Isnin, 25 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 25 Apr 2011 11:25 PM PDT

Peghelih La...


Kelab Motor Pemuda Kangar dilancarkan

Posted: 25 Apr 2011 02:15 AM PDT

KANGAR - Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-36 PAS Kawasan Kangar semalam, Setiuasaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali telah melancarkan Kelab Motor Pemuda Kangar (KOMPAK).

KOMPAK ditubuhkan secara rasmi pada Mesyuarat Agung Pemuda PAS Kangar 26 Mac lalu


KOMPAK menghimpunkan pemuda-pemuda dari seluruh kawasan Kangar yang berminat dengan aktiviti bermotor di samping menganjurkan program-program kepemudaan khusus untuk menarik minat golongan muda bersama dengan PAS.


YDP Kangar juga kekal, TYDP baru

Posted: 25 Apr 2011 02:06 AM PDT


KANGAR - PAS Kawasan Kangar mencatatkan satu sejarah tersendiri apabila tiada pertandingan diadakan bagi pemilihan jawatan utama parti pada tahun ini.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 36 yang diadakan 24 April lalu, semua jawatan kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira dimenangi tanpa bertanding.

Dalam mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Dato' Dr Haron Din, Kompleks PAS Perlis di sini, Hairy Hashim kekal selaku Yang Dipertua PAS Kawasan.

Beliau akan berganding dengan Ustaz Ya'akub Abu Seman selaku Timbalan Yang Dipertua dan Abdul Zakaria selaku Naib Yang Dipertua.

Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pula, jawatan tersebut turut tidak dipertandingkan memandangkan jumlah pencalonan yang ada sudah mencukupi untuk mengisi kuota yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

Manakala Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira pula, para perwakilan secara sebualat suara menerima semua cadangan yang dibuat semasa mesyuarat agung dijalankan.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 25 Apr 2011 09:45 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


RINGKASAN MEMORANDUM BAPA FELCRA CHANGKAT LADA KE PARLIMEN

Posted: 25 Apr 2011 07:40 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Apr 2011 07:51 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kena samun depan rumah

Posted: 25 Apr 2011 12:16 AM PDT



Sinar Harian 25 April 2011

REMBAU - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM5,800 apabila disamun sekumpulan lelaki bermotosikal menggunakan parang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, di Taman Datuk Lela Maharaja, Chembong.

Mangsa, Abdul Latip Alias, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya duduk berehat di pangkin rumah jiran, didatangi dua motosikal dinaiki empat lelaki dipercayai Melayu menghampiri mereka bertanyakan jalan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika dia dan isteri memberikan penerangan kepada lelaki terbabit, secara tiba-tiba pembonceng motosikal bertindak berani mengacukan parang ke arah mereka dan mengarahkan untuk memberi semua barang berharga.

"Saya terkejut apabila diacukan parang dan mereka mengugut akan mencederakan kami jika tidak mengikut arahan.

"Isteri saya cuba melawan tetapi dengan pantas mereka dapat meragut gelang emas yang dipakainya," katanya.

Abdul Latip berkata, mereka turut merampas jam tangan dan telefon bimbit miliknya sebelum melarikan diri.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan.

"Kami trauma dengan kejadian ini dan telah membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, kejadian itu diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali terutama yang datang secara berkumpulan.

"Niat kami ikhlas untuk membantu tetapi disalah guna oleh mereka yang berniat jahat untuk mendapatkan duit cara salah.

"Mereka juga bertindak berani apabila menggunakan senjata menakut-nakutkan orang ramai dan sanggup mencederakan mangsa," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9013920.asp

Khalid Samad

Posted: 25 Apr 2011 07:37 PM PDT

Khalid Samad


Bersatulah Melayu

Posted: 25 Apr 2011 07:10 PM PDT

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan 'Bersatulah Melayu' mereka. Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!

Dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda UMNO, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk 'menentang Melayu'. Pemikiran perkauman yang menguasai minda UMNO, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP. Mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman. Tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina. Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi? Ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina. Yang berbeza adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR. BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rausah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan. Keadaan Taib Mahmood sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir dipemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya!

Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah. Penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan Negara.

Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau 'BESAR' mana sekalipun, walaupun Presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah.

Sememangnya, orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka! Tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan PERKASA. Orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah. Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa "pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api Neraka". Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain. Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini.

Ini berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh UMNO; dan UMNO di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala! UMNO yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari UMNO kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa. UMNO yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila UMNO kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini UMNO meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu. Oleh itu, UMNO ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa. Dan inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya. Untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh UMNO ke atas mereka. Sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam? Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita. Bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga. Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam? Seperti yang dikatakan TGNA, "sudahlah tiada wang, tiada ilmu, tiada akhlak pula!". Naudzubillah-himin dzalik.

Pada hakikatnya, UMNO mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka dengan melaungkan kembali laungan zaman jahiliyyah. Korupnya mereka, tidak cekapnya mereka, menyelewengnya mereka, semua ini ingin mereka tutupi dengan laungan jahiliyyah perkauman. Supaya Melayu terus sokong mereka walaupun mereka telah gagal dalam semua aspek. Semoga kita tidak tertipu dengan laungan ini dan kita ingat kembali saranan Rasulullah (SAW);
"Tidak dariku, mereka yang menyeru atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang berperang atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang mati atas dasar assobiyyah".
Maka apabila ditanya oleh sahabat Baginda apa itu assobiyyah, maka dijawabnya "menyokong kaummu atas dasar yang zalim". Rasuah itu zalim, penyelewengan itu zalim, pemborosan wang rakyat itu zalim dan perkauman itu zalim. Yang dizalimi adalah rakyat yang akhirnya dinafikan hak mereka dan diadu-domba atas dasar perkauman sehingga persoalan kebenaran dan keadilan menjadi kabur dan tidak diutamakan.

Semoga kita dibebaskan dari belenggu UMNO dan masyarakat Melayu juga akan turut bersatu menolak calon dari UMNO dan BN yang merupakan lambang pemerintahan rasuah dan penyelewengan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Beberapa Pengajaran dari Pilihanraya Sarawak

Posted: 25 Apr 2011 05:37 PM PDT

Ada di kalangan penyokong tegar UMNO/BN yang masih ingin menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa BN mencapai kemenangan cemerlang di Sarawak. Tidak mengapa, biarkan mereka dengan labu-labunya. Menipu diri mungkin di antara 'hak asasi manusia' mengikut kitab perjuangan mereka. Bagi PR, kita memahami bahawa keputusan Pilihan Raya Sarawak merupakan keputusan yang terburuk bagi BN selama 24 tahun. Selain menunjukkan peralihan sokongan dan kesedian masyarakat Sarawak menimbangkan alternatif selain dari BN, ianya telah juga menzahirkan perpecahan di antara BN Pusat dan BN Sarawak.

BN Sarawak berdiri teguh bersama Taib yang ingin meletak jawatan 'selepas beberapa tahun'. BN Pusat bersama Najib, yang ingin Taib meletak jawatan segera sebaik sahaja selepas Pilihan Raya. Namun BN Pusat tidak mampu memaksa keputusan tersebut tanpa sokongan BN Sarawak, kerana kedudukan kerajaan BN Pusat itu sendiri akan terjejas! Ini menunjukkan kelicikan Taib dalam mengharamkan UMNO di Sarawak.

Bagi PR, keputusan Pilihan Raya sememangnya boleh dibanggakan. Walaupun hanya mendapat 15 kerusi dan 1 kerusi pergi kepada pihak bebas, ianya tetap satu pencapaian yang membanggakan. Ini adalah kerana selama ini pihak 'pembangkang' di Negeri Sarawak hanya mendapat 8 kerusi. Keadaan ini lebih jelas apabila dilihat dari sudut jumlah undi yang telah diperolehi secara keseluruhan. BN hanya mendapat 55.6% dari jumlah undi keseluruhan dan PR memperolehi 44%. Ini merupakan peningkatan jumlah undi yang memberangsangkan dan dari sudut jumlah undi, yang secara tidak langsungnya telah menafikan sokongan 2/3 rakyat Sarawak kepada BN.

Bagi PAS yang tidak menang walaupun 1 kerusi, tidak juga dapat dinafikan, peningkatan sokongan telah berjaya dizahirkan. PAS bertanding di 5 kerusi, 4 darinya buat kali pertama dalam sejarah PAS. Di kerusi Beting Maro yang PAS tandingi pada 2006, jumlah undi telah meningkat dan majoriti BN dipotong lebih dari separuh! Pada 2006, jumlah undi sebanyak 4,697 tanpa dikira undi rosak, BN dapat 2,796 undi, PAS 1,901. Majoriti BN adalah sebanyak 895. Dalam Pilihan Raya 2011, jumlah undi adalah sebanyak 5,747 tanpa dikira undi rosak, BN dapat 3,069 undi, PAS 2,678. Majoriti BN hanya 391!

Pencapaian PAS di Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya dan Sebuyau juga memberangsangkan memandangkan ianya kali pertama PAS bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.

Namun prestasi PR dalam Pilihan Raya Sarawak sebenarnya boleh lebih cemerlang sekiranya beberapa perkara ditangani dengan baik. Saya telah berkempen di Sarawak di antara 3 – 6 Mac di Miri dan pada 11 – 14 di Kuching. Saya melihat kelemahan-kelemahan PR adalah seperti berikut:

  1. Setiap parti berkempen secara bersendirian tanpa adanya penekanan dan strategi yang sama. Di kawasan-kawasan PAS, hanya bendera PAS kelihatan dan walaupun ada diturunkan penceramah DAP dan PKR pada masa-masa tertentu, identiti PR tidak menyerlah. Ini menjadi lebih parah apabila tiada risalah-risalah yang dikeluarkan oleh PR untuk diedarkan di seluruh Negeri Sarawak. DAP dengan risalahnya, PKR dengan risalahnya dan PAS dengan risalahnya.
  2. Tiada suatu pendekatan yang bersepadu yang diselaraskan di mana objektif penglibatan PR dinyatakan secara jelas. Ada yang sebut ianya adalah untuk menafikan majoriti 2/3 BN dengan mengadakan pembangkang yang kuat, ada pula yang menyebut calon Ketua Menteri baru di bawah PR. Sekiranya matlamat PR adalah untuk memerintah Negeri Sarawak, maka satu Manifesto PR untuk Sarawak perlu dikemukakan. Malangnya, setahu saya, tiada manifesto disediakan untuk tatapan masyarakat Sarawak. Ketidakselarian ini menyebabkan pengundi keliru.
Sekiranya PR bergerak dengan cara yang lebih bersepadu dengan penyelarasan yang lebih rapi, besar kemungkinan prestasi dan keputusan yang lebih baik akan dapat diperolehi. Tetapi, PR sebenarnya tidak perlu gusar, PRU menanti dan pada masa itu, PR boleh menentukan kelemahan yang sepertimana disebut di atas, dapat diatasi, bukan sahaja di Sarawak tetapi di seluruh negara, insyaAllah.

Yang penting, 'fixed deposit BN' telah mula dibolosi dan simpanannya semakin berkurangan. Sebahagiannya telah mula mengalir ke simpanan PR!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 25 Apr 2011 07:18 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Isu UUM: Populasi pelajar bertambah punca air UUM tidak cukup - Sinar Harian

Posted: 25 Apr 2011 08:00 AM PDT






ALOR SETAR - Bilangan populasi pelajar meningkat hampir sekali ganda dan kegagalan pengurusan Universiti Utara Malaysia(UUM) menaik taraf kemudahan infrastruktur dikenal pasti punca bekalan air universiti itu bermasalah.




Seorang jurutera perunding yang terlibat dalam pembinaan rekabentuk infrastruktur di UUM sekitar tahun 1989 berkata, objektif pembinaan universiti itu pada awalnya untuk menampung kapasiti pelajar tidak melebihi 18,000 orang, bagaimanapun peningkatan bilangan pelajar sehingga hampir 30,000 orang menyebabkan sistem bekalan air sedia ada gagal menampung keperluan mereka.




Beliau yang enggan dikenali berkata, UUM kini menggunakan lebih kurang 350,000 gelen air sehari untuk menampung keperluan pelajar dan kakitangan universiti, walhal jumlah itu sebenarnya kurang separuh daripada kapasiti ideal air yang diperlukan iaitu lebih kurang 750,000 gelen air sehari.




"Selain itu, kegagalan UUM menaik taraf sistem perpaipan, menambah kapasiti tangki air(reservoir), menambah rumah pam,menukar saiz paip penghantaran dan paip retrikulasi(perhubungan) kepada saiz lebih besar supaya mendapat tekanan air sekata dilihat penyumbang utama kepada permasalahan, bukan semata-mata berpunca Syarikat Air Darul Aman(Sada).




"Tindakan menyalahkan Sada tidak wajar kerana masalah bekalan air UUM berpunca daripada kelemahan sendiri dan ianya bukan sahaja dialami universiti itu sahaja, malah turut meliputi sebahagian besar institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di negara ini,"katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.




Jurutera perunding itu berkata, sebelum pembinaan Loji Air Padang Sanai, Padang Terap, UUM terpaksa mendapatkan bekalan air daripada Loji Air Bukit Pinang dan mengalami masalah tekanan air rendah memandangkan ianya disalurkan dari kawasan rendah(Bukit Pinang) ke kawasan tinggi(Sintok).




Menurutnya, pembinaan loji air itu pada asalnya bertujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan Changlun dan Sintok, bagaimanapun ianya masih tidak mencapai objektif di UUM kerana sistem bekalan air dan perpaipan lama membataskan kuantiti bekalan air diterima.




"Peningkatan bilangan populasi pelajar sepatutnya seiring dengan peningkatan kemudahan asas dan infrastruktur universiti itu demi keselesaan penghuninya.




"Dalam isu bekalan air di UUM, apabila kemudahan infrastruktur tidak dinaik taraf, saiz paip bekalan air sedia ada tidak cukup dan memerlukan paip bekalan air lebih besar untuk sesuai dengan tekanan air lebih tinggi. Tiada guna Sada meningkatkan penyaluran bekalan air ke UUM sekiranya kemudahan infrastruktur di takuk lama,"katanya.




Menurutnya, UUM bukan sahaja perlu menaik taraf sistem bekalan air, malah perlu meningkatkan kualiti sistem bekalan kuasa, telekomunikasi, perparitan dan pengurusan sisa kumbahan memandangkan penambahan lebih daripada 10 blok bangunan di universiti itu memberi kesan langsung kepada kesemua infrastruktur tersebut.




"Berdasarkan perkiraan saintifik yang dibuat, anggaran RM50 hingga RM70 juta diperlukan UUM untuk menaiktarafkan sistem bekalan air di seluruh kawasan universiti, termasuk kos penyelenggaraan, menambah paip saliran, reservoir dan rumah pam baru memandangkan jumlah sedia tidak mencukupi.




"Manakala, anggaran keseluruhan sebanyak RM150 juta diperlukan untuk membiayai kos menaik taraf keseluruhan kemudahan infrastruktur terbabit untuk memastikan UUM selamat dan selesa diduduki,"katanya.




Beliau turut memberi amaran UUM bakal berdepan dengan masalah bekalan air yang lebih buruk pada masa akan datang sekiranya usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur universiti dipandang sepi oleh pengurusannya.




"Hampir keseluruhan paip saliran air yang digunakan di UUM diperbuat daripada paip asbestos yang kurang tahan lama manakala reservoir yang sedia ada pula hanya mampu menampung separuh daripada kuantiti sebenar air diperlukan.




"Saya minta pengurusan UUM memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan keselesaan pelajar dan kakitangan, lebih-lebih lagi universiti itu dalam usaha menarik pelajar luar negara melanjutkan pelajaran ke sana,"katanya.

Parti bukan sendirian berhad, urus secara jamaah

Posted: 24 Apr 2011 08:25 PM PDT

Ismail Hashim - harakahdaily 
SHAH ALAM, 24 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) berkata, parti hendaklah diurus secara jamaah dan bukannya seperti syarikat sendirian berhad apatah lagi sebagai syarikat anak beranak.
Menurutnya, PAS telah mengisytiharkan matlamat perjuangannya kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka telah melihat dan meyakininya.
Tegasnya, pimpinan PAS tetap menggerakkan parti untuk terus komited bersama Pakatan Rakyat yang mengorak langkah lebih jauh dalam arena politik negara.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu juga mengingatkan ahli-ahli agar buang sikap 'tiada masa dengan Allah nanti Allah tiada masa dengan kita', lazimi Al-Quran, tahajjud dan puasa sunat serta berusaha agar kelemahan yang diketahui tidak terus dikekalkan.
Beliau menambah, kemenangan kali kedua di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) 13 akan datang bagi menjamin segala usaha politik dan dakwah Islam masakini dapat diteruskan.
Menurutnya, keadaan sekarang amat cantik di pandangan mata di mana masjid berjaya dimakmurkan dengan segala aktiviti mendidik anggota masyarakat.
"Kerana itu, harapan agar segala usaha dapat dilakukan sebaiknya bagi memastikan segala kegiatan dan usaha ke arah kebaikan dapat dijayakan dengan sebaiknya.
"Ingatlah Allah sedang menguji anda semua di Selangor ini, pasti tidak sama keadaannya sebelum menang dengan suasana selepas memegang tampuk kerajaan," tegasnya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Shah Alam ke 24 di TTDI Jaya, dekat sini pagi tadi.
Beliau berkata, pemimpin baik adalah mereka yang terus berpandangan jauh ke hadapan namun sesekali hendaklah menoleh ke belakang melihat kemampuan ahli-ahlinya.
Mereka, ujarnya, jangan terlalu laju sehingga tidak mampu dikejar ahli dan jangan pula terlalu lambat sehingga kaki mereka dipijak.
"Semua ahli mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri, seumpama binaan batu-bata, mestilah disusun dengan baik, yang terlebih bakar, jangan diletakkan di hadapan kerana boleh merosakkan pandangan tetapi letaklah di bahagian pengukuhan tiang binaan," tegasnya penuh berkias.
Sementara itu, ketika berucap dalam majlis sama, Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, jika musuh dapat merampas semula Selangor, mereka pasti akan melakukan sekatan lebih teruk daripada sebelum ini.
Menurutnya, kemenangan PAS di banyak kawasan termasuk Shah Alam dalam PRU 12 pada Mac 2008 adalah hasil pendirian dan sokongan banyak pihak termasuk bukan Islam dan Melayu.
Kerana itu, jelasnya, gerak kerja selepas ini mestilah menjurus ke arah mendekatkan mereka termasuk semua anggota masyarakat lain bagi  memahamkan mereka perjuangan dan matlanat PAS dalam memberi dan memelihara hak dan tuntutan semua pihak termasuk bukan Islam.
 

PAS LENGGONG

Posted: 25 Apr 2011 07:17 PM PDT

PAS LENGGONG


Bagi orang yang beriman pada hari akhirat

Posted: 25 Apr 2011 03:56 AM PDT

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

DUN CHINI

Posted: 25 Apr 2011 07:06 PM PDT

DUN CHINI


No Radiation..Save Malaysia..Save Future..Stop Lynas...

Posted: 24 Apr 2011 11:34 PM PDT

Gambar-gambar ihsan dari Fikri Amin
Bertempat di Gebeng Pahang.


























Pas Cawangan Kampung Aman

Posted: 25 Apr 2011 03:29 PM PDT

Pas Cawangan Kampung Aman


MAJLIS PENYERAHAN BAUCER SKIM PENGHARGAAN WARGA EMAS

Posted: 25 Apr 2011 02:05 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 Apr 2011 03:22 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


GEMPAR ! RAKYAT 10 KAMPONG SARAWAK MEMBERONTAK !

Posted: 24 Apr 2011 11:11 PM PDT



Rakyat Kecewa apabila bantahan, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat terhadap pembalakan di tanah mereka tidak mendapat perhatian, penduduk 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, semalam mengambil tindakan sendiri meruntuhkan jambatan
dibina syarikat itu.

Jambatan itu dipercayai dibina syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai
Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.


10 buah kampong tersebut ialah :-
1. Penduduk Kampung Temong Bengan
2. Kampung Temong Putah
3. Kampung Temong Mura,
4. Kampung Temong Mawang
5. Kampung Darul Fallah
6. Kampung Darul Huda
7. Kampung Tepoi
8. Kampung Semunti
9. Kampung Sebekar
10.Kampung Sebuhang

Penduduk kampong-kampong ini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu.

Wakil penduduk, Mani anak Marin, 47, mendakwa syarikat pembalakan bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan.

Kehidupan mereka kini tidak lagi selesa apabila air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.

Mani mendakwa penduduk tidak tahu hutan berhampiran kampung itu diteroka syarikat pembalakan, sehinggalah mendengar deruman enjin jentera menjalankan kerja menolak tanah untuk membuat jalan, Jun tahun lalu.

"Selepas diselidik, kami dapati kerja pembalakan dijalankan di hutan itu dan
apabila disoal, pekerja syarikat balak mendakwa mereka menjalankan kerja
yang sah selepas mendapat kebenaran bertulis lima ketua kampung di kawasan
itu," katanya.
Bagaimanapun, penduduk musykil kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai kegiatan itu, malah ketua kampung juga tidak pernah membawa mereka berbincang.

Penduduk yang tidak berpuas hati kemudian mendapatkan surat perjanjian itu ditandatangani lima ketua kampung yang membenarkan kawasan hutan seluas 4,125 hektar diteroka syarikat pembalakan yang berpejabat di Batu Tiga, Kuching.

Penduduk kemudiannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak syarikat namun diugut.
Berikutan itu, Mani berkata penduduk membuat laporan polis di Balai Polis Tebedu dan Serian serta membuat laporan kepada SPRM.
"Namun hingga kini, tiada tindakan diambil terhadap syarikat itu, malah kerja pembalakan semakin rancak dilakukan. Siapa yang tidak marah jika ratusan pokok durian, buahan-buahan lain, pokok tapang ditebang dan dijadikan kayu balak.

"Lebih menyedihkan apabila sawah padi kami turut dirosakkan apabila mereka membina jalan balak melaluinya," katanya.
Mani mendakwa ketua kampung mengambil sikap lepas tangan.
"Kami terpaksa bertindak sendiri kerana kami sedar masalah kami ini tidak diberi perhatian. Sampai bila kami harus menunggu... adakah hingga hutan kami musnah dan semua tanah kami musnah barulah hendak bertindak," katanya.

YOU YOU EM ADA PROFESOR 2 KALI LIMA !

Posted: 24 Apr 2011 07:25 PM PDT


Siapakah Naib Canselor (NC) Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak jika dibandingkan dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak jika hendak memperlekeh pemimpin kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Beliau lupa macammana NC yang lama pun ada kes mahkamah.
Naib Canselor UUM didenda RM5,000 pada 25/04/2010 3:16pm
ALOR SETAR Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Sri Dr. Nordin Kardimembayar denda RM5,000 kerana kesalahan menghina mahkamah dalam tempohdua minggu atau menjalani hukuman penjara dua bulan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani Abdul Rahim mengeluarkanperintah itu selepas menolak rayuan Dr. Nordin bagi penangguhanpelaksanaan hukuman denda itu sementara menunggu rayuannya di MahkamahRayuan.
Pada 3 Februari lalu, Dr. Nordin didenda RM5,000 atau penjarasebulan kerana gagal melaksanakan perintah injunksi yang dibuatMahkamah Tinggi di sini yang menghalang universiti itu menganjurkanprogram pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA). -


Kenyataannya yang disiar dalam sebuah akhbar tempatan sebagai berkata 'MB Kedah hanya layak urus sekolah pondok' tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar Profesor apa lagi memegang jawatan NC sebuah institusi pengajian tinggi awan (IPTA).

Berikutan itu Setiausaha Politik kepada MB Kedah, Encik Muhamad Sanusi Md Nor menggesa beliau memohon maaf kepada MB Kedah kerana kenyataannya yang dianggap tidak menghormati pemimpin tertinggi.

Muhamad Sanusi berkata, Kerajaan Negeri berhak menerima atau menolak pemohonan rebat cukai, tidak terkecuali mana-mana tuan tanah sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Lagipun tiada pihak lain yang merungut kecuali UUM mungkin kerana mereka faham tanggungjawab sebagai pemilik tanah.

Mengulas kenyataan Prof Dr Dato' Mohamed Mustafa yang mempertikai keupayaan mentadbir UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi mencecah RM300 juta setahun untuk menguruskan15,000 pelajarnya, Mohamad Sanusi berkata Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduknya hanya dengan pendapatan RM500 juta

"Cukai tanah yang perlu dibayar UUM cuma 0.6 peratus daripada bajet berkenaan dan IPTA sebelum ini tidak pernah mempersoalkan pembayaran cukai terbabit," katanya.

Menurutrnya Mohamad Sanusi, Dato' Seri Ustaz Azizan mempunyai pengalaman 21 tahun dalam bidang pengajian tinggi. Beliau pernah menjadi ketua jabatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, sebagai antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa dan menubuhkan fakulti syariah dan undang-undang di Universiti Mindanao, Filipina.

Selain MB Kedah juga yang mempelbagaikan program Kolej Universiti Insaniah daripada tujuh kepada 42 program. Malah kini membina kampus induk Insaniah di Kuala Ketil dengan sumber terhad tanpa bantuan kewangan Pusat. Apabila siap nanti Insaniah mampu menampung lebih 10,000 pelajar.


Katanya, pihak-pihak tertentu juga tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok kerana pentadbiran pondok sekarang lebih baik dari apa yang disangka.

KENYATAAN "HARUS" YANG WAJIB DIKETAHUI BLOGGER UMNO

Posted: 24 Apr 2011 05:54 PM PDT


Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.
Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.
Tegas, Harussani (gambar), sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.
"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.
Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.
Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.
Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T".
Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.
Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.
"Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.
"Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.
Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.
"Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.
"Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu," kata bekas mufti Perlis ini.
Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.
"Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan," kata beliau lagi.
Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.
"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat," tambah beliau.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Apr 2011 03:10 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SEPUL KENCING... MAHKAMAH WAJAR GUGUR KES LIWAT

Posted: 25 Apr 2011 12:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April — Karpal Singh mahu Mohd Saiful Bukhari Azlan dikenakan tuduhan "berbohong" di mahkamah kononnya dia telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.


Dalam hujah penggulungan, peguam utama Anwar itu berkata, Saiful bukan saksi berwibawa dan kes dibawa terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu perlu digugurkan dengan segera.

Menurut Karpal, terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan diberikan oleh saksi utama itu dalam perbicaraan semasa.

Saiful juga merupakan pengadu dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar.

Justeru, beliau menggesa mahkamah agar mengarahkan pendakwa membawa tuduhan terhadap Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan — mereka-reka bukti dengan tujuan mahu menyabitkan kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara.

Muktamar PAS Wangsa Maju ke14

Posted: 24 Apr 2011 08:37 PM PDT

Pada 24 April,PAS Kawasan Wangsa Maju mengadakan mesyuarat agong kali ke14.Mesyuarat agong yang biasa menjadi rutin tahunan setiap kawasan,diadakan di dewan orang ramai Taman Melati.Muktamar kali ini telah dirasmikan oleh Ustaz Dr Azhar Yaakob,Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Pada majlis perasmian,YDP Wangsa Maju memberikan ucapan dan mengingatkan ahli-ahli tentang perlunya kita berada di gerakan Islam.Selain itu,beliau berhasrat untuk menghidupkan semula cawangan-cawangan yang telah lama terbiar.

Ustaz Azhar Yaakob pula memberikan peringatan tentang perkara 3perkara utama dlama perjuangan,iaitu matlamat perjuangan,strategi dan qiadah(kepimpinan).Oleh kerana pada kali ini diadakan pemilihan pimpinan kawasan yang baru,beliau mengingatkan bahawa menjadi pemimpin bukan ganjaran tetapi adalah bebanan dan tanggungjawab.Oleh kerana PRU 13 semakin hampir,pemimpin yang dipilih hendaklah yang betul-betul layak memimpin.


Pada tahun ini merupakan tahun pemilihan,dan pada kali ini pertandingan 1 lawan 1 untuk jawatan YDP manakala timb. YDP Hj Rahim Said telah menang tanpa bertanding,begitu juga naib YDP  Hamidon Pawanteh menang tanpa bertanding.









Sebanyak lebih kurang 3usul telah dibahaskan dengan baik pada muktamar kali ini.

MASALAH KALAU AZMIN PERCAYA MEDIA UMNgoK

Posted: 24 Apr 2011 06:46 PM PDT

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting dan dengan mudah mempercayai apa yang dilaporkan dalam media arus perdana berhubung ulasannya mengenai kes video seks.


Mustafa berkata, Azmin tidak seharusnya mempercayai apa yang disiarkan oleh media 'milik Umno' semalam yang menyebut PAS akan menyemak semula hubungannya dengan PKR ekoran skandal video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media arus perdana, kata Mustafa, hanya mahu memecah-belahkan gabungan Pakatan Rakyat.

"Lihat laporan dalam media bukan milik Umno atau BN seperti Harakah dan yang lainnya, yang lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka dan memberi gambaran yang lebih jelas," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

DSAI TAK PERLU SUMPAH : HARUSSANI

Posted: 24 Apr 2011 05:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.


Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

"Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

"Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 25 Apr 2011 03:02 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


Pelancaran Gerak Kerja Pilihanraya Pemuda PAS Kuala Terengganu

Posted: 25 Apr 2011 09:24 AM PDT

Kuala Terengganu - Bertempat di Markaz Tarbiah PAS Kuala
Terengganu, Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu dengan
jayanya telah melancarkan Gerak Kerja Pilihanraya Pemuda
PAS Kuala Terengganu yang di rasmikan oleh Yang Di Pertua
PAS Kuala Terengganu yang juga merangkap Ahli Parlimen
Kuala Terengganu.

Program yang julung kali di adakan ini meriah dengan
pemuda-pemuda dari 4 DUN iaitu Dun Batu Buruk, Dun Ladang,
Dun Wakaf Mempelam dan Dun Bandar.

Program ini penting dalam memperkasakan jentera pemuda
sebagai pemangkin utama kebangkitan Rakyat Negeri
Terengganu untuk memimpin perubahan dan membawa negeri
Terengganu sebagai negeri yang diberkati dan beriman.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 25 Apr 2011 01:33 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Teks Penuh - Ucapan Penangguhan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 24 Apr 2011 01:46 PM PDT

AYUH TERUSKAN - nukilan oleh Rosharizan Mohd Rozlan, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Puchong sempena Mesyuarat Agong Kali ke-8 PAS Puchong



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Umum mengetahui bahawa, berkemungkinan PRU 13 akan berlangsung tidak lama lagi dan bakal menyaksikan pertarungan paling sengit dalam sejarah Malaysia baru. PRN Sarawak bakal menjadi indikator cepat atau lambat PRU 13, sudah menjadi buah mulut dan dibincangkan didada media hinggalah ke warung kopi.

Tahun ini juga adalah tahun pemilihan bagi PAS disemua peringkat iaitu bermula dengan peringkat cawangan hinggalah ke peringkat pusat. Walaupun beberapa parti politik menangguhkan pemilihan tetapi tidak pada PAS. Ternyata PAS melalui kepimpinan ulamak bertindak bijak dengan menaruh kepercayaan yang baik kepada ahli untuk menjalankan mesyuarat agung dan memilih kepimpinan tanpa mengira suhu dan iklim politik semasa.

Dewan Pemuda PAS Puchong menyeru dengan semangat ukhuwah agar setiap ahli dan perwakilan menjalankan amanah yang penting ini dalam memastikan kepimpinan ulamak sentiasa teguh dan menjadi tulang belakang perjuangan dimana kita sebagai jundullah tidak kira berlatarbelakang apa, perlu seiring memperkuatkan kepimpinan ulamak.

Perkembangan terkini kita lihat bagaimana Presiden PAS diasak dari pelbagai sudut termasuklah kenyataan seorang Profesor yang keliru dengan mengatakan Presiden liabiliti kepada PAS serta meletakkan kelemahan Presiden punca Terengganu jatuh pada PRU yang lepas.

Apa yang Dewan Pemuda PAS Puchong ingin sentuh ialah, bagaimanakah sikap ahli kita dalam menterjemahkan pandangan ini adakah kita akan menari bersama dengan rentak terancang ini.

Tidak dinafikan kebanjiran ahli yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, pengalaman dan pendidikan telah membentuk satu evolusi permikiran dan tindakan dalam PAS mutkhir ini.

Menjadi dasar parti untuk meraikan segala pandangan dalaman dan pandangan luaran dengan satu disiplin yang ketat agar parti tidak bergoncang dan bergelora. Terkadang terdapat beberapa pihak termasuk ahli yang keliru dengan mekanisme yang diguna pakai oleh PAS.

Menyalahkan kepimpinan adalah satu tindakan yang kini kian subur berlaku dikalangan pendokong jamaah yang kita cintai. Tidak kira diperingkat mana samada di cawangan, kawasan, negeri dan pusat sudah ada kempen yang bergerak dan semakin sukar dikawal. Menjadi satu kesilapan besar meletakkan segala-segalanya ke atas bahu pimpinan kerana ianya berlawanan dengan konsep amal jamaie dan qiadah itu sendiri dan bakal menjadikan kita tenggelam dalam kesesatan apabila thiqah tiada kita letakkan pada pimpinan dalam menentukan hala tuju gerakan.

Bersangka baiklah dengan pimpinan,beban yang ditanggung oleh para pimpinan ulamak kita bukanlah beban yang mampu kita tanggung sebagai ahli.Cerminkan diri kita diperingkat cawangan adakah kita berjaya dalam menggerakkan cawangan dengan landasan gerakan Islam yang syumul, bagaimana persediaan kita menyediakan lapisan pimpinan setelah kita tua, bagaimana anak-anak kita adakah mereka akan menyambung tugasan kita, bagaimana dengan muslimat kita dan bagaimana dengan komponen terpenting iaitu manhaj tarbiyah. Kita perlu menyediakan benih yang baik di cawangan sebelum ianya tumbuh subur untuk menggalas tugasan dan amanah keperingkat yang lebih tinggi lagi samada kawasan,negeri dan pusat.

Mengikut kajian kita, cawangan-cawangan yang tidak mengambil berat dengan saranan di atas pasti sahaja akan berhadapan dengan masalah kelopongan pelapis dan fikrah. Janganlah cawangan kita bakal menjadi seperti sesetengah surau dipedalaman yang didokongi hanya golongan veteran dan orang mudanya entah kemana kerana ianya tidak akan menguntungkna jamaah.

Kita selalu ucapkan ulamak pewaris nabi, sudah tentu kalimat ini punyai kelebihan, keberkatan dan kita sepatutnya lebih percaya dan bangga kerana ramainya ulamak yang mendokong PAS ini dan menjadi satu trademark yang baik.

Kita sepatut sedar bahawa tanggung jawab kita yang berada di saff bawah ini perlu menguatkan antara satu sama lain bukan bercakaran, berselisih pendapat dan tidak memberi kerjasama dalam membentuk satu kumpulan saff yang kuat. Setiap keputusan yang dibuat adalah secara syura dan bukanlah semata-mata diputuskan oleh Presiden, Pesuruh Jaya, YDP atau Ketua Cawangan. Berjaya, hebat, lemah gagal sesebuah organisasi adalah menjadi tanggung jawab kita semua. Oleh itu mengapa tundingan jari sering kita lakukan melainkan tundingan itulah yang bakal menyeronakkan syaitan dan pendokong kumpulan penghalang gerakan Islam.

Mengkoreksi kelemahan kepimpinan juga seiring dengan tundingan jari, sikap yang menjerat setiap ahli kekancah syaitan dan dosa ini perlu kita tangani dengan tegas kerana ianya kian membarah dalam jamaah pada semua peringkat. Perkara ini berlaku tidak kira masa dan semakin hebat jika musim itu musim pemilihan. Setiap kelemahan sepatutnya kita tutupi dan bukan kita menjadi penghukum setiap kelemahan dan aib pimpinan dengan menjadi kumpulan penyebar sana sini. Sebarlah kebaikan pimpinan tutupilah kelemahan mereka.

Adab ikhtilaf perlu difahami agar ianya menjadi rahmat dan bukannya menjadi sebab keruntuhan jamaah. Dewan pemuda PAS Puchong ingin mengingatkan tentang kisah bagaimana Saidina Abu Bakar bertegas mahu memerangi kumpulan yang enggan menunaikan zakat selepas kewafatan nabi saw. Umar pada ketika itu berpendapat berbeza dengan Abu Bakar termasuk ramai sahabat besar nabi saw.

Tetapi dengan penuh adab akhirnya Umar bersetuju dengan Abu Bakar walaupun Umar pernah mendengar nabi saw bersabda "Sesungguhnya Allah menjadikan kebenaran itu pada lidah dan hati Umar"

Pada ketika itu jugalah timbangan kethiqahan dan ketaatan difikirkan oleh Umar, beliau tidak terpedaya dengan dirinya sendiri sambil mengucapkan "Demi Allah aku melihat Allah Tuhan telah membuka pintu hati Abu Bakar untuk memerangi mereka"

Pokoknya bagaimana kita hari ini, adakah kita seperti Umar yang mempunyai kelebihan seperti disabdakan oleh nabi saw? Mengapa kita pada hari ini semberono sahaja mencurigai setiap keputusan yang telah disyurakan diperingkat pimpinan. Mengapa setiap penjelasan tidak boleh diterima dengan hati yang terbuka. Jika perkara ini ada dalam sifat sesebuah organisasi,terbukti bahawa musuh telah berjaya memperdaya kita dan terbukti syaitan bersama dengan kita.


Dewan pemuda PAS Puchong juga ingin berkongsi mengenai kisah yang mahsyur iaitu apabila dua sahabat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar pernah untuk berebut menerima baiah antara satu sama lain selepas kewafatan nabi saw. Umar berkata kepada Abu Bakar "Hulurkanlah tangan mu untuk aku nyatakan baiah" Maka Abu Bakar berkata "Bahkan aku berbaiah pada mu" Umar berkata "Kamulah utama dari ku" Abu Bakar menjawab "Kamu lebih kuat daripad ku" Lalu Umar berkata "Kekuatan ku adalah untuk bersama dengan kelebihan mu" Akhirnya Umar berbaiah kepada Abu Bakar yang menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda saw.

Pemilihan pimpinan sudah menjadi perkara yang lumrah dalam setiap parti begitu juga dengan PAS yang kita cintai ini. Pemimpin datang dan pergi serta perlu disediakan pelapis yang yang baik dan telah melalui marhalah-marhalah tarbiyah serta faham dengan tuntutan bahawa PAS ini adalah satu gerakan Islam yang menjadikan politik sebagai wasilah perjuangan.

Keterbukaan PAS dalam menerima pencalonan untuk mencabar pimpinan sepatutnya hanya dilihat dari sudut tuntutan organisasi dan akta pertubuhan di Malaysia sahaja.Tetapi bukanlah Dewan Pemuda tidak bersetuju dengan perkara di atas. Kenyataan Presiden dan Mursyidul Am di media perdana baru-baru ini jangan disalah tafsirkan dengan penafsiran setiap orang layak bertanding untuk jawatan-jawatan peringkat cawangan hinggalah ke peringkat pusat. Cuba kita fikirkan apa akan jadi dengan PAS jika proses tapisan tak dilakukan oleh kita semua. Kita bertanggungjawab atas pencalonan yang dibuat dan timbangan tapisan hanyalah berkisar dengan tarbiyah kerana inilah ciri-ciri yang membezakan kita dengan parti sekular yang lain. Kita harus berbeza dan perbezaan itu tidak semestinya mengundang kegoncangan jamaah.

Kita semua maklum bahawa dewan-dewan menjadi sayap kepada kekuatan kawasan di mana Dewan Pemuda sebagai sayap kanan dan Dewan Muslimat sebagai sayap kiri. Sifat sebagai sayap biasanya kena bergerak lebih cepat dan bekerja keras dalam memenuhi tuntutan pelbagai gerak kerja dan amanah. Dewan Pemuda akan meneruskan kerjasama pintar dengan Dewan Muslimat walaupun Ketua Muslimat telah bertukar kerana kami mempunyai "mimpi yang sama" InsyaAllah.

Akhirnya harapan Dewan Pemuda PAS Puchong adalah untuk melihat PAS Puchong bergerak dengan lebih teliti, efisyen dan berdaya saing mengikut tuntutan zaman dengan tidak menggadai prinsip dan akar perjuangan yang kita warisi selama ini. Maafkan Dewan Pemuda jika ada perkataan dan tindakan yang menghiris para perwakilan. Moga Allah memberkati kita semua.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 25 Apr 2011 01:21 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai

Posted: 24 Apr 2011 05:04 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Disamping itu, guru-guru kini di bebani pula dengan tanggungjawab menyelia anak murid mereka dalam mengetahui tahap kesihatan atau cara pemakanan untuk mengetahui tahap obesiti mereka.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.

Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang".

MP Pendang

Posted: 25 Apr 2011 01:05 PM PDT

MP Pendang


KedahLanie.info: ‘Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan’

Posted: 24 Apr 2011 06:05 PM PDT

KedahLanie.info: 'Najib Kembalilah Ke Pangkal Jalan': "Dari TV Selangor Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan ..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Batu Gajah Mari

Posted: 25 Apr 2011 11:24 AM PDT

Batu Gajah Mari


Aku sokong artis yang 'Alim' sebegini Masuk UMNO!!!

Posted: 25 Apr 2011 02:46 AM PDT

http://mediamalaya.com/wp-content/uploads/2010/10/ac-mizal.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2328/2277669484_2a0f2ebe11_o.jpg

http://www.liriklagu.com/photo/ACMizal02.jpg




Gembira sangat aku dapat tahu artis yang sebegini masuk UMNO. langsung tak beri kesan kepada PAS. Malah memberi kredit kepada PAS. Kerana rakyat boleh nilai...

Ramai artis yang masuk PAS atas kesedaran mereka sendiri. Setelah bergelumang dalam bidang yang lalai dan melalaikan orang, kini mereka berubah menjadi pendakwah.

Jadi tak perlu lah bangga dengan mereka ini. tak akan di sanjung orang malah di pandang buruk masyarakat. Lainlah kalau AC Mizal dah berjambang dan berserban dan isterinya menutup aurat serta menjadi pendakwah. Baru la aku hairan kenapa mereka masuk UMNO.
Ini tidak, AC Mizal masih dalam arena hiburan yang melalaikan umat Islam.. sikit pun aku tak hairan... Jadi.. Selamat datang medan politikus UMNGoK!!!

_____________________________________________

Mereka ini sertai PAS atas dasar kesedaran dan mahu menjadi pendakwah..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipr1tTKutGbko2P3LDi5-opqZgAcUHpuqKDra5GRploao33NpT_sVyx_VYCNse_WOgk19Bs5oeLtltCmeAVwiyGdl92hzSoq7lTrlzaNknQyDCgPgQg954-Tl9-XXlRb3fkUzA0vmMe4su/s1600/DSC_3192.JPG

http://ntvirus.files.wordpress.com/2011/03/dsc_5363.jpg?w=160&h=240

http://img354.imageshack.us/img354/966/akhil1gx1.jpg

PAS Batu Gajah terawal bantu mangsa banjir

Posted: 24 Apr 2011 08:19 PM PDT


PAS Batu Gajah Lawat Mangsa Banjir

PAS Kawasan Batu Gajah bersama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat adalah individu terawal melawat mangsa banjir di Kampung Seri Mariah dan kawasan sekitarnya Semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 5.oo petang setelah hujan turun dengan Lebatnya. Punca utama banjir tersebut ialah kerana sistem perparitan tidak berfungsi menyebabkan air tidak mengalir.

Menurut seorang mangsa banjir, Rasmah Bt Yahya berkata hujan turun dengan lebat dan air meningkat dengan cepat hingga keluarganya tidak sempat untuk mengalihkan perabot-perabot rumah. Rasmah yang juga ibu tunggal daripada 8 orang anak berkata, kejadian banjir seperti ini memang kerap berlaku di rumahnya. Walaupun longakag baru di ubahsuai, namun banjir tetap berlaku. Beliau yang hidup serba daif juga telah mengadu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak- pihak yang bertanggungjawab namun tidak diendahkan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah, Ustaz Abdullah Adam berkata, "pihak kami menerima berita kejadian ini dan kami bergegas ke tempat kejadian. Banyak rumah telak dimasuki air. Pihak kami kecewa kerana longkang yang baru diubahsuai dan dibaikpulih namun masalah ini masih berlaku. Kami berasa simpati kepada seoarang mangsa kerana rumahnya kerap berlaku banjir," katanya ketika ditemubual semalam.

Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin telah memberi bantuan kilat daripada pihak PAS Kawasan Batu Gajah bagi meringankan beban mangsa banjir tersebut. Turut hadir ialah Timbalan Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Munir Ali dan pimpinan kawasan.






punca masalah banjir


redah


Haji Ismail meninjau kawasan banjir


muslimat PAS Batu Gajah turut turun menziarah

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 25 Apr 2011 11:17 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemuda perlu perkuat minda bawa perubahan

Posted: 25 Apr 2011 05:14 AM PDT

PERMATANG PAUH, 25 April: Selain mempamerkan kekuatan tenaga para pemuda PAS juga perlu mempunyai kegigihan otak berfikir bagaimana mahu  membawa pemuda Malaysia  ke satu tahap yang membanggakan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi (gambar).

Barisan Nasional (BN) tambahnya, tidak ada kekuatan untuk memimpin pemuda ke arah itu kerana kepimpinanya terdedah dengan rasuah, suka menyeleweng, tidak tahan dugaan bahkan menjadi Pak Turut ketika memperkatakan sesuatu itu yang ada kepentingan BN.

Dewan Pemuda PAS, Angkatan Muda KeAdilan (AMK) dan Dapsy dari DAP adalah pilihan tepat untuk anak muda sekiranya mahu memilih parti mana sebagai wadah perjuangan tidak lagi Umno atau pemuda BN yang dilihat amat penat dan memerlukan rehat.

"Kekuatan tenaga sememangnya perlu pada pemuda.  Selain itu kita juga perlukan otak yang cerdik untuk mencari bagaimana untuk meranapkan Umno dan BN sebab keupayaan mereka untuk mendidik anak muda agak kontang sekarang ini, " tegasnya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke 31 di Dewan Komplek An Nadhoh, Penanti semalam.

Umno dan BN sudah kehilangan taji untuk berentap di arena politik tanah air secara sihat maka untuk memastikan kekuasaan terus berada digengaman mereka terpaksa gunakan bahan lain yang boleh melukakan pihak lawan.

Bagi mereka luka sudah cukup untuk merencatkan perjuangan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, kepimpinan pemuda di semua peringkat wajar mendahului isu yang melanda negara agar rakyat dapat merasai peranan yang dimainkan.

Sikap curi tulang dalam perjuangan katanya, tetap berdosa kerana membiarkan orang lain ke medan bertempur manakala diri sendiri berpeluk tubuh menonton TV di rumah bersama anak dan isteri.

"Curi tulang dalam perjuangan jangan dijadikan amalan.  Ada sesetengah orang bila kalah dalam pemilihan dah berpeluk tubuh di rumah, boikot program padahal mereka yang tewas boleh berperanan dengan cara lain untuk membantu mengatasi kelemahan yang sedia ada, " tambah beliau pada muktamar bertemakan 'Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan'.

Pandangan pemuda juga mesti tajam membaca politik pihak musuh tambahan lagi pemuda BN cuba melaksanakan plan pembaharuan menjelang tarikh pilhanraya umum akan datang.

Muktamar yang berlangsung itu akhirnya mengekalkan dua muka lama iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan timbalanya, Helmi Haron manakala Nor Azman Ishak yang turut menang tanpa bertanding sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Amal Negeri.

Ceramah Perdana Ubah Sekarang di Stadium Mini Pasir Mas

Posted: 25 Apr 2011 02:07 AM PDT

KOTA BHARU, 25 April: Angkatan Muda PKR dengan kerjasama Pemuda PAS Kelantan akan menganjurkan siri ceramah perdana Pakatan Rakyat pada 28 April di Stadium Mini Pasir Mas, Kelantan dengan tema "Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia, Tolak Fitnah." 

Penceramah utama yang diraikan adalah YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), di samping Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian), Ustaz Abd Latif (Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan), Mohamad Zaki Ibrahim (S/U PAS Kelantan merangkap Timbalan Speaker DUN Kelantan),  Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat) dan Yusmadi (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Penganjur menjangkakan ribuan rakyat Kelantan akan memenuhi kawasan Stadium Mini Pasir Mas, memandangkan "mood" rakyat hari ini yang menolak pemerintahan BN khususnya rakyat Sarawak.

Ceramah ini adalah julung kali diadakan selepas pemilihan pimpinan baru AMK Kelantan dan merupakan permulaan kepada siri jelajah AMK Kelantan. Tujuan jelajah ini adalah untuk menjawab segala fitnah yang sebarkan oleh UMNO keatas Dato Seri Anwar Ibrahim, kata Rusdi Mohd Zain, Ketua Penerangan AMK Kelantan.

Antara isu-isunya fitnah II (Liwat) keatas DSAI, fitnah III (fitnah video lucah) dan penerangan buku jingga. Rakyat Kelantan yang prihatin dijemput bersama-sama menyatakan sokongan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS perlu kerap turun padang

Posted: 25 Apr 2011 02:06 AM PDT

PULAU PINANG, 25 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah meminta semua anggota dewan itu sesi ini kerap turun padang bagi menceriakan program kemasyarakatan.

Sebelum ini, katanya walaupun terdapatnya program demikian tetapi masih belum kuat terpahat di hati masyarakat tentang peranan Dewan Pemuda itu sendiri. 
Katanya, banyak program yang dilaksanakan kurang pendedahan sehingga ada orang belum mengenali kepimpinan apatah lagi ahli jawatankuasa yang diamanahkan mengetuai lajnah.

Kali ini, semua gerak kerja mesti diperhalusi mempunyai strategi dan jauhkan pertelingkahan kecil yang boleh memberi ruang untuk musuh memecah belahkan dalaman parti.

"Sesi depan kita wajar kerap turun padang mendekati masyarakat kerana ia adalah perkara wajib sebagai pemimpin. Dulu bukan tiada tetapi masih kurang memadai," tambahnya ketika berucap pada muktamar dewan itu kali ke-31 yang diadakan di Dewan Kompleks An Nahdhoh, Penanti semalam.
Muktamar bertemakan 'Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan' dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi.

Sebagai anggota Dewan Pemuda, katanya seseorang pemimpin itu kena belajar menghadapi tekanan dengan cekap dan pantas selari dengan kemelut sekarang yang mahukan perubahan yang mendadak untuk bersama mengecapi kemenangan yang mutlak pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Unit Amal dan Pasti jelas berjaya meneroka satu fenomena baru dalam masyarakat sehingga sudah dikenali ramai. 
Namun yang kurang menonjol ialah lajnah-lajnah yang boleh menjadi tautan masyarakat yang sudah muak terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kita akui Pasti dan Unit Amal dah menampakan kejayaan tetapi yang kurang menyerlah ialah lajnah-lajnah.  Kali ini lajnah akan diperkemaskan, dijitukan dan diperbaharui sesuai dengan slogan PAS 'Anak Muda Geng Kita'," tegas beliau.
Muktamar Dewan Pemuda PAS negeri mengekalkan jawatan ketua dan timbalannya, Ustaz Yusni Mat Piah dan Helmi Haron manakala naibnya, Nor Azman Ishak adalah muka baru.
Ketiga-tiganya menang tanpa bertanding.

Ia juga menyaksikan 10 orang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa sesi 2011 -2013 mereka ialah Reduan Ramli, Hasbul Nizar, Shanaz Asri, Ahmad Taufiq, Zamadi Omar, Afnan Hamimi, Asri Haron, Shafirol Rozali, Fahmi Ahmad dan Faruq. 

Kali ini menyaksikan beberapa anugerah disampaikan antaranya, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) diperolehi oleh 'PASTI Intanku' dari Permatang Tok Gelam dari Parlimen Tasek Gelugor, Jabatan Amal terbaik dimenangi oleh Unit Amal Kepala Batas, Dewan Pemuda PAS Kawasan terbaik juga dimenangi oleh Kepala Batas, Tokoh Terbaik Negeri, Abdullah Saad dan Tokoh Khas diberikan kepada Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Noor Harun.

Turut hadir dalam muktamar tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, Naib Ketua AMK Negeri, Syed Mikail Rizal Aidid serta wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Pulau Pinang, Siva

Beri kebebasan sepenuhnya bukan di bibir sahaja

Posted: 25 Apr 2011 02:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April: PAS mahu kerajaan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada penulis blog Pakatan Rakyat untuk menulis mengenai sesuatu isu berdasarkan fakta.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, PAS yakin penulis blog Pakatan Rakyat sentiasa menulis berdasarkan fakta, bukan menabur fitnah seperti yang dilakukan penulis blog pro Umno BN.

"Sekiranya kebebasan diberikan sepenuhnya kepada kami para blogger, blogger pro Pakatan sentiasa mengeluarkan kenyataan dengan fakta, bukannya mengfitnah seperti yang dikatakan (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog, malah sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada mereka serta mengetahui pandangan mereka, termasuk yang bersifat membina.

Najib berkata demikian dalam ucaptama beliau pada Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean Pertama di ibu negara, semalam.

Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mengalukan-alukan kenyataan itu namun hairan dengan beberapa tindakan yang pernah dikenakan kepada blog-blog Pakatan Rakyat yang mengkritik kerajaan namun tidak pula mengenakan tindakan kepada penulis blog Umno BN yang hebat menabur fitnah kepada Pakatan Rakyat.

"Saya mengalu-alukan kenyataan pihak kerajaan yang tidak pernah takut dengan kehadiran penulis blog namun saya begitu saya hairan dengan tindakan yang pernah dikenakan kepada kes beberapa orang penulis blog  pro Pakatan sedangkan dalam kes blogger pro Umno masih bebas mengfitnah pimpinan (Pakatan) tanpa tindakan yang sewajarnya dari pihak berwajib," katanya.

Beliau juga menyifatkan kenyataan itu sebagai "manis di mulut" namun realitinya kerajaan menggunakan pelbagai agensi penguatkuasa untuk menakutkan dan bertindak kepada blog pro Pakatan.

"Saya lihat kenyataan Najib itu  sebagai manis dimulut namun penuh dendam kesumat dan yang akan kena nanti adalah blog pro Pakatan.

"Ini ialah kenyataan yang cuba melunakkan blog yang tidak mesra BN," katanya.

Namun tegasnya, tindakan menakut-nakutkan penulis blog Pakatan Rakyat tidak melemahkan semangat mereka untuk terus menyebarkan maklumat yang benar.

"Namun saya lihat ianya tidak akan menghentikan tindakan kami untuk bersama rakyat Malaysia yang dahagakan maklumat yang sebenar," katanya.

Mac lalu, seorang seorang blogger pro-Pakatan Rakyat, yang dikenali sebagai Hanief ditahan polis dan komputer ribanya dirampas.

Tangkapan itu turut disertai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Hanief terkenal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen berikutan sentuhan krevitivitinya dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube. 

PAS mesti terus maju ke depan - Husam

Posted: 25 Apr 2011 02:04 AM PDT

GOMBAK, 25 April:Pendekatan lunak PAS dengan semua organisasi masyarakat sebelum ini telah membawa PAS ke satu era baru di mana semua pihak menerima PAS dengan baik, kata Datuk Husam Musa.

Justeru itu tegasnya, pimpinan dan ahli PAS jangan mengambil sikap mundur ke belakang setelah berjaya menawan hati sebahagian besar rakyat dan pengundi mutakhir yang memberikan sokongan dan dokongan mereka.
(Gambar kanan: Husam berucap merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Batu)

Bagi beliau, pendekatan ini adalah kesinambungan warisan perjuangan yang pernah dibawa Baginda Nabi Muhammad SAW.

Husam yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan menggunakan pendekatan itu, terdapat ramai dalam kalangan anggota organisasi masyarakat dapat menerima Nabi dan begitu juga  dengan gerak kerja dakwah dan politik PAS.

Husam yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, hasil awal sudah dapat dikecapi sehingga kini dengan pembentukan Pakatan Rakyat (Pakatan), perjuangan untuk menegakkan keadilan telah diterima oleh masyarakat terbanyak.

Menurutnya, paling jelas di dalam keputusan pilihan raya ke 12 (PRU12) lalu memperlihatkan kecenderungan nyata dan jelas dengan memberikan sokongan dan undi mereka kepada parti-parti teras yang hari ini berada dalam Pakatan.

"Jika PAS mundur kembali, sudah pasti tindakan itu bakal mengelirukan rakyat dan pengundi," tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu kali 26, di sini pagi tadi.

YDP kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin mengkisahkan semula sedikit sebanyak bagaimana perjuangan rakyat yang disertainya dalam usaha menuntut kemerdekaan negara dahulu.

PAS Batu telah membuat satu pembaharuan di mana dalam acara pra-perasmian, diadakan slot pidato khas yang disampaikan oleh pimpinan NGO dan bukan PAS dalam usaha mendekatkan hubungan sesama aktivis masyarakat.

Sesi pidato itu melibatkan tetamu khas Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden Keadilan yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Naib Presiden PRM, Koh Swee Yong, Setiausaha Agung PSM, Arutcelvan dan tokoh NGO Jerit, Kohila.

Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah, Ustaz Dr Mohd Ali Jamil pula melancarkan tujuh cawangan baru PAS dalam kawasan Batu dan menyerahkan bendera lambang perjuangan bergerak terus kepada mereka.

Tetamu lain yang hadir adalah bekas Menteri Tanah dan Wilayah, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Setiausaha GMP, Hasni Abbas, YDP Jim Batu, Hassan Unir, wakil Gerakan Mansuhkan ISA, Aliza Jaafar, wakil Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN) Wilayah Persekutuan, Zakaria Aziz dan Penulis Terkenal Negara, Haji Subky Latif.

Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat yang juga bekas calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Cikgu Normala Sudirman turut hadir dan berucap mengenai isu penindasan minda dan perasaan terhadap golongan pendidik di negara ini.

Dalam mesyuarat itu, tiada sebarang pencalonan jawatan untuk pimpinan Pusat kerana diserahkan kepada kebijaksanaan Jawatankuasa PAS Kawasan Batu yang baharu dipilih.

Sementara itu, Haji Subky telah diberikan Anugerah Jasa Baktimu Dikenang (gambar atas) memandangkan penglibatan besar, kuat dan mendalam beliau sejak PAS belum dikenali hingga kini terus menulis dalam usaha mengambangkan pengaruh perjuangan Islam dalam negara ini. 

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 25 Apr 2011 09:49 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


2 Tok Guru aset umat Islam, bukan sekadar PAS

Posted: 24 Apr 2011 11:11 AM PDT


PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.

"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.

Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.

"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.

Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.

"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.

"Di peringkat nasional, rakyat sudah muak dengan fitnah hodoh seperti diperlakukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga anak-anak kecil kebingunan dengan apa yang dilaporkan di media.

"Di Pasir Puteh ini, media digunakan untuk menyebar berita palsu kononnya berduyun-duyun ahli PAS masuk Umno," katanya.

Di sebelah pagi telah diadakan mesyauarat agung muslimat PAS kawasan Pasir Puteh di tempat yang sama.

"Pagi ini kita adakan masyuarat (agung) muslimat di sini, perwakilan yang hadir hampir 600, ini membuktikan segala dakwaan bahawa orang kawasan ini begitu ramai masuk Umno satu pembohongan," ujar beliau.(hrkhdaily)

PAS Kawasan Setiu

Posted: 25 Apr 2011 09:38 AM PDT

PAS Kawasan Setiu


Setiausaha Agung PAS Rasmi Mesyuarat Agung PAS Kawasan Setiu 33

Posted: 24 Apr 2011 03:02 PM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 25 Apr 2011 09:36 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


YDP Kangar juga kekal, TYDP baru

Posted: 25 Apr 2011 02:18 AM PDT


KANGAR - PAS Kawasan Kangar mencatatkan satu sejarah tersendiri apabila tiada pertandingan diadakan bagi pemilihan jawatan utama parti pada tahun ini.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 36 yang diadakan 24 April lalu, semua jawatan kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira dimenangi tanpa bertanding.

Dalam mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Dato' Dr Haron Din, Kompleks PAS Perlis di sini, Hairy Hashim kekal selaku Yang Dipertua PAS Kawasan.

Beliau akan berganding dengan Ustaz Ya'akub Abu Seman selaku Timbalan Yang Dipertua dan Abdul Zakaria selaku Naib Yang Dipertua.

Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pula, jawatan tersebut turut tidak dipertandingkan memandangkan jumlah pencalonan yang ada sudah mencukupi untuk mengisi kuota yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

Manakala Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira pula, para perwakilan secara sebualat suara menerima semua cadangan yang dibuat semasa mesyuarat agung dijalankan.

Pelancaran KOMPAK

Posted: 25 Apr 2011 02:15 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 25 Apr 2011 09:27 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Muktamar PAS kawasan Sepangar kali Pertama

Posted: 24 Apr 2011 06:38 PM PDT

24hb April (Likas): Bertempat di Dewan Komplek Sukan Likas, satu sejarah telah ditempa buat PAS kawasan Sepangar apabila dengan rasminya telah diadakan muktamar buat kali pertama. PAS kawasan Sepangar yang pada mula telah digerakan oleh para pemuda Islam yang sehingga kini telah hampir 10 tahun menggerakan aktiviti PAS dikawasan Sepangar. Pada sesi muktamar kali ini, telah diadakan pemilihan jawatan kuasa baru, dimana Hj. Ali Hassan telah dipilih secara sebulat suara untuk memimpin PAS kawasan bagi penggal 2011-2013. Manakala satu usul juga telah diluluskan iaitu, mendesak agar pembahagian kerusi bagi Parlimen dan DUN bagi persiapan awal menghadapi PRU-13 segera diselesaikan di diperingkat PR negeri Sabah.

Pada ucapan penangguhan beliau, Hj. Ali Hassan mengingatkan kepada seluruh jentera PAS kawasan agar bersedia untuk memasuki fasa pilihanraya yang dijangkakan akan diadakan sekitar bulan Jun-September ini. Selain dari itu beliau, mengharapkan agar para pendakwah dari PAS sentiasa meningkatkan usaha menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di masjid-masjid dan surau seluruh kawasan Sepangar. Ini adalah penting kerana, kekosongan jiwa dan ilmu di kalangan masyarakat akan menyebabkan mereka jahil terhadap hukum-hukum yang terkandung di dalam Islam.

Pada hari yang sama, sebelum bermula muktamar PAS kawasan, telah diadakan Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar kali ke-8. Mesyuarat kali ini yang telah dihadiri lebih 30 orang pemuda dari seluruh kawasan Sepangar membuktikan bahawa pemuda kini telah bersedia untuk berhadapan dengan pilihanraya. Pada sesi pemilihan kali ini, saudara Amir Saifuddin Samsuddin telah sekali lagi dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar untuk penggal 2011-2013. Beliau pada ucapan penagguhan, meminta agar pemuda segera mempersiapkan kekuatan diri dari sudut dalaman (spiritual) dan luaran (tektikal) bagi menjadi juara kepada rakyat yang kini ditindas oleh UMNO/BN. Pemuda harus menjadi benteng kepada rakyat yang tertindas, sebagaimana para sahabat r.a yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w di dalam menyampaikan seruan Islam dan membela mereka yang tertindas, menurut beliau pada akhir ucapannya. Mesyuarat Agung Pemuda kali ke-8 ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Anuar Ali yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 Apr 2011 09:10 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kena samun depan rumah

Posted: 25 Apr 2011 12:15 AM PDT



Sinar Harian 25 April 2011

REMBAU - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM5,800 apabila disamun sekumpulan lelaki bermotosikal menggunakan parang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, di Taman Datuk Lela Maharaja, Chembong.

Mangsa, Abdul Latip Alias, 53, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya duduk berehat di pangkin rumah jiran, didatangi dua motosikal dinaiki empat lelaki dipercayai Melayu menghampiri mereka bertanyakan jalan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika dia dan isteri memberikan penerangan kepada lelaki terbabit, secara tiba-tiba pembonceng motosikal bertindak berani mengacukan parang ke arah mereka dan mengarahkan untuk memberi semua barang berharga.

"Saya terkejut apabila diacukan parang dan mereka mengugut akan mencederakan kami jika tidak mengikut arahan.

"Isteri saya cuba melawan tetapi dengan pantas mereka dapat meragut gelang emas yang dipakainya," katanya.

Abdul Latip berkata, mereka turut merampas jam tangan dan telefon bimbit miliknya sebelum melarikan diri.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami kecederaan.

"Kami trauma dengan kejadian ini dan telah membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, kejadian itu diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat supaya berhati-hati dengan orang tidak dikenali terutama yang datang secara berkumpulan.

"Niat kami ikhlas untuk membantu tetapi disalah guna oleh mereka yang berniat jahat untuk mendapatkan duit cara salah.

"Mereka juga bertindak berani apabila menggunakan senjata menakut-nakutkan orang ramai dan sanggup mencederakan mangsa," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9013920.asp

Tips! Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda

Posted: 24 Apr 2011 09:30 PM PDT



F-tracker, Bagaimana memerangkap pencuri laptop anda

Satu software menarik dan canggih ciptaan anak tempatan. Ia sangat berkesan untuk memerangkap pencuri laptop anda. Seperti yang kita tahu, banyak kejadian kecurian laptop yang berlaku, kereta dipecah untuk mengambil laptop.


Di Fulamak Network, kami telah menghasilkan satu perisian yang mampu untuk memantau dan menyelesaikan hampir 80% masalah kecurian ini. Dengan hanya satu perisian bersaiz kecil anda boleh mendapatkan semula komputer riba anda yang hilang atau dicuri dengan bantuan perisian ini. Dengan 'webcam' yang terdapat pada komputer riba anda, perisian ini akan menangkap gambar suspek secara senyap dan jika komputer riba anda disambungkan ke internet, perisian ini akan menghantar gambar suspek ke akaun anda untuk anda kenalpasti suspek atau sertakan gambar suspek semasa membuat laporan polis. Alamat IP juga boleh digunakan untuk mengenalpasti lokasi komputer riba anda.

Kami menamakan perisian ini sebagai F-Tracker dan kami menawarkan harga yang sangat menarik. Anda perlu memasang/install F-Tracker ke dalam komputer riba anda sebelum dicuri sebagai langkah keselamatan jika ianya terjadi kepada anda.







TIPS BERGUNA

Untuk menjadikan F-Tracker berfungsi dengan lebih baik anda perlu membiarkan pengguna boleh mengakses laptop anda tanpa menggunakan password. Ini bermaksud anda perlu mematikan setting 'User Login' pada laptop anda.

Folder F-Tracker boleh disimpan pada lokasi rahsia didalam folder laptop anda bagi mengelakkan ia dijumpai oleh sesiapa.

Jika berlaku kecurian, sila setkan device status sebagai 'MISSING' dengan segera. F-Tracker akan segera mengumpul maklumat dan maklumat akan dihantar ke akaun Fulamak Network anda. Jika individu di dalam gambar tidak dikenali segera laporkan kepada pihak polis beserta salinan gambar suspek. Maklumat ini boleh membantu pihak polis membuat siasatan dengan bukti yang ada.



maklumat lanjut klik sini >>

Warga Rembau rayu sumbangan pembedahan mata

Posted: 24 Apr 2011 06:37 PM PDT



Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong.
Rayuan Derma dan Sumbangan Pembedahan Mata
Puan Sadiah bt Idris memohon bantuan kewangan untuk kos pembedahan matanya. Beliau memerlukan RM 6705 untuk kos rawatan tersebut.

Beliau tinggal sebatang kara di Kg Batu 17 Chembong dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Beliau boleh dihubungi di talian 06-6851681. Beliau tinggal di Rumah Rakyat Rembau (depan tanah perkuburan)


Kepada sesiapa yang simpati dan murah hati bolehlah mendermakan wang ke akaun beliau : SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)

Maklumat lanjut di Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-dan-sumbangan.html

KHIDMAT MERU

Posted: 25 Apr 2011 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


YB MERU RASMIKAN SUKANEKA TADIKA SRI SISWA

Posted: 24 Apr 2011 02:26 PM PDT




















Puan Maliga Sellapan selaku Pengurus Tadika Sri Siswa mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan program sukaneka tahunan tadika tersebut.


YB Dr Rani yang dijemput sebagai perasmi sukaneka tersebut sekali lagi menyeru agar penduduk berbilang kaum di Malaysia dapat menghormati budaya dan agama kaum-kaum yang lain agar kita dapat hidup secara harmoni dan selamat.


Pelajar di Tadika Sri Siswa majoritinya adalah berbangsa Melayu, diikuti bangsa India dan bangsa Cina. Terdapat juga 3 pelajarnya dari Nigeria.


Dr Rani juga melepaskan 4 ekor merpati sebagai simbol kebebasan bersuara dan menuntut hak rakyat di Malaysia ini.

Merasmikan sukaneka PASTI Amal

Posted: 24 Apr 2011 10:23 AM PDT














Yb Dr Hj Abd Rani diberi penghormatan merasmikan sukaneka PASTI Amal jalan Musran Rantau Panjang.
Seramai lebih 102 pelajar serta Ibubapa & keluarga terlibat dalam pelbagai acara.
Ust. Ahmad Fikri Bostammi selaku pengurus menyatakan, sukaneka kali ini melibatkan juga pelajar PASTI Little Syabab. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada urusetia, guru-guru, pelajar serta keluarga kerana memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

i n t a n h i j a u

Posted: 25 Apr 2011 07:51 AM PDT

i n t a n h i j a u


LEPAS TU, SAIFUL ELOK MINUM KOPI DAN MAKAN KARIPAP...

Posted: 25 Apr 2011 05:58 AM PDT



Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.
"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.
Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.
NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.
Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.
Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.
Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.
Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.
"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.
Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 25 Apr 2011 07:29 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


SUKANEKA PASTI MERBOK 2011

Posted: 24 Apr 2011 08:11 AM PDT









Kehebatan peserta-peserta cilik mengambil bahagian dalam acara sukan serta gelagat ibubapa yang tidak jemu-jemu memberi sokongan memeriahkan lagi acara sukaneka Pasti Merbok 2011 pada 23 April 2011, hari Sabtu baru-baru ini .Majlis dirasmikan oleh Adun Tanjung Dawai, Dato' Dr Hamdan Khalib. Ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah, Pasti Ibnu Sina (Tmn Ria Jaya) dan pihak surau yg bertungkus lumus menyediakan prasarana/makanan pada hari tersebut.

Ucapan tahniah dan penghargaan juga buat Majlis Guru Pasti (MGP) dan Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok yang bekerjasama menjayakan acara sukan yang penuh gemilang ini. Dan sekali lagi....jutaan terima kasih buat para ibubapa yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kepercayaan kepada Pasti Merbok...!!

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 25 Apr 2011 03:10 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


PAS pilihan terbaik

Posted: 24 Apr 2011 07:04 AM PDT

Berucap dimajlis Kempen Jom Sertai PAS pagi tadi di Tapak Pasar Tani Taman Sri Andalas, Dr Mariah memberi tahu hadirin bahawa majlis pada pagi ini adalah yang resmi dianjurkan oleh PAS Kawasan Kota Raja.

Kempen ini adalah bertujuan bagi mengajak orang Melayu dan bukan Melayu agar sama-sama menyertai  PAS dan perjuangan nya kerana Parti PAS adalah yang terbaik dan PAS juga untuk semua "PAS FOR ALL".

Walau pun PAS tidak merubah dasarnya yang berteraskan Islam namun jika bernaung di bawah parti ini semu ahli dan rakyat akan sama-sama dijaga, dibela dan mendapat keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Ini telah dibuktikan oleh negeri-negeri yang di perintah oleh PAS dan Pakatan Rakyat seperti di Kedah dan Kelantan dimana tidak terdapat sebarang aduan dari rakyat bukan Islam bahawa mereka ditindas oleh pemerintah sekarang. Sebaliknya mereka gembira dengan kerjasama, kesetabilan dan keadilan yang mereka terima pada ketika ini. Jika anda berjumpa dengan orang Cina dan Kelantan anda pasti mendengar hujjah yang sama dimana mereka merasa amat selesa dengan pemerintahan kerjaan sedia ada berbanding semasa diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional yang jelas mengamalkan korupsi dimana-mana.

Pada ketika ini semua sudah sedia maklum bahawa PAS telah melangkah jauh kehadapan dengan menarik minat bukan islam untuk menyertainya.

PAS juga merupakan satu-satunya parti didalam dunia ini yang merukan parti Islam yang menerima dan diterima oleh bukan Islam sebagai ahlinya. Selain PAS tidak ada lagi mana-mana parti yang mencapai kejayaan seperti yang diterima oleh PAS.
Bagi orang-orang Pas anda kena ingat bahawa bahawa parti kita merupakan satu-satunya dalam dunia yang mengamalkan Fiqh Siasah, ujar Dr Mariah.

Pengikut