Jumaat, 30 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Aug 2013 03:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

DIALOG RAKYAT


Siapa naib presiden baru Umno?

Posted: 30 Aug 2013 07:27 AM PDT

Subky Latif,

Sekali pun Najib pernah menyatakan dia bersikap terbuka jika dia cabar dalam pemiliihan Presiden Umno hujung tahun ini, tetapi ruang yang dibuka itu seperti menutup jalan kemungkinan adanya cabaran itu. Secara spontan timbul sangkaan banyak pihak bahawa tidak terbuka hati melihatnya dicabar sekalipun prestasi PRU13 adalah lebih buruk daripada pencapaian Tun Abdullah Badawi sebelumnya.

Jika pencapaian buruk Pak Lah membuka medan dia dicabar. Jika tiada siapa mahu mencabar Pak Lah, Tengku Razaleigh sedia. Jika sekarang tiada yang hendak mencabar Najib, Ku Li juga bersedia. Tetapi dengan apa yang dikatakan Najib tentang keterbukaannya dicabar, menjadikan peluang Ku Li dapat mencabar Najib lebih payah dari mencabar Pak Lah.

Yang menyulitkan Ku Li dulu disebabkan adanya cabaran dalam selimut oleh Najib. Tetapi dengan kosong kemungkin Najib dicabar oleh Muhyidin Yasin, pun peluang itu tertutup bagi Ku Li.

Suasana selesa Najib itu ditumpang selesa sama oleh Muhyidin.

Cuma belum tentera selesa ialah kerusi Naib Presiden. Tidak semua pemegang jawatan sekarang selesa. Tidaklah ketiga-tiganya gugur, tetapi antaranya mungkin gugur.

Siapa antara Zahid Hamidi, Hishamuddin Husein dan Shafie Afdal akan gugur tidak dipastikan. Tetapi dengan tawaran yang dibuat oleh Ali Rustam, Isa Samad dan Musa Aman boleh menyebabkan ada yang menunggu itu gugur. Terutama apa yang mencabar itu Ketua Menteri Sabah sendiri.

Mungkin penyertaan Musa Aman itu tidak dirasakan mengancam penyandang dari Semenanjung. Ia lebih dillihat satu masalah bagi Shafie Afdal jika perwakilan Umno belum bersedia ada dua Naib Presiden dari Sabah.

Adakah Umno sudah bersih dari semangat kedaerahan? Jika semuanya sudah terbuka maka tiada sebarang keraguan buat Shafie Afdal. Shafie beroleh kedudukan itu dulu bukanlah disebabkan oleh ketokohannya yang menonjol, tetapi peluang itu dirasakan Umno memerlukan perhatian orang dari Sabah.

Kuasa Umno/BN terselamat dalam PRU 2008 adalah kerana sumbangan solid dari Sabah dan Sarawak. Dan kuasa itu sendiri goyang ketika itu adalah keinginan antara orang di Sabah mahukan perubahan dan  siapa yang menilai sumbangan Sabah itu penting.

Sedar akan ancaman Sabah itu, BN berupaya menyelamatkan ancaman 16 September, 2008, tetapi bagi menjamin sokongan Sabah itu kekal, bukan sekadar memberi banyak tempat dalam kerajaan kepada orang Sabah, maka perlu diberi kedudukan penting dalam Umno kepada orang Sabah. Maka nasib memihak kepada Shafie.

Tetapi adakah Umno mahu dua orang Sabah jadi Naib Presiden? Jika Umno sudah terbuka, tiada apa yang membimbangkan Shafie, tetapi ia mengancam kedudukan dua Naib dari Semenanjung, Zahid dan Hishamuddin. Hanya seorang saja dari semenanjung boleh jadi Naib.

Itupun kalau Ali Rustam dan Isa Samad tidak menjadi cabaran yang berpotensi. Kalau keduanya atau salah seorang daripada mereka ada nasib, kedua-dua Naib dari Semenanjung yang ada itu mungkin terlepas peluang.

Kedua-dua Ali Rustam dan Isa Samad adalah orang yang pernah menjadi Naib Presiden bersama Mahyuddin dulu. Masa itu kedua-duanya lebih kanan dari Muhyiddin. Apakah kedua-duanya masih ramai orang yang seangkatan dalam perwakilan. Jika penyokong lama masih ramai, jika sentimen mahu wakil orang lama terus ada dalam Umno, ia mengurangkan peluang Zahid dan Hishamuddin untuk kekal.

Apakah pemimpin kali ini mengulang perlumbang yang sengit lagi? Memandang ramai orang-orang terkenal tidak sedia bertanding Majlis Tertinggi, mungkin di bawah Najib orang lebih sayangkan  Umno dari mencari  kedudukan ssendiri. Adakah ini kehebatan Nailb?

Merdeka: Bebaskan diri daripada penjajahan minda

Posted: 30 Aug 2013 07:23 AM PDT

Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
 
Setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, umat Islam berhadapan dengan cabaran baru yang amat hebat. Umat Islam diserang dan dikepung dari kiri dan kanan, utara dan selatan. Sempadan geografi negara umat Islam dipecah-pecahkan, negara dibahagi-bahagikan, khazanah negara pula dijadikan hasil mahsul para penjajah, manakala rakyat pula berdepan dengan masalah baru yang mengepung mereka di setiap masa.

Di saat inilah pihak yang bermusuh dengan Islam merencana pendekatan baru bagi mengawal pemikiran umat Islam supaya selari dengan perencanaan mereka walaupun secara fizikalnya para penjajah ini telah meninggalkan bumi mereka berpijak. Senjata ini dikenali sebagai senjata pemikiran yang lebih halus dan memberi kesan jangka masa yang amat panjang.

Ketika inilah diwujudkan barangan dengan jenama baru - Islam suku agama suku, politik adalah berpisah dari agama, Islam tanpa negara, negara tanpa politik, negara tanpa syariat, dan sebagainya. Ditanam proksi-proksi mereka di serata negara umat Islam dan diberi mandat memerintah dengan mudah. Kemudian diberikan kemerdekaan bersyarat, wajib mengikut dan melaksanakan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Setelah penjajahan pemikiran berlangsung beberapa dekat, manusia mula terasa bahang seksa dan mula mencari solusi. Ramai yang membicarakan topik keadilan dan kesejahteraan tetapi masih teraba-raba faktor utama bencana tersebut. Sedangkan dalam satu hadith riwayat Tabarani, Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahana sekularisasi: "Sesungguhnya (di zaman pemisahan Islam dan pemerintahan) pemimpin-pemimpin kamu hanya bekerja untuk diri mereka bukan untuk diri kamu. Jika lawan kamu akan dibunuh. Jika taat kamu akan sesat".

Inilah realiti yang berlaku serata dunia umat Islam. Penindasan dan penafian hak berpunca dari ideologi yang berperanan sebagai berhala moden. Kegagalan manusia untuk berlaku adil adalah kerana mereka tidak hidup beracuan wahyu.

Sedarlah kita, misi yang amat berat masih terpundak di bahu-bahu kita. Memerdekakan negara dari penjajah seterusnya memerdekakan jiwa manusia dari penjajahan pemikiran. Konflik yang berlaku di rantau Asia Barat adalah antara siri-siri perjalanan umat membebaskan diri mereka dari ajaran pemisahan antara manusia dan Tuhan. Malangnya kini, umat Islam yang dibunuh tetapi umat Islam yang dituduh sebagai pengganas. Mereka dikhianati oleh demokrasi sendiri, kemudian dituduh sebagai pengkhianat. Darah mereka sebagai modal kemenangan Islam kelak.
 Sempena Sambutan Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, marilah kita menyatakan ikrar kesungguhan membebaskan diri dari belenggu penjajahan minda yang masih berlangsung. Perjuangan kita belum tamat. Selagi wujud kuasa yang menafikan Islam sebagai solusi, selagi itulah penindasan tetap akan berlaku.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Jalur Gemilang kurang kerana merdeka ‘diUmnokan’

Posted: 30 Aug 2013 07:22 AM PDT

Khairil Abdul Rahim,
 
TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.

Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat.

Dalam tinjauan sepanjang perjalanan dari plaza tol Bentong ke Kuantan, jumlah kenderaan yang lalu-lalang, didapati yang melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang hanya boleh dibilang dengan jari.

Begitu juga dengan kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama di Kuantan dan Temerloh juga dilihat tidak berbuat demikian.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun jelas sekali gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil melahirkan rasa kecewa kerana kurangnya sambutan masyarakat terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Lebih memalukan, pihak kerajaan atau penaja ada mengedarkan bendera percuma tetapi orang ramai masih enggan memasang atau mengibarkannya.

Namun tindakan tidak mengibarkan Jalur Gemilang ini tidak boleh dirumuskan bahawa rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotiknya.

Bagi ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Pahang, Alang Ahmad Teh, 74, terdapat tanda-tanda seolah-olah rakyat sudah 'bosan' terutama golongan muda yang disumbatkan dengan maklumat seolah-olah hanya diperjuangkan oleh Umno bersama gabungannya MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

Sedangkan perjuangan berdarah yang panjang sebelum itu tidak dikaitkan langsung dengan kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan digambarkan hak milik Umno semata-mata.

Oleh itu, baginya sejarah yang betul perlu diajarkan mulai sekarang supaya rasa bersemangat mesti datang daripada kesedaran dan kesyukuran rakyat, bukannya paksaan daripada kerajaan.

"Yang kita bimbangkan ialah anak-anak muda mula naik menyampah apabila meraikan merdeka bermakna mereka meraikan kejayaan Umno. Saya nak tegaskan merdeka ini bukan dimonopoli oleh Umno saja, bahkan parti itu melaungkan merdeka setelah parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan," katanya.

Alang berkata, memang tidak nafikan Umno juga mendapatkan kemerdekaan secara bertulis di London tetapi tidak harus juga dilupakan jasa pencetus kemerdekaan sebenarnya.

"Maknanya janganlah dipadamkan sejarah kemerdekaan kerana sejarah perjuangan kemerdekaan bukannya bermula daripada Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman saja. Ramai pejuang-pejuang lain yang menyabung nyawa dan bermandi darah demi kemerdekaan tetapi seolah-olah dipadamkan daripada sejarah negara," jelasnya.

Tambahnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan lain-lain pertubuhan revolusioner lebih awal lagi berarak menuntut kemerdekaan  iaitu pada April 1945 di tengah-tengah bandar Temerloh.

Bagi peguam Ahmad Nizam pula, roh merdeka sudah hilang di hati rakyat kerana biasanya kalendar bulan merdeka setiap tahun hanya menjurus kepada persembahan hiburan melulu tanpa memberikan manfaat dalam membina kesedaran merdeka.

Katanya, sepatutnya dikenang juga tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Muhammad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Asiah Ghani dan lain-lain yang lebih terkehadapan memperjuangkan kemerdekaan.

"Jauh sebelum Perikatan ditubuhkan, telah wujud persepakatan dan kerjasama di antara parti politik kiri Melayu melalui PUTERA dengan parti dan pertubuhan Bukan Melayu yang bergabung di bawah AMCJA yang kemudiannya melahirkan Perlembagaan Rakyat 10 Perkara yang dianggap sebagai asas Perlembagaan Malaya Merdeka.

"Tanpa menafikan peranan dan jasa besar Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan namun yang dikesalkan adalah penafian peranan serta pengorbanan tokoh-tokoh progresif, parti-parti politik yang tidak senada dengan kepentingan kolonial di samping peranan golongan cerdik pandai agama serta para pengarang yang jasa dan peranan mereka tidak dimartabatkan di tempat sepatutnya di persada sejarah kemerdekaan tanahair," katanya.

Tambahnya, keadaan ini berlaku kerana Umno mahu menunjukkan bahawa merekalah kononnya yang paling ulung memperjuangkan kemerdekaan dan sekaligus telah membohongi sejarah.

Petugas JKM maut dirempuh kereta

Posted: 30 Aug 2013 07:09 AM PDT

SINAR HARIAN


 
Seorang petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Batu 8, Jalan Alor Setar-Sungai Petani di Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Zaidi Mokhtar Affandi, 33, dari Kampung Imam, Jitra dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Alor Setar bagi menjemput isterinya.

Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah motosikal lain sebelum dirempuh sebuah kereta Viva yang dipandu seorang doktor wanita yang dipercayai cuba memotong sebuah lori di laluan bertentangan.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di atas kereta tersebut dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
- Bernama

SPR warta daftar pemilih tambahan

Posted: 30 Aug 2013 07:07 AM PDT

SINAR HARIAN

SPR KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperakui Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun kedua tahun ini.
  
Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pemerakuan itu dibuat sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan 21A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 yang menetapkan supaya DPT diperaku sebelum ia dapat digunakan untuk sesuatu urusan pilihan raya.
  
"DPT Suku Tahun Kedua 2013 bagi tempoh 1 April hingga 30 Jun mengandungi 58,984 permohonan pendaftaran yang terdiri daripada 49,789 pendaftaran baharu dan 9,195 pendaftaran tukar alamat pusat mengundi.
  
"DPT Suku Tahun Kedua 2013 diwartakan pada hari ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata sehingga pemerakuan DPT itu, jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara selepas dicampurkan dengan DPT Suku Tahun Pertama dan Daftar Pemilih Induk Tahun 2012 ialah 13,411,513 orang.
 
Sabri berkata orang ramai yang berminat mendapatkan DPT tersebut boleh berbuat demikian dengan membuat tempahan di Ibu pejabat SPR di Putrajaya.
  
Katanya SPR turut menyeru kepada pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih mereka sama ada menghubungi 03-8885 6565, layari laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.
  
Katanya sebarang pertanyaan berkaitan perkara itu boleh dibuat dengan menghubungi Ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. - Bernama

Jakim bantah konsert kumpulan "Lamb of God'

Posted: 30 Aug 2013 07:00 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 September depan.
  
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
  
"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata bantahan itu juga, selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.
  
Justeru, Jakim bimbang dengan kemasukan artis heavy metal seumpama itu dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal di negara ini.

"Diharapkan pihak berkaitan tidak meluluskan kemasukan kumpulan tersebut dengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di samping tidak membuka ruang kepada berlakunya krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak," menurut Jakim.
  
Kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat itu sebelum ini dikenali dengan nama 'Burn The Priest'.
- Bernama

MCA 'kecewa' tiada tindakan terhadap HM Pristana

Posted: 30 Aug 2013 06:58 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Pemuda MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong "teramat kecewa" terhadap kurangnya tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pendidikan Selangor terhadap guru besar SK Seri Pristana di tengah-tengah dakwaan pelajar dibuli.

NONEMerujuk kepada 'penghijrahan' pelajar dari sekolah tersebut, dengan
10 ibubapa memindahkan anak-anak mereka, bekas timbalan menteri pelajaran itu berkata, kecuali tindakan diambil, ia boleh "disalahtafsir sebagai satu 'pembersihan etnik' di situ".

Dalam satu kenyataan, Wee mahu disiasat tuduhan mengenai perbuatan membuli, pemulauan dan penghinaan kaum oleh pihak guru dan rakan kelas terhadap anak pemberi maklumat, serta terhadap pelajar yang ibubapa mereka membuat laporan terhadap guru besar.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insider bahawa Jabatan Pelajaran Selangor telah memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap guru besar, Mohd Nasir Mohd Nor.

Menurut Wee lagi, kementerian juga perlu menyiasat dakwaan bahawa pihak sekolah membenarkan "orang luar" mengambil gambar kaum tertentu, kerana kehadiran orang yang tidak dikenali di sekolah, memberi kesan keselamatan.

"Apakah jenis jaminan yang boleh diberi oleh pihak sekolah bagi memastikan gambar-gambar tersebut tidak disalahgunakan?" soalnya.

Wee juga menggesa kementerian itu supaya menyiasat dakwaan bahawa pihak sekolah membenarkan polis menyoal murid tanpa pengetahuan, persetujuan dan kehadiran ibubapa.

Beliau berkata walaupun ia bukan soal siasat rasmi, tetapi kehadiran anggota polis berpakaian seragam bertanyakan soalan "boleh menakutkan kanak-kanak" tersebut.

Tegasnya, kanak-kanak ada hak dan tidak sepatutnya disoal "seolah-olah mereka adalah penjenayah".

Polis papar logo 49 kumpulan kongsi gelap

Posted: 30 Aug 2013 06:55 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
dikemaskini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap yang diwarta haram.
   
NONEKetua Penolong Pengarah Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata logo berkenaan dipapar dalam laman sosial Facebook PDRM agar orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.
   
"Pada peringkat awal ini, kita melalui program kepolisan dan pemeriksaan, akan menasihati orang ramai, yang memiliki atau menampal sebarang logo seperti di kereta dan rumah, supaya menanggalkannya dengan apa cara sekalipun.

"Ini juga bagi menghindarkan mereka ditahan pihak polis. Mungkin mereka tidak tahu apa maksud logo berkenaan dan tidak terlibatpun dalam mana-mana kongsi gelap. Namun jika mereka masih berdegil atau dikenal pasti memang terlibat dalam kegiatan itu, tindakan tegas akan diambil," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
   
Sidang akhbar itu turut memapar kesemua 49 logo kumpulan kongsi gelap berkenaan dan tatu logo yang dilukis pada badan melalui skrin selain penerangan berkaitan bangsa sesebuah kumpulan.

NONEAntara kumpulan kongsi gelap itu ialah Geng 04 yang aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur; Geng 08 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
   
Abdul Jalil berkata  polis juga akan memantau penggunaan logo terbabit pada kenderaan yang diguna ketika perarakan atau upacara pengebumian.
   
"Kita akan 'turun padang'. Kalau kita lihat ada logo itu diletak pada kenderaan yang membawa mayat, kita akan minta mereka tanggalkannya," katanya sambil meminta ibu bapa memantau pergerakan anak mereka agar tidak terjebak atau menyertai mana-mana kumpulan kongsi gelap.
   
"Melalui risikan dan siasatan kita, setakat ini belum ada laporan pelajar sekolah di seluruh negara mengetuai mana-mana kumpulan kongsi gelap. Namun ada maklumat mengatakan kumpulan ini cuba mempengaruhi pelajar terutama di sekolah yang bermasalah.
   
"Mereka (kumpulan) akan berada di luar kawasan sekolah untuk memujuk pelajar agar menyertai mereka. Ada juga maklumat yang mengatakan kumpulan ini cuba merekrut pelajar di dalam kawasan sekolah, namun hasil tindakan pantas Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis yang ditempatkan di dalam sekolah, perkara ini dapat dihindarkan," katanya.
   
Mengulas penglibatan golongan atasan seperti ahli politik dan selebriti dalam kegiatan itu, Abdul Jalil berkata setakat ini, polis tidak mendapat maklumat mereka terlibat, namun siasatan lanjut akan dijalankan.
   
NONEBeliau berkata mereka yang terbabit dalam kumpulan kongsi gelap boleh dihukum mengikut Seksyen 52 (3) Akta Pendaftaran Pertubuhan 1956 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, atau denda RM15,000, jika sabit kesalahan.
   
Katanya, seramai 28,926 orang dari kaum India dikesan menganggotai kongsi gelap, Cina (8,214) dan Melayu (1,923) manakala tiada penglibatan warga asing dalam kumpulan itu di negara ini.
   
"Ada antara mereka pernah ditahan di bawah undang-undang Akta Darurat," katanya sambil menafikan tumpuan lebih diberikan kepada kaum India kerana mereka paling ramai dikesan terlibat dalam aktiviti itu.
   
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang mengumumkan nama kongsi gelap terbabit semalam, berkata kumpulan itu dikategori haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
   
Beliau berkata kumpulan itu dikesan menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. Bernama

Muhyiddin Bakal Senasib Ghafar Baba?

Posted: 30 Aug 2013 01:26 AM PDT

Shahbudin Husin


Walaupun belum membuat pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober depan.

Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jika sebelum pilihanraya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU 13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi.

Walaupun masih ada yang mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan yang menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU 13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman tentang jawatan yang bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang.

Sekarang bukan saja tidak kedengaran lagi suara-suara daripada para penyokong Muhyiddin mengenai kemungkinan beliau mencabar Najib, malah para pegawai dan jentera politik Muhyiddin juga tidak berbuat apa-apa gerak kerja yang menunjukkan keinginan meningkatkan karier politik boss mereka itu.

Selain Munyiddin tidak mempunyai cukup kekuatan dan rangkaian dalam UMNO untuk menandingi Najib, sebab lain yang menyebabkan terencatnya hasrat Muhyiddin itu ialah kerana sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir yang tidak betul-betul jelas memihak kepadanya.

Jika sebelum pilihanraya lalu, Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Najib akan tergugat jika gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sebaliknya selepas pilihanraya yang menyaksikan bukan saja Najib gagal memperolehi dua pertiga, bahkan lebih teruk daripada keputusan 2008 tetapi pendirisn Mahathir nyata mengejutkan.

Beliau bukan saja menyokong kepimpinan Najib diteruskan, malah menyifatkan tiada pengganti yang sesuai untuk mencabarnya. Ini bukan saja mengecewakan Muhyiiddin dan para penyokongnya tetapi seolah-olah meletakkan Muhyiddin tidaklah lebih baik daripada Najib di mata Mahathir.

Berbanding layanan buruk yang diterima oleh Mahathir di zaman Pak Lah, Najib nyata mengambil pendekatan yang berbeza. Beliau kekal memuja dan menjadikan Mahathir sebagai orang yang paling dihormatinya. Selain menjadikan anak Mahathir iaitu Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Najib juga tidak begitu memberi respon terhadap pandangan Mahathir yang berbeza dengan dasar-dasar yang diperkenalkannya.

Najib cuba menjaga hati Mahathir dengan sebaik mungkin dan mengelakkan daripada dilihat bergeser atau berbeza pendapat yang boleh dijadikan modal memperbesarkan itu perbezaan antara kedua mereka.

Sehingga ini ternampak bahawa Najib berjaya menjinakkan Mahathir daripada bermusuh atau dilihat bermusuh dengannya. Dalam masa yang sama, harapan Muhyiddin untuk menjadikan Mahathir sebagai rangsangan untuk beliau mencabar Najib seakan-akan sudah berakhir.

Tanpa sokongan, bantuan dan tolakan daripada Mahathir, Muhyiddin memang diketahui tidak mempunyai keupayaan untuk melonjakkan dirinya lebih tinggi daripada kedudukannya sekarang. Bahkan kejayaannya memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 lalu pun lebih kepada "nasib" semata-mata berikutan pesaing terdekatnya ketika itu, Ali Rustam dibatalkan daripada menyertai pertandingan atas dakwaan salah laku ketika berkempen.

Kini dengan semakin banyak desakan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, walaupun Muhyiddin belum membuat pengumuman secara rasmi, adalah dijangkakan beliau akan kekal mempertahankan jawatannya saja sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Untuk itu, Muhyiddin akan terus kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menjadi pembantu kepada beberapa lagi pendekatan transformasi yang yang bakal diperkenalkan oleh Najib.

Soalnya, apakah masa depan Muhyiddin seterusnya?

Selepas pemilihan UMNO 2013 ini, pemilihan yang seterusnya ialah pada 2016. Tetapi memandangkan pilihanraya umum ke 14 bakal diadakan pada 2017 atau 2018, mengikut amalan biasa pemilihan UMNO akan ditangguhkan bagi memberi laluan pilihanraya umum diadakan dahulu. Ini bermakna pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepss pilihanraya umum berakhir.

Berbagai kemungkinan mengenai kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke 14 nanti. Mungkin menang dan mungkin juga kalah. Namun, apa pun keputusan pilihanraya itu nanti, nasib dan perjalanan politik politik Muhyiddin sudah boleh dikira berakhir ketika itu.

Jika BN kalah, sudah tentulah persaraannya hanya setakat Timbalan Perdana Menteri sahaja dan beliau harus berpuas hati dengan pencapaiannya itu.

Tetapi jika UMNO dan BN menang serta terus berkuasa lagi, Muhyiddin ketika itu sudah terlalu tua dan tidak sesuai lagi untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Dengan usia Muhyiddin lebih tua 4 tahun daripada Najib, lima tahun akan datang usianya sudah mencecah 70 tahun. Kemungkinan untuk menonjolkannya melawan Najib juga tidak sesuai lagi.

Jika pun dalam pilihanraya umum ke 14 nanti, BN menerima keputusan yang lebih buruk daripada 133 kerusi yang dimenanginya pada PRU 13 dan wujud desakan agar kepimpinan baru mengambil alih UMNO, Muhyiddin bukan lagi calon yang sesuai. Eranya ketika itu telah berlalu.

Pemimpin yang mungkin ditonjolkan dan sesuai menerajui UMNO ketika itu ialah Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan mereka yang seangkatan dengannya. Najib dan Muhyiddin lebih mungkin diminta berundur secara serentak bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda mengambil alih pula.

Namun andainya UMNO dan BN menang dengan lebih baik pada PRU 14 nanti, Najib pastinya akan terus kekal dan tidak ada sesiapa yang berani menggugat kedudukannya. Tetapi dengan kedudukan usia Muhyiddin ketika itu menghampiri 70 tahun manakala Najib baru 65 tahun, pasti akan wujud desakan agar pemimpin yang lebih muda daripada Najib pula menjadi Timbalan Presiden UMNO sebagai persediaan menyediakan pemimpin pelapis untuk UMNO dan negara.

Ketika itu, kedudukan Muhyiddin secara automatik tidak lagi relevan. Sekali lagi nama Hishammuddin, Mukhriz atau KJ mungkin ditonjolkan sebagai gandingan dan bakal pengganti kepada Najib. Muhyiddin ketika itu sama ada harus berundur atau merelakan dirinya dicabar. Jika dicabar, nasib beliau mungkin seperti Ghafar Baba yang kehilangan upaya akibat kemahuan kepada pelapis muda dan akhirnya disingkirkan oleh Anwar Ibrahim pada pemilihan 1993 dulu.

Hakikatnya, sama ada UMNO masih berkuasa atau tidak selepas PRU 14 nanti, era Muhyiddin tetap dianggap sudah berakhir.

Dengan kemungkinan terpaksa berundur atau mengulangi sejarah Ghafar Baba, Muhyiddin juga bakal mengikuti jejak langkah Musa Hitam sebagai seorang lagi pemimpin UMNO dari Johor yang kandas di tengah jalan dalam mengejar pendakian ke Seri Perdana.

Bukti Nyata Filem TANDA PUTERA Tidak bermutu, Perhabis Wang Rakyat

Posted: 30 Aug 2013 01:01 AM PDT

Klik untuk imej yang lebih jelas

KELAB GREENBOC

Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesyenal dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.

Eksploitasi isu agama keruhkan perpaduan

Posted: 30 Aug 2013 12:57 AM PDT

 
Peranan pemimpin politik sewajarnya menjernihkan keadaan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. 



PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir ahli politik yang mengeruhkan usaha perpaduan nasional dengan mengeksploitasi hal agama dan isu sensitif untuk kepentingan mereka sendiri.

Dalam perutusannya bersempena Hari Kemerdekaan esok, beliau berkata, tanggungjawab dan peranan pemimpin politik sewajarnya  menjernihkan keadaan namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ujar beliau, "tatkala kita seharusnya meraikan perpaduan sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan pelbagai agama yang telah menjangkau 56 tahun usia kemerdekaan, kita sebaliknya kini melihat polarisasi masyarakat yang dahsyat dan perpecahan dalam hal-hal berkaitan agama.

"Kini wujud perkembangan yang membimbangkan bila mana terdapat parti-parti politik yang mengupah kumpulan-kumpulan 'hak istimewa' dan media untuk meneruskan agenda mereka memecah-belah dan menyemai perbezaan di kalangan rakyat.

Kesannya kata beliau, setelah 56 tahun mencapai Merdeka, berlaku lebih banyak provokasi perkauman, hasutan yang menjurus kepada kebencian terhadap agama dan secara umumnya semakin banyak ucapan dan penulisan berbaur hasutan yang disiarkan oleh media cetak.

"Apa yang malang adalah ia bukan sekadar kelemahan kepimpinan dalam menjernihkan keadaan, tetapi tampak seolah-olah kerajaan sedang menggalakkan fenomena ini supaya menjadi lebih parah," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sebagai contoh katanya, ketika pelbagai tuntutan dan bantahan dinyatakan dari kalangan rakyat prihatin dan NGO, kerajaan sebaliknya membenarkan juga penayangan di seluruh negara sebuah filem berbaur perkauman walaupun nilai keseniannya masih boleh dipersoalkan.

"Di sebalik kebanggaan tentang negara, terdapat sensitiviti yang lebih besar yakni perkauman dan perasaan khalayak. Suara-suara melampau berbaur kebencian dan yang bersifat tidak toleran sedang menenggelamkan suara-suara kesederhanaan dan keterbukaan," jelas beliau.

Anwar mahu dialog dengan kerajaan

Posted: 30 Aug 2013 12:51 AM PDT

 

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu-isu kebangsaan yang perlu ditangani.

NONE"Kami mencadangkan sebuah dialog terbuka, ia akan berlangsung secara telus dan kondusif," kata ketua pembangkang selepas menyampaikan perutusan hari merdeka di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

"Dialog seperti ini berlaku dalam keadaan demonstrasi yang sebenar," tambahnya.

'Tiada tindakan pada pawagam yang abai nasihat'

Posted: 30 Aug 2013 12:47 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap pihak yang mengabaikan nasihatnya berhubung tayangan filem kontroversi Tanda Putera.

lim guan eng interview 160813 03Dalam kenyataannya hari ini, beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata berikutan "ancaman" kerajaan persekutuan, pihaknya dimaklumkan semua pengusaha pawagam di negeri itu akan menayangkan filem tersebut tidak lama lagi.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak, tetapi kami berharap semua pihak, termasuk penonton dan pengusaha filem boleh melihat di sebalik pembohongan dan kebencian perkauman tertanam dalam filem itu," katanya.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Chik dilapor berkata kementeriannya akan merujuk Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung keputusan kerajaan Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem itu.

Beliau berkata pertemuan akan diadakan antara pihak kementerian dan Pejabat Peguam Negara bagi melihat mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.

NONEKatanya lagi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuasa memberi lesen wajib tayang sesuatu filem kepada pawagam, manakala kerajaan tempatan pula berkuasa untuk membolehkan sesuatu pawagam itu boleh dibuka, dibina dan sebagainya.

Menurut Lim, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab moral menentang usaha menulis semula sejarah yang tidak konsisten dengan kejadian dan fakta sebenar termasuk filem yang didakwanya "penuh dengan pembohongan dan menyerang kumpulan minoriti".

tanda putera premiere 200813 receptionWalaupun kebebasan bersuara tidak bererti kebebasan untuk berdusta, Lim menegaskan kerajaan negeri mengambil langkah menasihatkan tentang filem itu yang menggunakan dana awam "untuk menyebarkan pembohongan yang menggalakkan kebencian dan bukan keharmonian antara pelbagai kaum".

"Tajaan kos pengeluaran filem itu sebanyak RM4.8 juta oleh kerajaan persekutuan hanya boleh dilihat sebagai satu sokongan rasmi sepenuhnya, termasuk terhadap adegan rekaan yang diakui sendiri pengarahnya sebagai tidak benar tetapi dijelaskan sebagai "lesen kreatif".

"Lesen kreatif tidak memberi sesiapa hak untuk menyebarkan pembohongan yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan konflik. Jelas BN sanggup ke tahap ini untuk memaksakan pembohongan dan menafikan kebenaran," katanya.

Hisham: Jangan ghairah kejar jawatan, ukur kemampuan

Posted: 30 Aug 2013 12:45 AM PDT


 
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka.

Katanya, mana-mana pemimpin yang menawarkan diri bertanding dalam pemilihan Umno amat dialu-alukan tetapi tidak perlu terlalu ghairah untuk bertanding sehingga tidak melihat kemampuan diri sendiri.

"Jangan kerana ghairah sempena musim pemilihan, bila dipilih nanti, kita lupa tentang tanggungjawab dan amanah yang cukup berat.

"Kalau itu tak diambil kira oleh mereka yang menawarkan diri dan melihat kemampuan mereka untuk pastikan parti kita kukuh, sekiranya berlaku sesuatu pada parti, jangan salahkan orang lain.

"Salahkan diri sendiri kerana ini merupakan amanah kita nak berdepan dalam pemilihan parti ini," katanya di majlis rumah terbuka hari raya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di ibu negara hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan untuk bertanding dalam pemilihan parti Oktober ini.

Mohd Ali sebelum ini dilapor mengesahkan akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini tetapi belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya.

Susulan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan pertambahan kerusi BN dan merampas sebuah negeri, beliau turut meminta agar pucuk pimpinan parti sentiasa menjaga "rumah tangga" parti supaya Umno sentiasa dihormati oleh semua pihak.

"Saya rasa pucuk pimpinan, daripada presiden dan naib-naib Presiden, kita faham itu tugasnya dan itu jadi pertimbangan kita.

"Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang," tambahnya.

PKR dakwa komplot bawa masuk warga Bangladesh

Posted: 30 Aug 2013 12:40 AM PDT


 
PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

NONEWakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka.

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Wisma Putra dan syarikat terbabit berhubung dakwaan itu.

Merdeka Bukan Slogan

Posted: 29 Aug 2013 09:23 PM PDT

Oleh Aishah

malaysian flag

TAHUN ini kebetulan kita menyambut hari raya pada bulan kemerdekaan. Setidaknya, Ramadhan lalu mengajar kita mengenai cara menghargai kesenangan diri dan paling penting tidak melupakan kesusahan orang lain dalam menjalani hidup.

Setelah itu, kesedaran disimpan baik dan bakal diambil semula pada Ramadhan akan datang. Mengapakah demikian? Ini terjadi disebabkan ramai menyambut kedatangan Syawal melebihi kemampuan diri sekali gus melupakan kesedaran yang mungkin tercapai dalam bulan Ramadhan itu iaitu kesederhanaan, keharmonian dan keseimbangan.

Begitupun, kemerdekaan kali ini berdekatan dengan Aidilfitri, ia mengingatkan kita sekali lagi akan satu hal iaitu kebebasan. Tema kebebasan ini juga ada pada bulan Ramadhan, seperti mana kita diajar untuk membebaskan diri daripada perasaan marah, nafsu serakah, dan sikap kita seperti lazimnya hari-hari biasa.

Jika pada hari biasa kebanyakan kita mengumpat dan mengeji jiran di belakang rumah (kecuali pada Jumaat kerana dinasihatkan tidak boleh menipu pada Jumaat), pada bulan Ramadhan mereka ini tadi akan berlumba merebut fadilat solat sunat Terawih.

Di samping tidak melupakan telekung yang dihias labuci yang akan dipakai di masjid nanti. Syawal kemudiannya disambut dengan menziarahi mereka yang sudah tiada dan setibanya di rumah, bersusunlah anak-anak untuk mendapatkan duit berwarna hijau, merah, biru atau ungu.

Ada satu hal yang kebanyakan kita terlepas pandang – bila bergema takbir raya – kebebasan daripada mentaliti kelas ketiga. Apa yang diertikan dengan mentaliti kelas ketiga? Mudahnya, sikap orang tidak bertamadun (barbaric) atau sikap orang tidak sekolah (baca: sekolah dalam erti simbol pengetahuan bukan institusi).

Misalnya, di ceruk kampung terdapat sekumpulan budak yang sudah bersedia dengan baju dan sepatu baru untuk berjalan mengutip duit raya dari rumah ke rumah. Kegembiraan ini turut dirasai tuan rumah yang memberi duit dalam sampul dengan logo bank atau gambar ketupat.

sampul duit raya 1 

Pemberian seperti ini biasanya disertakan sekali menjamu tetamu dengan makan dan minum. Atas ini semua, ia mengajar kita saling berbagi samada dalam bentuk material (duit, makanan) atau bukan-material (kasih sayang).

Amat malang, jika amalan seperti ini tidak dihayati, sebaliknya budak terpaksa menahan telinga daripada kata-kata "mereka datang nak duit je tu", "nak masuk rumah ke nak duit?" – akhirnya budak-budak ini dibiarkan berpanas tanpa dipelawa seteguk air dan dilayan seperti pengemis meminta sedekah yang diberi duit dari luar pagar.

Ini antara contoh mentaliti kelas ketiga yang ketara didapati di bandar besar, dengan rumah dan kereta besar. Sungguhpun, Malaysia dikenal sebagai antara negara dengan menara tertinggi, litar lumba terbaik, bunga terbesar, kawasan arkeologi tertua, tetapi tidak lama untuk kita mengenal Malaysia juga punya masyarakat dengan pekerti terburuk.

Hanya menjadi makhluk yang cukup makan dan pakai untuk melepaskan dirinya sahaja, paling buruk menjadi objek modenisasi. Tidak cukup dengan itu, mentaliti ini juga menghinggapi mereka yang diberi didikan sehingga ke menara gading, sama ada sistem pendidikan kita berasaskan keuntungan bukan kemanusiaan, itu adalah satu perbincangan lain.

Raya adalah kesempatan untuk mendekatkan hubungan yang jauh daripada kesibukan kota, bukan dijadikan sebagai hari syaitan gemuk seperti dalam majalah Asuh yang menjadi tumpuan zaman kanak-kanak.

Oleh itu, Malaysia tidak hanya dikenal dengan konvoi Sultan Johor, tetapi juga konvoi beraya beramai-ramai daripada setiap hierarki sosial. Jika pada bulan Ramadhan, adanya solat sunat berjemaah setiap malam, Syawal dengan semangat yang sama (habluminannas) dimeriahkan dengan konvoi ke rumah rakan terdekat.

Tetapi ini juga dicemari mereka dengan mentaliti kelas ketiga, tidak sedikit daripada kalangan kita yang memanfaatkan ruang ini untuk mencari perbezaan, membesarkan diri atau memalukan diri sendiri dengan kebodohan.

Ternyata, kerendahan hati yang pada asalnya diraih pada bulan puasa kian menipis dengan gelagat moden masyarakat sekarang.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, penjajah pernah mengatakan Melayu itu malas sehingga diwajarkan beban orang putih – sama seperti stigma yang cuba diletakkan Mahathir ketika kekuasaannya.

kampung 

Malangnya, manusia moden yang dicipta skema penjajahan terdahulu dilihat tidak lari jauh daripada robot, hanya tahu makan dan kerja, instagram dan check-in. Inilah belenggu "watak tertawan" (captive mind) yang masih mengikat setelah 56 tahun merdeka. 

Jika pada satu waktu, petani, penoreh getah, nelayan di desa dihina kerana menghabiskan baki waktunya di warung (setelah bangun awal pagi membanting tulang empat kerat), ini nyata lebih baik daripada manusia moden sekarang yang hanya bercakap pada gajet canggih, ketawa pada kotak besar di rumah atau pejabat, dan tidur dengan harapan "esok dapat gaji".

Anehnya manusia moden ini, mereka gemar memuat gambar makanan dalam instagram berbanding berkongsi juadah dengan jiran sebelah rumah. Memuat naik gambar angpau di facebook daripada memberi kepada anak yatim yang tiada ibu ayah untuk diberikan duit raya.

Adalah satu tragedi, apabila kemerdekaan kali ini juga disambut seperti hari merdeka yang sudah iaitu tidak berupaya membebaskan diri sendiri. Kemerdekaan seharusnya bukan slogan tahunan tetapi makna yang harus direbut dalam perlakuan kita sehari-hari.

Kemerdekaan juga bukan pelekat Gila-Gila yang dilekat pada buku, atau pencil box daripada sarung video tape. Kemerdekaan bukan lagu Sudirman. Kemerdekaan bukan pada bendera yang dikibar di kereta proton atau rumah kos rendah. Kemerdekaan tercapai apabila tiada lagi manusia yang hidup dan kehidupannya dijajah. – Roketkini.com

Isu SK Seri Pristana: Apakah Muhyiddin Yassin masih layak menjadi Menteri Pendidikan?

Posted: 29 Aug 2013 09:15 PM PDT

123 

IPOH,: Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran mengkritik sikap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendiamkan diri dan seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana baru-baru ini.

"Saya ingin bertanya kepadanya sama ada dia tidak mempunyai kuasa atau kejam atau kedua-duanya sekali dalam isu-isu yang berlaku di SK Seri Pristana?

"Dia boleh memilih untuk berdiam diri, tetapi dia perlu menjawapnya apabila Parlimen bersidang kelak.

"Saya juga ingin bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai hak untuk melantik menteri-menteri, jika seseorang menteri itu mengabaikan perbuatan buli dan ugutan di sekolah-sekolah, apakah beliau masih layak menjadi Menteri Pendidikan?," tegasnya dalam kenyataan, semalam.

Kulasegaran yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata demikian merujuk kepada tiga isu berkenaan SK Seri Pristana tempohari.

SK Seri Pristana, Sungai Buloh baru-baru ini digemparkan dengan insiden pelajar bukan Islam telah ditempatkan oleh pihak pengurusan untuk makan di bilik persalinan pada bulan Ramadan.

Pemberi maklumat, Guneswari Kelly yang mendedahkan gambar kejadian itu telah menerima ugutan culik dan membuat laporan polis namun tidak ada sebarang tindakan diambil. Anak beliau kemudiannya menjadi mangsa buli rakan-rakan dan guru-guru sekolah.

Murid Sekolah 1

Pengetua SK Seri Pristana, Mohd Nasir Mohd Noor selepas itu membuat laporan polis terhadap beberapa penjaga, beliau mendakwa tindakan itu sengaja dilakukan untuk mencetuskan ketegangan.

"Pihak polis telah menahan penjaga kepada pelajar SK Seri Pristana kerana didakwa telah memberi ancaman kepada pengetua sekolah dan dilaporkan akan disabitkan dengan kesalahan hasutan jenayah.

"Penangkapan itu telah menimbulkan kemarahan ramai yang ingin tahu bilakah ketidakadilan dan kezaliman sedemikian akan berakhir.

"Rakyat juga marah kerana tidak ada sebarang tindakan diambil sama ada oleh Kementerian Pelajaran atau polis," katanya.

Kulasegaran menegaskan, kelambatan kementerian dan pihak polis akhirnya membuatkan masalah tersebut bertambah rumit sehingga menjejaskan pendidikan mangsa.

"Anak perempuan Guneswari telah menjadi tertekan dan malu dengan insiden itu, dia bukan saja menjadi mangsa buli rakan-rakan, malah dipulaukan. Akibatnya, Guneswari memutuskan memindahkan anaknya ke sekolah lain untuk mengakhiri kekejaman psikologi yang dihadapi.

"Malangnya, tiada tindakan diambil terhadap pengetua atau guru-guru dan menteri pendidikan terus mendiamkan diri, Kementerian Pendidikan pula seolah-olah menganggapnya sebagai isu remeh. Kejadian buli dan ugutan seperti ini tidak boleh diterima.

"Polis juga langsung tidak memberikan sebarang penjelasan," kesalnya. -Roketkini.com

Hormati patriotisme 51 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat

Posted: 29 Aug 2013 09:07 PM PDT

Roketkini.com
baerita lks
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kelesuan rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini, bukan disebabkan hilangnya semangat patriotisme tetapi wujudnya sesuatu yang tidak kena dalam kepemimpinan negara.

Katanya, beliau juga curiga dengan 'patriotisme' pemimpin yang bersedia memperkayakan diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara.

"Kalangan yang paling nyaring melaungkan 'patriotisme' selalunya adalah penipu sebenar dalam negara. Ada benarnya ungkapan Dr Samuel Johnson bahawa 'Patriotisme adalah jalan akhir bagi penyangat'," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kerajaan seharusnya berpijak di bumi nyata dan kembali kepada realiti sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 ini.

"Selepas lebih 100 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dipandang serong dan menjadi sasaran fitnah.
"Selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri juga gagal membuktikan beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia.

"Bagaimanapun, belum terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51 peratus rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan 47 peratus mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 baru-baru in," ujarnya.

Menurut Kit Siang, patriotisme bukan semangat yang boleh dipaksa-paksa tapi ia lahir dalam diri setiap rakyat.

Beliau bersetuju dengan Kee Thuan Chye yang menulis artikel terbarunya mengenai patriotisme dan kemerdekaan yang menyatakan 'patriotisme' adalah semangat yang kita sematkan dalam jiwa kecintaan terhadap negara, ia adalah semangat yang membuatkan kita memutuskan untuk mempertahankannya, barangkali juga untuk mati deminya'

"Saya berkesempatan menyebut di Parlimen bahawa disebabkan semangat patriotisme dan cinta saya terhadap negara, demi mengejar Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan daerah, saya bersedia hilang kebebasan apabila ditahan sebanyak dua kali mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri," ujarnya.

"Saya rasa ada sesuatu yang amat tidak kena dalam menyambut Hari Kebangsaan, Sabtu ini.

"Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memperkenalkan undang-undang mewajibkan setiap premis mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Merdeka ini, tetapi tiga hari kemudian hasratnya kendur dan mengakui kecewa kerana pejabat kerajaan di Putrajaya sendiri tidak menunjukkan contoh mengibarkan bendera kebangsaan.

"Mengapa perkara ini boleh terjadi? sedangkan pada perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat sebelum ini dan selepas PRU-13, rakyat tanpa mengira kaum, agama, daerah, usia, atau jantina berdiri bangga menyanyikan lagu kebangsaan, ini menunjukkan semangat patriotisme dan kecintaan mereka terhadap negara. Ini membuktikan semangat mereka belum lesap," katanya. -Roketkini.com

Zoo Negara disiasat SPRM ?

Posted: 29 Aug 2013 07:14 PM PDT

ANTARA POS.COM

Post Pic
SHAH ALAM: Pihak Zoo Negara dan pengarahnya dikatakan sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan kes rasuah dalam pemberian tender dan juga kontrak.

Menurut portal theantdaily, tiga orang pegawai kanan Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) dikatakan terlibat dalam kes terbabit dan satu laporan telah diserahkan kepada pihak SPRM untuk tujuan siasatan.

MZS merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pengurusan dan hal ehwal berkenaan zoo.

"Pegawai-pegawai kanan ini memberikan kontrak untuk kroni mereka sebagai rasuah," kata sumber yang mendedahkan skandal ini.

Kenderaan milik zoo tersebut juga telah dirampas setelah siasatan mendapati kenderaan itu digunakan untuk kegunaan peribadi bagi perjalanan jarak jauh ke Thailand.

Menurut sumber, proses pemilihan ahli-ahli majlis MZS, ahli-ahli biasa dan ahli seumur hidup juga sedang diteliti dan disiasat.

"Ini adalah kerana terdapat dakwaan undi penipuan dalam proses pilihan raya," kata sumber itu.

Difahamkan, pihak zoo terbabit turut diminta untuk memberikan penjelasan berkenaan geran kerajaan yang diberi kepada zoo terbabit bersama rekod perbelanjaan dan aliran keluar masuk wang yang diperuntukkan.

Seorang kontraktor turut disiasat apabila mendapati sebut harga melalui kontrak yang diberikan jauh lebih tinggi dan juga dipercayai keuntungan itu telah dikongsi sesama mereka yang terlibat.

Menurut sumber, skandal ini melibatkan aliran wang mencecah jutaan ringgit.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan siasatan sedang dijalankan namun enggan mengulas lanjut.

Nahas Jalan Raya : 3 Anggota Polis Maut

Posted: 29 Aug 2013 06:52 PM PDT

Radhi Razak

alt
 
BELURAN  - Lima orang termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam nahas jalan raya di kilometer 53 Jalan Beluran-Telupid pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata, kemalangan berlaku kira-kira 4.50 petang apabila kereta dinaiki empat anggota polis itu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki seorang lelaki dan empat perempuan.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk dibedah siasat," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau menjelaskan, tiga anggota polis yang maut dikenali sebagai Kpl Saudi Meting, 48, Kpl Hedzrin Ginan, 36, dan Lans Kpl Khairul Firdaus Abrahim, 25.

Katanya, seorang lagi mangsa, Konstabel Mohd Zaini Mohd Razwan, 28, cedera parah dan dihantar menerima rawatan di Hospital Beluran sebelum dipindahkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

Saudi dan Hedzrin merupakan anggota polis trafik, manakala Khairul dan Mohd Zaini bertugas di cawangan Unit Peronda.

Sivanathan turut berkata, dua penumpang kenderaan pacuan empat roda itu turut maut iaitu dua adik beradik perempuan dikenali sebagai Masiah Jailani, 47, dan adiknya Layni, 45.

Lelaki memandu kereta berkenaan Arry Ak Gani, 24, mengalami cedera parah, manakala dua lagi perempuan yang menaiki kereta sama iaitu Imawati Siru, 20, dan Regnawati Siru, 22, cedera ringan.

Sivanathan berkata insiden berlaku ketika anggota polis berkenaan dalam perjalanan balik ke Beluran selepas melakukan tugas di Telupid.

Apa Rahsia Datuk Kamaruddin Bersara Sebagai Setiausaha SPR Senyap-senyap?

Posted: 29 Aug 2013 06:48 PM PDT


Abdul Ghani Salleh Dilantik Setiausaha Baharu SPR
 
KELAB GREENBOC

KUALA LUMPUR - Pengarah di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, berkuat kuasa 19 Ogos ini.

Menurut kenyataan SPR Selasa, Abdul Ghani, 55, menggantikan Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang bersara pada 13 Ogos lepas.

Kamaruddin dilantik ke jawatan itu pada 1 Okt 2010.

"SPR berharap dengan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam, pelantikan Abdul Ghani sebagai Setiausaha SPR yang baharu dapat memimpin Urus Setia SPR dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan," kata kenyataan itu.

Abdul Ghani mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984.

Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri, termasuk Pegawai Daerah Gombak pada 1 Ogos 2006, dan Pengarah di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor mulai 2 Mei 2008.

Dalam pada itu, SPR merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kamaruddin atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada badan berkenaan. - BERNAMA


SPR perlu berubah, bukan sekadar setiausaha baru


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli menyambut baik lantikan Pegawai Pembangunan Negeri Selangor, Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.

Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan perubahan bukan hanya tertumpu kepada lantikan setiausaha yang baru tetapi kepada keseluruhan SPR agar lebih telus.

"Lantikan setiausaha yang baru itu merupakan proses di dalam pentadbiran apabila ada pegawai yang berpencen, saya menyambut baik lantikan tersebut.

"Apa yang kita inginkan sebenarnya adalah perubahan keseluruhan kepada operasi SPR dan bukan hanya sesetengah jawatan, kita mahukan sebuah pentadbiran yang lebih telus dan adil," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut merupakan Ahli Parlimen Kuala Krai meminta agar Abdul Ghani dapat membuat pembaharuan di dalam SPR apabila beliau memegang jawatan tersebut serta melihat setiap pandangan yang telah dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.

Abdul Ghani akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Kamaruddin Mohamed Baria yang telah pun bersara pada 13 Ogos yang berkuatkuasa 19 Ogos lalu.
-HD

ULASAN GB

Dalam diam-diam rupa-rupanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria telah bersara sebagai Setiausaha SPR sejak 13 Ogos yang lalu.

Persoalan yang masih menjadi tandatanya rakyat ialah apakah polis sudah selesai menyiasat isu dakwat kekal yang mana Datuk Kamaruddin terlibat secara lansung di dalam pembeliannya yang kosnya menelan belanja jutaan ringgit wang rakyat?

Apakah persaraanya secara diam-diam itu untuk "mendiamkan" isu dakwat kekal dari terus dibangkitkan dan diipersoalkan?

Ini juga mengingatkan kita mengenai persaraan bekas Pengerusi SPRM satu ketika dulu yang dipercepatkan. Datuk Seri Ahmad Said telah diketahui umum bahawa beliau dikaitkan dengan skandal pemberian kontrak uniform SPRM secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka seperti kebiasaannya!

Persaraan kedua-dua mereka semacam ada hal yang cuba ditutup.

Skuad Khas Charlie & Delta Tangani Jenayah Berat-Narkotik

Posted: 29 Aug 2013 06:40 PM PDT



Ahmad Zahid Hamidi.
 
PUTRAJAYA: Skuad khas 400 anggota yang dibentuk oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangani jenayah berat dan juga narkotik akan dibahagi kepada dua skuad yang dikenali sebagai "Skuad Khas Charlie" dan "Skuad Khas Delta".

Skuad Khas Charlie akan menangani jenayah berat manakala Skuad Khas Delta pula dadah dan narkotik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu temuramah eksklusif bersama mStar Online dan The Star di pejabatnya di sini pada petang Khamis menegaskan, keputusan untuk membentuk skuad khas ini, yang beroperasi dari Bukit Aman bukan hanya keputusan kementerian tetapi juga adalah keputusan kerajaan.

"Ini adalah keputusan kerajaan persekutuan bukan keputusan KDN atau PDRM dan kita membuat persediaan ke arah pembentukan skuad ini kerana kita menyedari yang kumpulan kongsi gelap ini akan mengambil tindak balas ke atas pihak berkuasa.

"Sebelum ini berlaku, PDRM telah mewujudkan dua skuad di bawah skuad khas ini yang kita namakan Skuad Khas Charlie dan Skuad Khas Delta. Charlie akan menangani kes jenayah berat manakala Delta kes narkotik berat," jelas Ahmad Zahid.

Kepada soalan mengapa sekarang PDRM kelihatan memberi tumpuan khusus dan membentuk skuad khas ini bagi menangani permasalahan kumpulan kongsi gelap dan narkotik, Ahmad Zahid memberikan tiga faktor utama.

Pertama, selepas dibebaskan ekoran pemansuhan Ordinan Kecemasan dan Akta Kediaman Terhad, bekas-bekas tahanan ini kembali kepada tabiat lama dan mereka sekarang sedang dalam perebutan kawasan kawalan masing-masing.

Kedua, kata Zahid, mereka merancang dan sedang membalas dendam ke atas saksi-saksi yang sebelum ini telah mendedahkan kegiatan mereka.

Dan ketiga, tegasnya lagi, mereka mula membunuh mangsa-mangsa dengan tujuan untuk mendapatkan habuan.

Jelasnya, di bawah Akta Pertubuhan, mana-mana pertubuhan yang tidak didaftarkan boleh dianggap sebagai pertubuhan haram dan pihak berkuasa seperti polis boleh bertindak ke atas pertubuhan-pertubuhan haram ini.

"Ertinya kita ada kuasa untuk umum kepada khalayak ramai nama-nama pertubuhan haram ini sepertimana yang dilakukan oleh pihak kementerian pada hari ini (Khamis, 29 Ogos) supaya wujudnya kesedaran dengan harapan pihak awam akan bekerjasama dengan polis dalam menangani pertubuhan haram seperti kongsi gelap ini.

"Ini juga akan membantu orang ramai menyedari sekiranya terdapat pergerakan kongsi gelap di kawasan mereka dan dalam tindakan terbaru ini saya sendiri telah menandatangani pewartaan atau pengezetan untuk mengisytiharkan 49 pertubuhan kongsi gelap ini sebagai pertubuhan haram," kata menteri itu lagi.

Menurut Ahmad Zahid, kewujudan begitu banyak kongsi gelap baru juga telah mendorong PDRM membentuk skuad khas ini.

Tegasnya, segala tindakan terbaru dan proaktif yang diambil oleh KDN dan PDRM ini ialah apa yang diputuskan oleh perdana menteri dan kabinet.

"Sama ada jenayah itu kecil atau besar, ia tetap menjejaskan kerajaan. Permasalahan jenayah telah menjadi faktor utama yang dibangkitkan oleh rakyat, selepas itu barulah ekonomi, sosial dan pendidikan," kata Ahmad Zahid.

Selepas saman menyaman, identiti “Awang Selamat” Utusan akan didedahkan

Posted: 29 Aug 2013 05:31 PM PDT

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Poster forum yang akan menelanjangkan Utusan Malaysia.  

Poster forum yang akan menelanjangkan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia bukan sahaja berdepan dengan pelbagai saman dan serangan ke atasnya, akan tetapi lebih teruk lagi apabila orang di belakangnya akan menelanjangkan akhbar itu satu persatu.

Ia bakal dibuat dalam siri forum bertajuk "Siri kelangsungan perjuangan Said Zahari - Memahami Utusan, siapakah Awang Selamat?" yang bakal diadakan pada 2 September 2013, pukul 8 malam di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Forum ini dianjurkan oleh Angkatan Kewartawanan dan Ruang Awam Bebas (Akrab), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan media di negara ini.



 Said merupakan ikon kepada kebebasan media di Malaysia apabila pada tahun 1961, beliau memimpin mogok wartawan bagi membantah tindakan Umno menguasai Utusan.


Baginya Utusan Melayu mestilah kritikal dan tidak memihak kepada perjuangan Umno.

Akibatnya beliau dilarang masuk ke Semenanjung Tanah Melayu ataupun Malaya pada ketika itu oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Sejak 1959, Umno ingin menguasai Utusan. Dua orang wakil telah berjumpa dengan Said yang merupakan ketua pengarang akhbar itu.

Apabila Said enggan bekerjasama, beliau ditukarkan serta-merta ke Singapura.

Bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi dan Said memulakan mogok seluruh pekerja Utusan.

Melalui siri pertama, forum ini akan membincangkan siapakah berada di sebalik pintu pagar dan bangunan baru Utusan,  siapakah perancang-perancang utama di dalam akhbar itu.

Selain itu, pendedahan juga akan dilakukan tentang sikap pengarang-pengarang dan wartawan-wartawan di Utusan.

Paling penting siapakan Awang Selamat yang bukan sahaja dilindungi oleh kerajaan untuk melemparkan fitnah kepada sesiapa sahaja yang disukai tetapi kebal dari tindakan undang-undang.

"Siri pertama ini akan menampilkan Hata Wahari bekas wartawan Utusan yang juga bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) untuk membicarakan tajuk pertama tersebut dan bicara ini akan di ulas oleh Profesor Zaharom Nain," kata Liau Kok Fah, Ahli Jawatankuasa Hak Sivil, KLSCAH kepada The Malaysian Insider.

Hata akan membicarakan setiap fungsi, gerakan dan apa yang berlaku di dalam Utusan sejak beliau menjejakan kaki ke bangunan usang Utusan di 46 M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur 18 tahun lepas.

PKR akan heret Syabas ke Tribunal Pengguna

Posted: 29 Aug 2013 05:27 PM PDT

OLEH MD IZWAN

















Susulan gangguan air terbaru sekitar Lembah Klang minggu ini, PKR mengambil langkah untuk mengheret Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ke Tribunal Pengguna, kata Rafizi Ramli (gambar).

Pengarah Strategi PKR itu, berkata langkah tersebut diambil bagi memberi tekanan kepada syarikat konsesi air supaya membayar pampasan kepada pengguna yang terjejas akibat terputus bekalan air.

"Saya membuat keputusan untuk memfailkan seberapa banyak kes tuntutan terhadap Syabas di Tribunal Tuntutan Pengguna mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999.


 "Pusat Khidmat Parlimen Pandan akan menghubungi seberapa banyak isi rumah yang terjejas dengan gangguan bekalan air dan akan memfailkan kes terhadap SYABAS untuk menuntut pampasan di Tribunal Tuntutan Pengguna," kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan media hari ini.


Rafizi juga mengecam Syabas yang disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab dan cekap dalam mengendalikan pengurusan air sehingga menyebabkan masalah air yang berlaku sejak Disember tahun lalu kembali berulang.

"Sebagai pemegang konsesi yang memonopoli bekalan air di Lembah Klang, kelemahan ini tidak boleh diterima sama sekali oleh pengguna," katanya.

Menurut Rafizi, langkah untuk mengheret Syabas ke Tribunal Pengguna bertujuan memberikan amaran supaya perkara sama tidak berulang di masa depan.

"Selagi tidak ada kempen tersusun untuk memaksa Syabas memberi pampasan kepada rakyat, selagi itulah Syabas tidak menghiraukan kesusahan yang dihadapi rakyat setiap kali gangguan bekalan air berlaku," katanya.

Kali terakhir masalah bekalan air terputus berlaku adalah pada Mac lalu dimana bekalan air di Gombak, Hulu Langat dan Kuala Lumpur terganggu selepas dua loji rawatan terjejas kerana hujan lebat.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya 2008.

Ekoran kekerapan berlakunya gangguan bekalan air, kedua-dua pihak, kerajaan negeri dan Syabas sering betelagah menyalahkan satu sama lain.

Kerajaan pusat seringkali menggesa kerajaan PR Selangor untuk membenarkan pembinaan Loji Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan takungan air bersih di negeri tersebut. Dan menjadikannya sebagai satu isu bagi kempen pilihan raya yang lalu.

Tanda Putera mula tayangan dengan 12 penonton Melayu

Posted: 29 Aug 2013 05:20 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Tayangan pertama Tanda Putera di pawagam di Mid Valley hari ini menerima sambutan dingin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2013.  Tayangan pertama Tanda Putera di pawagam di Mid Valley hari ini menerima sambutan dingin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 


















Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik  12 penonton.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.

 "Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh  isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta  sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui The Malaysian Insider.

Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."

Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu.

Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.

"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.

Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.

Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.

Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.

"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali.

Biaqpila

Posted: 30 Aug 2013 03:02 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:02 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


GADIS BERBOGEL MINTA SEDEKAH

Posted: 30 Aug 2013 05:00 AM PDT

PEKERJA TNB KENA TETAK KETIKA OPERASI MEMOTONG BEKALAN ELEKTRIK

Posted: 30 Aug 2013 12:20 AM PDT


Seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus tangan kiri akibat ditetak dengan parang setelah beliau memotong bekalan elektrik di sebuah rumah di Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway, di Kuala Lumpur semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Muhamad Axdni Isa, 42, bersama dua lagi rakan sekerjanya dilapor melakukan kerja pemotongan elektrik di depan sebuah rumah teres sebelum dua orang lelaki yang berada dalam rumah tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua berkata mangsa dan rakan-rakannya telah dimaki hamun lelaki itu ketika cuba menerangkan kepada suspek bahawa mereka membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Disebabkan bengang, suspek kemudian keluar dari rumah dengan dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali manakala rakannya yang lain terselamat," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.

Tan berkata, mangsa dihantar rakannya ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai Bangsar di Kuala Lumpur untuk pembedahan.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek berusia 33 dan 45 tahun itu untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Laporan penuh...

Bandar sunway rpt:6000/13
Pengadu: mohd fuad bin ishak(pekerja TNB subang jaya)
No kp:710918045373
I0:insp sim lee ping
Sek: 326kk

Pada 29/8/13 jam 1700hrs 1 team tnb dari subang jaya telah datang ke jln pjs 7/23 bdr sunway kerana telah mendapat aduan terdapat penyambungan haram di jln tersebut semasa team pengadu ingin membuat pemotongan bekalan elektrik di rumah setinggan jln pjs 7/23 bersama dengan 4orang pekerja TNB.2 lelaki india telah menghampiri dan telah menyerang team tersebut dan telah menetak mangsa beberapa kali di pergelangan tangan kiri menggunakan parang panjang sehingga hampir putus.rakan mangsa telah membawa mangsa ke hospital sdmc dan telah di pindahkan dihospital pantai bangsar dan berada di dewan pembedahan.tahap kecederaan pergelangan tangan kiri hampir putus,ditempatkan di blok d tkt 2 no katil 18.
Butir2 suspek
Penama:sellvam a/l sangaralingam
no kp:680510086687
Suspek telah ditangkap oleh anggota D7 ipd subang jaya

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

JANGAN DOK BUAT TIGA SUKU

Posted: 29 Aug 2013 09:00 PM PDT

Pengikut