Selasa, 16 September 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 15 Sep 2014 11:21 PM PDT

Suara Sri Andalas


Penafian Terhadap Akuan Bersumpah Yang Palsu

Posted: 15 Sep 2014 05:33 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

15 SEPTEMBER 2014

PENAFIAN TERHADAP AKUAN BERSUMPAH YANG PALSU


Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa saya telah membuat satu Akuan Bersumpah yang mendakwa bahawa saya selaku   Ahli Dewan Negeri Selangor N.49 Seri Andalas telah keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Tulisan dan tandatangan yang ada pada dokumen tersebut adalah palsu "completely fake".

Akuan Bersumpah palsu tersebut dikeluarkan dengan niat jahat menjejas nama baik saya serta bertujuan untuk mengeruhkan lagi isu perlantikan Menteri Besar yang kini cuba diselesaikan secara baik dan bijaksana.

Saya telah membuat laporan Polis pada hari ini dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan segera supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa kemuka pengadilan. Saya juga telah mengarahkan peguam saya  mengambil tindakan undang-undang yang sesuai.


YB DR. A. XAVIER JAYAKUMAR
AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR  N.49 SERI ANDALAS

KETUA CABANG KOTA RAJA
PARTI KEADILAN RAKYAT

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Sep 2014 07:04 PM PDT

Anwar Ibrahim


[KENYATAAN MEDIA] KEADILAN Kecam Rampasan Akhbar, Najib Perlu Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

Posted: 15 Sep 2014 03:25 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
15 SEPT 2014

KEADILAN KECAM RAMPASAN AKHBAR, NAJIB PERLU MANSUHKAN AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN

Hari ini umum dikejutkan dengan berita rampasan 300 naskhah akhbar Suara Keadilan di Kedah, iaitu di Jitra, Kuala Kedah, Alor Setar, Pendang dan Kepala Batas pada 10hb September lalu oleh pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Saya difahamkan bahawa para peniaga yang menjual Suara Keadilan di kawasan-kawasan itu telah diberi amaran, jika mereka terus menjual akhbar tersebut maka kedai-kedai mereka akan ditutup. Jika benar, perkara ini amat mendukacitakan dan cukup zalim. Pihak KDN perlu mengesahkan sama ada perkara ini benar-benar berlaku, dan jika ya amalan ini wajib dihentikan.

KEADILAN mengecam tindakan KDN ini yang mengekang kebebasan bersuara, satu hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada masa yang sama, KEADILAN menggesa Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi untuk menjelaskan status permohonan permit Suara Keadilan yang telah dihantar sejak tahun lalu.

KEADILAN turut menggesa Perdana Menteri, DS Najib Razak untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Walaupun akta tersebut telah dipinda pada 2012, namun pindaan tersebut tidak mencukupi dan akta itu masih bersifat kukubesi dan tidak demokratik. Perdana Menteri harus menunjukkan kesungguhan politik sebagai seorang “demokrat moderat” dan memansuhkan akta ini dengan segera.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

[KENYATAAN MEDIA] Sah Harga Minyak Naik Lagi Dengan GST

Posted: 15 Sep 2014 03:23 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
15 SEPT 2014

SAH HARGA MINYAK NAIK LAGI DENGAN GST

Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

Saya juga telah menyatakan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.

Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Saya menggesa supaya Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.

RAFIZI RAMLI

Naib Presiden KEADILAN

Ahli Parlimen Pandan

[KENYATAAN MEDIA] Pemimpin Masyarakat dan Pemimpin NGO Negeri Selangor Menyokong Penuh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Menjadi MB Selangor Yang Baharu

Posted: 15 Sep 2014 03:20 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
15 SEPT 2014

KAMI PEMIMPIN MASYARAKAT & PEMIMPIN NGO NEGERI SELANGOR MENYOKONG PENUH DATUK SERI DR WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BAHARU

Kami pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO di Selangor merafak sembah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Sharaffudin Idris Shah Sultan Selangor Darul Ehsan, mohon perkenan Tuanku agar Tuanku Sultan dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam Negeri Selangor berkaitan isu Perlantikan Menteri Besar yang Baharu dengan bijaksana.

Kelemut isu perlantikan Menteri Besar ini sudah terlalu lama. Ia boleh mengakibat pentadbiran kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik. Banyak urusan kerajaan boleh terganggu dan boleh dicabar kesahihannnya. Penyelesaian perlantikan Menteri Besar ini akan dapat meredakan konflik politik di negeri Selangor. Rakyat Selangor harus bersatu bagi memastikan Selangor terus maju dan membangun.

Kami menjunjung setia konsep Raja Berpelembagaan dalam sistem demokrasi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Konsep konvensional dalam amalan demokrasi dalam membentuk sesebuah kerajaan harus dipatuhi, bahawa mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan majoriti dari ahli-ahli Dewan Negeri hendaklah dilantik sebagai Menteri Besar dan mendapat perkenan dari Tuanku Sultan. Proses seumpama inilah telah berjalan dengan sempurna sejak dari kita mula membentuk kerajaan dari PRU yang pertama sampailah sekarang dan yang paling akhir sekali ialah perlantikan menteri besar Terengganu.

Pada pandangan Kami Para Pemimpin Masyarakat dan Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) ingin merujuk kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor berkaitan syarat dan kelayakan seseorang untuk dilantik menjadi Menteri Besar.
1. Fasal 53 (2) Seorang Ahli Dewan Negeri
2. Fasal 51 (2) Bangsa Melayu
3. Fasal 51 (2) Menganut Agama Islam
4. Fasal 53 (2) (a) Ahli Dewan Negeri yang mendapat sokongan Majoriti Ahli Dewan Negeri

Berdasarkan kepada syarat serta kelayakan yang dinyatakan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor maka kami tanpa sebarang keraguan menyokong penuh YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana kelayakan yang jitu lagi padu, di mana beliau mencukupi segala syarat serta kelayakan;

1.Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang
2.Seorang yang Bangsa Melayu
3.Seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik
4.Sah mendapat sokongan majoriti 30 ADN Selangor melalui Akaun Bersumpah.

Kami penuh yakin YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato ' Wan Ismail akan menjadi seorang Menteri Besar Selangor yang mementingkan rakyat dengan mengamalkan corak kepimpinan secara masyuwarah melalui pembentukan majlis Syura’ kerana latar belakang pendidikan, pengalaman dan rekod cemerlang beliau antaranya;

1. Berkhidmat sebagai Doktor Perubatan selama 14 tahun di Hospital Universiti.

2. Menjadi Pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

3. Mendapat Anugerah ‘Gold Medal’ Pingat Emas MacNaughton Jones untuk jurusan Obsterik dan Ginekologi, Royal College of Surgeon, Ireland.

4. Menerima Anugerah Medal Memorial David Gault daripada Royal College of Surgeon, Ireland.

5. Menubuhkan Parti Keadilan Rakyat pada 1999 dan menjadi Presiden selama 16 tahun hingga kini 2014.

6. Menjadi Pengerusi Barisan Alternatif pada 1999.

7. Menjadi Ahli Majlis Gerak 1999.

8. Dipilih dalam Pilihanraya Umum menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh 1999, 2004 & 2008.

9. Dilantik menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia 2008.

10. Dipilih menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor Kawasan Kajang dalam Pilihanraya Raya Kecil 2014.

11. Dianugerahkan "Distinguished Pathfinders Award" oleh The Board of Trustees of Omar Ibn Al-Khattab Foundation – Los Angelas, California, USA.

12. Menerima Anugerah Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPSN) sempena hari jadi Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri.

13. Anugerah Sayidatina Khadijah, bersempena Himpunan Helwa Kebangsaan ABIM. Lambang perjuangan menegakkan kebenaran

14. Mempunyai hubungan yang akrab dengan syarikat-syarikat dan pedagang Arab, Sheikh Saleh Kamal al-Barakah (Arab Saudi)

15. Hubungan baik dengan mantan, Presiden B J Habibie, Indonesia yang juga pengasas pertubuhan "The Habibie Centre" yang mengangkat rakyat yang demokrasi.

16. Hubungan baik dengan mantan Presiden Joseph Estrada, Filipina

Dengan rekod cemerlang serta pengalaman beliau serta yang amat membanggakan kami, beliau kini merupakan Presiden Parti Politik di Malaysia yang paling kanan dikalangan Presiden Parti-Parti Politik yang ada di Malaysia (sebagai contoh TGHH memangku Jawatan Presiden PAS jun 2002 dan pada 2003 Presiden, Dato' Seri Najib November 2008, semua Presiden Parti Politik yang lain memegang jawatan selepas tahun 2000), jadi sangat sangat wajar dan tidak boleh diragui YB Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail adalah Wanita pertama menjadi Menteri Besar Selangor.

Maka kami dengan penuh hormat dan takzimnya menyeru supaya semua pihak yang berkaitan agar tidak lari atau keluar dari kaedah ini dalam menyelesaikan kemelut proses perlantikan Menteri Besar yang baharu.. Sekiranya semua pihak berlapang dada, berfikiran terbuka, berpolitik secara matang dan mengutamakan kepentingan rakyat serta menunjukkan kesepakatan yang padu, maka isu ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang paling hikmah, telus dan bijaksana dan Insha Allah akan diperkenankan oleh Tuanku Sultan. Muga Allah SWT akan memberkati dan merahmati kita semua.

Dibacakan oleh

Dato' Hj Mat Ghazali bin Abdul Rakim

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor

Di Sokong Penuh oleh Pemimpin Masyarakat serta Pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Selangor;

1. Dewan Perdagangan Islam Malaysia Cawangan Selangor (DPIM Selangor)

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor

3. Persatuan Pelajar Islam Selangor

4. Wadah Selangor

5. Wirda Selangor

6. Ikatan Jawa Sejiwa Selangor (iJawa Selangor)

7. Pusat Khidmat Islah Selangor

8. Pusat Kerohanian Selangor

9. Pusat Komuniti Wanita Tg.Karang Selangor

10. Anak Muda Bersatu Tg.Karang Selangor

11. Ikatan Masyarakat Prihatin Parlimen Tg.Karang Selangor

12. Persatuan Pekebun Kecil Daerah Kuala Langat Selangor

13. Pesatuan Pemaju Perumahan Bumiputera Selangor

14. Rakan Muafakat Bisnes Selangor

15. Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Ulu Langat Selangor

16. Kelab Sahabat Alam Kuala Selangor Selangor

17. Persatuan Darul Wardah Selangor

18. Persatuan Penduduk Rinching Selangor

19. Persatuan Komuniti Pulau Indah Selangor

20. Kelab Rakan Penduduk Puchong Selangor

21. Persatuan Kebajikan Penduduk Paya Jaras Selangor

22. Kelab Kebajikan Sg Kendi Sabak Bernam Selangor

23. Wakil Ketua-Ketua Kampung – 22 Kawasan Parlimen

24. Wakil Ketua-Ketua Kampung Baru – 22 Kawasan Parlimen

25. Wakil Ketua-Ketua Komuniti – 22 Kawasan Parlimen

26. Wakil Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk – 22 Kawasan Parlimen

Malaysia favors Palestinians but buys from Israel

Posted: 15 Sep 2014 01:08 AM PDT

Times of Israel

Lack of diplomatic relations and hostility to Israel don't stop several Islamic nations from (quiet) trade

In the winter of 2013, Malaysian Prime Minister Najib Razak stepped across the Egyptian border at Rafah and made a rare visit by a head of government to Hamas-ruled Gaza. Razak, whose country does not have diplomatic relations with Israel, told reporters: "We believe in the struggle of the Palestinian people. They have been suppressed and oppressed for so long."

It was crystal clear which side he was on. Yet all that time, his country was importing more and more Israeli products — but not talking about it much, certainly not in Gaza.

Official data published by the Israeli Central Bureau of Statistics (CBS) tells of a booming, but very discreet, trade relationship that is blossoming between the two countries, despite a hawkish prime minister in Jerusalem and Razak's Islamist and proudly pro-Palestinian government in Kuala Lumpur.

Total trade between the two countries in 2013 reached $1.529 billion, almost double that of 2012, according to the CBS. That figure consists mostly of Israeli exports, at $1.457 billion. Trade continues to accelerate: Between January and July this year, Israeli exports to Malaysia soared to $884.7 million, a 27% jump over the same period last year.

By contrast, Malaysia's foreign trade figures don't carry any mention of Israel at all. In its annual data for 2012, for instance, trade with Israel is included in an entry for "Other Countries."

A significant chunk of the trade boom can be traced to Kiryat Gat in Israel's sandy southern plains, where global giant Intel has a plant churning out computer chips. It exports these to a second assembly plant in Malaysia. Every shipment is duly recorded in Israel's foreign trade statistics but studiously ignored by Malaysia. Intel is a US-based company, but the Israeli government promised a 5% co-investment in its Kiryat Gat plant that could amount to one billion shekels ($290 million).

In addition to the officially recorded movement of goods, there is a heavy current of trade flowing beneath the surface, making it hard to calculate the value.

A raft of Israeli exporters and eager buyers in Malaysia and also neighboring Indonesia — the world's most populous Muslim nation — are braving the political headwinds in order to do business – largely through third countries such as Singapore. Israel's embassy there says that most trade is done this way, and in the case of Indonesia, with the embassy's assistance. Including deals done through a third country, the estimated value of trade between Israel and Indonesia runs as high as $250 million last year, 10 times the $24.9 million of direct trade detailed in official figures.

Hush-hush trade between Israel and hostile states has been going on for decades, through conduits such as Cyprus, Turkey and Jordan, although some direct trade is registered to countries as surprising as Saudi Arabia and Yemen. As in the case of Southeast Asia, the allure of Israel's high tech exports to businesspeople in these countries seems to outstrip the political hostility.

Israel sees commerce as a stepping stone that can lead to more co-operation with hostile states. Foreign Ministry spokesman Paul Hirschson labelled the volume of trade with Malaysia "pleasantly surprising" and that of Indonesia as "disappointingly low."

"Israel does a lot of trade with many countries that we do not have formal diplomatic relations with and we are more than happy with this," he said. When asked if plans were afoot for establishing more formal dialogue, he responded: "It is no secret that we have periodically engaged in dialogue with these countries. We would like nothing more than to establish diplomatic relations and representative offices."

For the moment, initiating personal relationships amid such a political minefield is a triumph on its own.

"When I was there and I met the private businesspeople it was like normal," says Ron Doron, an Israeli businessman with experience in Malaysia. "It's only coming from the top that people are afraid."  The official anti-Israel sentiment is reinforced anytime Malaysians open their passport, which are all imprinted with the clear statement: "This passport is valid for all countries except Israel."

That doesn't stop the trade, though. Chemicals, medical equipment and pharmaceuticals are some of the most sought-after items. Those with knowledge of the trade say products are scrubbed of all insignia that could disclose their place of manufacture, to avoid hysterical scenes of the kind that erupted in Kuwait in January when rumors ran rife that Israeli potatoes had been spotted for sale at a local supermarket.

Discretion is essential, because the potential for reputation damage, and thus financial damage, to companies seen to be doing business with Israel exists as long as the Israeli-Arab conflict continues. According to Emanuel Shahaf, vice chairman of the Israel-Indonesia Chamber of Commerce, "There are two contradictory trends. The pro trend is that Indonesia demands more high-tech things… The negative trend is the political situation is not getting better (when it comes to Israel), in fact it's getting worse." Even so, this may not always suppress trade, according to Shahaf. "Sometimes in Indonesia … the forbidden is more exciting."

Recent political developments are not promising, but it's possible that even the collapse of the US-led Israeli-Palestinian peace talks in April and the renewed hostilities with Hamas, will not cause a slump in trade. Commerce continued to grow after the last flare-up in Gaza in 2012.

Political tensions mean that personal relationships are paramount when it comes to forging contacts and closing deals. "Israeli companies usually don't have the patience for the long term," says Doron. "That's one of the problems for Israeli companies. In Asia, you need to look for long term. You cannot do business for the short term. It takes time to build the relationship and the confidence."

Personal bonds have laid some ground work for Indonesians to be more receptive to Israel. Steve Stein has been coordinating humanitarian and development programs there since the early 90s and says that Indonesians see Israel in a "positive way" and "are eager to expend trade and investment." Expanding the relationship could involve creating "a special long term Indonesia program by expending academic, agriculture for food security and medical cooperation," says Stein. "This would expose the young generation of Indonesians to the land of Israel and its people, its academic and business community," he wrote in an email.

Last November, Economy and Trade Minister Naftali Bennett made a visit to the Indonesian resort island of Bali, where he spoke at a World Trade Organization summit. It was the first visit of an Israeli minister to the world's most populous Muslim nation for 13 years. However, it is understood he did not meet with any Indonesian government representatives.

[SPEECH] Keynote Address by Anwar Ibrahim, On The Eve of Malaysia Day

Posted: 14 Sep 2014 10:24 PM PDT

Keynote address by Anwar Ibrahim, Opposition Leader, on the eve of Malaysia Day, 15th September 2014 at the Penang Institute

As we approach the 51st anniversary of the formation of our nation, we find ourselves asking the fundamental question yet again 'what are we celebrating?'

Indeed, the term 'independence' is often used without a true appreciation of what it really means and signifies. Defined in our historical context, Independence for Malaya was freedom from British colonial rule officially granted on August 31st 1957. For Sarawak, it was the 22nd July 1963 supposedly given on the condition that Sarawak would, together with Sabah, join the Federation of Malaysia on 16 September 1963.

But that is the simplistic, if not entirely superficial, understanding of Independence where it is celebrated more by the appreciation of its form and colour and less by substance and true significance.

When the true substance of Independence is ignored or, when the powers that be consider it "…more honoured in the breach than the observance" then it is time again to take stock of things.

To my mind, independence has to mean among other things liberation fromoppression. In the historical context, it was liberation from the British colonial master. But history has not ended because we know that the post-war independence that was gained by most of the countries of Asia and Africa was eventually supplanted by a new-fangled oppression imposed from within by the powers that be.

So, for most of these countries, what was supposed to be the end of an era of oppression in reality saw the birth of a new era of tyranny and injustice, which turned out to be more insidious than the one it replaced.

How our independence went astray

For Malaysia, our attainment of independence was followed by the initial yearsof growth and development as a free nation.

However, it was interrupted by the outbreak of 'Confrontation' with Indonesiaand the mass arrests that ensued and subsequently that dark patch known as May 13. But the interaction between the Opposition and the ruling government saw intense and vibrant debates in Parliament, and our new found freedom wasas palpable as it could realistically be at that point in time.

However, as we moved into the last three decades, the path that should have taken us to the next level of political maturity and stability as a truly independent nation went off the track and took us instead to a new era of oppression, marked by harsh police crackdowns, mass arrests and detentions without trial and government lording over the people with impunity.

We cannot have true independence when repressive laws of the colonial era that should have been repealed with the passage of time still remain in our statute books.

Now, not only are these laws still in force, they are being used with a renewed vengeance and rigour. The Sedition Act, for example, is now employed as a newweapon of mass oppression.

To my mind, not only is this a negation of true independence, but the recent spate of arbitrary arrests and selective prosecution of Pakatan Rakyat leaders as well as lawyers doing their job and even academicians represents a gross affront to the democratic process and signifies a breakdown in the rule of law.


Hijacking democracy and the electoral process

It is a blatant and shameless attempt by the UMNO-BN government to hijack democracy by having duly elected law makers from Pakatan to be denied their legitimate representative capacities and disqualified from contesting in the subsequent by-elections. In doing so, they are attempting to stifle the voices of the rakyat.

Democracy is being hijacked and the electoral process is being undermined.True independence would mean that such abuse of power by the Executive will and cannot be tolerated.

It is an attack on the very foundation of our constitution which guarantees freedom from arbitrary arrests and prosecution. It violates the democratic process which renders elected representatives to be duty-bound to speak for the people against injustice and abuse of power.

Meanwhile, racist remarks and speeches by UMNO ministers and MPs aregiven full media coverage by UMNO's propaganda network machine with complete impunity. Extreme right-wing groups and countless other racistorganizations continue to spread and incite communal hatred. Racists andpurveyors of religious extremism get off scot free while those who speak the truth for the sake of a better, more harmonious Malaysia are treated as criminals.

True Independence means that we must reject these archaic laws and that the maxim everyone is equal before the law must be observed strictly.

The concept of Federalism and Malaysia

Malaysia is in theory a Federation of states buttressed by the Federal Constitution. However, when we go through the Federal List, it would soon begin to dawn on us that we are more a unitary state.

The concept of federalism entails a division of power between the federalgovernment and the state governments while in a unitary state, power is centralised. A rather common misperception is that we cannot afford real federalism or decentralization because this diverse country will fall apart. Calls for decentralization are therefore often dismissed as conspiracies to undermine the nation-state or worse still, viewed askance as campaigns for separation.

Nothing could be further from the truth. True federalism ensures proportionate allocation of power so that all component states can work as separate unitswhile the overall federal structure remains firm and intact. This is essential to allow the Federal Government to move the nation forward as a sovereign state recognised in the international community.

To maintain cohesiveness as a multi-cultural multi-religious nation, all national policies must be inclusive and sensitive to the fundamental rights of the diverse communities.

Collective platform approach

True federalism can only be realised where there is a collective platform approach in first ensuring real independence.

Regardless of partisan affiliation, a pre-requisite must be the sharing of the values that will form the bed rock for a nation to maintain true independence. These are none other than respecting and honouring the fundamental rights and liberties as enshrined in the charter for statehood; cherishing and defending justice for all regardless of ethnicity, regional background, social class or religious calling; and last but not least subscribing to the basic principles of democracy and rule of law.

These values are not to be merely proclaimed for political expediency, trumpeted about when the occasion demands or articulated wantonly in public forums for the sake of grandstanding.

They must be sincerely believed in, actualised through word and deed and when push comes to shove held on to even at the risk of losing political power. For power gained through unprincipled means will be illegitimate power and all actions derived therefrom will be likewise illegitimate.

For Pakatan Rakyat, developments in the last two months have demonstrated a case of acute consensus deficiency flaring into open disputes and unwarranted washing of dirty linen in public. They should have been resolved if all members adhered to the shared values on a common platform.

In respect of the states under Pakatan rule, it must be reiterated that true independence must compel us to subscribe to the rule of law and the established process of Parliamentary democracy as well as to honour and respect our system of constitutional monarchy.

The words and actions of Pakatan leaders must reflect this conviction. They must reflect what Pakatan is fighting for. And in all situations, they must reflect a faithful adherence to the precepts and principles of the Orange Book.

Admittedly, people are beginning to question whether our words and actions do indeed reflect these shared values and perspectives. On the contrary, some are convinced that the rhetoric that is being spewed out by some of the leadersactually run counter to our shared values.

The tyranny of the majority

Ours is a "majoritarian democracy" highlighted by a concentration of power in the hand of winners while the losers are excluded from participating in any kind of power sharing. The inherent problem of such a system is the possibility of tyranny of the majority.

It was Edmund Burke who said that "The tyranny of a multitude is a multiplied tyranny."

But in theory, federalism in our system which incorporates the Senate representing state interests in our Parliament should have served as a good check to the majoritarian tendency and move us more towards an alternative, "consensus democracy". Unfortunately, our federalism is overly centralized and our Senate is, with all due respect, essentially incapable of advancing the states' interest.

Some stark examples of the tyranny of the majority have been unfolding and threatening the sensitive social fabric of our multi-religious and multi-racial society. We know the myriad problems caused by the insistence of certain members of one community on disallowing the use of certain words they claimto be exclusive to them; or the demand that the religious books of onecommunity cannot be translated into a certain language.

The community that feels victimised naturally insists on its fundamental rights. The more dominant group threatens retaliation. That is unwarranted and confrontational. There is no reasoned discourse. It is less about theology than about generating mass psychology.

Bahasa Malaysia as the national identity

Language identity as a nation cannot be separated from its sovereignty. Anyproposal to enhance federalism without giving pride of place to Bahasa Malaysia as the national unifying language for all Malaysians is doomed to fail.

Thus, the position of Bahasa Malaysia must not be questioned at all. This is a struggle not just for the champions of the language but a conviction for all of us regardless of our mother tongue. While no community may be denied its fundamental right to its native tongue, Malay is the only language that will bind us linguistically as a nation.

We should be guided by such an overriding principle so as to maintain unity in diversity while preserving national sovereignty as a nation and this can done without an overconcentration of centralised power.

Rather than being fixated on amassing power at the centre, the Federal government must seriously consider a general decentralisation agenda that will add invaluable economic synergies and cultural empowerment to the states regardless whether they are controlled by Pakatan or Barisan Nasional.

To ensure the preservation of the national statehood, essential matters covered in the Federal List such as national defence, internal order and security and raising revenue should never be compromised.

Governance and accountability

Often, the discourse on decentralization and true federalism proceeds without sufficient thought being given to the issue of governance and accountability.

This cannot be overstated for decentralization from the federal nexus of powercould lead to over-centralization to the respective states. This in turn may generate an overconcentration of power and the host of problems that will accompany power that is unchecked. Even without this devolution we can see the level and magnitude of power abuse and corruption in certain states where governance proceeds without the slightest regard to demands of transparency and accountability. Therefore, the devolution of central power must go hand in hand with putting in place a system of checks and balances.

Conclusion

To conclude, true federalism can only proceed from true independence. The notion that we cannot afford real federalism lest the country will fall apart has no basis in truth. Calls for devolution of power from the Federal government must never be associated with campaigns for separation. As true federalism ensures proportionate allocation of power, decentralization will enhance thestrength of the Federal Government and positively contribute to its consolidation as a sovereign state recognised in the international community.

Thank you.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 16 Sep 2014 03:42 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-51

Posted: 15 Sep 2014 08:16 PM PDT


AloQStaQBlog mengucapkan kepada seluruh warga Malaysia , Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-51. Semoga Malaysia Terus Aman dan Makmur. Aminnn~!


AloQStaQ
16 September 2014
11.16 AM

Taipingmali (tm)

Posted: 16 Sep 2014 01:40 AM PDT

Taipingmali (tm)


#UPSR 4 yang di tahan reman 4 hari

Posted: 15 Sep 2014 02:55 AM PDT

Kecil-kecil tak mahu mapos, sudah besar menyusahkan orang. Guru Besar dan agen insurance antara yang di tahan

Wan Ji dan MAZA mempunyai kecenderongan yang sama

Posted: 15 Sep 2014 01:58 AM PDT







Aspirasi Bangsa

Posted: 16 Sep 2014 01:22 AM PDT

Belantan

Posted: 15 Sep 2014 11:39 PM PDT

Belantan


Jangan lupa hari ini adalah sambutan 7 Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim?

Posted: 15 Sep 2014 06:53 PM PDT


Hari ini, 16 September merupakan cuti umum sambutan Hari Malaysia, namun dalam masa sama ulang tahun ke-7 pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008.

Detik-detik 'cemas' janji Anwar mahu merampas Putrajaya dari 14 April hingga 16 September 2008 dirakam dalam video di bawah :



Sumber : AIDC

Suara Politik
Belantan

Wan Azizah enggan dedah kandungan surat kedua PKR kepada Istana Selangor?

Posted: 15 Sep 2014 05:43 AM PDT


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respon Istana.

"Hari ini saya jumpa (anggota PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama (Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok) Dr Idris Ahmad, (bekas Exco kerajaan Selangor) Elizabeth Wong, (Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa dan Anggota Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penyampaian sijil program bacaan Bahasa Inggeris dan penyerahan wang bantuan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), di sini.


Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Walaupun memohon ampun kepada Sultan Selangor, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 15 Sep 2014 11:15 PM PDT

The Unspinners


Saifuddin balas balik Hadi kerana sabo di Selangor

Posted: 15 Sep 2014 09:30 PM PDT


Setiausaha Agung PKR meangkap bekas Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah melancarkan kempen malukan Hadi Awang dan PAS untuk membalas dendam setelah Hadi Awang terus bertegas dan mempertahankan Khalid Ibrahim selain enggan memberikan sokongan kepada Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor sepertimana yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim.

Daripada maklumat beberapa orang pemimpin PKR setempat sendiri yang enggan nama mereka disiarkan, Saifuddin Nasution telah memberikan arahan kepada sanak saudara dan para penyokong PKR di Pengkalan Kubor agar menguburkan PAS dengan memberikan undi kepada calon BEBAS.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memalukan Hadi Awang dan PAS. Menurut Saifuddin Nasution, sekiraya calon BEBAS dapat undi lebih berbanding semasa PRU alu, maknanya PAS aan tahu bahawa itu adalah suara akar umbi PKR yang menyanggah penghinaan Presiden PAS kepada Presiden PKR.

Melihat kepada perkembangan kempen di Pengkalan Kubor pun, PKR nampaknya langsung tidak membantu sebaliknya banyak maklumat yang memperkatakan tentang bantuan-bantuan senyap yang diberian oleh PKR kepada calon BEBAS termasuklah kewangan dan kempen!

Bulletin Sengal

Sebenarnya Saifuddin patut arahkan PKR undi saja BN, mudah dia beritahu boss kejayaan dia sabotaj PAS yang pernah memberi nyawa politik kepadanya hingga menjadi ahli dan diberi tempat untuk tanding di machang Kelantan.

Jika PAS kalah di Pengkalan Kubor, a satu tamparan pada puak Anwarinas dan PKR. Ada ahli PAS yang menyampah dengan kewujudan Pengarah Pilihanraya Anwarinas di Pengaklaan Kubur lalu mengarah anak-anak buah untuk usah memilih PAS.

Sao menyabo tak kena gaya.

Apa BN buat? Ustaz Rafaei lupo sapa pegang kerajaan negeri???

Posted: 15 Sep 2014 05:44 PM PDT


Malam tadi di Telaga Nanas, PAS mengadakan ceramah kelompok, Pengerusi serta wakil calon Ustaz Rafaie bertanya apa yang BN buat selama 3 penggal di Pengkalan Kubor?

Nak kata bengong, tapi kononnya Ustaz, Nak kata pandai, takkan kata sebegitu? Siapa yang memegang tampuk kerajaan negeri selama lebih 20 tahun???

Projek yang menjadikan Pengkalan Kubor terkenal sebagai pusat membeli belah bebas cukai dan merupakan saah satu penjana ekonomi utama Tumpat tu usaha kerajaan PAS ke?

Harap malam ini Ustaz Rafaei tunjukkan senarai projek dan bantuan untuk bangunkan Pengkalan Kubor supaya rakyat ada gaji dan pendapatan serta kehidupan ekonomi yang lebih baik.

Walaupun bukan kerajaan di negeri, BN lah yang telah bangunkan Pengkaan Kubor sedikit sebanyak, Kami senarai projek yang memberi impak tinggi kepada eknomi Pengkalan Kubor yang diperjuangkan arwah Dato Norzaidi, berikut:


~Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek      - 67.0 Juta
Lokasi              - Tujoh
Tarikh Mula    - 25 September 2006
Tarikh Siap     - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
                         - Bil.Guru 59 Orang
                         - Bil.Bukan Guru 31 Orang
                         - Bil.Kelas 28

~Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 58.6 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula     - 12 September 2004
Tarikh Siap      - 10 Mac 2007


~Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 12.3 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula     - 1 April 2006
Tarikh Siap      - 15 Ogos 2010
Impak Projek  -  Pungutan Cukai Jan-Sep 2014
Rm 1,571,597.63


~Pusat Pengumpulan,Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC)  Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek        - 5.06 Juta
Lokasi                - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula      - 15 September 2011
Tarikh Siap       - 29 November 2012
Impak Projek.  - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.
~Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.
Kos Projek         - 3.0 Juta
Lokasi                 - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula       - 1 Januari 2006
Tarikh Siap        - 27 Disember 2010
Impak Projek    - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

~Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek         - 1.6 Juta
Lokasi                 - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula       - 28 Januari 2010
Tarikh Siap        - 31 Mac 2011
Impak Projek    - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

~Projek Penapis Air 1 Malaysia.
Kos Projek         - 0.2 Juta
Tarikh Mula       - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap        - 22 November 2012
Impak Projek    - Memberi bekalan air bersih kepada 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Memang projek taklah macam projek berbillion yang PAS boleh bawa ke Pengkalan Kubor... tapi senaraikanlah.... dari asyik konar baring berhelah tak habs-habis.

Harapkan PAS, mampuh nelayan di Pengkalan Kubor

Posted: 15 Sep 2014 08:05 AM PDT


Di pantai Geting, Pengkalan Kubur, kerajaan pusat ada membina pusat pengumpulan, pemprosesan, pembungkussan produk hasil pertanian. Maka dengan adanya pusat demikian, produk dan hasil orang kampung dapatlah di pasarkan dalam packaging yang lebih moden.

Banyak juga industri berkaitan perikanan di Pengkalan Kubur. Berikut gambar-gambar industri kecil pembuatan budu, ikan kering dan udang kering.





Sekitar Kg Tujoh, boleh kelihatan usaha kerajaan pusat membina industeri ternakan ikan siakap dalam sangkar.





Macam-macam usaha lain seperti menternak ikan keli, ikan talapia, lembu, kambing dll, semua diusahakan oleh kerajaan pusat. Kalau harap kerajaan PAS nak mulakan inisiatif, mampuh nelayan dok pergi kelaut ketika tengkujuh untuk hidup.

Dalam bab berjanji, PAS boleh berjanji berbillion-billion dan lancar melancar belaka, tapi akhirnya batal atau kerajaan pusat saja diharap selamatkan projek demi rakyat.

Bina fasiliti pelancungan tapi PBT PAS tak jaga ... Penyelaras buat apa?

Posted: 15 Sep 2014 05:30 AM PDT



Kegiatan ekonomi hampir tiada di kawasan Pengkalan Kubor jika tidak kerana usaha kerajaan pusat. Contoh utama bantuan kerajaan pusat ke kawassan sempadan Thai ini adalah pusat bebas cukai Pengkalan Kubor.

Dari situ, kerajaan bantu bina lain-lain kegiatan pelancongan tempatan seperti Pantai Tujuh.  Yaang menyedihkan, kerajaan pusat sudah bina tapi penyelenggaraan dibawah kuasa majlis tempatan dan  kerajaan negeri cukup menyedihkan.

Kawasan peranginan pantai itu kelihatan kotor dan tak terjaga. Pemandangan yang cantik dicemari oleh sampah sarap. Tong sampah pun tidak disediakan untuk pengunjung. Jalanaraya dan infrastruktur langsung tidak mahu diusahakan.










Pantai dan tasek pun keliahatan kotor dan tak terjaga.








Yang nampak lawa dibina iaitu surau pun macam tak terjaga.



Aset alam semulajadi cantik yang lebih kurang sama di Port Dickson, Kuantan dan Lumut boleh membantu menaikkan ekonomi tempatan dan menambahkan pendapatan untuk peniaga, penusaha chalet, restoren dan perniagaan runcit lain.




Diberi atas dulang emas pun tak jadi apa bila kasi PAS.Sepatutnya Majlid tempatan bawah kerajaan negeri jagalah kebersihan dan baiki pemandangan dan tarikan pelancung.

Tapi, apa yang kerajaan negeri PAS buat? Ceramah sana sini salahkan kerajaan pusat BN tapi tadbbir negeri hancur.

Rafizi spin biila Anwar meleleh Khalid nak "sign" perjanjian air

Posted: 15 Sep 2014 02:30 AM PDT


Isu penstrukturan semula industri bekalan air Selangor menyerlahkan lagi bahawa PKR punya kepentingan terhadap transaksi berkenaan.

Sebelum ini Rafizi Ramli mendedahkan keengganan Khalid membayar RM2.25 bilion kepada Splash dan sebaliknya berdegil pada harga tawaran RM250 juta. Baca kenyataan awal Rafizi di bawah:-
"Sudah tentu keputusan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim itu yang dibuat pada akhir tahun 2013 dibantah oleh Splash kerana nilaian pampasan Splash dipotong mendadak sebanyak RM2 bilion sedangkan pampasan Tan Sri Rozalli Ismail dinaikkan RM568 juta.  
Splash memohon untuk bertemu dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa kali untuk membincangkan pertukaran nilaian mendadak ini di antara bulan Oktober 2013 hingga Disember 2013 tetapi tidak dilayan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menyatakan secara terbuka bahawa beliau tidak berniat untuk memberi ruang kepada Splash untuk membincangkan pertukaran nilaian yang diputuskan itu.  
Perkara ini kemudiannya dibawa ke pengetahuan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan KEADILAN."
Dalam kenyataan terbaru Rafizi berhubung reaksinya terhadap permetraian Perjanjian Utama penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang dilaporkan oleh Malaysia Chronicle, Pengarah Strategik PKR itu mendakwa Khalid telah bersetuju dengan tawaran terakhir kepada Splash RM1.851 bilion.

Kita melihat bahawa 2 kenyataan Rafizi adalah begitu kontradik, bila kenyataan menyebut sebagai "Khalid tidak melayan Splash", tetapi kenyataan Rafizi hari ini menyebut sebagai "Khalid bersetuju dengan RM1.851 bilion".
Akar Umbi

Sebabnya Anwar mahu sapu duit tu. Melelehlah dia lalu disuruh Rafizi spin.

Sungai urusan kerajaan negeri tapi BN juga dipersalahkan

Posted: 14 Sep 2014 11:30 PM PDT



Malam tadi, Wan Rosdi berkempen dalam satu rancangan ceramah di Kg Telaga Batu di rumah seorang aktivis PAS bersama-sama penceramah dan pemimpin PAS.

Dalam ceramah tersebut, tiga dari penceramah menimbulkan isu bajir di Pengkalan Kubor. Ketiga-tiga mereka memberitahu bajir disebabkan kerja-kerja benteng banjir dan timbus sungai di Thailand.


Wakil calun, Ustaz Rafaie yang memulakan ceramah bermula dengan memperkenalkan calun sebelum menimbulkan masaalah banjir yang katanya tidak diurus dengan baik berbanding dengan Thailand.


Isu yang sama dikembangkan lagi pula oleh exco kerajaan negeri Kelantan, Dato Haji Nasarauddin Dauh.

Katanya isu benteng banjir dan timbus sungai di Thailand telah berlaku sejak 10 tahun yang lalu. Ini telah menyebabkan hakisan di sebelah Malaysia lalu menjejaskan penduduk Pengkalan Kubor.

Langsung dia menuduh kerajaan pusat bertindak zalim kerana tidak urus banjir dengan baik hingga bencana ini banyak merugikan penduduk pengkalan kubor.

Bukankah urusan tanah, sungai dan taliair jatuh di bawah kuasa kerajaan negeri? Di mana pulak zalimnya kerajaan Pusat BN?  Tak tahu jaga, sila serahkan pada BN.

Kata Haji Hadi apabila mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim ialah jangan berlaku zaliam. Tapi PAS berlaku zaliam untuk menyalahkan pihak lain di atas ketidak tanggungjawab mereka. 

ADUN Air Lanas pun menimbulkan isu sama dengan mukadimahnya memuji  plan pembangunan bercirikan islam yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan sejak tahun 1990. Katanya pihak BN banyak meniru ussaha-usaha Nik Aziz.

Tujuan ditimbulkan isu ini disebut oleh sama penceramah untuk menafikan isu pembangunan BN yang sering dibawa oleh BN untuk memujuk undi.

Tapi apa pembangunan yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri jika tidak dibantu oleh kerajaan pusat.


ADUN Air Lanas menimbulkan isu keperluan lebuhraya tapi tak mahu diberitahu kerajaan negeri menghalang dengan tidak membantu penyelesaian urusan tanah.

PAS cakap besar mahu bina lebuhraya dengan guna duit derma dari rakyat tapi akhirnya terpaksa terima bantuan dari usaha Dato Mustpaha Mohamaed juga untuk siapkan.

PAS mudah tuduh kerajaan pusat anak tiri Kelantan, berlaku zalim kepada rakyat Kelantan dan guna wang dan pembangunan untuk meraih undi. Sebenarnya mereka yang menzalimi diri sendiri dan rakyat dengan pembhongan dan politik tak henti-henti yang tidak fikir kebajikan rakyat.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 15 Sep 2014 11:02 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHNIAH UNIVERSITI MALAYA, TERBAIK KE 151 DUNIA TAHUN 2014

Posted: 15 Sep 2014 06:34 PM PDT











JALUR GEMILANG BERKIBAR DI PUNCAK GUNUNG BROMO SEMPENA HARI MALAYSIA, TAHNIAH UITM

Posted: 15 Sep 2014 06:19 AM PDT










Seramai 16 orang Warga Malaysia termasuk  8 bekas pelajar UiTM Sabah dan Shah Alam serta  8 lagi jurugambar  berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Bromo Jawa Timur. Misi ini diadakan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2014.
Ekspedisi turut Melawat sekitar Gunung Bromo dan Taman Nasional Bromo Tengger, Semaru, Ngadas, Sukapura dan Probolinggo di Pulau Jawa Indonesia. Turut serta bersama ekspedisi ini ialah 12 warga Singapura yang merupakan jurugambar. Ekspedisi ini diketuai oleh En Muslianshah Masrie dari Tawau, Sabah. (Merdeka-Online.com)





AJAIB & MAGIC, KENAPA TBH MATI MAKLUMAT RASUAH DAP PUN MATI JUGA?

Posted: 15 Sep 2014 02:00 AM PDT

SIAPA SEBELAH TBH YANG KERISAUAN ITU?
Hari ini Kerajaan telah melakukan langkah mengejut apabila memberikan keadilan kepada keraguan keputusan terbuka mahkamah koroner dengan membuka semula kes untuk siasatan semula.

DAP terkejut! Ronnie LIu sangat-sangat terperanjat kerana dalam fikirannya kes Teoh Beng Hock sudah ditutup!

Kita jangan lupa dalam masa yang sama ada perlakuan rasuah yang mesti SPRM juga melengkapkan siasatannya. Kerana 
pembangkang hanya lihat satu pihak sahaja sebagaimana biasa. Hanya inginkan mana-mana yg berpihak kpd mereka sahaja.

Jangan buat benda Magic, dengan kematian TBH tiba-tiba semua maklumat yg didapati dari komputer dia turut mati.


Kenapa Ronie Liu tidak disiasat? Kenapa surat-surat arahan Ronnie Liu semasa menjadi Exco Selangor tidak disiasat dan tiada tindakan? 

Kerajaan Selangor sendiri pernah menyiasat Ronnie Liu dan Tee Boon Hock berkata "Dia memberitahu bahawa kesemua surat sokongan yang dia tandatangani untuk tujuan (sokongan) kontrak dilakukan atas arahan Liu," (TMI) Benarkah Tee Boon Hock menyalahguna kepala surat Exco Ronnie Liu untuk mendapatkan konttrak-kontrak kerajaan negeri kepada 16 kroni Ronnie Liu, atau Ronnie Liu sendiri yang memberi kebenaran? 

Bagaimana dengan Ean Yong Hian Wah? Dia bersihkah?

Adakah maklumat di dalam Laptop dan Handphone TBH tidak boleh dikemukakan ke Makamah kerana pemilik telah mati??? Ajaib Ajaib Ajaib, Magic Magic Magic.

Berikan kepada kami menyiasatnya, berikan HP dan No HP TBH kami tahulah nak buat macamana untuk dapatkan semula maklumat di dalamnya? Bukan susah pun, daripada membiarkan DAP asyik menyalahkan Kerajaan dan mencuci tangan sahaja, orang Cina pun mahu tahu kebenarannya? Orang Cina pun mahu tahu DAP cakap betul kah cakap kelentong? 

Amacam? Kami pun menerima banyak emel dari pembaca Cina mahu tahu perkara yang sebenarnya? Mereka pun ragu-ragu kepada DAP?

NRO R kempen untuk BN di #PengkalanKubor ?!!

Posted: 15 Sep 2014 12:00 AM PDT

Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah ini. 









Jelas sekali seorang aktivis NGO Royalti (R) sedang menyebarkan risalah berkenaan calon PAS. Atau dengan kata lain. NGO R sedang berkempen untuk PAS. Walaupun dari segi peraturan kempen pilihanraya perkara ini boleh diperdebatkan lagi, tetapi pada kami ini adalah benda biasa

NGO R ini adalah NGO yang dibentuk oleh HUSAM Musa dan PAS Kelantan.

Tetapi yang peliknya semalam kami terserempak dengan laman blog di bawah ini pula:


Sekarang jelas sekali bukan, siapa yang kuat tabur FITNAH?!! Fitnah dan anwarinas PAS tidak dapat dipisahkan!!!



ANGIN PERUBAHAN

Posted: 15 Sep 2014 09:29 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Penyokong Tegar PAS Masuk BN Di #PengkalanKubor

Posted: 15 Sep 2014 08:38 PM PDT



Kenapa Tidak Pertikai Artis Yang Masuk PAS, Kemudian Dipanggil Ustaz? #PengkalanKubor

Posted: 15 Sep 2014 05:00 PM PDT


Penghinaan yang telah dibuat oleh YB PAS terhadap calon BN di Pengkalan Kubor


TUMPAT, 15 Sept (Bernama) -- Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustad pada Mat Razi Mat Ail disifatkan sebagai sengaja untuk menghina calon Barisan Nasional (BN) kerana calon mereka bukan dalam kalangan ustaz pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan kedangkalan parti itu tentang gelaran sebenar ustad yang merujuk kepada maksud sebagai tuan, guru, ketua ataupun profesor jika di Mesir.

"Tak perlu timbul masalah ini. Yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa dirinya ustad. Mungkin dia buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustad.

"Artis-artis yang masuk PAS juga digelar ustad dan ustazah...tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya," katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Telaga Bata di sini, Isnin.

Sebelum ini PAS mempertikaikan gelaran ustaz diberikan kepada Mat Razi yang disifatkan tidak layak diberi gelaran itu kerana calon BN itu bukan seorang guru agama sepenuh masa.

Fathul Bari mendakwa tindakan PAS itu juga sebenarnya bertujuan untuk membunuh karektor calon BN.

"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN. Ini bukan cara Islam yang sepatutnya kita bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu atau cara memakai jubah dan berkopiah calon BN ini," katanya.

Beliau berkata PAS perlu melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebelum ini yang menyebut syarat menjadi menteri besar sendiri tidak menyebut ia semestinya seorang ulama.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 25 Ogos lepas akibat kanser hati.

Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Hari pengundian ditetapkan 25 Sept ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

-- BERNAMA

Nasrudin Tantawi Sifatkan Kumpulan PasMa Alami Krisis Identiti

Posted: 15 Sep 2014 10:00 AM PDT


Nga Kor Ming, Apa Lagi DAP Mahu?

Posted: 15 Sep 2014 08:55 AM PDT



Ustaz Fathul Bari Bidas Kumpulan PasMa #PengkalanKubor

Posted: 15 Sep 2014 08:30 AM PDT


Calon BN Sedang Mendahului Calon PAS Di #PengkalanKubor

Posted: 15 Sep 2014 07:07 AM PDT











Tongkat Nik Aziz Penuh Dengan Doa Sami Sami, Apa Pandangan Ustaz Zain Minda Pondok ? #PengkalanKubor

Posted: 15 Sep 2014 12:00 AM PDT



Sebagai seorang yang digelar sebagai Tok Guru, Nik Aziz tidak sepatutnya bercakap begitu. "Tetapi bila berkata tongkat itu memberi kesan sesuatu, makna itu sudah masuk dalam golongan yang syirik kepada Allah SWT" ulas Ustaz Zain


http://www.tv14.my/tongkat-doa-sami-nik-aziz-adalah-kepercayaan-syirik/

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 15 Sep 2014 09:05 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


FIREFLY...SIAPA PEREKA GRAFIK BIADAP INI ????

Posted: 15 Sep 2014 09:01 AM PDT

PAS KONTANG IDE.

Posted: 15 Sep 2014 06:47 AM PDT

RANI MJMM DESAK SPRM SIASAT KEKAYAAN NGA KOR MING ?????

Posted: 15 Sep 2014 04:13 AM PDT

PASMA MAHU PASLAMA KALAH DI PENGKALAN KUBOR ????

Posted: 15 Sep 2014 02:53 AM PDT

CHEGU BAD PALA BANA.JAWAP SOALAN NI DULU

Posted: 15 Sep 2014 12:44 AM PDT

PenangWasabi

Posted: 15 Sep 2014 09:02 PM PDT

PenangWasabi


Esok, Sambutan 7 Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim?

Posted: 15 Sep 2014 10:24 AM PDT


Esok, 16 September merupakan cuti umum sambutan Hari Malaysia, namun dalam masa sama ulang tahun ke-7 pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008.

Detik-detik 'cemas' janji Anwar mahu merampas Putrajaya dari 14 April hingga 16 September 2008 dirakam dalam video di bawah :



Penang Wasabi..


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 15 Sep 2014 03:43 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Susulan status lucah murid sekolah, kakak beri respon

Posted: 15 Sep 2014 07:47 AM PDT

Baru-baru ini sebuah artikel serta gambar mengenai seorang budak yang diberi nama adik Noor izati mengeluarkan kenyataan mengejutkan masyarakat Malaysia dengan status malam pertama saya suka awak punya masuk saya punya telah menjadi viral dilaman-laman sosial terutamanya dilaman-laman blog dan laman sosial.

Penulis juga telah kongsikan printsreen beliau sebelum ini.Namun kakak kepada Noor Izati telah mohon memadam status tersebut menurut kakak beliau akaun adik beliau telah dihack oleh individu yang ingin menjatuhkan keluarganya.

Kakaknya juga telah post ke status wallnya tentang penyebaran printsreen adiknya yang memalukan tersebut angkara dihack oleh individu yang tidak bertanggung jawab


Status kakak beliau

Jadi penulis terpanggil untuk memaklumkan kepada semua pembaca yang telah membaca artikel ini bahawa akaun adik Noor Izati telah dihack bukan status yang ditulis sendiri oleh beliau. Jika sebelum ini anda terbaca dan terlihat dimana-mana laman sosial atau blog, inilah cerita sebenar beliau mohon anda sebarkan artikel dan maklumkan kepada rakan-rakan bahawa akaun adik Noor Izati telah dihack kerjasama dari anda sangat diperlukan.

Sumber

Lelaki Afrika disyaki dijangkiti Ebola di Sarawak

Posted: 15 Sep 2014 03:45 AM PDT

Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.
LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.

"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada pengesahan lagi setakat ini.
"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini.

Ulama PAS perlu 'upgrade' dari retorik bosan - Mat Sabu

Posted: 15 Sep 2014 01:47 AM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menggesa kumpulan Islamis dalam parti itu untuk "mereformasi" dan "menaik taraf" diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan.

Katanya, PAS harus melaksanakan apa yang diperkatakan dan tidak harus membenarkan kebangkitan tokoh sekular "Kamal Attaturk" bangkit kerana rakyat sudah mula bosan dengan retorik atas nama Islam, seperti yang berlaku di Turki.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu yang memberi amaran bahawa akan sampai masanya rakyat Malaysia mengundi "Jokowi" seperti presiden Indonesia Joko Widodo.

Mohamad Sabu, yang popular dengan gelaran Mat Sabu, berkata mengagumi ramai tokoh dan tidak hanya personaliti Islamik.

"Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Syed Hossein Nasrullah (Lubnan), Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.

"Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.

"Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik," katanya kepada Malaysiakini.

Bapa di Jasin paksa anak oral seks diberkas

Posted: 15 Sep 2014 12:38 AM PDT

JASIN - Perbuatan keji seorang bapa yang memaksa anaknya melakukan seks oral terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kerana mengalami sakit tekak.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospoital Jasin oleh ibunya pada Khamis lalu selepas dia menangis dan mengadu sakit mulut ketika menelan makanan.

Ketika doktor melakukan pemeriksaan dan bertanya punca kesakitan yang dialaminya, kanak-kanak itu secara spontan menceritakan perbuatan yang dilakukan oleh bapa kandungnya berusia 37 tahun itu.

Mendengar pengakuan anaknya, ibu mangsa yang berusia lewat 20-an membuat laporan di Balai Polis Bemban di sini pada Jumaat lalu berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai perbuatan seks oral seorang bapa terhadap anak perempuannya.

Beliau berkata, sepasukan anggota polis menahan bapa mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai peralatan rumah di rumahnya di Asahan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.

"Suspek kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada hari sama dan direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan," katanya.

- Utusan Malaysia

Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Posted: 14 Sep 2014 10:52 PM PDT

Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.

Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.

Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. – 15 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guru-besar-antara-4-ditahan-mengikut-osa-kebocoran-kertas-upsr#sthash.CQLmsfSj.dpuf

Wanita tak ingat rogol lelaki

Posted: 14 Sep 2014 09:10 PM PDT

Seattle: Seorang wanita Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa wanita berkenaan memecah masuk ke rumahnya pada tengah malam lalu menindih serta memperkosanya ketika dia tidur.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu berkata, dia menghadiri satu majlis hari jadi pada malam berkenaan sebelum pulang dalam keadaan letih dan terus tertidur.

Mangsa terjaga apabila menyedari tangannya ditekan di bawah kepala sementara suspek berada di atas badannya.

Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek tetapi tahu dia kenalan seorang lelaki lain dalam bangunan berkenaan.
Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu polis dia tidak kenal mangsanya atau mengingati memasuki rumah lelaki terbabit dan mengadakan seks dengannya.
Laporan memetik, penyiasat sebagai berkata, suspek menghidap masalah mental dan gangguan bipolar dan psikosis.

Baru-baru ini suspek memuat naik komen dalam laman Facebooknya dengan berkata, dia yang sudah mempunyai dua anak, mengandung dua bulan. - Agensi

'Anu' berkarat selepas beberapa aksi ranjang

Posted: 14 Sep 2014 08:10 PM PDT

Kuala Lumpur: "Hampir enam bulan saya mengalami lemah tenaga batin, malah kerap gagal 'beraksi'. Selepas mendapatkan nasihat doktor pakar, saya setuju melakukan pembedahan mengeluarkan 10 bebola besi ditanam di dalam kemaluan dan cukup terkejut apabila mendapati semuanya berkarat," kata Ramli, 44.

Sebelum itu, pada awal 2004, Ramli membeli 10 bebola besi daripada penjual replika seks di sekitar ibu kota pada harga RM50.

Kerana tertarik dengan kisah kehebatan rakannya beraksi di ranjang selepas memakai bebola besi itu, Ramli nekad menoreh sendiri kulit permukaan kemaluan dengan pisau sebelum memasukkan bebola besi terbabit di bawah kulit berkenaan.

"Rakan mengatakan dia melakukan sendiri pembedahan terbabit dan walaupun sakit, saya nekad melakukannya sendirian di rumah di Sentul.

RAMLI serik menggunakan bebola besi ditanam dalam kemaluannya.
"Tiga hari kemaluan membengkak, namun saya tidak bertemu doktor sebaliknya hanya menahan kesakitan," katanya.

Menurut Ramli, dia menanam bebola besi itu di sekeliling pangkal kemaluan dan apabila pulih daripada bengkak, dia mula mencari teman wanita atau mana-mana wanita yang sudi melakukan hubungan seks dengannya.

Ramli bangga kerana dapat memuaskan nafsu ramai wanita, namun mula berdepan masalah kesihatan lapan bulan kemudian.

tun faisal dot com

Posted: 15 Sep 2014 02:01 PM PDT

tun faisal dot com


#PengkalanKubor: Apa yang BN dah buat dan Pas tak mampu buat..

Posted: 14 Sep 2014 11:17 PM PDT

NOTA: Pengundi yang bijak akan pilih BN sebab Pas dah memang kerajaan negeri pun. Apa yang BN buat di #PengkalanKubor tapi Pas tak buat dan tak mampu..

BEBERAPA SENARAI PROJEK HIGH IMPACT YANG DIPERJUANGKAN OLEH ARWAH DATO DI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN NYA DI  #PENGKALANKUBOR. 

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Kos Projek      - 67.0 Juta
Lokasi              - Tujoh
Tarikh Mula    - 25 September 2006
Tarikh Siap     - 26 Ogos 2009
Impak Projek - Bil.Pelajar 778 Orang
                         - Bil.Guru 59 Orang
                         - Bil.Bukan Guru 31 Orang
                         - Bil.Kelas 28 

Jalan Kesban Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 58.6 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula     - 12 September 2004
Tarikh Siap      - 10 Mac 2007

Pengkalan Kastam Pengkalan Kubor.
Kos Projek       - 12.3 Juta
Lokasi               - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula     - 1 April 2006
Tarikh Siap      - 15 Ogos 2010
Impak Projek  -  Pungutan Cukai Jan-Sep 2014 
Rm 1571,597.63

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan & Pembungkusan (CPPC)  Produk Berasaskan Ikan.
Kos Projek        - 5.06 Juta
Lokasi                - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula      - 15 September 2011
Tarikh Siap       - 29 November 2012
Impak Projek.  - Membantu memperkembangkan dan meningkatkan lagi mutu kerja para nelayan.

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Tumpat.
Kos Projek         - 3.0 Juta
Lokasi                 - Pengkalan Kubor
Tarikh Mula       - 1 Januari 2006
Tarikh Siap        - 27 Disember 2010
Impak Projek    - Mengurangkan risiko kejadian banjir di jajahan Tumpat.

Masjid Kubang Sawa.
Kos Projek         - 1.6 Juta
Lokasi                 - Kg Bendang Pak Yong
Tarikh Mula       - 28 Januari 2010
Tarikh Siap        - 31 Mac 2011
Impak Projek    - Memberi keselesaan kepada jemaah utk beribadat.

Projek Penapis Air 1 Malaysia.
Kos Projek         - 0.2 Juta
Tarikh Mula       - 10 Ogos 2012
Tarikh Siap        - 22 November 2012
Impak Projek    - Memberi bekalan air bersih                   kpd 500 penduduk Kg Tualang & Kg Dedap

Apa Yang Tersirat

Posted: 15 Sep 2014 01:57 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Bagaimana Proses Sabah Merdeka?

Posted: 15 Sep 2014 02:37 AM PDT

PEMBERONTAKAN pernah berlaku di Sabah (North Borneo) semasa penjajahan British. Pemberontakan bukan kerana mahu kemerdekaan, akan tetapi hanya menentang pungutan cukai kepala.

Tiada catatan sejarah yang mengatakan bahawa ada pemberontakan di Sabah kerana menunut kemerdekaan.

Naluri kemerdekaan mungkin muncul selepas Malaya Merdeka pada 31 Ogos 1957. Di Sabah tertubuhlah parti-parti politik tempatan antaranya UNKO, USNO dan SCA untuk bergerak menjadikan Sabah merdeka.

Situasi tuntutan Filipina dan pendirian Indonesia terhadap Sabah, selain pengaruh komunis , menjadi pendorong kepada Perdana Menteri Malaya- Tunku Abdul Rahman Al-Haj mencadangkan penubuhan Malaysia yang meliputi Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura, kemudian Brunei menarik diri daripada cadangan itu.

Sebuah negara baru yang bakal ditubuhkan yang berbentuk persekutuan, perlu dianggotai oleh negara-negara atau wilayah merdeka. Atas sebab itu, untuk merealisasikan cadangan negara baru, maka wilayah-wilayah yang terlibat perlu dibebaskan atau dimerdekakan dahulu. Atas sebab itu, Sarawak menjadi bebas daripada penjajahan pada 22 Julai 1963 dan Sabah pada 31 Ogos tahun yang sama, sementara Singapura dilepaskan oleh British pada....

Sebelum Sarawak bebas daripada penjajahan dan Sabah dimerdekakan, satu fact finding ditubuhkan kemudian dipanggil sebagai Suruhanjaya Cobbold; Suruhanjaya itu menjalankan fact finding pada tahun 1962; dan berasaskan kepada fact finding atau boleh juga disebut sebagai refrendum, memutuskan bahawa lebih ramai yang menyokong kepada pembentukan negara baru yang kemudiannya disebut Persekutuan Malaysia.

Pihak penjajah dalam hal ini British berpuashati dengan temuan suruhanjaya itu, itulah penyebabnya mengapa Sarawak dibebaskan dan Sabah dimerdekakan. 

Selepas Sabah dan Sarawak dimerdekakan, maka telah dipersetujui bahawa satu negara baru yang berbentuk persekutuan akan terwujud pada 16 September 1963.

Dalam proses pembentukan negara baru itu, memang wujud beberapa dokumen yang dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold yang kemudian disebut sebagai 18 Perkara bagi Sarawak dan 20 Perkara bagi Sabah.

Sebagai sebuah negara baru, perlembagaan baru juga diwujudkan. Asas kepada perlembangaan baru itu adalah Perlembagaan Malaya, diubah suai dan memasukkan perkara-perkara sepertimana dikehendaki oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Antara perkara yang dimasukkan itu berkaitan dengan imigrasion, tanah, agama, hasil mahsyul serta bahasa dan sebagainya.

Perkara 20 dan 18 dijadikan sebagai appendix kepada perlembagaan Malaysia.

Kini selepas 51 tahun pembentukan negara, ada pihak-pihak yang mempertikai kemerdekaan; malah ada yang mendakwa, perjanjian pembentukan negara banyak yang diabaikan dan tidak dipatuhi.

SEBENARNYA mereka yang bercakap soal kemerdekaan Sabah adalah berasaskan fikiran semula (after thought). Mereka yang bercakap itu sebenarnya tidakpun terlibat dalam proses kemerdekaan itu. mereka mengkaji tulisan-tulisan berkaitan dengannya dan kemudian mentafsir sendiri catitan-catitan itu.

Perkara dua puluh (20 points) misalnya hanya merupakan appendix kepada Perlembangaan Malaysia, di mana asal perlembangaan itu adalah pelembagaan Malaya apabila merdeka pada 31 Ogos 1957.

Borneo Utara sebelum diganti nama kepada Sabah telah dimerdekakan oleh British pada 31 Ogos 1963, ekoran ura-ura pembentukan Persekutuan Malaysia di mana sebelumnya berlakunya mencari fakta atau fact finding melalui Suruhanjaya Cobbold. Kalau dinilai kepada situasi pada masa itu, boleh jadi British memberi kemerdekaan kepada Sabah, atas sebab rancangan pembentukan Malaysia; boleh jadi juga kalau tiadanya rancangan pembentukan Malaysia, maka Sabah belum tentu dimerdekakan (contoh negara Brunei- lambat mencapai kemerdekaan).

Bagi mereka yang cuba mentafsir proses kemerdekaan Sabah; dengan mengatakan bahawa jika Sabah dan Sarawak serta Singapura tiada, maka tiadalah Persekutuan Malaysia; selain itu mereka memperbesar-besarkan bahawa Sabah dan Sarawak merupa equal partner dalam pembentukan Persekutuan Malaysia; secara zahirnya memanglah demikian, kerana sebelum Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaya membentuk Persekutuan Malaysia, dua wilayah itu dimerdekakan dahulu atau British melepaskan tanggungjawabnya.

Penulis tercari-cari catitan di mana kah bukti bahawa Sabah adalah sebuah negara (nation); catitan-catitan yang ada adalah dalam bentuk "state"; state diterjemahkan kepada negara; MISALNYA apabila TYT Sabah disebut Tuan Yang Dipertua Negara Sabah, bagi Sarawak disebut sebagai Gabnor Negara Sarawak. Pengiktirafan Sabah, Sarawak dan Singpura sebagai negara hanya melalui ucapan Tunku semasa mengistiharkan pembentukan negara baru pada 16 September 1963.

Pada asasnya Malaya terdiri daripada berbagai negeri dari Perlis hingga ke Johor; dan Sabah serta Sarawak berdiri dengan sendirinya; tanpa negeri di dalam wilayahnya.

Entah apa penyebabnya, mengapa Sabah dan Sarawak bertukar status kepada negeri, di mana kedudukannya sama seperti negeri-negeri di Malaya. Mungkin penyebab pertukaran itu mengambil contoh kepada Amerika Syarikat, di mana semua wilayah yang membentuk United states disebut state; demikian juga di Indonesia; semua wilayahnya disebut propensi; demikian juga di Filipina, wilayahnya disebut region. Adalah janggal dalam satu negara terdapatnya negara; seperti mana berlaku di Pakistan, di mana Bangladesh sekarang dahulu disebut sebagai Pakistan Timur- mungkin selepas negara Bangladesh wujud, maka Malaysia menukar istilah Malaysia Barat kepada Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur di Sebuat Sabah dan Sarawak Sahaja.

Pertikaian kini, semasa menyambut kemerdekaan adalah angka kemerdekaan, ada yang tidak suka kalau kewujudan negara lebih tua, atas sebab itu, pada tahun depan, hari kemerdekaan tidak lagi diiringi dengan angka, melainkan tarikh dan bulan sahaja. Bagi Sabah dan Malaya adalah OK tarikh kemerdekaan jatuh pada 31 Ogos, bagaimana pula dengan Sarawak yang merdeka pada 22 julai?

Apa kah elok jika hanya satu tarikh sahaja diingati? iaitu 16 September? iaitu HARI MALAYSIA

Kekalkan Intipati Akta Hasutan 1948: Salleh Said

Posted: 14 Sep 2014 09:03 PM PDT

APA yang penting kekalkan intipati Akta Hasutan 1948, demikian kata Salleh pada Ahad. Jika Akta itu ditukar atau apa sahaja tindakan berkaitan dengannya, yang paling mustahak, akta seumpama itu boleh manjamin keamanan dan keharmonian dalam negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Pihak pembangkang sejak akhir-akhir ini begitu sibuk dengan desakan penghapusan akta itu, kerana ramai pemimpin mereka didakwa menggunakan akta itu. Malah menteri kabinet Malaysia Idris Jala memberi kenyataan terpilih, apabila menyatakan bahawa dakwaan terhadap Azmi Sharom pensyarah undang-undang Universiti Malaya tidak perlu didakwa menggunakan akta itu.

Di lain pihak, terutama daripada parti-parti yang menyokong kerajaan serta Ngo-Ngo yang pro kerajaan mendesak agar akta itu dipertahankan. Menurut mereka, pemansuhan akta itu hanya membuatkan pihak pembangkang mendabik dada; sama dengan kejayaan mereka mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Pemansuhan ISA tidakpun mendapat sambutan yang baik, malah menyebabkan BN kehilangan suara popular pada PRU-13 lalu.

Kata Pakteh...!!

Posted: 15 Sep 2014 01:53 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Popular belum tentu masyhur dimata rakyat.

Posted: 15 Sep 2014 01:31 AM PDT

Sik 15 September 2014 - Sejak sekian lama kita meyakini seseorang yang popular boleh membina kemahsyuran. Namun apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membina populariti sebagai seorang perasuah, peliwat, penzina dan penipu dan terkini pengamal kronisme, kepercayaan bahawa seorang yang pepular itu akan menjadi mahsyur perlu difikirkan semula. 

Menilai tindak tanduk DS Anwar Ibrahim, amat diyakini beliau seorang yang ada keyakinan diri dan bertekad apabila melaksanakan sesuatu. Sifat ini yang terbina sejak awal remaja memberi kelebihan kepada beliau namun pada penghujung hayat beliau, terlihat dengan jelas bahawa populariti yang dibina sejak sekian lama tidak mampu memahsyurkan beliau apatah lagi untuk dikenang sebagai tokoh terbilang. Mengapa?. Rakyat Malaysia sedang memerhati dan menilai malah telah siap memberi markah kepada individu bernama Anwar bin Ibrahim.

Albert Einstein, menghambakan diri kepada ilmu secara mutlak sehingga keakhir hayat. Beliau bukan sahaja membina populariti tetapi namanya mahsyur hingga ke hari ini. Adakah tidak ada kerosakan yang dibuat?. Percayalah.....Bom Atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki ada terpalit nama beliau walaupun beliau tidak sedikitpun menyentuh bom tersebut. Berbeza dengan DS Anwar Ibrahim, menyedari kerosakan yang dilakukan oleh bom atom, Albert Einstein berusaha mencegah dari bom tersebut terus dibina dan ini dilakukan sehingga ke penghujung nyawa. Anwar?

Mungkin ada pembaca beranggapan agak keterlaluan menyamakan pemikiran hebat Albert Einstein disamakan dengan DS Anwar Ibrahim yang lahir dari Universiti Malaya tetapi mengimbaskan kembali pengikut beliau yang menyamakan DS Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi, apalah sangat perbandingan Albert Einstein dalam artikel ini. 

Cuma apabila teringatkan kisah Sang Kelembai, Sangat Popular dan Mahsyur. Mungkin adalah lebih tepat menyamakan DS Anwar Ibrahim dengan Sang Kelembai. Apa sahaja yang disentuh oleh DS Anwar Ibrahim akan binasa atau porak poranda. Lihatlah apa yang berlaku kepada UMNO?. Sejak 1998 UMNO menjadi mangsa kepada fitnah jahat DS Anwar Ibrahim. Terkini Partai Islam SeMalaysia (PAS) turut menanggung padah akibat membenarkan DS Anwar Ibrahim menyentuh parti tersebut. 

Akhir Kalam.....Jauhi Sang Kelembai.....nanti habis rosak apa yang disentuh.

waadat

Posted: 15 Sep 2014 01:38 PM PDT

waadat


Antara SRP, PMR, dan PT3

Posted: 14 Sep 2014 09:55 PM PDT

Siapa dalang di sebalik kebocoran dan penyebaran kertas UPSR 2014 sebelum masanya?

Terkini Demang mendapat berita beberapa individu di Pulau Pinang telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum itu Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan timbalan pengarah bahagian operasi (kalau tak silap) digantung tugas.

Kali ini Demang bukan nak bicara soal kertas bocor lagi meski isu tersebut iaitu kertas Sains dan BI UPSR 2014 bocor masih berdengung di warung-warung, majlis kenduri, dan media sosial.

Biasalah, apabila terbakar, walaupun api sudah padam namun baranya masih ada. Kalau sekam lebih bahaya, ia membakar dalam diam.

Kali ini Demang ingin menyelak lipatan sejarah yang belum begitu jauh ditinggalkan.

Masa Demang bersekolah dulu, kami ambil Sijil Rendah Pelajaran (SRP) manakala sebelum itu ada pula LCE (BI).

Namapun SIJIL Rendah Pelajaran maka ketika itu masih ada jawatan yang meletakkan syarat, calon jawatan tertentu perlu memiliki SIJIL tersebut.

Malah semalam seorang bapa saudara Demang beritahu, ada rakannya yang hanya pemegang sijil SRP/LCE kini telah berada di gred 48 setelah mengalami beberapa kali kenaikan pangkat.

Demikianlah pentingnya sijil SRP.

Selepas itu SRP diganti dengan Penilaian Menengah Rendah atau PMR. Ramai yang menyangka PMR cuma perubahan nama padahal beza SIJIL dengan PENILAIAN amat besar.

Kekeliruan tersebut bukan hanya berlaku pada orang awam yang bukan berlatar belakang pendidikan bahkan pengetua sekolah menengah dan segelintir pegawai pelajaran pun agak kabur atau pura-pura kabur.

Calon SRP yang gagal dalam peperiksaan tersebut tidak dibenarkan menaiki tingkatan empat. Mereka perlu menduduki sekali lagi di sekolah swasta atau merayu ke sekolah kerajaan. Pilihan lain ialah menamatkan pesekolahan dan terus ke bidang pekerjaan.

Hal ini kerana tanpa sijil SRP seseorang tidak boleh mengambil sijil SPM manakala untuk memperolehi sijil STPM perlu ada sijil SPM.

Sebaliknya pelajar yang mengambil ujian PMR tidak perlu bimbang kerana samada lulus atau gagal mereka tetap ke tingkatan empat. PMR hanya berfungsi mengasingkan pelajar yang cenderung di bidang sains, sastera, perdagangan, pertanian, atau vokasional.

Demang agak nakal semasa bersekolah. Semasa di tingkatan tiga sudah tinggal di rumah sewa bersama rakan-rakan sebaya. Apabila jauh daripada ibu bapa dan tiada kawalan guru maka faham-faham sahaja lah. Ke sekolah pun sekali sekala.

Akhirnya Demang cuma lulus sederhana, sekadar layak ke tingkatan empat. Itupun aliran sastera.

Daripada sekolah aliran agama Demang bertukar ke sekolah menengah biasa tidak jauh daripada kampung sendiri.

Di sekolah baru, Demang bertemu semula kawan-kawan semasa di sekolah rendah. Ramai juga yang masuk aliran sains. Kebanyakan mereka tinggal di asrama semasa tingkatan tiga.

Pelajar aliran sastera dianggap manusia kelas kedua. Kami pun sedar diri dan tidak begitu bergaul dengan 'budak-budak sains.'

SPM adalah saringan paling penting untuk anak manusia di Malaysia. Rasa Demang, tidak sampai 2% daripada calon SPM sekolah Demang berjaya ke universiti. Sudah tentulah 'budak sains.'

Demang termasuk dalam kelompok kecil yang layak melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam dalam aliran sastera. Demang agak sekitar 10% daripada lepasan SPM memasuki tingkatan enam yang juga dianggap prauniversiti.

Walaupun tingkatan enam ada aliran sains namun Demang dapati ramai juga rakan-rakan daripada aliran sains semasa SPM ditawarkan aliran sastera untuk tingkatan enam.

Demang ceritakan semua ini bukan untuk mendedahkan kesah peribadi sebaliknya ini adalah sampel yang dikongsi oleh manusia yang seangkatan Demang.

Kadang-kadang Demang terfikir bahawa Demang bernasib baik kerana tidak begitu rajin ke sekolah semasa tingkatan tiga. Jika tidak tentulah Demang akan terlibat dengan program peperiksaan seperti latih tubi, soalan ramalan, dan mungkin juga menerima soalan bocor.

Jika demikian maka Demang akan masuk ke aliran sains dan akhirnya gagal dalam SPM sebab kemasukan Demang ke aliran sains bukan benar-benar kerana kecenderungan dan minat Demang sebaliknya kerana hafalan soalan-soalan peperiksaan yang disediakan setiap hari oleh pihak sekolah.

Alhamdulillah, Demang serasi dengan aliran sastera dan sudah lebih 20 tahun menjadi guru! Sekarang sudah DG44.

Sebenarnya semua anak manusia di Malaysia diberi peluang yang sama untuk menerima pendidikan dari umur enam tahun hingga mencapai usia 15 tahun. Dalam tempoh itu mereka akan belajar semua subjek. Dengan kata lain, tiada pengkhususan.

Lebih penting lagi, semua anak manusia di Malaysia diwajibkan untuk dididik berdasarkan empat unsur utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dihafal dan dihadam para guru sebagai JERI iaitu akronim:

Jasmani
Emosi
Rohani
Intelektual.

Pihak penggubal dasar pendidikan negara telah menegaskan bahawa setiap pelajar mestilah diseimbangkan keempat-empat unsur tersebut pada diri mereka.

Itu adalah asas yang tidak boleh diambil ringan.

Seterusnya potensi diri anak manusia perlu dikembangkan berdasarkan kecenderungan dan kebolehan mereka.

Namun adakah ia benar-benar diaplikasi?

Kes kebocoran kertas UPSR baru-baru ini adalah bukti bahawa falsafah pendidikan sudah terpinggir. Demi mengejar keputusan akademik, integriti (sifat amanah) diketepikan.

Demang dengar-dengar, ini bukan kes tunggal malah setiap tahun sampai berita kebocoran ke telinga Demang. Memang Demang tiada bukti namun perlu diingat, Demang sudah lebih 20 tahun menjadi guru!

Itu baru isu bocor. Ada beberapa isu penting lagi yang Demang simpulkan dengan ayat:

"dalam mengejar keputusan UPSR semua unsur yang terkandung dalam FPK telah dipinggirkan sama sekali termasuk unsur intelektual".

Berbalik pada perbincangan awal iaitu perbezaan SRP, PMR, dan PBS maka Demang lihat PBS yang mula diperkenalkan tahun 2014 adalah satu usaha bagi kembali pada FPK yang menekankan keseimbangan rohani, emosi, intelek, dan jasmani tanpa ada yang lebih utama.

Pelajar tingkatan tiga 2014 ini akan menerima empat keping penyata penilaian iaitu:
1) Pentaksiran Pusat
2) Pentaksiran Sekolah
3) Pentaksiran Psikometrik
4) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Ertinya anak- anak kita nanti tidak dinilah semata- mata faktor akademik.

Sekali lagi Demang persoalkan, adakah semua sekolah bersikap positif dan melaksanakannya dengan patuh sebagaimana sebaris ayat yang terdapat di bawah surat rasmi iaitu "saya yang menurut perintah"?

Demang amat dukacita apabila mengetahui pihak-pihak tertentu di kementerian, jabatan, dan sekolah-sekolah berasrama penuh masih mendewa-dewakan peperiksaan sehingga sanggup mengenepikan aspek lain demi menjuarai PT3 yang mereka samakan dengan SRP.

Demang tahu mereka berpegang pada konsep:

"apabila pelajar terbaik UPSR berada di sekolah terbaik maka keputusan PT3 mestilah terbaik".

Jika tidak, pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) tersebut akan kena marah dengan JPN.

Sudah tentu konsep tersebut dicetus dan didalangi pihak atasan dalam kementerian pelajaran!

Akhirnya para pengetua merancang program-program yang terlalu berfokus pada peperiksaan sehingga ada sekolah yang tidak membenarkan pelajar beriadah pada waktu petang, membekukan semua program bukan akademik, dan mengharamkan pelajar bercuti bersama keluarga.

Demang ingin bertanya: produk apakah yang sedang mereka keluarkan?

Jika begini, berjayakah sistem baru yang sedang kita laksanakan?

Berikut adalah salinan daripada web rasmi berkenaan PBS:

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran.

Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik.

Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.

Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki.

Cucu Tok Selampit

Posted: 15 Sep 2014 01:17 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Firefly Menghina Lambang Negara - Tidak Sengaja Atau Tidak Sensitif?

Posted: 14 Sep 2014 09:24 PM PDT

Syarikat penerbangan Firefly di dalam 'in flight magazine' mereka telah mengiklankan lambang bulan sabit dan bintang bucu 14, di tapak kasut salah seorang pramugari mereka. Tahukah pihak syarikat Firefly bahawa bulan sabit dan bintang bucu 14 adalah antara lambang bendera negara, Jalur Gemilang?

Bulan sabit (anak bulan) melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Manakala bintang bucu 14 melambangkan perpaduan yang di antara 13 negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak.

Namun bagi pihak yang berjiwa patriotik dan sayangkan negara, perkara ini boleh dianggap biadap. Di dalam saat negara sedang berkabung menunjukkan solidariti kepada kemalangan dua pesawat MAS, MH17 dan MH370, tindakan syarikat Firefly ini amat tidak boleh diterima.

Duke of UMNO

Posted: 15 Sep 2014 01:11 PM PDT

Duke of UMNO


PEMIMPIN PAS AJAR PENYOKONG HINA ORANG YANG TELAH MENINGGAL???

Posted: 15 Sep 2014 01:41 AM PDT

Betul Datuk Noor Zahidi telah meninggal dunia. Mati itu memang pasti. Semua yang hidup pasti mati. Adun-Adun PAS pun ramai yang meninggal dunia...

Tapi setahu saya, kalau mana-mana Adun PAS meninggal dunia, rasanya tidak ada seorang pun yang sanggup hina atau nafikan sebarang jasa arwah. Contohnya, lepas kematian Ustaz Azizan, takde pun orang UMNO yang hina atau nafikan jasanya di Dun Sg Limau atau di Kedah semasa hayatnya...

Yang peliknya, yang selalu hina atau nafikan jasa arwah-arwah ni ialah orang PAS sendiri... Kalau sebelum ni arwah Ustaz Azizan jadi mangsa hinaan penyokong PAS sendiri, kini arwah Noor Zahidi pula jadi mangsa puak-puak PAS ni...


Bukti menunjukkan puak PAS hina Allahyarham Noor Zahidi boleh dilihat di sini...

Kalau ditanya pada "pakar perlembagaan", mungkin Aziz Bari akan jawab bahawa "tiada salahnya hina pemimpin yang telah meninggal dunia".. 

Tapi kalau berdasarkan nilai murni, akhlak dan Islam, pada saya adalah tidak wajar sekali kita menghina atau menafikan jasa baik pemimpin yang telah tiada. 

Pada saya, tak guna diungkit kesilapan, kesalahan mahupun dosa mereka...kita serah saja pada Allah SWT... kita sedekahkan Al-Fatihah lebih baik...kita doakan supaya Allah SWT ampunkan dosa dan tempatkan saudara kita yang telah meninggal dunia bersama para solehin..itu lebih mulia, kan?

Saya hairan, kenapa puak-puak PAS ni tergamak tunjuk perangai, akhlak seburuk ni... saya tertanya-tanya, di mana adab depa? Kalau penyokong, kita boleh faham... tapi kalau pemimpin? Hairan jugak la macamana orang berakhlak macam ni diangkat jadi pemimpin dalam PAS...

Apa pandangan kawan-kawan dalam hal ni?

PEJUANG BANGSA

Posted: 15 Sep 2014 11:42 AM PDT

PEJUANG BANGSA


KETUA CABANG PKR PELAKON TAMBAHAN DRAMA KETUM NAK U TURN ISU MB SELANGOR ??

Posted: 15 Sep 2014 02:37 AM PDT


Seperti dijangka GPB dalam artikel sebelum ini iaitu   Anwar akan membuat U Turn sokong PAS sebagai calon MB Selangor KLIK DI SINI  .

 Sudah pasti beliau akan membuat sedikit drama dengan mengarahkan Ketua Cabang dan NGO Pro PKR membuat satu sidang media khas bagi  menyokong siapa sahaja calon dipilih Sultan untuk menjadi MB Selangor.

Hari ini terbukti telah dilaksanakan  dan kita akan tunggu lagi beberapa babak diatur PKR bagi menguatkan suara akar umbi mereka telah menerima siapa saja calon pilihan Sultan Selangor .

Jika Anwar membuat awal keputusan , ia seolah2 menampakkan beliau KAKI U TURN tetapi jika ada desakan ahli sendiri supaya akur , maka beliau boleh menjadikan ia sebagai alasan .

Akhir sekali , Anwar akan membuat sidang tergempar menyokong siapa saja dipilih Sultan Selangor walaupun bukan Wan Azizah sekaligus dinobatkan HERO PENYATUAN PAKATAN RAKYAT..







Akur jika pilihan Sultan bukan Azizah




Barisan pimpinan masyarakat dan pemimpin NGO Selangor akur sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calon lain selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Ketua Koordinator Program Pemimpin Bersama Rakyat (Berkat), Yahya Sahri, meskipun Sultan Selangor boleh membuat keputusan, namun sebagai rakyat, pihaknya berhak menyatakan pilihan mereka.

"Kita amalkan proses demokrasi. Jadi kita pegang pada demokrasi berparlimen.

"Kita nyatakan sokongan, (tapi) Sultan juga ada hak. Jadi, apabila siapa-siapa dilantik, insya-ALLAH rakyat Selangor akan terus beri sokongan," katanya kepada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya Sultan Selangor memilih calon lain selain Wan Azizah meskipun pihaknya menyatakan sokongan penuh kepada Presiden PKR itu.

Mengulas lanjut, Yahya yang juga Ketua Cabang Tanjung Karang berkata, pihaknya tetap akur dengan keputusan Sultan jika baginda tidak memilih Azizah.

"Kita rakyat Selangor ada dua (pegangan). Pertama hak untuk memilih. Kedua, kalau ikut konsep Raja berperlembagaan, kita akan patuh apa saja (keputusan Sultan).

"Tapi kita nyatakan sokongan ini kerana kita mempunyai hak untuk memilih," katanya.

Pada sidang media sama, 50 pemimpin masyarakat dan pemimpin NGO Selangor menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azizah untuk menjadi menteri besar negeri ini.

HINA KPN SEBAGAI JENERAL NAZI DAH DIDAKWA , TAK LAMA LAGI CM PENANG !!

Posted: 15 Sep 2014 01:38 AM PDT

Wong Hoi Cheng, 43 menggunakan akaun Twitternya untuk menggelarkan Khalid sebagai "Heinrich Himmler Malaysia".


Beliau juga menulis "bastardization of@PDRMsia", merujuk kepada akaun Twitter pasukan polis.

Beliau didakwa kerana menyiarkan komen yang mengaibkan dan mendatangkan kemarahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memecahkan keamanan awam dalam akaun Twitternya, 31 Ogos lalu.

Wong ditahan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan pendakwaan tambahan bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Hakim Rashid Daud menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.


Komen GPB 
 Rakyat P.Pinang kini menunggu seorang lagi APEK  yang bukan sahaja menghina KPN malah mencabar POLIS dalam mempertahan PPS kerajaan DAP 

Keris Pusaka Melayu

Posted: 15 Sep 2014 11:11 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


@Khairykj Lancar Buku Aktivis COMANGO di Gereja DUMC ??

Posted: 15 Sep 2014 06:41 AM PDT

Makin meluat aku tengok perangai Ketua Pemuda UMNO ni.

Sampai bila dia nak berubah jangan buat perangai bukan-bukan!

Kalau degil sangat jangan marah kalau kena kutuk sebab pilih tempat di gereja dan buku penyokong COMANGO untuk lancar bukunya.

KJ nak jadi seperti Khalid Samad ke masuk gereja ?

Jangan sampai lepas ni ada yang mula gelar KJ Gereja sudah.

Aku tak jamin orang tak marah perangai tak senonoh menantu Pak Lah ni.

1.png

Dua minggu lepas Ketua Pemuda Umno telah melancarkan buku biografi Dr Denison – Faith in Society, bertempat di gereja DUMC.

Tidak ada sesiapa yang mahu melaporkannya …. kenapa ek ?
( DUMC ….. hmmmm …. macam pernah dengar nama tu …. takperlah )

Yang pastinya, KJ BANGGA dengan dirinya bila dijemput untuk ke majlis itu.

Yang amat menghairankan saya ….. takder siapa ke orang Umno yang mahu menegur KJ ? Apakah orang Umno semua turut berbangga dengan perlakuan KJ itu ? Kalau ya …. kenapa tak sebarkan berita itu ? Kalau tidak, kenapa dibiarkan … ?

Ke korang takut ? Takuuuuuut heeeeeeeh …… Takut nak tegur bos heeeeeeh ……

Gini ah, apa kata saya biar seorang budak berumur 11 tahun mengajar Umno cara nak menegur KJ !

Beri perhatian dan belajar – budak ni tulis omputeh lagi, takut KJ tak faham… Budak bernama Ahmad Ali Karim ini menggariskan 3 point -

1b.jpeg

  1. Dr Denison is one ofCOMANGO's activists.
    So why must Khairy launch a biography of an activist who is fighting against the Federal Constitution and the policies of Khairy's political party, especially 'ketuanan Melayu' and Islam as in the 2011 DUMC case, kalimah Allah issue, bible issue, Article 3(1), Article 121(1A), Article 153, Article 160 and others? Khairy COMANGO has lots of agendas against the government and is fighting for the opposition party to take over the Malaysian government.

  2. DUMC is a church.
    Why in the world a Muslim leader like Khairy Jamaluddin must go inside a church, just to launch such a book? If Khairy does not bother about the sensitivity and feelings of the Malays who are represented by UMNO and who voted for Khairy's party in the GE13, why can't Khairy, as a Muslim ask for the book launch to be held in another place instead of a church?

  3. And why DUMC?
    Has Khairy forgotten the DUMC case where on the 4th day of Ramadhan 1432/2011, JAIS received a report that there were Muslims attending a church program at DUMC and they were having dinner even before Maghrib? So JAIS went there to investigate, but were stopped by the church's people. JAIS, UMNO and the government were badly condemned and blamed by the Christians, opposition parties' leaders and also activists who are now involved in COMANGO, when according to the law JAIS did the right thing.

Siap dengan satu pertanyaan sempoi -

Is Khairy an UMNO leader who really does not care about the dignity of Islam, the feelings and the sensitivity of the Muslims who voted for UMNO which made it possible for him to become a minister?

( saya terjemahkan – Adakah Khairy seorang pemimpin Umno yang langsung tidak pedulikan akan maruah agama Islam, perasaan dan sensitiviti umat Islam yang telah mengundi Umno sehingga memungkinkan beliau jadi seorang Menteri ? )

Baca sepenuhnya apa kata ADIK Ahmad Ali ini – KLiK.

Oya, kepada adik Ahmad Ali, pakcik nak minta tolong sikit….. boleh tak ADIK komen satu lagi perangai KJ yang berzumba seperti dibawah -
.

kjzumba.png

Video Menteri bernama KJ berzumba boleh ditonton di sini – fb

PS – Betuuul… budak nih ! Umur baru 11 tahun tapi amat pintar dan mampu menulis dengan baik sekali. Ada gambar2 adik ini di blognya dan blog kakak2nya kalau tak percaya. Kepada orang KJ – Tolong jangan serang budak kecil, ok.

dinturtle.blogspot.com/2014/09/budak-11-tahun-tegur-kj-pemimpin-dan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 15 Sep 2014 07:29 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Anak Muda + Orang Tua..???

Posted: 15 Sep 2014 07:09 AM PDT

Anak muda merupakan satu golongan yang mempunyai tenaga yang banyak dan darah yang panas, anak muda mampu melawan dan memberi tentangan yang hebat dalam perjuangan untuk menegakkan apa yang diperjuangkan. Ini sudah terbukti dalam sejarah, lihatlah mana sejarah pun, gerakkan yang digerakkan anak muda kebanyakkan mencapai kejayaan yang membanggakan.


Orang tua adalah golongan yang mempunyai umur yang panjang, dan orang tua yang mengisi umurnya dengan menilai dan memgambil pengajaran dari pengalamannya merupakan orang tua yang penuh dengan hikmah. Umur yang panjang juga membentuk orang tua tersebut dengan ketokohan dan karisma. Pengalaman yang mengajarnya menjadikan jiwanya kekar disebalik tubuh yang lemah.

Anak muda sering kali bertelagah dengan orang tua, kenapa? anak muda mumpunyai pandangan dan persepsi yang sering bercanggah, darah muda yang panas itu sering kali tidak sabar dan tidak faham dengan tindakan si tua yang dianggap lambat dan lembik. Lebih teruk lagi bila mana hikmah tindakan si Tua tidak difahami oleh anak muda. Jiwanya akan memberontakkan dan melawan sehabis daya. Mulalah sikap kurang ajar dan tiada adab lantaran tidk sekepala dan tidak saling memahami.

Persoalannya, perlukah anak muda dan orang tua bersama? 

Jikalau perlu adakah boleh bersama dua golongan yang sering tidak sekepala ini? 

Sejarah membuktikan satu kejayaan yang hebat datang dari kalaborasi anak muda dan orang tua. Syaratnya masing-masing perlu memainkan peranan dan masing-masing perlu saling meraikan dan memahami.

Islam mengajar satu formula yang cantik untuk menyatukan kedua pihak ini iaitu yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Andai formula ini diaplikasikan sudah pasti satu ketumbukkan yang hebat dan mantap akan dilahirkan.

P/S - pisssttttt anak kucing pun tau hormat...

Pengikut