Rabu, 17 Ogos 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 16 Aug 2011 07:20 PM PDT

ZIARAH RAMADHAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING
SERTA MEMBERI SUMBANGAN KEPADA YANG MEMERLUKAN
DI KAMPUNG PADANG BESAR
KUALA KETIL
10 RAMADHAN 1432
10 OGOS 2011
RABU
SERAMAI 12 BUAH KELUARGA YANG MENERIMA
SUMBANGAN IKHLAS DARI DPPB
































Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

DUNIACACAMARBA

Posted: 17 Aug 2011 03:43 PM PDT

Budak Dibelasah Bapa di depan Orang Ramai. Mengapa?

Posted: 17 Aug 2011 08:34 AM PDT

Apa kesalahan budak ini? Menurut Shanghai Daily, budak ini dipukul teruk oleh ayahnya kerana mencuri wang sebanyak 300 yuan (sekitar RM130). Mengapa ayahnya begitu berang sehingga memukul anaknya yang berusia 12 tahun ini selama 30 minit? Untuk pengetahuan anda, duit 300 yuan itu adalah untuk sewa rumah keluarganya. Yang menyakitkan hati, duit itu disia-siakan untuk permainan video. Kejadian ini berlaku di kawasan Pudong di Shanghai, China pada hari Ahad lalu.

 Sebelum ini, seorang budak berusia 14 tahun diheret dalam keadaan bogel oleh ayahnya. Semuanya gara-gara si budak itu ingkar arahan ayahnya agar tidak bermain permainan video.

P/s: Dua-dua budak ini dibelasah kerana kemaruk/ketagih terhadap permainan video! Tiada bezanya dengan remaja di Malaysia.

Bekas Tentera Dakwa Pangkah Kertas Undi 'Sampai Lenguh'. Mengapa?

Posted: 17 Aug 2011 04:05 AM PDT

Saya petik:

[MK] Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

NONEKamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini.


Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu.
"Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang.

"Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja.

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986.

NONEMohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu.

Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi.

Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan.

"Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik.

"Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi.

Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar.

Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi."

Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul."

NONERisman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978.

"Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi.

Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor.

Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos.

Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan.

P/s; Kantoi besar-besaran kali ini! Bila SPR mahu saman bekas tentera yang membuat pendedahan undi pos?

UMCO Kantoi, Mustafa Ali Pertahankan Kenyataan UMCO Dalang Isu Gereja

Posted: 17 Aug 2011 02:50 AM PDT

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak terutama Umno yang memohon beliau memohon maaf kerana mengaitkan isu pemeriksaan itu dengan parti mereka.

"Saya tetap mempertahan apa yang saya kata sebelum ini. Tidak timbul soal mintak maaf ni," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed yang menuntut beliu memohon maaf secara terbuka kerana mengaitkan mereka sebagai dalang pemeriksaan terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu.

Mohd Zin semalam juga berkata, Umno bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian.

Pada sidang media semalam, Mustafa menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jais dan gereja itu.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa Umno berperanan di sebalik tindakan Jais itu.

"Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu Selasa lalu.

Beliau berkata, oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu.

Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti.

P/s: Siapa mahu saman? Sila teruskan!

Najib Minta Umat Islam Hayati al-Quran? Minta Anak Isteri Buat Dahulu!!!

Posted: 17 Aug 2011 01:45 AM PDT

PM Najib Razak menyeru rakyat Malaysia beragama Islam supaya menghayati kandungan al-Quran yang kini dapat dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi telefon pintar.

PM berkata demikian dalam status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Quran yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan lapor Malaysia Kini.


Menurut beliau, al-Quran bukan sekadar memberikan pedoman ibadah tetapi juga dapat menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

"Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini.

"Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya.

Saya setujulah dengan kata-kata PM, namun kata-katanya ini memberikan orang lain ruang untuk menempelaknya semula. Alangkah baiknya PM memandang diri dan keluarganya dahulu sebelum menyeru rakyat Malaysia agar menghayati kandungan al-Quran. Saranan PM ini tidak membawa apa-apa makna jika kata-kata itu tidak mencerminkan peribadi diri dan keluarganya.

P/s: Bila UMCO mahu perintah Malaysia berdasarkan al-Quran?

Henti Dulu Minum KOPI LUWAK, Belum Disahkan HALAL

Posted: 17 Aug 2011 12:45 AM PDT

Saya petik:

[HM] IPOH: Orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum 'kopi tahi musang' atau kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum.

Difahamkan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim sebelum ini pernah mengadakan kajian kopi luwak di Jakarta, Indonesia pada 8 hingga 11 Jun lalu, namun fatwa berhubung kopi berkenaan belum diputuskan hingga kini.


Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, rombongan kajian itu diketuai Mufti Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Datuk Hassan Ahmad, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mahamad Arifin, Timbalan Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang dan beberapa kakitangan Jakim.

"Tujuan kajian itu dijalankan merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi itu.


"Difahamkan rombongan Malaysia itu dibawa ke pusat pemprosesan kopi luwak di Cileungsi, Bogor bagi melihat sendiri kaedah pemprosesan kopi berkenaan," katanya. Ahli rombongan turut dibawa menemui Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk bertukar maklumat selain pandangan berhubung kopi berkenaan yang difatwa halal oleh majlis ulama republik berkenaan.


Sumber Jakim itu berkata, hasil kajian itu dibawa ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim dan seterusnya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan berhubung sama ada ia halal diminum atau sebaliknya.

"Berdasarkan lawatan itu, pihak rombongan turut mendapatkan sampel biji kopi itu membolehkan kajian terperinci dilakukan. Difahamkan pihak MUI menghalalkan kopi itu diminum dengan alasan biji kopi itu tidak menyerap kotoran najis musang serta boleh disemai dan menjadi pokok sekiranya ditanam," katanya.

P/s: Kopi ini mahal! Bagaimana orang yang kemaruk minum kopi ini meneguknya tanpa memikirkan asal usul biji kopi tersebut?

Ingat Cerita Remaja Koma 2 Bulan? Rupa-rupanya Dibelasah Kerana Cemburu

Posted: 16 Aug 2011 11:15 PM PDT

Saya petik:

[HM] MERSING: Cemburu akibat merebut teman wanita dikatakan menjadi punca seorang pelajar tingkatan tiga dipukul pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemuk dekat Rompin, menyebabkan dia koma kira-kira dua bulan sejak Mei lalu, dan kini berkemungkinan lumpuh.

Mangsa, Mohamad Amirul Abdul Rahim, 15, mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari pada 22 Mei lalu, dalam bilik tidur asrama sekolah berkenaan.

"Saya agak rapat dengan teman sebaya bernama Farah yang tidak disenangi seorang pelajar senior tingkatan lima dipercayai menyimpan perasaan terhadapnya.

"Pada hari kejadian, tiga pelajar senior tingkatan lima menyerang saya dari belakang. Mereka memukul kiri dan kanan kepala dengan objek keras. Serangan itu turut disaksikan beberapa pelajar lain.


"Mereka kemudian mengugut supaya saya tidak menghebohkan perbuatan itu kepada sesiapa termasuk guru. Meskipun kesakitan akibat pukulan itu, saya cuba bertahan hadir ke sekolah dan menduduki ujian keesokan harinya," katanya. 

 P/s: Alahai!

3 Remaja Mengaku Bakar 2 Surau, Hanya Dikenakan Hukuman Ringan

Posted: 16 Aug 2011 09:40 PM PDT

Saya petik:

[BH] MUAR: Tiga remaja semalam dikenakan perintah berkurung dalam rumah pada waktu malam dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah membakar dua surau di pinggir bandar ini dalam kejadian Januari tahun lalu.

Selain masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan disabitkan, mereka dilarang keluar rumah mulai jam 8 malam hingga jam 6 pagi kecuali dengan kebenaran bertulis Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain perlu bersama ibu bapa masing-masing menghadiri bengkel interaktif kendalian JKM.

Berdasarkan pertuduhan, tiga juvana iaitu dua berusia 17 tahun dan seorang lagi berusia 16 tahun didakwa secara bersama melakukan khianat menggunakan api dengan niat memusnahkan Surau Parit Beting di Jalan Salleh, antara jam kira-kira 12.30 hingga 1 pagi pada 21 Januari tahun lalu.

Mereka juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap Surau Silatulrahim di Jalan Ismail, antara kira-kira jam 2 hingga jam 3.15 pagi pada tarikh sama.

Bagi dua kesalahan terbabit, mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan denda.

Seorang daripada remaja berusia 17 tahun itu juga didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis melalui laporan polis di Pejabat Pertanyaan Ibu Pejabat Polis Daerah Muar pada jam 3.54 pagi hari sama.

Remaja terbabit didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes dikemukakan kepada mahkamah, tiga remaja terbabit ditahan polis kira-kira jam 6.10 petang 22 Januari, selepas mendapati laporan dibuat seorang daripada mereka berhubung kebakaran surau itu mencurigakan sebelum siasatan lanjut mendapati mereka yang mendalangi kejadian itu.

Susulan tangkapan itu, polis turut menyita sebuah kereta digunakan mereka ketika melakukan jenayah itu dan polis turut merampas botol berisi petrol.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar, di depan Majistret Noorfarhana Mohd Sharif, manakala tiga tertuduh itu diwakili peguam bela Maryam Hasan dan G F Nielsen.

Ketiga-tiga tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun mengikut Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan jumlah bon RM5,000 tanpa cagaran. 

P/s:  Hukuman lebih berat sewajarnya dikenakan terhadap mereka. Yang dibakar oleh mereka bukannya reban ayam!

Wajah OKT Kes Pembunuhan Pegawai Veterinar Dr Rohani Kassim

Posted: 16 Aug 2011 08:30 PM PDT

FreeMalaysiaToday Cuai, Siarkan Komen Hina Nabi/Islam

Posted: 16 Aug 2011 07:07 PM PDT

Zul Nordin mengulas isu ini di blognya. Seperti biasa, DAP dikambinghitamkan, walaupun orang yang memberikan komen lahanat ini boleh jadi sesiapa sahaja. Ulasan Zul Nordin ini sedang berlegar-legar di blog pro-UMCO. Dengan meminggirkan niat politik murahannya, saya setuju bahawa portal berita FMT perlu sentiasa memastikan komen ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di ruangan komen. Walaupun komen ini sudah ditarik balik, namun impaknya sungguh besar kepada perasaan umat Islam dan imej PR apabila media itu dikaitkan dengan PR oleh media pro-UMCO . FMT juga perlu memohon maaf kerana menyiarkan komen itu.


Bagi yang malas membesarkan gambar di atas, saya salin dan tampal komen yang dikatakan disiarkan di FMT.

"10th Commandment: EZAM THE FROG....Muslim convert to christian. This shows that the teaching of Islam is not right....islam is a fake religion.Your allah BABI MOHAMAD is a rapist...holly man doesn't married to 4 wives..does not encouraged jihad....islam doesn't practice and teach his followers the 10th commandment like the christian does....read through our holly bible and understand what are the 10th commandment is all about....just wonder how your babi mohamad looks alike....how come until now nobody show the photo of him....Islam are worshipping stone....EZAM..."BURN YOUR HAIRY WIFE PUSSY"

(Alih Bahasa: EZAM SI-KATAK...Muslim murtad kepada kristian. Ini bukti ajaran Islam tidak betul....islam agama palsu. Allah BABI MOHAMAD seorang perogol...insan warak tidak akan kahwin 4...tidak menggalakkan jihad....islam tidak amal dan ajar pengikutnya 10 prinsip macam kristian...bacalah bibel dan fahami 10 prinsip itu...bagaimana agaknya rupa babi mohamad...kenapa sampai hari ini tidak ada gambar dia...Islam sembah batu...EZAM..."BAKAR BULU KEMALUAN ISTERI KAMU").

Curi Barang Isteri, Tunjuk Penumbuk kepada Kamera

Posted: 16 Aug 2011 05:30 PM PDT

Saya petik:


[Kosmo] KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur berdepan hukuman penjara sepuluh tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri barang milik isterinya pada bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Zughairi Mohd. Zuki, 25, dari Taman Indah, Al Muktafi Billah Shah dekat sini hanya menundukkan kepala dan mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Erman Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Zughairi didakwa mencuri pelbagai barangan di rumah isterinya Che Wan Munirah Che Wan Aziz, 24, di Kampung Bukit Tunggal di sini pada pukul 4 petang hingga pukul 8.30 pagi pada 24 Julai lalu.

Antara barangan yang dicuri tertuduh adalah sebuah televisyen 14 inci berjenama Homax, 20 buah beg galas wanita pelbagai jenis dan satu kotak berisi pakaian wanita.

Kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dalam bangunan yang boleh membawa hukuman penjara sepuluh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd. Erman membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 29 September ini untuk tarikh sebutan kes.

P/s: Jantan jenis apa?

Seorang Lagi Mangsa Disimbah Asid, Lakaran Suspek Penyimbah Asid

Posted: 16 Aug 2011 04:42 PM PDT

Satu lagi kes mangsa terkena simbahan asid, saya petik:


[Kosmo] KAJANG - Seorang pemuda bukan sahaja kehilangan komputer riba malah muka dan belakang badannya turut melecur apabila disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Batu 9, Cheras di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di Taman Midah, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rasyid Ab. Wahab berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa mendapati tayar keretanya pancit menyebabkan dia berhenti di tepi jalan untuk menukar tayar.

"Sejurus selepas berhenti, sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kereta mangsa.

"Salah seorang daripada lelaki itu turun dari kereta dan terus menyimbah sejenis cecair ke badan mangsa," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki itu kemudian cuba melarikan kereta mangsa namun gagal kerana kunci kereta mangsa berada dalam poket seluarnya.

Suspek kemudian merampas sebuah komputer riba mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

Mangsa masih dirawat di sebuah hospital dan kecederaan di muka dan belakangnya stabil.

Dalam pada itu, Polis Kuala Lumpur semalam mengedarkan fotofit (gambar lakaran) seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan menggunakan asid di sebuah stesen minyak Shell Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi pada 26 Julai lalu.

Lakaran suspek itu diperoleh selepas polis menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilokasi kejadian.

Polis menyeru orang ramai yang ternampak mana-mana individu menggunakan kereta Proton Wira dengan nombor pendaftaran WLC 1475 supaya tampil memberi maklumat.

Bagaimana Blog UMCO Dapat Maklumat Siasatan JAIS?

Posted: 16 Aug 2011 03:45 PM PDT

Sebelum ini, video seks fitnah pelbagai macam versi disiarkan oleh blog UMCO, walhal video itu ada dalam jagaan polis. Ada versi warna, versi dari sudut tertentu, dan sebagainya. Pelik! Bagaimana video yang berada dalam jagaan polis boleh terlepas ke internet? Untuk mengelirukan, video itu dimuatnaikkan ke Youtube dan ajaibnya dalam waktu yang singkat blog UMCO menemukan video itu sebelum menyalinnya dan menyiarkan di blog masing-masing. Utusan kemudiannya menggunakan alasan penyebarannya di blog dan di Youtube untuk melondehkan maruah orang. Blog-blog pro-UMCO diberi publisiti percuma di Utusan dan TV3.

Modus operandi yang hampir sama kali ini. 

Bermula dengan penyiaran video "kedatangan" JAIS di gereja Methodist, laporan yang dikatakan daripada pihak JAIS pula tersiar di blog UMCO. Sebenarnya, semalam lagi saya sudah membaca laporan ini di blog berkenaan. Namun, perhatikan, modus operandinya. Maklumat dibocorkan di blog UMCO, kemudian diulas di Utusan

Menurut JAIS, siasatan kes ini belum selesai. Laporan yang disiarkan ini mungkin memaparkan siasatan awal kes tersebut. Bukankah lebih baik media mengulas isu ini apabila JAIS mengumumkan siasatan penuh? Bagaimana laporan JAIS boleh berada di tangan jurublog UMCO?

 Sebagai pihak yang bertanggungjawab, PAS mengambil tindakan yang betul. Pendirian rasmi sepatutnya diambil selepas siasatan dibuat secara menyeluruh. Tindakan PAS mahu berjumpa kedua-dua pihak dalam kes ini pun wajar. Pertemuan itu memberikan peluang PAS mendengar penjelasan yang mungkin dimanipulasi pihak media dan pihak tertentu. Islam itu adil!

P/s: Kita TENTANG murtad, kita juga TENTANG sikap pihak yang menggunakan agama, mempermainkan isu agama demi meraih undi pilihan raya. Jika pihak yang bertanggungjawab tentang soal agaam betul-betul prihatin akan isu murtad, siasat dan tangani isu murtad bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara yang membarah sejak sekian lama. Seperti juga isu penjualan arak, mengapa hanya serang Selangor?

Biaqpila

Posted: 17 Aug 2011 03:20 PM PDT


Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.

Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.

KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN

Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira'. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : "Bacalah", baginda menjawab : " Saya tidak tahu baca".

Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :"…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :" Bacalah" lalu saya menjawab :"Saya tidak tahu membaca". Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :" Bacalah", saya tetap menjawab :" Saya tidak tahu membaca". Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-'Alaq yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.

Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya.

PERANAN SITI KHADIJAH

Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : "Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak".

Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi.

BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL

Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : " Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi".

Ucapan Waraqah yang mengatakan :" Engkau kelak akan mereka usir" itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran " As-Siddiq" dan "Al-Amin", lalu kata baginda dengan kehairanan : "Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?".

Waraqah dengan tegas menjawab :" Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya". Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa.

Rujukan

1. Sirah an-Nabawiyah 1,Syeikh Hassan Ali Nadawi al-Husaini,Pustaka Reka,1997

epondok

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sungai Putat: Edar Bubur Lambuk

Posted: 17 Aug 2011 01:43 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bersama-sama bergotong royong dengan ahli-ahli PAS Cawangan Sungai Putat memasak bubur lambok dan mengagihkannya kepada penduduk setempat.


Program yang berlangsung Ahad lepas mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan di kalangan penduduk setempat.

Program memasak bubur lambok dan mengagihkannya kepada penduduk setempat merupakan program tahunan PAS Cawangan Sungai Putat. Adun Ayer Keroh itu juga turut memberikan sumbangan peribadi beliau bagi menjayakan program tersebut.

Khoo melahirkan rasa gembira dengan sambutan rakyat terhadap program seumpama ini dan mengharapkan ianya dapat diteruskan pada masa hadapan.


"Saya sangat gembira kerana dengan bantuan PAS, saya dapat turut sama berkongsi pengalaman di bulan puasa yang suci ini."

"Harapan saya agar perjuangan PR akan berjaya dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh semua lapisan masyarakat " tambah Khoo.

Sebaik sahaja bubur lambok itu masak, petugas-petugas DAP, PAS Cawangan Sungai Putat dan Majlis Tindakan Dun Bukit Baru bersama-sama mengagihkan bubur tersebut kepada penduduk di sekitar Kg Sungai Putat, Kg Tun Razak dan Taman Saujana.

Sementara itu Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab berkata penduduk setempat ternyata senang hati dan gembira dengan kesediaan Adun DAP untuk turut sama dalam program pengagihan bubur lambok ini.

"Selama ini orang Melayu melihat DAP tidak suka kepada Islam tetapi perkara itu semakin hilang dan apa yang dilihat pada program tersebut amat baik, penduduk gembira dan mengucapkan terima kasih kepada YB Khoo"


"Orang Melayu sudah tidak takut kepada DAP dan orang Cina juga tidak takut kepada PAS, ini suatu perkembangan yang baik kepada masa depan politik Pakatan Rakyat di negeri Melaka" kata Yusof.









Sumber: Mutaligat



Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mismah boleh jadi Perdana Menteri, Pemuda Umno tak kisah

Posted: 16 Aug 2011 07:52 PM PDT



Tidak mustahil orang seperti Mismah satu hari nanti boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Apa ke tidaknya, rakyat Malaysia sendiri, terutama orang Melayu, lebih-lebih lagi pemuda Umno tidak berminat untuk mendaftar jadi pengundi. Sedangkan Mismah dan ramai lagi seperti Mismah bersusah payah mendaftar menjadi pengundi. Lu fikirlah sendiri !

MISMAH SEDIH TIDAK DAPATKAN PENJELASAN

KUALA LUMPUR 13 Ogos 2011 - Mismah Naim yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap.

Ibu empat anak berusia 47 tahun itu berkata, dia berasa sedih dan pada masa sama terkilan kerana hanya namanya yang dibangkitkan walhal ramai lagi yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

"Saya dan suami, Mawasi Mawardi, 51, telah dua kali berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak 29 tahun tinggal di sini namun hanya saya diberikan status warganegara.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0814&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive

120,000 AHLI PEMUDA UMNO TIDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

GEORGETOWN 22 Mei 2011 : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti.

http://www.bharian.com.my/articles/120_000ahliPemudaUMNOtidakmendaftarsebagaipemilih/Article/

Melayu mesti perjuang tulisan Jawi di mesin ATM

Posted: 16 Aug 2011 06:25 PM PDT



Bangsa India di Malaysia memperjuangkan tulisanTamil. Tak salah, ini negara 1Malaysia yang demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Persatuan bank di Malaysia telah bersetuju secara prinsipal untuk menambah bahasa Tamil di mesin ATM. Orang Islam di Malaysia terutama orang Melayu yang lebih 14 juta tak nak perjuangkan ke tulisan Jawi dalam mesin ATM?

Bukankah kehebatan Kesultanan Islam Melayu Melaka bangkit dek tulisan Jawi, bukan tulisan Rumi?

Wednesday August 17, 2011
Group wants banks to use Tamil in ATMs

MAKKAL Osai has reported that the Malaysian Tamil Pavalar Council has said that the Association of Banks in Malaysia has agreed in principal to use Tamil in automated teller machines (ATMs).

Its president A.R. Subramaniam said that although many requests had been made for Tamil to be included in banking transactions in the past, no positive reply had been received from the relevant banks.

He said ATMs currently used three languages - Bahasa Malaysia, English and Mandarin.

He said that many banks were reluctant to include Tamil as they did not have Indian officers proficient in Tamil and they would have a problem in verifying particulars written in Tamil.

He said the association had agreed to look into the possibility of getting the banks to include Tamil in the daily banking operations.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F17%2Fnation%2F9311559

EMPAT BULAN GURU TAK DE GAJI, KERAJAAN BN ZALIM

Posted: 16 Aug 2011 06:03 PM PDT



Tuntutan gaji daripada PPDKMY


Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan keperluan harian lain. meskipun telah dilaporkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan, namun tiada sebarang tindak balas dan dilayan hambar.

Pernah juga jawapan yang diterima menyatakan bahawa pihak mereka tiada peruntukan dan meminta kami untuk bersabar.yang menjadi tanda tanya kepada kami ialah mengapa mengambil kami sebagai guru ganti KGSK sekiranya telah ternyata tiada peruntukan untuk membayar gaji kami. adakah kami guru KGSK ini tidak memerlukan duit untuk hidup?

kesabaran kami ada hadnya juga. bukan kerana tidak mampu bersabar lagi, namum gaji tersebut benar-benar diperlukan. Perkabaran semua pegawai kerajaan bakal menikmati bonus sebulan gaji,sedangkan kami guru KGSKhanya m,ampu berharap agar gaji kami dilunaskan segera. segelintir daripada kami telahpun berumahtangga dan mempunyai tanggungjawab besar.

Kami cuma berharap agar gaji kami dapat dijelaskan dengan kadar segera.

By: CIk Embun Ali,
Aduan Rakyat , 9 Ogos 2011

http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy


SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI

SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.

Dalam tempoh itu juga, saya tidak pernah menerima satu sen gaji daripada pihak PPD walaupun sepatutnya saya boleh dibayar setiap hari memandangkan saya berjawatan sambilan bergaji hari. Surat tawaran jawatan dikeluarkan oleh pihak PPD.

Apabila kontrak saya tamat pada 24 April 2011, saya menerima panggilan daripada pihak sekolah pada 28 April 2011 menyatakan saya mungkin akan menerima gaji saya dalam masa dua minggu lagi. Tetapi tiada gaji diterima.

Setelah sebulan lebih, saya telah berhubung kembali dengan pihak sekolah untuk bertanyakan gaji saya dan pihak sekolah telah menghubungi PPD. Pihak PPD menyatakan mereka tiada peruntukan untuk membayar gaji dan sedang berusaha memohon peruntukan daripada pihak KPM.

Akhirnya setelah hampir dua bulan iaitu pada 23 Jun 2011, saya sekali lagi kembali ke sekolah untuk bertanyakan gaji saya. Malangnya jawapan yang sama saya terima daripada pihak sekolah setelah menghubungi pihak PPD.

Saya kemudian ke PPD pada 5 Julai 2011 untuk bertanyakan gaji saya. Tetapi jawapan yang diterima tetap sama seperti jawapan pihak sekolah.

Saya sangat kecewa. Cuba bayangkan, sehingga ke detik surat ini ditulis (12 Julai 2011), saya masih tidak menerima gaji saya. Ini bermaksud sudah hampir setengah tahun iaitu hampir tiga bulan selepas tamat kontrak saya masih belum menerima gaji. Kenapa begini?

YANG KECEWA
Gombak, Selangor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=\Forum&pg=fo_03.htm

Kementerian Pelajaran HANCUR, Muhyiddin tak kisah

Posted: 16 Aug 2011 05:59 PM PDT



Semakin hancur pengurusan Kementerian Pelajaran sekarang ini. Dari skim kenaikan pangkat yang tidak adil, dah boleh pula ajar balik Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat macam orang Malaysia ni tak pandai ajar BI, sistem SAPS yang mendera guru, 6 bulan guru ganti tak dapat gaji, sekolah bocor lebih 2 tahun belum baiki, ramai guru sakit jiwa dan macam-macam masalah.

TAK SANDANG GPK JADI GURU BESAR

17 Ogos 2011 - SAYA Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah. Mula dilantik pada 2002 dengan Gred DGA32 Hakiki. Tahun 2003/4 mengikuti kursus Pengurusan (NPQH) selama setahun di IAB. Tahun 2005 hingga 2008 mengikuti Ijazah Pengurusan Pendidikan di UPSI. Sehingga sekarang 2011 masih GPK di sekolah rendah.

Manakala seorang guru DGA29, 2/3 tahun menjawat DGA32(KUP), tidak pernah memegang jawatan GPK kini dilantik Guru Besar DGA34. Persoalannya apakah ini KPI yang betul memperkasakan pengurusan sekolah? Adakah saya akan terus menjadi GPK sampai pencen? GPK 41 (KUP), Kepong.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TaksandangGPKjadigurubesar/Article

SYOR SEKOLAH DIBERI PILIHAN AJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

16 Ogos 2011 - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0817&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

300 GURU PAKAR BAHASA INGGERIS DIBAWA MASUK: MUHYIDDIN

6 Mei 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pakar Bahasa Inggeris itu akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang diletakkan dalam kategori Band 6 dan 7.
"Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini.
http://www.bharian.com.my/articles/300gurupakarBahasaInggerisdibawamasuk_Muhyiddin/Article/

KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA !
11 Ogos 2011 -Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato' Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.

Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia

TIADA LAGI ELAUN PERPINDAHAN BAGI CIKGU !

10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka.

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html

SISTEM KOMPUTER KEMENTERIAN PELAJARAN MENDERA GURU

5 Ogos 2011 - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/5/mstar_berita/20110805133144&sec=mstar_berita

SISTEM SAPS BANYAK MASALAH

6 Ogos 2011 - SAYA bersetuju dengan komen oleh 'Norhisham Mohamad, Alor Setar' mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk 'kewujudan SAPS bebankan guru'.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article

EMPAT BULAN GURU TAK DE GAJI, KERAJAAN BN

9 Ogos 2011 - Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan keperluan harian lain.
http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy


SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI

SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain.

Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=\Forum&pg=fo_03.htm

TERENGGANU KAYA, NOTEBOOK PERCUMA TAPI SEKOLAH BOCOR

15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan bumbungnya LEBIH DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan keadaannya yang terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN PERUNTUKAN, keadaannya semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan bertakung.

Berikutan masalah itu, LEBIH 100 MURID TAHUN DUA, TIGA DAN J-QAF TERPAKSA DITEMPATKAN KE KELAS LAIN TERMASUK DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KH) serta muzik di sekolah yang pernah merangkul anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

RAMAI GURU SAKIT JIWA

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Pengikut