Ahad, 7 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 07 Oct 2012 03:22 PM PDT

Polis: Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan

Posted: 07 Oct 2012 03:51 AM PDT

Aidila Razak

Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk dalam satu kejadian pagi ini.

Ketika dihubungi, Saiful Azly mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu, katanya.

Katanya lagi, polis setakat ini bagaimanapun belum menahan mana-mana suspek.

Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja

Posted: 07 Oct 2012 03:43 AM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin.

Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

"(Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang.

"Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang.

"Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini.

Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi.

Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros

Posted: 07 Oct 2012 03:41 AM PDT

MALAYSIA KINI

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.

"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya.

"Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.

"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.

Boleh percaya ke Mahathir benci Soros?

Posted: 07 Oct 2012 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jenis yang hari ini maki hamun dan esok dengan mudah cakap lain pula tidak boleh dipercayai dakwaannya.

(Mahathir dan Soros)

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula.

"Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya.

"Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu.

"Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir.

Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya.

"Mula-mula dia maki Soros dan tuduh Yahudi itu jatuhkan nilai ringgit, bila jumpa Soros dia kata Soros tak terlibat.


(Mohamad Sabu...boleh percaya ke kenyataan Mahathir tu?)

"Sekejap dia keluar Umno, lepas itu dia masuk pula. Jenis itu cakap dia tak boleh pakai," katanya.

Mohamad berkata, dakwaan Dr Mahathir kononnya undi kepada PR seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula adalah sama bohong dengan tuduhan beliau bahawa Soros yang akibatkan krisis kewangan 1997/1998 itu.

"Kalau 1997/1998 dulu Dr Mahathir berbohong dan main hentam sahaja mengenai Soros, sekarang pun sama - bohong," kata beliau.

Bagi Mohamad, cakap Dr Mahathir hanya boleh dipercayai jika berkaitan kesetiaannya untuk mengkayakan anak-anaknya.

"Dr Mahathir hanya setia kepada skim untuk mengkayakan anak-anaknya. Dalam bab itu sahaja cakap Dr Mahathir boleh dipercayai," katanya.

Mohamad berkata, rekod PR membuktikan dengan jelas ia tidak boleh diperalatkan sesiapa pun.

"PR perintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Tunjuk bukti jelas bahawa kerajaan-kerajaan tersebut dipengaruhi kepentingan asing.

"Setakat cakap seperti cakap tidak boleh pakai Dr Mahathir, tidak guna," katanya.

Apa yang jelas kepada semua rakyat, kata Mohamad, ialah kerajaan Umno Barisan Nasionallah yang menghabiskan puluhan juta wang rakyat untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide.

Kutipan Hutang Talam Dikembali Untuk Pembangunan Rakyat

Posted: 07 Oct 2012 03:34 AM PDT


BESTARI JAYA : Dataran Anak Muda baru di Ijok yang dilancarkan hari ini adalah contoh bagaimana hutang yang dikutip oleh Kerajaan Selangor daripada Syarikat Talam Corporation dikembalikan semula kepada rakyat.

Dataran Anak Muda Ijok yang memuatkan gelanggang bola keranjang dan futsal dan dibina dengan kos RM200,000 itu dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta Geran Selangorku untuk kemudahan generasi muda.

"Kita dapat kutip wang ini, walaupun ramai orang memberikan komen kenapa saya mengutip hutang.
"Jawapan saya ialah ia duit rakyat maka saya mesti mengutip hutang itu.

"Sebab Menteri Besar bukan tugasnya memberikan hutang tetapi adalah tugasnya mengutip hutang dan menjaga duit rakyat," kata Abdul Khalid dalam ucapannya semasa merasmikan Dataran Anak Muda Ijok.

Abdul Khalid berkata, pembinaan Dataran Anak Muda itu menelan kos kira-kira RM200,000 tetapi jika ia dilaksanakan oleh Kerajaan Umno-BN kosnya boleh melambung kepada RM 700,000 hingga RM 1 juta.

Ujarnya, kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada 'value for money' dalam melaksanakan projek serta membuat pemantauan teliti bagi mengelakkan ketirisan dalam pengurusan kewangan.
"Hari ini kita melihat duit itu bukan daripada pinjaman dan bukan datang daripada kerajaan pusat, jadi ia adalah duit hak rakyat.

"Aset-aset ini kita kena urus dan jaga dengan baik," kata Abdul Khalid.

Selepas Dataran Anak Muda, kerajaan negeri akan melaksanakan aktiviti pembangunan generasi muda yang lebih bermanfaat seperti kiosk untuk aktiviti keusahawanan generasi muda dan menyediakan kemudahan internet wifi percuma.

"Jadi, saya meminta pihak berkuasa tempatan agar dapat memberikan peluang kepada semua untuk menikmati kemudahan ini, dan saya akan sediakan peruntukkan untuk penjagaan dataran ini," katanya.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi, berharap Penggerak Belia Tempatan (Pebt) akan mengadakan aktiviti sukan bagi memanfaatkan gelanggang tersebut.

Turut hadir dalam majlis itu, MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.
Kira-kira 300 belia dan remaja hadir dalam majlis itu yang turut diadakan kejohanan Futsal dan pertandingan motor klasik berhias.

MB Jumpa Sultan 10 Okt Mohon Perkenan Sidang Khas DNS

Posted: 07 Oct 2012 03:30 AM PDT


BESTARI JAYA : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 10 Oktober ini bagi memperolehi perkenan untuk mengadakan Sidang Khas Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sidang khas DNS itu bagi membincangkan tiga kertas putih iaitu kutipan hutang Talam Corporation Berhad, laporan kempen Selangorku Bersih dan isu penyusunan semula industri air Selangor.

Abdul Khalid berkata, Sidang DNS pada 19 November pula akan memberikan tumpuan kepada pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2013 Selangor.

"Sidang Dewan Negeri yang dipersetujui adalah pada 19 November dan Tuanku Sultan telah mempersetujui untuk sidang itu yang perlu dilakukan setiap enam bulan," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas perasmian Dataran Anak Muda DUN Ijok di sini.

Abdul Khalid berkata sidang khas berkenaan membolehkan Kerajaan Negeri membentangkan kertas putih tentang ketiga-tiga isu itu secara terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat dengan jelas dan tepat.

Sebelum ini, kempen Selangorku Bersih telah menjumpai 110,000 nama yang diragui di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dr Ahmad Yunus Sampaikan Bantuan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Selangor

Posted: 07 Oct 2012 03:29 AM PDT


HULU SELANGOR Penderitaan bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35 yang menghidap barah hidung atau limfoma sejak empat tahun lalu mendapat perhatian Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Khairi.

Dr Ahmad Yunus yang bersimpati dengan penderitaannya itu menghulurkan sumbangan kepada keluarga Mohd Ezmi di dalam satu lawatan ke rumah bekas pemain itu di Kampung Sentosa Tambahan, Batang Kali di sini.

Dr Ahmad Yunus Hairi yang ditemui selepas melawat Mohd Ezmi di  berkata, beliau terpanggil untuk menziarahi dan memberikan sumbangan bagi meringankan beban keluarganya.

"Kita bersimpati terhadap nasib yang menimpa anak muda ini dan mendoakannya supaya segera sembuh," katanya.

Turut hadir memberikan sumbangan adalah Majlis Sukan Negeri Selangor(MSNS) yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif MSNS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor.

Ibu Mohd Ezmi, Latifah Daud, 55, berkata, anaknya mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan
 kuman Limfoma sejak empat tahun lalu apabila dia kerap menghembus cecair daripada hidungnya.

 

 Latifah berkata, apabila keadaan itu tidak berubah, dia menjalani pembedahan bagi membuang sesuatu yang menyekat pernafasannya.

Namun selepas itu keadaannya bertambah teruk hinggalah kesan yang dilihat sekarang.

"Kuman limfoma merebak dan memakan tisu-tisu hidung anaknya bermula di sebelah kiri sehingga menjejaskan keseluruhan hidung termasuk bahagian atas bibir," katanya.

Ayahnya, Mad Jan Abdullah, 60, berkata, pakar perubatan mengakui tidak mampu merawat penyakit tersebut dan menyebabkannya mengambil ikhtiar melakukan rawatan tradisional.

"Anak saya ada harapan untuk sembuh tapi perlu pastikan lukanya kering dan bebas kuman bagi memudahkan doktor menggunakan tisu sesuai bagi menampal luka tersebut," ujarnya.

Sehingga kini, keluarga Mohd Ezmi menerima bantuan daripada Jabatan Khidmat Masyarakat(JKM) berjumlah RM 300 sebulan.

Selangor Sumbangkan RM 50,000 Kepada SJK(C) Ijok

Posted: 07 Oct 2012 03:26 AM PDT


IJOK  : Suasana ceria pesta tanglung di Ijok lebih bermakna apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ijok menerima sumbangan RM 50,000 daripada Kerajaan Selangor.

Selain itu, Kerajaan Negeri yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyumbang RM 6,000 kepada Kelab Kebajikan Ijok yang bertanggungjawab menganjurkan pesta itu malam tadi.

Sumbangan berupa makanan keperluan dan beras turut diberikan kepada kira-kira 30 fakir miskin.
Di dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata beliau yakin masyarakat Selangor sedar akan kebaikkan yang telah dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat walaupun ia selalu difitnah Umno-BN.
"Sejarah menunjukkan kita bahawa perkara baik pasti akan memenangi kejahatan.

"Kerajaan Negeri juga sudah menunjukkan usaha memberi kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira asal usul dan keturunan.

"Saya pasti rakyat nampak semua ini dan akan terus menyokong Pakatan Rakyat," kata beliau yang juga Adun Ijok.

Abdul Khalid turut berpeluang melakukan demonstrasi membuat kek bulan dan melepaskan sendiri tanglung ke udara di akhir majlis.

Selain Abdul Khalid dan MP Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 500 hadirin.


36 pelatih PLKN Kem Cenderawasih Cador gaduh

Posted: 07 Oct 2012 03:23 AM PDT

FARAH SHAZWANI ALI

KUALA TERENGGANU - Gara-gara dituduh memecah masuk lokar rakan, dua kumpulan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seramai 36 orang bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

"Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan.

"Kesembilan mereka cedera dan lebam di badan. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat, sebelum polis bertindak menahan 27 orang pelatih itu untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelas Manoharan, kesemua yang ditahan direman selama empat hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Pas: PR utamakan karisma, bukan nepotisme

Posted: 07 Oct 2012 03:19 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

 

KUALA LUMPUR - Pas, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR), menafikan nepotisme menjadi amalan perikatan berusia empat tahun itu sebagaimana digambarkan oleh pesaing politiknya.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti.

Sehubungan itu kata beliau, pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah.

"Kita lebih memilih kepada kriteria yang sesuai untuk seseorang itu memegang jawatan, bukan disebabkan dia anak orang itu, atau orang ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Selain Pas, PR dianggotai DAP dan PKR.

Semalam, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangi kerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik.

"Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.

"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya.

Isu itu menjadi perhatian semula ekoran laporan media tempatan baru-baru ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anaknya akan dilantik menganggotai Kabinet jika PR membentuk Kerajaan Pusat.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat boleh menilai sendiri sikap Anwar yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikan amalan yang ditentang sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, perkara ini wujud dalam semua parti tetapi PR tidak menjadikannya amalan.

Tambahnya, "dari dulu lagi perkara seumpama ini telah wujud dalam semua parti, tapi PR tidak menjadikannya amalan."

Bekas pemain Selangor Ezmi mungkin disihir

Posted: 07 Oct 2012 03:17 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

BATANG KALI - Rawatan menggunakan daun sirih, pati ibu kunyit, air garam Laut Merah dan roti memberi kesan serta perubahan terhadap luka pada wajah bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 35, yang menghidap kanser hidung.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Habib Ahmad yang merawat bekas pemain bola sepak Selangor itu berkata, sel tisu hidung Mohd Ezmi sudah mulai tumbuh kemerahan dan menyifatkan perubahan ketara itu satu petanda baik untuk pulih.

"Saya menggunakan wap rebusan daun sirih untuk membunuh kuman dan virus, manakala nanah dicuci dengan roti kemudian setelah bersih luka disapu dengan air garam serta pati ibu kunyit.

"Alhamdulillah, setelah lebih tiga minggu merawat Mohd Ezmi kesan lukanya sudah mula surut dan daging baru juga tumbuh kemerahan," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Habib yang juga peneroka Felda Gedangsa berkata, tindak balas positif itu sebenarnya memberi petanda berbeza dengan tanggapan Mohd Ezmi menghidap barah.

"Kemungkinan besar Mohd Ezmi terkena sihir.

"Ulat yang memakan daging pada hidung Mohd Ezmi pernah dibuang di dalam tandas tetapi hanya selang sehari ulat kembali semula dengan jumlah yang sama," katanya.

Namun, katanya, setelah dibacakan ayat al-Quran dan menghembusnya pada ubun-ubun Mohd Ezmi, ulat itu mudah dibersihkan dan setelah dimasukkan ke dalam botol lalu dibuang ke sungai ia tidak lagi kembali.

"Selepas itulah sel tisu muka dan hidung Mohd Ezmi kelihatan bersih dan kemerahan.

"Jadi, ini berkemungkinan satu perbuatan khianat," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Habib berkata, dia tidak dapat membantu memulihkan sel tulang hidung Mohd Ezmi kerana sudah rosak dipercayai kesan kimoterapi.

"Kita akan teruskan rawatan terhadap Mohd Ezmi bagi memastikan dia pulih sepenuhnya dan terhalang daripada gangguan berulang," katanya.

SSM, polis kendali kes Suaram

Posted: 07 Oct 2012 03:14 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengendalikan kes siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, kes itu disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jumaat lalu, media melaporkan kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suaram untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.

Kelmarin, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menerusi Presidennya Datuk Omar Osman, turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut dan menegaskan sekiranya benar, hukuman setimpal perlu dikenakan kerana melakukan kesalahan berat.

Bagaimanapun, Suaram menafikan semua tuduhan itu dan menuntut JMM menyertakan bukti terhadap semua tuduhan terbabit selain mendesak JMM supaya memohon maaf dan menarik balik semua dakwaan berkenaan.

PRU13: Pemuda Pas Pusat yakin pertahan Beserah

Posted: 07 Oct 2012 03:05 AM PDT

ASWANY OMAR

 

KUANTAN – Pemuda Pas yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah kekal milik Pas, namun pihaknya tidak memandang ringan kepada Umno yang mungkin meletakkan calon terbaik untuk merampas kawasan itu.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi berkata, Pemuda Pas berusaha memastikan kawasan itu masih 'kepunyaan' parti itu dengan meletakkan ahlinya dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan.

"Kita tidak memandang ringan kepada parti lawan tetapi tidak juga 'over confident' kerana percaya ada saingan di Dun ini," katanya selepas merasmikan Jambori Amal ke-19 Pemuda Pas.

Beliau berkata, beberapa program termasuk jambori itu bukan sahaja bertujuan meraih undi tetapi mengubah persepsi masyarakat terhadap parti itu.

Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di bahagian Dun Beserah termasuk Berserah, Balok,  Sungai Ular, Chendor,  Cherating dan Indera Mahkota.

"Pemuda Pas kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal," katanya.

Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat.

Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu.

"Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini," katanya.

BN Mengggelupur Apabila Majalah Antarabangsa Samakan Najib Dengan Gordon Brown

Posted: 06 Oct 2012 04:49 PM PDT


KELAB GREENBOC

Politik Malaysia tidak sama dengan negara luar, kata BN

Pemimpin Barisan Nasional (BN) mendakwa tindakan menyamakan perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan PM Britain Gordon Brown adalah tidak masuk akal memandangkan situasi politik Malaysia adalah berbeza dengan negara tersebut.

Dalam satu rencana dalam majalah The Economist hari ini, Najib telah disamakan dengan Brown yang memegang tampuk pemerintahan selepas diberikan oleh PM terdahulu, Tony Blair, namun kelewatannya mengadakan pilihan raya menyebabkan Parti Buruh tewas pada tahun 2010.

"Ia satu tindakan yang salah dan tidak masuk jika membuat perbandingan antara Malaysia dengan Britain," kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

"Kerana situasi politik dan pilihan raya negara dengan mereka sama sekali tidak sama.

"Bagaimana mahu menyamakan Najib dengan Brown?"

Pandangan Tengku Adnan disokong Naib Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan, yang berkata corak pemerintahan dan politik Malaysia tidak sama dengan Britain kerana sejak merdeka negara hanya diperintah oleh BN dan tidak pernah bertukar tampuk kuasa banyak kali seperti di Britain.

"Di Malaysia, sejak merdeka hingga sekarang hanya BN yang menjadi kerajaan pusat," kata Mugilan.

"Bagaimana nak bandingkan Malaysia dengan Britain yang sudah banyak kali bertukar kuasa selepas pilihan raya."

The Economist juga menyatakan pemerintahan yang dipegang oleh Najib ketika ini bukan hasil daripada mandat yang diperoleh sepenuhnya tetapi sebaliknya hasil daripada pengambilalihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu ia memberikan kebimbangan kepada Najib untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Keadaan Najib menurut The Economist semakin terdesak hingga terpaksa membuat pelbagai rombakan ke atas polisi kerajaannya dan pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini membuktikan ia bertujuan untuk menarik pengundi muda menyokong BN dalam pilihan raya nanti.

"PM tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut tetapi kerajaan komited untuk menunaikan janji terlebih dahulu kepada rakyat untuk keselesaan dan kemudahan masa depan," kata Tengku Adnan lagi.

"Bukan seperti pembangkang yang hanya menabur janji tetapi tidak ditunaikan. Lihat apa yang terjadi di Selangor dan Pulau Pinang."

Mugilan turut menegaskan langkah Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya bukan kerana takut kepada pembangkang tetapi sebaliknya mengatakan pembangkang yang takut untuk berdepan dalam PRU nanti.

"Kita lihat di Selangor, tindakan kerajaan negeri yang mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) berasingan dengan pusat membuktikan mereka yang takut untuk menghadapi PRU dan bukannya BN," kata Mugilan.

"Najib sebagai PM mempunyai kekuatan sendiri.

No time like tomorrow

THE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics.

Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to "modernise" his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right.

For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair's nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost. Similarly, Mr Najib took over after an internal party coup in April 2009 against the then prime minister, Abdullah Badawi. Talk of an early election for Mr Najib to secure his own mandate first surfaced towards the end of 2010. He himself began to talk up his chances the following June. Then an election was expected towards the middle of this year. All along, Malaysia has been on an election footing, with the cautious Mr Najib ponderously cultivating the voters.

He has crafted new policies for Malaysia's younger, unaligned citizens while giving away plenty of money to retain his party's traditional supporters, especially among the ethnic-Malay (and Muslim) majority. In the budget in late September more cash handouts went to poorer households and a one-month salary bonus to all government workers. They usually vote for Mr Najib's United Malays National Organisation (UMNO).

Would that there were more to show for all the shadow electioneering. Opinion polls conducted by the respected Merdeka Centre (the latest were for June) gave the prime minister an approval rating of 64%, down from the high point of his popularity in the middle of 2010. Still not bad, you might think, but the popularity of the ruling coalition, the Barisan Nasional (BN), is much lower than the prime minister's own. So now Mr Najib's options are diminishing fast. He is required to call an election by April at the latest. In the process he has acquired a reputation for dithering, and now has the regrettable distinction of being Malaysia's second-longest-serving unelected prime minister, just behind his own father, the country's second prime minister.

Given UMNO's deep pockets and its practice of gerrymandering constituency boundaries, winning a simple majority has always looked relatively easy for Mr Najib. After all, the ruling coalition, made up of UMNO and several smaller parties, has achieved that in every election since independence in 1957. Yet Mr Najib's real aim is to win back the two-thirds majority that the BN lost for the first time at the last election, in 2008. In so doing the BN lost its power, among other things, to tinker with the constitution. That failure led directly to the coup against Mr Badawi and the elevation of Mr Najib. The prime minister knows that if he fails to reverse the humiliation of 2008, a genuinely hard task, then he could go the same way as his predecessor (His chief protection is that personally he remains more popular than the BN.)

Mr Najib has also been spooked by a series of political setbacks. His government mishandled a couple of huge rallies by a coalition of NGOs called Bersih (meaning "clean" in Malay) campaigning for fair elections. And poring perhaps too closely over the minutiae of local-election results, the BN has fretted over a fall in support among Chinese voters. They form the largest minority in the country's complex ethnic mosaic.

The problem for Malaysia is that the rival parties have been at such a high pitch of combat-readiness for such a long time that the resulting partisanship is poisoning national politics. Pretty murky at the best of times, politics is becoming dirtier by the day. UMNO and its friends in the press and television have been relentless in their assaults on any organisation, such as Bersih, that is deemed to be sympathetic to the opposition. Another target has been an excellent independent website called Malaysiakini. All the old canards about these sorts of groups being in the pay of Zionists, America or George Soros, a foreign financier, have been trotted out. It is not clear whether such slanders still impress Malaysia's voters, especially its Muslims. They are certainly a sign of desperation.


Ulasan GB

Mungkin benar, politik Britain tak sama dengan politik Malaysia. Diantaranya:

1) Kerana terlalu lama berkuasa, mudah bagi BN mencari dan mewujudkan ruang untuk melakukan penipuan.

2) SPR di dalam tangan UMNO BN, tidak berkecuali sepenuhnya seperti di Britain.

3) Polis & SPRM masih boleh diperkudakan untuk menakut-nakutkan rakyat dan mereka yang tidak menyokong BN.

4) Media massa arus perdana boleh diperalatkan untuk menabur fitnah dan memburukkan lawan.

5) Gangsterism - halal untuk UMNO BN.

6) Politik wang - halal untuk UMNO BN dan bermacam-macam lagi.

Indeks Bursa Saham Capai Paras Tertinggi, Tetapi Saham Felda Terus Merudum

Posted: 06 Oct 2012 04:41 PM PDT


KELAB GREENBOC

Sungguhpun Indeks utama Bursa Saham telah mencecah paras tertinggi 1,668.32 pada hari semalam, namun harga saham Felda Global Ventures (FGV) terus tidak mampu untuk naik, malah menurun kepada 4.750 dari harga pembukaan 4.770

Para pelabur dan penggemar saham nampaknya tidak berminat terhadap saham FGV.

Yang berminat memantau tetapi dengan rasa berketar-ketar mengikuti turun naik harga saham FGV berkemungkinannya ialah KWSP dimana KWSP telah meningkatkan kepentingan langsung dalam GLC tersebut daripada 5.07 peratus pada 4 Julai kepada 7.02 peratus pertengahan bulan lepas.

FBM KLCI telah ditutup 23.57 mata lebih tinggi pada 1,660.23 pada Jumaat berbanding 1,636.66 sebelumnya berikutan pengukuhan serantau.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.

"Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

"Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara.

Najib Selamba Dengan Muka "Poker Face"nya Untuk Bercakap Isu Rasuah!

Posted: 06 Oct 2012 04:39 PM PDT

KELAB GREENBOC

DAP cabar Najib selesaikan kes pemimpin BN korup sebelum berhasrat banteras rasuah

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar kes-kes rasuah melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang korup terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk membanteras rasuah.

Cabaran itu dilontar oleh Guan Eng bagi membidas ucapan perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak semasa upacara pembukaan Persidangan Persatuan Pencegah Rasuah Antarabangsa.

Dalam ucapan tersebut, PM menyeru pemimpin dari semua lapisan masyarakat menonjolkan nilai-nilai yang betul dan kelakuan beretika agar membantu dalam usaha membanteras rasuah.

"Adakah pemimpin BN mampu mengisytihar harta secara terbuka, mampu melaksanakan tender terbuka, mampu mengelak keluarga daripada urusan perniagaaan dengan kerajaan dan beranikah Najib menggugurkan pemimpin BN yang mempunyai gaya hidup mewah?," kata Guan Eng dalam kenyataan kepada media.

Menurut Guan Eng lagi, penurunan Malaysia dalam tangga Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International daripada nombor 37 pada tahun 2003 kepada nombor 60 pada tahun 2012 adalah bukti kukuh kegagalan kerajaan BN untuk membanteras rasuah.

Turut disentuh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut ialah melibatkan perkahwinan "Malaysian Book Of Record" anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hingga menyebabkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan siasatan hari ini.

"Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka sendiri boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut," tambah Guan Eng.

Malahan pemimpin DAP tersebut juga mempersoalkan sikap Najib yang seolah-olah berdiam diri terhadap isu kekayaan luarbiasa keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud yang didakwa bernilai berbilion-bilion ringgit.

"Betapa besarnya kekayaan keluarga Taib ini telah dibuktikan dalam kes perceraian anaknya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, di mana bekas isterinya telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai kekayaan bernilai sekurang-kurangnya RM1 bilion, dengan akaun-akaun peribadi di serata dunia.

" Tegas Guan Eng lagi, Najib sebagai seorang pemimpin negara perlu segera mengambil langkah yang tegas tanpa memilih bulu serta komited dalam usaha membanteras rasuah dan bukannya sekadar bercakap kosong tetapi tidak melakukan sesuatu.

"Sekiranya Najib ingin meyakinkan rakyat Malaysia tentang usahanya untuk membanteras rasuah, maka beliau harus menginstitusikan pengisytharan harta secara terbuka, gugurkan pemimpin BN yang hidup mewah dan menginstitusikan tender terbuka," ujar Guan Eng lagi. -TMI

Kabinet bayangan kata orang kabinet bayangan kata Najib

Najib sudah bercakap tentang rasuah dan keburukannya kepada masyarakat dan negara semalam. Dalam perasmian 'International Association of Anti-Corruption Conference' semalam semua mendengar kata-kata Najib yang semuanya mengutuk perlakuan rasuah baik dalam politik, kerajaan, swasta dan yang lain-lain.

Di antara ayat yang kita dengar dalam ucapan beliau di persidangan itu ialah "countries needed to instill a 'natural' abhorrence' into the conscience of the society". Sepotong ayat dari Najib ini telah mendapat banyak reaksi semasa saya dan beberapa orang yang minum kopi bersama saya tengah malam tadi.

"I almost fell from my chair when I heard Najib delivering his speech at that conference. I just couldn't believe it bro! Ayat ini tidak sepatunya keluar dari mulut Najib yang sedang menghadapi tekanan dari rakyat kerana dia dan rasuah itu adalah sinonim. Itu persepsi rakyat terhadap dia. Selamba aje dia cakap gitu. Tak malu-malu dia bercakap hal rasuah ini" Kata salah seorang yang ada bersama saya di kedai mamak di Kota Damansara tengah malam tadi.

Tentu ramai orang memahami apa yang dimaksudkan oleh rakan saya itu dan tidak payah lah kita ulang-ulangi apa yang Najib sendiri telah lakukan terhadap kewangan dan kantung perbendaharaan negara kita ini. Rakan saya itu bermaksud kalau hendak bercakap hal rasuah ini Najib sepatutnya mewakilkan orang atau menteri yang lain untuk bercakap tentang isu ini dalam 'conference' antarabangsa itu. "kalau dia nak diwakilkan pun kepada siapa yang dia nak wakilkan? Bukankah semuanya dalam kabinet itu sama sahaja?" bentak seorang lagi yang ada bersama kami.

Pandangan ini merupakan pandangan ramai dan saya menerima panggilan telefon yang banyak memberikan komen yang lebih kurang sama seperti rakan saya tadi. Mereka semuanya berkata yang mereka seolah-olah tidak percaya yang Najib mempunyai kudrat untuk bercakap tentang rasuah ini dan membenci perlakuan rasuah dalam kerajaan dan dimana-mana. "I couldn't compute what he said at the conference" tambah seorang lagi yang ada bersama saya di meja minum itu.

Saya hanya membiarkan sahaja mereka bercakap tetapi saya telah bawa mereka untuk bercakap tentang kabinet bayangan yang Najib tuntut Pakatan Rakyat untuk memaparkannya kepada rakyat jika PR memenangi pilihanraya ke13 ini. Utusan telah menjadikan isu kabinet bayangan ini dan telah di letakkan di muka hadapan akhbar itu semalam. Utusan telah menciplak barisan kabinet bayangan yang di reka-reka oleh seorang blogger pro UMNO. Saya pun tidak dapat membayangkan bagaimana Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang sangat di hormati telah menjadi penyambung kepada blogger yang saya di fahamkan sebagai seorang yang amat kontroversial itu.

Sesungguhnya kabinet bayangan itu memang ada di setengah negara yang maju seperti di Britain. Di Britain parti pembangkangnya sentiasa mempunyai kabinet bayangan sejak dari dulu. Malahan menteri-menteri kabinet bayangan itu di bayar elaun dan gaji untuk melaksanakan tugas mereka sebagai ahli-ahli kepada kabinet bayangan itu. Untuk mengadakan kabinet bayangan ia memerlukan sikap 'gentleman' dari parti yang memerintah. Misalnya jika menteri pertanian negara itu akan bekerjasama dengan menteri pertanian dalam kabinet bayangan itu dalam banyak isu yang diperkatakan ada kedua-dua pihak mengadakan 'consultation' di antara satu dengan lain.

Jika kabinet bayangan itu di adakan oleh Pakatan Rakyat bagaimanakah menteri pertanian BN untuk membuat 'consultation' dengan menteri pertanian bayangan dari Pakatan kerana tugas Noh Omar dalam kabinet kerajaan ialah untuk menghina dan perlekehkan menteri pertanian bayangan dalam PR bukannya untuk bekerjasama bagi mencari dan merumuskan perkara-perkara yang baik untuk pertanian negara kita. Lagi pun orang seperti Noh Omar ini bukannya faham apa-apa yang beliau katakan dimana-mana. Beliau hanya hendak jadi Menteri bukannya hendak melakukan kebaikan untuk negara dan negeri Selangor.

Di Britain setiausaha luar mereka akan melakukan 'consultation' dengan setiausaha luar kabinet bayangan sebelum berucap dan bercakap di dalam isu antarabangsa bagi pihak Britain.. Pendeknya mereka samada dipihak kerajaan atau pembangkang di Britain, bercakap dengan perkara yang sama bukannya untuk bercakap memperlekehkan kabinet bayangan mereka. Najib dan BN berhentilah bercakap tentang kabinet bayangan PR ini. Kabinet bayangan kata orang, kabinet bayangan kata Najib, tetapi tidak tahu pun apakah 'obligation' kabinet BN terhadap kabinet bayangan PR jika ianya di adakan.

Oleh itu bagi saya PR tidak perlu mengadakan kabinet bayangannya sekarang kerana jika di adakan juga itu akan menjadi isu untuk mempersendakan pihak PR bukannya untuk bekerjasama bagi kebaikan negara. Lagi pun terlalu ramai di antara mereka yang berada di dalam kabinet hari ini bukannya memahami fungsi mereka pun. Ramai di antara ahli kabinet pada hari ini tidak tahu pun kenapa mereka berada di sana.

Mereka tidak tahu yang tugas mereka itulah untuk membuat pemantauan terhadap pelaksana supaya melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan baik. Tetapi kebanyakkan mereka yang menjadi menteri telah bersekongkol dengan pelaksana dan penjawat awam di dalam kementeriannya untuk melakukan kerja-kerja buruk seperti rasuah dan sebagainya.

Itulah sebabnya rasuah berluas-luasa di dalam kabinet dan kementerian-kementerian kerajaan BN hari ini. Mereka (menteri-menteri) bukannya hendak mengelakkan pelaksana dari melakukan rasuah malahan menjadi penggalak kepada rasuah di kementerian-kementerian masing-masing dengan bersekongkol dengan mereka (pelaksana) untuk kepentingan wang ringgit masing-masing.

Kata perpatah, 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Itulah nilai Menteri-Menteri kita dalam kabinet negara ini. Itulah sebabnya BN terpaksa di tukar dengan PR semata-mata untuk membetulkan keadaan negara kita yang telah jauh terjerumus ke dalam kancah rasuah ini.

Seperti yang di sebut di awal-awal tadi, ramai yang hairan Najib mempunyai muka untuk bercakap dengan 'poker face' nya tentang isu rasuah di forum antarabangsa yang sedang di adakan di Kuala Lumpur sekarang ini. -aspanalias

Ada Orang Umno Mahu Aniayakan Ali Rustam

Posted: 06 Oct 2012 04:36 PM PDT

MSO

Saya baru mendapat panggilan telefon dari seorang rakan di Melaka. Dia mengakui hadir pada majlis kenduri Ketua Menteri Mohd Ali Rustam. Menurutnya majlis itu tidaklah sebesar mana yang dihebuhkan. Sesuai dengan kedudukan dia sebagai KM. Dikira okeylah...

Tetapi katanya kenapa kenduri itu menjadi isu dan hebohkan kerana ia ada agenda lain. Waktu ini katanya orang marah kepada ketua angakatan muda Keadilan, Shamsul Md Akin kerana mempesarkan isu kenduri itu. Katanya apa dolakukan dilakukan Shamsul itu hanya sebahagian saja tetapi ada lagi perkara yang orang tidak tahu.

Beliau yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa sebuah bahagian mengatakan orang Umno sendiri suka kalau isu kenduri itu disebar luaskan. Bahankan idea agar kenduri itu dibawa ke SPRM dan Ali disiasat merupakan idea orang Umno sendiri. Kata kawan itu ada orang Umno mahu mengkhianati Ali.

Orang Umno mahu menyusahkan Ali. Katanya ada orang yang mengidamkan tempat Ali. Jadi untuk mencapai tujuannya biarlah Ali terjelapak dengan isu berkenaan. Soal SPRM, belanja melibatkan wangn lebih setengah juta, berita itu mahu menarik perhatian Najib Razak. Mereka mahu presiden parti tahu mengenai keburukan Ali. Bila Najib tahu mudahlah untuk Najib memberi kata dua kepada Ali kelak.

Sebelum ini pun sudah terdengar desas desus Ali Rustam bakal dipindahkan ke pusat untuk mengosongkan kerusi menteri melaka. Ada beberapa nama dijual untuk menduduki kerusi berkenaan. Apakah Ali akan dirihat atau pun diberi tempat dalam kabinet masih belum pasti.

Manakala Ali juga khabarnya kurang seronok dengan desas desus itu. Dengan kedudukan UBN kini bak nyawa di hujung pedang, beliau tidak yakin UBN akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya nanti. Bagi Ali dia lebih senang untuk terus duduk di Melaka, kerana Melaka dikira satu dari dua negeri yang terselamat dari dirempuh gelombang dalam pilihan raya umum kelak.

Biarlah kisah dan kes Ali ini kita serahkan kepada Umno mengurus dan menentukannya. Saya jamin esok atau lusa SPRM akan membuat kenyataan bahawa tidak ada bukti ataupun maklumat untuk menyiasat Ali dikaitan dengan rasuah.

(KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?

Posted: 06 Oct 2012 04:33 PM PDT

Staff Berita Semasa 

Kos Kereta di Malaysia (KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?

Kami tidak pasti, adakah orang-orang MITI merasakan yang rakyat malaysia sekarang ini masih "diselimuti dengan peluru-peluru di udara" daripada askar Jepun dan British, seperti yang berlaku di zaman penjajah sehingga menyebabkan rakyat lama tak keluar dari rumah dan terputus hubungan telekomunikasi? Adakah orang MITI merasakan rakyat masih mempunyai satu saluran maklumat sahaja seperti di era 90 an dahulu?

"Sekarang ini, adalah zaman iPhone, Google, iPad. Zaman penyaluran maklumat yang cukup pantas…."

KUALA LUMPUR: Kos keseluruhan pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asean, demikian menurut satu analisis perbandingan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam satu kenyataan hari ini, Miti berkata kos keseluruhan pemilikan kenderaan tersebut mengambil kira kos kenderaan, minyak petroleum, insurans dan cukai jalan.

  • Harga petrol Gred Ron95 di Malaysia dengan subsidi adalah RM1.90 seliter, lebih rendah berbanding Thailand (RM3.80 seliter), Indonesia (RM3.35 seliter), Singapura (RM5.10 seliter), Vietnam (RM3.60 seliter) dan Filipina (RM3.20 seliter).
  • Analisis itu juga menunjukkan purata cukai jalan dan insurans tahunan di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini, dengan cukai jalan tahunan RM398 dan insurans tahunan RM3,062.
  • Cukai jalan dan insurans tahunan di Singapura menunjukkan bacaan tertinggi iaitu RM2,756 dan RM7,960, berbanding Indonesia (RM1,837 dan RM4,593), Thailand (RM459 dan RM6,736) dan Filipina (RM306 dan RM2,847).
  • Hasil analisis itu menunjukkan kos pemilikan kenderaan antarabangsa popular seperti Honda City, Toyota Vios, Honda Civic Toyota Altis, Honda Accord dan Toyota Camry di negara ini berada pada kedudukan terendah berbanding Indonesia dan Thailand.
  • Antaranya, kos pemilikan kenderaan berjenama Honda City di Malaysia, mengambil kira subsidi petrol, adalah RM126,491, lebih rendah berbanding Thailand (RM147,875) dan Indonesia (RM159,963).
  • Kos pemilikan kenderaan berjenama Toyota Vios di sini adalah RM125,361, lebih rendah berbanding RM146,475 di Thailand dan RM147,283 di Indonesia. – BERNAMA

Sebenarnya kami tidak pasti sebenarnya, apa motif sebenarnya berita seperti ini dimuatkan di media arus perdana termasuklah media elektronik dan media cetak. Adakah……..? Erm.

Perbandingan Berita Semasa Mengenai Kos pemilikan Kereta di Malaysia Dengan negara ASEAN Yang Lain 

Walaubagaimanapun, jika MITI mahu mengajak rakyat membuat perbandingan seperti yang mereka mahukan, kami akan juga membuat sedikit contoh pengiraan dan perbandingan bersama-sama pembaca Berita Semasa di sini…..

1) Sekarang mari kita bandingkan model Toyota Vios, 1.5 TRD (highest spec) yang mana sumbernya kami semak dan ambil daripada laman web Toyota Malaysia

  • Harga kereta di Malaysia bagi 1.5 TRD Sportivo (AT) : RM92,013.20 (Sumber : http://www.toyota.com.my/vios/#price_details)
  • Harga kereta di Filipina bagi 1.5 TRD A/T : P865,000.00 (Sumber : http://www.auto-searchphilippines.com/ToyotaPriceList.html)

Oleh itu, bagi model kereta 1.5 TRD A/T dengan harga yang dijual di Filipina sejumlah 865,000 Peso, selepas ditukarkan matawangnya kepada Ringgit malaysia adalah sebanyak RM63,68

7.Jadi berapa bezanya?
  • Beza RM92,013 – RM63,687 = RM28,326

Nampaknya, bermain kira-kira kita hari ini.

Seterusnya, harga minyak RON95 di Filipina. Mahal, lebih mahal daripada Malaysia. Logik, sebab Filipina tiadak minyak. Malaysia, ada minyak. Berapa harga minyak di sana?

  • secara puratanya sekitar P54/L = RM4/L (Sumber : http://www.alternat1ve.com/philippine-gas-prices.php)
Beza harga minyak RON95 antara Malaysia dengan Filipina (Manila) :
  • RM1.90/L berbanding P54/L(RM4/L) = RM2.10

Secara puratanya penggunaan minyak bagi model kereta Vios contohnya adalah sekitar 13.5km/L. Adakah pemilik kereta Vios di sini?

  • Toyota Vios 1.5G Mixed-HWay + city 13.5 km/L (sumber : http://forum.autoworld.com.my/index.php?showtopic=22279&st=280)

Ini bermakna pemanduan Vios di Filipina boleh dipandu sekurang-kurangnya sejauh 13,488L  x 13.5 = 182,088km sebelum Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) boleh merumuskan bahawa kos penggunaan kereta di Malaysia lebih murah berbanding dengan negara Asean yang lain.

  • Kos pembayaran tol MITI ada masukkan di Malaysia dalam pengiraan perbandingan kos pemilikan kereta di malaysia. Sila bandingkan dengan negara Thailand. Boleh?
  • Adakah MITI tidak mengetahui yang kebanyakan rakyat Malaysia sekarang ini terpaksa membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Pinjaman kereta tidak kira "interest"?
  • Mengapa MITI menukarkan matawang mereka kepada Ringgit Malaysia? Adakah gaji mereka dalam Ringgit Malaysia?
  • Adakah MITI tidak sedar semasa membuat perbandingan seperti apa yang mereka mahukan, di mana rakyat Thailand hanya perlu bayar cukai jalan sekali sahaja seumur hidup untuk kereta tu bukannya setiap tahun.
  • Dan kenapa membuat perbandingan harga minyak dengan negara pengimport minyak? Malaysia pengeksport minyak. ada beza di situ. Kenapa menyisihkan Brunei dalam perbandingan seperti ini?

Berkenaan negara Singapore, apa yang kami ingin sentuh di sini jikalau nak membuat perbandingan janganlah menukarkan matawang mereka kepada matawang Malaysia.. Sepatutnya pengiraan dibuat mengambil kira pendapatan per kapita rakyat negara Singapore dahulu menggunakan Sing dolar.

  1. Mereka tinggal di Thailand, mereka menjana pendapatan melalui matawang Baht baht. Mereka berbelanja pun dalam Baht.
  2. Mereka tinggal di Filipina, mereka menjana pendapatan  melalui matawang Peso. Mereka berbelanja pun dalam peso.
  3. Mereka tinggal di Singapore, mereka menjana pendapatan  melalui matawang Sing Dolar. Mereka berbelanja pun dalam Sing Dolar.

Isu utamanya isu utamanya hanyalah harga kereta yang terlalu mahal disebabkan cukai yang melampau yang dikenakan ketika ini.

  • Penyelesaian pertama >>>> ….rakyat boleh membayar harga kereta selama 9 tahun @
  • Penyelesaiaan kedua >>>> ….rakyat boleh membeli kereta pada kadar berpatutan apabila cukai eksais & duit import diturunkan

Kami lebih senang jika perbandingan dibuat berdasarkan harga kereta antara negara untuk mengetahui harga kereta "on the road". Maksudnya untuk mengetahui harga kereta yang sepatutnya telah memberikan keuntungan kepada syarikat..dan untuk mengetahui cukai yang dikenakan oleh kerajaan kerana nilai cukai ini menggambarkan prestasi, pengurusan dan halatuju oleh sesebuah kerajaan.

P/S : Apa kata pengguna kereta di Malaysia pula? Benarkah kos pemilikan kereta berpatutan bagi anda?

PPSMI punca pelajar tercicir tiga tahun – Nurul Izzah

Posted: 06 Oct 2012 04:29 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) punca pelajar gagal mencapai tahap minima dalam kedua-dua subjek itu.

"Ini menunjukkan tahap kemahiran pelajar tingkatan tiga di Malaysia tiga tahun ke belakang, sama seperti pelajar darjah enam, dan ia sama sekali berbeza dengan pelajar di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai.

"Laporan 'Trends in International Mathematics and Science Study' menyatakan, 18 peratus pelajar Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minima bidang Matematik dan 20 peratus gagal dalam bidang Sains pada 2007.

"Dalam 'Programe for International Student Assessment 2009′, Malaysia dalam kedudukan sepertiga terbawah dari 74 negara yang menyertai program tersebut, jauh lebih rendah dari purata antarabangsa," kata Izzah dalam perbahasan Bajet 2013 hari ini.

Menurutnya, kadar tersebut tinggi berbanding tujuh peratus untuk bidang Matematik dan lima  peratus dalam bidang Sains pada 2003 iaitu tahun PPSMI diperkenalkan dengan jumlah peruntukan hampir RM8 bilion.

"Malangnya, dengan pendedahan kelemahan begini, kerajaan masih enggan mendedahkan kandungan laporan tersebut yang amat kita perlukan untuk memberi maklum balas," tegas Izzah.

Beliau merujuk empat laporan Panel Ulasan Bebas Malaysia dan Antarabangsa yang dikeluarkan Unesco pada 2012 dan Bank Dunia bagi suku pertama 2012.

Tambahnya, kualiti pendidikan lemah membantutkan pengupayaan generasi muda bersaing di masa depan, sedangkan kerajaan membelanjakan secara purata lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendidikan, antara kadar tertinggi di Asia.

Dalam pada itu Izzah menjelaskan, generasi muda negara ini terus dibeban dengan hutang pinjaman seperti (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) , sedangkan kualiti pendidikan dan kelayakan untuk diambil kerja masih rendah dan tidak terjamin.

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan.

"Kita tidak boleh mendodoikan anak muda dengan rebat telefon pintar RM200 untuk mengkayakan kroni BN, tetapi kita tidak memberi tawaran selaras dengan tanggungjawab sebuah kerajaan," tegasnya.

Tukar k'jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak

Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.

"Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar," katanya dipetik Harakah Daily.

Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.

Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.

Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.

Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.

Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.

Scorpene: Surat jemputan diterima peguam Perancis – Tian

Posted: 06 Oct 2012 04:24 PM PDT

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis – William Bourdan dan dan Joseph Breham telahpun menerima surat jemputan supaya mereka hadir memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung siasatan dan perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi.

Turut menerima surat jemputan itu, peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction Navales Services (DCNS), Olivier Metzner.

"Dua pucuk surat sudah dihantar, mereka sudah terima undangan daripada surat yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pembangkang supaya mereka datang untuk beri taklimat," jelas Tian.

Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak menyekat atau menghantar pulang seperti yang dilakukan ke atas peguam Suaram, William Bourdon, tahun lepas.

"Kita berharap peguam Perancis itu tidak lagi dihantar pulang kerana tiada alasan untuk menyekat kemasukannya ke Malaysia. Mereka (peguam) belum lagi beri respon, tapi kita harap dapat datang dalam masa Parlimen sedang bersidang.

"Ini kerana mereka perlu pohon visa untuk datang ke Malaysia. Berapa lama saya tidak pasti kerana bergantung kepada kerajaan untuk luluskannya," ujarnya.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, jika kerajaan berkeras tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini, jelas ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

"Tiada sebab untuk halang, mereka hanya dijemput memberikan taklimat berhubung status perbicaraan dan siasatan untuk kita dapat maklumat terus daripadanya," kata Tian.

Dalam surat itu turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan.

Siri Jelajah Selangor benamkan Umno bermula 14 Oktober

Posted: 06 Oct 2012 04:22 PM PDT

Oleh Aedi Asri

PETALING JAYA : Pakatan Rakyat Selangor akan melancarkan siri Jelajah Selangor membabitkan semua 22 kawasan Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Shuhaimi Shafiei berkata, jelajah yang dimulakan di Parlimen Selayang pada 14 Oktober ini akan berakhir di Parlimen Klang pada 8 Disember depan.

Menurutnya, program ini melibatkan semua anggota parti komponen di setiap peringkat dan dipantau oleh Sekretariat Penerangan Pakatan Rakyat Selangor.

Ia bagi memantapkan organisasi dan sistem jentera pilihan raya agar selari dengan misi dan visi Pakatan Rakyat.

"Kita akan jelajah semua 22 Parlimen dan 56 DUN untuk terangkan prestasi program yang dilaksana di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media di Pejabat KEADILAN Selangor, di sini hari ini.

"Kita ingin pastikan setiap maklumat dan fakta penting kejayaan kerajaan negeri sampai kepada rakyat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu lagi.

Tambah beliau, risalah dan maklumat akan diedar untuk menangkis propaganda Umno BN, seperti isu air dan hutang Talam Corporation.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib dan Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Janice Lee.

Saari berkata, program ini pertama kali dirangka bersama oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.
"Sebelum ini memang kita bekerjasama…Biasanya kalau PAS anjur program, kita akan jemput penceramah dari KEADILAN dan DAP.

"(Tetapi) kali ini, kita rangka secara bersama untuk tewaskan Umno BN sehabis-habisnya pada PRU akan datang dan bawa perubahan yang lebih besar," kata Adun Hulu Kelang itu.

Umno BN ketepi bantahan penduduk Pengerang halang Rapid

Posted: 06 Oct 2012 04:21 PM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

PETALING JAYA : KEADILAN menempelak pembinaan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang oleh Umno BN tanpa mempedulikan bantahan penduduk, suasana ekonomi dan kesan masa panjang terhadap alam sekitar.

Biro Pelaburan dan Perdagangannya, Wong Chen berkata, sesuatu pelaburan perlu dinilai berdasarkan merit ekonomi, pulangan, keuntungan dan kesan sosial serta alam sekitar.

Beliau mempersoal adakah Umno BN mengambil kira kesan pada masa akan datang jika projek itu diteruskan.

"Penduduk harus diberi masa mencukupi untuk menyuarakan pandangan mereka supaya boleh membuat keputusan yang bebas.

"Semua kajian alam sekitar perlu dibuka untuk ulasan awam dan semua piawaian alam sekitar perlu dikuatkuasakan sepenuhnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Chen berkata, Pakatan Rakyat mempertimbang memindahkan projek Rapid itu ke Kertih, Terengganu sekiranya kajian dan pertimbangan asas ekonomi mewajarkan ia diteruskan.

Katanya, Kompleks Industri Petroleum di Kertih mempunyai kemudahan pelaburan, infrastruktur dan tanah yang mencukupi untuk menampung projek Rapid.

"Lokasi Kertih menjadi pilihan kerana tidak memberi kesan kepada masyarakat dan tidak perlu mengambil tanah secara paksa.

"Ia juga berhampiran dengan perindustrian Gebeng dan Pelabuhan Kuantan. Sekurang-kurangnya RM5 bilion dari kos pembelian tanah dan pembinaan infrastruktur boleh dijimatkan," jelas Chen.

Pakatan cadang lanjut FID jika tadbir negara

Beliau juga menggesa tempoh lebih panjang diberikan kepada penduduk Pengerang untuk menyuarakan pandangan mereka sebelum Keputusan Pelaburan Akhir (FID) dibuat pertengahan Jun tahun depan.

Melihatkan situasi ini, Chen berkata, Pakatan Rakyat bercadang melanjutkan tempoh FID bagi mempertimbangkan asas ekonomi setiap pelaburan jika mentadbir negara

Mahasiswa tolak propaganda kabinet bayangan

Posted: 06 Oct 2012 04:13 PM PDT

Roketkini.com

  KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa polemik Kabinet Bayangan yang ditimbulkan individu tertentu dari kalangan parti pemerintah mahupun oposisi dihentikan kerana membelakangkan rakyat dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Semalam, lidah rasmi UMNO-BN, Utusan Malaysia dalam muka depannya mengetengahkan isu "Kabinet bayangan pakatan pembangkang" sebagai tajuk utama muka depan mereka.

Prihatin dengan isu yang timbul, SMM menggesa individu-individu dan blok-blok politik yang terlibat dalam polemik ini untuk mengembalikan kuasa membuat keputusan memilih pemimpin dalam kabinet kepada rakyat.

Menurut wakil SMM, Adam Adli, "Mahasiswa melihat bahawa situasi yang berlaku ini secara tidak disedari telah pun membelakangkan rakyat,"

"Hak dan peranan rakyat wajib dihormati dan tidak dipermainkan. Percaturan politik, perebutan jawatan dan kuasa yang terang-terangan membelakangkan rakyat perlu dihentikan segera dan setiap keputusan perlulah dirunding terlebih dahulu dengan rakyat." ujar beliau.

Mainan politik; Mahasiswa makin sedar

Mengulas isu tersebut, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke ketika dihubungi berkata, ia merupakan rekaan dan mainan politik pihak lawan semata-mata.

"Sebelum ini pun kita tidak pernah buat apa-apa perbincangan mengenai kabinet bayangan. Ini merupakan perangkap semata-mata,

"Fokus kita sekarang adalah menang dalam pilihanraya. Soal jadi menteri adalah perkara kedua." katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah melihat wujud peningkatan kesedaran mahasiswa terhadap situasi politik semasa negara.

"Mereka pemimpin masa depan. Kita sangat berharap golongan mahasiswa ini ambil berat dan mengambil bahagian dalam menjadi sebahagian dari proses pendemokrasian negara ini walaupun tidak semestinya menyertai mana-mana parti politik,

Justeru tambah beliau, "Paling penting adalah kesedaran, ambil berat dan kepedulian mereka terhadap negara dan berdaftar sebagai pengundi. Masa depan negara terletak ditangan golongan muda." – Roketkini.com

Pelanggaran BN terhadap "Borneosasi": Diskriminasi terhadap bumiputera dan rakyat Sabah

Posted: 06 Oct 2012 04:08 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR: DAP memandang serius sebarang pencabulan dasar untuk menyeimbangi keperluan dan keadilan terhadap negeri-negeri Malaysia Timur dan menyifatkan kerajaan BN telah melanggar Perkara 8 berkenaan Borneosasi yang mengundang ketidakadilan sosio ekonomi negeri tersebut apalagi setelah 49 tahun bersama Malaysia.

"Kebelakangan ini slogan kegemaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah "Janji Ditepati". Sudahkah Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara berkenaan Borneonisasi telah ditepati?" soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalah ucapan perbahasan belanjawan 2013 di parlimen petang tadi.

Menurut beliau kegagalan Barisan Nasional menghormati "Borneonisasi" yang termaktub dalam Perjanjian 18 Perkara yang telah ditekankan oleh cadangan Tun Zaki Azmi, Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam telah mengakibatkan kesengsaraan, peminggiran serta diskriminasi oleh kaum Dayak dan golongan etnik minoriti yang berhubung dengan sektor perkhidmatan awam.

Suruhanjaya ini menurutnya adalah untuk menurunkan syarat keperluan bagi kaum Dayak dan golongan etnik minoriti untuk direkrut ke dalam sektor perkhidmatan awam dan juga untuk meneliti ketidakseimbangan komposisi kaum didalam barisan perkhidmatan awam.

"Cadangan Tun Zaki tersebut telah diserang oleh pemimpin Dayak dari kedua-dua pihak politik yang berlainan dan dianggap sebagai satu sindiran komuniti Dayak, diatas tanggapan bahawa bilangan warga Dayak dan golingan minoriti yang berkelulusan adalah mencukupi,

"Akan tetapi masalah sebenarnya adalah ketiadaan meritokrasi bukan sahaja dalam usaha perekrutan serta promosi dalam sektor perkhidmatan awam," kata beliau.

Justeru katanya, kita sepatutnya berterima kasih kepada Zaki kerana telah mengetengahkan kegagalan Barisan Nasional untuk melaksanakan Borneonisasi seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak dan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dalam tempoh lima dekad ini.

Menjelaskan perkara tersebut, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, Perkara 8 di dalam Perjanjian 20 Perkara Sabah dan Perjanjian 18 Perkara Sarawak pada tahun 1963 yang membawa kepada penubuhan Malaysia menyebut, "Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin."

Kerajaan BN diskriminasi Bumiputera Sabah 

Dalam jawapan kepada soalan ketua Parlimen DAP itu di Parlimen, Perdana Menteri telah mendedahkan bahawa dari 133 Jabatan Persekutuan (termasuk badan berkanun Persekutuan) di Sabah, 61 atau 45.9peratus agensi diketuai oleh rakyat Sabah manakala hanya 72 atau 54.1 peratus diketuai oleh bukan rakyat Sabah.

Berdasarkan jawapan Perdana Menteri katanya, sehingga 14 September 2012, pegawai berkelahiran Sabah yang memegang jawatan tertinggi (Gred Utama/Khas dan keatas) di Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah seramai 19 orang.

"Daripada jumlah tersebut, seorang pegawai masing-masing berada di Gred Utama Turus 1, Gred Utama Turus 2 dan Gred Utama A. Tiga orang pegawai pula di Gred Utama B serta tiga belas pegawai di Gred Utama dan Gred Khas C."

"Adakah Janji Ditepati?" soal beliau kepada Dewan Rakyat. – Roketkini.com

Kerabu Bersuara ®

Posted: 07 Oct 2012 03:03 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:02 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


FILEM INI LEBIH HINA DARI INNOCENCE MUSLIM. KERANA IA DILAKONKAN DAN DI ARAHKAN OLEH ORANG YANG MENGAKU ISLAM

Posted: 06 Oct 2012 06:31 PM PDT


iluvislam.com

FILEM INI LEBIH HINA DARI INNOCENCE MUSLIM. KERANA IA DILAKONKAN DAN DI ARAHKAN OLEH ORANG YANG MENGAKU ISLAM

PETIKAN KATA-KATA MEREKA:

MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.

Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

"Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

----------------------------------------------------
Jikalau kelulusan filem mahupun drama semakin dipermudahkan dan diambil ringan sehingga "terlepas" banyak filem-filem sampah di pawagam, jangan kita "berteriak" soal mahu membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak.

----------------------------------------------------
MANA ORANG-ORANG YANG BERSUARA LANTANG MEMBELA AGAMA? SIAPAKAH YANG MELULUSKANNYA?

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.

"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.

Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.

Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.

"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.

Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.

Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.

"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.

Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?

"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

PAS Ganti UMNO Peringkat Negeri Terengganu

Posted: 06 Oct 2012 04:53 PM PDT















Serang Anak, Ahmad tertekan kata Mazlan

Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad, sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.

"Bukan perkara baru.  Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Enggan mengulas lanjut soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada peneroka dan semua pihak.

"Bukan soal sah atau tidak, daftar atau tidak.  Tapi apa yang diperjuangkan Anak itu yang perlu diteliti dan didengari.  Itu yang lebih penting dari bercakap soal status," sindir beliau sambil menyifatkan Ahmad seorang yang lekeh sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan Felda.

Tambah Mazlan, sekiranya apa yang disentuh Anak selama ini tidak benar, pihaknya bersedia jika Ahmad menganjurkan perbincangan, perdebatan mahupun forum berkaitan.

Malangnya, kata Mazlan pelawaan pihak Anak untuk berbincang dengan Ahmad tidak pernah dilayan, malah tidak mendapat sebarang respons mengenainya.

Beliau yang baru pulang dari negara jiran, Singapura, juga berkata beliau tertarik dengan pentadbiran Singapura yang menggalakkan sebarang forum dan perbincangan dengan badan NGO dn komuniti masyarakat.

"Seharusnya Malaysia mengamalkan budaya itu dalam mencari kebaikan semua pihak, bukan hanya membangkitkan soal status yang bagi saya hanya perkara remeh," tegas beliau.

Tambah Mazlan, serangan Ahmad itu menunjukkan beliau berada di dalam keadaan tertekan, sebagaimana yang dihadapi kerajaan berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene.

"Sebelum ini, status Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dipertikaikan, sekarang Anak pula.  Semuanya akibat mereka sudah tertekan dan tiada jawapan untuk rakyat," tegas beliau lagi.

Tamrin Pimpinan PAS Kawasan Machang 2012

Posted: 06 Oct 2012 04:47 PM PDT
















Pengerang: Salahuddin akan hantar surat kepada MB Johor

Posted: 06 Oct 2012 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan menghantar surat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi memastikan perbincangan mengenai masalah penduduk Pengerang diadakan.

"Tidak kisahlah sama ada debat, perbincangan atau apa sahaja yang wajar asalkan dapat diselesaikan masalah penghapusan 10 kampung di Pengerang untuk projek Rapid (Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia) itu," kata beliau.

Surat rasmi mengenai perkara tersebut akan dihantar dalam waktu yang segera dan terdekat kepada Menteri Besar Johor itu, kata beliau.

"Isu utama ialah mengapa hendak ambil alih tanah penduduk sedangkan ada tanah kerajaan yang boleh digunakan untuk projek tersebut," katanya.

Ketika berucap di Dewan Rakyat, Salahuddin memberitahu, terdapat tanah kerajaan yang luas, yang lebih daripada 5,000 hektar daripada sempadan Sungai Kapas sehingga ke Desaru.

"Kenapa tidak dibuat di tanah yang seluas itu tetapi hendak ambil daripada 10 kampung itu?

"Itu isunya yang saya ingin dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan supaya isu ini dapat dijawab dalam Dewan yang mulia ini supaya rakyat kampung tradisi ini tidak akan hilang daripada peta negeri Johor dan mereka tidak akan hilang kampung halaman mereka," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin mengulangi penegasan bahawa pihaknya tidak menghalang pembangunan.

"Kita mahu pembangunan dan kita sudah dapat bukti ada satu tanah kerajaan yang luas...Rapid, Petronas hendak buat, buatlah untuk memajukan negeri Johor.

"Johor negeri besar, kita bukan negeri kecil...ada banyak tanah lagi. Akan tetapi kenapa 10 kampung ini hendak diusir," katanya.

Jambori AMAL Kebangsaan 2012

Posted: 06 Oct 2012 04:41 PM PDT













50 ahli Umno bakal isytihar keluar parti

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT


PERMATANG PAUH: Seramai 50 orang ahli Umno Cawangan Permatang Tengah, Permatang Pauh sudah serik dengan permainan politik parti itu dan membuat pendirian akan keluar parti.


Kesemua mereka dijangka akan mengumumkan keluar Umno pada satu majlis khas 14 Oktober ini di Tapak Ekspo Seberang Jaya.

Turut dijangka hadir pada majlis itu nanti adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mantan ketua cawangan Umno tersebut, Encik Talib Ibrahim 53, tindakan drastik sebahagian penyokongnya adalah kerana kecewa dengan langkah yang diambil oleh Umno Pusat yang bertindak memecatnya selain kesal dengan pelbagai dakyah kotor yang sengaja dilaksanakan untuk memancing pengaruh orang melayu di Pulau Pinang.

"Bukan saya resah bila dipecat malahan rasa lega setelah usaha yang dibuat demi kepentingan rakyat dibalas dengan surat pemecatan pada 24 September lalu.

"Kesan daripada pemecatan itu seramai 50 ahli Umno di cawangan yang pimpinya selama 36 tahun keluar beramai-ramai, " jelasnya ketika berdemo di hadapan jalan Permatang Pauh petang tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Pauh selama 21 tahun, turut kesal kerana Umno sanggup membohongi rakyat kononya membela nasib orang Melayu sebaliknya bertindak menjadi 'broker' menjual tanah orang Melayu kepada bangsa lain.

Selama ini kata beliau, ramai ahli Umno termasuk dirinya terpedaya dengan kenyataan kepimpinan Umno yang acapkali bersuara membela nasib orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, peniaga dan seupamanya.

Tindakan keluar Umno itu katanya bukan kerana dipaksa atau gimik menjelang pilihanraya umum ke 13 tetapi disebabkan timbul perasaan sedar apabila sering ke ceramah Pakatan Rakyat.

"Tindakan mereka bukan disebabkan dipaksa malahan kerana tekanan hasil perlakuan kepimpinan Umno sendiri.  Mereka beralih juga disebabkan selalu pergi ke ceramah Pakatan Rakyat yang menceritakan apa yang sebenarnya, " terang beliau.

Ketiadaan Laporan Audit cacatkan Bajet 2013

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT


TUMPAT: Bajet 2013 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dianggap tidak mempunyai ciri pembentangan belanjawan sepatutnya kerana ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara bagi setiap anggota Parlimen.

Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, pengalamannya selama 13 tahun di parlimen, pembentangan bajet tahun ini dianggap banyak kecatatan.

"Mengapa ada arahan Laporan Audit itu dilewatkan, kononnya kata mereka bagi membolehkan anggota parlimen memberi tumpuan kepada bajet," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan dana lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini hari ini.

Kamaruddin yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai hutang negara yang semakin tinggi.

Sebaliknya kata beliau bajet kali ini sarat dengan "rasuah politik" menjelang pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya juga usaha non-muslim seperti ditunjukkan masyarakat Siam dan Cina membantu projek lebuh raya rakyat amat mengujakan sekali.

"Non muslim bukan sahaja memberi sumbangan moral dan kewangan tetapi mempamerkan kecintaan, penghormatan, kepercayaan serta keyakinan amat tinggi kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku ketua kerajaan.

"Dan itu juga bermaksud sokongan kepada kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan.

"Dan bukan sahaja mereka menghantar wakil seorang dua, bahkan semua Tok-Tok Raja hadir bersama dan kita melihat bagaimana penghormatan dan kemesraan yang ditunjukkan," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah kita lihat dalam sejarah.

Wat Siam serah sumbangan bina lebuh raya rakyat

Posted: 06 Oct 2012 04:35 PM PDT














Wat Siam serah “pokok duit” bina lebuh raya rakyat

Posted: 06 Oct 2012 04:27 PM PDT

TUMPAT: Tanpa menghiraukan sindiran pihak tertentu terhadap projek lebuh raya rakyat, sebaliknya 32 wat Siam di Kelantan mengumpul dana bagi turut sama menjaya pembinaan prasarana tersebut.

Hari ini mencatat satu sejarah apabila wat-wat Buddha terbabit menyerahkan pokok duit yang dikumpul daripada masyarakat Siam kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wang yang diterima digubah secara kreatif dengan melekatkan duit-duit tersebut pada ranting yang disediakan. Ada not-not yang bernilai RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1.

Wat Machimaran Kampung Bunuhan Tumpat mengumpulkan pokok duit sebanyak RM5,510 manakala Keng Choo Temple, Tanah Merah menderma pokok duit bernilai RM2,000.

Pada Jun lalu NGO tajaan Umno, Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menyerah penyodok, kereta sorong dan cangkul buruk kepada kerajaan negeri sebagai sindiran projek lebuh raya rakyat.

Sebaliknya wat-wat Siam dari seluruh Kelantan mengambil inisiatif sendiri mengumpul dana bagi membantu dana pembinaan lebuh raya tersebut, selepas disisih kerajaan pusat sejak 1986.

Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

"Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).

"Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi," katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa terharu di atas kesungguhan masyarakat Siam mengumpulkan wang sesama mereka bagi membantu membina lebuh raya rakyat.

"Sebelum ini ada pihak yang membawa kereta sorong dan cangkul buruk ke pejabat saya sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat.

"Namun hari ini hati saya gembira sangat kerana masyarakat Siam faham kesungguhan kerajaan negeri membina lebuh raya tersebut selepas diketepikan kerajaan pusat," katanya.

Hadir sama anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Annuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan paluan gendang Siam oleh anak-anak muda. Sami yang berada di bawah khemah kemudian bersalam dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu juga Menteri Besar menyerahkan surat kelulusan milik tanah tapak 12 wat Buddha di Tumpat yang dimohon kepada kerajaan negeri sebelum ini.

Azalina terkejut peserta demo PR tidak dibayar?

Posted: 06 Oct 2012 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tohmahan bahawa peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang dibayar dengan masing-masing RM30.00 untuk hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengejutkan, kata Riduan Mohd Nor.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS itu, sudah banyak kali perhimpunan aman Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai tuduhan negatif seperti itu.

"Bagi ahli-ahli Pakatan Rakyat mahupun pencinta demokrasi, tuduhan ini bersifat liar dan menggelikan hati.

"Mungkin juga ia adalah reaksi spontan dari golongan yang terkejut melihat rakyat sudah mulai bangkit dan bersuara menuntut hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Datuk Seri Azalina Othman, Ahli Parlimen Pengerang sebelum ini yang berkata ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar.

Mengulas lanjut Riduan berkata, Azalina sebenarnya tidak memahami bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke perhimpunan ini meskipun tanpa dibayar upah sesen pun.

"Mungkin juga ujarnya Azalina telah lama bergelumang dalam politik pemerintah dan biasa bagi mereka mengupah penyokong mereka untuk hadir dalam perhimpunan yang mereka anjurkan.

"Bagi mereka, menjadi budaya peserta perhimpunan dibayar dengan pakej lengkap: duit poket, T Shirt percuma, penginapan, makanan, bas (pengangkutan) dan lain-lain.

"Tetapi bagi Pakatan Rakyat, menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran menjadi asam garam dalam perjuangan," kata beliau lagi.

Realiti yang berlaku katanya, rakyat dengan kesedaran sendiri bangkit apabila merasakan diri mereka dizalimi.

Azalina ujarnya, elok mengemukakan bukti beserta dengan fakta kukuh dan mengajukan kepada SPRM untuk diadukan jika benar peserta tersebut dibayar.

"Belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat," katanya.

Pengikut