Selasa, 25 Februari 2014

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TERUSKAN BERDOA UNTUK TUAN GURU PRESIDEN...

Posted: 24 Feb 2014 09:27 PM PST

Barisan Nasional

Barisan Nasional


AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 25 Feb 2014 03:45 AM PST

AL-Kesah AloQStaQ


JOM CARI KEDAH TUA ! ... Satu Penemuan Ketamadunan Kedah Yang Amat Bernilai , Amat Berharga Kepada Negara Bangsa !

Posted: 24 Feb 2014 08:02 AM PST


 
Jemputan terbuka kepada semua Rakyat Malaysia !
JOM CARI KEDAH TUA ...


Program anjuran Sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM akan diadakan bermula pada 28 Februari 2014 sehingga 2 March 2014 di tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok, Kedah Darul Aman.

Program ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama melakukan ekspedisi arkeologi yang bakal diketuai oleh Datuk Prof Dr Mokhtar dari USM.

Semua dijemput untuk menyertai program pencarian ini bersama pihak-pihak media arus perdana terpilih. Tempat adalah terhad.

Program ini bermula pada Jumaat - 28 Februari 2014 jam 4 petang dan berakhir pada lewat petang Ahad - 2 March 2014.

Pada hari Ahad, 2 March 2014, YAB Dato' Seri Menteri Besar akan hadir jam 2 petang untuk bersama-sama dengan orang ramai di Tapak Arkeologi Sungai Baru tersebut untuk upacara Majlis Penutup Program JOM CARI KEDAH TUA.

Orang ramai dijemput hadir pada 2 March 2014 seawal jam 12 tengahari untuk bersama-sama menikmati jamuan kenduri kampung yang juga bertempat di tapak Arkeologi tersebut.

Datanglah beramai-ramai untuk mengenali SEJARAH AWAL KETAMADUNAN KEDAH ! ....

Pastinya anda akan takjub dan berbangga bahawa Negara Bangsa kita ini mempunyai satu peradaban sejarah yang hebat dan kehebatannya amat melangkaui beberapa ketamadunan lain di dunia !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Percayalah ... kerana ianya benar !!!

JOMMMM ! ... Hadirlah beramai-ramai untuk mendalami sejarah kita ....



AloQStaQ

SELASA
25 Feb 14
12:02 Tgh Mlm



tunku

Posted: 25 Feb 2014 03:22 AM PST

tunku


Credit Suisse calls PM Najib a "Economic Hero"

Posted: 25 Feb 2014 01:28 AM PST

In their latest analyst report on Malaysia dated 24th Feb 2014, top international bank Credit Suisse has praised PM Najib as an economic hero and has said the ETP is showing great results and he has made bold but temporarily unpopular steps that have strengthened the economy which will eventually benefit the Rakyat in the next few years and hence positions PM Najib for a good 2018 GE14 showing.

Credit Suisse is a member of Wall Street's bulge bracket, a list of less than a dozen of the largest and most profitable banks. The company has been identified as one of the world's most important banks, upon which international financial stability depends. The bank is also one of Fortune Magazine's most admired companies.

Excerpt from Credit Suisse's report on Malaysia:
--
We believe that PM Najib will be feted as an economic hero. On his watch, we have seen strong GDP momentum and transformation.

PM Najib represents a country with little political risk, given that he now has a 'real' mandate, with two election wins (GE and UMNO) under his belt. Any talk of a political challenge is highly parochial, in our view.

He is considered an economic hero by institutional investors. Malaysia sailed through the Global Financial Crisis unscathed and even saw economists upgrading their GDP forecasts as the benefits of the ETP were felt.

Indeed, our economists have just upgraded their forecasts last week, expecting 2014 GDP growth of 5.3%.

Balancing the fiscal budget PM Najib has aggressively tackled the fiscal deficit via a programme of austerity and the promise of GST, much to the delight of investors.

While this was never going to be popular domestically, if the markets are convinced that Malaysia can balance its fiscal budget, it will lead to a better credit rating, which will translate into a stronger currency without the need to raise rates and therefore a stronger economy. As the benefits are reaped by the people, the pain will be forgotten and PM Najib will be feted as an economic hero, both at home and abroad.

If that happens, he will, in our view, be well set for 2018 elections.

Rafizi Ramli threatens to reveal dirt on Zaid Ibrahim to damage Zaid's reputation.

Posted: 24 Feb 2014 10:00 PM PST

PKR strategist Rafizi Ramli has promised to disclose information about Zaid Ibrahim that he says will damage the latter's reputation.

Commenting on Zaid's call for a debate with Anwar Ibrahim, Rafizi told FMT today that he would wait till this Wednesday to reveal the "dirt" he had unearthed that would put his boss's challenger on the defensive.

Zaid announced last week that he would challenge Anwar in the Kajang by-election and has sought a debate which the PKR leader has declined.

"I know that Zaid has been attacking Anwar, projecting himself as having better credibility," Rafizi said. "His campaign theme is about attacking Anwar on his credibility.

"I will answer Zaid's criticisms on Wednesday. I've been meaning to answer earlier, but I haven't had the chance. So if he can be a bit patient, things will be a bit more fun.

"I've got some things to throw at Zaid. He'll have to explain a few things about his own credibility."

Zaid said he wanted a debate on issues ranging from personality to policies and that he would reveal the "real" reasons behind Anwar's decision to contest. He also said the debate would help voters decide whether he or the opposition leader was a more credible candidate.

But Rafizi said the debate was unnecessary and would only distract voters from the "real" battle, meaning the one between Pakatan Rakyat and Barisan Nasional.

"At the end of the day, the real contest is between Pakatan and BN," he said. "As much as we celebrate democracy and Zaid has every right to contest, at the same time we shouldn't divert the public from the real contest and issues."

He said it would be pointless for Pakatan to focus on Zaid's challenge because there was "very little Zaid could do for the rakyat".

Rafizi dismissed a suggestion that Anwar's refusal to debate Zaid would affect his reputation, pointing out that his boss had often received such challenges and had regularly brushed them off.

"Every Tom, Dick and Harry has challenged Anwar for a debate, even Perkasa, even (Youth and Sports Minister) Khairy Jamaluddin. Anwar cannot entertain all debates.

"If he does, then when will it ever stop? All the independent candidates will want to debate him too—Yuktes Vijay, Herman Tino. It will become a circus."

Rafizi said a debate must be something that is meaningful to the public and not a platform to satisfy some "people's lust for attention".

Equal impact
He said a debate between Prime Minister Najib Tun Razak and Anwar would be meaningful because the two had equal impact on Malaysian politics.

"So if there is a challenge from BN for a debate, then I'm sure Anwar would be more than willing to reconsider," he said.

RBA and DAPster Accused PM Conspired With Mark Zuckerberg to Block Their Fan Page!

Posted: 24 Feb 2014 06:07 PM PST

Yesterday, the popular Pakatan supporters page, "我们全力支持民行 We Fully Support PKR" which was blocked by FaceBook two day ago from being accessed in certain regions, has posted this particular post on their page that PM Najib's visit to meet FaceBook Founder Mark Zuckerberg is positive proof that FaceBook is collaborating with the Malaysian Government to suppress freedom of speech, suppressing the TRUTH and from exposing their corrupted ways.

For your information, PM Najib visited Facebook HQ on 25th September 2013, which is 5 months ago and the ban on their page only happened two days ago. So it is highly unlikely.

What do you think?

bumiyang

Posted: 25 Feb 2014 03:09 AM PST

bumiyang


Masalah Air di Selangor Cakap X Serupa Bikin?

Posted: 24 Feb 2014 04:23 PM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 25 Feb 2014 01:47 AM PST

Taipingmali (tm)


Malaysiakini Sahkan RBA Wujud

Posted: 24 Feb 2014 04:40 AM PST

 
Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan.  Menurut portal pembangkang itu, antara yang disekat ialah Facebook 'We Fully Support Pakatan (DAP)'. 
 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook, mahupun apa-apa media milik pembangkang.  Menurut Datuk Jailani, kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak. 
 
Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba.  Walhal, jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara, hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah 'kerajaan, Melayu dan Islam' dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan. 
 
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap 'kerajaan, Melayu dan Islam' iaitu Namewee, diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya. 
 
Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam 'kerajaan, Melayu dan Islam'.   
 
Justeru, dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan 'kerajaan, Melayu dan Islam, hatta Raja-raja' sebagai sasaran, apakah signifikannya facebook 'We Fully Support Pakatan (DAP)' sehinggakan ia perlu disekat? 
 
Lagipun, bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu?   Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP? 
 
Hakikatnya, tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud.  Jika tidak, siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini?  Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan 'like' dan 'share' saban hari dan waktu? Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar-benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya?
 
Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan.  Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi 'you ulang, I saman' hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya.  Malah, bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang.  Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula, maka kita akan disekat terus.   
 
Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana.   Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka. 
 
Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka. 
 
Justeru, amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka.
 
Namun begitu, dari satu sudut lain, mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian. 
 
Maklumlah, jika tidak disekat pun dituduh menyekat, maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka.  Sekurang-kurangnya, Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya. 
 
 
 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 25 Feb 2014 01:29 AM PST

Sahabat-Gunung


Jimenez & Bojan Hodak Bergabung Mantapkan JDT

Posted: 24 Feb 2014 11:58 PM PST


Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berbesar hati mengumumkan perlantikkan Bojan Hodak sebagai Pengurus Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala Cesar Ferrando Jimenez pula dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih. 

Pengalaman luas Bojan Hodak dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan-pasukan tempatan serta berjaya menjuarai beberapa piala sebelum ini pasti dapat membantu Cesar Jimenez dari segi informasi dan pemahaman mengenai bola sepak Malaysia lantas membolehkan beliau mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman beliau di Eropah ke dalam kancah bola sepak Malaysia.

Kehadiran Bojan Hodak adalah untuk membantu Cesar Jimenez dalam memberi informasi mendalam tentang pasukan dan pemain-pemain pihak lawan dimana Cesar Jimenez akan terus menggalas tanggungjawab menyusun taktikal pasukan, falsafah permainan, pembangunan bolasepak dan lain-lain buat pasukan Johor Darul Ta'zim. 

Gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini pasti akan memberi persaingan lebih sengit di dalam arena bolasepak Malaysia dan semestinya Harimau Selatan akan kembali dengan taring yang lebih terasah.



Bojan Hodak / Cesar Jimenez:Kami berdua sangat teruja dengan perkembangan terbaru ini dan seterusnya akan bekerja keras bagi meletakkan Bolasepak Negeri Johor kesuatu tahap yang lebih tinggi.

Hanya Jamal Nasir Ismail LAYAK Untuk Jawatan Presiden FAM

Posted: 24 Feb 2014 11:24 PM PST


Aku memang tak setuju kalau TMJ jadi Presiden FAM kerana aku lebih suka kalau TMJ tumpukan dulu perhatian kepada pembangunan bolasepak Harimau Selatan ......

Bermula dari sekolah sehinggalah ke team utama .... tak guna Tapi kenyataan Jamal Nasir nie betul2 kenyataan yang bangang dan boleh aku katakan kenyataan membodek tak tentu pasal .....

Sebab tu ler susah sukan bolesepak nak maju kat Malaysia nie .... susah-susah sangat, suruh ajerlah Jamal Nasir nie jadi Presiden FAM ...... dia kan berpengalaman luas .....

ale-ale, ale-ale ....

JOM Kempen #JamalNasir4PresidenFAM



Jamal Nasir nie sahajalah yang mampu membangunkan sukan bolasepak Malaysia, aku yakin dengan kemampuan, kematangan dan pengalaman Jamal Nasir nie mampu membawa Malaysia & Harimau Malaya sebagai Juara Piala Dunia, 10 tahun akan datang ...... 

ala-ale, ala-ale.

Klinik Pemuda & Portal ForTheRakyat – Medium Mendekati Dan Bantu Selesai Masalah Rakyat

Posted: 24 Feb 2014 09:30 PM PST


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melancarkan Klinik Pemuda UMNO Malaysia yang merupakan satu usaha dalam mendekati rakyat dengan menyediakan sebuah platform untuk mendengar dan menangani rintahan dan permasalahan rakyat, khususnya ahli Pemuda UMNO sendiri.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda UMNO komited dalam menangani permasalahan ini dan selaras dengan matlamat penubuhan Klinik Pemuda dalam menjadi platform UMNO mendekati rakyat, maka klinik ini akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 12 tenggahhari, dua minggu sekali bertempat di Lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn.

"Rakyat boleh datang ke klinik Pemuda ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan mereka akan disalurkan kepada Portal Aduan ForTheRakyatuntuk diambil tindakan oleh biro-biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO dan seterusnya dimajukan kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Portal ForTheRakyat ini merupakan inisiatif Biro Aduan Komuniti yag bertindak sebagai medium untuk rakyat Malaysia menyalurkan aduan dan permasalahan dalam komuniti mereka," ujarnya dalam sidang media di sini, pagi tadi.

Tambahnya, dengan kewujudan portal ini, rakyat akan mempunyai aksess yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka dan pihak Pemuda melalui biro-bironya dapat memberikan respon yang terbaik dan efisien.

"Keunikan portal ini terletak pada kaedah crowdsoursing yang digunapakai di mana teknologi ini membolehkan pengguna untuk mengemukakan aduan, mengundi aduan pengguna lain dan member komen serta cadangan kepada aduan-aduan lain yang tersenarai. Fungsi ini bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan semangat saling bantu-membantu di kalangan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai permasalahan di dalam komuniti mereka.

Di antara peranan lain portal ini adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk Negara. Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk member perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," tambahnya.


Moral, Intergriti Dan Pengundi Wanita Kelebihan BN Lenyapkan Keangkuhan Anwar

Posted: 24 Feb 2014 07:07 AM PST

Mampukah Chew Mei Fun Menumbangkan Raksasa Rakus Bernama Anwar Ibrahim Di Kajang, 23 Mac nie?

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan calon terbaik MCA untuk ditampilkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kajang, 23 Mac ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Supar berkata, Chew Mei Fun seorang yang berprinsip dan berintegriti, jadi soal kemampuan calon BN untuk menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Kajang bukanlah satu keutamaan, sebaliknya semua jentera BN harus bersama-sama membantunya untuk menewaskan Anwar Ibrahim ini.

"Dari segi moral, Chew Mei Fun lebih bermoral berbanding Anwar Ibrahim, dan dalam masa yang sama, MCA baru sahaja menyaksikan kepimpinan baru yang diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai, jadi tidak mustahil MCA sendiri akan tampil habis-habisan untuk memenangkan calon mereka yang juga merupakan pemimpin kanan dalam MCA.

Muhammad Faizal Supar
"Ini memang merupakan ujian pertama MCA, tetapi calon yang bertanding nanti ialah calon yang mewakili BN, jadi kita sendiri akan turun sebagai jentera BN bagi memastikan Anwar Ibrahim berputih mata untuk menang seterusnya menduduki kerusi Menteri Besar yang diidam-idamkan beliau," ujarnya. 

Tambahnya, pemilihan Chew Mei Fun juga merupakan peluang terbaik memandangkan di Kajang, hampir 50 peratus pengundi merupakan pengundi wanita.

"Pemuda BN Selangor akan ingatkan pengundi Kajang, apakah tujuan Anwar bertanding di situ, kenapa beliau perlu mengambil kerusi Lee Chin Cheh dan tidak memilih kerusi lain. Sejak dari awal lagi sudah jelas matlamat Anwar adalah untuk kuasa, tetapi tidak disentuh mengenai khidmatnya kepada rakyat Kajang.

"Kita juga nak ingatkan kepada PKR khususnya Ketua Wanita PKR agar berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan-kenyataan yang bodoh, kerana kenyataannya mengaitkan Chew Mei Fun sebagai 'kambing hitam' BN untuk lawan Anwar kerana PKRlah yang telah 'mengambing hitamkan' rakyat khususnya pengundi di Kajang untuk memenuhi nafsu serakah Anwar Ibrahim.

"Rakyat telah diheret dalam masalah dalaman PKR. Oleh itu, pengundi Kajang perlu bijak buat pilihan siapakah pemimpin yang boleh mereka harapkan. BN telah buktikan komitmennya selama ini. Oleh itu, saya menyeru rakyat Kajang gunalah kuasa yang ada pada mereka untuk menolak budaya politik Anwar dan PKR seperti ini yang merugikan rakyat dan negara," ujarnya lagi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Feb 2014 11:38 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DI KALA ANWAR BUAT MAKE DO NO, DS NAJIB DISARAN BANTU HJ HADI KES SAMAN RM2 JUTA

Posted: 24 Feb 2014 11:00 PM PST

Keikhlasan & Kemesraan Yang Terbuku
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TG Haji Hadi) membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin membawa 1001 macam konotasi. 
Jika saman itu dari UMNO dan BN ianya suatu perkara yang tidak mengejutkan, tetapi oleh kerana ianya datang dari parti sepakatan dan Ketua Umumnya pun tidak menunjukkan semangat a sense of belonging untuk menyelesaikan isu ini di luar mahkamah, maka terdisamanlah TG Haji Hadi sebanyak RM2 Juta itu.
TG Haji Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Sebagai Ketua Umum yang paling berkuasa di dalam PKR, sebenarnya DS Anwar boleh memecat YB Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR seterusnya secara automatik jawatan Menteri Besar pun terpecat dengan sendirinya. 

Mudah sahaja bagi DS Anwar jika dia mahu lakukan, hanyasanya apa yang berlaku di Kajang adalah tarik tali antara MB Khalid dan Azmin untuk menyanatijahkan kehendak Anwar sebagai Menteri Besar sahaja. 

Dengan begitu senang sahaja ADUN Kajang berhenti di Kajang tanpa sebab, tanpa sakit dan tanpa keputusan Mahkamah. Ianya adalah dirancang, malahan sehingga ke hari ini mantan ADUN yang berhenti itu tidak memberi alasannya walaupun diminta oleh pihak PAS. 
Maka itu juga, mengapa DS Anwar tidak mengarahkan calon ahli PKR itu menarik balik samannya ke atas Haji Hadi? Mengapa membiarkannya berlarutan sekian lama? Sudah pasti ada tujuannya. Politik adalah seni mencapai tujuan melalui pelbagai cara. DS Anwar boleh menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat politiknya, hatta membiarkan TG Haji Hadi terpaksa membayar RM2 Juta itu. 
Akhirnya Menghulur Tangan Menerima Keputusan PRU13
Dalam pada itu, saya telah pernah menulis bahawa DS Najib adalah Perdana Menteri yang mahu menjadi yang terbaik pada zamannya. DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri kepada seluruh rakyatnya di mana beliau mahu dikenang sebagai Perdana Menteri yang akan memenuhi keperluan every single person di dalam negara ini, walaupun ianya sukar dan berliku. 

Sebab itu juga, apabila DS Anwar menyerangnya daripada seluruh angel dan di seluruh dunia, akhirnya DS Anwar hadir melutut maruah politiknya di parlimen. DS Anwar akhirnya terpaksa mengakui kemenangan DS Najib dan melupakan pula hasratnya untuk retired dan seterusnya menjadi pensyarah di Amerika.
TG Haji Hadi Berkata "Suatu Hari Mereka Akan Faham Unity Government"
Dalam isu ini, saya ingin mencadangkan supaya DS Najib dan UMNO memberi bantuan dan sokongan moral kepada TG Haji Hadi ketika beliau kini berdepan saman RM2 Juta itu. 
Inilah masa yang sesuai menunjukkan semangat "Rekonsiliasi Nasional" serta konsepsual dan kontekstual "Unity Governmentyang pernah disuarakan oleh TG Haji Hadi dahulu (2009). Jika Allahyarham Datuk Asri Muda boleh bertemu Allahyarham Tun Abdul Razak di Eropah untuk penyatuan dahulu, mengapa kini tidak. 

Saya tidak bercakap soal penyatuan UMNO dengan PAS, atau PAS kepada UMNO, atau UMNO kepada PAS. Kedua-duanya harus terus berjalan, namun apa salahnya kini berseiringan. Islam itu agama persaudaraan.
DS Najib dan TG Haji Hadi kedua-dua pemimpin ini berperawakan sederhana sesuai dengan ajaran agama Islam yang menekankan kesederhanaan. Kedua-dua pemimpin utama ini terserlah keikhlasan mereka dan menghormati keakuran parti masing-masing.
Kepada DS Najib Tun Razak, bantulah TG Haji Hadi...



TG Haji Hadi Awang Tidak Terburu-Buru Merealisasikan "Unity Government"

JIKA ANWAR NAK, DIA BOLEH ELAK HJ. HADI DISAMAN, TAPI ITULAH ANWAR SUKA TIKAM BELAKANG

Posted: 24 Feb 2014 08:48 PM PST

ANWAR SENGAJA BIARKAN SAMAN AHLI PKR SUPAYA MENJADI UGUTAN KEPADA HADI & PAS UNTUK MENYOKONGNYA SUNGGUH-SUNGGUH DI KAJANG. KALAU U HADI NAK SELAMAT, U MESTI SOKONG I BERSUNGGUH-SUNGGUH, JIKA TIDAK KITA AKAN TERUS SAMAN U, RM2JUTA BOLEH GUNA BAYAR HUTANG KEMPEN DI KAJANG TAU !
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu, Mohd. Shamsul Mat Amin ke atas Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid dilaporkan Utusan melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.
Menurutnya, fenomena ini menunjukkan kecelaruan dan perpecahan dalam kerjasama politik antara komponen pakatan pembangkang khususnya membabitkan PKR dengan Pas.
"Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.
"Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mahkmah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar pada 23 Februari telah mengarahkan Abdul Hadi membayar saman RM2 juta selain turut diarahkan membayar lima peratus faedah dari writ saman difailkan sehingga penyelesaian penuh berserta kos tindakan sebanyak RM1,500 kerana gagal memfailkan pembelaan.
Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pada itu, Zaid yang berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang menambah, walaupun tindakan mengemukakan saman adalah hak mana-mana individu, tetapi sebagai Ketua Pembangkang, Anwar perlu bersifat budiman dengan memilih penyelesaian luar mahkamah dan bukannya mengamalkan politik angkuh.
"Oleh itu, saya menggesa Anwar supaya mengarahkan ahlinya menarik balik saman terhadap Abdul Hadi. Jika kes ini diteruskan dan Anwar tetap mengambil pendekatan berdiam diri hanya menunjukkan keangkuhan PKR," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang turut dilaporkan Utusan percaya tindakan saman terhadap Abdul Hadi itu ada kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej Presiden PAS.
"Saya percaya keperibadian beliau kental dan tidak tergugat dengan tekanan seperti ini.
"Namun saya menyarankan agar semua anggota parti mengadakan solat dan munajat memohon dimudahkan urusan dan Pas serta Presidennya terhindar daripada perancangan tidak bertanggungjawab pihak tertentu dan sikap jahat mereka," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya.

NASIB PESAWAH DIBANTU, PAS BUAT APA?

Posted: 24 Feb 2014 06:54 PM PST


Musim kemarau panjang sekarang ini merupakan musim yang sukar bagi para petani dan pesawah kita di Kedah. Semua tanaman yang ditanam tidak menjadi akibat kekeringan dan kekurangan air. Pendapatan mereka juga turut kurang, apatah lagi di masa kini kos sara hidup menjadi keluhan dan rungutan mereka yang berpendapatan rendah.

Namun semua keluhan itu mendapat perhatian dari kerajaan BN yang prihatin dan bertanggungjawab. Pelbagai langkah segera diambil termasuklah memberikan pampasan yang sewajarnya termasuk BR1M juga boleh dinikmati oleh para pesawah dan petani ini. 

Utusan Malaysia Selasa 25 Februari 2014 hlm 8 - bukti kerajaan buat kerja 







Ini menunjukkan Kerajaan Pusat bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, membantu mengatasi permasalahan mereka. Mungkin ada yang berpendapat ia tidak mencukupi. Namun bagi majoriti pesawah dan petani yang menerima bantuan tersebut tetap bersyukur dan berterima kasih kerana kerajaan masih mampu memberi pampasan dan imbuhan. 

Kalau negara lain masih belum tentu mampu. Contoh terbaik di negara jiran kita Thailand yang mana rakyatnya termasuk petani dan pesawah turun ke jalanan akibat kerajaan mereka tidak mampu memberi pertolongan akibat krisis politik kerana ada ahli politiknya yang berebut nak jadi Perdana Menteri.

Jadi bersyukurlah dengan rahmat dari Allah yang diturunkan melalui bantuan kerajaan disaat kita menghadapi kesukaran akibat kemarau panjang ini. Mengeluh dan berdemo di jalanan tidak pernah diajar dalam Islam. Ia hanya diajar oleh sebuah parti yang songsang dan kuat menfitnah. 

Adakah pihak yang suka membangkang ini ingin berdemo menyalahkan kerajaan lagi kononnya tak bantu petani dan pesawah. Apa pula jasa dan khidmat mereka membantu pesawah dan petani yang susah ini. demo saja dan kutip duit masuk tabung tin milo dan plastik?

Allah Maha Mengetahui apajua amalan yang kita lakukan...

Contoh kerja tak buat asyik nak hasut rakyat berdemo saja...hujung-hujungnya duit pendemo juga dikutip untuk kepentingan songsang parti. Ini berlaku di Kedah.

Semua bala adalah ujian dan tanda-tanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sesuatu yang berlaku. Adakah kita mahu meneruskan bala dan kemurkaan itu.

ANWAR DENGKI SYED MOKHTAR, TAPI TAKUT KEPADA ROBERT KUOK

Posted: 24 Feb 2014 06:51 PM PST



AIDCNews – 24/2/14 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik Robert Kuok, lelaki paling kaya di Malaysia sepertimana yang dilaporkan Malaysian Business, memiliki kekayaan RM54.48 bilion pada tahun ini.

Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari lalu menyenaraikan Robert Kuok, tempat pertama, T. Ananda Krishnan, tempat kedua dan Tan Sri Teh Hong Piow, di tempat ketiga individu terkaya di Malaysia.

Turut disenaraikan; Tan Sri Quek Leng Chan (tempat keempat), Tan Sri Lee Shin Cheng (kelima), Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (keenam), Tan Sri Lim Kok Thay (ketujuh), Puan Sri Lee Kim Hua (kelapan), Datuk Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Tan Sri Azman Hashim (kesepuluh).

Selain, Robert Kuok, Anwar juga tidak mengkritik individu terkaya tempat kedua, ketiga, keempat, kelima, ketujuh dan kelapan, namun mengkritik Syed Mokhtar (keenam), Mokhzani Mahathir (kesembilan) dan Azman Hashim (kesepuluh) yang didakwanya atas dasar kroni.

Malah, sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar terus konsisten mengkritik Syed Mokhtar, walaupun beliau sendiri mengakui tiada sebab peribadi.

Kemarahan Anwar kepada Syed Mokhtar meluap-luap selepas polisi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan monopoli gula daripada Robert Kuok kepada hartawan Melayu itu.

"Harga gula meningkat kerana ia dimonopoli oleh Syed Mokhtar. Saya menentang Umno, BN, termasuk nama-nama besar dalam parti.

"Kekayaan Syed Mokhtar bernilai berbilion-bilion ringgit. Saya tidak membencinya. Saya tidak mempunyai apa-apa peribadi dengannya tetapi saya tidak suka hakikat bahawa gula dimonopoli oleh satu orang dan kerana itu, rakyat perlu membayar, "kata Anwar dalam ceramahnya di Taman Impian Murni baru-baru ini, dilaporkan The Malaysian Insider.

Semasa laman ini menemu bual Shen Yee Aun (SYA), anak muda berbangsa Cina itu memberitahu, undi masyarakat Cina solid kepada pembangkang, kerana ada pihak yang mengapi-api sentimen kemarahan bangsa itu dengan menuduh polisi kerajaan majukan taikun Melayu supaya merampas kekayaan orang Cina.

Taikun Melayu yang sering disebut oleh 'batu api' itu adalah Syed Mokhtar.

Sebelum ini, semasa Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Robert Kuok merupakan satu-satu individu yang memonopoli gula, namun Anwar tidak mengkritik monopoli Raja Gula tersebut.

Berbanding dengan Syed Mokhtar, semasa Robert Kuok bergelar 'Raja Gula' berlaku krisis 'ketiadaan gula di pasaran' ketika menjelangnya Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).

Laman ini pernah mendedahkan Anwar mempunyai hubungan sentimental dengan Robert Kuok, di mana ia dibuktikan dengan pendedahan sepucuk surat perniagaan di antara kedua-dua tokoh itu.

Memetik sumber Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Anwar, beliau mendedahkan Anwar melancarkan kempen Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) semasa PRU 12.

AEM merupakan senjata utama menarik sokongan masyarakat Cina sepertimana yang diperjuangkan DAP kerana polisi utama tajaan Anwar itu persaingan ekonomi terbuka tanpa kouta terhadap Melayu-Bumiputera sepertimana yang diamalkan DEB sebelum ini.

Malah, penentangan terhadap polisi hak keistimewaan Melayu-Bumiputera dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan teras utama perjuangan DAP sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1966.

Rahimi juga turut mendedahkan pakatan Anwar dengan pelbagai pihak termasuk dengan raja gula Malaysia, Robert Kuok.

Buktinya, Anwar pernah menghantar surat kepada Robert Kuok bertarikh 17 Julai 2006 menggunakan kepala surat AIA (Anwar Ibrahim & Associate), sebuah syarikat perniagaan Anwar yang berpengkalan Herndon, Virginia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia, Amerika Syarikat.

Dalam surat itu, Anwar melalui syarikat perniagaannya memohon kerjasama dengan Robert Kuok untuk menjalankan urusniaga bersama di Turki.

Justeru, berdasarkan hubungan baik Anwar-Kuok itu, blog The Unspinners turut bersetuju dengan laman ini bahawa krisis gula sebelum PRU 12 berpunca daripada perancangan mereka.

"Ada kemungkinan besar, krisis kekurangan gula yang menyusahkan rakyat sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 adalah konspirasi Anwar-Kuok. Apabila gula disembunyikan akan mendorong kenaikan harganya dan termasuk kenaikan harga-harga keperluan asas yang lain termasuk minyak masak dan beras.

"Apabila sabotaj barang-barang keperluan asas itu berjaya dilakukan, rakyat akan memberontak dan melihat potensi Anwar sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kes tersebut. Dan kita sudah lihat kesan pakatan itu melalui keputusan PRU 12″, lapor The Unspinners yang memetik sumber daripada AIDCNews.


GARA-GARA ANWAR, SELANGOR TERUS DITIMPA BALA!!!

Posted: 24 Feb 2014 01:55 AM PST


Apa nak jadi di Selangor sekarang ini. Ada Menteri Besar bagi jawapan macam tak berakal. Ada ka patut nak tunggu hujang turun baru boleh selesai air di Selangor. Nak tunggu rakyat mati kering kontang baru nak bertindak?

Inilah hasil kebodoh sombongan apabila segelintir rakyat terus memilih sebuah kerajaan yang tidak berwibawa. Bukan mahu menyelesaikan masalah sejak awal-awal lagi, sebaliknya sentiasa mencari kesalahan orang lain untuk melepaskan tengkok masing-masing

Air adalah asas kehidupan rakyat. Tanpa air manusia pun tak boleh jadi. "Dah nak terberak, baru nak korek lubang" ke Khalid?

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di Selangor musim kemarau sedang berleluasa, ditambah pula dengan jerebu dan kebakaran di sana sini. Hampir semua semua kolam takungan air dan empangan berada di bawah paras dan makin kurang airnya dari hari ke hari.

Tak terkecuali juga lombong-lombong tinggalan lanun-lanun pasir dan serta kolam tadahan najis pun turut kering dan mengeluarkan bau hapak. Sekarang ni dah berapa ramai rakyat Selangor kecewa merana tak mandi dan terpaksa tunggu hingga larut malam semata-mata mengangkut baldi naik flat mereka setiap hari?

Inilah hasil kebijakan Khalid dan juak-juak PKR sefuckatan mentadbir Selangor

Penduduk di Dengkil misalnya terpaksa hadapi masalah gangguan bekalan air selama lebih dari 11 hari..! Itu belum lagi penduduk di Balakong, Cheras, Serdang, Seri Kembangan yang turut menderita. Tapi mana MP dan ADUN mereka pergi? Asyik nak menyalahkan UMNO dan BN jer. Kalau tak pandai buat kerja lebih baik berhenti dan bela babi dari bela rakyat!

Kalau berlarutan macam ni mana boleh tahan bebbb..? Nak mandi junub pun payah, nak wuduk pun susah. Habis tu Khalid Berahim nak suruh kami tunggu musim hujan baru boleh dapat air dan mandi ka? 

Bila cakap Selangor takdak air, Khalid Berahim cepat je tuding jari kat SYABAS. Asyik-asyik salahkan SYABAS. Tak de alasan lain ke Khalid Berahim weiii...! Dok tuding jari kat orang, lagi 3 jari hang tu patah balik kat diri hang sendiri laaaa...Air adalah tanggungjawab kerajaan negeri dan PBT ada faham? SYABAS cuma membekalkan air bersih. Kalau tak dak air Kerajaan Negeri kena buat sesuatu la! 

Khalid marah dan tuduh SYABAS gagal selesaikan masalah air tidak membawa hasil akibat ketirisan. Setau kami ketirisan ini berlaku akibat paip bocor, curi air dan sebagainya. Cuba check betapa banyak kilang-kilang dan kawasan pembinaan sekitar Balakong, Petaling Jaya, Damansara dll yang curi air melalui paip bawah tanah! Semuanya tokey-tokey belaan DAP punya kerja.

Bila SYABAS minta Khalid luluskan permohonan CAPEX (modal) untuk tukar paip baru, tukar peralatan baru yang lebih baik dan kelengkapan pengurusan air yang lebih sempurna, Khalid Berahim REJECT mentah-mentah..!

Habis tu? Khalid nak suruh SYABAS selesaikan masalah ketirisan macamana? Nak suruh gantikan paip karat dengan BULUH? Mana paip yang bocor ditampal dengan chewing gum atau kasi kontrak welding sama kedai Ah Poo? Agak-agak la Khalid weiii...! Buang la perangai menyalahkan orang lain... rasional la sikit.

Kita nak tanya, mana perginya idea-idea Khalid sebelum ni? Mana teknologi membran dari Kanada? Mana projek nak proses air lombong? Mana perginya "tong-tong air" nak tadah air hujan? Khalid dah start proses air laut ke? Kami yakin, Khalid tak buat apa-apa pun. Mana Exco-exco handalan yang dahulunya membela Khalid? Semuanya mula nak sabotaj khalid demi Anwar.

Penggunaan air lombong untuk kegunaan rakyat pernah dicadangkan Khalid Ibrahim dan kerajaan PKR bagi menutup isu kecurian pasir yang berleluasa di Selangor  

Memang sah jawapan Khalid nak tunggu musim hujan untuk dapat air adalah jawapan "bodoh" dan "back fire" kepada kepimpinan Pakatan Haram di Selangor. Atau mungkinkah ini strategi Khalid untuk mensabotaj Anwar Berahim.

Khalid tahu dia akan "digulingkan" Anwar dari jawatan MB Selangor, maka kini dia mula sedikit demi sedikit meninggalkan "tahi-tahi yang bertaburan" pada Anwar Berahim dan Azmin. 

Masihkah kita mahu tunggu pengumuman Khalid yang air Selangor mencukupi setelah segala air kumbahan, air lombong dan air longkang berjaya dibersihkan melalui teknologi membran dan reverse osmosis?   

Sejak Anwar nak bertanding di Kajang dan nak jadi MB Selangor, negeri ini semakin banyak bala...

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Feb 2014 11:38 PM PST

Panglima Perang Cyber


UMNO Online – @Zahid_Hamidi : Masa Untuk Menyerang Persepsi Dan Kebencian Terhadap UMNO

Posted: 24 Feb 2014 11:28 PM PST



MELAKA, 24 Feb – Anggota dan pemimpin UMNO disaran supaya bangkit menyerang persepsi negatif dan dakyah kebencian yang ditanam pihak pembangkang kepada rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata budaya kebencian terhadap UMNO dan BN telah ditanam oleh pembangkang sejak pilihan raya umum 2008 dengan slogan 'ABU' (Asal Bukan UMNO) dan 'ABN' (Asal Bukan BN).

"Kita tidak harus berdiam diri sebaliknya menyerang berlandaskan fakta dan hujah yang benar," katanya pada majlis Malam Amal Perdana Bersama Pemimpin di Bukit Katil, di sini malam tadi.

Beliau berkata persepsi yang ditanam terhadap UMNO dan BN seolah-olah mereka bukan lagi pemegang tampuk kuasa yang relevan.

"Apabila kebencian telah ditanam sekian lama, kita mesti berani melakukan hujahan serangan yang bukan bersifat peribadi tetapi berlandaskan fakta-fakta bagi membetulkan persepsi bahawa kita dianggap salah, dengan kebencian yang ditanam dalam kalangan audiens iaitu para pengundi," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata terdapat anggota dan pemimpin UMNO serta BN yang berdiam diri kerana komitmen dan iltizam yang terlalu tipis dalam melakukan serangan balas kepada pembangkang malahan ada yang 'menambah' kepada perbezaan pendapat itu.

"Dengan kuasa yang terhakis di peringkat nasional dan sebahagian negeri-negeri, ini merupakan ujian buat kita dalam perang saraf ini. Pertahanan yang terbaik ialah kita melakukan serangan pula kepada pembangkang," katanya.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Veteran UMNO Melaka itu dihadiri lebih 1,000 anggota parti termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

http://www.umno-online.my/?p=101143

Maulid Nabi : Fatwa Mesir vs Saudi

Posted: 24 Feb 2014 07:15 PM PST

Video : Imam baling selipar terima BR1M dan insaf - Alhamdulillah

Posted: 24 Feb 2014 02:57 PM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/H-h5tQI7-_E


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 24 Feb 2014 11:05 PM PST

The Unspinners


MPKN harus ditentang... disalah guna puak sesat dan songsang

Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST


Berikut adalah antara yang dikatakan oleh para peserta dalam Pelancaran Dialog Perpaduan, 22 Februari 2014, DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, "Sudah sampai masanya ruangan kaum dalam borang-borang ditiadakan."

1. Eng Yen Sin (ASLI dan CPPS)

"BN/UMNO kalah kerana rakyat sudah jelak dengan politik perkauman"
"dasar berasaskan kaum mesti dihapuskan"

2. Angela Kukathas (KRYSS- Knowledge And Rights With Young People Through Safer Spaces / Ahli Gabungan COMANGO)

"kepelbagaian mesti diterima sebagai identiti nasional"
"Maruah rakyat mesti dipelihara walaupun mereka Mak Nyah atau bukan Mak Nyah"

3. Jerald Joseph (KOMAS- Pusat Komunikasi Selangor / Ahli Gabungan COMANGO)

"tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa sebagai orang asal di sini melainkan orang asli dan beberapa subetnik Melayu"
"Akta Hasutan perlu dipinda kerana ia terlalu luas"
"kita perlu sama rata, sama rasa, sama hak dalam sukatan subjek sejarah"
"dasar rasis tak patut diteruskan kerana tempohnya sudah tamat"
"Politik dari 1957 adalah berasaskan perkauman"
"Audit jabatan dan kementerian seperti BTN patut diadakan bagi membanteras rasisme"

4. Nik Elin Zurina Nik Rashid (Malaysian For Malaysia)


"ISMA dan PERKASA adalah NGO rasis"
"Keduanya adalah pro-kerajaan dan dibayar oleh kerajaan. Kami ada buktinya"
"Siapa melantik mereka untuk mempertahankan Islam?"
"Agama Islam diperbodohkan, Valentine Day pun tak boleh"
"Mana boleh anak kita diajar tidak boleh berkawan dengan orang Bukan Islam"
"Anak saya balik cerita kesian kawannya Bukan Islam kerana tak boleh masuk syurga. Inilah ajaran ustaz di sekolah"

5. Khoi Sai Kan (PPHSM)

"Emak nenek saya Melayu tapi agamanya Cina. Mengapa murtad dihalang kerana agama urusan peribadi?"

6. Salahudin Syed Ali (Jemaat Ahmadiyah Sabah / QADIANI / blogger http://barahinahmadi.blogspot.com/ )

"Lagi sensitif sesuatu isu agama maka lagi keraplah kita perlu bercakap tentangnya"
"dialog agama patut dibuat terbuka"
"Dahulu ada orang kata kepada saya 'Kamu tiada takutkah masuk ISA?"

7. Din Hanzala (Jemaat Ahmadiyah/QADIANI)

"Contohilah Negara Kanada yang membuat Pejabat Kebebasan Beragama (Office of Religious Freedom)"
"Akta Hasutan patut dihapuskan"

8. Nama Tidak Dinyatakan (PRO-QADIANI)

"Bolehkah Dialog Perpaduan sediakan platform yang immune daripada tindakan kerajaan/Akta Hasutan?"
"Saya tak suka Syiah tetapi mereka patut diberikan ruang bersuara"
"Begitu juga kebebasan bersuara patut diberikan kepada Jemaat Ahmadiyah yang dikatakan keluar daripada Islam"

MPKN nampaknya adalah platform yang telah diguna oleh puak songsang baik bukan Islam mahu pun Islam yang sudah liberal habis. Diberi sedikt ruang oleh kerajaan lalu mereka kkeliling satu Malaysia kononnya mereka ada penyokong dan macam dah majoriti.


Padahal puak songsang ini hanya kumpulan picisan. Beberapa NGO Islam dan Melayu sudah suarakan pendapat menolak dan tidak perakui MPKN.

DIfahamkan NGO-NGO Melayu/Islam akan mengadakan perjumpaan untuk penubuhan Front Perpaduan Nasional pada 28hb Feb Jumaat 2014 Jam 3 ptg di Kelab Sultan Sulaiman(KSS), Kg Bharu, KL untuk counter MPKN yang sesat lagi songsang.

Mereka ini nampaknya bercangah dengan syariat Islam atau pun akidah serta perkara2 yg menyentuh asas Perlembagaan yang mencabar kepentingan umat melayu.

MPKN di angotai oleh signatori Comango dan Menteri Joseph Kurup yang menyokong LGBT Yng mana binatang pun tak buat.

Berikut kenyataan

Kenyataan Media Biro Hal Ehwal Islam PERKASA:

Biro Hal Ehwal Islam Perkasa menyokong penuh keputusan yang diambil oleh Presiden Perkasa dan Dewan Tertinggi Perkasa untuk tidak mengiktiraf Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang ditubuhkan oleh Menteri di JPM Tan Sri Joseph Korup. Ini kerana perlantikan Ahli Majlis ini yang terdiri daripada 12 orang profesional muslim daripada 30 orang yang dilantik tidak menggambarkan komposisi kaum dan agama di negara ini...Sepatutnya jumlah anggota daripada kalangan orang muslim mestilah sekurang-kurangnya  seramai 20 orang.

Dalam masa yang sama juga kami telah mengenalpasti antata 5-6 orang daripada ahli majlis yang beragama Islam ini pula adalah mereka yang berfahaman liberalisme dan pluralisme agama dan salah seorang daripadanya terlibat secara aktif menyokong beberapa tuntutan Comango yang terang-terangan berniat untuk membenarkan murtad dan perlanggaran hukum syariah di Malaysia..Sepatutnya wakil-wakil umat Islam yang dilantik perlulah dirujuk dan mendapat pengiktirafan daripada Menteri yang menjaga potfolio agama terlebih dahulu dan bukannya diputuskan oleh Tan Sri Joseph Korup secara sendirian.

Justeru, kami menganggap bahawa penubuhan MKPN ini adalah satu usaha terancang daripada tangan-tangan ghaib sebelum ini yang terlibat dalam gerakan untuk menubuhkan Interfaith Commission (IFC) yang diketuai oleh AMBIGA.. Mekanisme dan tuntutan IFC adalah persis seperti MKPN..Ini terbongkar apalah siri jelajah penerangan MKPN yang pertama diadakan di DBP pada 22 feb baru ini telah memberi ruang kepada ngo-ngo bukan Islam mengutarakan cadangan-cadangan ekstrim yang menyentuh kedudukan keistimewaan Agama Islam dan hak istimewa melayu dan bumiputera seperti perkara 153 dalam perlembagaan persekutuan..

Dalam dialog tersebut mereka dgn berani dan lantang mencadangkan supaya penyataan mengenai bangsa dihapuskan dalam setiap borang rasmi kerajaan..Begitu juga ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kenapa orang melayu yang beragama Islam tidak dibenarkan murtad..Apakah ini matlamat perpaduan nasional yang hendak dibentuk oleh MKPN..

Jelas sekali bahawa matlamat dan peranan MKPN seperti yang diumumkan di awal penubuhannya oleh YAB Perdana Menteri  telah diseleweng oleh Tan Sri Joseph Korup . Yab PM telah menjelaskan sebelum ini bahawa MKPN tidak boleh menyentuh isu agama dan juga menyentuh perkara dasar dalam Perlembagaan Persekutuan..Memandangkan MKPN telah jauh menyimpang dan tersasar maka kami amat menyokong penuh cadangan Presiden Perkasa utk menubuhkan Front Perpaduan Nasional yang dianggotai oleh NGO sebagai alternatif kpd MKPN..

Kami berpegang kepada prinsip nas  alquran seperti yang ditegaskan oleh ALLAH swt: " Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam alquran iaitu apabila kamu mendengar keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafiq), maka janganlah kamu duduk bergaul dengan mereka sehingga mereka kembali memperkatakan soal yang lain kerana jika kamu duduk bergaul dengan mereka maka kamu sama dengan mereka" ( surah annisa' ayat 140).

Jelas kepada kita bahawa dialog perpaduan yg dianjurkan oleh MKPN di DBP pada 22 feb baru ni merupakan satu platfom kpd ngo-ngo bukan Islam untuk menghina umat Islam dan merobek kedaulatan Islam di negara ini..Maka wajarlah perkasa tidak mengiktiraf dan memboikot penubuhan MKPN kerana ianya bertepatan dgn nas alquran seperti dalam ayat 140 surah annisa' di atas.

Shamsuddin Moner
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
PERKASA
Tel 013 346 4005


Kalau tak percaya selawat, tiadalah solat untuk anti Hadith

Posted: 24 Feb 2014 05:00 PM PST


... bagaimana Kassim menunaikan sembahyang fardhu lima kali sehari?

Ianya melibatkan pembacaan tahiyat sebanyak 11 kali.



Fahaman golongan anti Hadis dan anti Muhammad ini amat merbahaya. Sekiranya mereka tidak mengiktiraf syahadah, maknanya mereka sebenarnya bukan orang Islam. Mereka bergerak dalam keadaan seumpama umat Islam tetapi mengelirukan umat Islam dengan pendapat dan hujah mereka.

Ini maknanya mereka lebih merbahaya dari Paderi yang cuba untuk mengkristiankan orang Melayu-Islam.

Baca sepenuh di Bigdotcom SINI 


Alahai kuda tunggangan DAP dan PKR ni nak sibuk pasal Perkasa sementang dia demo tentang Kassim Ahmad.

Perkasa dah lama buat kenyataan suruh JAKIM siasat. PAS selalu pertikai Jaakim dan berdiam masa DUMC murtadkan orang Islam, COMANGO buat tuntutan luar tabii.. MPKN dianggotai kumpulan picisan sesat dan anih yang mahu maoriti tunduk pada kehandak mereka,  

Mana PAS ketika gereja mahu timbulkan isu kalimah Allah di Semenanjung hanya kerana untuk cacamarba definasi Melayu di bawah perlembagaan melalui usaha bersungguh-sungguh untuk  murtadkan orang Islam?

Penyiasatan pegawai tertinggi PDRM harus dilihat secara positif

Posted: 24 Feb 2014 04:30 AM PST






Beberapa bulan lepas, dilaporkan SPRM bersama satu pasukan Taskforce telah masuk menyiasat pehawai tertinggi polis di atas kegiatan yang meliatkan duit haram dan underworld.

Sebaik itu, muncul pula berita mukadepan mengatakan 30 pegawai hidup lebih kemampuan dan kemudian 60 pegawai kanan polis disiasat. Ada pihak memberitahu Unspinners bahawa perkara itu tidak benar.

Ada piihak sindikit telah memberitahu maklumat salah pada akhbar tersebut untuk besar-besarkan siasatan kebih dari sebenar. Ini bertujuan untuk membawa impak melemahkan semangat pegawai-gegawai dan anggota-anggota polis.

Turut tersebar kata bahawa pegawai tertinggi itu mempunyai harta lebih RM35 juta. Namun hal sudah ada perkembanngan terbaru.


Celah Geleger dan MyNewsHub telah mennyiakan laporan dari TMI bahawa SPRM telah menjumpai wang RM20 juta dalam akaum pegawai tertinggi tersebut. Takkan kerja kerajaan boleh ada duit sebanyak itu. Ini mesti money laundering.

Pada akhir bulan Januari ada muncul laporan 60 pegawai polis hidup melampaui keupayaan. Laporan dalam Sg Rapat Online SINI.

Ini telah diperbesarkan untuk melemahkan semangat pasukan seolah-olah ada pihak berkuasa yang mahu menyusahkan mereka kerja dan jalankan urusan. Ada salahanggap ianya akan menganiaya mereka. 

Itu pperlu diperbetulkan. Siasatan yang dipercayai melibatkan Pasukan Petugas Khas harus dilihat secara positif oleh pegawai dan anggota polis yang lain.

Jika selama ini dikatakan kegiatan salahlaku di atas berleluasa hingga wujud komplot untuk hanya menaikkan pangkat pegawai-pegawai dan anggota yang tidak amanah, maka ini adalah peluang baik untuk polis yang cekap amanah dan baik dinaikkan pamgkat.

Nampak terdesak Anwar guna Mat Taib untuk kempen

Posted: 24 Feb 2014 12:32 AM PST



"Mike Tyson" tengah meleleh memuji bakal MB baru di KK Hotel Kajang. Padahal Mat Taib juga yang diserang oleh orang PKR tentang peristiwa wang se beg di Australia. Kini ANwar mahu Mat Taib jadi penasihat.

Mat Taib dipercayai menyertai PAS dan Pakatan Rakyat kerana kepentingan sendiri berkenaan tanah. Kini juga dipercayai out of court settlement Khalid Ibrahim ada kaitan dengan Mat Taib

ABITW mendedahkan sesuatu dan disiarkan petikan berikut:

 Muhammad Taib's SP Setia


The Malaysian Chronicle did run the story here but copying and paste this letter. They titled it as though Khalid had sold out Tun Daim and added the following comment:

It is a common knowledge in the banking circle that the out of court settlement is brokered by Rashid Manaf who is well known for his connection as Daim's ex-lawyer and Umno's crony through Renong and other transactions.
However, the link to Daim is not quite as direct.


Rashid Manaf was a Chairman of SP Setia but not the major shareholder. They did bought a piece of Nusa Jaya land from Tan Sri Halim Saad's then Renong UEM group.

Recently, Rashid's name appeared in Halim's application to sue Khazanah Nasional.

Rashid Manaf and SP Setia's name is being implicated and Daim thrown in too. Unfortunately, Rashid is not quite political. He is just a businessmen whose loyalty is the paper with kepala Agong.

A source within a Selangor SLC notice Khalid's close association with SP Setia. Strange thing about SP Setia is that, although PNB is a major shareholder, the Chinese owner who started it, is still in charge.

A strange phenomena of GLCs who despite staffed by well-schooled and internationally exposed top executives but these days have a mindset of "Melayu serba tidak boleh". It is also happening between UEM and Sunrise, and Sime Darby and P&O.

In case Tian Chua is salivating to run down Khalid with this information, wipe it. PNB did not acquire SP Setia during Khalid's helmship of PNB. 

For these alternative media to direct their finger to Daim, they are instigating us to expose the real hand behind SP Setia.

He is none other than the former MB of Selangor who had to resign for breaching Australian foreign currency rule in getting caught bringing a bag full of cash at the airport. He managed to escape conviction by the Australian court by claiming he no spik ingrish.

We are talking of Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

He was also the PKNS Chairman that appointed the current GM of looking Islamic but corrupt operator of De Palma Hotel.

Nevertheless, Muhammad Taib had done much for Selangor but it was under him that PKNS begin to deviate from wholesomely for the rakyat. He was behind the making of Glomac which Datuk Othman later used as the model for more Joint Ventures which never really beneficial to the rakyat and state.

Unfortunately, when the Australian embassment happened, AMLA rules was not tightened yet. But the question remain to how he could have such amount of money. Now that he is baptised into PAS, he has been pardon by their high priest Nik Aziz.

Opposition will stop raising his past sin. If suddenly MACC complete their investigation and charge him, they will come forward to defend him under guise of selective prosecution. Prosecuted for joining PAS.


Muhammad Taib was close to Anwar wen he was in UMNO. This confirms what we already had long suspect that he has never severed his link to Anwar.

In fact, he has not ended any of his business interest with Anwar's boys. He has a company named Semudera Timor in which Dato Zainal Sakom and Dato Kamarul Baharin Abbas, the PKR MP for Telok Kemang sits on the board peacefully.

It seemed that the motivation for his departure to PAS was land and not spiritual as he told one ex-PKR now actively involved with UMNO.

Sepenuh di SINI

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 24 Feb 2014 11:05 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Anwar Terpaksa Guna Mat Taib Untuk Pujuk Jentera PAS...

Posted: 24 Feb 2014 09:00 PM PST


Setelah puas anwar fitnah mat taib kononnya mat taib tak reti bahasa inggeris, bawak keluar duit haram ke australia dan macam-macam lagi penghinaan, kini anwar gunakan pulak khidmat mat taib, yang baru masuk isle (pas) supaya memujuk jentera pas membantunya pada prk kajang nanti...

Seperti biasa lah, mat taib akan jadi lembu anwar sepanjang tempoh berkempen pada prk kajang nanti, selepas puas anwar melembukan mat taib sewaktu dia dalam team wawasan dulu, kini mat taib akan menjadi lembu anwar sekali lagi...

Sudahnya sampai ke tua la mat taib jadi lembu anwar...

Kerana Kebijakkan Khalid Gagap, 125,561 Rumah Tak Pasal-Pasal Kena Catu Bekalan Air...

Posted: 24 Feb 2014 06:00 PM PST


Terima kasih kepada kerajaan pakatan haram jadah selangor, dek kerana semua perkara dalam dunia nak di politikan, maka kawasan-kawasan yang terlibat seperti di bawah akan di catu bekalan air mereka...

Inilah yang berlaku sekarang, cukai pintu naik, cukai tanah naik, cukai perniagaan naik, sekarang air pulak kena catu, terima kasih kerajaan pakatan haram jadah selangor kerana bijak mentadbir...

Senarai lokasi Catuan air di Negeri Selangor:
WILAYAH HULU LANGAT
1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT

1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan
JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR
1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif
9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing
17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari
18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi
20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai
21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai
22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya
23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia
24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti
25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih
26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara
27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING
1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai
Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran
kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
1. Taman Setia, Balakong
2. Desa Karun Mas
3. Taman Cheras Jaya
4. Taman Bukit Emas
5. Taman Impian Indah
6. Taman Sejati
7. Taman Bukit Sungai Long
8. Taman Taming Indah
9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14. Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16. Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya
JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430

WILAYAH KUALA LANGAT
1. Kampung Olak Lempit
2. Kampung Bukit Changgang
3. Kampung Labohan Dagang
4. Taman Changgang Jaya
5. Kompleks Perabut Olak Lempit
6. Rtb Bukit Changgang
7. Bandar Seri Ehsan
8. Bandar Mahkota
9. Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573

Ayuh sama-sama kita sebarkan dan beritahu kepada rakan-rakan kita tentang catuan bekalan air ini. Semoga kita dapat mengharungi cubaan dan dugaan ini bersama-sama. Moga-moga hujan akan kembali turun di negeri kita....SILA TADAH AIR YE

Nanti adalah barua yang spin kata "musim kemarau memang la air kena catu" 

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Feb 2014 09:21 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Tolak Nafsu Besar Anwar Ibrahim Di Kajang #PRKkajang

Posted: 24 Feb 2014 05:26 PM PST


Reaksi Rakyat Tentang BR1M 3.0

Posted: 24 Feb 2014 05:00 AM PST

Ucapan Penuh Dato Seri @NajibRazak Ketika Pelancaran BR1M 3.0

Posted: 24 Feb 2014 03:21 AM PST


Bolehkah Catuan Air Diadakan Di Selangor Esok? #PRKkajang

Posted: 24 Feb 2014 12:34 AM PST


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Feb 2014 09:15 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PRK KAJANG : SARANAN GAP KEPADA PENYOKONG DAH AHLI PAS KAJANG...INI KALI LAH !

Posted: 24 Feb 2014 07:47 PM PST

ISU HJ HADI DISAMAN 2 JUTA :EMAIL MAN KELULUT DARI NORWAY..

Posted: 24 Feb 2014 01:20 PM PST

DAH TIBA GERAKKAN USAHA..MELAYU AMBIL BALIK !

Posted: 24 Feb 2014 11:47 AM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 24 Feb 2014 03:27 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


APA PUN NAJIB AKAN TETAP BERSALAH DAN MEMANG LAYAK DIPERSALAHKAN!!

Posted: 23 Feb 2014 04:57 PM PST

Anwar Ibrahim serang Syed Mokhtar Al Bukhary di depan kaum India di sebuah kuil di Kajang. Tidak sentuh pun kekayaan Ananda Krisnan, Robert Kuok atau pun Vincent Tan yang jauh lebih kaya mengatasi Syed Al Bukhary.

Joseph Kurup pula cadangkan supaya indentiti bangsa dihapuskan dari Kad Pengenalan.

Lain pula halnya yang ditimbulkan oleh Kassim Ahmad. Beliau mempertikaikan umat Islam yang mendewa-dewakan Nabi Muhammad, kekasih Allah swt yang "jika tidak kerana Muhammad ini, nescaya alam dan seluruh isinya tidak akan diwujudkan oleh Allah swt". 

Itu yang dikalamkan oleh Allah swt kepada Nabi Adam as. Malah Nabi Adam hanya diampunkan kesalahan setelah lebih 40 tahun bermunajat kepada Allah apabila baginda berdoa kepada Allah dengan bertawassul menyebut berkat nama Muhammad. Nabi Adam terbayang sudah pasti nama Muhammad itu sangat mulia kerana baginda melihat nama tersebut diletakkan sebaris dengan nama Allah di Luh Mahfuz.

Jika Kassim Ahmad tahu kisah ini sudah pasti beliau tidak tergamak mempertikaikan kemuliaan Muhammad saw, melainkan Kassim Ahmad tidak beriman dengan perkara-perkara ghaib.

Ke tiga-tiga isu yang ditimbulkan oleh ke tiga-tiga personaliti ini adalah bayangan kepada betapa kedudukan melayu/bumiputera dan kesucian Islam di negara ini semakin hari semakin tercabar dan terancam.

Anwar, penganut Islam dan berbangsa melayu campuran India. Kassim Ahmad, Islam dan melayu, manakala walaupun Joseph Kurup bukan penganut Islam, tetapi beliau adalah bumiputera.

Kassim Ahmad, kita tidak jelas apa agenda beliau apabila mempertikaikan Nabi Muhammad saw. Joseph Kurup juga tidak jelas, apakah beliau berniat untuk menghapuskan secara halus makna dan identiti bangsa melayu dan Islam menurut sepertimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Cuma agenda Anwar Ibrahim saja yang ternampak jelas berbanding dengan halusnya agenda Joseph Kurup dan Kassim Ahmad. Di sini nampak Anwar sedikit bodoh berbanding dengan Kassim dan Joseph. 

Agenda Anwar pula terlalu mudah dikesan kerana gerakan yang sering  digunakannya terlalu "low class", setaraf dengan beberapa personaliti di kampong yang bersifat tamak haloba dan jahat hati yang selalu membawa onak masyarakat dengan cara mencerca, melaga, membuat fitnah dan berdusta demi tujuan untuk mencapai agenda diri. Dalam drama-drama TV, karakter macam Anwar ini sering diwujudkan oleh pengarah bagi tujuan menghidupkan jalan cerita. 

Itulah methodologi Anwar dalam menguruskan survival politiknya selama ini. Jadi, untuk menguruskan ragam Anwar ini sebenarnya sangat mudah. Semudah Tun Mahathir memecat dia. Cuma Pak Lah dan Najib saja yang tak tau cara. Konon nak bagi steroid yang boleh membunuh, akhirnya steroid yang diguna menyebabkan Anwar dilihat semakin kuat. 

Ke tiga-tiga personaliti ini dan yang sealiran dengannya boleh mengancam kedudukan dan keharmonian masyarakat jika terus-terusan dibiarkan oleh pemimpin dan pemerintah yang lemah dan tidak berdaya.    

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Feb 2014 03:02 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dua lelaki tergamak 'noda' dan rakam aksi...

Posted: 24 Feb 2014 03:01 PM PST

Perubahan tingkah laku lembu peliharaan akhirnya membongkar kegiatan melampau dua lelaki yang gemar melakukan seks dengan lembu dan merakamkan aksi tersebut.

Perbuatan jijik ini terbongkar selepas pemilik lembu terbabit yang tinggal di Hermiker County, New York, Amerika Syarikat memasang CCTV apabila melihat perubahan aneh kelakuan lembu peliharaannya yang kelihatan gementar apabila didekati dan menghasilkan susu yang kian kurang.

Sebaik rakaman perbuatan Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, diketahui satu laporan polis segera dibuat yang membawa kepada penangkapan mereka.

Fontaine merupakan individu yang melakukan hubungan luar tabii dengan beberapa ekor lembu manakala Jones bertindak merakamnya.

Kedua-dua suspek bagaimanapun kini dibebaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan.
- mynewshub

Sumber: METRO UK

Cadangan nama sultan untuk Jambatan P. Pinang ke-2 dipersenda

Posted: 24 Feb 2014 06:01 AM PST

Tengahari tadi Gabungan NGO-NGO Islam di Pulau Pinang telah mengadakan satu sidang media khas bagi menyuarakan hasrat mereka untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan negara bagi menjenamakan jambatan Pulau Pinang ke 2 yang bakal di rasmikan pada 1 Mac 2014 nanti.

Gabungan hampir 30 NGO Islam itu berhasrat dan mengharapkan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menimbang saranan mereka supaya menamakan jambatan ke 2 itu dengan nama "Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah".

MMI yang mengikuti perkembangan ini turut bersetuju dengan saranan pihak NGO ini memandangkan mercu negara ini di bina bagi memberikan kemudahan kepada rakyat jelata tanpa mengira bangsa , agama dan negara.

Sebagai Yang Di Pertuan Agong , rasanya tidak salah kiranya sedikit usaha di lakukan bagi merealisasikan hasrat pihak NGO terbabit.

Baca selanjutnya di utaranews.com

Sesuatu yang agak menarik berlaku kemudiannya apabila sidang media yang mendapat perhatian banyak pihak media itu mula mengisi slot di kolum berita masing-masing.

Salah satu portal pro pembangkang juga tidak ketinggalan menulis berita yang sama dan sejak itu beberapa komen telah di lemparkan berkenaan kenyataan NGO terbabit.

Antaranya adalah seperti berikut ,
Nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan cadangan NGO terbabit sehinggakan serangan secara peribadi di lakukan terhadap Ahmad Yakqub Nazri wakil pihak NGO yang menjadi jurucakap dalam sidang media sebelumnya dengan menuduh beliau mahukan pangkat dan darjat.

Bukankah itu satu penghinaan terhadap jurucakap NGO terbabit ?

Apakah cadangan ini terlalu teruk sekali ? Ia hanya sekadar cadangan daripada rakyat Pulau Pinang tidak lebih dari itu dan kenapa mereka-mereka ini perlu melompat ?

Atau ada pihak yang dah mula tak senang duduk kerana ianya melibatkan institusi orang-orang Melayu ?

Hmm puak-puak tu dah mula kelupoq !!

Sumber: MMI


Muhyiddin: Tiada arahan tukar guru hanya kerana PBS

Posted: 24 Feb 2014 04:42 AM PST

KAJANG - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi menukar mana-mana guru yang menentang pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mempunyai niat untuk menganiayai mana-mana guru, termasuk mereka yang berada dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya nak nyatakan bahawa saya tak memberi apa-apa arahan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana guru termasuk mereka yang di dalam Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM).

"Saya telah buat keputusan berhubung pendirian KPM untuk tangani masalah PBS iaitu menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi ruang kepada satu kajian bagi penambahbaikan diadakan," katanya dalam sidang media di Surau Al-Falah Kampung Bukit Dukung, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada keputusan menukarkan Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang bertindak sebagai ketua jawatankuasa SGMM akan ditarik balik selepas kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan PBS.

Muhyiddin berkata perkara itu mungkin berlaku melibatkan peringkat pentadbiran daerah dan beliau tidak mengetahui sama ada tindakan itu dibuat atas fakta-fakta lain atau hanya atas sebab guru berkenaan menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai PBS.

"Kita tak nak menganiayai sesiapa, kita bersikap adil dan tidak mahu dilihat zalim. Guru bukan tidak boleh bersuara...boleh, tapi dengan cara mengikut prosedur bersesuaian berdasarkan pekeliling," katanya.

Beliau berkata selepas pelaksanaan PBS ditangguhkan, perkara penting yang perlu dilakukan ialah kementerian akan melakukan yang terbaik bagi mencari satu kaedah yang mampu memberi keadaan lebih baik kepada semua pihak jika dilaksanakan kelak.

Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. - Bernama

Rumah tangga Liza Abdullah akhirnya hancur berkecai

Posted: 24 Feb 2014 02:31 AM PST

Rumah tangga pelakon Liza Abdullah yang terbina lebih daripada 26 tahun akhirnya menemui titik noktah apabila disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, sebentar tadi.

Memetik laporan sebuah portal berita, bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin sambil disaksikan oleh dua orang anak mereka Zulhaffiz Zarriq dan Nurwafiez Syahiddah. Suasana pilu menyelubungi kamar perbicaraan sepanjang prosiding berlangsung.

Untuk rekod, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas sudah beberapa tahun tidak tinggal sebumbung selain mengalami konflik yang berpanjangan.

Ezany tampil pertahan Sharnaaz

Posted: 24 Feb 2014 01:46 AM PST

Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini.

Terkini, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebooknya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal.

"Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!" tulisnya.

Sukar untuk dipastikan siapa di pihak yang benar atau salah. Namun, MH online mengharapkan isu ini dapat diselesaikan secara baik dan tidak berpanjangan sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pelakon lain.

(Gambar) Foto Aliff Aziz bercumbuan dengan kekasih baru?

Posted: 24 Feb 2014 12:01 AM PST

Gambar menarik Aliff Aziz disamping seorang gadis yang didakwa sebagai kekasih barunya.

Meskipun sering dikecewakan contohnya putus dengan Anne Ngasri dan Adira, namun bak kata pepatah... patah tumbuh hilang berganti.

Walaupun ada yang mendakwa kononnya wanita tersebut pernah berkahwin satu ketika dahulu dan mempunyai seorang anak, namun cinta sebenarnya tidak mengira taraf.

Jika benar mereka bercinta, tahniah diucapkan!

Klik gambar untuk size besar









Sumber : Myartis.com



(Video) Imam 'selipar' Pas terima bantuan BR1M dan insaf...

Posted: 23 Feb 2014 11:31 PM PST

Masih ingat lagi kisah seorang "imam" yang bertindak biaDAP dengan membaling selipar kearah Hakim dalam Mahkamah...?

Ahli PAS seumur hidup, Hoslan Hussin pernah mendapat perhatian umum dan menghiasi dada dada akhbar serta mendapat liputan berita telivisyen ketika kisah ini sungguh hangat...

Hoslan Hussin @ "Imam" Baling Selipar yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina Mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M....

Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.

Semoga "keinsafan" Hoslan ini benar benar ikhlas....

JOM kita saksikan rakaman video klip dibawah ini, temu ramah yang dibuat oleh Minnaq Jinggo mendapatkan pengakuan daripada seorang penyokong tegar PAS.-Tok Guru.



Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta kepada Ketua AMK

Posted: 23 Feb 2014 11:01 PM PST

KUALA TERENGGANU 23 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.

"Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.

"Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.

"Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman," katanya ketika ditemui.

Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Video klip terbaru Katy Perry seksi dan menghina Islam

Posted: 23 Feb 2014 10:31 PM PST

Penyanyi Barat kalau seksi itu semua adalah perkara biasa. Tak ada apa yang perlu dihairankan. Namun apabila terdapat unsur menghina Islam di dalam video klip ini, ianya menjadi satu perkara yang tidak boleh bertolak ansur juga...

Pada minit ke 1.15, seorang lelaki dengan lambang Allah (seperti gambar di atas) di bahagian dadanya kelihatan musnah di dalam video klip ini.

Apakah yang cuba disampaikan oleh Katy Perry? Kenapa perlu ada lambang Allah pada lelaki tersebut? Ini adalah satu bentuk penghinaan yang jelas.

Seolah-olah ingin menggambarkan kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri.
Ribuan komen di video klip ini telah diterima oleh umat Islam seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Katy Pery di dalam video ini. Malah kalau tak silap, sudah diwujudkan "petition" untuk membuang video klip ini. Walaupun Katy Perry bertaraf "superstar" bukan Islam, perkara sebegini seharusnya tidak terjadi.

Apa pula kata anda?

Beautiful Nara

(Gambar) Lembaga hitam dicekup di Parit Buntar

Posted: 23 Feb 2014 10:01 PM PST

Gambar hiasan
PARIT BUNTAR – Tindak tanduk mencurigakan 'lembaga hitam' yang tergesa-gesa keluar dari pekarangan sebuah rumah di Taman Sempadan, dekat sini, kelmarin membongkar beberapa kes kecurian pakain berjenama dan aksesori kenderaan sebelum ini.

Semuanya terbongkar setelah tertangkapnya lembaga hitam yang juga seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dikesan sedang memanjat pagar untuk masuk ke dalam rumah mangsa lebih kurang jam 5 pagi.

Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya segera menghubungi polis, manakala beberapa anggota lain bergegas ke rumah mangsa untuk mengesan suspek.

"Setibanya kami di sana, suspek didapati sedang mengutip beberapa pakaian berjenama milik keluarga mangsa yang disidai di ampaian setelah mengumpil keluar beberapa aksesori dalaman kereta.
Suspek yang berjaya ditahan penduduk
"Suspek cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran kami, bagaimanapun gagal melepaskan diri berikutan jumlah kami dan penduduk setempat yang turut sama begitu ramai," katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Sin Chew berkata, mangsa cuba bertindak agresif sewaktu dicekup orang ramai, bagaimanapun berjaya ditenangkan setelah polis hadir ke tempat kejadian.

Menurutnya, kejadian penangkapan suspek dijangka membantu menyelesaikan sebilangan besar kes kecurian pakaian berjenama dan aksesori dalaman kenderaan yang sering berlaku melibatkan kawasan sempadan Parit Buntar dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Kes kecurian melibatkan taman perumahan di daerah ini dan daerah bersempadan semakin kerap berlaku sejak awal tahun 2014.

"Kegagalan mewujudkan kawasan rukun tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dilihat antara punca kes sebegini semakin meningkat berikutan penduduk tidak boleh terlalu bergantung harap kepada polis semata-mata.

"Saya menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan memantau rumah sendiri terutama pada waktu awal pagi," katanya.

- Sinar Harian Online

'Saya tak akan melutut' - Sharnaaz

Posted: 23 Feb 2014 09:15 PM PST

Kuala Lumpur: "Aku dekat lokasi penggambaran. Kalau pasal Nisda (Nisdawati Nazaruddin) dan Fauzi (Fauzi Nawawi), aku tak nak komen," kata Sharnaaz Basir Ahmad, 29, ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal apabila Sharnaaz bertindak mematikan talian telefon.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian dia kembali menghubungi wartawan, namun tetap enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar kejadian itu biarpun diminta berulang kali supaya berbuat demikian.

Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.

"Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.

"Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)....," katanya.

Pelajar rakam aksi liwat rakan perempuan di Perlis

Posted: 23 Feb 2014 09:01 PM PST

Gambar hiasan
PADANG BESAR – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beberapa kali sejak akhir tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, perintah tahanan itu bermula kelmarin (Jumaat) dikeluarkan Mahkamah Majistret di Kangar.

Dalam kejadian terakhir berlaku pada awal Februari lalu, suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa telah membawanya ke sebuah rumah kosong di Kampung Lembah Biak, di sini sebelum meliwat mangsa dan merakam aksi berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.

Difahamkan remaja berkenaan juga menjadikan rakaman berkenaan sebagai ugutan bagi mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat, lapor Sinar Harian

Serang Nisdawati, Sharnaaz hantar SMS ugut Fauzi Nawawi

Posted: 23 Feb 2014 07:24 PM PST

Kuala Lumpur: "Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis."

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta.

Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Nisdawati ketika ditemuramah. Gambar kecil (kiri), Sharnaaz dan Fauzi Nawawi.
Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.

Adegan 'usap mengusap' dirakam CCTV di Gurney Plaza

Posted: 23 Feb 2014 06:00 PM PST

Dikatakan, gambar ini dirakamkan CCTV di sekitar pasaraya Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Sekiranya benar, ini adalah satu pengajaran buat pasangan di luar sana yang tidak menjaga batas pergaulan agar beringat.

Mungkin masa melakukan pekara tidak bermoral anda sangka tiada siapa melihat, tapi hakikatnya Allah SWT Maha Mengetahui, lapor Utaranews.

Pemuda PAS nasihat Zaid tidak tanding di DUN #Kajang

Posted: 23 Feb 2014 05:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim dinasihatkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat Mohd Sany Hamzan berkata ini kerana Zaid tidak serius untuk bertanding di DUN Kajang yang turut menyaksikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan mewakili PKR dan Pakatan Rakyat.

Malah beliau turut menolak kenyataan dikeluarkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sambil menegaskan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan pemimpin utama Pakatan.

"Bagi kami itu satu kenyataan nakal dan apabila ditanya oleh wartawan kepada Datuk Zaid Ibrahim apa pun sebab dia akan bertanding.

"Kalau tak silap saya dia nak bertanding sebab nak tanding dan masuk pilihan raya kecil ini suka-suka, bagi saya ia kenyataan yang tidak serius dan nakal.

"Sebab bila kita sebut soal pilihan raya, nak masuk pilihan raya ialah satu perkara yang agak serius dan kenyataan beliau Datuk Seri Anwar harus dikalahkan merupakan kenyataan yang nakal," katanya kepada Antarapos.

Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Zaid mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat atas pertimbangan membela prinsip politik sihat, mempertahankan dan menghormati mandat rakyat Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Mandat dan kepercayaan rakyat terhadap Khalid jelas tidak boleh dikikis semata-mata kerana menjaga kepentingan Anwar dan jika Khalid perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

"Jadi atas pertimbangan membela prinsip politik yang sihat saya membuat keputusan untuk bertanding, dan lebih utama adalah untuk memastikan rancangan Anwar mahu menjadi menteri besar tidak berjaya," katanya.

Ekoran keputusannya itu, Pilihan Raya Kecil DUN Kajang setakat ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Anwar (PKR), calon dari Barisan Nasional (BN) diwakili MCA dan dirinya.

Zaid tidak perlu tanding di DUN Kajang

Mohd Sany menambah gabungan tiga parti komponen iaitu PAS-PKR-DAP dalam Pakatan telah memperlihatkan komitmen dan kebolehan melalui pemimpin mereka.

Justeru ujar beliau, Anwar yang kali pertama bertanding di DUN Selangor mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi tersebut walaupun dicabar Zaid serta calon BN.

"Bagi saya, Datuk Seri Anwar dan kepimpinan utama dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) merupakan pemimpin-pemimpin penyatuan kepada Pakatan Rakyat itu sendiri.

"...sehingga pada pilihan raya umum 2008 kita dapat lima negeri dan pilihan raya umum baru-baru ini walaupun cuma dapat mengekalkan tiga negeri tapi kita lihat faktor penyatuan ketiga-tiga pimpinan utama dalam Pakatan Rakyat menyebabkan undi majoriti kepada kita meningkat kalau nak dibandingkan dengan Umno dan BN," katanya.

Melihat perkembangan semasa serta prestasi kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan jelas Mohd Sany adalah wajar untuk Zaid tidak bertanding sambil menyifatkan bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) sudah hilang kewibawaan di arena politik tanah air.

"Sebenarnya tidak perlu dan bagi saya Zaid Ibrahim ini sudah hilang dalam arena politik dalam negara ini.

"Kenyataan beliau itu merupakan kenyataan yang nakal, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS tidak runsing selain tidak menghiraukan kenyataan itu," katanya.

Untuk rekod, DUN Kajang kosong berikutan penyandangnya dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari yang lalu, yang disifatkan Zaid sebagai "tindakan politik yang tidak sesuai".

Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan bahawa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac.

Antarapos

Zuraida Hina Kaum Wanita, Diri Sendiri - Chew

Posted: 23 Feb 2014 05:40 PM PST

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun membidas kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin yang menyifatkan beliau sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu.

Chew berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum hawa.

"Parti (MCA) berusaha yang terbaik untuk memilih calon yang sesuai dan bagi saya ini adalah satu pengiktirafan kepada wanita.

"Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis ulang tahun ke-65 dan mesyuarat agung luar biasa MCA di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang berkata BN menghantar Chew sebagai calon parti itu supaya Chew boleh dipersalahkan sekiranya BN kalah dalam PRK pada 23 Mac ini.

Chew berkata biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan, beliau tetap bersemangat dan akan bekerja kuat untuk memenangi PRK itu.

Beliau sekali lagi memohon agar pengundi di Kajang memberi sokongan kepadanya bagi membolehkan BN mengukuhkan peranannya di Selangor.

Chew dijangka dicabar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas presiden KITA Datuk Seri Zaid Ibrahim. BERNAMA

Anwar tertekan dengan calon BN di #Kajang

Posted: 23 Feb 2014 05:35 PM PST

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
SHAH ALAM - BN telah berjaya memberi tekanan kepada calon PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila meletakkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Mei Fun yang juga seorang tokoh nasional mempunyai penyokong tersendiri dan mampu memberi saingan hebat kepada Anwar sekaligus menolak persepsi awal BN tidak perlu meletakkan calon.

Menurutnya, pemilihan calon yang dilakukan BN mampu menarik kumpulan sasaran di kawasan Kajang terutamanya kaum Cina dan wanita.

Hal ini katanya, memberi tekanan kepada Anwar yang diharap mampu melakukan penambahan majoriti untuk membuktikan ketua pembangkang itu disukai dan mempunyai kredibiti di kawasan tersebut.

"Kedua-dua parti perlu berkerja kuat, walaupun agak terlambat BN mengumumkan calon namun mereka masih ada peluang untuk menang jika kempen yang dilakukan betul dan berkesan.

"Calon BN ini memang memberi kesan kepada Anwar. Anwar sekarang berada dalam situasi tertekan untuk menang majoriti lebih besar di situ sekaligus untuk membuktikan beliau pemimpin yang hebat.

"Namun Mei Fun ini juga ada penyokong 'hardcore' dan jika dia berjaya berkempen dengan betul, kemungkinan dia boleh menang dengan menarik kaum Cina dan wanita yang mempunyai kecenderungan untuk memilih calon wanita juga," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya PR menganggap calon BN mudah ditewaskan dan tidak perlu bekerja keras, mereka adalah silap.

"Memang silap besar kalau mereka memandang enteng calon BN ini.

"PR juga perlu berjaga-jaga walaupun BN kata calon mereka 'underdog'," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan BN tidak perlu bertanding pada PRK Dun Kajang, jika tidak mahu dilihat 'menari mengikut paluan gendang PKR'.

Beberapa ahli politik dan penganalisis politik berpendapat BN perlu membuat kajian mendalam agar tidak terperangkap dalam permainan politik Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Bagaimanapun, pada Jumaat, BN telah mengumumkan Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA sebagai calon mewakili parti komponen itu.

Dalam pada itu, Azizudin yang juga Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, persepsi pengundi terhadap calon boleh berubah dan cenderung menukar keputusan berdasarkan kempen yang dilakukan oleh calon di situ.

"Walaupun sudah ada 60 peratus pengundi yang telah ada calon pilihan namun ia mampu berubah bergantung kepada kempen.

"...terutamanya pengundi muda yang banyak melakukan pemerhatian dan tidak mempunya calon pilihan," katanya.

Larang ahli politik Semenanjung demi keharmonian

Posted: 23 Feb 2014 05:30 PM PST

Prof Dr Jayum Jawan
SHAH ALAM – Larangan memasuki Sarawak yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin politik dari Semenanjung Malaysia itu adalah wajar bagi mengekang penyebaran idea yang tidak relevan yang boleh menjejaskan keharmonian dan kebudayaan negeri tersebut.

Timbalan Ketua Kluster Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja dikenakan terhadap pemimpin pembangkang bahkan pemimpin lain dari Barisan Nasional juga menerima nasib sama jika idea mereka boleh memberi ancaman kepada Sarawak.

"Ia tindakan wajar, ahli politik Semenanjung biasa tidak faham isu ini. Bukan sahaja beliau (Mazlan Aliman), bahkan ramai lagi ahli politik Semenanjung dari Pas, DAP, MCA, MIC, Umno dan PKR patut dihalang daripada masuk Sarawak supaya mereka tidak menyebarkan idea tidak relevan mereka kepada Sarawak.

"Mereka khuatir idea buruk dari Semenanjung menular ke Sarawak, sekaligus menggugat keharmanion kaum yang sedia terjalin baik dan mesra di sana," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut, Jayum menegaskan kuasa untuk membenar atau menghalang kemasukan ke Sarawak itu merupakan hak yang tidak boleh dipertikaikan dan kerajaan negeri itu tidak perlu memberikan penjelasan terhadap larangan kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan pihak berkuasa imigresen Sarawak yang menghalang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman daripada memasuki negeri itu semalam.

Mazlan dalam akaun Facebooknya semalam mendakwa perintah larangan tersebut dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Katanya, beliau ditahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.25 pagi semalam.

Mazlan mendakwa larangan tersebut mempunyai kaitan dengan perhimpunan Sarawak mengenai hak-hak tanah yang dirasmikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Beting Maro, hari ini.

Larangan terhadap Mazlan itu merupakan kali kedua dan kali pertama beliau dilarang memasuki ke Sarawak ialah pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri.

THE FLYING KICK

Posted: 24 Feb 2014 01:42 PM PST

THE FLYING KICK


CADANGAN NAMA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG UNTUK JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG DIPERSENDAKAN!!!

Posted: 24 Feb 2014 07:30 AM PST

SPRM DIMINTA BAGI PENJELASAN BERHUBUNG LAPORAN MALAYSIAN INSIDER DAN SINAR HARIAN BABITKAN 60 ORANG ANGGOTA DAN PEGAWAI POLIS DISIASAT SPRM!!!

Posted: 24 Feb 2014 06:30 AM PST

RAFIZI RAMLI JANJI NAK DEDAHKAN SKANDAL DAN TABI'E LUAR BIASA ZAID IBRAHIM, RABU NANTI!!!

Posted: 24 Feb 2014 05:00 AM PST

UMNO-BN CIBAI, TAPI CIBAI TU JUGALAH YANG DICIUM DIJILAT BILA AIR TAK ADA!!!

Posted: 24 Feb 2014 02:12 AM PST

JOM KITA TENGOK, AIR LONGKANG, AIR LOMBONG, AIR LIMBAH MANA YANG AKAN DIRAWAT SELEPAS SELANGOR UMUM PENCATUAN AIR DI LEMBAH KELANG!!!

Posted: 24 Feb 2014 01:00 AM PST

HEBATNYA NAJIB ABDUL RAZAK, BOLEH BERKONSPIRASI DENGAN MARK ZUCKERBERG TUTUP FAN PAGE RBA-DAP!!!

Posted: 23 Feb 2014 11:25 PM PST

PENYELUDUPAN DIESEL MENJADIKAN SUBSIDI KERAJAAN SATU PEMBAZIRAN!!!

Posted: 23 Feb 2014 10:00 PM PST

RAHMAN DAHLAN BAKAL SAMAN GUAN ENG... JANGAN UGUT JER, SAMAN KASI MUFLIS!!!

Posted: 23 Feb 2014 08:44 PM PST

BERAPA PULA PERUNTUKAN YANG BAKAL DIHAMBURKAN DI KAJANG?

Posted: 23 Feb 2014 06:30 PM PST

PRESIDEN PAS DIARAH BAYAR RM2 JUTA KEPADA CALON PKR YANG DITUDUH PENAGIH PIL KUDA!!!

Posted: 23 Feb 2014 05:00 PM PST

YB IMIGRAN DARI INDONESIA, ZURAIDAH MAK LAMPIR, PERLEKEHKAN CHEW MEI FUN SEBAGAI KAMBING HITAM!!!

Posted: 23 Feb 2014 03:00 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 24 Feb 2014 01:17 PM PST

Duke of UMNO


ORANG CINA "TIKAM" ORANG CINA, KERANA SI PENIPU BESAR...

Posted: 24 Feb 2014 06:32 AM PST

Tak lama lagi akan diadakan penamaan calon bagi PRK DUN Kajang. Lepas tu maka kempen PRK tu bermula. Anwar dah lama kayuh kempen.. biasa la.. Anwar memang "outlaws".. dia pakai undang-undang dia sendiri...

BN dah umum calon. Calon tu namanya Chew Mei Fun. Jelas dia seorang Cina. Lawannya bukan calang-calang, Anwar Berahim tu dikatakan antara pemimpin popular dunia (tapi ranking selalu dok di bawah Tun M laaa). 

Ertinya, calon Cina vs calon Melayu. Calon dari MCA vs PKR. Calon BN vs Pakatan Haram (belum daftar, daftar tak lepas). Pengundi Kajang tu hampir 50% orang Cina...maksudnya, DUN Kajang tu majoritinya pengundi Cina laaa..
 
Pada saya, walaupun yang bertanding di DUN Kajang kali ni ialah seorang Cina, tidak bermaksud dia akan menang dan dipilih hampir 50% pengundi Cina kat situ...



Pada saya, PRK DUN Kajang kali ni adalah satu permulaan "kehidupan baru MCA". "Rebirth. Maksudnya, PRK kali ni akan jadi garis panduan awal pada MCA sama ada "nirwana MCA" kali ni kembali diterima masyarakat Cina atau tidak.

MCA boleh tengok sejauh mana kepercayaan dan sokongan orang Cina pada depa. Kalau pengundi Cina beri undi, maka rasanya MCA boleh lega sikit. Satu permulaan yang baik. Tapi kalau pengundi Cina tak beri undi pada Mei Fun.. maka berat la kerja MCA lepas ni...

Tidak dinafikan, Mei Fun memang "underdog" di Kajang. BN memang "underdog" di Kajang. Kalau kalah tak malu sangat la. Tapi kalau menang, memang Anwar layak lari masuk Kedutaan Turki sekali lagi.. tu pun kalau dia masih tau rasa malu laaaa...

Setuju dengan Tun M, peluang BN dalam PRK ni 50-50. Kalau nak menang, BN khususnya MCA perlu rancang strategi yang lebih baik dari Pakatan Haram atau DAP. Kena selangkah lebih jauh dari depa...

Hebat dari sudut propaganda saja tak memadai bagi BN. Percaturan war room, maklumat grassroot yang accurate (bukan report "syok sendiri" yang "sedap didengar") dan database pengundi sangat penting.. DAP memang hebat dalam susun strategi macam tu.. dah terbukti di Puchong dan lain-lain kawasan yang DAP menang besar sebelum ni...

Apa pun, saya lihat Mei Fun mampu buat kejutan besar kalau kena dengan caranya. Caranya? Mana boleh beritahu kat sini... gila ke? Saya ni bukan tahu sangat pun. Lebih relevan kalau tanya pemikir-pemikir hebat BN... Tapi memang Mei Fun ada peluang 1 nisbah 2.

Anwar? Anwar ni bekas orang UMNO. Dia anak didik Tun M. Mungkin dalam hatinya, ada jiwa UMNO, tapi ego punya pasal, takkan dia nak ngaku, kan? Tidak mustahil orang Cina di Kajang memang suka bekas "orang kuat UMNO" jadi wakil rakyat depa...

Tak payah cakap pasal korup. Sebab Anwar memang terkenal dengan identiti korupnya. Sejak dari UMNO lagi, dah dibuang dari UMNO, dia lari ke US pun dia masih terkenal dengan identiti korup. Kalau tidak takkan la US Government banyak enquiry pasal akaun FOF tu, kan?

Lagipun, saya yakin orang Cina tahu Anwar tu penipu besar. Tak payah pergi jauh, kita rujuk saja pada tarikh 16 September. Orang Cina mati-mati percaya Anwar akan jadi PM pada 16 September. Tapi jelas, Anwar tipu depa lagi... hidup-hidup pulak orang Cina kena tipu...

Saya tak paksa Anwar disokong. Saya tak kata Anwar dijamin menang. Tapi masing-masing ada peluang. Pokok pangkalnya ialah pengundi. Kita serah saja pada pengundi... kita tengok sama ada depa nak percaya pada bangsa sendiri atau pada "sesumpah" yang pernah merosakkan UMNO...

GEMPARRR..!!! ANWAR NAK MASUK UMNO SEMULA..???!!!

Posted: 24 Feb 2014 04:32 AM PST

Seorang rakan bukan Melayu menghantar print-screen dari Malaysian Insider di atas kat saya baru-baru ni. Cerita pasal Anwar... saya ada baca berita tu... antara petikan menarik, Anwar berkata...
"Before I was from Umno. I don't hate Umno members. What I am against, and will fight, is their policy of corruption that continues to burden the people.
Dan di akhir berita tu.. Anwar ada kata...
"I know who I am. At one point I was the acting prime minister. Then, I was also put in jail."

Kita semua tahu, Anwar pernah berada dalam UMNO. Bukan sekadar ahli biasa, dia pernah jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan PM.. bukan Timbalan Menteri tau, tapi TPM. 

Dari ayat kat atas tu, Anwar sendiri mengaku dia tidak membenci ahli UMNO. Itu pendirian terkini Anwar dalam menghadapi PRK Kajang. 

Apa yang dia mahu sekarang ialah "lawan dengan polisi yang korup yang membebankan rakyat". Maknanya, dia nak lawan "rasuah" yang kononnya ada dalam UMNO la tu... itu kata Anwar...

Saya yakin, Anwar punya kenangan pahit dalam UMNO. Tapi rasanya tak siapa dapat nafikan betapa "indahnya nostalgia Anwar" masa dia dalam UMNO. Dia cepat naik. Dia seolah-olah "anak emas" Tun M. Dia betul-betul "express" terus ke atas...


Masa dia jadi student, dia pernah kena tahan ISA dengan Ibrahim Ali sebab berdemo. Tapi lepas keluar dari Kamunting, Tun M kutip dia, ajar dia dan Anwar naik dari satu tangga ke satu tangga, sampai la dia jadi Timbalan Presiden UMNO...

Macamana Anwar naik? Cara Anwar naik memang hebat. Ramai yang tahu... Anwar tabur "pink form" dan "beg-beg penuh berisi duit". Setakat sampul kecik-kecik ni dia tak main laaa... Sebab tu saya heran bila dia kata dia nak "fight against policy of corruption" tu...


Saya yakin, sepanjang karier Anwar, dia takkan lupa segala yang dia dapat dalam UMNO. Walau UMNO tidak la semewah seperti yang disangka, Anwar akan ada-adakan kemewahan tu untuk dirinya. Orang lain tak berani kata apa.. maklum la.. "anak emas" Tun M...

Privilege yang Anwar dapat tu memang terlalu istimewa. Dia dapat "red carpet" di US masa tu. Imej Anwar memang "clean" habis... seolah-olah, dia la "hero idaman Malaya". Siapa yang tak "kembang hidung" bebbb..? Saya yakin Anwar ingat segala kenangan tu...

Saya ingat lagi, masa dia dilepaskan dari penjara Sg Buloh oleh Pak Lah, ada ura-ura mengatakan Anwar nak masuk UMNO semula. Khabarnya, Anwar dah deal dengan Pak Lah yang teruk diserang Tun M dulu...Tak tahu la "rumors" tu betul atau tidak...

Difahamkan, cerita tu memberitahu Pak Lah sebagai Presiden UMNO akan ampunkan Anwar dan terima Anwar masuk UMNO semula. Tapi "rumors" tu mati begitu saja bila ramai pihak dalam UMNO bantah sekeras-kerasnya Anwar masuk UMNO semula... sebab tu la Anwar tak jadi masuk UMNO balik time tu kot...


Ada satu lagi dakwaan bahawa Anwar dikatakan pernah bersusah payah bertemu Najib di rumahnya secara rahsia sebelum ini membincang sesuatu yang serius. Khabarnya pasal kes liwat dia dengan Saiful Bukhari vs isu fitnah Altantuya terhadap Najib. Kononnya Anwar nak "trade in", tapi Najib "reject"...

Saya berpandangan bahawa Anwar masih "setia dan rindu" pada UMNO. Rasanya Anwar seolah-olah nak masuk UMNO semula, tapi dia risau. Kalau orang tanya, dah tentu la dia tak mengaku...kan?

Saya yakin, Anwar sedar bahawa dia hanya boleh jadi PM dengan selesa sekiranya dia berada di dalam UMNO. Kalau dia jadi PM dalam Pakatan Haram, Anwar mungkin sedar dia hanya "PM boneka" yang perlu dengar cakap DAP dan PAS.. maklum la.. PKR tu minoriti..! Heh!


Jiwa Anwar dikatakan "jiwa UMNO". Kalau dia "jiwa PAS", dah lama dia dia ikut bapa angkatnya, Allahyarham Yusuf Rawa masuk PAS...Tapi Anwar pilih UMNO...Anwar tak masuk UMNO sebelum ni sebab ramai pihak yang bantah dia masuk UMNO semula...

Persoalannya, apakah Anwar akan sekali lagi berusaha senyap-senyap ke rumah Najib dan merayu nak masuk UMNO semula? Percayakah kita bahawa Anwar tidak suka kenangan-kenangannya dalam UMNO dulu kembali semula untuk dirinya?

Kaki Anwar dulu pernah selangkah berada di kerusi PM. Namun akibat gopoh, rahsianya pecah dan terhumban ke penjara. Apakah UMNO akan menerima Anwar semula? Sebelum ni ramai pemimpin derhaka pada UMNO yang diterima masuk semula..kan? Bersediakah kita menerima Anwar?

Secara peribadi, saya katakan TIDAK SAMA SEKALI..!!!


TERKINI..!!! VIDEO USTAZ AHLI PAS SEUMUR HIDUP TERIMA BR1M

Posted: 24 Feb 2014 01:31 AM PST

Korang ingat tak Ustaz kat atas ni? Ustaz ni pernah famous sebab kes dia baling selipar kat hakim dalam mahkamah. Ustaz Hoslan namanya...

Ustaz ni merupakan ahli PAS seumur hidup. Dia pernah sertai himpunan Bershit, blackout dan bermacam-macam jenis demo yang menyusahkan negara dan rakyat. Memang "gempak: habis la Ustaz Hoslan ni time tu...

Walau apa pun kesilapan atau dosa yang Ustaz Hoslan lakukan, saya yakin pintu taubat Allah tak pernah ditutup. Malah Kerajaan sendiri melalui KDN ada bantu Ahli PAS seumur hidup ni... Alhamdulillah, Ustaz Hoslan dah makin baik hidupnya.. bersyukur pada Allah SWT...

Tak caya cuba tengok video kat bawah ni...



GEGARRR..!!! DALAM DIAM KHALID MULA SABOTAJ ANWAR BERAHIM..???!!! #PRKKajang

Posted: 23 Feb 2014 10:32 PM PST

Tu diaaa..!!! Tak patut... tak patut...! Patut pun Azmin dan Anwar Berahim tak boleh tahan dengan Khalid Berahim. Memang tak patut pun apa yang dikatakan Menteri Besar Selangor tu... tu namanya "nak menganiaya rakyat"..!

Ada ke patut dia kata nak kena tunggu musim hujan dulu baru dia nak selesaikan masalah air kat Selangor??? Dey aneeee... itu masalah air kaluuu... itu masalah asas kehidupan laaa.. mana boleh bikin itu macammmm..! "Dah nak terberak, baru nak korek lubang" ke Khalid?

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni kat Selangor tu musim kemarau. Boleh dikatakan semua kolam takungan air dan empangan berada di bawah paras dan makin kurang airnya dari hari ke hari. Dah berapa ramai rakyat Selangor makan hati tak mandi dan angkut baldi naik flat depa...?

Penduduk di Dengkil misalnya terpaksa hadapi masalah gangguan bekalan air selama lebih dari 11 hari..! Mana boleh tahan bebbb..? Habis tu Khalid Berahim nak suruh depa tunggu musim hujan baru boleh dapat air? Weiii... lu gila ke apa?


Bila cakap Selangor takdak air, Khalid Berahim cepat je tuding jari kat SYABAS. Asyik-asyik jadikan SYABAS dan air NRW. Tak de alasan lain ke Khalid Berahim weiii...! Dok tuding jari kat orang, lagi 3 jari hang tu patah balik kat diri hang sendiri laaaa... 

Khalid marah dan tuduh SYABAS gagal selesaikan masalah air tidak membawa hasil akibat ketirisan (NRW). NRW ni kebanyakkannya adalah akibat paip bocor, curi air dan sebagainya...

Bila SYABAS mintak Khalid luluskan permohonan CAPEX (modal) untuk depa tukar paip baru, tukar peralatan baru yang lebih baik dan kelengkapan pengurusan air yang lebih sempurna, Khalid Berahim REJECT mentah-mentah..!

Habis tu? Khalid nak suruh SYABAS selesaikan masalah NRW macamana? Nak suruh gantikan paip karat dengan BULUH? Mana paip yang bocor ditampal dengan chewing gum? Agak-agak la Khalid weiii...! Buang la perangai menyalahkan orang lain... rasional la sikit bro...

Soalnya, mana perginya idea-idea Khalid sebelum ni? Mana tekonologi membran dari Kanada? Mana projek nak proses air lombong? Mana perginya "tong-tong air" nak tadah air hujan? Khalid dah start proses air laut ke? Saya yakin, apa pun Khalid tak buat...!

Saya tertanya-tanya, apakah Khalid begitu "bodoh" untuk jawab "tunggu musim hujan"? Saya yakin, Khalid tahu jawapan tu akan "back fire" kepimpinan Pakatan Haram di Selangor. Jadi, apakah Khalid punya udang di sebalik "meggi" kari?

Saya berpandangan, Khalid cuba nak sabotaj Anwar Berahim. Mungkin kerana Khalid tahu dia akan "digulingkan" Anwar dari jawatan MB Selangor, maka dia mula tinggalkan "tahi" pada Anwar Berahim dan Azmin. 

Saya tak kata pandangan saya betul, tapi ada kebarangkaliannya, kan?

TOLONGLAH JANGAN TEKAN PRESIDEN PAS BEGINI...

Posted: 23 Feb 2014 08:37 PM PST

Kesian pulak saya bila Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi kita diperintah bayar saman RM2 juta. Mana dia nak cekau duit banyak tu? Duit terkumpul dari karung dan tin milo ceramah PAS pun belum tentu dapat kumpul banyak tu dalam masa yang singkat...

Hanya disebabkan cerita "pil kuda", Ayah Chik yang saya segani diperintah bayar duit RM2 juta. Alaaa... selesai kat luar mahkamah la. Tak payah la nak tekan Ayah Chik macam tu.. Dah teruk dia ditekan geng Liberal dalam PAS tu.. jangan la tambah blood pressure Ayah Chik...

Selesai kat luar. Kita orang Islam ni bersaudara. Mana yang silap tu, minta maaf dan berbaik-baik la. Lepas tu jangan ulang balik kesalahan tu. Memang la tak semudah tu.. tapi itulah hebatnya persaudaraan dalam Islam.. siapa yang boleh buat, maka memang dia hebat la...kan?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

"Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu," kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

PBS: KETUA PENGARAH KATA LAIN, CIKGU-CIKGI BESAR KATA LAIN.. APA CERRR..?

Posted: 23 Feb 2014 06:33 PM PST

Alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih pada pihak Kementerian Pendidikan sebab "tangguh"kan PBS sehingga diputuskan oleh Menteri Pendidikan kita, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Pada saya ia adalah satu tindakan positif dari sudut "mendengar suara hati cikgu-cikgi" kita...

Selain meneliti semula PBS dan cuba mengurangkan beban guru dari sistem baru pendidikan tu, KPM juga secara tidak langsung memberitahu tentang kewujudan "war room KPM" bagi menangani masalah-masalah PBS tu.. 

Saya ingatkan parti politik saja yang ada "war room", tapi KPM pun ada..? Heh! Tapi okay la tuuu... cuma nama "war room" tu saja yang kurang sesuai kot... heheeee...

Dari tajuk berita "Guru Tak Perlu Teruskan PBS Sehingga Diberitahu" klik di sini, laporan tu bunyi macam semua cikgu-cikgi kita boleh tarik nafas lega... bunyinya betul-betul melegakan hati depa yang tengah panas.. maklum la... beban tu kononnya di"stop"kan KPM...

Cuma yang tak sedapnya ialah bila...



Guru-guru besar di sekolah-sekolah ramai yang memberi amaran kepada cikgu-cikgi kita supaya terus "key in" data dalam sistem PBS tu macam biasa....

Katanya, kalau betul pun Kementerian tangguhkan PBS, ia hanya dikaji semula dan tak semestinya PBS tu dibatalkan perlaksanaannya. Atas alasan "tak mahu kalut kena key in data banyak-banyak" selepas PBS dilaksanakan semula, cikgu-cikgi besar tu suruh jugak la cikgu-cikgi kecik teruskan PBS...

Apa maknanya? Makna, walaupun KPM cakap cikgu-cikgi boleh stop sekejap PBS, cikgu-cikgu "besar" pulak "over ride" kenyataan KPM tu dengan mengarahkan cikgu-cikgi "kecik" kita tu teruskan PBS...

Pi mai pi mai, tang tu jugak laaa...kan? Kalau macam tu, apa gunanya KPM buat statement? Suruh saja cikgu-cikgi "besar" kita tu buat "statement"...kan? Nampaknya gurubesar dan pengetua di sekolah "lebih besar" dari Ketua Pengarah KPM...kan?

Pada saya, KPM perlu beri arahan direct pada guru-guru besar ni. Guru-guru besar pulak, jangan la pulak buat perkara yang bertentangan dengan apa yang diarahkan KPM... macam tu baru betul.

Kalau betul PBS ditangguhkan perlaksanaannya, maka suruh la cikgu-cikgi ni stop betul-betul. Tak payah key in data dulu, tapi keep in rekod cara lama yang dikatakan "lebih mudah". Data kena ada. Nanti kalau KPM dah buat keputusan, baru la deliver data tu...

Lagipun, apa gunanya cikgu-cikgi kita terus key ini data kalau nak masuk website tu pun masih congested? Kalau key ini data pun dan ambil masa berjam-jam untuk save satu persatu data tu, apa gunanya? Guru-guru besar tu saja nak bagi cikgu-cikgi kita ni stress ke?

Apa kata kalau kita suruh je cikgu-cikgi "besar" kita tu key ini data dalam sistem database PBS tu. Tak payah la suruh semua tingkatan. Suruh dia try buat untuk satu kelas yang ada 40 orang murid saja selama sebulan... kita tengok lepas tu depa ada penyakit "darah tinggi" tak? Hahahahaaaa....

Saya tahu saya tak layak cakap pasal PBS ni sebab saya bukan cikgu. Tapi saya ramai kawan dengan cikgu-cikgi ni... saya faham la sikit-sikit masalah depa...

Padahal, depa tu bukannya orang Pakatan Haram pun, tapi pasal kerenah PBS dan tekanan guru besar yag nak bodek KPM tu buat depa menyampah pulak kat BN... naya je BN kena...kan?

HINDRAF DEMO DESAK WAYTHAMOORTHY LETAK JAWATAN..???

Posted: 23 Feb 2014 04:32 PM PST

Sebenarnya saya simpati kat pengikut-pengikut Hindraf...

Kesian kat orang India yang senang-senang ditipu orang macam WaythaMoorthy ni...

Mungkin pasal Waytha ni pandai cakap dan jual auta, dia dipilih jadi Ketua Hindraf...

Orang ingat dia la "pembela no.1 kaum India", maka dia pun diberi jawatan dalam kabinet...

Bila kita suruh bela kaum India, khabarnya dia mintak pulak ratus-ratus juta dan berbilion-bilion...

Bila tak kasi, dia tarik muka masam, letak jawatan... siap kutuk kerajaan pulak tuu...heh!

Patut pun ane-ane kat atas tu "hantam" sama Waytha...

Saya cadangkan Hindraf cari ketua lain laaa.. Waytha tu auta saja banyak la deyyy..!


Cucu Tok Selampit

Posted: 24 Feb 2014 01:05 PM PST

Cucu Tok Selampit


PKR Yang Bertanding Di #PRKKajang, DAP Yang Kutip Derma

Posted: 23 Feb 2014 06:40 PM PST


Cina DAP memang pandai mengambil peluang yang ada. Agak pelik apabila PKR yang bercadang untuk bertanding di DUN Kajang, DAP yang sibuk-sibuk untuk mengadakan Jamuan Makan Malam untuk mengutip derma. Jamuan makan malam yang bertemakan 'Dari Kajang Ke Putrajaya' dicadangkan diadakan di Tempat Letak Kereta Pasar Sg Chua, Kajang pada 21 March akan datang.

Tidak seperti modus operandi PAS yang mengutip derma seperti peminta sedekah dengan mengedarkan tin-tin Milo di ceramah-ceramah yang mereka adakan, DAP melakukannya dengan sedikit bergaya dan bercirikan korporat. Dengan mengenakan harga tiket untuk satu meja makan sebanyak RM500, RM1,000 atau RM2,000, gaya DAP mengemis nampak lebih professional.

Seperti biasa, tiada akauntabiliti untuk dana yang dikutip. Tiada akaun khusus dibuka untuk diaudit secara terperinci. Ke mana wang tersebut pergi dan dibelanjakan sentiasa menjadi tanda tanya. Inilah bentuk ketelusan yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Cina DAP.

IPOHMALAY

Posted: 24 Feb 2014 09:16 AM PST

IPOHMALAY


Si Jujur vs Si Penipu

Posted: 23 Feb 2014 07:54 PM PST

"KALAU kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya'. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Waktu itu bukan 'kecil anak' jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.

Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.
Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.

Dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang.

Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.

Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.

Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan 'politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi'.

Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.

Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai 'bebalisme' yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.

Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.

Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.

Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.

Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969.

Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.

Calon bukan pilihan atau 'underdog' pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon 'heavyweight' yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon 'Giant Killer'.

Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi?



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ini menampakkan bahawa jika Anwar menang, maka tidak dapat dielakkanlah untuk menyebut KAJANG LUBUK PENIPU. Sanggupkah warga KAJANG menerima label itu hanya semata-mata menaikkkan anak luar SELANGOR untuk memporak-perandakan negeri? Belum cukup sengsara menunggu lori air SYABAS? Maka perlulah dibuat pilihan yang bijak.

Pengikut