Rabu, 18 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 18 Dec 2013 03:14 PM PST

KITA semua ada masalah sekarang. Tanpa mengira latar politik, kaum, agama dan usia, semuanya ada masalah. Ya, jerung pun ada masalah. Haiwan lain pun ada masalah. Punya pasal dialah. Masalah kita ini bukan sahaja lebih besar, malah bertimpa-timpa.

Anda tahu apa masalah itu. Ia menghantui anda setiap hari. Setiap kali anda buka dompet dan melihat helaian wang keluar bagai air mengalir, anda dihantui masalah ini. Setiap kali anda melihat gaji anda sudah masuk akaun dan kemudian separuh daripadanya hilang sejam selepas itu, anda seakan mahu bunuh diri akibat daripada masalah ini.

Jangan bunuh diri dulu. Letakkan botol racun itu ke bawah. Kini ada penawar baru untuk masalah anda.

Memperkenalkan 1Basikal.

1basikal

Saya tidak tahu siapa sebenarnya yang bikin poster ini. Tapi ini kerja yang sungguh 'epic'.

Laman Facebook Roketkini menerima sebanyak 127,872 'view' (setakat ini) bagi paparan itu yang dikongsi petang semalam. Hampir 1,500 pengguna Facebook berkongsi imej terbabit di laman masing-masing.

Sebelum itu pun poster berkenaan sudah dikongsi di beberapa laman Facebook yang lain dan saya kira ia turut menerima respon serupa.

1Basikal adalah jawapan dan penawar paling mujarab buat semua masalah yang tuan puan hadapi hari ini. Kecuali barangkali masalah akidah Syiah atau yang sewaktu dengannya. Masalah itu perlu anda selesaikan sendiri. DAP parti sekular, ia tak mahu masuk campur.

Sudah berminggu isu kenaikan harga tol berlegar di media. Ini tambahan kepada isu kenaikan cukai taksiran yang dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain isu kenaikan tarif elektrik dan kenaikan kos sara hidup secara am.

Walaupun nampak seolah-olah hanya orang Lembah Kelang yang terkesan dengan semua isu ini, barang diingat bahawa anda yang terperuk di Cerok Tok Kun sana pun terkesan sama. Ini nanti akan ada kesan limpahannya atau disebut orang putih sebagai spillover effect. Jadi kena jaga-jaga.

Apa sebab semua benda ini mesti kena naik harga? Siapa yang miskin dan memerlukan tambahan dana? Kalau kita baca laporan media, Tenaga Nasional Berhad contohnya mencatatkan keuntungan berbilion ringgit. Stafnya juga bakal menerima bonus berganda. Tak mungkin tarif elektrik naik sebab TNB tak ada duit.

Begitu juga dengan kadar tol. Mana pernah kita dengar pengusaha lebuhraya jatuh miskin atau syarikatnya lingkup. Ini kerana bisnes yang diusahakan syarikat lebuhraya adalah bisnes yang tak mungkin rugi. Tambahan kalau hanya itu sahaja laluan yang ada untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya untuk masuk ke Shah Alam, hampir pasti akan terpaksa bayar RM1.10 di tol Batu Tiga. Atau kalau dari Puchong nak ke Bandar Utama, mesti kena bayar tol LDP.

Jawapan menteri kepada permasalahan ini ialah supaya rakyat tidak menggunakan jalan bertol.

Belum ada lagi yang bijak pandai untuk menyuruh rakyat pasang lilin atau hembus diri sendiri kalau tak mahu guna lampu dan alat pendingin hawa sebab takut bil elektrik mencanak naik.

Jawapan sebegini memang dinanti-nantikan orang ramai. Jawapan pendek akal begini adalah punca kepada kemarahan rakyat jelata yang beberapa bulan sudah menyirap dengan jawapan menteri yang satu lagi. Menteri itu kata kalau ayam naik harga, makanlah daging. Barangkali dia tak pernah tahu bahawa orang beli ayam kerana daging mahal. Tak apalah, kalau tidak jahil murakkab itu bukan menteri UMNO namanya.

"Cuba kalau potong gaji menteri. Kalau tak suka, janganlah jadi menteri," kata orang ramai di internet.

Malah Perdana Menteri pun rasanya masih belum beri respon jelas tentang isu kenaikan harga ini semua. Menterinya yang lain terpaksa ternganga-nganga menjawab kononnya kerajaan tidak ada pilihan lain.

Mujur GST hanya akan dilaksana pada 2015. Masih ada satu tahun untuk tuan-tuan memahami GST dan kemudian membantah GST.

Imej yang tidak diketahui karya siapa ini memperjelas dengan tulus kebangsatan yang melanda negara. Kalau tak mahu bayar tol, naiklah basikal. Gula naik harga, minumlah air tebu. Tapi perahlah sendiri, guna elektrik yang dijana basikal tadi.

Agak-agak kalau putus asa dengan segalanya dan tidak bersetuju dengan saranan tadi; naiklah basikal itu ke sempadan, dan pindah ke negara lain. Atau kalau betul-betul depresi, langgarlah mana-mana lori atau terjun gaung dengan basikal tadi.

Kalau ide ini dijadikan produk rasmi 1Malaysia, agaknya kontraktor mana yang akan dapat tender 'supply' basikal? Barangkali nanti ejaannya pun ditukar sekali; jadi 'BAS1KAL'. – Roketkini.com

DUNIACACAMARBA

Posted: 18 Dec 2013 03:11 PM PST

[HM] Kuala Lumpur: Akibat bapa berhutang dengan along kerana ketagih judi, tiga anak lelaki berusia 61 tahun itu, seorang menantu dan tiga cucunya yang masih kecil menjadi mangsa apabila along bertindak mengurung mereka dalam rumah dengan merantai besi mengunci pintu rumah di Segambut Muda.

Bapa berkenaan meninggalkan sekeping nota tertera nombor telefon dipercayai milik along serta jumlah hutang RM2,000 yang perlu dibayar sebelum menghilangkan diri bulan lalu, kerana bimbang diburu ceti haram berkenaan.

Isterinya, Chan Ah Lin, 55, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian pada 9 Disember lalu, itu jam 4 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada anak sulung memberitahu mereka sekeluarga diserang sekumpulan along yang datang ke rumah.

"Saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati mereka tidak dapat keluar kerana pintu utama sudah dikunci daripada luar menggunakan rantai besi. Anak sulung memanjat keluar melalui tingkap dan berusaha membuka kunci mangga menggunakan tukul, namun gagal.

"Jiran yang mendengar bunyi bising ketukan datang ke rumah untuk membantu, namun gagal. Anak sulung saya kemudian ke kedai membeli gergaji untuk memotong rantai besi berkenaan," katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Menurut Ah Lin, anaknya menyedari mereka sekeluarga dikurung selepas menerima panggilan telefon daripada along memberitahu mereka sudah merantai pintu kerana gagal membayar hutang sejak pertengahan bulan lalu.

"Setiap kali along datang rumah, kami yang sengsara. Sejak 10 tahun lalu, hampir RM100,000 wang sudah dihabiskan untuk membantu melangsaikan hutang dia (suami) dengan ceti haram, namun hingga sekarang dia masih belum insaf.

"Hingga awal Disember ini, sudah tujuh ceti haram datang ke rumah mencarinya, manakala lebih 10 lagi sering menelefon kami sekeluarga. Kami tidak tahu ke mana dia menghilang kerana sejak aktif berjudi, dia jarang pulang ke rumah," katanya.

Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil rundingan dengan along terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian hutang lima daripada tujuh along tanpa mengambil kira sebarang bayaran faedah. -18/12/13

P/s: Ambil ikhtibar

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pencerahan Mat Sabu Berkenaan Isu Syiah

Posted: 18 Dec 2013 06:07 PM PST

Ramai yang meletakkan persepsi apabila Tuan memilih mengagumi pemimpin yang berfahaman Syiah itu, bahawa Tuan juga sealiran dengan mereka. Adakah tuan rasa tercalar dengan dakwaan itu?

MAT SABU: Saya tidak kisah orang mahu burukkan nama saya. Tetapi hari ini apabila saya berdepan orang ramai, saya tidak nampak semakin buruk sebaliknya semakin 'harum'.

Jika dahulu hanya segelintir sahaja yang datang bersalam dengan saya, tetapi hari ini ramai datang bersalam tidak kira Melayu, Cina, India, orang tua, muda budak kecil juga datang kepada saya.

Saya berharap perjuangan untuk membawa Islam untuk semua yang cuba dibawakan akan berjaya. Sejauh mana berjaya atau tidak, saya cuba.

SINAR HARIAN: Boleh disimpulkan, bahawa mengagumi seseorang itu tidak semestinya terikut aliran yang dibawa pemimpin berkenaan, boleh tuan sahkan yang tuan berpegang teguh dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah?

MAT SABU: Ya, ya... ya saya Ahlul Sunnah.

SINAR HARIAN: Bagaimana ahli keluarga berhadapan dengan kontroversi ini termasuk yang terbaru, isu Syiah?

MAT SABU: Apabila timbul isu Syiah, media elektronik hentam saya di dalam berita mereka. Pada malam kejadian (7 Disember lalu) saya hubungi isteri saya kira-kira jam 11 malam. Dia sudah tidur.

Maknanya isteri saya tidak ambil kisah pun dan menganggap cerita yang berlaku pada suaminya sebagai siaran ulangan dan tidak susah hati dengan kontroversi itu. ~sinar harian




Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Posted: 17 Dec 2013 11:24 PM PST




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :

Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Contohnya;

i. MENYERTAKAN simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, POKOK KRISMAS dan sebagainya.

Puteri UMNO perlu tunjuk contoh dulu macamana nak kurangkan bil

Posted: 17 Dec 2013 10:22 PM PST




Ketua Puteri UMNO sepatutnya menunjukkan contoh dahulu macamana dia kurangkan perbelanjaan dan bil bulanan rumah dia? Macamana dia guna 'kaedah hijau' di rumah dia? Keuntungan melampau tu banyak mana?

Puteri UMNO saran tiga langkah atasi isu peningkatan kos sara hidup
18 Dis 2013

Pergerakan Puteri UMNO menyarankan tiga langkah penting bagi dilaksanakan rakyat, kerajaan, syarikat awam serta swasta untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata masalah yang dipandang serius dan menghimpit terutamanya golongan muda itu mampu diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama melaksanakan langkah digariskan pergerakan itu.

"Langkah pertama bermula dengan rakyat sendiri perlu sedar tentang kepentingan meningkatkan kesedaran untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti mengurangkan bil bulanan," katanya.

Langkah kedua ialah menggalakan 'kaedah hijau' di kalangan rakyat, kerajaan serta syarikat, antaranya dengan meningkatkan usaha kitar semula dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Langkah ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat monopoli berkepentingan awam supaya syarikat itu tidak mendapat keuntungan melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat.

Kekosongan Jawatan Pegawai/Ahli Farmasi

Posted: 17 Dec 2013 06:56 PM PST



Sebuah kedai farmasi di Bukit Mahkota, Bangi memerlukan seorang Pegawai/Ahli Farmasi.

1. Kelulusan – Diploma/Ijazah Farmasi atau bidang berkaitan
2. Gaji – Boleh dirunding
3. Tarikh tutup permohonan – 31 Dis 2013
4. Hubungi – Tn Hj Mohamad 019-6506540

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 17 Dec 2013 11:37 AM PST

PEJUANG BANGSA


MAT SABU DILANTIK PESURUHJAYA PAS , BERTAMBAH HEBAT LAGI JADI BONEKA DAP P.PINANG ! @dzainalabidin

Posted: 17 Dec 2013 12:24 AM PST




Akhirnya desas desus Datuk Salleh Man ditendang daripada  Pesuruhjaya  PAS P.Pinang terjawab bila jawatan tertinggi negeri  disandang  oleh Timb Presiden PAS Mohamad Sabu . Sudah la 1 kerusi DUN je menang , lepas tu jawatan pulak diterajang .

 Ia sekaligus mengetepikan pemimpin2 PAS negeri seperti  Roshidi Hussein ,  Afnan Hamimi  yang sebelum ini lantang bersuara di muktamar mengenai parti yang hanya menjadi boneka di bawah kerajaan DAP .

Berita ini pasti membimbangkan ahli PAS akar umbi kerana pendedahan 10 bukti Mat Sabu terlibat SYIAH pastinya akan membawa pengaruh besar faham itu  di negeri ditadbir DAP .

Manakala ia menjadi  berita gembira untuk Guan Eng kerana abangnya ini mampu mematikan terus suara akan umbi PAS yang cuba nak tunjuk hero menghentam kerajaan DAP .

Selepas ini PAS negeri  akan terus menjadi kuda tungangan terhebat DAP di P.Pinang berbanding zaman Salleh Man .


** Jangan terkejut selepas ini  jawatan YDP MAIPP pun Salleh Man akan hilang ...hahaha.... 

 

PAS melantik Timbalan Presiden Mohamad Sabu sebagai pesuruhjaya baru Pulau Pinang tetapi menafikan menyingkirkan Datuk Salleh Man dari jawatan itu, selepas pergolakan PAS negeri dengan kerajaan DAP sebelum ini.

Perkara tersebut diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat di ibu pejabat parti itu dan pengumumannya dibuat Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali petang ini.

mat sabu pas youth agm 211113 01Bercakap dalam sidang media, Mustafa menjelaskan pelantikan itu sebagai "perubahan dan ubah suai" kepimpinan PAS negeri.

"Mohamad Sabu anak Pulau Pinang, sudah biasa dengan Pulau Pinang. 

(Dengan) pelantikan pesuruhjaya ini, beliau akan meneruskan kerja-kerja dalam konteks dalam Pakatan Rakyat dan pengendalian kepada kerja-kerja organisasi.

"Timbalan presiden PAS dapat membantu banyak dan menyelaras kerja-kerja (PAS) di sana," kata Mustafa.

Kecuali Pulau Pinang, semua pesuruhjaya negeri telah dilantik awal bulan ini.

Pelantikan Mohamad, yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dilihat diberi tugas itu bagi melancarkan kembali gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri itu.

Mohamad yang hadir dalam sidang media tersebut, menganggap tidak ada masalah besar" dengan pertukarannya dengan Salleh sebagai pesuruhjaya.

"Pertukaran adalah perkara biasa dalam organisasi," katanya bagi menjawab soalan pemberita sama ada pertukaran itu dibuat ekoran isu yang dibangkit menjelang muktamar parti itu November lalu.

Dalam sidang media itu juga, Mohamad mengumumkan pelantikan lantikan baru untuk jawatan dalam jawatankuasa Pusat PAS, seperti berikut: 

  • Asmuni Awi dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Ahmad Yaakob yang memohon melepaskan jawatan kerana kesibukannya sebagai menteri besar dan pesuruhjaya PAS Kelantan.
  • Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan, bekas setiausaha Pemuda Khairul Faizi Ahmad Kamil dan bekas naib ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dilantik sebagai penolong setiausaha.
  • Bekas pesuruhjaya PAS Anuar Tahir dilantik sebagai ahli jawatankuasa Pusat dan mengetuai Lajnah Pekerja.
Mohamad juga mengumumkan penubuhan Lajnah Pusat Pengurusan dan Bencana yang diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub.

Katanya, ia dijadikan biro tetap dalam jawatankuasa PAS untuk menyelaras bencana alam yang berlaku.

APA GUNA KDNK GAH TAPI REALITINYA KOS SARA HIDUP RAKYAT MENINGKAT @khairykj @NajibRazak

Posted: 16 Dec 2013 10:34 PM PST




GPB bersetuju dengan kenyataan YB Khairy Jamaluddin   hari ini , apa guna  KDNK negara mencatat pertumbuhan tetapi realitnya kos sara hidup rakyat meningkat dan tidak mengambarkan realiti sebenar ekonomi .

YB KJ cukup lantang dan peka kehendak generasi muda dan sebagai Menteri muda dalam kabinet , harap beliau dapat bawa rintihan dan kesempitan golongan ini di mesyuarat kabinet esok .


 Keresahan orang muda mengenai kenaikan kos sara hidup akan dibawa ke dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah membangkitkan isu itu rentetan kenaikan tarif elektrik, tol serta kesan gandaan yang bakal berlaku terhadap barangan dan perkhidmatan lain.

"Saya akan membawanya dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini sebagai mewakili pandangan orang muda dan kerisauan mereka tentang kenaikan yang datang sekali gus seperti tsunami.

"Ini adalah keresahan generasi muda berkaitan kos sara hidup, kita masih belum pasti penyelesaiannya tetapi perkara ini wajib saya bangkitkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementeriannya dengan Intel Technology Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan MPBN Sidang 2 Penggal ke-29 yang dihadiri lebih 70 peserta mewakili majlis belia negeri-negeri.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Menurut Khairy, beliau membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 baru-baru ini dan akan konsisten membawanya dalam mesyuarat Kabinet.

"Kenaikan banyak perkara secara serentak ini yang hendak dibincangkan, malangnya, kita tangguh (kenaikan) semua ini sudah lama, bila semuanya datang sekali, itu yang menjadi masalah kita hari ini," katanya.

Berhubung kenaikan tol, jelas Khairy, kerajaan terpaksa menanggung pampasan RM400 juta setahun kepada syarikat konsesi sekiranya kenaikan ditangguhkan, namun beliau berpendapat ada formula lain yang mungkin belum difikirkan.

"Semuanya ada kesan gandaan yang akan dirasai kemudian, memang bila kita naikkan tarif elektrik, kira-kira 70 atau 80 peratus isi rumah tidak nampak kesan dalam bil mereka tetapi ada kesan kemudiannya pada harga barangan dan perkhidmatan," katanya.

Menurut Khairy, beliau yakin kerajaan peka mengenai masalah yang berlaku kerana keutamaan negara adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya.

"Kita cakap kepada rakyat biasa bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan lima peratus tetapi jika apa yang rakyat rasa adalah kos hidup meningkat, itu adalah satu masalah kerana perangkaan ekonomi tidak menggambarkan realiti ekonomi sebenar," katanya.

KENAIKAN TOL : MENTERI LUPA AKUJANJI BN , PEMUDA UMNO BANGKIT BANTAH @azwanbro @khairykj @NajibRazak

Posted: 16 Dec 2013 05:39 PM PST



GPB sambut baik  bila pemimpin  Pemuda UMNO  seperti YB Khairy & Khairul Azwan Harun bingkas bangun membantah kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam ( LRT,monorel ) . Pemuda bantah tapi disertakan cadangan baik untuk kerajaan .

Ternyata Pemuda UMNO dapat merasai keresahan dan kesempitan golongan muda jika bebenan kenaikan tol   & tambang pengangkutan dinaikkan tahun depan . Menteri Pemandu seperti Wahid Omar bukan tahu bebanan rakyat samada di bandar dan luar bandar mengenai segala benda yang mereka nak naik ini .


Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol

. "Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya.Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

 "Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka," katanya. 

 Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.

 "Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya," katanya. 

 Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi. Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR). 

 "Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar," katanya. Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1. 

 Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.

 "Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan. "Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR?

 Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan," katanya.

 Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.

 "Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel," katanya. Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.

 Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet. Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu. Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan. 

 Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013.


Cuma yang GPB ingin persoalkan Menteri lantikan Najib ini , dia tahu atau tidak  Manifesto BN  yang berjanji akan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.

Harap Najib dapat membatalkan segala kerja gila idea PEMANDU berhubung  kenaikan tol ini termasuk pengangkutan awam ( LRT-Monorel) ini .

Kalau  Najib teringin nak beri kerusi Perdana Menteri secara free kepada ANWAR &  DAP di PRU14 sebab tak mahu jadi kerajaan populis ...

Silakan NAIK kan  segala benda di Malaysia ini tahun 2014 ini ....















Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. 

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. 



Pengikut