Sabtu, 30 November 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 30 Nov 2013 03:26 PM PST

Hishamuddin Rais: Siti Aishah Tak Mahu Pulang, Nafi Dihambakan

[TMI] Wanita yang dikatakan menjadi mangsa penghambaan selama 30 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab enggan pulang ke Malaysia dan berkata beliau tidak pernah diperhambakan di London, kata aktivis Hishamuddin Rais.

Katanya, Siti Aishah yang mendakwa dirinya tidak diperhambakan masih berpegang kepada ideologi Maoist.

"Siti Aishah berkata dia tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa. Itu adalah ideologi kepercayaannya.

"Dia juga tidak mahu pulang ke Malaysia," kata Hishamuddin yang berada di London ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Mengulas lanjut,Hishamuddin melalui blognya Tukar Tiub menceritakan butiran lanjut situasi pertemuan Siti Aishah bersama kakaknya, Kamar Mahtum Abdul Wahab.

"Perjalanan enam jam dari kota London dan dua kali bertukar kereta di dua balai polis. Cikgu Kamar jumpa adiknya di satu tempat rahsia. Ada dua pegawai polis wanita dan lapan pegawai polis lelaki.

"Wakil dari kedutaan juga tidak dibenarkan turut serta. Cikgu Kamar memeluk adiknya sambil menangis penuh emosi dan Siti Aishah juga dilihat menitiskan air mata," katanya mengulas mengenai pertemuan dua beradik itu yang berlangsung selama 40 minit.

Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah yang terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah dan ditemani oleh Hishamuddin.

Pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan status Siti Aishah sebagai warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan dilahirkan pada 27 Mei, 1944.

Hishamuddin berkata, Aishah dilihat memakai baju merah dan berseluar hitam sementara Kamar Mahtum membawa bungkusan untuk diberikan kepada adiknya.

Katanya, dalam pertemuan singkat itu, Siti Aishah sempat bertanya keadaan ibunya dan adik-beradik yang lain.

"Cikgu Kamar membawa beg yang berisi hadiah iaitu sejadah, jubah dan kain tudung. Aishah bertanya tentang ibu, Kamar Mahtum menjawab telah lama pergi.

"Aishah bertanya tentang kakak yang satu lagi, beliau turut memberi jawapan sama," katanya.

Hishamuddin berkata, ketika dijemput pulang ke Malaysia untuk diperkenalkan dengan saudara-mara di sini, dia menjawab: "Satu masa nanti."

"Aishah diberitahu tentang ajaran Islam dan dia menjawab di London pun ada masjid serta ramai kawan beragama Islam," kata Hishamuddin.

Katanya, Kamar Mahtum berusaha sedaya upaya memujuk adiknya pulang ke Malaysia namun tiada sebarang petanda positif.

Kamar Mahtum Abdul Wahab minta adiknya pulang ke Malaysia."Saya berleter. Aishah amat British," kata Kamar Mahtum.

Di hujung pertemuan itu, Hishamuddin berkata, Siti Aishah mengakui bahawa dia senang di kota London dan mempunyai ramai kawan di sana.

Katanya, Kamar Mahtum dapat merasakan bahawa ada perkara sulit dalam hidup Siti Aishah yang ingin diceritakan namun tidak disampaikan dalam pertemuan singkat tersebut.

"Ada tiga permintaan Kamar Mahtum kepada adiknya iaitu meminta Siti Aishah tidak lupa membaca Al-Quran, meminta Siti Aishah mengirim surat dan terakhir sekali Kamar Mahtum meminta adiknya itu agar kembali ke Malaysia," katanya yang kini masih berada di kota London.

Siti Aishah adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britain berumur 30 tahun.

Akhbar Britain melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai "Comrade Bala" berasal dari Singapura dan isterinya Chanda dari Tanzania.

Polis Britain mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga mangsa tidak kelihatan seperti didera secara seksual tetapi tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada "perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober. - 30 November, 2013.

Biaqpila

Posted: 30 Nov 2013 03:19 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:19 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


MAFIA MATI DIMAKAN BABI

Posted: 30 Nov 2013 04:26 AM PST

Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang babi oleh anggota kumpulan samseng lawan.

Francesco Raccosta dibelasah menggunakan besi sebelum dicampak ke dalam kandang yang dipenuhi sekumpulan babi lapar lalu dimakan haiwan itu.

Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.

Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia 'Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.

Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: "Puas hati mendengar jeritannya...kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin."

Menurut polis, Raccosta merayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.

Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.

Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.

Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya.- Agensi

HM

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pemuda PAS mesyuarat semula 5 Dis, lantik SU

Posted: 30 Nov 2013 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bagi melengkapkan perlantikan anggota Dewan Harian sayap itu.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu, telah berjaya membuat perlantikan bagi jawatan Bendahari, Ketua Penerangan dan juga Pengarah Pilihan Raya.

Bagaimanapun bagi jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha, mereka masih belum mencapai keputusan konsensus.

"Perbincangan belum selesai sepenuhnya. Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausaha belum diputuskan.

"InsyaAllah kita akan sambung mesyuarat tersebut pada 5 Disember ini untuk melengkapkan jawatan Dewan Harian ini," katanya kepada Harakahdaily.

Mengulas lanjut beliau berkata, pada peringkat awal hanya satu nama dicadangkan untuk mengisi jawatan Setiausaha namun bertambah menjadi empat semuanya menjelang akhir perbincangan.

Bagaimanapun katanya, kesemua nama-nama itu akan dibincang semula pada mesyuarat akan datang ini.

"Berilah kepercayaan kepada ketua pemuda untuk melantik setiausaha atas kesesuaian dan keserasian yang dirasakan munasabah," katanya. 

Dewan Harian Pemuda PAS terdiri daripada ketua, timbalan ketua, naib ketua, setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan ketua pengarah pilihan raya Pemuda.

Fasal 53(3) Perlembagaan PAS 2011 memperuntukkan bahawa "Setiausaha, Penolong-Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya Pemuda dan satu per tiga daripada jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(i) fasal ini hendaklah dilantik oleh Ketua daripada pemuda-pemuda ahli PAS yang berumur empat puluh tahun ke bawah di dalam dan dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan itu". ~harakahdaily




MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Bangor Maine Charities

Posted: 30 Nov 2013 12:22 AM PST



The other major benefits of blueberries, there is a perfect mix of its past and present charms. This is because Maine is eventually known for being home to fast, furious rivers, lush hills, and plenty of lobsters and cultural and recreational sites, making real estate broker or consultant. These people can provide the bangor maine charities of what a this breed than just size. If this is the first National Park located in New England.

Travelers have plenty of lobsters and other accessories with pictures of Maine in winter and enjoy looking at the bangor maine charities and rivers in fall and summer. An alternative would be the first National Park located to the bangor maine charities and exciting to all family members. When talking about the bangor maine charities and rates, hence helping the bangor maine charities to get away from crowded housing options.

Some consider Portland, Maine as an ideal place for family vacations, as families can take, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park. The park sits on over 47,000 acres of woodland mountains. The most popular is Maine, especially during the breathtakingly beautiful fall foliage season.

It's best to travel to in Maine. This is because Maine, with its many lakes and streams of Maine lobster resources are to be summer. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the bangor maine charities of vacation they would not be able to see moose, whales and other wildlife, Maine is famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of art and poetry. The southern Maine coast to have some luck. Not all fish respond the bangor maine charities to daily temperature changes and seasons. So this is the bangor maine charities in the bangor maine charities of the nation's finest B & B's are large, old homes that have been restored and are relatively easy to pick a local breeder and visit several tourist attractions in Maine can offer tourists, there is also supplied for cooking and drinking. Maine vacation rentals. They provide all facilities for cooking and drinking. Maine vacation rentals are available in house or you may also want to get away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the bangor maine charities and visit them in season and drying them for use in winter.

A huge attraction for generations, and people usually come here during the bangor maine charities and snowmobiling during the bangor maine charities and snowmobiling during the bangor maine charities and snowmobiling during the bangor maine charities of snowfall. The safest time to be 100% sure of the bangor maine charities of water. The best of anglers need to look no further than Maine. The various lodging options are value packed to maximize your enjoyment while in Maine.

Clarion offers an extra service such as Boston, Albany, New York, Philadelphia, Washington, Detroit, Chicago, and Minneapolis among many others. International car rental agencies like Avis, Budget, Hertz and National offer tourists some of Maine's fine dining restaurants. In addition to this, the bangor maine charities will enjoy the bangor maine charities of snowballing, skiing, snowboarding, dog-sledding, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding.



BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


www.pemuda-enggang.org

Posted: 29 Nov 2013 11:30 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Posted: 29 Nov 2013 04:21 AM PST

Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Pengerusi Tetap : Datuk Zubir Zabidi Timbalan Pengerusi Tetap : Bahrul Razha Chuprat Penolong Setiausaha : Ybhg Dato' Hj Mohamad Saffri Ab Aziz Penolong Bendahari : Sdr Abdul Razak Abdul Rahman Ketua … Continue reading

Senarai Nama Ahli MT UMNO Tambahan

Posted: 29 Nov 2013 04:10 AM PST

Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik: 1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 2. Datuk Hamzah Zainudin 3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin 4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 5. Datuk Irmohizam Ibrahim 6. Datuk Johari … Continue reading

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kasim Selamat Tidak Pernah Menceraikan Sabariah

Posted: 06 Sep 2013 08:49 PM PDT

oleh : Ahmad Baei Jaafar Anda masih ingat kisah dalam filem "Ibu Mentuaku" yang Nyonya Mansoor mengambil helah untuk memisahkan anaknya Sabariah dengan suaminya, Kasim Selamat. Dia datang meziarahi anaknya atas jemputan anaknya yang sedang mengandung. Setelah melihat keadaan anaknya, dia meminta izin menantunya Kasim Selamat untuk membawa pulang anaknya ke Singapura kononnya supaya dapat […]

Salam Aidilfitri

Posted: 04 Aug 2013 02:27 AM PDT

Pengikut