Isnin, 25 April 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 25 Apr 2011 03:30 PM PDT

Tiga Tuntutan Kepada Pemegang Mandat Kerajaan Negeri Sarawak

Posted: 25 Apr 2011 08:03 AM PDT

Hari ini tepat sembilan hari selepas keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang berlangsung pada 16 April 2011. Walau pilihan rakyat dicemari dengan insiden-insiden penipuan dan kelemahan proses pilihanraya oleh Badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, saya mengakui dan menghormati kemenangan seratus peratus yang diraih oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Justeru, demi memastikan kesinambungan berterusan antara manifesto Pakatan Rakyat dan juga usaha mereleasasikan janji-janji kami, saya kemukakan tiga tuntutan untuk dipenuhi Ketua Menteri negeri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Taib bin Mahmud menerusi sepucuk surat yang dihantar pagi tadi.

Permohonan saya termasuk:

Pertama, saranan supaya peluang melaksanakan mandat yang diberikan tidak disia-siakan menerusi tuntutan yang dibuat oleh YAB Pehin Sri sebagai Ketua Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan –pihak yang bertanggungjawab dalam memansuhkan Pengisytiharan Darurat Sarawak 1966.

Pada 24 Mac 2011, saya telah menyerahkan usul persendirian berjudul Akta Pemansuhan Darurat selaku Ahli Dewan Rakyat untuk bukan sahaja menamatkan era darurat di Sarawak, tetapi juga di seluruh negara Malaysia. (Lampiran 1) Malangnya, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju dan mengakui kesediaan Peguam Negara untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat, kerajaan pusat masih lagi degil dan belum bersedia untuk memansuhkannya.

(Lampiran 2)

Bukan sahaja kerajaan pusat belum bersedia, usul persendirian mana-mana Ahli Dewan Rakyat akan ditolak oleh Speaker Dewan. (Lampiran 3)
Kedua, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, YAB Pehin Sri menuntut kembali hak rakyat Sarawak dengan memastikan Lapan Belas Perkara Perjanjian Malaysia ditunaikan sepenuhnya.

Ketiga, saranan kepada Ketua Kerajaan Negeri, YAB Pehin Sri menuntut kenaikan royalti minyak 20 peratus untuk kepentingan rakyat negeri Sarawak supaya kekayaan hasil bumi di Sarawak dapat disalurkan kepada rakyat Sarawak.

Kesemua tuntutan ini dibuat seiringan dengan usaha memastikan kerajaan negeri yang baru mendapat mandat rakyat Sarawak bertindak membuktikan komitmen serta keikhlasan mereka dalam memastikan hak dan keperluan rakyat didahulukan, mendahului kepentingan mana-mana pimpinan politik

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
=====

**
THREE CLAIMS TO BE MADE UPON THE NEW SARAWAK STATE GOVERNMENT

Today marks the ninth day since the results of the Sarawak state elections of 16 April 2011 were announced. Even though polling was marred by incidences of electoral fraud as well as weaknesses in the electoral process by the Malaysian Election Commission, I admit and honor the victory claimed by Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Thus, to ensure continuity and consistency of the Pakatan Rakyat national manifesto and our continued efforts to fulfill our promises, I hereby call on the Chief Minister of Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Taib bin Mahmud to fulfill three requests I have made in a letter sent this very morning.

My requests include:

One, that this new mandate is fully utilized by the YAB Pehin Sri as Chief Minister to strongly urge the Federal Government to end the Sarawak Proclamation of Emergency 1966.

Last 24 March 2011, I had submitted a private member's bill entitled Emergency Revocation Act (Akta Pemansuhan Darurat) as a Member of Parliament to not only end an era of emergency in Sarawak, but also throughout Malaysia (Annex 1). Unfortunately, even though the minister in the Prime Minister's Department, Datuk Seri Nazri Aziz had agreed and had affirmed the readiness of the Attorney General to revoke the emergency proclamations, the Federal Government remains recalcitrant and unready to revoke these proclamations (Annex 2).

Not only is the Federal Government not ready, any private member's bill on this matter by any Member of Parliament will be rejected by the Speaker of the House (Annex 3).

Secondly, I urge the Chief Minister, YAB Pehin Sri to reclaim the rights of Sarawakians by ensuring that the Eighteen Point Agreement with Malaysia is fulfilled in its entirety.

Thirdly, I urge the Chief Minister, YAB Pehin Sri to press the Federal Government to increase oil royalties to the state to 20 per cent for the sake of Sarawakians, so that the immense wealth of the state can be shared with all its peoples.

All these claims are made in line with efforts to ensure that this new State Government, which has received a fresh mandate, will act to prove its commitment and sincerity to the rakyat in ensuring that their rights and needs are placed in prime position, beyond those of any political leader's.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai, and
Vice President of Parti Keadilan Rakyat

Muhyiddin Sedar Ke Apa Yang Dia Cakap Ni?

Posted: 25 Apr 2011 06:00 AM PDT

TPM: Malu bertutur punca Bahasa Melayu terpinggir

KUALA LUMPUR, 25 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.

Timbalan Perdana Menteri berkata fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.

"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan Bahasa Inggeris.

"Saya pergi ke China dan mereka di sana cakap semua dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara personal, barulah mereka bertutur dalam bahasa Ingeris.

"Jadi, saya rasa ini kerana sikap, mungkin agaknya kalau tak guna Bahasa Inggeris tak berapa glamour, seolah-olah bahasa Melayu ini bahasa rendah," katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Dipetik Bernama Online, Firdaus bertanya mengenai punca kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, syarikat-syarikat awam dan swasta dan sama ada keadaan itu berlaku disebabkan kaedah pengajaran bahasa itu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, masyarakat sekarang seakan-akan sudah lupa tentang keagungan Bahasa Melayu yang pernah dan masih kekal sebagai bahasa yang unggul di dunia, di mana daripada segi jumlah penggunaannya di peringkat antarabangsa, ia jauh lebih besar daripada sesetengah bahasa lain.

Beliau berkata walaupun perkembangan terkini menunjukkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu bertambah baik, ia masih kurang mendapat tempat di syarikat-syarikat awam dan swasta termasuk di majlis-majlis rasmi kerajaan.

Katanya, perubahan dan tuntutan semasa juga telah menyebabkan sesetengah pihak seakan-akan terpaksa memberi penghormatan kepada pihak luar dengan bertutur dalam bahasa asing walaupun jumlah orang luar pada ketika itu adalah sedikit.

"Bahkan dalam majlis kerajaan sekalipun, walaupun dalam majlis itu ada sedikit sahaja orang bangsa asing, dikatakan minta maaf, saya nak cakap dalam bahasa Inggeris, sedangkan hanya terdapat dua tiga orang mat salleh tetapi kita pula nak tukar percakapan semata-mata kerana hendak mengikut kerenah mereka.

"Adakah kerana bila kita menggunakan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu), tidak ada orang hendak berlanggan dengan kita dan perniagaan kita tak boleh bawa keuntungan?" kata beliau.

Muhyiddin berkata, bagi memastikan keadaan itu tidak berlarutan, kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama semata-mata untuk melihat bagaimana bahasa itu dapat dimartabatkan kepada kedudukan yang sepatutnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, aspek kedua yang menyebabkan Bahasa Melayu seakan-akan dianaktirikan ialah kurangnya tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap mereka yang melanggar kesalahan berkaitan bahasa kebangsaan.

Usaha kerajaan dalam mendaulatkan Bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa Pustaka.

Muhyiddin berkata, walaupun undang-undang tersebut jelas, kerajaan masih berfikiran terbuka kerana jika dikuatkuasakan, ia bimbang perkara itu akan dijadikan isu kononnya kerajaan sengaja hendak mengenakan tindakan.

"Nanti orang akan cakap seolah-olah kerajaan ini tidak bertimbang rasa. Jadi soal penting ialah bagaimana kita hendak jadikan ia sebagai budaya dan digunakan sepenuhnya sepanjang masa," katanya.

Beliau berkata semua permasalahan itu hanya dapat diselesaikan bergantung kepada sejauh mana keyakinan setiap individu, masyarakat, pihak swasta dan kerajaan untuk menggunakan bahasa itu sama ada bagi aktiviti harian mahupun perniagaan.

"Sebab itu kita masih teruskan kempen, dan dalam pekeliling baru yang kita akan keluarkan di setiap jabatan, akan menekankan bahawa pentingnya untuk menggunakan bahasa kebangsaan tanpa mengira mana-mana peringkat," katanya.

Nik Aziz: 'Mereka pertikai Pakatan, sila datang Kelantan lihat sendiri'

Posted: 25 Apr 2011 05:28 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 25 April – Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengundang pihak mempertikaikan kerajaan Kelantan agar datang sendiri termasuk menghadiri kuliah Jumaat untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbiran negeri itu.

"Menjelang pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan," kata Mursyidul Am PAS ini.

"Dan, bandingkan sendiri dengan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN), apakah benar Kelantan seperti mana yang dilaporkan media milik BN... anda semua boleh datang dan menilainya sendiri," kata Menteri Besar Kelantan dalam laman Facebooknya hari ini.

Selain itu, kata Nik Aziz, pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan boleh menemuinya pada program Medan Ilmu, Kota Baru Jumaat ini.

"Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat," kata beliau yang mengetuai pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990.

Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan serangan Umno-BN sejak sekian lama.

Terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arkde Uda.

Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri "big sweep" dan juga aktiviti pelacuran di negeri itu.

Malah penghujung tahun lalu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

Fatwa Tekini Dari Wak Sembab

Posted: 25 Apr 2011 03:00 AM PDT

Utusan bawa suara Melayu, kata Muhyiddin

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 25 April — Utusan Malaysia mewakili kepentingan orang Melayu dan tindakan memulau akhbar milik Umno itu hanya akan membataskan suara kominiti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno ini mengulas gesaan MCA agar akhbar itu dipulau ekoran gesaan editornya supaya digerakkan gelombang "1Melayu, 1Bumi".

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan keistimewaan orang Melayu, menyahut idea itu.

Minggu lalu, Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gelombang sedemikian akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.

Dalam responsnya hari ini, Muhyiddin menambah, kerajaan tidak boleh menghalang akhbar itu daripada menyiarkan laporannya.

"Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain," katanya lagi.

"Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang," kata beliau pada sidang media hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan memulau Utusan Malaysia boleh menyebabkan suara masyarakat Melayu terabai.

"Meskipun anda pulau, ia tidak akan (membawa) kesan sama sekali. Lagi anda minta tidak membaca, lagi ramai orang hendak membaca.

"Malah, bukan Melayu juga mengatakan ada laporan-laporan sensitif dalam media bukan Melayu. Jika kita tanya mengapa berita-berita sedemikian dilaporkan, mereka akan mengatakan ia menggambarkan perasaan komuniti Cina dan India," katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia, yang disiarkan tyang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang "1 Melayu, 1 Bumi" sambil menegaskan ia pandangan "peribadi" akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.

Dalam tulisan ruangan Cuit Rabu lalu, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

"Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia," katanya.

Dia berkata, slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

"Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini," katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, "sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru."

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi."

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata usaha sedemikian akan menyebabkan malapetaka jika menjadi kenyataan.

'Lelaki Y' adalah Anwar, kata pendakwa

Posted: 25 Apr 2011 01:58 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA "Lelaki Y" yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA "Lelaki Y".

"Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie," katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.

Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti.

Kes liwat: Karpal gesa mahkamah dakwa Saiful kerana bohong

Posted: 25 Apr 2011 12:00 AM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 25 April — Karpal Singh mahu Mohd Saiful Bukhari Azlan dikenakan tuduhan "berbohong" di mahkamah kononnya dia telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiga tahun lalu.

Dalam hujah penggulungan, peguam utama Anwar itu berkata, Saiful bukan saksi berwibawa dan kes dibawa terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu perlu digugurkan dengan segera.

Menurut Karpal, terdapat terlalu banyak elemen tidak konsisten antara tuduhan ke atas Anwar dan keterangan diberikan oleh saksi utama itu dalam perbicaraan semasa.

Saiful juga merupakan pengadu dalam kes liwat kedua melibatkan Anwar.

Justeru, beliau menggesa mahkamah agar mengarahkan pendakwa membawa tuduhan terhadap Saiful di bawah Seksyen 195 Kanun Keseksaan — mereka-reka bukti dengan tujuan mahu menyabitkan kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara.

Henti salahkan pengundi tak pilih BN, kata ahli MT Umno

Posted: 24 Apr 2011 11:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 April — Komponen Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan ataupun menuduh mereka yang tidak mengundi perikatan itu ketika pilihan raya termasuk di Sarawak baru-baru sebagai tidak bersyukur, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya tegas beliau, setiap pihak perlu menghormati hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.

"Dengan penuh rendah diri, saya menyeru rakan-rakan dalam BN supaya tidak menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya sebagai tidak bersyukur kepada kerajaan BN," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita," kata beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang menuding jari, malah mahu masyarakat CIna di Sarawak dihukum kerana memperlihatkan sokongan kuat kepada DAP, parti komponen Pakatan Rakyat, ketika pilihan raya negeri 16 April lalu.

Selain undi populariti, kerusi dimenangi DAP meningkat dua kali ganda berbanding pilihan raya negeri 2006.

Di Sarawak, BN memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 dan Bebas satu.

Akhbar-akhbar milik Umno juga menyatakan pendirian sedemikian agar BN tidak lagi bertindak sebagai "pemurah" kepada kaum Cina ekoran perkembangan di Sarawak.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008, arah aliran sokongan masyarakat Cina kepada BN tidak banyak berubah.

Pandangan agar BN bertindak 'keras' terhadap pengundi-pengundi CIna juga disaksikan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor awal tahun lalu.

Kerusi itu disampas balik oleh BN, tetapi majoriti undi masyarakat Cina masih kekal di pihak pembangkang.

Saifuddin yang juga timbalan menteri berkata, "sebagai ahli parti BN, saya percaya kita telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat tanpa mengira kaum dalam setiap pilihan raya kecil termasuklah pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini."

"YAB Perdana Menteri sendiri telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru dalam menawan hati rakyat semua kaum.

"Saya optimis sekiranya BN konsisten dengan usaha-usaha kita sekarang, BN akan memenangi semula hati rakyat semua kaum," katanya.

Justeru soal Ahli Parlimen Temerloh ini, jika setiap pihak memilih untuk menyalahkan pengundi-pengundi terbabit khususnya masyarakat Cina, bagaimana parti-parti BN hendak berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya akan datang.

"Bagaimana jika pada ketika itu mereka menempelak kita? Bagaimana jika kali ini mereka pilih pembangkang hanya sebagai protes sahaja, tapi, dek kerana cara negatif kita itu, maka mereka terus menerus pilih pembangkang kerana tindak-tanduk kita," katanya lagi.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti teras BN itu yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

"Saya percaya orang cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

"Justeru, saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini.

Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar

Posted: 24 Apr 2011 11:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

Antara lain, Karpal berkata, hujah saksi utama pendakwa Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Karpal, pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar adalah di bawah Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabie secara sukarela, namun keterangan yang diberikan Saiful menyatakan dia dipaksa.

Selain itu, pendakwa juga tidak memanggil Doktor Hospital Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid, doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dia membuat laporan polis.

Perbicaraan hari ini adalah penting untuk hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan samada meneruskan perbicaraan atau membuang kes tersebut.

Berikut kronologi perbicaraan:

8.53 pagi: Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Turut hadir Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin nasution.

9.03 pagi: Peguam Sankara Nair dan Param Cumaraswamy memasuki mahkamah. Turut kelihatan peguam Saiful Bukhari, Zamri Idrus.

9.21 pagi: Karpal dan Ketua Pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abidin menemui Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah di kamarnya.

9.31 pagi: Selepas kira-kira 10 minit, kedua-dua pihak muncul dari kamar hakim. Prosiding perbicaraan dimulakan.

9.34 pagi: Karpal memulakan hujah dengan mengingatkan mahkamah untuk berlaku adil dan hakim adalah manusia yang membuat keputusan.

"Bergantung pada apa sedang ditentukan dalam mahkamah. Bukan media atau apa dikatakan oleh perdana menteri." katanya.

9.40 pagi: Karpal kata terdapat tidaksepatutnya terdapat jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti saksi-saksi setiap pendakwaan."

9.45 pagi: Karpal menyatakan pendakwa mesti membuktikan kes tersebut.

"Terdapat bukti prima facie pada akhir kes pendakwa. Jika keraguan wujud, pembela tidak sepatutnya dipanggil."

"Pendakwa telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie. Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, dengan menentukan unsur-unsur
percanggahan dan mahkamah mesti tertakluk kepadanya untuk penilaian maksimum."

9.50 pagi: Karpal menunjukkan satu bukti tidak konsisten adalah tuduhan melakukan seks di luar tabie – di bawah seksyen 377b dengan persetujuan.

"Namun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata karpal sambi menambah pendakwaan tidak boleh meminda pertuduhan tersebut.

9.53 pagi: Karpal mengingatkan mahkamah perbicaraan kes liwat pertama melibatkan Anwar 10 tahun lalu di mana Mahkamah Persekutuan menolak kes yang diputuskan mahkamah tinggi ketika itu.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk pembelaan," katanya.

10.00 pagi: Karpal mengatakan yang Saiful mungkin telah meninggalkan bilik di mana kejadian liwat dikatakan berlaku beberapa kali.

10.01 pagi: Karpal memasuki perincian tentang perkara itu yang diketahui berdasarkan testimoni Saiful.

Karpal memberi contoh, ketika Anwar meminta Saiful untuk merapatinya manakala pengadu memakai sehelai tuala, Saiful boleh menjerit atau melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian.

Karpal menambah selepas kelakuan seksual tersebut dikata berlaku, Saiful memakan karipap dan meminum kopi dan tidak keluar dari bilik selama 20 minit. Dia menunjukkan tiada tanda-tanda emosional telah diliwat.

10.10 pagi: Karpal berkata sehari selepas peristiwa itu, iaitu pada 27 Jun, Saiful telah pergi ke Ibu Pejabat KEADILAN di Tropicana, malah ke rumah Anwar. Perkara itu tidak dilakukan bagi seseorang yang telah dianiayai.

10.13 pagi: karpal berkata Saiful melakukan pembohongan di mahkamah dan dalam laporan polis apabila dia menyatakan aksi seks itu dilakukan tidak secara sukarela.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 195 untuk mereka bukti," Karpal.

10.20 pagi: Karpal berkata, Saiful juga menangguhkan laporan polis. Dia hanya membuat dua hari selepas kejadian itu dikatakan berlaku.

'Doktor pertama yang memeriksa Saiful ialah Dr Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," tambah beliau.

10.22 pagi: Karpal berkata, ketidakhadiran Dr osman sebagai saksi meletakkan kes pendakwa itu ditahap meragukan.

10.25 pagi: Karpal berkata, Ezam Md Nor atau Mumtaz Jaafar perlu dipanggil sebagai saksi kerana mereka adalah individu yang pertama berjumpa Saiful.

10.30 pagi: Karpal mahu kesemua bukti berkaitan kejadian liwat itu dibatalkan.

10.32 pagi: Dengan menggambarkan semua bukti Saiful adalah sangsi, Karpal berkata sekiranya mahkamah membuat penilaian yang adil, kes pendakwaan itu perlu ditolak.

Karpal mengakhiri hujah nya. Ram Karpal mengambil alih dan memulakan penghujahan pada bukti DNA.

Video seks: Anwar tak perlu sumpah mubahalah, kata Harussani

Posted: 24 Apr 2011 11:00 PM PDT

Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 25 April — Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah mubahalah berhubung dakwaan rakaman video seks, oleh tiga "Datuk T", yang mengaitkan dengan diri beliau.

Ini kerana jelas Mufti Perak, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan atau dijatuhkan hukuman kerana pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" masih belum dibuktikan lagi.

Tegas, Harussani, sebarang tuduhan atau pendakwaan terhadap Anwar perlu dilakukan di mahkamah dan bukan di khalayak ramai termasuk sumpah mubahalah.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dipetik akhbar arus perdana baru-baru ini, agar Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ekoran tuduhan "Datuk T" terhadapnya. Asri dipetik berkata Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa menafikan beliau terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa "Datuk T".

Malah sebelum ini Shuib juga mencabar Anwar supaya bersumpah laknat bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks itu.

Tambah Harussani, sekiranya Anwar melakukan sumpah mubahalah di hadapan masyarakat ia tidak boleh membuktikan sama ada beliau bersalah atau tidak dalam tuduhan itu.

"Sumpah mubahalah ini tak perlu buat depan orang ramai, kalau nak buat di mahkamah.

"Kalau buat depan orang ramai tidak boleh pakai kerana keputusan hanya dibuat di mahkamah sahaja... kalau buat kepada orang ramai, apa yang mereka boleh buat?" soalnya.

Dalam pada itu, Asri berkata laporan sesetengah media yang mengatakan bahawa beliau meminta Anwar bersumpah mubahalah kurang tepat.

"Saya menjawab menyatakan Datuk T wajar bersumpah mubahalah, isu video itu tidak membabitkan diri mereka.

"Cumanya jika mereka buat juga, bagi mengelakkan salah sangka masyarakat, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menyebut wallahi, wa billahi, wa tallahi, menafikan hal itu," kata bekas mufti Perlis ini.

Kata beliau, sekurang-kurangnya langkah itu dapat menghilangkan salah sangka sesetengah pihak.

"Pun begitu, terpulang kepadanya, tiada paksaan," kata beliau lagi.

Jelas Asri, mubahalah menyebut laknat ke atas diri dan jika tidak disebut maka ia adalah sumpah biasa.

"Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dia boleh buat mubahalah, terpulang kepadanya. Jika dia buat, kesannya besar kepada diri dan rakyat," tambah beliau.

Mat Sabu tawar tanding jawatan timbalan presiden

Posted: 24 Apr 2011 10:49 PM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 25 April — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu bersedia untuk memikul peranan sebagai timbalan presiden jika itu yang dihasratkan oleh ahli-ahlinya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, beliau yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" berkata, sehingga kini pencalonan diterimanya bagi jawatan timbalan presiden PAS amat menggalakkan.

Beliau pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas mengatasi Nasharudin Mat Isa.

Justeru, kata beliau, keputusan untuk bertanding bagi jawatan itu dibuat ekoran pencalonan memberangsangkan dari peringkat kawasan.

"Saya bersedia memberi khidmat bagi jawatan timbalan presiden... saya bersedia sekiranya diberi peluang pada pemilihan PAS Jun ini," kata bekas ahli Parlimen Kuala Kedah ini.

"Saya diberitahu telah menerima banyak pencalonan daripada kawasan untuk jawatan timbalan (presiden), tapi saya tidak tahu berapa banyak, yang saya sudah terima dan difahamkan saya terima pencalonan daripada PAS kawasan di Johor, Perak dan juga Selangor," katanya.

Beliau merupakan naib presiden ketika bertanding jawatan timbalan presiden dua tahun lalu.

Mohamad, 55, berkata beliau tidak pasti sekiranya akan ada pertandingan bagi jawatan nombor dua kali ini.

"Sama ada ada pertandingan atau tidak, saya tidak tahu. Tapi saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu kalau diterima perwakilan," katanya.

PAS akan mengadakan pemilihan parti itu pada Muktamar Tahunan ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak awal Jun ini.

Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan adalah 15 Mei.

Sebelum ini, Mohamad berkata, beliau hanya akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden PAS sekiranya mendapat sokongan dan pencalonan yang kuat di peringkat kawasan.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini berkata, beliau menawarkan diri sekali lagi untuk bertanding kerana mahu membantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegakkan keadilan Islam, khasnya di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden telah mengumumkan tidak akan berbuat demikian.

Dua tahun lalu selain Mohamad, turut bertanding mencabar Nasharudin ialah Datuk Husam Musa, seorang lagi naib presiden ketika itu dan Exco Kerajaan Negeri.

Biaqpila

Posted: 25 Apr 2011 03:27 PM PDT

Peguam: 'Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat'

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.
"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20
minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut