Selasa, 29 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 29 Mar 2011 09:54 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


PAS saran kerajaan kaji jimat belanja pilihanraya

Posted: 29 Mar 2011 03:22 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kerajaan BN disaran agar memikirkan langkah penjimatan pada pilihan raya akan datang bagi mengelakkan pembaziran wang negara.

Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berkata,setiap kali berlaku pilihan raya kecil, menanggung perbelanjaan yang sangat tinggi.


"Apakah ada cadangan daripada pihak kerajaan untuk langkah-langkah penjimatan sebab kita melihat bagaimana setiap kali pilihan raya akan menelan belanja ratusan juta ringgit.

"Ini merupakan kos yang sangat tinggi yang akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.


Beliau turut mendakwa, setiap kali PRK BN akan melakukan projek segera yang membawa kepada pembaziran.

"Adakah kajian sudah dibuat terhadap projek-projek segera yang dilaksanakan semasa pilihan raya?

"Contohnya seperti yang berlaku di Tenang, jalan raya diturap pada musim hujan.


"Apabila banjir, tar yang diturap itu terkopak. Ini satu pembaziran," katanya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun secara sinis berkata, tiada siapa dapat menjangkakan keadaan cuaca.

"Kita turap jalan raya hari ini, esok turun hujan mana kita nak tahu.


"Lainlah kalau Rantau Panjang boleh telefon terus ke atas tanya hujan turun ke tidak," katanya.

Kedengaran Siti Zailah menjawab dengan mengatakan jalan memang diturap ketika hujan turun.

Sebelum itu, Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) meminta Perdana Menteri menyatakan kos yang terpaksa dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil semenjak pilihan raya umum ke-12.

Beliau juga ingin tahu sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil, sebaliknya menggantikannya dengan kaedah lain.


Menteri dalam jawapannya memberitahu, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan pilihan raya kecil kerana ianya termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Tapi kalau lepas ini (April) ada lagi wakil rakyat mati, tak kisahlah. Dah tak perlu buat pilihan raya," katanya.

Mat Sabu tak tergila nak tengok video macam pemimpin UMNO.

Posted: 29 Mar 2011 03:20 AM PDT

KULIM, 29 Mac: "Aku tidak tergila-gila nak tengok video tu macam pemimpim-pemimpin Umno," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu memulakan ucapannya ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa di Dewan Bandaran Kulim, malam tadi.

Intronya disambut tepukan gemuruh dan gelak ketawa hadirin yang telah memenuhi ruang dewan walaupun hujan turun dengan begitu lebat sebelum majlis bermula lagi.


Beliau yang merujuk kepada isu video seks lucah yang sedang diperkatakan mendakwa pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Umno dan BN kebelakangan ini.

Katanya lagi, adalah satu sejarah kepada negara apabila parti pemerintah menaja video lucah dalam negara, tetapi tiada tangkapan dan dakwaan yang dibuat samada terhadap pelakon, pengedar, pemilik maupun yang menayangkan video tersebut.


Menurutnya lagi, apabila keadilan sudah tidak menjadi keutamaan dalam pentadbiran sesebuah negara, maka rakyat menjadi mangsa kezaliman yang tidak adil oleh penguasa tersebut.

"Kita boleh membuat perbandingan apabila mereka bersungguh-sungguh memaksa pimpinan dari PR untuk menonton video yang telah mereka-reka dan rencana itu. Mana mungkin tiada agenda kalau bermati-matian, memaksa orang lain supaya tengok video tu.


"Kerajaan jangan cuba memperbodohkan rakyat. Jangan cuba nak cucuk hidung kita dan ditarik tali. Rakyat boleh bezakan mana yang dirancang dan mana satu yang asli," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan supaya segera melaksanakan keadilan dalam sistem pilihan raya dalam negara sepertimana yang menjadi tuntutan sehingga 1 Mei ini.

"Rakyat dah beri masa yang begitu cukup kepada kerajaan untuk menjalankan tugas mereka mengendalikan pilihan raya dengan cara adil dan telus. Empat perkara yang dituntut dalam pilihan raya mesti mereka tunaikan sepertimana tuntutan.


"Jika mereka engkar sehingga 1 Mei nanti, maka saksikan kebangkitan rakyat pada bulan Jun ini yang akan memenuhi ruang jalan-jalan raya menuntut supaya keadilan dilaksanakan terhadap sistem pilihan raya yang berat sebelah dalam negara, " ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, demokrasi bukan milik Umno dan BN sahaja. Demokrasi mesti diterima pakai untuk semua rakyat negara ini. Ia perlu diaplikasikan secara total dalam semua aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan keadilan.


Katanya lagi sejarah yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya kini harus menjadi sandaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk melihat bagaimana kemarahan rakyat boleh menumbangkan sebuah kerajaan yang telah lama memerintah.


"Tengok dan ambil iktibar apa yang berlaku di negara-negara tersebut. Jangan asyik beri amaran kepada rakyat. Lebih parah jika rakyat memberi amaran kepada pemerintah yang zalim seperti Umno dan BN," tambah beliau lagi.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 29 Mar 2011 09:27 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Konspirasi III Kuala Pilah 5 April 2011

Posted: 29 Mar 2011 06:17 PM PDT

Ceramah pendedahan Konspirasi III di Kuala Pilah 5 April KEADILAN Cabang Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah 'Pendedahan Konspirasi III' di Pejabat Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Jemapoh pada jam 9 malam 5 April 2011 (Selasa) ini. Antara yang dijadual menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff. Timbalan Ketua Cabang itu, Hazman Hashim berkata, orang ramai yang berminat mengetahui pelbagai penerangan dan pendedahan mengenai isu tanah air termasuk konpirasi video seks palsu, dipelawa hadir Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10128

Dr Azman Ibrahim

Posted: 29 Mar 2011 07:56 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Posted: 28 Mar 2011 10:50 PM PDT

Bangunan SPRM yang sedang dalam pembinaan di Kota Bharu. Semoga fungsinya sehebat binaannya sepadan dengan duit rakyat yang dihabiskan

Demi pembangunan, wajarkah titik peluh rakyat dipersiakan?

Posted: 28 Mar 2011 10:48 PM PDT

Tanah RTB Banggol, mangsa projek kolam udang
Tiada siapa yang bernama manusia yang tidak inginkan kemajuan dan pembangunan. Ini adalah naluri dan keinginan fitrah semulajadi manusia yang sentiasa ingin maju ke hadapan. Walau siapa pun yang berada ditampuk pemerintahan dan kekuasaan, tidak dinafikan, pembangunan antara agenda tumpuan utama pemerintah, hatta kerajaan komunis yang tidak bertuhan sekalipun.

Rakyat juga  sedia memahami dengan penuh kewarasan, antara keperluan utama pembangunan adalah tanah yang mungkin tanahnya memang sedia milik kerajaan, atau mungkin milik rakyat yang menjadi tempat mencurahkan titik peluh mencari rezeki serta menumpang berteduh atau ianya mungkin milik kerajaan tetapi telah diduduki oleh rakyat sendiri berpuluh tahun lamanya. Alasan serta sebabnya mungkin pelbagai sehingga rakyat terpaksa menjadi penghuni tanah haram menjangkau hampir dua generasi lamanya di tanahair sendiri, di negeri dan negara yang dipimpin oleh bangsa sendiri.

Seakan sinonim, setiap kali berlaku pengambilan tanah rakyat untuk untuk apa jua alasan termasuk alasan skeptikal bagi keperluan pembangunan selalunya ia diiringi dengan episod yang tidak mengembirakan terutamanya di pihak yang lemah, rakyat! Tambah menyedihkan lagi sekiranya tanah yang telah diduduki dan diusahakan rakyat selama berpuluh tahun lamanya itu belum berjaya mendapat surat hak milik yang sah atau dengan istilah lain rakyat menduduki dan mengusahakan tanah secara haram.

Soal bayaran pampasan yang tidak munasabah malah kadang-kadang tanpa sebarang pampasan, masalah penempatan semula, kehilangan punca pencarian, ketidak mampuan untuk memiliki kediaman baru adalah antara isu yang sering berulang malah terus berulang.

Setiu antara kawasan yang banyak menyimpan memori duka di sebalik kisah pengambilan (baca perampasan) tanah. Antara yang tragis, tragedi November 2007.
Rakusnya kerajaan BN pimpinan Idris Jusoh yang merampas tanah-tanah, dan merobohkan rumah-rumah rakyat di RTB Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Langkap dan Belimbing Api, Jabi. Kebun-kebun penduduk dimusnahkan, rumah-rumah yang dibina seadanya oleh rakyat bawahan dengan harapan di situlah mereka boleh membina kehidupan keluarga  diruntuhkan dengan angkuhnya oleh kakitangan Pejabat Tanah Setiu arahan dari Kerajaan Umno dengan kawalan ketat pihak polis, tentu juga dengan arahan Umno. Alasannya remeh, rakyat menduduki tanah kerajaan secara haram. Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato' Seri Haji Idris Jusoh juga bertekad meneruskan tindakan zalim, membatal serta merampas semula tanah-tanah rakyat di bawah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan PAS di seluruh negeri dengan alasan kononnya Lesen Menduduki Sementara (LMS) itu telah tamat tempoh.

Kira-kira 500 orang yang berada di Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu ketika tragedi 19 November 2007 tentunya tidak lupa ketika mereka turut mengalirkan air mata dan menangis menyaksikan bagaimana seorang anggota tentera, Khalid Shaari, pemilik rumah yang masih lengkap berpakaian uniform tentera sampai di tapak rumah dan kelihatan sebak dan menangis setelah merakamkan runtuhan rumahnya itu. Rumah Khalid dirobohkan oleh Pejabat Tanah Setiu atas alasan meneroka tanah secara haram padahal Khalid mendapat tanah itu dari kerajaan negeri sebelum ini, yang ditadbir oleh PAS ketika itu.

Kerajaan Umno/BN Terengganu jangan buat-buat lupa bahawa mereka berhutang dengan rakyat atas kezaliman dan kerakusan mereka. Rakyat Terengganu tidak akan memaafkan kerajaan pimpinan Umno walaupun Menteri Besarnya telah berubah kerana MB Ahmad Said juga antara watak penting di sebalik runtuhnya Masjid Bujal, Kemaman.
Antara yang terkini, Pembangunan projek i-SHARP (Taman Akuakultur Udang Bersepadu), Setiu telah  mengakibatkan lebih 60 orang peserta RTB Kubang Labi, Banggol Permaisuri kehilangan tanah  yang telah diimarahkan bertahun-tahun dan menjadi sumber pencarian rezeki keluarga termasuklah Lot tanah yang dimiliki oleh Pengerusi JKKK Kampung Banggol. Lot-lot tanah RTB ini yang berkeluasan 1 hektar bagi setiap lot adalah antara jasa tinggalan kerajaan PAS sebelum ini. Diagihkan kepada rakyat yang berkelayakan walaupun mereka ahli Umno.

Dalam melaksanakan projek udang berkeluasan kira-kira 1,000 hektar (2,400 ekar) ini yang merangkumi kawasan Kampung Nyatoh dan Kampong Banggol, Kerajaan Negeri  Terengganu telah menganugerahkan tanah berkeluasan tersebut dengan taraf pajakan selama 30 tahun kepada pemaju, Blue Archipelago Berhad, termasuklah tanah RTB yang sedang diusahakan dengan aktiviti pertanian dan penternakan oleh penduduk. Asalnya kerajaan negeri seolah-olah memberi lesen untuk pemaju menjalankan kerja termasuklah memusnahkan kebun dan tanaman penduduk tanpa apa-apa bayaran! Alasannya, tanah itu adalah milik kerajaan dan rakyat adalah peneroka haram tanah kerajaan. Kemudian, atas ihsan pihak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pembinaan, peserta RTB ditawarkan RM500 untuk setiap lot tanah.  Sungguh satu penghinaan kepada rakyat yang tak berdaya.

PAS Kawasan Setiu mengambil tindakan tegas menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dinamakan i-BANTAH, berperanan sebagai orang tengah antara penduduk dengan pemaju, rapat umum bantahan telah dibuat, perundingan demi perundingan dilakukan dengan pemaju akhirnya mereka bersetuju untuk membayar pampasan dengan nilai yang dijanjikan setimpal dengan penat lelah, kehilangan mata pencarian dan hasil yang sedang disusahakan. Janji pemaju kepada saya selaku Pengerusi i-BANTAH, nilainya mencecah jutaan ringgit. Penduduk menunggu dengan penuh harapan.

Akhirnya mereka dipanggil ke pertemuan dengan pihak Pentadbir Tanah Setiu di Suria Beach Resort, Merang kira-kira 3 bulan yang lalu. Agendanya, kononnya perbincangan berkenaan pampasan tanah yang akan diambil untuk projek udang. Tapi ternyata rakyat sekali lagi diperbodohkan. Tidak ada sebarang perbincangan berlaku sebenarnya. Pegawai dari Pejabat Tanah Setiu hanya bercakap seorang diri, syok sendiri tanpa memberi peluang penduduk bersuara. Berulang kali beliau menayangkan, buku hijau 'Kanun Tanah Negara' dengan menegaskan juga secara berulang kali beserta nada penghinaan bahawa penduduk adalah penceroboh tanah kerajaan yang sebenarnya tidak layak mendapat sebarang pampasan atau saguhati. Tapi atas ihsan dan belas kasihan, mereka akan dibayar RM5,000 seorang untuk tanah yang diusahakan dan RM3,000 seorang untuk tanah yang tak diusahakan. Sebahagian besarnya cuma mendapat RM3,000. Kata Pegawai Pejabat Tanah tersebut, inilah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh pemaju. Mana mungkin ada orang yang waras boleh bersetuju dengan nilai pampasan ini setelah menerima penghinaan sebegitu termasuk juga Pengerusi JKKK Banggol yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Atas nama Pengerusi i-BANTAH, lantas saya menghubungi peguam pemaju entah untuk kali yang keberapa bertanyakan hal pertemuan ini. Tanpa beliau mengetahui, maklumat lengkap tentang pertemuan telah ada di tangan saya, beliau cuba berdalih dengan menyatakan pertemuan itu telah berlangsung dengan jayanya dan kata sepakat telah diambil. Saya nyatakan, "Maaf Tuan Loyar. Tuan tidak bercakap benar. Pertemuan itu sebenarnya berakhir tanpa nokhtah dan keputusan. Peserta RTB dihina dan dipaksa menerima saguhati yang kononya adalah atas dasar belas kasihan. Mana yang tuan janjikan kepada saya pampasannya bernilai jutaan ringgit? Kalau RM5,000 untuk 60 peserta baru RM300,000. Itu pun ramai yang terima Cuma RM3,000." Sikap dolak dalihnya mula terdedah. Katanya, inilah jumlah nilai saguhati yang dinilai oleh Pejabat Tanah Setiu, sedangkan pegawai Pejabat Tanah Setiu menyatakan, inilah nilai yang setuju dibayar oleh pemaju. Siapa yang benar dalam hal ini atau kedua-duanya pembohong untuk melepaskan diri. Siapa yang menjadi mangsanya? Masih rakyat bawahan. Atas kebenaran siapakah, pemaju boleh melakukan semua ini? Jawabnya, atas lesen yang diberikan kerajaan Umno Terengganu.

Terkini adalah tragedi di Kampung Kepala Gajah, Jabi. Penduduk yang menerokai tanah kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu di Kampung Kepala Gajah, Jabi, Setiu bakal kehilangan rumah, tanaman dan tanah tersebut. Tanah yang diusahakan dan didiami penduduk terbabit seluas 42 ekar itu kini dipercayai telah dikuasai oleh pihak swasta bagi tujuan pembangunan. Pihak kontraktor yang mendakwa tanah-tanah penduduk  di Kepala Gajah ini telah dibelinya dari kerajaan negeri dengan harga RM40,000 seekar walaupun apabila diminta oleh penduduk, mereka gagal menunjukkan sebarang bukti pembelian atau hak milik. Lebih tragis, tanaman dan rumah penduduk ingin dimusnahkan tanpa mereka menerima satu sen pun pampasan. Sungguh suatu kezaliman yang tiada taranya kalaulah benar persoalan tanah kerajaan yang telah diimarahkan oleh penduduk sejak dua generasi, sudahlah tiada tindakan diambil untuk pemberian hak milik yang sah, dijual pula kepada kontraktor yang berkepentingan. Tidak ada sebarang label projek didirikan walaupun jentolak mereka mula bekerja untuk 'menyodok' kebun getah penduduk. Dulu khabarnya ingin didirikan sebuah kem PLKN, tetapi maklumat dari sumber yang boleh dipercayai memaklumkan projek kem PLKN telah dibatalkan atas alasan ketidak sesuaian lokasi. Lantas projek apa yang ingin mereka dirikan masih menjadi tandatanya. Benarkah mereka telah membeli tanah tersebut dari kerajaan negeri kerana mereka kelihatannya kebal, atau ada tokoh politik berkepentingan di belakang mereka?

Ingatan yang sama ingin saya berikan sebagaimana yang pernah saya ingatkan kepada pemaju i-SHARP. Kesabaran penduduk ada batasnya. Kalau kita ingin datang bekerja di tempat orang, jangan kita berlagak seperti koloni yang menindas penduduk setempat. Ketegangan jangan dicari. Mereka memang lemah. Tapi cukup menakutkan apabila orang yang lemah dan dizalimi mengadu kepada Allah. Doa mereka tiada hijab.
Kita telah lama merdeka. Bumi bertuah anugerah Allah ini adalah adalah amanah untuk diuruskan dengan sempurna oleh mereka yang dipinjamkan kuasa sementara di dunia ini demi keharmonian hamba-hamba Allah yang menumpang tinggal.

Sejarah tentunya tidak dapat dibohongi apabila sepanjang satu penggal pemerintahan, kerajaan  PAS berjaya memproses 120,000 permohonan tanah dan  meluluskan 65,000 lot Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk rakyat Terengganu. Kerajaan PAS juga telah juga  meluluskan dan memberi hak milik ke atas tanah 'haram', yang diimarahkan rakyat sejak puluhan tahun. Rakyat diberi hak mendapat tanah tempat tinggal dan tanah pertanian milik sendiri. Dasar ini menyelamatkan rakyat daripada rasa bimbang dan dukacita, yang berterusan sejak empat puluh tahun pemerintahan BN.

DUN CHINI

Posted: 29 Mar 2011 07:45 PM PDT

DUN CHINI


KITA GEMPUR PERLIMEN PEKAN ( SIRI LAWATAN DI PAS SHAH ALAM )

Posted: 29 Mar 2011 12:33 PM PDT

Turut hadir bersama ialah Ketua Muslimat Pusat








KITA GEMPUR PERLIMEN PEKAN ( LAWATAN KE PEJABAT HARAKAH )

Posted: 29 Mar 2011 12:24 PM PDT

Terima kasih dari kami semua rombongan dari PAS Pekan kerana memberi layanan yang sempurna dan penerangan yang sangat baik lagi berguna.





N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 29 Mar 2011 07:18 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Ceramah 'Kenapa Bob Lokman Sertai PAS' Di DUN Sura, Dungun 1 April

Posted: 29 Mar 2011 07:08 AM PDT

DUNGUN 29 Mac, Selasa - Penulis Lirik Terbaik, lagu Isabella persembahan kumpulan Search, Anugerah Juara Lagu TV3 1989, Mohd Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman, 46, akan menyampaikan ceramahnya di Perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate, di sini.

Di sebelah petangnya pada hari yang sama,1 April, Jumaat di Mayangsari Resort, Dungun beliau memenuhi undangan Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Dungun di majlis 'Santai Bersama Bob Lokman', satu program berbentuk makan sambil menderma.

Menurut Ketua Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail, turut menyampaikan ceramah bersama Bob Lokman ialah Ustaz Riduan Mohd Noor, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Timbalan Ketua DPP Pusat, Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan YDP PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

"Beberapa isu semasa terkini bakal dikupas oleh para penceramah pada malam tersebut bermula dari hal konspirasi ciptaan BN melalui watak Datuk T sehinggalah isu-isu menjelang pilihan raya Sarawak dan lain-lain isu yang sepatutnya didengar sendiri khususnya oleh para penduduk sekitar DUN Sura ini," ujar beliau yang mengharapkan cetusan isu yang bakal dikemukakan oleh para penceramah mampu memberi penjelasan secara langsung terhadap tohmahan yang dilemparkan oleh pihak BN melalui media yang dikuasai oleh mereka.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 29 Mar 2011 07:16 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Dijangka lebih 100 buah rumah terjejas akibat ribut.

Posted: 29 Mar 2011 01:43 AM PDT

bilik darjah tidak digunakan SJKC Eik Choon
29 Mac 2011,Alor Setar: Ribut yang melanda lewat petang semalam menyebabkan berpuluh-puluh buah rumah terjejas teruk. Kejadian berlaku sekitar pukul 6 petang di beberapa daerah sekitar Kuala Kedah,Pokok Sena dan lain-lain tempat.Lebih dari 100 buah rumah dilaporkan terjejas akibat bencana tersebut sekitar kawasan Pengkalan Kundor, manakala lain-lain tempat belum dipastikan sehingga kini.

Tinjauan bersama Exco Perumahan, Dato' Hj. Phahrolrazi Zawawi ke lokasi kejadian mendapati kebanyakan bumbung rumah diterbangkan angin dan mengalami kerosakan pada struktur binaan rumah.Kebanyakan perkakas rumah di bahagian atas juga rosak disebabkan terkena air hujan.

YB Phahrolrazi ketika ditemui sebagai berkata,"Semua ahli MKK dan Penghulu di setiap kawasan telah digerakkan untuk mengenalpasti bilangan mangsa yang terlibat dan mangsa yang terjejas teruk bagi membolehkan bantuan kecemasan disampaikan dengan kadar segera sementara menanti bantuan susulan dari Kerajaan Negeri".

sumbangan diterima Penolong Kanan
SJKC Eik Choon. 
posisi atas bangunan.

Katanya lagi, mangsa juga digesa melaporkan masalah kepada Penghulu kawasan bagi mengelak sebarang keciciran berlaku,berikutan keadaan cuaca tidak menentu yang menyukarkan tugas tinjauan.

Lawatan seawal pagi ke Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Eik Choon Bt.6, bagi melihat kerosakan bangunan yang menyebabkan satu kelas tidak dapat digunakan semasa sesi persekolahan berlangsung. Maklumat diketahui hasil aduan dari Pihak Sekolah tersebut.

Mangsa ribut
mendengar keluhan masalah.

Dalam pada itu, mangsa di sekitar Kg Alor Ibus juga mendapat perhatian hasil kunjungan YB Phahrolrazi ke kawasan terbabit. Antara mangsa seorang warga emas ketika dikunjungi sedang membersih dan mengalih barangan dari terkena hujan akibat kerosakan bumbung rumah.

Sumber melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakan (JKM ) juga sedang giat melakukan bancian terhadap mangsa ribut di beberapa kawasan terlibat. Orang ramai yang terjejas  akibat ribut diminta memberi maklumat diri seperti Nama Penuh, Alamat dan No. Kad Pengenalan kepada  Ahli MKK dan Penghulu kawasan masing-masing untuk tindakan segera.




Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Mar 2011 03:22 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


VEDIO SEKS : MANA HARUSSANI... JADI 'SYAITAN BISU'] KAH?

Posted: 28 Mar 2011 05:50 PM PDT

SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bukan gambar tu) menyifatkan pemimpin agama sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh "Datuk T" awal minggu lalu amat dikesali.

Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.

"Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu," kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Menurut Hadi, pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu disifatkan beliau sebagai "permainan politik" kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam bahkan ia bercanggah dengan amalan demokrasi yang diamalkan manusia sejagat.

"Kita sedang mengalami satu kecelaruan yang amat menakutkan di seluruh dunia dan apa yang berlaku ini wajib untuk kita lakukan perubahan," katanya.

Mukjizat Al Quran dan Matematik

Posted: 28 Mar 2011 05:45 PM PDT


Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya "The Series Of The Scientific Miracles In Qur'an" memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur'an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.


Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur'an :

¶ Solat – 5 kali

¶ Dunia - 115 Kali : Akhirat – 115 Kali

¶ Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali

¶ Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali

¶ Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali

¶ Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali

¶ Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :

¶ Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali

¶ Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali

¶ Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali

¶ Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali

¶ Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali

¶ Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali

¶ Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali

¶ Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali

¶ Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali

¶ Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali

¶ Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali

¶ Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali

¶ Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali

¶ Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali

¶ Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali

¶ Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali




v LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45

Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus

Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus

JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %



Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT.

KU LI HINA ORG CINA: "ORG CINA MINAT PERJUDIAN LOTERI"

Posted: 28 Mar 2011 05:40 PM PDT

Ku Li wajib minta maaf secara terbuka kepada masyarakat Cina di seluruh Malaysia.

GUA MUSANG, 28 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS Kelantan mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan sebagai tindakan terburu-buru.

"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 17 Mac lalu yang meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji semula pengharaman loteri ''big sweep'' di negeri itu.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lepas.

DAP dan MCA membantah tindakan berkenaan dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya. – Bernama

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Mar 2011 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 !

Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT

Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ?
Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

sumber: blog-list Malaysia

MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 !

Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT

Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ?
Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

sumber: blog-list Malaysia

MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 !

Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT

Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ?
Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

sumber: blog-list Malaysia

MEMANG MALAON AKA PENYAMUN TARBUS, HARGA RM 700JUTA BOLEH DAPAT 6, KAU BELI RM6BILION DAPAT 2 !

Posted: 29 Mar 2011 09:34 AM PDT

Kapal selam: Thailand beli 6 buah bernilai RM770,000,000 manakala Malaysia beli dua buah bernilai RM6,700,000,000 ?
Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206?

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli 6 buah kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta bersamaan 7.7 bilion baht.

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.

sumber: blog-list Malaysia

DENGAN ANWAR DAKWA DAKWI, DENGAN VIDEO DATUK T NAK KOMEN BISU MACAM ORANG MATI

Posted: 28 Mar 2011 09:57 PM PDT

Yusof Qaradawi, Sheikh Taha sedia jadi saksi untuk Anwar

KUALA LUMPUR: Dua ulama terkemuka dunia bersedia menjadi saksi bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu pluralisme.Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang menyiasat ucapan Anwar di London School of Economics tahun lepas kerana didakwa kononnya mempromosi pluralisme
.

Menurut Anwar, nampak jelas Jamil tidak memahami maksud pluralisme dan tidak membaca ucapan beliau. "Pluralisme bukan bermakna kita menghina atau merendahkan kekuatan Islam.Sebaliknya ia adalah fahaman yang mempromosi toleransi dan berbaik-baik antara agama dalam dunia," kata beliau.Menjawab satu soalan Anwar berkata sekiranya kerajaan ingin mendakwa beliau ke Mahkamah Syariah, itu hak mereka. "Dua ulama terkemuka dunia Yusuf al-Qaradawi dan Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani sudah menyatakan kesedian menjadi saksi sekiranya kerajaan mendakwa saya di Mahkamah Syariah," tambah Anwar.

Tindakan Jamil menyiasat Anwar menyerlahkan hipokrasi kerajaan BN kerana sebelum ini Jamil juga menghalang pelaksanaan qazaf dalam kes melibatkan dakwaan Saiful Bukhari Azlan terhadap Anwar.
-keadilandaily-

BEKAS NAIB PRESIDEN BELIA M'SIA CADANG MANSUH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN ! KENAPA ? BACA SENDIRI

Posted: 28 Mar 2011 05:55 PM PDT

KBS: UBAH DASAR, BUKAN KOSMETIK
Sebagai bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, saya mengalu-alukan hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin melakukan perubahan ke atas Kementerian Belia dan Sukan. Saya amat berharap agar perubahan ini adalah sesuatu yang bersifat mendasar, dan bukannya perubahan kosmetik saja. Sebelum ini saya pernah mencadangkan beberapa perubahan yang difikirkan perlu. Dalam tulisan "Mansuhkan Kementerian Belia dan Wanita" pada 8 April 2009, saya berhujah:
Sebagai tambahan kepada apa yang saya tulis sebelum ini, biarlah saya menambah bahawa Kementerian Belia dan Kementerian Wanita elok juga dimansuhkan. Cadangan memansuhkan Kementerian Belia bukanlah sesuatu yang baru. Sewaktu menjadi Setiausaha Agung MBM, saya pernah menyarankan agar kementerian ini dimasuhkan.
Alasan saya ialah belia dan wanita adalah kelompok sasar yang bersifat cross-sectoral. Isu belia dan wanita ada dalam bidang pelajaran, pekerjaan, ekonomi, keusahawanan, pelancongan, sains dan teknologi, keselamatan dan lain-lain. Oleh itu, ia tidak wajar dilihat sebagai peranan Kementerian Belia atau Kementerian Wanita semata-mata.
Isu-isu tumpuan yang digariskan dalam World Programme of Action for Youth (WPAY) yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1995 dan 2007 (WPAY+5) adalah bersifat cross-sectoral dan memerlukan penglibatan semua kementerian dan agensi kerajaan. Adalah tidak adil untuk membebankan satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Belia untuk menangani kesemua isu-isu ini.
Di Filipina, tidak ada Kementerian Belia. Begitu juga di banyak negara lain. Kerajaan mewujudkan National Youth Commission atau Suruhanjaya Belia Kebangsaan yang diletakkan di bawah Pejabat Presiden. Hal yang sama ingin saya cadangkan di negara ini. Ia boleh diketuai oleh seorang Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yang berumur bawah 40 tahun (mengikut Dasar Belia Negara). Ahli-ahli suruhanjaya ini juga boleh dilantik dari kalangan belia yang mewakili pelbagai bidang strategik seperti pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan lain-lain.
Fungsi suruhanjaya ini ialah menentukan arahtuju, membuat dasar dan melakukan koordinasi program-program pembangunan belia melibatkan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri dan PBT. Suruhanjaya ini diletakkan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Perdana Menteri. Struktur yang sama boleh digunapakai untuk wanita.
Saya fikir ini ialah salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh Najib dalam usaha melakukan perubahan dan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.
Sementara itu, dalam tulisan saya bertajuk, "Mantapkan Perjuangan Belia" pada 7 Januari 2010, saya menulis:
Selain itu, saya juga meminta kerajaan untuk menimbangkan cadangan saya terdahulu untuk menubuhkan Suruhanjaya Belia Kebangsaan (National Youth Commission) bagi menggantikan Kementerian Belia. Pengerusi dan anggota suruhanjaya ini hendaklah terdiri dari mereka di bawah usia 40 tahun agar selari dengan akta yang diwujudkan. Kalau pun ini tak dapat dilakukan, saya mencadangkan kepada Perdana Menteri akan melantikan menteri dan timbalan menteri di KBS bawah usia 40 tahun.
Saya kesal kerana saya pernah menulis surat kepada bekas Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ada perwakilan belia bawah umur 40 tahun menduduki pelbagai suruhanjaya dan jawatankuasa peringkat kebangsaan, namun jawapan yang diterima mengecewakan. Sampai sekarang tidak ada anggota bawah umur 40 tahun dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia serta pelbagai suruhanjaya dan "advisory council" yang lain. Adakah anak muda kita tidak ada kemampuan?
Ketiga, akta ini juga menentukan bahawa pendaftaran pertubuhan belia dibuat di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), dan bukannya Pendaftar Pertubuhan (ROS) seperti sebelumnya. Sewaktu perbincangan deraf akta, saya membantah penubuhan ROY. Alasan saya mudah, KBS hendaklah bertindak sebagai pembimbing, bukannya "polis" kepada pergerakan belia. Peranan KBS lebih bersifat "delevopmental", bukannya "enforcement." Pegawai-pegawai kanan KBS memberikan jaminan bahawa mereka memahami apa yang saya sebutkan dan itu jugalah aspirasi mereka. Kalau begitu, baguslah. Saya akan memerhatikan dan menentukan ia dilakukan dengan betul seperti dijanjikan.
Sebagai langkah awal, saya ingin mencadangkan agar KBS dan Jabatan Belia dan Sukan tidak mengadakan aktiviti secara langsung. Berikan tugasan dan peruntukan melaksanakan aktiviti ini seluruhnya kepada semua pertubuhan belia (peringkat kebangsaan, negeri, daerah atau kampung). Biar mereka semarakkan aktiviti. Tugas KBS ialah pantau dan tentukan aktiviti-aktiviti ini memenuhi spesifikasi yang dipersetujui bersama. Pegawai KBS usahlah berebut hendak menganjurkan aktiviti dengan persatuan belia. Cukup mainkan peranan sebagai pembimbing seperti yang disebutkan terdahulu.
Tentunya, sebagai orang di luar gelanggang, saya hanya dapat memberikan pandangan. Saya sudah melaksanakan apa yang patut dilakukan. Sekarang terserahlah kepada kepimpinan baru MBM untuk meneruskan agenda perjuangan.
Sekiranya mereka inginkan pandangan, saya katakan bahawa perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengkaji semula Dasar Belia Negara dan Dasar Pembangunan Belia Negara yang sudah lebih 20 tahun diperkenalkan, tanpa kajian semula (review). Rancangan Malaysia pun dikaji 5 tahun sekali, tetapi dasar belia masih tidak berubah.
Saya pernah menghantar SMS kepada Menteri Belia ketika itu dan jawapan yang saya terima ialah beliau sedang meneliti dasar tersebut. Menteri Belia itu pun sudah bertukar kementerian. Saya tak pasti adakah Menteri Belia yang baru juga sedang meneliti dasar tersebut dan berapa lama lagikah masa yang diperlukan untuk "meneliti."
Apabila saya mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Belia supaya pembangunan belia bersifat cross-sectoral (merentasi sektor), ada orang marah kepada saya seolah-olah saya mencabar kemampuan Menteri Belia.
Ada juga yang bertanya, berapa banyak suruhanjaya nak ditubuhkan. Saya ingin bertanya, apakah masalahnya kita menubuhkan suruhanjaya? Kalau kita boleh menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang akan menguruskan pengangkutan awam darat (public land transport) yang kini diuruskan oleh pelbagai kementerian dan agensi, apakah susah sangat nak tubuhkan Suruhanjaya Belia?
Maaf cakap, pendekatan kita sekarang sudah lapuk. Struktur Kementerian Belia yang ada sekarang menjadikan isu-isu pembangunan belia sebagai hak ekslusifnya, sedangkan isu-isu pembangunan belia jauh lebih besar daripada apa yang ada di kementerian itu!

SUBHANALLAH ! ALHAMDULILLAH !

Posted: 28 Mar 2011 03:46 PM PDT


SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 29 Mar 2011 01:17 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Nazri vs MCA ....

Posted: 28 Mar 2011 07:38 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 29 Mar 2011 01:04 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Gambar XPDC Pas Caw.Kota Kemuning ke Gunung Cenuang.

Posted: 29 Mar 2011 12:32 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 29 Mar 2011 10:14 AM PDT

KHIDMAT MERU


SPIES IBUBAPA CEMERLANG

Posted: 29 Mar 2011 01:29 AM PDT






Seramai 40 orang ibubapa telah terpilih ke kursus SPIES IBUBAPA CEMERLANG di Hotel Gold Course Klang selama 2 hari 1 malam. Kursus anjuran bersama PKM Dun Meru dan Exco Pendidikan adalah secara percuma. Diantara pengisian program ini adalah teknik keluarga bahagia dan anak cemerlang dan soleh. YB Dr Hj Abd Rani bin Osman yang menutup program ini menyarankan semua yang terlibat mestilah membuat perubahan total dengan membawa Islam dalam keluarga mereka.

i n t a n h i j a u

Posted: 29 Mar 2011 07:54 AM PDT

i n t a n h i j a u


KEZALIMAN TANDA BERLAKU PERUBAHAN POLITIK

Posted: 29 Mar 2011 03:08 AM PDT


SHAH ALAM, 29 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kezaliman yang sedang melanda negara adalah tanda-tanda awal perubahan politik yang besar akan berlaku tidak lama lagi.

Kerana itu, beliau menyeru rakyat mesti bersatu untuk bangkit untuk buat perubahan setelah semua parti-parti politik dalam PR sudah berpakat dan kini mahu sokongan padu dari rakyat dan yakin rakyat berani untuk membuat perubahan demi kesejahteraan negara.

Menyentuh tentang fitnah jahat, Abdul Hadi menghuraikan isu dengan fakta dan menyeru masyarakat dan rakyat negara ini untuk sama-sama bangun menyokong Pakatan Rakyat yang sudah bersetuju untuk menggantikan BN memerintah negara.
"Dalam hal ini, kezaliman yang dilakukan adalah tanda kerajaan sudah nyanyuk, demi mengekalkan kuasa dengan menang pilihan raya, mereka sanggup melakukan apa sahaja.

"Kerana itu rakyat jangan terlibat dalam kerja ini, pengamal media dan perakam perlu ingat, kerja mereka menulis untuk memfitnah ini adalah dosa yang panjang walaupun mereka sudah meninggal dunia, jangan hanya memikirkan soal wang sahaja.

"Semua tamadun tidak berguna jika keseluruhan sistem dalam sesebuah negara dipenuhi dengan derita kezaliman yang dirasai oleh rakyat, rintihan mereka tidak didengar dan ingatlah, semua kerajaan itu tidak kekal," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Mengenai tindakan menayangkan video seks di hotel, bukan di mahkamah, awal-awal lagi menunjukkan ia bercanggah dengan amalan perundangan antarabangsa.

Beliau berkata, seseorang yang dituduh dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya di mahkamah adalah kaedah perundangan Islam turut diiktiraf dunia.

Malah seseorang yang dituduh itu, jelasnya, mestilah melalui proses kehakiman di mahkamah, bukan di dalam media di hadapan wartawan.

Ini, katanya jelas membuktikan wujudnya konspirasi antara mereka terbabit dengan pihak berwajib yang mempertahankan pula tindakan menayangkan itu sebagai tidak bersalah.

Abdul Hadi berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Solat Hajat dan Pidato Khas Tangkis Fitnah Jahat BN yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.(harakahdaily)

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 29 Mar 2011 03:21 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Projek Wakil Rakyat Mati

Posted: 28 Mar 2011 03:56 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.

hadi awang interview 040208 angerHarakahdaily memetiknya berkata keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 (bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah.
Dibelengu kemiskinan

Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan-kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan.

"Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya.

Hadi turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.

Merujuk kes nelayan di Terengganu, katanya nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.

"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor,diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam,Thailand dan sebagainya.

"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.
Nelayan tertindas

Tambahnya, meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini,namun ia seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Situasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.

"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

"Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 29 Mar 2011 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Gani harus jawab kes RTC dan rasuah RM40juta

Posted: 29 Mar 2011 01:00 AM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 29 MAC : Peguam Negara Tan Sri Gani Patail harus menjelaskan kenapa beliau tidak mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik atas tuduhan rasuah RM40 juta walaupun mempunyai bukti prima facie pada tahun 1999.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail yang ketika itu adalah Ketua Pendakwaraya menutup kes berkenaan bagi melindungi Rahim daripada dipenjarakan.

"Rekodnya ada pada saya, ditandatangani oleh Gani Patail. Disahkan. Boleh rompak negara RM 40 juta setahun lepas itu tidak ada pendakwaan. Ini masalahnya... 'rule of law' (keluhuran undang-undang) tidak ada. Yang ada 'law of the jungle' (undang-undang rimba) dan pemimpinya (sekarang) adalah Najib dan Rosmah," kata Anwar dalam pidato khas sempena Majlis Solat Hajat tolak Fitnah 3, semalam.

Bekas Pegawai Polis SAC 11 Mat Zain Ibrahim semalam menegaskan Gani tidak mungkin memberi keadilan kepada Anwar kerana terbabit dalam menutup kes rasuah Rahim pada tahun 1999 walaupun mempunyai bukti-bukti kukuh pada tahun 1999.

Zain yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumour menyatakan Rahim telahpun disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah dan kertas pendakwaan disahkan oleh Gani yang ketika itu bertugas di Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam negara.

Menurut Zain, tindakan pihak tertentu kemudiannya membolehkan Rahim terlepas daripada diheret ke mahkamah.

Penasihat DAP Lim Kit Siang hairan bagaimana Gani boleh memberikan pelepasan sebegitu kepada Rahim walaupun bukti mencukupi untuk mensabitkan beliau.

"Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk melepaskan mana-mana orang berdasarkan pertimbangan politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan," tegas Lim dalam majlis yang sama.

Lim turut membidas promosi berlebihan Pembentangan Program Tansformasi Kerajaan dan Bidang keberhasilan Utama (NKRA) yang diwar-warkan Najib sebagai mencapai semua matlamat walau pada hakikatnya berbeza.

"Adakah kita sudah percaya sudah berjaya untuk membasmi rasuah? Kadar jenayah turun? Adakah kita rasa lebih selesa dan selamat. Sebenarnya Ada satu lagi NKRA dalam program GTP tertinggal. Tak pernah politik Malaysia begitu kotor dalam masa seminggu.

Tv Selangor/-

PAS saran kerajaan kaji jimat belanja p'raya

Posted: 29 Mar 2011 12:52 AM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kerajaan BN disaran agar memikirkan langkah penjimatan pada pilihan raya akan datang bagi mengelakkan pembaziran wang negara.
Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat berkata,setiap kali berlaku pilihan raya kecil, menanggung perbelanjaan yang sangat tinggi.

"Apakah ada cadangan daripada pihak kerajaan untuk langkah-langkah penjimatan sebab kita melihat bagaimana setiap kali pilihan raya akan menelan belanja ratusan juta ringgit.

"Ini merupakan kos yang sangat tinggi yang akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.

Beliau turut mendakwa, setiap kali PRK BN akan melakukan projek segera yang membawa kepada pembaziran.

"Adakah kajian sudah dibuat terhadap projek-projek segera yang dilaksanakan semasa pilihan raya?

"Contohnya seperti yang berlaku di Tenang, jalan raya diturap pada musim hujan.

"Apabila banjir, tar yang diturap itu terkopak. Ini satu pembaziran," katanya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun secara sinis berkata, tiada siapa dapat menjangkakan keadaan cuaca.

"Kita turap jalan raya hari ini, esok turun hujan mana kita nak tahu.

"Lainlah kalau Rantau Panjang boleh telefon terus ke atas tanya hujan turun ke tidak," katanya.

Kedengaran Siti Zailah menjawab dengan mengatakan jalan memang diturap ketika hujan turun.

Sebelum itu, Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) meminta Perdana Menteri menyatakan kos yang terpaksa dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil semenjak pilihan raya umum ke-12.

Beliau juga ingin tahu sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil, sebaliknya menggantikannya dengan kaedah lain.

Menteri dalam jawapannya memberitahu, setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk memansuhkan pilihan raya kecil kerana ianya termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Tapi kalau lepas ini (April) ada lagi wakil rakyat mati, tak kisahlah. Dah tak perlu buat pilihan raya," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

Kenapa kementerian tidak cermat pilih teks sastera

Posted: 29 Mar 2011 12:30 AM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mempersoal sikap tidak cermat Kementerian Pelajaran dalam memilih teks sastera sebagai rujukan pelajar tingkatan lima sehingga mencetuskan ketegangan di antara kaum.

Merujuk novel Interlok yang mencetuskan rasa tidak puas hati kaum India kerana penggunaan beberapa perkataan yang didakwa menghina kaum mereka, Salahuddin berkata, jika kementerian bijak membuat keputusan, perkara sebegini tidak akan berlaku.

"Dalam isu Interlok ini kenapa Kementerian Pelajaran tak cermat dalam memilih hasil karya ini. Ada banyak lagi karya sastera mengenai perpaduan yang ditulis sasterawan yang layak dijadikan teks di sekolah.

"Kenapa pilih novel yang boleh mencetuskan perbahasan walaupun itu karya sastera yang membuatkan kita resah hari ini," kata beliau dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Tanpa menafikan hak seorang sasterawan untuk berkarya mengikut disiplin ilmu yang dipegang, beliau berkata kementerian tidak seharusnya meminta penulis novel tersebut menarik balik perkataan yang terkandung di dalamnya.

"Saya percaya dan yakin dengan disiplin ilmu. Saya percaya karya yang dihasilkan karyawan negara kita, setiap orang berhak mempertahankannya.

"Tapi ketidakcermatan ini bermula dari awal. Kenapa hari ini ada panel kaji Interlok dan kemudiannya minta seniman negara tarik balik perkataan di dalamnya.

"Ini bukan disiplinnya. Mengikut disiplin ilmu, kalau kita tak bersetuju dengan sesuatu karya, tulis buku yang lain. Bukan minta tarik balik perkataan yang boleh menjejaskan kredibiliti sasterawan negara," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Menyentuh mengenai subjek sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata teks sejarah itu harus ditulis tanpa ada usul penipuan fakta.

Teks ini, katanya perlu disediakan oleh panel bebas yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

"Bagaimana penyediaan teks sejarah itu? Dari mana ia harus bermula? Siapa panel yang bertanggungjawab untuk menggubal atau menyediakan teks sejarah yang bakal dijadikan bahan untuk seluruh pelajar khususnya bagi mereka yang akan mengambil SPM sebagai subjek wajib lulus.

"Sejarah mesti ditulis dengan adil, tepat dan betul supaya setiap rakyat dapat suatu pengetahuan yang akan membentuk minda dan emosi.

Tambahnya, teks sejarah yang sedia ada lebih mengagungkan tokoh barat dan mengenepikan pejuang-pejuang tulen dalam memerdekakan negara.

"Buku teks dahulu banyak mengagungkan tokoh-tokoh penjajah. Tapi apabila kita belajar secara khusus tentang sejarah kita akan mendapati kebanyakan fakta memang tidak adil.

"Sebagai contoh kemerdekaan negara tidak hanya bermula pada tahun 1946 tapi jauh lebih awal dari itu," katanya.

Tambahan pula katanya, dunia hari ini menyediakan pelbagai teknologi yang membolehkan segala fakta didapati di mana-mana sahaja.

"Keluasan ilmu hari ini tidak boleh disembunyikan. Manusia boleh acess dengan hujung jari sahaja.

"Jangan nafikan mana-mana golongan yang memberi sumbangan besar ke arah kemerdekaan negara," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

Zionis guna sistem pertahanan baru

Posted: 29 Mar 2011 12:12 AM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BEERSHEVA - Tentera Israel menghantar mesin pertama sistem antipeluru berpandu baru negara itu ke sempadan berhampiran Gaza selepas ketegangan semakin memuncak antara kedua pihak, kelmarin.

Menurut pegawai tentera, penghantaran mesin itu dipercepatkan berikutan peningkatan serangan antara kedua pihak sehingga menimbulkan kebimbangan perang baru akan tercetus.

Sistem yang dikenali sebagai Iron Dome itu masih berada pada tahap percubaan dan akan digunakan buat pertama kali untuk memintas peluru berpandu yang dilancarkan kumpulan pejuang di Gaza.

Beberapa kumpulan pejuang di Gaza cuba menenangkan situasi di sempadan Israel-Gaza yang semakin tegang dengan bersetuju untuk menawarkan supaya gencatan senjata diadakan, Sabtu lalu.

Namun tawaran itu tidak diendahkan rejim Zionis yang kemudian meneruskan serangan udara sehingga membunuh dua penduduk Palestin, kelmarin.

Iron Dome dibangunkan sebagai sistem pertahanan ketenteraan bagi memintas dan memusnahkan peluru berpandu dengan menggunakan senjata sama serta menelan belanja sebanyak AS$200 juta (RM600 juta).

Sinar Harian/-

Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat

Posted: 29 Mar 2011 12:00 AM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir Umno menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi, Anwar berkata taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu.

"Isu dia apa?Isunya adalah kesediaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan. Justeru ini adalah langkah terakhir Barisan Nasional menggunakan apa juga cara yang mungkin...tipu helah, jijik untuk menghalang kemaraan rakyat Malaysia."katanya.

Sebelum itu Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan masyarakat Islam di sekitar Lembah Kelang menunaikan solat hajat susulan pusingan terbaru Umno melemparkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu dalam bentuk video lucah.

Antara dalang video itu adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay yang dikatakan menemui Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Selasa lalu setelah identiti mereka dibongkarkan oleh PKR.

Selain membuat laporan polis, Pejabat Anwar mengemukakan bukti catitan Twitter dan Facebook Anwar sebagai bukti beliau berada di rumah ketika video lucah itu dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Polis setakat ini hanya mengambil keterangan daripada Rahim, Shazryl serta Bendahari Perkasa Shuib Lazim walaupun ketiga-tiga mereka mengaku mendalangi penayangan video itu kepada media di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu.

Perbuatan itu adalah jenayah yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Anwar merujuk kepada Rahim sebagai 'tokoh akhlak baru' Umno, meskipun terpalit dengan tuduhan merogol seorang gadis sekolah sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Anwar juga membuat perbandingan tindakan polis menangani video lucah membabitkan Presiden MCA Chua Soi Lek dan fitnah video yang dibawa oleh Rahim untuk menjatuhkannya kali ini. .

"Dalam kes Chua Soi Lek siapa yang edar video itu ditangkap. Tapi dalam kes ini, siapa yang edar diraikan. Kebetulan orang yang diraikan Rahim Thamby Chik. Ini tokoh akhlak baru yang didokong oleh UMNO-BN sebagai pejuang moral baru." katanya.

Anwar turut meminta penyokong Pakatan Rakyat tidak terpesong daripada perjuangan gagasan itu untuk menerangkan 'Buku Jingga' kepada rakyat dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Buku Jingga menggariskan program-program Pakatan Rakyat untuk memastikan penyelwengan kuasa dan rasuah dibendung, kronisme dihapuskan, subisidi untuk rakyat ditambah dan undang-undang zalim dimansuhkan sekiranya gagasan itu diberi mandat menawan Putrajaya.

Tv Selangor/-
Edi Suleiman

PAS kekal haramkan jualan tiket loteri

Posted: 28 Mar 2011 11:30 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan.

Di Kuala Lumpur, pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata beliau terkejut dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan itu.

"Jelas, penasihat undang-undang diberikan nasihat salah bagi membuat pengumuman seumpama itu. Apa yang lebih membimbangkan adalah tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu. Sebarang pendapat tanpa hujah tidak membawa sebarang pengertian," katanya.

Sehubungan itu, Karpal menasihatkan penasihat undang-undang negeri Kelantan mendapatkan nasihat Peguam Negara sebelum membuat keputusan yang mungkin mengelirukan kerajaan PAS.
Ku Li: Terburu-buru

"Jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram. Malah, perkara itu tertakluk kepada undang-undang persekutuan dan ia pula tidak mengharamkan penjualan tiket loteri," katanya.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga meminta kerajaan negeri supaya menarik balik larangan berkenaan yang didakwa telah menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat negeri itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS itu sebagai tindakan terburu-buru.

"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat Gua Musang, hari ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lalu.

Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya.

Malaysiakini/-

Lapan kampung di Baling dilanda banjir

Posted: 28 Mar 2011 11:08 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BALING - Lapan kampung di sekitar Kupang yang melibatkan lebih kurang 1,000 penduduk dilanda banjir awal hari ini.

Hujan lebat sejak pukul 9 malam tadi menyebabkan air Sungai Kupang melimpah dan menyebabkan banjir di sesetengah kawasan berhampiran.

Kampung terbabit termasuk kampung Landak Hilir, Belakang Panggung, Pekan Khamis, Banggol Lahar, Cenerai, Belakang Sekolah, Raja, Pekan Kupang dan kawasan di sekitar Sungai Kupang.

Menurut Ramli Mohd Nor, 36, dari kampung Landak Hilir berkata, dia tidak sempat menyelamatkan barang dalam rumahnya seperti kerusi meja, peti ais, televisyen dan almari pakaian kerana air naik begitu cepat.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah Zulkifli Ramli ketika dihubungi berkata, JKM sedang membuat bancian mangsa banjir.

Beliau berkata, pihak JKM akan menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu, kebanyakan mangsa banjir gagal menyelamatkan kenderaan mereka ketika bertindak meninggalkan rumah.

Sinar Harian/-

Letupan kilang senjata di Yemen, 70 maut

Posted: 28 Mar 2011 09:00 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

ADEN - Satu letupan di sebuah kilang senjata di bandar Jaar, selatan Yemen meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa, sementara 90 lagi dilaporkan cedera.

Pegawai kerajaan, Mohsen Salem berkata, kejadian yang turut mengorbankan kanak-kanak itu berlaku sehari selepas anggota militan dipercayai al-Qaeda mencuri di kilang tersebut.

Seorang pegawai keselamatan berkata, letupan berlaku ketika berpuluh-puluh penduduk sibuk mencari senjata di dalam kilang berkenaan, namun punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Menurut saksi, kira-kira 30 lelaki bersenjata yang menutup wajah mereka mencuri di kilang tersebut, semalam dan membawa lari empat kenderaan yang sarat dengan senjata.

Kejadian itu berlaku ketika pegawai keselamatan melaporkan bahawa militan al-Qaeda telah menawan Jaar, sebuah bandar terpencil di wilayah Abyan. - AFP

Mengapa baru sekarang tawar RM5 juta

Posted: 28 Mar 2011 08:47 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU,: "Pada masa itu tidak ada orang hendak tawar RM5 juta untuk beli tapak Arked MPKB... kalau ada marilah.

"Namun mengapa baru sekarang pula ditimbulkan," kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Nazran Mohamad.

Akhbar hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa seorang ahli perniagaan, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad memberitahunya melalui telefon mahu membeli tapak Arked MPKB dengan harga RM5 juta.

"Beliau memberi komitmen untuk membuat tawaran itu dengan harga RM5 juta," kata Fatmi pada persidangan media bersama Pengerusi Persatuan Peniaga Arked MPKB, Salim Ahmad.

Pada pilihan raya umum 2004, Sheikh Ruzi merupakan calon BN di Dun Bunut Payong. Keluarganya difahamkan tinggal di Kampung Bunut Payong.

Selepas tewas pada pilihan raya tersebut beliau tidak muncul lagi dalam politik Umno di Kota Bharu. Calon BN di Dun berkenaan digantikan Rosmadi Ismail pada pilihan raya umum 2008.

Namun tiba-tiba beliau muncul kembali kononnya mahu menawarkan RM5 juta bagi membeli tapak bazar Arked MPKB.

Nazran berkata, MPKB BRI menjual tapak bangunan tersebut kepada sebuah syarikat dengan bayaran pendahuluan hampir RM4 juta. Selain itu MPKB BRI juga memiliki kepentingan 30 peratus dalam projek yang dimajukan.

"MPKB BRI juga mendapat keuntungan lain setelah dibangunkan hotel, ruang perniagaan dan aparment.

"Selain itu kita akan boleh bayaran cukai pintu, orang ramai boleh bekerja, dari istilah ekonomi dipanggil sebagai local economic develepment," katanya.

Ditanya mengapa tapak bangunan dijual kata beliau bangunan tersebut sudah diakui tidak selamat untuk digunakan.

Menurutnya selepas mendapat laporan tersebut MPKB BRI terpaksa mengambil tindakan membuka tawaran kepada mana-mana syarikat yang berminat.

Beliau juga berkata, peniaga di tingkat atas Arked MPKB diberi lot perniagaan baru di Bazar Tok Guru dan peniaga makanan di tingkat bawah pasar lama diberi pilihan berniaga di Bazar Tengku Anis atau berhampiran Tesco.

"Mereka sudah terima untuk berniaga di situ cuma belum lagi pergi. Kerajaan sebenarnya lebih menjaga kebajikan rakyat, di mana dibina dahulu premis perniagaan sebelum peniaga diarah berpindah.

"Hendak cari kerajaan mana yang beri kebajikan begitu rupa. Begitu juga kerajaan minta MPKB BRI beli satu tingkat di Bazar Tengku Anis bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan," ujarnya.

Ditanya dakwaan Persatuan peniaga Arked MPKB lot di Bazar Tok Guru sempit katanya, persatuan mahu semua peniaga mendapat tempat di tingkat bawah.

"Pada masa itu (mesyuarat) wakil mereka setuju biar pun kecil setiap lot asalnya peniaga dapat berniaga di tingkat bawah.

"Sekarang timbul macam-macam kerenah. Kita di Kelantan lebih bernasib baik kerana kerajaan mengamalkan dasar Islam yang lebih bertimbang rasa," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : M Faqih

Pekerja loji nuklear Jepun cabut lari

Posted: 28 Mar 2011 08:30 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kasut wanita turut diperiksa kemungkinan terkena bahan radioaktif di sebuah pusat pemindahan di Fukushima.
Tidak sedar bacaan radioaktif 10 juta adalah silap hingga gagal ukur tahap kali kedua

TOKYO: Pengendali loji nuklear Daiichi di Fukushima, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) semalam memohon maaf berikutan kesilapan bacaan tahap radiasi berikutan kebocoran di loji terbabit yang dikatakan 10 juta kali lebih tinggi sedangkan parasnya 100,000.

Jurucakap TEPCO Takashi Kurita berkata seorang pekerja di loji itu mengukur bacaan dari sistem pendingin di reaktor nombor 2 lari selepas melihat kadar terlalu tinggi hingga tidak mengambil bacaan kedua.
"Angka itu tidak tepat dan kami amat kesal kesilapan ini," katanya. Laporan mengelirukan itu menyebabkan kegemparan dan meningkatkan kebimbangan di wilayah yang belum pulih daripada bencana gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Terbaru, TEPCO mengakui cecair raioaktif sudah bocor dari reaktor Fukushima manakala pertubuhan Greenpeace menyatakan ia sudah mengesan paras tinggi radiasi di luar zon keselamatan manakala China menjadi negara terbaru mendedahkan pencemaran radiasi di wilayah utaranya, Heilongjiang, selepas Amerika dan Iceland.

Berikutan itu, pakar memberi amaran bahawa Jepun menghadapi masalah berpanjangan menyekat pencemaran radiasi itu.

"Sebuah negara tidak mampu menguruskannya. Ia memerlukan campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Pada pandangan saya, perkara ini lebih penting daripada zon larangan terbang Libya," kata Najmedin Meshkati dari Universiti Southern California.

Turut menambah kebimbangan, satu lagi gempa bumi melanda lewat semalam pada kekuatan 6.5 skala Richter meskipun tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan.

Timbalan Presiden TEPCO, Sakae Muto yang memaklumkan bacaan radiasi dalam satu taklimat juga memohon maaf berikutan kesilapan bacaan itu.

TEPCO melaporkan paras radiasi melebihi 1,000 millisieverts sejam ditemui di permukaan air di kawasan luar reaktor dan bacaan ini adalah sama dengan tahap yang ditemui kelmarin.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika menyatakan satu dos 1,000 millisievert sudah cukup untuk menyebabkan pendarahan.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kabinet dan jurucakap kerajaan Jepun, Yukio Edano, berkata kesilapan bacaan yang dinyatakan di loji berkenaan 'benar-benar tidak boleh dimaafkan'.

"Walaupun saya mengetahui pekerja di loji itu mungkin keletihan, ujian paras radiasi ini amat penting kerana ia akan digunakan sebagai landasan kepada langkah keselamatan yang akan diambil. Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan," katanya. – Reuters/Agensi

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

Posted: 28 Mar 2011 08:19 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ismail Hashim, Foto: Shukri
Harakahdaily/-

Kerajaan Libya isytihar genjatan senjata di Misrata

Posted: 28 Mar 2011 08:00 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

RABAT 29 Mac – Kementerian Luar Negara Libya mengisytiharkan genjatan senjata di Misrata hari ini, kata agensi berita tempatan merujuk kepada kawasan bandar di barat Libya.

"Kementerian Luar Negara...mengisytiharkan unit anti pengganas telah menghentikan serangan terhadap sasaran kumpulan pengganas.

"Bandar Misrata kini dalam keadaan selamat dan tenang di samping perkhidmatan awam sudah mula beroperasi untuk memberikan khidmat mereka kepada penduduk," kata pihak kementerian yang dipetik oleh agensi berita Jana. – Reuters

Pihak berkuasa Syria lepaskan tembakan surai penunjuk perasaan

Posted: 28 Mar 2011 07:30 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

DAMSYIK 29 Mac - Pihak berkuasa Syria melepaskan tembakan bagi menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan di Deraa yang menuntut untuk menamatkan darurat hari ini namun mereka berkumpul semula walaupun kerahan tentera digunakan, kata saksi.

Sekurang-kurangnya 61 terkorban sejak 10 hari berlakunya protes menentang kerajaan di bahagian selatan bandar Deraa dan menjadikan ia cabaran terhebat dalam pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, Assad belum membuat sebarang tindakan mengenai protes tersebut yang telah merebak ke Latakia dan Hama namun Timbalan Presidennya, Farouq al-Shara mengatakan Assad akan memberi ucapan penting dalam masa terdekat. - Reuters

Kenyataan media ADUN titi Serong./isu penangguhan sidang DUN Perak

Posted: 28 Mar 2011 07:27 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Berhubung dengan kenyataan dari Speaker DUN Perak Barisan Nasinal, Ganesan yang menangguhkan tarikh persidangan DUN Perak dari 5 April kepada 12 April akan datang(gambar), dengan ini saya suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut:-

1. Bagi saya penangguhan itu menimbulkan banyak persoalan yang tidak terjawab serta boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi yang berbeza, apalagi Ganesan tidak memberikan sebab yang terperinci dan munasabah sebab penangguhan tersebut.

2. Saya menyokong kenyataan dari YB. Sivakumar yang mengakatan penangguhan itu ada kaitan dengan usaha untuk menghalang ADUN PR Perak untuk turun berkempen di Sarawak.

3. Jangkaan lain saya ialah adakah mungkin penangguhan itu ada kaitan dengan isu yang dikatakan bahawa ura-ura DUN Perak akan dibubarkan secara berasingan akan menjadi kenyataan?

4. Selain itu saya melihat sangat tidak munasabah tempoh yang panjang yang telah diperuntukkan selepas notis awal hampir sebulan lepas namun tarikh sidang tersebut tidak mampu dilaksanakan sesuai perencanaan awal.

5. seingat saya inilah kali pertama sidang DUN ditangguhkan di Perak selepas Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada MAC 2008 dan selepas BN merampas kuasa pada Februsri 2009.

KENYATAAN MEDIA/29 Mac 2011

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Rakyat hidup lebih selesa tanpa BN

Posted: 28 Mar 2011 07:00 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.

Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.

"Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru supaya menjadikan tsunami politik tahun 2008 di Semenanjung sebagai inspirasi untuk berubah di Sarawak, kerana perubahan itulah yang akan mengubah nasib rakyat.

Katanya, rakyat di kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menikmatinya, kini tiba pula giliran pengundi di Sarawak.

Beliau juga memberitahu, pihaknya akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi agar pengundi Sarawak memahami dengan lebih jelas penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap rakyat khususnya di negeri itu.

Selama ini, katanya rakyat mudah ditipu dengan pelbagai janji manis menjelang pilihanraya umum di mana janji pembangunan adalah janji wajib yang ditaburkan setiap kali pilihanraya berlangsung.

Tambahnya, pelbagai sogokan seperti kain pelikat, jalan raya diturap, pecah tanah, subsidi baja, hamper, wang saguhati, basikal dan macam-macam lagi adalah lumrah bagi BN.

"Selepas pilihanraya berlangsung pemimpin yang dipilih rakyat ini hilang entah ke mana bersama janji mereka.

"Rakyat pula sengaja dibiarkan hidup melarat terutamanya di kawasan pedalaman agar mereka terus berharap pemimpin BN boleh menghadirkan pembangunan," katanya.

Katanya lagi, kemiskinan rakyat adalah kebanggaan BN kerana dalam kemiskinan itulah, rakyat akan meminta simpati mengharapkan sebekas bantuan terutama menjelang pilihan raya.

Pemimpin BN juga, ujarnya menanam dalam minda rakyat bahawa hanya BN mampu memerintah.

Selain BN, katanya pembangkang dianggap sesat dan pengkhianat di mana pemimpin Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai fitnah yang direkayasa.

"Rakyat ditipu bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, rakyat akan hidup melarat dan susah. Inilah mentaliti kelas tiga yang cuba diputarbelitkan," katanya lagi.

Jlasnya, demokrasi sebenar hanyalah mimpi di negara ini kerana demokrasi yang dicipta hanyalah untuk menguntungkan diri pemimpin BN semata-mata.

Menurutnya, dengan penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media yang berleluasa, daftar pemilih yang diragui, serta peranan SPR yang dicurigai menjadikan demokrasi Malaysia jauh tertinggal dengan negara lain.

"Kebebasan dan hak asasi rakyat dicerobohi. Rakyat dinafikan hak mendapatkan maklumat bebas dan telus," ujarnya.

Harakahdaily/-

Hadi : Jangan Sampai Rakyat Doakan Wakil Rakyat Mati

Posted: 28 Mar 2011 06:30 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 28 MAC : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.

Harakahdaily memetiknya berkata keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya yang juga ahli parlimen Marang ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 (bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah.

Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan- kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan.

"Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya.

Hadi turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.

Merujuk kes nelayan di Terengganu, katanya nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.

"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor, diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam, Thailand dan sebagainya.

"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.

Tambahnya, meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini, namun ia seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Situasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.

"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

"Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya.

Harakahdaily

Karnival BN bukti pengangguran serius

Posted: 28 Mar 2011 06:00 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa 300,000 orang dilaporkan mengunjungi karnival BN Youth Jobs membuktikan bahawa anak muda terutama di kalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius.

Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur.

Daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur di kalangan graduan.

"Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, ujarnya tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival itu menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran.

Katanya, karnival semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah graduan menganggur dan graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan.

Ini, tambahnya melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi membanyakkan peluang pekerjaan baik di peringkat kerajaan mahupun swasta.

Menurutnya, dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan dikurangkan di peringkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah.

"Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan bahawa masalah pengangguran di kalangan generasi muda terutama graduan adalah masalah yang membelenggu kelompok ini," katanya.

Justeru, ujarnya karnival semata-mata bukanlah tindakan mapan yang mampu menyelesaikan masalah pengangguran jangka masa panjang.

Tambahnya, dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam negara.

Harakahdaily/-

Media Umno Berpura Dungu Berhubung Facebook dan Twitter

Posted: 28 Mar 2011 05:30 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Manusia merancang namun Tuhan menentukan – ungkapan ini yang dikitar berulang kali, sekali lagi menyerlah dan menunjukkan hikmahnya dalam fitnah video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perancangan begitu licik yang disusun untuk oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay termasuk mendapatkan pelakon yang mirip wajah Anwar (tetapi bukan perutnya) terbongkar apabila berdepan dengan aturan hidup Anwar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

Kepemimpinan Umno yang merestui fitnah yang didalangi oleh Rahim dan Eskay tidak mengambilkira kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter pada masa sama perbuatan sumbang itu dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku dan bukti diterjemahkan menerusi sembilan pesanan Twitter yang di hantar sendiri oleh Anwar mulai 10.38 malam hingga 11.06 malam pada 21 Februari lalu.

Rakaman video lucah, sebagaimana yang diterangkan oleh Eskay sendiri kepada wartawan, dibuat di antara pukul 10.20 hingga 10.41 malam.

Seperti yang diperjelaskan pula oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, semua laporan oleh mereka yang menonton video itu setakat ini tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.
Jika ada, maka tentulah hebat orangnya!.

Bukti Twitter Anwar itu diperkuatkan dengan pengakuan tiga orang yang menyaksikan video lucah itu atas jemputan Eskay dan Rahim Thamby Chik iaitu Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin dan wartawan Harakah Wan Nordin Wan Yaakob.

Ketiga-tiga mereka menonton video itu secara berasingan tetapi memberi perakuan sama – iaitu pelaku dalam rakaman mempunyai iras wajah Anwar tetapi bukan susuk badan dan bahasa tubuh (body language atau mannerism) Ketua Pembangkang itu.

Segala pengakuan tiga individu ini sama ada dipadamkan begitu sahaja atau dimanipulasi oleh Utusan Malaysia dan blogger upahan Umno.

Manakala bukti-bukti catatan Twitter oleh Anwar seperti yang dijelaskan oleh Rafizi tidak langsung diberikan ruangan dalam Utusan Malaysia.
Sebaliknya akhbar itu dan blog-blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.

Laporan itu jelas bermotif fitnah semata-mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh server Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.

Server berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.

Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog-blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.

Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.

Namun maklumat yang benar hanya akan diperolehi oleh orang yang mencari kebenaran, bukan pihak yang mahu menghalalkan fitnah dengan pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun persoalan yang masih tinggal adalah sama ada Anwar akan "dibebaskan" oleh polis bersabit video lucah ini.

Mereka yang arif mengenai politik Umno tidak akan terkejut jika fitnah video ini dibiarkan berlarutan dan polis "memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci."

Pada masa sama, Utusan Malaysia, blog dan media kawalan Umno yang lain akan terus "memerah" fitnah video seks ini sebaik mungkin dalam perang untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Anwar.

Janganlah terkejut, jika pada hari-hari yang menjelang ini, video itu dimuatkan dalam Youtube dan rakyat digesa persetankan bukti Twitter dan Facebook Anwar bahawa rakaman itu adalah fitnah semata-mata.

Siri demostrasi dan tunjuk perasaan oleh Perkasa, Umno dan badan-badan bukan kerajaan akan sekali lagi dianjurkan di seluruh pelosok negara, mendesak Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berundur dari politik.

Malah, jangan tolak kemungkinan Tan Sri Rahim dan Eskay dianugerahkan darjah kebesaran (mungkin oleh Yang di Pertua Melaka) dan diangkat menjadi wira baru Umno sebagai penyelamat bangsa Melayu.

Umno amat berpengalaman dalam permainan ini.

Tv Selangor/-

Video Tsunami ke-2 membadai Jepun

Posted: 28 Mar 2011 04:06 PM PDT

24 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -



Klip video ini dirakam dari atas bangunan di Kesennuma, kira-kira 300 mil sebelah utara-timur Tokyo, rakaman menunjukkan gelombang air mengalir melanda tebing pantai di sepanjang Kesennuma Bay ketika penggera tsunami berbunyi.

Kerajaan Jepun dan US Geological Survey mengumumkan bahawa berlaku gempa bumi berkekuatan 6.5 melanda pantai timur laut Jepun hari ini. Ia juga berlaku di Wilayah Miyagi, di mana terletaknya Kesennuma dan bandar-bandar lain. Badan Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk pantai Pasifik wilayah Miyagi, tetapi kemudian amaran itu ditarik balik.

Kebocoran air radioaktif di loji Fukushima merebak

Posted: 28 Mar 2011 05:22 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

OSAKA: Air dengan radioaktif tahap tinggi bocor dari satu turbin reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi di Jepun, sekali gus menambah kebimbangan cecair itu meresap ke persekitaran.

Pegawai Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata air terbabit yang ditemui di terowong bawah tanah yang menghubungkan reaktor nombor dua di loji berkenaan menunjukkan bacaan radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam. Dianggarkan terdapat beribu meter padu air itu di torowong terbabit. "Kami perlu memeriksa jika air berkenaan boleh mengalir terus ke laut," katanya.

Setiap bangunan turbin reaktor dihubungkan dengan terowong penyelenggaraan yang cukup besar untuk pekerja berjalan melaluinya.

Dalam kes terowong reaktor nombor dua, air berkenaan meningkat hampir satu meter ke paras atas terowong setinggi 15.9 meter itu yang terletak 55 meter dari laut, menyebabkan kebimbangan ia akan melimpah.

Semalam, paras iodine radioaktif 1,850 kali ganda daripada had yang dibenarkan undang-undang dikesan dalanm air laut beberapa meter dari pantai tetapi pihak berkuasa menolak ia memberi ancaman segera terhadap kehidupan marin dan keselamatan makanan laut.

Sebelum ini, radiasi melebihi 1,000 milisievert sejam dikesan pada air dalam bangunan turbin reaktor nombor dua, sekali gus melengahkan kerja membaikpulih sistem penyejukan bagi memulihkan kawalan terhadap loji nuklear berkenaan. - AFP

Persidangan DUN Perak ditunda ke 12 April

Posted: 28 Mar 2011 05:18 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker DUN, Datuk R Ganeson, hari ini.

Beliau berkata, notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terbabit. Notis mesyuarat pada 5 April itu dikeluarkan minggu lalu. "Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari tarikh asal," katanya.

Ganesan, bagaimanapun, tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan itu.

Judi Loteri tetap diharamkan di Kelantan.

Posted: 28 Mar 2011 05:08 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pengharaman penjualan tiket judi loteri seperti 'big sweep' di Kelantan akan diteruskan selepas tindakan itu didakwa tidak bertentangan dengan undang-undang Persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penasihat undang-undang negeri, Datuk Azlan Abdul Halim bersetuju dengan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Katanya, keputusan dibuat selepas melihat semula pengharaman tersebut dari aspek perundangan sebaik diarahkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Takiyuddin berkata, perkara tersebut juga telah dibincangkan pada mesyuarat exco hari ini dan mendapati ia selaras dengan Seksyen 9 Akta Kerajaan Tempatan.

Undang-undang itu membolehkan kerajaan negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan dasar yang ditetapkan.

Hukum siapa yang bersalah

Posted: 28 Mar 2011 03:38 AM PDT

Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Sekali lagi kita dikejutkan dengan isu seks membabitkan pemimpin pembangkang negera ini. Dalam teka meneka siapa pemimpin yang dimaksudkan dalam video yang dimaksudkan, tiba-tiba secara berani Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan.

Pada mulanya isu ini dianggap perkara biasa kerana itulah lazim yang akan terjadi menjelang pilihan raya. Apatah lagi pilihan raya negeri Sarawak ini agak menggugat BN. Jadi, imej pembangkang perlu dirosakkan demi mencapai kemenangan BN. Tetapi apabila pendedahan ini melibatkan orang yang ada kepentingan tertentu dengan pemimpin pembangkang itu, isu ini boleh menjadi sebaliknya dan merosakkan nama BN pula.

Dalam artikel ini bukan saya hendak membela satu pihak dan mengutuk satu pihak yang lain, tetapi ingin menjelaskan beberapa pendekatan Islam. Semoga selepas ini umat Islam tidak terikut-ikut dengan budaya syaitan dan kafir.

Drama dalam video yang dimaksudkan itu kalaupun betul watak yang digambarkan adalah pelakon yang dimaksudkan, kita perlu merujuk kepada pendekatan Islam iaitu; Siapa yang mengambil rakaman itu? Bila diambil rakaman itu? Adakah pelakon itu tahu drama itu sedang dirakam atau tidak? Kenapa disebarkan video itu?

Kita andaikan jawapannya begini:

Si A yang mengambil rakaman itu.
Diambil rakaman itu pada tahun 2000
Pelakon itu tahu dirakam
Disebarkan untuk tujuan bisnes

Kalau itulah jawapannya, maka Si A, pelakon, penyebar telah melakukan kerja dosa dan hasil pendapatan adalah haram.

Tetapi kalau jawapannya untuk soalan akhir adalah untuk mendedahkan keburukan pelakon itu, maka Si A dan penyebar melakukan dua dosa. Pertama dosa mengambil dan kedua dosa berniat jahat. Manakala pelakon hanya berdosa kerana membiarkan perbuatannya dirakam.

Walau bagaimanapun kalau penyebaran itu dilakukan 10 tahun kemudian atau tujuan memburukkan pelakon itu, sedangkan pelakon itu sudah bertaubat atas dosanya, maka pelakon itu tidak lagi berdosa. Manakala yang lain tetap kekal dalam keadaan dosa itu.

Jika soalan adakah pelakon itu menyedari mereka dirakam, maka jawapannya, tidak sedar adegan mereka dirakam, mereka tetap juga berdosa tetapi berdosa dengan Allah, sedangkan Si A melakukan dosa kepada Allah dan pelakon itu.

Hukum ini adalah jelas dan semua pihak perlu faham bahawa seseorang yang berdosa kepada Allah boleh diampunkan apabila mereka bertaubat. Tetapi mereka yang bersalah dengan Allah dan manusia, keampunan tidak akan terjadi selagi dosa itu tidak diampunkan oleh manusia.

Berbalik kepada isu video di atas, kita tidak tahu status video itu yang sebenar kerana tidak diberi peluang untuk menontonnya. Kalaulah jawapan soalan di atas diajukan kepada mereka dan dijawab seperti yang tertera maka itulah hukum yang harus mereka faham.

Tetapi kalau video itu terdapat suntingan yang memasukkan gambar orang lain bagi tujuan jahat, dosa mereka sudah tentu lebih besar lagi. Oleh sebab itu, tokoh di atas perlu dihukum dengan yang selayaknya. Kalau undang-undang Jenayah tidak boleh sabitkan mereka, eloklah semua umat Islam memulaukan mereka.

Rasuah dan lemah urus ekonomi negara punca sebenar harga barang naik

Posted: 28 Mar 2011 03:32 AM PDT

23Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, 28 Mac, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, pengurusan ekonomi di Malaysia masih lagi lemah jika hendak dibandingkan dengan senarai 131 buah Negara Dunia yang lain.

Menurut beliau, dengan trend harga barang yang terus meningkat kesan daripada peningkatan harga tol dan minyak tahun demi tahun sudah pasti akan menjejaskan ranking negara Malaysia ke tempat yang lebih buruk dan apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, kesan tingginya inflasi ini bakal membebankan rakyat jelata yang rata-rata bukanlah dari golongan yangberada.

Beliau menyatakan, Kita boleh melihat betapa bahayanya kesan daripada ketidak-cekapan pengurusan ekonomi boleh membawa kepada peningkatan kes-kes samun, rompak, rasuah, penipuan dan sebagainya di dalam Negara kita.

Memetik ucapan beliau " Hal ini berlaku kerana rakyat sudah terdesak dan terpaksa melakukan apa saja demi untuk menyambung survival mereka dalam keadaan semua harga barangan dan minyak meningkat."

Beliau juga menyataka kerajaan UMNO/BN gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, dari tahun 2000-2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.

Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.

Beliau menjelaskan lagi, Kerajaan UMNO/BN juga dilihat gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung.

Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah, jelas beliau.

Menurut beliau, tabiat kerajaan UMNO/BN sememangnya suka menghabiskan duit rakyat disebabkan ketidakcekapan pengurusan ekonomi dan budaya rasuah yang berleluasa telah merebak dalam diri pemimpiN UMNO dan BN sehingga mereka sanggup menggadaikan hak rakyat demi kepentingan pemimpin UMNO/BN serta krono-kroni mereka.

ustazabubakar.wordpress.com

PAS tanding 5, DAP 15 kerusi di Sarawak

Posted: 28 Mar 2011 03:23 AM PDT

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan PAS bertanding di lima kerusi dan DAP 15 pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang, manakala PKR pula masih meneruskan perbincangan pembahagian dengan SNAP.

"...selebihnya itu (kerusi) Keadilan dan kita sampai tengahari tadi masih ada rundingan dengan SNAP," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu diumumkan pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan, Idris Ahmad, Presiden PKR, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga hadir pada mesyuarat sebelum itu bagaimanapun terpaksa keluar awal kerana mempunyai urusan.

"Nama-nama kerusi dan calon itu serah kepada parti masing-masing dan akan diumumkan di Kuching.

"Pandangan kita tak perlu umum di sini kerana kita hanya dapat input dari negeri. Kita hanya mengesahkan perundingan di negeri," kata Anwar lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan rundingan PAS dengan PKR dan DAP selesai.

Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak berada di sana sejak minggu lalu bagi urusan perbincangan kerusi tersebut.

Peghelih La...

Posted: 28 Mar 2011 11:17 PM PDT

Peghelih La...


Ketua Pemuda baru di Padang Besar, Kangar

Posted: 28 Mar 2011 01:55 AM PDT



KANGAR - Tiga jawatan utama Pemuda PAS Kangar dan Padang Besar dibarisi muka baru pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Sesi 2011-2013 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 36 Pemuda PAS Kangar pada 26 Mac lalu menyaksikan Meor Hassan Sazali Meor Hajar dipilih selaku ketua. Beliau bakal bergandingan dengan Nordin Seman dan Mohd Sahir Ab Raman selaku Timbalan dan Naib Ketua.

Meor sebelum ini adalah Setiausaha Pemuda PAS Kawasan.

Mesyuarat Agung Tahunan diadakan di Markas PAS Cawangan Alor Kabung dekat sini dan dirasmikan Keta Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman

Manakala Pemuda PAS Padang Besar yang mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 15 di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri 27 Mac lalu pula menyaksikan Naib Ketua sesi lalu, Shuhairi Samsuddin dipilih sebagai ketua, Azahari Osman selaku Timbalan Ketua dan Nurdin Isa sebagai Naib Ketua.

Mesyuarat Agung dirasmikan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Anuar Tahir.

Pengikut