Sabtu, 23 Mac 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 23 Mar 2013 03:15 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:15 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Lim Kit Siang Mungkin Bertanding Atas Tiket PAS, Mengapa?

Posted: 23 Mar 2013 01:22 AM PDT

[MK] Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman (kanan) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

[PANAS] Wan Azri Tidak Mengaku Dirinya PopeGomo, Utusan Kata Sebaliknya

Posted: 22 Mar 2013 09:35 PM PDT

TM malaslah nak ulas panjang tindak tanduk blogger kaki fitnah tegar mesra UMNO ini yang kononnya berani berhadapan dengan tindakan saman tetapi akhirnya bersikap pengecut.

Dalam laporan di atas, individu yang dikaitkan dengan blog Papagomo, Wan Muhd Azri menafikan dirinya pemilik blog tersebut. Dia juga menafikan dirinya pengundi hantu dan mendakwa dirinya tidak pernah mengundi sebelum ini walaupun hasil semakan menunjukkan dirinya didaftarkan sebagai pengundi di dua lokasi.

Walaupun cuba menafikan identiti dirinya, namun akhbar UMNO Utusan Malaysia mendedahkan identiti Popegomo. Gambar siapa yang digunakan oleh Utusan untuk menunjukkan identiti Papagomo?

Malah, khabarnya sudah ada pihak yang mahu tampil untuk mendedahkan identiti Papagomo dalam beberapa kes saman yang melibatkan kaki fitnah ini. Baru-baru ini juga tersebar video yang dipercayai membabitkan kaki fitnah itu merampas anaknya daripada bekas isteri. Tidak mustahil, bekas isterinya juga akan tampil mendedahkan identiti sebenar kaki fitnah ini.

P/s: Kaki fitnah, potong anu dan bagi itik makan. Kamu mencabar orang menyaman kamu, tetapi akhirnya kamu menikus!

DIALOG RAKYAT

Posted: 23 Mar 2013 03:08 PM PDT

[VIDEO & GAMBAR] Warga CIMB Berdemo Kecam Adik Najib, Nazir Razak

Posted: 22 Mar 2013 10:02 PM PDT

LIHAT VIDEO DI SINI

KELAB GREENBOC

Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.

Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya dhari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.

NUBE mempunyai kira-kira 5,000 ahli yang bekerja di rangkaian CIMB. Penolong setiausaha NUBE, A Karuna berkata aduan berhubung perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bank sejak setahun yang lalu tetapi tiada tindakan.

Karuna berkata, piket yang diadakan di hadapan CIMB di Petaling Jaya itu merupakan yang kali ke-30 sejak Disember tahun lalu Sejak Februari lalu, mereka mengadakan piket antaranya di Kangar, Alor Setar, Temerloh dan Pekan.

CIMB diterajui Ketua pegawai eksekutif kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak - adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Karuna berkata pihaknya bercadang mengadakan piket besar-besaran di CIMB dan Bank Negara di Kuala Lumpur pada 6 April depan, supaya tuntutan mereka didengari.

Beliau mensasarkan 20,000 ahli NUBE termasuk kakitangan CIMB hadir dalam piket tersebut. -kingofgoblok


Adik mahu Najib kekal PM supaya mudah kayakan kroni – Azan

Keinginan Datuk Seri Nazir Razak supaya abangnya kekal sebagai Perdana Menteri dipercayai bertujuan memudahkan 'kerja' mengkayakan anak beranak dan kroni.

"Ini membuktikan jika Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri, seolah-olah tiada lagi amalan mengkayakan kroni, rasuah.

Jadi susah untuk kawal kewangan.

"Kekayaan kroni dan anak beranak bergantung kepada Najib, adiknya sendiri mungkin hanya tumpang kuasa untuk jadi CEO," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kepada Keadilan Daily.

Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, adalah adik kepada Perdana Menteri itu.

Nazir dalam wawancara dengan stesen Bloomberg TV dilapor, berkata abangnya itu kononnya ada sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

Jika berlaku perubahan, beliau dipetik berkata, ia kononnya mengecewakan pelabur dan terpaksa menilai kembali pandangan mereka terhadap Malaysia.

Mengulas lanjut, Azan berkata, Nazir sebagai seorang profesional dalam bidang perniagaan, tidak wajar membuat kenyataan seumpama ahli politik.

"Patutnya cakap, sesiapapun jadi Perdana Menteri selepas PRU 13 akan dapat beri kestabilan ekonomi dan bawa polisi baik," katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu turut menyindir Nazir yang risau dengan kedudukannya dalam dunia perbankan jika berlaku perubahan kerajaan.

"Adakah Nazir selama ini hanya bergantung kepada pengaruh abangnya?" kata beliau.

Kebelakangan ini, kakitangan CIMB kerap mengadakan piket di beberapa negeri berikutan mereka berasa kebajikan mereka diabai majikan. -KD








Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat ke Bandar Tasik Puteri

Posted: 22 Mar 2013 09:58 PM PDT

RAWANG: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat ke Bandar Tasik Puteri, Rawang melalui rangkaian internet.
JMR
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak dan Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor, antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Turut berucap Dr Muhamad Nur Manuty, Datuk Ngeh Kor Ham, William Leong Jee Keen, Zuraida Kamaruddin dan Mustafa Kamil Ayub.

Bekas pegawai tinggi tentera pula ialah Brig Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan Mejar (B) Kamal Badri.

Untuk tonton, KLIK INI.

Wacana Intelektual dan Profesional malam ini

Posted: 22 Mar 2013 09:52 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Setiausaha Pertubuhan Kemajuan Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti), Zulhilmi Abdul Rahman memaklumkan tempat cadangan awal wacana Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan seperti yang diiklan di Surau al Iman, Losong Panglima Perang di sini telah bertukar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi masa dan ahli panel adalah kekal.

Program ini dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam ini di Masjid Titian Baru, Bukit Payong.

Moderator wacana adalah Prof Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan barisan ahli panel terdiri daripada Zaharuddin Mohamad (pakar ekonomi Islam), Abd Rahman Taib (mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang) dan Raja Datuk Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad (gambar).

"Pekerti memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan pertukaran tempat ini dan berharap wacana ini berjalan lancar serta  dapat memberikan manfaat yang berguna kepada penduduk," kata Zulhilmi.

111 terima geran tanah selepas menunggu 20 tahun

Posted: 22 Mar 2013 09:51 PM PDT

SELAYANG: Selepas menunggu lebih 20 tahun dan menerima janji demi janji akhirnya 111 penduduk asal Kampung Bendahara menerima geran tanah mereka semalam.

(Khalid menyampaikan geran tanah dengan diperhatikan Azmi, William Leong dan Amirudin)

Geran tanah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Sri Siantan, Selayang.

Sebahagian besar mereka sudah boleh dianggap sebagai warga emas selepas meneroka kampung itu berpuluh-puluh tahun lalu.

Sebelum ini, pada setiap lima tahun sekali mereka akan dijanjikan geran tanah mereka oleh parti yang memerintah Selangor sebelum ini.

Namun janji tinggal janji dan tidak pernah ditepati. Selepas lima tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, janji ditepati dan mereka mendapat satu keping kertas yang amat bernilai itu.

Penduduk kampung ini bukan orang pertama mendapat geran tanah dari kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini penduduk Kampung Bukit Botak mendapat tanah dan rumah mereka.

 (TERKEDU...Mungkin inilah yang dirasai warga emas ini ketika menerima ucapan tahniah dari Zaidi Talib, YDP PAS Selayang selepas menerima geran tanah miliknya)

Mereka mendapat semua itu selepas lebih 20 tahun penempatan baru mereka itu dijanjikan oleh kerajaan BN sebelum ini.

"Inilah sebenarnya bukti janji yang ditepati oleh Pakatan Rakyat," kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib yang turut serta di majlis itu.

Jelas kelihatan warga emas ini menitiskan air mata kegembiran selepas berpuluh tahun menunggu pengesahan ke atas tanah yang mereka duduki itu.

Sandiwara ketua bahagian punca 67 ahli tinggalkan Umno

Posted: 22 Mar 2013 09:49 PM PDT


RANTAU PANJANG: Sandiwara Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin mengisytiharkan orang Umno menyertai Umno membosankan penyokong dan ahli Umno di bahagian itu.

Tambah memualkan lagi mereka apabila warga Thailand yang tinggal di Rantau Panjang juga diarah berlakon menyerah borang menyertai Umno.

Ekoran itu baru-baru ini seramai 67 ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS di Taman Nering Jaya dekat sini.

Kumpulan tersebut diketuai Mohd Rasepi Mat Zain, 35, menyerah borang menyertai PAS kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada satu program di taman tersebut.

Hadir sama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Syed Ismail, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan penghulu-penghulu mukim dan tanpa mukim.

Mohd Rasepi lebih dikenali sebagai Mie Case berkata, lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang akan menyertai PAS menjelang detik pilihan raya umum ke-13.

"Penyerahan borang menyertai PAS dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dan buat permulaan ini 67 orang keluar Umno di DUN Gual Periok," katanya.

Rakannya Abdul Khalid Jusoh, 41 berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada Umno kerana bosan dengan tindak tanduk pemimpin Umno melemparkan cacian dan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, dalam setiap kali ceramah atau perbualan harian, pemimpin Umno sering menghodohkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Tok Guru Nik Aziz.

"Bagi kita kalau mereka hendak hodohkan pemimpin lain tak apa, tetapi apabila disebut Tok Guru jadi kita rasa tak munasabahlah," ujarnya.

Bakri Ismail, 34, dari Taman Nering Jaya berkata, amalan pilih kasih dalam Umno begitu berleluasa sekali, mereka yang dekat dengan pemimpin atasan sahaja yang mendapat segala kemudahan.

"Ini yang saya alami sendiri ketika bergiat aktif dalam Umno cawangan Kubang Chenok. Saya dipinggirkan dalam banyak hal termasuk bantuan kepada anak-anak sekolah.

"Kita kena minta dan desak dulu baru dapat, bukannya nak beri secara suka rela dan ikhlas. Ini menyebabkan saya tidak puas hati dan mengambil keputusan tinggalkan Umno," ujarnya.

Campur tangan Umno punca polis gagal - bekas Pengarah SB

Posted: 22 Mar 2013 09:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: Campur tangan politik pemimpin Umno-BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.

"SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.

"Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.

"Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKN menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat," katanya.

Semakin Lambat Bubar, BN Semakin Tidak Popular

Posted: 22 Mar 2013 09:43 PM PDT

1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.  Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M  yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan  bersamaan 27 Mac 2013, YAB  PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB  PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti  itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan, kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak,  YAB PM  akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPPM

SPR Akui Wujud Pendaftaran Berganda, Akan Semak Status Papagomo!

Posted: 22 Mar 2013 09:39 PM PDT

 

 KELAB GREENBOC


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui terdapat sejumlah kecil pendaftaran berganda dalam daftar pemilih dan mengatakan akan menyemak tuduhan penulis blog pro Umno "Papa Gomo" atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah "pengundi hantu".

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu The Malaysian Insider, suruhanjaya tersebut akan menyemak status Azri dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selepas PKR mendakwa penulis blog tersebut terdaftar sebagai pengundi di dua kawasan parlimen – Ampang dan Wangsa Maju.

"Memang ada sejumlah kecil isu pendaftaran berganda seperti ini, tetapi ianya very small number (mempunyai angka yang kecil)," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Pegawai saya akan buat semakan berhubung perkara ini dengan polis," tambah beliau lagi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat pendedahan tersebut semalam selepas partinya menyemak laman sesawang SPR menggunakan kas pengenalan awam Papa Gomo dan kad pengenalan polis yang didakwa milik penulis blog tersebut.

Menurut Abdul Aziz, pendaftaran berganda melibatkan polis atau anggota tentera kebiasaannya berlaku apabila selepas seseorang anggota keselamatan itu tamat atau ditamatkan perkhidmatan, perkara ini tidak dibawa kepada SPR menyebabkan data tidak dapat dikemaskini.

"Hanya SPR yang boleh bersihkan nama mereka (anggota polis atau tentera) dalam daftar pemilih. Jabatan (polis dan tentera) tidak boleh lakukan perkara ini," menegaskan hanya suruhanjaya tersebut yang boleh melakukan perubahan dalam daftar pemilih.

Beliau mengatakan SPR sudah menghentikan penggunaan nombor kad pengenalan polis dan tentera dalam Pilihan Raya 2013, sambil menambah mereka hanya akan menggunakan nombor kad pengenalan awam anggota keselamatan tersebut.

"Tetapi sekarang semua anggota tentera dan polis sudah mempunyai nombor kad pengenalan awam. SPR akan menggunakan nombor kad pengenalan awam bagi polis dan tentera bagi tujuan pilihan raya.

"Kalaupun penulis blog itu cuba untuk mengundi dengan menggunakan kad pengenalan polis, dia tidak akan dibenarkan mengundi," tambah Abdul Aziz lagi.

The Malaysian Insider difahamkan ini adalah pertama kali pasukan keselamatan akan menggunakan nombor kad pengenalan biasa untuk mengundi, oleh kerana pengundian pos sudah digantikan dengan pengundian awal, salah satu langkah SPR untuk memperbaiki proses mengundi.

Abdul Aziz juga tidak menolak kemungkinan kes pendaftaran pengundi berganda penulis blog tersebut melibatkan dua orang yang berbeza.

"Orang yang ada nama sama ni banyak. Tarikh lahir sama, tempat lahir sama, tetapi kalau terbukti ianya orang yang sama, kita akan keluarkan nama dia dari daftar pemilih polis," katanya.

Walaupun SPR telah dikritik oleh parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan dengan tuduhan gagal untuk menjalankan pilihan raya adil, suruhanjaya tersebut telah memperkenalkan beberapa perubahan untuk memperbaiki perjalanan pilihan raya seperti penggunaan dakwat kekal dan undi pos bagi rakyat Malaysia di luar negara untuk Pilihan Raya 2013.

Dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR semalami, Rafizi turut mendakwa Papa Gomo yang disaman semalam kerana memfitnah Anwar pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah pada masa lalu.

"Siasatan menunjukkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah bekas polis trafik yang berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah," kata Rafizi, selepas menunjukkan laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan namanya dalam anggota polis dan kad pengenalan polisnya.

Beliau kemudian menunjukkan dua mukasurat dari laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan dua tarikh lahir berbeza yang menyebabkan PKR menyiasat alamat yang digunakan oleh Papa Gomo.

Rafizi mendakwa dokumen mahkamah dan alamat surat-menyurat rasmi menunjukkan Papa Gomo mempunyai dua alamat rumah, di Ampang dan Wangsa Maju.

Apabila ditanya bukti adakah kedua-dua nama yang tertera di pangkalan data SPRM itu adalah Papa Gomo, Rafizi sekali lagi berkata dokumen mahkamah dapat menyamakan kedua-dua nombor kad pengenalan berkenaan, dan berkata beliau mahu respon dari blogger itu sebelum menunjukkan bukti tersebut.

Ulasan GB

Selalu GB katakan, hukum kebenaran dan keadilan tetap akan mengambil tempatnya. Samada disukai atau pun tidak.

Walau bagaimana dipusing dan dispinkan pun untuk membela papagomo, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Segala-galanya akan terbongkar dan terdedah kerana "penipuan dan pemfitnahan" itu tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk melawan kebenaran dan keadilan.

Papagomo, Utusan, para blogger pencacai malah UMNO sendiri akan hancur binasa... tunnggu saat dan ketika kerana terbukti mereka itu semua adalah dari kumpulan yang jahat dan Allah akan tetap membinasakan mereka akhirnya. Kejahatan dan kebatilan itu tidak samasekali akan menang melawan kebenaran dan kebaikan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO & GAMBAR] Dengan Pelajar Pun Polis Gunakan Kekerasan & Gari!

Posted: 22 Mar 2013 09:31 PM PDT

KELAB GREENBOC

 

 Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (gambar atas) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Awal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

Sementara itu, Ahmad Syukri memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 ini.



 

LIHAT DIDEO DI SINI

Ulasan GB

Pelajar-pelajar yang datang tanpa senjata dan datang dengan cara baik dan aman tetapi ditangkap dengan cara yang amat kasar malah digari. Sungguh menghairankan dan menjelekkan.

"Syaitan yang dikenali" yang baling batu, baling telur, baling kayu sehingga mencerakan orang awam, tak pun ditangkap.

Tunjuk kehebatan tak kena tempatnya!

Imej polis cukup tercemar dan benarlah kata Mantan Pengarah Cawangan Khas Polis Sabah, Yousuf Babjee bahawa:


Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis!

Lahad Datu: Menteri sepatutnya letak jawatan

Posted: 22 Mar 2013 09:23 PM PDT

MACHANG: Kalau di negara lain, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara sudah lama meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab apabila gagal menangani konflik sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Namun di Malaysia pemimpin terbabit masih selamat dan tetap utuh dengan kedudukan serta kuasa dimiliki mereka.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, menteri yang terbabit dalam aspek keselamatan dalam isu di Lahad Datu sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang.

"Sepatutnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu dengan meletak jawatan.

"Tetapi bila masanya Perdana Menteri mahu sepupunya itu meletak jawatan. Hishamuddin tentunya akan mengadu kepada emaknya yang juga emak saudara kepada Datuk Seri Najib," katanya pada ceramah di tapak eskpo di sini malam tadi.

Ceramah sempena pelancaran Kekal (K) dihadiri ribuan penduduk tempatan. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi.

Gimik pelancaran K dilakukan Husam dengan memotong tali belon, kemudian gugusan belon meluncur ke udara bersama sepanduk bertulis K. Wakil-wakil pemuda dari setiap kawasan juga menerima panji K daripada Husam.

Orang ramai yang hadir juga melafazkan ikrar beramai-ramai yang diketuai Ketua Pemuda Machang, Hatman Abdullah.

Husam bagaimanapun berkata, apa yang berlaku di Sabah pemimpin terbabit disifatkan tidak mahu mengambil tanggungjawab bagi mengembalikan maruah negara yang tercemar akibat isu Lahad Datu.

Pada ceramah itu beliau turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Umno diberi lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sehingga 400 lot seorang.

Beliau mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi saham FGVH sebanyak 400 lot kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan.

"Sedangkan saham tersebut diperuntukan kerajaan untuk peneroka yang miskin. Peneroka pula terpaksa membuat pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH, sedangkan pemimpin Umno diberi percuma.

"Inilah yang menyebabkan kroni pemimpin Umno mendapat keuntungan mudah dalam sekelip mata apabila menjual saham tersebut," katanya.

Malah katanya, pemimpin Umno juga mendapat banyak keistimewaan termasuk memiliki Permit Import (AP) bagi mengimport kereta dan AP mengeksport kelapa sawit.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Perdana Menteri tidak sedar dosa-dosa kerajaan pusat terhadap Kelantan sejak 23 tahun lalu, apabila datang ke sini minggu lepas menyebut pula tujuh dosa besar PAS.

Katanya, perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas bagi mendapat hak ke atas royalti dinafikan kerajaan pusat sehingga sekarang.

"Saya telah melihat sendiri dokumen perjanjian  yang ditandatangani kerajaan Sarawak juga sama dengan apa yang ditandatangani kerajaan Kelantan. Tidak timbul sama sekali soal tiga batu nautika," ujarnya.

Sementara itu Abdul Latiff berkata, pelancaran kempen K akan diadakan di seluruh Kelantan bagi mengajak rakyat mempertahankan kerajaan di bawah kepemimpinan ulama.

Kit Siang buka laluan Pakatan tawan Johor?

Posted: 22 Mar 2013 09:19 PM PDT

Bagi orang Umno ia ibarat mimpi tengah hari, tetapi Pakatan Rakyat telah menghalakan meriam ke Johor.

PETALING JAYA: Barangkali tidak ada seorangpun yang terfikir mengenai kemungkinan Barisan Nasional akan runtuh di Johor  dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Bagi orang Umno ia ibarat mimpi tengah hari, tetapi Pakatan Rakyat telah menghalakan meriam ke Johor.
Bermula dengan kepulangan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hampir setahun lalu. Kini langkah itu diikuti supremo DAP, Lim Kit Siang.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. Kit Siang berasal dari Johor tetapi tidak pernah bertanding di negeri kelahirannya itu.

Beliau kini merupakan ahli parlimen Ipoh Timur sejak tiga penggal yang lalu. Walaupun sudah lanjut usia, tetapi perbahasannya di parlimen masih berbisa

Seorang lagi pemimpin DAP iaitu Liew Chin Tong yang kini ahli parlimen Bukit Bendera di Pulau Pinang juga dikatakan akan bertanding di Johor.

Sasaran DAP ialah memenangi kerusi-kerusi bandar majoriti pengundi Cina. Manakala PKR di kawasan pengundi campuran dan PAS majoriti Melayu.

Johor memang ramai pemimpin politik menempa nama di negeri-negeri yang lain. Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang berasal dari Johor, Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam serta Tony Pua (ahli parlimen DAP PJ Utara) juga dari Johor.

Dua pegawai tentera tanding kerusi PKR

Sumber PAS memberitahu dua bekas pegawai kanan tentera akan bertanding atas tiket PKR di parlimen Johor Baru dan Pasir Gudang dalam PRU 13.

Bekas Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein akan bertanding di parlimen Johor Baru yang kini diwakili tokoh veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.

Manakala mantan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid disebut-sebut akan bertanding di Pasir Gudang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamed betika dihubungi berkata, dalam keadaan semasa Pakatan Rakyat boleh menang 15 kerusi parlimen di Johor. Manakala bagi kerusi negeri, Mahfodz meramalkan antara 25 dan 29 kerusi dari 56 di Johor.

"Pada awalnya saya menjangkan kerusi parlimen yang akan dimenangi Pakatan Rakyat sekitar 12 sahaja tetapi dengan ramainya tokoh negeri pulang kampung, sasaran 15 kerusi boleh dicapai," katanya.

Jika Pakatan Rakyat mampu lebih banyak kerusi parlimen di Johor, laluan menawan Putrajaya lebih terbuka luas.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menang 82 kerusi parlimen dan menawan empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor – serta mengekalkan Kelantan yang dimenangi sejak tahun 1990.

Bagaimana peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan PRU 13 ini?

BN ingatkan jentera jangan sombong

Posted: 22 Mar 2013 09:16 PM PDT

 

Sifat sombong itu hanya akan merugikan parti dan BN untuk meraih semula sokongan rakyat negeri itu.

SUBANG: Barisan Nasional (BN) memberi amaran kepada jenteranya supaya jangan bersikap sombong ketika berkempen Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Zin Mohamed berkata, sifat sombong itu hanya akan merugikan parti dan BN untuk meraih semula sokongan rakyat negeri itu.

"Kesombongan itu mesti dihapuskan. Letakkan kepentingan rakyat berbanding parti," katanya dalam lawatan kerja ke Parlimen Subang di Bangunan Umno Subang di sini petang tadi.

Zin turut menyampaikan jaminan berbunyi empat rangkap pantun dihadapan kira-kira 100 ahli jentera BN supaya jangan lagi sombong;

'Jangan sombong Jangan sombong
Kalau sombong tak dapat undi
Jangan sombong Jangan sombong
Kalau sombong kalah lagi'

"Kita kena berpimpin tangan berganding bahu.

"Kalau bercakap apa yang kita dapat secara individu, itu perangai lama Umno," katanya.

Beliau berkata, pengajaran semasa PRU12 pada tahun 2008 memberi iktibar jelas kepada BN supaya jangan menimbulkan sebarang masalah ketika PRU semakin hampir.

Hal itu termasuk isu masalah dalam parti yang perlu diselesaikan segera.

"Minta bantuan saat akhir tolong jangan buat silap. Kita khuatir saat akhir begini…kita letih nak selesaikan masalah dalaman kita," katanya.

Parlimen Subang

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang itu turut yakin jenteranya kini bersedia untuk merampas kembali Parlimen Subang daripada PKR.

Ini termasuk tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dibawahnya; Kota Damansara, Paya Jaras, dan Bukit Lanjan.

Ditanya tentang calon, Zin berkata pihaknya menghormati keputusan akhir Perdana Menteri menentukan calon paling layak bertanding dikawasan terbabit.

Mengakui tiada masalah perebutan kerusi, katanya siapa pun pemimpin yang akan jadi calon akan diterima dengan hati terbuka.

"Tidak ada sebab kita tak dapat menang kerusi Parlimen dan tiga Dun bawah Subang.

"Saya yakin kalau kita pulun (kerja) kuat-kuat kita akan menang," katanya.

BR1M bukti ramai rakyat miskin, kata Nurul Izzah

Posted: 22 Mar 2013 05:29 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kadar pendapatan perkapita di bawah RM1,500 sebulan di negara ini masih jauh ketinggalan walaupun kerajaan baru-baru ini mengatakan kehidupan rakyat semakin baik di bawah program transformasi.

Nurul Izzah berkata, hakikatnya pendapatan di bawah angka tersebut dapat dilihat daripada jumlah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun ini mencecah 40 peratus jumlah penduduk negara.

"Kita ingin pastikan 40 peratus rakyat yang gajinya RM1,500 ke bawah dan telah terima BR1M dibantu kerana ramai miskin lagi.

"... sebab itu kita ingin laksanakan gaji minimum RM1,100 jika kita diberi peluang ambil alih Putrajaya nanti," katanya pada Ceramah Perdana Manifesto Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Dalam pada itu, kegagalan kerajaan mengutip kembali pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara sebab Pakatan Rakyat mahu melaksanakan pendidikan percuma.

"Kita hadapi RM30 bilion PTPTN, kerajaan hanya mampu kutip RM2 bilion saja.

"... sebab apa? Kertas perjanjian bila kena hujan koyak, jadi sukar nak cari balik mereka yang meminjam, inilah kelemahan sistem ini sejak 1997 diperkenalkan," dakwanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah sesekali menghina dan memperlekeh pengorbanan pasukan keselamatan dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah mempromosikan keganasan dalam menuntut keadilan walaupun sering kali disalah anggap oleh rakyat kerana manipulasi Umno-Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR).

"Pernahkan kita guna kekerasan dengan kekerasan terhadap anggota keselamatan dalam banyak perhimpunan seperti Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKP)?

"... kami menghormati dan memahami pihak polis hanya menjalankan tugasnya, namun kami hanya kecam arahan yang diberikan kepada mereka yang tidak bermoral itu," katanya.

Tegas beliau, pihaknya tidak bermusuh dengan pihak polis, malah telah berunding dengan baik dan berhimpun dengan tertib pada HKR pada 12 Januari lalu.

Najib: 'Sabah tetap hak mutlak Malaysia'

Posted: 22 Mar 2013 05:27 PM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata segala yang dirancangkan untuk negara terutamanya agenda transformasi negara telah membuahkan kejayaan berkat doa dan sokongan rakyat.
  
"Banyak yang kita lakukan untuk membela rakyat dan dengan ini Insya-Allah kalau kita dapat mandat daripada rakyat, saya yakin apa yang kita impikan itu akan jadi kenyataan," katanya ketika ditemu bual stesen radio UFM dalam segmen yang ke udara selama dua jam bermula pukul 7 pagi ini, di sini.
  
Menyentuh mengenai isu pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata integriti wilayah Malaysia itu mesti dipertahankan dalam apa jua keadaan, dan Sabah tetap hak mutlak Malaysia.
  
Untuk itu, rakyat Malaysia perlu menyokong pasukan keselamatan serta usaha-usaha yang dilakukan untuk menjamin keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah negara, kata Najib dalam segmen 'Bersama Perdana Menteri' yang dikendalikan deejay Jimmy Shanley dan Tyzo.
  
Siaran radio itu hanya boleh diikuti sekitar Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM.

Dalam temu bual itu, Najib turut berkongsi kisah peribadi yang selama ini mungkin tidak pernah diketahui orang ramai, antaranya bagaimana beliau menguruskan diri di rumah.
  
"Saya biasanya tidur dalam lima hingga enam jam, sebelum saya tidur biasanya saya minum Milo dan saya tengok berita terakhir ataupun tengok tv sekejap atau baca buku," katanya.
  
Mengenai bidang pekerjaan yang mungkin diceburinya sekira tidak menjadi perdana menteri, Najib berkata beliau kurang pasti kerana sudah menceburi bidang politik untuk sekian lama iaitu sejak berumur 22 tahun.
  
"Saya tidak dapat bayangkan apa pekerjaan atau profesion yang mungkin saya ceburi, tapi pada peringkat awal usia, saya berhasrat nak mendapat kelulusan dalam bidang MBA (Sarjana Pentadbiran Perniagaan), kemudian hari kalau keadaan mengizinkan baru saya nak masuk bidang politik, tapi keadaan berubah apabila Allahyarham ayahanda (perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein) saya meninggal dunia," katanya.
  
Ditanya mengenai perkara yang ingin dilakukan tetapi belum tercapai, Perdana Menteri berkata: "Kita bercita-cita nak jadi ahli sukan, nak main golf, dapat single handicap, nak main bola pun hebat...tetapi itu semua angan-angan dan cita-cita waktu muda."

Dalam menjaga kesihatan diri, Najib berkata beliau sering melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama sejam dengan bantuan seorang jurulatih dan ini merupakan 'Indeks Prestasi Utama' (KPI) beliau.
  
Perdana Menteri berkata daripada segi pemakanan, beliau kena kawal kerana badannya mudah naik.
  
"Sejak saya amalkan exercise (senaman) di gym, lemak badan dah berkurangan dan ganti dengan muscle (otot), saya harap dapat teruskan supaya saya dapat exercise sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, itu saya punya KPI untuk diri saya, tapi kadang-kadang tak tercapai juga," katanya.
  
Mengenai keluarga, Najib berkata beliau akan menghubungi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sekurang-kurangnya sekali sehari sekiranya berjauhan.
  
"Kalau saya ada program di luar dan dia tak dapat mengikuti saya, dalam sehari tu saya berhubung sekurang-kurangnya sekali atau dua kali, biasanya sekali (untuk) tanya khabar dan cerita tentang program sama ada sambutan baik ke tidak dan sebagainya,"  katanya. - Bernama

SPM: 73 pelajar Maahad Perempuan cemerlang

Posted: 22 Mar 2013 05:24 PM PDT

Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Perempuan mencipta rekod baru apabila seorang pelajarnya mendapat 11A+ dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum semalam.

Nurul Ain Afifah Shaharuddin mengejutkan sekolah dan keluarga apabila muncul pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan.

Manakala pelajar yang memperolehi 11A juga meningkat kepada 31 orang berbanding 23 pelajar tahun 2011. Begitu juga pencapaian 10A meningkat kepada 22 calon berbanding 13 orang sebelumnya.

Pengetuanya, Mansur Daud berkata, sekolah tersebut mengekalkan pencapaian 100 peratus sejak 2009.

"Seramai 73 pelajar yang cemerlang dengan mendapat 9A ke atas pada SPM tahun lepas. Mereka pastinya layak menerima insentif kerajaan negeri sebanyak RM500 seorang.

"Seramai 412 calon menduduki SPM tahun lepas di Maahad Muhammadi Perempuan," katanya pada majlis pengumuman keputusan SPM 2012 semalam.

Berucap pada majlis itu beliau berharap pelajar lepasan SPM yang tidak berhasrat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini dapat mencipta nama baik sekolah ketika belajar di universiti nanti.

Mansor juga berkata, Maahad Muhammadi Perempuan mencatat keputusan terbaik peringkat negeri dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama dan STAM tahun lalu.

Manakala bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah menduduki tempat kedua.

7,475 pemegang IC merah, hijau pemilih di Sabah

Posted: 22 Mar 2013 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 7,475 pemegang kad pengenalan (IC) merah dan hijau telah dijumpai tersenarai sebagai pengundi didaftar sebagai pemilih terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pakar strategi pilihanraya Ong Kian Ming yang menjalankan penyiasatan ekoran testimoni Ruslan bin Alias,  bekas Ketua Penolong Jabatan IC Sabah dan Sarawak di Jabatan Pendaftaran Negara, kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Di dalam kenyataannya, Ruslan berkata IC merah telah diberikan kepada IC lama yang bernombor dari H6000000 ke H6040000 manakala IC hijau diberikan nombor H8000000 to H8040000.

"Semasa kita meneliti daftar pemilih suku ke-4 2012, yang dipercayai akan digunakan untuk pilihanraya yang bakal datang, kita menemui 7,029 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC merah dan 446 pengundi dengan IC lama yang tergolong dalam lingkungan nombor IC hijau," kata Ong.

Ini bermakna, kata Ong, seramai 7,475 warga bukan Malaysia boleh mengundi di pilihanraya akan datang.

"Tidak mengejutkan, kerusi yang mempunyai paling banyak dan peratusan IC merah dan hijau ini adalah juga kerusi yang mempunyai nombor dan peratusan IC lama yang bermasalah. Malah, tiga kerusi teratas untuk pengundi IC Merah dan Hijau dan masalah IC lama adalah sama iaitu P188 Silam, P190 Tawau dan P191 Kalabkan," tambah Ong.

Ong tidak menolak kemungkinan sebahagian daripada mereka telah menjadi warga Malaysia.

Tapi, kalau beliau, 'kebetulan data' ini berlaku di kerusi-kerusi yang mempunyai banyak masalah IC lama memberi lampu hijau kepada satu siasatan menyeluruh diadakan.

SPR bersama JPN diseru untuk menyiasat status pengundi Merah dan Hijau dan membuangkan mereka dari senarai pengundi sekiranya mereka bukan warganegara.

Perkampungan air: Jangan hirau nasihat Mahathir

Posted: 22 Mar 2013 05:19 PM PDT

Kebelakangan ini terdengar suara-suara yang mendesak supaya perkampungan air di Timur Sabah itu dirobohkan kerana ia boleh menggugat keselamatan dan kerosakan sosial masyarakat dan negara. Antara yang meminta rumah perkampungan air itu dirobohkan ialah Dr Mahathir Mohamad dan bekas Pengarah Akademi Imigresen, Encik Shahul Hamid baru-baru ini.

Shahul Hamid telah meminta supaya disegerakan tindakan merobohkan perkampungan air itu kerana perkampungan itu telah dimasuki pendatang haram yang tidak disedari oleh pihak berkuasa kita. Perkampungan ini juga telah dikatakan memberikan masalah kerana berlaku perkahwinan campur di antara rakyat tempatan tanpa diketahui dan pendaftaran yang betul dengan kerajaan kita.

Perkampungan air ini juga mengakibatkan masalah sosial yang tidak terkawal dan tiada jalan lain selain daripada merobohkan perkampungan itu serta-merta. Pandangan ini adalah lanjutan daripada kemasukan pengkhianat-pengkhianat dari luar dan kejadian di Lahat Datu dan Semporna itu dipermudahkan oleh perkampungan air ini.

Dr Mahathir menganggap perkampungan air ini telah merosakkan pemandangan selain daripada banyak isu keselamatan yang menyelubungi kawasan kampung air itu. Tindakan merobohkan perkampungan itu sememangnya tindakan yang mudah, tetapi itu merupakan tindakan yng tidak holistik dan pandangan orang suntuk pemikiran.

Adalah lebih molek jika keadaan buruk itu diambil kesempatan oleh kerajaan dengan meningkatkan tahap dan taraf perkampungan air itu menjadi kampung air yang tersusun dan ia mungkin boleh dijadikan produk pelancongan yang baik untuk Sabah dan negara.

Dalam tahun lima puluhan dahulu kerajaan kita menghadapi ancaman komunis yang berselerak di kawasan hutan di Pahang dan negeri-negeri yang lain. Hutan kita didiami oleh pengganas-pengganas komunis kerana pada zaman itu adalah zaman darurat.

Tetapi Tunku Abdul Rahman menjadikan tempat persembunyian pengganas itu sebagai tempat untuk dimajukan dan itulah pencetus kepada penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) sekarang Felda. LKTP diwujudkan pada tahun 1956 untuk mengambil kesempatan daripada pelan menghapuskan pengganas yang tinggal di hutan rimba kita itu dengan memberikan rakyat tanah kepada yang tidak bertanah.

Tunku telah membuka hutan belantara yang luas untuk menghapuskan komunis. Tunku mengambil kesempatan itu dengan memberikan tanah hutan belantara itu kepada LKTP dan memasukkan peneroka-peneroka tanah dan dibangunkan menjadi tanah rancangan yang tersusun. Tunku telah berjaya membersihkan negara daripada ancaman komunis dengan memberikan tanah kepada peneroka-peneroka LKTP itu. Sekarang rancangan tanah itu telah menjadi besar dan merupakan 'plantation' yang terbesar di dunia ini dengan nama baru iaitu Felda.

Pengwujudan Felda itu merupakan sumbangan besar terhadap menghapuskan komunis selain daripada usaha-usaha keselamatan yang lain. Perkembangan Felda itu sangat berjaya sehinggakan ramai pemimpin kerajaan yang berniat serong ingin menggunakan Felda itu sebagai tempat meraih keuntungan peribadi yang besar.

Penyelesaian terhadap masalah kampung air di Sabah itu juga boleh dilakukan dengan membina kembali struktur perkampungan itu dengan baik dan diurus dengan serius untuk membina satu masyarakat perkampungan air yang tersusun. Tetapi selama ini rakyat di tempat seperti ini tidak mendapat perhatian kerajaan sehinggakan tempat ini telah didiami oleh setengah pendatang asing dan berbagai jenis manusia yang membahayakan negara.

Jangan kita dengar nasihat Dr Mahathir dengan merobohkan perkampungan itu. Perkampungan ini boleh ditambah-baik dengan tumpuan diberikan oleh kerajaan. Perkampungan air ini mungkin boleh dijadikan produk pelancongan yang baik dengan rumah yang tersusun dan dipantau oleh majlis tempatan seperti yang dilakukan terhadap penduduk lain di daratan.

Rumah-rumah perkampungan air ini mungkin boleh dibina semula secara tersusun siap dengan bekalan air bersih dan bekalan elektrik seperti rakyat lain. Jika selama ini kita ada rumah murah dan mampu milik kepada masyarakat lain, elok jika kerajaan membina rumah-rumah yang mampu milik dan tersusun bagi masyarakat perkampungan air juga.

Alasan kerana keselamatan negara itu tidak relevan kerana di taman-taman perumahan yang mewah-mewah itu juga didiami oleh penjenayah-penjenayah negara yang lebih besar seperti perasuah dan pengkhianatan terhadap harta benda rakyat secara besar-besaran. Penjenayah rasuah yang besar-besar ini juga adalah pencerobohan terhadap kedaulatan rakyat dan negara seperti kesalahan yang dilakukan oleh penceroboh dari Filipina itu. Perasuah juga adalah pengkhianat terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana ia membahayakan negara.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat mandat, masyarakat perkampungan air ini boleh memulakan kehidupan seperti masyarakat lain di Sabah atau di mana-mana. Mereka perlu dididik tentang pentingnya menjaga keselamatan serta mempunyai kad pengenalan dan dokumen-dokumen perlu sebagai rakyat Malaysia yang sah. Diberikan juga tumpuan untuk memberikan pelajaran dan pendidikan terhadap anak-anak mereka sampai ke tahap yang tinggi.

Jika sudah tersusun dan dimajukan tempat ini dengan kemudahan penginapan yang baik dan selesa, perkampungan ini akan dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar dan bukan lagi dikunjungi oleh pengganas dan peceroboh-penceroboh persempadanan kita. Elok diwujudkan Perbadanan Khas untuk mengendalikan isu perkampungan air ini dengan pembangunan daripada merobohkannya.

Pendeknya pandangan Dr Mahathir supaya dirobohkan perkampungan ini janganlah kita hiraukan. Dr Mahathir sememangnya mengambil jalan yang mudah untuk penyelesaian apa-apa masalah untuk kepentingan jangka pendek. Kalau diikut nasihat beliau semuanya mesti dirobohkan sebagai penyelesaiannya. Jika Dr Mahathir mahu menyumbang kepada negara, beliau boleh melakukannya dengan berdiam diri sahaja.

Dalam rekod sejarah beliau telah merobohkan UMNO yang asal dahulu, sistem Kehakiman dan perundangan serta banyak lagi institusi-institusi demokrasi negara. Hasilnya inilah yang kita sedang hadapi sekarang….hancur negara dibuatnya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

PAS ada 7 dosa, Umno macam mana?

Posted: 22 Mar 2013 05:15 PM PDT

(Papan tanda yang dipasang di Kota Bharu selepas Najib dakwa PAS ada 7 dosa)

Setelah bertahun-tahun berpolitik tanpa mengira isu dosa dan pahala, Presiden Umno tiba-tiba bercakap tentang dosa. Maka dituduhnya PAS membuat 7 dosa. Kerana dosa-dosa itu maka mengikut logik Najib PAS wajar ditolak oleh rakyat. Komen saya terimakasih Alfadhil Ustaz Najib. Walau apa pun niat anda, mengingatkan tentang dosa dan pahala suatu yang baik.

Saya tidak bercadang untuk ulas satu persatu 7 dosa yang Najib tuduh itu. Cukuplah saya ulas satu atau dua dosa yang Najib katakan itu. Saya pun pelik bukan sahaja PAS dituduh berdosa malahan YB Tian Chua pun dituduh berdosa.  Bagi kita orang Islam dosa dan pahala ada kaitan dengan aqidah.

Jika orang Islam bersyahadah dan beriman dengan Allah yang Esa dan Hari Akhirat maka setiap kehidupannya tidak boleh lari dari dosa dan pahala. Adakah perlu kita 'mendosakan' orang bukan Islam jika syirik itu sendiri  mengharamkan mereka untuk mendapat pahala.

Maka adakah perlu Najib mendosakan Tian Chua? Tidakkah beliau terfikir Tian Chua mungkin mempunyai banyak lagi dalil untuk menuduh Najib dan Umno melakukan dosa ..mungkin lebih dari 7 sama ada 77 atau 777 atau 7, 777 dosa...Mana lebih teruk orang Islam tuduh orang bukan Islam berdosa atau orang bukan Islam tuduh orang Islam berdosa?

Dalil pertama Najib bagi menyokong teori beliau bahawa PAS berdosa adalah pendirian PAS bahawa tidak salah orang Islam menggunakan kalimah Allah. Bagi Najib pendirian PAS ini satu dosa. Apa dalilnya? Malangnya tiada sebarang dalil diberikan. Dengan lain perkataan ianya satu tuduhan kosong.

Kecetekan ilmu Najib sehingga beliau tidak sedar  teori beliau tersebut amat amat berbahaya. Hakikatnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana benarkan orang bukan Islam guna nama Allah secara tidak sedar adalah tuduhan ke atas Allah dan Nabi Muhammad s.a.w  kerana Allah dan RasulNya tidak melarang bukan Islam gunakan nama Allah.

Sedarkah Najib di dalam Al-Quran Allah memberitahu kita "jika kamu (Muhammad) tanya mereka (orang-orang musyrikin) siapakah yang mencipta langit dan bumi nescaya mereka pasti akan kata Allah" ( surah al Luqman 31 : 25 ).

Dalam tafsir Al-Tabari, beliau menafsirkan kalimah "hum" (mereka) pada perkataan "wa lain saalta hum" (jika kamu tanya mereka) merujuk kepada "golongan musyrikin yang syirik kepada Allah dari kaum kamu wahai Muhammad.".

Jika Allah sendiri beritahu kita kaum musyrikin menggunakan kalimah Allah siapakah PAS untuk haramkan penggunaaan nama Allah oleh orang kafir. Siapa pula Najib nak kata PAS berdosa kerana mengambil pendirian seperti dinyatakan di dalam Al Quran iaitu bukan Islam sendiri gunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Pencipta langit dan bumi.

Sedarkah Najib bahawa Rasulullulah sendiri dalam sulh al- Hudaibiyyah tidak melarang wakil kafir Al Quraisy, Suhail a Amr yang meminta digunakan kalimah "bismika Allah" (dengan nama Mu Allah) bagi menggantikan kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" ( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih).

Adakah kita pernah dengar para sahabat r.a katakan pada Nabi s.a.w (na'uzu billah) Nabi berdosa kerana benarkan kafir Quraisy guna kalimah Allah. Jika diikut logik Najib bukan sahaja PAS berdosa kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w bahkan Nabi Muhammad s.aw. , na'uzu billah, juga akan dikira berdosa oleh Najib dan Umno kerana membenarkan kafir Quraisy menggunakan kalimah Allah.

Najib perlu sedar Islam adalah asas perjuangan PAS. Tidak seperti Umno, rujukan utama perjuangan PAS adalah Al  Quran, Al Hadith, Ijma' dan Qiyas. Umno dan Najib perlu perhatikan arah perjuangan mereka sebelum menuduh PAS melakukan 7 dosa. Ya, PAS bukan sunyi dari dosa. Namun adakah Najib terlalu naif untuk berfikir rakyat mudah untuk percaya PAS melakukan lebih  banyak dosa dari Umno. Yang lebih malang tuduhan bahawa PAS melakukan dosa dibuat tanpa hujah atau dalil.

Jika PAS ingin mengikut rentak permainan Umno dengan memainkan isu dosa sudah tentu jauh lebih mudah untuk PAS menuduh Umno berbuat dosa berserta dengan nas naqli dan aqli.. Siapakah yang menzalimi rakyat Terengganu dan Kelantan dengan merompak wang royalti? Rompak wang royalti tidak berdosa kah? Siapa yang menzalimi pimpinan PAS di bawah ISA dan tidak berdosakah menzalimi rakyat dengan Akta zalim?

Siapakah  yang  mengaib dan memfitnah Anwar Ibrahim tanpa rasa berdosa dan dengan penuh berselera? Siapakah yang banyak menghina Islam dan hukum hakamnya dan tidak berdosakah hina hukum Islam?

Rasuah dalam pilihanraya dan pemilihan parti Umno sendiri tidak berdosakah? Menyalahguna wang rakyat seperti yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat tidak berdosa kah? Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini.

Nasihat PAS kepada Najib tidak perlulah bersusah payah tuduh PAS melakukan dosa dalam keadaan kamu sendiri berselirat dengan dosa. Cukuplah jadi bahan ketawa !!

Parti politik diberi 10 minit bentang manifesto

Posted: 22 Mar 2013 05:06 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR - Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.

"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.

"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.

"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.

Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.

"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya.- Bernama

DAP sedia disiasat ROS

Posted: 22 Mar 2013 05:02 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

SKUDAI - Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, parti itu sedia disiasat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai dakwaan ketidaktelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Malah katanya, parti itu juga bersedia dibatalkan pendaftaran sekiranya didapati tidak mematuhi undang-undang dan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan PKR.

"Ini saya lihat mengeratkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dan ia bukan satu perkembangan yang tidak baik," katanya selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Taman Universiti, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai gesaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa pemilihan CEC itu menimbulkan keraguan di kalangan ahli DAP dan kredibiliti parti itu turut dipersoalkan.

Kit Siang berkata, beliau percaya keraguan yang ditimbulkan merupakan komplot politik yang cuba mengharamkan parti itu, sekali gus merencatkan untuk calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jelasnya, DAP yang ditubuhkan sejak 47 tahun lalu sangat telus dan bertanggungjawab dalam perjuangan politik mereka.

Sementara itu, mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menganggapnya sebagai calon touch and go, Kit Siang berkata, ia sesuatu yang tidak penting dan tidak relevan.

"Suka dia hendak bercakap apa pun, apa yang penting adalah pandangan rakyat. Perjuangan saya dalam arena politik selama ini akan menjawab apa yang diperkatakannya.

"Saya tidak kisah apa gelaran yang diberi, malah saya juga tidak mengetahui siapa calon MCA di Gelang Patah, sama ada muda atau tua.

"Jika saya mahu selamat, saya bertanding terus di Ipoh Timur dengan kemenangan majoriti lebih 21,000 undi pada PRU lalu," katanya.

Dalam kenyataan media yang dipapar pada laman sesawang MCA, Soi Lek menyatakan berdasarkan rekod, Kit Siang tidak pernah lama mewakili satu-satu kawasan dengan pengalaman bertanding sebanyak 10 kali, menang tujuh dan kalah tiga.

Peguam kaitkan Taib dalam video kedua GW

Posted: 22 Mar 2013 04:51 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR — Global Witness (GW) mengeluarkan satu lagi video menunjukkan seorang peguam mengatakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.

Taib, walau bagaimanapun mengatakan pada Selasa lalu bahawa mereka yang dipaparkan dalam video pertama kumpulan alam sekitar global itu, juga dikeluarkan Selasa lepas, cuba mempromosikan diri mereka untuk menjadi agennya demi kepentingan peribadi masing-masing.

"Ini telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri," kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar sebagai pelabur asing, dalam video bertajuk "Outtakes — Inside Malaysia's Shadow State".

"Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu," tambah peguam dari Huang & Company Advocates, dirakamkan dalam video pertama GW sebagai percubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Datuk Hii Yii Peng, yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.

GW mengeluarkan video sepanjang 2.5 minit di Youtube hari ini sebagai respon kepada Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata: "Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?"

Huang juga dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan kerena kecewa penyiasat GW terus menerus menyoal beliau.

Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang semasa perbualan dengan penyiasat GW di bilik hotel.

Dalam video pertama, Huang dirakamkan berkata sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada Taib sebagai komisen.

Huang, walau bagaimanapun dipetik berkata kepada The Malay Mail, perbualannya dengan penyiasat GW merupakan perbualan kedai kopi.

Peguam tersebut juga sebelum ini memberitahu GW, beliau tidak pernah dilantik oleh Hii.

GW, organisasi berpengkalan di United Kingdom, mengeluarkan bukti video mengenai urusan jual beli haram tanah di Sarawak yang dilihat untuk mengaitkan ketua menteri dan keluarganya dimana turut dikeluarkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera dan The Huffington Post.

Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) merakamkan video mengenai urusan sepupu Taib dan beberapa lagi rakan rapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah sistematik di negeri terbesar Malaysia.

Dalam klip video 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.

Taib, 76 telah menjadi ketua menteri selama 32 tahun semenjak 1981.

Kekayaan peribadinya telah menimbulkan kontroversi dengan pengkritiknya menuduh beliau memperolehinya dengan cara salah.

Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) telah membuat laporan polis terhadap Huang dan Alvin Chong, seorang lagi peguam dalam video pertama GW.

AAS juga berkata akan membawa dua peguam tersebut ke Badan Inkuiri untuk siasatan.-themalaysianinsider.com

Teka-teki tarikh PRU13 dijangka berakhir 26 Mac

Posted: 22 Mar 2013 04:48 PM PDT

KUALA LUMPUR- Teka-teki tarikh Pilihan raya Umum ke-13 dijangka bakal berakhir pada 26 Mac ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Prediksi ini berdasarkan 'ketegasan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan PRU13 secara berasingan.

Negeri Sembilan pula bakal akan terbubar sendiri pada Selasa depan, dan pilihanraya negeri mesti diadakan dalam 60 hari, iaitu sebelum 26 Mei.

"Jika SPR ingin mengadakan pilihanraya serentak, ia mesti menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya mesti diadakan sebelum 26 Mei," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Dengan itu, kata Mustafa, SPR mesti menasihatkan Najib untuk memilih 'tarikh yang betul' sekiranya ia bertegas untuk mengelak pilihanraya berasingan, sesuatu yang ditentangnya sejak dulu.

Namun, pada pandangan Mustafa, sukar dibayangkan Najib akan memilih untuk mengadakan pilihanraya umum pada Jun.

"Negeri Sembilan sudah bergoyang untuk BN. Saya tak rasa beliau akan mengambil risiko untuk membiarkan Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya berasingan di April atau Mei sebelum pilihanraya parlimen di Jun. Jika Negeri Sembilan jatuh ke Pakatan Rakyat, ia akan mempunyai impak besar kepada pilihanraya negara," tambah beliau.

Najib pula akan mengakhiri jelajah 'Janji Ditepati' di Pekan hari ini, kawasan parlimen beliau.

Pada hari Ahad, beliau dijangka akan menghadiri F1 Grand Prix di Sepang. Dan pada 26 Mac, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) di Langkawi akan bermula untuk lima hari.

"Jadi saya rasa semuanya akan ditentukan 26 Mac ini. Hari itu, semua teka-teki akan berakhir," kata Mustafa.-Harakahdaily

Parlimen Lumut untuk Anwar

Posted: 22 Mar 2013 04:44 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

IPOH - Pemuda Pas Perak mencadangkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut jika pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) itu benar-benar mahu ke Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Pemuda Pas mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada Anwar sebagai calon kerusi Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, kesudian Anwar untuk bertanding kerusi di Perak amat tepat pada masanya dan sememangnya dinantikan rakyat Perak.

"Kami cadangkan agar Datuk Seri Anwar bertanding di kerusi Parlimen Lumut kerana pada masa yang sama, ia melibatkan Dun Pangkor, Pasir Panjang dan Setiawan.

"Umum mengetahui kerusi Dun Pangkor kini disandang oleh bekas 'orang kuat' Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) yang pernah bersama Datuk Seri Anwar, iaitu Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Raja Ahmad Iskandar berkata, pihaknya bersama-sama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan DAP Social Youth (Dapsy) Perak akan membantu Anwar menggerakkan jentera Pemuda PR untuk memastikan sokongan anak muda khasnya kepada PR.

Jelasnya, PR Perak yakin anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut akan turut memberikan sokongan kepada Anwar jika beliau bertanding di kerusi berkenaan.

"Kami merasakan kehadiran Datuk Seri Anwar ke dalam politik Perak sebagai satu nukleus penting kebangkitan rakyat Negeri Perak setelah 'rampasan kuasa jahat' oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) pada awal Februari 2009 yang lalu.

"Dalam masa yang sama, kehadiran Anwar dilihat dapat mengembalikan 'kuasa rakyat' untuk mentadbir Kerajaan Negeri Perak," tambahnya.-sinarharian.com

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Hasan Ali dah masuk geng papagomo !

Posted: 23 Mar 2013 10:44 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/562138_353338334774704_1186957407_n.jpg


Kesiann teman tengok nasib bekas Naib Presiden PAS ini ! Dulu dia hebat dan gah, terkenal sebagai seorang penceramah dan pakar motivasi tersohor. Dalam politik,, hingus belum cukup kering,, baru setahun jagung tetapi sudah terpilih sebagai Naib Presiden PAS,, wow ! cukup hebat !

Akhirnya kerana terlalu menunjuk pandai,, besar senduk dari mangkok, lebih lajak dari laju, lalu tersingkir dan terpecatlah dia dari PAS. Namun oleh kerana seleranya cukup besar, pengaruh dan populariti tak mahu kalah,, dia pun tubuh NGO bernama JATI untuk perjuangkan aqidah umat Islam konon!! Nampaknya perjuangan beliau tak sampai kemana pun! Almaklum, cerita memburukkan Anwar lebih banyak dari cerita aqidah !
Sekarang ini dia terang-terang bersekongkol dengan Papagomo yang mendakwa DS Anwar adalah pelakun dalam video lucah terbaru. Bab-bab tuduhan terhadap Anwar ini dia begitu mudah untuk percaya dan sokong. Kalau ada orang tuduh Anwar telah meliwat lembu dengan secepat kilat dia akan mengiyakan, walaupun tak ada bukti atau videonya belum siap. Maka dengan ini terserlahlah belang sebenar siapa Hasan Ali ! pernah mengaku beliau berbangga di bawah pendidikan sekular maka dunia sekularlah landasan hidupnya kini. Ketokohannya selama ini sebagai seorang ilmuan hilang terpadam, kehebatan sebagai seorang pejuang Islam hancur bersepai !
Lagi satu hal, Hasan ni sejak di awal penyingkirannya lagi beliau telah meletakkan dirinya sebaris dengan Datuk Nalla dan Datuk T taukeh video lucah. Justeru bukanlah pelik hari ini beliau mencari geng busuk yang baru - blogger Papagomo. Pendek kata ramai dah tokoh-tokoh lidah bercabang sudah menjadi gengnya, termasuk Ibrahim Ali alKatak, Zul Kulim peguam pengangkat fail, Zahid Mad Arif cucu puaka Ghafar Baba dan lain-lain.

Mari kita mengimbau sedikit sejarah sebelum Hasan alJATI ini disingkirkan dari PAS. Sifat egonya jelas sekali, keputusan Majlis Syura ulamak PAS beliau engkari. Di belakang,, dia banyak cerita, di depan rupa-rupanya dia jadi Pak angguk dan Pak turut. Dalam diam-diam dia mahu saf kepimpinan dikuasai ulamak dan dia seolah-olah mahu membawa PAS berundur kebelakang. Nasib baik dia sudah dipecat ! PAS sangat-sangat tidak memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat munafik sepertinya!

(update) isu MKN pintas email dari pembangkang

Posted: 23 Mar 2013 10:42 AM PDT

PKR tidak bimbang mengenai kemungkinan e-mel mereka dipintas oleh kerajaan, seperti dakwaan yang tersebar luas di Internet, kerana tiada apa yang perlu disembunyikan, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang didakwa melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu harus tetap dikecam kerana agensi kerajaan, termasuk pasukan keselamatan sepatutnya menjaga keamanan dan bukan merisik aktiviti pembangkang.

NONE"Tak ada apa-apa yang kita takutkan kerana kandungan emel PKR atau Pakatan sendiri tiada apa-apa yang perlu disembunyikan," kata Surendran (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam surat yang mulanya dimuat naik dalam blog Milosuam itu, MKN dikatakan menghantar surat kepada perdana menteri mengenai "Laporan Strategi Pakatan Pembangkang" yang menurutnya diperoleh daripada pintasan emel.

Sebuah yang bertarikh dalam bulan ini didakwa daripada seorang pegawai kanan MKN kepada Datuk Seri Najib Razak Razak.

Malaysiakini cuba menghubungi pegawai MKN tersebut dan Milosuam untuk ulasan bagaimanapun belum ada sebarang jawapan diberikan setakat ini. Manakala artikel itu juga tidak boleh lagi dilayari.

Sementara itu, Surendran menuntut aktiviti merisik pembangkang dihentikan segera jika benar berlaku kerana ia bukan amalan negara maju seperti United Kingdom.

"Ia tidak adil kerana pihak keselamatan dipaksa kerajaan untuk merisik pembangkang. Tugas mereka sepatutnya menjaga keamanan," katanya lagi.

-malaysiakini bm-

inikah fungsi MKN selama nie???

Posted: 23 Mar 2013 10:39 AM PDT

 

KUALA LUMPUR 23 Mac: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula beredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog.

Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ia dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui 'pintasan emel' dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu.

Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera.

"Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya,  tapi kita tunggu penjelasan daripadanya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. ~keadilandaily

apa dah jadi dengan parlimen hisamuddin di sembrong?

Posted: 23 Mar 2013 10:37 AM PDT


Dianggarkan kira-kira 20,000 orang sedang membanjiri Johor Bharu mendengar pidato dari pemimpin Pakatan Rakyat diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Hadirin mula tiba sejak jam 8 malam lagi walaupun dikhabarkan beberapa kain rentang dirosakkan syaitan yang dikenali.

Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi DAP negeri, Boo Cheng Hau dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.

Parlimen ini diwakili veteran Umno, Shahir Samad yang digugurkan dari kabinet selepas perdana menteri, Najib Altantuya menggantikan Abdullah Badawi pada April 2009.

Pada pilihanraya umum lalu, Shahir menewaskan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya mendakwa ahli parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein dikatakan akan lari dari kawasan parlimennya mencari kerusi yang lebih selamat.

Salahuddin mendapat maklumat terbaru berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat pengundi parlimen itu kini semakin kritikal dengan khidmatnya sebagai ahli parlimen.

Dikatakan Hishammuddin akan bertanding di parlimen Kota Tinggi yang kini disandang Syed Hamid Albar yang memilih untuk tidak mempertahankan kerusinya.

Sembrong merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayu kira-kira 54 peratus, Cina 36 peratus dan kaum India kira-kira sembilan peratus.

Hishammuddin menang dengan majoriti 11,570 undi tetapi angka tersebut dijangka berubah pada trend menurun hingga kini dianggap berstatus kelabu (50-50).

Selain itu, faktor perubahan undi pengundi muda dan pengundi kali pertama yang tidak memihak Hishammuddin antara sebab mengapa dia kini hampir pasti bertanding di Kota Tinggi yang dianggap kubu kuat Umno.

Nampaknya KEADILAN terus menampilkan muka-muka baru sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan politik bagi mencapai sasaran menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

Malam tadi, Anwar mengisytiharkan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Ken sekali lagi dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal kedua dalam jelajah yang sama di Kuang, Rawang, Selangor malam tadi.

SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Johor Bharu - Tan Poh Lai
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang - William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan - Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai - N Surendran
Kulim-Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani - Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan - Rafizi Ramli
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
Saratok - Ali Biju
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
Baram - Roland Engan
Limbang - Baru Bian
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat - Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat - Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP - PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 23 Mac 2013)

Gelang Patah - Lim Kit Siang
Kluang - Liew Chin Tong (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Timur - Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat - Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah - V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

addin

DAP tanding guna lambang PAS dialu-alukan

Posted: 23 Mar 2013 10:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.


"Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily.

Mustafa memberikan reaksi kepada cadangan Lim yang menyatakan kesediaannya untuk bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Di Twitter, bagaimanapun Ahli Parlimen Ipoh Timur itu melahirkan kebimbangan timbul konspirasi untuk mengelakkan partinya bertanding di PRU13.

"Tiada sebab untuk ROS untuk membatalkan DAP! Tapi konspirasi tertinggi di dalam jabatan mainan kotor BN akan menggantung/membatalkan DAP supaya lambang Roket tidak boleh digunakan pada PRU13 kerana BN takut pada PRU13.

"(Saya telah) memberitahu wartawan bahawa BN bersalah menyalahgunakan kuasa untuk membatalkan DAP dengan tidak mengikut perlembagaan supaya simbol roket tidak dapat digunakan di PRU. Maka dengan itu, calon-calon DAP akan bertanding sebagai calon bebas atau meminjam logo PAS/PKR. Jika BN salahguna kuasa, saya mungkin akan guna logo PAS di PRU13 untuk menguatkan PR," tulis Lim di Twitter.

Semalam, bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa DAP diambil tindakan oleh ROS kerana gagal mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman pula berkata ia menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Rahman dipetik berkata notis telah diberi kepada seorang pemimpin tertinggi DAP untuk memberi keterangan tapi pemimpin tersebut memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Sementara itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13.

"Adalah tidak adil untuk membatalkan DAP di saat menjelang pilihanraya umum ke 13. PAS melihat tindakan itu lebih bermotif politik," tegas beliau.

Pengikut