NISA' MUAR EXPLORE NATURE DI PANTAI PARIT PENYENGAT MUAR
Nisa' Muar di bawah kepimpinan Puan Hjh Asma' Abu Bakar melanhkah kehadapan dengan mengadakan Program Explore Nature di Pantai Parit Penyengat Muar pada pagi Ahad 22 Mei 2011.Program ini adalah sebahagian daripada misi Nisa' untuk melahirkan generasi yang mengagungkan agama, mencintai ilmu dan berakhlak mulia.Berbagai aktiviti diadakan sepanjang pagi itu hingga tengahari.
Menurut Pengarah Program Nisa' Explore Nature, Cik Kamilah Muhammad, lebih 80 orang peserta mengambil bahagian dalam program pagi itu. Mereka terdiri daripada remaja dalam DUN Maharani dan DUN Sungai Balang.Program ini diharap dapat mengeratkan ikatan silaturrahim di antara mereka sambil mendidik mereka menjadi pemimpin masyarakat yang bertakwa.Banyak lagi program sedang diatur untuk remaja ini pada masa yang terdekat.Belaiu mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberi dan juga kepada penyumbang, petugas dan penderma.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dijemput khas untuk bersama mereka dan merasmikan program ini. Turut hadir Tuan Haji Malik Mohd Diah, Penyelia Pusat Khidmat DUN Sungai Balang merangkap Timbalan YDP PAS Muar.
YB Dr Mohammad bersama Pengarah dan Fasilitator Program.
Peserta-peserta mengabadikan kenangan Program Nisa' Explore Nature.
Doa dimulakan mengiringi Majlis Penutup.
Amanat daripada YB Dr Mohammad.
Di antara peserta - peserta Program.
Menyanyi Lagu Tema ' Semarak Perjuangan '
Hadiah istimewa untuk Si Cilik
Pemenang Cabutan Bertuah.
Tuan Haji Malik Md Diah menyampaikan hadiah kepada peserta program.
Rumah diancam hakisan tanah Sinar Harian 23 Mei 2011
PELANGAI – Sebuah rumah dekat sini, diancam hakisan tanah apabila tebing Sungai Pelangai runtuh akibat hujan lebat, baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku membimbangkan penduduk Kampung Sri Pelangai terutamanya bagi penduduk, Mohd Zamri Mohd Zin, 44, yang tinggal berhampiran sungai tersebut.
Menurutnya, dia mendirikan rumah di tapak milik keluarga mertua.
"Ia merugikan saya apabila hakisan berlaku lebih dari 20 meter dan sekiranya hujan lebat, sudah pasti hakisan bertambah teruk.
"Saya bimbang keselamatan keluarga terutama anak. Malang tidak berbau walaupun kita sudah memberikan nasihat kepada mereka untuk tidak menghampiri sungai akibat bimbang berlakunya hakisan tanah ketika berada di situ," katanya.
Zamri berkata, kejadian tebing runtuh sebegitu pernah berlaku awal tahun lalu berikutan banjir kilat yang melanda Kuala Pilah sekali gus memberi kesan terhadap tebing sungai itu.
"Tidak mustahil perkara ini akan berulang lagi ditambah dengan sungai yang deras.
"Tambahan pula, alur sungai ini berbentuk 'S', jadi ia memberi kesan kepada tebing sungai. Apabila hujan lebat, air sangat deras dan menghentam tebing hingga mengakibatkan tebing terhakis. Lama-kelamaan, jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan, hakisan akan berubah dan menghampiri rumah saya," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pelangai, Md Noor Othman berkata, masalah rumah di tepi tebing sungai cukup membimbangkan.
"Saya telah berulang kali membangkitkan perkara ini kepada pihak berkaitan dan meminta agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Saya telah beberapa kali meninjau dan sememangnya ia dalam keadaan berbahaya jika tidak diambil tindakan segera. Jarak sungai dengan rumah Zamri juga makin lama semakin dekat sekali gus menimbulkan kebimbangan," katanya.
Malah katanya, keadaan jambatan di kampung itu turut terjejas akibat sungai yang deras.
"Pihak berkenaan diminta mempertimbangkan pemasangan batu sangkar di tebing sungai bagi mengelakkan hakisan tanah lebih teruk berlaku.
"Saya juga berharap pihak JPS dapat meluruskan alur sungai bagi melancarkan aliran air ketika hujan lebat di samping mengurangkan hakisan di rumah Zamri," katanya.
Keseronokan bertukar sedih Sinar Harian 23 Mei 2011
PANTAI SAUJANA – Keseronokan lima sahabat menikmati cuti hujung minggu di Pantai Saujana Batu 4, Port Dickson berakhir dengan tragedi sedih selepas salah seorang daripada mereka hilang dan ditemui mati lemas.
Lebih menyedihkan, mangsa ditemui sendiri oleh rakannya dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, kelmarin.
Mangsa, Ong Ruew Luen, 30, berasal dari Mantin ditemui oleh rakannya terapung-apung berdekatan kawasan mereka mandi.
Menurut seorang rakan yang tidak mahu dikenali berkata, mereka datang ke Port Dickson bagi menikmati percutian hujung minggu bermandi di pantai.
"Namun, saya tidak menyangka ia akan mengorbankan sahabat karib kami.
"Sebelum kejadian, tiada tingkah laku pelik atau luar biasa daripada mangsa dan apa yang pasti, mangsa adalah rakan yang baik," katanya.
Menurutnya lagi, kejadian berlaku dengan pantas.
"Tidak lama selepas kami turun mandi ke pantai, tiba-tiba salah seorang daripada kami menyedari ketiadaan Ruew Luen.
"Kami mengambil keputusan untuk mencari Ruew Luen dan tidak lama selepas itu menemuinya tidak jauh dari tempat kami mandi serta mendapati dia sudah tidak lagi bernyawa," katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Rumah Mayat Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat dan telah dituntut keluarga.
Call Taib in first, Siah tells police Kuching 22nd May, 2011 - "Call Taib Mahmud in to the police station first and then I will also go in to have my statement recorded" was Francis Paul Siah's request to the police today. The Movement for Change, Sarawak (MoCS) leader revealed that a police officer from the CID department in Kuching called him on Friday afternoon asking him to go to the station to record a statement. "I politely told the officer that I would be prepared to do that after the police call in the chief minister to have his statement recorded as well. "After all, I lodged a police report against Taib first (on March 13) for corruption, money laundering and abuse of power. Surely, there are more reasons to investigate the CM than to probe me," Siah said. He appealed to the Sarawak police not to practice 'double standard' in their law enforcement work. "Is there one law to deal with the powerful like Taib and another for an ordinary citizen like me?" Siah asked. He stressed that part of MoCS agenda for Sarawak was to inculcate a new political culture for the state and "it is apparent now that a new work culture for an important law enforcement agency such as the police department has to be included in our agenda." "I urge the police not to be subservient to political masters. Even the king is not above the law."
Siah said he was informed a long time ago that whenever a new Sarawak Police Commissioner had to be appointed, Bukit Aman would have to send the name to be vetted by the CM first. "It would be disgustingly unprofessional if such a thing is still being practiced today. It only gives PDRM a bad name," he said. Siah assured the police that MoCS is a responsible citizen rights movement and will continue to operate within the law. "However, it is the duty of the police to not only ensure that citizens abide by the law but that the laws of the land are also being enforced in a just and fair manner," he said. On the police reports lodged by PBB implying that he was a security threat, Siah responded, "I'm a nobody. How can a nobody be a security threat?" "Karim Hamzah (CM's chief political secretary) has described me as a "loner with no following". Then Wan Hamzah Paie (PBB Youth Kuching Zone spokesperson) claimed that I was planning a demonstration with 200,000 supporters. "I am confused. Now, is the police acting on just the imagination of some PBB people? That is the nagging question," he said.
Perkhidmatan pelanggan patut dipertingkatkan dan Harga Pasport Antarabangsa Patut diturunkan Pihak Pas Miri ada menerima aduan tentang masalah orang ramai yang mengadu tentang masalah kesukaran untuk mendapat pasport baru di pejabat Imigresen Miri terutama pada hari sabtu dan ahad dimana waktu yang diperuntukan terlalu singkat iaitu dari jam 8am – 11.30am pagi dimana waktu urusan untuk pembayaran ditutup seawal jam 11:30am. Waktu begini sajalah masa yang sesuai untuk mereka yang bekerja dapat membuat pasport baru atau memperbaharui pasport mereka dan juga anak mereka.
Bagi yang datang dalam jam 10 pagi pun proses untuk membuat pasport mereka terpaksa ditolak oleh pegawai disebabkan kaunter pembayaran ditutup awal. Ada yang mengadu terpaksa berulang alik semata-mata untuk memperbaharui atau membuat pasport baru mereka kerana ada sesetengah pegawai tidak mahu memproses paspot tersebut kerana alasan mereka terlalu banyak pasport yang perlu diproses pada waktu tersebut .
Kita berharap agar perkhidmatan pelanggan untuk membuat atau memperbaharui pasport dapat dipertingkatkan perkhidmatan mereka untuk pelanggan jangan biarkan mereka terpaksa berulang-alik dan membebankan mereka yang terpaksa turun naik ke pejabat imigresen lebih-lebih lagi waktu pejabat.
Satu perkara yang patut pihak kerajaan ambil perhatian ialah tentang harga passport antarabangsa yang terlalu mahal, bukan semua orang selalu keluar negara jadi sepatutnya harga yang ada sekarang patut dikurang lagi seperti harga asal dimana dulu harga untuk passport antarabangsa untuk lima (5) tahun cuma rm150.00 tapi sekarang harganya mencecah RM300.00 untuk 5 tahun.
Kita minta pihak berwajib dapat mempertimbangkan pemintaan rakyat ini agar kos passport dapat dikurangkan memandangkan harga barang keperluan sudah meningkat dan membebankan rakyat. Pihak kerajaan patut memberi keutamaan pada rakyat dari kepentingan politik.
English version
Customer service should be improved and the price for International Passport should be lowered Pas Miri have received a complaints from the public about the difficulty to get a new passport at the immigration office in Miri, especially on Saturday and Sunday where the time allocated was too short from 8am to 11.30am and the counter for the payment was closed as early as at 11:30 am. This is only the right time for those who work to make a new passport or renew their passports and also for their children. For those who came in at 10 am for making a new passport also rejected with the reason they are a lot of passport to be process and the payment counter closed early. Some have complained where they have to commute just to renew or make their new passports. The reason because an officer unable to process and they are so much passport to be processed at that time. We hope that the immigration customer service for making or renewing passports can be improved for the customers, do not let them have to walk up and down to the immigration office and also burden them especially during office hours.
One thing the government should take note is the international passport prices are too expensive, not everyone is always out of the country so the price should be reduced now that there is more like the original where the first price for the international passport for five (5) years only RM150.00 but now its price reaches 300.00 for 5 years. We ask the relevant authorities to consider the demands of the public to reduce the cost of passports since the essential goods prices have been increase and burden the people. The Government should give priority to the people rather than political interest.
PAS Dusun Tua merakamkan takziah kepada mangsa tragedi yang menimpa Madrasah At-Taqwa. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. Kepada mereka yang tercedera diharapkan sabar dalam menghadapi cubaan Allah ini.
Tidak dilupakan juga kepada Unit Amal yang sejak dari awal turun ditempat kejadian dan membantu walaupun mempunyai kelengkapan terhad. Unit Amal telah membuka kemah bantuan sejak petang semalam agar dapat membantu pihak yang ditimpa musibah dan mereka yang membantu dalam usaha menyelamat. Syabas dan tahniah.
Admin: InnaliLlahi wa Inna ilaihi raiji"un........Allah lebih sayangkan mereka.Takziah.
TRAGEDI TANAH RUNTUH
Sangat menyedihkan, tak terkata: Warden
HULU LANGAT - Tiga jam sebelum kejadian tanah runtuh yang meragut enam nyawa sekurang-kurangnya hingga jam 10 malam tadi, mangsa yang terdiri daripada penghuni sebuah rumah anak yatim di sini menjalani latihan nasyid untuk persembahan menyambut kunjungan rombongan Perbadanan Filem Nasional (Finas).
Warden asrama, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata, delegasi itu dijangka hadir pada satu majlis di sini kira-kira jam 5.30 petang.
Menurutnya, kejadian terbabit berlaku selepas makan tengah hari kira-kira jam 2.15 petang.
"Hanya sebahagian penghuni tinggal di dewan makan untuk kerja-kerja mengemas, selebihnya berada di khemah untuk berlatih.
"Ketika itu, saya berada di asrama dan terdengar bunyi dentuman serta pokok patah," katanya.
Mohd Hambali berkata, sepatutnya dia berada bersama mangsa, tetapi ditangguhkan kerana ada urusan lain.
"Apa yang saya lihat tak dapat digambarkan de-ngan kata-kata kerana keadaannya sangat tragis dan menyedihkan," katanya.
Menurutnya, kejadian tanah runtuh itu adalah kali dua berlaku sejak awal bulan ini.
"Runtuhan pertama hanya 50 meter dari bangunan dan sekadar runtuhan kecil.
"Runtuhan kali ini lebih besar dan berkemungkinan terjadi akibat runtuhan pertama," katanya.
Menurutnya, kejadian pertama itu bagaimana tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Tragedi Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Madrasah At-Taqwa
[HM] Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Mayat tiga daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi, manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi.
Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.
Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.
Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.
Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini Sabtu.
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
11) Riz, 9,
12) Fahad, 9
13) Hazim, 9
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Tidak diketahui keadaan tetapi telah dikeluarkan
1) Lokman, 11,
2) Aiman, 10,
3) Hasril, 11,
* umur tidak diketahui
[HM] KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.
Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.
"Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.
"Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh," katanya.
Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.
"Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.
"Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit," katanya.
Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008.
"Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit.
"Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit," katanya.
Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit yang didiami penduduk.
Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan.
"Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan," katanya. ..
HULU LANGAT, 22 Mei — "Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia)."
Itulah ayat yang mampu dikatakan oleh Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 dekat ini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, semalam.
Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media. "Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi.
"Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden yang menimpa rumah anak-anak yatim itu, menyebabkan kematian 16 orang manakala sembilan yang lain cedera.
Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh.
Selain itu, katanya kerajaan akan menanggung perbelanjaan kos rawatan mangsa yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Ampang, Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur (sejak bila rawatan hospital awam kene bayar?)...
.... selama ini rakyat dimanjakan dengan subsidi bagi mendapatkan rawatan di hospital awam.... so lepas nie korang gie spital kene byr le gayenye...
Kesemua jenazah akan disembahyangkan di Masjid Sultan Hishammudin Alam Shah, Batu 14 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, dijangka selepas solat Zohor.
Pekarangan masjid dibanjiri ahli keluarga mangsa, pemimpin dan juga penduduk tempatan.
Mereka yang akan dikebumikan ialah Haziq, Mohd Hazim, Mohd Azrel Azahari, 8; Wan Ahmad Hasril Hazim, 19; Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.
7 jenazah daripada 16 yang terkorban disemadikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Batu 13 Hulu Langat selepas Zohor td.
Iman Muda juga turut sama menurunkan jenazah ke dalam liang lahat
Sebahagian jemaah yang hadir ke tanah perkuburan tadi
7 jenazah disemadikan bersama .... turut kelihatan Unit Amal Hulu Langat, Selangor
3 mangsa berusia 9 tahun dijumpai jm 4.15 pg tadi dan yang terakhir jam 5 pg tadi
Al-Fatihah buat mereke yg terkorban.... yang pangkah tue terkorban....sesungguhnya mereka itu termasuk dlm manusia yg syahid akhirat...
Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama.
Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini.
Mayat tiga daripada empat mangsa itu, dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi dan mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi tadi.
Mana Pemuda UMporNo yang kononnye hebat mase kejadian semalam? Awat aku tak nampak pun korang pagi tadi? Yang adanye Unit Amal sedang mengemas khemah yang didirikan oleh pihak berkuasa dan membersihkan sampah2 yang dibuat oleh UMporNO di sekitar tempat kejadian.
Tahniah kepada Briged Amal Selangor yang subuh-subuh dah sampai ke tempat kejadian. Tahi niah kepada pemuda UMporNO.
Ayer Molek (Ahad)-Majlis Tindakan Dun Ayer Molek (MTD Ayer Molek) petang tadi telah menyempurnakan dengan jayanya pelancaran jentera pilihanraya 13 (PRU13) dengan mengambil tema PAS GANTI UMNO (PGU) untuk menumbangkan seterusnya menggantikan UMNO-BN pada pilihanraya akan datang.
Majlis di sempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Markas MTD Ayer Molek pada jam 6 petang tadi. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dari DAP dan PKR turut hadir bersama-sama pimpinan kawasan, MTD dan ahli jawatankuasa lain.
Dalam ucapan perasmian Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah menyebut supaya para amilin perlu lebih gigih dalam gerak kerja kearah pilihanraya. Para penyokong dan pendokong PAS perlu menjadi lebih agresif di Melaka. Ustaz Idris juga memperingatkan kepada para penyokong agar menjadi agen penerangan tidak lansung bagi menerangkan segala isu yang berlaku di Melaka pada setiap masa dan tempat, hatta di warung sekalipun
Majlis tamat sekitar jam 7 petang tadi dengan jamuan makan./blog dppkbk
"Selepas kebangkitan rakyat pada perhimpunan BERSIH 2007, kini, negara bakal menyaksikan satu lagi kebangkitan rakyat pada 9 July 2011 ini. Bukanlah kebangkitan rakyat melalui revolusi seperti apa yang berlaku di kebanyakkan negara Timur Tengah, tetapi lebih kepada perhimpunan aman yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.BERSIH yang sinonim dengan 'gelombang kuning' mirip kepada 'Revolusi Oren' di Ukraine dimana rakyat Ukraine berhimpun membantah keputusan pilihanraya yang didakwa penuh dengan korupsi, berunsur ugutan dan penipuan.
Dalam memorandum BERSIH kepada YDPA pada tahun 2007, terdapat empat tuntutan utama:- Melakukan semula penyemakan daftar pemilih dan memastikan segala kelemahan yang ada diperbaiki Pengunaan dakwat kekal dalam pengundian untuk mengelakan berlaku penipuan Memansuhkan undi pos yang didakwa mudah dimanipulasikan kecuali kepada Diplomat dan pengundi yang berada diluar negara Menuntut akses media yang adil kepada semua parti yang bertanding tanpa sebarang sikap prejudis dan diskriminasi. Memudahkan setiap parti menjelaskan manifesto dan dasar mereka kepada rakyat dengan adil Dalam menuju kearah kesuburan demokrasi, pilihanraya yang adil dan bebas amatlah penting. Pilihanraya amatlah penting untuk memastikan urus-tadbir kerajaan yang baik. Oleh kerana system pengundian negara ini dihantui dengan kontroversi jadi disarankan pihak yang berkaitan berlapang dada untuk memastikan ia berjalan dengan telus. Selain itu ia juga dapat meningkatkan integreti dan ketelusan badan yang berkaitan setelah tercemar dengan kontroversi-kontroversi yang tidak menyenangkan. Oleh demikian, disarankan kepada semua yang mahukan perubahan menjayakan perhimpunan kali ini yang bakal mengukir sejarah dan memainkan peranan penting dalam penentu landskap politik negara pada Pilihanraya Umum Ke-13 kelak. Badan yang berkaitan juga harus berani melakukan transformasi demi demokrasi yang subur dan memulih keyakinan rakyat terhadap institusi yang sedia ada yang kian terhakis. Ayuh turun ke jalan nyatakan pendirian! Berani lakukan perubahan!
Wikileaks dedah 19 'aktor pengaruh' dalam kitar politik Najib
Oleh Yow Hong Chieh
May 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai "aktor-aktor berpengaruh" dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri. Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja. Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib (gambar), adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu. Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat. Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan. Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini. Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib. Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu. Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri. Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan. "Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan," kata kabel itu. The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib. Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini. Turut disenaraikan ialah: • Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar; • Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd; • Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA); • Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura; • Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof; • Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh; • Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng; • Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib; • Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan; • Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai; • Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew; • Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor; • Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan • Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin. Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Pucuk pimpinan Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat khas malam ini antaranya untuk membincangkan pertandingan untuk jawatan utama dewan itu dalam muktamar akan datang.
Sehingga ini, tidak ada calon ketua pemuda yang mengesahkan pertandingan untuk jawatan yang disandang oleh Nasrudin Hassan itu.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Ustaz Mohd Firdaus Jaafar berkata, beliau menolak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS biarpun dicalonkan.
Ketika dihubungi Harakahdaily, beliau bagaimanapun memberitahu, akan bertanding merebut kerusi timbalan ketua.
"(Bertanding) ketua pemuda tak kot, timbalan sahaja,"katanya yang juga ahli parlimen Jerai.
Selain beliau, dua lagi calon yang layak bertanding jawatan nombor satu sayap pemuda PAS itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Azman Shapawi Abd Rani dan Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat.
Azman ketika dihubungi bagaimanapun memberitahu keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan tersebut, bergantung kepada keputusan rasmi Ketua Pemuda PAS sekarang ini, Nasruddin Hassan.
"Saya ambil sikap begini, kalau Ustaz Nasruddin nak kekal, saya tak lawan, saya akan bagi laluan mudah.
"Kalau dia kata nak berundur untuk diberi calon lain, saya akan lawan.
"Apapun saya tunggu pendirian rasmi Ustaz Nasruddin dahulu,"katanya.
Seorang lagi calon, Suhaizan pula berkata, beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding atau tidak jawatan tersebut.
"Saya belum buat keputusan lagi. Lagi pun masa panjang lagi.
"Malam ni ada mesyuarat khas pemuda, dan saya akan bincang dahulu," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Sementara itu, keputusan rasmi calon yang bertanding hanya akan diketahui selepas 26 Mei ini apabila kesemua calon menjawab surat tawaran dari Jawatankuasa Pemilihan 2011.
Berikut ialah senarai penuh calon layak bertanding jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:
Ketua
1. Azman Shapawi Abd Rani, ustaz 2. Mohd Firdaus Jaafar, ustaz YB 3. Nasruddin Hassan, usaz 4. Suhaizan Kaiat
Timbalan Ketua
1. Ahmad Sabki 2. Azman Shafawi 3. Firdaus Jaafar, YB 4. Mohd Nor Hamzah, YB 5. Nasaruddin Hassan 6. Nik Abduh Nik Aziz 7. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 8. Riduan Mohd Nor 9. Suhaizan Kaiat
Naib Ketua
1. Azman Shafawi, Ustaz 2. Firdaus Jaafar, YB 3. Kamaruzaman Mohamad 4. Khairi Faizi Kamil 5. Mohd Nor Hamzah 6. Mohd Sany Hamzan 7. Nasir Zakaria, YB 8. Nik Abduh Nik Aziz 9. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob 10. Riduan Mohd Nor 11. Sabki Yusof 12. Suhaizan Kaiat
MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.
Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditImbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.
Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.
Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.
Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.
Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris-warIs. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.
Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durja dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.
Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.
Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.
Selepas usai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyayat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.
"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaannya.
Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.
Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.
Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah.
Ketujuh jenazah disembahyang serentak.
Apandi sedang menenangkan murid tua madrasah Al Taqwa yang juga bertindak sebagai pengawal. Sebahagian orang ramai dan rakan-rakan mangsa hadir untuk memberi penghormatan terakhir.
Jenazah pertama dibawa turun dari masjid untuk dibawa ke kubur.
Jenazah kedua dibawa turun dari masjid.
Jenazah ketiga yang dibawa turun dari masjid.
Ketujuh-tujuh buah van jenazah siap untuk bergerak ke kubur.
SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.
"Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya," katanya.
Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.
Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.
Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.
"Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni," katanya. -SH
Tanah Runtuh: Tujuh Jenazah Kanak-Kanak Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahat
KAJANG: Suasana sayu menyelubungi sekitar Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah Batu 14 bagi menunaikan solat jenazah sebelum dikebumikan selepas Zohor.
Kesemua tujuh jenazah kanak-kanak mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Madrasah Al-Taqwa di Batu14, Hulu Langat, akan dikebumikan dalam satu liang di tanah perkuburan orang Islamdekat sini.
Terdahulu lima mayat kanak-kanak iaitu Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; Mohd Mustakim Mamat, 12 dan Wan Ahmad Hasrim Hazim, 11 sampai di masjid sekitar pukul 10.45 pagi.
Sementara dua lagi mayat terakhir iaitu Dzahir Haziq, 11 dan Mohd Hazim Sapri, 10 selamat sampai di masjid pada pukul 11.05 pagi.
Pembantu rumah anak-anak yatim berkenaan, Yazid Ishak ketika ditemui berkata baki sembilan lagi mayat yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh telah dituntut oleh waris masing-masing untuk diurus dan dikebumikan.
"Di sini kita akan solat dan kebumikan tujuh jenazah secara bersama...jenazah-jenazah lain sudahpun dituntut waris mereka," katanya.
Hingga berita ini ditulis, waris tujuh mangsa berkenaan diberi pelung terakhir untuk melihat jenazah sebelum ditutup untuk disolat dan dikebumikan.
Kira-kira 500 orang awam termasuk waris mangsa berada di sekitar kawasan masjid. -mstar
Senarai lengkap mangsa tragedi tanah runtuh
KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera.
Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.
Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:
Enam belas yang terkorban ialah:
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14 3) Dzahir Haziq M. Muin, 11 4) Ahmad Lokman Hakim, 11 5) Farid Ibrahim, 34 6) Mohd Azret Azahari, 8 7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11 8) Zahid Assawal Zamri, 19 9) Mohd Mustakim Mamat, 12 10) Mohd Naerzein M. Nor, 8 11) Mohd Aiman Abdullah, 10 12) Shahrul Nurimran Adnan, 9 13) Mohd Zaid Azahari, 14 14) Mohd Imal Fahad, 9 15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9 16) Mohd Hazim Sapri, 10
Sembilan yang terselamat ialah:
1) Aizat Khusairi, 12 2) M. Allaudin Sobri, 14 3) M. Syatiq Ibrahim, 21 4) Khairul Anuar Nasri, 9 5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11 6) Zulkhairi Aminuddin, 13 7) Izzuddin Abdullah, 30 8) Izuan Zakaria, 33 9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA
[MK] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.
Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.
"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.
"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.
"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.
Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.
Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Terlalu singkat
Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.
"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.
Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.
"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.
"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.
Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.
PAS saja 100 ribu
Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.
"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.
Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.
Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini. Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan. Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin. "Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau bagaimanapun enggan menganggap keputusan itu sebagai mempertahankan jawatan kerana menurutnya jawatan bukan milik individu, tapi milik parti. Sebaliknya tegas Mahfuz, beliau akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja parti,terutama untuk menumbangkan Umno BN. "Saya tak suka guna istilah mempertahankan jawatan kerana jawatan bukan milik individu tapi milik parti. "Kalau saya menumpukan soal pemilihan, saya akan hilang fokus sebenar. Jadi saya serahkan kepada kawasan untuk membuat penilaian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Mahfuz turut menekankan '5K' yang menjadi prinsipnya dalam memastikan PAS terus diterima masyarakat dan mampu bersama-sama Pakatan Rakyat memerangi politik perkauman yang kembali dimainkan Umno BN untuk mewujudkan rasa tidak senang antara kaum. '5 K' tersebut ialah kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan, dan keprihatinan/kebajikan. "5K ini yang saya nak bawa. Jadi menjadi tanggungjawab besar bagi saya, untuk menerima pencalonan untuk bawa PAS ke dalam 'green politic' di Malaysia," katanya. Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding. Ini katanya menunjukkan ahli memberikan sepenuh kepercayaan kepada Abdul Hadi untuk terus meneraju PAS bersama Pakatan Rakyat. "Kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai presiden parti akan melicinkan lagi perjalanan PAS bersama Pakatan Rakyat. "Ahli ternyata memberi penghargaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau," katanya. Sebanyak 152 kawasan menghantar pencalonan untuk jawtan tertinggi parti namun hanya 146 diterima selepas enam borang yang dihantar tidak lengkap.
PARIT BUNTAR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara. "Kenapakah rakyat disuruh bersedia menghadapi masalah tekanan ekonomi sedangkan pemimpin BN belum menunjukkan usaha bersungguh-sungguh untuk bantu rakyat?" katanya. Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat. "Kerajaan yang dikuasai oleh BN telah untung besar melalui Petronas berikutan kenaikan harga minyak di pasaran dunia, keuntungan tersebut sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat," katanya ketika ditemui di sini. Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total. Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat. "Pada hemat saya usaha BN untuk membela rakyat yang sebetul tidak dibela sejak 50 tahun, tetapi ditutup mata melalui media pro BN untuk mengaburi rakyat dari mengatahui perbuatan terkutuk Umno BN yang lebih suka merompak wang rakyat secara terhormat selepas setiap kali diberi mandat untuk memerintah," ujarnya. Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.
BAYAN LEPAS, 22 Mei: Umno dan Barisan Nasional (BN) jangan bermimpi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang. "Rakyat negeri ini telah celik dan sedar selama ini mereka telah dibohongi oleh parti pemerintah sebelum 2008," kata Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar) pada majlis jamuan teh di padang awam, Permatang Damar Laut, petang semalam. Menurutnya, PR bukan saja mampu mengekalkan kedudukan 29 kerusi yang telah berjaya dirampas dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, sebaliknya yakin boleh membolos kawasan yang menjadi kubu kuat Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. "Kita telah membuat kajian dan penyelidikan mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang mampu dimenangi dan ditawan oleh PR dalam pilihan raya yang akan datang. "Berdasarkan kepada percaturan yang dibuat, PR yakin bukan saja 29 kerusi yang ada dikekalkan milik PKR, PAS dan DAP, sebaliknya kerusi-kerusi Umno yang sudah tidak layak diterajui oleh mereka akan jatuh ke tangan PR," tegasnya lagi. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung, tidak menolak kemungkinan ini berdasarkan kepada kenyataan sedia ada, di mana rakyat semakin condong untuk menyokong PR jika dibezakan dengan BN. "Hentakan, serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh Umno dan BN terhadap PR menyebabkan rakyat semakin menolak mereka. Dasar perkauman yang bersifat cauvanis diamalkan oleh BN memberi impak yang negatif kepada mereka. "Umno dan BN menyedari hakikat penolakan rakyat di Pulau Pinang terhadap kepimpinan mereka, tetapi ia cuba dinafikan melalui provokasi yang dilakukan melalui pelbagai elemen, semata-mata untuk mengkaburkan pandangan rakyat," ujarnya lagi. Malah katanya, niat Umno dan BN tidak akan kesampaian selagi kepimpinan PR mengamalkan sistem pentadbiran berdasarkan kepada amalan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).
KAJANG, 22 Mei: Kesemua 25 mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam akhirnya berjaya dikeluarkan.
Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan.
Mangsa terakhir dikeluarkan kira-kira jam 5.05 pagi tadi.
Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.
Bagaimanapun ia akan diteruskan jam 8 pagi ini bagi memastikan tiada lagi mangsa terperangkap.
Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.
Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.
Kira-kira jam 2.30 petang semalam, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.
Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu.
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberikan bantuan segera. "Sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebab kematian. Kerajaan negeri akan sedia tabung bantuan mangsa dengan segera," tulisnya di laman twitter petang tadi. Sementara Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar memaklumkan Khalid serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat. Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat. Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini. Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga. Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan. Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di laman sama memberitahu, Unit Amal bergegas ke Lembah Azwin Sungai Semungkis di mana tanah runtuh menimpa rumah anak yatim. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berharap Unit Amal dapat menyelamatkan mangsa sambil mengiringi doa agar tidak ramai yang terkorban. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Dilaporkan tiga mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan telah dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 6.30 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. "Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," tulis beliau di laman twitter malam ini. Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT. "Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi. "Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini.
KAJANG, 21 Mei: Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada 10 orang. Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Ampang. Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus. Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.
Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
3 mangsa berusia 9 tahun dijumpai jm 4.15 pg tadi dan yang terakhir jam 5 pg tadi
Al-Fatihah buat mereke yg terkorban.... yang pangkah tue terkorban....sesungguhnya mereka itu termasuk dlm manusia yg syahid akhirat...
Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini.
Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama.
Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini.
Mayat tiga daripada empat mangsa itu, dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi dan may
at kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi tadi.
KAJANG, 22 Mei - Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak empat mangsa lagi masih tertimbus dalam runtuhan itu setakat ini. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, Tambahnya, kesemua penghuni rumah tersebut adalah sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.lelaki.
[Sementara ituseorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat dikeluarkan dengan selamat. Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam tadi. Dalam pada itu seorang lagi mangsa tanah runtuh terbabit dipercayai telah meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi. Kami sekali lagi mengucapkan salam takziah buat semua yang terlibat dan terselamat dalam insiden yang mengerikan ini hendaknya].
Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.
"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.
Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.
Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.
Hulu Dungun: 13 Mei 2011 : Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun.
Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.
Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran.
Remaja-belia masa kini perlu strategi pendekatan yang lebih berkesan untuk memenuhi keperluan dan dalam yang sama membentuk mereka ke arah mercu kejayaan. Remaja belia yang berwawasan dan mengamal budaya hidup positif akan terhindar daripada wabak gejala sosial yang meruncing dalam era dunia tanpa sempadan dek perkembangan teknologi tinggi yang tidak seimbang dan sarat dengan agenda hedonisme dan hubbud dunya.
Justeru, kerajaan Selangor yang merancang pembangunan fizikal yang lebih sistematik dan holistik telah menletak diantara teras utama pembangunan Selangor adalah memacu pembangunan modal insan.Pembangunan insan ini akan mencakupi seluruh elemen teras manusia dengan cara yang sinergistik dan sepadu bagi mempastikan kejayaan mencapai matlamat individu, unit keluarga serta masyarakat dan negeri cemerlang.
Usaha ini sudah tentu memerlukan sistem sokongan konkrit dan penglibatan semua pihak khususnya dalam pembangunan aset terpenting iaitu remaja belia yang bakal mewarisi negeri Selangor. Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menjemput ikon-ikon remaja belia seperti USTAZ HASRIZAL pengasas SAIFULISLAM TRAINING untuk sama merancang program pengupayaan remaja belia agar memikul mampu amanah sebagai khalifah di bum Allah ini.
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberikan bantuan segera. "Sedih dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang menyebab kematian. Kerajaan negeri akan sedia tabung bantuan mangsa dengan segera," tulisnya di laman twitter petang tadi. Sementara Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar memaklumkan Khalid serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat. Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat. Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini. Menteri Besar telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga. Buat sementara waktu, kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan. Menteri Besar menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di laman sama memberitahu, Unit Amal bergegas ke Lembah Azwin Sungai Semungkis di mana tanah runtuh menimpa rumah anak yatim. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berharap Unit Amal dapat menyelamatkan mangsa sambil mengiringi doa agar tidak ramai yang terkorban. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat. Dilaporkan tiga mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan telah dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 6.30 petang tadi.
Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.
"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.
Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.
Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.
"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.
Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.
Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.
Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.
Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.
Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.
PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.
"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama.
"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.
Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.
Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.
Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.
"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok (DPPKM) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
"Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh".
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Selain mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban, kedua-dua pimpinan PAS ini juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang semalam, seramai 25 mangsa telah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dari kesemua jumlah itu, 16 mangsa meninggal dunia manakala 9 yang lain berjaya diselamatkan.
Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat telah membuat pembetulan terhadap senarai calon yang layak bertanding bagi jawatan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011-2013.
Untuk pemuda, daripada 68 nama yang layak bertanding sebelum ini diperbetulkan menjadi 63 orang ekoran lima dari mereka melebihi umur yang yang dihadkan iaitu 40 tahun ke bawah.
Mereka yang dikeluarkan adalah Nik Abduh Nik Aziz, Ustaz Kamal Ashaari, Taufiq Ghani, Dr. Zuhdi Marzuki dan Zuraidin Abdullah.
Mkk Kampung Sg Pial dgn kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Tg Dawai memaklumkan Perlawanan Akhir Bola Sepak Liga Muhibbah 2011 Kampung Sg Pial pada 27 May 2011-Jumaat, 5.15 ptg bertempat di Padang Awam Kampung Sg Pial , Tanjung Dawai.
Kemuncak Ijtimak Pas Ganti UMNO Zon Utara Perak di akhiri dengan Ceramah Perdana dengan membariskan pimpinan- pimpinan Pas peringkat Pusat. Akhirnya, UMNO yang semakin libang- libu terpaksa memperkudakan agensi kerajaan (Jabatan Penerangan) dengan mengadakan pertunjukan pentas pada waktu yang sama ceramah perdana Pas diadakan.
Dengan menggunakan premis padang Sekolah Sauk, hebahan dan poster hanya dilakukan pada waktu petang hari konsert itu diadakan. Mudah pulak dapat permit... Seperti biasa persembahan- persembahan menampilkan penari- penari wanita dijadikan umpan untuk menarik kunjungan orang- orang kampung..
Namun begitu Ceramah Pas di Chuar terus mendapat sambutan malah di luar jangkaan kerana kutipan sumbangan pada malam itu mencecah sehingga RM 5000.00.
Hu Pang Chaw (Ketua DHPP Pusat) memulakan ceramah
YB Dato' Seri Nizar mengupas isu- isu di Perak
Ustaz Idris Ahmad mengupas isu kenaikan harga barang
YB Dato' Mahfuz Omar mendedahkan politik kotor yang diterajui UMNO terutama kes Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Salahuddin Ayub mencabar UMNO supaya berpolitik secara anak jantan
YB Hj Zainuddin turut hadir
YDP Pas Lenggong bersama DS Nizar dan Dato' Mahfuz
Sebahagian penonton yang hadir
Pengangkutan bas disediakan untuk mengambil dan menghantar orang ramai yang hadir disebabkan arahan pihak polis melarang kenderaan parking di bahu jalan sepanjang 2 km di kawasan ceramah. Pihak Pas Kawasan Padang Rengas tidak menjadikannya sebagai satu halangan namun perjuangan tetap diteruskan.
TAKBIIR!!!
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN IJTIMAK PAS GANTI UMNO DI KG CHUAR, KAWASAN PADANG RENGAS.
KAJANG: "Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan ditimbus," kata Mohd Iman Abdullah.
Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus.
Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh.
"Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya.
Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong. "Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya.
Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah.
"Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran.
"Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya.
"Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu.
Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu.
"Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus.
"Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ.
Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu.
"Kejadian ini mungkin ekoran kejadian bulan lepas," katanya. - BERNAMA
(PAS Kawasan Teluk Intan dan ADUN Changkat Jong mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam tragedi tanah runtuh)
Ahli Parlimen Kota Raja serta Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja dan saf kepimpinan PAS Kawasan Kota Raja mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
Kami semua mendoakan "Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya, serta berada dalam keadaan tabah dengan ujian ini".
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan sekali lagi menggerakkan rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada 9 Julai ini bermula jam 2 petang.
Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
Beliau berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh BERSIH bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat bersama pada 19 Mei lalu.
"Kami bagi PAS yang duduk dalam jawatankuasa BERSIH bersetuju dengan tarikh tersebut.
"Kami akan mengerahkan ahli dan penyokong untuk menyertai himpunan aman itu, seperti Bersih 1.
"Kita berharap tidak ada gangguan tertentu daripada pihak polis (sewaktu himpunan BERSIH 2)," kata Mohamad dalam sidang medianya hari ini.
Katanya, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.
Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.
Terlalu singkat
Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.
Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan "tempoh yang lebih munasabah" berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.
"Kalau di Thailand, mereka mengumumkan untuk mengadakan pada bulan Julai, lebih kurang dua bulan.
"Jadi kita minta tempoh yang munasabah, masa sekarang terlalu singkat," katanya.
Mohamad yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata pihaknya bersedia untuk membantu BERSIH untuk mengerahkan ahlinya untuk turun di seluruh negara.
"Kita yakin, PAS dapat mengerahkan lebih 100 ribu ahli... Lebih besar dan aman untuk mewujudkan suasana demokrasi.
"Kita mahu mengelak kejadian tidak demokrasi seperti di Timur Tengah yang menjadikan jalan raya untuk menukar kerajaan. Kita tidak mahu ini berlaku di Malaysia," katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad.
Dr Hatta berkata butiran terperinci berhubung perhimpunan BERSIH 2 itu akan diumumkan kepada media termasuk tempat, warna tema, dan penyerahan memorandum kepada pihak tertentu.
PAS saja 100 ribu
Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata PAS yakin dapat menggerakkan rakyat dalam tempoh tujuh minggu dari tarikh himpunan berbanding BERSIH yang pertama yang mengambil masa selama enam bulan.
Ini kerana katanya, "pengalaman lama" sebelum ini mampu untuk menarik ahli dalam masa yang singkat.
"Jumlah 100 ribu dapat dicapai oleh PAS sahaja untuk menarik para penyokong.
"Himpunan di muktamar, kami akan menyedarkan ahli supaya menggerakkan kawasan masing-masing," katanya sambil menambah PAS akan membuat roadshow untuk memobilisasikan ahli-ahlinya ke perhimpunan tersebut.
Katanya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.
Kamaruzaman yang mewakili Pemuda turut memberi komitmen untuk mengerahkan pemuda mereka menyertai himpunan tersebut.