Pakatan Rakyat |
Posted: 17 Aug 2011 03:43 PM PDT | Budak Dibelasah Bapa di depan Orang Ramai. Mengapa? Posted: 17 Aug 2011 08:34 AM PDT Apa kesalahan budak ini? Menurut Shanghai Daily, budak ini dipukul teruk oleh ayahnya kerana mencuri wang sebanyak 300 yuan (sekitar RM130). Mengapa ayahnya begitu berang sehingga memukul anaknya yang berusia 12 tahun ini selama 30 minit? Untuk pengetahuan anda, duit 300 yuan itu adalah untuk sewa rumah keluarganya. Yang menyakitkan hati, duit itu disia-siakan untuk permainan video. Kejadian ini berlaku di kawasan Pudong di Shanghai, China pada hari Ahad lalu. Sebelum ini, seorang budak berusia 14 tahun diheret dalam keadaan bogel oleh ayahnya. Semuanya gara-gara si budak itu ingkar arahan ayahnya agar tidak bermain permainan video. P/s: Dua-dua budak ini dibelasah kerana kemaruk/ketagih terhadap permainan video! Tiada bezanya dengan remaja di Malaysia. | Bekas Tentera Dakwa Pangkah Kertas Undi 'Sampai Lenguh'. Mengapa? Posted: 17 Aug 2011 04:05 AM PDT Saya petik: [MK] Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan. Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya. Beliau (foto kanan) mendakwa berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka. Beliau mendakwa telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut. Pendedahan berkenaan timbul selepas pemuda PAS membuat pendedahan sama selepas seorang anggota tentera mula membuka mulut berhubung dakwaan sama, awal bulan ini. Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah" sepanjang tempoh tiga hari tugasnya itu. "Jadi ruang untuk manipulasi memang terlalu besar," katanya yang turut mendedahkan bahawa beliau turut diarahkan untuk memangkah undi bagi pembangkang. "Sebab itu memang ada tempat yang PAS menang dengan undi pos," katanya yang menambah, kertas undi yang dibekalkan ke kem berkenaan bukanlah untuk sesuatu kawasan pilihan raya sahaja. Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah Mohamed Nasir Ahmad yang pertama kali muncul pada awal bulan ini dengan dakwaan berhubung penyalahgunaan undi pos di Kem Sandakan pada 1986. Mohamed Nasir Ahmad, 50, mendakwa pernah memangkah lebih 400 kertas undi pos dalam tugasnya di kem itu. Apa yang menghairankannya, tidak sampai 100 orang daripada setiap batalion didakwa telah mendaftar sebagai pengundi pos, namun kertas undi tetap dikeluarkan atas nama mereka, dakwanya lagi. Tambahnya (foto kiri), kertas undi berkenaan mungkin dikeluarkan untuk anggota yang bakal bersara dan menjalani latihan peralihan. "Mereka ini duduk berterabur di serata negeri. Mana ada masa untuk balik ke kem," katanya lagi yang berkata anggota tentera telah menerima arahan melalui perintah tetap supaya tidak terlibat dalam politik. "Kita tidak ambil penting sangat apa yang kita buat itu. Bila ada gelombang BERSIH, barulah kita ada kesedaran," katanya lagi. Turut bercakap dalam sidang media tersebut ialah seorang bekas pegawai tentera, Mejar (B) Risman Mastor dan seorang bekas anggota komando tentera udara, Mohd Kamil Omar. Mohd Kamil mendakwa, beliau pernah ditawarkan satu "habuan" oleh pegawai atasannya untuk tugas menanda "sekotak kertas undi." Mohd Kamil bagaimanapun mendakwa, beliau tidak menjalankan tugas berkenaan kerana mengetahui perkara itu "tidak betul." Risman (kiri) pula mendakwa beliau pernah menanda kertas undi ketika bertugas semasa pilihan raya dijalankan pada tahun 1978. "Tapi saya tidak ingat berapa sebab nak cepat," katanya lagi yang menganggarkan jumlah yang ditanda itu didakwa tidak lebih daripada 100 kertas undi. Risman yang bersara pada tahun 1996 itu mendakwa telah berbuat demikian ketika bertugas di Kem Majidee, Johor. Mengulas dakwaan yang dilakukan bekas tentera berkenaan, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata pergerakan itu akan meneruskan usaha mendedahkan masalah dalam sistem pengundian pos. Mekanisme sedia ada tidak membolehkan SPR dan juga wakil parti politik mengesan kesemua kertas undi yang dibekalkan kepada pengundi pos, katanya. Beliau juga berharap kerajaan akan dapat melaksanakan perubahan ke atas sistem pilihan raya, sebelum pilihan raya ke-13 dijalankan. P/s; Kantoi besar-besaran kali ini! Bila SPR mahu saman bekas tentera yang membuat pendedahan undi pos? | UMCO Kantoi, Mustafa Ali Pertahankan Kenyataan UMCO Dalang Isu Gereja Posted: 17 Aug 2011 02:50 AM PDT Saya petik:
P/s: Siapa mahu saman? Sila teruskan! | Najib Minta Umat Islam Hayati al-Quran? Minta Anak Isteri Buat Dahulu!!! Posted: 17 Aug 2011 01:45 AM PDT PM Najib Razak menyeru rakyat Malaysia beragama Islam supaya menghayati kandungan al-Quran yang kini dapat dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi telefon pintar. PM berkata demikian dalam status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Quran yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan lapor Malaysia Kini. Menurut beliau, al-Quran bukan sekadar memberikan pedoman ibadah tetapi juga dapat menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman. "Sempena Nuzul Al-Quran 17 Ramadan ini, saya harap rakyat Malaysia beragama Islam mengambil peluang menghayati kandungan kitab suci ini. "Lebih-lebih lagi di zaman teknologi maklumat (IT), kemudahan seperti internet dan aplikasi telefon pintar mampu mempermudahkan penghayatan Al-Quran," katanya. Saya setujulah dengan kata-kata PM, namun kata-katanya ini memberikan orang lain ruang untuk menempelaknya semula. Alangkah baiknya PM memandang diri dan keluarganya dahulu sebelum menyeru rakyat Malaysia agar menghayati kandungan al-Quran. Saranan PM ini tidak membawa apa-apa makna jika kata-kata itu tidak mencerminkan peribadi diri dan keluarganya. P/s: Bila UMCO mahu perintah Malaysia berdasarkan al-Quran? | Henti Dulu Minum KOPI LUWAK, Belum Disahkan HALAL Posted: 17 Aug 2011 12:45 AM PDT Saya petik:
P/s: Kopi ini mahal! Bagaimana orang yang kemaruk minum kopi ini meneguknya tanpa memikirkan asal usul biji kopi tersebut? | Ingat Cerita Remaja Koma 2 Bulan? Rupa-rupanya Dibelasah Kerana Cemburu Posted: 16 Aug 2011 11:15 PM PDT Saya petik:
P/s: Alahai! | 3 Remaja Mengaku Bakar 2 Surau, Hanya Dikenakan Hukuman Ringan Posted: 16 Aug 2011 09:40 PM PDT Saya petik:
P/s: Hukuman lebih berat sewajarnya dikenakan terhadap mereka. Yang dibakar oleh mereka bukannya reban ayam! | Wajah OKT Kes Pembunuhan Pegawai Veterinar Dr Rohani Kassim Posted: 16 Aug 2011 08:30 PM PDT | FreeMalaysiaToday Cuai, Siarkan Komen Hina Nabi/Islam Posted: 16 Aug 2011 07:07 PM PDT Zul Nordin mengulas isu ini di blognya. Seperti biasa, DAP dikambinghitamkan, walaupun orang yang memberikan komen lahanat ini boleh jadi sesiapa sahaja. Ulasan Zul Nordin ini sedang berlegar-legar di blog pro-UMCO. Dengan meminggirkan niat politik murahannya, saya setuju bahawa portal berita FMT perlu sentiasa memastikan komen ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di ruangan komen. Walaupun komen ini sudah ditarik balik, namun impaknya sungguh besar kepada perasaan umat Islam dan imej PR apabila media itu dikaitkan dengan PR oleh media pro-UMCO . FMT juga perlu memohon maaf kerana menyiarkan komen itu.
| Curi Barang Isteri, Tunjuk Penumbuk kepada Kamera Posted: 16 Aug 2011 05:30 PM PDT Saya petik:
P/s: Jantan jenis apa? | Seorang Lagi Mangsa Disimbah Asid, Lakaran Suspek Penyimbah Asid Posted: 16 Aug 2011 04:42 PM PDT Satu lagi kes mangsa terkena simbahan asid, saya petik:
| Bagaimana Blog UMCO Dapat Maklumat Siasatan JAIS? Posted: 16 Aug 2011 03:45 PM PDT Sebelum ini, video seks fitnah pelbagai macam versi disiarkan oleh blog UMCO, walhal video itu ada dalam jagaan polis. Ada versi warna, versi dari sudut tertentu, dan sebagainya. Pelik! Bagaimana video yang berada dalam jagaan polis boleh terlepas ke internet? Untuk mengelirukan, video itu dimuatnaikkan ke Youtube dan ajaibnya dalam waktu yang singkat blog UMCO menemukan video itu sebelum menyalinnya dan menyiarkan di blog masing-masing. Utusan kemudiannya menggunakan alasan penyebarannya di blog dan di Youtube untuk melondehkan maruah orang. Blog-blog pro-UMCO diberi publisiti percuma di Utusan dan TV3. Modus operandi yang hampir sama kali ini. Bermula dengan penyiaran video "kedatangan" JAIS di gereja Methodist, laporan yang dikatakan daripada pihak JAIS pula tersiar di blog UMCO. Sebenarnya, semalam lagi saya sudah membaca laporan ini di blog berkenaan. Namun, perhatikan, modus operandinya. Maklumat dibocorkan di blog UMCO, kemudian diulas di Utusan. Menurut JAIS, siasatan kes ini belum selesai. Laporan yang disiarkan ini mungkin memaparkan siasatan awal kes tersebut. Bukankah lebih baik media mengulas isu ini apabila JAIS mengumumkan siasatan penuh? Bagaimana laporan JAIS boleh berada di tangan jurublog UMCO? Sebagai pihak yang bertanggungjawab, PAS mengambil tindakan yang betul. Pendirian rasmi sepatutnya diambil selepas siasatan dibuat secara menyeluruh. Tindakan PAS mahu berjumpa kedua-dua pihak dalam kes ini pun wajar. Pertemuan itu memberikan peluang PAS mendengar penjelasan yang mungkin dimanipulasi pihak media dan pihak tertentu. Islam itu adil! P/s: Kita TENTANG murtad, kita juga TENTANG sikap pihak yang menggunakan agama, mempermainkan isu agama demi meraih undi pilihan raya. Jika pihak yang bertanggungjawab tentang soal agaam betul-betul prihatin akan isu murtad, siasat dan tangani isu murtad bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara yang membarah sejak sekian lama. Seperti juga isu penjualan arak, mengapa hanya serang Selangor? |
Posted: 17 Aug 2011 03:20 PM PDT Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya. Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan. KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira'. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : "Bacalah", baginda menjawab : " Saya tidak tahu baca". Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :"…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :" Bacalah" lalu saya menjawab :"Saya tidak tahu membaca". Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :" Bacalah", saya tetap menjawab :" Saya tidak tahu membaca". Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-'Alaq yang bermaksud: Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya. PERANAN SITI KHADIJAH Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : "Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak". Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi. BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : " Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi". Ucapan Waraqah yang mengatakan :" Engkau kelak akan mereka usir" itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran " As-Siddiq" dan "Al-Amin", lalu kata baginda dengan kehairanan : "Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?". Waraqah dengan tegas menjawab :" Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya". Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa. Rujukan 1. Sirah an-Nabawiyah 1,Syeikh Hassan Ali Nadawi al-Husaini,Pustaka Reka,1997 KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan