Selasa, 24 Mei 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini

Posted: 24 May 2011 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi.

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional.

"Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi.

Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak.

"Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti," katanya.

Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN.

Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan.

Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.


Sumber: Harakah Daily

AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan

Posted: 24 May 2011 01:40 AM PDT


KUALA LUMPUR 24 Mei — AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.


Sumber: Selangorkini

UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar

Posted: 24 May 2011 01:35 AM PDT


SHAH ALAM 24 MEI : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta.

Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.

"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir. Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.

Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.

Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.

Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.

Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).

Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.

"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.

"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.

Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.

"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.

Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.

"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari


Sumber: TVSNEWS

Bidang Kuasa Pantau Cerun Rumah Anak Yatim Di Bawah Kerajaan Pusat

Posted: 24 May 2011 01:30 AM PDT


SHAH ALAM 24 MEI : Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu Tian Khiew, berkata, Kerajaan Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk memantau kawasan cerun Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Ronnie menjelaskan kawasan tersebut luar kawalan operasi PBT dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat menerusi Kementerian luar bandar dan wilayah.

"Kita tidak mahu salahkan sesiapa, kerana rumah ini telah dibina 10 tahun dahulu dan ketika itu tiada sebarang keperluan untuk membuat permohonan kepada PBT.

"Kawasan tersebut juga adalah cerun ketagori 4 yang tidak sesuai dibina sebarang bangunan dan difahamkan mereka bina rumah ini secara senyap," katanya dalam satu sidang media.

Menurutnya, jumlah yang dibenarkan untuk membina rumah adalah 35 darjah sebaliknya kawasan cerun tersebut rumah anak yatim itu adalah 80 darjah.

Katanya, Kerajaan Negeri berusaha untuk mengenalpasti kawasan cerun merbahaya dengan lebih awal bagi mengelak perkara tidak dingini berlaku.

Oleh yang demikian menurutnya, kesemua PBT diarahkan untuk menubuhkan satu bahagian cerun dalam masa sebulan bagi memantau kesemua kawasan di Negeri Selangor.

"Setakad ini hanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sahaja mempunyai bahagian cerun, unit ini berfungsi untuk memantau kawasan dan meluluskan projek dikawasan tersebut.

"Unit cerun MPAJ ini akan membuat pemantauan setiap dua bulan dan kini terdapat 28 kawasan merbahaya telah dikenalpasti," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga menetapkan kawasan cerun ketagori tiga tidak boleh membina sebarang bangunan melainkan mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa.

Sumber: TVSNEWS

BN Cuba Daftar Rakyat Thailand Di Tumpat, Dakwa PAS

Posted: 24 May 2011 01:25 AM PDT


KUALA LUMPUR 24 MEI : Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.

"Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

"Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

"Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

"Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku," katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi "MyDaftar" pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.-The Malaysian Insider

PKR cuba tarik SAPP sertai Pakatan

Posted: 24 May 2011 01:20 AM PDT

PKR mengesahkan pihaknya kini sedang berusaha untuk menarik bekas parti komponen BN - Parti Maju Sabah (SAPP) - untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, menurut naib presiden PKR, Tian Chua, belum ada kata sepakat yang berjaya dicapai setakat ini.

NONE
"Kami masih di peringkat rundingan," katanya tanpa menyatakan butiran terperinci usaha itu.

Semalam, SAPP dilaporkan bersedia mengadakan rundingan dengan Pakatan bagi mencari jalan untuk menentang BN di Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

Parti itu telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan naib presiden Dullie Marie bagi mengadakan perbincangan dengan panel tiga anggota Pakatan dari parti DAP.

Dalam sidang media minggguan PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, Tian menjelaskan rundingan itu bagi memudahkan mereka menghadapi "musuh bersama" dalam pilihan raya.

"Ia masih berjalan. Harapnya akan berjaya dimuktamadkan sebelum pilihan raya umum," katanya anggota parlimen Batu itu.

Nurul Izzah: Tidak sukar

Ditanya sama ada benar SAPP akan menjadi parti seterusnya menyertai Pakatan selepas PKR, DAP, PAS dan Parti Rakyat Sarawak (SNAP), Tian menjelaskan bahawa ia masih "belum sampai ke situ".

NONE
"Secara umumnya, dalam Pakatan, kita mengalukan sesiapa sahaja untuk bersama-sama perjuangan kita," katanya.

SNAP yang menyertai Pakatan menjelang pilihan raya Sarawak baru-baru ini meninggalkan Pakatan setelah gagal dalam rundingan pembahagian kerusi dengan PKR di negeri itu.

Sementara seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, tidak sukar untuk SAPP menyertai Pakatan memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

SAPP meninggalkan BN menjelang ura-ura 16 September di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka akan membentuk kerajaan baru persekutuan selepas tarikh itu.


Sumber: Malaysiakini

Kenapa kos loji kumbahan meningkat RM500 juta?

Posted: 24 May 2011 01:15 AM PDT

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa berlaku peningkatan kos yang besar sebanyak RM500 juta dalam usaha menaiktaraf sebuah loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang enggan didedahkan pada masa ini.

NONE
"Buat masa ini, saya harap kementerian yang berkenaan dapat memberikan penjelasan," katanya.

Bercakap dalam sidang media mingguan PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berharap projek di loji rawatan kumbahan Pantai 2 itu dapat dijalankan dengan telus.

Ini kerana, menurutnya lagi, ia melibatkan penggunaan sejumlah besar wang rakyat.

Anak sulung Anwar itu juga mendakwa tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja menaiktaraf itu.

NONE
"Jika kementerian sudah pun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan berlakunya kenaikan kos ekoran anggaran RM500 juta itu dibuat ketika upacara pecah tanahnya dua tahun lalu, Nurul Izzah mengelak mengulasnya secara langsung.

Beliau sebaliknya terus mendesak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Komunikasi Malaysia memberikan penjelasan terlebih dahulu.

Nurul Izzah melontarkan persoalan kenapa loji itu tidak dibina secara tertutup sebelum ini seperti amalan negara lain yang tidak lagi memerlukan pembaikan susulan.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan usaha menaiktaraf itu bagi mengurangkan bau dan bahaya loji berkemaan kepada orang ramai.


Sumber: Malaysiakini

DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini

Posted: 24 May 2011 01:10 AM PDT

Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini.

Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.

NONE
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha
agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid (kanan) sebagai editornya.

Lim memberitahu wartawan bahawaRoketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP.

Beliau mendakwa, media BN telah berjaya memanipulasi persepsi palsu bahawa DAP anti-Melayu,.

"Kita terima bahawa mereka telah berjaya...jadi kita mengambil usaha untuk memperbetulkan perspektif tersebut.

"Ini adalah satu usaha untuk membuktikan bahawa perjuangan DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama," kata Lim


Sumber: malaysiakini

MP tuntut ketelusan dalam kontrak IPP

Posted: 24 May 2011 01:05 AM PDT


Gesaan supaya kerajaan membuka 'kontrak rahsia' dengan pengeluar kuasa bebas (IPP) kembali digiatkan apabila kerajaan mengumumkan untuk sedang menyemak semula subsidi gas yang diberikan kepada sektor ini.

Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberitahuMalaysiakini minggu lalu bahawa beberapa kontrak telah tamat dan subsidi yang ditawarkan akan dikemukakan untuk dikaji semula.

"Ia sedang dirunding semula. Rundingan sedang dibuat dan kami telah merumuskan sebahagian daripadanya. Dalam masa sepatutnya, kami akan membuat satu pengumuman," kata Idris.

Masalah ketelusan dan penelitian merupakan antara sebab yang menyumbang kepada kontrak berat sebelah yang telah ditandatangani kerajaan dengan IPP generasi awal pada awal tahun 1990-an.

Bagaimanapun, kesilapan ini nampaknya mungkin akan berulang kerana maklumat berhubung semakan semula kontrak sedia ada dan juga rundingan kontrak baru tidak didedahkan.

"Semua kontrak berkaitan dengan subsidi dan kepentingan awam, terutama sekali dalam bidang kemudahan awam perlu diumumkan," kata ahli parlimen Klang Charles Santiago dari DAP.

Beliau juga mencadangkan supaya Parlimen diberikan satu ruang untuk bersuara dalam proses perundingan dengan IPP.

"Kerajaan sepatutnya mengemukakan satu cadangan perjanjian yang perlu diteliti oleh satu jawatankuasa terpilih parlimen. Setelah ia disokong oleh Parlimen barulah ia sepatutnya ditandatangani secara rasmi oleh kerajaan dan syarikat swasta.

"Ini menyediakan dua peringkat penelitian – kerajaan dan Parlimen – untuk memastikan bahawa kontrak-kontrak sedemikian berada dalam kepentingan orang ramai," katanya ketika dihubungi.


Sumber: malaysiakini

SPR mahu sekat keputusan awal p'raya

Posted: 24 May 2011 01:00 AM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.

Katanya perkara tersebut akan diputuskan pada bulan depan.

"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab menghebahkan keputusan, yang bukan sahaja menghebahkannya, tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya telah memenangi pilihan raya tersebut.

"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Jadi, salah satu ialah mungkin kita nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada pukul 5 petang, tidak ada kira awal, walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Abdul Aziz, yang kecewa dengan insiden berkenaan, berkata kejadian itu berlaku kerana di Sarawak, terdapat tempat mengundi ditutup lebih awal dan pengiraan undi terus dilakukan.

Sepatutnya setiap ejen parti mempunyai etika berhubung perkara itu dan tidak menghebahkan keputusan, katanya.

Di Singapura, kata beliau bukan sahaja ejen parti tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, tetapi larangan turut dikuatkuasakan terhadap pengundi negara berkenaan.

Katanya SPR perlu mengambil tindakan berikutan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretika, yang jika tidak dibendung, boleh menimbulkan keadaan huru-hara pada pilihan raya umum akan datang.

"Sebelum SPR mengumumkan keputusan, pihak lain tidak boleh membuat apa-apa pengumuman. Itu tidak bertanggungjawab namanya.

"Kita (SPR) jemput mereka sama-sama masuk dalam bilik mengira undi untuk menunjukkan ketelusan, tetapi nampaknya mereka menyalahgunakan kebebasan itu," katanya.

Abdul Aziz berkata mereka menggunakan kemudahan itu untuk kepentingan politik.

- Bernama

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Idris Ahmad

Posted: 24 May 2011 11:36 PM PDT

Idris Ahmad


Potong Subsidi, Orang Miskin Jadi Sandaran

Posted: 24 May 2011 03:11 AM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika  menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan,  tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Pemimpin umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.
Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.  Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

MTD N24 Bemban

Posted: 24 May 2011 09:29 PM PDT

MTD N24 Bemban


Turun Padang,Kuliah Maghrib , Dailog dan Taklimat PAS Kaw Jasin Dengan MTD Bemban

Posted: 24 May 2011 09:43 AM PDT

Tarikh:25/5/2011(Rabu)
Masa:5.00 Petang agihan sumbangan kepada UPU Kesang Tua Dan Air Panas
Masa:Mula dari Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib , Dailog dan Taklimat PAS Kaw Jasin Dengan MTD Bemban
Penyertaan:Semua warga MTD N24 Bemban,UPU Air Kangkung,Pondok Kempas,Kesang Tua,Air Baruk,Taman Maju,Tehel,Bemban,Ayer Panas dan Kesang Jaya diwajibkan hadir

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 May 2011 09:24 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang

Posted: 24 May 2011 07:03 PM PDT



HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah

Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya

Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

Masihkan kita semua ingat ?

Posted: 24 May 2011 07:15 AM PDT



Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.

Wanita PKR Kuala Pilah anjur Majlis Santai 27 Mei 2011

Posted: 24 May 2011 06:51 AM PDT



Dalam usaha mengenali dan mendekatkan diri dengan pengundi Kuala Pilah, Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan Majlis Santai Malam pada Jumaat 27 Mei 2011 ini.

Majlis yang dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam itu akan diadakan di warung DT. Corner, Kg. Dioh Tengah, Jalan Sg. Dua, Kuala Pilah.

Antara tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ustazah Maryam Naam wakil dari PAS dan wakil-wakil dari DAP.

Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di samping dapat beramah mesra dengan wakil rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14061

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 24 May 2011 07:34 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

Posted: 24 May 2011 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.

Kurangkan Subsidi Untuk Tolong Rakyat?

Posted: 24 May 2011 12:36 AM PDT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?.

Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.

Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.

Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.

Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Rembau Hari Ini

Posted: 24 May 2011 07:24 PM PDT

Rembau Hari Ini


JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang

Posted: 24 May 2011 06:58 PM PDT



HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah

Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya

Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

Melayu mudah lupa

Posted: 24 May 2011 07:18 AM PDT



Landasan pesawat kecil dibina di Rembau

Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 24 May 2011 07:18 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kali-1

Posted: 24 May 2011 06:39 AM PDT

Organisasi Amal Sesi 2011/2013

Posted: 24 May 2011 06:35 AM PDT

Naik Taraf Blog Jabatan Amal Johor

Posted: 24 May 2011 02:03 AM PDT

Peti Cadangan / Aduan

Posted: 24 May 2010 03:35 AM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 24 May 2011 07:15 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Sekitar Sumbangan Kek Sempena Hari Guru 2011 Oleh ADUN Sura

Posted: 24 May 2011 01:43 PM PDT

DUNGUN, 24 Mei Selasa - Sumbangan besar warga pendidik khususnya dalam mendidik generasi pelajar mendapat perhatian daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.










Sempena Hari Guru 2011 yang diraikan setiap tahun pada 16 Mei, baru-baru ini, ADUN Sura merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun melalui wakil-wakilnya telah bergerak mengagihkan kek sebagai simbolik ingatan Hari Guru ke sekolah menengah dan rendah, tadika, PASTI, pejabat pelajaran serta premis yang mempunyai tenaga penyumbang dalam bidang pendidikan, khususnya di sekitar DUN Sura, Dungun.











Peranan besar para guru ini turut diberi pengiktirafan oleh Pakatan Rakyat sehingga ianya menjadi salah satu daripada 10 perkara utama yang digariskan melalui Buku Jingga apabila diberi mandat memerintah negara.

PAS Kawasan Pekan

Posted: 24 May 2011 07:14 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Dato' Pesuruhjaya Tanding Timbalan Presiden PAS

Posted: 24 May 2011 05:07 AM PDT

Harakahdaily

TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik."

Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, "calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."

Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.

Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS Pusat
24 Mei 2011

LAPORAN SEBELUM INI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 24 May 2011 07:07 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


HIMPUNAN BERSIH 2

Posted: 23 May 2011 07:54 PM PDT




Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 May 2011 03:21 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(video)Sham Kamikaze:Seorang Lagi Rockers Diberikan Hidayah

Posted: 24 May 2011 01:45 PM PDT

Calon Timbalan Presiden pilihan PAS Wangsa Maju bertanding

Posted: 23 May 2011 10:00 PM PDT



TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik"

Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, " calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pergorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."

Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk meyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad Sabu.

Berikut kenyataan penuh : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3439-timb-presiden-tuan-ibrahim-sertai-pertandingan

LIDAH-LIDAH IBLIS JMM TERUS BERBICARA

Posted: 23 May 2011 08:41 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Mei - Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.


Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (gambar) berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.

"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

... macam biasa...ana tak berminat nak letak semua artikel bangsat mereke...

Antara artikel bangsat ini sebelum ini..

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.


"Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya."katanya.

... tuduhan yang terlalu kurang ajar lagi biadap....

HIKMAH TANAH RUNTUH TEMUKAN IBU DAN ANAK YANG 11 TAHUN TERPISAH

Posted: 23 May 2011 08:30 PM PDT

AMPANG: "Impian selama 11 tahun untuk berjumpa ibu kandung termakbul apabila ibu datang ke hospital menziarahi saya dan rakan walaupun dalam suasana sedih selepas kehilangan ramai saudara dalam kejadian tanah runtuh," kata Muhd Aizad Qushyariry Abd Karim, 13, mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini.


Muhd Aizad yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat dan tinggal di rumah anak yatim itu sejak empat tahun lalu berkata, setiap masa dia tidak pernah lupa berdoa agar dipertemukan dengan ibu kandungnya, Nur Suzana Abdullah, 37, dan adik perempuan, Aerryssa Fadiana Abd Karim, 11, selepas berpisah ketika masih kecil.

Katanya, dia masih terkejut tetapi gembira apabila ibunya datang melawat selepas sekian lama tidak berjumpa dan hanya doa menjadi penghubung antara mereka.

"Hanya rasa syukur dapat diluahkan apabila ibu datang memeluk dan mencium saya untuk pertama kali selepas 11 tahun tidak bersua.

"Saya berjanji akan menjadi anak yang patuh dan mahu tinggal bersamanya selain tidak melupakan ibu angkat, (Nor Aida Yaacob, 31,) yang bersusah payah membesarkan saya dan memberi pelajaran secukupnya," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, semalam.

Muhd Aizad yang patah tangan kiri dan cedera di badan berkata, kejadian malang itu tidak boleh dilupakan seumur hidup apabila separuh badannya hingga tengkuk tertimbus dengan tanah selama dua jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

"Pada masa itu, saya hanya mampu berdoa sambil menyebut nama ibu dan berharap dapat berjumpa dengan mereka dan memeluk kedua-duanya.

Menurutnya, dia akan tinggal bersama ibu kandungnya selepas ini dan bergilir-gilir ke rumah ibu angkatnya yang juga ibu saudaranya.

Bagi Nur Suzana pula, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu melalui siaran berita di televisyen, kelmarin.

Katanya, dia yang terlihat nama anaknya yang dicari sejak 11 tahun lalu hanya mampu menangis kerana doanya selama ini dimakbulkan.

"Sekian lama saya mencarinya hanya kini baru berjumpa dan bersyukur kerana Muhd Aizad selamat dalam kejadian itu," katanya.

"Tidak tergambar dengan kata-kata apabila dapat berjumpa anak kesayangan dan memeluk kembali tubuh kecil selepas sekian lama terpisah," katanya.

Menurutnya, selepas berpisah dengan suami, dia membawa diri ke Hulu Klang dan tinggal di sana dengan meninggalkan Muhd Aizad dan anak sulungnya, Mohd Alif Zafran Abd Rahim, 15, bersama suami.

KHIARY BERLAGAK HERO KAMPUNG

Posted: 23 May 2011 05:56 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Khairy Jamaluddin kini bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu dan yang terbaru berkenaan dengan isu biasiswa yang dibangkitkan oleh YB Wee.


Saifuddin berkata Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, secara luarannya ucapan Khairy dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihan raya umum semakin dekat.

"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun," katanya.

NAZRI KLUK KLEK PERTAHAN NAJIB

Posted: 23 May 2011 05:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.


Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.

"Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), yang bertanggungjawab ke atas soal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertuju bahawa kerajaan ada memperuntukkan 1,500 biasiswa luar negara kepada pelajar cemerlang tetapi menekankan bahawa daripada jumlah itu, hanya 300 diberi berdasarkan merit kepada mereka yang memperoleh 9A+.

Baki 1,200 geran luar negara, kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus), komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).

Jelas beliau, buat masa sekarang daripada 360 pelajar yang tertakluk dalam kategori merit, hanya 300 diberi biasiswa manakala 60 gagal memperoleh biasiswa luar negara.

"Ini bermakna mereka mungkin atau mungkin tidak layak untuk memperoleh baki 1,200 geran yang disediakan. Ini bergantung pada prestasi ketika temu duga," katanya.

"Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya, mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temu duga.

"Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka, tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temu duga," kata beliau.

Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal dalam temu duga, mereka masih akan memperoleh tempat di universiti tempatan.

BAPAK DAFI AKAN UMUM REGE PETROL MINGGU NIE

Posted: 23 May 2011 05:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau mengulas lanjut mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95, yang diperkatakan sejak awal minggu lalu.

Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 24 May 2011 03:12 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


kepada Allah alam bersujud (3)

Posted: 24 May 2011 03:59 AM PDT

Apabila kita secara mudah dapat memahami bahawa sesuatu kejadian yang berlaku secara kebetulan atau tanpa sengaja itu akan semakin mengecil kemungkinannya apabila ianya berulang-ulang, malah akan menjunam ke tahap mustahil akhirnya, maka kita menjadi mudah memahami hakikat alam ini tidak mungkin berlaku dan terjadi secara kebetulan. Ia mesti dengan satu kehendak yang sengaja, berniat dan [...]

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 24 May 2011 01:37 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Posted: 24 May 2011 08:11 AM PDT


.... Menziarahi ke Pusara Arwah Anakanda tercinta ....
Al-Fatihah

Laporan Keputusan Perlawanan Liga Super 2011

Posted: 24 May 2011 08:08 AM PDT


  • 18 Mei 2011 - Kedah vs Perlis - Stadium Darul Aman , menang 2 - 0.

  • 22 Mei 2011 - Kedah vs KL - Stadium Darul Aman , seri 0 - 0.

Aktiviti-Aktiviti Kemesyarakatan

Posted: 24 May 2011 07:53 AM PDT

23 Mei 2011
  • Penyerahan Sumbangan Skim Kafalah kepada waris-waris yang kematian ahli keluarga di Pekan Semeling.
  • Ziarah kematian di Sg. Pial.
  • Meninjau aktiviti pengusaha kerisik.
  • Menziarahi pesakit yang mengalami masalah 'Renal Impairment' dan 'Closed Fracture of Bilateral Femur'.

Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kedah Kepada Kontigen SUKMA Negeri Kedah

Posted: 24 May 2011 07:46 AM PDT

21 Mei 2011
  • Mewakili YAB Menteri Besar ke Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kedah Kepada Kontigen SUKMA Negeri Kedah yang akan menyertai SUKMA ke-14 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 02 - 12 Jun 2011.
  • Kontigen Negeri Kedah akan menyertai sebanyak 14 acara daripada 19 acara sukan yang diakan dipertandingkan.
  • SUKMA kali ini adalah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara untuk sukan-sukan pilihan sahaja.

Santapan Amal Sempena Ulang Tahun Keputeraaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan Sambutan 10 Tahun Penubuhan Persatuan Bencana Alam Kedah (PBANK) 2011

Posted: 24 May 2011 07:41 AM PDT

19 Mei 2011
  • Malamnya, mewakili YAB Menteri Besar ke Majlis Santapan Amal Sempena Ulang Tahun Keputeraaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan Sambutan 10 Tahun Penubuhan Persatuan Bencana Alam Kedah (PBANK) 2011 di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara Kula Lumpur.

Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011

Posted: 24 May 2011 07:28 AM PDT

18 - 19 Mei 2011
  • Aktiviti-aktiviti sekitar lawatan ke Pameran Muzium Negeri-negeri yang terlibat.
  • Upacara Perasmian Hari Muzium Antarbangsa Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Tema Hari Muzium Antarbangsa 2011 adalah "Muzium dan Kenangan".

  • Majlis Makan Malam sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di perkarangan Muzium Negeri Sembilan.


Lawatan Dewan Harian PAS Pusat ke Kedah

Posted: 24 May 2011 07:22 AM PDT

18 Mei 2011
  • Lawatan rasmi AJK Harian PAS Pusat ke Negeri Kedah Darul Aman bermula dari 18 - 19 Mei 2011.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 24 May 2011 01:33 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Benarkah Subsidi Dikurangkan Untuk Bantu Orang Miskin

Posted: 24 May 2011 12:07 AM PDT


Parti Islam Se-Malaysia PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.

Memanglah pemimpin BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiayai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.


Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 24 May 2011 01:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


HIMPUNAN BERSIH 2

Posted: 23 May 2011 07:54 PM PDT




Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 24 May 2011 11:45 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Antara sebab video tak boleh di jadikan bukti sesuatu kes!!

Posted: 23 May 2011 06:49 PM PDT





Lihat bagaimana otak manusia mampu mengubahsuai video..

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 24 May 2011 11:30 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


KAJI KONSENSI BUKAN NAIK TARIF ELEKTRIK

Posted: 23 May 2011 05:52 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Kenyataan beliau dibuat berdasarkan beberapa kenyataan Menteri berkenaan kemungkinan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada bulan Jun depan.
Anwar sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.
"Sudah sekian lama negara kita dirompak jumlah wang yang besar, yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri lebih baik untuk rakyat.
"Berdasarkan perspektif ini, saya menggesa kerajaan pusat berlaku adil dengan menyemak semula harga dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.
Dalam kenyataannya, Anwar berkata bekas ketua pegawai eksekutif TNB Tan Sri Dr Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga terlalu mahal dikenakan oleh IPP ke atas TNB di mana harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowatt.
"Harga yang dikenakan IPP ke atas TNB adalah harga lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB.
"Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekali gus membolehkan IPP mengaut keuntungan yang besar lebih awal," katanya lagi.
Bekas menteri kewangan itu berkata, perjanjian antara IPP dan TNB juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi daripada sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, diesel dan arang batu manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut, maka TNB yang terpaksa menanggung beban.
"Akibat daripada perjanjian ini telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap.
"Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM22 bilion setahun.
"Justeru, dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik tinggi," katanya.
Kata Anwar lagi, kos harga tenaga elektrik terpaksa dibayar TNB kepada IPP dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh pihak berkenaan ternyata membebankan rakyat sama ada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat subsidi gas.
"Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia)," katanya lagi.

Batu Gajah Mari

Posted: 24 May 2011 11:24 AM PDT

Batu Gajah Mari


Dr Hatta, Nik Amar tanding Naib Presiden

Posted: 24 May 2011 06:40 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden.

"Sedia untuk bertanding naib presiden," tulis Nik Amar kepada Harakahdaily jam 7.15 malam ini.

"Setakat ini tanding, tapi belum bagi jawapan rasmi lagi. Sedang meneliti perkembangan terkini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily jam 6.32 petang tadi.

Keputusan Dr Hatta dan Nik Amar ini menjadikan tujuh tokoh dijangka menawarkan diri untuk jawatan ini sehingga kini iaitu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, AJK Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak.

Nizar bagaimanapun tidak mengesahkan sendiri hal ini kepada Harakahdaily tetapi difahamkan PAS Perak memutuskan beliau bertanding. Menurut pembantunya, pencalonan yang diperolehi oleh Nizar amat memberangsangkan untuk dibiarkan begitu saja oleh beliau.

Seorang lagi calon, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah masih belum diketahui sikapnya.

Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak.

Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya.

Nik Amar, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pernah menyertai pertandingan naib presiden sessi lepas tetapi tewas.

Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden.

Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini.

Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun.

Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.

Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam.

Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM.

Berpuasa dan Usrah

Posted: 24 May 2011 03:39 AM PDT









AJK PAS Kawasan serta Pemuda PAS Batu Gajah akan berpuasa pada setiap hari Khamis dan akan berbuka bersama di Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah serta diteruskan dengan Usrah. Inilah antara aktiviti yang dijalankan oleh PAS Kawasan Batu Gajah setiap minggu.

Pas bukan hanya parti politik. Pas adalah jemaah Islam. Semoga Allah menerima Ibadah kami ini Inshaallah...

Naib Presiden: Husam tanding, Mazlan dan Mujahid umum tanding AJK sahaja

Posted: 24 May 2011 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini.

"Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.

"Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja.

Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan.

Sehingga kini, sudah empat termasuk Husam mengesahkan bertanding naib presiden. Yang lain adalah Ustaz Idris Ahmad yang paling awal membuat pengesahan, kemudian Salahudin Ayub, lepas itu Datuk Mahfuz Omar.

Datuk Seri Nizar Jamaludin juga difahamkan akan bertanding jawatan ini namun hingga kini Harakahdaily belum mendapat pengsahan dari beliau.

Dengan kelima-lima calon ini, sudah pasti pemilihan naib presiden PAS kali ini amat meriah. Yang belum membuat pengesahan ada;ah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Dr Mujahid Yusof dan Mazlan Aliman mengumumkan akan bertanding AJK sahaja.

Tarikh tutup pengesahan untuk jawatan ini adalah 26 Mei ini manakala calon yang akan bertanding akan diumumkan 27 Mei.

Buat Malu je ngaku Malaysia negara Islam! haha

Posted: 24 May 2011 12:53 AM PDT

Kilang arak di Shah Alam
Walaupun satu dunia mengakui keburukan alkohol namun tak ada usaha nekad untuk menghapuskan budaya tersebut secara total.

Bukan saja alkohol, malah banyak lagi benda lain yang manusia main tarik tali, satu pihak buat kempen besar-besaran kononnya ia amat merbahaya, satu pihak lagi pula buat kilang besar-besaran untuk kaut keuntungan yang dibahagi sebahagiannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Maka tersenyum lebarlah kerajaan.

Yang paling pelik sekali adalah kerajaan yang mengakui dan mencanang seluruh dunia bahawa negara ini negara Islam yang mana arak adalah minuman najis yang diharamkan kita meminumnya.

Dalam Quran arak dinyatakan sebagai minuman yang mendatangkan kemudaratan yang amat besar berbanding kebaikan, dan kemudaratan tersebut adalah umum untuk semua manusia tak kita Islam atau bukan Islam. Orang Islam sudah tentu wajib percaya dan beriman dengan fakta tersebut.

Cuma agak ganjil sedikit, negara Islam yang kita ada sekarang merupakan negara yang penggunaan arak adalah di antara yang paling tinggi di dunia. Dan negara Islam ini jugalah mempunyai kilang arak yang hebat di Selangor bukannya sebuah, malah lebih daripada itu. Itu belum masuk lagi kilang kecil-kecilan memproses samsu haram.

Ronnie Liu dari DAP tentu berbangga dengan statistik yang dikeluarkan tersebut. Usahanya menghalang pihak yang mahu menghalang penjualan arak berleluasa nampaknya sudah membuahkan hasil. Tahniah YB!

Dupahang's Weblog

Posted: 24 May 2011 11:22 AM PDT

Dupahang's Weblog


Bolehkah Mengurus Mayat Pelacur?

Posted: 23 May 2011 07:17 PM PDT

Assalamu’alaikum Wr Wb. Ana minta penjelasan, ada suatu kejadian di lingkungan kami, seorang pelacur/WTS meninggal, kemudiaan dicarikan ust/ustd untuk mengurus pemandian, pengafanan dan penguburannya, namun tidak ada uts/ustd yang mau mengurusnya, sebab masih banyak pemahaman bahwa mengurus jenajah pelacur itu tidak boleh atau bahkan haram, hingga pada akhirnya ada seorang pegawai pengadilan yg menanganinya. yg [...]

Air Gau dalam kartun Berita Minggu

Posted: 23 May 2011 07:13 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com Air minuman galian Gau yang terkenal dan menjadi kebanggaan orang PAS Pahang khususnya di Temerloh selama ini, hari ini tersiar dalam sebuah kartun yang menggambarkan sedang menjadi rebutan ramai pada ketika ini. Air yang bersumber daripada pancaran mata air bawah tanah di Kampung Sungai Gau, Temerloh, disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa [...]

Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM

Posted: 23 May 2011 06:57 PM PDT

Harakahdaily Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam. Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Turut dijadual berlangsung [...]

Kebohongan Media Barat tentang Jihad Afghan

Posted: 23 May 2011 06:52 PM PDT

http://arrahmah.com Tulisan ini adalah bagian dari buku yang ditulis oleh Abu Mushab As-suri dari buku yang berjudul Da'wah Al-Muqawwamah Al-islamiyyah, Bab : Hashad Ash-Shahwah Al-Islamiyyah wa At-Tayar Al-jihadi (1930-2002) mengenai kebohongan media barat dalam jihad Afghanistan, berikut fakta yang dibeberkan Syaikh Abu Mus'ab As Suri, semoga bermanfaat buat kaum muslimin: Perlu saya (Abu Mushab As-suri) [...]

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 24 May 2011 11:08 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Bahan Mentah Lynas Bahaya

Posted: 24 May 2011 06:46 AM PDT

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.


LYNAS Malaysia Sdn Bhd sedang membina kilang rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Bahan mentah yang akan dibawa masuk dari Australia, serta bahan sisa yang bakal dibuang di sini mengandungi radiasi radioaktif. Bahan-bahan ini boleh menjejaskan persekitaran dan kesihatan penduduk sekitar serta generasi akan datang.

Bahan mentah Lynas yang diberi nama Low Lanthanide Thorium amat mengelirukan dari segi kandungannya. Seolah-olah Lynas ingin berselindung sesuatu. Ia digambarkan seolah-olah sejenis pasir atau tanah yang tidak berbahaya.

Sebenarnya Low Lanthanide Thorium mengandungi bahan Lantanium (La) dan Thorium (Th) disamping unsur- unsur lain. Kandungan Lantanium dan Thorium bermakna ia berasal dari mineral Monazite (Ce,La,Th)PO4.

Kawasan perlombongan Lynas yang dipanggil Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld, Australia, terdapat juga unsur Niobium (Nb) dan Tantalum (Ta). Unsur ini juga akan mereka proses di Gebeng. Kedua-dua oksid unsur ini berasal dari mineral Columbite dan Tantalite (Fe,Mn)(Nb,Ta)2O6.

Secara geologi kimia mineral Monazite, Columbite, Tentalite hanya akan terbentuk bersama-sama mineral lain antaranya, Uranite (UO2), Zircon (ZrSiO4) Wolframite (Fe,Mn)WO4, Tourmaline (Na,Mg,Fe,Ae,B,MnSiO4) dan lain-lain associated minerals.

Bahan mentah yang dibawa masuk akan kemungkinan mengandungi campuran unsur-unsur radioaktif dan bukan radioaktif antaranya ialah Cerium (Ce), Latanium (La), Thorium (Th), Fosforus (P), Oksigen (O2), Uranium (U), Lithium (Li), Boron (B), Zircon (Zr), Niobium (Nb), Tantalum (Ta), Magnesium (Mg), Manganum (Mn), Ferum (Fe), Silicon (Si) dan unsur-unsur lain.

Unsur-unsur rare earth digunakan dalam berbagai industri, termasuk industri elektronik,telekomunikasi, angkasa, senjata dan lain-lain.

Walaupun pihak Lynas menegaskan lombong mereka di Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld adalah Secondary Phosphate dan aluminophosphates di dalam carbonatite sediments, tetapi asal usulnya mineral tersebut adalah dari batuan primary. Di Mount Weld juga terdapat intrusion. Ini bermakna di Mount Weld kemungkinan terdapat kedua-dua primary dan secondary deposit.

Pembentukan mineral bergantung kepada faktor-faktor seperti kedalaman, suhu, tekanan dan sebagainya. Mineral yang terbentuk tidak sekata dari tempat ke tempat. Bahan mentah yang di bawa masuk juga berbeza tahap kandungan dari masa ke semasa. Ini bermakna tahap radiasi radioaktif bahan mentah dan sisa buangan berubah-ubah dan memerlukan pemantauan yang sistematik.

Bahan mentah dan sisa perlu dianalisa secara atomik, berkala dan berterusan. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab mengawasi dan menyelia bahan-bahan ini.

Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.

Selepas kilang ini di tutup agensi manakah yang akan menyelenggara sisa buangan dan siapakah yang akan menanggung kosnya?

Kesimpulannya, kita tidak mempunyai integriti dan etika yang cukup untuk menilai, mengendali, dan mengawal kilang ini.

PAS Kawasan Gerik

Posted: 24 May 2011 09:52 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Felda pinjam KWSP RM6 bilion, ANAK tuntut penjelasan Najib

Posted: 24 May 2011 01:27 AM PDT

Mazlan menunjukkan bukti minit mesyuarat yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada KWSP berjumlah RM6 bilion


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang
Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.

Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.

"Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka," katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.

Mazlan turut mengedarkan salinan minit mesyuarat itu kepada wartawan, yang antara lain menyatakan "Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.

Justeru Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat menegaskan, kesan pinjaman dari KWSP memberi implikasi besar kepada pengurusan Felda dan peneroka seluruh negara.

Menurutnya, rakyat masih dikejutkan dengan kemerosotan rizab tunai Felda dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 seperti yang diakui sendiri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang mengejutkan. Meskipun laporan polis dibuat agar siasatan dilakukan bagaimana wang itu dibelanjakan dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sampai hari ini tidak diketahui apa hasil siasatan itu," katanya.

"Nampaknya di zaman Datuk Seri Najib Razak menerajui Felda, kawalan kewangan begitu diragui dan pemborosan berlaku secara keterlaluan termasuk membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor sebanyak RM84,923.

"Selain menggunakan wang Felda dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Hulu Selangor, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor dan DUN Kerdau di Pahang yang menelan belanja jutaan ringgit," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyelar tindakan Pengerusi Felda ketika ini, Tan Sri Isa Samad yang melakukan banyak pembaziran sejak mengambil alih jawatan itu dari Tan Sri Yusof Noor.

"Belum sampai setahun menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad mengambil langkah sangat silap dengan menyerang staf Felda yang menyokong Pakatan Rakyat, menghentam peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan bahasa kesat, memperbanyak program bersifat politik di kawasan Felda dengan belanja besar.

"Felda mesti diselamatkan daripada 'makhluk perosak' yang sedang mengagihkan projek berbilion ringgit kepada kroni Barisan Nasional (BN). Ubah Sekarang, Selamatkan Felda," tegas Mazlan.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 May 2011 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Melayu mudah lupa

Posted: 24 May 2011 07:17 AM PDT



Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
Utusan Malaysia 21 Feb 2008

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.

"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."

"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.

Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.

"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 May 2011 09:36 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


KEMPEN ANTI ZINA KE 3 MALAM HARI KEKASIH SELANGOR

Posted: 24 May 2011 08:57 AM PDT

http://drhalimahali.blogspot.com/2011/05/sharing-with-you.html

sharing with you

Posted: 24 May 2011 07:53 AM PDT

TANAH RUNTUH ANAK YATIM:BERITA yang tak akan masuk TV dan media massa perdana

Posted: 24 May 2011 07:29 AM PDT

Isteri MB dan YB Dr Halimah serta muslimat PAS depan pusat Taqwa
 Ahad
23.5.11
Saya tengah bermesyuarat di Batu Caves, KL apabila mendapat berita tentang kejadian tanah runtuh yang melibat sebuah Pusat Penjagaan anak yatim AT TAQWA di BT 14 HULU LANGAT.Tidak lama selepas saya menerima sms tentang berita itu, saya menerima pesanan ringkas dari jauh iaitu daripada YAB MENTERI BESAR SELANGOR yang berada di USA.Beliau meminta YB Rodziah selaku EXCO KEBAJIKAN dan saya selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR untuk mengerakkan YAYASAN AMAL ke tempat kejadian.
Saya terus meminta YAYASAN AMAL MALAYSIA yang terkenal dengan pengalaman dalam keadaan bencana dan BRIGED AMAL SELANGOR ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kemanusiaan.
  Belum habis mesyuarat saya bergegas pergi ke tempat kejadian.Semakin hampir saya mula perasan bahawa saya juga telah ke tempat berhampiran itu semasa kejadian PUSAT TAHFIZ HAYAATUL ULOOM terbakar hingga mengorban satu nyawa Ramadhan yang lepas..
Saya bertemu dengan YB Rodziah di LEMBAH AZWEN yang menempatkan 20 orang anak yatim yang tidak terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak berada dalam khemah yang ditimpa tanah runtuh.
Rata-rata wajah mereka menggambarkan kepiluan dan trauma.
Saya sempat berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang sama tidak ceria.Tidak kurang ada keluarga yang berdebar berlinang air mata kerana anak mereka belum dijumpai.Entah hidup entah tidak.

YB DR HALIMAH berbincang dengan SUK SELANGOR,YDP MPKJ,PENGARAH JKR SELANGOR
 Kemudian saya terus berjalan kaki daripada LEMBAH AZWEN RESORT hingga ke tempat kejadian.Air hujan menyebabkan tanah kuning yang becak,licin dan berlopak.
Saya bertemu dengan ahli UNIT AMAL dan BRIGED AMAL yang telah bermula daripada awal membantu pasukan penyelamat mencari mangsa.
DYMM SULTAN SELANGOR diberi taklimat

YB Dr Halimah bertanya dengan Ketua pasukan Perubatan HOSPITAL AMPANG
 Saya melihat tempat tanah runtuh di belakang bangunan PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA.Kelihatan pasukan penyelamat mengorek tanah yang menimbus khemah dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena mangsa yang akan cedera sekiranya terkena alat penyodok dan cangkul.
Anjing-anjing membantu mengesan mangsa.Ada yang tersepit kaki dan perlu dipotong. Ada tersepit tangan. Mangsa yang ditemui dihantar ke satu lokasi yang berdekatan dengan ambulans.Yang disah meningal diminta waris mengesan.Yang masih hidup dirawat dan dihantar segera ke hospital.
Ramai orang berpusu-pusu ke tempat kejadian walaupun hari hujan dan jalan agak gelap..Saya terlihat di surau pelbagai ukiran ayat al Quran yang menyejukkan mata serta mengingatkan saya kuasa Ilahi.
Pasukan bomba bergegas membawa chain saw.Ada mangsa yang mereka temui dan sukar dikeluarkan....

 Banyak pengajaran bagi semua pihak dalam tragedi ini.Ia mengajar manusia merancang dengan baik.Ia juga mengajar kita supaya meneiliti ciptaan Allah seperti bukit dan gunung dan apakah tujuan ia dijadikan.
   Ia mengingatkan kita supaya peka kepada alam sekitar kerana ia bersangkut paut dengan kesejahteraan hidup kita.
Ia latihan kesabaran.Ia menerangkan hakikat satu kehidupan dan satu kematian.
Kerajaan negeri menyumbang RM1000 kepada mangsa yang selamat dan Lembaga Zakat Selangor memberi sumbangan khas kepada semua dan RM100000 kepada PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM AT TAQWA.
Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang telah mencurah khidmat dalam usaha menyelamat dan rakyat yang prihatin







Kenapa perlu halang orang ramai daripada maklumat sebenar?

Posted: 23 May 2011 10:15 AM PDT

Kerajaan Pusat Diminta Pamerkan Hasil Kajian Lokasi Berisiko Tinggi Kepada Umum

Monday, 23 May 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 23 Mei – Kerajaan Negeri meminta kerajaan Pusat supaya mempamerkan kepada orang ramai lokasi-lokasi bahaya yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh supaya kerja pemantauan boleh dilakukan  secara bersama dan lebih kerap.
Kajian ini telah dibuat selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 lalu. Kerajaan Pusat telah meletakkan hasil kajian ini dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri telah dihalang dari mempamerkan hasil kajian ini kepada orang ramai.
"Maklumat kajian ini penting untuk meningkatkan kesedaran. Jika orang ramai dimaklumkan, mereka boleh melakukan pemantauan awal di kawasan mereka yang mungkin termasuk dalam lokasi-lokasi berisiko tinggi," katanya selepas mendengar taklimat dan melawat tempat kejadian tanah runtuh di Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat, petang tadi.
Sebelum itu, Menteri Besar diberi taklimat oleh Pegawai Daerah dan YDP MPKj di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, Kerajaan Selangor membuat keputusan bahawa madrasah tersebut tidak boleh diduduki sehingga satu keputusan dibuat.
Menteri Besar juga berkata, Kerajaan Negeri akan memantau semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang melibatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan penghuninya terjamin.
Katanya, NGO kebajikan yang memerlukan tapak untuk membina bangunan atau premis bagi menjalankan program kebajikan akan diberi keistimewaan dengan hanya membayar premium tanah serendah RM1.
Mengenai anak-anak yatim yang selamat dalam kejadian itu, beliau berkata, mereka akan ditempatkan di sekolah tajaan JAIS.
Menteri Besar mengulangi ucapan takziah kepada keluarga 16 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu.
"Saya juga mewakili rakyat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor yang telah berangkat melawat tempat kejadian hari ini.  Keprihatinan baginda telah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.
Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat membantu dengan menghulurkan pelagai bantuan kemanusiaan termasuk pasukan keselamatan dan polis yang sanggup mengambil risiko ketika menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.
"Saya percaya kita semua telah berusaha sedaya upaya  untuk  menghulurkan bantuan kepada  semua mangsa sama ada yang terselamat atau yang terkorban serta ahli keluarga mereka," katanya.
Hari ini adalah hari pertama Menteri Besar melawat tempat kejadian selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dan membatalkan seminar di Aspen Intistute, Amerika Syarikat.
"Saya amat terkilan dengan kejadian tanah runtuh walaupun kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk meningkatkan tahap kesedaran pemilik tanah terhadap pembangunan cerun," katanya.

Pas Kawasan Paya Besar

Posted: 24 May 2011 09:27 AM PDT

Pas Kawasan Paya Besar


JMM Ialah Pengecut Yang Sebenar!

Posted: 23 May 2011 03:58 PM PDT

Oleh S/U Akhbar TGNA

1. Saya tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah seperti yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, muka surat 11 pada hari ini, 23 Mei 2011. Beliau dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.


2. Program yang dimaksudkan oleh Azwanddin itu ialah program Munajat Anak Muda Kelantan yang berlangsung di Padang Perdana, Kota Bharu pada 20 Mei 2011 yang lepas yang menyaksikan belasan ribu hadirin membanjiri Padang Perdana untuk program khatam al-Quran dan solat hajat.


3. Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan. Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan. Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional. Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM.


4. Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh UMNO. Berlainan dengan UMNO yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka. Contoh jelas antaranya ialah apabila UMNO memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan. Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.


5. Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu. Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM.


6. Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut. Bahkan jika UMNO dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya. Ini kerana budaya 'upah dan suap' yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka. JMM hanyalah merupakan 'budak suruhan' kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.
Sekian.





Sumber: Tranungkite.net
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=5942

Nik Aziz bertopeng imej warak

Posted: 22 May 2011 03:52 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 22 Mei - Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.


Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.


"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh Kelantan dalam program politik mereka.


Lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Azwanddin berkata, Nik Abdul Aziz merupakan seorang pengecut kerana hanya berani berpidato dan berbohong di hadapan budak-budak kecil yang baru belajar agama.


"Mengapa beliau (Nik Abdul Aziz) tidak berani untuk berpidato dengan tokoh seperti bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd. Nor Deris," katanya.


Beliau berkata, tidak hairan sekiranya Mursyidul Am Pas itu menjadi tali barut DAP seperti Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu.


"DAP mahu Nik Abdul Aziz dan Mohamad mengunakan Pas sebagai alat memecahbelahkan undi Melayu dengan mengunakan faktor dan sentimen agama bagi mewujudkan kebencian di kalangan orang Melayu.

"Saya setuju bila orang kata undi Pas sama seperti undi DAP," katanya.

Sumber: Utusan On line 23 Mei 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

i n t a n h i j a u

Posted: 24 May 2011 07:50 AM PDT

i n t a n h i j a u


TUAN IBRAHIM BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN

Posted: 24 May 2011 04:34 AM PDT


Perebutan bagi jawatan timbalan presiden PAS semakin panas apabila Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.

Setakat ini, bekas naib presiden Mohamad Sabu mengumumkan bertanding jawatan tersebut manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa akan mempertahan jawatannya dalam muktamar parti awal bulan depan.

Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata, beliau telah dicalonkan
untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan naib presiden, dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Katanya, beliau sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasratnya yang lebih berminat mempertahankan jawatan naib presiden sekiranya menerima pencalonan mencukupi.

"Namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang diterimanya bagi jawatan timbalan presiden.

Namun, katanya, ianya suatu jumlah yang "memerlukan saya memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan."

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," tambahnya.

"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," tambahnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan beliau.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

"Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam," tegas Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan Tuan Ibrahim memperolehi 39 pencalonan di belakang Mohamad Sabu (47) dan Nasharudddin (43).

Juga difahamkan kira-kira 15 kawasan lagi yang berhasrat untuk mencalonkan Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab teknikal berkaitan dengan tarikh tutup.

Sekiranya, mereka sempat membuat pencalonan, maka Tuan Ibrahim akan memperolehi pencalonan tertinggi untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Besok merupakan tarikh tutup penerimaan pencalonan bagi calon-calon yang layak bertanding jawatan utama parti itu bulan depan.(malaysiakini)

mtdchenderoh

Posted: 24 May 2011 07:04 AM PDT

mtdchenderoh


ZIARAH KE RUMAH ALLAYARHAM HAIKAL (PELAJAR PASTI PDG. RENGAS)

Posted: 23 May 2011 11:00 AM PDT

Allahyarham Haikal, pelajar PASTI di Gunong Pondok, Padang Rengas dijumpai mati lemas jam 10.00 pagi semalam (23.5.2011). Allahyarham disedari hilang oleh datuknya kira- kira jam 6.30 petang pada 22.5.2011. Operasi mencari dan menyelamat melibatkan pasukan bomba, rela dan juga penduduk kampung dipergiatkan.

Jenazah hanya dijumpai keesokan harinya di Sungai Balik Papan, Kg. Lalang, Padang Rengas oleh penduduk kampung. Jenazah kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat dan dikebumikan pada jam 4.00 petang semalam.

Pada sebelah malamnya pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas bersama dengan pihak PASTI Negeri Perak telah menziarahi keluarga Allahyarham di Kampung Lalang sambil menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Jabatan Pasti Negeri diwakili oleh Ust Redzuan (Timbalan Pengarah PASTI Perak) dan Tuan Haji Rosli (Bendahari PASTI Perak) manakala DPPK Pdg Rengas diwakili oleh Ketua Pemuda DPPK dan Pengerusi Jabatan Pasti Kawasan. Turut hadir ialah Ustaz Azizi mantan Ketua Pemuda DPPK Padang Rengas.


 Wakil DPPK Padang Rengas, wakil PASTI negeri, dan Ust Azizi di rumah Allahyarham
Datuk Allahyarham redho dengan ketentuan Ilahi terhadap pemergian cucunya yang dipelihara dan tinggal bersamanya sejak lahir lagi



Tuan Haji Rosli menyampaikan bantuan Takaful Pasti kepada datuk Allahyarham

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al- Fatihah

Pengikut