Sabtu, 30 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


UMNO CAWANGAN PULAI BARAT

Posted: 29 Oct 2010 11:28 PM PDT

UMNO CAWANGAN PULAI BARAT


anwar pembohong besar

Posted: 29 Oct 2010 10:12 AM PDT



KUALA LUMPUR, 29 Okt – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin hari ini mengesahkan pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berhubung perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara PKR dengan Dap, malah turut menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar sendiri bersikap talam dua muka dengan Pas.

Menurut beliau sikap talam dua muka Anwar terdedah ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu apabila Anwar menyatakan tidak perlu diberikan kuasa yang banyak kepada Pas kerana parti itu akan membolot kuasa berkenaan.

"Anwar sendiri dalam satu pertemuan tertutup pernah menyebut agar Pas tidak diberikan kuasa yang banyak di Pulau Pinang. Justeru saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan oleh saudara kita Zulkifli Nordin semalam di Dewan Rakyat kerana saya sendiri turut merasai apa yang sebenarnya.

"Anwar sendiri dalam satu pertemuan tertutup pernah menyebut agar Pas tidak diberikan kuasa yang banyak di Pulau Pinang. Justeru saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan oleh saudara kita Zulkifli Nordin semalam di Dewan Rakyat kerana saya sendiri turut merasai apa yang sebenarnya.

"Kalau Anwar sendiri tidak percaya terhadap Pas, apatah lagi anak-anak buahnya. Percayalah Pas hanya menjadi kuda tunggangan dan korban untuk nafsu politik Anwar dan Dap sahaja. Terlalu banyak sandiwara berlaku dalam pakatan pembangkang hari ini.

"Kepada saudara-saudara saya dalam kepimpinan Pas, renung-renungkanlah perkara ini. Saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan cuma amat berharap Pas berwaspada dan tengok-tengoklah rakan mereka itu terutama Anwar yang merupakan makhluk politik rakus yang sanggup memeperalatkan sesiapa demi kepentingan dirinya sendiri ," katanya.

Beliau seterusnya menambah, secara peribadi beliau tidak setuju Pas diperlakukan sedemikian rupa yang mana menjadi korban politik Dap dan PKR terutama Anwar Ibrahim.

"Percayalah jika kepimpinan Pas mengabaikan apa yang didedahkan satu persatu hari ini, satu hari nanti Pas akan menjadi mangsa korban dan tikam belakang sekutu mereka sendiri," katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut meminta pengundi di Galas agar membuat pertimbangan terbaik dan tidak mengulangi apa yang dilakukan pada pilihan raya umum lalu. -Ku Azman/MediaUMNO

Cetusan Sahabat-Gunung Pada 11:23 PM

Sedarlah orang melayu

Posted: 29 Oct 2010 08:47 AM PDT

Pendedahan YB Zulkifli Nordin Mengenai DAP Dan PKR

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen Bebas pada Khamis mendakwa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Zulkifli Nordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) berkata hubungan rapat antara DAP dan PKR adalah didorong oleh perjanjian kuasa tersebut.

"Saya rasa perkara ini kawan-kawan saya dalam PAS juga tak tahu. Sebenarnya ada perjanjian sulit antara mereka iaitu jika PKR menang di peringkat Persekutuan, kuasa autonomi akan diberikan kepada Pulau Pinang.

"Calon Melayu akan diletakkan di Perak dan Negeri Sembilan, kalau menang, Menteri Besar akan dilantik dari kalangan DAP... saya mohon perkara ini dipandang berat," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat.

Beliau yang merupakan anggota ke-100 mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang tersebut juga menyarankan lebih banyak bahan bacaan berhubung peristiwa 13 Mei diterbitkan untuk membolehkan rakyat mengetahui fakta sebenar di sebalik peristiwa hitam berkenaan.

"Saya cadangkan salah satu sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah peristiwa 13 Mei 1969," katanya merujuk kepada cadangan kerajaan mewajibkan mata pelajaran sejarah dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga menyarankan supaya kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi membuat siasatan rapi dan mendalam ke atas peristiwa hitam itu dan menerbitkan satu kertas putih agar rakyat dapat mengambil pengajaran daripada tragedi itu.

Menyentuh tentang Gagasan 1Malaysia, Zulkifli mahu kerajaan terus memberi penerangan lanjut mengenai konsep tersebut supaya ia tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata konsep tersebut juga harus meliputi prinsip mendahulukan negara agar tiada pihak yang sanggup mencemuh negara semasa berada di seberang laut.

Razlan's

Posted: 29 Oct 2010 11:09 PM PDT

Razlan's


DBKL Bersedia kah ?

Posted: 29 Oct 2010 01:58 AM PDT

Program Tranformasi Ekonomi yang telah dilancarkan mempunyai satu sektor hiburan yang banyak di bahaskan oleh Pembangkang iaitu mewujudkan pusat hiburan di tengah-tengah kota.

Begitu banyak kebaikkan didalam plan ETP tetapi pihak pembangkang hanya melihat membangkitkan isu ini kerana mereka sengaja mahu memutar belitkan pembanggunan yang dirangcang oleh Kerajaan BN dengan niat jahat.

Dalam masa yang sama, Pihak DBKL menyahut baik saranan ini dan menerima baik cadangan pihak kerjaan pusat dan berjanji akan melaksanakan plan ini dengan nada yang yakin selagi pihak-pihak empunya kelab hiburan tidak melanggar undang-undang yang telah diperuntukan.

Niat Kerajaan untuk memusatkan pusat-pusat hiburan ini semestinya mahu memenuhi keperluan mereka yang bukan beragama islam yang sememangnya mahukan riadah diwaktu malam, dan juga mahu pelancong yang melancong di negara kita dapat menikmati waktu malam yang berkualiti.

Keselamatan para pengunjung dan pelancong sudah pastinya dapat dikawal kerana pihak kerajaan akan memastikan terdapat CCTV dan petugas keselamatan yang cukup untuk mereka merhibur tanpa ganguan dan tindakan jenayah.

Untuk kita memberi keyakinan kepada masyarakat bandar, pihak DBKL seharusnya memantau preimis-preimis yang menjalankan pusat hiburan tanpa lesen yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Kualau Lumpur. Walaupun di setiap Parlimen mempunyai Petugas DBKL yang memantau kewujudan premis hiburan ini, tetapi tindakan menunggu komplian telah memberi kekuatan kepada peniaga pusat hiburan membuka sesuka hati.

Penguatkuasaan undang-undang penting sekiranya mahu rakyat yakin dengan kewujudan tempat-tempat hiburan di tengah-tengah ibu kota adalah jalan keluar dari kewujudan pusat hiburan di pinggir bandar dan kawasan penempatan.

Agensi-agensi lain seperti Polis, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Imigresen juga seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk memantau dan membenteras kewujudan pusat-pusat hiburan tanpa lesen sekirtar ibu kota.

Hub Hiburan juga tidak boleh disempitkan dengan hanya kepada tempat-tempat hiburan seperti Disko, kelab-kelab malam, live band dan lain-lain aktiviti malam, ianya amat luas seperti mewujudkan Taman Tema Disneyland, Universal Studio dan lain-lain lagi yang dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.

Akhir sekali, niat kerajaan untuk memacu ekonomi dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi seharusnya diikuti oleh penguatkuasaan dan disiplin pemantauan yang berterusan agar dimata masyarakat, apa yang hendak di laksanakan di masa hadapan adalah untuk kebaikkan rakyat Malaysia.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.

umno bahagian cheras

Posted: 29 Oct 2010 01:02 PM PDT

umno bahagian cheras


Syed Ali ingatkan pemimpin Melayu jangan retorik dalam soal bertolak ansur

Posted: 28 Oct 2010 08:30 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, sikap bertolak ansur orang Melayu dengan kaum lain di negara ini telah dijadikan isu kepada sesetengah pihak untuk mencari populariti politik.

Sehubungan itu katanya, pemimpin Melayu terutama UMNO perlu mempunyai pendirian tegas dalam soal tolenrasi dan tidak bersikap retorik hanya kerana ingin menjaga hati sekutu politik di dalam Barisan Nasional (BN).

"Kita sering menasihati rakyat agar sentiasa bertolak ansur tetapi dalam masa yang sama pemimpin Melayu kita sendiri yang mengkhianati aspirasi Melayu kerana ingin mendapat sokongan atau dilihat popular," tegasnya.

Tanpa berselindung, Syed Ali mendedahkan ada pemimpin Melayu tergamak mengutuk bangsanya sendiri kerana berpendapat dengan berbuat demikian mereka akan mendapat undi daripada bukan Melayu.

"Ini yang menjadi masalah kepada kita selagi ada pemimpin Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pihak lain kerana menjaga kepentingan politik," katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah tenat apabila kaum bukan Melayu mengambil kesempatan di atas sikap itu kerana menyedari orang Melayu telah berpecah belah kerana agenda politik.

Beliau sekali lagi menyebut contoh bagaimana isu dua orang pengetua sekolah dan pegawai Biro Tata Negara (BTN) yang dijadikan korban politik atas alasan meniupkan sentimen rasis.

"Tetapi yang malangnya kepada kita, bukan Melayu yang mencemarkan surau dan mencerca hak Melayu dan Raja-Raja dibiarkan bebas, sekadar diberikan nasihat setelah ada campur tangan politik kumpulan bukan Melayu," ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengingatkan bukan Melayu supaya jangan sengaja mencabar tahap kesabaran orang Melayu dengan mencetuskan isu perkauman, agama, keistimewaan Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Dalam hal ini, Syed Ali menyokong pendirian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahamd Zaid Hamidi yang mengingatkan orang Melayu supaya jangan menggadaikan maruah negara ketika mereka sentiasa bertolenrasi dengan kaum lain di negara ini.

Katanya, pemimpin Melayu hendaklah menunjukkan pendirian yang jelas kepada rakyat di bawah bahawa mereka sentiasa berpegang kepada semangat ketuanan Melayu dan tidak bersikap double standard apabila berdepan dengan isu perkauman.

"Apa yang ditegaskan oleh Zaid itu sudah jelas bahawa kita (pemimpin) UMNO sentiasa menghormati hak orang lain tetapi maruah dan masa depan negara tetap dipertahankan daripada dikhianti pihak yang berkepentingan," tegasnya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Zaid yang dilaporkan berkata sikap bertolak-ansur yang keterlaluan serta tidak yakin dengan pegangan kaum sendiri menyebabkan bangsa itu sentiasa dipermainkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

"Orang Melayu itu terlalu bertoleransi dan sering bertolak ansur sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur," kata Zaid yang juga Menteri Pertahanan ketika melancarkan buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tulisan Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah di Perpustakaan Negara, semalam.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 29 Oct 2010 11:17 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PUTERI UMNO TEKAD TINGKATKAN KEAHLIAN PENGUNDI MUDA

Posted: 28 Oct 2010 07:27 PM PDT

Pergerakan Puteri UMNO bertekad akan meningkatkan usaha dan melaksanakan pelbagai program dalam fokus menarik golongan muda mendaftar sebagai pengundi di samping meningkatkan penyertaan mereka dalam UMNO.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Majid Rashid Shirlin berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua bahagian dan cawangan Puteri UMNO untuk bekerja keras mendekati golongan muda menerusi program-program yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

"Apa yang penting adalah usaha menyedarkan golongan muda tentang betapa pentingnya mereka celik politik dan mendaftar sebagai pengundi," katanya. Jelas beliau, sebagai sayap parti yang mewakili usia muda, Puteri UMNO sentiasa menggalas tanggungjawab tersebut kerana menyedari undi mereka amat penting untuk menentukan kedudukan serta senario politik negara.

pu3-pengundi-muda-rosnah

"Ini kerana golongan muda menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan pengundi di negara ini, dan jika kebanyakkan mereka khususnya orang Melayu tidak berdaftar sebagai pengundi maka kesannya terhadap masa depan bangsa amat membimbangkan," katanya.

Tambahnya lagi, pada masa yang sama golongan muda Melayu yang mendaftar sebagai pengundi mesti dibimbing supaya mereka tidak terikut-ikut dengan rentak politik pembangkang yang kononnya memperjuangkan idealisme dan kebebasan.

"Kesedaran serta minat berpolitik di kalangan muda mesti terarah dan tersusun, bukannya secara semberono kerana trend sekarang menunjukkan golongan muda yang mendaftar sebagai pengundi tetapi tidak dibimbing arah politik mereka menjadi penentang kepada kerajaan dan tidak memberi sokongan kepada UMNO."

Dalam hal ini juga, Puteri UMNO akan terus menanamkan rasa cinta dan sayang golongan muda terhadap parti yang memelihara hak-hak orang Melayu serta menjaga kesucian Islam.

Selaras dengan hasrat mendekati masyarakat, komen dan cadangan daripada semua pihak untuk aktiviti yang dirasakan sesuai sebagai pemangkin mewujudkan ahli UMNO dan pengundi berkualiti amat dialu-alukan. Cadangan tersebut boleh dihantar ke admin@puteriumno.my atau ke laman facebook – Puteri Jiwa Rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut