Sabtu, 30 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 30 Oct 2010 11:05 PM PDT

PAS TELUK INTAN


CALON PAS GEMOK, TAPI SIAPA PULA YANG GEMOK PENDEK TU ?

Posted: 30 Oct 2010 10:03 PM PDT

Oleh: Mandor

NAMPAKNYA kempen di Galas semakin menarik. Di samping masing-masing ada isu tersendiri untuk disampaikan kepada para pengundi di Dun Galas, isu paling lawak adalah kutuk mengutuk peribadi calon. Memanglah, kalau sesiapa yang tidak tahan mental, jangan cuba-cuba gatal nak jadi calon pilihanraya.

Satu lagi, mahu jadi Wakil Rakyat ni telinga dan muka kena tebal. Kalau tak percaya tanya Berahim raja katak Pasir Mas. Berahim raja katak tu boleh lama menenggek atas kerusi Parlimen Pasir Mas sebab muka dia tebal. Walaupun kerusi tu dipinjamkan oleh PAS, namun bila PAS minta untuk dikosongkan Berahim buat pekak je. Kununnya kerusi tu dia punya sebab orang-orang Pasir Mas sokong dia secara individu.

Sekarang ni calon PAS di Dun Galas pula kena kutuk. Dr Zukifli disindir, diejek sebagai `gemok'. Bagi puak mereka `gemok' tu melucukan. Aku rasa kalau Najib dengar sahih puak-puak tu kena penangan Najib, pasal si Rosmah tu pun bukan main `bulat' lagi montel orangnya. Bulat dan montel je takpe, tapi tak cukup tinggi walaupun laki dia bercita-cita untuk bina bangunan tinggi-tinggi belaka. Tak dapat bini cukup tinggi, dapat bangunan tinggi 100 tingkat pun jadilah.

Sebut pasal `gemok' ni, terbayang pulak aku kat Ketua Puteri Umno. `Comel lote' dan `semangat' juga tubuhnya. Pada aku biar gemok kerana makan benda halal daripada gemok mentekedarah yang haram

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 30 Oct 2010 09:20 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar Bantu Galas- BN gusar orang Tionghua sudah sokong PR.

Posted: 30 Oct 2010 01:00 AM PDT

Nizar kini berada di PRK Galas.Kebetulan Nizar berada di sana bersama dengan Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Bukit Gantang.

Bukit Gantang mula bertugas dari 29 Oktober hingga 1 November.Setakat ini sumber memberitahu kita terdapat sedikit tekanan untuk merayu undi di penempatan Orang Asal.Mereka seolah-olah diarah supaya tidak menerima kedatangan perayu undi Pakatan Rakyat.

Bagi pengundi Tionghua,harapan untuk memberi undi kepada Calon PR agak cerah.Walaupun Presiden MCA yang turun,orang Cina tetap bersama PR.

Malam ini dikatakan siaran langsung bolasepak Piala Malaysia di Skrin Besar Unit Peti Undi di DUN Galas.

Umno peralat agama, orang agama untuk politik

Posted: 30 Oct 2010 12:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Umno bukan sahaja mahir memperalat agama, malah orang agama juga dipergunakan untuk kepentingan politik mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, dakwaan berhubung perkara itu bukan fitnah, tapi realiti yang sudah diketahui umum.

Beliau merujuk kepada cara kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama.

"Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat.

"Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN," katanya.

Namun apa yang menghairankan katanya, ketika isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur.

"Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)?," soalnya.

Katanya, banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Orang agama di dalam umno ujarnya hanyalah membesarkan tembolok sahaja.

Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS.

Ianya termasuk isu orang bukan Islam masuk masjid yang dibenarkan melalui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri.

"Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi," katanya.

Beliau turut mempersoal ke mana pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, seperti Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin.

"Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu," katanya.sumber harakahdaily.net

Ds Nizar,,berkempen di Dun galas...

Posted: 29 Oct 2010 11:42 PM PDT


Petugas Pemuda kelantan dan perak..

YB Ds nizar diprogram ..sumbat Gol anjuran Pemuda Kelantan dan Pemuda perak.



Bergambar bersama Pengundi dan gadis-gadis Orang asal.Dun Galas

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 30 Oct 2010 09:09 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda Sokong Debat Ansari - Yong

Posted: 30 Oct 2010 05:14 PM PDT




Batu Sapi
- Dewan Pemuda PAS menyokong sepenuhnya cadangan agar debat diadakan diantara ketiga-tiga calon yang bertanding di P185 Batu Sapi.

Langkah itu adalah sesuatu yang wajar bagi memperlihatkan kepada rakyat kredibiliti dan kewibawaan yang ada pada setiap calon yang bakal menjadi wakil rakyat di sini nanti.

Cadangan debat ini tercetus berikutan cabaran debat calon SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman.

Ajakkan debat Yong itu bermula daripada kenyataan Musa Aman yang mengatakan bahawa slogan 'Sabah untuk orang Sabah' sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat Sabah pada hari ini.

Walaubagaimanapun, cabaran debat Ansari itu ditolak oleh Yong atas alasan dia (Ansari) tidak ada local standy untuk berdebat dengannya sebaliknya Yong memilih untuk berdebat dengan Anuar Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu melihat keengganan calon SAPP itu untuk berdebat dengan Ansari sebaliknya memilih Anuar, hanyalah satu helah untuk melepaskan diri.

Lahirul berkata, adalah menjadi kebiasaan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi apabila tiba pilihanraya, calon-calon yang bertanding akan dibawa ke pentas debat untuk memperlihatkan kewibawaan masing-masing.

"Suasana ini kita boleh lihat di negara jiran kita sendiri iaitu Indonesia yang berjaya menyuburkan budaya bertukar pandangan ini seterusnya menghasilkan kepimpinan yang berkualiti"

Mengapa tidak di Malaysia tegas Lahirul yang mendakwa negara ini antara negara yang maju dan berpegang dengan sistem demokrasi.

"ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat menilai calon-calon yang patut dipilih dan pada masa sama calon-calon yang bertanding dipilih dari kalangan yang mempunyai kelayakkan untuk menjadi wakil rakyat, tambah Lahirul.

Malangnya dinegara yang mengaku mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, amalan berdebat dikalangan calon-calon yang bertanding masih belum begitu subur.

Selain itu, Lahirul juga mengajak masyarakat pengundi di Batu Sapi agar tidak terpedaya dengan gula-gula yang ditawarkan oleh Umno-Bn.

Menjelang hari pengundian, curahan projek mee segera di Batu Sapi tidak menggambarkan keikhlasan pemimpin Umno-Bn membantu rakyat sebaliknya mendedahkan betapa gagalnya mereka (Umno-Bn) menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat selama ini.

Terbaru iaitu janji Bn untuk memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan Masjid Batu Sapi dan pembaikan bekalan air dan sistem parit yang sangat daif sejak sekian lama.

Mengapa baru sekarang persoal Lahirul, sebaliknya kesusahan yang dialami oleh sebahagian besar masyarakat di Batu Sapi sudah puluhan tahun di bawah pentadbiran Barisan nasional.

Jelas Lahirul, berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat seperti di Kedah dan Selangor yang baru saja mentadbir selama 2 tahun setengah, namun telah menunjukkan prestasi pentadbiran yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat.

DPP PADANG TERAP

Posted: 30 Oct 2010 09:06 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Bajet 2011 Dan Maqasid Syariah

Posted: 30 Oct 2010 03:22 AM PDT


20 minit berbahas dalam parlimen adalah satu yang meletihkan. Letih maksud saya ialah bagaimana ruang masa sesingkat itu boleh dimaksimumkan dengan membahaskan sejumlah RM 212 bilion pendapatan dan perbelanjaan negara untuk kesejahteraan rakyat.

20 minit berbahas dalam parlimen adalah satu yang meletihkan. Letih maksud saya ialah bagaimana ruang masa sesingkat itu boleh dimaksimumkan dengan membahaskan sejumlah RM 212 bilion pendapatan dan perbelanjaan negara untuk kesejahteraan rakyat.

Tema Bajet 2011 ialah Tranformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi. Bermatlamat
1. Mendaya kembali Pelaburan swasta
2. Membangunkan modal insan
3. Mensejahterakan Hidup Rakyat
4. Memantapkan Penyampaian Pengangkutan Awam

Saya menyelak-nyelak helaian-helaian berita program kerajaan yang tercerakin di merata-rata. Bermula dengan Wawasan 2020, RMK10 dan Bajet 2011. Seterusnya pelbagai istilah diperkenalkan;KPI, NKRA, GTP, ETP (Economic Transformation Program), EPP (Entry Point Projek), NKEA dan macam-macam lagi. Selepas meneliti semua itu, kesimpulannya semua itu perkara yang sama. Ia hanyalah cara PM Najib untuk menyeronokkan dan mengelabui rakyat.

Semua rancangan pembangunan yang disebut dan diulang-ulang sebut oleh PM Najib adalah sedutan daripada Wawasan 2020. Cuma pembangunan Koridor anjuran PM Pak Lah sahaja yang semakin kabur.

Saya mulakan perbahasan sahaja dengan mengingatkan Firman Allah Surah Al-Anbiya' ayat 107 "Dan tidaklah Kami (Allah), mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam". Ia adalah peringatan kepada diri saya dan seluruh warga Parlimen pada hari itu daripada Speaker, para Ahli Parlimen sampailah kepada staf dan kakitangan kerajaan serta rakyat seluruhnya.

Saya tekankan dalam perbahasan saya tentang Maqasid Syariah. Ia adalah tujuan atau objektif syariat Allah diturunkan kepada manusia yang merupakan pemakmur (khalifah) di muka bumi Allah. Setiap hukum yang Allah tetapkan untuk dilaksanakan oleh manusia mengandungi maqasid yang tujuan besarnya ialah untuk kebaikan atau kemaslahatan manusia itu sendiri. Kemaslahatan itu dicapai apabila semua hukum, undang-undang, arahan atau larangan Allah itu dilaksanakan yang semuanya mengandungi manfaat untuk manusia. Ia juga pada masa yang sama menolak atau mengangkat kemudharatan daripada manusia.

Maqasid Syariah dibahagi kepada tiga. Dharuriyyat (keperluan atau hak asasi), Hajiyat (keperluan atau hajat manusia) dan tahsiniyyat (maslahat dari aspek adat dan kesempurnaan akhlak). Dharuriyyat adalah maslahah atau kebaikan yang yang mesti dipenuhi untuk menegakkan kemaslahatan agama dan dunia. Hajiyat pula bertujuan untuk menghilangkan kesempitan yang bolehmenyusahkan manusia. Tahsiniyat adalah bersifat penyempurna.

Perbahasan saya menekankan persoalan dharuriyyat. Ia juga disebut dharuriyyat al-khams (lima hak asasi). Ia merangkumi matlamat syariat untuk menjaga kesucian agama, memelihara nyawa, memelihara aqal, menjaga keturunan dan harta. Bajet kali ini dimulakan oleh PM Najib dengan Surah Al-Qasas ayat 77. Walaupun terjemahan bagi saya adalah permulaan yang baik. Ayat itu menyuruh kita mengutamakan akhirat. Juga disebut habuan dunia. Juga suruhan berbuat baik dan larangan melakukan fasad.

Saya meneliti bajet PM Najib yang merupakan peneraju negara dan Ketua Pentadbiran Malaysia. Permulaan bajet yang begitu cantik telah dihodoh dan diconteng dengan beberapa program yang saya umpamakan seperti sebelah tangan kita beri penawar, manakala sebelah lagi menyuap racun. Manakan tidak.. Ketika negara berdepan dengan keruntuhan moral dan akhlak, pembuangan bayi, perjudian, pelacuran malah beberapa hari kemudian diumumkan pula 12 program ETP yang antaranya bakal memusnahkan seluruh sistem nilai dan moral rakyat.

Saya memperingatkan laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara yang mengejutkan,, 257 000 bayi yang dilahirkan tidak berbapa di dalam surat lahir dari 2000 hingga Julai 2008. Walaupun disampuk oleh MP Kulim yang mengatakan maknanya dalam sejam ada dua anak luar nikah, saya meneruskan perbahasan saya mengenai rancangan yang diumumkan oleh PM Najib yang mengenepikan maqasid dalam program-programnya. Termasuk memperkasakan industri pelancongan.

Hasrat kerajaan termasuk mengumumkan menjelang 2014 ada 10 kelab malam besar. Satu kelab malam boleh menampung 900 orang. Tahun 2020 unjuran pendapatan ialah RM 1.8 bilion dengan 8000 peluang kerja. Niat kerajaan untuk mempermudah artis antarabangsa masuk Malaysia dengan syarat minimum juga saya sentuh. Ia hanya akan menjadikan segala program membina modal insan termasuk peruntukan RM 111 juta untuk PERMATA, 95 juta untuk SAR, puluhan juta lagi untuk sekolah bantuan modal dan ratusan juta untuk belia hanyalah satu PEMBAZIRAN.

Tangan kanan kita membina, manakala tangan kiri kita meroboh. Ia tidak mengubah apa-apa. So, apa jadi kepada maqasid.... Ya.. Ia masih lagi di dalam kitab.

http://www.nasirzakaria.com/ver3

PemudaSikDaily

Posted: 30 Oct 2010 09:06 PM PDT

PemudaSikDaily


Hentikannya !!!

Posted: 30 Oct 2010 08:11 PM PDT

Hentikan ganguan ini.....

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 30 Oct 2010 09:02 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PELARASAN TARIF AIR JOHOR

Posted: 30 Oct 2010 08:59 AM PDT

Pelarasan tarif air Johor
JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja. 

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau. 

"Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor. 

"Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah  yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter. 
Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja," katanya. 

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin. 

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan. 
Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar. 

"Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)," katanya. 

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri. 

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8349616.asp

.

Posted: 30 Oct 2010 07:30 PM PDT

.


Posted: 30 Oct 2010 06:41 PM PDT

Bekas calon BN maki hamun Tok Guru
Wartawan Kita

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

"Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

DPPK PARIT

Posted: 30 Oct 2010 07:13 PM PDT

DPPK PARIT


Bekas calon BN maki hamun Tok Guru

Posted: 30 Oct 2010 04:35 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Oct 2010 07:12 PM PDT

PAS Kawasan Miri


SUPP-PBB Black Deal: Sulaiman Taib Rampas Hak Rakyat

Posted: 29 Oct 2010 10:45 PM PDT

KUCHING: Pakatan Rakyat wants Sarawak United People's Party (SUPP) president George Chan to explain how his daughter Elisa Chan Wai Kuen @ Anisa Hamidah Abdullah received 12% of 269 acres of prime land near BDC Stampin, Kuching.
Sarawak DAP secretary-general Chong Cheing Jen said he has "solid evidence" of Elisa Chan's shareholding."I have solid evidence that his daughter was given 12% of the shares which are worth about RM70 million."Chan must explain as the people have the right to know," said Chong, who is the Bandar Kuching MP.

He said Chan and SUPP have been telling the people that they were looking after their interests as far as land was concerned."But if you look at the Bako land issue where 3,000 acres of people's land have been acquired by the government without giving satisfactory compensation and explanation and the land given to his daughter, it is obvious that Chan and SUPP are not looking after the people's interest, but only their own interests.

"He must explain how his daughter got the state land so easily," said Chong, adding that SUPP appeared to have adopted a new slogan -- cronies first, people last.
Elisa Chan is the wife of Sulaiman Taib, the son of the Chief Minister Taib Mahmud, and her 12% shares are being listed in a company known as Monarda Sdn Bhd.
Registered in November 2008, the company's 100 shares have been divided among four persons. Taib's son Mahmud Abu Bakir holds the majority 52 shares.

Other shareholders are Taib's daughters' Jamilah Hamidah and Hanifah Hajar who each hold 12 shares, Anisa (12) and Chung Soon Nam (12).
Although the market value of the land is around RM500 million, Monarda paid only RM78,647,112.00.This again is being paid in kind.

Chong, who is Kota Sentosa assemblyman, also urged Sarawakians, especially the Internet users, to support the facebook campaign against the construction of the 100-storey high Warisan Mernara building.The proposed building was announced by Prime Minister Najib Tun Razak in Budget 2011 proposals.So far the campaign has registered more than 140,000 people."This mega project is a waste of public money, even though Najib said that it would be carried out by the private sector.

"Permodalan Nasional Bhd is owned by Yayasan Pelaboran Bumiputra, a 100% government-linked company (GLC)," Chong said, adding that it is a trust.
He added that being a GLC meant that it was still the people's money that will be used and that there was no neccessity for such a building."But what the government should do is to look into 10 records which need immediate attention and rectification," he said.The 10 are crime rate, accident rate, budget deficit, government debt amounting to RM408 billion, brain drain, unemployed graduates, illegal immigrants, corruption, multi-billionaire chief minister, and daily transport costs coupled with lack of public transport.
"All these need the government's immediate attention," he added

BN/Thief Minister Taib ignores Penan's choice of resettlement land .

Posted: 29 Oct 2010 10:37 PM PDT

MIRI: The government's plan to relocate about 1,000 Penans affected by the Murum Dam project to a 24,000 hectares area has been described as "merely paying lip service".
"We still don't know how the government came to a decision on the size of the area without consulting us," said Ramlie Bujang, a spokesman for the Peleiran-Murum Penan Affair Committee (Pemupa).Land Development Minister James Jemut Masing recently revealed that the government will alienate 24,000 hectares of the land in upper Murum for the Penans.

"This revelation would be another lip service from the minister," Ramlie said.
Pemupa represents more than 1,000 residents from six Penan villages: Long Singu, Long Luar, Long Tangau, Long Pelutan (Menapa), Long Malim, Long Wat as well as the Kenyah-Badeng of Long Umba who are directly affected by Murum Dam project.
The Penans have themselves proposed and informed the government on their preferred choice of resettlement areas that have large tracts of natural forest.
They include Metalon River area in upper Peleiran as proposed by four villages - Long Singu, Long Luar, Long Tangau and Long Pelutan (Menapa), the upper Tegulang River area as proposed by Long Wat village and, the upper Malim-Danum area as proposed by two villages of Long Malim and Long Umba.

He said the respective Penans proposed these areas as their resettlement areas because they are still rich with forest resources needed to sustain their daily livelihood.
"We want our forest in these areas to be preserved and free from any kind of human development activities such as logging and large scale plantations," he said.

Revoke plantation leases

Ramlie also urged the government to revoke the provisional leases for plantations in upper Murum area, and immediately stop companies from further exploitating forests in the area.
"The state government must revoke all the provisional leases for plantations within the catchment area of the Murum Dam project before the Penans agree to be relocated.
"Pemupa is shocked to learn that the state government has leased the Murum catchment area to Shin Yang Forestry Sdn Bhd for an oil palm plantation.
"It is disturbing to learn that the areas which we proposed as resettlement areas have been parceled out for oil palm plantations.

"We have found out that Shin Yang Company has started clearing and felling the forest for oil palm plantation in Metalon River area without our consent.
"The clearing of forest by the Shin Yang within the proposed Metalon resettlement area will adversely affect our livelihood in the near future," said Ramlie.
Pemupa strongly urged the government to alienate land for the Penans before the Murum hydroelectric power (HEP) Dam is completed."We have seen the failure and unfulfilled promises of the government to the people at the Bakun Asap-Koyan resettlement scheme, no land at all has been alienated to them. "It is with anxiety and grave concern for our community over the ongoing construction of Murum dam project that we made our stand to the government.
"However, our voices have fallen on deaf ears," added Ramlie.

Seven NCR landowners freed on bail

Posted: 29 Oct 2010 10:31 PM PDT


SIMUNJAN – Seven suspects who were held in connnection with a blaze last week that destroyed a timber campsite belonging to a logging company linked to Raziah Mahmud, sister of the Sarawak Chief Minister, were released Monday morning.
Nicholas Mujah, a native rights activist, together with four longhouse chiefs and two others walked out of the Simunjan police station, a day earlier than expected under the remand order.Their arrests were condemned by NGOs and was covered by international media.

The seven, who are NCR landowners, were alleged to have staged a blockade of the logging camp which claimed they torched equipment at the site. They were freed on police bail of RM1,000 each with one surety and ordered to report to Simunjan police on Nov 25.Mujah, his brother Sadon Anak Ason and another person, Numpang Anak Suntai, were detained on Friday after their statements were taken.The four others, Tinsi anak Bunda, Philip Anak Bakat, Neli Anak Nipa and Bawi (only one name given) were arrested a day earlier. Sadon, Philip, Neli and Bawi are longhouse chiefs.

The police also took statements from 10 other persons from six longhouses, but they were not detained. PKR state publicity chief See Chee How, who is a lawyer, represented the seven. He said they were not charged with any crime.

ETP dan Bajet BN Penggalak Maksiat

Posted: 29 Oct 2010 10:29 PM PDT

1. Negara sedang deras menuju kehancuran dan kebinasaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib apabila satu lagi tindakan drastik dalam Economic Transformation - 'Pump Priming' diambil tanpa melihat kesan jangka panjang kepada negara, rakyat dan tamadunnya.

2. Setelah Bajet 2011 tempohari menerima kecaman hebat dari semua pihak ekoran langkah kerajaan mengemuka satu strategi kewangan yang tidak banyak memihak kepada rakyat terbanyak, sebaliknya dilihat lebih kepada berlakunya pemusatan kuasa ekonomi dikalangan pihak elit [atasan] dan kroni pemerintah. Ianya termasuklah agihan peruntukan serta anugerah projek.

3. Peruntukan tinggi RM 111 juta kepada PERMATA dan pengisytiharan projek raksasa seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat antara subjek yang diperkata umum bagaimana Bajet 2011 ini dilihat pincang. Sementelah pula saat negara berdepan dengan kadar hutang RM 362.39 billion [kadar yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun] sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang. Lebih tenat apabila indeks rasuah negara masih tersangkut di tangga ke 56 diperingkat antarabangsa.

4. Melalui Economic Transformation - 'Pump Priming' pula kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib pula mahu meluaskan industri maksiat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan, iaitu menambah kelulusan dan pembinaan pusat-pusat hiburan seperti kelab malam dan melonggarkan syarat bagi persembahan konsert artis antarabangsa ke negara ini.

5. Saya melihat ini adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat sedang ia adalah langkah mundur kebelakang serta dilihat sebagai usaha untuk menjahiliyyahkan negara.

6. Tidak cukup dengan keadaan iklim sosial yang parah mutaakhir ini, kerajaan seperti mahu menularkan barah sosial yang sukar ditangani sekarang. Memacu pertumbuhan ekonomi kononnya tetapi seakan kerajaan mengalami sindrom Rabun Ekonomi untuk melihat lebih jauh kesan kepada ekonomi negara bahkan kesan pada sosial dan tamadun negara dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan.

7. Pertambahan pusat hiburan dan konsert artis yang sedia ada jelas tidak terkawal dan ia antara penyumbang besar kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi kita. Justeru di situlah berpusatnya segala aktiviti mungkar dan gaya hidup yang tidak sihat seperti pergaulan bebas, seks bebas, pil ectasy, khayal, mabuk dan sebagainya. Implikasi dari fenomena ini lahirlah jenayah samun, ragut, rompak, rogol, buang bayi, bunuh dan sebagainya.

8. Akhirnya kerajaan terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat, menangani penyakit aids dan hiv, kos merawat pesakit, belanja tahanan dan sebagainya. Inilah yang saya sifatkan sebagai Economic Transformation - 'Pump Priming'. Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek Hub Hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu sedang ia boleh di elak sejak awal lagi.

9. Lebih malang langkah kerajaan ini dilihat sia-sia kerana membangunkan material kemudiannya meruntuhkan pembangunan modal insan. Sementara negara memerlukan modal insan yang berkualiti untuk meletakkan negara sebaris dengan negara maju pada masa hadapan. Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula. Akhirnya kerajaan hanya buat kerja-kerja bodoh dan sia-sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali.

10. Selayaknya kerajaan memiliki acuan sendiri dalam membangunkan negara dan menjana pertumbuhan ekonominya tanpa meniru dan terpengaruh dengan negara-negara barat. Justeru Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi maka wajarlah syariat Islam dijadikan asas dan acuan pembangunan iaitu membangun bersama Islam. Masih banyak sektor dan industri lain yang boleh memacu ekonomi negara, kenapa industri mungkar juga yang dipilih?

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 30 Oct 2010 07:11 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Risalah Rosmah Mansor untuk edaran

Posted: 29 Oct 2010 10:43 PM PDT



Diterbitkan oleh Unit Penerbitan Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Oct 2010 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TAHNIAH JENTERA MAHASISWA PRK GALAS! bukan spesis kelab UMNO

Posted: 30 Oct 2010 12:59 PM PDT


Seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar.

PESANAN KETUA PEMUDA PAS KELANTAN

Posted: 30 Oct 2010 06:33 AM PDT

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mengingatkan 200 penyokong bola sepak Kelantan dari Dun Galas yang akan ke Bukit Jalil supaya menjaga disiplin sebagai seorang penyokong yang berhemah.

Katanya, para penyokong seharusnya menjaga kewajipan sebagai seorang Islam sebagaimana tuntutan agama.

"Islam tidak menghalang umatnya menyertai apa-apa aktiviti termasuklah bermain atau menonton apa jua bentuk permainan sukan termasuk bola sepak asalkan ia tidak bercanggah dengan norma-norma agama.

"Sebab itu kerajaan PAS sentiasa menyokong aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua ummah. Cuma satu perkara yang perlu kita jaga ialah, elakkan diri daripada keghairahan yang melampau sehingga menyebabkan kita lalai terhadap kewajipan kita sebagai umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pelepasan konvoi lima buah bas membawa 200 penyokong bola sepak Kelantan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi tadi, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan.

Hadir sama calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed serta barisan kepimpinan Pemuda PAS negeri.

Abdul Latiff mengharapkan Kelantan dapat mencipta sejarah menerusi aksi perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini untuk menjulang juara piala Malaysia yang sememangnya menjadi idaman rakyat Kelantan selama ini.

"Insya Allah kita akan bertemu dengan dua kemenangan selepas ini. Satu, menang Piala Malaysia. Kedua menang Pilihan Raya Kecil di Galas.

"Jadi, hari kita pergi dengan memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada skuad bola sepak kita, insya Allah pulang nanti dengan memakai baju hijau," katanya sambil disambut laungan takbir.

Beliau turut mengingatkan para penyokong yang mengikuti rombongan tersebut agar selain pergi dengan semangat kesukanan tetapi tidak lupa untuk menjaga sembahyang sebagai ibadat fardhu.

Abdul Latiff berkata, Pemuda akan menempatkan seorang wakilnya sebagai ketua pada setiap buah bas yang membawa rombongan bagi menjaga segala keperluan yang berkaitan.

"Wakil Pemuda ini akan menyusun segala perisian yang perlu kepada penyokong seperti menjaga waktu sembahyang dan tazkirah semasa dalam perjalanan," jelasnya.

Sementara itu, dalam ucapan ringkas Dr Zulkefli berpesan kepada para penyokong supaya menjaga akhlak diri ketika menyaksikan perlawanan akhir yang dilihat agak sengit ini.

"Jaga disiplin. Jaga nama baik negeri kita, negeri Kelantan. Saya doakan selamat pergi dan selamat kembali untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan pilihan raya kecil Galas menjadi milik kita," ujarnya.

by khaulah al-azwar

PASTIKAN TIADA HANTU PANGKAHKAN BAGI UNDI ANDA

Posted: 30 Oct 2010 02:48 AM PDT



Pastika 3000 pengundi di luar Gua Musang pulang pada 4 November dan mengundi diri masing-masing kalau tidak 'ada orang' akan undikan anda. Seperti yang berlaku di PRK Hulu Selangor di petiundi RASA.
"Kita tidak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus,"

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

GUNUNG MERAPI MELETUP SUDAH, BATU SAPI BN AKAN TERIMA PADAH

Posted: 30 Oct 2010 02:31 AM PDT


Sokongan Meningkat, PR Tembus Kubu Kuat Umno-BN Di Batu Sapi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa optimis terhadap peluang Pakatan Rakyat memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November berdasarkan kepada respons yang baik dari pengundi serta kejayaan menembusi beberapa kawasan yang dahulunya kubu kuat Umno.

Anwar yang tiba di Sandakan semalam untuk membantu memantapakan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini berkata kejayaan di Batu Sapi seterusnya akan mempunyai kesan yang besar pada peringkat negeri Sabah dan seluruh negara untuk membuat perubahan kerajaan pusat.

"Saya tinjau di beberapa kawasan Batu Sapi dan dapati sesetengah kawasan amat keterbelakang dari segi pembangunan seperti Semenanjung 30 tahun dahulu.

Ini jelas membuktikan walaupun BN sudah memerintah Sabah hampir 50 tahun parti itu gagal membantu rakyat malah membiarkan rakyat terus dihimpit kemiskinan.

"Walaupun kita berjaya menembusi kawasan-kawasan ini cabaran kita ialah merayu kepada mereka supaya berani membuat perubahan sebagaimana pengundi Sibu.

"Lihat sahaja insiden jambatan runtuh semalam yang melibatkan calon kita, Ansari Abdullah. Berbilion bilion balak di ambil dari Sabah, tidak boleh kalah satu atau dia batang balak di korbankan untuk membuat jambatan bagi orang miskin di Batu Sapi?

Adakah nilai orang Islam di Batu Sapi hanya RM200 sahaja setiap kali datang pilihan raya?" kata Anwar pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat pagi tagi.


Anwar berkata rakyat menyambut baik apabila mendengar penerangan mengenai kejayaan dasar pembangunan ekonomi dan kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat di Semenanjung.



Rakyat Batu Sapi dan Sabah juga berpeluang menikmati dasar air percuma, bantuan kepada warga emas, pelajar universiti dan mikrokredit kalau mereka memilih Pakatan Rakyat mewakili mereka di Parlimen.

"Kita cakap apa yang kita sudah buat bukan janji kosong macam Umno-BN

Ditanya mengenai tahap sokongan pengundi dan masyarakat Cina, Anwar berkata beliau yakin sokongan akan bertambah dalam beberapa hari sebelum hari mengundi terhadap Pakatan Rakyat daripada 40 peratus setakat ini.

Mengenai Parti Maju Sabah (SAPP), Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah bersikap lunak dan berlembut terhadap parti tersebut tetapi presidennya, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berkeras dan mengambil sikap tidak mahu berkompromi.

"Kita berbincang secara baik tetapi SAPP tidak mahu menunjukkan komitmen mereka menentang Barisan Nasional.

Jadi kita tidak tahu sejauh mana parti ini serius untuk membuat reformasi dan perubahan walaupun pada mulanya mereka menjadi bebas namapakm sedikit harapan tetapi tidak lagi sekarang," tegas Anwar lagi.

Sebelum itu Anwar menemui pengundi di Lupak Meluas dan menyeru mereka melipat gandakan usaha untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat kepada rakyat Batu Sapi.

"Anak-anak muda harus sebarkan pesanan ini kepada kawan-kawan, ibu bapa dan jiran mereka supaya angin perubahan yang ingin di bawa oleh Pakatan Rakyat sampai ke pengetahuan mereka," kata beliau.

PROJEK KEBETULAN HANYA MENIPU RAKYAT

Posted: 30 Oct 2010 12:33 AM PDT

Memang hebat TPM kita, singgah di Galas kebetulan dah ada projek rumah kos rendah lebih 1,000 unit dan kini mampir di Batu Sapi janji 500 unit siap janji 1 unit Masjid RM5juta lagi. Senangnya nak buat masjid. Yang teman tau, nak buat masjid kena ada tapak, lepas tu tapak kena ada status tanah siapa? Keluasan pula dan kena mohon denhgn Jabatan Agama Islam negeri dan Majlis pula. Rasanya inilah sebenarnya janji mulut. Seperti kata seorang menteri yang nak bina Hospital Gua Musang yang baru ,kata beliau lebihkurang gini "kalau pilih BN senang sikit projek Hospital itu dilaksanakan"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di Sandakan.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan.

Menurut Muhyiddin kesediaan kerajaan memberi peruntukan untuk membina masjid, rumah, sekolah dan memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat lain seperti gereja, tokong dan kuil adalah kerana kerajaan BN ada kuasa dan kemampuan.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat perlu terus memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah negara ini kerana hanya kerajaan BN mampu menunaikan janji meskipun kadang-kadang mengambil masa kerana perlu memenuhi prosedur tertentu.

Tidak seperti parti pembangkang katanya, seperti PKR dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang cuma gah menjanjikan bulan dan bintang meskipun menyedari mereka tidak mampu menunaikannya kerana tidak ada kuasa.

Muhyiddin meminta penduduk Sabah dan Batu Sapi khasnya supaya tidak terpedaya dengan pelbagai isu yang cuba dibawa pembangkang untuk meraih simpati kerana ia cuma akan merugikan rakyat Sabah sendiri.

"Ada pihak yang datang sini menjanjikan bulan dan matahari. Sebenarnya mereka tidak ada kuasa dan tidak akan mampu melaksanakannya. Kalau 10 (Datuk) Yong Teck Lee pun, Yong Teck Lee tidak mungkin dapat bina sebuah untuk rakyat di Sandakan.

Menurut Muhyiddin slogan "Sabah untuk Rakyat Sabah" yang digembar-gemburkan SAPP merupakan perkara lama tanpa menyedari bahawa ramai rakyat Sabah sekarang sudah maju malah ramai di kalangan mereka memegang jawatan tinggi di semenanjung.

"Begitu ramai rakyat Sabah yang maju. Bukan sahaja di Sabah malah di Kuala Lumpur. Mereka menjawat jawatan tinggi. Menteri ada, ketua pengarah ada Peguam Negara ada dan banyak lagi. (Mereka) Bukan untuk Sabah sahaja tetapi untuk negara kita Malaysia," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata isu yang penting sekarang ialah untuk memantapkan Sabah dengan meletakkannya di tempat yang wajar sesuai dengan kedudukannya sebagai negeri kedua terbesar di negara ini.

44 BELIA PATBI EKSIDEN, GARA-GARA PEMANDU TANPA LESEN

Posted: 29 Oct 2010 11:59 PM PDT


Sapa pulak yang terlepas pandang kali ini setelah penguatkuasaan dan amaran serta siasatan oleh Kementerian berkaitan telah dilaukan?
KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pemandu bas yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam satu kemalangan di Km38 Genting Sempah dekat sini malam tadi, didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kepada polis mengenai perkara tersebut.

"Pemandu bas tersebut sebelum ini mengaku kepada pihak polis bahawa beliau mempunyai lesen memandu, namun setelah kami memeriksanya dengan pihak JPJ, kami mendapati bahawa dia tidak mempunyainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Che Husin berkata pemandu tersebut yang patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditahan polis untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara merbahaya yang boleh menyebabkan kematian.

Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit dengan kesalahan.

Che Husin berkata polis sedang menyiasat sama ada pemandu tersebut mempunyai rekod kesalahan memandu lampau atau pun tidak, serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kemalangan tersebut.

Ini termasuk memeriksa kotak hitam bas tersebut untuk menentukan punca kemalangan sebenar, katanya.

Dalam kemalangan malam tadi, bas rombongan dari Kedah, yang dinaiki 44 penumpang yang terdiri daripada belia Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan semasa menuruni Genting Highlands di KM38, Genting Sempah dekat sini pada pukul 7.50 malam tadi.

Bas tersebut terbabas dan terbalik di laluan bertentangan yang mengakibatkan tujuh orang maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan, termasuk dua pemandu bas tersebut.

Rombongan itu yang dalam lawatan ke Genting Highlands bertolak dari Kedah pada pukul 11 malam Khamis dan tiba di Genting Highlands pada pukul 8 pagi semalam.

Pada pukul 7 malam tadi, rombongan itu telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk ke Kampung Melayu Subang, Selangor bagi menyertai program Inap Desa dan dijangka pulang ke Baling, Kedah petang ini. — Bernama

ULAMA PELAPIS PAS BANTAH HAB HARAM NAJIB

Posted: 29 Oct 2010 05:11 PM PDT

Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Rancangan Jadikan Malaysia Sebagai Hub Hiburan Amat Dikesali.

Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sangat dikesali.

Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Ketika isu gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain dibincangkan dengan hangat di media massa, tiba-tiba kerajaan menyongsang arus merancang pula untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan.

Kajian menunjukkan bahawa gejala sosial yang melanda negara kita pada hari ini antara punca utamanya adalah hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Nafsu manusia dirangsang melalui hiburan-hiburan seumpama ini yang akhirnya membawa kepada penzinaan dan seterusnya pembuangan anak apabila mengandung.

Dengan perancangan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk mengatasi gejala sosial yang berlaku. Kerajaan lebih mengutamakan keuntungan duit semata-mata berbanding dengan usaha untuk mengatasi gejala tersebut apabila menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM 427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.

Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun kerajaan telah menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, ceramah, kuliah dan lain-lain termasuk yang terbaru menubuhkan TV Al-Hijrah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, program-program tersebut hanya akan menjadi sia-sia apabila kerajaan terus menggalakkan hiburan yang berlebihan.

Sebagai seorang manusia, seseorang akan lebih cenderung kepada hiburan berbanding dengan program keagamaan kerana sifat tabiat semulajadi manusia yang diciptakan adalah sedemikian.

Rancangan kerajaan ini menampakkan lagi bahawa kerajaan tidak ada keinginan politik untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan membongkarkan lagi pembohongan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam untuk mengaburi mata orang Islam tetapi hakikatnya negara ini adalah sebuah negara sekular.

Justeru, Ulamak Pelapis PAS menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan ini yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Jika kerajaan ikhlas untuk mengatasi masalah gejala sosial dan membangunkan negara mengikut acuan sendiri, tidak acuan barat, seharusnya kerajaan membatalkan cadangan ini dan seterusnya mengurangkan tempat-tempat hiburan yang ada. Kerajaan seharusnya berusaha untuk membentuk suasana Islam dan bukannya menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat.

Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur

MEMANG PATUT DITUNTUT

Posted: 29 Oct 2010 05:07 PM PDT

MP Sg. Siput saman kerajaan, Najib
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keengganan memberikan peruntukan pembangunan kepada kawasannya.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Srinivasan & Co di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta pagi tadi.

Menurut Jeyakumar, pada 29 Mei tahun lepas, beliau telah mengemukakan permohonan bertulis agar sebahagian daripada Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tahun 2009 untuk kawasan Sungai siput digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang disyorkan beliau sebagai ahli parlimen kawasan itu.

Namun ujarnya, permohonan itu ditolak sedangkan Dalam Dewan rakyat ada dinyatakan bahawa sejumlah antara RM 1 juta hingga 2 juta diperuntukkan setiap tahun untuk projek-projek kecil bagi setiap kawasan.

"Oleh sebab itu saya failkan satu kes. Kita mengatakan cara mereka mengagihkan peruntukan itu tidak betul. Kerajaan mesti telus, mesti bagi kepada semua ahli Parlimen melalui prosedur yang betul dan ada satu senarai bagaimana duit ini digunakan di setiap kawasan supaya semua ahli Parlimen," kata beliau kepada pemberita di luar mahkamah.

Beliau juga memberitahu, awal tahun ini beliau mendapat satu surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri perak mengatakan bahawa mereka meluluskan peruntukan sebanyak RM 1.7 juta untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Shing Chung, PIBG Methodist dan Asrama Anak yatim Nurul Ihsan, Talang Tengah.

Namun katanya, pihak terbabit mekalumkan kepada beliau bahawa mereka tidak pernah menerima peruntukan yang dinyatakan tersebut.

"Jadi ke mana wang ini? Oleh kerana tidak jelas ke mana wang itu disalurkan, kemungkinan ada pihak menyalahgunakan peruntukan ini," katanya yang merupakan ahli parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Sehubungan itu beliau mahu tindakan undang-undang diambil terhadap pihak kerajaan yang ejals mengamalkan 'double standard' terhadap ahli parlimen pembangkang.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 30 Oct 2010 03:06 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Guru mendidik bukan mendera

Posted: 30 Oct 2010 11:48 AM PDT


Bayangkan kalau anak sendiri atau diri sendiri yang terlewat bangun, sanggupkah diseterika?


Pelajar dakwa guru guna seterika panas kejut untuk solat Subuh-MInsider

PASIR MAS, 30 Okt — Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas.

Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

"Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.

"Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat," katanya.

Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.

Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.

Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.

"Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul," katanya.

Samy bidas Johari Rasis

Posted: 30 Oct 2010 11:43 AM PDT

Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu -MInsider


SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.

Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.

Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.

Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.

"Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?" kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

"Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi," kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Siswa lebih pandai dari pensyarah

Posted: 30 Oct 2010 11:31 AM PDT


Hanya 34 peratus pensyarah PhD di IPTA

Mkini

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan 75 peratus pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di di setiap 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sasaran itu meliputi kepakaran dalam semua bidang pengajian di IPTA.

"Kita harap dengan memiliki ramai pensyarah berkelulusan PhD ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar berkeupayaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Temerloh di Kampung Pangsenam dekat Temerloh, hari ini.

tak mencukupi

Beliau berkata setakat ini, pihaknya difahamkan hanya 34 peratus pensyarah di IPTA mempunyai kelulusan berkenaan dan ia masih tidak mencukupi bagi menghasilkan mahasiswa yang baik dan kompetitif.

"Kita mahu pensyarah yang lebih pandai daripada pelajar dan mempunyai personaliti yang baik bagi menghasilkan IPTA bertaraf dunia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pensyarah kanan kini boleh terus dinaikkan pangkat ke jawatan "Turus" tanpa perlu memegang jawatan di bahagian pengurusan.

Katanya, sebelum ini mereka (pensyarah kanan) perlu memegang jawatan Naib Canselor terlebih dahulu sebelum dilantik ke jawatan Turus.

Beliau juga berberharap pihak pengurusan universiti kelak menggunakan Bajet 2011 sebaik-baiknya bagi meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan melahirkan mahasiswa yang kreatif dan kritis.

"Pada pembentangan Bajet 2011, KPT telah menerima penambahan peruntukan sebanyak 14.5 peratus iaitu sebanyak RM10.2 bilion berbanding RM8.9 bilion bajet tahun 2010.

"Penambahan bajet itu menunjukkan kerajaan peka terhadap keperluan universiti bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan profesional," kata Saifuddin.

--Bernama

Perkauman tak laku

Posted: 30 Oct 2010 11:13 AM PDT



Isu DAP peralat PAS tidak berkesan di Galas - Harakah
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Umno/BN tidak habis-habis menimbulkan isu PAS lebih bersedia berkawan dengan DAP, tetapi tidak bersedia untuk berbaik dengan Umno walaupun sebangsa.

Isu ini dibangkitkan lagi oleh Umno/BN dalam kempen pilihan raya kecil Galas, Kelantan dan kemungkinan akan berterusan sehingga masa yang lama. Namun isu ini diyakini tidak akan menjejaskan peluang PAS untuk menang, justru majoriti pengundi sudah sangat memahaminya.

zero

Sama ada dalam kempen berbisik mahupun kempen terbuka, isu ini dibangkitkan lagi oleh Umno/BN untuk merebut undi simpati dari orang Melayu. Namun hujah ini sukar diterima oleh pengundi Kelantan, khususnya, justru rakyat Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat adalah zero perkauman.

Sementara itu, walaupun sudah berulang kali dijelaskan oleh para pemimpin PAS mengapa PAS menolak sama sekali Umno – yang telah melakukan pelbagai angkara dan kezaliman terhadap PAS
selama ini dalam pelbagai bentuk – namun sentimen ini masih dilaungkan lagi oleh Umno di mana saja ada kesempatan termasuk dalam kempen mereka di Galas.

tiada bukti

Sebagai biasa mereka menuduh PAS diperalat oleh DAP, sebuah phrasa yang merela ulang-ulang sejak kekalahan teruk Umno/BN dalam PRU Ke-12 2008 yang lalu. Pada hal tiada sebarang petunjuk yang membuktikan tuduhan mereka.

Ketika berkempen di Galas, untuk kesekian kalinya, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terpaksa menegaskan sekali lagi akan dasar parti menolak untuk bersatu dengan Umno. Dalam masa yang sama beliau menerangkan mengapa PAS berbaik-baik dengan bukan Islam dengan memberikan hujah yang kukuh.

Beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti tua, lama memerintah tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

"Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa Umno susah sangat hendak faham, pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas," katanya.

tidak jual prinsip

Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan, katanya, tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan "kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud."

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN.

Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi pada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

Menurut Tuan Guru Nik Abd Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.

umno sempit

Tuan Guru berkata, kerjasama dengan DAP yang konon dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan. Disebabkan sikap ini, katanya, Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. "Umpama Lebai Malang, ke hilir pun lapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama."

Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan kesalahan ke atas Timbalan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Husin mengenai isu lesen judi sukan.

Ketika berucap di kawasan orang Melayu di Sungai Terah di Galas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan pengundi mengenai pendirian tegas PR dari awal menentang langkah kerajaan pusat memberikan lesen judi bola sepak sehingga Putrajaya membatalkannya kemudian.

malukan kelantan

"Siapa yang mahukan judi bola sepak? Secara kebetulan dia dari Kelantan. Lelaki dari Bachok," kata Tuan Guru merujuk kepada Awang Adek. "Saya rasa malu dengan tindakan dia," kata beliau pada majlis ceramah di kampung tersebut.

Mei lalu, Awang Adek yang juga timbalan menteri kewangan mengumumkan bahawa kerajaan dengan serius sedang mempertimbangkan langkah membenarkan judi sukan menjelang kejohanan Piala Dunia 2010.

batal lesen

Bagaimanapun keputusan itu dibatalkan kurang dua bulan selepas itu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pentadbirannya tidak akan mengeluarkan lesen bagi tujuan tersebut.

Sementara itu calon PAS. Dr. Zulkefli Mohamed dan para petugas Pakatan Rakyat terus menerus menemui pengundi baik di kawasan pengundi Melayu, Cina, India, malah kawasan penempatan Orang Asli.

Sambutan yang diterima oleh mereka sangat menggalakkan, di mana mereka berjanji akan menyokong calon PAS.

"Saya merasa sangat selesa berada di tengah rakyat, bukan ketika kempen ini saja, tetapi sepanjang masa. Klinik saya sentiasa dikunjungi rakyat biasa," katanya.

Kalangan pengundi Cina di Kampung Baru sudah ramai yang mengenali beliau, sementara pengundi Melayu dan Orang Asli juga kenal lama dengan Dr. Zulkefli yang membuka klinik di Felda Chiku 3, tidak jauh dari Dun Galas.

Bagaimanapun, kalangan pemerhati politik menganggap pertandingan di Galas itu memang sengit. Namun seorang pemimpin PAS berkata, harapan PAS untuk memang adalah cerah jika tidak ada penipuan, sogokan, pengundi hantu, ugutan dan elemen negatif yang lain.

Sudah tentu keputusan pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November itu akan menghantar banyak isyarat kepada pelbagai pihak, baik PAS mahupun Umno/BN. Namun meninjau kempen tersebut, jelas menunjukkan perpaduan anggota Pakatan Rakyat – PAS, DAP dan PKR begitu erat. Ini yang sangat merunsingkan pihak Umno/BN.

Calon BN bersifat elit

Posted: 30 Oct 2010 11:03 AM PDT


Calon PAS seorang doktor sedia merawat bila-bila masa

Kami perlukan YB yang boleh selesai masalah
Analisa oleh M FAQIH - Harakah

GUA MUSANG, 30 Okt: Melewati Kampung Batu Papan, Gua Musang begitu mendamaikan. Pemandangan mengkagumkan sekali. Gua batu kapur yang mengelilingi kampung mengasyikkan pandangan mata.

Di sebelah lagi ada bukit, tumbuh subur pokok getah yang menjadi sumber rezeki penduduk.

Inilah keunikan Gua Musang yang tidak ada di tempat lain. Di mana-mana sahaja anda menjejak kaki pasti ketemukan gua batu kapur. Berbeza dengan Ipoh dan Batu Caves di Selangor kerana di sini, panoramanya masih segar.

belum tercemar

Belum ada pencemaran udara yang boleh menyedakkan dada. Bangkit dari tidur di awal pagi, suasananya tidak ubah seperti di Tanah Tinggi Lojing atau Cameron Highlands. Sejuknya mencucuk ke kulit.

Hawa sejuk beransur menjadi sedikit hangat apabila muncul matahari di sebalik gua-gua batu kapur. Hangatnya kini bertambah sekali ganda apabila dicurah dengan isu-isu politik bagi menarik simpati pengundi.

Menonton televisyen atau membaca akhbar harian, pastinya kesimpulan mudah dibuat calon Barisan Nasional (BN) sudah menang mudah di atas kertas.

korek

Pelbagai isu dikorek bagi memberi gambaran kelemahan kerajaan negeri, PAS, Pakatan Rakyat, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan apa-apa sahaja yang ada kaitan. Sebaliknya calon BN, Abdul Aziz Yusoff diberi gambaran sebagaikan dewa atau raja yang mempunyai 1001 satu kelebihan.

Pendidikan setakat SPM bukan menjadi perkiraan bagi Umno dan BN. Ini kerana tiada sijil pun ada agensi boleh memberi pekerjaan. Syaratnya mesti penyokong setia Umno.

kesedar

Ada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kemas, Kesedar, Rela dan banyak lagi agensi yang mendapat peruntukan kerajaan dikutip daripada rakyat digunakan bagi membayar gaji atau elaun penyokong Umno.

Tengoklah apa yang berlaku ke atas bekas calon BN di Manek Urai, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat. Sepanjang pilihan raya kecil menjelang 14 Julai 2009, Tuan Aziz adalah wira, diangkat dan dijulang.

Setiap gerak dan geri dirakam lensa kamera. Kenyataannya disumbat dalam media harian setiap hari. Sebelum meletak jawatan bertanding dalam pilihan raya, beliau merupakan pengurus kilang milik Kesedar.

Hari ini Tuan Aziz hilang pekerjaan di kilang Kesedar kerana gagal dalam pertaruhan di Manek Urai. Namun beliau tidak perlu risau kerana ada peluang mendapat kontrak kerajaan.

Mungkinkah situasi serupa juga berulang kepada Abdul Aziz.

rapat dengan kontraktor

Kedua-dua Abdul Aziz ini mungkin berkongsi pengalaman, mengulangi nasib serupa. Abdul Aziz Limau sudah lama mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor.

"Biar pun sekolah setakat tingkatan lima, namun dia jarang berkawan dengan orang kampung. Rakan-rakannya dari kalangan kontraktor," kata seorang kakitangan di Kesedar.

Tanpa berselindung beliau meluahkan Abdul Aziz Limau tidak jauh berbeza dengan Tuan Aziz, Kuala Krai. Kedua-dua seumpama golongan elit yang dilahirkan dari mahligai Kesedar.

Artikel seterusnya klik tajuk

Ustad Umno tengking Tok Guru

Posted: 30 Oct 2010 10:52 AM PDT


Adab dan akhlaknya jelek


Tuan rumah meraikan Tok Guru

Bekas calon BN maki hamun Tok Guru
Wartawan Kita - Harakah

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

enggan bersalam

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.

Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

baju 1malaysia

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

"Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.

Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

tuan rumah tak ada masalah

"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.

Balik kampung mengundi bro

Posted: 30 Oct 2010 10:44 AM PDT


PAS minta 1,557 pengundi luar pulang
Dzulfikar Mashoor - Harakah

GUA MUSANG, 30 Okt: Seramai 1,557 pengundi luar dirayu supaya pulang membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil Galas pada 4 November depan, kata Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat (JPPP) itu, PAS negeri sedia menanggung kos perjalanan pulang khususnya mereka yang pulang dari Lembah Klang dan Johor.

"Semua minta rayu mereka balik, kita bayar kos perjalanan mereka," ujarnya.

"Kalau pengundi luar tak balik (mengundi), kita ada risau juga, kalau peratusan pengundi luar menurun, akan memberi kesan.

PAS negeri, katanya sedia memberi RM200 dan RM250 kepada pengundi luar dari Lembah Klang dan Johor.

"Kita ada kaedah tersendiri, apabila balik (ke Galas) datang ke UPU dan kita buat semakan daftar pemilih," ujarnya.

Majoriti mereka katanya, merupakan pengundi muda yang mempunyai kecenderungan politik kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terus terang mereka ini adalah pengundi muda dan pengundi muda kebanyakannya sokong Pakatan Rakyat," ujarnya.

Bagaimana pun, beliau optimis dengan kepulangan pengundi luar akan mengekalkan 81 peratus keluar mengundi sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Malah katanya, peningkatan peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini mampu memenangkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed pada pilihan raya kecil kali ini.

Pun begitu, beliau berkata, PAS menyimpan sedikit rasa risau sekiranya peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar menurun.

"Kalau peratusan turun mengundi mereka turun (berkurangan), akan memberi kesan," beliau menambah.

Sebanyak 675 pengundi luar berdaftar adalah berbangsa Melayu manakala 217 adalah Cina.

Hari pembungan undi yang jatuh pada hari bekerja dijangkakan akan mempengaruhi mood rakyat keluar mengundi.

Kijang menang rusa gundah

Posted: 30 Oct 2010 10:23 AM PDT


Kelantan julang Piala Malaysia, tebus kekalahan 2009 - MInsider

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kelantan, yang sedang menyaksikan pilihan raya kecil DUN Galas, mencipta sejarah — buat julung kali muncul juara Piala Malaysia dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pasukan Red Warriors yang tewas tahun lalu di tangan Negeri Sembilan — pasukan Hobin Jang Hobin — menebus kekalahan itu walaupun ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama.

Kemenangan itu turut menebus kehampaan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada saingan akhir piala paling berprestij Liga Malaysia itu musim lepas, selain menamatkan kemarau selama 55 tahun sejak kali pertama Kelantan mara ke pusingan

akhir pada 1955, ketika piala tersebut dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Kelantan kecundang dalam tiga perlawanan akhir sebelum ini.

Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit ke-13 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.

Pengadil perlawanan Subkhiddin Mohd Salleh memberi sepakan itu kepada Negeri Sembilan setelah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunalan dalam kotak penalti.

Negeri Sembilan terus mengasak pintu gol Kelantan menerusi beberapa serangan namun gagal menembusi kekentalan benteng lawan yang dibarisi Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Farisham Ismail dan Rizal Fahmi Abdul Rosidi.

Bersambung babak kedua, "The Red Warriors" yang ditemani sekurang-kurangya 60,000 penyokong terdesak untuk mencari gol dan melakukan beberapa asakan yang akhirnya membuahkan gol penyamaan pada minit ke-57.

Hantaran luar Norshahrul Idlan Talaha tidak disia-siakan Ketua Pasukan "The Red Warriors" Indra Putra Mahayuddin yang menanduk dan merobek gol Negeri Sembilan.

Kelantan semakin garang apabila Mohd Badri Mohd Radzi menambah jaringan pada minit ke-65 hasil hantaran cantik Mohd Norfarhan Muhamad.

Ketiadaan tonggak utama Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan menyebabkan Negeri Sembilan semakin tertekan apabila ketinggalan 1-2.

Bagi mengukuhkan kubu pertahanan, jurulatih Kelantan B. Sathianathan mengambil tindakan bijak memasukan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Khairan Eroza Razali.

Strategi itu berjaya apabila tamat masa permainan menyaksikan Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim ini selepas berjaya mempertahankan kedudukan 2-1 menewaskan Negeri Sembilan.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 30 Oct 2010 01:34 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Penamaan calon PRK N45 Galas

Posted: 30 Oct 2010 10:25 AM PDT












Gambar sekitar penamaan calon PRK N45 Galas..gambar oleh wakil TBO yg hadir.

SU Agung: Mengundi lancar kecuali dua cabang PKR di Kelantan

Posted: 30 Oct 2010 07:32 AM PDT


Saifuddin berkata undian hari ini dilaksanakan tanpa masalah. — gambar fail
Sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui kertas-kertas undi lewat sampai di beberapa cabang di Kelantan pada hari pertama pengundian pemilihan langsung sulung, sebagaimana didakwa oleh ejen calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim tengah hari tadi.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, keadaan itu telah melewatkan sedikit permulaan proses pengundian yang sepatutnya dimulakan pada pukul 10 pagi.
"Walau bagaimanapun masa pengundian telah dilanjutkan satu jam sehingga 5 petang bagi membolehkan anggota-anggota parti melaksanakan hak demokrasi mereka dalam kaedah pemilihan satu anggota-satu undi ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Menurut Saifuddin lagi, pada keseluruhannya pengundian hari pertama hari ini telah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan.
Kenyataan itu menjawab laporan bahawa proses pengundian pada hari pertama pemilihan parti hari ini menyaksikan empat daripada  sembilan cabang berhadapan dengan masalah teknikal dan pentadbiran.
Difahamkan proses pengundian di empat cabang berkenaan masing-masing dua di Kelantan dan dua Kedah lewat dimulakan ekoran masalah kelewatan kertas undi tiba dan pusat-pusat pengundian dibuka.
Menurut ejen yang mewakili Zaid meminta proses pemilihan ditangguhkan sehingga sekretariat pemilihan benar-benar bersedia untuk mengadakan pemilihan — di bawah sistem yang mencipta sejarah.
"Kami khuatir dengan cara pemilihan Parti Keadilan Rakyat dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat dan sekretariat parti," kata ejen Zaid, Rashid Azad Khan dan pembantu politiknya Muhammad Firdaus Christopher dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Pemilihan peringkat pusat bermula hari ini dengan memperlihatkan sembilan cabang di Kedah dan Kelantan mengadakan  pengundian bagi 12 kerusi jawatan-jawatan utama dan 60 kerusi ahli majlis pimpinan pusat dan ahli majlis pimpinan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan masing-masing.
Menurut Saifuddin, sembilan cabang itu ialah Tumpat, Kota Baru, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.
Bagaimanapun satu sumber memberitahu pengundian di cabang Pasir Mas ditangguhkan ekoran isu logistik.
"Pemilihan peringkat pusat akan diadakan di 222 lokasi cabang-cabang di seluruh negara dan akan dijalankan pada 10 hari mengundi hujung minggu sehingga tarikh 21 November 2010 nanti," katanya.
Mengenai kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat pula, kata Saifuddin, Dr Molly Cheah masih lagi merupakan ketuanya.
Jelas beliau, jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khusus untuk mengawal selia hal ehwal pemilihan sememangnya terlibat secara langsung untuk menyemak dan menyediakan tatacara proses pemilihan berpandukan beberapa kelemahan yang dikenal pasti sewaktu pemilihan peringkat cabang melalui jawatankuasa kecil teknikal yang dianggotai oleh antaranya Rajen Devaraj, Wong Hoy Cheong dan Stephanie Bastian.

PAS dakwa Ku Li ‘khianat’, punca isu Orang Asli tak dapat diatasi

Posted: 30 Oct 2010 07:31 AM PDT

Papan iklan kempen PAS yang menurunkan Dr Zulkefli Mohamad untuk mempertahankan kerusi Galas pada 4 November ini. — Gambar Choo Choy May

PAS dakwa Ku Li 'khianat', punca isu Orang Asli tak dapat diatasi

GUA MUSANG, 30 Okt — Kempen pilihan raya kecil kerusi Galas menuju tahap baru dengan PAS kelihatan mula 'menyerang' Tengku Razaleigh Hamzah — mendakwa beliau sebagai punca mengapa masalah dihadapi oleh masyarakat Orang Asli di Gua Musang tidak dapat diselesaikan dengan baik dan menyeluruh.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS di DUN  Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah  berkata, Tengku Razaleigh Hamzah telah diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Orang Asli ketika beliau mengetuai Semangat 46, yang telah membantu membentuk kerajaan negeri pada 1990 dan 1995.
PAS menerajui kerajaan negeri Kelantan mulai 1990 sehingga sekarang. Tahun ini genap 20 tahun Kelantan diterajui pentadbiran PAS.
Orang Asli dilihat sebagai penyokong kuat BN khususnya Tengku Razaleigh sejak dahulu lagi termasuk pada 1990 dan 1995.
"Dulu di Kelantan, kita banyak bergantung kepada Ku Li (Tengku Razaleigh) dan Semangat 46 untuk semua permasalahan orang Asli di Gua Musang.
"Kita setuju beri kepada untuk bertanding dan serah segala urusan orang Asli kepada beliau.
"Tapi apabila Ku Li hancurkan Semangat 46 dan masuk kembali kepada Umno, kita tiada fail berkaitan Orang Asli dan kita tidak tahu macam mana nak mulakan semula.
"Jadi ia adalah satu pengkhianatan yang Ku Li dan Semangat 46 buat terhadap kita, beliau bubarkan Semangat 46 dan masuk Umno," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula Umno pada 1996.
Semangat 46 ditubuhkan kesan perpecahan akibat pemilihan Umno 1987.
"Walaupun Ku Li mengkhianati ketika dalam isu Orang Asli tapi kita tetap meneruskan untuk membantu Orang Asli di Gua Musang," kata Wan Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Baru.
Ini kali pertama PAS dilihat membuat kenyataan 'pedas' seperti ini sejak kempen pilihan raya kecil DUN Galas bermula Selasa lalu.
Tiga hari lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan DUN Galas di sini.
Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.
"Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka," katanya.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.
Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff sebagai calon manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Dua daripada tiga kerusi DUN di Gua Musang iaitu  Nenggiri dan Paloh dikuasai BN manakala Galas dimenangi PAS pada Mac 2008.
PAS dan Umno menganggap pilihan raya kecil ini sama penting.

KEMPEN GALAS: Ceramah PKR berjaya himpun warga minoriti Gua Musang

Posted: 30 Oct 2010 07:30 AM PDT

HANGAT: Gambar warga Cina giat kempen untuk kemenangan calon PAS, Dr Zul!

Posted: 30 Oct 2010 07:29 AM PDT

 Kempen 'Pertahankan Galas Kito, Sokong Dr Zul! Undilah PAS!'






































Artikel berkaitan:
- Gambar sekitar ceramah PAS di Galas: Ribuan hadir termasuk kaum Cina dan India!..(video inside)
- KEMPEN GALAS: Ceramah PKR berjaya himpun warga minoriti Gua Musang

Gagal salur peruntukan, MP heret k'jaan ke mahkamah

Posted: 30 Oct 2010 07:28 AM PDT

Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."
"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

Apa Jadi Dengan Hal Siti Balqis Semalam?

Posted: 30 Oct 2010 07:25 AM PDT

Siti Balqis mula bengis

JERTIH: Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang didakwa sering ghaib dan mengalami gangguan makhluk halus kini berubah sikap apabila berperangai bengis serta enggan makan dan minum selain tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata perubahan sikap anaknya itu disedari selepas dibawa pulang dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, kelmarin dan puncanya mungkin kerana emosi tertekan akibat gangguan berterusan dialami gadis berkenaan.

"Saya akan berusaha apa saja kaedah perubatan supaya dia dapat kembali menjalani kehidupan normal. Saya juga akan membawanya mendapatkan pemeriksaan dengan pakar psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, esok," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, berkata kerajaan negeri sedia membantu gadis itu mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan, tambahan pula Siti Balqis adalah pesakit Thalassaemia (Penyakit Sel Darah Merah).

"Penghidap penyakit ini memerlukan sokongan dan perhatian serius keluarga kerana jika dibiarkan pesakit boleh menjadi tertekan dan emosi yang tidak terkawal," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pakar psikiatri berpendapat Siti Balqis perlu dibawa berjumpa pakar bidang berkenaan bagi mendapatkan penilaian jelas secara saintifik agar gadis itu tidak mengalami tekanan perasaan yang boleh membahayakan termasuk mencederakan diri sendiri.

Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata penilaian dengan pakar psikiatri membolehkan mas-alah sebenar Balqis diketahui, sekali gus membantu gadis itu mendapatkan penjelasan keseluruhan dengan cara saintifik apa yang berlaku terhadapnya.

Kisah Balqis dari Kampung Gong Nangka, di sini menggemparkan negara apabila dilaporkan 'ghaib' di beberapa tempat termasuk gua dan kubur. Terbaru keluarganya mendakwa Balqis disorok 'jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, tetapi dia kemudian ditemui polis di rumah seorang kenalannya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, kelmarin.

Gadis itu juga sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Pakar Psikiatri yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nik Shaliza Hussin, berkata berjumpa pakar psikiatri tidak bermakna Balqis mempunyai masalah mental, tetapi untuk mengetahui jenis bantuan untuk gadis itu.

"Andai kata Balqis mempunyai masalah psikologi dan tidak diberikan rawatan sepatutnya, pelbagai perkara boleh berlaku seperti berputus asa, murung, putus semangat serta kompilasi dengan diri sendiri. Keluarganya boleh meneruskan rawatan tradisional tetapi pada masa sama perlu mendapatkan khidmat psikologi," katanya. -BH

Ulasan GB

MasyaAllah, apa pulak tinggal dalam bilik khas yang dihias kain kuning serta berbau harum?

Ini menjelaskan bahawa sebenarnya bukan Siti Balqis saja yang "disukai oleh jin" tetapi ibubapanya juga. Memberi ruang dan laluan untuk tipudaya syaitan berterusan. Kaedah perubatan tradisional seperti perbomohan yang belum disemak kaedahnya hanya akan lebih mengusutkan keadaan.

Tidak ada sebab mengapa perlu dilayan sedemikian rupa. Tiada ada dalil aqli atau naqli untuk berbuat seperti itu. Kecuali untuk mewujudkan aura "jin itu kononnya raja" yang hendak menyesatkan lagi umat manusia.

GB merasakan ada hal yang disembunyikan oleh kedua ibubapa yang menyebakan anaknya jadi begitu kerana sebelum ini, yang terlalu gembira melihat wujudnya permata yang konon turun ke rumahnya adalah tidak lain ibunya sendiri.


Noziran, ibu Balqis menunjukkan konon adanya batu permata yang jatuh di rumahnya. Tiba-tiba batu permata itu hilang pula pada keesokannya.


Apa lagi yang boleh kita cakap jika ajaran (seruan) untuk kembali ke pangkal jalan tidak mahu dituruti? Kita seru agar berpegang kepada kalimah tauhid. Tidak ada yang lebih tinggi dan mulia daripadanya.

GB dah ulas perkara ini semalam.

Nak terus-terusan hidup ditipu dan menipu.

Pencak terakhir kita berhadapan dengan kedegilan melampau, kita bacakan hujung Surah At-Taubah supaya Allah singkapkan segala kebenaran:

لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, penderitaanmu terasa berat olehnya, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, 'Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia Rabb yang memiliki Arsy yang agung'." (At-Taubah: 128-129).

Kelantan pertahan hak istimewa Orang Asal

Posted: 30 Oct 2010 07:23 AM PDT

Kerajaan Kelantan akan tetap mempertahankan hak serta keistimewaan Orang Asal biarpun Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan tidak mentakrifkan Orang Asli di Semenanjung sebagai 'Bumiputera'.
Menurut Penasihat Jentera Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1990 lalu telah menggazetkan tanah khusus untuk kaum minoriti tersebut.
"Apabila Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan, pertamanya beliau menggazetkan kawasan penempatan dan tanah milik Orang Asli yang sebelum ini tidak ada berlaku," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Baru berkata, Nik Aziz turut mengarahkan penubuhan Koperasi Kijang Mas khusus untuk rakyat Kelantan supaya Orang Asli mendapat manfaat dari konsesi kayu-kayan.
"Kerajaan juga meneruskan konsesi kayu-kayan melalui Koperasi Kijang Mas ini dengan bagi syarat bahawa Koperasi Kijang Mas itu untuk Kelantan sahaja," ujarnya.
Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa penolakan umum Orang Asli pada kempen Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sejak 26 Oktober lalu mungkin disebabkan layanan adil oleh kerajaan negeri.
"Seolah-olah jabatan menindas Orang Asal di sini," ujarnya.
Beliau turut menyuarakan rasa yakin bahawa majoriti dari 1,886 pengundi berdaftar di kalangan Orang Asli terbabit sedia mempertahankan legasi kebajikan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Chek Hashim Sulaima di Dun Galas.
Pun begitu, beliau menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri supaya tidak mengabaikan tuntutan Orang Asli Semenanjung seperti di Parlimen 19 Oktober lalu.
"Pihak kerajaan sendiri sekiranya ikhlas membantu Orang Asli sebenarnya banyak lagi, bukan sekadar tidak masukkan penakrifan Orang Asli (Semenanjung) dalam Perlembagaan," ujarnya.
Melihat pada keperluan untuk mempertahan hak serta keistimewaan Orang Asli, katanya manifesto calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed antaranya bertekad untuk menubuhkan Urusetia Orang Asli sebagai meneruskan agenda kebajikan Allahyarham Chek Hashim sebelum ini.
"Dr Dzul, dalam manifestonya untuk menubuhkan Urusetia Hal Orang Asli.
"Kerajaan negeri melihat lebih luas soal kepentingan Orang Asli terutama berkaitan tanah dan kepentingan Orang Asli," beliau menambah.

Kadar jenayah meningkat, untuk apa najib bina kelab malam lagi?

Posted: 30 Oct 2010 07:22 AM PDT

Meskipun, najib dihujani pelbagai bantahan terhadap pembinaan menara warisan merdeka, dia masih tetap mahu membina menara tersebut, atas alasan menara  tersebut di bina menggunakan wang PNB, dan mampu menjana pulangan yang lumayan buat rakyat. Yelah, saya bukanlah major dalam bidang ekonomi, jadi saya tidak faham bagaimana menara tersebut boleh dibina pada waktu kegawatan ekonomi. Andai najib membina menara tersebut, ketika ekonomi kita berada dalam keadaan stabil, dan ketika kuasa politik dalam negara berada dalam keadaan yang seimbang, saya percaya ianya tidak akan mendapat bantahan dari rakyat. Akan tetapi, najib tetap memilih untuk membina menara tersebut, yang di umumkan ketika belanjawan negara 2011, meskipun pembinaan menara tersebut menggunakan dana PNB. Hairan juga, dana PNB, tapi di umumkan ketika belanjawan 2011. Pelik kan? baca sini

Jika Najib menggunakan alasan mahu menjana pertumbuhan ekonomi negara dalam pembinaan menara warisan merdeka, maka alasan apa pula yang najib cuba guna ketika ingin membuat hub hiburan malam ataupun membina kelab malam di malaysia? Rangkaian kelab malam yang canggih, yang dilengkapi dengan hiburan first class, dan mahu mengamit pelancong serta artis luar negara sememangnya sesuatu kerja gila apabila ianya diluluskan oleh seseorang yang mengakui Allah swt itu Esa. 


Mungkin kah pembinaan kelab malam itu sebenarnya ada kaitan dengan pembinaan menara warisan? Ikut kertas cadangan ETP, menjelang akhir tahun 2011, sekurang-kurangnya 6 kelab malam canggih akan dibina supaya kerajaan boleh mengutip cukai yang lumayan. Baca sini. Kenapa ketika ini, kerajaan begitu beria-ria mahu mengutip cukai yang lumayan andai najib sendiri sebelum ini pernah menjelaskan bahawa ekonomi dalam negara berada dalam keadaan yang baik dan sedang memulih? Lagipun pembinaan menara menggunakan dana PNB kan? Jadi, yang kerajaan beria-ria nak meraih hasil cukai yang banyak buat apa? Apa sudah tiada cara HALAL lagi untuk mencari rezeki? Pembinaan kelab malam ini tidak salah andai malaysia mengakui negara malaysia adalah negara sekular. Andai najib membuang agama islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan. Maka, nak bina kelab malam ke, kelab gay ke, kelab pengkid ke, punya pasal la. Namun, ketika mengiktirafkan malaysia sebagai sebuah negara islam yang mana agama rasmi adalah agama islam, maka kenalah berkelakuan seperti apa yang tertera dalam perlembagaan. 






Mungkin Najib terlalu sibuk, menguruskan negara sehingga dia lupa kadar jenayah awam dan kadar jenayah sosial di malaysia makin meningkat dari tahun ke tahun. Mari kita lihat dulu statistik anak luar nikah mengikut pecahan negeri.


Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Bayangkan, kita ada 30+++ lebih bayi luar nikah, yang dilahirkan oleh islam pada akhir tahun 2003. Kini 7 tahun telah berlaku, adakah angka-angka tersebut telah menurun atau menaik? Ya, sebenarnya menaik. Seramai 83 kes anak luar nikah setiap hari dalam negara dilahirkan jika dikira secara purata. Berapa ramai dari mereka yang melahirkan anak luar nikah tersebut beragama islam pula? Tidak pula dicatatkan, tetapi jika 83 x 30 = 2,490 bagi setiap bulan. Adakah kita patut berbangga? Dan jika 2,490 x 12 = 29,880 ribu bagi setiap tahun. Untuk setahun sahaja, kita sudah memiliki 29,880 bayi luar nikah tanpa mengira status agama dan kaum. 
Jika 29,880 x 4tahun (dibandingkan kepada statistik lepas 1999-2003) = 119, 520 anak luar nikah berjaya dihasilkan. WOW! Ini bermaksud statistik ini telah meningkat. Tiada penurunan, tetapi cuma ada kenaikan. Apakah usaha kerajaan dengan membina kelab malam boleh membendung 'angka-angka' ini? Saya tidak yakin. Kelab malam yang sedia ada pun, kerajaan tak mampu atasi masalah sosial dalam negara terutamanya yang melibatkan akidah umat islam. Inikan pula nak membina hub hiburan malam! Baca petikan ini, statistik remaja yang melahirkan anak luar nikah juga telah meningkat saban tahun.
Sila baca petikan ini pula ; yang dipetik dari sini dan sila lihat ini juga.
Kini gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita apabila semakin banyak kes-kes yang  dilaporkan akhbar arus perdana dewasa ini. Gejala sosial dari sudut konsepnya adalah ungkapan yang luas maknanya sama ada dipandang dari segi makro mahupun mikro. Yang bersifat makro seperti kemiskinan, rasuah, perkauman, penindasan pekerja dan pemusnahan alam sekitar.
 
Sementara yang bersifat mikro seperti pengkid, mat rempit, gengsterism, ragut, bunuh diri, salah guna dadah, buang bayi, bohsia, lepak, persundalan, pecah amanah, pecah rumah, perceraian, sumbang mahram, keganasan rumah tangga dan penderaan anak.
 
12.       Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda.
 
Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992..
 
13.       Bilangan pesakit HIV/AIDS adalah seramai 64,439 orang sehingga tahun 2004. Pada tahun 1986 pesakit HIV adalah seramai 3 orang. Sehingga tahun 2004, seramai 9,442 orang telah dijangkiti AIDS. Daripada jumlah 64,439 orang pesakit AIDS, kes kematian akibat AIDs adalah sebanyak 7,195 orang (76%).
 
Sumber : Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia,2005.

Selepas itu, sila klik sini. Menerusi rekod PDRM sendiri, mereka langsung tidak memasukkan data-data statistik jenayah negara dalam laman website mereka. Mengapa agaknya? Adakah mereka tidak mahu mendedahkan bahawa tahap keselamatan di malaysia sebenarnya berada dalam tahap yang membimbangkan? Untuk rekod, bagi kes rogol sahaja, 70% rogol adalah berusia 18 tahun ke bawah. Ini bermaksud, kebanyakkan yang dirogol adalah budak-budak dan anak remaja. Baca petikan ini, yang diperolehi dari sini ;
Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun lepas.Maximus berkata, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilapor itu, sebanyak 942 kes membabitkan mereka yang dikenali termasuk rogol berkumpulan.Sebanyak 752 kes dilapor dilakukan oleh teman lelaki, bapa (75 kes), bapa tiri (45 kes), bapa saudara (61 kes) dan bapa angkat (sembilan kes), katanya.
Apa yang dapat kita simpulkan? Angka ini masih menaik. Tiada penurunan pun. Baca petikan ini pula yang saya dapat dari   sini ;
Jenayah membabitkan pelajar bukanlah sesuatu yang baru namun bilangannya saban tahun menunjukkan peningkatan.Buktinya tahun lalu sahaja, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah.Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan).Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan.Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang).
Lihatlah, kita sebagai muslim, menguasai hampir kebanyakkan perkara negative yang berlaku di malaysia. Nanti akan ada sahaja alasan yang mengatakan melayu adalah kaum yang paling ramai di malaysia, sedangkan nisbah perbezaan kaum melayu dan cina ialah 2 : 1. Setiap 2 orang kaum melayu, ada satu orang kaum cina di  malaysia. Tetapi berdasarkan kepada statistik jenayah di atas, keterlibatan kaum cina hanya 7.3 % berbanding kaum melayu 72.7 % !!! Jadi dimanakah silap nya? Kaum cina lebih suka menumpukan usaha mencari rezeki, berbanding kaum melayu. Lebih baik menerima hakikat dan mengubah keburukan kita daripada menunding jari dan menyalahkan kaum cina semata-mata angkara penguasaan mereka dalam bidang ekonomi. Baca pula petikan ini yang saya dapat sini, yang mana kes muslim bunuh diri juga telah meningkat di malaysia. Apa peranan kita bagi membantu mereka? Bina kelab malam?


Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lalu, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri.
Baca petikan-petikan ini pula yang saya dapat dari sini ; 


Statistik menunjukkan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di negara ini didapati meningkat setiap tahun. Pada 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931 dan diikuti kes cabul, 973 dan liwat, 71 kes. Pada 2006, kes rogol meningkat kepada 2,041, manakala cabul (1,066) dan liwat (71 kes). Pada tahun 2007 pula, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan, cabul (2,228) dan liwat, 101 kes. Angka itu terus meningkat pada 2008 iaitu 3,405 bagi kes rogol dan cabul (2,107) dan 130 kes liwat.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes jenayah daripada 209,388 pada tahun 2006 kepada 224,298 pada 2007. Daripada jumlah tersebut, jenayah kekerasan meningkat dari 44,016 kes pada 2006 kepada 49,897 kes pada 2007 (meningkat 5,881 kes atau 13.36 peratus); jenayah harta benda meningkat dari 165,372 pada 2006 kepada 174,401 pada 2007 (meningkat 9,029 atau 5.46 peratus); Kes samun berkumpulan tanpa senjata api meningkat 4,344 atau 159.53 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding dalam tempoh yang sama tahun 2006. Sebanyak 7,067 kes tersebut dilaporkan pada 2007 berbanding 2,723 pada 2006. Kes ugutan jenayah pula meningkat dari 6,699 (2006) kepada 8,119 (2007) - meningkat 1,420 atau 21.20 peratus. Kes mencederakan (seksyen 324/326) meningkat dari 5,843 (2006) kepada 6,806 (2007) - meningkat 963 atau 16.48 peratus. Kes samun berkumpulan bersenjatapi meningkat dari 67 (2006) kepada 77 (2007) - meningkat 10 kes atau 14.93 peratus [Utusan Malaysia, 26/8/2008].
Kesimpulan nya, daripada kerajaan sibuk nak bina menara, sibuk nak bina hub kelab malam, elokla kerajaan gunakan peruntukan yang ada atasi gejala sosial dan masalah jenayah dalam negara. Saya percaya rakyat malaysia tidak gila nak berhibur ataupun gila nak kan menara merdeka. Pada mereka, andai mereka dapat pergi-balik kerja, sekolah dan ke satu-satu tempat dengan selamat, boleh parking kereta dengan rasa senang hati, bebas dari kes rogol, samun dan ragut, dan kes pembunuhan yang semakin berkurangan, kegiatan mencari rezeki menjadi lebih mudah dan murah itu sudah mencukupi. Berhentilah memenuhi keperluan diri sendiri. Sebagai pemimpin, keperluan terhadap rakyat yang perlu di utamakan.



Ameno : Samada kita memilih untuk menjadi kaum yang mengubah, ataupun kaum yang diubah. Kaum yang mengubah ialah kaum yang mengubah segala kejahatan kepada kebaikan. Kaum yang diubah ialah kaum yang dipengaruhi untuk mengubah daripada positive kepada negative. Sejarah sudah membuktikan kepada kita banyak kali dan berulang-ulang kali. Meninggalkan Allah swt dan ajaran nya bererti kita membiarkan diri kita disakiti dunia dan akhirat. Meninggalkan Allah swt juga akan membuatkan diri kita sengsara non-stop. Apakah kita tegar memilih Allah swt dan islam semata-mata mahu menghalalkan pembinaan hub kelab malam di malaysia? Yalah, di malaysia kita cenderung terkenal sebagai negara yang berbilang kaum yang mempunyai kepelbagaian agama. Hiburan dan kelab malam yang sedia ada sudah cukup menghiburkan dan memenuhi tuntutan mereka. Usahlah kita menjadi kaum islam yang munafiq dan fasik. Apabila bercerita tentang keburukan diri, kita cenderung memilih dan membandingkan manusia yang lebih buruk dari kita, kenapa? Contohnya dalam hal 'keakhiratan' (tudung, solat dan sebagainya) kita kena melihat orang yang memakai tudung lebih baik dari kita, orang yang bersolat lebih baik dari kita, orang yang mentadbir negara mengikut lunas-lunas islam lebih baik dari kita. Manakala soal keduniaan (kekayaan, glamour) kita di ajar untuk melihat orang yang lebih rendah dari kita. Andai kita 'kurang kaya' maka ada lagi yang lebih kurang-kurang kaya dari kita. Andai kita kurang cantik dan kurang popular seperti US-ISRAEL maka ada lagi negara negara yang lebih kurang popular dari kita. Apalah erti kepopulariti negara, andai masyarakat malaysia merasa tidak aman, tidak bahagia dan di ibaratkan sebagai pendatang dan penumpang di tanah air sendiri? Jadikanlah kisah dalam Alquran sebagai iktibar, kerana apabila bala datang menjemput, musibah itu akan mengunjungi kita semua tanpa memilih bulu.

Ini Iblis. Bukan Sekadar Binatang

Posted: 30 Oct 2010 07:21 AM PDT

 
7 tahun dicabul bapa

BUKTI...Kamisah menunjukkan laporan polis mengenai pencabulan anak saudaranya.

KUALA LUMPUR: "Sudah tujuh tahun anak saudara saya yang berusia 14 tahun dicabul bapanya sendiri, tapi baru kini rahsia itu terbongkar sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Rawang, Rabu lalu," kata Kamisah Jamal, 31, ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang mendakwa dicabul bapanya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, setiap hari mangsa sering bermuram kerana trauma dengan apa yang berlaku selain tidak menyangka bapa kandungnya yang juga penagih dadah tergamak mencabul kehormatannya sejak kecil.

"Melalui cerita anak saudara saya, dia memberitahu ketika berusia tujuh tahun, bapanya selalu bermain dengan kemaluannya dengan tangan tetapi sejak dua tahun lalu selepas cukup umur, bapanya semakin berani melakukan perkara yang lebih buruk.

"Bapa mangsa yang juga abang kandung saya, sering mengambil peluang menceroboh masuk ke bilik anaknya itu apabila semua ahli keluarga lain tidur dan ada kalanya pada sebelah pagi ketika ibunya pergi bekerja hingga dia tidak terdaya untuk melawan," katanya ketika datang ke Balai Berita, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlanjutan menyebabkan anak saudaranya itu trauma.

"Selepas membuat laporan, saya membawanya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan ada kesan menunjukkan anak saudara saya itu dicabul.

"Saya hanya mahu ayahnya ditangkap kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas anak sendiri," katanya.

Akibat perbuatan terkutuk itu, anak saudaranya itu juga dikatakan sudah beberapa kali cuba membunuh diri.

Kamisah juga tidak berpuas hati apabila kakak iparnya merancang untuk menarik balik laporan yang dibuat kerana tidak mahu suaminya ditangkap.

"Saya hanya minta anak saudara dan dua adik perempuannya dilindungi bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

"Mereka masih muda dan mempunyai masa depan yang panjang untuk dilalui," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kes cabul berkenaan dan akan membuat siasatan lanjut sebelum melakukan sebarang tangkapan.

Zaid, Nurul Izzah peroleh undi terbanyak hari pertama pemilihan

Posted: 30 Oct 2010 07:18 AM PDT

Nurul Izzah Anwar
Datuk Zaid Ibrahim mendahului saingan jawatan timbalan presiden manakala Nurul Izzah Anwar pula berada di depan dalam pertandingan kerusi naib presiden berdasarkan keputusan pengundian membabitkan sembilan cabang pada hari pertama semalam.
Sembilan cabang itu membabitkan lima di Kedah dan empat di Kelantan.
Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima 577 undi manakala dua naib presiden, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub masing-masing memperoleh 374 dan 61 undi.
Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang kali pertama bertanding jawatan naib presiden menerima 494 undi.
Kedudukan beliau disusuli Pengarah Pilihan Raya PKR dan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dengan mengumpulkan 467 undi, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman menerima 462 undi, Pengarah Strategi PKR Tian Chua (430), Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan (304), Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang juga naib presiden (267) dan seorang muka baru R Suresh Kumar (207).
Ansari Abdullah yang bertanding kerusi Parlimen Batu Sapi sekarang mendapat 84 undi, Johson Chong (145), Baru Bian (143), Dominique Ng (51), James Ghani (29), S Manikavasagam (47), Saiman Marjuki (36), Dr Xavier Jayakumar (84), Yahya Shari (58) dan Yusmadi Yusoff (79).
Keputusan pengundian hari pertama dikeluarkan oleh sekretariat pemilihan tengah hari ini.
Hari ini, tujuh cabang di Pahang sedang mengadakan pengundian iaitu Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan dan Pekan manakala enam di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rasah, Seremban dan Telok Kemang.
Lima lagi di Kelantan iaitu Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah dan Pasir Puteh.
Cabang Kulim-Bandar Baharu dan Padang Serai di Kedah juga melangsungkan pengundian, kesemua tiga cabang di Perlis iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.
Sembilan cabang di Perak, negeri yang pengerusinya Mustaffa, juga mengundi hari ini iaitu Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas dan Sungai Siput.
Pengundian berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Pengundian secara berperingkat selama 10 hari masuk hari kedua hari ini.
Ini kali pertama PKR yang berusia 11 tahun mengadakan pemilihan secara langsung iaitu satu ahli satu undi membolehkan kesemua 400,000 ahlinya mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat.
Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang ditandingi 132 calon, undi terbanyak diperoleh oleh Zamri Yusuf (501), Wan Salleh Wan Isa (440), Badrul Amin (430) dan Johari Abdul (358).
Zamri, Wan Salleh dan Johari merupakan pemimpin dari negeri Kedah.
Difahamkan senario kedudukan akan berubah banyak selepas pengundian hari kedua dan ketiga esok.
Sementara itu, pemilihan sayap Wanita menunjukkan penyandang Zuraida Kamaruddin memperoleh 178 undi manakala dua pencabarnya Suraya Sudin dan Animah Ferrar masing-masing memperoleh 98 dan 32 undi.
Gandingan Zuraida bagi jawatan timbalan ketua Wanita, Rodziah Ismail mendapat 192 undi manakala Asmah Abd Kadir pula mengumpulkan 35 undi.
Pengundian jawatan naib ketua Wanita yang menyaksikan sembilan calon bersaing dengan Haniza Talha memperoleh 138 undi dan disusuli oleh Gan Pei Nei (125), Noor Sham Abu Samah (120), Salma Ismail (59), Aisah Lamsah (55), Fellicia Ling (43), Begum Jan Abdullah (24), Rozaini Mohd Rosli (28) dan Rosmah Suly (tujuh).
Di peringkat sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan pula penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin bersaing rapat.
Shamsul Iskandar memperoleh 136 undi manakala Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" mendapat 127 undi.
Gandingan Shamsul Iskandar bagi kerusi timbalan ketua AMK, Khairul Anuar atau Jonah memperoleh 193 undi berbanding Adun Teja Chang Lih Kang, dari barisan Badrul Hisham, menerima 54 undi.
Seramai 11 calon bertanding kerusi naib ketua AMK.
Azmizam Zaman Huri mendapat 156 undi, Chan Ming Kai (62), Erveana Ansari Ali (113), Farhash Wafa (43), Kesavan (39), Lee Khai Loon (32), Nazree Yunus (43), Nicholas J Guntobon (23), Rozan Azen Mat Rasip (24), V Sivam (96) dan Yunus Jamhari (51).

Najib : Trust me.. dengan menghapuskan pasar malam..

Posted: 30 Oct 2010 07:16 AM PDT

Salah satu pelan ETP yang di asaskan oleh najib ialah menghapuskan pasar-pasar malam di seluruh malaysia. Aishh.. buruk sangat ke peniaga-peniaga pasar malam tue najib? Rasanya kat mana-mana negara pun ada pasar. Tak kiralah pasar malam ke, pasar biasa ke, pasar pagi ke, pasar petang ke, pasar basah ke. 


Tujuan najib nak hapuskan pasar malam ini adalah disebabkan pasar malam ini takde class. tak sama macam hub kelab malam high class yang najib nak bina. Dan tak sama macam menara merdeka high class yang macam najib bayangkan. Dan, rata-rata peniaga pasar malam ini ialah golongan yang berpendapatan rendah dan serdahana. Tak kiralah bangsa apa pun, asal kita pergi pasar malam aje, kat situla kita nampak kepelbagaian bangsa duduk berkumpul dan berjalan kat satu tempat untuk mencari makanan ataupun membeli barang-barang yang di ingini. 


Namun, sayang nya, PBT kawasan yang gagal membanteras peniaga warga myanmar dan thailand daripada terus berniaga berniaga di pasar malam. Sudahlah warga melayu kena bersaing sesama sendiri untuk berniaga. Kini mereka terpaksa pula bersaing dengan warga asing. Dulu, warga indonesia. Kini tambah lagi beberapa warga asing dari myammar dan thailand. Esok lusa, bangla, nepal pun ada. 


Ingatkan najib nak la membantu peniaga pasar malam neh..rupanya haram.. langsung tidak. Peniaga pasar malam neh, bukan macam peniaga kat kedai-kedai tetap. Mereka perlu angkut payung, dan barang perniagaan. Mereka perlu kemas, tiap-tiap kali sebelum dan selepas berniaga. Kalau meletakkan mereka ke dalam premis, siapa boleh jamin mereka boleh bertahan? Dan siapa boleh jamin bahawa mereka boleh dapat premis/tapak tersebut? Kalau nak buat macam petaling street tue okeylah, tetapi mampu ke kerajaan nak buat demikian kat semua tempat termasuk kampung-kampung kecil? Kalau tak mampu, adakah peniaga - peniaga pasar malam ini terpaksa berhenti kerja dan mencari kerja lain?????


Peniaga pasar malam neh, berniaga di kawasan yang berbeza pada tiap-tiap malam. Bukan customer yang mencari mereka. Tetapi mereka yang mencari customer. Inilah konsep peniaga pasar malam. Sebab itulah tapak perniagaan mereka tidak tetap pada setiap hari. Mereka mendekati customer dengan mengunjungi tempat/kawasan yang menganjurkan pasar malam.


Apa yang amat dikesali, melalui cadangan ini, najib mahu menyatukan beberapa pasar malam menjadi satu kawasan. Inilah rancangan yang tak munasabah. Adakah najib mampu menjamin bahawa kesemua peniaga pasar malam ini, akan diberikan tempat yang STRATEGIK dan LAYAK mendapat TEMPAT perniagaan?


Jangan ingat bila berniaga pasar malam, boleh masuk mana-mana tapak jer. Kena ada tempat yang strategik juga. Ini, siap nak gabungkan beberapa pasar kepada satu pasar. Entahlah, siapa boleh jamin bahawa kita semua yang tinggal di kawasan yang berbeza boleh mengunjungi tempat itu? Siapa boleh jamin bahawa setiap peniaga yang berniaga pasar malam memang akan mendapat tapak tanpa sebarang dikriminasi?


Kesudahan nya, jadilah kita seperti penduduk sabah ini. Konon nya, sabah adalah negara terkaya di malaysia. Tetapi melihat rumah ini, kita akan terfikir 100x .. apa yang kaya nya? Kekayaan mereka di curi, sampai calon ahli parlimen PKR jatuh dua kali ketika berkempen.






Ameno : Lue fikirlah sendiri, hanya rakyat yang memahami rakyat bukannya pemimpin macam lue! Trust you? I trust Allah swt only.


Artikel ini adalah respon balas dari sini

Bukti BN bertindak ZALIM: Kerana sokong Pakatan Rakyat, subsidi baja ditarik

Posted: 30 Oct 2010 07:14 AM PDT



Kerana sokong PR, subsidi baja getah ditarik

GUA MUSANG, 29 Okt: Umno kini benar-benar terdesak dalam misi merampas Kelantan apabila kemarahan mereka dilepaskan kepada masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.

Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah.

"Nama kami dibuang serta merta dari senarai penerima baja bantuan tanaman getah. Sedangkan sebelum ini bantuan baja diberi tanpa sebarang masalah.

"Ini menggambarkan Umno benar-benar terdesak kerana bantuan baja bukan dari sumber duit Umno sebaliknya hasil cukai yang dibayar rakyat," katanya kesal, ketika ditemui di sini.

Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .

PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.

Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.

Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah.

Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.

Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.

Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

"Masyarakat Tionghua di Kelantan mempunyai pendirian politiknya tersendiri kerana mereka sudah lama berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dan tahu apa yang telah dilaksanakan bagi manfaat mereka," kata beliaui.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.

"Kita tengok pergerakan jentera parti kita boleh memberi kelebihan dan keyakinan kepada semua pihak untuk menyokong calon PAS, " ujarnya.

Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

VIDEO rakaman panggilan HOT.FM: Pesan Tok Guru kepada pemain dan penyokong pasukan Kelantan

Posted: 30 Oct 2010 07:13 AM PDT



Kelantan janji wang tunai buat The Red Warriors

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Tidak seperti musim lalu, kerajaan negeri Kelantan akan memberi imbuhan berupa wang tunai kepada pemain pasukan bola sepak The Red Warriors Kelantan yang berjaya ke final Piala Malaysia musim ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemberian wang tunai tersebut ekoran kerajaan negeri merasakan ianya lebih sesuai berbanding imbuhan menunaikan umrah yang diberikan musim lalu.

"Imbuhan ada, tahun lepas kita bawa ke tanah suci, tapi dapat dirasai oleh suami sahaja, isteri tak dapat rasa apa-apa.

"Jadi tahun ini kita ubah teknik sikit, kita bagi wang tunai supaya suami sebagai pemain dapat rasa, isteri sebagai penonton dapat rasa, anak-anak pun seronok," katanya kepada stesen radio HotFM semalam.



Beliau bagaimanapun tidak memberitahu berapa jumlah yang akan diberikan kepada setiap keluarga pemain tersebut.

Sabtu, 30 Oktober ini, Kelantan akan berdepan pasukan Negeri Sembilan, pada Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Bukit Jalil.

Pertemuan ini adalah kali kedua berturut-turut selepas bertemu pada peringkat akhir musim lalu dengan kemenangan milik Negeri Sembilan 3-1.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengingatkan penyokong Kelantan yang akan hadir ke stadium agar menjaga adab dan tatasusila dan tidak menimbulkan kekecohan.

"Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.

"Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab," katanya penuh harapan.

Beliau bagaimanapun optimis Kelantan mampu membawa pulang Piala Malaysia ke negeri itu pada pertemuan Sabtu ini.



"Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya," tambahnya.

Ditanya pengalamannya bermain bolasepak, beliau memberitahu meminati sukan itu sejak kecil.

Malah katanya lagi, bahagian lututnya kini masih terdapat kesan kececederaan akibat bermain bolasepak sebelum perang Jepun lagi.

"Saya muda dulu main bola sebelum perang Jepun, ketika itu saya duduk pondok.

"Lepas Asar main bola, kawan saya sepak, kena lutut kanan saya smpai hari ni cedera. Orang tak tahu tu.

Beliau turut memberitahu, selain bermain bola sepak, beliau juga aktif dalam sukan berkuda.

"Ayah saya ada empat ekor kuda, kami empat beradik berlumba kuda.

"Bila saya menang, saya lepas tangan atas kuda tu, tiba-tiba biawak melintas, kuda terkejut dan berhenti mengejut, jatuh la saya.

"Lutut saya rosak sebab bola, belakang saya rosak sebab kuda, jangan main-main," ceritanya. - HD

Must Read !!! Koleksi kisah murtad di malaysia..

Posted: 30 Oct 2010 07:08 AM PDT



Rupanya baru kini saya sedar, kes murtad di kalangan orang islam khususnya orang melayu bukanla boleh di anggap satu lagi kes terpencil. Bayangkan pada tahun 1997, disahkan bahawa 3,000 orang melayu/islam telah murtad, keluar dari agama nya dan memilih untuk masuk ke dalam agama lain ataupun menjadi atheis (tidak ber-agama), dan setelah hampir 13 tahun berlalu, kes murtad ini rupanya telah berkembang dan membiak. Menurut stastitik yang dicatatkan oleh jabatan pendaftaran negara mengesahkan bahawa hampir 250ribu umat islam telah murtad di malaysia. Dan, ya persoalan pokok masih menjadi tanda tanya, di manakah langkah-langkah pencegahan yang kita ada untuk atasi permasalahan ini?


Ikuti pembacaan ini, siri koleksi kisah murtad yang pernah mengemparkan negara suatu ketika dulu, semoga ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita, untuk kita renungi bersama..


kisah satu.


Pernah dengar nama nor aishah bokhari? ketika kes ini hangat diperkatakan, saya sebenarnya masih kecil, dan tidak tahu. baca petikan ini ;






Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh peguam Zulkifli Nordin.
Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut. 1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anaknya dimurtadkan di rumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.
Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak.
Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal .
Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri rasa hairan macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Butir asal permohonan...
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik".
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.
 Di manakah wanita tersebut kini berada? Baca link ini utk mengetahui kisah Nor Aishah Bokhari yang terkini.




Kisah dua


Baca petikan ini, rasa macam nak menangis aje, tegar seorang anak memperlakukan ahli keluarga sendiri seperti itu?




Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad.
Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.
Menggelupur dia depan kedai tu. Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapanya pukul boyfriend dia.
14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta.
Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul Hindu), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu ditembak oleh seorang yang tak dikenali.
Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan. Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Baca sini lanjut pasal Hartina Kamaruddin yang lengkap.


Kisah tiga




Baca petikan ini, luahan dari ibu azalina aka lina joy




Assalamu'alaikum,



Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ. Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.

Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya.

Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna. Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.

Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang". Kata kakanya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya.

She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

Lihat iniini dan ini


kisah empat




Saya percaya, ramai rakyat malaysia mengetahui kisah natrah, sedikit sebanyak, kisah ini bolehla di anggap permulaan, titik tolak bermula nya gejala murtad secara besar-besaran di negara kita, yang direlakan pula oleh sistem pemerintahan negara kita..


baca petikan ini ;


kisahnya menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah Mohamed dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungannya di Belanda, setelah itu dia diKristiankan semula dengan nama Bertha Hertogh.Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.


Baca sini pasal kisah natrah.


Ameno : Rupanya kehidupan natrah setelah dipaksa kembali ke negeri kelahiran nya, dan dipaksa untuk memeluk kristian, tidak sebahagia yang kita lihat.. dia tertekan dan khabarnya pernah di sahkan sebagai gila.. akibat tekanan, dan suami nya mansor adabi, sehingga mati mempertahankan akidah natrah aka bertha. Turut menarik perhatian saya ialah kisah suzie teoh.. baca petikan ini




Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.
2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.
Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu.
Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Kesimpulan yang saya boleh buat dari beberapa kisah murtad neh (dan banyak lagi yang tidak di war2 oleh media BN, konon nya untuk menutup kisah perkauman, sedangkan ini bukan isu perkauman, ini isu akidah) ialah mahkamah kita lemah, dan tidak melindungi akidah umat islam. Undang-undang sekular yang negara kita amalkan kini, sedang menikam kita dari segenap sudut dan segi. Apakah jalan penyelesaian, yang kita ada kini? 


Baca petikan ini yang lebih memilukan, mungkin tidak ramai yang tahu, ini termasukla diri saya..


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Apa itu IFC? IFC = Persatuan MELAYU christian. Dan IFC pernah menghantar satu memorandum kepada PM malaysia untuk meminta 15 perkara, dan di antara ialah ; 


1. Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.
2. Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama




3.  Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.         
4. Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5.Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6.Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7.Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.
8.Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9. Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10.Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11.Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12. Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
Kita di ludah di negara kita sendiri? dan apa peranan yang kerajaan kita buat bagi mengatasi perkara seperti ini? Tiada, melainkan menutup kelemahan mereka, dan kelemahan sistem undang2 mereka.. sampai bila kita selaku rakyat islam akan tertindas di bumi  sendiri? bangsa? tidak sepenting agama saya.
Untuk makluman : Artikel ini, adalah bertujuan untuk menyedarkan kepada umat islam betapa bahaya nya gejala murtad yang berleluasa di malaysia, bukan untuk menghina, mengutuk ataupun mencaci mana2 kaum, jika ada perkataan saya yang tidak sopan, yang menyinggung perasaan pembaca, saya meminta maaf dengan seikhlas ahti.

pemudamuadzam

Posted: 30 Oct 2010 01:21 PM PDT

pemudamuadzam


Hub Hiburan : Idea terdesak Be End?

Posted: 30 Oct 2010 02:23 AM PDT

Lebih 26 juta rakyat Malaysia di kejutkan dengan cadangan terbaru Dato' Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan. Bukan sekadar siang tapi malam juga! Dari manakah agaknya datang idea yang langsung mengarut ini?

Sudahlah kita dibebani dengan masalah dadah , zina , buang bayi , samseng dan sebagainya akibat berpunca dari industri hiburan yang terlampau kini ada pula cadangan untuk menambahkan lagi pekung di dada. Apa sudah jadi dengan tranformasi besar yang dilaung-laungkan? Ke manakah halatuju pembangunan negara jika satu masa nanti hiburan menjadi teras kepada pembangunan ekonomi? Apakah kita bercita-cita ingin menandingi Hollywood , Bangkok atau Bali di indonesia?

Baru sahaja berlalu zaman pentadbiran Pak Lah dengan Islam Hadhari yang ingin melahirkan modal insan yang bertakwa dan maju kini ada pula suara dari pihak kerajaan yang seakan sudah kebuntuan idea hingga melihat hanya industri hiburan sahaja lubuk bagi mendapatkan hasil dan memajukan negara. Sesungguhnya cadangan ini tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin yang kononnya berjiwa besar seperti Najib.

Tidakkah kita melihat kerosakan institusi massarakat hari ini kebanyakan bermula daripada hiburan yang melampau? Di Kelab-kelab dangdut atau pub contohnya telah dibuktikan bahawa disitulah anasir-anasir jenayah berlingkar berleluasa. Berapa puluh kilogramkah dadah yang dirampas oleh pihak berkuasa semasa serbuan di tempat-tempat sebegini dari dulu? Ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan pusat hiburan sebagai lokasi menagih malah mengedarkan najis sebegini. Itu belum lagi GRO-GRO haram (?) yang saban malam diberkas polis dalam serbuan di kelab malam seluruh negara.Zina? pergaulan bebas? Mabuk? Seakan menjadi pakej lengkap apabila manusia terlampau kemaruk untuk berhibur.

Walaupun di peringkat cadangan tapi ianya memang tidak sepatutnya dicadangkan. Apatah lagi di saat krisis moral yang kian tidak terbendung kebelakangan ini.

Tidak adakah cara lain untuk memajukan negara? Para pelancong yang datang ke Malaysia bukanlah kemaruk untuk berhibur siang dan malam. Mengapa tidak di angkat kecantikan budaya timur sebagai pemangkin utama dalam sektor pelancongan seterusnya memacu ekonomi negara? Yang jelasnya setakat ini para pelancong luar dan dalam negara hanya bertumpu di kota-kota besar serta pusat peranginan mewah dan tidak ke ceruk-ceruk kampung meninjau kehidupan masyarakat Malaysia yang unik dan majmuk.

Inilah bahananya jika pelancongan itu di istilahkan dengan pembangunan material buatan manusia yang hebat-hebat!

Di sini rakyat dan Melayu khususnya dapat menilai sejauh manakah kebolehan Barisan Nasional dalam mentadbir negara jika diberikan mandat lima tahun lagi. Pemikiran rakyat jauh ke depan sementara pemikiran pemimpin mereka seakan mundur ke belakang!.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 30 Oct 2010 01:12 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


TGNA - Umno Terus Keliru

Posted: 29 Oct 2010 05:48 PM PDT

Umno Lebih Islamik ????

Posted: 28 Oct 2010 02:45 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 30 Oct 2010 11:22 AM PDT

Batu Gajah Mari


Live from Galas: (GAMBAR) UMNO tipu kelulusan pendidikan calon

Posted: 30 Oct 2010 05:29 AM PDT


klik gambar untuk besarkan

UMNO menggunakan taktik kotor dengan membohongi rakyat tentang status kelulusan pendidikan calon BN. Semasa penguguman calon tempoh hari, menyatakan bahawa calon BN berkelulusan SPM sahaja. Tetapi melalui penyebaran risalah di DUN Galas menyatakan calonnya berkelulusan Sarjana Muda Pengajian di UUM.

bak kate penduduk di Galas "kalo tok tipu buke UMNO namo nyo".


berita terbaru menyusul...

Live from Galas:(GAMBAR) UMNO Selitkan risalah fitnah di surat khabar

Posted: 30 Oct 2010 12:50 AM PDT


klik untuk besarkan

Teman singgah Makan di Bandar Gua Musang. Saya saje membaca akhbar di gerai tersebut. Akhbar tersebut terselit satu risalah berbaur fitnah. Tengok gambar diatas.

Inilah taktik busuk UMNO/BN untuk mengelirukan rakyat Dun Galas.


berita terbaru menyusul....

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 30 Oct 2010 09:30 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Risalah Rosmah Mansor untuk edaran

Posted: 29 Oct 2010 10:16 PM PDT



Diterbitkan oleh Unit Penerbitan Lajnah Penerangan & Dakwah Pemuda Dun Sura

Pemuda Guchil

Posted: 30 Oct 2010 09:18 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 30 Oct 2010 09:14 AM PDT

Jasindaily Online


HUB HIBURAN : KERAJAAN BN TAJA HEDONISM BERTERUSAN

Posted: 30 Oct 2010 08:02 AM PDT

PAS Kawasan Gerik

Posted: 30 Oct 2010 09:19 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


PAS minta 1,557 pengundi luar pulang

Posted: 30 Oct 2010 05:59 AM PDT

Dzulfikar Mashoor

GUA MUSANG: Seramai 1,557 pengundi luar dirayu supaya pulang membuang undi dalam Pilihan Raya Kecil Galas pada 4 November depan, kata Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat (JPPP) itu, PAS negeri sedia menanggung kos perjalanan pulang khususnya mereka yang pulang dari Lembah Klang dan Johor.

"Semua minta rayu mereka balik, kita bayar kos perjalanan mereka," ujarnya.

"Kalau pengundi luar tak balik (mengundi), kita ada risau juga, kalau peratusan pengundi luar menurun, akan memberi kesan.

PAS negeri, katanya sedia memberi RM200 dan RM250 kepada pengundi luar dari Lembah Klang dan Johor.

"Kita ada kaedah tersendiri, apabila balik (ke Galas) datang ke UPU dan kita buat semakan daftar pemilih," ujarnya.

Majoriti mereka katanya, merupakan pengundi muda yang mempunyai kecenderungan politik kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terus terang mereka ini adalah pengundi muda dan pengundi muda kebanyakannya sokong Pakatan Rakyat," ujarnya.

Bagaimana pun, beliau optimis dengan kepulangan pengundi luar akan mengekalkan 81 peratus keluar mengundi sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Malah katanya, peningkatan peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil kali ini mampu memenangkan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed pada pilihan raya kecil kali ini.

Pun begitu, beliau berkata, PAS menyimpan sedikit rasa risau sekiranya peratus keluar mengundi di kalangan pengundi luar menurun.

"Kalau peratusan turun mengundi mereka turun (berkurangan), akan memberi kesan," beliau menambah.

Sebanyak 675 pengundi luar berdaftar adalah berbangsa Melayu manakala 217 adalah Cina.

Hari pembungan undi yang jatuh pada hari bekerja dijangkakan akan mempengaruhi mood rakyat keluar mengundi.

Gambar kunjungan Tok Guru, & calon Pas Dr Zul ke hospital

Posted: 30 Oct 2010 05:44 AM PDT





Kehadiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama calon PAS Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamed ke Hospital Gua Musang pagi tadi mengejutkan banyak pihak termasuk pesakit.
Ramai pesakit terkejut dengan kehadiran Menteri Besar pada jam 8.45 pagi dan sempat melawat pesakit di wad dengan ditemani pegawai perubatan.

Malah pada kesempatan itu juga beliau dan Dr Zul menziarahi anak seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada awal pagi.

Tuan Guru tidak sempat hendak menziarahi lebih ramai pesakit kerana terpaksa bergegas pulang bagi menghadiri program penutup Pesta Air Kelantan di Kota Bharu pada sebelah petang.

Dr Zul ketika ditemui berkata, beliau melahirkan rasa terharu di atas sokongan padu seorang ulama terkenal ketika saat-saat genting bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas pada 4 November ini.

"Saya amat terharu di atas sokongan Tok Guru yang sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Saya sangat terharu di atas komitmen tinggi beliau biar pun dalam keadaan kepenatan namun tetap datang ke sini," katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memberitahu kehadirannya ke hospital dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana menziarahi pesakit sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan mereka.

"Ajaran Islam sendiri amat menuntut umatnya menziarahi sesiapa sahaja yang sakit dan kalau ada kematian, kita juga disuruh membantu keluarga tersebut sehinggalah ke tanah perkuburan," ujar beliau.

Selepas lawatan tersebut beliau bergegas ke RPT Sungai Terah menghadiri program Cakna Rakyat kemudian menunaikan solat di Masjid Batu Papan.

Pada sebelah petang menziarahi kematian seorang penduduk. Manakala sebelah malam menghadiri ceramah di Markas Penerangan dan Pasti Lepan Tupai.

Sumber: http://batuvskayu.blogspot.com/

i n t a n h i j a u

Posted: 30 Oct 2010 07:20 AM PDT

i n t a n h i j a u


BEGINI LE AKHLAK ORANG UMNO... / بݢينيله اخلاق اورڠ امنو...

Posted: 30 Oct 2010 06:51 AM PDT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, sebentar tadi. 
 
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

"Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP," kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.

Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.

Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah," kata Menteri Besar.

Ustaz Nor terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.

Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.

Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.

Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.

"Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi," katanya.

Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.

Aksiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah.
-harakahdaily

UMNO PERALAT AGAMA : SATU FAKTA, BUKAN FITNAH / امنو ڤرالت اݢام : ساتو فکتا، بوکن فتنه

Posted: 30 Oct 2010 02:58 AM PDT


Parti Islam Semalaysia Pas, menegaskan memang umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz umno  disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak booleh masuk masjid, ditolak dnegan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.  Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. 

Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam umno  yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat.  Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. Pas menyeru supaya orang agama tinggalkan  sahaja umno, sertailah Pas. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.

GALAS : KEMPEN UMNO TERDESAK / ݢالاس : کيمڤين امنو تردسق

Posted: 29 Oct 2010 09:24 PM PDT


GUA MUSANG, 30 Okt: Siri kempen Pilihan Raya Kecil Galas memperlihatkan Umno terus terdesak apabila cuba menyamakan bentuk kerjasama Umno-MCA dengan PAS-DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bentuk kedua-dua kerjasama tersebut adalah sangat jauh berbeza di mana Umno perlu wala' (patuh) kepada MCA biarpun terpaksa menggadai perinsip Islam.

Manakala dalam hubungan PAS-DAP, kedua-duanya hanya bertahaluf (berkerjasama) atas perkara yang sependapat, tanpa menyentuh atau menggadai perinsip Islam.

"Ada dua kerjasama- kerjasama tahaluf, iaitu satu kesefahaman di dalam menentang kezaliman dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.

"Kerjasama kedua ialah kerjasama wala' yang memberi kelonggaran kepada Islam dengan menggadaikan ketetapan Islam sehingga sanggup menentang Islam," katanya.

Beliau menjawab dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di kawasan masyarakat Orang Asli Galas bahawa, PAS hanya membuat fatwa 'ikut suka' demi kepentingan diri.

Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi pada satu ceramah di sini yang menjelaskan kerjasama PAS-DAP adalah tidak salah dan berbeza dengan kerjasama Umno-MCA.

Semalam, memberi respons isu sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz melahirkan rasa hairan di atas sikap 'buat-buat tak faham' Umno melihat perbezaan tersebut.

"Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan.

"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

"PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

"Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

"Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya.

SIAPA SEBENARNYA CALON BN DI GALAS..AZIZ atau KU LI? / سياڤا سبنرڽ چالون باريسن ناسيونل

Posted: 29 Oct 2010 04:45 PM PDT

 

GALAS, 29 Okt - Bahang pilihanraya kecil N.45 Galas semakin hangat, apabila pelbagai sepanduk dinaikkan oleh parti yang bertanding. Namun begitu, timbul persoalan apabila sepanduk yang dinaikkan oleh BN lebih banyak menentang calon PAS dan menonjolkan pengarah pilihanraya mereka, Ku Li berbanding calon.

"Ku Li jaga hak kita", "Ku Li Intelek" dan sebagainya, namun tiada langsung sepanduk mempromosi calon mereka sendiri, Abdul Aziz Yusof, seolah-olah beliau tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk dijadikan modal kempen.
Senator Mumtaz Md Nawi ketika ditanya berhubung perkara ini, beliau berkata; "Perkara ini sudah biasa di dalam politik Umno.  Perlantikan Ku Li sebagai pengarah jentera pilihanraya Umno hanyalah helah mereka. Tidak pelik kalau mereka menentang Ku Li di dalam isu royalti tetapi mengiktiraf Ku Li di Gua Musang."

Ujarnya lagi, "Encik Aziz tidak bersalah di dalam perkara ini. Umno meletakkan calon mereka berdasarkan hierarki jawatan di dalam parti, bukan berdasarkan kemampuan individu seperti yang diamalkan PAS. Oleh itu tidak hairan jika mereka mempertaruhkan mana-mana individu tetapi mempromosi individu lain kerana semua ini adalah untuk kepentingan politik mereka."
"Namun rakyat kena pilih calon yang bertanding, bukannya pengarah pilihanraya".
"Apa guna pengarah peperiksaan yang berhempas pulas membaca sedangkan yang harus menjawab soalan peperiksaan adalah calon. Begitulah yang dibuat Umno."

"Mereka berkempen dan menaikkan sepanduk Ku Li  seolah-olah yang bertanding adalah Ku Li bukannya Abdul Aziz kerana mereka tahu Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat di sini. Namun prestasi pengarah tidak mencerminkan prestasi calon." tegas beliau.

SYABAS DR. JEYA... / شابس دوکتور جيا

Posted: 29 Oct 2010 04:26 PM PDT





Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."
"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

PAS TAMBUN

Posted: 30 Oct 2010 01:07 AM PDT

PAS TAMBUN


CERAMAH BAJET QARUN

Posted: 29 Oct 2010 09:32 AM PDT

CERAMAH PERDANA

"BAJET QARUN"


PENCERAMAH

YB DR IDHAM LIM ABDULLAH
(ADUN TITI SERONG)

YBHG SUBKY LATIF
PENULIS TAMU HARAKAH & SIASAH


TARIKH
30 OKTOBER 2010
(sabtu malam ahad)

MASA
8.45 MLM

TEMPAT
LORONG DATO', KG MANJOI , IPOH


ANJURAN
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAMBUN
PAS CAWANGAN MANJOI


PERSEMBAHAN CERAMAH BERMULTIMEDIA


SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 30 Oct 2010 01:03 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Lima negeri dapat ketua polis baru

Posted: 30 Oct 2010 10:47 AM PDT

22 Zulkaedah 1431H.

Empat naik pangkat, satu berpindah

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam mengumumkan penstrukturan semula kepemimpinan pasukan itu yang membabitkan kenaikan pangkat dan pertukaran ketua serta timbalan ketua polis negeri.

Pelantikan berkuat kuasa serta-merta itu membabitkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang menggantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Selangor dan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani menggantikan Datuk Robiah Abdul Ghani sebagai Ketua Polis Pahang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika mengumumkannya pada persidangan media selepas mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) di Bukit Aman semalam, berkata penstrukturan semula semua jawatan adalah lanjutan daripada pelantikan empat Pengarah Jabatan yang diumumkan pada 13 Oktober lalu.

"Pelantikan dibuat dengan mengambil kira semua aspek termasuk pengalaman, kebolehan, kemampuan dan kredibiliti mereka. Saya yakin mereka mampu mengendalikan dan memastikan kesinambungan era baru ke arah memartabatkan pasukan polis," katanya.

Mesyuarat SPP di Bukit Aman semalam, dipengerusikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Pada 13 Oktober lalu, Ismail mengumumkan Khalid dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman; Robiah sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman; Datuk Noor Rashid Ibrahim sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman dan Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan sebagai Pengarah JSJ Komersial.

Ismail turut mengumumkan jawatan Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan diisi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Perkhidmatan/Jawatan PDRM, Datuk Ahmad Ibraham, manakala Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Hamzah Taib menggantikan Datuk Noor Rashid Ibrahim sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur, menggantikan Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, manakala Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Datuk Amar Singh Ishar Singh dilantik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, menggantikan Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata, jawatan ketua polis negeri serta jawatan berkaitan yang belum diisi akan dilaksanakan pada pertengahan bulan depan selepas SPP bermesyuarat buat kali ketiga.

Selain itu, beliau mengumumkan tiga Pengarah Jabatan PDRM dinaikkan gred ke Jusa A, iaitu Pengarah Cawangan Khas Datuk Akhil Bulat; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin; dan Khalid.

"Mesyuarat turut mengesahkan jawatan yang dipangku seramai 53 pegawai kanan polis berpangkat Superintendan sehingga Deputi Komisioner Polis. Nama pegawai lain yang belum disenaraikan bagi tujuan kenaikan dan pertukaran pangkat akan diumumkan pertengahan November apabila SPP dijadualkan bermesyuarat," katanya.

PRK DUN GALAS - PAS JANGAN TERLALU MENJAGA MARUAH KU LI, MARUAH PAS PERLU DIUTAMAKAN

Posted: 30 Oct 2010 09:32 AM PDT

22 Zulkaedah 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG benarlah ramalan ramai pihak bahawa perlantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas sedikit sebanyak membuatkan Umno `lega'. Tidak seperti sebelum ini, Umno akan diserang habis-habisan oleh PAS sehinggakan Umno `sesak nafas' dan semput di petengahan kempen. Kali ini kita lihat Umno begitu `rehat' sekali dan ini menunjukkan PAS masih belum `menukar gear'nya dari `gear satu' selepas hari penamaan calon.

Faktor Ku Li dikatakan menjadi penyebab PAS kelihatan `slow'. Mungkin PAS Kelantan khususnya lupa bahawa Ku Li kini sedang bertungkus lumus berjuang untuk Umno, bukannya berjuang untuk mendapatkan royalti minyak Kelantan. Memang benar, Ku Li tetap berprinsip membela hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak yang dirampas itu tetapi pada waktu ini, di saat ini Ku Li sedang berjuang untuk Umno. Ku Li mahu rampas kerusi Dun Galas dari PAS untuk di`sedekah'kan kepada Umno. PAS jangan lupa hal ini.

Justeru itu, PAS tidak lagi boleh terlalu memandang tinggi atau menghormati Ku Li lebih daripada menghormati maruah PAS. Jatuhnya nanti kerusi Dun Galas kepada Umno akan menyebabkan maruah PAS tercalar dan jika Umno menang sekalipun, adakah PAS Kelantan akan mendapat semula royalti minyak yang dirompak itu? Sudah tentu tidak. PAS mesti bangun dan berani berdepan dengan Ku Li untuk menunjukkan kepada Ku Li dan Umno bahawa PAS tidak akan menjual maruahnya semata-mata `budi' Ku Li.

Dikatakan jentera Umno kini sedang giat mempengaruhi pengundi-pengundi terutamanya di kalangan kaum Cina dan masyarakat orang Asli. Jika PAS lambat untuk bertindak atau bertindak sambil lewa, tidak mustahil Dun Galas berjaya dirampas oleh Umno. Pakatan Rakyat juga harus turun semaksima mungkin membangunkan PAS, bersama-sama berdepan dengan Umno/Bn. Strategi mestilah diatur sebaik mungkin dan kempen perlu dipergiatkan seperti di dalam beberapa pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh diketengahkan oleh PAS di dalam pilihanraya kecil ini. Isu royalti minyak sebenarnya sudah difahami oleh sebilangan besar rakyat Kelantan. Isu tempatan juga patut didedahkan oleh PAS kerana isu tempatan kini menjadi berita dan propaganda media mereka. Isu nasional juga boleh diketengahkan terutamanya yang melibatkan isu agama seperti langkah kerajaan untuk menubuhkan Hub-Hiburan termasuk isu Festival Busana Islam yang ditaja oleh isteri PM itu. Bajet `seluar dalam' mungkin memberi kesan kepada rakyat bawahan yang kini tertekan dengan kenaikan harga barang. Isu wang rakyat dibazirkan dengan membina bangunan 100 tingkat juga isu nasional yang memberi kesan kepada rakyat bawahan.

Mengikut kenyataan di dalam Malaysiakini, PAS kini `menyimpan' beberapa isu untuk melihat terlebih dahulu apakah isu dari pihak Umno. Ini bererti PAS akan menyerang apabila diserang. Ini satu strategi yang tidak bijak kerana membenarkan Umno menyerang terlebih dahulu. Membuat serangan adalah lebih baik dari membalas serangan. Pasukan bola sepak Kelantan yang berjaya ke Final Piala Malaysia juga adalah kerana strategi B.Sathianathan yang mahukan pasukannya menyerang seawal tiupan wisel lagi. /wfauzdin.bogspot.com

Gagal salur peruntukan, MP heret k'jaan ke mahkamah

Posted: 30 Oct 2010 09:21 AM PDT

22 Zulkaedah 1431H.

Ahli parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa "peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik."

"Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya," kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

Malaysiakini/-

11 Tips Menghindari Marah

Posted: 29 Oct 2010 04:45 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : nina mazrina

MARAH

"Saya seorang yang pemarah"… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan!!!…

IMAM Syafie ada menegaskan: "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.".

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Hak seorang balu terhadap agihan harta

Posted: 29 Oct 2010 04:27 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Uda Firdaus Abd Rahim

Suami merupakan tulang belakang yang mencorak dan menjamin kesinambungan serta keutuhan sebuah institusi kekeluargaan. Tanpa suami, secara tidak langsung berlaku kepincangan dalam hidup isteri.

Sehubungan itu wanita perlu bersedia mental dan fizikal menghadapi segala kemungkinan khususnya apabila suami meninggal dunia. Ini kerana mereka bakal kehilangan tempat bergantung sedangkan hidup mereka mesti diteruskan dan nasib mereka yang bergelar balu terbela. ).

Janganlah kerana ceteknya pengetahuan mengenai hak, ada pihak yang menuding jari menyalahkan undang-undang syariah yang menjadi teras dalam agama Islam dan didakwa sebagai tidak adil.

Tidak kurang juga yang menganggap undang-undang pembahagian harta dalam Islam 'tidak terpakai' sehinggakan mereka sanggup memanjangkan tuntutan ke Mahkamah Tinggi Sivil apabila tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah.

Justeru, kepintaran seseorang balu membuat tuntutan setelah mengetahui haknya adalah penting. Ini kerana semuanya sudah termaktub dalam undang-undang dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan hak mereka jika mahkamah telah membuat satu ketetapan.

Malahan terdapat balu yang tidak mengetahui bahawa mereka juga berhak menuntut nafkah mengikut Seksyen 72(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, daripada waris suami untuk membesarkan anak yang masih belum mencapai umur baligh agar hidup lebih terjamin.

Sebagai pengamal undang-undang yang berpengalaman bertahun-tahun mengendalikan tuntutan harta, peguam sivil dan syarie, Dr. Mohd. Radzuan Ibrahim berpendapat stigma negatif terhadap undang-undang syariah khususnya hak seorang balu ke atas harta peninggalan arwah suaminya perlu diperbetulkan.

Dalam soal ini, Mohd. Radzuan memberikan sedikit panduan apakah yang perlu dilakukan oleh isteri sebaik-baik sahaja bergelar balu.

Sebenarnya seseorang balu perlu memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah untuk menuntut hak sepanjang perkongsian hidup bersama arwah suami. Ia bagi menjamin kebajikan balu supaya mendapat bahagian harta yang lebih sebelum ia dibahagikan mengikut faraid kepada waris yang lain.

Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan sumbangan langsung dan tidak langsung si balu dalam pemerolehan harta sepencarian tersebut. Turut diambil kira dan diberikan merit yang munasabah adalah sumbangan balu menjaga anak dan menguruskan rumah tangga.

Beliau berkata, setelah Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah bagi prosiding harta sepencarian, baharu seseorang balu boleh memfailkan permohonan pembahagian harta pusaka mengikut kaedah faraid.

Dari segi hukum, faraid telah menetapkan bahawa balu berhak ke atas 1/4 bahagian harta suami sekiranya tidak mempunyai cahaya mata berbanding 1/8 bahagian jika ada anak. Ibu si mati pula akan memperoleh 1/3 bahagian jika si mati tidak mempunyai anak, sementara bapa akan mewarisi 1/6 harta peninggalan jika si mati meninggalkan zuriat.

''Bahagian tersebut akan dibahagikan sama rata jika isteri si mati lebih daripada seorang dan bakinya pula dibahagikan kepada waris. Sehubungan itu anggapan yang menyatakan bahawa ibu si mati mendapat bahagian yang lebih adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana isteri (balu) juga mendapat bahagian yang banyak menerusi tuntutan harta sepencarian dan faraid,'' jelas peguam itu.

Namun tidak semua wanita menyedari hak tersebut kerana mereka hanya memohon mendapatkan bahagian secara faraid. Malahan terdapat juga kes pemohon yang berhajat mendapatkan sijil faraid bukanlah isteri si mati sebaliknya waris lain.

''Saya berpendapat, adalah lebih baik balu mengemukakan tuntutan harta sepencarian sejurus kematian suami bagi memudahkan proses menuntut faraid dan tuntutan hutang piutang si mati,'' ujar Mohd. Radzuan.

Pembahagian faraid kepada yang berhak, hukumnya wajib ditunaikan dan fardu kifayah kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, samalah hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.

''Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil lagi sistematik kerana Allah selaku pencipta manusia mengetahui di manakah kekurangan dan kelebihan hambanya.

''Pentadbir harta pusaka pula tidak semestinya Amanah Raya Berhad (ARB) kerana di kalangan ahli waris sendiri boleh mentadbir menurut kaedah pembahagian lain. Tidak perlu terikat dengan pecahan faraid jika persetujuan diperoleh di kalangan waris menurut bahagian yang disepakati,'' ujar Mohd. Radzuan.

Sungguhpun begitu, tidak salah malah amat digalakkan bagi seseorang Islam yang layak menerima harta walhal dia lebih berkemampuan dan atas dasar perikemanusiaan secara sukarela melepas dan menyerahkan haknya kepada waris yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, Mohd. Radzuan mengesyorkan agar balu yang ingin menuntut harta arwah suami perlulah menemui dan mendapatkan nasihat serta pendedahan daripada pakar undang-undang terlebih dahulu supaya membuat tuntutan yang wajar.

'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

Lelaki Dari Pinggir Kota

Posted: 29 Oct 2010 04:18 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Uda Firdaus Abd Rahim

Pada kali ini saya ingin ajak para pembaca sekalian merenungi sebuah kisah yang dirakam oleh Allah SWT dalam surah Yasin, ayat 13 hingga 25

Dan ceritakan lah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul(Kami).

Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakan nya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: "Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu.

" Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta."

Rasul-rasul berkata: "Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintah-Nya dengan cara yang jelas nyata.

" Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

Rasul-rasul berkata: "Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintah-Nya dengan cara yang jelas nyata.

" Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya"

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patut kah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau."

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari pinggir bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: "Wahai kaum ku! Turut lah Rasul-rasul itu.

Turut lah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayat petunjuk." Dan (apabila ditanya: "Sudah kah engkau menerima agama mereka?"

(Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku dan yang kepada Nya lah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? Patut kah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepada ku dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)."

Saya tertarik dengan kisah atau lebih tepat, sikap lelaki dari pinggir kota itu. Tentu saja ada pengajarannya sehingga Allah merakamkan kisah beliau di dalam al-Qur'an. Pertama, lelaki itu bukanlah orang penting. Ini diisyaratkan oleh lokasinya yang datang dari pinggir kota dan tidak duduk di dalam kota.

Namun statusnya sebagai "bukan orang penting" tidak menjadi penghalang bagi dirinya untuk membela hujah ketiga-tiga utusan Allah yang diutus kepada penduduk kota itu.

Lelaki dari pinggir kota ini datang bukan dengan berjalan, bukan dengan air muka yang malas, bukan dengan harapan mendapat sampul surat imbalan, namun dia datang dengan berlari-lari. Demikianlah tingginya motivasi dan kesungguhan lelaki ini yang patut menjadi teladan bagi kita semua.

Jika hendak difikirkan, apakah gunanya, apakah manfaatnya, apakah logiknya, seorang lelaki dari pinggir kota hendak berlari-lari membela bukan seorang tetapi tiga orang daripada kalangan utusan Allah? Tiga orang tersebut bukan pendakwah biasa, bukan ustaz, bukan imam, bukan mufti tetapi utusan Allah.

Sekalipun demikian, lelaki tersebut tetap datang membantu dan bantuannya diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakam kisahnya di dalam al-Qur'an.

Saya membaca satu kaitan yang amat istimewa antara tiga utusan Allah dan lelaki tersebut. Ia menunjukkan bahawa usaha berdakwah, berhujah dan membela agama tidak terhad kepada kalangan agamawan sahaja. Akan tetapi ia meliputi semua umat Islam tanpa mengira apa latar belakangnya, apa statusnya, apa kelulusan kertasnya dan apakah dia memiliki tauliah atau tidak.

Jika tiga – bukan seorang – utusan Allah dibantu oleh seorang lelaki, maka apatah lagi di kalangan para agamawan yang bukan berstatus utusan Allah. Tentu mereka sepatutnya memerlukan, bahkan meraikan bantuan dari sesiapa yang bukan agamawan, yang sudi membantu.

Seterusnya perhatikan apa yang menjadi subjek pembelaan lelaki dari pinggir kota itu. Beliau tidak membela tentang negara Islam, beliau tidak membela tentang sistem Khalifah, beliau tidak membela tentang jamaah-jamaah.

Akan tetapi beliau membela tentang aqidah, tauhid dan syirik. Inilah yang menjadi prioriti beliau dan inilah yang juga sepatutnya menjadi prioriti kita apabila berbicara tentang Islam.

Sekalipun ayat-ayat di atas tidak menerangkan subjek apa yang disampaikan oleh ketiga-tiga utusan Allah tersebut, dapat kita pastikan bahawa ia tetap berkenaan aqidah, tauhid dan syirik sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

"Dan Kami tidak mengutus sebelum mu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepada Ku." [al-Anbiya' 21:25]

Sama-samalah kita renung kisah dan sikap lelaki dari pinggir kota ini. Marilah kita jadikan ia sebagai sumber motivasi untuk turut membantu para ulama' pewaris Nabi menyebar dan membela Islam.

Pada zaman mutakhir ini, terdapat pelbagai sarana untuk kita membantu, maka gunakanlah segala kreativiti dan kemampuan yang ada. Usah jadikan perasaan lemah dalam diri sendiri atau perasaan dengki dalam diri segelintir agamawan sebagai alasan untuk kita sia-siakan pengajaran ayat-ayat al-Qur'an di atas.

'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).

Lima Tanda Hati Keras Membatu

Posted: 29 Oct 2010 04:03 PM PDT

21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Uda Firdaus Abd Rahim

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata,

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

Idris Ahmad

Posted: 29 Oct 2010 11:08 PM PDT

Idris Ahmad


Umno Peralat Agama, Fakta Bukan Fitnah.

Posted: 29 Oct 2010 10:00 PM PDT

Partii Islam Semalaysia Pas, menegaskan memang umno peralatkan agama dan peralatkan orang agama. Ia bukan merupakan fitnah, tetapi kenyataan. Mereka gunakan isu agama apabila penduduknya kuat berpegang dengan agama seperti di Galas. Ustaz-ustaz umno  disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang umno buat. Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN.

Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila  kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).  Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.

Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak booleh masuk masjid, ditolak dnegan keputusan Majlis Fatwa kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.  Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu. Persoalannya tenangkah jiwa orang agama di dalam umno  yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat.  Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang  mereka sertai. Pas menyeru supaya orang agama tinggalkan  sahaja umno, sertailah Pas. Habiskanlah sisa umur yang masih berbaki untuk Islam. Tidak ada makna kemewahan dunia, tetapi hati tidak tenang.


Filed under: Agama, Politik

Pengikut