Pakatan Rakyat |
Posted: 16 Apr 2014 03:05 PM PDT SHAH ALAM : Pejabat Daerah di Selangor beroperasi menggunakan dana yang diperuntukkan Kerajaan Negeri selepas Kerajaan Pusat gagal menyalurkan peruntukan yang sepatut diberikan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, peruntukan Kerajaan Pusat disalurkan terus kepada unit di bawah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri. Sedangkan, katanya, unit berkenaan sebenarnya menjalankan tugas sama dengan pegawai sedia ada yang bertugas di Pejabat Daerah, menyebabkan berlakunya pertindihan tugas. "Kita ada cadangan untuk mengemaskini pengurusan di Pejabat Daerah yang mana Penolong Pegawai Pembangunan mendapat saluran dana daripada Kerajaan Pusat," katanya yang menjawab soalan tambahan dari Shuhaimi Shafei (PKR-Sri Muda). Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri mengadakan perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negara bagi menolak pertindihan tugasan itu, namun ditolak. "Mereka menolak. Tidak selesa dengan perbincangan saya, sebab dari segi pengurusan ia rugi dan saya tidak bersetuju kerana satu tugas ada dua jawatan. "Namun, ia tidak diterima. Bagaimanapun saya akan memperuntukkan dana-dana kepada Pejabat Daerah untuk melaksanakan pelbagai kegunaan. "Peruntukkan itu boleh digunakan kepada penduduk khususnya di luar bandar," katanya. Shuhaimi dalam pertanyaan tambahan berharap Kerajaan Negeri memperuntukkan peruntukkan khas kepada Pejabat Daerah untuk kegunaan pembelian tong air dalam menghadapi krisis air ketika ini. Oleh: NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM : Delegasi lawatan sambil belajar ADUN Johor menyifatkan perjalanan persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) berjalan dalam suasana lebih demokratik berbanding Dewan Negeri Johor (DNJ). Ketua Pembangkang DNJ, Dr Boo Chen Hau berkata keadaan ini jelas berbeza apabila ADUN pembangkang di Johor tidak pernah diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan seperti mana yang dipraktikkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) di negeri ini. "DNS di bawah Pakatan Rakyat (PR) memberikan teladan baik dan mengkagumkan, Yang Berhormat di sini dan seperti mana yang dimaklumkan Puan Speaker, Hannah Yeoh dalam DNS ada sembilan buah jawatankuasa termasuk selain Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) ada pula SELCAT untuk membincangkan seperti isu tanah dan juga kerajaan tempatan. "Saya akan bawakan cadangan ke DNJ untuk adakan jawatan kuasa pilihan yang dianggotai kedua-dua belah pihak Barisan Nasional dan PR supaya dapat membincangkan pelbagai isu secara mendalam yang akan memberi manfaat kepada rakyat Johor. "Terima kasih kepada YB Hannah Yeoh kerana sudi menjemput kita," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Speaker DNS di sini hari ini. Kata beliau lagi, antara isu yang perlu diberikan perhatian termasuk isu Pembangunan Iskandar Malaysia melibatkan pemilikan hartanah warga asing dan penghapusan hutan simpan paya bakau di negeri itu. ADUN Penggaram, Gan Peck Cheng pula berkata berbeza dengan DNJ, beliau mendapati ADUN pembangkang di Selangor turut diberikan peluang untuk menganggotai jawatankuasa pilihan dan mengeluarkan usul dan pendapat mereka secara telus. Hari ini, satu rombongan delegasi ADUN pembangkang Johor mengadakan lawatan sambil belajar bagi melihat perjalanan Persidangan DNS. Delegasi itu turut disertai ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo; ADUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How dan beberapa ADUN lain.EZY Oleh:NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM: Kerajaan Negeri memperuntukkan sRM500,000 setahun bagi membiayai Program Bantuan Kesihatan Rakyat Selangor yang disalurkan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan dilaksanakan, sejak 2009. Exco Kesihatan Selangor, Dr Daroyah Alwi, berkata sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM1.93 juta bagi tujuan berkenaan. "Antara bantuan rawatan yang diberikan adalah dialisis, katarak, pembedahan kecil dan rawatan lain serta kaki palsu. "Kerajaan Negeri lebih memfokuskan program ini kerana didapati berjaya memberi kesan kepada rakyat miskin," katanya ketika menjawab soalan dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini. Statistik jumlah penerima bantuan juga menunjukkan peningkatan sejak program itu mula dilaksanakan apabila pada 2010 sejumlah 114 penerima dengan pembiyaan RM211,308 disalurkan dan 201 orang penerima dengan membabitkan pembiayaan RM408,660, pada 2011. Manakala, pada 2012 sejumlah 255 orang dengan jumlah pembiyaan RM561,000 dan 2013 pula membabitkan 298 penerima dengan pembiyaan RM611,823 disalurkan. Sementara itu, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM139,780 bagi membiayai bantuan kesihatan seramai 61 penerima daripada golongan miskin di Selangor untuk tahun ini.-NFN- | ||
Posted: 16 Apr 2014 03:02 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:02 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |