Sabtu, 5 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 05 Jan 2013 03:13 PM PST


[HM] NEW DELHI: Lima lelaki yang didakwa merogol seorang mahasiswa universiti selama berjam-jam dalam sebuah bas ketika kenderaan itu dipandu di sekitar ibu negara India, kini berdepan tuduhan membunuh, merogol serta beberapa tuduhan lain.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati. Pendakwa, Rajiv Mohan, memfailkan tuduhan berkenaan semalam.

Selain merogol, lima lelaki terbabit juga didakwa melakukan pencemaran bahan bukti, menculik, membunuh serta beberapa tuduhan lain.

Kertas tuduhan tidak didedahkan dan Rajiv memohon supaya perbicaraan itu dijadual hari ini dijalankan secara tertutup. Tertuduh dikenali sebagai Ram Singh seorang pemandu bas; adiknya, Mukesh Singh (tukang cuci bas di syarikat sama); Pavan Gupta, (penjaja buah-buahan); Akshay Singh (tukang cuci bas) dan Vinay Sharma (jurulatih kecergasan).
Tertuduh keenam, seorang remaja berusia 17 tahun dijangka dibicarakan di mahkamah juvana yang menyediakan hukuman maksimum penjara selama tiga tahun.

Pemilik bas berkenaan juga ditahan dan didakwa kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan permit mengendalikan perkhidmatan bas persendirian.

Semua tertuduh tidak hadir di mahkamah.

Pihak berkuasa berkata, mereka akan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman mati.

Rancangan itu mendapat sokongan bapa mangsa.

Katanya, hukuman paling berat perlu dikenakan ke atas pesalah yang merogol anaknya. "Jika ada undang-undang baru digubal, ia patut dinamakan sempena anak saya," katanya.

Serangan ke atas wanita berusia 23 tahun itu menyebabkan mangsa mati kerana kecederaan dalaman yang parah.

Insiden itu juga mencetuskan perdebatan mengenai layanan pihak berkuasa terhadap wanita di seluruh India serta mendorong demonstrasi harian bagi mendesak kerajaan bertindak tegas.

Sementara itu, Persatuan Peguam India berkata, ahli badan itu tidak sepatutnya memberikan sebarang khidmat membela tertuduh kerana kekejaman yang mereka lakukan. Mahkamah dijangka melantik peguam bela untuk mewakili semua tertuduh dalam perbicaraan nanti. - AP

Berkaitan:


Bapa buat aduan gambar anak disalah guna dalam Facebook

[HM] THIRUVANANTHAPURAM (India): Seorang bapa membuat aduan kepada polis selepas pengguna Internet menyebarkan sekeping gambar di Internet dengan mendakwa dia adalah mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi, semalam.

Gambar yang dikaitkan dengan mahasiswa mangsa rogol dalam bas pada 16 Disember lalu dilaporkan tersebar pantas di Facebook. 

Nama dan identiti mangsa sebenar dirahsiakan polis daripada media selaras dengan undang-undang melindungi mangsa daripada pandangan serong masyarakat. 

Jurucakap polis di Kerala berkata, gambar yang tersebar di Internet itu adalah palsu dan menyebabkan tekanan kepada individu terbabit. 

"Kami mengarahkan Facebook memadamkan gambar berkenaan dan membantu mengesan dalang yang menyebarkannya," katanya. - AFP

P/s: Adakah gambar di bawah ini yang dimaksudkan oleh berita di atas? TM jumpa gambar ini dalam beberapa blog. 

Selain gambar, tulisan yang disalin dan ditampal dari FB itu turut mendakwa mangsa selain dirogol turut disula dari bahagian vagina sehingga ususnya cedera teruk. Gila kejam!

Moga-moga suspek akan dikenakan hukuman mati. Kepada wanita di luar sana, berhati-hati, kerana budak berusia 13 tahun pun mampu menggelapkan masa depan anda! Baca di sini.

Sebelum ini, DCM ada menyiarkan berita budak berusia 9 tahun merogol rakan sekelasnya. Mahu baca? cari di bahagian bagasi kiriman atau klik label yang berkenaan.

DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Jan 2013 03:11 PM PST

Muat turun buku satira pendedahan kes Altantuya – 'The Black Rose'

Posted: 05 Jan 2013 04:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Buku berjudul 'The Black Rose' yang mengisahkan perseteruan antara ahli perniagaan, Deepak Jaikishan dengan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor kini boleh dimuat turun di dalam bentuk PDF.

Buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinama sebagai 'Spirit of Altantuya' tidak menyebut mana-mana personaliti individu sebaliknya menggunakan nama samaran tertentu.

Antaranya ialah Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain.

Buku itu dikatakan mengisahkan persengketaan Deepak-Najib-Rosmah berhubung beberapa kontroversi termasuk penukaran akuan bersumpah P Balasubramaniam, dalam bentuk satira.

Beberapa dokumen tertentu turut dilampir dalam buku berkenaan.

Sebelum ini, Deepak yang pernah menganggap Rosmah Mansor sebagai 'kakak' mahu menghasilkan buku yang mendedahkan penglibatan beliau, Najib Razak dan isteri dalam penukaran akuan bersumpah Bala.

Untuk memuat turun buku berkenaan, klik ini.

*** Kami tidak bertanggungjawab atas kandungan buku berkenaan.

Kuala Langat: Undi India penentu kemenangan

Posted: 05 Jan 2013 04:40 AM PST

Oleh Sugasini Kandiah


Satu jalan tunggal menghubungkan pusat bandar Banting di dalam bahagian pilihan raya Kuala Langat. — Gambar Choo Choy May

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi pertempuran hangat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.
KUALA LUMPUR — Dengan Klang di sebelah utara, Putrajaya disebelah timur dan Sepang disebelah selatan, kawasan Parlimen Kuala Langat terletak di pinggir barat negeri terkaya dan paling ramai penduduk di Malaysia, iaitu Selangor.

Satu jalan tunggal menghubungkan pusat utama bandar — zon perindustrian bebas Telok Panglima Garang, bandar Jenjarom serta bandar daerah, Banting.

Pemanduan selama 40  dari Kuala Lumpur, kawasan ini sukar diakses melalui pengangkutan awam. Tiada Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau kereta api Mass Rapid Transit (MRT), hanya bas swasta membawa penduduk ke Klang, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan bandar utama Kuala Lumpur.

Dengan pengundi seramai 87, 239 orang, kawasan separa bandar ini dalam banyak cara adalah mikrokosmik Malaysia. Komposisi kaum bagi pengundi adalah 54.50 peratus Melayu, 26.03 peratus Cina, 17.04 peratus India dan juga penempatan Orang Asli kira-kira 800 orang yang berjumlah 1.87 peratus pengundi.

Tempat asal usul keluarga badminton Malaysia paling terkenal, Sidek bersaudara yang cemerlang, Kuala Langat mempunyai gabungan aktiviti ekonomi termasuk perikanan kecil-kecilan, pertanian dalam bentuk ladang kelapa sawit, penanaman sarang burung serta industri berat dan ringan.

Nama-nama kilang besar seperti Megasteel dan Toshiba dengan bangganya menyambut pengunjung yang melalui lebuh raya KESAS ke daerah tersebut.

Sebelum tahun 2008, kawasan ini merupakan kubu kuat Umno dengan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Shafie Salleh berkhidmat sebagai ahli parlimen dari tahun 1999-2008.

Kawasan parlimen ini adalah separa bandar dan sebahagian besarnya penduduk orang Melayu.

Semasa tsunami politik 2008, walau bagaimanapun, kawasan Parlimen Kuala Langat, seperti banyak kawasan pilihan raya lain di seluruh negara, jatuh ke tangan pembangkang, walaupun dengan majoriti tipis 989 undi.
 Bagi kerusi tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) — Sijangkang, Teluk Datuk dan Morib — semua pada satu masa dahulu merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), kini hanya Morib dipegang oleh parti pemerintah tersebut.

Walau bagaimanapun ahli parlimen Kuala Langat, pendatang baru Abdullah Sani Abdullah Hamid dari PKR seolah-olah mempunyai pengetahuan baik isu-isu mempengaruhi pengundi beliau dan menunjukkan pengetahuan yang kuat di kawasan ini.

Diserang kerana bukan seorang budak tempatan, ahli parlimen baru itu menutup mulut pengkritiknya dengan membeli sebuah rumah di dalam kawasan pilihan raya tersebut serta menukar alamat pendaftaran selepas dipilih.

Anak kelahiran Perak yang merupakan bekas naib presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) yang merendah diri itu, bagaimanapun menyatakan masalah terbesar beliau adalah untuk mendapatkan tanah bagi projek-projek pembangunan, yang menghadkan kebolehan beliau sebagai wakil rakyat.

"Kebanyakan plot tanah di sini telah pun dijual atau diberikan kepada kroni pentadbiran sebelumnya," kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Selain itu, beliau merasakan mempunyai sokongan kuat daripada pengundi yang inginkan perubahan dan yakin dapat mengekalkan kerusi itu.

Sudah tentu, calon berkemungkinan dipilih BN untuk mewakili gabungan itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang merasakan sebaliknya.

Datuk Sulaiman Karli, ketua bahagian Umno Kuala Langat, berpendapat BN mampu untuk merampas kembali kawasan pilihan raya tersebut dengan bantuan undi daripada pengundi Melayu dan India.

Apabila ditanya mengapa BN kalah pada tahun 2008, Sulaiman yang merupakan calon BN pada masa itu berkata, "Selain daripada rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu terhadap Pak Lah, ramai penyokong Umno juga berpaling tadah terhadap kita kerana pergaduhan dalaman," merujuk kepas bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kuala Langat mempunyai asas pengundi 87,239 orang.

Menurut beliau, Umno Kuala Langat mempunyai kira-kira 17,000 ahli, hampir 20 peratus pengundi kawasan parlimen tersebut.
 "Oleh itu, strategi saya terlebih dahulu mengukuhkan sokongan dari dalam parti saya sendiri serta memastikan parti komponen BN bersatu terlebih dahulu sebelum berkempen kepada orang awam," katanya.

Sulaiman, bagaimanapun, mengakui bahawa sokongan kaum Cina kepada Umno masih "di bawah par" mengatakan walaupun ramai orang Cina hadir di acara ditaja oleh BN, tiada siapa pun benar-benar mengetahui siapa yang bakal diundi mereka.

"Saya telah memberitahu rakan sejawatan dari MCA supaya memberi tumpuan kepada memastikan ahli-ahli mereka mengundi kita walaupun sebelum memikirkan untuk melobi masyarakat Cina lain. Sekarang, saya tidak pasti sama ada ahli MCA akan mengundi kita," katanya.

Di pihaknya, Sulaiman tidak sabar-sabar diberikan peluang kedua untuk membuktikan dirinya. Sudah menjadi ahli Umno selama hampir 30 tahun, bekas guru sekolah agama yang mesra kepada akar umbi mengharapkan kepada rekod perkhidmatan baik untuk memastikan kemenangan pilihan raya.

Di Taman Pahlawan tempat beliau menetap, penduduk seringkali menghubunginya untuk mendapatkan bantuan, walaupun hakikatnya beliau tidak memegang kuasa sebenar dalam birokrasi kerajaan daerah.
Ini adalah kawasan Melayu di mana perjumpaan muka-ke-muka menghadiri dan kenduri lebih penting daripada perbahasan dasar.

Walau bagaimanapun, pada ketika bendera BN boleh berkibar tinggi di kawasan luar bandar tersebut, jika Sulaiman gagal memperoleh lebih banyak sokongan di kalangan bukan Melayu, merampas kembali kerusi itu akan menjadi satu cabaran yang sukar.

Penduduk Cina yang ditemui, kesemuanya melemparkan sokongan tidak berbelah bagi mereka kepada Pakatan Rakyat (PR) dengan seorang ahli perniagaan di pertengahan umur menyatakan, "Negara ini memerlukan kepimpinan. Perubahan adalah perlu. Jika kita tidak suka dengan kerajaan baru, kita boleh buang mereka keluar dalam pilihan raya seterusnya. Ini adalah demokrasi."

Ahli perniagaan sama ketawa memberitahu MCA akan mengadakan makan malam setiap hari mulai sekarang untuk menarik sokongan pengundi Cina kerana kebanyakan hadirin, termasuk dirinya sendiri, telah pun membuat keputusan mengenai siapa yang mereka akan undi.

Orang India ditinjau, bagaimanapun, adalah tidak menentu tentang cara mereka akan mengundi. Walaupun ramai mengakui kerajaan BN tidak melakukan cukup untuk membantu mereka, ada yang ragu-ragu perkara-perkara akan menjadi berbeza di bawah pembangkang.

Bersama-sama dengan rangkaian luas MIC di kawasan pilihan raya itu, kesediaan di kalangan kaum India untuk memberikan peluang kepada BN sekali lagi adalah mungkin Sulaiman boleh harapkan di dalam pilihan raya terutamanya jika beliau boleh menangani isu tidak mempunyai tanah di kalangan pekerja-pekerja ladang berdekatan Pulau Carey.

Dengan merupakan salah satu populasi terbesar India di negara ini, kaum India Kuala Langat tidak dinafikan mempunyai banyak kekuatan.

Apabila ditanya apa isu-isu yang pengundi akan melihat sebelum mengundi, kedua-dua bakal calon menyatakan kemudahan yang akan meningkatkan kualiti hidup, terutamanya di kalangan belia.

Dengan banyak peluang pekerjaan yang ada, adalah jelas bahawa pengundi, hampir 70 peratus daripadanya di bawah 50 tahun, mencari calon yang akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Pendatang baru Abdullah Sani Abdullah Hamid tahu beliau akan menjadi sukar untuk mengekalkan kerusinya.

Walaupun perniagaan berkembang dengan pembukaan hypermarket baru Giant dan restoran McDonald di Banting, bagi Abdullah Sani, menaik taraf bermakna peningkatan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
 Beliau menegaskan Hospital Banting, yang terletak di hujung jalan dari pusat khidmat beliau, tidak mempunyai seorang pakar tunggal.

"Hampir setiap jam anda boleh mendengar ambulans mengangkut pesakit dalam keadaan kritikal ke hospital umum Klang.

"Malah peralatan memadam kebakaran kami jenis lama. Kami kini mempunyai bangunan tinggi di Banting dan jika kebakaran berlaku, anggota bomba kita tidak akan mampu untuk berurusan dengannya," kata Abdullah Sani.

Sudah tentu, jalan untuk menang penggal kedua tidak akan menjadi begitu cerah bagi Abdullaah Sani yang baru-baru ini menjadi tajuk berita selepas bekas isterinya membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa menghalaunya keluar dari rumah mereka di Banting.

Ahli parlimen yang telah berkahwin dengan pembantu peribadinya tanpa keizinan isteri pertamanya menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya dan mengatakan bahawa perkahwinan kedua beliau adalah untuk memenuhi permintaan yang dibuat oleh ibunya.

Adakah beliau fikir skandal domestik ini akan menjejaskan peluang beliau dalam pilihan raya akan datang?
"Ia adalah satu perkara peribadi," katanya, sebelum menambah, "Selain itu, orang kampung tidak menentang budaya perkahwinan berganda.

"Namun, saya telah sediakan video termasuk kenyataan dari ibu saya untuk menjelaskan skandal kerana saya pasti lawan saya akan menggunakannya untuk menentang saya dalam pilihan raya akan datang," kata Abdullah Sani.

UMNO BN Lesapkan RM207 Billion Wang Pampasan Buruh Paksa

Posted: 05 Jan 2013 04:26 AM PST

KELAB GREENBOC


Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

"Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946," katanya lagi.

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

 

Akhirnya Remaja Berusia 13 Tahun Itu Mengaku Cabul Wanita Di Pam Minyak

Posted: 05 Jan 2013 04:23 AM PST

KELAB GREENBOC


Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas sebuah stesen minyak, Isnin lalu.

Tertuduh membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif pada prosiding yang dijalankan di dalam kamar majistret di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berkenaan didapati dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun itu dengan memeluk, mencium pipi kanan dan meraba buah dada.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas wanita Stesen Minyak Shell, Jalan Munsyi Abdullah, dekat sini, kira-kira jam 2.45 petang pada 31 Disember 2012.

Remaja berkenaan yang hadir ke mahkamah dengan ditemani penjaganya dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya telah meminta mahkamah memberikan wang jaminan RM2,000 terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

"Namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 Februari 2012 bagi mendengar laporan akhlak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jatuh hukum," katanya. -BH

Ulasan GB

Sebelum ini, di SINI GB sudah ulas, petikan

Moral of the story, terutama kepada kaum wanita, jangan pandang budak berusia belasan tahun kecik anak, dizaman ini, bukan saja orang dewasa, budak belasan tahun pun sudah membawa "iblis" di dalam tubuh badannya.

Umno Kelantan Sudah Mula Gaduh

Posted: 05 Jan 2013 04:08 AM PST

MSO

Barang kali tidak ada berita lain paling panas di Kelantan hari ini dalam padang politik melainkan cerita tunjuk perasaan di lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, Kota Bharu oleh beberapa orang ahli Umno yang meminta supaya Dali Hussin tidak dipilih menjadi calon.

Dali ialah bekas ketua pemuda Umno Kelantan dan kini adalah Ketua Bahagian Umno Pengkalan Chepa.

Dengar khabar banyak juga sepanduk dan kain rentang diangkat semasa tunjuk perasaan berkenaan. Di sebuah kain rentang terpampang tulisan antara lain menyebut "ketua-ketua cawangan". Bermakna yang tunjuk perasaan itu terdiri dari ahli Umno sendiri.

Tidak jelas lagi apakah sebab musababnya. Khabarnya tunjuk perasaan itu mahukan agar Dali tidak dipilih menjadi calon. Satu memorandum juga hendak diserahkan kepada Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed tetapi gagal.


Apa yang terdengar Dali dikatakan mengamalkan kronisme di Pengkalan Chepa. Kronisme apa tidak pula dijelaskan lanjut. Sikap kronisme itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ketua-ketua bahagian.

Menurut maklumat dalam usaha melaporkan perkara itu kepada pihak tertinggi dalam parti termasuk presiden dan timbalan presiden juga telah dibuat tetapi tidak ada apa-apa tindakan. Selalu berlaku begitu (ketidakpedulian) di dalam Umno dimana laporan orang bawahan tidak dipedulikan yang kemudian menimbulkan masalah.

Contohnya apa yang berlaku dalam Umno Bahagian Tanah Merah. Segelintir ahli tidak senang dengan politiking ketua bahagiannya, Ikhmal Hisham yang dikatakan memaslukan keahlian. Ekoran itu laporan dibuat kepada Pejabat Setiausaha Agung namun ia dibekukan begitu saja. Apa jadi, akhirnya maslaah keahlian palsu di dalam Umno Kelantan terpaksa diheret ke mahkamah ekoran itu juga menyebabkan Umno Tanah Merah berkucah.

Tampaknya begitu juga apa yang berlaku di Pengkalan Chepa. Sebelum ini Umno Pengkalan Chepa adalah bahagian yang agak lantang dan kerap mencabar Nik Abdul Aziz Nik Mat. Segala tindakan Umno Pengkalan Chepa seolah-olah menunjukkan ia berada dalam kekompakan. Tetapi dengan apa yang berlaku hari ini ia memberi gambaran sebaliknya.

Dengan apa yang berlaku di Pengkalan Chepa itu memberi petanda kurang baik kepada Umno Kelantan. Kalau tunjuk perasaan dan desakan ke atas Dali itu merupakan protes dalaman, ini bermakna kejadian cas keting dan sebotaj sesama sendiri tidak dapat dielakkan.

Sebelum ini sudah kedengaran berlaku rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan pimpinan Umno di beberapa buah bahagian berhubung masalah calon. Perihal calon boleh menang (winnable candidate) ini sudah merebak perlahan-lahan ia membakar seperti api membakar dalam sekam.

Katanya ada pimpinan bahagian yang merasakan mereka lebih layak dan senior dalam parti kurang senang dengan penampilan beberapa calon boleh menang. Mereka juga mendakwa sudah bertahun menggerak jentera parti serta mendekati ahli serta sudah berbelanja ratusan ribu tiba-tiba bila calon hendak diserahkan kepada orang lain ia kurang disenangi.

Sudah kedengaran desas desus dan cakap-cakap mengatakan sekiranya pihak atasan tetap mengutamakan calon boleh menang dan mengenepikan calon pilihan bahagian, calon berkenaan akan disebatoj. Jika ini berlaku ia boleh merosakan potensi Umno untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru apa yang berlaku bakal memeningkan Mustapa Mohamed sebagai ketua Umno Kelantan. Di Kelantan dengarnya sekurang-kurang empat atau lima calon boleh menang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Idea winnable candidate yang cetuskan Najib Razak ini juga katanya telah mencelarukan keadaan.

Ada pimpimpin yang katanya bersetujuan dengan konsep calon boleh menang itu tetapi ianya di depan saja tetapi bersedia melakukan sebotaj di belakang. Insiden yang berlaku di Pengkalan Chepa itu perlu disekat oleh pihak Umno. Kalau ia tidak disekat, aksi-aksi protes calon itu akan berjangkit dan merebak ke kawasan lain.

Sudah pasti tunjuk perasaan di airport itu akan menjadi idea kepada pihak-pihak lain pula yang tidak berpuas hati dengan keputusan atau pemilihan calon di bahagian masing-masing. Tambahan pula berlaku di Kelantan di mana orang Kelantan ia unik dan sedia berpatah arang berkerat rotan dalam apa juga situasi jika mereka kecewa.

Mahkamah tolak permohonan Anwar batal dua tuduhan

Posted: 05 Jan 2013 04:02 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menolak permohonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan dua pertuduhan ke atasnya, membabitkan Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April tahun lalu.

Hakim, Mahmud Abdullah memutuskan demikian selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan tersebut.

Mahmud berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyemak, mengkaji, atau memutuskan perintah yang dikeluarkan mahkamah yang lebih rendah (Majistret).

Menurut hakim, mahkamah perlu meneliti kesemua rekod majistret bagi mempertimbangkan perintah majistret berhubung perhimpunan itu.

"Bagaimanapun, mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian, untuk memastikan perintah majistret itu sah atau tidak," katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Februari depan untuk sebutan semula kes itu. Pada 28 Mei lalu, Anwar memfailkan bantahan terhadap perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan perintah yang dikeluarkan adalah tidak betul dan tidak sah.

Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan tidak sah kerana Majistret Zaki Ashraf itu tidak menamakannya di dalam perintah itu.

Beliau mendakwa perintah yang dikeluarkan majistret itu tidak pernah diwartakan dan dilampirkan di tempat-tempat yang berkebolehan bagi orang awam mengetahui mengenai perintah itu mengikut Seksyen 90(2) Kanun Acara Jenayah.

Pemimpin itu mendakwa prosiding terhadapnya berhubung kedua-dua pertuduhan itu juga adalah tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada 22 Mei tahun lalu Anwar, bersama Timbalan Presiden PPKR Mohamed Azmin Ali, 48, dan Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa mengambil bahagian dalam protes jalanan yang mencetuskan huruhara di ibu negara.

Mereka turut berdepan pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim, dengan menghasut mereka membuka sekatan besi di Jalan Raja, di sini, pada hari sama.

Dalam pada itu, pada 2 Julai lalu, mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan bersama penyokong 'Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0)' yang melebihi lima orang untuk menentang perintah Mahkamah Majistret bertarikh 26 April, yang melarang perhimpunan diadakan di kawasan Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.

Pakatan: Kenyataan RoS tak benar

Posted: 05 Jan 2013 04:00 AM PST

HASLINA KAMALUDIN

 

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menyifatkan kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS), Datuk Abdul Rahman Othman berhubung permohonan baru untuk mendaftar gabungan tiga parti sebagai satu pembohongan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sudah membuat permohonan
baru selepas permohonan asal ditolak kerana Pengerusi Penaja ketika itu, Datuk Zaid Ibrahim telah keluar PKR.

"Kami sudah kemukakan permohonan baru dan mempunyai rekod termasuk salinan surat, serta butiran mengenai pegawai RoS yang terlibat ketika permohonan kedua dibuat.

"Jadi, kenyataan beliau (Abdul Rahman) mengenai tidak menerima permohonan PR itu adalah bohong," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sehingga kini, RoS gagal untuk mendaftarkan tiga komponen utama mereka iaitu PKR, Pas dan DAP sebagai satu parti gabungan.

Sebelum ini, Saifuddin dalam kenyataannya berkata, usaha permohonan gabungan itu belum menampakkan hasil apabila dipengerusikan Datuk Kamarudin Jaffar. Namun, hingga kini, PR tidak pernah mendengar apa-apa jawapan balas dan pihaknya tidak akan mengambil langkah untuk menekan RoS dalam hal ini meskipun wujud kes-kes tertentu di mana begitu mudah sesebuah pertubuhan itu diluluskan pendaftarannya.

Himpunan Rakyat: Mat Sabu harap Stadium Merdeka beri 'lampu hijau' segera

Posted: 05 Jan 2013 03:54 AM PST

Wartawan Sinar Harian

 

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka supaya mempercepatkan proses penggunaan stadium tersebut untuk digunakan pada 12 Januari ini.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, desakan itu dibuat memandangkan pihaknya mendapat maklum balas positif daripada pihak polis untuk berbincang berhubung penganjuran Himpunan Sejuta Rakyat.

"Kami telah mendapat kerjasama baik daripada polis. Saya berharap, penggunaan stadium juga akan mendapat kerjasama penuh daripada polis dari sudut keselamatan.

"Di pihak kita, menjanjikan perhimpunan ini yang paling aman diadakan tanpa perarakan dan dilakukan secara santai dan mesra rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, ahli jawatankuasanya bersama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga akan bertemu pihak polis berkenaan langkah keselamatan pada masa himpunan berkenaan.

Beliau turut menjanjikan kepada rakyat bahawa himpunan terbesar ini akan mampu menjana pendapatan tinggi kepada penjaja dan hotel di sekitar Stadium Merdeka.

Pemuda Pas terbit buku 'Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib'

Posted: 05 Jan 2013 02:52 AM PST

SITI FATIHAH AWANG

 

KOTA BHARU – Di sebalik polemik berkenaan amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun 1981 yang kembali hangat, Lajnah Penerangan Pemuda Pas Negeri Kelantan  menerbitkan sebuah buku bertajuk "Amanat Haji Hadi VS Amanat Haji Mahathir & Haji Najib".

Buku 48 halaman itu mengandungi pelbagai input menarik yang menjawab persoalan isu-isu yang berkaitan dengan amanat yang diperkatakan.

Buku tersebut baru diterbitkan dan disusun khas untuk menjernihkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan parti lawan.

Selain fakta-fakta penting tentang amanat tersebut, buku ini juga disertakan dengan keratan-keratan akhbar yang membabitkan isu-isu yang dibincangkan.

Antara panel terlibat, Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; Pengerusi Ulama Pelapis Pas Pusat, Khair Mutanazzar Ismail; Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan Moderator Debat, Dr Mazlee Malik.

Selain daripada panel-panel tersebut, artikel-artikel dari keratan akhbar yang ditulis oleh Sapinah Abdul Ghani dari Sinar Harian dan Penulis Veteran, Subky Latiff juga turut dimuatkan.

Pelbagai tajuk-tajuk menarik dibincangkan seperti "Amanat Haji Abdul Hadi: Masih Relevan?", "Ulama Muda Umno, Kenapa baru sekarang", "Satu kerenah SB (cawangan khas)", "Dewan Ulama: keluarkan semula amanat Hadi", "Amanat tiada unsur mengkafir", dan "JAKIM jangan melatah".

Buku berkulit depan berwarna hijau dengan gambar wajah Hadi, kini Presiden Pas; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dijual dengan harga RM4.

Ia mula dilihat berada di pasaran sekitar Dataran Ilmu yang juga tapak ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Perkasa: Mungkin boleh dakwa Guan Eng melalui enakmen syariah

Posted: 05 Jan 2013 02:48 AM PST

Telah wujud satu enakmen yang digubal pada tahun 1988 melarang mana-mana individu bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'. 

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkemungkinan boleh didakwa dan dikenakan hukuman dibawah enakmen negeri kerana menggunakan perkataan 'Allah', kata Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Beliau  berkata, telah wujud satu enakmen yang digubal pada tahun 1988 melarang mana-mana individu bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.

Katanya, enakmen yang dikuatkuasakan sejak tahun 1990 dan diguna pakai dikebanyakan negeri yang mempunyai Raja Melayu itu terletak dibawah kuasa Jabatan Agama Islam negeri.

"Enakmen itu memperuntukkan kalimah 'Allah' tidak boleh diguna mana-mana pihak kecuali orang Islam.
"Menjadi satu kesalahan bagi individu yang melanggar peruntukan ini dan mereka boleh didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Sivil," katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada kenyataan Guan Eng dalam ucapan sambutan Krismas 25 Disember lalu yang mahu penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan perkataan 'Allah' sama seperti di Sabah dan Sarawak.

Ibrahim bagaimanapun berkata pihaknya kecewa kerana kerajaan negeri tidak tegas menangani isu pertikaian kalimah 'Allah' menggunakan undang-undang sedia ada kerana bimbang nama baik Islam akan tercemar jika dibiarkan berpanjangan.

"Perkasa menggesa Jabatan Agama ambil tindakan dan pantau bagi memastikan hubungan antara kaum tak terjejas," katanya.

Ibrahim turut mencadangkan supaya satu tribunal diraja di bawah kelolaan Majlis Raja-Raja  ditubuhkan bagi menangani isu akidah umat Islam.

Turut baca:
Perkasa tidak akan halang Himpunan Kebangkitan Rakyat

PAS: Hutan musnah di bawah Umno/BN

Posted: 05 Jan 2013 02:46 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

Mereka bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot dunia berbanding 132 buah lain.

 

Oleh Huzir Sulaiman

PETALING JAYA: Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang (LPPAS) mempertikaikan sikap hipokrit Umno/BN dalam aspek pengurusan hutan negara.

LPPAS mendakwa mereka bertanggungjawab mengheret Malaysia ke kedudukan ketiga tercorot dunia berbanding 132 buah lain.

Laporan indeks prestasi alam sekitar dunia itu diterbitkan Universiti Yale Amerika Syarikat baru-baru ini.
"Laporan tersebut juga menggambarkan betapa teruknya prestasi negara selama 1 dekad ini (2002-2012) dalam mengurangkan kesan kepada daya tahan ekosistem dan sumber asli negara", kata Pengerusi LPPAS, Andansura Rabu.

Beliau juga mendakwa Umno /BN sudah kehabisan modal politik sehingga sanggup menuduh Kedah dan Kelantan, sedangkan pada hakikatnya, merekalah yang sebenarnya gagal dalam menguruskan hutan di negeri yang ditadbir mereka.

"Seperti juga isu air, mereka menghentam Kelantan dan Selangor tetapi pada hakikatnya di Pahang sendiri krisis air masih tak selesai-selesai," tambahnya  merujuk kepada memorandum krisis air Pahang yang diserahkan wakil PAS Negeri kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini.

Andansura mendakwa di Pahang sendiri, kita boleh lihat banyak penerokaan hutan yang gagal diuruskan dengan baik contohnya di Hutan Simpan Kemasul (sebelah Felda Kemasul, Kg.Cemomoi Mancis) yang melibatkan 3000 hektar kawasan hutan.

Projek Empangan Kelau melibatkan 1057 hektar Hutan Simpan Lakum, Mukim Hulu Lepar di Kuantan, manakala Hutan Simpan Tekai, Kg. Bantal, dan Kg. Mat Daling yang melibatkan 700 hektar kawasan hutan.

 Tidak ketinggalan juga kawasan pelancongan  di negeri itu khususnya di Mukim Hulu Jelai Cameron Highlands dan di Tasik Chini.

Katanya, bukan sahaja pencemaran kepada alam sekitar akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal ini serta kelemahan aspek penanaman semula hutan, kehidupan masyarakat Orang Asli juga terjejas.

RM20 juta baiki asrama Unisel

Posted: 05 Jan 2013 02:42 AM PST

Bangunan asrama yang menempatkan 40 blok itu dikesan mengalami kerosakan sejak 2005.

KUALA SELANGOR; Peruntukan sebanyak RM20 juta telah disalurkan kepada Universiti Selangor (Unisel) bagi membaikpulih bangunan asrama di Bestari Jaya, di sini.

Perkara tersebut diberitahu oleh Naib Canselor Unisel, Prof Anuar Ahmad kepada FMT ketika membuat tinjauan  menjelang pendaftaran pelajar baru hari ini.

Bagaimanapun Anuar berkata, peruntukan tersebut tidak akan disalurkan secara terus kepada syarikat yang dilantik membina dan menyelenggara bangunan asrama, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Ini katanya pihak Unisel mahu mengadakan proses rundingan dan timbang tara kepada JNSB namun ditolak syarikat berkenaan beberapa kali.

"Kita tidak akan bayar secara terus kerana rundingan perlu dilakukan. Walaupun sebelum ini mereka menuntut RM15 juta, kita sedia runding namun bila kita panggil pihak berkenaan (JNSB), mereka  tidak hadir.

"Malah apabila berlaku mendapan di bangunan asrama kita panggil konsultan untuk membuat penilaian dan mendapati kos untuk membaikinya dianggarkan RM60 juta.

"Sedangkan kos untuk membina asrama adalah RM45 juta. Jika mahal sangat lebih baik kita bina baru atau jadikan lokasi sebagai padang bola," kata beliau ketika ditanya mengenai pilihan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut..

Katanya, bangunan asrama yang menempatkan 40 blok itu dibina pada tahun 2002 dan dikesan mengalami kerosakan sejak 2005.

JKR sahkan  asrama tidak selamat 

Laporan dan kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah pada November dan Disember tahun lalu juga mengesahkan bangunan asrama tersebut tidak selamat  diduduki oleh para pelajar.

"Hasil kajian teknikal JKR mendapati keadaan tanah mengalami kerosakan serius dan aktiviti mendapan masih berlaku yang  boleh menyebabkan struktur boleh terganggu dan gagal. JKR menasihatkan  bangunan berkenaan dikosongkan.

"Jenis kerosakan yang dikesan ialah mendapan tanah dan lantai berdasarkan laporan kedua pada 26 Disember lalu. Kerosakan  dikenalpast pada 2005, kategori kerosakan bahaya kerana jenis tanah tambak bekas tapak lombong yang memerlukan rawatan sebelum dibangunkan," jelas beliau.

i

Dalam pada itu, menerusi tinjauan FMT semalam mendapati pejabat pengurusan asrama JNSB tidak diuruskan dengan protokol pentadbiran sedia ada.

JNSB tidak keluar notis pengosongan

FMT hanya dapat bertemu dengan pekerja penyelenggara asrama sedangkan kerani yang sepatutnya bertugas dilaporkan tidak datang dan ada yang dimaklumkan sudah berhenti.

Menurut pekerja terbabit ia disebabkan kegagalan pihak syarikat membayar gaji selama empat bulan.
"Dah empat bulan kami tak dibayar gaji dik, kakak (pekerja kerani) ada yang bercuti tengah (sedang) cari kerja. Ada yang dah berhenti," katanya.

Ketika FMT mengajukan soalan mengenai keadaan bangunan asrama, pekerja tersebut sebaliknya memberitahu selamat diduduki
.
Ujar pekerja itu lagi, notis pengosongan asrama juga tidak dikeluarkan oleh JNSB sebaliknya Unisel sehingga timbul banyak kekeliruan kepada para pelajar.

Kira-kira 6,000 pelajar termasuk yang baharu  dijangka mendaftar  hari ini tetapi penempatan di asrama Bestari Jaya mencecah hingga 3,000.

Pihak Unisel mengambil langkah proaktif dengan menyediakan penempatan sementara di Azalea Court, Bandar Tasik Puteri iaitu bagi pelajar perempuan sahaja, asrama Unisel Kota Puteri, banglow dan semi D Bukit Minyak Bestari Jaya, Taman Ilmu Bestari Jaya dan Mega-Crystal Resort, Kuala Selangor.

Pelajar dikenakan RM200 sebulan termasuk pengangkutan (bas), utiliti (elektrik dan air) dan khidmat keselamatan.

Isu Mat Yo: Annuar mahu Tunku Ismail profesional

Posted: 05 Jan 2013 02:39 AM PST

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

 

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa membidas kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memintanya menghentikan drama dan politik melibatkan Norshahrul Idlan Talaha.

Annuar berkata, dalam isu penyerang itu, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, yang patut berhenti drama dan bersikap profesional adalah Tunku Ismail sendiri kerana isu tebus kontrak adalah antara pemain itu dengan bekas majikannya.

"Sebenar saya belum pernah membuat sebarang komen secara langsung terhadap Presiden PBNJ kerana saya memandang tinggi dan hormat statusnya sebagai seorang anak Raja bergelar Tengku Mahkota.

"Namun hari ini saya terpanggil memberi reaksi dan juga ingin menegur Presiden PBNJ agar  jangan keterlaluan dalam berkata atau berbuat sesuatu kerana dalam sukan dan persatuan hanya ada satu peraturan untuk semua tanpa adanya beza berasaskan ras, warna kulit, pangkat atau keturunan," kata Annuar yang dipetik menerusi laman Facebokknya, semalam.

Dalam laporan semalam, Tunku Ismail mahu Annuar menghentikan drama dan politik melibatkan Mat Yo.

Baginda juga mahu Annuar lebih bersikap matang dan profesional dalam mengendalikn pasukan bola sepak.
Tunku Ismail memberi jaminan Mat Yo akan membayar harga tebus kontrak seperti diminta Kafa.

"Jangan panjang-panjangkan cerita. Dia (Mat Yo) akan bayar (harga tebus kontrak) pada hari ini. Anda (Annuar) perlu matang. Dalam sukan bola sepak, mesti ada pemain yang datang dan pergi. Anda perlu terima dan bersikap profesional.

"Sebagai contoh, jika satu hari nanti Safee Sali mahu keluar dari pasukan, saya akan terima. Beliau (Annuar) sepatutnya berterima kasih kepada Mat Yo atas sumbangan diberikan dan bukannya bercakap benda kurang menyenangkan terhadap pemain ini," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut berkata, Mat Yo akan menjelaskan bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 seperti ditetapkan oleh FAM.

Mengulas mengenai jumlah bayaran harga tebus kontrak sebanyak RM250,000 yang ditetapkan oleh FAM seperti yang dinyatakan Tunku Ismail, Annuar menyifatkan kenyataan Presiden PBNJ itu satu pembohongan.

Beliau menegaskan, isu tebus kontrak tidak kena-mengena dengan pihak ketiga iaitu PBNJ, malah kenyataan Tunku Ismail adalah bukti campur tangan dan 'inducement' di luar peraturan dan etika oleh Johor yang menjadi punca isu semasa.

"PBNJ hanya terkait isu perpindahan yang kita tiada halangan mengenainya bila isu tebus kontrak oleh Mat Yo selesai.

"Jadi, isu kontrak tak ada kena-mengena dengan PBNJ. Mereka tak perlu memberi  jawapan kononnya hari ini nak bayar RM250,000 dan kononnya FAM sudah putuskan jumlah tersebut, ia adalah satu pembohongan.

"Sedangkan FAM belum membuat keputusan, lagipun FAM sudah menetapkan bahawa kedua pihak Kafa dan Mat Yo memfailkan afidavit untuk dinilai oleh Jawatankuasa Status Rayuan," ujarnya.

Tambah Annuar: "Setakat yang kita tahu jawatankuasa belum lagi berbuat demikian, kita belum dimaklum apa-apa dan kita tunggu saja."

"Jadi, tidak perlu Presiden PBNJ cuba menggunakan nama FAM. Had RM250,000 yang dirujuk adalah had bayaran perpindahan kiranya antara kelab gagal sepakat, namun ia tidak merujuk kepada jumlah pampasan terkait dari ingkar kontrak antara kedua-dua pihak yang ada prosedur menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Annuar mahu Presiden PBNJ yang jauh lebih muda daripadanya agar turut belajar jadi matang dan jangan berdrama serta mengelirukan fakta.

"Tunku Ismail perlu belajar merendah diri, sabar mengikut peraturan dan biarlah benar-benar profesional sebelum mahu menegur persatuan atau orang lain," jelas beliau.

Senarai telefon pintar dikeluar minggu depan

Posted: 05 Jan 2013 02:38 AM PST

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Senarai telefon mudah alih pintar yang ditawarkan kepada belia bagi mendapatkan rebat RM200 menerusi Pakej Komunikasi Belia akan dikeluarkan pada minggu hadapan oleh tujuh syarikat telekomunikasi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tujuh syarikat itu terdiri daripada Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Clixster, Tune Talk dan YTL Communications (YES).

Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Korporat SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata tujuh syarikat berkenaan perlu memaklumkan model telefon pintar itu kepada SKMM sebelum menawarkan kepada belia yang layak.

"Setelah SKMM mendapat senarai model telefon bimbit tersebut, SKMM akan menggabungkan senarai berkenaan untuk syarikat telekomunikasi keluarkan pada laman web masing-masing. SKMM akan pantau dari segi jenama yang sesuai, harga berpatutan dan tidak ada kes telefon tiruan.

"Model telefon pintar ini di setiap penjual yang dilantik mungkin berbeza antara satu sama lain. Tidak semua penjual mempunyai semua jenis telefon bimbit yang belia mahukan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Dalam pada itu Sheikh Raffie menasihati golongan belia supaya bersabar ketika membuat permohonan secara online di laman web skmm.gov.my untuk mendapatkan rebat RM200 itu.

"Oleh kerana terlalu ramai mengakses laman web kita pada satu-satu masa yang menyebabkan sistem menjadi perlahan. Kalau mengalami kesukaran jangan berputus asa dan jangan pula cuba klik banyak kali, masuk online semula dan buat permohonan," katanya.

Beliau berkata SKMM akan terus memperbaiki dan memantau sistem permohonan online itu dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kepuasan semua pihak.

Katanya setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 22,000 pemohon telah mendapat kelulusan menerima rebat RM200 itu.- Bernama

Pemuda Pas: Tidak ada fatwa berkait Amanat Hadi

Posted: 05 Jan 2013 02:32 AM PST

NORSHAHZURA MAT ZUKI

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Pas mendakwa Majlis Fatwa Kebangsaan dijadikan 'kambing hitam' oleh kerajaan untuk membatalkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan mengenai Amanat Haji Hadi yang kembali muncul polemik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, kerajaan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan mengatakan bahawa badan itu telah memfatwakan Amanat Haji Hadi sebagai pandangan sesat dan bercanggah dengan Islam.

"Satu pembohongan. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait dengan isu amanat ini. Kalau ada tindakan daripada kerajaan menganggap amanat tidak betul, mengapa tidak bertindak sebelum ini.

"Mereka membenarkan perkara ini berlarutan sehingga 30 tahun dan kini ia ditimbulkan semula," katanya pada sidang media, hari ini.

Beberapa hari lalu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan menyiarkan forum yang membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Rais dilaporkan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.

Beliau berkata, perkara itu ditimbulkan semula kerana politik terdesak, ketandusan isu dan di kitar semula untuk menutup skandal, pendedahan penyelewengan pihak kerajaan bagi mengaburi mata masyarakat.

"Isu ini berlaku  30 tahun lalu dan pernah cuba diselesaikan melalui proses muzakarah tetapi dibatalkan pada beberapa tahun lepas.

"Apabila menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Umno dan Barisan Nasional (BN) ketandusan isu, terpaksa kitar semula isu 30 tahun lalu," kata Nasrudin.

Nasrudin juga mempersoalkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak pernah mengeluarkan isu tersebut dan tidak bertindak jika Amanat Hadi tidak betul.

Mahathir dan Anaknya Memonopoli Hasil Minyak Negara

Posted: 04 Jan 2013 04:01 PM PST

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/PIC%20TAMRIN.jpgMantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Penasihat Petronas didakwa telah memonopoli hasil minyak negara dan memberikan projek serta konsesi penting Petronas kepada anak-anaknya.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam yang juga bekas ahli Umno selama 4 tahun, Datuk Tamrin Ghaffar berkata Mahathir telah memberikan konsesi carigali minyak bernilai berbilio ringgit tanpa tender kepada syarikat milik anaknya Mokhzani.

"Begitu juga dengan konsesi carigali minyak. Mahathir beri kepada anaknya, Mokhzani melalui syarikat Kencana dan Sapura, Dato' Shahril Shamsuddin. Sekarang ini, kedua-dua syarikat itu bergabung.

"Persoalannya, mengapa tidak ditenderkan? Bercakap tentang bilion-billion ringgit. Macam mana boleh beri begitu sahaja,"ujar Datuk Tamrin.

Beliau menambah, sebagai penasihat kepada konglomerat minyak negara itu adalah mustahil Mahathir tidak tahu menahu tentang pemberian tender tersebut.

Menurutnya, bekas Presiden Umno itu juga banyak terlibat dengan isu-isu penyelewengan kuasa semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/b_02mokhzani.jpg"Mustahil Mahathir tak tahu. Mahathir akan beri alasan dia hanya penasihat. Itu helah dia. Negara ini bukan milik dia hingga boleh buat apa saja, Mahathir juga banyak isu penyelewengan kuasa,"jelasnya dalam satu wawancara dengan pihak media.

Menurut Datuk Tamrin lagi, kekayaan anak Mahathir, Mirzan yang membeli saham Sam Miguel bernilai RM3 bilion, sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina, ada kaitan dengan urusniaga membekalkan petrol kepada kapal-kapalterbang Malaysian Airline System (MAS).

Beliau berkata, Mahathir sebagai Penasihat Petronas, sepatutnya menentukan Petronas membekalkan petrol kepada kapal terbang MAS diteruskan.

Namun begitu, keutamaan kepada syarikat petroliam nasional itu telah diabaikan dan kontrek mmbekalkan petrol tersebut diberikan kepada Exxon-Mobil.

"Sekarang, anaknya pula yang menguasai 19.9 peratus saham dalam Sam Miguel sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina. Nilai harga yang Mirzan beli ialah RM3 bilion.

"Katakanlah, bank beri 80 peratus pinjaman, jadi Mirzan perlu cari 20 peratus lagi daripada RM3 bilion iaitu RM600 juta. Mirzan cari duit tunai itu dari mana?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/drm.jpg"Keuntungan daripada itulah diguna beli Exxon Mobil di Malaysia dan ditukar jadikan jenama Petron. Petron inilah yang dibenarkan membekalkan minyak kepada pesawat MAS.

"Sepatutnya tak boleh berlaku. Keutamaan patut diberi kepada Petronas. Apa guna Mahathir ada di situ (sebagai Penasihat Petronas)?,"soal Tamrin.

Mahathir juga, menurutnya menjadikan negara ini seolah-olah miliknya sehingga menyalahgunakan duit rakyat sebanyak RM3 bilion untuk menyelamatkan perniagaan Mirzan.

"Tahun 1990-an, Mahathir salahguna duit rakyat. Sebanyak RM3 bilion digunakan untuk menyelamatkan (bail-out) bisnes anaknya, Mirzan apabila kerajaan membeli syarikat konsesi perkapalan yang dikuasai oleh Mirzan.

"Masa itu Mirzan hampir nak bankrap. Rugi banyak. Mahathir gunakan duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk menyelamatkan bisnes anaknya,"tegas Datuk Tamrin.

Najib beri projek Puspahanas kepada Awan Megah & syarikat berus gigi

Posted: 04 Jan 2013 03:58 PM PST

Oleh Aedi Asri

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) milik Kementerian Pertahanan kepada Awan Megah Sdn Bhd dan sebuah syarikat pengeluar berus gigi ketika menjawat Menteri Pertahanan.

Dalam sidang media hari ini, Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli menunjukkan bukti penganugerahan tersebut melalui satu surat perjanjian yang ditandatangani pada 8 Jun 2005.

"Projek itu libatkan mereka bentuk dan membina sebuah kolej latihan tentera. Sebagai balasan, Kementerian Pertahanan berjanji akan pindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 seluas 96.825 ekar, Lot 1158 (45.42 ekar) dan PT216 (81.085 ekar).

"Ramai lupa, ia adalah tanah yang mahal (prime land) di Shah Alam…di kelilingi kawasan perumahan mahal yang baru naik dan kawasan perindustrian. Tanah seluas 223.3 ekar ini yang asalnya untuk bina kem tentera, kini jadi tanah yang cukup mahal dan diberi kepada Awan Megah," katanya.

Awan Megah dimiliki Raja Roopiah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Menurut Rafizi, maklumat kewangan terakhir Awan Megah yang difailkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 dan menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan sebarang aktiviti.

"Oleh kerana Awan Megah adalah syarikat Ali Baba, ia terpaksa lantik GuppyUnip Sdn Bhd sebagai rakan kongsi untuk biaya dan siapkan projek.

"GuppyUnip dikuasai Cheong Chow Koh, melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya, Unip Berhad. Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah pengilang berus gigi," dedah Rafizi di ibu pejabat parti.

Tambah beliau, semakan melalui SSM menunjukkan GuppyUnip ditubuh pada 9 Disember 2009 dan tiada pengalaman dalam bidang pembinaan.

Cemas 1 juta rakyat banjiri HKR punca dewan ceramah disabotaj

Posted: 04 Jan 2013 03:55 PM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Cemas sejuta rakyat membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR 112) punca pihak tertentu melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato' Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.

"Ini pasti kerja orang yang takut menjelangnya hari kebangkitan rakyat. Sedikitpun kita tak lemah," kata Anggota Jawatankuasa HKR 112, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sambil menyifatkan ia tindakan panik pihak terdesak.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, pihaknya mengesan kejadian itu pagi tadi semasa membuat pemeriksaan ke dewan tersebut untuk persiapan Ceramah Mobilisasi HKR yang akan diadakan di sana malam ini.

Menjelang HKR di Stadium Merdeka, SAMM menganjurkan Jelajah Anak Muda Menuju #KL112- 1 juta rakyat di seluruh negara, bermula 26 Disember lalu.

"Program 'countdown' menuju hari bersejarah 12 Januari akan tetap berlangsung malam nanti," tegasnya.

Pada malam ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan van bergerak yang disediakan SAMM untuk memperhebatkan mobilisasi menjelang himpunan itu.

"Van itu akan bergerak tanpa henti ke segenap Lembah Klang sebagai kempen kita untuk menjayakan HKR," kata Chegu Bard.

Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai 'Deklarasi 12 Jan' akan dibentangkan.

Rakyat diberi pilihan memakai baju kuning sempena tuntutan pilihan raya adil dan bersih, merah sebagai tanda 'Royalti', hijau pula untuk 'Lynas' dan oren sebagai membantah penyenaraian FGVH.

Pengarah HKR, Mohamad Sabu turut memaklumkan, himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara seperti himpunan Bersih lalu.

Senarai calon KEADILAN selesai Februari – Tian Chua

Posted: 04 Jan 2013 03:52 PM PST

*** Gambar Hiasan

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Senarai calon KEADILAN yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) akan siap sepenuhnya pada pertengahan bulan depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Beliau berkata, 80 peratus calon dikenalpasti dan akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

Menurutnya, senarai nama calon setiap negeri sudahpun dihantar kepada Pengerusi KEADILAN di negeri masing-masing bagi mengenal pasti individu yang menjadi calon.

"Kita sudah teliti nama-nama calon. Hanya tunggu masa sesuai untuk kita umumkan. Setakat ini hanya sesetengah individu sahaja diumum," katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, penetapan tersebut ekoran mengambil kira tarikh pembubaran Parlimen.
"Parti ada strategi tersendiri kerana tarikh pilihan raya tidak menentu. Sebab itu kita tidak mahu umumkan (calon) lebih awal.

"Kita jangka semua pemilihan calon akan selesai pada pertengahan Februari sebab kita jangka pilihan raya tidak lewat daripada April," katanya.

Tian menambah, antara calon yang disenaraikan awal sudah memulakan gerak kerja di kawasan masing-masing dibantu jentera parti.

*** Gambar Hiasan

"Calon-calon yang terpilih telah bersiap sedia dan mungkin ada strategi tertentu yang akan kita buat pada saat-saat akhir. Ini bergantung pada persetujuan terakhir oleh Pakatan Rakyat untuk tentukan semua kerusi," jelasnya.

"Untuk pilihan raya kali ini memang tiada masalah, kerana kita bertugas seperti satu pasukan.

"Kita menawarkan visi baru dengan pendekatan positif. Rakyat boleh pilih agenda Pakatan atau Umno yang kita tahu sinonim perangai rasuah dan pelbagai penyelewengan," kata Tian.

KEADILAN isytihar 'perang' di Johor, Sabah & S'wak tumbangkan BN

Posted: 04 Jan 2013 03:50 PM PST

Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan menumbangkan BN pada PRU 13.

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : KEADILAN bakal meniupkan semboyan 'perang' di negeri kubu kuat Umno – Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencapai misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, persaingan sengit yang akan berlaku di tiga negeri itu pastinya memberi tamparan hebat buat Umno BN.

"Kerusi panas bagi KEADILAN, banyak di Johor, Sabah dan Sarawak. Kita akan tumpu untuk rampas lebih banyak kerusi di semua negeri ini daripada Umno BN

"Medan perang penentuan akan berlaku di ketiga-tiga negeri ini, walaupun kita sedar kerusi-kerusi berkenaan sejak dulu tidak pernah jatuh kepada Pakatan," katanya kepada Keadilan Daily.

Ditanya mengenai sasaran kemenangan, Tian berkata, secara komited Pakatan boleh memenangi 25 hingga 30 kerusi di negeri-negeri tersebut.

"Target kerusi daripada tiga-tiga negeri ini kita boleh dapatkan secara total, 25 hingga 30 kerusi.
"Untuk memerintah kita perlukan 112 kerusi secara minimum. Untuk menang selesa, kita perlukan 120 kerusi," jelas Ahli Parlimen Batu itu.

Belia Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sedia berdiri bersama Pakatan 

menumbangkan BN pada PRU 13.

Tian berkata, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut ribuan rakyat setiap kali turun padang ke sana menyebabkan Perdana Menteri dan Timbalannya 'panas punggung'.

"Kali ini boleh dikatakan semua kerusi panas ditandingi kedua-dua pihak. Kita nampak Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri untuk kita lihat bagaimana penerimaan rakyat," katanya tanpa menamakan senarai kerusi terbabit.

"Sebab itulah Najib (Razak) dan Muhyiddin (Yassin) setiap dua minggu ulang alik ke Johor, Sabah dan Sarawak," sambung Tian.

Gangguan Bekalan Air : Syabas Gagal Baiki Pam Rosak Lebih Setahun

Posted: 04 Jan 2013 03:47 PM PST


syabas-AIR1

SHAH ALAM  : Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor  (Syabas) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, SYABAS patut menyelenggara semua aset pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan syarikat itu.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklan Rumah Pam Wangsa Maju.

"Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri," kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

Siasatan tersebut dilakukan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu.
"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju oleh jawatan (itu) pada 2 Januari dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah  dibaiki," kata Abdul Khalid.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa Syabas:
* gagal menyelenggara aset dan fasiliti bekalan air yang terletak dibawahnya bermula dari 1 Januari 2005 seperti di dalam perjanjian konsesi.
* gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan ini menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna
* gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut
* gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Selangor.

Sebaliknya, Abdul Khalid berkata, Syabas menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

"Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi.

"Justeru,  Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula  industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," Abdul Khalid berkata.

Projek Hospital Terbengkalai K Selangor, Satu Lagi Janji "Tidak Ditepati" Umno-BN

Posted: 04 Jan 2013 03:45 PM PST


hospital tanjng karang demo 01

TANJONG KARANG : Dua jam untuk hanya mengambil nombor giliran untuk berjumpa doktor dan ruang menunggu yang sesak dan panas, adalah antara kekurangan yang terpaksa dihadapi penduduk di sini apabila ke Hospital Tanjong Karang.

Malah penduduk seperti Norfaezah Ismail, 51, kadang-kadang terpaksa berdiri sambil menunggu untuk mendapat rawatan di hospital yang sudah berusia 46 tahun.

Lebih mengecewakan adalah kesedaran bahawa penduduk di Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Kuala Selangor sepatutnya tidak perlu lagi mengharungi situasi tersebut kerana Kerajaan Persekutuan Umno-BN pernah berjanji akan membina hospital baru.

Akan tetapi, selepas 13 tahun, tapak seluas 60 ekar bagi projek hospital baru tersebut di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor masih lagi merupakan sebuah ladang kelapa sawit.

hospital tanjong karang 02

Sebuah papan tanda di ladang tersebut yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" adalah satu-satunya indikasi yang tapak itu sepatutnya mempunyai sebuah hospital.

Penyelaras Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata Kerajaan Umno-BN sedar mengenai ketidakmampuan Hospital Tanjong Karang yang dibina pada 1966 dan telah merancang untuk membina hospital baru di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998.

Namun, Yahya berkata, janji pembinaan hospital ini sudah melewati 13 tahun dan masih tidak ada pembinaan di tapaknya yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, Hospital Tanjong Karang yang sedia ada sudah tidak dapat menanggung permintaan populasi penduduk di Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang semakin padat.

Kata Yahya, antara rungutan lain adalah kesesakan lalulintas, ruang parkir yang tidak mencukupi, waktu menunggu yang lama dan Kekurangan khidmat pakar.

hospital tanjong karang 01

"Kapasiti hospital yang mempunyai 114 buah katil ini terlalu rendah dan hanya memberikan rawatan biasa seperti bersalin dan rawatan bagi pesakit luar.

"Untuk mendapatkan khidmat rawatan lanjut, pesakit perlu pergi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang ataupun dirujuk ke Hospital Sungai Buloh yang mengambil masa selama sejam perjalanan daripada Tanjong Karang," katanya ketika ditemuramah di luar hospital berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Misran Serman, 56, berkata pesakit kronik dan warga emas mengalami kesukaran untuk mendapatkan rawatan di hospital sedia ada.

"Pesakit kanser perlu mendapatkan khidmat rawatan susulan di hospital lain kerana hospital ini hanya menyediakan rawatan asas seperti 'hemodialisis' dan 'x-ray'.

"Doktor pakar pula hadir pada waktu tertentu sahaja," katanya yang tinggal di Sungai Burong, Tanjong Karang.

Mereka mendesak supaya Kerajaan Umno-BN menunaikan janji dan meneruskan projek hospital baru di Kampung Sungai Terap

hospital tanjong karang 03
.
Selain itu, Yahya turut mendakwa terdapat unsur salah guna kuasa di antara pihak yang terlibat dengan projek hospital baru tersebut kerana ladang kelapa sawit itu masih mengeluarkan hasil walaupun tanah itu telah diberikan kepada kementerian.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 05 Jan 2013 03:04 AM PST

tunku


Deepak Fell Into The Devil's Trap

Posted: 04 Jan 2013 03:00 PM PST

Despite of being involved in the business for years, and can be described as a successful businessman, only today Deepak Jaikishin learned something valuable in his life, 'never make a deal with the devil'. Once we're in it, we would have to pay them with our soul. Perhaps it is a little too late for Deepak to learn about this, but it is not too late for him to save his soul because he still haven't make any deal. Deepak should feel lucky for not dealing with the devil like how Zik Aziz or PAS now had to put aside all of their dignity, religion, race and country. Actually, Deepak's issue is not political. It is just an issue which involve business crisis and bank loans which did not go as planned. Sadly, Deepak's business network which involves the government and friends of government leaders do not just provide him advantage, it also gives him troubles. He is seen as an easy target to be used for political interest of those who goes against the government. Especially when the government's enemy has links with sponsors which are among leaders who control the world politics and economy, so it is not hard for them to control Deepak's companies around the world. Just put him in a tough spot and he would do anything to get out of it. Then, just fabricate any documents or pictures, opposition supporters and rakyat would not think further and they would simply believe the matter. This is what the opposition want, using Deepak as a took to create accusation, such as the purchase of jewelry by Datin Seri Rosmah. However, like what was mentioned above, Deepak still haven't make any deal with the devil, he only met for negotiations, which he rejected. According to Deepak, everything began when he contacted Anwar Ibrahim during the month of Ramadhan to seek help regarding the payment issue by a company from the Middle East where Anwar knew the Chairman and the top management, personally. Deepak also admitted that he met Anwar for three times and he had given all files regarding the case of Raja Ropiah. During the meeting, Anwar was said to be interested in getting more information on the relationship between Deepak and Dato' Seri Najib and his wife, including their personal matters. And knowing Anwar, promises and promises, he promised Deepak that he would bring the case to the Parliament within a month, press conference, and to solve the whole issue. That however, never happened, perhaps because Anwar knew that the case is too weak. Despite that, through Sivarasa, Deepak once again managed to meet Anwar on November 28 to discuss upon the same matter. This time, Anwar asked Deepak to link Dato' Seri Najib and Datin Seri Rosmah on Raja Ropiah's case and admit paying both of them. However, Deepak did not do a he's told. Instead, he told the truth, each of the business transactions which is based on the law and did not mention any of those names. Obviously, Anwar sees Deepak as a traitor. Only two days after the incident, Anwar made a press statement denying the fact that he met with Deepak. This denial somehow left Deepak stunned because it is obvious that it is a lie. Deepak also admitted that he had watched Anwar's sextape and heard about Anwar's sodomy trial. However, he took the measure of 'understanding' Anwar's position to defend himself. Deepak even could accept Anwar as the next Prime Minister. It seems, only Anwar's lies woke Deepak up from his deep slumber. Anwar is somehow a nightmare that could destroy anyone's life. Being friends with Anwar is a curse. We do understand that Deepak is desperate to solve his business issues and we also understand that Anwar is desperate to win the coming election. Today, we can see that even though Deepak came up to tell the truth, Anwar still uses his name for political reasons. The question is, until when? Whatever it is, Anwar's effort in using Deepak to tarnish the image of Datin Seri Rosmah or Dato' Seri Najib is coming to a dead end. The jewelry issue which is brought by Rafizi is too weak and stupid. Why would an invoice for a company is used as proof that the jewelry is given to Datin Seri Rosmah? Not just that it is irrelevant, how can he guarantee that the invoice was not fabricated just like the RM24 million ring issue or the superimposed picture of Altantuya issue? Now that Deepak has learned his lesson, just like Dato' Chandra Muzzafar, Ezam Md. Noor, Dato' Zulkifli Noordin, Rahimi...and the list goes on...when would it be the time for the PKR's milo boy, who knows.

Change In Result: Still No Malays In DAP Central Executive Committee

Posted: 04 Jan 2013 03:53 AM PST

The thing which we can say about the voting result for members of DAP's central executive committee (CEC) during the party's 16th National Congress in mid December 2012 is that this chauvinist Chinese party still love their spirit of racism. This is proven to be true because not even a single Malay out of all eight Muslim Malay candidates managed to become part of CEC which is chosen by DAP representatives. Meanwhile, only one Indian representative was chosen, while another two leaders who are Sikh who were chosen, are father and son, while the other 17 are Chinese leaders and four of them are family members. Looking at the CEC's new list, it clearly violated DAP's propaganda which often state that the party focuses on the interest of all races and that it is committed in fighting for equality and an open policy. Realizing the negative impact from the scenario, other than criticisms from rakyat, DAP then decided to appoint two Malay leaders as CEC's new members including a 'pirated' Malay, Zairil Khir Johari. The measure could not really help to cover DAP's racism because the appointment of these two appointments are not from the choice of DAP members. Instead, it is seen as a desperate move which is given to mere followers and not leaders. Due to the bad impact, DAP then broke a new record after changing their own official voting numbers just so that they could cover the original result of the election. All of the sudden, two weeks after the election, Zairil's name went up from 60th to 20th to show as if he is a Malay leader which is voted by DAP representatives to join CEC. DAP's effort to manipulate and cheat the number of votes just to bring Zairil's name up, did not even help the party. Just imagine how bad it would be if DAP and friends are to lead this country. The excuse saying that Zairil was victimized during the counting process other than the mistake during transferring the election result would definitely be accepted by Malay supporters in PAS and PKR. However, such excuses can never change rakyat's perception on DAP, the party has always and will always be racist. Even though Zairil is known as a Melayu Celup where he is 100% Chinese as he is the son of Christine Lim Bin Abdullah and his status to former UMNO Secretary General, Mohammad Khir Johari, is just as his stepson. Using the name Zairil Khir Johari is just another tactic to achieve his personal interest by using his stepfather's name, all just so he could bring up DAP's propaganda. The reality is in front of us, not even a single Muslim Malay was voted by majority of DAP members, because in their racist mind, Muslim Malays are never qualified to become DAP main leaders.

Taipingmali (tm)

Posted: 05 Jan 2013 01:31 AM PST

Taipingmali (tm)


Skim Rumah Pertamaku

Posted: 04 Jan 2013 04:41 AM PST

Had pendapatan peminjam individu bg Skim Rumah Pertamaku (SRP) dinaikkan dr RM3,000 kpd RM5,000 sebulan berkuat kuasa Januari 2013. Kenaikan berkenaan merupakan satu drp kriteria kelayakan SRP yg diumumkan dlm Belanjawan 2013 tahun lepas, demikian menurut Cagamas SRP Bhd hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Krisis Hutang Dunia: Malaysia Di Jalan Yang Betul

Posted: 04 Jan 2013 04:29 AM PST

Ekonomi global yang merudum pada tahun 1997/98 telah pun pulih pada separuh kedua tahun 2009. Namun, perkembangannya semakin perlahan bermula tahun ini, iaitu tahun 2012. Ekonomi global banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi negara maju dan perkembangan ekonomi di dalam negara pula sebahagian besarnya bergantung kepada krisis hutang serta keyakinan pasaran.

Hari ini, hutang dunia telah meningkat dari USD18 Trillion kepada USD51 Trillion berbanding kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah. Menurut laporan Global Wealth 2012 oleh Credit Suisse Research Institute, negara di mana jumlah hutang isi rumah meningkat melebihi USD1 trillion, nisbah hutang berbanding aset meningkat secara purata sebanyak 50 sen dalam jangkamasa 2000 hingga 2008.

Secara dasarnya, negara yang berada dalam keadaan ekonomi yang selesa cenderung mencatatkan hutang isi rumah yang lebih tinggi.

Kedudukan nisbah hutang berbanding aset di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom menunjukkan paten yang sama iaitu meningkat secara drastik pada tahun 2008 dan kemudiannya menurun sekitar 20% pada tahun 2011-2012. The Economist pula mencatatkan peratusan hutang awam Amerika daripada KDNK adalah pada 74.2% atau USD36,873.70 per kapita dan UK pula 90.6% atau USD35,325.24 per kapita.

Di Eropah, mengambil contoh Itali yang mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 11.1 % pada tahun 2012 iaitu antara yang terendah di dunia tetapi ia adalah satu peningkatan yang banyak kerana ia bermula pada asas yang rendah. Tetapi, jumlah hutang awam di Itali pula mencatatkan peratusan 120.7% dari KDNK atau USD40,590.48 per kapita.

Hutang berbanding aset Sepanyol bagaimanapun mencatatkan nisbah 90% lebih tinggi dari tahun 2000 dan tiada tanda-tanda penurunan manakala peratusan hutang awam dari KDNK pula ialah 73.2% atau USD21,837.18 per kapita.

Perancis mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 12.8% iaitu berkurangan sebanyak 10% dari sepuluh tahun lalu kerana berjaya meningkatkan asetnya. Hutang awam Perancis mencatatkan angka 89.8% dari KDNK atau USD36,723.23 per kapita.

Jerman juga berjaya menurunkan nisbah daripada 24.3% pada tahun 2000 sehingga hanya 16.4% pada tahun ini. Kedudukan hutang awam Jerman pula berada pada tahap 82.8% dari KDNK atau USD34,224.93per kapita.

Singapura dilaporkan hampir menyamai prestasi Jerman dalam mengurangkan beban hutang sementara Malaysia dan Filipina pula menurut laporan Credit Suisse Research Institute, telah tidak dapat dipastikan, tetapi berkemungkinan mempunyai rekod yang lebih baik.

Bagaimanapun, menurut The Economist, kedudukan hutang awam Malaysia berbanding KDNK ialah 56.7%, atau USD5,903.21 per kapita, Filipina 46.6% atau USD1,209.84 per kapita, dan Singapura 96.4% atau USD50,074.83 per kapita.

Seperti negara-negara lain, Malaysia juga tidak dapat mengelak dari menerima akibat daripada limpahan hutang dan kelembapan ekonomi Amerika dan Eropah. Keadaan ekonomi di negara maju ini mengakibatkan penurunan dalam pasaran global. Malaysia terkesan dengan keadaan ini melalui perdagangan antarabangsa dan harga komoditi. Ia juga menyebabkan kedudukan kewangan global menjadi tidak menentu sekali gus mempengaruhi kedudukan kewangan dalam negara yang mana memberi kesan kepada pendapatan isi rumah.

Oleh yang demikian, amaran berbagai pihak mengenai kedudukan hutang negara yang tinggi tidak pernah diambil remeh oleh kerajaan.

Malaysia bernasib baik kerana kerajaan sentiasa memastikan eksport negara ini berbentuk berbagai dan tidak bergantung kepada elektrikal dan elektronik semata-mata tetapi turut merangkumi industri pembuatan lain, selain komoditi. Ini juga bererti rakan dagangan Malaysia lebih meluas dan tidak banyak bergantung kepada negara maju. Pada tahun 2011, 47% eksport Malaysia adalah ke negara Asia manakala hanya 30.2% ke Amerika dan Eropah.

Mengenalpasti penurunan dari segi pelaburan swasta semenjak krisis ekonomi Asia 1997 mungkin menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi, maka kerajaan menggariskan beberapa transformasi strategik untuk menggiatkan sektor swasta di bawah Model Ekonomi Baru. Antaranya, mengembangkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan buruh asing, membina asas infrastruktur, meningkatkan sumber dan lain-lain lagi.

Sehingga kini, langkah yang diambil oleh Malaysia telah pun menunjukkan kejayaan di mana Laporan Ekonomi 2012/2013 oleh Kementerian Kewangan menunjukkan dana kasar yang diperoleh oleh sektor swasta melalui terbitan sekuriti hutang sektor swasta meningkat dengan ketara sebanyak 97.9 peratus kepada RM70.9 bilion untuk tujuh bulan pertama 2012 berbanding hingga 67.7 peratus kenaikan kepada RM35.8 bilion sebelumnya.

Dana kasar yang diperoleh dalam pasaran modal meningkat dengan ketara sebanyak 46.3 peratus kepada RM155.5 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini yang telah disokong terutamanya oleh keperluan pembiayaan infrastruktur berbanding dengan peningkatan 31.8 peratus kepada RM106.3 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Dana kasar yang diperoleh oleh sektor awam juga berkembang 3.3 peratus kepada RM64.3 bilion bagi tujuh bulan pertama 2012 berbanding dengan RM62.2 bilion, iaitu peningkatan 47.6 peratus untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Oleh yang demikian, Malaysia mampu menjangkakan pertumbuhan yang berterusan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan lembab.


Keupayaan kerajaan Malaysia untuk memandang ke hadapan dan bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi kemungkinan limpahan hutang dunia memberi kesan kepada negara wajar diberi pujian. Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap, rekod yang baik seperti yang tertera di atas adalah mustahil.

Walaupun ada pihak yang cuba menafikan keupayaan dan kecekapan kerajaan, tetapi hakikatnya, masyarakat peniaga dunia lebih arif mengenainya. Ini terbukti dari peningkatan jumlah pelaburan langsung asing yang bertitik tolak dari peningkatan keyakinan pelabur. Rekod pelaburan langsung asing yang menjunam dari RM24.1 billion pada 2008 kepada RM5 billion pada 2009 meningkat kepada RM29 billion pada 2010 dan seterusnya kepada RM33 billion pada 2011.

Malaysia kini berada pada tangga ke-2 dalam senarai negara paling berdaya saing di Asia, ke-6 di Asia Pasifik dan ke-25 di dunia. Malaysia kini berada di tangga ke 10 dalam senarai negara paling diyakini bagi pelaburan asing,iaitu lonjakan dari tangga ke 21 pada tahun 2010.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lim Guan Eng gagap dalam isu Kairil

Posted: 04 Jan 2013 04:17 AM PST

Sebentar tadi di tv3, Lim Guan Eng buat-buat gagap berikut pendedahan Roket kini tentang kesilapan kiraan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatan kuasa kerja tertinggi DAP bulan lalu


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saksikan iLMU di Bicara Rakyat TV1 sebentar lagi Amanat Hadi Awang

Posted: 04 Jan 2013 04:12 AM PST

TAJUK: AMANAT HAJI HADI
TARIKH: 4/1/2013(Jumaat).
JAM :9 malam

SEBARKAN.! Mari kita ketahui bencana dan kesan pada masyarakat berhubung 'amanat hj hadi'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembangkang dan fitnah

Posted: 04 Jan 2013 04:01 AM PST

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Angkara Pasir Haram Punca Asrama UNISEL Di Tutup

Posted: 04 Jan 2013 02:59 AM PST

Universiti Selangor (UNISEL) untuk entah kali ke berapa terus menarik perhatian umum dan mengundang kontroversi yang tak sudah-sudah semenjak IPT itu di urus tadbir oleh Kerajaan PKR Selangor.

Sebelum ini UNISEL diselubungi masalah timbunan hutang berjuta ringgit gara-gara kegagalan urus tadbir dan masalah kewangan yang menyebabkannya gagal melangsaikan bayaran perkhidmatan pengurusan asrama.

Tumpuan kali ini pula berkisar pada permasalahan yang dihadapi sekitar 5,000 hingga 6,000 orang pelajarnya di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor apabila terpaksa tinggal di luar penempatan asrama berikutan masalah mendapan tanah dan keretakan bangunan selain turut menjejaskan sistem pendawaian elektrik.

Sejak Kampus UNISEL di Bestari Jaya ini siap dibina dan mula beroperasi pada 2005, masalah sistem utiliti pendawaian elektrik, mendapan tanah atau keretakan bangunan tidak pernah berlaku sama sekali.

Namun apabila Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh pakatan pembangkang yang bersekongkol di bawah gabungan PR, masalah mula timbul berikutan tindakan Kerajaan PKR Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kontraktor yang dilantik semakin menggiatkan aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan berdekatan.

Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila permit kebenaran melombong pasir disalah guna sehinggakan wujud pula aktiviti mengorek pasir secara haram yang kian berleluasa melewati sempadan yang telah ditetapkan termasuklah berhampiran kediaman penduduk dan Kampus UNISEL berdekatan.

Sekitar tahun 2010 dulu para penduduk di kawasan ini merangkumi Bestari Jaya, Kampung Susu dan Kampung Berjuntai Bestari pernah beberapa kali meminta jasa baik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri pimpinannya segera menghentikan kegiatan perlombongan pasir di sekitar kawasan berkenaan.

Tuntutan mereka itu berasas demi menjaga keselamatan penduduk setempat dan para pelajar di Kampus UNISEL Bestari Jaya, namun seperti mana biasa MB Selangor terus dengan sikap keras kepalanya mengabaikan aduan kebimbangan penduduk.

Pada 29 Julai 2010, Mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo melalui blog beliau pernah menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan risiko aktiviti perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan termasuklah kerap menggorek jauh ke dalam bumi bakal menjejaskan alam sekitar kawasan tersebut.

Tika itu ramai pimpinan Kerajaan PKR Selangor termasuk mandang mudah kebimbangan yang disuarakan oleh Mantan MB Selangor dan penduduk sekitarnya, tapi hari ini ia menjadi kenyataan.

Gara-gara kegagalan urus tadbir Kerajaan PKR Selangor dan kelemahan bertindak Menteri Besarnya yang paling bebal dan keras kepala di atas muka bumi ini, akhirnya sekitar 6,000 orang pelajar UNISEL terjejas teruk, manakala penduduk di kawasan berdekatan terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak menentu.

Inilah masalahnya apabila urus tadbir Kerajaan Negeri diberikan pada kelompok yang hanya pandai berjanji dan bercakap besar, akibatnya rakyat yang terpaksa menanggung bebannya.

Menyesal? Tak beguna jika mentaliti kita masih percaya pada poli'tikus' baiki labu macam pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS.

Seeloknya semasa PRU 13 nanti kalau-kalau berasa masih yakin dengan kebolehan sikap cakna rakyat yang kononnya dimiliki oleh para pemimpin PR, eloklah sama-sama kita terus mengundi PKR, DAP dan PAS untuk kebaikan bersama.

Manalah tahu kot kalau mati dihempap bangunan atau tertimbus tanah mendap, alang-alang janji pendidikan percuma hanyalah janji dicapati oleh PR, setidak-tidaknya dapatlah juga rezeki tanah kubur percuma untuk anak-anak kita dan orang kampung sekitarnya. Tak gitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MUNGKINKAH NASIB RAFIZI SEPERTI JULIAN ASSANGE?

Posted: 04 Jan 2013 01:24 AM PST

Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.

Kali ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia!

Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.

Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki!

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong.

Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja - kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.

Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.

Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut?

Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih, semuanya boleh menjadi kenyataan.

Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.

Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun!

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh, pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri?

Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya?

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.

Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.

Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC, projek LRT Ampang, dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.

Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan.

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka.

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.

Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan.

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini.

Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 05 Jan 2013 01:17 AM PST

Sahabat-Gunung


Mutiara Kata

Posted: 04 Jan 2013 09:02 PM PST


Noh Persoal Kerajaan Negeri, Masih Belum Beri Geran Tanah

Posted: 04 Jan 2013 07:32 PM PST


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan negeri Selangor yang masih tidak memberikan geran tanah kepada 193 penduduk Kampung Seri Tiram Jaya di sini.

Sedangkan, katanya penduduk telah mendapat kelulusan permohonan tanah
pertanian seluas 80.9 hektar ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Penduduk yang terlibat telah memohon untuk mendapatkan geran tanah pada 2004. Malangnya sehingga hari ini, tiada sebarang geran yang diberikan kepada mereka," katanya ketika melawat kampung itu semalam.

Noh berkata penduduk membayar premium tanah sejak 2008 tetapi sehingga kini kerajaan negeri enggan memberikan geran kepada mereka.

"Apakah kerana tanah tersebut diluluskan permohonannya ketika pentadbiran BN sebelum ini atau pun pentadbiran negeri di bawah pakatan pembangkang gagal melaksanakan tadbir urus yang baik kepada rakyat," katanya.  

Salah seorang pemilik tanah Mohd Tahrir Mustar, 59, melahirkan rasa kesal
kerana kerajaan negeri sekarang tidak berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau berkata beliau telah membayar premium tanah sebanyak RM356 bagi
setiap 0.4 hektar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor.

"Kami cuma penduduk kampung dan pendapatan kami bukan tinggi. Kami harap kerajaan negeri memahami masalah yang kami hadapi dan atasinya dengan segera kerana perkara ini sudah lama berlanjutan," katanya.

sekupangdua

Posted: 04 Jan 2013 11:33 PM PST

sekupangdua


VIDEO BUKTI LADANG RAKYAT YANG KINI JADI LADANG DAP!

Posted: 04 Jan 2013 09:30 PM PST



PAS TOLONG JAWAB! Terutama pencacai atau Barua Pakartun Roket yang memang tegar dan setia kepada dema yang jadi sekutu menghalang dari Pembongkaran Tanah dan ladang rakyat yang diusahakan oleh Rakyat kelantan sendiri di rampas dan diserahkan kepada orang Luar.Mulianya sedekah dari mengira untung nasib sama ada Ahli PAS sendiri atau Rakyat Kelantan sekali pun, Sedekah  itu lebih penting dari membela Hak Rakyat? 

Tanah yang diusahakan Rakyat boleh diambil serta merta demi kerana mau sengaja nak berjasa pada Orang luar apatah lagi pemimpin Parti yang sebenarnya mempunyai kuasa? PAS tidak lagi bermaruah, malah sebenarnya hak rakyat sendiri pun dirampas dan diberikan kepada orang kafir yang lain kononnya sebagai sedekah atau pertukaran harta untuk kuasa? 

Lihat sendiri dalam video dia betapa mereka-mereka yang terinaya termasuk Orang Asli sendiri yang telah pun menetap beberapa keturunan lagi dan merupakan kawasan nenek moyang mereka dirampas, Alasan PAS sebagai kerajaan Negeri yang kononnya menjadikan tanah ni sebagai Ladang Rakyat. segala usaha yang dijalankan oleh mereka yang bertahun-tahun lamanya tiba-tiba terpaksa diserahkan kepada Kafir yang bukan pun Orang Kelantan atau ahli PAS sendiri. 

Kenapa tiba-tiba PAS bagai hilang telor untuk bersuara, buta ker Ahli Pas sendiri juga mrnjadi mangsa apabila tanah Ladang  Rakyat yang berpuluh tahun diusahakan akhirnya terpaksa diserahkan kepada Orang Luar dengan penuh Musykil kenapa samai sanggup menginaya rakyat kelantan demi mahu jugakdiberikan kepada Kafir Harbik sekalipun ramai yang terpaksa menderita dan kecewa bila kehilangan Ladang Rakyat yang telah rampas

Nampaknya kita dah boleh nampak bagaimana Kelakuan atau sikap pemimpin PAS yang tak peduli soal Rakyat sebaliknya mementingkan kuasa dalam apa cara sekalupun untuk mendapatkan nya, memang dema tak peduli drngan Hak Rakyat, apatah lagi nak bantu, memang tak merasa ler, Yang penting mesti utamakan Kuasa dengan apa cara sekali pun...

TAMBUN TAK SEMISKIN NIE, TOLONG TEGAS DAN SIASAT DENGAN SENDIKIT NIE

Posted: 04 Jan 2013 04:00 PM PST

Setiap hari anak-anak sekecil ini ada disini minta derma
Kalau anda pernah ke Tambun yang berdekatan dengan LOST WORLD, terdapat sebuah Maybank bangunan bersebelahan dengan Gaint, Pasti dapat tengok boleh dikatakan setiap hari akan ada dua dan kekadang seorang budak perempuan seusia lebih kurang 12 tahun kebawah yang akan berada diluar Mesin ATM Kawanku yang kononnya meminta derma  

Kadang-kadang sehingga lewat malam anak-anak nie akan tunggu sesiapa sahaja yang menggunakan mesin Atm untuk berurusan masuk atau keluar duit disini. Kekadang memang nampak kesian dan sedih bila kita tengok semuda usia 12 tahun ni akan duduk disini meminta derma.

Seperti Biasa kita memang tahu tajuk derma tentulah berkenaan pembinaan sekolah agama, Pembiayaan untuk anak yatim, masjid dan banyak lagi yang ada kaitan tuntutan sebagai umat Islam perlu bantu demi nasib anak-anak seperti ini.
Tetapi bila hari-hari dan begitu lama sehingga bertahun dema ni masih ada disini untuk mintak derma dan kekadang setiap sedekah kununnya dengan membeli kalender dan pelbagai benda bagi mengantikan sumbangan kita yang kononnya sebagai derma demi membantu sekolah agama ataupun anak yatim dan lain-lain.

Bina baru sekolah Agama di Taman Perpaduan tambun
Tetapi ada sepekara yang musykil bagi teman bila bertahun anak-anak ini diperhambakan begini dengan menjadikan agen meminta derma di kawasan ini yang sebenarnya cukup membangun dan smenjadi diantara terbaik dari segi pembangunan di sini terutamanya kerana kita cukup tahu kawasan yang diwakili oleh YBMK II Datuk Seri Husni Hanazlah, Dato Nazri dan Dato Rosnah Yb parlimen disini, Buktinya kalau kita menuju ke Taman Perpaduan akan dapat kita tengok  sekolah agama yang baru dibina disini yang satu ketika dahulu sekolah agama nie tak lah sebesar dan lengkap seperti sekarang.

Disebelahnya akan kita lihat Surau yang begitu besar semacam masjid yang turut diusahakan oleh kerajaan terutama YBMK II yang cukup perihatin dengan kawasan beliau, Pelik dan menjadi tanda tanya kenapa masih lagi ada yg menggunakan anak-anak ini yang kadang-kadang sehingga malam akan berada di Luar  pintu ATM bank nie, memang pelik jika YBMK II terlepas pandang atau tidak  membantu, tidak dinafikan juga bila kita tahu ada sendikit yg menggunakan anak-anak nie untuk meminta derma dan ada juga kesempatan nie yang kita cukup tahu digunakan oleh Pati Ajaran sesat kununnya demi membangunkan bangunan atau sekolah anak-anak yatim ataupun kategori sekolah agama atau pondok persendirian 

Setahu teman YBMK II belum pernah menyisih rakyat terutama di kawasan beliau sendiri, pernah satu ketika bila teman dalam kedai gunting rambut bersembang dengan seorang India, pada mulanya teman tengok gayanya dengan badan yang tegap  bertindik dan bersubang serta dengan suara yang amat kasar bersembang dengan teman bila teman agak dia nie macam dari Parti Pembangkang.  sambil tengah digunting rambutnya teman masih ingat apa yang dia kata...

' Abang kita sini tak payah mau minta-minta sana sini, tak payah tunggu itu kerajaan atau parti MIC, Samy Vellu. sini semua boleh dapat, masa tu teman dah rasa macam betul tekaan teman dia ni mungkin group Hindraf... Sini banyak senang la bang, cukup senang kalu ada lain orang kata ini kerajaan tarak baik saya ingat itu satu worang punya dalam dunia tarak otak, Sini ha bang kadang-kadang kita tak payah tulis surat pun, turus pigi jumpa iti Datuk Husni cakap dan mintak sama dia GARENTI dapat punya, kita minta apa saj mau minta tolong biking kuil pun tarak masala tuntu dia kasi punya, Dia baik punya worang bang, lagi apa mau ini macam? ini Datuk Husni ha tarak double standard semua worang banyak hormat sama dia, dia baik punya worang la bang, tipu la kalu worang cakap dia tarak baik punya worang, itu serupa BERSIH ka tarak guna punya worang, itu semua busuk hati punya worang, kalu betul ini tempat punya worang ha semua suka sama ini Datuk Husni... 

Nampaknya salah tekaan teman, hehehe.. tapi nyata memang cakap dia ni memang betui Tambun cukup membangun dan memang tak da harapan kalau pakartun Roket nak menang walaupun kita tahu sekarang nie dema tengah berperang nak dapat kerusi tambun antara PAS dan PKR yang sebenarnya memang jauh kalau nak mimpi dapat tambun dari YBMK II nie.

Teringat jugak teman satu ketika Hari Raya thun lepas bila teman cuba spy YBMK II macamana dia boleh berada diprogram masa raya disini, macamana dia boleh hadir di Program di tambun kerana dia boleh sampai disini on time sedangkan banyak yang merunggut bila balik keIpoh yang memakan masa sehingga 8 Jam kerana kesesakan lalu linta samada jalan lama atau Highway kerana sesak dengan kenderaan dan kemalangan? 

Rupanya dia (YBMK II) berseorangan turun Ipoh dari Kl dengan menaiki ETS, hahaha kalau ETS nie kan kita tahu ikut jadual dan tepat, nyadin (selamba) jer dia sorang-sorang naik ETS dari Kl ke IPOH, sampai diIpoh dema jemput dia terus ke program begitu juga bila balik ke KL. Bila disiasat kenapa dia tak menggunakan kereta rasmi dia kata Jalan Jem dan Driver dia pun nak raya jugak. bagi ler dia peluang... 

Dan paling kelakor bila ada sahabat yang cerita kat teman ' Bro masa teman balik naik ETS teman jumpa sebijik muka sama macam datuk Husni.... Siap ada yang nak  mintak tangkap gambor sekali. Tak kan komer tak dapat agak siapa yg sebenornya dema jumpa dalam Train? 
PADA PIHAK YANG BERWAJIB TOLONG LAH SELAMAT KAN ANAK-ANAK INI, JANGAN ABAIKAN NASIB MEREKA BEGINI DEMI KEPENTINGAN LAIN, ANAK-ANAK JUGA BERHAK MENDAPAT ZAMAN MEREKA, TEMAN PERCAYA ADA DALANG DISEBALIK ANAK-ANAK YANG MEMINTA DERMA YANG TERPAKSA MENGHABISKAN MASA SEPANJANG HARI DISINI, APAKAH MEREKA TAK BERSEKOLAH?  TEMAN TIDAK PERCAYA YBMK II TIDAK BANTU JIKA BENAR ADA YANG MEMERLUKAN SEKOLAH ATAU TEMPAT TINGGAL APA TAH LAGI UNTUK ANAK-ANAK YATIM! 

PENDEK UMUR JIKA BERBUAT ZINA

Posted: 04 Jan 2013 06:00 AM PST


Berzina boleh memendekan Umur atau Hayat? Rasullulah s.a.w ada bersabda menyatakan agar setiap orang yang beriman itu menjauhkan diri dari Zina, Ada enam pekara yang akan dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan Zina, Tiga didunia dan tiga lagi di akhirat...

Didunia ialah hilangnya keceriaan Wajah, Pendek Umur dan sentiasa fakir. manakala di akhirat ialah kemurkaan Allah, Balasan Neraka dan Hisab Buruk
Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan bahawa tidak ada dosa setitik air mani yang diletakan seoranglelaki dalam kemaluan (faraj) yang tidak halal baginya

Demikianlah balasan yang akan diterima oleh mereka yang terlibat dengan Zina. Mereka yang beriman kepada Allah tidak melakukannya, dan mereka yang telah melakukannnya akan memberhentikannya. Azabnya begitu mengerikan, seringan-ringan balasan neraka itu ialah andainya batu neraka itu diletakan di Tapak Kaki, nescaya menggelegaklah otak orang yang diseksa tadi.

Walaupun demikian, andainyaseseorang itu bertaubat, beriman kepada Allah dan mengerjakan amalan soleh, kejahatan itu akan diganti oleh Allah swt dengan kebajikan, Dan adalah Allah swt itu maha pengampun lagi maha penyayang. Kerana itu atas alasan ini jalan yang saudari mesti lakukan ialah bertaubat....

KANANG YANG SEKUPANG KENALI...

Posted: 04 Jan 2013 01:30 AM PST

KANANG ANAK LANGKAU...
Sekadar berkongsi duka dengan kalian. terus terang saya katakan saya amat sedih bile dengar tentang kehilangan Kanang anak langkau, Mungkin sahabat saya sdr Azlan Che Lah juga merasakan begini, kami pernah terjah dan merakamkan cerita kanang sekitar awal tahun 90an, sedikit kita berkongsi cerita, sama kita sama merasa tentang erti perjuangan. Betapa Bodohnya sebelum ini kita diperlekehkan olah pakartun Roket demi mencacai menghina pejuang negara bila Mat Taboo yang menganggap Komunislah sebagai HERO dengan memperlekeh pejuang yang sanggup mengorbankan nyawa demi Keamanan yang kita kecapi sehingga kini... 

Pejuang menentang komunis terutamannya di gubir, bukit kepong , sempadan Thailand, sg siput dan banyak lagi tempat yang kini menjadikan peristiwa hitam yang mungkin tak semua yang tahu cerita disebalik pejuang kita, antaranya Major Rasyid para 17(kem terendak), SM Kanang 8 renjer (kem terendak), Kopral Adnan ( makenise 19 Sg petani dan banyak lagi. saya dan rakan sdr Azlan pernah menerjah banyak kem diseluruh Malaysia untuk dapatkan cerita terutama tentang perjuangan mereka, banyak yang kami dapat semuanya berakhir dengan kesedihan. termasuk bila diantaranya di makenise sg petani yang terlibat dalam operasi sebenar 'THE BLACK HAWK DOWN' yg berkesudahan Amerika akhirnya sebagai hero walaupun sebenarnya tentera Malaysia lah penyelamatnya, 

Cerita psl Datuk Temenggung Kanang nie, teman masih ingat bila kami terjah di kem Para di Terendak masih teringat tertera AGI IDUP AGI NGELABAN untuk 8 renjer yang menjadi kem terakhir buat kanang, 8 Renjer cukup digeruni apabila mereka adalah diantara yang paling kuat disiplin diantara kem-kem lain di terendak... buktinya kalau komer pegi ke kesana, percayalah seawal pagi akan kedengaran jerit oder KAWAD yang diakui semua kem disana apabila 8 Renjer adalah pasukan yang hebat dalam kawad, kita boleh dengar derap dan hentakan kaki mereka setiap kali kawad, dan mereka juga lah yang menjadi juara di terendak KEM PARA ( Paracut) disitulah kem Kanang yang Terakhir kalau tak silap teman ...
 
Teman dah lupa nama Major yang juga pengendalin utama atau CO ( Comand Officer)   tak siap teman Major Kumar, dia yang dilihat tegas sebaliknya tumbang dengan kami bila disoal selidik, menagis bila diasak oleh kami Ketika menemuramah beliau banyak cerita yang di luahkan oleh beliau. 

Kanang merupakan anak Sarawak yang begitu tegas dalam setiap operasi dan begitu banyak amalkan petua mengikut bagaimana kaumnya. pengiraan serta congak dalam setiap gerak, Kumar sebelum ini merupakan anak didik kanang dan pada ketika itu hanya berpangkat prebet jer, tetapi sebaik selesai bila kami minta dia katakan apa yang dia mahu pada kanang dan kami akan jumpa kanang selepas temuramah tersebut dan pastinya akan kami panjangkan ucapan beliau, dia bagai budak kecik yg tak dapat menahan air mata berjujus keluar dari matanya berkata teramat rindukan Kanang (bersara)  yang dianggap Sebagai bapanya kerana mendidik dan menjadikan beliau hingga kini sebagai seorang warga negara yang terus akan berjuang untuk KEAMANAN negara selagi hayat. selain mengatakan rindu teramat beliau dengan kanang kami juga terharu bila dia memberi tabik hormat dengan tangan yang terketar-ketar dan berharap beliau akan sentiasa sihat senantiasa.

Kanang sebenarnya Tegas dalam setiap Operasi yang siketuainya,  Kanang tidak pernah leka dalam hutan, dia juga merupan renjer terbaik sebagai peninjau, Beberapa cara bagaimana beliau membaca setiap pegerakan musuh,  Mengikut Firasat dan sebagaimana Keturunan Pahlawan Sarawak,  melihat pada daun, ranting patah, melihat kesan tapak, mendengar ditanah tentang musuh dan banyak lagi memang sudah menjadi keistimewaan Kanang terutama Platun yang dipimpinnya yang sentiasa berjaya dalam setiap operasi yang dijalankan . 

Membunuh komunis dan tidak sesekali terepaskan walau seorang pun memang jadi ketegasan beliau, tetapi ada juga pantang larang nya bila ada PGK ( kumunis) perempuan yang dibunuh oleh Paltun beliau ketika PGK tersebut  membuang air besar di sungai didalam operasi mereka  juga menandakan bahawa bakal ada musibah mendatang. Platun beliau kemudiannya diambush oleh komunis, menyedari kesilapan kerana membunuh bandit perempuan yang sedang membuang air besar adalah diantara pantang pada Pahlawan Sarawak nie,  menjadikan beliau risau tentang MUSIBAH yang bakal menimpa Platun beliau lalu beliau mendahului Platon tersebut kerana beranggapan biarlah beliau di ambush dulu demi keselamatan paltun kesayangan beliau.

Akhirnya beliau mendapat celaka bila kalau kita tahu ada kesan tembakan menembus  dikiri dada beiau yang menyebabkan salah satu buah pinggang beliau rosak tidak boleh digunakan.  Demi mengutamakan keselamatan anak buah beloau dalam operasi beliau menjadi yang paling hadapan dalam Platun semasa dalam Operasi beliau.

Bukan itu saja menurut Major Kumar pernah beliau dan palton kehabisan makanan, beliau sendiri akan memasak beras yang ada dibuat bubur dan dikongsi sama rata semua platon walaupun sesudu seorang. Menurut Kumar lagi bekalan yang ada pada beliau berbaki sekadar segengam dua beras yang ada dikongsi semua merasa. dengan menjadikan bubur dan berkongsi semua walaupun sekadar beberapa sudu untuk setiap orang. 

Sebaik kami sampai di Kuching dalam siri menjejak beliau, belaiu begitu terharu dengan kehadiran kami, kata nya Kanang hanya dikenali di Semenjung tetapi tidak Di Sarawak. Suatu ketika pernah pingat Gagah Berani dijual dipasar bagi menyara kehidupan keluarga beliau bila beliau terdesak, Beranggapan bukan pekara besar untuk perjuangan demi kemanan negara yang akhirnya kementerian sendiri pergi mendapatkan semula untuk beliau. Pingat seperti ini adalah penghargaan tertinggi bagi Pahlawan negara.

Selepas menemuramah beliau kami ke bandar Kuching membuat temu bual dengan orang ramai bagi membuktikan apa yag beliau dakwa, seramai 20orang yang kami temuramah,. Tahukah kalian apa jawapannya? 10 darinya mengatakan tidak kenal lansung Kanang, 5 mengatakan kenal (alasan) tapi tak tahu dia dimana dan kononnya sudah mati, 3 mengatakan Kanang ni sebagai penghibur ataupun artis, seorang mengatakan kenal Kanang sebagai seorang Artis RAP, Hanya seorang yang tahu Kanang sebagai hero dalam tentera dengan keberaniannya, malangnya dia mengatakan Kanang sudah lama mati, ini interview yang kami buat di kucing dengan Orang Sarawak sendiri, betul lah Kanang hanya dikenali semenanjung sebagaimana dia perkatakan semasa kami berjumpa beliau di Rumah Panjang sebelum menemuduga Orang ramai

Dan sepekara lagi unik nya si Kanang nie apabila disetiap Operasi beliau beliau akan sentisa membawa parang Sarawak yang terselip di sisi beliau, bagi orang  Sarawak panglima perang kaum mereka akan memenggal kepala musuh dengan parang tersebut dalam pertembungan yang menggunakan senjata. Bukan menjadi pekara pelik bila Parang Sarawak ( yang macam kita tahu sekarang nie dijual sebagai perhiasan) digunakan dalam paltun Ranjer yang dipimpinnya di setiap  Operasi yang dipimpin beliau, Bukan pelik bagi tentera terutama dalam Renjer sendiri yang ramai yang berasal dari sarawak dan sabah

Bagi Kanang soal nama yang perlu dikenang bukan soal utama, yang penting sebagai rakyat wajib pertahankan Kemanan Negara, itu kemestian, begitulah antara yang masih teman ingat, jika ada nama yang tak betul sebutan teman... teman mintak maaf kerana sudah lebih kurang 20 tahun peristiwa ini berlaku, walau bagaimana pun teman masih ingat lagi dari sudut cerita dan kesudahan team kami yang telah pun di episodkan dalam siri  IKRAR PERWIRA yang kini telahpun dijadikan Eset dalam Library yang tersimpan terutamanya di RTM sendiri.

Kenapa teman ceritakan pada Kalian? rasanya tentu kaian tahu, kalian berhak mengetahui cerita ini kerana bagi teman Rakyat perlu tahu kemanan yang diprtahankan oleh PEJUANG seperti beliau dan lain-lain pejuang yang pernah dihina oleh mat Taboo bila. mengangkat Komunis adalah Hero sebenarnya sebelum ini,  Berani mendedah dan berhadapan dengan musuh cyber yang cuba porak porandakan minda rakyat juga merupakan pejuang bagi teman, sebagai pejuang kalian terserlah BERANI dalam apa sahaja pendedahan, bersatu kita dalam satu saf Perang Menentang fitnah dan ramcangan memporak perandakan negara dengan merosakan pemikiran rakyat... Insyallah

Saya beranggapan dewasa ini seperti Blogger Pisau yang bakal berhadapan dengan saman akan terus kita perjuangkan sebagai memertabat dan memperjuangkan blogger sesama kita, Apa sahaja pendedahan terhadap penyelewengan serta fitnah nampaknya bakal diugut dengan saman walaupun jalan terbaik adalah menceritakan pekara yang sebenar,  Nak menentang korupsi dan penyelewengan demi kebenaran nampak bakal berhadapan dengan saman kerana punya kuasa, harta dan pengaruh yang membolehkan golongan begini tidak lansung takut dengan dosa  

SEKUPANG DUA...  mohon maaf  jika ada kesilapan teman dalam  sudut penceritaan, Insyallah akan saya cerrita lagi kisah benar pejuang kita dalam episode lain... Mat Taboo contoh terbaik sebagai pencacai demi kuasa sehingga sanggup menghina pejuang seperti Leftenan Adnan serta Peristiwa Bukit Kepong yang telah mengorbankan Pejuang tanah Air kita demi memperjuangkan Keamanan yang kita kecapi sehingga kini 

Terbaru kita ketahui demi kuasa dan untuk memburukan kerajaan yang ada Pencacai Pakartu Roket sampai sanggup bertemu Kedutaan Jepun dengan hasrat mencari apa sahaja keburukan yang boleh difitnah kepada kerajaan yang sedia ada oleh Pakartun Roket, demi kuasa apa saja sanggup dibuat sekali pun bersekutu dengan Musuh negara suatu ketika dulu seperti Jepun Dan Komunis,Pernah mereka fikirkan kalau ada adik beradik atau saudara mara yang meletakkan nyawa dema sendiri demi mempertahan kan negara mahu dianggap sebagai pengkhianat, Dema pulak yang bersekutu dengan Kumunis dan terbaru dengan Jepun Pulak, memang dema ler sebenarnya PENGKHINAT SEBENAR kepada Negara sehingga sanggup buat apa sahaja termasuk bersekutu dengan Jepun sekali demi mahu memburukan Negara Malaysia yang aman damai termasuk dema sekali yang kecapi, NAK SANGAT NEGARA HURU HARA DAN BERPERANG KER! DAH HATI DAJJAL... DEMI KUASA!!!

Panglima Perang Cyber

Posted: 04 Jan 2013 11:28 PM PST

Panglima Perang Cyber


Gambar-Gambar Sepanjang Program #SEMAIAN #MUAFAKAT cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Posted: 04 Jan 2013 10:46 PM PST

Pegawai Khas @AhmadMaslan mahu menghadap Isu Penceramah Pas Hina Ydp Agong - @Malaysiakini @NajibRazak

Posted: 04 Jan 2013 07:51 PM PST


    • Pegawai penerangan Umno mahu menghadap Agong

    • Zulaikha Zulkifli | 4:21PM Jan 4 2013

    • Pegawai khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang rumahnya disimbah cat merah pada 25 Disember lalu akan menulis surat bagi memohon berkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

      Pegawai tersebut, Ab Halim Tuah Rahmat berkata, tujuan pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan mengenai tazkirah Maghrib di Surau An-Naim, Seksyen 5 Wangsa Maju baru-baru ini, yang didakwanya menghina Seri Paduka.

      NONEBeliau yang juga pegawai penerangan Umno berkata surat permohonan untuk menghadap Seri Paduka akan dihantar minggu depan.

      Selain itu, beliau turut menggesa agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan terhadap penceramah tazkirah maghrib tersebut yang menghina Seri Paduka pada 15 November dan 20 Disember lalu.

      "Kita juga mendesak JAWI ambil tindakan terhadap penceramah berkenaan.

      "Saya akan hantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong minggu depan untuk mohon perkenan untuk menghadap. Mudah-mudahan akan diperkenan Seri Paduka baginda," katanya.

      Ab Halim memberitahu demikian ketika ditemui selepas beliau bersama empat orang lagi berkumpul di depan surau tersebut selepas solat Jumaat tadi

      NONEBeliau turut memberi ucapan ringkas manakala yang lainnya memegang sepanduk menyatakan sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong.

      Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, rumah Ab Halim disimbah cat merah ketika beliau bersama keluarga tiada di rumah.

      Cat tersebut disimbah di bahagian pintu depan rumahnya serta di bahagian tepi rumah, yang turut terkena rumah jirannya kerana ia merupakan rumah jenis 'town house'

      Ab Halim yang juga dilaporkan berkata sebelum ini, beliau membuat dua laporan polis terhadap penceramah di surau yang terletak di hadapan rumahnya, yang didakwanya menyentuh beberapa isu berhubung pemimpin negara.

http://m.malaysiakini.com/news/218093

Panglima : usaha halang penceramah agama usik politik atas surau dan masjid wajar ditentang kita semua. Sokongan umat Melayu Islam perlu bulat menentang tindakan ahli agama sentuh politik ini.

Sent from Samsung Galaxy Note

Live : Program SEMAIAN MUAFAKAT Dirasmi YDP Dewan Negara di Pusat Islam Pagi Ini cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Posted: 04 Jan 2013 05:37 PM PST

Assalamualaykum Warahmatullah...

Pagi ini berlangsung program bertema 'Memartabatkan Islam Sebagai Agama Negara' yang akan berakhir jam 5 petang nanti. Anjuran MUAFAKAT dengan kerjasama JAKIM dengan IKIM AL HIJRAH AGENDA DAILY sebagai media rasmi.

Walau Ubah Undian Alasan Kesilapan, Melayu Tetap Tiada Di Hati DAP !!!

Posted: 04 Jan 2013 02:55 PM PST

Ubah Keputusan: Melayu Tetap Tiada Dalam Jawatankuasa Pusat DAP

Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.

Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.

Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.

Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.

Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.

Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.

Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.

Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya.

Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan, tak sukar dibayangkan kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya dalam PR diberi peluang memerintah.

Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.

Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP, dulu dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya.

Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu darah keturunannya 100% Cina, merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Mohammad Khir Johari.

Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam.

Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata, tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP kerana pada fikiran mereka yang rasis itu, orang Melayu Islam tidak layak untuk menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah tuju parti.

PISAU.NET Dedah Kongres DAP 2012: Hilang 882 Undi Untuk Menangkan Zairil

Posted: 04 Jan 2013 06:29 AM PST

Tulis Pisau.net


Kongres DAP 2012: 882 Undi Dihilangkan Untuk Menangkan Zairil


Jom kita tengok bagaimana Tokong DAP  memenangkan anak cina si Zairil anak angkat Khir Johari untuk membuktikan DAP tidak rasis..Undi perwakilan DAP yang rasis dihilangkan untuk menangkan Zairil berjumlah 882 undi.

Telah Pisau katakan sejak dari dulu lagi..Lim Guan Eng lidahnya bercabang..bohong..belit dan penipu..DAP sekarang ini terpalit dengan taichi setiausaha agungnya yang paling gampang dalam sejarah parti..



Di bawah adalah keputusan rasmi yang dikeluarkan semasa Kongres DAP di Pulau Pinang.

Di bawah adalah keputusan terkini selepas 2 minggu Kongres. 


Baca lagi selanjutnya : 



Sent from my iPad

Kronologi Hubungan Deepak Dengan Anwar Fitnah PM @NajibRazak Sekeluarga

Posted: 04 Jan 2013 05:22 AM PST

Deepak Terjerat Umpan Syaitan Yang Diserunya

Walaupun telah lama berkecimpung dalam perniagaan, dan boleh dianggap sebagai seorang yang berjaya, Deepak Jaikishin baru hari ini dapat belajar sesuatu yang berharga dalam hidupnya iaitu 'jangan sesekali meminta bantuan syaitan'. Atau, kata orang putih, 'don't make a deal with the devil'. Sekali kita terjebak dengan syaitan, kita terpaksa membayarnya dengan roh kita sendiri. Mungkin agak terlambat bagi Deepak untuk belajar mengenai perkara ini, tetapi roh beliau masih boleh diselamatkan kerana belum membuat apa-apa janji.
Deepak wajar merasa bertuah kerana tidak terjebak sehingga memeterai perjanjian bekerjasama dengan syaitan sepertimana Nik Aziz atau PAS yang kini terpaksa bergolok gadai segala maruah, agama, bangsa dan juga negara.

Sebenarnya, isu Deepak, bukanlah isu politik. Ia merupakan isu yang berkaitan masalah perniagaan dan pinjaman bank yang tidak berjalan sepertimana yang dirancangkan. Malangnya, rangkaian perniagaan Deepak yang melibatkan kerajaan dan kenalan pemimpin-pemimpin kerajaan bukan sahaja memberikannya kelebihan, tetapi juga kemudaratan. Beliau dilihat sebagai umpan yang mudah untuk diperguna atau diperalatkan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang memusuhi kerajaan.

Apatah lagi apabila musuh kerajaan itu mempunyai rangkaian penaja yang merangkumi tokoh-tokoh yang menjadi pencatur politik dan ekonomi dunia, maka bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka mencatur ekonomi syarikat-syarikat Deepak di seluruh dunia. Letakkan saja Deepak dalam keadaan yang sukar dan beliau pasti sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri dari kesukaran itu.

Kemudiannya, letakkanlah dokumen-dokumen apa saja yang direka-reka, atau gambar-gambar palsu yang disuper-impose, maka penyokong pembangkang serta rakyat yang enggan berfikir panjang akan terus mempercayainya.

Inilah antara perkiraan pihak pembangkang dan penaja mereka apabila menggunakan Deepak sebagai alat untuk mencipta fitnah baru, seperti pembelian barang kemas bernilai belasan juta oleh Datin Seri Rosmah, kononnya.

Namun, seperti yang disebut tadi, Deepak belum lagi menandatangani perjanjian dengan syaitan, hanya berjumpa untuk proses tawar menawar yang mana nampaknya tidak dipersetujuinya.

Menurut pengakuan Deepak, semuanya bermula apabila beliau menghubungi Anwar Ibrahim pada bulan Ramadhan untuk meminta bantuan berkenaan masalah pembayaran oleh sebuah syarikat dari timur tengah yang mana Anwar mengenali Pengerusi dan pihak pengurusan atasannya secara peribadi.

Deepak juga mengaku berjumpa dengan Anwar sebanyak 3 kali selepas itu dan beliau juga telah memberikan keseluruhan fail berkaitan kes Raja Ropiah. Sepanjang perjumpaan, Anwar dikatakan begitu berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hubungan Deepak dengan Dato' Seri Najib serta isteri, termasuk hal-hal berkaitan peribadi mereka.

Seperti Anwar yang kita kenal, iaitu suka berjanji secara tetap, beliau telah berjanji dengan Deepak bahawa dalam masa hanya sebulan sahaja, beliau akan membawa kes itu ke Parlimen, membuat kenyataan akhbar mengenainya, sekali gus menyelesaikannya.

Namun, itu tidak pernah berlaku, mungkin kerana Anwar tahu bahawa kes tersebut terlalu lemah dan mungkin juga tidak berasas.

Walaubagaimanapun, melalui Sivarasa, Deepak sekali lagi dapat bertemu dengan Anwar pada 28 November dan membincangkan perkara yang sama. Kali ini, Anwar meminta Deepak mengaitkan nama Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam kes Raja Ropiah dan mengaku membayar kedua-duanya dengan sejumlah wang. Namun, Deepak telah tidak melakukan sebagaimana di arah dan hanya memberitahu apa yang benar iaitu segala-gala transaksi perniagaan adalah berdasarkan undang-undang yang sah tanpa melibatkan nama-nama tersebut.

Pastinya, Anwar melihat ini sebagai satu pembelotan di pihak Deepak. Lalu pada dua hari berikutnya, Anwar telah membuat kenyataan akhbar menafikan beliau pernah bertemu dengan Deepak. Penafian inilah yang membuatkan Deepak tersentak kerana ia merupakan satu pembohongan yang nyata.

Deepak juga mengakui bahawa beliau telah menonton video seks Anwar dan mendengar mengenai kes liwat Anwar tetapi telah mengambil sikap 'memahami' kedudukan Anwar untuk mempertahankan diri. Malah Deepak juga mampu menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri.

Nampaknya, hanya pembohongan Anwar yang melibatkan dirinya sendiri sahaja yang berjaya mengejutkan Deepak dari tidur. Anwar rupa-rupanya adalah satu mimpi ngeri yang mampu memusnahkan hidup sesiapa sahaja yang 'disentuh'nya. Berkawan dengan Anwar adalah satu kesilapan dan mempercayai Anwar adalah satu sumpahan yang berpanjangan.

Kita faham keadaan Deepak yang terdesak untuk melepaskan diri dari masalah perniagaan dan kewangan dan kita juga faham bahawa Anwar juga terdesak untuk menang pilihanraya. Hari ini kita lihat walaupun Deepak telah tampil menceritakan hal sebenar, namun pihak Anwar masih terus menggunakan nama Deepak sebagai modal politik. Soalnya, sampai bila? Selagi ada ruang dan caranya, selagi itulah Deepak tidak akan dapat melepaskan diri dari syaitan yang diserunya sendiri.

Apapun, yang pasti segala usaha Anwar untuk menggunakan Deepak bagi memburukkan Datin Seri Rosmah atau Dato' Seri Najib nampaknya tidak berjaya. Isu barang kemas yang dimainkan Rafizi begitu lemah, malah begitu bodoh untuk diterima akal. Apa ke jadahnya invois pembelian oleh sebuah syarikat dikatakan bukti pemberian kepada Datin Seri Rosmah? Sudahlah ia tidak relevan, apa pula jaminan yang invois tersebut tidak direka-reka sepertimana kes cincin RM24juta atau gambar superimpose Altantuya yang terang-terangan palsunya?

Kini, Deepak sudah mendapat pengajaran yang sewajarnya, seperti juga Dato' Chandra Muzzafar, Ezam Md. Noor, Dato' Zulkifli Noordin, Rahimi..dan senarainya berterusan…. pencacai yang tinggal di dalam PKR itu, bila lagi?

DEMOKRASI TULEN ALA DAP - UBAH UNDI SELEPAS DUA MINGGU PEMILIHAN

Posted: 04 Jan 2013 02:06 AM PST

Silap Kira : Lawak Silap Mata Terhebat DAP Untuk Tutup Label Rasis


KUALA LUMPUR 4 Jan – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin bukan sahaja tidak terkejut malah turut mempersoalkan keputusan terbaru pemilihan DAP apabila Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20 dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Soal beliau apakah keputusan berkenaan bertujuan untuk mengelakkan pelbagai tanggapan yang timbul setelah semua calon Melayu kalah dalam pertandingan untuk jawatankuasa ekselutif parti berkenaan sebelum ini yang menarik tumpuan umum.
"Menyangkut kenyataan terbaru ini saya kira ianya bukan setakat silap mata malah wayang kulit yang kononnya mereka 'transparent' dan tidak cauvunis.. Bagi saya ini kosmetik semata-mata dan langsung tidak menggambarkan apa yang sebenarnya.


"Orang terdesak sanggup lakukan apa sahaja…Namun apa pun perkembangan terbaru hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan tidak pelik dan sedikit pun  tidak mengejutkan. Apa pun rakyat boleh nilai dan boleh tengok sendiri apa yang berlaku itu," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Fairus seterusnya menambah menjelangnya pilihan raya umum nanti akan banyak lagi perkara-perkara yang berlaku semata-mata untuk memancing undi dan kepentingan politik mereka.
"Bukankah pelbagai tanggapan timbul sebelum ini dan hari ini saya kira ianya tidak akan menghakis segala tanggapan yang timbul…..malah mungkin akan menambahkan lagi pelbagai tanggapan baru pula kelak," katanya.
Memetik laporan Mstar, DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Dalam keputusan yang dipinda, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20 dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.
Zairil, yang sebelum ini dikatakan mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkannya pada kedudukan 20.
Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan mengikut pengauditan dalaman dan luaran. -MediaUMNO 

http://www.umno-online.my/?p=75015

JOM KE PROGRAM SEMAIAN MUAFAKAT KERJASAMA JAKIM UTUSAN IKIM PAGI ESOK KHAS BUAT PENCINTA #ISLAM CC @NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN

Posted: 04 Jan 2013 02:01 AM PST


INSYA ALLAH PANGLIMA AKAN BERSAMA MAJLIS INI ESOK...



banner SEMAIAN2

Jemputan TERBUKA untuk semua. PERCUMA


Pendaftaran awal digalakkan (Tempat Terhad)

flyer SEMAIAN-1
flyer SEMAIAN-2

Blog kamera kupang Dedah 15 Ciri Syiah & Gambar Kaitan Dengan Pemimpin PAS

Posted: 04 Jan 2013 12:22 AM PST





Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.


2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya. 


3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali. 


4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja. 


5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain. 


6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin. 


7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah. 


8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum. 


9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum. 


10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah. 


11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar. 


12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya. 


13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut. 


14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah. 


15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah. 


Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya 


Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. 




http://kamerakupang.blogspot.com/2013/01/15-ciri-ciri-penganut-syiah-pas-pakatan.html?m=1 


Panglima : Ahli Sunnah Wal Jamaah Cintai Nabi dan keluarga Baginda iaitu Ahlul Bait serta menghormati Sahabat baginda dengan penuh takzim.


Sent from Samsung Galaxy Note

Kenyataan Lim Guan Eng Mahu Kalimah Allah Untuk Kristian Diulas Akhbar Singapura

Posted: 03 Jan 2013 11:47 PM PST



DAP Dalang dalam Kontroversi Kalimah Allah


Isu penggunaan Kalimah Allah telah sekali lagi menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah tersebut dalam edisi Bahasa Melayu kitab Injil yang diterbitkan di sini.

Kenyataan beliau itu telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dari pelbagai pihak sehingga memaksa Lim Guan Eng memutar kenyataan beliau dengan berkata bahawa beliau hanya membuat gesaannya untuk penganut-penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Rata-rata masyarakat Malaysia menyelar kenyataan beliau itu yang dibuat dalam perutusan sambutan hari Krismas baru-baru ini dan menyifatkan Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat sebagai tidak sensitif. Berikut adalah terjemahan berita yang disiarkan dalam akhbar Singapura,The Straits Timepada 1 Januari 2013:


KUALA LUMPUR - Kontroversi penggunaan kalimah "Allah" oleh orang bukan Islam telah timbul lagi di Malaysia, setelah seorang pemimpin pembangkang menggesa Kerajaan Persekutuan agar membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah tersebut untuk tujuan beribadat.

Beberapa kumpulan Islam telah mengadakan siri protes terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang dalam ucapan sambutan Krismasnya telah menggesa pihak berkuasa membenarkan penganut-penganut agama Kristian menggunakan kalimah "Allah" dalam edisi Bahasa Malaysia kitab Injil yang diterbitkan di sini.

"Dalam menyampaikan pesanan sambutan Krismas pun beliau telah menimbulkan sentimen keagamaan terhadap orang Islam," kata Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang Hafiz Nordin, yang telah memimpin protes di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat ini.

"Ini jelas membuktikan betapa Pakatan Rakyat dan DAP bersikap tidak sensitif serta mendiskriminasi."

Mufti Perak Harussani Zakaria juga mengecam kenyataan Lim Guan Eng itu, sambil menyifatkannya sebagai sebuah provokasi.

"Penganut-penganut Kristian tidak seharusnya masuk campur dalam Islam. Sekiranya mereka mahu menggunakan perkataan 'Allah', mereka boleh memeluk agama Islam," ujar beliau kepada sebuah laman web berita tempatan.

Reaksi-reaksi ini menggambarkan ketegangan-ketegangan yang masih menyelebungi isu yang sangat sensitif ini. Titik penyelesaian masih belum lagi dicapai sejak pihak Kerajaan membuat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan sebuah penerbitan Katolik menggunakan kalimah Allah pada tahun 2009.

Pihak Gereja Katolik telah membawa isu ini ke mahkamah berikutan pihak kerajaan mengarahkan mereka berhenti menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan mereka.

Namun begitu, keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah menimbulkan kemarahan ramai penganut-penganut agama Islam yang merasakan bahawa kalimah itu hanya milik Islam, dan mereka juga mengesyaki bahawa penganut-penganut Kristian menggunakan Injil berbahasa Melayu untuk menarik umat Islam menganuti agama Kristian.

Penganut-penganut Kristian pula walaubagaimanapun telah menegaskan bahawa kalimah Allah telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi, dan telah digunakan tanpa sebarang insiden oleh kumpulan-kumpulan etnik pribumi yang bertutur dalam Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.

Dalam beberapa minggu selepas keputusan mahkamah tersebut, 11 buah gereja, sebuah kuil Sikh, 3 buah masjid dan 2 buah surau telah dibakar, dirosakkan atau dicemar, mencetus ketegangan agama seterusnya mencemar nama baik Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang bersifat terbuka.

Penganalisa politik Joseph Liow berkata bahawa kedua-dua belah pihak telah memberatkan lagi isu ini sebenarnya.

"Isu ini sangat sensitif kepada penganut-penganut Islam kerana wujud sentimen dalam komuniti ini bahawa identiti Islam dan Melayu sedang tergugat," kata Dr Liow, seorang pakar dalam isu-isu Islam.

Beliau juga menambah bahawa isu "Allah" ini telah diselubungi dengan politik, kerana ahli-ahli politik menggunakannya untuk mendapat sokongan dari pelbagai pihak, menjadikannya sukar untuk membuat satu penilaian yang objektif tentang siapa yang benar dalam hal ini.

Isu ini kembali menjadi satu isu yang penting dengan ketibaan pilihanraya umum beberapa bulan saja lagi. Ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak enggan menaikkan kemarahan pengundi-pengundi Islam dan Kristian.

Lim Guan Eng kemudiannya menjelaskan bahawa pesanan beliau hanya ditujukan kepada penganut-penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja, iaitu lokasi terbesar penganut-penganut Kristian di Malaysia.

Penganut-penganut Kristian membentuk 10 peratus daripada 28 juta penduduk-penduduk Malaysia.

Kenyataan Lim Guan Eng tersebut juga telah menyebabkan pertelingkahan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), rakan politik DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Harus diingat, bagi umat Islam, nama ALLAH merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya," ujar Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah berkata bahawa Pakatan Rakyat akan bermesyuarat demi membincangkan isu ini. 



kiriman email



Sent from Samsung Galaxy Note

The Unspinners

Posted: 04 Jan 2013 11:22 PM PST

The Unspinners


Hari ke 20 Hadi: Amanat Haji Kepal

Posted: 04 Jan 2013 10:34 PM PST

Bekas SB masuk PAS dan mati sebelum taubat makan rasuah dan tikam kawan

Posted: 04 Jan 2013 04:30 AM PST

Adik beritahu Pang bunuh diri dan keluarga kerana 'depresi'

Posted: 04 Jan 2013 01:32 AM PST

oyabun

Posted: 04 Jan 2013 11:12 PM PST

oyabun


Isu air: Kerajaan PKR Selangor salahkan Syabas?

Posted: 04 Jan 2013 06:37 AM PST



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. ekoran gangguan bekalan air sehingga menjejaskan setengah juta pengguna di 90 kawasan di sekitar ibu kota.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuduh Syabas sebagai tidak bertanggungjawab kerana menuding jari kepada kerajaan negeri ekoran kegagalan syarikat konsesi bekalan air itu membekalkan air kepada para pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyenggara semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Syabas.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik kerajaan negeri diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh Syabas termasuk Rumah Pam Wangsa Maju. Oleh itu, tiada sebab mengapa Syabas boleh menuding jari kepada kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini menyebut gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan rutin harian kira-kira setengah juta pengguna di 90 kawasan di sekitar ibu kota disebabkan oleh kerosakan sistem Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru yang berlaku serentak.


Bagaimanapun, Syabas dalam kenyataan hari ini berkata, kerosakan di dua rumah pam yang menjadi punca krisis air di ibu negara sejak 29 Disember lalu selesai diperbaiki bagi membolehkannya beroperasi semula.

Menurut Abdul Khalid, terdapat lima unit pam di Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca daripada kegagalan kelima-lima pam tersebut.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Maju oleh Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu dan melalui pemerhatian daripada buku log operasi pam untuk 2012, didapati pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," katanya.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa Syabas gagal melaksanakan penyenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian syarikat itu bermula dari 1 Januari 2005.

"Syabas gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di rumah pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan telah menyebabkan kerosakan lebih besar berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.

"Syarikat itu gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut," katanya.

Beliau turut mendakwa, Syabas juga gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada kerajaan negeri sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.

"Gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak pada siri-siri kegagalan Syabas memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.

"Sehubungan itu kerajaan negeri mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA)," katanya.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 04 Jan 2013 11:06 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Kes Cina Mati Bunuh Diri, Harakah Kantoi Menipu ....

Posted: 04 Jan 2013 09:00 PM PST



Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60billion.  

Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau untuk menentang Lynas, maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang (GNP).  

Merujuk kepada tragedi tersebut, Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, "GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri".  Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan. 

Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru.  

Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya.  

Akhbar China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa, Pang Mao Song 55 tahun, iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan.  

Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang 'down-syndrome'.    

Kini, motif mangsa membunuh diri telah berjaya dicari dan motif Harakah untuk berbohong juga tidak sukar untuk dibaca.  

Sepertimana kilang Lynas, projek RAPID ini juga merupakan antara sisa-sisa modal politik pembangkang dalam percubaan untuk memburukkan kerajaan dengan bersandarkan isu alam sekitar dan kesan sosiologi terhadap penduduk setempat.   

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor.   Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

Malang bagi Malaysia kerana pembangkang kita mempunyai hobi pelik iaitu gemar menentang apa saja yang membawa kebaikan untuk negara.  Lebih besar faedahnya untuk negara, lebih hebatlah penentangan mereka.  Contoh lain selain Lynas dan RAPID, ialah FGVH.  Dalam semua isu ini, pembangkang sanggup mengerah balaci mereka berdemo, berjalan kaki dari jauh dan mogok lapar semata-mata untuk mencipta 'impak' bagi menggoyahkan kerajaan.  

Namun, kerajaan BN tidak goyah malah semakin kukuh bertapak tetapi pembangkang pula yang kelihatannya semakin hari semakin tumbang.   

Ini kerana, kerajaan BN tidak pernah menganiaya rakyat, dan buktinya tidak perlu lagi diceritakan kerana boleh dilihat oleh sesiapa saja dengan seimbas lalu jua.  Jika benar keluarga yang membunuh diri itu terjebak dalam kemiskinan tegar maka beliau akan diserapkan ke bawah program Rimbunan Kasih yang termasuk dalam pembangunan sampingan RAPID.  Andai kata ada pihak yang terlepas pandang akan keadaan mereka, mereka punya banyak saluran untuk meminta bantuan, termasuklah melalui pembangkang.  

Namun, membantu mereka yang memerlukan bukanlah niat pembangkang.  Niat pembangkang hanyalah untuk memburukkan kerajaan walaupun ia bermakna membiarkan negara kerugian kerana terlepas peluang untuk menjana pendapatan lumayan.  

Percayalah, pembangkang  bukannya sedih dengan kejadian bunuh diri itu, tetapi mereka cukup gembira.  Malah mereka telah pun merancang untuk meraikannya melalui demonstrasi bersiri sepertimana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.  

Kita sudah tidak hairan lagi jika pembangkang sentiasa mengharapkan hatta, 'merencanakan' sesuatu yang buruk seperti ini berlaku terhadap rakyat kerana hanya dengan cara itu mereka boleh mengambil peluang untuk 'membuktikan' kononnya kerajaan BN benar-benar zalim.  

Tidak mustahil keluarga yang membunuh diri itu menjadi tertekan akibat terlalu sering disogokkan dengan momokkan pembangkang kononnya nasib mereka tidak akan dibela dan rumah mereka akan dirampas tanpa mendapat pampasan setimpal.  Mungkin mereka dihasut tanpa henti oleh pembangkang dengan gambaran yang jauh lebih buruk dari itu mengenai nasib yang bakal menimpa mereka selepas projek RAPID.   Siapa tahu?

Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku. 

Adalah mudah bagi sebuah keluarga miskin yang kurang mendapat maklumat terkini, untuk terpedaya dengan hasutan tersebut sehingga akhirnya menjadi begitu tertekan.  Hasutan yang berlarutan pasti membawa kepada tekanan yang serius sehingga akhirnya tidak dapat dibendung lagi.  

Justeru, kita tidak harus mengenepikan kemungkinan bahawa PR yang menjadi punca tragedi tersebut sama ada secara langsung, tidak langsung serta halus.  Tragedi yang sama mungkin berulang jika PR begitu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang.

Video Hadi Awang Hina Guru Sekolah...

Posted: 04 Jan 2013 05:00 AM PST


Masihkah ada guru-guru sekolah yang nak sokong pas setelah mendengar penghinaan dari presiden pas ini...???

Belantan

Posted: 04 Jan 2013 11:04 PM PST

Belantan


Isu air : Rakyat sengsara tanpa bekalan air?

Posted: 04 Jan 2013 05:54 AM PST


Penduduk menunggu giliran untuk mengambil air dari tangki statik yang disediakan oleh Syabas di Flat Sri Melaka, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

Penduduk di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak merayu agar krisis gangguan bekalan air tidak berjadual yang telah berlarutan selama lima hari dapat diselesaikan dengan segera.

Pengerusi Penduduk Flat Sri Melaka, Jamil Kadim, 62, berkata, masalah ketiadaan bekalan air ke rumah mereka sekarang amat menjejaskan kehidupan mereka, terutama bagi penduduk yang ingin mengadakan majlis seperti kenduri dan majlis perkahwinan.

"Kami juga mengharapkan agar disediakan sebuah pusat sehenti di kawasan ini bagi memudahkan para penduduk membuat panggilan aduan atau mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Jamil, sebelum ini penduduk Flat Sri Melaka yang dihuni kira-kira 1,2000 orang telah cuba membuat aduan kepada pihak berkenaan tetapi gagal kerana talian terlalu sibuk.

Sementara itu, seorang penduduk flat tersebut, Fatimah Karim, 68, berkata, mereka sekeluarga terpaksa makan di kedai-kedai berhampiran dan membeli air mineral untuk kegunaan seharian.

"Tangki statik yang disediakan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) hanya cukup bagi kegunaan untuk mandi dan lain-lain. Kami juga tidak dapat memasak kerana air yang dibekalkan tidak mencukupi," katanya.

Mohd. Khadzari Mohd. Daie, 66, yang telah menetap di situ selama 34 tahun pula hairan mengapa perumahan lain seperti Pangsapuri Pulau Pinang dan di Jalan Ikan Emas mempunyai bekalan air tetapi di tempat tinggalnya tiada.

"Di sini, ramai warga tua. Ada yang sakit kronik, berkerusi roda dan uzur tidak mampu untuk mengambil air dari tangki statik Syabas yang ditempatkan di flat kami.

"Lagipun di sini tiada kemudahan lif dan kami hanya menggunakan tangga," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Datuk Ruslan Hassan dan kakitangannya telah membuat lawatan ke flat itu untuk meninjau masalah penduduk hari ini.

Menurut Ruslan, gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan 107,760 akaun atau kira-kira setengah juta pengguna di 90 kawasan sekitar ibu kota terjejas disebabkan masalah kerosakan sistem di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru yang berlaku serentak.

"Syabas menjangkakan gangguan bekalan air ini akan pulih sepenuhnya dalam masa seminggu secara berperingkat-peringkat," katanya.

Suara Politik
Belantan

BPR siasat dakwaan Murad..!!! Rakyat hendak tahu bagaimana hasil siasatan kes ini?

Posted: 04 Jan 2013 01:08 AM PST



Berita Minggu, 31 Oktober 1999

SEREMBAN: Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Kementerian Kewangan mula menyiasat dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun induk bank berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya.

BPR sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Siasatan diketuai Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris. Di SUNGAI PETANI, Menteri Kewangan Pertama, Tun Daim Zainuddin, berkata siasatan itu penting untuk memastikan siapa yang bersalah supaya tindakan terhadap mereka dapat diambil.


Menurutnya, siasatan itu juga dapat membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan Abdul Murad terhadap Anwar yang disertakan Akuan Berkanun dengan ikrar di hadapan Persuruhjaya Sumpah.

"Surat sumpah bukan boleh main-main, saya percaya seseorang tidak akan buat surat sumpah kalau tidak ada bukti," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan dan beras kepada 388 keluarga mangsa banjir di kawasan Parlimen Merbok dekat Sungai Petani semalam, Daim berkata, jika dakwaan berkenaan tidak benar, pihak terbabit boleh mengambil tindakan terhadap Abdul Murad.

Beliau juga berkata, siasatan perlu bagi memastikan semua kakitangan Bank Negara bekerja cekap, amanah, bertanggungjawab dan tidak ada penyelewengan.

Sementara itu, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin menyifatkan setiap perenggan dalam akuan bersumpah Abdul Murad adalah maklumat mengenai rasuah.


BPR menganggap pengakuan Abdul Murad tidak seperti maklumat biasa kerana dakwaannya adalah maklumat akuan bersumpah. Esok, Ahmad Zaki akan mempengerusikan mesyuarat dengan pegawainya untuk menentukan bidang tugas pasukan penyiasatan itu.

"Tindakan pertama ialah memangggil Abdul Murad bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kenyataannya dalam akuan bersumpah itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sehari BPR bersama wargatua di Rumah Seri Kenangan di sini.

Khamis lalu, Abdul Murad melalui akuan bersumpahnya mendedahkan salah laku bekas Timbalan Perdana Menteri, termasuk mempunyai akaun induk berjumlah RM3 bilion untuk mencapai cita-cita politiknya. Selain individu, turut dikaitkan dengan Anwar dalam akuan bersumpah itu ialah beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Ahmad Zaki mengakui bahawa berdasarkan akuan bersumpah itu, kes itu rumit kerana membabitkan banyak bank dan pengendalian akaun, termasuk akaun induk seperti yang disebutkan dalam akuan bersumpah.


Selain itu, katanya ada banyak dakwaan dan ramai orang terbabit menyebabkan BPR akan membuka lebih daripada satu fail dalam siasatan itu. Walaupun rumit, katanya BPR yakin dapat mengendalikan kes itu kerana mempunyai pengalaman mengendalikan kes rasuah yang rumit sebelum ini, malah membawa kes itu ke mahkamah.

Beliau berkata, BPR akan mendapatkan bantuan pakar, termasuk dari Bank Negara dan Kementerian Kewangan untuk memberi khidmat nasihat dalam aspek siasatan. Selain itu, kerjasama daripada nama mereka yang disebut dalam akuan bersumpah itu juga penting.

Menurutnya, penyiasatan ditumpukan terhadap aspek rasuah yang terkandung dalam akuan bersumpah. "Saya fikir hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Jadi kami akan menyiasat setiap aspek itu," katanya.

Mengulas beberapa pihak yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu berada di luar negara, katanya, BPR akan mendapat kerjasama agensi terbabit di negara berkenaan. Sebagai contoh jika di Amerika Syarikat, katanya BPR akan mendapatkan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin Polis Antarabangsa (Interpol).

"Untuk tujuan bukti, BPR akan merujuk kepada Peguam Negara untuk mengaturkan bagaimana keterangan itu boleh dibawa ke mahkamah negara ini," katanya.


Sementara itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa BPR tidak bebas menjalankan siasatan itu. Sejak tujuh bulan saya menjadi Ketua Pengarah, tidak ada sesiapa yang mencampuri siasatan BPR. Tidak ada masalah, tidak timbul isu menyatakan BPR tidak bebas dalam siasatan.

"Saya tidak kata maklumat dalam akuan bersumpah itu maklumat betul atau palsu. Tidak tahulah betul atau tidak. BPR apabila menerima maklumat tidak mempunyai pilihan, kita akan menyiasat," katanya.

Beliau berkata, masalah sebenar yang dihadapi ialah orang ramai yang mempunyai maklumat penting tidak mahu membantu BPR menyebabkan agensi itu disangka tidak menjalankan kerja. Dalam kes Abdul Murad, katanya tidak ada siapa menyangka bekas Penolong Gabenor itu akan berbuat demikian.

"Mengapa tidak dulu lagi datang berjumpa kita. Kalau dari dulu pun, BPR siasat juga. Begitu juga dengan orang lain yang mempunyai maklumat, mengapa tidak datang," katanya.

Komen : Dimana hasil siasatan kes ini? Sudah lebih 10 tahun rakyat menunggu, BPR pun sudah ditukar kepada SPRM, namun mengapa sampai sekarang diam membisu?

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 04 Jan 2013 11:03 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Isu Hangat 2012

Posted: 04 Jan 2013 06:34 PM PST

3) Anti-LYNAS




Jalan Kaki Anti-Lynas ke Dataran Merdeka sejauh 300KM dari Gebeng, Kuantan, Pahang yang diketuai oleh Encik Wong Tat telah dianjurkan secara haram, dengan tujuan untuk membantah Lynas.
Anti-Lynas Green Walk ini melanggar peraturan dan menggalakkan semangat perkauman dan perpecahan diantara bangsa dan kaum. Dan satu perkara yang pasti dan sama, kedua-duanya dibangkitkan oleh mereka berbangsa Cina yang berfikiran Rasis dan sempit serta mungkin mendokong ideologi Komunisme.

Hampir 90% yang menyertai ini serta menggalakkan kempen ini terdiri dari mereka yang berbangsa Cina, mereka yang inginkan revolusi, serta ingin memecahkan dominasi serta perpaduan kaum diantara bangsa. Mungkin timbul persoalan mengatakan terdapat segelintir mereka yang berbangsa lain yang menyertai jalan kaki ini, tapi mereka ini mungkin sekali sudah dibayar serta mendokong pemikiran ekstremis yang mahukan perpecahan, yang sukakan keganasan, dan mahukan keutuhan perpaduan kaum serta bangsa yang dibina hingga kini roboh. Mereka puak pembangkang menggemari keganasan serta ingin sekali menumbangkan kerajaan dengan cara mengadakan demonstrasi yang memprovokasi pelbagai pihak.



4) Isu Air Selangor


Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini.

"Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar.

"Apabila kerajaan negeri tidak menyimpan air dalam kadar yang ditetapkan, ia akan membantutkan urusan dan pembangunan kilang-kilang. Untuk mengelak perkara itu, mereka sepatutnya meneruskan Projek Langat 2 bagi mengatasi masalah air ini,"

Najib berkata, isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan.

Khalid Ibrahim masih berdolak dalik dan masih belum mahu meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat kerana tidak mahu kerajaan Pusat mendapat pujian penduduk Selangor. Walhal kerajaan Pusat hanya mahu memastikan kebajikan rakyat Selangor terjaga

PANAS! PAS Tunai Janji 'Gadai' Putrajaya Kepada DAP. @tunfaisal

Posted: 04 Jan 2013 12:24 AM PST

Ketika zaman Reformasi, PAS berjanji akan lelong Putrajaya sekiranya mereka berkuasa. Ianya kerana ketika itu, Putrajaya dianggap satu projek mega yang membazir ketika negara dilanda krisis kewangan hujung dekad 90an.


Kini bila Putrajaya mula menampakkan hasil sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PAS pula terhegeh-hegeh mahu merampas Putrajaya.


Demi kuasa, PAS sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mencapai nafsu politik mereka. Sebagai permulaan, PAS telah menggadaikan kawasan sebesar Putrajaya kepada DAP untuk mendapat jawatan Menteri Besar Perak.

Tahukah Kita! Nik Aziz Gadai Tanah Hampir Seluas PUTRAJAYA...?

Nampak sangat kebodohan pemimpin Melayu semacam Tuan guru Nik Aziz ini... Hanya kerana mahukan jawatan Menteri Besar Perak beliau sanggup menggadaikan tanah untuk diberikan kepada Kafir DAP Ngeh Koh Ham dan Ngar Koh Ming... rujuk pisau
Tahukah berapa besar 10526 ekar itu...? Bukan kecil-kecil tanah... Ianya hampir sama dengan keluasan PUTRAJAYA...
Pada 1 Februari 2001, Putrajaya yang mempunyai keluasan 4,932 hektar telah diisytiharkan secara rasminya sebagai Wilayah Persekutuan ke-3... rujuk
1 hektar : 2.471054 ekar rujuk
Keluasan Putrajaya: 
4932 hektar :  12187 ekar
Wow! Nik Aziz Bagi tanah 10526 ekar sebagai Hadiah kepada Ngah Kor Meng dan Ngeh Koh Ham Hampir sebesar PUTRAJAYA...?
Hanya kerana mahukan jawatan Menteri Besar dalam Pakatan Rakyat di Perak sanggup digantikan dengan Tanah... Kenapa tidak mahu bagi sama Orang melayu yang memerlukan Tanah...?

Baca seterusnya di sini : http://pendekarawang1.blogspot.com/2013/01/tahukah-kita-nik-aziz-gadai-tanah.html

Jadi kepada pembaca MyMassa, kalau tanah sebesar Putrajaya pun PAS sanggup gadaikan, tak hairanlah kalau Putrajaya sebenar akan digadai demi memastikan Presiden PAS jadi Perdana Menteri. Adakah ini yang anda mahu?

*Apa PAS kesah pasal gadai menggadai ni. 'Kalimah Allah' pun PAS sanggup gadai demi jaga hati DAP.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Jan 2013 09:44 PM PST

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Jan 2013 09:40 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


TAK MAMPU SERAP TEKANAN , HADI KANTOI BANYAK KALI.

Posted: 04 Jan 2013 08:31 AM PST

PISAU.NET

Posted: 04 Jan 2013 09:11 PM PST

PISAU.NET


Deepak Terjerat Umpan Syaitan Yang Diserunya

Posted: 04 Jan 2013 05:19 PM PST

Walaupun telah lama berkecimpung dalam perniagaan, dan boleh dianggap sebagai seorang yang berjaya, Deepak Jaikishin baru hari ini dapat belajar sesuatu yang berharga dalam hidupnya iaitu 'jangan sesekali meminta bantuan syaitan'.  Atau, kata orang putih, 'don't make a deal with the devil'.   Sekali kita terjebak dengan syaitan, kita terpaksa membayarnya dengan roh kita sendiri.   Mungkin agak terlambat bagi Deepak untuk belajar mengenai perkara ini, tetapi roh beliau masih boleh diselamatkan kerana belum membuat apa-apa janji. 

Deepak wajar merasa bertuah kerana tidak terjebak sehingga memeterai perjanjian bekerjasama dengan syaitan sepertimana Nik Aziz atau PAS yang kini terpaksa bergolok gadai segala maruah, agama, bangsa dan juga negara. 

Sebenarnya, isu Deepak, bukanlah isu politik.  Ia merupakan isu yang berkaitan masalah perniagaan dan pinjaman bank yang tidak berjalan sepertimana yang dirancangkan.   Malangnya, rangkaian perniagaan Deepak yang melibatkan kerajaan dan kenalan pemimpin-pemimpin kerajaan bukan sahaja memberikannya kelebihan, tetapi juga kemudaratan.  Beliau dilihat sebagai umpan yang mudah untuk diperguna atau diperalatkan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang memusuhi kerajaan. 

Apatah lagi apabila musuh kerajaan itu mempunyai rangkaian penaja yang merangkumi tokoh-tokoh yang menjadi pencatur politik dan ekonomi dunia, maka bukanlah sesuatu yang sukar untuk mereka mencatur ekonomi syarikat-syarikat Deepak di seluruh dunia.  Letakkan saja Deepak dalam keadaan yang sukar dan beliau pasti sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri dari kesukaran itu. 

Kemudiannya, letakkanlah dokumen-dokumen apa saja yang direka-reka, atau gambar-gambar palsu yang disuper-impose, maka penyokong pembangkang serta rakyat yang enggan berfikir panjang akan terus mempercayainya.  

Inilah antara perkiraan pihak pembangkang dan penaja mereka apabila menggunakan Deepak sebagai alat untuk mencipta fitnah baru, seperti pembelian barang kemas bernilai belasan juta oleh Datin Seri Rosmah, kononnya. 

Namun, seperti yang disebut tadi, Deepak belum lagi menandatangani perjanjian dengan syaitan, hanya berjumpa untuk proses tawar menawar yang mana nampaknya tidak dipersetujuinya. 

Menurut pengakuan Deepak, semuanya bermula apabila beliau menghubungi Anwar Ibrahim pada bulan Ramadhan untuk meminta bantuan berkenaan masalah pembayaran oleh sebuah syarikat dari timur tengah yang mana Anwar mengenali Pengerusi dan pihak pengurusan atasannya secara peribadi.   

Deepak juga mengaku berjumpa dengan Anwar sebanyak 3 kali selepas itu dan beliau juga telah memberikan keseluruhan fail berkaitan kes Raja Ropiah.   Sepanjang perjumpaan, Anwar dikatakan begitu berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hubungan Deepak dengan Dato' Seri Najib serta isteri, termasuk hal-hal berkaitan peribadi mereka. 

Seperti Anwar yang kita kenal, iaitu suka berjanji secara tetap, beliau telah berjanji dengan Deepak bahawa dalam masa hanya sebulan sahaja, beliau akan membawa kes itu ke Parlimen, membuat kenyataan akhbar mengenainya, sekali gus menyelesaikannya.  

Namun, itu tidak pernah berlaku, mungkin kerana Anwar tahu bahawa kes tersebut terlalu lemah dan mungkin juga tidak berasas. 

Walaubagaimanapun, melalui Sivarasa, Deepak sekali lagi dapat bertemu dengan Anwar pada 28 November dan membincangkan perkara yang sama.  Kali ini, Anwar meminta Deepak mengaitkan nama Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam kes Raja Ropiah dan mengaku membayar kedua-duanya dengan sejumlah wang.   Namun, Deepak telah tidak melakukan sebagaimana di arah dan hanya memberitahu apa yang benar iaitu segala-gala transaksi perniagaan adalah berdasarkan undang-undang yang sah tanpa melibatkan nama-nama tersebut. 

Pastinya, Anwar melihat ini sebagai satu pembelotan di pihak Deepak.  Lalu pada dua hari berikutnya, Anwar telah membuat kenyataan akhbar menafikan beliau pernah bertemu dengan Deepak.   Penafian inilah yang membuatkan Deepak tersentak kerana ia merupakan satu pembohongan yang nyata. 

Deepak juga mengakui bahawa beliau telah menonton video seks Anwar dan mendengar mengenai kes liwat Anwar tetapi telah mengambil sikap 'memahami' kedudukan Anwar untuk mempertahankan diri.   Malah Deepak juga mampu menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. 

Nampaknya, hanya pembohongan Anwar yang melibatkan dirinya sendiri sahaja yang berjaya mengejutkan Deepak dari tidur.   Anwar rupa-rupanya adalah satu mimpi ngeri yang mampu memusnahkan hidup sesiapa sahaja yang 'disentuh'nya.   Berkawan dengan Anwar adalah satu kesilapan dan mempercayai Anwar adalah satu sumpahan yang berpanjangan. 

Kita faham keadaan Deepak yang terdesak untuk melepaskan diri dari masalah perniagaan dan kewangan dan kita juga faham bahawa Anwar juga terdesak untuk menang pilihanraya.    Hari ini kita lihat walaupun Deepak telah tampil menceritakan hal sebenar, namun pihak Anwar masih terus menggunakan nama Deepak sebagai modal politik.   Soalnya, sampai bila?  Selagi ada ruang dan caranya, selagi itulah Deepak tidak akan dapat melepaskan diri dari syaitan yang diserunya sendiri. 

Apapun, yang pasti segala usaha Anwar untuk menggunakan Deepak bagi memburukkan Datin Seri Rosmah atau Dato' Seri Najib nampaknya tidak berjaya.  Isu barang kemas yang dimainkan Rafizi begitu lemah, malah begitu bodoh untuk diterima akal.   Apa ke jadahnya invois pembelian oleh sebuah syarikat dikatakan bukti pemberian kepada Datin Seri Rosmah?   Sudahlah ia tidak relevan, apa pula jaminan yang invois tersebut tidak direka-reka sepertimana kes cincin RM24juta atau gambar superimpose Altantuya yang terang-terangan palsunya? 

Kini, Deepak sudah mendapat pengajaran yang sewajarnya, seperti juga Dato' Chandra Muzzafar, Ezam Md. Noor, Dato' Zulkifli Noordin, Rahimi..dan senarainya berterusan….  pencacai yang tinggal di dalam PKR itu, bila lagi? 

Kongres DAP 2012: 882 Undi Dihilangkan Untuk Menangkan Zairil

Posted: 04 Jan 2013 04:30 AM PST

Jom kita tengok bagaimana Tokong DAP  memenangkan anak cina si Zairil anak angkat Khir Johari untuk membuktikan DAP tidak rasis..Undi perwakilan DAP yang rasis dihilangkan untuk menangkan Zairil berjumlah 882 undi.

Telah Pisau katakan sejak dari dulu lagi..Lim Guan Eng lidahnya bercabang..bohong..belit dan penipu..DAP sekarang ini terpalit dengan taichi setiausaha agungnya yang paling gampang dalam sejarah parti..



Di bawah adalah keputusan rasmi yang dikeluarkan semasa Kongres DAP di Pulau Pinang.


Di bawah adalah keputusan terkini selepas 2 minggu Kongres.


Apa masaalahnya DAP susah susah hilangkan undi 882 semata mata untuk mematikan isu parti mereka memang anti kepada bangsa Melayu.. Semua orang dah tahu..bukankah nampak bodoh dan banggang seolah seluruh rakyat Malaysia sebodoh penyokong PAS dan Melayu PKR..

Pisau kata "882 undi hilang selepas zairil menang.."

Ubah Keputusan: Melayu Tetap Tiada Dalam Jawatankuasa Pusat DAP

Posted: 04 Jan 2013 02:06 AM PST


Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.

Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.

Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.

Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.

Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.

Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.

Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.

Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya.

Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan, tak sukar dibayangkan kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya dalam PR diberi peluang memerintah.

Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.

Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP, dulu dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya.

Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu darah keturunannya 100% Cina, merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Mohammad Khir Johari.

Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam.

Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata, tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP kerana pada fikiran mereka yang rasis itu, orang Melayu Islam tidak layak untuk menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah tuju parti.


Thestar turut menyiarkan akan kemenangan Zairil  'Official: Technical glitch caused error in DAP election results'

Krisis Hutang Dunia: Malaysia Di Jalan Yang Betul

Posted: 04 Jan 2013 01:09 AM PST

Ekonomi global yang merudum pada tahun 1997/98 telah pun pulih pada separuh kedua tahun 2009. Namun, perkembangannya semakin perlahan bermula tahun ini, iaitu tahun 2012. Ekonomi global banyak bergantung kepada kedudukan ekonomi negara maju dan perkembangan ekonomi di dalam negara pula sebahagian besarnya bergantung kepada krisis hutang serta keyakinan pasaran.

Hari ini, hutang dunia telah meningkat dari USD18 Trillion kepada USD51 Trillion berbanding kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah. Menurut laporan Global Wealth 2012 oleh Credit Suisse Research Institute, negara di mana jumlah hutang isi rumah meningkat melebihi USD1 trillion, nisbah hutang berbanding aset meningkat secara purata sebanyak 50 sen dalam jangkamasa 2000 hingga 2008.

Secara dasarnya, negara yang berada dalam keadaan ekonomi yang selesa cenderung mencatatkan hutang isi rumah yang lebih tinggi.

Kedudukan nisbah hutang berbanding aset di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom menunjukkan paten yang sama iaitu meningkat secara drastik pada tahun 2008 dan kemudiannya menurun sekitar 20% pada tahun 2011-2012. The Economist pula mencatatkan peratusan hutang awam Amerika daripada KDNK adalah pada 74.2% atau USD36,873.70 per kapita dan UK pula 90.6% atau USD35,325.24 per kapita.

Di Eropah, mengambil contoh Itali yang mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 11.1 % pada tahun 2012 iaitu antara yang terendah di dunia tetapi ia adalah satu peningkatan yang banyak kerana ia bermula pada asas yang rendah. Tetapi, jumlah hutang awam di Itali pula mencatatkan peratusan 120.7% dari KDNK atau USD40,590.48 per kapita.

Hutang berbanding aset Sepanyol bagaimanapun mencatatkan nisbah 90% lebih tinggi dari tahun 2000 dan tiada tanda-tanda penurunan manakala peratusan hutang awam dari KDNK pula ialah 73.2% atau USD21,837.18 per kapita.

Perancis mencatatkan nisbah hutang berbanding aset sebanyak 12.8% iaitu berkurangan sebanyak 10% dari sepuluh tahun lalu kerana berjaya meningkatkan asetnya. Hutang awam Perancis mencatatkan angka 89.8% dari KDNK atau USD36,723.23 per kapita.

Rupanya DAP Tak Rasis.Tokong Punya Kuasa...

Posted: 03 Jan 2013 10:30 PM PST


DAP sebolehnya mahu membuktikan mereka bukan parti chauvanis,ultrakiasu dan rasis..namun kegampangan mereka tidak dapat disorok apabila semasa proses pemilihan Ahli jawatakuasa Pusat kesemua calon melayu kalah teruk dan tercorot.

Keputusan itu mengesahkan bahawa parti ultrakiasu melalui perwakilannya tidak menerima melayu sebagai calon yang layak untuk menang.

Hari ini tokong punya kuasa..rupanya DAP tak rasis..selama ini blog Pisau tuduh DAP rasis ternyata silap apabila selepas 2 minggu Kongres DAP di Pulau Pinang rupanya keputusan kiraan undi adalah silap.Dalam 6 orang calon melayu rupanya anak cina si Zairil anak angkat  Khir Johari menang...

Diulangi kesilapan disedari selepas 2 minggu keputusan..inilah yang dikatakan tokong punya kuasa..

Tokong punya kuasa kemenangan Zairil adalah membuktikan segala tuduhan daripada semua pihak tidak benar sama sekali..

Kepada melayu diluar sana..anda janganlah buruk sangka terhadap DAP..sekurang kurangnya doa agar DAP tidak rasis dimakbulkan selepas tokong pulang bercuti dari Australia dan Hong Kong. Melayu harus memanjatkan kesyukuran dan harus buat majlis doa selamat kerana doa anda dimakbulkan tokong Lim Guan Eng.Selepas ini bolehlah masuk DAP beramai ramai yer..
Thestar turut menyiarkan akan kemenangan Zairil  'Official: Technical glitch caused error in DAP election results'

Baru 4 hari masuk tahun baru 2013 DAP dah buat Joke Of The Year beb...

Pisau kata "patutlah khawarij beriman pada tokong DAP"

r b f

Posted: 04 Jan 2013 07:04 PM PST

r b f


Video:Kisah Peneroka Orang Pas Kena Belit

Posted: 04 Jan 2013 04:22 AM PST


Felda Kemahang ditubuhkan ketika Pas berada dalam BN dan ketika itu juga Presiden Pas, Datuk mohd Asri Muda adalah menteri Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Diringkas cerita, Felda Kemahang dikuasai oleh orang-orang Pas kerana menteri yang bertanggungjawab terhadap Felda pada masa itu dari parti Pas.

Penguasaan Pas dalam Felda Kemahang tidak dapat dinafikan.....senang cerita, itu lubuk mereka......

Tahun 2002 seramai 354 orang peneroka Felda itu dengan bantuan Pas telah menyaman Felda kerana katanya Felda membuat bayaran tidak betul kepada mereka berkait dengan kualiti buah sawit.

Ding...dong....ding....dong....kes berjalan di mahkamah bertahun-tahun, tup....tup....tahun 2010 Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan agar Felda membayar RM 11 juta kepada 354 peneroka.

Peneroka menang kerana kegagalan peguam Felda hadir ke mahkamah di hari perbicaaan.

Kes dibawa ke Mahkamah Rayuan Putrajaya.....

Di Mahkamah Rayuan keputusan juga berpihak kepada peneroka. Keputusan kekal dan Felda perlu membayar RM 11 juta kepada para peneroka berkenaan.....

Kini hampir tiga tahun berlalu peneroka masih lagi tidak  mendapat hak mereka....

Apa dah jadi ?

Lihatlah video di bawah ini.....

Anda juga boleh baca di sini

Kalau tak belit bukan Pas namanya.....

Kohilal - belit....

Tabung Memali - belit.....

Duit peneroka - pun belit......

Kalau peneroka di lubuk Pas pun dah angin satu badan dengan Pas kerana menipu, anda nak percaya lagi dengan Pas ?

Teruskan Mazlan Aliman.....

Teruskan......

Keputusan Pemilihan Tak Betul:DAP Buat Lawak Dalam Usaha Memburu Sokongan Melayu

Posted: 03 Jan 2013 11:49 PM PST


DAP sedaya upaya berusaha untuk memenangi hati orang melayu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Usaha DAP agak terbantut apabila keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini menyaksikan tidak ada seekor pun melayu dalam DAP yang menang.

Pimpinan DAP tertekan dengan keputusan itu....

Luka yang mereka alami semakin parah apabila tiba-tiba meletup pula cerita bagaimana cina DAP dari Perak menguasai ribuan ekar tanah di Kelantan.

DAP semakin pening....

Tup...tup....tiba-tiba hari ini DAP kata keputusan pemilihan mereka yang lepas tak betul.....tiba-tiba seorang melayu celup tersenarai sebagai anggota jawatankuasa pusat DAP.

Kah....kah...kah....kah...kah....DAP nampaknya semakin tertekan memburu sokongan melayu. 

Lawak beb.....lawak.....dah lepas dua minggu baru sedar keputusan tak betul....

Logik ???

Selanjutnya klik di sini....

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 04 Jan 2013 03:13 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


ADA KE PATUT MAHATHIR HINA ANWAR MACAM TU SEKALI!!!

Posted: 04 Jan 2013 08:29 AM PST

Tidak tertanggung dek Anwar penampar tangan kiri Tun Mahathir. Sungguh tepat seperti yang dinyatakan Tun M. Beliaulah orang yang paling tahu dan paling layak memperjelaskan kepada rakyat perangai hodoh dan prestasi bekas timbalannya itu.

Antara intipati perangai dan prestasi Anwar yang harus diketahui rakyat ialah;

1. Anwar selalu jadi tukang kutip@curi hasil susu yang diperah oleh orang lain dan dijual pada harga tinggi. Lembu yang kecut tetek kerana susu tak henti-henti diperah, kerbau jantan pulak yang sebat susu dan berjaja merata memberitahu seluruh alam, susu itu kepunyaannya.

Anwar hanya ditugaskan membaca peristiharan penubuhan Bank Islam yang telah dirangka dan direkabentuk oleh Tengku Razaleigh selaku Menteri Kewangan ketika itu.

2. UIA juga sudah diperhalusi penubuhannya sebelum Anwar masuk UMNO lagi. Bahkan alasan itulah yang digunakan Anwar untuk menghalalkan keputusannya masuk UMNO dan meninggalkan ABIM.

Mana mungkin seorang yang hanya memiliki Ijazah Am Pengajian Melayu dan hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai Pengetua Yayasan Anda Akademik yang mengambil pelajar gagal SRP dan SPM, mampu merekabentuk produk kewangan Islam terbaik di dunia ketika itu dan merangka sebuah Universiti Islam bertaraf Antarabangsa dengan sekelip mata, iaitu sebaik saja memasuki UMNO.

3. Anwar juga mengambilalih Kementerian Kewangan ketika musim menuai, iaitu ketika kedudukan ekonomi negara ini sedang berada di puncak setelah dibangunkan dengan pelbagai perancangan jangkapanjang ekonomi yang tersusun dan berpandangan jauh.

Malahan pada awal 90an itulah ekonomi Asean sedang berada di kemuncaknya. Seluruh dunia mengakui Malaysia adalah antara negara ekonomi harimau Asean yang mengalami pertumbuhan yang amat memberangsangkan. Faktor ekonomi mikro dan makro yang mapan telah memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding dengan negara Asean lain.

Jika Tun M menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada saya yang baru kering hingus pun ketika itu, ekonomi negara akan tetap berkembang kerana asas ekonomi yang dibina oleh perencana-perencana ekonomi terdahulu begitu kukuh. Malah perkembangan dan peluang ekonomi yang wujud di negara-negara Asia ketika itu turut menjadi tumpuan seluruh pelabur dan venture capitalist gergasi dunia. Bertrillion dana datang mencurah ke seantero Asia ketika itu.

Harga saham seluruh Asia termasuk BSKL melonjak ke paras tertinggi yang belum pernah terjadi. Pendek kata, baling saja duit ke mana-maba kaunter yang diniagakan ketika itu, pasti akan membawa keuntungan.

Harga saham ketika itu tidak lagi melambangkan asas atau fundamental dan prestasi syarikat.

4. Di saat kemakmuran yang melimpah ruah inilah Anwar diberi segala kuasa samada di peringkat parti mahu pun kerajaan oleh mentornya Tun Mahathir.

Kesempatan inilah yang diambil sepenuhnya oleh Anwar untuk memperkayakan kroni dan mengumpul "harta panas" semahunya bagi menjayakan matlamat dan perancangan sebenarnya untuk mengambilalih jawatan yang dipegang oleh Tun M. Atas maksud ini jugalah Anwar bertindak songsang dari rakan-rakannya yang lain seperti Fadhil Noor dengan memasuki UMNO.

Tanyalah kepada bekas-bekas pelajar Yayasan Anda dan bekas pimpinan ABIM pada tahun 82/83. Sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri di JPM atau Menteri Pertanian ketika itu, pernah mengadakan pertemuan dan dialog dengan pelajar YAA dan aktivis ABIM di bangunan rumah kedai Jalan Pantai Baru yang masih bingung dan keliru dengan tindakannya memasuki UMNO.

Tanyalah kepada mereka-mereka ini, apakah Anwar pernah mengeluarkan kata-kata yang antaranya berbunyi begini;

1. Ana masuk UMNO bukan nak jadi Timbalan Menteri atau nak jadi menteri. Ana nak jadi Perdana Menteri. Siapa di kalangan saudara-saudari yang tak mau ana jadi PM sila angkat tangan!

2. Ana tetap istiqomah dengan prinsip yang kita junjung bersama. Ia tidak akan berubah. Kalau dulu ana pernah kata Ghafar Baba, Musa Hitam UMNO totok, sekarang ana tetap berpendirian begitu. Kalau dulu ana kata gambar di dinding ini "tok pekong"(sambil menuding jari ke arah gambar DYMM SPB Agung) hari ini ana masih mengatakan ia "tok pekong".

Bagaimana bencinya ana dulu dengan ideologi assobiah yang dibawa oleh UMNO, ana masih tetap berpendirian begini.

Jika ana jadi PM, anta-ente sekelianlah yang akan merealisasikan prinsip dan idealogi yang kita pegang bersama....dan bla.....bla...blaa....blaaaaah. Biasalah mamat kaki temberang buat chong..

Maksuda ana menceritakan kisah dialog antara mereka ni ialah supaya perhatikan "apa niat dan maksud Anwar masuk UMNO"?

Dari awal, kemasukan Anwar ke dalam UMNO disandarkan di atas niat yang salah dan dendam terhadap para pemimpin totok UMNO.

Niat Anwar yang salah inilah yang telah menjadi penyebab utama kepada kehancurannya dalam politik di negara ini. Itu saja.

Apa yang telah terjadi kepada Anwar sepanjang tempoh berada dalam UMNO sehingga dipecat hanyalah sebab musabab yang disusun oleh Allah atas permintaan (perbuatan) Anwar sendiri.

GEMPAR!!! MB PERAK! ZAMRY PULAK BERI TANAH 10 EKAR KPD MB N.SEMBILAN!!

Posted: 03 Jan 2013 05:38 PM PST

Kalaulah MB UMNO yang "membuat kelakuan" seperti MB Dato Nik Aziz, pasti isu ini akan dijadikan bukti kukuh betapa rasuahnya pemimpin UMNO. 

Akan keluarlah kata-kata, "UMNO tidak boleh hidup tanpa rasuah". "Kekayaan hanya berlegar di kalangan pemimpin, keluarga dan kroni". Pemimpin UMNO merampas harta rakyat secara zalim. Rakyat hidup papa, pemimpin hidup mewah.

Pemberian tanah sehingga 4000 hektar kepada pemegang saham yang sama dalam 2 syarikat yang berbeza sangat tidak beretika dan tiada langsung ketelusan dalam pembahagian dan penilaian. Nampak sangat keputusan ini dibuat secara terburu-buru. 

Mungkin MB Kelantan tidak tahu mengenai perkara ini. Beliau telah dikelirukan oleh Ngeh dan Nga bersaudara di dalam permohonan ini. Jelas, Ngeh dan Nga bersaudara mengambil kesempatan untuk berniaga dan mendapat hak menanam semula hutan balak di atas tukaran rundingan politik dan kuasa.

Baru sekarang, Ngeh dan Nga mahu memperjelaskan kekeliruan pemberian tanah ini di atas kepentingan perniagaan. Baru dia berhujah secara realiti perniagaan dan kepentingan kerajaan negeri yang mahu memastikan hutan perlu diselenggara dan ditanam semula. 

Itu bila terkena batang hidung sendiri. Cuba bayangkan jika kelakuan ini dibuat di bawah pentadbiran BN. Realiti perniagaan dan ekonomi strategik kenapa projek itu dibuat dan rasional kenapa syarikat itu dapat,  pasti akan ditenggelamkan. Yang akan disensasikan hanyalah istilah rasuah, mengumpul kekayaan, kroni, kezaliman dan penindasan pemimpin UMNO yang rakus dan tamak.

Cubalah lihat kembali bagaimana isu penyenaraian FGV, isu pengambilalihan Penang Port oleh Syed Mokhtar Al Bukhari, isu pembangunan dan pemodenan Angkatan Tentera, isu pembangunan MRT/LRT dan lain-lain rancangan pembangunan strategik yang dijalankan oleh kerajaan.

Segala projek pembangunan strategik ini akan disensasikan dalam bentuk rasuah, kroni dan rompakan harta rakyat oleh para pemimpin UMNO. Mereka tenggelamkan segala bentuk kepentingan strategik kenapa pembangunan ini dilakukan. Mereka cuba membayangkan seolah-olah setiap projek yang melibatkan tanah dan pelaburan kewangan yang dilakukannoleh kerajaan hanya bertujuan untuk mendapat komisyen, rasuah dan segala projek ini di belakangnya adalah PM dan isteri.

Sekarang, adalah ketikanya di mana pihak pembangkang sedang menerima hukum karma tuhan dan setiap tuduhan yang sering dilemparkan terhadap para pemimpin UMNO sedang bergerak dan tertempelak ke muka sendiri.

Setiap tuduhan yang dilemparkan kepada PM dan isteri bukan ditumpukan kepada siasatan fakta sebenar, tetapi mereka menghalakan tuduhan ini di atas tujuan politik, iaitu dengan cara meminta PM dan isteri menjawab sendiri setiap tuduhan yang mereka rekayasa.

Dia ingat PM bodoh untuk "react" dengan setiap tuduhan yang dibuat.

Sekarang Nik Aziz jawablah! Ngeh dan Nga jawablah! DAP dan PAS sedang menelan ludah dan muntah sendiri yang selama ini dipalitkan kepada UMNO.

Nik Aziz harus muhasabah diri dan berhenti dari mencari setiap kesalahan orang lain. Nik Aziz harus fikir kenapa hukum karma tuhan terhadap mereka semakin kerap menimpa sejak kebelakangan ini dan "mengenai tepat ke muka-muka mereka". Mereka sering mencerca dan memfitnah pemimpin UMNO dengan mengaitkan setiap program pembangunan untuk rakyat yang dilakukan oleh kerajaan yang memang menjadi kewajiban sesebuah kerajaan telah "diolah cerita" menjadi projek untuk makan rasuah dan melakukan penindasan terhadap rakyat.

Cuba bayangkan jika YAB Zamry Kadir meluluskan permohonan tanah di negeri Perak sebanyak sebanyak 10 ribu ekar kepada EXCO Kanan YAB MB Negeri Sembilan!

Sudah pasti isu inilah yang akan dimanipulasi secukupnya oleh para pemimpin pakatan pembangkang untuk membunuh BN di saat-saat menjelangnya PRU 13.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Jan 2013 03:05 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pesta seks bakal jururawat di kolej kantoi!

Posted: 04 Jan 2013 11:31 AM PST

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati 'berpesta seks' bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

"Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

"Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin)," katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.

'Agak luar biasa kerana libatkan hanya seorang Melayu' - Soi Lek

Posted: 04 Jan 2013 06:01 AM PST

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikaikan ketelusan DAP yang mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu selepas dua minggu pemilihan berlangsung.

Beliau berkata insiden itu merupakan sesuatu yang pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan.

"Apa yang lagi luar biasa ia melibatkan seorang Melayu, dan kerana kesilapan ini, dia (Zairil Khir Johari) dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP.

Adakah ia sengaja dilakukan supaya dapat memenuhi apa yang sering diperkatakan oleh DAP bahawa mereka adalah sebuah parti yang dikatakan pelbagai kaum, dan bukan sebuah parti yang dikatakan berasaskan kaum Tionghua?," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Dis lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Dalam pada Dr Chua turut mempersoalkan kewibawaan DAP untuk mentadbir negara ini dan mengubah nasib rakyat yang berjumlah 28 juta, memandangkan pemilihan jawatan dalam parti yang hanya membabitkan 1,800 anggota, tidak dapat diuruskan dengan cekap, amanah dan telus.

"Saya rasa kecewa dan terperanjat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan parti DAP dengan slogan yang diutarakan oleh DAP ialah 'Ubah'. Kononnya DAP berwibawa dan mampu membuat perubahan kepada nasib dan membela nasib rakyat Malaysia.

"Tetapi dalam pilihan parti yang melibatkan hanya 1,800 anggota mereka melakukan kesilapan dan perkara ini didapati selepas dua minggu," katanya.- Bernama

Silap kira undi, Pengarah Pemilihan DAP letak jawatan

Posted: 04 Jan 2013 05:31 AM PST

GEORGETOWN - Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, peletakan jawatan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab.

Beliau berlaku, berikutan itu, DAP akan melantik firma audit serta syarikat perakaunan bebas untuk mengesahkan semula keputusan pengiraan undi.

Pemilihan diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP pertengahan bulan lalu.

"Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi begitu," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), hari ini.

Kesilapan pengiraan undi itu sekali gus menjejaskan kedudukan 20 ahli CEC.

Salah seorang calon Melayu yang bertanding, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi sebenarnya menerima 803 undi hasil kiraan semula.

Ia sekalig us berjaya meletakkan Zairil dalam CEC.

Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya menerima 669 undi sekaligus menyebabkannya terkeluar dari barisan CEC.

Zairil dalam laman twitternya menyebut masih lagi terkejut dengan laporan berkenaan.

Sinar

(Gambar) Wow! Solidnya 'body' Daphne Iking ni...apa rahsianya?

Posted: 04 Jan 2013 04:15 AM PST

Jika anda masih ingat, baru-baru ini GUA ada memperkenalkan rangkaian produk terbaru Nivea, Pure & Natural. Rangkaian produk ini memberi menjanjikan banyak manfaat kecantikan untuk tampil lebih menawan. Jadi sudahkah anda mencubanya sendiri? Jika masih ragu-ragu, kenyataan Daphne Iking ini mungkin boleh meyakinkan anda.

Menurut pengacara dan pelakon jelita ini dia sangat suka dengan losyen badan Pure & Natural Nivea kerana dia mudah diresapi dan kesannya boleh dilihat dalam waktu yang singkat. Jelas Daphne, kini kulitnya tampil lebih lembap, licin dan lembut.

"Saya sudah menggunakan produk ini lebih tiga minggu dan setakat ini saya cukup berpuas hati dengan hasilnya. Pertama kali diperkenalkan dengan rangkaian produk ini saya memang rasa ragu-ragu. Ini kerana saya memiliki kulit yang sangat sensitif. Kalau tersilap pakai, pasti akan timbul masalah kulit seperti kulit menjadi kemerah-merahan atau timbul bintik-bintik kecil. Kalau wajah pula, akan naik jerawat. Jadi, saya sangat berhati-hati dengan produk-produk kecantikan.
Sebagai permulaan, saya setuju guna Losyen Badan sebab saya tidak mahu guna set penjagaan wajah. Selepas puas hati, barulah saya berani mencuba Losyen Pembersih Pure & Natural. Produk ini tidak merosakkan kulit saya sebaliknya ia membuatkan kulit terasa lebih segar, sihat dan bersih. Selepas tiga barulah saya gunakan Pelembap Pure & Natural.

Pelembap ini sangat bagus terutama kepada mereka yang mempunyai kulit sangat kering. Kulit saya jadi lebih lembap dan terasa lebih nyaman kerana ia dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Dengan kebaikan yang saya perolehi ini, saya tidak lagi teragak-agak untuk meneruskan pemakaian produk ini. Mungkin saya akan cuba produk lain di dalam rangkaian Pure & Natural ini," ujar Daphe berkongsi cerita ketika pelancaran produk ini pada Disember lalu.
Rangkaian Pure & Natural menggabungkan 8 manfaat terhebat daripada alam semula jadi untuk menghasilkan kulit yang lebih sihat.Lapan manfaat tersebut ialah kandungan vitamin E tiga kali ganda lebih banyak, perlindungan tahap kelembapan dan sempadan kulit, pembaikan lapisan kulit, ciri penyembuhan yang berkesan serta kesan kelegaan dan perlindungan antibakteria untuk kulit. Produk ini juga bebas daripada Paraben, silikon, pewarna dan minyak mineral, sekali gus mengelakkan sebarang kesan sampingan kepada kulit.

Terdiri daripada siri produk penjagaan wajah, losyen badan dan deodorant, rangkaian Pure & Natural ini mengandungi sehingga 95% bahan-bahan semula jadi seperti minyak argan organik, gel lidah buaya (aloe vera), kamomil dan minyak jojoba. Ciri ini tentu menggembirakan sesiapa yang ingin mendapatkan produk lestari tanpa menjejaskan keselamatan, keberkesanan dan penjagaan serta pada masa yang sama menikmati wangian yang nyaman.

Gua.com

[Ads: #Windows8 looks pretty good, anyone thinking of upgrading? Do it before 31 Jan and save more than RM800!]

Lawak politik paling 'rasis' DAP di awal tahun 2013

Posted: 04 Jan 2013 12:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Kesilapan teknikal sewaktu pembentangan keputusan pemilihan parti di Kongres ke-16 Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah mengakibatkan keputusan yang tidak tepat dalam kedudukan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Kesilapan tersebut bagaimana pun, tidak mendatangkan kesan yang terlalu besar terhadap 20 kedudukan teratas CEC.

Pegawai Pilihanraya yang bertanggungjawab membuat kiraan akhir dan membentangkan keputusan kepada Kongres, Pooi Weng Keong dalam sidang media di ibu pejabat kebangsaan DAP di ibu kota; menjelaskan bahawa kesilapan tersebut terjadi akibat daripada ralat ketika memindahkan kiraan keputusan menggunakan program komputer Microsoft Excel.

"Akibat daripada kesilapan tersebut, bilangan undi untuk calon-calon nombor 31 ke 38 adalah sama dengan calon-calon bernombor 61 ke 68," kata beliau, sambil menambah bahawa kesilapan tersebut tidak disedari oleh pihaknya sehinggalah hari berikutnya dan lantas dilaporkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

DAP memandang serius kesilapan kecil ini dan telah mengarahkan supaya audit dalaman yang dipimpin oleh Dr. Ong Kian Ming, dilaksanakan segera bagi menyiasat kesilapan tersebut. Kian Ming adalah ahli baru DAP yang bertindak sebagai pemerhati sewaktu kongres parti berlangsung; serta tidak mengundi mahupun mempunyai sebarang peranan dalam pengiraan undi.

Bagi memastikan ketelusan, langkah berjaga-jaga diambil dengan melantik juruaudit luar, TCMK Associated Chartered Accountants untuk memeriksa keputusan pilihanraya parti tersebut; dan keduanya mendapati keputusan yang serupa.

"Kedua-dua audit mendapati bahawa calon-calon bernombor 61 ke 68 telah mendapat keputusan yang salah, dengan angka-angka yang sama dengan calon-calon bernombor 31 ke 38," tambah beliau lagi yang kemudiannya mendedahkan bilangan undi tepat yang diterima oleh calon-calon terlibat.

Hasil daripada keputusan yang telah dibetulkan ini, calon nombor 63, Wu Him Ven (Vincent) sepatutnya hanya mendapat 669 undi dan bukan 1202 undi; yang kini meletakkannya di tangga ke 26.

Delegasi beri mandat kepada pimpinan Melayu


Apa yang menarik adalah keputusan undi untuk calon nombor 65, Zairil Khir Johari yang pada mulanya dilaporkan menerima bilangan undi yang sama dengan calon nombor 35, Manogaran a/l Marimuthu sebanyak 305 undi sebenarnya telah menerima 803 undi, yang secara automatik meletakkan beliau ke tangga ke-20 dan terlantik ke dalam CEC.

Dihubungi untuk mengulas tentang keputusan mengejutkan ini, Zairil berkata bahawa kesilapan adalah perkara yang tidak boleh dielakkan.

"Yang lebih penting, tindakan DAP memperbetulkan kesilapan ini jelas menunjukkan bahawa hal ketelusan dan integriti amat diutamakan, walaupun parti berdepan risiko dimanipulasi oleh pihak lain," ujarnya.

Zairil juga menambah, "Ini juga membuktikan bahawa keputusan saya untuk menyertai DAP berdasarkan tanggapan bahawa DAP adalah parti yang berintegriti dan mengamalkan ketelusan adalah keputusan yang betul."

Keputusan yang telah diaudit ini memperlihatkan bahawa delegasi Kongres ke-16 DAP adalah sebenarnya tidak anti-Melayu seperti yang difitnahkan oleh media arus perdana milik UMNO dan Barisan Nasional apabila pada mulanya dilaporkan tidak ada calon Melayu yang terpilih ke CEC.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata CEC telah bermesyuarat pada malam ini untuk memperbetulkan kesilapan keputusan pemilihan parti tersebut dengan saudara Zairil sebagai ahli yang dipilih melalui undi delegasi; manakala saudara Vincent menjadi ahli lantikan.

"Selain hakikat bahawa kini saudara Zairil secara rasminya adalah ahli CEC melalui pemilihan, komposisi CEC tidaklah berubah," ujar Tony.

Bagi Vincent, beliau menerima keputusan ini dengan lapang dada.

" Pada masa yang sama, saya mahu tekankan bahawa keputusan muktamad ini tidak akan menghalang saya daripada menjalankan idealisme dan prinsip-prinsip parti," kata beliau dalam sebuah kenyataan media.

"Saya akan terus berkhidmat untuk parti sebaik mungkin dan berterima kasih kepada pihak CEC yang telah melantik saya sebagai Pembantu Setiausaha Organisasi. Saya percaya kesilapan teknikal ini tidaklah disengajakan," kata beliau. -Roketkini.com

Official: Technical glitch caused error in DAP election results

Posted: 04 Jan 2013 12:25 AM PST

Zairil Khir Johari in CEC after tabulation errors discovered

PETALING JAYA: A technical error in calculations during party elections at the 16th DAP National Congress on Dec 15 resulted in an inaccurate result of the positions in the Central Executive Commitee (CEC).

Portal RoketKini.com reported Thursday that the error was unlikely to greatly affect the 20 top positions of the CEC.

In an interesting turn of events, candidate number 65, Zairil Khir Johari, who initially had the same number of votes received by candidate number 35, Manogaran Marimuthu (305 votes), actually received 803 votes.

This put him in the 20th position, which means he is automatically appointed to the CEC.

Candidate number 63, Wu Him Ven, who was initially in the CEC with 1,202 votes, actually received 669 votes and is in 26th position, putting him out of the committee.

"Incredible turn of events. Am still shocked myself," Zairil tweeted late Thursday.

Returing officer Pooi Weng Keong, who was responsible for making the final calculations and presenting the results to the party congress, said the error occurred when transferring the results calculated using Microsoft Excel.

"As a result of the error, the number of votes for candidates numbered 31 to 38 are the same as candidates numbered 61 to 68," he said.

He added that the mistake was not noticed by his side until the next day and was reported to DAP secretary-general Lim Guan Eng.

According to the portal, DAP viewed the mistake seriously and has ordered for an internal audit, led by Dr Ong Kian Ming, to investigate the error.

Dr Ong is the newest member of DAP that acted as an observer during the party's congress and did not vote as well as play any role in the calculation of votes.

The Star

Pakaian dalam wanita 'dipamer' untuk naikkan nafsu

Posted: 03 Jan 2013 10:31 PM PST

Pakaian dalam yang di tayang di tepi hutan
berhampiran Indera Mahkota 2.
KUANTAN- Bukan sahaja menyakitkan pemandangan, malah keadaan pakaian dalam wanita yang di tayang di tepi hutan berhampiran Indera Mahkota Dua di sini menjadikan keselamatan penduduk turut terancam.

Penduduk Zaliah (bukan nama sebenar), 25 berkata, dia terkejut apabila melihat beberapa helai pakaian dalam wanita 'dipamer' di dahan pokok dan papan tanda.

Menurutnya, sebagai wanita, dia sememangnya rasa terganggu dengan situasi tersebut apabila ada individu yang mungkin telah mencuri pakaian dalam tersebut semata-mata untuk kepuasan nafsu mereka.

"Saya tinggal di rumah sewa bersama empat rakan yang lain dan laluan tempat pakaian dalam ini di tayang merupakan laluan utama saya ke tempat kerja.

"Memang terkejut melihat keadaan ini dan pada masa yang sama saya rasa keselamatan kami sebagai wanita turut terancam.

"Apa muslihat individu tersebut menayangkan pakaian dalam ini jika tidak berunsurkan gangguan seksual," katanya.

Sehubungan itu, dia kini lebih berhati-hati untuk menyidai pakaian di luar rumah sejurus insiden tersebut.

Bagi Haslinda (bukan nama sebenar), 23 berharap agar pihak berkuasa seperti polis dan rondaan SRS dapat dilaksanakan dengan lebih teliti lagi.

"Kawasan ini adalah kawasan perumahan, dan kami bimbang jika keadaan ini berlanjutan, akan ada masalah lain pula yang timbul.

"Jika si pelaku ini tidak ditangkap, mungkin ada yang menjadi mangsa rogol pula.," katanya

Robert Phang saman Musa Hassan RM100j

Posted: 03 Jan 2013 10:20 PM PST

SHAH ALAM 4 Jan. - Bekas anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, hari ini.

Saman itu difailkan melalui Tetuan S N Nair and Partners di kaunter pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Phang mendakwa Musa telah memfitnahnya dalam satu sidang akhbar Mywatch, Dìsember tahun lalu.

- UTUSAN

Robert Phang files RM100mil defamation suit against ex IGP Musa Hassan

Posted: 03 Jan 2013 10:15 PM PST

SHAH ALAM: Tan Sri Robert Phang has filed a RM100mil-defamation suit against former IGP Tan Sri Musa Hassan.

The suit was filed at the Shah Alam High Court registry on Friday through the firm Messrs S.N. Nair & Partners.

Phang claimed Musa uttered defamatory words at a press conference held by MyWatch which implied he was a dishonest, untrustworthy, unethical and a corrupt person.

He claimed Musa's words were pre-meditated to tarnish his image.

Phang is claiming compensatory and aggravated, exemplary damages, and other costs and relief deemed fit by the court.

The Star

PAS pertikai pendapat mufti lagi

Posted: 03 Jan 2013 10:01 PM PST

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan kewajaran permintaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di kaca televisyen.

Ketuanya, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, penjelasan secara langsung adalah kaedah terbaik dalam meleraikan kekusutan yang belum mempunyai tanda- tanda untuk berakhir.

"Saya rasa terkilan dan tidak bersetuju dengan pandangan para mufti yang beranggapan siaran langsung tersebut tidak perlu kerana akan menambah kekeliruan, begitu juga tindakan mempertikaikan niat sebenar Presiden yang kononnya disifatkan untuk mencari publisiti," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Abdul Latif berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mempertikaikan kewajaran permintaan Abdul Hadi kerana berpotensi menimbulkan polemik berpanjangan.

Menurutnya, tidak timbul isu mencari populariti kerana pihak yang mencetuskan kembali isu tiga dekad lalu itu adalah media arus perdana yang berpihak kepada Kerajaan Pusat.

"Presiden Pas dikutuk dan dilanyak selama berminggu- minggu dengan pelbagai kecaman dan tohmahan, jadi beliau berhak untuk memberikan penjelasan yang boleh diakses oleh semua pihak," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang.

Sambil mempersoalkan keberanian mufti untuk menegur tindakan membenarkan pelbagai hiburan melalaikan disiarkan secara langsung di kaca televisyen, Abdul Latif menegaskan tidak ada kekeliruan yang perlu dibimbangkan di sebalik penjelasan yang akan dilakukan nanti.

Abdul Latiff berkata, tidakkah ruang sejam yang diberikan kepada Presiden Pas itu boleh dijawab semula dengan penjelasan selama berminggu-minggu oleh para mufti, atau mereka tidak yakin dengan kemampuan ilmu yang ada pada mereka untuk menjawab kembali penjelasan bakal dikemukakan nanti.

"Perlu dijelaskan, saya hormati para mufti atas ilmu dan kedudukan yang dimiliki, namun dalam hal ini, jika mereka (mufti) hanya ingin bersuara di atas kepentingan Umno atau Barisan Nasional lebih tepat jika sekiranya berundur secara terhormat dan menyertai politik sepenuh masa.

"Saya ingin mengulangi pendirian kami bahawa Presiden Pas berhak diberikan peluang untuk muncul secara langsung melalui televisyen bagi memberikan penjelasan," katanya.

Sinar

Zarina Anjoulie bakal 'dinyahkan' dari industri hiburan tanahair - Zed Zaidi

Posted: 03 Jan 2013 09:30 PM PST

Semenjak ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan memiliki dadah, nama pelakon dan model Zarina Anjoulie menjadi isu hangat dikalangan peminat-peminat hiburan tempatan.

Oleh itu selaku Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah mngeluarkan kenyataan bahawa artis wanita tersebut berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman sekiranya dia didapati bersalah dalam hal ini.

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain."

"Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan."

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli," ujar Zed Zaidi.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Zed Zaidi turut memaklumkan bahwa mana-mana artis yang telah dipecat sebagai ahli Seniman, secara automatik akan turut dibuang daripada senarai Finas.

"Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)."

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas."

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," tegas Zed Zaidi.

(Gambar) Penuntut politeknik maut selepas bergaduh dengan teman lelaki

Posted: 03 Jan 2013 07:45 PM PST

ARAU - Tekanan akibat bergaduh dengan teman lelaki dipercayai menjadi punca seorang penuntut perempuan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Ulu Puah, di sini, mati petang semalam.

Mangsa, Prema Parthiban, 20, penuntut jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan dan berasal dari Kulim, Kedah, dipercayai kecewa selepas bergaduh dengan teman lelakinya malam sebelum kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Ishak Baharom berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes tersebut daripada pihak pengurusan asrama.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

"Setakat ini kita belum mendapat maklumat penuh berkaitan punca utama yang menyebabkan mangsa mati.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca utama kejadian itu ," katanya.

Ishak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terkejut dengar jeritan

Sementara itu, menurut seorang kenalan rapat mangsa, mangsa pada mulanya dilihat berselisih faham dengan teman lelakinya di tangga asrama.

Katanya, pertelingkahan antara pasangan kekasih itu menyebabkan beberapa penuntut lain yang berada di situ terkejut dengan jeritan mereka berdua.

"Melihat pertelingkahan itu, kami beranggapan ia mungkin perkara biasa bagi mereka dan tidak terlalu menghiraukan kejadian itu.

"Namun, tidak pula kami menyangka mangsa, yang dikenali sebagai seorang yang baik hati, ditemui mati di biliknya, selepas itu," katanya semasa ditemui di pekarangan politeknik, di sini semalam.

Bergegas ke tempat kejadian

Katanya, mereka dikejutkan dengan kejadian itu setelah seorang penuntut yang melalui kawasan itu ternampak mangsa sebelum menjerit meminta tolong.

"Terkejut dengan jeritan itu, beberapa penjaga asrama dan pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bermaya di dalam bilik yang didiaminya seorang diri.

"Penjaga asrama yang berada di tempat kejadian menghubungi polis dan melaporkan kejadian tersebut kira-kira jam 3 petang semalam," katanya.

Mat Yo masih berhutang dengan KAFA

Posted: 03 Jan 2013 07:26 PM PST

BEKAS penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha belum membayar harga tebus kontrak seperti yang diminta oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) walaupun telah menandatangani kontrak baharu bersama pasukan Johor Darul Takzim.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Norshahrul atau Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baru.

"Kita tak bantah keputusan beliau untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak, tapi sampai hari ini Mat Yo belum membayar harga tebus kontrak tersebut sehingga Kafa terpaksa membuat tuntutan kepada Jawatankuasa Status FAM.

"Dalam kes ini kita telah mengemukakan afidavit kepada jawatankuasa berkenaan dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi dan barangan rasmi 'The Red Warriors' serta pengumuman penaja musim 2013 di Kota Bharu, hari ini.

Annuar, yang tidak mendedahkan nilai harga tebus kontrak itu, berkata penyerang yang pernah mencipta nama sebagai salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan itu juga masih mempunyai baki kontrak bernilai RM400,000 bersama Kafa.

Beliau berkata, walaupun FAM mempunyai kuasa untuk memutuskan seseorang pemain layak bermain atau tidak dalam sesebuah liga setelah menebus kontrak, namun perkara itu sepatutnya tidak diambil mudah kerana dibimbangi pemain lain tidak akan mengikuti peraturan pada masa hadapan.

"Bagaimana anda boleh membenarkan pemain beraksi dalam liga yang mana secara teknikal, kontrak dia belum lepas. Tebus kontrak hanya lepas setelah dibayar. Tak boleh tebus mulut terus pergi bermain, ia tidak betul.

"Kita nak tengok ia sebagai kes pertama. Kali pertama juga perkara ini berlaku (di Malaysia) dan persatuan berharap perpindahan itu mengikut
norma-norma perpindahan yang betul kerana kita perlu berikan sijil pelepasan untuk dia bermain dengan pasukan lain," katanya.

Justeru, Annuar berharap agar badan induk itu dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana tidak mahu perkara tersebut berpanjangan
tanpa penyelesaian yang kukuh daripada kedua-dua pihak.

"Perkara ini tak pernah berlaku di liga-liga Eropah dan saya nak tengok keputusan yang akan diambil oleh FAM berhubung perkara ini," katanya.

Polemik perpindahan Mat Yo menjadi isu hangat diperkatakan dalam kancah sukan bola sepak negara selepas menamatkan kontrak secara sebelah pihak walaupun masih berbaki 13 bulan bersama Kafa selepas dilamar pasukan dari selatan, Johor Darul Takzim pada musim lepas. - Bernama

Cucu Tok Selampit

Posted: 04 Jan 2013 01:12 PM PST

Cucu Tok Selampit


Keldaiandaily Sekali Lagi Cuba Memfitnah Ulama PAS, Dr Harun Din Mengenai Isu Baca Utusan Haram!

Posted: 04 Jan 2013 05:27 AM PST


"Haram Baca Utusan, Tegas Dr Harun Din", itulah antara berita Keldaiandaily yang disiarkan hari ini yang menarik minat CTS. Sila rujuk di sini. Perkara ini bukan perkara baru. Keldaiandaily pernah memfitnah Dr Harun Din dengan isu yang sama pada tahun 2011. Hari ini isu ini diulang-ulang kembali. 

CTS merasakan ini adalah fitnah busuk yang dilemparkan kepada Ulama PAS yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. Sama-sama kita tunggu penafian Dr Harun Din sekali lagi selepas ini. Tidak serik-serik Keldaiandaily menabur fitnah saban hari seolah-olah Rakyat Malaysia buta IT dan tidak mampu mencari maklumat semudah di hujung jari. Pemimpin sendiripun hendak difitnah, apatah lagi orang lain.

Bagi melihat kembali betapa busuknya fitnah Keldaiandaily terhadap Dr Harun Din, kita baca kembali apa komen beliau di Utusan Malaysia, sehari dua selepas beliau difitnah pada tahun 2011:
Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
27/04/2011 1:56 pm
 KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.
"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.
"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan.

Duke of UMNO

Posted: 04 Jan 2013 01:07 PM PST

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! PAS KELUAR PAKATAN, TAK PUAS HATI NGEH HINA AL-QURAN..??!!!

Posted: 03 Jan 2013 07:17 PM PST

nga ngeh ngok

Kemarahan yang meluap-luap timbul di hati saya bila mendapat tahu mengenai perihal Ngeh Koo Ham yang sekali lagi telah menghina Islam apabila menganggap bahawa kitab suci Al-Quran adalah sama sifatnya dengan kitab Bible.

Pengerusi DAP Perak yang disanjung tinggi Nizar Jamaluddin ini ternyata begitu biadap, kurang ajar dan perlu diajar apabila menyamakan kitab yang menjadi mukjizat Rasulullah SAW itu dengan sebuah kitab Bible yang bukan lagi Injil yang asli.

Ngeh di dalam Twitternya baru-baru ini dalam usaha mempertahankan kenyataan Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, berhujah bahawa kalimah "Allah" adalah wajar digunakan di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun dulu.


Ngeh berkata…
"Just like the Quran, the Bible also use many names to describe God into different circumstances to describe the attributes of God (Seperti al-Quran, Bible juga menggunakan banyak nama untuk menjelaskan tuhan dalam keadaan yang berbeza untuk menggambarkan sifat-sifat tuhan)"
 Persoalannya, siapa Ngeh untuk menyamakan Al-Quran dengan Bible?

Jika dia seorang paderi atau seorang penganut agama Kristian sekali pun, saya yakin bahawa dia bukannya seorang yang tahu secara mendalam tentang kandungan dan isi kitab Bible secara terperinci.

Apatah lagi Al-Quran! Saya pasti bahawa Ngeh sendiri tidak tahu bahawa dia perlu berwudhu sebelum membaca kitab suci umat Islam tersebut! Saya yakin dia tak tahu apa itu "mad asli", "mad silah qasirah" atau "mad silah towilah"!

Saya yakin bahawa Ngeh tidak mampu untuk menghuraikan tentang sifat Allah, Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang sering diucapkan oleh umat Islam setiap kali sebelum makan iaitu "Bismillahirrahmanirrahim..".

Apakah bezanya Ar-Rahman dengan Ar-Rahim? Ngeh boleh huraikan dengan tepat? Dan apakah sifat itu sama dengan sifat "Tuhan Bapa" di dalam Bible?

Saya mendesak Ngeh supaya menarik balik segala hinaannya terhadap Islam dan Al-Quran, sekaligus meminta maaf kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia, atas sikap kurang ajarnya yang tidak menghormati sensitiviti rakyat beragama Islam di negara ini.

Dia tidak punya hak untuk memperkatakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kitab suci Islam itu memandangkan dia tidak pernah mendalami atau memahami segala kandungannya secara terperinci.

Saya yakin, ramai umat Islam, malah yang bukan Islam sendiri pun benci dan kesal dengan keceluparan Pengerusi DAP Perak ini yang jelas mampu menjejaskan keharmonian beragama di Malaysia.

ngeh koo ham kalimah Allah

Di mana PAS? Di mana "Pak Syiekh" dari PKR? Mengapa tidak kecam atau tempeleng saja Ngeh Koo Ham yang biadap terhadap Islam ini? Atau PAS dan PKR sendiri setuju dengan Ngeh yang menyamakan Al-Quran dengan Bible? PAS dan PKR nak kena tempeleng dengan umat Islam?

Bagi "Pak Syiekh" Anwar Ibrahim, mungkin dia bersetuju dengan Ngeh Koo Ham sebab fahaman menyamakan Al-Quran dengan Bible sangat bertepatan dengan fahaman pluralisme yang dia kembangkan di negara ini.

Itulah hakikatnya PAS dan PKR. Hanya kerana nak jaga hati "sahabat syaitan", mereka tidak kisah sekiranya Islam dihina dan dicemar oleh "kuffar harbi" tersebut. Bagi mereka, biar tergadai Islam asalkan PAS dan PKR boleh tawan Putrajaya!

Sumber: Mykmu.net

THE FLYING KICK

Posted: 04 Jan 2013 01:06 PM PST

THE FLYING KICK


TERIMALAH HAKIKAT, AZHAR IDRUS ADALAH USTAZ MEKDI NATANG!!!

Posted: 04 Jan 2013 07:15 AM PST

TAKKAN MAT SABUT DIAM SAJA BILA NASHARUDDIN MAT ISA BELASAH GUAN ENG!!!

Posted: 04 Jan 2013 06:00 AM PST

AZIZAN ABDUL RAZAK NAFI LADANG RAKYAT KEDAH UNTUK TAUKEH CINA DAP DAN TAUKEH SINGAPURA!!!

Posted: 04 Jan 2013 04:30 AM PST

AHLI DAP HANYA DIDENDA RM3000 UNTUK KESALAHAN MENYERANG WARTAWAN!!!!

Posted: 04 Jan 2013 03:30 AM PST

DAH MENINGGAL KANANG ANAK LANGKAU, BARU SIBUK NAK BUAT FILEM?

Posted: 04 Jan 2013 02:26 AM PST

CONTOH INI SENTIASA GAGAL DIIKUTI BAIK ORANG UMNO APATAH LAGI ORANG PAS!!!

Posted: 04 Jan 2013 12:26 AM PST

DICERAI SEBAB ENGGAN JADI AHLI PAS, SEDANGKAN DIRI SENDIRI, MEMBACA AL QURAN PUN MERANGKAK!!!

Posted: 03 Jan 2013 11:06 PM PST

KES BUDAK 13 TAHUN CUBA ROGOL WANITA DI TANDAS STESEN PETROL DI MELAKA DAH MACAM CERITA DONGENG!!!

Posted: 03 Jan 2013 04:00 PM PST

PEJUANG BANGSA

Posted: 04 Jan 2013 11:26 AM PST

PEJUANG BANGSA


Hot ! Gambar bayi baru dilahirkan shake hand dengan Doktor

Posted: 04 Jan 2013 09:50 AM PST



Satu keajaiban bila GPB melihat gambar seorang bayi yang baru dilahirkan melalui pembedahan boleh shake hand dengan Doktor. Macam memberi salam perkenalan pulak bila tengok.



Isteri tangkap suami hampir rogol jiran yang sedang hamil !!

Posted: 03 Jan 2013 07:13 PM PST




KAJANG - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol oleh jiran sendiri apabila jeritannya didengari isteri suspek dalam kejadian di sebuah rumah flat di Semenyih dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang sedang menonton televisyen seorang diri di ruang tamu ternampak kelibat seorang lelaki masuk ke dalam rumahnya.
Mangsa berusia 27 tahun dan telah mendirikan rumah tangga yang panik cuba lari ke dalam bilik tidur namun jatuh tergelincir di depan pintu bilik.
Kesempatan itu digunakan oleh suspek yang hanya memakai seluar pendek dan menutup muka dengan baju T untuk menindih mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa dan suspek bergelut sebelum baju yang melilit muka suspek berusia 30-an itu tertanggal.
Mangsa yang terkejut melihat lelaki itu merupakan jiran sendiri menjerit meminta tolong sambil merayu supaya tidak diapa-apakan kerana mendakwa dirinya sedang hamil.
Jeritan itu didengari oleh isteri suspek yang kemudian masuk ke rumah mangsa untuk melihat apa yang berlaku.
Suspek yang panik melihat kelibat isterinya muncul terus melarikan diri tanpa sempat merogol mangsa.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan pengsan akibat dicekik oleh suspek ketika bergelut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek terlibat yang masih menghilangkan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dengan niat hendak mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.








Hot ! Tun Mahathir bongkar mengapa rakyat perlu tolak pembangkang di PRU13 !!

Posted: 03 Jan 2013 06:59 PM PST


Rakyat dinasihatkan agar tidak bereksperimen untuk menukar kerajaan serta terpedaya dengan janji-janji kosong pembangkang yang mampu membuatkan negara ini tidak stabil dan berkembang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mengambil contoh beberapa janji pembangkang yang mahu mengubah negara ini kepada 'negara berkebajikan' seperti pendidikan percuma, pemansuhan tol, meningkatkan subsidi petrol dan royalti minyak, semua janji itu akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.

Menurutnya, idea-idea itu pernah cuba dilaksanakan oleh negara-negara sosialis dan komunis, tetapi semuanya gagal.

''Realitinya, semua kerajaan perlu wang untuk pembangunan selain memberi subsidi kepada rakyat.

Tetapi jika sesebuah kerajaan mengorbankan cukai, tol dan yuran, kerajaan akan kekurangan wang. Dan dalam masa sama, kerajaan itu perlu membelanjakan wang untuk kemudahan awam, lebuh raya, sekolah, hospital, kos operasi dan pembangunan, pencen serta subsidi-subsidi lain.

''Jadi, di manakah kerajaan mahu mendapatkan dana yang diperlukan? Boleh sahaja membuat pinjaman jika wang itu dilabur dan memberi pulangan untuk membayar semula pinjaman. Tetapi jika pinjaman dilakukan hanya untuk perbelanjaan, ia tidak akan mampu melangsaikan hutang,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaharu di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Beliau berkata, dalam kempennya untuk kembali memegang 'takhta' Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pernah menjanjikan beberapa perubahan seperti menutup kem tahanan AS di Teluk Guantanamo selain menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan.Namun jelasnya, segala janji-janji itu gagal dilaksanakan.

''Membuat janji semasa berkempen cukup mudah. Sekarang ini, pembangkang di negara ini cuba meniru rentak Obama dan menjanjikan perubahan. Mereka kata, berilah mereka peluang kerana Barisan Nasional (BN) telah mentadbir negara ini selama 55 tahun.
''Memang diakui BN telah mentadbir negara ini sejak merdeka.

Tetapi bandingkanlah Malaysia dengan negara-negara lain yang sama mencapai kemerdekaan. Bandingkan dengan negara-negara membangun di Barat. Mereka kini berdepan masalah kewangan dan tidak mampu mengatasi krisis,'' tegasnya.

Beliau kemudiannya mengajak rakyat mengimbau kembali krisis kewangan yang melanda dunia sekitar 1997 dan 1998.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu cuba menggunakan penyelesaian Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF.

''Bank dan syarikat berdepan dengan ancaman kebankrapan. Kos import meningkat manakala kos sara hidup melonjak. Rekod Menteri Kewangan itu buruk walaupun beliau sering mendakwa kejayaan yang dibawa oleh orang lain itu sebagai kejayaannya.

''Kini sebagai pemimpin pembangkang, beliau mendakwa mahu membawa perubahan.

Apakah perubahan terbaik yang diperkenalkannya sepanjang berada dalam kerajaan? Apa yang diminatinya hanyalah meniti tangga kepimpinan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri,'' ujarnya.

Atas dasar itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya seperti mana beliau sendiri terpedaya dengan gaya pemimpin berkenaan suatu ketika dahulu.

''Memberi tempoh lima tahun kepada pembangkang sebagai kerajaan cukup bahaya. Banyak perkara boleh musnah dalam tempoh itu. Mereka yang kononnya berjuang kebebasan bersuara tetapi sering kali mengambil jalan mahkamah untuk menutup mulut pengkritiknya,'' tambahnya.


Ir Shaik Hussein ada bukti penyelewengan skandal Taman Mangis

Posted: 03 Jan 2013 05:30 PM PST




Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin kini sedang mengumpul beberapa lagi bukti tentang berlakunya penyelewengan dalam proses penjualan tanah di Pulau Pinang yang didakwanya berlaku ketika pemerintahan DAP hari ini, untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan seterusnya.
Tegas beliau, setelah cukup maklumat yang diperolehinya berhubung berlakunya penyalahgunaan kuasa yang dipercayainya berlaku dalam proses penjualan tanah di negeri tersebut,  maka beliau akan mendedahkan kepada rakyat di seluruh negara, khususnya di Pulau Pinang.
"Ya memang kami sedang mengumpul bukti tentang beberapa isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam kerajaan pemerintah DAP hari ini. Daripada beberapa maklumat yang kami terima, penyalahgunaan kuasa telah berlaku semasa proses jual beli tanah tersebut. Jika sudah cukup kami akan serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya," beritahu beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau yang kini sedang dalam proses perbicaraan kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap beliau berhubung isu Tanah Manggis II, berkeyakinan bahawa segala bukti dapat dikumpulkan tidak berapa lama lagi.
Di samping itu,  beliau terus membidas DAP di mana setelah lebih empat tahun memerintah Pulau Pinang, barulah terserlah wajah sebenar DAP yang bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya merupakan sebuah parti yang langsung tidak prihatin terhadap nasib rakyat terutamanya golongan rakyat miskin.
Hari sudah terbukti, bahawa DAP yang selama ini melaung-laungkan kebajikan rakyat, intergriti dan anti rasuah,  merupakan sebuah parti yang sebenarnya mengamalkan sistem pemerintahan talam dua muka, hipokrasi, tidak adil dan tidak peduli terhadap nasib rakyat khususnya rakyat miskin tanpa mengira bangsa, ujarnya tegas.
"Dulu DAP kata, mereka telah buat lebih 11,596 buah rumah kos rendah di dalam Pulau Pinang. Setelah kami siasat, angka sebenarnya hanyalah 4000 buah rumah. Itupun sebahagian daripada jumlah tersebut, merupakan projek BN di mana mereka hanya meneruskannya saja.
"Bila diserang dan dikritik, kerajaan DAP mula buat upacara pecah tanah di sana sini, umum pada rakyat kata nak buat lagi rumah kos rendah dan mampu milik, tapi sampai ke hari ini bayang pun takda. Sebenarnya mereka hanya buat majlis pecah tanah saja, tapi rumah untuk rakyat miskin mereka tak mahu buat,"tegas beliau.
Beliau menyeru rakyat, khususnya rakyat Pulau Pinang agar tidak terus terpengaruh dan percaya dengan permainan politik DAP yang cuba menggula-gulakan rakyat dengan upacara pecah tanah, dan pengumuman untuk membuat itu dan ini, kerana apa yang keluar dari mulut kepimpinan DAP hanya tipu daya belaka. -MediaUMNO

Khazanah negara di Eropah bakal dibawa semula ke negara !

Posted: 03 Jan 2013 04:00 PM PST




 Kerajaan Melaka menyasarkan untuk mengumpul puluhan ribu manuskrip Bahasa Melayu di Eropah sebagai usaha pembangunan bahasa itu menerusi Pusat Kecemerlangan Persuratan Melayu Antarabangsa mula beroperasi di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata ke arah usaha itu, kerajaan negeri akan mengadakan kerjasama dengan Universiti Leiden di Belanda yang merupakan pusat Bahasa Melayu terunggul di dunia yang menyimpan koleksi khazanah, buku serta manuskrip Bahasa Melayu.

Katanya lawatan ke universiti tertua di Belanda itu akan diadakan minggu depan dan berharap mendapat kerjasama dalam usaha menyalin ribuan manuskrip untuk disimpan dan dijadikan sumber rujukan dan penyelidikan pusat itu.

"Usaha kali pertama secara besar-besaran ini untuk mengumpul salinan manuskrip serta koleksi lain bagi pusat bahasa terunggul di rantau sebelah sini akan mengangkat martabat Bahasa Melayu ke era kegemilangan sebagaimana sejarahMelaka suatu masa dulu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pusat itu di Bangunan Yayasan Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar dan Ketua Pengarah DBP Dr Awang Sariyan.

Selain Universiti Leiden, Mohd Ali berkata kerajaan Melaka juga akan menjalinkan kerjasama menyalin manuskrip dan dokumentasi Bahasa Melayu yang disimpan di negara Eropah lain seperti England dan Portugal.

Menurutnya pusat kecemerlangan yang diterajui seorang pengarah itu berperanan mengadakan seminar serta bengkel dalam memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.

Kerajaan Melaka juga katanya, akan menjalinkan kerjasama mengumpul dan menyalin manuskrip dan dokumentasi Bahasa Melayu yang disimpan di negara Eropah lain seperti England dan Portugal.

Sementara itu, Md Salleh memberitahu Universiti Leiden mempunyai hampir 100,000 manuskrip Bahasa Melayu bermula sejak zaman penjajahan Belanda yang menakluki Nusantara pada kurun ke-17.

"Hampir semua khazanah bahasa Melayu terdapat di Leiden dan saya yakin usaha bersungguh-sungguh kerajaan Melaka ini untuk menyalin semula manuskrip di universiti boleh dicapai," katanya yang pernah dilantik sebagai profesor pelawat di universiti itu pada tahun 2003 hingga 2006.

Katanya semasa di situ, beliau diberikan peranan untuk menyebarluaskan persuratan, pengajian dan dunia Melayu selain membantu penyelidikan pihak universiti dan universiti lain di Eropah yang mempunyai pusat pengajian Melayu seperti di Britain, Perancis dan Jerman.

Menurut beliau usaha kerajaan Melaka menubuhkan pusat kecemerlangan itu bukan sahaja memberi impak positif dalam perkembangan Bahasa Melayu malah memberi pulangan ekonomi dalam jangka masa panjang. – Bernama

DIMENSI

Posted: 04 Jan 2013 11:10 AM PST

DIMENSI


Omegay: Nikah Koboi...

Posted: 04 Jan 2013 12:00 AM PST








Pengikut