Sabtu, 30 Ogos 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 29 Aug 2014 11:24 PM PDT

Suara Sri Andalas


Gotong-royong Perdana 2014 Taman Nakhoda

Posted: 29 Aug 2014 09:00 PM PDT

Kampung Jawa, 30 Ogos 2014 - Program Gotong Royong Perdana 2014 di Taman Nakhoda Yusof, Kg. Jawa dan kawasan berhampiran telah diadakan bersama para pendududuk pada pagi ini. Program telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas. Hadir bersama adalah Ketua Kampung Kg. Jawa Tuan Hj. Ismail Abdullah.

Jabatan Kesihatan Daerah & Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut sama menjayakan program kemasyarakatan ini.
















Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 30 Aug 2014 03:14 AM PDT

bumiyang


Ust Nasrudin Terus Serang Anwar - Senjata Makan Tuan???

Posted: 30 Aug 2014 02:19 AM PDT

Keenganan PAS Terima Wan Azizah Bakal Tunjukkan Anwar Jalan Keluar???

Posted: 29 Aug 2014 07:35 PM PDT

tunku

Posted: 30 Aug 2014 03:01 AM PDT

tunku


Gaza: How Can There be a Winner When There was No War?

Posted: 29 Aug 2014 12:36 PM PDT


Media around the world have been reporting some very conflicting stories on Gaza's cease fire. Some referred to it as the winning of Hamas. Some say that it is the Israelis that have won. By right, there is no winner, just a temporary cease fire. 

The Economist had the story almost right for calling it as 'A War Without Winners'. The only problem with their story is that it was never a war. It was murder - a massacre. There was no soldier involved, only terrorists and innocent people. Even in real war, there is never a real winner.

For 50 days, the Israelis had killed a total of 2,168 people of which 76.6% of them were civilians. From the number, almost 50% of them are women and children. 10,895 more were wounded, of which 30% are children and 19.3% women. 

On the last day of the Israeli offensive and few hours before ceasefire: 11 Palestinians, 5 of whom are civilians, including 2 children, killed and 55 others, including 14 children and 12 women, wounded.

The Israelis had spent millions of their budget on the most sophisticated weapons, just to kill women and children. 

Today, as the Palestinians claim victory over the cease fire decision, the Israeli Prime Minister, Benyamin Netanyahu is facing a bout of political turbulence and public skepticism. 

Despite his cabinet's announcement of 'a great military accomplishment and great diplomatic achievement' as well as the claim of having destroyed the Hamas' tunnel system, the people of Israel are not convinced. 

A survey by Israel's Channel Two found that 59% of those questioned did not agree that Israel had won against Hamas, while the poll for Haaretz found that 54% of people thought there was no winner, around a quarter said Israel had won, and 16% thought Hamas had won. 

The Haaretz also reported as follows: "A former director of Israel's Shin Bet security service, Yuval Diskin, said the war's results "were disappointing and were accompanied by what some have described as a sense of sourness". Writing in Yedioth Ahronoth, he added: "The ceasefire that was achieved with Hamas has left the Israeli public frustrated.""

It seems that the Israelis are frustrated that Netanyahu did not go through with the wiping out of the Palestinians down to the very last blood. It never at all bothered them that they are killing the innocent civilians. 

Under the Egyptian-brokered deal, Israel is to ease imports into Gaza, including aid and material for reconstruction. It also agreed to a largely symbolic gesture, expanding a fishing zone for Gaza fishermen from three to six nautical miles into the Mediterranean. 
However, with the political pressure now mounting, Netanyahu might just need to play 'tough' and break the deal. After all, that's what the Israelis are known for - they think they are not subjected to any moral values set by humans. 

The ceasefire does not end the conflict and the world must not forget Palestine just because the bombing has stopped. The conflict will never end as long as the Israelis are occupying the Palestinian land.

Taipingmali (tm)

Posted: 30 Aug 2014 01:37 AM PDT

Taipingmali (tm)


SYARIKAT PENERBANGAN MALAYSIA TENAT DAN LINGKUP

Posted: 29 Aug 2014 05:46 PM PDT


Syarikat penerbangan Malaysia MAS kini diserang oleh media luar dengan bertujuan untuk memalukan negara dan menutup operasi syarikat yang seusia umur UMNO.

Malayan Airways ditubuhkan pada 1 Mei 1946 dan UMNO pada 11 Mei 1946. MAS membawa imej Malaysia bukan membawa imej Asia.

Kerugian Mas dikatakan meningkat kepada tahap paling tinggi iaitu 65 peratus. Kelmarin Khazanah bersedia untuk menyuntik 6 bilion dan pengstrukturan semula akan melibat 6 ribu tenaga kerja bakal dikurangkan

Usaha menyelamat kan MAS adalah usaha bijak dan wajib dilakukan. MAS adalah syarikat penerbangan yang unggul dan berprestasi tinggi.  Tak kala syarikat penerbangan lain yang lebih besar dan hebat pun boleh berkubur dan bankrap MAS masih gagah terbang ke seluruh 60 destinasi dunia dengan penuh bergaya.

"Biasa lah, persaingan syarikat penerbangan amatlah hebat."

Wujudnya pesaing tempatan yang membawa imej Asia sememangnya dilihat telah menjejaskan pendapatan MAS.

Entah apa silapnya semua penerbangan warrant kerajaan telah berpindah kepada syarikat lain. Hari ini dengan suntikan dana baru sebanyak 6 bilion diharapkan semua penerbangan menggunakan warrant kerajaan wajib di kembalikan hak kepada MAS.

Isu penjualan minuman keras juga kini menjadi topik perbincangan hangat. Ramai yang memberi pandangan supaya MAS menghentikan menghidang atau menjual minuman keras kepada penumpang.

Kita kena faham, Mas bersaing di peringkat antara bangsa, penumpang yang menaiki pesawat akan memilih syarikat yang memberi layanan terbaik. Jika MAS tidak menjual atau menghidang kan minuman keras maka jumlah penumpang antara bangsa akan merudum. Kerugian akan terus meningkat.

Jadi, untuk penerbangan yang jauh melebihi 5 jam penerbangan,  penjualan minuman keras tidak wajar dihentikan.

Isu minuman keras dalam pesawat adalah isu kecil dan fokus MAS ialah persaingan dan mencari formula terbaru untuk meyakinkan semula potensi pelanggan selepas kejadian MH 370 dan MH 17.

Point utama di sini ialah KEMBALIKAN HAK PENERBANGAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG MENGGUNAKAN WARRANT KEPADA  MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM YANG TELAH BERPINDAH KE SYARIKAT LAIN!!!!!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 29 Aug 2014 11:36 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BOCOR RAHSIA, HANIPA MAIDIN TENGKING HAJI HADI SEMASA MESYUARAT 25 OGOS

Posted: 29 Aug 2014 04:11 PM PDT

Sebaik sahaja mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos selesai, Ahmad Lutfi Othman menghantar mesej di faceebooknya yang menggambarkan seperti beliau mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat itu.
"Malangnya, sejurus mengetahui keputusan mesyuarat sama semalam (dan saya sendiri tidak pasti apa keperluan mengadakan mesyuarat itu), kegelisahan dan ketakutan saya itu muncul semula, malah dalam skala lebih serius.
"Soalnya, salahkah (atau tidak beradabkah) kalau saya menzahirkan rasa gelisah dan takut itu?," soalnya.
Ini membuka ruang kepada pengarang berita The Malaysian Insider, Amin Iskandar mendedahkan bahawa pada mesyuarat PAS pusat 25 Ogos itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri berkaitan dengan isu Menteri Besar Selangor.
Mesyuarat 25 Ogos menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider meneruskan pendedahan mendakwa bahawa Hadi yang menawarkan kepada Azmin supaya menyertai PAS untuk bersama beberapa rakannya dan ADUN UMNO bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider itu, namun portal itu tetap mempertahankan kebenaran laporannya itu.
Selepas The Malaysian Insider, semalam pengarang Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri pula melakukan 'serangan' khusus terhadap Presiden PAS dalam laporannya :
8:31AM – 28 Aug 2014
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan "penolakan dari dalam" kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang "berang berbaur terkejut" dengan perkara itu.
Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas 'bergaduh' dengan Hadi.
Malah ada juga yang 'bersingsing lengan' dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema – diluah mati emak, ditelan mati bapa – ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.
Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.
Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.
"PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).
"Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat)," kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.
Sejarah 80-an berulang?
Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.
Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.
"(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden," katanya.
Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.
Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan.
Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan "one man show" (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik.
Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba "membersihkan" satu sama lain.
"Presiden akan dicabar," kata sumber kepada Malaysiakini.
Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan "situasi berkecamuk" berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui "PAS pernah mengalami situasi penolakan" terhadap ketuanya sebelum ini.
Salahuddin: Ribut mana tak berhenti
"(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.
"Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan," katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak.
Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.
"Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.
"Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Belantan

Posted: 29 Aug 2014 11:19 PM PDT

Belantan


Buat Anwar dan Wan Azizah : Inilah kriteria untuk menjadi Menteri Besar Selangor?

Posted: 29 Aug 2014 08:55 AM PDT


Seseorang yang ingin menjadi Menteri Besar Selangor perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Selain itu Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memainkan peranan dalam menentukan kelayakan seseorang untuk menjadi Menteri Besar.

Kriteria itu termasuklah seseorang itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor. Beliau juga mestilah mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri (DUN).

Beliau juga mestilah seorang Melayu beragama Islam. Kriteria ini sudah dijelaskan apabila terdapat beberapa calon dalam tahun 2008. Pemilihan Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan pentingnya kriteria ini.

Kriteria ketiga ialah kerakyatan. Kerakyatan di sini bukanlah kerakyatan negeri Selangor tetapi kerakyatan Malaysia. Kerakyatan ini bukan kerakyatan secara naturalisasi, tetapi kerakyatan secara kelahiran.

Mengapa Wan Azizah mempertikaikan hak istimewa orang Melayu

Apakah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memenuhi ketiga-tiga kriteria di atas?

Cuba kita lihat latar belakang Wan Azizah. Berdasarkan rekod yang ada, beliau lahir di Singapura pada 3 Disember 1952. Jika demikian beliau bukanlah seorang rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia kerana beliau bukanlah seorang rakyat Malaysia pada ketika kelahirannya.

Wan Azizah dikatakan seorang anak angkat. Jika ini disahkan benar, besar kemungkinan ibu bapa kandungnya juga bukanlah warganegara Malaysia. Jika ibu bapanya bukan warganegara Malaysia, Wan Azizah ialah seorang warganegara secara proses naturalisasi.

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara boleh mengesahkan perkara ini.

Pentingkah kriteria kerakyatan ini? Di negara-negara lain, isu kerakyatan ini adalah amat penting. Seseorang warganegara yang memperolehi kewarganegaraan melalui proses naturalisasi dianggap tidak layak untuk memegang jawatan penting tertentu.


Di Amerika Syarikat, ada beberapa kali isu kerakyatan ini berbangkit. Pernah satu ketika dahulu Henry Kissinger dan Arnold Schwarzenegger dicadangkan menjadi Presiden Amerika Syarikat, tetapi idea ini tidak diteruskan apabila didapati mereka berdua ialah warganegara AS secara naturalisasi.

Jika AS yang kuat memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia memberi penekanan yang kuat kepada soal kerakyatan, tidak ada sebab Selangor ataupun Malaysia perlu mengetepikan kriteria ini.

Mesti ada kebijaksanaan dalam meletakkan syarat kerakyatan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Pihak Istana Selangor dan mungkin juga Kerajaan Selangor sudahpun menjalankan tapisan halus terhadap Wan Azizah dan tentunya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dimaklumkan mengenai soal kerakyatan ini.

Jika pencalonan Wan Azizah tidak diterima oleh istana, ia bukan kerana beliau seorang wanita tetapi ia adalah berkaitan kerakyatan naturalisasi.

Oleh : DR. MOHD SAFAR HASIM

Suara Politik
Belantan

Apabila Khalid Samad hadapi 'krisis identiti' yang teruk?

Posted: 28 Aug 2014 11:54 PM PDT


Ada kecelaruan minda dan identiti berkaitan parti mana yang dinaunginya, PAS atau PKR?. Keadaan ini berlaku akibat penyakit kurang air dalam otak dan boleh menjadi lebih kronik yang menyebabkan terputusnya " saraf tunjang dalam otak ".

Jika sampai ketahap ini Khalid tidak akan kenal dirinya sendiri. Dia akan kata dirinya adalah ayam, itik ataupun lembu kerbau. Beliau juga akan gagal membezakan jantinanya!

Cara mengubatnya tidaklah terlalu sukar sebenarnya..Orang PAS yang cerdik-cerdik sikit tu, kena ludah muka Khalid Samad sekali lagi dengan kahak hijau, disusuli penampar sedas dua. Lepas tu ok lah tu...!!!

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 29 Aug 2014 11:18 PM PDT

The Unspinners


Dah lama tak "doggie", Nurul akan dilembu NFC

Posted: 29 Aug 2014 09:30 PM PDT


Paham sajalah bila Nurul pilih untuk menjanda, tiada lagi pasangan untuk bersama. Sebaik saja kes memfitnah syarikat lembu sampai masanya, Nurul sedia saja untuk dilembukan balik oleh NFC.

NFCorp's defamation suit against Nurul Izzah to continue as mediation fails

By Ida Lim

August 29, 2014

KUALA LUMPUR, Aug 29 — The National Feedlot Corporation (NFCorp) will continue with its lawsuit against PKR's Nurul Izzah Anwar over her allegedly defamatory remarks in 2012, where she purportedly claimed that the company had used funds meant for a cattle-rearing project to buy eight luxury condominiums costing a total RM12 million.

NFCorp's lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said both sides failed to reach a settlement, saying his client could not accept the two settlement terms proposed by the lawyers for Nurul Izzah and PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"We have given a counter-proposal, they also feel they cannot accept. Also because there is a connected case which involves Rafizi (Ramli) which may have an impact if they decide to compromise on this. As a result we have no resolution," he said after mediation talks before High Court Judicial Commissioner Vazeer Alam Mydin.

Shafee confirmed that no trial date has been fixed yet, adding that the lawsuit is up for case management before High Court judge Datuk Hue Siew Kheng on September 2.


Nampaknya Rafizi pun tak merasa lagi doggie tapi akan merasa dilembukan. Moo moo mooooo ....

Peringatan buat ahli politik. Nak main politik, main saja dengan ahli politik. Jangan main sauk semua orang termasuk ahli perniagaan. Dengan ahli perniagaan, mereka tak boleh kasi chance.

Mereka ada pekerja nak dibayar gaji. Ada bank nak diselesaikan. Ada pelbagai tanggungan.

Ahli politik hanya permainan kuasa. Dah berkuasa, jalankan tugas!

Orang Azmin balun Rafizi untuk tuntut jawatan MB

Posted: 29 Aug 2014 07:30 PM PDT



Rafizi wajar tutup mulut, kata Shuhaimi

The Malaysian Insider, 29 Ogos, 2014.

Rafizi Ramli hari ini dikecam ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor gara-gara kenyataannya menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak menerima sebarang pencalonan menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei berkata tindakan Naib Presiden PKR itu dilihat bukan sahaja menghina Adun Selangor, malah tidak wajar dilakukan seorang yang memegang jawatan tinggi, terutamanya apabila ia dibuat melalui kenyataan media.

Dakwanya, ini bukan pertama kali Rafizi membuat kenyataan yang disifatkan merosakkan hubungan PR, malah kenyataan terbarunya itu juga sudah ke tahap melebarkan perbezaan pendapat dalam gabungan pembangkang itu.

"Tidak perlu saya dan rakan rakan Adun diarah menarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai menteri besar. Gesaan beliau dilihat sangat tidak manis, seolah-olah kami tidak ada pendirian selama ini.

"Cara beliau memberikan gambaran hanya pendapat beliau seorang sahaja yang bernas dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat lalu dengan mudahnya memaksakan kepada orang lain. Ini sangat perlu dielakkan," katanya.

Katanya, dia sangat terkejut dengan gesaan Rafizi dan disebabkan Rafizi membuat saranannya melalui media, dia juga menjawab gesaan itu melalui media.

Shuhaimi berkata pengarah strategi PKR itu seharusnya membawa cadangannya itu ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) untuk dibincangkan.

"Siapa Rafizi yang dilihat memaksa saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat untuk kita bincangkan, perhalusi dan membuat keputusan.

Baca seterusnya di SINI


Suhaimi adalah orang Azmin dan kenyataannya menegur Rafizi boleh dilihat sebagai kumpulan Azmin yang sebelum ini hanya diam dan akur mula membuat tuntutan sebaik Wan Azizah disedari tidak akan dilantik MB sebab dia k Pop lahir Singapore.

Mungkin sekali, ini adalah langkah permulaan Azmin mendesak dan meneuntut jawatan MB untuk dirinya.

Namun begitu, Azmin perlu ingat bahawa Sultan tahu Azmin ada kes rasuah yang sedang dalam siasatan dan boleh menimbulkan masaalah kesinambungan pentadbiran. Sultan tahu akan kerendahan moral Azmin. Tak payah mimpi.

Sambil itu, usah Suhaimi ingat akan dilantik Sultan kerana dilahir Bagan Serai perak. Suhaimi pernah bersikap derhaka kepada Sultan.

Nik Nazmi pun usah mimpi kerana lahir di Kelantan.

Kedegilan Guan Eng simpan hasrat nak perang polis dan askar

Posted: 29 Aug 2014 05:30 PM PDT


Lim Guan Eng masih berdegil dan berkeras mengatakan PPS adalah sah dan fibenarksn di bawah kuasa kerajaan negeri.

Padahal semua pasukan keselamatan ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan dan tertakluk di bawah kuasa polis.

 Nawaitu jahat Guan Eng boleh dibaca....



Unspinners suspek DAP menyembunyi senjata untuk lawan kerajaan dan pasukan keselamatsn seperti pasukan bintang tiga komunis.

Kok gitu .... Kalau takde alasan lain, jaga sikit mulut!!!

Posted: 29 Aug 2014 08:30 AM PDT


Akarumbi PAS tak sabar nak ludah Khalid S

Posted: 29 Aug 2014 05:30 AM PDT





Teruskan kalid samad
Cakap je apa yang kau nak cakap
Kami blogers teruja dengan pelbagai fatwa kau

IKRAR KAMI KEPADA KALID SAMAD

kami ketagih fatwa kalid samad
kami ketagih cakap kalid samad
kalid samad, cakap je lah apa kau nak cakap
rakyat suka kalid samad
dewan ulamak suka kalid samad
kalid samad ada 'pemuda' yang dinanti..

GAP

Belakang tabir Langkah Kajang ... marah ringtone tak guna k pop

Posted: 29 Aug 2014 02:30 AM PDT



Hal Langkah Kajang di video atas adalah yang kita nampak. Hal disebalik tabir lain pula ....


,



Macam Nik Nazmi, Rafizi dan Saifuddin pasti percaya kata-kata ini

Posted: 29 Aug 2014 12:30 AM PDT



Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said today that he is "proud" of his wife's achievements, adding that the PKR president was well-qualified to take on the post of Selangor Mentri Besar.

"She's quite qualified in her own right, academically. She was leader of Opposition in the past. She has performed reasonably well. I'm proud of her. And that's not relevant to my personal political career," the PKR de facto leader said in a brief news conference at the Duta court complex here.
Ini namanya gila babi, dia tak sedar apa yang dia cakap.

Petik dari DET

Mesti ada orang macam Nik Nazmi, Rafizi dan Saifuddin Nasution percaya. Bak kata Mursyidul am TIBAI, Zahid Md Arip, Wan Azizah perlu tolong kasi Saifuddin jawatan dalam GLC dan gaji RM25 ribu bila jadi MB ....


PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA

Posted: 29 Aug 2014 11:18 PM PDT

PERAK BANGKIT - MENGGERAKKAN BELIA


UMNO dan PAS mesti dileburkan. Ke Arah Politik baru.

Posted: 29 Aug 2014 02:39 AM PDT

Jika UMNO akan dileburkan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjadi BN atau The Nationalist; maka PAS juga mesti diakhiri.

PAS boleh dianjakkan menjadi suatu gagasan NGO yang menjadi badan gabungan semua pertubuhan-pertubuhan Pro Islami. 

Orang-orang PAS yang mahu terus berpolitik bolehlah menyertai PKR kerana PKR adalah sebuah parti yang juga Pro Islami. PKR ialah The People Justice atau bahasa rocknya ialah And Justice For All.

Awal 70-an wujudnya sebuah gagasan NGO Pro Islami yang dinamai sebagai ABIM. Setelah sessi penjaaan selesai maka Anwar Ibrahim telah sebulat suara diangkat menjadi Pemimpin Ulung gagasan Perjuangan ini. Manakala Arwah Ustaz Fadzil Noor adalah timbalannya. Beberapa tahun kemudiannya barulah Haji Hadi menjadi YDP ABIM Trengganu. Siapa yang tidak ABIM masa itu? Mat Sabu juga ABIM.

Orang lama yang ada dalam PAS kini hanyalah Mustafa Ali. Beliau lebih kanan daripada Datuk Nik Aziz ketika era 70 an kerana beliau ialah Ketua Pemuda PAS ketika PAS berpisah daripada BN. Sempatlah beliau menjadi Timbalan Menteri.

Datuk Asri berat nak melepaskan kepimpinan PAS kerana mahu Anwar mengambil alih teraju kepemimpinan sebelum beliau melepaskannya. Anwar enggan sambil memberikan beberapa alasan.

Justeru untuk apa lagi perlu wujudnya PAS lagi? PKR sudah ada dan paling sesuai menjadi platform politik yang terbaik kepada semua ahli PAS kini. PKR juga adalah inspirasi Dr Burhanuddin Al Helmy.

Bersatu padulah segenap baka
Menegakkan hak KEADILAN pusaka.

Kerana itu dialah yang menggagaskan Parti Rakyat Malaysia. Setelah siap parti itu maka dia meminta Ahmad Boestamam mengemudinya. Dan Dr Burhanuddin Al Helmy memimpin PAS.

PRM sudah diserap masuk ke dalam PKN menjadi PKR. Kini masa untuk diserapkan PAS ke dalam PKR. Jadilah PKR Parti No. 1 negara. Sebelum parti ini (PKR) akan berhadapan dengan Misi Gelombang Ketiga. Gelombang Ketiga akan meleburkan demokrasi.

Panglima Perang Cyber

Posted: 29 Aug 2014 11:11 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Iklan Merdeka Proton 2014: Bersamamu Malaysia

Posted: 29 Aug 2014 08:48 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/-PNaMuBqDQc


Sent from my iPhone

Hanya 800 Syarikat Kawalan Keselamatan Dibenar Beroperasi - Ahmad @Zahid_Hamidi | mStar

Posted: 29 Aug 2014 08:09 AM PDT


Ahmad Zahid (kanan) menyampaikan sijil dan cenderahati kepada Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), Datuk Shaheen Mirza Habib pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

  (Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menetapkan hanya 800 syarikat kawalan keselamatan sahaja dibenarkan beroperasi di seluruh negara berkuat kuasa, Jumaat.


Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penetapan itu dibuat bagi mengehadkan bilangan syarikat kawalan keselamatan itu selain mengelak persaingan tidak sihat.

"Jika ada syarikat dibatal lesennya, barulah ada kelulusan kepada permohonan baharu untuk syarikat kawalan (keselamatan).

"Lesen baharu yang dikeluarkan hanya menggantikan lesen lama yang dibatalkan dan penetapan (kuota 800) ini akan berjalan selama lima tahun," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata KDN menahan 693 pengawal keselamatan warga asing haram dan membatalkan lesen sembilan syarikat kawalan keselamatan setakat hari ini atas kesalahan melanggar Akta Agensi Persendirian 1971.

Sebanyak 33 syarikat kawalan keselamatan juga telah menerima surat amaran daripada KDN atas kesalahan yang sama.

"Mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang masih menggaji pengawal keselamatan warga asing haram diminta menghentikan perbuatan ini dengan serta merta atau berhadapan dengan tindakan pembatalan lesen oleh KDN," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak syarikat kawalan keselamatan melengah-lengahkan permohonan pembaharuan lesen setiap tahun, KDN juga menetapkan tarikh tutup proses pembaharuan lesen kawalan keselamatan bagi 2015 pada 31 Disember ini.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/29/ahmad-zahid-syarikat-keselamatan/


Gambar semasa program :





Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 29 Aug 2014 11:04 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


VIDEO INSIDE: PPS Pertubuhan Militan Cina DAP...

Posted: 29 Aug 2014 10:00 PM PDT


Video ini menjadi bukti bahawa memang benar, PPS yang di tubuhkan oleh guan eng adalah satu pertubuhan militan, lihat bukti-bukti dalam video ini, ramai yang sudah jadi mangsa mereka...

Siapa Yang Kena "BASTARD" Nie? Anwar Atau Sipudin..??? kehh...kehh...kehh...

Posted: 29 Aug 2014 07:00 PM PDT

Anda setuju dengan pandangan facebooker ini...??


VIDEO INSIDE: Kenapa Guan Eng Panic Bila IGP & ROS Kata PPS Pertubuhan Haram?

Posted: 29 Aug 2014 03:00 AM PDT


Guan eng nampak panic bila IGP kata Pasukan Peronda Sukarela adalah pertubuhan haram, malah pejabat pendaftar pertubuhan sendiri mengakui yang PPS ni tidak berdaftar dengan ROS.

Dalam video di bawah, guan eng kata dia sanggup lawan PDRM dan IGP sekiranya PPS ini di haramkan...

Nampak guan eng macam panic je kan...? kenapa ya....?






DRE1M FUND: Berita Baik Bagi Yang Sedang Mencari Dana...

Posted: 29 Aug 2014 12:00 AM PDT


Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan. 

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial. 

Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:

1. Memohon melalui laman sesawang www.im4u.com.my < Dre1m Fund < Apply for funding. 


2. Daftar/log masuk dengan Facebook dan lengkapkan borang-borang yang diberi. 




3. Sebaik-baik sahaja borang-borang dilengkapkan, semua maklumat akan die-melkan ke pasukan 1M4U DRE1m secara automatik.


4. Permohonan akan dicetak dan dihantar ke jawatankuasa 1M4U untuk diteliti dan disenarai pendek. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu. 

5. Bagi pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel untuk meminta cadangan rasmi, latar belakang, dan bajet yang diperlukan untuk menjalankan projek. 


6. Berikut merupakan contoh tindak balas dari pemohon yang telah disenarai pendek dengan maklumat yang berkaitan. 


7. Setelah lengkap semua formal, bajet, cadangan, dan latarbelakang, jawatankuasa iM4U akan mengadakan kajian terakhir dan meluluskan cadangan tersebut. Cek akan dikeluarkan sebaik sahaja kelulusan diterima. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya 1-1.5 bulan. 


8. Semua permohonan yang berjaya perlu menyiapkan projek-projek dan menyediakan laporan mengenai projek tersebut berserta dengan bil, gambar, video dan bahan-bahan lain yang diperlukan. 

KELAYAKAN PERMOHONAN 

· Mestilah berwarganegara Malaysia 

· Individu yang berumur 18-40 tahun atau badan organisasi 

· Badan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan 

· Entiti undang-undang Malaysia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Belia 

· Lokasi projek di Malaysia 

· Permohonan maksimum adalah sebanyak 2 kali secara kolektif bagi setiap individu 

Untuk maklumat lanjut sila klik banner JOINT 1M4U DI ATAS.

tok gajah

Posted: 29 Aug 2014 09:27 PM PDT

tok gajah


Wan Azizah seperti 'puppet', 'remote control' Anwar dan DAP

Posted: 29 Aug 2014 07:56 AM PDT

Adam Abu Bakar |
 August 28, 2014

Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi 'kuda tunggangan' dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti.


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, selain menjadi Menteri Besar boneka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu juga terpaksa tunduk segala arahan suaminya, Anwar Ibrahim demi 'survival' politiknya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Tindakan PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar jelas mempunyai agenda tersirat yang jelas dan berbahaya kepada masa depan negara," katanya dalam posting blognya www.umnobahagiancheras.blogspot.com.

Jelasnya lagi, tindakan Anwar yang beriya-iya mahukan isterinya menjadi Menteri Besar adalah sudah tentu untuk menjadikan negeri terkaya ini sebagai 'markas' buat PKR dan DAP merancang gerak kerja bagi menguasai negara melalui kaedah yang jelas tidak berperaturan dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Sudah tentu Penasihat Umum PKR itu akan berkuasa di sebalik kerusi Menteri Besar dan berkongsi kuasa dengan DAP yang sebenarnya menjadi ketua pemerintah negeri itu. Bahkan, Wan Azizah tidak ubah seperti 'puppet' yang 'remote controlnya' dikawal oleh Anwar dan sekutunya iaitu DAP.

Ujarnya, belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang Menteri Besar yang tidak melakukan kesalahan didesak sebegitu rupa untuk meletakkan jawatan, ia hanya berlaku di Selangor, itupun atas desakan Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

"Perkara ini turut disokong oleh DAP yang jelas selama ini mengamalkan politik rasis dan perkauman yang sempit. DAP memang banyak mengetahui kelemahan Anwar, dan itu sebabnya parti ini dilihat bersungguh-sungguh mahu menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar boneka.

"Tidak menghairankan jika PKR akan menjadi 'kuda tunggangan' dan Wan Azizah sebagai boneka DAP dalam memenuhi nafsu serakah politik parti itu yang boleh membawa kepada perpecahan rakyat jelata. Negara akan menjadi kucar kacir kalau amalan politik membelakangkan undang-undang ini tidak dicegah sejak dari awal lagi,'' katanya.

Jelasnya, sememangnya PKR dan DAP mempunyai misi yang amat berbahaya dalam mempertahankan tindakan untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Bila mereka berjaya menguasai negeri ini bermakna mereka berjaya menguasai kekayaan negeri itu.

Beliau menambah, jika percaturan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar tercapai, sudah tentu dana ekonomi Selangor akan disalahguna dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) Pakatan Rakyat dan PKR terutamanya.

"Jika ini berlaku, ekonomi Selangor akan jatuh merudum dan kehidupan rakyat akan menjadi kucar kacir. Tidak mustahil pentadbiran negeri ini akan lebih menfokuskan kepada agenda politik pemimpin tertentu berbanding isu pembelaan dan kebajikan rakyat yang selama ini diberikan perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

" Mereka juga akan mengacau pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan istana. Mereka akan membuatkan rakyat Selangor menjadi resah gelisah serta Anwar yang bertindak sebagai penasihat Menteri Besar akan menggunakan wang rakyat untuk menjelajah luar negara untuk faedah dan kepentingan diri serta politik PKR,'' tegasnya.

Ujarnya Syed Ali, seharusnya rakyat tidak diheret sama dalam percaturan politik sempit Anwar dan DAP . Sejak berlakunya 'tarik tali' di antara PKR, DAP dan PAS yang mahukan satu nama dihantar sebagai Menteri Besar, rakyat Selangor yang menerima padah kejahilan politik mereka yang jelas mengejar kuasa.

"Di sana sini kita dapat melihat kerisauan dan keresahan rakyat Selangor. Mereka mahu kemelut ini cepat-cepat diselesaikan dan agenda kebajikan rakyat didahulukan,'' katanya.

Tambahnya lagi, cukup-cukuplah suatu ketika dahulu rakyat diheret pergi ke jalanan dalam kemelut politik negeri Perak. Beliau turut mengingatkan demonstrasi jalanan dan haram bukan budaya rakyat negara ini.

"Namun, budaya kotor dan cukup berbahaya ini cukup sinonim dengan Anwar dan Pakatan Rakyat, mereka sanggup melakukan apa sahaja dakyah termasuk melanggar peraturan dan perlembagaan negara dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya yang sah,'' katanya.

Tambahnya lagi, tindakan PKR dan DAP tetap berkeras hanya menamakan satu nama calon Menteri Besar walaupun sudah diperintah Sultan Selangor agar mengemukakan lebih dua nama jelas mengandungi muslihat.

"Kerana terlalu rakus mahu menguasai pentadbiran negeri Selangor sehingga Anwar dan DAP langsung tidak mempedulikan segala mesej Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar,'' katanya.

Syed Ali turut membidas tindakan biadap PKR dan DAP yang engkar dengan arahan Sultan Selangor. Kedua-dua parti ini juga didakwa tidak menghomati undang-undang dan institusi istana yang menjadi payung kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum dan orang Melayu di negara ini.

Syed Ali menegaskan, segala perancangan dan agenda jahat Anwar perlu dibendung termasuk tidak melantik isterinya sebagai Menteri Besar.

Beliau khuatir jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar sudah tentu akan merombak apa sahaja MOU kerajaan Barisan Nasional (BN) mengenai air, Lebuhraya Kinrara–Damansara (Kidex) dan sebagainya sudah dirancang untuk faedah rakyat negeri ini.

Walau bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan PKR dan DAP akan mengheret rakyat dalam demonstrasi jalanan dan mencemuh institusi istana jika cita-cita besar mereka meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor tidak tercapai.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 29 Aug 2014 09:24 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


WAYANG LOW CLASS DARI ADUN SRI MUDA !

Posted: 29 Aug 2014 12:25 PM PDT

TAKAT GEBANG JE LAH....

Posted: 29 Aug 2014 09:37 AM PDT

TERKINI : DANA UNTUK BELIA..KASI SEBAR PADA ANAK MUDA !

Posted: 28 Aug 2014 09:54 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 29 Aug 2014 09:11 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Berani ADUN PKR Ini Balun Rafizi, Selepas Ini Mesti Rafizi Suruh Keluar Parti

Posted: 29 Aug 2014 07:30 PM PDT




Rasa tidak puas hati dan terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden PKR itu diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Suhaimi Shafiei yang menganggap Rafizi cuba memaksa semua pihak mengikut pandangannya.

"Kenyataan Rafizi sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada.

"Caranya memberi gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan layak memberi pendapat.

"Siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini?," katanya (baca lanjut)

Mampu Anwar Ibrahim Jawab Soalan Mudah Ini?

Posted: 29 Aug 2014 09:30 AM PDT


Ketua Polis Negara : PPS Akan Ditangkap Jika Masih Teruskan Aktiviti Haram

Posted: 29 Aug 2014 07:55 AM PDT





KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

"PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka...sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak di sini, Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Salleh akan bersara wajib 1 September ini setelah berkhidmat hampir 40 tahun dan jawatannya akan dipangku oleh Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman DCP Datuk Ab Razak Ab Ghani.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin pertubuhan itu yang tersebar di internet semalam yang mencabar Khalid berikutan kenyataannya sebelum ini mengenai pengharaman PPS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Di awal penubuhan PPS, polis melihat ia sebuah pertubuhan yang memberi khidmat kepada rakyat, tetapi kebelakangan ini PPS dilihat sudah terpesong daripada matlamat asalnya... Rondaan kononnya untuk menjaga keselamatan itu dulu, sekarang dah tak ada dah," katanya.

Pada Selasa lepas, Khalid dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah ROS.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya terdapat wanita warganegara Malaysia menawarkan khidmat seks kepada pejuang di Syria.

"Kita juga masih menafikan ada rakyat Malaysia yang terkorban di Syria kerana polis tidak mendapat laporan rasmi daripada kerajaan Syria dan juga tiada keluarga yang melaporkan ahli keluarga mereka hilang ataupun terkorban di sana, jadi kita tidak dapat mengesahkan," katanya.

Khalid turut memaklumkan beliau dan peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berlepas ke Amsterdam Ahad ini untuk meneruskan rundingan berkaitan siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

"Saya dan Abdul Gani akan menghadiri dua mesyuarat berkaitan insiden pesawat MH17 bersama dengan wakil dari Belanda dan Australia berhubung rancangan untuk meneruskan siasatan insiden itu," katanya.

Bila Raja Mohd Shahrim Ini Hendak Ditangkap? Sudah Lama Menabur Fitnah Di Malaysiakini

Posted: 29 Aug 2014 05:09 AM PDT


Pilihan Raya Kecil Di Parlimen Pandan?

Posted: 29 Aug 2014 02:03 AM PDT




Rafizi didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan  dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan. Dengan niat, kenyataan Rafizi di atas dalam Malaysiakini itu jelas sekali buktikan beliau mengakui sengaja bercakap begitu untuk timbulkan kemarahan.

Memang wajar Rafizi dikenakan tindakan kerana kenyataan fitnah itu jika disalah tafsir oleh masyarakat lain terhadap UMNO boleh menyebabkan keadaan negara ini menjadi kucar kacir.

Sebelum keamanan negara ini hancur kerana mulut Rafizi, elok Rafizi disumbat dulu dalam penjara. Ini boleh jadi pengajaran kepada pemimpin yang lain agar lebih hati hati sebelum bercakap tentang sesuatu perkara. Amalkan politik sihat. (baca lanjut)

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 29 Aug 2014 03:02 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Jururawat seronok bergambar dengan 'zakar'

Posted: 29 Aug 2014 08:01 AM PDT

Pelik rasanya apabila segelintir orang terutama kaum hawa tak mahu ambil pengajaran agar tidak bergambar dengan objek yang boleh mencetuskan kontroversi.

Walaupun kerja anda membuatkan objek berkaitan seks jadi mainan saja tak payahlah bergambar dengan benda alah itu sambil tersenyum simpul kot.

Ini boleh memberikan isyarat kepada kaum Adam yang dilahirkan dengan deria sensitif di luar sana untuk membayangkan perkara bukan-bukan.

Sebagai contoh cik jururawat terlampau dalam gambar di atas, apa motif nak selfie sambil tersengih dengan objek menyerupai kemaluan lelaki tu agaknya?

Pencuri telefon bimbit dicekup selepas muat naik aksi lucah di Dropbox

Posted: 29 Aug 2014 06:02 AM PDT

Kejahilan berkenaan teknologi otomatik uoload di ruang penyimpanan Dropbox akhirnya mengundang bala kepada pencuri telefon bimbit ini.

Beliau yang terlalu ghairah bersefie dengan telefon yang dicuri disamping merakamkan video lucah bersama pasangan, akhirnya "tertangkap" dengan aksi yang memalukan.

Ini berlaku apabila tuan punya telefon bimbit Samsung Galaxy S3 iaitu Victoria Brodsky telah membuka "Dropbox" beliau. Dengan penemuan gambar dan video aksi lucah mereka yang maka dengan mudah pihak polis telah berjaya menangkap pencuri telefon bimbit ini.

"Moral of the story", jangan curi telefon bimbit dan jangan "selfie" aksi lucah.


Chegu Bard ugut ambil alih MITI jika M'sia terus berdagang dengam Israel

Posted: 29 Aug 2014 05:05 AM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel.

Katanya, jika Najib tidak berbuat demikian, SAMM mahu mengambil-alih Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI.

Tonton video di

Rafizi angkuh, bongkak - PKR Selangor

Posted: 29 Aug 2014 03:24 AM PDT

PKR Selangor mempersoalkan gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menteri.

Mengaku terkejut dengan kenyataan itu, ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, gesaan Rafizi (bawah) itu sebenarnya tidak perlu dan hanya "menghina" mereka dan PKR negeri.

"Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.

"Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian," katanya yang juga ADUN Sri Muda.

Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.

Malah, katanya, timbalan presiden dan pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (bawah), yang dicalonkan PAS sebelum ini, juga secara terbuka mengatakan mengikut keputusan parti dan menandatangani SD menyokong Azizah.

"Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti," katanya lagi.

Rafizi yang baru sahaja dipilih sebagai naib presiden PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar yang dibuat Pemuda PAS.

Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru ADUN PKR lain di Selangor supaya mengambil tindakan itu sebagai menghormati keputusan parti itu dan sebagai lambang kesetiaan.

'Angkuh dan bongkak'

Dalam kenyataannya hari ini, Shuhami juga mempersoalkan tindakan Rafizi sebagai naib presiden "mencabar" mereka di media dalam isu itu.

"Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan," katanya.

Justeru, katanya, kenyataan Rafizi, termasuk "sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam PKR".

"Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat," kata Shuhaimi.

Beliau juga berkata, tiba masanya untuk Azizah sebagai presiden dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur "cara melampau Rafizi" kerana banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan.

"Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.

"Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak," katanya dengan nada keras.

Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan 'Wayang Langkah Kajang' sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.

"Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur," katanya.

Kempen 'hidu kemaluan' wanita untuk keamanan dunia, gila!

Posted: 29 Aug 2014 01:01 AM PDT

Roman Shusterman mencipta kempen "face sitting" atau letakkan punggung di muka lelaki ini sebagai bangku kononnya sebagai kempen keamanan.

Sebenarnya yang kita boleh nampak kempen ini sekadar memenuhi kerakusan nafsu lelaki yang "gila" terhadap seks melampau.

Ironinya, hanya kerana beliau menggunakan slogan kempen keamanan untuk "membolehkan" larangan dalam masyarakat selama ini. Sepatutnya rakyat yang bertanggungjawab perlu tampil bagi membendung gejala tidak sihat yang makin menular tanpa batasan





Tipu suami jumpa kekasih warga Nigeria

Posted: 29 Aug 2014 12:01 AM PDT

NILAI - Seorang isteri empat anak sanggup meninggalkan suaminya di Filipina semata-mata kerana mahu bertemu kekasihnya, seorang warga Nigeria di Taman Desa Melati, dekat sini.

Malah, wanita warga Filipina berusia 36 tahun itu turut mengakui menjalinkan hubungan seks dengan lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar apabila dia ditahan ketika sedang berasmara di dalam sebuah bilik rumah dua tingkat yang disewa kekasihnya bersama rakan-rakannya itu.}

Menurut wanita yang dikenali sebagai Gende itu, dia tiba di negara ini pada 24 Ogos lalu setelah kos perjalanan termasuk tiket penerbangan ditaja kekasihnya yang merupakan seorang pelajar sebuah kolej swasta di Nilai.

"Saya kenal dia (kekasih) beberapa bulan lalu dan datang ke sini mahu bertemu dengannya. Saya menipu suami dengan memberitahu saya ke Malaysia mahu bertemu kawan.

"Kami sekadar bertemu untuk melepaskan rindu," katanya selepas ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen negeri di Taman Desa Melati, di sini, awal pagi semalam.

Faizal (tiga, kanan) bersama anggotanya memeriksa wanita Indonesia di sebuah rumah di Apartment Nilai 3.
Serbuan kira-kira jam 3 pagi itu turut menemui bungkusan kondom yang telah dan belum digunakan termasuk minuman beralkohol di dalam bilik mereka.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita itu ditahan kerana disyaki memiliki pas palsu.

"Kita juga menahan kekasihnya berusia 26 tahun dan dua rakan senegaranya kerana memiliki dadah jenis ganja.

"Semua mereka akan diserahkan kepada Balai Polis Nilai untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, operasi bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu dilakukan di dua lokasi iaitu Taman Desa Melati dan Apartment Nilai 3 selepas menerima maklumat awam dan hasil risikan pihaknya.

"Pemeriksaan seramai 250 warga asing di flat terbabit membawa kepada penahanan 27 lelaki dan enam perempuan.

"Mereka semua terdiri daripada 10 lelaki Bangladesh, satu lelaki India, enam perempuan Indonesia , empat lelaki Pakistan, enam lelaki Sri Lanka, satu lelaki Myanmar dan lima lelaki Nepal," katanya.

Faizal berkata, serbuan di Taman Desa Melati pula, pihaknya menahan tujuh warga asing termasuk pasangan kekasih itu dan seorang wanita warga tempatan.

"Salah seorang lelaki warga Nigeria mengalami luka di kepala dan muka selepas cuba melarikan diri dengan terjun dari rumah dua tingkat," katanya.

Menurut Faizal, tangkapan seramai 41 orang itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah, Seksyen 15 (1)(c) akta sama tinggal lebih masa, Seksyen 56 (1)(l) akta sama kerana memiliki pas palsu dan Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana memberi perlindungan kepada warga asing.

Semua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng di sini untuk tindakan selanjutnya.

(Foto) Ngeri! Pemandu dihimpit arak bersepai otak dalam kemalangan

Posted: 28 Aug 2014 11:45 PM PDT

Pendang: Mengerikan apabila kepala seorang lelaki pecah dipercayai terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux selepas kenderaan dipandunya itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi, anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan, semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan.

Rebecca Nur Islam Ambil 5 Beradik Yatim Piatu Sebagai Anak Angkat

Posted: 28 Aug 2014 11:31 PM PDT

INGATKAH lagi anda dengan kisah malang yang menerima lima beradik di Cheras yang menjadi yatim-piatu sekelip mata apabila kedua ibu-bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya pada Mei lalu?

Ternyata Muhd Haikal, 16, Fatin Adlina, 14, Mohd Aidil, 10, Norsyamini, 4, dan Nor Auni Safia, 3, tidak dibiarkan terkapai-kapai dengan adanya bantuan berterusan daripada keluarga terdekat dan orang ramai.

Lebih menggembirakan, mereka turut diambil sebagai anak angkat oleh pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam dan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman.

Menerusi Harian Metro, dia memberitahu, ketika membaca berita kemalangan itu, dia berusaha banyak kali untuk menghubungi ibu saudara lima beradik itu sebelum dapat bercakap dengannya.

"Saya faham situasi mereka yang terpaksa berhati-hati kerana bimbang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

"Kini saya dan suami selalu menjenguk mereka di Cheras, bertanya khabar dan berkongsi kasih sayang dengan mereka. Mereka masih tinggal di rumah yang didiami bersama ibu bapa mereka dulu. Saya rasa mereka tiada masalah dari segi kewangan kerana ramai yang menghulurkan bantuan, cuma apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian.

"Sebanyak mana kasih yang kami berikan memang tak akan sama de­ngan kasih sayang daripada ibu dan ayah kandung, namun sekurang-kurangnya mereka tahu masih ada orang di luar sana yang mengambil berat mengenai mereka," ujarnya.

Pada masa yang sama, Rebecca turut menasihatkan lima beradik itu supaya meneruskan persekolahan kerana hanya pelajaran sahaja yang dapat mengubah kehidupan mereka dan dia serta suami sedia membantu dari segi kewangan.

"Saya mahu membahagiakan mereka. Ini bukan kali pertama saya mengambil anak angkat tetapi perasaan belas saya pada lima beradik ini me­ngatasi yang lain kerana Allah SWT 'menjemput' kedua-dua ibu bapa sekali gus. Kali pertama saya berjumpa mereka, si bongsu Safia memanggil-manggil ibunya. Hati mana yang tidak meruntun, apatah lagi mengenangkan saya sendiri ada anak kecil. Saya mahu anak-anak itu berjaya dalam pelajaran dan buktikan kepada masyarakat anak yatim piatu juga boleh berjaya," katanya.

Kami 'salute' dengan selebriti yang tidak lokek dalam berkongsi rezeki dengan insan-insan yang memerlukan bantuan seperti anak-anak ini.

Sebabnya, sebanyak mana pun harta, semuanya tetap milik Allah S.W.T, tak gitu?

Rafizi yakin dokumen palsu ditulis blogger Umno tak berapa cerdik

Posted: 28 Aug 2014 11:21 PM PDT

PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa ia tidak masuk akal dengan hanya beberapa juta ringgit sahaja mampu melumpuhkan ekonomi negara.

Menurutnya lagi, tidak ada keperluan untuk beliau membuat laporan polis kerana beliau tidak mahu pihak polis menyiasat perkara yang sememangnya palsu.

"Saya percaya bahawa rakyat Malaysia cerdik dan tahu bahawa dokumen Langkah Kajang yang tersebar itu adalah palsu," katanya sewaktu diajukan soalan berkenaan penyebaran dokumen tersebut oleh wartawan.

Bahkan, beliau yang juga ahli Parlimen Pandan turut yakin bahawa dokumen palsu tersebut ditulis oleh blogger-blogger Umno.
"Saya rasa yang menulis dokumen itu adalah blogger Umno yang tidak berapa cerdik," katanya.

******
Sebelum ini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil turut mengesahkan bahawa dokumen berkenaan 'Langkah Kajang' yang telah tersebar luas di laman sosial adalah palsu dan fitnah.

"PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik kami," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang.

"Musuh-musuh politik PKR, enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno.

"Sesiapa sahaja boleh membaca laman blog Rafizi sekitar waktu 'Langkah Kajang' dimulakan dan beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama 'Serampang Kajang', " katanya.

Dalam dokumen palsu yang telah tersebar meluas di laman sosial itu, telah dinyatakan bahawa ia merupakan satu strategi bagi menaikkan kebencian kepada pihak kerajaan, memporakperandakan ekonomi dan dikesempatan itu, Pakatan Rakyat akan mengambil kesempatan mengambil alih kerajaan ekoran beberapa kempen yang dipercayai mampu melemahkan ekonomi negara.

Sultan tolak calon MB 'remote control'

Posted: 28 Aug 2014 11:16 PM PDT

Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui "kawalan jauh".

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

"Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi," kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

"Ini adalah masalah dalaman parti," katanya.

Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehingga hari ini, Wan Azizah masih belum berjaya menghadap baginda untuk mempersembahkan 30 pengakuan berkanun bagi membuktikan sokongan majoriti anggota DUN.

Dewan tersebut dianggotai oleh 56 ADUN.

PKR: PAS tak kisah pun 'paksa' sultan sebelum ini

Posted: 28 Aug 2014 11:11 PM PDT

PKR menolak hujah yang dikemukakan oleh PAS berhubung keputusan parti Islam itu untuk mengemukakan dua nama kepada istana bagi jawatan menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata selepas pilihan raya umum lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermasalah untuk hanya mengemukakan satu nama, walaupun sultan meminta empat nama.

PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berhujah jika tidak mengemukakan lebih daripada satu nama seperti yang dititahkan baginda sultan, ia boleh ditafsirkan sebagai "memaksa" istana.

Mustafa juga menjelaskan bahawa keadaannya berbeza pada masa lalu kerana isu itu tidak diketahui umum seperti yang berlaku sekarang.

Mustafa berkata demikian dalam reaksinya terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PAS berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencalonkan Wan Azizah.

PKR, DAP bimbang Azizah bukan pilihan istana

Posted: 28 Aug 2014 11:06 PM PDT

SHAH ALAM – Keputusan PKR dan DAP yang hanya meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan kebimbangan parti itu terhadap kemungkinan Azizah tidak diterima sekiranya wujud nama lain.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat keputusan itu juga merupakan mesej yang cukup jelas kepada Sultan Selangor.

"Mereka memang betul-betul mahukan Azizah kerana memang ada keraguan jika ada nama lain kemungkinan Azizah tidak dipilih oleh baginda.

"Jadi, ini ketakutan yang bermain dalam kepala mereka. Kalau tidak, ini seharusnya tidak menjadi masalah.

"Kemungkinan bahawa calon lain dipilih itu juga adalah besar. Sebab apa, kalau baginda betul-betul memang bersetuju dengan Azizah, sudah tentu alternatif lain ini tidak akan berbangkit," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut soal tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas dengan keputusan tersebut meskipun telah dititahkan Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada dua nama calon, Dr Jeniri berpendapat perkara itu selari dengan prinsip dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Ini boleh dilihat sebagai satu mesej yang jelas kepada istana bahawa mereka tidak mahu calon lain. Mereka hanya mahu Azizah.

"Ini boleh dibaca sebagai satu tindakan yang betul-betul berdasarkan prinsip dan amalan demokrasi yang memperlihatkan ketegasan mereka yang mahukan Azizah.

"Kerana dari segi demokrasi, sesiapa yang mendapat sokongan majoriti dan majoriti itu bersetuju untuk mengemukakan nama berkenaan, jadi, nama itu perlu dipertimbangkan dengan serius oleh Sultan," katanya.

Namun, beliau menyifatkan PR tidak mempunyai pilihan selain akur dengan titah Sultan Selangor supaya dilihat beradab dan tidak ingkar.

"Dari segi budaya politik Malaysia, kelihatannya PR tidak mempunyai pilihan supaya dilihat sebagai beradab dan tidak ingkar dengan perintah baginda.

"Saya percaya mungkin mereka akur dengan perintah itu supaya dikemukakan lebih daripada dua nama. Tapi tidak salah sebenarnya dari segi perlembagaan untuk mengemukakan satu nama," katanya.

Menyentuh soal kewajaran Pas mengemukakan calon sendiri, Dr Jeniri berpendapat tidak timbul soal berkenaan kerana ia sudah disepakati sejak awal bahawa jawatan itu diberi kepada PKR.

"PR telah bersetuju jawatan menteri besar itu perlu diserahkan kepada PKR, jadi, itulah hakikatnya yang perlu diakui dengan prinsip amalan demokrasi.

"Tak ada masalah untuk Pas namakan calon dia kalau itu sesuai dengan kehendak istana iaitu semua parti kemukakan calon.

"Tapi pada masa yang sama, mereka sedar bahawa kerusi itu adalah kerusi yang sudah disepakati untuk diberi kepada PKR. Bagi saya, dari satu segi, tidak timbul lagi calon atau keperluan untuk kemukakan calon dari parti lain iaitu DAP dan Pas," katanya.

PRK Pgkl Kubor: Penamaan 13 Sept, pengundian 25 Sept

Posted: 28 Aug 2014 11:01 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ialah pada 25 September.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.

Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.

"Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di Putrajaya hari ini.

PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi).

Abdul Aziz berkata daftar pemilih di kawasan berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) dan daftar pemilih itu akan mula dijual pada 8 September ini.

"Kawasan itu mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus)," katanya.

Sementara itu SPR katanya menetapkan tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara ialah pada 15 September dan untuk luar negara pada 13 September.

Beliau berkata pusat penamaan calon pula akan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa Tumpat, Kelantan sementara pusat pengundian awal di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

"Kos perbelanjaan pilihan raya kali ini sebanyak RM696,750 dan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya akan diwujudkan," katanya.

-Bernama

Pelajar tingkatan tiga di T'ganu tanggung aib hamil 7 bulan

Posted: 28 Aug 2014 10:01 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui 'ayah' kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.

"Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

"Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia," katanya.

Foto adegan ghairah seorang kakitangan kerajaan negeri tersebar

Posted: 28 Aug 2014 08:01 PM PDT

Foto adegan ghairah yang memperlihatkan seorang wanita cantik berpakaian seragam kakitangan kerajaan negeri daerah Kota Bandung sedang heboh di dunia maya.

Beberapa keping foto tersebut menampilkan seorang wanita berambut panjang sedang melakukan hubungan intim dengan seorang lelaki disebarkan melalui sebuah blog berjudul New! Donwnload bokep PNS cantik Kota Bandung dan laman web lucah tempatan di Indonesia.

Blog tersebut juga menampilkan hampir 20 keping foto yang diambil secara cetakan skrin dari video lucah berkenaan. Beberapa komen mendakwa wanita berkenaan adalah kakitangan kerajaan negeri di daerah Bandung. Setelah disiasat, wanita seksi di dalam video tersebut bukan kakitangan yang disebut-sebut tetapi lebih mirip kepada Rinada, bekas isteri Andika The Titans dan adik sepupu bekas Datuk Bandar Bandung, Ayi Vivanda.

Namun demikian, Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil menafikan wanita di dalam video tersebut adalah pegawainya.

Beberapa sisasatan yang dilakukan pula mendedahkan Rinada yang juga seorang penyannyi sering tampil dengan mengenakan pakaian seragam ala Peawai Kerajaan Kota Bandung.

Sehingga setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari Rinada atau Andika The Titans.

Sumber: Infospesial

Bikin video lucah tempatan, 6 si bogel dipenjara

Posted: 28 Aug 2014 07:18 PM PDT

ENAM individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, semalam.

Balik Pulau: Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 terhadap enam daripada 10 individu yang mengaku bersalah kerana terbabit dalam rakaman video sukan bogel di Pantai Teluk Kampi, 30 Mei lalu.

Majistret Muhammad Najib Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Loh Kok Hong, 41, Mu Wai Peng, 34, Justin Ang Ji Keng, 24, Yam Kam Hoong, 54, Lionel Loo Joo Hong, 52, dan R Nandakumar, 40.

Hukuman itu bermula semalam dan sekiranya gagal membayar denda, mahkamah menetapkan hukuman penjara tiga bulan.

Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 294 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan denda atau kedua-duanya sekali.

Seorang daripada tertuduh, Yam dikenakan hukuman penjara enam bulan bermula semalam kerana menghasilkan video lucah.

Muhammad Najib berkata, dalam soal adab sopan, rakyat Malaysia sangat mengambil berat mengenainya dan jelas tidak selesa dengan kelakuan negatif yang dilihat boleh mencemar nama baik negara.

Sementara itu, empat lagi tertuduh yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dan mahkamah menetapkan 16 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Mereka yang tidak mengaku bersalah ialah Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, Teh Guan Hoon, 37, dan Kong Meng Leong, 38.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani.

Bahana filem lucah, isteri jadi bahan eksperimen

Posted: 28 Aug 2014 05:31 PM PDT

Jarang sekali Gen Y menyentuh topik berkaitan hal rumah tangga, namun rasanya tak salah untuk dikongsi masalah berkaitan penderaan seksual kerana mengikut peratusan terbaru yang dikeluarkan, kebanyakan mangsa yang terbabit adalah kalangan anak gadis. Kahwin awal, tidak matang dan kurang didikan agama adalah punca utama. MURSHID EUNOS berkongsi realiti yang berlaku serta penyelesaiannya.

Penderaan emosi dan fizikal sama berat kesannya. Lebih teruk kesan daripada penderaan seksual yang berlaku. Tak kira sama ada dalam institusi keluarga antara suami isteri mahupun pasangan bercinta. Namun realitinya ia berlaku dalam kalangan masyarakat kita khususnya golongan muda.

Memang isu keganasan rumah tangga dalam kalangan wanita bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat kita, namun masalah hari ini ia berlaku lebih kepada golongan anak muda. Pasangan remaja yang berkahwin awal lebih cenderung hilang sabar hingga melarat ke kamar tidur.

Malah gejala sosial yang makin kronik dalam kalangan remaja dengan tinggal sebumbung sebelum nikah dan mengamalkan seks bebas banyak direkodkan terbabit dalam kemelut ini. Gadis atau golongan wanita ini akan menjadi takut apabila diugut untuk ditinggalkan selepas menyerahkan kehormatan diri.

Ketakutan dan rasa tidak mahu diabaikan itu hingga mereka sanggup diperlakukan dengan kasar di kamar tidur. Ikutkan nafsu teman lelaki atau pasangan hingga mereka terjerat dalam kancah penderaan seksual yang akhirnya terkesan pada fizikal dan emosi.

Zaman sekarang dengan terdedahnya perkembangan Internet dan pelbagai juadah santapan mata berbentuk lucah dan seksual visualnya, ia menjurus kepada kelaziman mencederakan fizikal terhadap golongan wanita dan anak gadis atas eksperimen teman dan pasangan masing-masing.

Bunyinya macam tak logik namun itulah realitinya. Ada kes pernah direkodkan, namun selebihnya hanya menyimpan kemas dalam rahsia masing-masing kerana takut mendedahkannya kepada individu lain.

Apa yang mereka lakukan?

Keganasan seksual didefinisikan sebagai tingkah laku yang dilakukan secara paksa daripada individu kepada individu yang lain ketika perhubungan intim. Ia boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu dalam konteks rumah tangga (pasangan suami isteri) dan di luar ikatan perkahwinan.

Dalam konteks golongan anak muda terutamanya gadis, kebanyakannya mereka menjadi mangsa penderaan seksual seperti menjadi bahan eksperimen pasangan kekasih yang taasub terhadap filem lucah. Mereka cuba meniru aksi dalam filem lucah dan kemudiannya melakukannya ke atas teman wanita masing-masing.

Bukan sekadar ada sebahagian diikat dan dipukul, malah ada sebahagian besar anak gadis yang menjadi mangsa liwat oleh teman lelaki masing-masing. Nak ditolak, mereka takut kerana kebanyakan mereka begitu bodoh hingga teman lelaki sudah menyimpan video bogel masing-masing hingga membuatkan mereka takut jika ia disebarkan.

Golongan muda yang menghadapi masalah ini dengan suami dalam perkahwinan awal usia atau pasangan kekasih masing-masing, mereka menjadi pendiam dan menjauhkan diri daripada kawan-kawan kerana kononnya bimbang kisah menakutkan mereka itu ketahui umum dan kemudiannya dicanang satu dunia.

Lazimnya, memang mudah untuk membiarkan diri terperangkap dalam turun naiknya perhubungan membabitkan penderaan jiwa ini dan mangsa biasanya tidak nampak tanda bahawa pasangan mereka adalah pendera emosi. Kebanyakan pendera ini tahu bagaimana untuk mengimbangi serangan dan pujukan, lalu ini mengelirukan mangsa.

Ada banyak kes iaitu isteri atau wanita yang mengalami penderaan fizikal dan mental setiap hari oleh pasangannya nekad membuat laporan polis. Tapi apabila dipujuk rayu dan ditabur janji untuk berubah, wanita terbabit menarik semula laporan polis dan kembali hidup bersama pasangan mereka.

Biasanya wanita yang terlalu bergantung kepada suami seperti suri rumah berada dalam senarai utama mangsa penderaan fizikal dan mental yang akan kembali kepada pasangan kerana tidak tahu ke mana hendak dituju. Lalu, perkara sama berulang hingga tiada kesudahannya.

Bagi golongan gadis pula, mereka berada dalam ketakutan kerana diugut dalam bentuk masa depan dan nasib mereka selepas ditinggalkan kekasih. Kononnya si lelaki menakutkan mereka tidak mahu berkahwin atau melarikan diri. Gadis banyak menjadi mangsa kepada lelaki kejam seperti ini.

Tidak dinafikan, gadis ini sendiri yang merelakan diri mereka ditiduri hingga akhirnya menjerat mereka ke satu fasa yang jauh lebih serius hingga terpaksa berdiam diri apabila menjadi mangsa penderaan seksual yang boleh dianggap keterlaluan.

Bayangkan, dalam Internet hari ini terlalu banyak bahan lucah dan elemen seksual membabitkan gadis Melayu yang tersebar. Semuanya berpunca daripada kerelaan mereka diperlakukan sebegitu dan kemudian apabila ada permintaan si kekasih yang gagal dituruti, mereka mengugut untuk menyebarkannya.

Seriusnya, itulah yang berlaku

Permintaan si lelaki selalunya nak meminjam duit dan barangan. Kehendak mereka seperti kerap melakukan hubungan seksual hingga membuatkan anak gadis menjadi takut dan beberapa kali cuba menolak permintaan mereka. Itu antara punca berlakunya penderaan secara seksual.

Majoriti pendera tidak akan berubah walaupun mereka berjanji menjadi lelaki lebih baik. Sesekali pasti pendera ini melepaskan tekanan dan kemarahan mereka pada wanita dan ketika itu si mangsa dera semakin keliru dengan apa yang berlaku.

Lama-kelamaan emosi dan mental mangsa ini mula tidak stabil. Bagi mereka yang tidak cuba mendapatkan bantuan akhirnya melakukan sesuatu yang di luar jangkaan termasuk cubaan membunuh diri. Justeru, wanita yang berasa dirinya terbabit dalam perhubungan seperti ini perlu sedar beberapa petanda dan cuba menyoal diri bagi membolehkan mereka segera mendapatkan bantuan.

Wanita ataupun anak gadis perlu sentiasa tanyakan pada diri, adakah mereka sentiasa takut pada pasangan? Adakah mereka enggan meluahkan satu-satu topik kerana takut menimbulkan kemarahan pada pasangan? Adakah apa yang mereka lakukan semuanya tidak betul atau tidak menepati kehendak pasangan?

Adakah semua kesalahan itu berpunca daripada diri sendiri? Patutkah diri dipukul atau dimarahi kerana mencetuskan kemarahan pasangan?

Jika salah satu atau semua soalan itu sama seperti apa yang dilalui wanita dan anak gadis dalam kehidupan seharian, segera dapatkan bantuan atau cari cara untuk keluar daripada masalah itu. Anak gadis atau mangsa perlu ingat yang mereka tidak sepatutnya didera atau dicederakan.

Apa yang dilakukan si pendera itu kebanyakannya tiada kaitan langsung dengan mangsa. Sudahlah mereka puas dengan perbuatan itu dan kesan hanya kamu saja yang tanggung, kemudian mereka dera pula secara seksual. Adakah itu dikatakan cinta dan sayang mempedayakan kamu?

Jika golongan gadis yang berdepan masalah ini ingin mendapatkan bantuan dan enggan melakukannya secara terbuka, mereka terlebih dulu perlu mengambil inisiatif dengan mengakui yang mereka mengalami masalah penderaan dan menjadi mangsa.

Ia langkah penting dan ramai gadis tidak mengambil inisiatif ini. Ada yang datang ke sesi kaunseling, tapi selepas dipujuk pasangan, mereka terus menafikan menjadi mangsa dan enggan lagi menyertai kaunseling itu kerana berasakan tiada masalah perlu diselesaikan.

Selain itu, mangsa dera perlu membuat dokumentasi apa yang berlaku padanya. Contohnya mencatat tarikh, masa dan lokasi berlakunya penderaan serta tindakan yang dilakukan pendera. Ramai anak gadis tidak mencatat apa yang berlaku dan itu menyukarkan mereka apabila ingin mendapatkan bantuan.

Jika kamu didera secara seksual, kamu masih ada alternatif untuk menyelamatkan diri dengan mendapatkan bantuan ataupun sokongan daripada orang dipercayai seperti ahli keluarga ataupun teman baik. Keduanya, kamu boleh mendapatkan bantuan di hospital dengan mengunjungi One Stop Crisis Centre (OSCC).

Hanya di pusat OSCC, pihak hospital mengambil pendekatan sewajarnya dengan menyediakan sebuah bilik khas agar mangsa boleh duduk setempat tanpa perlu bergerak ke bilik rawatan lain untuk bertemu doktor. Sebaliknya, doktor yang terbabit dalam kes ini akan berjumpa dan merawat mangsa. Malah, pihak hospital juga dapat membantu mangsa membuat laporan polis.

Strategi untuk mencegah masalah ini termasuk pada peringkat awal dengan syarat mangsa keganasan seksual perlu ada kesedaran mengenai hubungan normal dalam rumah tangga atau percintaan itu. Hubungan intim harmoni tidak perlu diselitkan dengan adegan keganasan.

Jika ia berlaku, kamu perlu mencari punca mengapa keganasan itu dilakukan oleh suami atau kekasih kamu itu? Misalnya, mungkin mereka jenis panas baran ataupun menghisap dadah. Apabila punca dikenal pasti, maka cara untuk menyelesaikannya akan jadi lebih mudah. Sebagai langkah pertama, cuba atasi masalah ini sendiri.

Apa Yang Tersirat

Posted: 29 Aug 2014 01:45 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Pengganti Khalid: Tiada Keperluan Perlantikan Disegerakan

Posted: 29 Aug 2014 12:09 AM PDT

TIADA keperluan melantik segera pengganti Khalid. Khalid disingkir bukan kerana salah laku.; beliau mahu diganti atas sebab pergolakan dalam parti yang dinaunginya dahulu. Kini, Khalid bukan ahli sebarang parti. 

Perlantikan segera seseorang MB kalau kerajaan negeri tidak berfungsi, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri berfungsi seperti biasa. Sultan tidak perlu segerakan pergantian, boleh sahaja Sultan menunggu sehingga penggal Khalid tamat, atau jika 4 exconya meletakan jawatan.

Dalam keadaan sekarang, tidak timbul lagi undi tidak percaya kepada Khalid, kerana beliau sudahpun menghantar surat perletakan jawatan, namun Sultan menangguhkan perletakan beliau, sehingga perlantikan MB yang baru.

Cucu Tok Selampit

Posted: 29 Aug 2014 01:29 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Majlis Ramah Mesra Pimpinan PAS Kelantan Bersama Bloggers Dan Facebookers Malam Ini Hambar

Posted: 29 Aug 2014 06:24 AM PDT


Bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, Pimpinan PAS Kelantan malam ini cuba untuk mengumpulkan sejumlah bloggers dan facebookers bersama-sama di dalam satu majlis yang diberi nama 'Majlis Ramah Mesra Pimpinan Kerajaan Kelanan Bersama Bloggers Dan Facebookers'.

Mungkin majlis ini sebagai persediaan PAS untuk mengumpul aktivis media sosial bagi menghadapi Pilihanraya Kecil N01 Pengkalan Kubor. Bukan menjadi rahsia lagi PAS ingin merampas kembali kerusi berkenaan dari PKR yang kalah dalam dua Pilihanraya Umum yang lepas.

Tidak tahu di mana silapnya. Majlis malam ini tidak mendapat sambutan yang hangat walaupun hebahan mengenai majlis ini sudah berlegar di media-media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Tambahan lagi, majlis makan malam ini adalah percuma. Daripada 15 meja yang disediakan hanya 8 sahaja yang diisi. Itupun termasuk kaum kerabat CTS yang menyelinap masuk ke dalam majlis berkenaan.

Video Lim Guan Eng Cabar Ketua Polis Negara TS @KBAB51 Ambil Tindakan Isu PPS cc. @PDRMsia

Posted: 28 Aug 2014 06:30 PM PDT

Di Selangor, DAP dan PKR menjadi samseng dengan bertindak melawan titah Baginda Sultan Selangor. Mereka berkeras untuk menjadikan 'Nenek Kipas' isteri Ketua Umum (KETUM) sebagai satu-satunya calon Menteri Besar. Di Pulau Pinang tidak kurang samsengnya. Mana ada seorang Ketua Menteri yang berani mencabar Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan ke atas Kerajaan Negeri pimpinannya kerana menubuhkan pertubuhan haram, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. 

Mungkin hubungan baik dan akrab dengan seseorang yang pernah memegang portfolio Menteri Kehakiman, menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini menjadi bongkak dan berani mencabar dan mempersendakan Ketua Polis Negara di khayalak ramai? Golongan chauvinist sudah berani secara terang-terangan menubuhkan pasukan sukarelawan bersenjata dan mencabar Polis Di Raja Malaysia. Mereka sudah tidak perlu melakukan secara senyap-senyap. Mungkin kerana mereka tahu tiada siapa berani mengambil tindakan ke atas mereka? Tonton video di bawah dan saksikan sendiri betapa bongkaknya Ketua Menteri Pulau Pinang ini. 



Anda Mencari Dana Untuk Aktiviti Sukarelawan? 'DRe1M Fund' Adalah Jawapannya!!!

Posted: 28 Aug 2014 06:20 PM PDT


DRe1M FUND 

Apakah yang dimaksudkan dengan 'DReAM Fund'? 'DRE1M Fund' atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan. 

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial. 

Langkah-langkah untuk memohon 'DREAM Fund':

1. Memohon melalui laman sesawang www.im4u.com.my < Dre1m Fund < Apply for funding. 


2. Daftar/log masuk dengan Facebook dan lengkapkan borang-borang yang diberi. 


3. Sebaik-baik sahaja borang-borang dilengkapkan, semua maklumat akan die-melkan ke pasukan 1M4U DRE1m secara automatik.


4. Permohonan akan dicetak dan dihantar ke jawatankuasa 1M4U untuk diteliti dan disenarai pendek. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu. 

5. Bagi pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel untuk meminta cadangan rasmi, latar belakang, dan bajet yang diperlukan untuk menjalankan projek. 


6. Berikut merupakan contoh tindak balas dari pemohon yang telah disenarai pendek dengan maklumat yang berkaitan. 


7. Setelah lengkap semua formal, bajet, cadangan, dan latarbelakang, jawatankuasa iM4U akan mengadakan kajian terakhir dan meluluskan cadangan tersebut. Cek akan dikeluarkan sebaik sahaja kelulusan diterima. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya 1-1.5 bulan. 


8. Semua permohonan yang berjaya perlu menyiapkan projek-projek dan menyediakan laporan mengenai projek tersebut berserta dengan bil, gambar, video dan bahan-bahan lain yang diperlukan. 

KELAYAKAN PERMOHONAN 

· Mestilah berwarganegara Malaysia 

· Individu yang berumur 18-40 tahun atau badan organisasi 

· Badan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan 

· Entiti undang-undang Malaysia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Belia 

· Lokasi projek di Malaysia 

· Permohonan maksimum adalah sebanyak 2 kali secara kolektif bagi setiap individu 


SOROTAN UTAMA 'Dre1m Fund'

1. Stop The Hunger – Kesejahteraan Komuniti/Sukan. Aktiviti ini dijalankan untuk menghasilkan kesedaran kepada para belia terhadap kepentingan melakukan amal dan kerja-kerja sosial. 

2. G.R.O.W (Go Recycle Organis Waste)- Perusahaan Sosial. Para belia mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan baja bio-organik. 

3. Mengelakkan kegiatan keganasan dan samseng di sekolah-sekolah Tamil – Kesejahteraan Komuniti. Sukarelawan yang menjadi 'Abang Besar atau Kakak Besar' bertindak sebagai model peranan dan membantu dalam memudahkan sesi-sesi dan aktiviti-aktiviti sukan. 

4. Kem Inovasi Sosial – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk menjadi lebih berani dalam menginovasikan teknologi baru untuk masa depan. 

5. Play It Forward – Budaya/ Seni. Persembahan Play It Forward muzik dan amal seni telah mengumpulkan penyanyi-penyanyi tempatan, artis-artis dan penari-penari untuk mengekspresikan seni mereka dan mengumpul dana untuk komuniti, khususnya memberi keuntungan kepada Mercy Malaysia dan projek keusahawanan sosial. 

6. 72 Hours Swimming For Miracles – Kesejahteraan komuniti/Sukan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri terhadap kepentingan menolong orang yang memerlukan. 

7. iM4U Health Walk 2013. Program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat kesukarelawan di kalangan belia di Perlis dengan kolaborasi Jabatan Kesihatan Perlis. 

8. "Are you in the PINK of Health" Karnival Kesedaran Barah Payudara – Kesejahteraan Komuniti. Menjalankan pemeriksaan kesihatan dan meningkatkan kesedaran terhadap barah payudara. 

9. SPARTFEST! – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk lebih berani dalam mengekspresikan kreativiti dan mempamerkan bakat-bakat mereka. 

10. Holi 2013 – Budaya. Mempromosikan warisan masyarakat India Utara di Malaysia yang berwarna-warni. 

HANYA PERLU KLIK PADA IKLAN 1M4U YANG TERLETAK DI RUANG SEBELAH POSTING BLOG INI ATAU ANDA BOLEH KLIK DI SINI.

Uber Tidak Lebih Daripada "Kereta Sapu" - Apa Beza Dengan Cetak Rompak?

Posted: 28 Aug 2014 06:30 AM PDT


Hangat perbincangan di media sosial apabila Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Hamid Albar, mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan kenderaan sewa yang menggunakan teknologi applikasi telefon pintar adalah melanggar undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Berita berkenaan telah disiarkan secara meluas oleh akhbar dan portal tempatan seperti, The Malaysian Insider, The Sun Daily, BERNAMA dan lain-lain.

Sebelum pengguna dan peminat Kereta Sapu Haram Uber, melalut dan melatah dengan lebih lanjut, mereka sepatutnya melihat apakah kebimbangan pihak SPAD mengenai sistem kereta sapu yang dikatakan menggunakan sistem canggih dan mesra pengguna.

Pertama, hasil penyiasatan SPAD mendapati Uber menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu". Persoalannya, adakah kenderaan persendirian telah dipantau dan diluluskan oleh pihak berwajib seperti PUSPAKOM, untuk memastikan kenderaan berkenaan selamat untuk digunakan membawa penumpang?

Kedua, penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu". Apakah wajar kita sebagai pengguna menutup periuk nasi pemandu-pemandu teksi yang berdaftar, ada permit dan mengikut lunas undang-undang? Kita mengecam tindakan cetak rompak karyawan seni tanahair, dalam masa yang sama kita menggunakan perkhidmatan ciplak dan tidak berdaftar seperti Teksi Sapu Uber. Wajarkah?

Ketiga, kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. Sekiranya betul syarikat yang bertapak di luar negara ini ingin memulakan perniagaan di Malaysia, mereka seharusnya mendaftarkan perniagaan secara sempurna dan mendapatkan permit seperti mana pemandu-pemandu Rakyat Malaysia yang lain.

Keempat, siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam1987. Sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sepeti pelanggan dirogol, diculik dan dibunuh, bagaimana pihak berkuasa akan menangani perkara ini. Sudah pastinya pihak berkuasa dan Kerajaan akan dipersalahkan kerana membenarkan syarikat haram beroperasi.

Kelima, kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM. Persoalan yang sama akan timbul, berbaloikah wang tambang yang sedikit murah berbanding teksi Malaysia yang berdaftar berbanding dengan keselamatan yang terjamin dan dilindungi?

Kelima-lima perkara di atas adalah kebimbangan pihak berkuasa seperti SPAD. Untuk makluman pencinta Teksi Sapu Uber, SPAD belum mengharamkan syarikat dan perkhidmatan ini. Bagaimanapun SPAD mengingatkan perkhidmatan yang disediakan oleh UBER mesti mematuhi undang-undang.

Malah menurut BERNAMA, SPAD telah berusaha untuk mendekati dan memastikan Uber mematuhi undang-undang Malaysia. SPAD telah cuba untuk menghubungi Uber melalui telefon dan melalui e-mel tetapi setakat ini, Uber tidak memberi sebarang maklum balas. SPAD menambah dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Uber agak terkini dan canggih, SPAD telah mengambil pendekatan yang lebih pragmatik dan bersedia untuk membenarkan perkhidmatan Uber asalkan perkhidmatan yang disediakan mempunyai kenderaan dan pemandu yang berlesen.

Duke of UMNO

Posted: 29 Aug 2014 01:06 PM PDT

Duke of UMNO


BUKTI MEDIA AUSTRALIA MEMANG TAK BOLEH PAKAI.. KANTOI BURUKKAN MALAYSIA..!!!

Posted: 29 Aug 2014 06:17 AM PDT

Ni senator Austolia "Nik" Xenopon kawan baik Anwar.. ada "bau-bau bacang" dengan Nik Aziz tak? Silap-silap Nik Aziz pun tak mau ngaku sedara... 
Kalau diteliti sikap pembangkang, depa cukup suka dengan Australia... terutama media Asutralia... Macam baguih pulak saya tengok... padahal hampehhh...

Anwar masa lawan dengan Saiful Bukhari pun refer pakar-pakar dari Australia.. sikit-sikit depa refer media Australia... Awat? Tau la kawan baik Anwar yang lari dari Malaysia tu dok kat sana jadi orang besar bank kat sana... berapa fund dia bagi kat media sana untuk hentam Malaysia?

Ni...terbaru ni apahal ni?


Malaysia baru ja lepas berkabung kes MH17.. mayat jenazah mangsa pun ada yang belum sampai ke bumi Malaysia ni... tapi depa dah mula buat gerakan burukkan MAS...

Cuba klik kat sini... itulah bukti media Australia ni memang tak boleh pakai... 

Dah banyak kali dah depa dok trick kita pakai cara ni... lepas tu ada media-media yang kononnya "tak bias", "tak berat sebelah" dan kononnya "baguih yang amat" dok tiru jugak buat perangai macam ni... 

Lebih teruk tu, ada pulak rakyat Malaysia yang dok percaya kat media-media macam ni... low class betoi la kalau ada mentaliti lagu ni... setaraf dengan Isham Rais jaa... mentaliti kelas ketiga... poyo lebih, tapi tong kosong... 

Udah-udah laaaa... pikiaq la guna akal fikiran yang adil dan waras... jangan la mudah sangat kena tipu... orang yang selalu kena tipu ni lemah IQ... 

So macamana? Nak kekal lemah skill berfikir atau nak berubah? Terserah... cari ilmu, banyak baca Al-Quran, berdamping dengan ulama dan ilmuan, lepas tu jangan banyak merapu sangat.. insyaaAllah daya pemikiran kita akan tajam... Wallahua'alam..

PEMUDA PAS TAHU.. PEMUDA PAS SEDAR... TAPI....TAPI...

Posted: 29 Aug 2014 12:17 AM PDT

Pemuda PAS sedar.. Pemuda PAS tahu... tapi depa tak boleh buat apa-apa. Sekadar mampu cakap kat media saja... Depa sendiri pun tahu kuasa ada kat Mat Sabu... Nak harapkan Ayah Chik, Ayah Chik tak berapa nak sihat sekarang ni...

Jadi Pemuda PAS buat kenyataan akhbar... depa sekadar sedar saja... tapi tak boleh buat apa-apa...

Depa sedar, rakyat makin menyampah kat Pakatan Haram... depa sedar, rakyat menyampah disebabkan DAP dan PKR... depa tau DAP dan PKR melampau... Tapi...

 

Tapi tu la Pemuda PAS... sekadar buih pepsi cola... cakap saja lebih...tindakan takdak... Betoi la Ayah Chik kata dulu...Pemuda PAS sekadar buih pepsi cola saja... bila Ayah Chik kata macam tu Pemuda PAS nak marah... apa tak betoi ka apa yang Ayah Chik kata?

Ni cuba tengok kelaku Pemuda PAS kat sini...

Depa tau dan sedar bahawa terjun dalam kolam taik tu perkara bodo.. depa tau dalam kolam taik tu semuanya najis.. depa tau semua tu....

Peliknya, depa dok jugak berendam dalam kolam taik tu... ni buka tahap pepsi cola dah ni... ni tahap apa agaknya? Ada cadangan?

WAAAA.. BETUL PUNYA MARAH ORANG PAS KEDAH KAT KHALID SAMAD...HEH!

Posted: 28 Aug 2014 07:31 PM PDT

Pada saya, Khalid Samad and the geng yang ada dalam PAS tu merupakan antara spesis yang sama dengan Nazri Aziz atau Saipudin Dolah dalam UMNO.. lebih kurang sama saja...

Cuma UMNO ada kelebihan sikit sebab hanya dua tiga orang ja yang sama spesis macam tu.. yang lain-lain tu kira takdak la buat perangai macam spesis tu... 

Tapi dalam PAS memang ramai.. bukan setakat Khalid Samad saja, malah lebih dari 20-30 pemimpin PAS sama spesis dengan Khalid Samad ni... bukan saya yang kata, tapi ramai kawan-kawan PAS sendiri yang mengaku...


Tengah driving semalam, ada sorang kawan PAS tu hantar link ni kat saya... saya tak sempat baca masa tu sebab tengah driving...

Tapi tengah-tengah driving tu dia call saya.. dengar bunyi memang marah betul.. macam-macam jugak la dia kutuk Khalid Samad... saya tak tau apa-apa pun sebab tak baca lagi... tapi dari gaya kawan saya dok kutuk rapat tu, saya yakin Khalid Samad buat hal lagi dalam PAS...

Oooo.. rupanya dia marah kat Khalid Samad sebab cabar depa keluar PAS... Adoiii... Khalid Samad ni pun satu... orang PAS kat bawah tu tengah bara gila kat DAP dan PKR, dia pi tambah petrol pulak.. kasi nyala lagi marak ka?

Kawan saya kata, dia takkan keluar dari PAS. Tapi pada dia, dia mahu Khalid Samad yang keluar dari PAS.. siap suruh bawak sekali "taik-taik" dalam PAS... bila ditanya pasai sapa "taik-taik" tu... selamba dia kata..."taik-taik" tu la yang sokong PAS dok berkawan dengan DAP dan PKR! Iskkkk... sabaq bro...

Dia tanya saya, apa tindakan yang wajar pada buah fikiran saya. Saya jawab, saya taktau sebab saya bukan ahli PAS. Cuma, kalau saya ahli PAS, saya akan pastikan Khalid Samad dan kawan-kawan dia tak dapat undi pada pemilihan PAS yang akan datang... tiada undi dari PAS Kedah untuk depa...

Itu saja la kot yang saya boleh buat, kata saya. Kawan saya kata, kalau ikutkan hati, dia nak terbey kepala Khalid Samad... dia kata, dah cukup baik dah Khalid Samad kena ludah.. kalau dia ada kat situ, memang kena terbey dah...

Saya tanya kawan saya... hang terer ka lastik (terbey la tu..)? Boleh kena tepat ka? Kalau terkena kepala orang lain camana? Haruuu... ! Lepas tu baru la kawan saya boleh gelak sikit... heh!

PEJUANG BANGSA

Posted: 29 Aug 2014 11:44 AM PDT

PEJUANG BANGSA


UMNO PP KUTUK TINDAKAN ANGKUH GUAN ENG CABAR KPN DEMI PERTAHAN PPS @dzainalabidin @RRafizal @reezalmerican

Posted: 29 Aug 2014 06:55 AM PDT




UMNO Pulau Pinang Menyokong Penuh Tindakan YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara Menjalankan Siasatan Terhadap Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang

1. UMNO Pulau Pinang menyokong penuh tindakan YBhg Tan Sri Ketua Polis Negara memulakan siasatan ke atas Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang setelah Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) Pulau Pinang adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

2. Kenyataan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak ada bidanh kuasa untuk menubuhkan apa-apa jua pasukan yang berfungsi sebagai pasukan keselamatan membuktikan penubuhan Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak wajar dan menyalahi undang-undang negara.

3. UMNO Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya ucapan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dengan angkuh mencabar Ketua Polis Negera sekiranya berani mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. Adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri mengucapkan perkataan-perkataan seperti seorang samseng jalanan terhadap Ketua Polis Negara.







4. UMNO Pulau Pinang berpendapat kenyataan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyamakan penubuhan PPS dengan JKKK adalah tidak masuk akal kerana fungsi dan peranan kedua-duanya adalah amat berbeza. JKKK bukan sebuah badan beruniform, tidak terlibat dalam kawalan keselamatan atau memakai pangkat ala tentera sebagaimana PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Apakah Ketua Menteri Pulau Pinang tidak sedar bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga menubuhkan JKKK di bawah Kerajaan Negeri?

5. Polis mengambil tindakan memulakan sisatan setelah menerima laporan daripada orang ramai bahawa terdapat ahli-ahli PPS terlibat dalam beberapa kes memukul orang awam. Tahun lalu, seorang wartawan akhbar berbahasa Cina dipukul semasa sedang membuat liputan dan terbaru seorang penulis blog yang kritis terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang dipukul oleh sekumpulan anggota PPS. Rungutan oleh orang ramai terhadap perlakuan dan tindakan PPS seperti sekumpulan samseng jalanan turut disuarakan oleh wakil-wakil rakyat dalam Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang pada Jun 2014 yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negeri.

6. Penubuhan PPS oleh kerajaan Negeri atas alasan untuk membantu pihak polis membanteras jenayah juga tidak masuk akal kerana sudah ada Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga juga menjalankan kegiatan rondaan kawasan perumahan. Penubuhan PPS oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelas sekali bermotifkan politik kerana anggota-anggota PPS dengan memakai uniform turut terlibat dalam kegiatan-kegiatan parti DAP seperti memasang bendera parti DAP dan berkempen untuk DAP semasa pilihanraya.

7. Kerajaan Negeri sepatutnya akur dengan amaran terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara meminta Pasukan Peronda Sukarela ( PPS ) menghentikan aktiviti-aktiviti mereka. Keengganan Kerajaan Negeri dalam memberikan kerjasama kepada pihak Polis membuktikan keangkuhan melampau pimpinan kerajaan negeri mempertahankan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sekian.

Dato ' Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Pulau Pinang
29 Ogos 2014

IPOHMALAY

Posted: 29 Aug 2014 09:19 AM PDT

IPOHMALAY


MAS disusun semula dengan kos RM6 billion

Posted: 29 Aug 2014 07:53 AM PDT




KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd hari ini mengumumkan pakej 12 pelan pemulihan semula untuk MAS kembali untung dalam tempoh tiga tahun, menjelang hujung 2017.
Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar, Pelan Pemulihan MAS itu yang dijangka membabitkan kos RM6 bilion, antara lain akan membabitkan penubuhan sebuah syarikat baharu (NewCo).
Katanya, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.
Beliau berkata, Newco disasar kembali untung tiga tahun selepas dikeluarkan daripada senaraian awam dan kemudian disenarai semula dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun menjelang 2017-2019.
"Suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos mengeluarkan penyenaraian OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo secara berperingkat dalam tiga tahun 2014-2016," katanya di sini hari ini.
Mengikut Azman, pelan pemulihan itu bukan langkah menyelamat kerana Khazanah akan memperoleh semula dana itu menerusi penyenaraian semula MAS menjelang hujung 2017-2019 menerusi NewCo.
Mengenai nama NewCo, Azman berkata, Khazanah cadangkan supaya nama Malaysia Airlines (MAS) dikekalkan bagi mengekalkan jenama dan identitinya.
Dalam pada itu, Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan terus memimpin OldCo hingga 1 Julai 2015 apabila NewCo mula berkuat kuasa bagi melancarkan proses peralihan.
Sejajar rancangan itu, Khazanah turut memulakan proses pencarian CEO baharu yang dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini.
Mengikut pelan pemulihan itu, MAS akan menyusun semula model perniagaan dengan fokus yang lebih kepada rangkaian serantau, menurunkan struktur kos dan penekanan kepada pengurusan pulangan hasil.
"Peralihan kepada NewCo akan menyediakan peluang kepada MAS Baharu untuk merundingkan semula kontrak pembekalan dan lain-lain berdasarkan norma dan penanda aras pasaran," katanya.
Pemindahan aset dan liabiliti serta suntikan pembiayaan baharu tetapi dengan syarat yang lebih ketat kepada NewCo, disasar menurunkan struktur kos berdasarkan amalan dan penanda aras industri, dengan penjimatan sebahagian besarnya datang daripada kontrak perbekalan lebih baik dan kos tenaga kerja.
Sehubungan itu, model perniagaan baharu NewCo menyebabkan entiti itu hanya memerlukan 14,000 kakitangan, sekali gus kira-kira 30 peratus atau 6,000 daripada 20,000 pekerja semasa akan dikurangkan.
Bagaimanapun, Azman berkata, MAS dan Khazanah komited membantu setiap kakitangan yang diberhentikan, bagi mengurangkan kesan negatif kepada kualiti hidup mereka.
Khazanah akan melabur dalam penubuhan Pusat Latihan Semula Korporat di Subang untuk menyusun aspek latihan semula kakitangan MAS yang tidak menyertai syarikat baharu (NewCo).
Dalam perkembangan sama, selain pampasan kewangan, Khazanah dan MAS juga sudah memeterai persefahaman (MoU) dengan dua syarikat untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 3,500 kakitangan MAS yang akan diberhentikan.
Selain itu, turut diberi penekanan dalam pelan pemulihan itu ialah penyatuan operasi dan ibu pejabat MAS dari Subang sekarang ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Langkah itu akan membolehkan MAS menggabungkan operasi, menambah baik cara kerja sekali gus menandakan permulaan baharu MAS Baharu, kata Azman.
Pelan itu juga membabitkan pengukuhan aspek keselamatan, integriti dan fungsi keselamatan. Ini termasuk penubuhan Jawatankuasa Etika dan Tadbir Urus dan Audit Keselamatan Operasi IATA.
Selain itu, antara komponen kritikal pelan pemulihan MAS ialah aspek hubungan perindustrian yang lebih baik.
Antara langkah dan amalan baharu yang akan diperkenalkan termasuk pengenalan Panel Perundingan Kakitangan yang akan meletakkan kakitangan, kesatuan sekerja dan pengurusan dalam satu jajaran tujuan sama.
Dalam aspek mendapatkan sokongan kawal selia dan persekitaran yang menyokong, Suruhanjaya Penerbangan juga akan diwujudkan bagi mengawal selia industri penerbangan.
Sementara tertakluk kepada kelulusan Parlimen, Akta MAS akan diwujudkan untuk membolehkan suatu perundangan dirumus bagi menyokong pelan pemulihan MAS secara komprensif dan tepat pada masanya.
Khazanah ialah syarikat induk MAS yang menguasai 69.4 peratus kepentingan. Pada 8 Ogos, Khazanah menawarkan membeli balik semua baki saham tidak dimilikinya dalam syarikat itu pada harga 27 sen seunit.
Ia adalah langkah pertama Pelan Pemulihan MAS bagi membolehkan syarikat penerbangan nasional itu dikeluarkan daripada senaraian awam Bursa Malaysia. BH
SEMOGA BERJAYA.......

Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 29 Aug 2014 07:37 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Waspada ideologi 'si kitol' moden

Posted: 28 Aug 2014 10:28 AM PDT

KUALA SELANGOR, 28 Ogos - Golongan muda khususnya anak penduduk yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dinasihatkan jangan terlalu taksub dan terpedaya ideologi pluralisme yang dibawa si kitol moden demi kepentingan peribadi.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, golongan muda sering menjadi sasaran ideologi halus dimainkan si kitol moden ini yang berperanan sebagai pengkhianat sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesannya terhadap negara, bangsa dan agama.

Menurutnya, jika orang tua dahulu sanggup bergadai nyawa dan harta benda demi mencapai kemerdekaan tetapi orang muda kini dilihat sanggup menggadaikan maruah demi memuaskan perjuangan peribadi.

"Mereka yang sanggup gadai maruah ini punya agenda peribadi yang lebih penting daripada kepentingan negara sehingga sanggup jadi tali barut dan si kitol moden, inilah watak yang membahayakan masa depan negara.

"Kita jangan ingat perjuangan kemerdekaan ini sudah selesai, sebenarnya kita masih belum merdeka sepenuhnya dan perjuangan ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi penghayatan merdeka itu belum cukup mendalam.

"Sebab itu saya sokong sepenuhnya mata pelajaran Sejarah wajib lulus supaya anak penduduk diterapkan fakta sejarah supaya mereka tak mudah terpedaya," katanya dalam sidang media di Sekolah Kebangsaan Kuala Selangor, semalam.

Beliau hadir bersama isteri, Datin Profesor Dr Aishah Salleh sempena Majlis Perasmian di Ambang Kemerdekaan 2014, Penyampaian Alat Tulis Peperiksaan 2014, Dermasiswa Bakti dan Wang Pendahuluan PTPTN Parlimen Tanjong Karang.

Hadir sama, Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak, Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri Zon Tengah, Zulkifli Ansari; Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mt Safien Kassim dan Guru Besar SK Kuala Selangor, Abdul Rahman Marhaban.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor berkata, pihaknya turut mengingatkan anak penduduk di Parlimen Tanjong Karang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT supaya sentiasa ingat akan jasa ibu bapa.

"Jangan sesekali jadi anak derhaka dan lupa jasa ibu bapa selepas berjaya kerana hidup kita tanpa restu orang tua memang tak berkat. Hargai jasa mereka sementara masih ada di dunia ini.

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman, berkat doa ibu bapalah saya boleh berjaya seperti sekarang. Sebab itu saya selalu ingatkan anak penduduk supaya jangan lupakan pengorbanan keluarga," katanya. - SinarHarian

Pengikut