Kenyataan Saifuddin Nasution mengenai permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak seperti yang di siarkan oleh akhbar Sinar Harian di sini tiadaka ada kena mengena dengan isu Kota Damansara.
Kenyataan Saifuddin itu tidak ada sama sekali kaitan sama ada Khalid Samad tahu atau tak tahu mengenainya.
Tetapi nampaknya, kenyataan Saifuddin tersebut telah cuba diambil kesempatan oleh penulis macai UG.Dia tidak menyertakan namanya diatikel yang saya maksudkan di sini
Saya tidak perlu nak mengulas panjang tulisan yang tidak berani bertanggung jawab itu kerana tidak menyatakan namanya tetapi cuba nak spin kenyataan Saifuddin tersebut. Penjelasan yang agak detail telah pun di buat dengan baik oleh Khalid Samad dan juga oleh Abu Nawas
Lucu menyebabkan saya hampir terkentut bila baca artikel tanpa nama itu menulis:
1. PAS berbuat demikian kerana nak selamatkan PR sebab Selangor pada masa sebelum PRU-13 masih dalam keadaan tidak menentu kedudukannya. Jika Selangor menang tipis, kedudukan PSM sebelah kaki dalam PR dan sebelah lagi di luar PR adalah cukup bahaya kepada PR sendiri.
Komen saya ~ Kota Damansara sebelum PRU-13 ini , penyandangnya adalah DR Nasir, pengerusi PSM yang bertanding atas tiket PKR kerana ketika itu PSM masih belum diluluskan lagi pendaftarannya. Apakah selama tempoh Dr Nasir menang di KD, telah menyebabkan kedudukan PR dalam bahaya selama ini?
2. Bahayanya kerana PSM telah ditolak untuk bersama PR
Komen saya ~ PSM sememangnya tidak pernah diterima sebagai ahli gabungan PR. Sila baca kenyataan Saifuddin pada 12 April lalu di sini
Kelulusannya sebagai sebuah parti politik hanya baru diluluskan pendaftarannya. Walaupun begitu atas maslahah politik, Dr Nasir bertanding di KD atas tiket PKR mewakili PR. PSM bertanding di tempat lain menggunakan logo parti sendiri dan berlaku pertandingan 3 penjuru kerana PSM bertanding atas kapasitinya sebuah parti yang bukan mewakili PR kerana dia bukan ahli gabungan PR.
[HM] KOTA BHARU: Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.
Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.
"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.
Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.
"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.
[HD] KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.
Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.
"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.
"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.
Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.
"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.
"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.
Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.
Berkaitan:
Mat Sabu: PAS sertai himpunan 15 Jun
[MK] Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.
Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.
"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.
Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.
Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
P/s: ...kecuali Harun Taib dan geng yang reda akan kekalahan dan penipuan PRU13.
PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.
Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.
"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.
[HM] Singapura: Akhbar harian utama berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama suami orang dan saling bertukar mesej pesanan ringkas (SMS) yang erotik setiap malam. Kecurangan itu diketahui selepas dia meletakkan alat pengintipan tersembunyi dalam telefon bimbit isterinya.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina republik ini, Lianhe Zaobao, lelaki itu turut mendapat tahu dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan mereka berusia dua tahun.
Dalam beberapa siri tulisan di blog miliknya, "Saya mahu balas dendam," lelaki terbabit menulis bahawa isterinya mengkritik prestasi seksualnya dan bagaimana dia menikmati seks bersama kekasihnya dalam perbualan SMS mereka.
Tidak mahu menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa, lelaki itu memutuskan mendiamkan diri dan meluahkan perasaan serta kemarahannya dengan menulis di blog.
Dalam tulisan tiga hari lalu, dia berkata, isterinya berterus terang dengan suaminya dan meminta maaf.
Lelaki itu sudah meninggalkan kediaman mereka dan memutuskan memfailkan perceraian. - The New Paper
[HM] San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.
Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez "terlalu kejam" untuk didedahkan sepenuhnya.
Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP
[HM] Melaka: "Awak biar betul, mangsa baru berusia 13 tahun. Takkan awak nak kahwin dengan remaja bawah umur?," kata Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, semalam ketika mendengar rayuan seorang pemuda yang didakwa atas empat tuduhan merogol remaja perempuan itu beberapa bulan lalu.
Terdahulu tertuduh, Muhammad Ashyraf Rahim, 23, dari Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, mengangguk faham akan semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh kemudian membuat pengakuan tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.
Mengikut dua pertuduhan awal, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 10 bulan di dalam stor belakang rumah di Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, masing-masing jam 11 pagi dan 12 tengah hari pada 12 serta 23 Februari lalu.
Bagi dua pertuduhan berikutnya, dia didakwa turut merogol remaja itu di lokasi sama, kira-kira jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi, 21 Mac serta 30 Mac lalu.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ashyraf merayu mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman berikutan sudah berjanji dan bersetuju mengahwini remaja yang menjadi mangsa rogolnya itu.
"Saya sudah janji nak kahwin dengan dia (mangsa). Diharap pihak mahkamah dapat mempertimbangkan permohonan saya," katanya.
Selain itu, dia turut merayu kos ikat jamin RM24,000 ditawarkan pendakwaan dikurangkan dengan alasan tidak berkemampuan dan hanya bekerja membantu ibu dan bapa berniaga, selain turut menghidap penyakit asma.
Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai depan.
So Datuk Seri Anwar Ibrahim is "mulling" over whether to boycott the opening of Parliament in late June. Were he to do so, we would be forced to witness the absurd spectacle of a man who styles himself as the legitimate Prime Minister, cruelly robbed of the top job at GE13, not even having a voice in our democratic process.
Thus it would be Anwar's negative tactics, not his so-called "stolen" election, which would deny the people of his Permatang Pauh constituency their voice in politics.
But that's where we have got to in Anwar's long and ludicrous campaign to make political capital out of GE13. His ranting against the election now has little or no support on his side of politics but still he forges on with initiatives such as this.
The proposal for the parliamentary boycott has not come from the NGOs that formed the official monitoring team for GE13 or from the ASEAN election-monitoring group, but from a motley collection of NGOs led by Haris Ibrahim of the so-called People's Parliament. (We have a people's parliament Haris – it's called the Dewan Rakyat).
Asked about the fact that by boycotting Parliament he will ironically end up denying the rakyat representation, Haris said: "For me, the question of losing out for not being represented in Parliament does not arise. Fifty-one percent of voters have already been hoodwinked in the process of determining who runs Putrajaya (due to) the current system."
In other words Haris is basing his entire flawed argument on the popular vote nonsense that Anwar has been parroting to an increasingly bored national audience.
The problem for both Anwar and Haris is that this plan is doomed to fail. Between them they cannot name a single MP who is ready to sit out the coming parliamentary session and not one member of the senior Pakatan leadership is publicly backing this call.
"We have no plans at the moment," said DAP advisor Lim Kit Siang when asked Friday would heed the call.
Unsurprisingly Anwar's political opponents have seized on his plan to betray his electors who have trusted him to voice their concerns.
"This indicates that as an elected representative, Anwar has failed to serve the mandate bestowed to him by his constituents," said MCA Youth national chairman Datuk Wee Ka Siong.
At the opening session of Parliament, 222 members are due to be sworn in. They will do so because they were elected and they believe in our system of government. Don't be surprised if even Anwar takes his seat that day because he, as much as anyone else, knows how silly this boycott idea is.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pas hari ini dilihat cuba untuk mengubah persepsi Lebai Malang yang menjadi imej parti tersebut ketika ini dengan menggunakan pendekatan politik selamat dalam usaha memenangi hati rakyat disamping menjaga hati rakan-rakan politik mereka iaitu DAP dan PKR.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, kenyataan bercelaru kepimpinan Pas hari ini dalam pelbagai isu, termasuk isu himpunan haram anjuran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai satu permainan politik selamat parti tersebut.
"Pas tahu, majoriti rakyat, khususnya umat Islam menolak pendekatan Ketua Pembangkang yang cuba membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat dengan mengadakan himpunan haram yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.
"Sebab tu kita dapat lihat sikap dan pendirian Pas yang tidak konsisten berhubung isu-isu seperti ini dilihat sebagai satu cara politik selamat di mana mereka cuba memenangi hati rakyat dan dalam masa yang sama, cuba untuk menjaga perhubungan parti gabungan di dalam pakatan," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Menurutnya, dengan pendekatan sebegitu, Pas berharap agar imej Lebai Malang yang menghantui parti tersebut selama ini dapat diubah agar parti tersebut dilihat mempunyai pengaruh dan kuasa mengatasi DAP dan PKR di dalam gabungan Pakatan Pembangkang.
"Tetapi malangnya, bagi saya apa yang dilakukan oleh Pas itu lebih menampakkan kelemahan dari sudut pendirian mereka. Rakyat melihat kepimpinan Pas tidak konsisten dalam menyatakan pendirian mereka dan hakikatnya mereka masih tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.
"Sudah jelas bahawa selama ini Pas yang berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, namun yang berkuasa ialah DAP dan PKR.
"Lebih malang lagi apabila Pas ternyata hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk DAP dan PKR. Apabila terbentuk kerajaan, mereka tidak diberikan sebarang jawatan bak pepatah melukut di tepi gantang,"tegasnya.
Jelasnya lagi, hari ini rakyat sudah melihat betapa malangnya Pas apabila parti tersebut membuat keputusan untuk bergabung bersama DAP dan PKR serta menolak sebarang usaha perpaduan bersama UMNO.
"Sudah banyak perkara yang akan tercicir daripada perjuangan parti tersebut. Pas begitu banyak berkorban prinsip dan perjuangan mereka demi untuk DAP dan PKR.
"Saya yakin, sekiranya Pas terus bersama Pakatan Pembangkang, lebih banyak lagi agenda perjuangan mereka yang akan tercicir. Jangan kelak nanti yang dikendong tak dapat dan yang dikejar pula keciciran," ujarnya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyifatkan rakyat di negara ini layak untuk keluar berhimpun secara aman membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum bulan lalu.
Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.
Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.
"Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," kata beliau.
Pakatan pembangkang enggan mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen lalu mengajak rakyat seluruh negara untuk turun berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beberapa siri perhimpunan yang diberi nama 'Blackout505' diadakan di seluruh negara berjaya mengumpul jumlah besar rakyat yang majoritinya berbangsa Cina mendakwa berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan PRU13.
Antara dakwaan-dakwaan termasuk dakwat kekal yang mudah ditanggalkan, mengimport pengundi hantu, jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi pengundi dan gambar insiden 'lampu padam' yang masih gagal dibuktikan kesahihannya.
Sehubungan dengan itu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil inisiatif meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas Parlimen dwi-partisan untuk tujuan pemantauan.
Namun setakat ini pembangkang enggan menyatakan sebarang komitmen terhadap cadangan tersebut malah berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini.
SPR menipu pengundi
Haron dalam pada itu mendakwa SPR telah 'menipu' pengundi berhubung kredibiliti dakwat kekal yang digunapakai pada pilihan raya umum lalu.
Katanya istilah dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan untuk tempoh tertentu bagaimanapun gagal dibuktikan oleh SPR. Justeru membangkitkan persoalan sama ada wujud unsur penipuan.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR.
"Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi," katanya.
Pada hari mengundi 5 Mei lalu, Haron yang merupakan calon PAS kawasan Parlimen Arau antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditangannya tidak kekal selepas membuang undi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pasukan Kebangsaan Bola Sepak Malaysia dimalukan di Australia.
Begitulah bunyi berita radio petang tadi. Bekas pemain handalan negara tahun 70 dan 80an Khalid Ali juga mengkritik perlawanan persahabatan dengan kelab yang diwakili oleh pemain bertaraf hobi yang diwakili pekerja ladang, penjual insurance, dan lain-lain.
Tindakan Rajagopal memalukan dan membazirkan wang rakyat kerana tidak tahu memilih lawan untuk menguji pasukan negara.
Atas tindakan yang memakan diri sendiri dan menjatuhkan maruah pasukan negara, maka wajarlah Rajagopal meninggalkan pasukan kebangsaan. FAM perlu lah mencari pengganti baru.
FAM juga patut dipersalahkan kerana membenarkan pasukan bola sepak kebangsaan membazirkan wang dengan cara salah dan merugikan negara. Apabila media tempatan mereka memalukan kita.
Tunggu apa reaksi FAM selepas ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Golongan petani di negeri ini dilihat cenderung untuk menjual tanah pertanian milik mereka kepada pihak lain terutama dari Singapura kerana tidak berminat untuk mengusahakan sektor pertanian.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin berkata, pihaknya menerima banyak permohonan pemindahan hak milik tanah pertanian kerana pemilik tidak berminat, tidak ada komitmen serta masa untuk mengusahakannya.
"Mereka menjual tanah kepada pemilik yang berasal dari bandar malah negara jiran, Singapura yang dapat melihat sektor pertanian sebagai sesuatu yang berpoten. Jika berterusan orang lain yang dapat, mereka lihat ia sebagai sesuatu yang berpotensi (untuk dimajukan).
"Kenapa kita tak mahu teruskan? Kerana itu kita perlu cari jalan penyelesaian," katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Ramah Mesra Barisan Nasional (BN) Bersama Menteri Besar serta merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Bakri, di sini.
Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negei (ADUN) Bukit Naning yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Johor, Datuk Saipolbahari Suib.
Ura-ura mahukan satu parti politik sahaja, perlu dibuat kajian yang amat teliti, mendalam dan serius. Cadangan ini telah kita ketahui telah lama disarankan oleh parti Gerakan setelah mereka kalah dalam PRU-12.
Kita sebagai orang Melayu dan parti UMNO khasnya haruslah memikirkan dari segi untung ruginya jika satu parti sahaja diwujudkan iaitu Barisan Nasional (BN).
Sudah tentu tiada lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak! Parti-parti ini umumnya berjuang dan berpaksikan kepada satu kaum atau bangsa dan aspirasi perjuangan bangsa sejak sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Berdasarkan masyarakat majmuk di Malaysia, adakah cadangan ini baik atau menguntungkan orang Melayu dan Islam? Jika kita mahu mengambil contoh negara lain atau negara jiran terdekat seperti Thailand dan Filipina, mereka terdiri daripada kaum sama atau setidak-tidaknya mereka berfahaman dan menganut agama sama.
Di negara kita amat berbeza sekali kerana majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala kaum minoriti orang Cina dan India pula yang berfahaman dan menganut agama yang berbeza.
Keputusan PRU-13 yang lepas kita telah menyaksikan berlaku tsunami orang Cina mengundi pembangkang terutama DAP. Parti komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Jika tanpa sokongan orang Melayu yang menjadi majoriti senyap, maka parti UMNO pun sudah lama 'bungkus'.
BN pun pasti rebah dan tumbang menyembah bumi jika tanpa bantuan orang Melayu, bumiputra Sabah/Sarawak dan segelintir orang India. Jadi kita rasa jika sistem satu parti atau parti tunggal dipersetujui, maka yang untung bukanlah orang Melayu tetapi orang bukan Melayu atau orang Cina dan India!
Sejak PRU pertama selepas Merdeka, UMNOlah yang mempunyai calon ADUN dan Parlimen yang ramai kerana mewakili majoriti penduduk Malaysia. Wakil UMNO yang menjadi majoriti dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti menteri-menteri kerajaan BN.
UMNO mendominasi dan menjadi tulang belakang parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang! Jika hanya ada parti tunggal adakah perkara ini akan diteruskan? Platfom manakah mereka mahu berkumpul dan bincang hal agenda Melayu seperti persidangan tahunan UMNO?
Adakah kita sudah menganggap agenda bumiputra sudah selesai? Cukup setakat ini sahaja kita tolong orang Melayu? Tahap ekonomi Melayu sudahkah mencapai 30 peratus? Sudah tertubuhkah universiti berteknologi tinggi untuk anak-anak Melayu atau universiti UMNO?
Kita jangan lupa MCA dan MIC telah lama ada universiti dan institusi pengajian tinggi mereka sendiri! Agenda mereka mungkin sudah selesai, kerana hampir keseluruhan perniagaan di negara ini telah dikuasai mereka! Apakah kita sudah mahu mentalkinkan UMNO sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh DAP?
Tanpa UMNO, adakah orang Melayu perlu pergi mengadu kepada Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain? Atau orang Melayu akan kecewa dan beralih angin ke parti lain seperti Pas pula atau menubuhkan sebuah parti Melayu baru?
Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh pemimpin politik kita sebelum keputusan muktamad diambil. Beberapa tabung uji perlu dikaji dan diselidik dalam makmal yang akan ditubuhkan.
Patut diingat dengan adanya satu parti, maka pihak yang kalah dan minoriti akan sentiasa terselamat dan menjadi penumpang kepada parti lain lebih dominan iaitu UMNO! Sekiranya wakil kaum ini tidak menang, tiada siapa pun boleh mempertikaikan kerana yang kalah adalah calon parti sama?
Jadi, apabila susunan Kabinet jemaah menteri dibuat, maka orang Cina dan India akan juga dilantik mengikut kouta yang dipersetujui walaupun mereka kalah teruk!
Bagaimanakah pula jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Jika telah dalam satu parti, maka orang Cina dan India juga berminat jawatan-jawatan tersebut. Apa alasan kita jika mengatakan mereka tidak layak?
Sedangkan mereka juga berada dalam parti sama? Apakah Perlembagaan Malaysia juga nanti perlu dipinda? Kita juga harus ingat adakah telah terjamin jika kita adakan parti tunggal, orang Cina akan mengundi BN nanti pada PRU-14!
Begitu juga orang Melayu, adakah mereka akan terus menyokong BN jika bukan lagi atas nama UMNO?
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kejayaan kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.
Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.
Mahu dirinya diiktiraf sebagai 'King of Borneo', itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.
Wartawan SH berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.
Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?
Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.
Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta 'half uniform'.
Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?
Saya arahkan pegawai saya membuat laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern Command.
Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops Sulu dipersetujui.
Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima, Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.
Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.
Bagaimana perjalanan rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?
Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.
Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama, iaitu pada 12 Februari melalui telefon.
Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?
Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai 'Royal Sulu Force' dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.
Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.
Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?
Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.
Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.
Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?
Dia mahu kita iktiraf dia sebagai 'King of Borneo'. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai 'King of Borneo', mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.
Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi masih degil.
Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?
Kita boleh serang, tapi ini bukan cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.
Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.
Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?
Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.
Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.
Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?
Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.
Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulanpengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.
Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.
Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.
Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?
Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25 orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.
Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu kumpulan berjaya selamatkan diri. Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan kedua-dua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.
Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?
Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat.
Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.
Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta berbincang langkah yang perlu diambil.
Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?
Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.
Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakanmusuh dalam hutan dengan sebelah tangan Hamza pegang senjata.
Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?
Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.
Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.
Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?
Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.
Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?
Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.
Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.
Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.
Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?
Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.
Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.
Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita?
Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.
Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.
Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?
Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.-SH
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebentar tadi jam 12 berlangsung perasmian Kempen memerangi jenayah oleh YAB Perdana Menteri di KLCC.
Turut hadir Menteri dalam negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia Khairy jamaluddin.
Ramai anggota PDRM JPAM turut hadir memeriahkan majlis yang turut diikuti oleh warga tempatan dan warga asing.
Berikut gambar sempat dirakam :
Pasukan PDRM
Orang awam bersama pasukan uniform mengikuti perasmian
Warga JPAM
Laman web kempen
PM diiringi Menteri Menuju tempat pameran
Intipati ucapan PM ada disiar Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 8 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengkaji cadangan agar satu talian khas baru yang menghubung terus Bukit Aman diwujudkan dalam usaha kerajaan memerangi jenayah.
Menurut Najib, talian kecemasan 999 ketika ini yang dikendalikan operator kecemasan dilihat ada kekangan dalam aspek kritikal iaitu masa apatah lagi jika ia membabitkan kejadian jenayah yang memerlukan pihak polis segera bertindak.
"Talian kecemasan sekarang memerlukan operator bertanggungjawab mentafsir aduan itu perlu disalurkan kepada cabang keselamatan seperti polis, bomba atau hospital. Keadaan ini menyebabkan kita kehilangan masa kritikal yang cukup berharga walaupun beberapa minit dan ia lebih kritikal jika membabitkan kejadian jenayah," katanya. - UTUSAN
Kepada pengemar makanan laut terutamanya Kerang, Awas Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan terdapat Kerang sejenis makanan laut yang beracun. Kerang yang dikesan terutamanya di perairan Negeri Sabah ini cukup mebahayakan penggemar makanan laut. Kementerian merasa bimbang bila ada beberapa kes yang dikatakan mereka mula mengedar dan memasarkan nya di Semenanjung termasuk jiran nya Sarawak
Kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini bertindak memberi amaran keras kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas keracunan kerang-kerangan yang berlaku di perairan Sabah."Kami akan mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dalam cuba mengimport kerang-kerangan beracun ini keluar dari Sabah termasuk membawa masuk ke Semenanjung dan Sarawak.
"Semua jenis makanan mempunyai tahap keselamatan. Ini dipantau oleh bahagian keselamatan makanan di bawah kementerian.Jika makanan tersebut telah dicemar oleh racun, pihak kementerian boleh melarang penjualan jenis bahan makanan berkenaan," jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam hari ini (sabtu), sambung beliau lagi kementerian akan memperhebatkan lagi pemantauan secara berterusan kerana bimbang dengan kesannya kepada rakyat akibat segolongan yang meraih untung tanpa mengira kesannya nanti begitu membahayakan orang ramai yang tidak menyedari terdapat racun.
"Kami mempunyai pasukan untuk menjalankan pemeriksaan, menghalang dan memastikan rakyat tidak mengambil bahan makanan yang boleh membahayakan kesihatan. Sehubungan itu pemantauan yang rapi sedang dan akan dilaksanakan secara berterusan, "Hal ini turut memerlukan kerjasama pelbagai agensi seperti kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar untuk bekerjasama dalam menjalankan pemantauan," Kementerian memberi amaran terutamanya penduduk setempat supaya tidak mengambil makanan yang beracun ini sehingga Kementerian benar-benar pasti selepas dianalisis dan hasil dari beberapa kajian nya yang ianya bebas dari racun atau pun Toksik ujar Subramaniam..
Kandungan toksin yang tinggi ekoran fenomena air laut merah di Sabah mula melanda pantai barat Sabah sejak tahun lalu dan dijangka berlarutan dalam masa sebulan lagi. Paras toksik hidupan laut berkerang masih tinggi iaitu pada bacaan 700 Mouse Unit (MU) berbanding paras yang selamat bagi manusia iaitu di bawah 400 MU.
Dalam Akhbar New Strait Times semalam melaporkan tiga mangsa telah meninggal dunia di Sepanggar dan Inanam awal tahun ini yang dipercayai akibat memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar pada Janouari lalu.
PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.
Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam tadi.
Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis. "Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen.
"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
A heart to heart conversation with one loyal MCA leader based in Selangor has him confessed how clueless other MCA leaders are post GE13. Unlike UMNO, there are no plans, no post mortems and pretty much no directions of the party's fate and it seems like the MCA folks could not care less about the coalition with Barisan Nasional. He even mentioned that instead of brainstorming for GE14, these leaders are eyeing on the shares of Matang Holdings!!
Pre GE13, the MCA members have held discussions on the suitable and placements of candidates only to be let down when such issue was brought up to the higher officials. The loyal leader I had the conversation with exclaimed he had no idea how the President chose the candidates and whether the criteria set by the ordinary members were even considered by the President. This is due to the fact that most candidates handpicked by the President himself were not even willing to sacrifice their time and money to successfully campaign themselves! They were merely contesting for the sake of contesting, the drive and motivation to win was not present, but rather most candidates were after the GE fund allocation for them!
From what he was told, every MCA candidate will be given a sum of allocation which was not little, and some candidates went to the extent of trying to save every penny that could be saved for themselves. Hence,you could see very little effort of campaigning next to none. One candidate even confessed to wanting to use the GE13 funds to finance his new house! How absurd is that?
Grassroots leaders and members are constantly worrying on the fate of the party while the higher leaders and officials are busy chasing after shares? Such rhetoric mindset by the President and his excos reflected in the GE13 results whereby MCA lost by a landslide to DAP. Aside from incompetent candidates, the higher leaders failed to give orders and instructions to spearhead the campaign period thus losing shamefully.
"MCA is downright corrupted! 2 GEs and we'll be finished!" he exclaimed profusely, ending our conversation. What I can deduce after this sharing moment is that MCA needs an overhaul and needs it quick! While the party is losing votes and faith from the youngsters, there still are people who are loyal and would stand by the party through thick and thin, simply because these people absolutely abhor the DAP chauvinist ideology. The failure of GE13 can be summarized into the failure to choose the rightful candidates who is willing to fight for MCA and the mindset of the President and his men who are not willing to change for the better
These men need to use their discretion to exclude business from politics. Business is to flourish your personal gain while politics is to basically serve the people and serve them well! The grassroots are willing to do this but is the President ready to commit??
Satu persatu mulai dipertikai oleh NGO yang pro DAP ini. Kua Kia Song patut tanya diri sendiri, persoalan yang dipertikaikan oleh Kua Kia Song sendiri adalah pertentangan dengan Perkara 10, Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan.
Kua Kia Song pertikai hak orang Melayu, hak orang Iban, hak orang Kadazan, hak orang Bidayuh dan hak orang pribumi untuk belajar di UiTM. Biadap dan kurang ajar. Itu sahaja ayat untuk Kua Kia Song. Cuba menyongsangkan pemikiran rakyat negara ini.
Pelik..pelik...memang pelik masyarakat sekarang. Kalau anda bukan seorang yang jenis beramal soleh, tak perlulah perleceh aksi yang sepatutnya orang beriman lakukan, memalukan dan hanya mengundang dosa sahaja.
Sekeping gambar yang kami perolehi kita melayari Facebook amat memalukan.
Gambar ini menyaksikan seorang wanita, yang masih bertelekung, sambil memegang payudaranya untuk bergambar. Walaupun asetnya itu tidak diperlihatkan secara terang-terangan, namun amat jelas apa yang sedang dipegangnya!
Kemudian gambar tersebut dimuat naik ke akaun facebook beliau. Entah apa tujuan dilakukan perkara sedemikian.
Melihatkan akaun FBnya yang tidak aktif, wanita ini ada memuat naik beberapa keping gambar lain yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang, mungkin suamnnya, tapi, rasanya tak perlulah dibuat secara terbuka perihal 'dalam kelambu' anda, simpan aja...
Maaf, kami terpaksa rahsiakan identitinya bagi menjaga maruah beliau, dan kami berharap beliau tidak sengaja berbuat demikian.
PETALING JAYA - Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.
Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi ini berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam tadi.
Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis.
"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen.
"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama
GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh melahirkan rasa terkejutnya berhubung kenyataan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai Pakatan Rakyat telah ditolak.
Karpal berkata setakat ini tidak ada kenyataan rasmi oleh Pakatan berhubung keputusan mengenai permohonan PSM untuk menyertai parti itu.
"Pada pendapat saya, permohonan PSM perlu diberi pertimbangan yang wajar.
"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum baru-baru ini, menunjukkan PSM menganggap PKR sebagai sekutu mereka," katanya pada sidang media di kedai kopi berhampiran dengan Pasar Air Itam dekat sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, dilaporkan permohonan PSM untuk menyertai gabungan Pakatan Rakyat telah ditolak oleh parti komponen berkenaan.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PAS, PKR dan DAP telah bertemu sebelum pilihan raya untuk membincangkan mengenai permohonan PSM.
Saifuddin mendakwa isu berkenaan telah dibincangkan sebelum pilihan raya dan keputusan yang diputuskan adalah negatif.
Ketika ditanya sebab keputusan tersebut dibuat demikian, Saifuddin enggan mengulas.
Dalam perkembangan lain, Karpal menggesa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempercepatkan siasatan berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP.
Beliau berharap satu keputusan dapat diputuskan sebelum sidang Parlimen seterusnya yang akan bermula pada 24 Jun ini.
Karpal berkata ROS tidak wajar terpengaruh dengan sebarang komen atau kritikan yang dibuat terhadap DAP dalam isu berkenaan.
"DAP telah memberikan kerjasama dengan ROS dengan membekalkan kepada mereka semua bukti yang diperlukan.
"Perkara ini tidak harus dipanjangkan lagi, satu keputusan wajar dibuat tanpa sebarang kelewatan lagi," katanya.
GEORGETOWN: DAP chairman Karpal Singh has expressed surprise over a statement by PKR that Parti Sosialis Malaysia (PSM)'s application to join Pakatan Rakyat has been rejected.
Karpal said so far there was no official statement by Pakatan or decision on PSM's application to join the party.
"In my opinion, PSM's application should be considered favourably.
"For Sungai Siput MP Dr Michael Jeyakumar to contest under a PKR ticket in the recent general election already shows that PSM regards PKR as its ally," he said in a press conference at a coffee shop near the Air Itam market here Saturday.
On Friday, it was reported that PSM's application to join opposition coalition Pakatan Rakyat had been allegedly shot down by the component parties.
According to PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution, PAS, PKR and DAP had met before the general election to discuss PSM's application.
Saifuddin claimed that the matter was discussed before elections and that the decision was negative.
When asked for the reasoning behind the decision, Saifuddin declined to comment.
On a different matter, Karpal urged the Registrar of Societies (ROS) to expedite the DAP Central Executive Committee (CEC) elections investigation.
He hoped a decision could be made before the next parliament sitting, which is scheduled for June 24.
He said the ROS should not be influenced by any comments or criticisms made against the DAP on the matter.
"The DAP has furnished the ROS with all evidence required.
"The matter should not be further prolonged and a decision should be made without any further delay," he said.
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyifatkan rakyat di negara ini layak untuk keluar berhimpun secara aman membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum bulan lalu.
Beliau membayangkan perhimpunan yang kerap dilakukan pembangkang umpama umat Islam berhimpun di Mekah, lapor Harakahdaily.
Haron berkata beliau menyokong sebarang perhimpunan aman selagi ia tidak mencetuskan sebarang malapetaka walaupun PAS sebelum ini menolak cadangan itu.
"Lagipun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpunan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dinamakan sebagai demonstrasi tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhimpunan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," kata beliau.
Pakatan pembangkang enggan mengiktiraf kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen lalu mengajak rakyat seluruh negara untuk turun berhimpun menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beberapa siri perhimpunan yang diberi nama 'Blackout505' diadakan di seluruh negara berjaya mengumpul jumlah besar rakyat yang majoritinya berbangsa Cina mendakwa berlaku penyelewengan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengendalikan PRU13.
Antara dakwaan-dakwaan termasuk dakwat kekal yang mudah ditanggalkan, mengimport pengundi hantu, jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi pengundi dan gambar insiden 'lampu padam' yang masih gagal dibuktikan kesahihannya.
Sehubungan dengan itu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil inisiatif meletakkan SPR di bawah satu jawatankuasa khas Parlimen dwi-partisan untuk tujuan pemantauan.
Namun setakat ini pembangkang enggan menyatakan sebarang komitmen terhadap cadangan tersebut malah berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini.
SPR menipu pengundi
Haron dalam pada itu mendakwa SPR telah 'menipu' pengundi berhubung kredibiliti dakwat kekal yang digunapakai pada pilihan raya umum lalu.
Katanya istilah dakwat kekal yang didakwa mampu bertahan untuk tempoh tertentu bagaimanapun gagal dibuktikan oleh SPR. Justeru membangkitkan persoalan sama ada wujud unsur penipuan.
"Polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR.
"Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi," katanya.
Pada hari mengundi 5 Mei lalu, Haron yang merupakan calon PAS kawasan Parlimen Arau antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditangannya tidak kekal selepas membuang undi.
PETALING JAYA: Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh mengalami nasib malang apabila kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam miliknya hilang dipercayai dicuri di kawasan rumahnya di Kelana Jaya di sini pagi Sabtu.
Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sunny Toh, 29, berkata, dia hanya menyedari kehilangan kereta yang berpendaftaran WRH 1937 sekitar pukul 7 pagi Sabtu apabila dimaklumkan oleh bapanya.
Menurutnya dia terkejut apabila mendapati kereta tersebut sudah tiada di tempat yang biasa diletakkannya.
"Sebelum menyedari kereta saya hilang saya bangun pada pukul 6 pagi untuk solat Subuh dan selepas itu saya kembali tidur kerana kepenatan baru selesai penggambaran di Kuantan sebelum ini.
"Namun tidak sampai 10 minit saya terlelap saya tersedar ada bunyi bising diluar dan saya bangun untuk melihat dan mendapati sebuah van putih baru melintasi kawasan rumah saya.
"Bagaimanapun ketika itu saya perasan kereta saya masih ada dihadapan rumah dan tidak mengesyaki apa-apa," katanya.
Tambah Iesya, dia bernasib baik kerana tidak meninggalkan apa-apa barang berharga di dalam keretanya cuma hanya meletakkan baju dan kasut untuk kegunaan penggambaran.
Dalam pada itu, Iesya menganggap perkara tersebut menjadi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dan berharap kepada sesiapa yang melihat kereta berkenaan supaya melaporkannya kepada pihak polis.
"Saya sekarang masih lagi tertekan kerana kereta tersebut merupakan kereta kesayangan saya dan berharap ia dapat ditemui semula," katanya sedih.
Pegawai pastikan tiada penipuan peperiksaan masuk universiti seluruh China
Beijing: Langkah keselamatan luar biasa diambil untuk memastikan tiada penipuan berlaku ketika sembilan juta pelajar menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh China.
Peperiksaan yang bermula semalam menyaksikan pihak berkuasa pendidikan turut melarang pelajar memakai coli berkancing besi.
Seorang pelajar diperiksa sebelum masuk ke bilik peperiksaan di Jilin, wilayah Timur Laut China.
Di wilayah timur laut Jilin, pelajar dilarang memakai pakaian ada besi di dalamnya.
Pihak berkuasa pendidikan memasang alat di pusat peperiksaan untuk mengesan 'alat penipuan tanpa wayar', lapor akhbar Global Times. Pelajar guna telefon pintar
Pihak berkuasa berhati-hati mengenai kemungkinan calon menggunakan alat seperti telefon pintar yang lebih kecil dan mudah untuk disembunyikan sebagai alat bantuan ketika ujian berlangsung.
Petugas peperiksaan memeriksa isyarat radio bagi memastikan tiada pelajar menipu di pusat peperiksaan Qingdao, wilayah Shandong, Timur China.
Seramai 9.12 juta pelajar sekolah tinggi berdaftar di seluruh China untuk menduduki peperiksaan penting selama dua hari yang dipanggil 'gaokao', menurut laporan yang memetik Kementerian Pendidikan.
Pihak berkuasa berusaha membanteras penjualan alat berteknologi tinggi bertujuan menipu dalam peperiksaan itu, lapor Global Times.
Ada juga langkah yang diambil bertujuan memastikan pelajar tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya dianggap keterlaluan.
Antara gambar yang dikirimkan di internet menunjukkan kereta bomba juga digunakan untuk menghantar seorang pelajar berpakaian seragam ke pusat peperiksaan di sebuah kawasan pedalaman Mongolia.
Bandar Guangzhou pula memperkenalkan laluan khas kenderaan yang membawa pelajar ke pusat peperiksaan, lapor media tempatan. - AFP
Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.
Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.
Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.
"Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.
"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.
"Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.
"Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000," katanya.
Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
PETALING JAYA - PKR menyatakan akta baru tidak perlu dibentuk bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru akan memberi impak negatif kepada negara termasuk "dicop" sebagai ekstrem.
Menurutnya, Akta Hasutan 1948 telah mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.
"Tak perlu sebab sebenarnya, Akta Hasutan bagi saya sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka, ia juga perlu dihapuskan sebenarnya akta tersebut.
"Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran yang berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem," katanya pada Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di sini, semalam.
Kelmarin, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.
Beliau berkata, meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.
"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.
"Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya.
Sehubungan itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menambah, tindakan perlu diambil kepada penderhaka jika ada bukti-bukti yang mencukupi dan pihak berkuasa juga perlu adil dalam melaksanakan tugas.
"Ada dua pertimbangan untuk pesalah diambil tindakan, pertama dari segi undang-undang di mana apa yang ditulis ada perkiraan undang-undang, perlu ada siasatan dan sebagainya.
"Kedua, keadilan jangan berat sebelah ada banyak 'posting' di laman Facebook yang bersifat menghina, perkauman dan sebagainya, semua ini perlu dikenakan tindakan yang sama," katanya.
ALOR SETAR – PKR Kedah membuat satu laporan polis berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blognya yang didakwa menyifatkan pengundi Cina pada PRU13 sebagai rasis.
Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, kenyataan Mahathir adalah satu serangan yang tidak adil dan tidak rasional untuk menuduh orang Cina yang tidak menyokong BN sebagai cubaan meminggirkan orang Melayu dalam politik dan ekonomi negara.
Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah amat serius yang boleh membangkitkan perasaan benci antara kaum Cina dan Melayu.
"Ini adalah satu kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian negara yang selama ini dikongsi oleh semua kaum di Malaysia," katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, semalam.
Hsiao Leung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, laporan polis itu dibuat berikutan mahu pihak polis dan peguam negara menyiasat kenyataan dan niat sebenar Mahathir.
"Beliau sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengkaji semula sebab dan mengapa hampir 52 peratus rakyat Malaysia menolak mereka pada PRU13 dan bukannya mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan serta merosakkan hubungan antara kaum," katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau turut mencabar Mahathir menghadiri himpunan Blackout 505 yang akan diadakan nanti untuk melihat sendiri sama ada himpunan tersebut dihadiri orang Cina atau pelbagai kaum.
"Saya jemput dia hadir sendiri menilai dakwaan itu. Saya yakin penganjur himpunan akan mengalu-alukan kehadiran beliau," katanya.
Sebelum ini, Mahathir menerusi blognya berkata, sebahagian besar daripada peserta siri himpunan yang diadakan di seluruh negara selepas PRU13 adalah terdiri daripada kaum Cina.
Kenyataan menerusi blog chedet.cc itu turut menyatakan bahawa perhimpunan secara umumnya itu merupakan isu melibatkan orang Cina dan meramalkan perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius, manakala orang Melayu akan terus disisih dari ekonomi dan politik.
Kuala Lumpur: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu dikesan menghina Yang di-Pertuan Agong melalui media baru.
NGO serah memorandum
Semalam, NGO terbabit iaitu Nambikkai Malaysia, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan Kelab Sosial dan Kebajikan Insan Cemerlang Selangor menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Superintendan, Mohamad Jahangir Ali yang mewakili Ketua Polis Negara, di Bukit Aman.
Presiden Nambikkai Malaysia, Kalai Vanar yang mewakili tiga NGO berkenaan, berkata sejak kebelakangan ini ada individu dan kumpulan menggunakan laman sosial untuk menghina Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, penghinaan itu bukan saja untuk orang Melayu dan agama Islam, tetapi seluruh warga Malaysia yang menjunjung martabat institusi diraja di negara ini. Polis kena tegas
"Kami memohon polis mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit dan mendakwa mereka mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi Multimedia 1948.
"Mereka yang menyemai racun antikerajaan dan anti institusi diraja harus diawasi agar generasi muda dan akan datang tidak dipengaruhi mereka," katanya kepada media, di sini, semalam.
Memorandum ini diserahkan berikutan pemilik akaun Facebook dengan nama Melissa Gooi menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial terbabit, baru-baru ini.
Kalai Vanar berkata, pihaknya turut menyelar kumpulan tertentu mempertikaikan Jalur Gemilang dengan mengibarkan bendera Sang Saka di Dataran Merdeka tahun lalu.
Sementara itu, di JITRA, Persatuan Bekas Tentera Batalion 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) zon utara mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan individu menghina Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusinya, Zainol Ahmad, berkata langkah memberi amaran tidak sesuai lagi kerana perbuatan menghina raja didapati makin berleluasa di kalangan ahli politik dan di laman sosial di negara ini.
"Kita terkilan kerana belum ada tindakan tegas diambil untuk membendung perkara ini daripada terus berlaku.
"Kami khuatir generasi baru tidak lagi rasa bersalah melakukan penghinaan terhadap raja," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, semalam.
GUA MUSANG – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) tetap akan berundur dan tidak lagi menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Menurutnya, keputusan itu diambil sebagaimana yang diumumkan sebelum PRU13 lalu dan menyerahkan kepada rakyat Gua Musang untuk memilih pemimpin baru selepas ini yang lebih berwibawa dan mampu memberi khidmat terbaik.
Beliau yakin ada pemimpin pelapis untuk menerajui politik bahagian itu dan dia sedia memberi pelbagai bantuan bagi menjamin Umno berada dalam keadaan terbaik dan terus diterima rakyat berbilang kaum.
"Pengunduran saya itu bukan bererti saya akan menjauh diri dengan masyarakat dan saya sudah sebati dengan penduduk Gua Musang yang bersedia membantu selepas ini," katanya semasa berucap pada Majlis Kenduri Sekampung di Tanah Rancangan Felda Aring 1, dekat sini, petang kelmarin.
Hadir sama Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, Adun Galas, Ab Aziz Yusof dan Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Che Noh Che Pa.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang turut menyarankan tiga prinsip utama yang perlu ada pada pemimpin jika ingin berjaya dalam karier politik dan menggantikan tempatnya nanti supaya terus diterima rakyat.
Katanya, tiga prinsip itu ialah bersedia memberi khidmat terbaik dengan jujur ikhlas kepada rakyat, jaga disiplin diri dan jaga nama baik rakyat di kawasan parlimen ini.
"Selain itu, rahsia yang paling besar mengutamakan kepentingan rakyat dalam apa juga kemajuan supaya rakyat dapat merasai kesenangan bukan sahaja untuk tempoh sekarang, sebaliknya sepanjang masa," katanya.
Beliau mengharapkan pemimpin pelapis yang bakal mengambil tempatnya nanti dalam kalangan mereka yang mempunyai kewibawaan dan mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkannya dengan telus dan ikhlas.
"Saya bukan ingin menonjol diri, tetapi tirulah apa yang saya lakukan dalam tempoh perkhidmatan saya selama ini kerana sentiasa mendapat sokongan rakyat," katanya.
Katanya, penduduk di Gua Musang adalah mereka yang lebih memahami situasi yang memerlukan banyak kemajuan, sebab itu mereka memberi sokongan kuat supaya Barisan Nasional (BN) terus kekal menang yang bukan sahaja parlimen, tetapi juga tiga kerusi Dewan Undangan Negeri.
SHAH ALAM: Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan hasrat Ketua Umum PKR untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 sebagai tidak wajar.
Namun katanya, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberi kesan kepada sesi sidang Parlimen negara sebaliknya beliau bakal berhadapan dengan pilihan raya semula di kawasan yang diwakili sekiranya enggan mengangkat sumpah.
"Saya tidak lihat kewajaran itu sebab kewajaran itu atas (pilihan) dirinya sendiri.
"Walaupun orang tidak datang, ahli Parlimen lain cukup korum, dia tetap akan bersidang seperti biasa. Yang penting, korum itu ada.
"Tindakan sedemikian tidak akan mendatangkan kesan apa-apa. Itu hanya akan membuang masa sendiri sahaja. Kalau tujuan untuk mengadakan pilihan raya semula, tidak boleh. Ia hanya akan diadakan pilihan raya untuk kawasan (Parlimen) orang yang tidak mengangkat sumpah, itu sahaja," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini, Anwar dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 pada 24 Jun ini sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya umum, 5 Mei lalu yang disifatkan sebagai tidak telus.
Memetik laporan TMI hari ini, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata wakil pembangkang akan memboikot taklimat Parlimen yang dijadualkan Selasa depan sebagai simbolik menunjukkan ketegasan untuk mendesak reformasi pilihan raya.
"Majlis Pimpinan PR merasakan kita perlu mengenakan tekanan sebanyak mungkin yang kita boleh lakukan bagi memastikan kerajaan memberi respon kepada tuntutan kita untuk reformasi pilihan raya," kata Anthony.
Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata sidang Parlimen tetap akan berlangsung seperti biasa walaupun pembangkang bertindak untuk memboikot.
Malah katanya tindakan memboikot itu tidak sesekali akan mengubah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya terdapat pemimpin yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU13 lalu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mandat tersebut akan tergugur dan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan itu.
"Kalau tidak mahu angkat sumpah, berdasarkan Perlembagaan, genap hari tertentu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, dengan sendirinya pemilihannya sebagai ahli Parlimen tergugur dan pilihan raya akan diadakan di kawasan-kawasan orang tidak mahu mengangkat sumpah, itu sahaja,
"Ia tiada kena mengena dengan perkara lain. Dalam perlembagaan, kita tidak boleh ubah perlembagaan begitu sahaja untuk penuhi kehendak politik kita," ujarnya.
Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan PRU-13 lalu dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dalam mengendali proses pilihan raya sekali gus memberikan kemenangan majoriti mudah kepada Barisan Nasional.
Pembangkang menggunakan pelbagai cara termasuk mengadakan perhimpunan 'Blackout505' di seluruh negara bagi mengajak rakyat menolak keputusan rasmi itu.
KUALA LUMPUR 7 Jun - DAP tidak layak untuk menuduh UMNO sebagai parti perkauman kerana parti itu sendiri terlalu kerdil dalam politik di negara ini selain mampu bertukar wajah seperti musang berbulu ayam.
Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, DAP tidak akan mampu memperoleh kemenangan lebih banyak kerusi Parlimen daripada yang sedia ada sekarang jika mengambil kira populasi penduduk Cina di Malaysia yang semakin mengecil.
Jelas beliau, dari segi teorinya, jika parti itu bertanding di kawasan pengundi berbilang kaum, maka DAP hanya mampu memperoleh majoriti 40 peratus, iaitu jumlah kemenangan yang jauh lebih kecil berbanding UMNO.
''Membandingkannya dengan UMNO, hanya menunjukkan DAP tak dapat membezakan antara konsep busut, bukit dan gunung, maka dalam konteks ini secara jelas DAP adalah parti bersaiz sebuah busut dan tidak layak dibandingkan dengan UMNO, sebuah parti sebesar sebuah gunung.
''Nampaknya DAP sudah menjadi parti bersaiz busut yang bongkak. Perangai Si Luncai DAP ini elok diperhatikan saja. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labu kecilnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini yang menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.
Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Guan Eng itu dilihat melucukan kerana DAP sendiri terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan orang Melayu di negara ini.
Dalam pada itu, Shamsul Amri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, adalah lebih baik DAP membandingkan kedudukan, tujuan, matlamat dan pencapaiannya dengan MCA yang ditubuhkan hanya khusus untuk kaum Cina.
Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu membuktikan perkara tersebut iaitu mereka menang semata-mata kerana sokongan pengundi Cina setempat.
''MCA dari awal menyatakan nama dan tujuan kewujudannya untuk kaum Cina, tidak berselindung dan bermuslihat serta berpura-pura sebagai parti berbilang kaum.
PUTRAJAYA 7 Jun - Kerajaan masih menunggu maklum balas daripada pembangkang untuk turut bersetuju mengikut langkah Barisan Nasional (BN) yang terus menyalurkan sumbangan dana politik ke akaun rasmi parti berbanding akaun individu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, langkah itu penting bagi membanteras sebarang salah laku dan penyelewengan sekiranya dana tersebut disalurkan terus ke akaun individu tanpa diaudit dan direkodkan.
Beliau berkata, pihaknya telah menjemput pembangkang untuk turut serta menjayakan inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 itu, namun sehingga sekarang masih belum mendapat jawapan.
"Kita sekarang sedang berbincang dan meyakinkan mereka untuk bersetuju terhadap inisiatif ini supaya setiap dana politik yang disalurkan dapat diaudit dan direkodkan.
"Langkah ini sama seperti dilaksanakan di Amerika Syarikat dan Perancis yang menetapkan peraturan setiap sumbangan politik disalurkan terus ke akaun parti," katanya selepas merasmikan Konvensyen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu mengumumkan sebarang pembiayaan politik di peringkat Pusat mahu pun negeri perlu disalurkan terus ke akaun parti bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik.
Menurut Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menandatangani ikrar tersebut bagi pihak BN.
Katanya, inisiatif tersebut yang telah dimulakan sejak GTP 1.0 merupakan salah satu daripada tiga inisiatif di bawah GTP 2.0 untuk memperhebatkan pembanterasan terhadap rasuah.
Katanya, dua lagi inisiatif iaitu pemberian rasuah dan perolehan rasuah akan turut digerakkan bersama bagi membanteras rasuah di semua peringkat.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mendesak Perdana Menteri tidak salah, tapi jangan salah desak. Desakan yang dibuat mesti kena pada tempat. Anda sendiri yang akan sakit hati jika orang yang didesak itu tidak mahu tunduk dengan desakan anda.
Antara perkara yang "tidak boleh desak" ialah hal-ehwal berkaitan dengan prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri atau sebagai Presiden Parti ataupun sebagai individu.
1. Jangan desak sesuatu perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal rumahtangga atau hal suami-isteri. Itu hak prerogatif semua suami-isteri.
2. Jangan desak supaya buang penasihat PM atau mana-mana pegawai ibupejabat UMNO. Itu hak prerogatif PM atau presiden parti untuk melantik siapa yang dia rasa suka serta mudah bekerja dengan presiden atau PM.
3. Jangan desak supaya tidak dilantik orang itu dan ini dalam kabinet. Itu hak prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.
4. Jangan desak supaya tidak melantik SUPOL PM dari kalangan itu dan ini. Itu hak prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.
5. Jangan desak supaya tidak melantik wakil NGO ala-Hindraf atau wakil cina ke dalam kabinet kerana itu hak prerogatif Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional.
6. Jangan desak PM supaya jangan layan lagi segala kehendak dan kemahuan cina yang telah terbukti tidak menyokong BN dan kepimpinan DS Najib dengan segala program transformasinya. Itu hak prerogatif PM untuk terus berpegang kepada Manifesto Akujanji Janji Ditepatinya. Dan adalah hak PM juga jika beliau masih yakin dengan caranya untuk terus tanpa jemu menarik kembali sokongan cina.
7. Kita tiada hak prerogatif untuk desak PM supaya kembali kepada komitmen untuk memperjuangkan segala hak istimewa dan kedaulatan bangsa atau agenda melayu ditempat yang sewajarnya. Komitmen ini tiada di dalam manifesto Akujanji Janji Ditepati.
8. Pendek kata jangan buat desakan apa-apa. PM sudah bentangkan agenda kepimpinannya kepada rakyat dan rakyat pun telah terima. Tandanya, rakyat telah beri semula mandat untuk memerintah dan mengambil tanggungjawab memimpin negara ini sehingga PRU14.
Tetapi "pemegang mandat rakyat" juga harus ingat;
1. Bukan hak prerogatif Presiden atau Timbalan Presiden Parti untuk tidak boleh ditandingi atau dicabar di dalam pemilihan parti.
2. Bukan hak prerogatif Ketua Wanita, Ketua Pemuda mahupun Ketua Puteri untuk tidak boleh dicabar.
3. Bukan juga hak prerogatif Presiden Parti untuk memaksa ahli UMNO menerima apa saja konsensus yang diputuskan di kalangan sesama MKT untuk menyelamatkan kedudukan masing-masing dengan cara "memajak gadaikan" retorik-retorik "demi perpaduan, demi mengelakkan perpecahan di kalangan akar umbi, demi pengukuhan parti dan "pelbagai demi" lagi yang bertujuan untuk mereka terus kekal memegang jawatan dan kepimpinan.
4. Bukan juga hak prerogatif Perdana Menteri untuk memaksa rakyat khususnya rakyat melayu supaya menerima pendekatannya yang masih lagi memperlihatkan kecenderungan untuk terus "takut-takut" dengan desakan kaum chauvinis cina dan terus mengalah dengan pelbagai tuntutan pembangkang hingga SPR pun terpaksa dicabut dari bawah kuasa Agong dan diturunkan setingkat lagi ke bawah, iaitu di bawah kuasa parlimen.
5. Pendek kata, bukan juga hak prerogatifp Perdana Menteri dan Presiden untuk kecewa jika suatu hari nanti orang melayu yang semakin hilang keyakinan terhadap kemampuan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam mempertahankan agenda melayu, akan menyisih diri dan tidak mahu lagi mengambil pusing tentang apa-apa yang berkaitan dengan kepentingan perjuangan agama, bangsa dan tanah air mereka.
Jangan sampai majoriti melayu berkata, adalah menjadi hak atau prerogatif kami sebagai orang melayu untuk tidak lagi mempercayai dan meyakini kepimpinan dan pemimpin yang memimpin UMNO hari ini. "Ini kali nak jadi apa lantaklah". "Janji anak bini selamat, sudah".
Perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa adalah kepunyaan anda sendiri..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. (Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!)
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan sikit! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
(Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!)
Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat." Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
(Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!)
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil 10 juta daripada bank untuk diri kita sendiri dan tambah lagi 70 juta untuk kita langsaikan hutang!".
(Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!)
Penyelia berkata: "alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
(Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!)
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
(Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!)
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
(Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!)
KUALA LUMPUR: Sikap teragak-agak Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen telah mendapat kritikan daripada beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan perkara tersebut sebagai 'bukti hipokrit' pembangkang.
Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat, PR seharusnya memulaukan majlis angkat sumpah tersebut jika benar mereka tidak menerima keputusan PRU13.
"Tidak adil lah... tempat yang dia kalah, dia tidak boleh terima... tempat yang dia menang, dia terima. Ini adalah mentaliti budak-budak yang kalah.
"Himpunan 505 yang dilakukan adalah bagi membantah perjalanan PRU serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Eloklah Anwar Ibrahim boikot bagi menunjukkan pendirian yang konsisten," kata beliau ketika dihubungi Astro Awani.
Kata Tun Faisal, jika mereka meneruskan angkat sumpah tersebut ia bermakna mereka menerima keputusan PRU13.
Jelasnya, ia berbeza dengan petisyen yang dibuat oleh BN kerana petisyen itu dibuat bagi mencabar perjalanan pilihan raya yang telah diganggu oleh PR.
"Petisyen yang dibuat oleh BN tidak mempertikaikan ketelusan SPR atau pilihan raya tersebut," tambahnya lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan keengganan PR memulaukan majlis angkat sumpah tersebut membukti bahawa tuduhan terdapat 'penipuan' dalam pilihan raya umum baru-baru ini hanyalah satu sandiwara.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau pernah mencabar PR supaya memulaukan majlis tersebut sebagai bukti jika adanya 'penipuan'.
"Itu bermakna tuduhan (yang mengatakan) SPR tak adil, PRU13 tipu hanya sandiwara. Saya pernah mencabar mereka dua minggu lepas agar boikot angkat sumpah MP bagi buktikan konon PRU13, SPR & Barisan Nasional (BN) tipu," katanya dalam satu kiriman teks kepada Astro Awani.
Bagi Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan pula, beliau mengalu-alukan tindakan ahli-ahli DAP dan Pas yang telah menolak idea memulaukan majlis itu.
"Tindakan mereka untuk tidak memulaukan majlis di Parlimen harus dipuji. Tiba masanya untuk bergerak ke hadapan... apa jua dakwaan atau tuduhan berkaitan SPR boleh didengar di mahkamah terbuka."
"Hidup perlu diteruskan. Negara memerlukan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan untuk duduk dan bekerja bersama-sama, ia adalah penting untuk kita segera mulakan kerja," kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kataya lagi, mana-mana Ahli Parlimen yang memulaukan majlis angkat sumpah itu akan meletakkan negara dalam situasi yang sukar.
Abdul Rahman juga menggesa Pakatan Rakyat supaya menjadi pembangkang yang kuat dan bukannya pemberontak yang kuat, sambil menyifatkan himpunan 505 mungkin akan menjadi sesuatu yang dipersoalkan rakyat suatu hari nanti.
Syarikat jual peralatan mencuci orang Cina lebih layak membekal Komputer 1Malaysia daripada syarikat komputer Melayu?
Saya tertarik membaca artikel blogger Double-Y yang bertajuk "14 Syarikat Cina kuasai projek Komputer 1Malaysia Salah Siapa? SKMM atau Teraju @TerajuOfficial".
Dalam artikel tersebut tersenarai 25 syarikat yang dikatakan memenangi tender untuk membekal Komputer 1Malaysia ini.
Taklimat Am mengenai tender ini boleh diperolehi di sinidan di sini.
Oleh kerana artikel ini menarik minat saya untuk memahami peranan TERAJU, saya telah membuat pencarian susulan dalam talian ke atas 14 syarikat pemilik kaum Cina yang dikatakan memenangi tender membekal Komputer 1Malaysia tersebut.
Hasil carian di Google mengenai 14 syarikat tersebut adalah seperti berikut -
1.DIVERSIFY NOBLE TRADING SDN.BHD. (977374-V) No.3A-042, 4th Floor, Endah Parade Shopping Centre, No.1, Jalan 1/149E, Taman Seri Endah, Bandar Baru Seri Petaling , 5700 Kuala Lumpur. Tel No.: +603-9059 1668 Fax No.:+603-9059 1668 virtual4422@gmail.com
PIC: See Chong Fah (Managing Director)
Tiada Maklumat
2.TABLET NETWORK TECHNOLOGY SDN BHD (973547-K)
SU 900, Jln Bandar Baru Masjid Tanah, 78300 Masjid Tanah Melaka. Tel: 06-3841118 Fax: 06 – 3841048 Steven.tbnet@gmail.com
PIC: Yap KwangHua (Managing Director)
Hanya ini sahaja yang diperolehi.
3.RUYI VENTURES SDN BHD Lot 2, Block H, Bandar RamaiRamai, P.O. Box 2303, 90726, Sandakan, Sabah. Tel: 089-622139/ 229363 / 012 – 8188339 Fax: 089-622239 / 089 226933 ruyiventures@gmail.com
PIC: Margaret Voon Lee Ching (Director)
Syarikat penjual `Mopping Equipment' lebih canggih daripada syarikat pembekal komputer kerana syarikat ini ada website yang kemas dan boleh menjadi rujukan.
4.Aerogate Capital Sdn Bhd
Suite 2.43, Asia City Complex, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088- 311000 Fax: 088 – 244198 H/p: 012 – 8289777 (Ms. Chin Chin) info@aerogate.com.myam
PIC: ThamKamFor (Managing Director)
Ini sahaja maklumat yang ada. Syarikat dorman.
5.AZS Resources Sdn Bhd (449140-P)
D 32 – 2, 1st Floor, Block D, Yoshi Square, Lot 67, Seksyen 66, KLTD, JlnPelabu 93450, Kuching Sarawak. Tel: 082 – 453788 Fax: 082- 577898 azsrsb@gmail.com
PIC: Leong SeikMoi (Director)
Syarikat Investment Holding
6.3C Depot Sdn Bhd Lot 2 – 083, Endah Parade, Jln 1/149 E, Tmn Sri Endah, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. Tel; 03-90564039 Fax: 03- 9058 3039 raymond.3cdeport@gmail.com
PIC: Hiew Then Siong
Tiada nature of business
7.SINERGI SURIA SDN BHD,
No.2-2-5A, Block A, Lot 5, 2nd Floor, Kolam Centre Phase 2, JalanPintas, Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-246 414 H/p: 016 - 8368900
PIC: Yap Kong Shean (Director)
Tiada maklumat
8.AVIMONT DEVELOPMENT SDN BHD NO 1-3A, Jalan Solaris, Mont' Kiara, 50480, Kuala Lumpur. Tel: 03- 6203 6522 H/p: 016 – 8303478 Email: avimdev@gmail.com
PIC: Loo Nyuk Siong
Carian menunjukkan Avimont Development adalah Investment Holding Company
9.COMPUNATION TECHNOLOGY SDN BHD No.20-2, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Tel: 03-6148 1966 Fax: 03-6148 3966
11.Jasa Citra Sdn Bhd (855549-D) Lot 2792, 2nd Floor, No.354, 3rd Mile, JlnTun Ahmad Zaidi Adruce, 93250 Kuching, Sarawak Tel: 012-8559813 Fax: 082-253680 jasacitra.sdnbhd@yahoo.com
Choo Chong Beng (Managing Director)
Hanya ini sahaja maklumat yang diperolehi
12.FFCY Resources Sdn Bhd (832838-A) 22, Lorong Raja Udang 2B, Kingfisher Park Phase 2, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. P.O. Box 20674, 88763 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088 – 311 888 Fax: 088 – 311999 ffcyrsb@hotmail.com
PIC: Thai Kui Yu (Director)
Hanya ini maklumat yang ada
13.MaxGross Sdn Bhd (603260-T) No.21,(Level 1-3), JalanPuteri 2/2, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor. Tel: 03-80612481/4481 Fax: 03-80614481
PIC: Lee Kok Hoong (General Manager)
Hasil carian pertama menunjukkan syarikat MaxGross adalah syarikat dalam kumpulan CCMSB
Carian kedua mendapati syarikat MaxGross adalah sebuah syarikat yang dorman
14.Asadvance Sdn Bhd (879548-H) H/p: 012 – 22220293
1. Walaupun syarikat ini memenangi tender membekalkan Komputer 1Malaysia, namun majoriti daripada syarikat ini tidak mempunyai website atau laman facebook mengenai syarikat masing-masing. Betulkah syarikat-syarikat ini menjual komputer?
2. Salah satu syarikat pembekal Komputer 1Malaysia adalah syarikat penjual peralatan mencuci - Mopping Equipment, 2 syarikat Investment, 1 syarikat berstatus MSC yang tiada maklumat produk, 2 syarikat dorman, 7 syarikat tanpa maklumat dan hanya 1 syarikat menjual komputer.
3. Soalan kepada TERAJU - Takkan tak ada syarikat Bumiputera yang boleh lawan syarikat penjual mopping equipment dan syarikat lain di atas?
Anwar Ibrahim perlu memboikot upacara angkat sumpah di Parlimen bagi menunjukkan bahawa dia konsisten menolak keputusan PRU13.
PKR diketawakan rakyat dan kelihatan bodoh kerana sebaik sahaja Khalid Ibrahim mengangkat sumpah di Selangor, ia menunjukkan PKR tidak konsisten dengan pendirian menolak keputusan PRU13 dan membuktikan bahawa mereka menerima keputusan pilihan raya di negeri Selangor dan mengiktiraf SPR.
Lim Kit Siang dan Hadi Awang akan kelihatan HIPOKRIT jika mereka memboikot upacara mengangkat sumpah di Parlimen. Di Pulau Pinang, anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri membuktikan bahawa DAP menerima keputusan pilihan raya dan mengiktiraf SPR. Di Kelantan juga sama, jelas bahawa Pas menerima keputusan pilihan raya dan mengiktiraf SPR.
Bila Kit Siang tidak mahu memboikot upacara angkat sumpah, maksudnya dia menerima keputusan PRU13 bahawa DAP hanya memenangi 38 kerusi dan mengiktiraf SPR. Memang sewajarnya dia menerima keputusan ini kerana berdasarkan merit, Kit Siang sepatutnya menjadi Ketua Pembangkang.
Anwar pernah menjadi Ketua Pembangkang tanpa merit dalam sidang lepas selepas beberapa Ahli Parlimen PKR keluar parti. Kali ini sudah tentu amat memalukan jika Anwar sekali lagi menagih simpati untuk menjadi Ketua Pembangkang walaupun PKR hanya mempunyai 30 kerusi di Parlimen. Anwar patut mengiktiraf bahawa kemenangan PR adalah kerana undi kaum Cina yang menyokong DAP.
Apa beza Black Out 505 dengan petisyen BN? Kita dah agak memang yang ikut Anwar ke himpunan Black Out ni main ikut saja tanpa berfikir sampai kita kena jelaskan perkara semudah ini.
PR anjur Black Out 505 kerana pertikai seluruh perjalanan dan keputusan PRU13 dengan menuduh SPR menipu. Kelakarnya, pilihan raya hanya diminta diulang di 30 kawasan sahaja. Maksudnya, di kawasan lain PR telah mengiktiraf bahawa SPR melaksanakan pilihan raya dengan adil dan tanpa penipuan.
Sebaliknya, BN tidak mempertikaikan seluruh perjalanan PRU13 dan tidak menuduh SPR tidak adil, tidak bersih dan menipu dalam melaksanakan PRU13. BN hanya mencabar keputusan dan perjalanan di peti-peti undi tertentu kerana terdapat unsur-unsur pelanggaran peraturan seperti usaha menghalang pengundi yang kelihatan seperti orang Bangladesh daripada mengundi dan kesahihan keputusan akibat kesilapan pengiraan dan sebagainya.
Petisyen BN tidak seperti PR.
PR menuduh SPR menipu, tetapi peliknya, PR hanya menuntut pilihan raya ulangan hanya di 30 kawasan sahaja. Nampak sangat PR menipu dan penyokong PR ni mudah sangat kena tipu
Anwar Perlu Boikot Angkat Sumpah Parlimen Bagi Jayakan #Blackout505 Walaupun Tanpa Lim Kit Siang
Tindakan Kit Siang sekaligus menidakkan hasrat Anthony Loke yang dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan Rafizi Ramli untuk memboikot upacara angkat sumpah tersebut. Kenyataan Kit Siang yang tidak mahu mengikuti agenda Anwar Ibrahim untuk memboikot angkat sumpah parlimen ini menunjukkan DAP menerima keputusan PRU13 yang menyaksikan penguasaan DAP sebanyak 38 kerusi iaitu faktor utama kemenangan PR bagi negeri Selangor dan Pulau Pinang.
Berdasarkan penguasaan 38 kerusi dalam PR ternyata DAP merupakan kuasa dominan malah DAP juga telah berjaya menarik sokongan cina untuk menyokong parti tersebut. Ia menunjukkan bahawa Kit Siang merupakan individu yang layak mengetuai PR dalam Parlimen berdasarkan merit kerusi terbanyak. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim masih melayan perasan kecewanya dengan memulau angkat sumpah pada 24 Jun ini. Persoalannya beranikah Anwar Ibrahim memulau sessi angkat sumpah parlimen pada 24 Jun bagi memastikan kejayaan perhimpunan 'BlackOut 505' pada 15 Jun nanti? Jika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah nescaya segala usaha bagi mewujudkan satu perhimpunan besaran dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan akan musnah sebaik sahaja lafaz sumpah diluahkan dari bibir Anwar Ibrahim.
RUNTUHAN struktur jambatan kedua di Pulau Pinang pada Khamis petang telah mengorbankan satu nyawa, sementara beberapa orang yang lain mengalami kecederaan.
Dalam masa yang sama, nampak paling sibuk sekarang ialah ahli-ahli politik DAP yang menguasai kerajaan negeri tersebut.
Biasanya DAP tidak peduli pun kalau berlaku bencana besar di negara kita, tapi dalam kes ini nampaknya berbeza. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, para pembesar DAP berkumpul di tapak tragedi, atas sebab yang mereka saja tahu.
Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Siasat punya siasat, rupanya-rupanya kontraktor yang dianugerahkan kontrak untuk membina seksyen tersebut, Cergas Murni Sdn Bhd adalah dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010.
Tahun 2010, DAP sudah ambil alih Pulau Pinang.
Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Guan Eng tambah gelabah lagi apabila meminta siasatan dijalankan, bukan sahaja pada bahagian yang runtuh, tapi keseluruhan jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.
Tak susah nak mengagak kenapa Guan Eng keluar kenyataan seumpama itu – dia tidak mahu soal PDC menganugerahkan kontrak bagi seksyen yang runtuh, diperbesarkan orang ramai, kelak nanti ada pulak tuduhan rasuah dan sebagainya.
Dan sememangnya itupun tujuan penulis semasa menyiapkan artikel ini, pihak-pihak berkaitan seperti SPRM perlu siasat jika ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan semasa penganugerahan kontrak tersebut dan sama ada PDC yang dipengerusikan Guan Eng, telah melihat kelayakan kontraktor terbabit mengikut prosedur sedia ada sebelum penganugerahan kontrak.
Kita minta siasat, kita tak tuduh apa lagi. Kita tak hina macam bapak Guan Eng yang semasa berlaku kejadian bot karam di Sarawak, menunding jari kepada BN kerana berlakunya tragedi tersebut.
Walaupun kita tak main game itu, tapi plotnya lebih kurang sama dan Guan Eng perlu tampil menjawab serta membenarkan siasatan dijalankan ke atasnya bagi menentukan semuanya mengikut peraturan yang disediakan.
Dua daripada empat individu yang dikehendaki kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook baru-baru ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang ini.
Dua individu tersebut ialah seorang lelaki, Shuh Chien Loo, 30, dan seorang wanita, Hun Keat Wong, 33, yang hadir ke balai tersebut bersama peguam masing-masing kira-kira pukul 3 petang.
Polis turut mengesan seorang lagi yang dicari itu berada di luar negara dan akan diambil keterangan sebaik sahaja individu tersebut pulang ke tanah air manakala seorang lagi diminta tampil menyerah diri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengingatkan semua pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina institusi diraja.
"Polis akan terus memantau dan tidak akan bertolak-ansur lagi sekiranya ada pihak yang sengaja menggunakan bahasa-bahasa biadab dan menghina terhadap institusi diraja dan pimpinan negara.
"Kita akan menggunakan semua undang-undang sedia ada dan terbaharu seorang lagi dikesan melakukan perbuatan yang sama diminta menyerah diri untuk membantu siasatan," katanya tanpa menyatakan identiti individu terlibat.
Difahamkan, individu terbaharu itu merupakan seorang blogger yang memuat naik komen menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam Twitternya baru-baru ini.
Sementara itu, kedua-dua pemilik akaun yang tampil menyerahkan diri hari ini turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di IPD berkenaan.
Akhbar semalam melaporkan polis meminta empat pemilik akaun Facebook iaitu Weennee Tan, Chien Loo, Keat Wong dan Carol Tay menyerah diri untuk membantu siasatan kerana memuat naik komen yang didakwa mempunyai unsur menghina Yang di-Pertuan Agong.
Pada Selasa lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi telah ditahan di Taman Nirwana, Ampang, dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.