Rabu, 9 Oktober 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 09 Oct 2013 01:36 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:36 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


10 HARI ZULHIJJAH & AMALANYA

Posted: 09 Oct 2013 08:52 AM PDT

Addin

Posted: 09 Oct 2013 11:03 AM PDT

Faktor Sebenar Ali Rustam Tewas Di Parlimen Bukit Katil Terbongkar

Posted: 09 Oct 2013 09:23 AM PDT

Ali Rustam dakwa kekalahan beliau di parlimen Bukti Katil di sebabkan majoriti kaum Cina menolak beliau tetapi pendedahan oleh ACCCIM adalah sebaliknya.

Pengundi di parlimen Bukti Katil majoritinya adalah pengundi melayu dan ini membuktikan dakwaan Ali Rustam ternyata silap. Addin pernah bersembang dengan penyokong Umno selepas PRU13.

Menurut mereka salah satu faktor kekalahan Ali Rustam di parlimen Bukti Katil adalah kerana ada sesetengah ahli dan penyokong Umno menolak kepimpinan Ali Rustam.

Jika benar dakwaan ahli Umno tersebut, maka benarlah dakwaan di bawah..

ACCCIM: Ali Rustam kan tewas di kawasan Melayu?

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa bekas menteri besar Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyalahkan orang Cina ekoran kekalahannya dalam pilihan raya umum lalu.

Presidennya Datuk Lim Kok Cheong berkata, Parlimen Bukit Katil, di mana Mohd Ali ditewaskan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan kawasan majoriti Melayu.

Pengundi Cina tidak harus dipersalahkan ekoran kekalahannya, kerana beliau bertanding di kawasan majoriti Melayu," kata Lim.

Beliau mengingatkan Mohd Ali (kanan) bahawa pengundi Cina menyokong BN pada 1995, 1999 dan 2004 tetapi beralih arah daripada BN ekoran "kenyataan negatif yang sering dikeluarkan oleh beberapa kumpulan ultra kanan" dalam Umno.

Bukit Katil mempunyai 99,438 pemilih berdaftar dengan 53 peratus Melayu, diikuti Cina (41 peratus) dan India (6 peratus). Shamsul menang dengan majoriti 5,447 undi.

Lim mengulas ucapan Mohd Ali yang dilapor dalam forum anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. ~mk

Pelik Tapi Benar.. Kaki Dalam Mulut Zahid Hamidi

Posted: 09 Oct 2013 05:59 AM PDT


Selepas pendedahan Malaysiakini berkenaan ucapan berbaur perkauman oleh Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pelbagai reaksi diterima ekoran kenyataan kontroversi tersebut, rata-rata tidak berpuas hati apa yang di ucapkan oleh Zahid Hamidi.

Ucapan Zahid Hamidi seolah-olah beliau bukan seorang menteri tetapi sekadar pemimpin parti perkauman Umno. Terbaru, kenyataan Zahid Hamidi di sambut dengan tulisan pedas oleh bekas pengarang akhbar The Sun..

Diam bukan pilihan, kata editor pada wartawan

Selepas Ugutan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menutup akhbar yang dibuatnya dalam majlis di Melaka Sabtu lalu turut mendapat perhatian pengamal media tradisional.

Sehari selepas kumpulan pengarang akhbar Cina menuntut penarikan balik kenyataan, pengarang veteran TheSun R Nadeswaran pula merakam kritikan dalam kolumnya hari ini.

Dikenali sebagai pengarang yang lantang, Nadeswaran dalam kolumnya "Citizen Nades" berkata, Zahid "tidak banyak menghormati undang-undang" dan "bersikap acuh tidak acuh terhadap akal budi".

Dalam kolum bertajuk 'The foot is in the mouth... again', Nadeswaran berkata, berdiam diri bukan lagi pilihan untuk wartawan dan beliau sedar sepenuhnya kesan yang mungkin terjadi hasil penulisannya itu.

"Saya menulis artikel ini dengan sepenuhnya sedar akibatnya.

"Saya cukup tahu tentang rakan wartawan yang ditahan untuk perlindungan dirinya sendiri," katanya, merujuk kepada penahanan wartawan Sin Chew Daily pada 2008 bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bawah menteri ketika itu Syed Hamid Syed Albar.

"Diam bukan lagi pilihan untuk mereka yang mengaku diri sendiri sebagai wartawan. Untuk maruah dan harga diri, kita harus berdiri dan bersuara kepada pihak yang bertindak sewenang-wenangnya terhadap kita," kata Nadeswaran. ~mk


Agak-agaknya apa tindakan bakal di kenakan terhadap bekas pengarang ini, sama-samalah kita saksikan..

Antara Boikot Paling Berjaya Di Malaysia

Posted: 09 Oct 2013 12:35 AM PDT

Berhenti merungut rakyat Malaysia. Uruskan sendiri setiap perkara.

Menjelang pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, media arus perdana menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia dan sudah dihukum beberapa kali menerusi edaran akhbar mereka yang menjunam.

Kini, sebahagian daripada mereka cuba menarik balik kawasan capaian namun tiada apa yang dapat membantu apabila kredibiliti hilang.

Malaysia Airlines (MAS) yang sering mengalami kerugian membawa kakitangannya menonton Tanda Putera untuk ulang tahun ke-41 mereka.

"Ia akan mengembalikan memori kakitangan senior kami dan menjadi pemangkin motivasi kepada junior," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita di Kelana Jaya semalam.

Penyelesaian mudah, jika tidak berpuas hati dengan Ahmad Jauhari: boikot MAS.Tidak guna bising-bising sedangkan yang terbaik adalah gunakan dompet kita. Malah, ada banyak lagi pilihan untuk keluar negara.

Serupa seperti siaran TV berbayar, Astro kini menayangkan Tanda Putera pada harga RM15 dan jutaan pelanggannya boleh menghantar mesej kepada T Ananda Krishnan dengan tidak membeli filem berkenaan.

Inilah kuasa yang dimiliki setiap individu di Malaysia untuk memberikan kesan kepada syarikat yang menyokong fiksyen.Memang pasaran adalah terbuka namun pengguna ada hak memilih.

Mudah merungut, namun penyelesaiannya ada kepada semua, gunakan dompet anda ketika mahu meluahkan rasa tidak puas hati. ~tmi


Filem Ustaz Azhar Idrus Di Tayang 28 November

Posted: 08 Oct 2013 09:21 PM PDT

Setelah meletup dengan kuliah agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon filem pula yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini.

Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini.

Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth.

Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu menjadi ikon anak muda apabila mereka berkongsi video kuliahnya melalui Facebook dan Youtube.

Laman Facebook beliau, Ustaz Azhar Idrus Original mendapat 1,316,942 likes, antara yang paling tinggi di Malaysia.

Buku beliau bertajuk, 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' turut mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali oleh penerbitnya, PTS Publication.

Bermula dengan kuliah kitab kecil-kecilan di surau sekitar Terengganu, kini kuliah Ustaz Azhar diadakan di seluruh negara dan mendapat sambutan hebat.


Sepandai-Pandai Shabery Cheek Melompat.. Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua

Posted: 08 Oct 2013 07:02 PM PDT

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini sesuai di tuju kepada Shabery Cheek, sudahlah rompak duit rakyat untuk kegunaan aktiviti yang tidak berfaedah.

Shabery Cheek berbohong apabila cuba mempertahankan kenyataannya sebelum ini, konsert K-Pop tersebut menggunakan wang penaja walhal menggunakan wang rakyat.

Ketua Audit Negara mempertahankan laporan tersebut dan menegaskan bahawa wang rakyat telah dibazirkan untuk bayaran konsert tersebut.


Ikuti penjelasan beliau..

Amrin: Belanja K-Pop dari kantong kerajaan

Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai. ~mk



Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pakatan Bakal Tawan Putrajaya, Tidak Perlu Kerjasama BN

Posted: 09 Oct 2013 06:00 PM PDT

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama antara Umno dan PAS dengan menyatakan bahawa gabungan kerjasama itu tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak. 

Muhammad berkata, parti komponen PR sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan dan jangan menerima agenda tersembunyi Barisan Nasional (BN) bagi menjalinkan kerjasama. 

"Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. PR harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. 

Apa jua kelemahan BN, jangan diulang. "Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak. "Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk. 

Dalam arena politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersamaThe Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor. Beliau yang mesra dengan nama timangannya Mat Taib berkata, atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan. 

Sambil menggesa parti dalam PR mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU14, beliau berkata, BN dan PR harus memilih jalan berbeza. "BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. 

Saya yakin PRU14 mereka tawan Putrajaya. "Tiada apa yang salah kerana di Australia, rakyat mereka kerap bertukar kerajaan. Selepas dua penggal, kerajaan yang mentadbir akan ditukar kerana selama tempoh berkenaan mereka sudah mula 'berakar'. Bahaya biarkan sesebuah kerajaan untuk terus berakar. "Apatah lagi Umno sudah 60 tahun, bukan berakar tetapi sudah berkabel. 

Kabel yang sangat besar. Umno hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi kebajikan rakyat tidak dijaga. Sepatutnya lepas dua penggal kita tukar kerajaan, supaya pimpinan lebih segar," katanya dengan nada tegas. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu mendapat faedah maksimum daripada sesebuah kerajaan dan bukan hanya berfikir untuk terus mengekalkan kuasa. 

Muhammad menyertai PAS dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 2013 lalu. The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, Muhyiddin berkata, BN tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PAS kerana pati komponen BN itu sentiasa terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam. 

"Kita tidak kisah bekerja bersama PAS atau Pakatan sekiranya ia demi kepentingan umat Islam di negara ini dan kita yakin sekiranya Umno bekerjasama dengan PAS banyak yang dapat dicapai," katanya. Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa kerajaan. 

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. 

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) turut mendapati majoriti masyarakat Melayu dan Cina mahu melihat pentadbiran kerajaan BN menjalinkan kesepakatan dengan PR selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

 Hasil kajian itu menunjukkan 69 peratus daripada keseluruhan 1,546 orang responden yang ditemui oleh pengkaji pilihan raya tersebut mahu melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan PR dalam kerajaan persekutuan. 

Pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangannya berkata lebih mengejutkan, sebanyak 70 peratus responden Melayu bersetuju dengan hasrat untuk melihat kerjasama BN dan PR, manakala 67 peratus lain adalah kaum Cina, hasil daripada kajian yang dijalankan dari 15 Ogos hingga 10 September baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Mohammad Redzuan menekankan langkah kerjasama tersebut tidak boleh hanya terarah kepada satu parti dalam PR sahaja, sebaliknya BN perlu menjalin hubungan dengan PKR dan juga DAP. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata BN sedia mengadakan perbincangan mengenai perpaduan nasional dengan PR, namun menggesa pembangkang mengamalkan "baik sangka" terhadap BN. 

Shahidan yang juga menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen berkata PR boleh membawa usul berkenaan ke Parlimen sekiranya mereka ikhlas dengan perkara itu. – 26 September, 2013. ~tmi




Pengikut