuah rumah di Shah Alam.
Kesalahannya kerana Khir telah membeli sebuah rumah daripada Shamsuddin dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal yang dibeli Shamsuddin.
Pada masa proses jual beli itu berlangsung Khir adalah MB Selangor yang dikategorikan sebagai penjawat awam. Manakala Shamsuddin pula seorang pemaju pembinaan di negeri Selangor.
Beberapa bulan selepas didakwa maka berjalan proses perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hari pertama perbicaraan sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Shamsuddin yang sebelum itu yang didakwa bersama-sama dengan Khir telah ditarik balik pertuduhan ke atasnya oleh pihak pendakwaraya dan telah bertukar watak daripada tertuduh kepada saksi utama pendakwaraya. Saya tidak pasti samada ini juga tergolong dalam kategori rasuah atau tidak ? Jika ada sesiapa yang faham mohon tolong jelaskan.
Hampir setahun perbicaraan berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, akhirnya hakim memutuskan Khir bersalah dan beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta rumahnya dirampas Kerajaan Malaysia. Khir telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Semalam pula Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengekalkan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2011.
Saya mengikuti rapat kes perbicaraan ini, dan saya nak berkongsi dengan anda sedikit sebanyak apa yang saya tahu.
Saya difahamkan kes yang melibatkan Khir ini adalah kes yang pertama di Malaysia. Khir tidak melakukan rasuah menerima wang tunai berjuta-juta ringgit sepertimana yang digembar gemburkan, atau mendapat rumah itu secara percuma.
Khir membeli rumah terbengkalai itu daripada Shamsuddin pada harga RM 3.5 juta sepertimana yang dinilai oleh jurunilai bertauliah yang terkemuka Rahim and Co. Dalam keterangannya di mahkamah Shamsuddin mengakui bahawa beliau yang menawarkan kepada Khir untuk membeli rumah itu. Khir tidak membeli secara tunai, sebaliknya membuat pinjaman dari HSBC sebanyak RM 3 juta.
Dengan kedudukannya serta gaji yang diterimanya waktu itu dia layak untuk membayar ansuran bulanan dengan pinjaman sebanyak itu. Yang itu tidak perlu kita pertikaikan. Lagi pun yang memberi pinjaman itu adalah HSBC, sebuah bank yang bukan senang-senang nak luluskan pinjaman. Lihat dokumen berkenaan di sini.
Shamsuddin pula pada waktu itu adalah seorang pemaju perumahan di negeri Selangor dan menjalankan perniagaan dengan PKNS. Khir pula selain daripada menjawat jawatan MB, beliau juga adalah Pengerusi PKNS.
Nak dijadikan cerita Shamsuddin ada meminta sokongan Khir untuk satu urusan beliau di PKNS. Khir setuju untuk menyokong permohonan Shamsuddin. Disini kita perlu ingat, sebarang surat sokongan yang kita bawa tidak ada jaminan kita akan mendapat apa yang dipohon. Samalah dalam kes Shamsuddin ini, sokongan daripada Khir gagal mendapat apa yang beliau pohon. Sila baca di sini.
Disinilah yang menjadi punca kepada pendakwaan terhadap Khir. Kerana Khir ada kuasa dan Shamsuddin ada kepentingan dengan Kerajaan Selangor. Maka tindakan Khir membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada dibeli Shamsuddin walaupun itu harga yang dinilai oleh jurunilai bertauliah, ianya tetap menjadi satu kesalahan.
Kes yang melibatkan Khir ini perlu dijadikan pengajaran oleh mana-mana penjawat awam dalam Malaysia. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan menjadi satu kesalahan walaupun kita yakin ianya tidak salah.
Contoh...
Kedai alatulis ABC adalah pembekal alatulis kepada jabatan atau kementerian anda selama ini. Dan anda mungkin orang yang ada kaitan atau berurusan untuk sebarang pesanan alatulis daripada kedai alatulis ABC. Satu hari anda ke kedai alatulis berkenaan untuk membeli satu rim kertas A4 bagi kegunaan dirumah anda. Pemilik kedai alatulis itu menjual satu rim kertas A4 di kedainya pada harga RM 12.00. Tetapi dia jual kepada anda RM 8.50. Di pasaran pun itulah harga satu untuk satu rim A4. Jika anda beli pada harga RM 8.50 ianya merupakan satu kesalahan walaupun memang itulah harga pasaran. Sebabnya anda ada kepentingan dengan si penjual.....
Saya simpati dengan apa yang berlaku terhadap Khir. Ya lah....berat mata kita memandang berat lagi bahu beliau yang memikul. Semoga nasih menyebelahinya di Mahkamah Persekutuan kelak. Sama-sama kita doakan....
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Greece – Stesen televisyen ET3 di sini telah melakukan kesilapan besar dan memalukan ketika menyiarkan siaran berita yang ketika itu ditonton oleh ramai penduduk di negara berkenaan.
Ketika penyampai berita itu menyampaikan laporan semasa, skrin di belakangnya telah secara tidak sengaja menyiarkan visual filem lucah.
Ia melibatkan aksi hubungan seks.
Penyampai berita tersebut ternyata tidak menyedarinya dan terus membacakan berita.
Ironinya, berita yang disampaikan adalah mengenai kemungkinan stesen penyiaran awam terpaksa ditutup untuk sementara waktu susulan langkah memotong perbelanjaan.
Aksi berkenaan kemudiannya menjadi popular di rangkaian sosial media dan telah ditonton beribu-ribu kali.
Barisan hadapan, dua dari kiri, guru yang dikatakan hina pelajar Melayu dengan kata-kata kesat
Beberapa hari lepas, laman sosial digemparkan dengan satu laporan polis yang tersebar berkenaan seorang guru Cina yang bernama Poh Kim Thye atau nama glamournya Poh Kim Mak (pinjam gelaran dari Ipoh Malay) yang menghina pelajar Melayu dengan gelaran babi, bodoh dan pelbagai perkataan yang kotor.
Namun begitu, sampai sekarang masih lagi belum kedengaran tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan terhadap guru yang rasis ini.
Adakah masih sibuk dengan penyelarasan portfolio akibat bergabung kot dua kementerian?
Perkara sebegini tidak harus dibiarkan lama kerana ia bakal mengeruhkan lagi keadaan.
Kini dikatakan wajah guru tersebut juga telah tersebar di laman sosial Facebook, andainya ada pihak yang hilang pertimbangan, mungkin perkara luar jangkaan boleh berlaku.
Keluarga mana yang mahukan anaknya mendapat gelaran bekas banduan? Mak mana mahu anaknya merengkok dalam penjara?
Berkat didikan pembangkang, ramai anak-anak muda yang tak faham erti perjuangan sebenar terjerumus dalam kancah menentang kerajaan membuta tuli.
Keluarga langsung tidak dipedulikan, akhirnya keluarga sendiri yang datang menjamin.
Kita sendiri dapat lihat bagaimana keluarga seorang ahli politik yang porak peranda hanya kerana membontoti big bossnya.
Belajarnya belum habis, tapi terpekik terlolong membantah itu dan ini, akhirnya disumbat dalam lokap, hati ibu mana yang tak sayu?
KUALA LUMPUR – Aktivis pelajar, Safwan Anang yang menolak diikat jamin sebelum didakwa di bawah Akta Hasutan pada Rabu, telah dibebaskan selepas keluarganya membayar ikat jamin RM5,000 pada Jumaat.
Safwan memilih untuk dipenjarakan selepas beliau mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada perjumpaan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Lima yang lain – Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas ahli Umno, Tamrin Gharin dan aktivis politik Haris Ibrahim dan Hishammuddin Rais serta aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim turut didakwa di bawah akta yang sama dan diikat jamin. – mStar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyifatkan penghantaran pulang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam semasa Pesta Menuai sebagai "bencana" dan "kesilapan besar".
"Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan," kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, malam tadi.
"Saya tak faham mengapa Nurul tidak dibenarkan memasuki Sabah, kalau benar ini satu kesilapan dan malapetaka," tambah ahli majlis tertinggi Umno itu.
Nurul Izzah dinafikan masuk ke Sabah selepas mendarat di Kota Kinabalu petang semalam.
Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking dari PKR juga turut mengkritik halangan masuk ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Sabah dengan mengatakan ia telah mencemarkan "reputasi negeri sebagai tuan rumah".
Darell berkata ini kerana Nurul Izzah datang ke Sabah untuk menyambut Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai atas kapasiti peribadinya.
"Mengapa rakyat Malaysia yang mahu menyambut perayaan bersama rakyat Malaysia lain terutamanya Kadazan dari Sabah dan di Sabah, sekarang menjadi sebab untuk halangan masuk?" kata Darell dalam satu kenyataan malam tadi.
Darell mengatakan kerajaan negeri Sabah mempunyai hak untuk menghalang sesiapa untuk masuk akan tetapi hak tersebut tidak seharusnya disalahgunakan.
"Saya cabar ketua menteri dan semua anggota Kabinet negeri untuk menjelaskan kepada semua rakyat Sabah dan Malaysia mengapa ini semua berlaku," katanya.
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang turut dihalang masuk ke Sabah pada April lepas.
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.
"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.
"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.
Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.
Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.
"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.
Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.
"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.
Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama
KUALA LUMPUR 31 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO muncul parti terkuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu apabila jumlah kerusi yang dimenangi terlalu hampir dengan jumlah dimenangi oleh pihak pembangkang.
Beliau berkata, pada PRU-13 jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO sebagai parti tunggal adalah sebanyak 88 kerusi manakala jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti pembangkang hanya lebih satu kerusi iaitu 89 kerusi.
Begitu juga katanya, berlaku peningkatan dari segi jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO pada pilihan raya kali ini berbanding PRU-12, daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. - UTUSAN
SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.
Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.
Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.
Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.
Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.
Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.
Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.
"Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.
"Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran," katanya ketika ditemui di rumah mereka.
Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.
Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.
"Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.
"Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan," katanya.
Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.
Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 15 Ogos lalu ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban.
SHAH ALAM - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, demikian menurut Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.
Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang berkata ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti pada 15 Dis lalu.
Menurut Teresa, perkara ini timbul disebabkan beberapa masalah termasuk surat yang dihantar tidak sampai ke rumah anggota DAP kerana pertukaran alamat.
Selain itu katanya, terdapat juga usaha daripada beberapa anggota DAP yang mempunyai masalah disiplin mengadu perkara ini kepada RoS bagi menjejaskan imej parti.
" Semua orang tahu, konvesyen DAP telah dihebohkan sebelum tarikhnya lagi, bukannya ahli perwakilan tidak tahu, sepatutnya ahli perwakilan ini merujuk kepada ibu pejabat DAP, bukannya mengadu kepada pihak luar.
" Jadi perkara ini sepatutnya tidak dipolitikkan, jangan membuat tuduhan yang tidak baik ke atas parti DAP," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, Abdul Rahman berkata, keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.
"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas perkara sama, Teresa turut mengharapkan supaya RoS lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan parti itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa RoS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.
Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut.
Kini semakin jelas yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh memerintah, baik di peringkat kerajaan negeri dan apatah lagi kerajaan pusat. Ini berlaku sama ada kerana ia tiada pemimpin yang layak ataupun kebanyakan pemimpin utamanya tamak.
Dalam sejarah, PKR hanya pernah memerintah sebuah negeri sahaja iaitu Selangor. PKR mempertaruhkan seorang bekas ahli korporat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk mengemudi negeri itu. Bagaimanapun adalah jelas kini beliau bukan calon sesuai untuk jawatan Menteri Besar.
Yang diperbesar-besarkan oleh PKR, terutama Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah di segi kebendaan yang dikatakan dicapai oleh Khalid. Walhal sebenarnya, mutu kehidupan dan kesejahteraan hidup rakyat tidaklah banyak berubah di bawah pimpinannya.
Politik Khalid sebagai "itik cacat"
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyindir Khalid sebagai menteri besar yang mudah dicucuk hidung. Penyokong tegar Khalid, Nathaniel Tan pula menafsirkan sindiran itu sebagai "lame duck" atau itik cacat. Jika benar demikian, katanya, maka pengkritik Khalid tentu golongan yang menganggap diri mereka "itik perkasa".
Rupa-rupanya, Nathaniel yang pernah ditahan semasa era reformasi dahulu beria-ia mencampuri debat kepemimpinan Selangor itu kerana beliau diberi habuan yang agak besar apabila diamanahkan oleh Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz, untuk mengendalikan "server" portal berita kerajaan negeri, Selangorku.com.
Memang demikian cara Khalid beroperasi. Beliau lebih senang mempunyai "pak turut" sekelilingnya. Diketuai oleh Faekah Husin sebagai ketua turus pejabatnya hingga ke setiausaha akhbar, setiausaha sulit dan juga ketua pegawai operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) semuanya wanita.
Malah apabila di dalam urusan pentadbiran negeri juga Khalid lebih senang "memerintah" ahli mesyuarat kerajaan negeri terdiri wanita. Terbaru, ketiga-tiga exco PKR iaitu Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi adalah wanita.
Pelantikan Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik MB mahu imbangi kuasa wanita
Di segi strateginya Khalid mahu mengimbangi satu lagi tekanan daripada partinya sendiri. PKR akan melantik Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk menjadi Pegawai Perhubungan Politik Menteri Besar Selangor. Ini adalah berikutan tuntutan pimpinan negeri PKR mahu supaya pengaruh "wanita yang tiada kedudukan dalam parti" ini disekat dan diimbangi.
Jenama politik Khalid sebagai itik cacat (seperti kata Nathaniel Tan) adalah tepat pada permukaannya. Namun pada hakikatnya di sinilah kecekapan politik Khalid. Selama lebih empat tahun dalam penggal lalu melalui strategi ini Khalid membuktikan bahawa ilmu dan kemahiran politik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidaklah seberapa tinggi.
Setiap kali Anwar menegur, Khalid akan menyalahkan penasihat-penasihat wanitanya, Anwar takkan mahu bergaduh dengan wanita. Jadi semua perkara mati di situ sahaja. Hantarlah bekas Timbalan Presiden, Syed Husin Ali atau pakar strategi, Rahim Ghouse, semuanya tak sanggup bersilang pandang dengan wanita. Taktik lakonan Khalid
Satu lagi taktik Khalid ialah berlakon. Seperti dalam kongres 2010 dan kongres PKR baru-baru ini, apabila diterjah, Khalid akan mengaku kesilapan dan kelemahannya dan berjanji akan memperbaiki keadaan. Namun dalam banyak teguran Anwar, termasuk supaya menyingkirkan penasihat-penasihat wanitanya, Khalid mengemukakan pelbagai dalih.
Pimpinan PKR negeri semakin jengkel. Sebab itu pasca Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Azmin bangkit mempertikaikan pelantikan semula Khalid sebagai menteri besar. Namun Anwar masih terkesima dengan gambaran manis rizab RM 2.6 bilion kerajaan negeri Selangor dan keberatan untuk memberi jawatan itu kepada orang lain.
Ini sekaligus membuktikan betapa Anwar juga seorang pemimpin yang sebenarnya tidak merakyat. Beliau tidak menyemak apakah laporan kewangan Khalid itu benar atau tidak. Lihatlah sendiri keadaan jalanraya di kawasan perindustrian dan juga luar bandar. Kerosakan ditampal secara tangkap muat.
Terbaharu belum jemaah exco dilantik, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah menaikkan bayaran letak kereta sebanyak 20 sen. Jika kenaikan ini disertai dengan peningkatan kemudahan meletak kereta tidak mengapa. Malah masalah kekurangan petak letak kereta masih berlarutan.
Ini belum berbicara tentang segala skim yang dikatakan merakyatkan ekonomi. Pernahkah, walau sekalipun Anwar sebagai Penasihat Ekonomi meninjau kesahihan data skim Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti Tawas, Usia emas dan juga ibu tunggal? Mudah sangat Anwar gelap mata dan terpukau silap mata politik Khalid.
Mampukah Saifuddin menundukkan pasukan wanita Khalid ?
Kini Saifuddin ditempatkan di sebelah Khalid. Jika Anwar sendiri gagal melentur Khalid, apa jaminannya Saifuddin akan berjaya? Lebih menyedihkan ialah ada yang beranggapan Saifuddin diletakkan di situ sebagai "pengubat luka" kerana kalah di Kulim Bandar Baru.
Apakah kedudukan Saifuddin ini untuk menyaingi Faekah? Wanita bujang itu mempunyai reputasi untuk menjadi jurucakap kerajaan negeri yang tidak dimiliki oleh mana-mana exco sendiri? Adakah Saifuddin juga akhirnya akan melaksanakan tugas menjadi jurucakap Khalid sahaja?
Jika tugasnya untuk menyelia aktiviti dan keputusan politik Khalid, mampukah beliau mempengaruhi dan melentur barisan wanita exco PKR yang hanya bertanggungjawab kepada Khalid?
Paling merapati realiti ialah Saifuddin akan menghabiskan masa bertelegah dengan leftenan-leftenan wanita Khalid. Sebagai Menteri Besar Khalid akan ambil sikap berkecuali sahaja.
Kehadiran Saifuddin juga nampaknya hanya untuk meluruhkan kuasa dan kedudukan Azmin Ali sebagai Pengerusi Perhubungan Pimpinan PKR Selangor. Khalid akan dengan segala senang hati akan melaporkan semua aktiviti politik Selangor kepada Saifuddin dan bukan Azmin lagi.
Sekaligus ini menggambarkan cara Anwar tidak lagi merestui kepimpinan Azmin yang berani mempertikaikan kewibawaan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden PKR berhubung isu pelantikan Menteri Besar baru-baru ini.
Agak mudah dibayangkan bahawa Saifuddin juga akan menghadapi nasib yang sama seperti Rafizi Ramli. Ahli Parlimen Pandan itu pernah menjadi Ketua Pegawai Operasi di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jika beliau mahu berlaku jujur, tentu beliau akur bahawa bukan mudah untuk menundukkan pasukan wanita Khalid.
Menilai barisan exco Khalid, seharusnya Anwar bergirang hati bahawa Azmin gagal sama sekali untuk menyusup pengaruh dalam pasukan penggubal dasar dan pelaksana Selangor. Tidak seorang excopun yang dilantik adalah penyokong Azmin. Pengaruh Azmin semakin mengecut di Selangor
Dengan pengaruh Azmin semakin mengecut di Selangor, sudah tentu ini akan melemahkan semangat Azmin untuk mencabar Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan presiden dalam pemilihan tahun hadapan.
Malah jika kedudukan Azmin semakin tidak releven dalam PKR berdasarkan banyak kelemahannya dalam strategi Pengarah Pilihan raya Umum lalu, akan lebih mudah Anwar untuk mengarahkan Saifuddin dan mungkin juga Nurul Izzah untuk mencabar Azmin dalam pemilihan akan datang.
Lantas adalah tidak menghairankan betapa lantaran karenah PKR, politik Selangor begitu berkecamuk hingga negeri itu menjadi yang tercorot melantik barisan exconya. Adakah itu tanda satu pimpinan yang progresif? Atau, tebal dengan kudis politik PKR?
KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa 'Pas diperbodoh Anwar' bersifat peribadi dan tidak relevan.
Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, Zulkifli tidak sepatutnya mencampuri urusan Pas kerana dia bukan ahli parti itu atau Pakatan Rakyat (PR).
"Siapa Zulkifli Nordin? Beliau bukan ahli Pas atau PR, jadi itu bukan urusan beliau, malah sekiranya berlaku perkara itu tidak ada kaitan dengannya, ia urusan parti, dan pandangan dilontarkan tidak relevan.
"Biarkan ahli parti menentukan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Pang Chaw berkata, beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah rekaan dan sengaja dibangkitkan pemimpin itu.
Sambil menasihatkan Zulkifli agar menggunakan masa yang ada untuk melakukan kebajikan kepada rakyat Malaysia, Pang Chaw berkata, tindakan mencampuri urusan Pas dan PR akan menampakkan kejahilan calon Barisan Nasional Parlimen Shah Alam itu.
"Hentikan semua ini, usahakan agar beliau dapat berada dalam barisan kepimpinan Umno seterusnya dapat melontarkan pandangan untuk perjalanan parti itu," katanya.
Sementara itu, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan sejak pilihan raya umum lalu bermotif peribadi.
Menurutnya, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri menjadi alat tunggangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.
Ipoh: Seorang ahli perniagaan mendakwa dicabul seorang doktor berusia lingkungan 60-an ketika berkunjung di sebuah poliklinik di Simpang Pulai, di sini, pada 22 Mei lalu.
Mangsa berusia 49 tahun dari Lapangan Panorama Perdana itu mendakwa dirinya dipeluk dan diraba doktor lelaki ketika hadir di klinik itu jam 11.30 pagi.
Dia yang ditemui semalam berkata, dia pergi ke poliklinik berkenaan membawa lapan pekerja asing warga Bangladesh kelolaannya bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. "Selepas membuat pendaftaran, saya diminta doktor yang memang saya kenali sejak 20 tahun lalu ke tingkat atas poliklinik itu dan masuk ke bilik x-ray dengan alasan ingin menunjukkan sesuatu.
"Saya menurut permintaan itu dan sebaik masuk ke dalam bilik berkenaan, doktor itu terus memeluknya dari arah belakang dan menolaknya ke dinding sambil memegang kuat kedua-dua tangannya," katanya.
Katanya, tanpa rasa bersalah, suspek mencium mulut dan menyelak bajunya sebelum berjaya melepaskan diri dan berlari ke tingkat bawah.
Selepas kejadian itu, mangsa memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang kemudian mengajaknya ke klinik terbabit Isnin lalu untuk bertemu doktor terbabit.
"Lebih kurang jam 11.37 pagi, saya dan suami ke klinik terbabit untuk berbincang, namun doktor itu tidak mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu dan menghalau kami keluar daripada kliniknya.
"Sebelum beredar, berlaku pergaduhan antara suami dan doktor terbabit menyebabkan suami cedera di muka, tangan kiri dan kanan serta calar di dada akibat dicucuk dengan pen," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Simpang Pulai.
Menurutnya, tahun lalu dia pernah berdepan situasi sama dan hampir dicabul doktor terbabit namun cubaannya gagal kerana perbuatan itu disedari jururawat bertugas.
Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Disember lalu.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.
"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan di ibu negara hari ini.
Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.
Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut.
KLANG: Exco kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik hari ini, Dr Daroyah Alwi tidak menolak kemungkinan jumlah wanita yang ramai mengangotai barisan exco kali ini bakal mengundang rasa kurang senang di kalangan sesetengah pihak.
Namun, exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi itu yakin keputusan pemilihan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mampu mengendalikan tugas mereka dengan baik dan tidak akan mengecewakan rakyat.
"Mungkin ada yang rasa kurang puas hati dengan pemilihan ramai wanita. Dalam barisan exco ada sepuluh orang. Wanita PKR menuntut kemunculan 30 peratus wanita dalam pentadbiran. Jadi ruang untuk kita ada tiga, jadi PKR kena bagi tigalah (pada wanita)," katanya selesai Upacara Angkat Sumpah di Istana Alam Shah hari ini.
Menurut beliau, PKR dilihat meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada wanita untuk terus menerajui membantu kepimpinan kerajaan negeri Selangor dalam memberikan khidmat bakti kepada rakyat.
"Mungkin dari pimpinan dilihat kami wanita boleh melaksanakan, kami ada kekuatan, jadi mungkin itu membuatkan ketiga-tiga wanita (dipilih)," katanya sambil menambah Wanita PKR sebelum ini menuntut 30 peratus kuasa mentadbir kerajaan negeri diserahkan kepada wanita.
Kerajaan negeri Selangor kali menampilkan empat exco wanita. Selain Daroyah, dua lagi exco wanita dari PKR adalah ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
PAS pula menampilkan ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali sebagai exco wanita.
Kerajaan negeri Selangor juga mencipta sejarah apabila ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh menjadi wanita pertama di negara ini yang dilantik sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor.
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan.
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam.
Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS.
"Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar.
"Selain itu, saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak perayu di peringkat pembelaannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah, serta pembantu peribadi perayu juga telah memberikan keterangan bercanggah," jelas Azahar.
Dr Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding hari ini dan bersalaman dengan penyokongnya yang hadir di mahkamah.
Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu pemberita beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan esok.
Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut.
Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela.
Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor.
KUALA LUMPUR - Malaysia perlu melaksanakan peraturan yang sama seperti kerajaan Singapura yang mengenakan lesen terhadap semua laman web berita negara itu bagi menyekat tindakan sesetengah pihak menggunakan saluran itu untuk menghasut dan menganggu-gugat ketenteraman awam.
Peguam bela dan peguam cara Datuk Salehuddin Saidin berkata walaupun Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara kepada rakyat, namun perlu diingat, hak itu juga dihasilkan secara bersyarat iaitu antaranya kebebasan tidak menimbulkan fitnah, hasutan dan mempersoal keistimewaan sultan.
"Pada saya, sebelum keharmonian kaum terus diganggu adalah lebih baik ia dikawal dan disekat.
"Maknanya, lesen yang dikenakan ke atas laman web berita itu pastinya akan menjadikan pemilik laman web tersebut lebih berhati-hati dengan artikel yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Singapura yang akan menguatkusakan peraturan tersebut mulai Sabtu ini di mana laman web yang mempunyai 50,000 pelawat dari Singapura setiap bulan dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu artikel tempatan seminggu mesti memperoleh lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA) negara itu.
Sebuah agensi berita antarabangsa memetik kenyataan MDA menghendaki laman web yang diberi lesen itu mengeluarkan bahan larangan seperti artikel yang boleh menjejaskan keharmonian agama dan kaum daripada laman web dalam tempoh 24 jam setelah dimaklumkan oleh pihak berkuasa.
Laman web yang dilesenkan itu perlu menyediakan S$50,000 sebagai jaminan bon.
Salehuddin yang menyokong tindakan Singapura itu berkata rakyat di negara ini sudah lama "diberi muka dan aktiviti menghasut menerusi hebahan artikel perlu dilihat sebagai suatu fenomena yang serius kerana ia semakin mengganggu kelestarian kaum."
Beliau turut menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diberi tanggungjawab memantau laman web di negara ini supaya mengambil tindakan mengenakan lesen terhadap portal berita di negara ini bagi memastikan pemantauan dapat diadakan dengan lebih telus.
Katanya dengan mengadakan peraturan tersebut, SKMM dapat mengumpul maklumat mengenai pemilik portal berita berkenaan, selain memiliki maklumat mengenai penulis dan individu yang terlibat dengan portal itu.
Cara ini akan memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab, terutama portal berita yang cuba menggugat perpaduan negara dan ketenteraman awam, katanya.
Salehuddin turut mencadangkan kerajaan mengenakan jumlah bon yang sesuai dalam lingkungan RM10,000 hingga RM50,000 atau mengikut kesesuaian semasa sebagai cagaran kepada pemilik lamab web tersebut bagi memastikan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.
Seorang lagi pengamal undang-undang Wan Azmir Wan Majid berkata penguatkuasaan undang-undang secara tegas amat perlu memandangkan langkah untuk mengenakan lesen semata-mata tidak akan mengekang sesetengah pihak daripada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan.
"Isunya bukan ada lesen atau tidak tetapi sejauh mana kerajaan menggunakan undang-undang itu untuk mengekang hasutan berlaku.
"Jika macam-macam lesen diberikan kepada mana-mana pihak, tetapi lemah dari segi penguatkuasaan, pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan malah individu tidak bertanggungjawab akan menggunakan hal ini sebagai satu stigma untuk terus menyiarkan artikel yang boleh mencetus kekacauan kaum," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu lebih prihatin dalam melaksanakan undang-undang agar provokasi yang ditimbulkan saban hari tidak terus menjadi duri yang memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. - Bernama
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sejak merdeka, UMNO dan pemimpin melayu adalah pemimpin kepada seluruh bangsa di Malaysia. Semua bangsa menghormati dan menerima pemimpin melayu sebagai pemimpin mereka.
Inilah rahsia kejayaan Barisan Nasional dan kepimpinannya di negara kita hingga kekal berkuasa sehingga kini. Semua kaum memberi kepercayaan dan mandat kepada UMNO sebagai teras kepimpinan negara yang diterajui oleh pemimpin melayu melalui Barisan Nasional.
Jika kepimpinan melayu melalui UMNO itu kuat, maka bangsa melayu akan dihormati oleh kaum lain, khususnya cina dan India. Kuasa melayu diperkuatkan lagi apabila UMNO dikembangkan ke Sabah yang turut menerima keanggotaan bumiputera Sabah sebagai ahli. Melayu/ bumiputera di Sarawak pula terus kekal sebagai kerajaan yang diterima oleh seluruh rakyat Sarawak melalui parti-parti yang mewakili etnik bumiputera masing-masing.
Tetapi, Kekuatan dan penghormatan lain-lain kaum terhadap kepimpinan melayu/ bumiputera mula terlerai sejak PRU2008.
Kekuatan melayu/bumiputera itu adalah umpama kuasa graviti pada sesuatu magnet. Kapasiti (K/Watt@ megawatt) kuasa graviti magnet melayu/bumiputera ini bergantung kepada perpaduan melayu/bumiputera. Jika perpaduan mereka kuat dan padu, maka kuatlah kapasiti atau kuasa tarikan magnet tersebut. Lemah dan berpecah kekuatan melayu/bumiputera maka kuranglah kapasiti atau kuasa tarikan magnet melayu/bumiputera.
Apabila kapasiti atau kuasa tarikan magnet ini berkurangan, maka semakin kuranglah kapasiti atau kemampuan kepimpinan melayu untuk menarik sokongan kaum-kaum lain. Kaum lain juga akan beransur tidak lagi menghormati kepimpinan melayu. Hati mereka sudah "kurang lekat" dengan kepimpinan melayu/bumiputera.
Kepimpinan melayu UMNO tidak boleh semata-mata mempersalahkan orang-orang melayu kerana bertindak mencari haluan perjuangn lain dan meninggalkan UMNO.
Sebab-musababnya harus dikaji kerana bukan mereka meninggalkan perjuangan melayu melalui UMNO dengan sengaja tanpa sebab. Bukan juga kerana mereka sudah tidak mahu mengaku melayu atau mereka sudah hilang jati diri dan naluri sebagai seorang melayu.
Orang melayu yang meninggalkan perjuangan melayu melalui UMNO tidak boleh dipersalahkan jika UMNO masih berhasrat untuk berkuasa atau kembali diterima oleh hampir seluruh bangsa melayu. Mereja bukan bergantung hidup kepada UMNO, apatah lagi dalam dunia yang sudah cukup serba-serbi ini.
Jika tidak kaya pun, orang melayu sebahagian besarnya sudah mempunyai kemampuan dalam memenuhi keperluas asas diri, keluarga dan masa depan generasi mereka. Pendidikan dan pengetahuan yang diberi kepada anak dan generasi mereka sudah lebih dari mencukupi untuk jaminan hidup masa depan mereka secara individu.
Hakikatnya, orang melayu hari ini tidak perlu bergantung hidup samada kepada parti politik samada UMNO, PAS mahupun PKR untuk survival peribadi, keluarga dan generasi masing-masing.
Tanggungjawab sebenar untuk menjaga kedaulatan, maruah, kuasa dan lain-lain agenda besar bangsa melayu bukan terletak kepada orang melayu secara individu, tetapi sebaliknya tertanggung di atas platform batu jemala wadah@jemaah@parti atau lebih tepat lagi pemimpin dan kepimpinan yang mengaku dan telah bersumpah-setia untuk memegang dan menjaga tanggungjawab dan amanah dalam membela agama, bangsa dan negara mereka.
Jika pemimpin dan kepimpinan UMNO yang selama ini menawarkan diri sendiri untuk menjaga kedaulatan bangsa mereka, maka merekalah yang sepatutnya berkewajiban untuk melunaskan segala amanah dan tanggungjawab yang sewajibnya selaku pemimpin UMNO yang mewakili bangsa melayu.
Orang-orang melayu sebagai individu memberikan mandat kepada UMNO dan kepimpinannya di atas rasa percaya dan yakin bahawa UMNO dan kepimpinannya boleh diharapkan untuk melunaskan segala amanah dan tanggungjawab ini.
DAN, selama ini kekuatan seluruh bangsa melayu berdiri teguh di belakang UMNO "secara semula jadi" kerana apa yang ada di dalam roh, jiwa dan jati diri mereka sebagai bangsa melayu, itulah yang ada dan diperjuangkan oleh UMNO dan kepimpinannya. Dalam erti kata lain, "Aspirasi bangsa melayu berpadanan (matching) dengan perjuangan UMNO dan kepimpinannya". Bagaimana "prototype" begitulah "produknya".
Selama mana roh, jiwa dan jati diri semulajadi sebagai bangsa melayu ini berpadanan dengan roh, jiwa dan perjuangan UMNO, selama itulah bangsa melayu akan percaya dan yakin terhadap UMNO secara semula jadi juga.
Jika di antara dua entiti ini sudah tidak selari atau sepadan lagi, maka akan bermulalah konflik atau krisis kepercayaan dan keyakinan bangsa melayu terhadap UMNO dan kepimpinanya.
Semakin besar "ketidaksepadanan" naluri bangsa melayu dengan wadah atau platform perjuangannya yang bernama UMNO, maka akan semakin jauhlah bangsa melayu dari tubuh UMNO itu sendiri.
Apabila hati sudah berjauhan, maka mata pun mula melihat pelbagai alternatif lain yang dirasakan mampu mengisi naluri dan jiwa yang sudah kosong.
Apabila bangsa melayu merasakan UMNO dan kepimpinannya tidak lagi prihatin dan mengabaikan naluri, roh dan aspirasi mereka sebagai bangsa melayu, tidak mengejutkan jika bangsa melayu kini berpecah membawa haluan masing-masing menurut kepercayaan dan keyakinan yang terbit di hati dan pemikiran mereka.
Dengan hujah dan analogi ini, wajarkah UMNO hari ini menyalahkan bangsa melayu dengan pelbagai tuduhan dan tanggapan yang salah? Wajarkah UMNO "bersungut" mengatakan orang melayu sudah lupa asal usul, tidak mengenang budi atau pun tidak berterimakasih kepada UMNO yang sudah banyak berjasa?
Wajarkah seluruh bangsa melayu saja yang harus diperingatkan supaya insaf dan sedar akan asal usul serta betapa pentingnya perpaduan demi menjamin kesinambungan bangsa, sedangkan UMNO dan kepimpinannya terus membawa UMNO dan perjuangannya tersisih jauh dari naluri, roh dan jati diri semula jadi bangsa melayu?
Naluri, roh dan jati diri bangsa melayu begitu sensitif dengan apa saja yang berhubungkait agama, bangsa dan tanah airnya. Walaupun melayu itu sedang minum arak, tetapi apabila ada orang lain cuba mencemar agama, bangsa dan tanah airnya, mereka akan bangkit. Itulah sifat semulajadi orang melayu.
Harus diingat naluri, roh dan jati diri perjuangan bangsa melayu sudah dizahirkan secara bertulis di dalam perlembagaan parti mahupun di dalam perlembagaan persekutuan.
Tanya UMNO dan para pemimpinnya hari ini, sejauh mana kamu telah berpegang dengan apa yang telah dizahirkan di dalam perlembagaan yang mana kamu telah pun diamanah dan dipertanggungjawabkan untuk memeliharanya?
Jika persoalan ini dijadikan kriteria utama untuk pemilihan parti yang bakal berlangsung tahun ini, mungkin tidak sampai 10% di kalangan barisan kepimpinan yang ada hari ini layak untuk diberi kepercayaan dan amanah untuk memadankan semula naluri bangsa melayu dengan batang tubuh UMNO, seterusnya memulihkan kembali sokongan bangsa melayu terhadap UMNO.
Untuk mengembalikan penghormatan kaum cina dan India terhadap kepimpinan bangsa melayu jauh sekali la..
Tidak seperti pasca PRU12. Pasca PRU13 tidak kelihatan suasana bimbang, lontaran kritikan mahupun pandangan konstruktif yang berani dari mana-mana pihak terhadap prestasi BN PRU13 dan masa depan parti.
Pasca PRU12 dulu sungguh dramatik, kritikal dan tegang. Tapi, pasca PRU13 kelihatan "business as usual". Macam tiada apa yang berlaku.
Pelbagai kritikan dan desakan dari pelbagai pihak telah dilontarkan khususnya terhadap Perdana Menteri, DS Abdullah Ahmad Badawi, sebaik saja BN gagal menang 2/3 pada PRU12.
Kali ini sungguh pelik. Semua pihak mengambil sikap berhati-hati dan amat berhemah dalam sebarang kenyataan yang ingin dibuat.
Hanya Tun Daim dan DS Zainuddin Maidin yang sedikit keras, tetapi bukan secara langsung terhadap Perdana Menteri. Hanya bercakap "pukul anak sindir menantu". Menyarankan agar Penasihat Perdana Menteri "resign" kerana telah memberi nasihat yang salah kepada Perdana Menteri.
Apa yang "paling membimbangkan" Kepal Nasi ialah "apabila kelihatan tiada kebimbangan" dari mana-mana pihak berkaitan dengan prestasi BN yang semakin melongsor.
Apabila seseorang tiada kebimbangan apabila berkaku sesuatu yang buruk, ini memberi gambaran bahawa seseorang itu tiada keprihatinan terhadap apa yang telah berlaku. Ataupun, ia memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak tahu apa yang sedang berlaku, dan ia juga memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak tahu apa-apa dan tidak nampak apa-apa implikasi masa depan dari apa yang telah berlaku.
They are annoying people.
Jika gambaran ini yang sedang berlaku di kalangan kepimpinan BN, maka hari-hari mendatang buat BN mungkin tidak lagi indah seperti sebelumnya.
Jika gambaran ini yang sedang terjadi di kalangan pemimpin UMNO, maka ia amatlah membimbangkan bagi kedudukan masa depan orang melayu dan agama Islam di negara ini.
Jika gambaran ini yang sedang berlaku di kalangan pemikir-pemikir negara, amat jelas masa depan negara adalah sangat-sangat membimbangkan.
1. Jika kita sudah tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekeliling, itu tandanya kita sedang berada di antara separuh sedar atau hampir koma.
2. Jika kita sudah tidak boleh lagi membaca "apa" kemungkinan yang akan berlaku di masa depan, dan tidak mampu berbuat apa-apa, akibat dari sesuatu musibah dan mala petaka yang sedang terjadi, itu menandakan bahawa kita memang benar-benar sudah berada di dalam keadaan koma.
3. Jika kita sudah tidak mampu lagi menggunakan akal dan anggota badan kita sudah tiada kudrat, dan tidak merasa apa-apa lagi, walaupun daging dan tulang kita dilapah-lapah, itu menandakan roh sudah keluar dari badan dan kita sebenarnya sudah mati atau tidak bernyawa lagi.
Di tahap manakah kita sedang berada kini?
Apakah ditahap separuh koma, koma sepenuhnya atau roh sudah bercerai dari badan?
Atau pun kita masih sehat dan segar bugar?
Ataupun adakah kita hanya sakit pening biasa-biasa saja?
Atau adakah kita sememamgnya sedang sakit kuat tapi kita cuba menafikannya dengan berpura-pura sehat dan melakukan jogging di keliling taman?
Atau, adakah kita sudah mati tapi kelihatan hidup seperti patung-patung di "Madam Tasaud"?
Budak PR memang suka ditipu dan senang ditipu. Kenapa lah keluarga mereka tidak beri tunjuk ajar supaya mereka tidak terus ditipu? Lawak, memang lawak... beribu-ribu berkumpul, menjerit bagai nak rak, last-last report dakwat kekal.. sama macam cerita PI Bala disorok oleh Perdana Menteri dan BN. Beriya tuduh, last-last geng AMK yang sambut PI Bala di lapangan terbang. Lawak..
alkisah cerita perhimpunan blackout!! memang goyang bn!!
hebat! hebat! pukulan perhimpunan blackout selepas pakatan rakyat atau cerita senanglah, anuar ibrahim tak leh terima kenyataan yang dia tak jadi pm, dia tuduh spr tak telus, sebab ada unsur undi tipu atau senang cerita jugalah ada pengundi hantu... dan paling best cerita blackout...
jeng.. jeng.. geng-geng otak hitam pun berkumpul... perhimpunan pertama di stadium kelana jaya, eeeeeee... gerunnya i... habislah bn camni... eeeeeee... di kelana jaya sahaja 38 juta orang hadir...
lepas tu buat kat batu kawan, 25 juta hadir!! gulp....
mr anuar iblahim melambainya pun tangannya ke atas worang ramainya adui..
berikut adalah perhimpunan di seluruh semenanjung, cuma di amcorp mall je tak letak.. malas.. hehe
nak dijadikan cerita, punyalah haram gempak buat perhimpunan blackout, di jaja punya haram power kata memang ada blackout sewaktu penggiraan undi berlangsung, sampai macai sanggup beli t-shirt hitam gelap gelita macam negro semata-mata percaya memang sah blackout berlaku. berhimpun sampai sanggup berhujan panas.
sampai hari-hari perkataan blackout ni dah jadi sinonim, makan, tido, berak, kencing, menguap, tak lekang perkataan blackout ni... sampai ada yang lupa asal usul, lupa keturunan, lupa anak bini.. hehe lupa jalan pulang dan macam-macam lagilah.
maka pada hari di tunggu-tunggu untuk si ketua penipu itu buat laporan polis hal berkaitan penipuan pilihanraya, masa tu semua dah kata "yes yes yes" dah, ada yang melompat-lompat riang di luar balai polis kerana anuar ibrahim akan membuat laporan polis berkenaan bukti panas. siap bertepuk sakan macai-macai dan berkatahabislah kau bn, bukti dah ada dah ni, nak buat report je ni.. habislah kau najib!!!
tup tap tup tap, ingatkan hal blackout yang dia jaja satu malaya tu yang dia laporkan, sekali hanya dakwat kekal yang tak kekal je dia buat report? huk aloh.. keh keh keh... mana cerita dan bukti blackout? bukti 40 ribu bangla? kenapa tak buat laporan sekali wei? hahahahah... terlopong macai.. ada termencarut dalam hati.. shit, aku kena tipu ke camne ni.. hahaha...
anuar ibrahim membuat laporan tentang dakwat kekal yang tidak kekal..
mana ada kekal dakwat ni, kata anuar ibrahim..
jadi kesimpulannya saja nak buat hot je cerita propaganda blackout kau ye, oii dah kalah dah lah, tunggu lah pru14.. huk aloh woii.. hahaha..
Black-out DAP telah menyebabkan 753 pemilih berdaftar DAP dinafikan hak mengundi, kata Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa parti cauvinis DAP ditadbir secara autokratik oleh pemimpinnya dan terhakisnya amalan demokrasi dalam parti tersebut. Selain penafian hak, integriti parti dan pemimpin DAP turut tercemar apabila timbul insiden kesilapan penjumlahan undi yang begitu ketara dan tidak masuk akal. Kesilapan penjumlahan ini mengakibatkan anak tiri berketurunan Cina, Allahyarham Tan Sri Khir Johari, Zairil Khir Johari yang pada mulanya hanya mendapat 305 undi tiba-tiba sahaja memperolehi 803 undi. Black-out DAP nampaknya boleh kurangkan jumlah pengundi dan boleh naikkan jumlah undi dalam sekelip mata. Integriti parti DAP sudah tercemar teruk akibat tregedi ini. Lim Kit Siang dan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng memang patut letak jawatan disebabkan tragedi yang memalukan ini.
KUALA LUMPUR: Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Dis lalu.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.
"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.
Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut.
AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalamMemorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.
Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata...
Minah gampang ni dakwa dirinya tak diberi makan semasa ditahan
on Friday, May 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
Nurul Izzah bukan sahaja meroyan tak boleh masuk Sabah hari ini oleh kerajaan negeri , malah anak Anwar yang kuat fitnah ini juga mahu tarik simpati dengan cara menipu tak diberi makan semasa ditahan .
Anak Anwar ini mendakwa dalam status FB semasa di tahan oleh pihak imegresen dia tidak di beri makan minum.
Walhal yg sebenarnya beliau di beri maknan dan minuman KFC secukupnya seperti dalaam gambar ini...
GPB difahamkan tindakan pihak berkuasa menghalang dia masuk ke Sabah kerana tidak mahu puak-puak nak membuat huru hara sesukahati menghasut pulak rakyat Sabah.
Pakteh petik seketoi-seketoi dari Kedah Times tentang kerakusan pegawai tinggalan Pas yang cuba sedaya upaya kaut apa yang dapat sebelum sendiri ditolak ketepi.
Setelah kerajaan PAS ditolak rakyat pada 5 Mei 2013 dengan undi popular kepada BN sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus, manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus, YAB Menteri Besar yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengarahkan secara terbuka dan melalui arahan dalaman agar perkara-perkara yang merugikan rakyat termasuk penebangan balak dan pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) dihentikan sementara untuk dirujuk dan diteliti.
Dengan tersadainya lori balak dan tiada lagi aktiviti penebangan, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa arahan itu telah dipatuhi.
Tetapi ini tidak berlaku di anak-anak syarikat kerajaan, dimana arahan agar sebarang anugerah projek baru atau mengeluarkan perbelanjaan besar perlu dirujuk ke pejabat Menteri Besar tidak diendahkan.
Dato' Ahmad Shukri
Oleh kerana kerajaan Umno tidak bertindak kejam dan memecat terus lantikan politik, sebagaimana PAS memecat secara terhina Dato' Ahmad Shukri dari golongan profesional pada 2008, ahli politik PAS sehingga kini masih memegang teraju SLC.
Namun, bukan terima kasih yang mereka ucapkan, sebaliknya mereka mengambil kesempatan dengan menganugerahkan projek-projek kepada kroni mereka yang bukan kecil nilainya.
Di KHTP misalnya, projek pembangunan bernilai RM12 juta telah dianugerahkan kepada kontraktor PAS tanpa merujuk pejabat MB tidak sampai 24 jam selepas arahan diterima daripada YAB Menteri Besar. KHTP yang selama ini melaksanakan projek-projek yang 100% dari dana kerajaan persekutuan, sepatutnya lebih memahami prosedur sebaliknya meredah arahan Menteri Besar!
Projek yang telah melalui kajian dan perbicangan semenjak lebih setahun lalu, secara gopoh gapah dianugerahkan kepada kroni PAS iaitu Arkitek Juhari Hashim, walhal Arkitek Farah Sofiah adalah pencadang asal yang bekerja dari mula, ditinggalkan terkontang kanting. Juhari Hashim pula kemudiannya melantik kroni pas antaranya Perunding Mojass dan Perunding K&H untuk melaksanakan projek yang mana lantikannya dibuat tergesa-gesa ini. Jauh sangatkan pejabat MB di Wisma untuk dirujuk?
Perlu disegerakan sangatkan anugerah projek ini, sedangkan prosesnya telah berjalan selama lebih setahun.
Bukanlah siapa mendapat kontrak yang KT pertikaikan, tetapi kenapa engkar arahan YAB Menteri Besar sedangkan projek boleh diteruskan, cuma kenapa lari daripada merujuk kepada Pejabat Menteri Besar? Kenapa?
SLC mungkin perlu dirombak secepat mungkin agar harapan rakyat yang telah menolak mereka ditunaikan.
Selamatkan Kedah Sekarang.
Kata Pakteh: Perlukah dikekalkan orang sebegini?.
You are subscribed to email updates from Betoika blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.