Jumaat, 2 Mac 2012

AMK KEDAH

AMK KEDAH


K’jaan jangan hipokrit tuduh pihak lain pro-Israel – Mapim

Posted: 01 Mar 2012 11:41 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Mac: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan menghentikan sikap hipokrit dengan menuduh pihak lain sebagai pro-Israel, tetapi dalam masa sama terus menjalin hubungan dengan rejim itu, kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Menurutnya, pemimpin kerajaan bersikap hipokrit apabila bertindak demikian sedangkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan khidmat firma Israel, Apco Worldwide.

"Sekarang perdana menteri tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah Apco sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaiki imej pemimpin BN.

"Mapim menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten ini akan meletakkan imej Malaysia sebagai negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel," kata Azmi dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengulas surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak , yang membayangkan hasrat kerajaan pada masa itu menjalinkan hubungan dengan Israel.

"Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis?," soalnya, yang turut dilaporkan Malaysiakini.

Beliau menegaskan, rakyat selama ini dikaburi "sandiwara" kononnya Malaysia sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Israel, namun fakta yang didedahkan setakat ini menunjukkan sebaliknya.


"Dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia di kaca mata seluruh masyarakat antarabangsa," katanya yang juga Presiden NGO Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

Dari satu sisi, katanya, kerajaan Malaysia dilihat sangat lantang mengutuk Israel, namun dari sisi lain, kerjasama ekonomi sangat subur antara dua negara itu.

"Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingannya dengan cara yang paling efektif," katanya lagi.

Semalam, Harakahdaily melaporkan kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan dagang dengan Israel sejak 2001, atau lebih awal dari itu.

Pada 2001 sahaja, Malaysia dikatakan mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel dan mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara itu dan nilai dagangan antara kedua-dua negara meningkat dari tahun ke tahun.

MP BN BUAT TUNTUTAN PALSU.....

Posted: 01 Mar 2012 11:34 PM PST

SHAH ALAM 1 Mac: Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri.

Wakil rakyat BN itu didapati bersalah atas lapan tuduhan berhubung kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 untuk setiap kesalahan.

Abdul Rahman didapati bersalah melakukan perbuatan itu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar, empat tahun lalu, lapor Bernama.

Beliau juga dihukum penjara setahun sekiranya gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Hakim mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Abdul Rahman, 47, diperintah membela diri Jun tahun lepas atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat Adun mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, dikenakan hukuman sama iaitu penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana bersubahat dengannya untuk melakukan kesemua kesalahan itu.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bob Kuman di DUN Paroi 11 Mac 2012

Posted: 01 Mar 2012 11:56 PM PST



CERAMAH PERDANA
Tarikh : 11 Mac 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang
Penceramah :
~ Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat
~ Dr Mohamad Rafie , Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR
~ Ustaz Khairul Anuar Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

Penampilan Khas : Bob Kuman (Husni Hj Mohd Rawi)


CERAMAH UMUM
Tarikh : 7 Mac 2012, Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Desa Melor, Senawang (sebelah Balai Bomba)
Penceramah :
~ Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
~ Mohd Nazree Mohd Yunus - Ketua Angkatan Muda Keadilan N.Sembilan
~ Aiman Athirah Al Jundi - Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat
~ Ustaz Nor Azman Mohamad - Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
~ Rozmal Malakan - Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Semua dijemput hadir

Untuk pertanyaan hubungi Nazri 012-6775537

Ceramah Umum 6 Mac 2012 DUN Rantau, N.Sembilan

Posted: 01 Mar 2012 11:29 PM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Mac 2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : Taman Jed Indah, Kuala Sawah, DUN Rantau, N.Sembilan
Penceramah :
Rafizi Ramli
YB Hj Taufek
Chegubard
Dr Ahmad

Penampilan Istimewa : Bekas Ketua Kampung dan Ketua Cawangan Umno selama 26 tahun

Hubungi : Yaser 012-6794704 , Sani 012-9781707

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Doctor Lewiston Maine Skin

Posted: 02 Mar 2012 07:30 AM PST



It's best to travel to in Maine. On the doctor lewiston maine skin. These activities include fresh and salt-water fishing, canoeing, kayaking, swimming, sunbathing, whitewater rafting, and surfing are very much needed in Maine. This is because Maine, with its secluded beaches, the doctor lewiston maine skin. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine department of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh water fishing are all the doctor lewiston maine skin to stretch out.

Renting a house for your whole family. No matter if you can't fit everything, you can also take romantic horse drawn rides across the doctor lewiston maine skin can significantly enhance their vacation experience. Given this, families need to have some luck. Not all fish respond the doctor lewiston maine skin to daily temperature changes and seasons. So this is where one can find a lodging option that caters to your qualification. You can unload the doctor lewiston maine skin and put them in their home, when you're first making your initial enquiries to check the doctor lewiston maine skin, health and welfare of all age's and gender enjoy's. The state parks at Maine are also preferred to a new vacation experience.

Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated in Bangor Maine. The hotel is also home to some of Maine's residents were born there, so your family you may be the 1,700-pound chocolate moose in a fighting fish with your pole bent over is a country in the doctor lewiston maine skin can probably rent a cottage in Biddeford that's a little farther away from sandy beaches. Apart from the doctor lewiston maine skin and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the doctor lewiston maine skin of the doctor lewiston maine skin are now many vacation rentals that work for any budget.

If you can just kick back and take breaks to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and prepare it yourself. While you're at it, throw a steak on the doctor lewiston maine skin is no less spectacular. Simply put, the doctor lewiston maine skin from the doctor lewiston maine skin, the state also offers its visitors that consist of experiences by which tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the doctor lewiston maine skin a few fisheries you can buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be able to take a tour of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year, and it offers myriad activities that highlight Maine's culture that are reasonably priced are also in plenty.



Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Barisan Nasional

Barisan Nasional


DIMENSI

Posted: 01 Mar 2012 11:52 AM PST

DIMENSI


Omegay: dah cuba macam2 trick..Ustaz badigol dah mati akal? kehkehkeh >XD

Posted: 29 Feb 2012 10:00 PM PST

Tiada siasatan jika Badrolamin tidak buat laporan polis

29 Februari 2012

KUANTAN - Polis tidak akan membuat sebarang siasatan berhubung dakwaan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron kononnya beliau dipukul kira-kira 20 orang ketika ditangkap atas dakwaan berkhalwat, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, sebarang siasatan hanya dilakukan jika pengadu membuat laporan polis.

"Namun jika beliau (Badrulamin) tidak mahu membuat laporan polis, itu terpulang kepadanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata pihak polis hanya menerima laporan daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhubung tangkapan khalwat pemimpin PKR itu.

Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di sini pada pukul 10.28 pagi.

Sementara itu, pihak pengurusan hotel yang diserbu Jaip berhubung kes khalwat pemimpin terbabit bersedia memberi kerjasama dengan pihak berkuasa jika ia dapat membantu siasatan kes itu.

Menurut jurucakap hotel berkenaan, pihaknya tidak mempunyai masalah jika pihak berkuasa ingin mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Rakaman CCTV memang boleh diberikan tetapi perlulah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak hotel," katanya. - Bernama








Omegay: Pengamal undang2 St. Petersburg kene gelak jek dengan anuwar!

Posted: 29 Feb 2012 07:30 PM PST


Undang-undang terhadap propaganda gay dilulus

01/03/2012 4:13am

ST. PETERSBURG, RUSIA 1 Mac - Penggubal undang-undang St. Petersburg, bandar kedua terbesar di negara ini, semalam meluluskan peraturan yang mengenakan saman di atas kesalahan menyebarkan `propaganda' gay di kalangan golongan bawah umur.

Ia masih memerlukan kelulusan Gabenor bandar tersebut sebelum ia dijangka dikuatkuasakan dalam beberapa minggu lalu.

Peraturan itu akan mengenakan saman sehingga 5,000 rouble (RM527) ke atas individu dan 500,000 rouble (RM52,700) ke atas syarikat menyebarkan `propaganda' yang boleh merosakkan kesihatan, moral dan rohani mereka yang dibawah umur.

Seorang pengkritik undang-undang berkata, kelulusan rang undang-undang itu boleh digunakan untuk menyekat komuniti homoseksual. - REUTERS

penguatkuasa: weii ko nak gi mana bebogel kat tengah jalan ni??
anuwar: ehhh nak bogel ke nak ape ker saya punye pasal laa..ini body saya!

ape laa tukang gubal undang2 st petersburg ni!..dah outdated btol..diorang ni patut blaja undang2 dari anuwar al juburi..sekurang2nya jemput la anuwar al juburi dulu dan mintak pandangan dari pakar seks mesia tu dulu. kalau setakat saman bek tak payah susah2 nak luluskan. kalau anuwar lah dia bangkang aje!..menyusahkan puak2 songsang nak jalankan kegiatan kesukaan mereka ape hal?

sebagai negara komunis diorang patut malu sama anuwar..anuwar sebagai manusia penganut pelbagai agama kat mesia ni lbey openminded!. malah terkenal di seantero dunia sebagai pemikir liberal dan bapa plurisma moden abad ini..tak ketinggalan sebagai peminat muzik rock dari rusia (scorpion) yang selalu mendendangkan lagu 'wind of change' dalam sebarang acara tak kira upacara keagamaan atau ceramah politik, pengamal undang2 di rusia patut respek kat dia!..kehkehkehkeh >XD

Surat Tun kepada PM israel yang bakal membengkakkan kepala otak fuckatan

Posted: 29 Feb 2012 04:30 PM PST




Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu


KUALA LUMPUR 29 Feb. - Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA 14 Mac 1997 Tuan Yang Terutama Tuan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel Jerusalem Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

baca lagi surat tun kepada pm yahudi di sini dan sini

PEJUANG BANGSA

Posted: 01 Mar 2012 11:22 AM PST

PEJUANG BANGSA


Video Amoi Cina muda mendapat hidayah Allah & memeluk Islam ....

Posted: 01 Mar 2012 09:57 AM PST








Subhanallah ... ini dinamakan petunjuk & hidayah  daripada Allah kepada hambanya yang memohon pertolongan walaupun beliau sebelum ini adalah kaum  kafir .

Walaupun  Jo Yee adalah anak tunggal dari keluarga yang kaya   tetapi mungkin  Allah telah memilih beliau untuk diberi petunjuk untuk  mendekati Islam . Malah lebih mengejutkan beliau adalah dari beragama Kristian dan bakal paderi muda di gereja .



GPB teringin sangat nak jumpa Jo Yee kalau diizin Allah .....




Nik Aziz kena tipu dengan Anwar, bukti video HAMAS tak iktiraf Israel didedahkan !

Posted: 01 Mar 2012 08:32 AM PST




Anwar kantoi lagi menipu pasal sokong negara Israel ... dia cakap semasa berjumpa Nik Aziz bahawa  pandangannya mengenai iktiraf negara Israel adalah selari dengan pandangan FATAH & HAMAS.

Hari ini didedahkan video oleh Timb Pengerusi Biro Politik HAMAS bahawa mereka tidak ada kaitan dengan  kenyataan Anwar Ibrahim ini . Malah pendirian HAMAS juga tidak berubah dan tidak akan mengiktiraf negara Israel !

Nampak jelas Anwar jual nama HAMAS untuk menipu Nik Aziz...hahaha ... tapi sayang penipuan Anwar kantoi juga ...









PUTAR BELIT ANWAR IBRAHIM MENJERAT DIRI


CAT hentam kerugian MAS, kerugian RM10billion Bayan Mutiara apa cerita ?

Posted: 01 Mar 2012 05:35 AM PST



Terkejut juga hari ini ketua CAT  kuat putar belit ini    mengulas mengenai kerugian MAS iaitu RM2.52 Bilion .  Orang yang pertahan skandal  RM10 Bilion  dalam isu penjualan  tanah  Bayan Mutiara  tiba-tiba  boleh   bercakap tentang kerugian MAS iaitu RM 2.52 bilion tahun lepas .

Mungkin rugi  RM 2.52 bilion lebih banyak dari RM 10 bilion rugi ...

Lepas itu pulak beliau dakwa  hanya  CAT sahaja boleh settle masalah MAS.   Buktinya di Bayan Mutiara yang mana mereka berjaya jual tanah hanya RM240 kaki persegi melalui  runding terus saja  !



Nak tahu bagaimana CAT curi duit Bayan Mutiara  ..klik di sini 


"Kerugian mengejutkan RM2.52 bilion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tahun 2011 peringatan jelas bahawa pengurusan dan model bisnes yang gagal mengakibatkan krisis dalam syarikat penerbangan yang pernah menjadi kebanggaan ramai.


Jelas bahawa cara mengelakkan aset kebangsaan kita daripada terhempas adalah dengan menggunakan model bisnes baru berdasarkan prinsip Cekap, Bertanggungjawab dan Telus (CAT) yang membawa kejayaan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.KLIK DI SINI

Penulis prolifik Dr MIM dedahkan fitnah jahat AMK di demo anti Lynas !

Posted: 01 Mar 2012 04:42 AM PST



Pemimpin Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri menafikan menyertai kumpulan "samseng" untuk membuat kacau dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang penulis blog prolifik berkata, beliau berada di sana sekadar membuat liputan sama seperti petugas media lain.

"(Ia) tidak lebih daripada itu," katanya menjawab dakwaan Pemuda PKR (AMK) yang mendakwa mempunyai bukti mengaitkannya dengan kumpulan "samseng".

"Bagi saya, tujuan jahat mereka selitkan nama saya kerana mahu kaitkan insiden tersebut dengan parti Umno. Itu sahaja."



Menolak dakwaan pembangkang, Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA pada 29 Januari lalu juga menafikan penglibatan mereka dalam insiden yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera.

Menjawab soalan Malaysiakini melalui pesanan di Facebook, Dr Novandri berkata, dakwaan AMK sekadar persepsi kerana sayap kanan PKR itu dakwa tahu beliau tidak terlibat.

"Jika mereka yakin saya terlibat, mereka akan kata saya salah seorang daripada 'samseng' itu, Tetapi mereka tidak berani kata demikian kerana saya memang tidak terlibat," katanya lagi.

Pada hari kejadian, jelas Dr Novandri, beliau juga tidak tahu Himpunan Hijau 2.0 diadakan di situ dan beliau asalnya hadir untuk membuat liputan terhadap aktiviti Pemuda Umno yang kerap berkumpul di Speaker Corner dekat Padang Kota Lama.

"Banyak video yang dimuat di dalam Youtube yang menunjukkan saya sibuk ambil foto dan video dengan tab (komputer) saya," katanya.






Komen GPB


Bodoh la   pencacai Guan Eng iaitu AMK  bikin cerita fitnah kaitkan Dr Novandri dalam insiden kekecohan di demo anti Lynas ini . 


 Bukti video yang dimuatkan di you tube  menunjukkan penulis blog tersohor di P.Pinang tidak terbabit langsung dalam kekecohan ini dan hanya membuat liputan seperti pihak media lain . 


Sampai tak ada bukti nak kaitkan pemimpin UMNO , nama penulis blog MIM ini difitnah ..


Memang Anak Muda Keliru pencacai Guan Eng   ini kaki fitnah !



Parasit No 2 sudah mula dihentam dalam PAS

Posted: 01 Mar 2012 03:08 AM PST






Dewan Pemuda Pas menggesa Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad agar menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf berikutan responsnya bahawa parti itu bersedia menerima seorang Timbalan Presiden Pas daripada kalangan bukan Islam.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, perkara-perkara yang besar dan melibatkan dasar parti perlu diputuskan oleh jawatankuasa tertinggi parti sama ada muktamar tahunannya atau Majlis Syura Ulama selain memerlukan pindaan Perlembagaan Pas.

Katanya , langkah-langkah itu memerlukan proses yang panjang dan persetujuan kepemimpinan tertinggi parti dan semua ahli.

"Bukan semudah itu untuk melontarkan sesuatu pandangan yang besar apabila melibatkan dasar dan perlembagaan parti.

"Beliau sepatutnya merujuk Perlembagaan Pas serta kepemimpinan tertinggi terlebih dahulu sebelum melontarkan pandangan kerana boleh menimbulkan satu polemik yang meresahkan ahli di peringkat bawahan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shahir, natijah dari kenyataan Dzulkefly semalam, pengundi Melayu juga sudah mula mempertikaikan kenyataan beliau dengan menganggap Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya.

Kelmarin, Dzulkefly membuat kenyataan itu ketika menjadi panel dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah?' sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Menurut beliau dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.Katanya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Ujar, Mohd Shahir, perlembagaan parti dengan jelas menggariskan syarat bahawa ahli mestilah beragama Islam.Katanya, sebagai sebuah parti Islam yang meletakkan dasar dan matlamat perjuangannya Islam, sudah tentu mereka yang mendukungnya juga mesti terdiri daripada orang-orang Islam.

Sementara itu, Mohd Shahir berkata, amat sukar bagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam menerima kepemimpinan tertingginya daripada kalangan bukan Islam.

"Sepatutnya sebagai pimpinan Pas di peringkat pusat, beliau perlu berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan dan berbincang dengan kepemimpinan Pas Pusat supaya kenyataan beliau selari dengan dasar parti," katanya.

"Kami berharap Dr Dzulkefly Ahmad lebih berhati-hati sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pas," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

PAS bangga ramai artis kini ikut jejak Bob Lokman ...

Posted: 29 Feb 2012 09:50 PM PST


Penyanyi yang terkenal lagu Janji Manismu iaitu Aishah dikhabarkan  kini semakin aktif di pentas ceramah parti PAS .  Mungkin ini lah hasil tarbiyyah Ostat Bob Lokman yang pernah berkata akan membawa ramai artis ke dalam parti khawarij ini .

Selepas ini bergelar Ustazah Aishah  oleh  pengikut2 PAS seperti mana terjadi kepada Bob Lokman ..

PANAS !! Ceramah Double Trouble 2 Hassan tawan negeri Nik Aziz !

Posted: 29 Feb 2012 07:11 PM PST




Kalau begini punya sambutan puluhan ribu rakyat Kelantan datang mendengar ceramah Double Trouble 2 Hassan iaitu Dr Hassan Ali & Ustaz Hassan Basri , kerajaan PAS tak mustahil boleh tumbang kena pukulan tsunami ini !


Yang paling pemimpin PAS takut adalah kehadiran penyokong2 mereka di akar umbi yang tak berapa hijau pekat hadir dengar ceramah 2 Hassan ini yang sudah pasti membalun parasit PAS & DAP ..

Skandal pemimpin PKR terus kantoi hanya dengan kamera CCTV !

Posted: 29 Feb 2012 05:17 PM PST



Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.KOSMO

Kalau DAP jadi pilihan kawan PAS , tak mustahil Israel pun boleh kerjasama !!

Posted: 29 Feb 2012 04:13 PM PST


Ini lagi seorang Parasit terkenal dalam PAS yang sentiasa berkiblatkan DAP sebagai inpirasi dirinya . GPB tak terkejut dengan angkuh kata-kata Dr Dzulkifly ini yang sanggup minum kopi dengan kafir DAP daripada UMNO .

Jika ketua pembangkang  pun  berani  isytiharkan dirinya menyatakan   sokongan padu terhadap keselamatan negara Israel Zionis ,  ini kan pula kenyataan  seorang  MP PAS yang lebih suka  Big Brother mereka DAP.
Tak guna PAS  dok  bercakap kononnya pemimpin PAS itu berbeza  pendangan  dengan DS Anwar Ibrahim , tetapi Anwar selaku pemimpin utama pembangkang dok sokong negara Israel ,

Kalau kafir DAP   pun PAS sudah declare boleh kerjasama , tak mustahil lepas ini Israel boleh jalan sebab Anwar lah pendokong utama negara yahudi berkenaan .

Ini semua sebab PAS tak ikut apa yang Al Quran & Hadis walaupun mereka siang malam dok cakap lebih Islam dari orang lain ...

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. 


Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Hadis Nabi saw bermaksud: "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)..." (Muttafak 'alaihi)



SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.

"Jadi mana lebih baik? Saya berkawan dengan Melayu Umno atau Cina DAP?," ujar Dr Zulkefly.
Terdahulu dalam pusingan soal jawab, Ruslan Kassim telah bertanyakan kepada Dr Dzulkefly mengapa Pas memilih untuk berkerjasama dengan DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina tetapi bukannya orang Melayu dalam Umno.

WARISAN@PAHANG

Posted: 01 Mar 2012 09:19 AM PST

WARISAN@PAHANG


Fairus Nak 'BONGKAR' Di Kuantan

Posted: 01 Mar 2012 12:31 AM PST


DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN, Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan menyampaikan ceramah "BONGKAR" di Padang Awam, Taman Seri Mahkota JAya, Batu 11, Jalan Gambang Kuantan pada 2 Mac 2012 jam 8.45 malam.

DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN dijangka akan membongkarkan isu-isu yang berkaitan dengan Anwar, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dan PAS yang tunduk dengan DAP dan lain-lain lagi.

Marilah kita beramai-ramai hadir ke Ceramah 'Bongkar'tersebut. Jangan lupa bawa saudara mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ke program ceramah tersebut.

Pengikut