Khamis, 16 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 16 Dec 2010 11:13 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Naik harga barang, BN gali kubur sendiri

Posted: 16 Dec 2010 08:02 AM PST

Oleh MOHD ALHADI ZAINUN

Akhir-akhir ini kita lihat pelbagai provokasi dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai fitnah dilemparkan melalui saluran media massa kepada Pakatan Rakyat.

Saban hari semakin kuat pula pukulan gendang BN dipalu dengan memutar-belitkan fakta untuk menyakinkan rakyat supaya menyampah kepada Pakatan Rakyat dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kuasa BN. BN memang terlalu naif dalam mengenal erti perjuangan dan kesilapan lalu

Padah dulu dengan tersungkurnya lima negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat adalah kerana akibat sifat durjana BN yang selalu berat sebelah.

Penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan, dilihat signal jelas PRU-13 akan menjelang tidak lama lagi. Kenaikan harga air, minyak dan gula pula dilihat sebagai BN menggali kubur sendiri.

Perjuangan Rakyat

Posted: 16 Dec 2010 10:33 PM PST

Perjuangan Rakyat


Himpunan Perdana Peneroka SAMAN FELDA Peringkat Kebangsaan

Posted: 16 Dec 2010 04:25 PM PST

Program : Himpunan Perdana Peneroka SAMAN FELDA Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 17 Disenber 2010
Tempat : Markaz Tarbiyyah Darul Ikhwan Mengkarak, Bera, Pahang.
Aturcara:

6.00 - 7.00 : Jamuan Rakyat
7.00 - 9 00 : Munajat Perdana
9.00 - 12.00: Ceramah dan Pelancaran Saman

(klik imej)

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 16 Dec 2010 10:06 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Dewan Negara dirayu Tolak Akta JPJ (AES) saman lalulintas untuk Rakyat, syarikat kenyang

Posted: 16 Dec 2010 07:26 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING

Posted: 16 Dec 2010 09:45 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING


menjelajah menerusi takwim hijrah

Posted: 16 Dec 2010 08:23 AM PST

Hijrah merupakan satu istilah yang biasa dengan umat Islam terutamanya ia terkenal dengan Maal Hijrah, andaikata tidak ditetapkan Maal Hijrah itu adakah kita mengingati takwim hijrah..bulannya mahupun tahun hijrah. Kebiasaannya kita mengingati takwim Islam apabila berlakunya peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam Islam contonya yang terdekat iaitu Rabiulawal dimana berlakunya peristiwa kelahiran Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wassalam...kemudian Nisfu Syaaban....seterusnya yang paling di ingat ialah Ramadhan kerana mengejarkan Syawal(Hari Raya). Itu antara muqaddimah sesi ceramah Maal Hijrah yang berlangsung di dataran Musollah Bandar Putera Indah yang telah disampaikan oleh Ustaz Azlisham (Timbalan DUP Johor) pada 16 Disember.
Menelusuri sejarah wujudnya takwim Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad lagi dan diteruskan sehingga kepimpinan Sayidina Abu Bakar. Takwim yang digunapakai terhad kepada hari dan bulan tetapi pada zaman Amirul Mukminin Sayidina Umar Al-Khattab telah menambah 'tahun' sebagai pelengkap suratan-suratan atau dokumen-dokumen pada masa itu. Sebelum itu Sayidina Umar memanggil pembesar dan sahabat-sahabat untuk membicangkan sumber tahun tersebut. Cadangan pertama ialah mengikut kelahiran nabi(Nubuwwah), keduanya bermula pada tahun kenabian nabi(Miladiah) dan cadangan ketiga dari peristiwa hijrah nabi(Hijriyah) maka cadangan ketiga dipilih. Tetapi malangnya umat Islam kini telah menerima pakai dan lebih mengingati takwim Masihi....adakah kita juga dijajah menerusi takwim?
Ustaz juga menerangkan ciri-ciri orang Ansor iaitu yang menetap di Madinah dan telah sampai Islam kepada mereka dan kita perlu petimbangkan ciri-ciri ini dalam diri kita. Pertamanya mereka mencintai orang yang berhijrah ditempat mereka. Tetapi sekarang yang berlaku umat Islam telah disempadankan menerusi negara-negara. Kita mengatakan orang Indonesia yang masuk ke negara kita sebagai pendatang asing walaupun mereka saudara seIslam. Keduanya mereka tidak menaruh keinginan dalam hati terhadap apa yang diberikan kepada Muhajirin. Sehinggakan sanggup menceraikan isteri(suami yang mempunyai isteri lebih dari seorang) mereka untuk dikahwinkan kepada Muhajirin. Ketiganya, mereka mengutamakan orang Muhajirin lebih dari diri mereka sendiri. Maka tuan puan, insafilah dan bermuhasabahlah tentang diri kita supaya kita mencapai kurnia dan keredhaanNya.Wallahua'lam
Di atas adalah sebahagian dari sesi ceramah tersebut.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 16 Dec 2010 09:33 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


DS Nizar Bersama Penduduk Bukit Gantang Hari Ini.

Posted: 16 Dec 2010 06:41 PM PST

DS Nizar akan berada dalam Parlimen Bukit Gantang pada hari ini 17 Disember,Jumaat.DS Nizar dijadualkan Solat Jumaat di Masjid Kg Cheh.

Pada sebelah petang bertemu nelayan Melayu di Dun Kuala Sapetang.

Sementara itu pada sebelah malam berada di DUN Trong. Dengan tazkirah Maghrib di Kg Salak Baru dan ceramah di Kg Permatang Raja.



Rembau Hari Ini

Posted: 16 Dec 2010 09:21 PM PST

Rembau Hari Ini


Turap segera jalan berlopak

Posted: 15 Dec 2010 11:25 PM PST


Sinar Harian 16 Dis 2010

SEMERBOK - Sejak beberapa tahun lalu, permohonan bagi mendapatkan penurapan jalan baru masih dinanti penduduk Kampung Semerbok, di sini sehingga kini.

Penduduk, Mustapha Hashim, 59, berkata, :ketiadaan sistem perparitan yang sempurna menyebabkan jalan yang menghubungkan rumahnya dan jiran sering dinaiki air sehingga jalan sedia ada berlopak kerana ditakungi air.

Menurutnya, perkara membimbangkan dirinya apabila berlaku hakisan tanah di sebelah jalan menyebabkan salah satu tiang elektrik kelihatan condong.

"Keadaan ini amat merisaukan kerana khuatir berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Saya bimbang jika berlaku tanah runtuh di kawasan ini menyebabkan jalan terputus dua, sekali gus menyukarkan kami untuk keluar masuk," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sehubungan itu, Mustapha berharap, pihak berkenaan dapat mengambi tindakan segera bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Malah katanya, longkang yang dibina sendiri tidak mampu lagi menampung jumlah air yang banyak sehingga melimpah keluar.

"Rumah yang dibina di kawasan ini semakin bertambah. Rumah saya berada di bahagian bawah menyebabkan air mengalir turun.

"Disebabkan itu saya harap longkang dapat dibina secepat mungkin supaya air dapat mengalir mengikut saluran yang betul, apatah lagi hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan kawasan ini dinaiki air," katanya.

Menurutnya, keadaan jalan yang sempit juga menyebabkan saudaranya hampir terjatuh ke dalam kawasan curam berikutan ketika itu hujan lebat menyebabkan dia tidak dapat melihat dengan jelas keadaan jalan.

"Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya mereka dapat mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8521966.asp

PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 16 Dec 2010 09:06 PM PST

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Golongan muda sebagai kuasa ketiga

Posted: 15 Dec 2010 10:56 PM PST


Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Konvensyen Pakatan Rkyat pada 19 Disember ini sangat wajar memberikan perhatian kepada trend pemikiran anak muda dalam perkembangan politik tanah air dan trend pengundi atas pagar, yang dipanggil 'Kuasa Ketiga', selain isu lain.

Trend itu ialah: Pertama, trend pemikiran anak muda masa kini yang dilihat sangat kritikal terhadap parti pemerintah atas beberapa sebab.

Kedua, kemunculan apa yang dipanggil 'Kuasa Ketiga' iaitu pengundi atas pagar yang sangat penting diperhatikan justru golongan ini dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara sekarang.

(Gambar hiasan: Sejauh mana Pemuda PAS dapat menjiwai kehendak anak muda)

Golongan atas pagar yang baru ini mungkin tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi mereka hanya akan mengundi parti dan calon yang memenuhi cita rasa mereka. Mereka ini melihat isu dan cara mana sesuatu parti yang bertanding itu menangani isu itu. Mereka juga meneliti rekod parti pemerintah dan pembangkang.

Dua perkembangan terbaru dalam arena politik di Malaysia ini sangat wajar diberikan perhatian oleh Konvensyen Pakatan Rakyat nanti kerana ia tentunya mempengaruhi keputusan PRU Ke-13 nanti.

Dengan itu konvensyen ini wajar melihat secara objektif akan hal ini dan bagaimana menanganinya dengan bijaksana.

Penulis politik terkenal, yang juga Ketua Pengarang Harakah dalam satu tulisannya di Harakahdaily baru-baru ini mengulas mengenai trend anak muda sekarang. Beliau menulis bahawa demonstrasi membantah kenaikan melampau tarif air di Selangor baru-baru ini menunjukkan beberapa petanda menarik.

Menurutnya, penyertaan pro-aktif golongan muda untuk turut berarak dan menuntut hak - termasuk daripada kelompok mahasiswa yang secara jelas dilarang terbabit dengan apa jua kegiatan politik dalam dan luar kampus - mencuit perhatiannya.

Tanpa kehadiran mereka, kata Lutfi, kemeriahan perhimpunan mungkin terjejas teruk. Saya amat bersetuju dengan pandangan Lutfi bahawa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas, Pulau Pinang, hujung minggu ini wajar memberi tumpuan khas terhadap gelagat anak muda dalam berpolitik.

Kata Lutfi lagi, selain merumuskan deraf manifesto awal Pilihan Raya Umum Ke-13 dan membincangkan isu-isu kritikal yang membantut kemajuan negeri-negeri yang diperintah Pakatan, usaha menggerakkan kesedaran orang muda, sekurang-kurangnya untuk mendaftar sebagai pemilih, seterusnya terlibat aktif sebagai agen reformasi, tidak boleh dilewat-lewatkan.

Bagi saya, perkembangan dan suasana politik baru di Malaysia menuntut kebijaksanaan yang sungguh-sungguh dari pemimpin dan warga Pakatan Rakyat seluruhnya, terutama hasil dari kehadiran pelbagai media baru melalui internet dan media cetak alternatif.

Suasana tentunya sungguh berbeza dengan trend politik ketika PRU Ke-12 di tahun 2008 dulu. Ini semua, antaranya, disebabkan Umno/BN cuba 'bangun' kembali dari kekalahan teruknya dulu, isu perkauman yang begitu disemarakkan oleh golongan berkepentingan.

Juga tidak dapat dinafikan mengenai persepsi orang ramai kesan dari krisis yang melanda PKR – walaupun kini sudah reda, juga isu pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat serta beberapa isu lain.

Dengan itu Pakatan Rakyat, pertamanya perlu memberi perhatian sungguh-sungguh kepada golongan muda justru pengaruh mereka menyerlah kembali.

Golongan muda dan 'Kuasa Ketiga' ini mungkin boleh menjadi kuasa penentu akan kemenangan calon-calon dalam PRU Ke-13 nanti. Mereka ini sedang memerhatikan sungguh- sungguh perjalanan Pakatan Rakyat dan Umno/BN, terutama para calon yang akan dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Bagi kedua golongan ini mereka hanya akan memberikan undi kepada calon yang mereka lihat berwibawa, kurangnya potensi – atau tidak berpotensi sama sekali - untuk melompat, calon yang berilmu, mesra rakyat dan berfikiran terbuka serta calon yang tidak pelahap dengan pelbagai habuan atau boleh dibeli dengan wang dan ganjaran lain. Juga calon yang bukan menjadi 'tukang sorak' semata-mata di Dun atau Dewan Rakyat.

Boleh disimpulkan bahawa golongan generasi muda dan golongan atas pagar yang baru ini adalah golongan yang sangat kritikal. Jangan ada siapa yang berfikir bahawa mereka ini adalah 'pengundi mainoriti', tidak penting dan bukan penentu keputusan pilihan raya.

Seperti dikatakan tadi, kedua-dua golongan ini sangat terdedah kepada pelbagai maklumat dan sama sekali bukan 'pelanggan' media tradisional baik akhbar ataupun TV. Mereka golongan yang berfikir dan terbuka.

Mereka hanya mengundi calon yang boleh membawa negara ini benar-benar mengamalkan demokrasi dan adil, bersih dari segala bentuk rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya serta mereka mahukan negara ini bebas dari elemen perkauman dan kelompok.

Oleh itu jika Pakatan Rakyat dapat memberikan jaminan dan menunjukkan kemampuan melaksanakan idealisme mereka ini, tidak syak lagi kedua golongan ini akan memberikan undi kepada mereka.

Di samping itu, Pakatan mestilah juga memberi perhatian sungguh-sungguh kepada pengundi tegar PAS, DAP dan PKR selama ini supaya mereka tidak lari dan dalam masa yang sama rakyat mahukan jaminan dari Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen sungguh-sungguh melaksanakan sebuah kerajaan yang terbaik untuk rakyat jika menang.

Sementara itu, adalah sesuatu yang tepat keputusan PAS melarang semua pihak memberi kenyataan, ulasan dan sebagainya mengenai isu negara Islam.

Kepada saya semua pihak juga perlu berhenti dari menimbulkan isu timbalan perdana menteri jika Pakatan berkuasa serta isu yang memperlihatkan perbezaan pendapat di antara pemimpin dalam dalam Pakatan, isu perkauman dan lain-lain.

Kenyataan yang keluar selama ini, walaupun tidak selalu, banyak mencederakan kewibawaan Pakatan Rakyat justru ia menjadi 'bola tanggung' kepada pemimpin Umno/BN dan media yang mereka kuasai untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Apa yang diharapkan ialah semua parti dalam Pakatan memberikan tumpuan serius kepada PRU Ke-13 dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melayani masalah dalaman berlarutan.

Inilah persoalan dan hala tuju yang sangat wajar difikirkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ini. Agenda, usul, rumusan dan rangka bertindak Konvensyen ini sewajarnya tepat dan bijaksana justru rakyat sedang menanti hasilnya.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 16 Dec 2010 07:57 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Lagi mengenai PMR

Posted: 16 Dec 2010 02:17 AM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 16 Dec 2010 07:42 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Tenang Masih Terlantar Di Hospital...Jam 1.10 Pagi Meninggal Dunia

Posted: 16 Dec 2010 04:15 PM PST

(Kemaskini) ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha masih terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil. NONEAhli parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata keadaan kesihatan Sulaiman adalah 'stabil' tetapi enggan mengulas lanjut.

Tenang adalah kerusi yang terletak di kawasan parlimen Tenang. Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat. Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta, Hospital Pakar Ampang Putri di Kuala Lumpur.
_________________________________________

ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada jam 1.10 awal pagi ini. Allahyarham berusia 59 tahun.Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki - malaysiakini
_________________________________________

Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

azlanSementara itu, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.

Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya. Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

sumber : malaysiakini.com

Cadangan Penggantungan Anwar dari Parlimen Satu Tragedi Demokrasi - Presiden PAS

Posted: 16 Dec 2010 12:02 AM PST

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membantah cadangan pihak tertentu untuk mengambil tindakan penggantungan terhadap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan daripada Parlimen Malaysia. Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita. Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini.

Penafian hak ke atas Dato' Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.

Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman. Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah.

PAS berharap agar kesilapan yang sedang berlaku dalam kes ini diperbetulkan segera supaya kita terus dihormati oleh semua lapisan rakyat. PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara. Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini.

‎​Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

9 Muharam 1432 H / 15 Disember 2010 M

sumber : presiden.pas.org.my

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 16 Dec 2010 07:38 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Posted: 16 Dec 2010 06:40 AM PST

DPPK PARIT

Posted: 16 Dec 2010 07:22 PM PST

DPPK PARIT


KEDAI MAKAN TAPI SUKA ADA KARAOKE

Posted: 16 Dec 2010 03:59 AM PST

Khalid Samad

Posted: 16 Dec 2010 07:15 PM PST

Khalid Samad


Proton Comes Under Fire on Twitter

Posted: 15 Dec 2010 07:11 PM PST

KUALA LUMPUR - A government backbencher has defended the high price tags on imported cars and the government's policy of protecting Proton, only to attract a litany of grouses against the national car brand.

Responding to Shah Alam MP Khalid Samad's earlier statement that foreign car prices were high because of protective policies by the government, UMNO's Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said Proton cars' high local contents was the reason behind their lower taxes.

"In its infancy, Proton did get help from govt. But now it is standing on its own. Government loans have been settled. No more protectionist policy. Proton is cheap because it was imposed lower taxes because it contains high local contents, and not because the government wants to protect," said Abdul Rahman.

Abdul Rahman also suggested that the government might be looking for higher income by imposing high taxes on import cars.

"Imported cars are expensive because of high taxes. Maybe the government wants more income," he added in remarks on micro blogging site Twitter.

The comments attracted a number of tweets, with many branding the MP's remarks as "idiotic" and "warped".

"Pricing not expensive because need to support Proton? You must be thinking that most Malaysians are idiots... like you," said one user.

More from HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-
-{Follow YB Khalid Samad on Twitter}-

Dr Azman Ibrahim

Posted: 16 Dec 2010 07:15 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Hijrah dan Kecintaan Kepada Tanahair

Posted: 15 Dec 2010 08:50 PM PST

Siti Zailah | Home

Posted: 16 Dec 2010 03:38 PM PST

Siti Zailah | Home


isu wikileaks

Posted: 15 Dec 2010 07:17 PM PST

Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.

Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno. Apabila minyak naik ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.

Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini. Sebelumnya banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran. Media pula diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.

PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara. Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU akan datang.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Dec 2010 03:33 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


APA KAITAN 26HB DENGAN JUZUK 26 AL-QURAN?

Posted: 15 Dec 2010 11:36 PM PST

Bencana Tahun 1500-2010:


26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas

26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.

26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas

26 Agt 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas

26 Des 1861 gempa bumi di Egion, Yunani

26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA

26 Agt 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia

26 Nop 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic

26 Nop 1930 gempa bumi di Izu

26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani

26 Des 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas

26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia

26 Des 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas

26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki

26 Des 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepang

26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki

26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang

26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas

26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island

26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki

26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia

26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island

26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki

26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic

26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki

26 Des 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris

26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA

26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang

26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina

26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA

26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA

26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 – kini

Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 juni 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.


Ada apa dengan 26.?‎ Trnyata..dlm alquran, juz ke 26 surat asy-syu'ara didalamnya tntg azab Allah... Subhanallah

6 BULAN DSAI DIGANTUNG... BOLEH FOKUS BENDA LAIN

Posted: 15 Dec 2010 09:10 PM PST

Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.

"Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini. Jadi, kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan," kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa.

Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej "mahkamah kanggaru" ke dalam Dewan Rakyat.

Kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas usul menggantung Anwar diluluskan.

PUASA SAHAJA KELEBIHAN 10 MUHARRAM!!!

Posted: 15 Dec 2010 05:44 PM PST

Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-
لَمْ يَرِدْ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا عَنْ أَصْحَابِهِ , وَلا اسْتَحَبَّ ذَلِكَ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ , وَلا غَيْرِهِمْ . وَلا رَوَى أَهْلُ الْكُتُبِ الْمُعْتَمَدَةِ فِي ذَلِكَ شَيْئًا , لا عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا الصَّحَابَةِ , وَلا التَّابِعِينَ , لا صَحِيحًا وَلا ضَعِيفًا , لا فِي كُتُبِ الصَّحِيحِ , وَلا فِي السُّنَنِ , وَلا الْمَسَانِيدِ , وَلا يُعْرَفُ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الأَحَادِيثِ عَلَى عَهْدِ الْقُرُونِ الْفَاضِلَةِ . وَلَكِنْ رَوَى بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ فِي ذَلِكَ أَحَادِيثَ مِثْلَ مَا رَوَوْا أَنَّ مَنْ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ مِنْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَمَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَمْرَضْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَأَمْثَالِ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ,
"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,"

Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-
وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ , وَرَوَوْا أَنَّ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ تَوْبَةَ آدَمَ , وَاسْتِوَاءَ السَّفِينَةِ عَلَى الْجُودِيِّ , وَرَدَّ يُوسُفَ عَلَى يَعْقُوبَ , وَإِنْجَاءَ إبْرَاهِيمَ مِنْ النَّارِ , وَفِدَاءَ الذَّبِيحِ بِالْكَبْشِ وَنَحْوَ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فِي حَدِيثٍ مَوْضُوعٍ مَكْذُوبٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم : أَنَّهُ مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ السَّنَةِ

"dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

Kesimpulannya :- Bagi orang Islam, amalan sahih yang digalakkan pada hari Asyura hanyalah berpuasa.

Sekian, wassalam

TUKAR AKIM KEPADA KITA... ZAID TUNJUK BELANG...

Posted: 15 Dec 2010 05:22 PM PST

Hanafi Hamat Tidak Iktiraf Parti AKIM Ditukar KITA


 MACHANG 15 DIS : Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia(AKIM) Hanafi Hamat berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur hari ini.


AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.

... nampknya belum pape lagi Zaid dah tunjuk belangnya...

(BERGAMBAR) UMNO LAH PENYEBAR FAHAMAN PLURALISME!!!

Posted: 15 Dec 2010 05:16 PM PST

... korang nilai la sendiri... siapa yang menyuburkan fahaman pluralisme...?

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 16 Dec 2010 03:24 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Kaunter Daftar Pemilih di Giant Hipermarket Kelana Jaya

Posted: 16 Dec 2010 03:05 PM PST

Ahli Parlimen Kelana Jaya turut turun padang bersama membantu daftar pemilih di Giant Kelana Jaya.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 16 Dec 2010 03:21 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Juara rasuah

Posted: 16 Dec 2010 08:53 AM PST

Pengarah Imigresen hadapi 14 pertuduhan rasuah

TIMBALAN Pengarah I Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar, 56, (kiri)keluar dari Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, hari ini diiringi peguamnya atas kesalahan 14 pertuduhan rasuah berjumlah RM121, 500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warga negara China dan bagaimanapun mahkamah menetapkan 20 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Besar jawatan, besar rasuahnya.

saintis Islam mendahului zaman

Posted: 16 Dec 2010 07:54 AM PST

Penemuan-penemuan Muslim Yang Mengguncang Dunia

Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia

Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Proyek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan muslim yang terlupakan.

"Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisans langsung kepada Yunani," ujar Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

Penemuan 1001 di Pameran Museum Sains London mendedahkan banyak perkara yang menegaskan kembali sumbangan peradaban non-barat, seperti kerajaan muslim yang suatu waktu pernah meliputi Spanyol dan Portugis, Itali selatan dan terbentang seluas daratan China.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Operasi Bedah



Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia berilustrasi tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan pakar perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan menciptakan sepasang alat penyepit untuk pembedahan.

2. Kopi



Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajrt yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang



Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membuat konstruksi sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia melakarkan sebuah perangkat sayap dan secara khusus membentuk layaknya kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Kordova Spanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Desain yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti


Pada tahun 859 seorang putri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universitas al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar


Kata aljabar berasal dari judul kitab ahli matematik terkenal Persia abad ke-9 'Kitab al-Jabr Wal-Mugabala', yang diterjemahkan ke dalam buku 'The Book of Reasoning and Balancing'. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem pemersatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Matematikawan lainnya Al-Khwarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang bisa menjadi kekuatan.

6. Optik


"Banyak kemajuan penting dalam studi optik datang dari dunia muslm," ujar Hassani. Diantara tahun 1000 Ibn al-Haitham membuktikan bahwa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, mengacuhkan teori Euclid dan Ptolemy bahwa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat muslim lainnya juga menemukan fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Muzik muslim memiliki pengaruh signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah lute dan rahab, nenek moyang biola. Skala notasi musik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi


Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Substansi kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Engkol


Banyak dasar sistem automatis moden pertama kali berasal dari dunia muslim, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini

10. Penemuan Sabun di Dunia Islam


Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. Menurut Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya berjudul, Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi pusat industri sabun.''Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam,'' papar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat dari minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan legendaris dari Persia.

''Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah,'' cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat umat Muslim di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas). Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

11. ROBOT
Patung-patung bergerak al-Jazari


Banyak yang menyangka Robot pertama diciptakan oleh sang genius Leonardo da Vinci di tahun 1495. Tapi lihat ini di Wikipedia. Di tahun 1206, seorang ilmuwan bernama Al-Jazari sudah menciptakan sebuah "mesin" yang bisa bergerak-gerak menggunakan tenaga air berbentuk manusia.

Ini, adalah salahsatu Robot pertama dalam sejarah manusia. Khususnya adalah robot pertama yang diprogram secara mekanis, the first programmable humanoid robots. Robot-robot ini berbentuk musisi yang secara otomatis boleh memainkan alat muzik bila dihidupkan. Lihat di Wikipedia : Robot, History of Robots. Para ilmuwan Islam sudah membuatnya jauh sebelum Leonardo Da Vinci.

12. Rumus graviti universal



Penemuan "Hukum Graviti Universal" oleh Newton (Principia, 1687) dianggap sebagai salah satu puncak tertinggi dari seluruh eskalasi kecerdasan spesies manusia. Tapi lihat juga ini di Wikipedia. Seorang ilmuwan bernama Muhammad Ibn Musa di abad 9 sudah menciptakan hipotesis akan adanya suatu Daya Tarik raksasa dalam pergerakan benda-benda luar angkasa. Ilmuwan Islam bahkan sudah mendahului Newton.

13. Angka 0, 1-9



Bayangkan saja angka-angka standar 0, 1-9 yang sekarang digunakan di seluruh dunia. Angka-angka ini diperkenalkan pertama kalinya oleh ilmuwan Islam. Nama ilmuwan genius itu adalah Al-Khwarizmi.

Dia juga menciptakan sistem penghitungan aljabar, yang dalam bahasa Inggris antarabangsa dikenal sebagai Algebra, yang diambil dari judul buku Al-Khwarizmi, Hisab al-jabr w'al-muqabala. Al-Khwarizmi dianggap sebagai Bapak Aljabar Dunia.

Dan Algorithma (algorithm) yang tentu menjadi inti flowchart pemecahan masalah dan sistem sebuah program komputer, berasal dari nama Al-Khwarizmi. Al-Khawrimi adalah seorang genius yang merubah seluruh dunia.

Pilihanraya kecil di Johor?

Posted: 16 Dec 2010 07:41 AM PST


Dato Sulaiman Taha meninggal dunia. Allahyarham Ketua Bahagian UMNO Labis (Johor)dan Adun Tenang.

Allayarham dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini diberitakan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Al fatihah!

Al-Fatihah

tapi mungkin tak ada Pilihanraya kecil berdasarkan maklumat di bawah...

Adun Umno Tenang di ICU, isteri kata dijangkiti kuman

December 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang Datuk Sulaiman Taha dirawat di ibu negara hampir sebulan lalu tetapi stabil, kata pembantunya, sekali gus menolak spekulasi akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Pembantu peribadi Sulaiman, Razak Rashid berkata, wakil rakyat Umno itu dimasukkan ke hospital sehari selepas sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor.

"Keadaan beliau (Sulaiman) bertambah baik tapi beliau masih bergantung pada alat bantuan pernafasan," kata Razak kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Razak berkata Adun selama dua penggal itu turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

Ketua Umno Labis itu berada di Hospital Segamat selama dua hari sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini.

"Saya dimaklumkan oleh ahli keluarga datuk dan keadaan beliau sekarang stabil," kata Razak.

Beliau turut memberi jaminan pejabat khidmat masyarakat Adun Tenang akan terus beroperasi walaupun tanpa Sulaiman.

"Saya ada di Labis, kami buat kerja seperti biasa, mengadakan mesyuarat kecuali mana-mana perkara yang memerlukan kehadiran wakil rakyat," kata Razak.

Isteri Sulaiman Datin Noraini Yaakop juga mengesahkan wakil rakyat itu berada dalam keadaan stabil dan doktor menasihatkan Sulaiman supaya berehat.

Beliau dipindahkan ke Hospital Pakar Ampag Puteri di sini selepas mengalami jangkitan kuman paru-paru.

"Doktor arahkan supaya Datuk (Sulaiman) berehat sahaja sekarang ini. Datuk sekarang dalam keadaan stabil, tapi beliau masih lagi lemah.

"Pada 24 November Datuk masuk (hospital) kerana jangkitan kuman pada paru-paru tapi yang itu dah OK.

"Tapi sekarang Datuk kena jangkitan kuman dalam darah pula, doktor cakap mungkin datang (dijangkiti) daripada pelawat yang melawat beliau," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider petang ini.

Tambah Noraini, doktor juga tidak membenarkan sesiapa termasuk dirinya berjumpa dengan Sulaiman kerana bimbang keadaan akan menjadi lebih teruk.

"Sekarang doktor tak benarkan pelawat datang jumpa datuk, saya sendiri pun tak boleh jumpa.

"Doktor sekarang sedang pantau keadaan datuk, sekarang dah stabil. Datuk sekarang berehat saja dalam wad," katanya.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya umum 2008 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran, majoriti 2,492 undi.

DUN Tenang berada dalam Parlimen Labis, yang menjadi kubu kuat Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek dan kini disandang oleh anaknya Chua Tee Yong.

Satu lagi DUN yang berada dalam Parlimen Labis adalah Bekok yang turut dimenangi Barisan Nasional.

Sulaiman tidak menghadiri sidang DUN bulan lalu, yang membahaskan bajet 2011 sehingga timbul khabar angin akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil.

Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat.

Difahamkan PAS Johor telah membuat persiapan jika pilihan raya kecil diadakan.

BN memenangi 50 kerusi DUN sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Dec 2010 03:08 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


TEKTIK KOTOR DUA PER TIGA, ALASAN DEDAH APCO

Posted: 15 Dec 2010 05:34 PM PST


Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.
Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.
Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

Kedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.
Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

Tindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.

SYUKUR PADA ALLAH ! BEKAS PENGASAS UMNO BERHIJRAH KE PKR

Posted: 15 Dec 2010 04:49 PM PST


Mantan pemimpin Umno Sabah yang juga individu yang bertanggungjawab membawa parti dari Semenanjung ke negeri itu, Datuk Karim Ghani secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat(PKR).
Ketika membuat sidang media semalam berkata parti pemerintah ketika ini, Umno-Barisan Nasional, tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya rasa berbesar hati kerana PKR menerima saya," kata Karim yang berbangsa India-Dusun, sebelum ini bersama Parti Bersatu Kebangsaan Sabah (USNO).

"Saya telah serahkan borang permohonan terus ke ibupejabat PKR."

Karim berkata beliau sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PKR kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan beberapa lagi pemimpin Cabang di negeri ini.

Ketika ditanya tentang alasan menyertai PKR, beliau berkata alasannya sama apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Umno Sabah.

"Pakatan telah berjanji akan mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak dan berjanji akan menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada kedua-dua negeri ini," kata Karim

"Ini sama seperti yang saya nyatakan dalam surat perletakkan jawatan kepada Umno Sabah.

"Umno buat saya seperti duduk di tepi 'jamban'," ujarnya.

Karim berkata, janji bahawa autonomi Sabah akan dihormati akan membantu ahli Usno bangkit menentang Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam pada itu, beliau turut membidas Umno yang membelakangkan Perlembagaan Negeri berhubung perlantikan Ketua Menteri yang dipilih Putrajaya dan bukannya pemimpin tertinggi negeri.

"Saya sendiri telah diketepikan dan diarah oleh Umno Sabah supaya duduk berdekatan dengan 'jamban'.

"Mereka(Umno) lebih berminat kepada Pairin (Presiden PBS - Joseph Pairin Kitingan) - daripada orang macam saya atau pemimpin Usno yang banyak berkorban untuk parti." ujar Karim.

"Jika rakyat Sabah ingin mengekalkan 'status quo', beliau berkata mereka boleh menyokong BN.

"Tetapi, jika mereka lebih mementingkan mengenai agenda perubahan dan reformasi, maka mereka sepatutnya menyokong Pakatan Rakyat dan jangan benarkan kesatuan antara mereka berpecah yang akan memberikan kemenangan kepada BN," tegasnya lagi.

-tvsnews-

SEBIJIK MACAM KES PPP, PARTI NYAMUK ADA 2 PRESIDEN?

Posted: 15 Dec 2010 04:41 PM PST


Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Hamat berkata beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama baru bagi parti itu iaitu Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya, di Kuala Lumpur Rabu.

AKIM merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai Prinsip perjuangannya yang tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya kepada Bernama di Machang.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti KITA yang ditukarkan namanya daripada AKIM dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

Zaid, yang juga bekas Anggota Parlimen Kota Baharu, juga dilaporkan sebagai berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak AKIM sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
"Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka yang cuba menghidupkan AKIM dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk segelintir anggota AKIM yang terlibat dengan penubuhan parti KITA, bagi menggantikan nama asal AKIM serta berniat untuk menggulingkannya.

Hanapi juga berkata, beliau tetap menganggap dirinya sebagai Presiden AKIM yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka Presiden AKIM.

Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi Presiden parti AKIM berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.

Batu Gajah Mari

Posted: 16 Dec 2010 11:15 AM PST

Batu Gajah Mari


PRK di Tenang

Posted: 16 Dec 2010 10:36 AM PST

http://media1.malaysiakini.com/307/0a3aaa09093ec8aa0853e4a3906ea7fb.jpg

"Dato Sulaiman Taha meninggal dunia. Allahyarham Ketua Bahagian UMNO Labis (Johor)dan Adun Tenang. Al-Fatihah"

Anwar: Speaker ikut arahan Nazri

Posted: 16 Dec 2010 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen hari ini mendakwa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendapat arahan langsung daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Beliau berkata, "Speaker bertukar-tukar nota dengan Nazri. Nazri memberi arahan kepada Speaker, Speaker tidak profesional, berat sebelah dan menggunakan kuasa sendiri.

"Perkembangan ini memalukan kerana saya bangun hendak berucap tetapi Speaker kata tidak ada orang yang mahu berucap.
"Oleh kerana itu kami semua (ahli Parlimen Pakatan Rakyat) keluar dewan sebelum pengundian dibuat," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh digantung enam bulan kerana didakwa membuat kenyataan palsu berhubung One Israel sama dengan 1Malaysia Kerajaan Malaysia.
BN rampas kuasa Parlimen
Parlimen juga menggantung Azmin Ali (PKR- Gombak); R Sivarasa (PKR – Subang) dan Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor), juga
selama enam bulan.
Nazri membuat usul penggantungan itu di Dewan Rakyat semalam kerana
ketiga-tiga ahli parlimen pembangkang berkenaan mengeluar kenyataan media.
"BN (Barisan Nasional) dan Umno rakus, sombong dan menghina Parlimen kerana mereka mempunyai majoriti. Ini cara merampas kuasa Parlimen setelah tidak mendapat sokongan rakyat," tambah Anwar.
Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang hadir sama dalam sidang media itu berkata, Speaker telah menerima arahan dalam bentuk pertukaran nota daripada Nazri.
"Ini bermakna dia (Speaker) bukan bebas hendak membuat keputusan. Apa yang berlaku Speaker gagal mengawal keadaan tegang yang berlaku.
"Arahan yang beliau terima dari BN menyebabkan beliau hilang kebebasan sebagai seorang Speaker," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 16 Dec 2010 11:12 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


UMNO ugut rakyat untuk terus perintah negara: Nizar

Posted: 15 Dec 2010 05:24 PM PST


SHAH ALAM – UMNO didakwa mengugut rakyat berkenaan kenyataan tiada parti politik lain boleh menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melainkan Barisan Nasional (BN) dan parti komponennya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ugutan tersebut dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada baru-baru ini.

"Kalau BN tidak boleh menang, kami akan pastikan tiada parti lain juga yang boleh menang dalam pilihan raya nanti.

"Ini adalah satu ungkapan dahsyat oleh Najib semata-mata untuk meneruskan hasrat memerintah negara," katanya ketika berucap dalam ceramah PR semalam.

Menurutnya, Najib menegaskan BN akan tetap mempertahankan Putrajaya tidak kira apa yang berlaku termasuk peralihan kuasa pemerintahan.

"Tindakannya untuk mengugut rakyat supaya jangan berani menyokong PR dalam pilihan raya akan datang.

"Malahan janji mereka untuk membuat kekacauan dan rusuhan kaum terhadap semua negeri yang ditadbir PR namun sehingga kini semuanya tetap selamat," katanya.

Nizar berkata, kejadian rampasan kuasa di Perak antara contoh BN melakukan kekecohan di negeri yang ditadbir PR.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 16 Dec 2010 09:31 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


UPEMUDA HULUR SUMBANGAN TAHUN BAR

Posted: 16 Dec 2010 07:06 AM PST

16 Disember 2010, Khamis - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau beserta rombongannya sekitar 20 orang pada hari ini telah turun ke kawasan di DUN Kerdau menyampaikan sumbangan sempena tahun baru ini.

Program sumbangan kebajikan ini "Sekilo beras dan sekampit gula" telah menerima sumbangan orang ramai di sekitar Jengka dan Kerdau dan berjaya di sampaikan kepada beberapa golongan yang kurang bernasib baik di Kampung Badok, Teluk Sentang, Desa Purun, Batu Sawar dan Kg Dato Shariff.

beberapa ahli rombongan yang turut serta menyampaikan sumbangan..

Us Shahril ketika sedang menghulurkan sumbangan...

Kelihatan salah sebuah rumah kayu yang usang...di manakah pembelaan terhadap mereka?

Terima kasih la kepada semua...

Sebahagian ahli Jabatan Amal yang turut serta..

"Makcik x dengar dah ni, cakap kuat sikit yer..."

Semua mereka sekitar 45 buah rumah telah menerima sekampit beras dan sekilo gula. Sumbangan telah di sampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz.

Beliau yang juga merupakan Timb. Ketua Pemuda PAS Pahang bersama-sama sekitar 20 pemuda termasuk ahli jabatan Amal Kuala Krau, pemuda Jengka dan Kerdau menyampaikan sumbangan tersebut bermula jam 9.30 pagi dan tamat sekitar jam 2 petang.

Mereka gembira dengan kedatangan romobongan pemuda PAS..Terima kasih banyak2 la yer..

Sebuah rumah sebesar sebuah bilik di Teluk Sentang. Itu lah bilik, dapur, ruang tamu dan lain-lain...

Beliau mengucapkan terima kasih kepad semua yang terlibat menjayakan program kebajikan pada kali ini. Semoga usaha kita mendapat ganjaran di sisi Allah.

Beliau juga berharap supaya pihak berwajib dapat "turun padang" melihat nasib rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan terutama kepada pihak kerajaan yang wajib membela nasib rakyat dan bukan hanya memilih "bulu".

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Dec 2010 09:10 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Rezeki pemandu terjejas

Posted: 15 Dec 2010 06:45 PM PST

PPTBPS dakwa ada teksi haram tunggu luar stesen kereta api ambil penumpang

Berita Harian 16 Dis 2010

SEREMBAN: Kewujudan teksi haram di luar kawasan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), di sini menyebabkan pendapatan pemandu teksi Persatuan Pemandu Teksi Bekas Perajurit Seremban (PPTBPS) yang beroperasi di situ terjejas.

Pengguna lebih memilih menggunakan teksi yang menunggu secara haram di luar stesen walaupun bayaran dikenakan lebih mahal, selain keselamatan dan keselesaan tidak dijamin. Pengerusi PPTBPS, Mahat Dollah, berkata persatuan berkenaan menyewa laluan teksi di situ sejak 2004 dengan bayaran RM750 sebulan bagi mengambil penumpang yang turun dari kereta api dan komuter untuk ke destinasi dalam dan luar negeri. "Apa yang dikesalkan adalah tindakan pemandu teksi haram yang menunggu di luar stesen dan 'mencuri' pelanggan kami. Mereka bukan saja menunggu di garisan kuning jalan, malah menghalang laluan teksi ahli persatuan untuk keluar.

"Setiap kali waktu puncak atau orang baru turun dari kereta api, mereka pasti akan menunggu dan melambaikan tangan kepada pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan mereka. Apabila ditegur, mereka marah sehingga menimbulkan pergaduhan," katanya.

Mahat berkata, pernah beberapa kali persatuan dipanggil Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan negeri (PPDNKK) kerana didakwa mengenakan bayaran yang mahal kepada penumpang, sedangkan ia dilakukan pihak lain tidak bertanggungjawab itu.

"Kami mengenakan bayaran mengikut caj yang diluluskan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukannya sesuka hati, malah kami akan mengenakan tindakan tegas kepada ahli yang mengambil tambang lebih daripada penumpang.

"Persatuan mengutamakan kebajikan dan keselamatan penumpang yang menggunakan perkhidmatan kami, tetapi teksi haram di luar bebas meletakkan harga bagi setiap perjalanan hingga kami pula yang kena tempiasnya," katanya.

Sementara itu, setiausaha persatuan berkenaan, Kamarulzaman Abd Razak, berkata pihaknya sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak berkaitan mengenai masalah teksi haram itu, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

"Apabila penguat kuasa datang, mereka melarikan diri dan jika hari ini disaman, esok mereka datang semula dan beroperasi secara haram seperti biasa. Tindakan mereka ini melampau dan menjejaskan periuk nasi ahli persatuan," katanya.

Kamarulzaman turut mencadangkan supaya di luar stesen KTM diletakkan papan tanda arahan dilarang menunggu supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada pemandu teksi haram yang ingkar.

"Di sini hanya ada garisan kuning, tetapi papan tanda arahan tidak diletakkan walaupun sudah beberapa kali aduan dibuat. Saya pasti jika papan tanda arahan ada nanti, ia dapat menghalang teksi haram menunggu, selain mengelak kesesakan jalan pada waktu puncak," katanya.

Pemandu teksi, Farizan Aziz, 62, berharap jalan penyelesaian mengenai perbuatan pemandu teksi haram itu dapat diambil secepat mungkin.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rezekipemanduterjejas/Article

KHIDMAT MERU

Posted: 16 Dec 2010 09:03 AM PST

KHIDMAT MERU


PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI

Posted: 15 Dec 2010 07:37 PM PST







Majlis Khatan Beramai-ramai Anak-anak Asnaf Daerah Klang telah di adakan di Baitul Hasanah, Sementa, Kapar.

Program itu telah di anjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan melibatkan lebih dari 70 orang kanak-kanak golongan asnaf.
YB Dr Rani yang merasmikan program tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada LZS yang mengambil berat tentang golongan asnaf ini.
Beliau juga tidak ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak bomba yang bekerjasama dalam program yang sungguh bersejarah itu.

PROGRAM ANAKKU SAYANG DI SURAU-SURAU

Posted: 15 Dec 2010 02:49 PM PST
















Program 'Anak ku Sayang' yang di adakan di beberapa buah surau di Kg Bukit Kapar telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari ahli-ahli karyah berkenaan.


Program yang berjalan dari jam seawal 8.00 pagi dan berakhir pada waktu zohor itu mensasarkan peserta dari kalangan pelajar dari sekolah rendah.

Tenaga fasilitator tempatan adalah terdiri dari mahasiswa kolej dan unversiti dan beberapa pelajar menengah senior dari sekolah menengah tempatan yang sekarang dalam tempoh percutian.

YB Dr Abd Rani bin Osman yang merasmikan kesemua program tersebut meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan pihak penganjur dan tenaga fasilitator serta ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke program tersebut.

Beliau berharap apa-apa usaha untuk menanamkan kefahaman Islam di jiwa anak-anak dan ibu bapa haruslah di beri penekanan bagi menjamin kehidupan yang selesa dan selamat di dunia dan di akhirat insyaAllah.







i n t a n h i j a u

Posted: 16 Dec 2010 07:06 AM PST

i n t a n h i j a u


AKHLAQ SEORANG PEMIMPIN ISLAM / اخلاق سأورڠ ڤميمڤين اسلام

Posted: 16 Dec 2010 06:58 AM PST

 
Nik Aziz derma satu pertiga simpanan kepada PAS
 
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu mendermakan satu pertiga wang simpanannya kepada PAS sebagai tanda syukur kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menutup fail dakwaan rasuah terhadap beliau dan menantunya.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam usaha memperjuangkan Islam.
 
NONE"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya di Kota Bharu, hari ini. 

Mursyidul Am Pas itu berkata, tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu.

Nik Aziz berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam.

"Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya.(harakahdaily)

DEMOKRASI HITAM DISEMBER 16 / 16 ديموکراسي هيتم دسيمبر

Posted: 16 Dec 2010 01:38 AM PST

DEWAN RAKYAT KECOH PAGI INI / ديوان رعيت کچوه ڤاݢي اين

Posted: 15 Dec 2010 08:53 PM PST

 
Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

NONEAnwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.(malaysiakini)

ANAK SAPA NI.....? / انق ساڤ ني.....؟

Posted: 15 Dec 2010 03:49 PM PST

Ooo...anak seorang menteri UMNO rupanya. Agaknya inilah acuan yang ingin dibawa oleh pemimpin UMNO/BN melalui 1Malaysia.

Ini cerita di sebalik foto-foto ini.

 

Bangga bersama anak kesayangan.

WIKILEAKS : JANGAN LUPA ISU BARANG NAIK / ويکيلياکس : جاڠن لوڤا ايسو بارڠ ناءيق

Posted: 15 Dec 2010 03:24 PM PST


Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan jangan pula lupa bahawa ini juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember 2010. Isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian.
Kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang. Malahan perkara ini  telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno. Apabila minyak naik ia memang  akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.
  Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini. Sebelumnya banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran. Media pula diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.
PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara. Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit  menolak kerajaan BN dalam PRU akan datang.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 16 Dec 2010 03:12 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Gantung lagi & lagi

Posted: 15 Dec 2010 04:11 AM PST

Tidak pasti selepas ini siapa lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan digantung dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Ada petunjuk bahawa lebih ramai lagi yang bakal digantung sehingga mencukupkan bilangan majoriti 2/3 ahli dewan dikuasai BN.

Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

Menurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONEKedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

Tindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.

Pengikut