Pakatan Rakyat |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 09 Oct 2013 01:36 PM PDT | |||||
Posted: 09 Oct 2013 11:03 AM PDT | Faktor Sebenar Ali Rustam Tewas Di Parlimen Bukit Katil Terbongkar Posted: 09 Oct 2013 09:23 AM PDT Ali Rustam dakwa kekalahan beliau di parlimen Bukti Katil di sebabkan majoriti kaum Cina menolak beliau tetapi pendedahan oleh ACCCIM adalah sebaliknya. Pengundi di parlimen Bukti Katil majoritinya adalah pengundi melayu dan ini membuktikan dakwaan Ali Rustam ternyata silap. Addin pernah bersembang dengan penyokong Umno selepas PRU13. Menurut mereka salah satu faktor kekalahan Ali Rustam di parlimen Bukti Katil adalah kerana ada sesetengah ahli dan penyokong Umno menolak kepimpinan Ali Rustam. Jika benar dakwaan ahli Umno tersebut, maka benarlah dakwaan di bawah.. ACCCIM: Ali Rustam kan tewas di kawasan Melayu?
| Pelik Tapi Benar.. Kaki Dalam Mulut Zahid Hamidi Posted: 09 Oct 2013 05:59 AM PDT Selepas pendedahan Malaysiakini berkenaan ucapan berbaur perkauman oleh Menteri KDN, Zahid Hamidi. Pelbagai reaksi diterima ekoran kenyataan kontroversi tersebut, rata-rata tidak berpuas hati apa yang di ucapkan oleh Zahid Hamidi. Ucapan Zahid Hamidi seolah-olah beliau bukan seorang menteri tetapi sekadar pemimpin parti perkauman Umno. Terbaru, kenyataan Zahid Hamidi di sambut dengan tulisan pedas oleh bekas pengarang akhbar The Sun..
Agak-agaknya apa tindakan bakal di kenakan terhadap bekas pengarang ini, sama-samalah kita saksikan.. | Antara Boikot Paling Berjaya Di Malaysia Posted: 09 Oct 2013 12:35 AM PDT Berhenti merungut rakyat Malaysia. Uruskan sendiri setiap perkara. Menjelang pilihan raya umum pada 5 Mei lalu, media arus perdana menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia dan sudah dihukum beberapa kali menerusi edaran akhbar mereka yang menjunam. Kini, sebahagian daripada mereka cuba menarik balik kawasan capaian namun tiada apa yang dapat membantu apabila kredibiliti hilang. Malaysia Airlines (MAS) yang sering mengalami kerugian membawa kakitangannya menonton Tanda Putera untuk ulang tahun ke-41 mereka. "Ia akan mengembalikan memori kakitangan senior kami dan menjadi pemangkin motivasi kepada junior," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya kepada pemberita di Kelana Jaya semalam. Penyelesaian mudah, jika tidak berpuas hati dengan Ahmad Jauhari: boikot MAS.Tidak guna bising-bising sedangkan yang terbaik adalah gunakan dompet kita. Malah, ada banyak lagi pilihan untuk keluar negara. Serupa seperti siaran TV berbayar, Astro kini menayangkan Tanda Putera pada harga RM15 dan jutaan pelanggannya boleh menghantar mesej kepada T Ananda Krishnan dengan tidak membeli filem berkenaan. Inilah kuasa yang dimiliki setiap individu di Malaysia untuk memberikan kesan kepada syarikat yang menyokong fiksyen.Memang pasaran adalah terbuka namun pengguna ada hak memilih. Mudah merungut, namun penyelesaiannya ada kepada semua, gunakan dompet anda ketika mahu meluahkan rasa tidak puas hati. ~tmi | Filem Ustaz Azhar Idrus Di Tayang 28 November Posted: 08 Oct 2013 09:21 PM PDT Setelah meletup dengan kuliah agamanya, Ustaz Azhar Idrus kini berlakon filem pula yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 28 November ini. Poster filem bertajuk "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang" mula dipasang di papan utama iklan di panggung wayang di negara ini. Filem arahan Pierre Andre itu diterbitkan oleh Metrowealth. Turut berlakon di samping Ustaz Azhar ialah kumpulan Shiro, Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak). Filem berunsur dakwah dan pengajaran ini dikatakan "menutup aurat" sepenuhnya, iaitu salah satu syarat yang ditetapkan Ustaz Azhar. Ustaz Azhar yang berasal dari Terengganu menjadi ikon anak muda apabila mereka berkongsi video kuliahnya melalui Facebook dan Youtube. Laman Facebook beliau, Ustaz Azhar Idrus Original mendapat 1,316,942 likes, antara yang paling tinggi di Malaysia. Buku beliau bertajuk, 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' turut mendapat sambutan luar biasa sehingga diulang cetak beberapa kali oleh penerbitnya, PTS Publication. Bermula dengan kuliah kitab kecil-kecilan di surau sekitar Terengganu, kini kuliah Ustaz Azhar diadakan di seluruh negara dan mendapat sambutan hebat. | Sepandai-Pandai Shabery Cheek Melompat.. Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua Posted: 08 Oct 2013 07:02 PM PDT Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perumpamaan ini sesuai di tuju kepada Shabery Cheek, sudahlah rompak duit rakyat untuk kegunaan aktiviti yang tidak berfaedah. Shabery Cheek berbohong apabila cuba mempertahankan kenyataannya sebelum ini, konsert K-Pop tersebut menggunakan wang penaja walhal menggunakan wang rakyat. Ketua Audit Negara mempertahankan laporan tersebut dan menegaskan bahawa wang rakyat telah dibazirkan untuk bayaran konsert tersebut.
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan