Isnin, 8 April 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Belia Kota Belud Diajak Buat Perubahan

Posted: 07 Apr 2013 09:28 PM PDT

KOTA BELUD: Anak muda dan belia di negeri ini, khususnya di Kota Belud di ajak membuat perubahan dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Kota Belud, Awang Laiman Ikin berkata, Barisan Nasional terlalu banyak kelemahan sehingga menyebabkan keamanan dan keselamatan negara tergugat dalam pelbagai isu termasuklah rasuah, masalah sosial dan kerapuhan benteng pertahanan dan kedaulatan negara sehingga mudah dibolosi pengganas seperti insiden pencerobohan di Lahad Datu.

"Barisan Nasional banyak kelemahan sehingga negara hari ini menghadapi pelbagai isu iaitu rasuah, gejala sosial dan isu keselematan di Lahad Datu," ujar beliau yang juga Setiausaha PAS Sabah.

Beliau berucap ketika menghadiri Kejohanan Sepak Takraw peringkat daerah Kota Belud yang dianjurkan oleh Jabatan Amal PAS Kota Belud di sini, kelmarin. Johan dalam kejohanan tersebut dimenangi oleh belia Kampung Bobot dan Kampung Jawi-jawi sebagai Naib Johan manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kampung Suang Punggur. Perasmian dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling.

Dalam perkembangan lain, PAS kawasan itu turut menyerahkan sumbangan sekampit beras kepada 130 penduduk di Kampung Ambong, dekat sini.

Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustakim Aling berkata, PAS komited dalam merealisasikan agenda Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam membina sebuah negara dan rakyat yang penyayang.

"PAS berkomitmen untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan dan manifesto Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui juga mempunyai kesamaan dengan konsep tersebut," jelas beliau.

BN Lancar Manifesto, Rakyat Sertai PAS

Posted: 07 Apr 2013 09:26 PM PDT

KOTA KINABALU: Kurang 24 jam selepas Barisan Nasional melancarkan manifestonya, PAS Kawasan Sepanggar tidak menunggu lama terus mencipta sejarah dengan menambah ahli baru khasnya di Dun Karambunai apabila hampir 100 anak muda dan penduduk kampung beramai-ramai menyertai PAS.

Borang tersebut diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu Majlis Perasmian Bilik Gerakan PAS Cawangan Unggun Jaya, dekat Menggatal di sini petang kelmarin.

Penyertaan beramai-ramai itu menurut Yang DiPertua PAS Sepanggar, Ali Hassan merupakan satu pukulan maut kepada Barisan Nasional terutama di negeri ini dan sekaligus merebahkan kubu kuatnya di Unggun Jaya ini.

"Ketika mereka melancarkan manifestonya, rakyat bertindak keluar dan menyertai PAS. Ini merupakan petanda awal bahawa kejatuhan Umno dan Barisan Nasional akan berlaku," ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Sabah Aminuddin Aling, Timbalan Yang DiPertua PAS Sepanggar Asfar Akhbar dan barisan kepimpinan PAS peringkat kawasan Sepanggar serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu ketika berucap turut memberikan penerangan berkaitan isu semasa dan penjelasan mengenai dakwaan Umno terhadap Pakatan Rakyat.

"Kalau ada 10 yang ditanya, maka 11 tidak akan undi Barisan Nasional," sinis beliau.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 08 Apr 2013 03:44 PM PDT

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.


Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.


Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato' Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.


Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.


Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan "Pak Sheik" bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.


Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.


Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.


Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.


Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.


Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.


Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.


Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.


Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah 'prime land' milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.


Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan 'Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.


Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa 'memorable academic paper' dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.


Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.


Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.


Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.


Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.


Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.


Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.

Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

DIALOG RAKYAT

Posted: 08 Apr 2013 03:31 PM PDT

Kelantan tiada air, orang Kuantan yang demo?

Posted: 08 Apr 2013 03:59 AM PDT

Itulah Najib!!!!... Sering kata negeri Kelantan tiada air bersih yang mencukupi setiap kali turun ke Kelantan jual minyak kepada rakyat Kelantan sebagai alasan mengapa Kerajaan PAS/PR Kelantan dibawah pimpinan TGNA ditukar kepada UMNO/BN.

Nah sekarang negeri mana yang sering tiada bekalan air?....Siap rakyat berdemo dan hantar memo lagi kepejabat Pengurusan Air Pahang Berhad, Kuantan, Pahang tengah hari tadi.

Kata dulang paku serpi... kata negeri orang tapi negeri sendiri lagi teruk dia punya lebih!!!!!!!!

20 pondok Kelantan sokong kepimpinan TG Nik Aziz

Posted: 08 Apr 2013 03:56 AM PDT

KOTA BHARU: Sebanyak 20 institusi pondok seluruh Kelantan hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Pada masa yang sama mereka turut berikrar untuk turut serta bersama PAS dan Pakatan Rakyat  menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, selepas mesyuarat khas di JKR 10, tengah hari tadi.

Menurut Shairazi, program khas Ijtima Ulama' dan Guru Pondok dari 20 institusi pondok seluruh negeri ini akan diadakan pada 14 April ini bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.

Menurutnya, 100 orang yang hadir hari ini hanyalah wakil-wakil dari pondok seluruh Kelantan untuk berbincang berhubung program khas itu.

"Seramai 4,000 orang ulama serta pelajar pondok akan berkampung di Pondok Pasir Tumbuh untuk menghadiri program tersebut," ujarnya.

Menurutnya, majlis perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan penutup oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, semua guru serta pelajar pondok di seluruh Kelantan diminta hadir pada program itu.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, Ustaz Muhammad Mustapha, Ustaz Nik Razi Nik Mat dan lain-lain kepimpinan ulama dan pondok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod, ketika menjawab soalan media berkata, dakwaan yang mengatakan ulama pondok tidak menyokong Tuan Guru amat tidak benar.

Menurutnya, yang ada hanya seorang dua 'orang pondok' yang tidak mempunyai pelajar di pondoknya.

"Mana-mana pemimpin pondok dan pondok bertauliah semuanya memberi sokongan pada kepimpinan Tuan Guru," ujarnya.

Rafizi: Lebih banyak bantuan tunai jika Pakatan menang

Posted: 08 Apr 2013 03:53 AM PDT

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat tidak akan menghentikan pemberian bayaran tunai sekiranya berjaya merampas pentadbiran negara dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, Pakatan akan memberi lebih banyak bantuan tunai yang akan disalur kepada kumpulan tertentu dengan lebih khusus.

"Tentulah ia tidak akan dipanggil BR1M. Kami tidak akan (beri secara) umum, hanya mensasarkan keluarga berpendapatan kurang RM3,000. Kami akan khususkan sasaran kepada kumpulan berbeza yang benar-benar memerlukan seperti suri rumah dan seterusnya," kataya.

Bagaimanapun, Rafizi menegaskan bahawa Pakatan tidak akan menjadikan pemberian tunai sebagai program ekonomi utamanya.

Penyokong PAS tahan lelaki pasang bahan anti-Pakatan

Posted: 08 Apr 2013 03:47 AM PDT


Zulaikha Zulkifli
Sekumpulan penyokong PAS menahan empat lelaki yang didakwa sedang memasang kain rentang memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam satu kejadian di Semenyih, petang semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman berkata empat lelaki yang berusia kira-kira akhir 20-an dan awal 30-an itu ditahan bersama sebuah kereta perodua Myvi yang mempunyai pelekat logo 1Malaysia ketika menggantung kain rentang palsu itu.

Katanya, keempat-empat lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Semenyih untuk ditahan dan seterusnya laporan polis turut dibuat di situ.

"Semalam kita sudah tahan empat lelaki yang sedang gantung kain rentang palsu ini.

"Kita harap orang ramai yang nampak kain rentang palsu ini digantung atau nampak orang sedang pasang kain rentang palsu ini membuat laporan polis dan mengambil gambar.

"Banyak lagi kain rentang palsu ini digantung disekitar Selangor dan kita percaya ini bertujuan untuk memburukkan Pakatan," katanya dalam sidang media PAS Selangor di Shah Alam hari ini.

Banner palsu, fitnah PR dikesan di seluruh Selangor

Posted: 08 Apr 2013 03:27 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

SHAH ALAM- Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman mengingatkan rakyat seluruh Selangor berwaspada dengan kain rentang palsu yang dikesan sedang giat dipasang oleh pihak tidak bertanggungjawab di seluruh negeri ini.

Beliau berkata pihak petugas PAS mendapat maklumat lebih 240 lokasi telah ditetapkan untuk pemasangan kain rentang itu dengan tujuan mengelirukan penduduk setempat.

"Kain rentang tersebut mengambar seolah-olah ia dipasang oleh PAS dan juga DAP, sedangan kita tidak mengetahui langsung kewujudan kain rentang itu," kata beliau.

"Kesemua kain rentang itu berbentuk fitnah yang ditujukan kepada PAS yang mengatakan jika PAS memerintah hukum Islam dilaksanakan," katanya sambil menambah ianya bertujuan menakut-nakutkan pengundi bukan Islam.

Bercakap pada sidang media di pejabat PAS di sini, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata pihaknya telah mengarahkan agar setiap ahli PAS segera menanggalkan kain rentang tersebut jika ada melihatnya dipasang.

"Kita mengarahkan agar kain rentang tersebut ditanggalkan segera jika ia didapati dipasang.
"Kita turut berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilakukan pada kain rentang itu," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan menggunakan perkataan "Biro Penerangan PAS Pusat" pada kain rentang itu menunjukkan kain rentang tersebut didalangi Umno.

"Kita dalam PAS tidak menggunakan perkataan biro, PAS hanya menggunakan perkataan lajnah untuk setiap bahagian dalam pentadbiran PAS. Ini menunjukkan kain rentang itu milik Umno, mereka dah kantoi," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan kain rentang dan risalah fitnah itu mula dikesan sejak minggu lepas, malah petugas PAS juga berjaya menangkap sekumpulan empat pemuda memasang dan mengedarkan risalah di Semenyih.

"Kita berjaya menahan empat individu yang sedang memasang kain rentang tersebut pada 7 April kira-kira jam 630 petang.

"Malah laporan polis juga telah kita lakukan, ketika penahan tersebut terdapat banyak kain rentang berada dalam kenderaan mereka begitu juga senarai lokasi-lokasi yang perlu kain rentang itu dipasang," kata beliau.

PAS Selangor ujarnya akan membuat pemantauan terhadap lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan kepada kain rentang itu dipasang.-harakahdaily

SD2 Bala cukup bukti untuk disiasat – Musa Hassan

Posted: 08 Apr 2013 03:24 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, siasatan berhubung paksaan mengubah perakuan sumpah pertama (SD1) P Balasubramaniam boleh dibuka semula.

Musa lagi

Ini kerana pengakuan peguam Americk Singh Sidhu yang diberitahu Cecil Abraham bahawa akuan bersumpah kedua (SD2) untuk bekas penyiasat persendirian itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa ini bukti baru. Sekiranya ada bukti baru bermakna siasatan boleh dibuka semula," kata Musa pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Americk Sidhu

Americk Sidhu

Begitu juga katanya jika ada keterangan baru dalam kes berkenaan maka perlu siasatan.

"Saya nyatakan, kalau ada keterangan baru mesti ada siasatan. Kalau siasatan dah ditutup, (ia) perlu dibuka semula.

"Terpulang kepada polis atau pun Jabatan Peguam Negara," kata Musa.

Americk, bekas peguam kepada mendiang Bala mendedahkan SD kedua untuk bekas penyiasat persendirian itu adalah atas arahan Perdana Menteri, Najib Razak.

Pengakuan itu dibuat semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) Persatuan Peguam Malaysia (Bar Malaysia) di Kuala Lumpur 16 Mac lalu.

Perkembangan tersebut disambut Ketua Polis Negara, Tan Seri Ismail Omar.

Katanya, siasatan akan dibuka semula terhadap dakwaan bahawa Bala dipaksa membuat SD palsu jika terdapat bukti baru.

Bagaimanapun, sehingga hari ini tidak ada tindakan dari PDRM mahu pun Jabatan Peguam Negara. – SDQ

PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan

Posted: 08 Apr 2013 03:22 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman.

"Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat.

pilihan raya

"Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat.

"Kena 'cool head' untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak.
"Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri.

"Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya," katanya.

Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya.

"Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk.

"Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi.

"Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang," kata Musa. – SDQ

Manifesto BN (Harga Kereta Turun 20%-30%) VS Manifesto PR (Cukai Turun 20% Setahun & Tahun Ke-5 Hapus 100%)!

Posted: 08 Apr 2013 03:17 AM PDT

Staff Berita Semasa

 

Dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini ada dibentangkan cadangan dan pelan untuk mengurangkan harga kereta sedikit demi sedikit setiap tahun sebanyak 20% melalui pengurangan cukai eksais yang berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia.

Macam-macam reaksi yang kita dengar di mana satu cadangan yang tidak terfikir dan tidak terjangkau dek akal semenjak dilancarkan kereta buatan Malaysia yang pertama Proton sekitar 90an dahulu….

Ada kalangan kalangan rakyat Malaysia yang memberikan ruang dan peluang kepada dirinya untuk mendengar penjelasan dan penerangan mengenai dasar penurunan harga kereta di Malaysia ini. Dan ada juga yang membantah sekeras-kerasnya tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir pernah meluahkan kerisauannya tentang sikap bangsa Melayu amnya semasa mendeklamasikan sajaknya di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001 yang bertajuk "Melayu Mudah Lupa". Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun berlalu, kami melihatkan bangsa Melayu tidak mudah lupa lagi dan semakin celik dengan berlaku evolusi perkongsian maklumat di Internet sekarang ini yang berlaku dengan pantas.

Ini kerana berbalik kepada kenyataan demi kenyataan serta reaksi spontan yang dikeluarkan daripada kalangan pemimpin sejurus keluarnya cadangan mahu menurunkan harga kereta daripada pihak pembangkang. Kami sempat simpan beberapa kenyataan pemimpin sebelum ini untuk dijadikan rujukan.

Antara sebab, kalangan pemimpin yang risau disebalik pengumuman Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta antara lainnya ialah :

  1. rakyat bakal muflis
  2. tidak praktikal
  3. kesesakan lalu lintas
  4. rencat usaha kerajaan
  5. tidak rasional
  6. mekanisme PR mengelirukan

Harga Kereta Turun : Rencat Usaha Kerajaan

Kenyataan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
harga kereta turun
Sumber : Utusan Malaysia

Harga Kereta Turun : Cadangan Tidak Rasional!

Kenyataan Pengerusi Felcra : Datuk Tajuddin Rahman
Sumber : Sinar Harian

Harga Kereta Turun : Ramai Akan Muflis

Kenyataan Menteri JPM (Ekonomi) : Tan Sri  Nor Mohamed Yakcop
Sumber : Sinar Harian

Harga Kereta Turun : Cadangan PKR Mengelirukan!

Kenyataan Timbalan Perdagangan & Industri : Datuk Mukhriz Tun Mahathir
harga kereta turun
S
umber : Berita Harian

Harga Kereta Turun : Tidak Praktikal!

Kenyataan Menteri KPDNKK : Datuk Seri Ismail Sabri
harag kereta turun
Sumber : Malaysiakini

"Hendak seribu daya tak nak seribu dalih"

Walaubagaimanapun selepas 6 bulan berlalu di mana berlangsungnya pelancaran manifesto Barisan Nasional sepertimana yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, akhirnya harga kereta akan diturunkan sekurang-kurangnya 20%-30% jika Barisan Nasional dipilih sekali lagi oleh anda semua untuk terus menerajui kerajaan Malaysia bagi 5 tahun akan datang. Boleh sebenarnya untuk dilakukan…

Bermakna di sini, baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional ada menawarkan mekanisme dan menunjukkan usaha untuk menurunkan kos pemilikan kereta di Malaysia yang merupakan hutang rakyat Malaysia yang kedua tertinggi dan telah pun mencecah RM134.12 bilion (satu angka yang bagi kami menunjukkan hutang kereta rakyat Malaysia sudah mencapai tahap serius).

"Ini juga menunjukkan kedua-dua kumpulan parti yang terbesar di Malaysia samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat berusaha keras untuk memenangi hati pengundi seperti anda semua di sini"

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia yang mana satu menjadi pertimbangan dan pilihan rakyat Malaysia sekarang ini.

Tawaran daripada Barisan Nasional ataupun daripada Pakatan Rakyat?

Rafizi: BN ciplak 22 idea manifesto Pakatan

Posted: 08 Apr 2013 03:09 AM PDT

RAFIZI RAMLI

APABILA politik nasional lebih banyak berkisar kepada persoalan dan perdebatan dasar (bukannya politik perkauman, kebencian dan cacian peribadi), rakyat berpeluang untuk menilai sendiri perbandingan program ekonomi dan kerajaan yang ditawarkan oleh parti-parti politik.

Justeru, saya menyambut baik peluncuran manifesto Barisan Nasional dan ingin mengambil kesempatan ini untuk membentangkan analisis perbandingan di antara manifesto Rakyat dan Manifesto Barisan Nasional.

TEMA

- Manifesto Barisan Nasional yang bertemakan "Menepati Janji, Membawa Harapan" secara jelas dan tanpa segan silu menciplak tema "Pakatan Harapan Rakyat" yang telah lama diluncurkan oleh Pakatan Rakyat

- Saya mengambil pendekatan positif dan berpendapat bahawa pemikir Barisan Nasional pun menerima hakikat bahawa agenda ekonomi rakyat yang bersabit dengan penurunan harga barang, kempen #Turunkanhargakereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan lain-lain yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akhirnya diterima pakai oleh Barisan Nasional

- Ini kerana mereka juga sedar bahawa agenda ekonomi rakyat ini telah menjadi harapan rakyat yang bakal digalaskan kepada kerajaan baru yang dipilih.

- Oleh itu, PRU13 adalah persoalan parti manakah yang lebih wibawa dalam mengotakan harapan rakyat ini – sebab itu Barisan Nasional tidak ada pilihan kecualilah menggunakan perkataan "harapan" seperti mana Pakatan Rakyat, untuk memberi isyarat mereka juga faham dengan harapan yang telah disuarakan rakyat

PENDEKATAN DASAR

- Barisan Nasional kontang idea dan tidak berjaya membawa program baru. Manifesto Barisan Nasional ditulis secara umum, tanpa sasaran khusus yang boleh meyakinkan rakyat berbeza dengan manifesto Rakyat yang jelas mekanisme, tempoh masa dan sasarannya.

- Contohnya, apabila Barisan Nasional berjanji untuk menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang pekerjaan baru – mekanisme dan pelan khusus untuk mencapai sasaran ini tidak dinyatakan, berbeza dengan Manifesto Rakyat yang secara jelas menumpukan usaha menambah kemahiran pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mengambil alih satu juta pekerjaan yang kini diusahakan oleh pekerja asing. Strategi mewujudkan peluang pekerjaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat adalah lebih jelas, berbanding janji kabur yang dibawa Barisan Nasional.

- Semakan ke atas keseluruhan manifesto Barisan Nasional menunjukkan bahawa tidak ada sebarang perubahan dasar ekonomi, politik dan sosial yang akan dilaksanakan untuk mengotakan janji-janji Barisan Nasional.

- Ini bermakna Barisan Nasional masih menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama tetapi berharapkan keadaan menjadi lebih baik

- Tanpa perubahan dasar yang merubah struktur ekonomi, politik, pendidikan dan sosial negara, Malaysia akan terus bergelumang dengan rasuah, ketirisan, ketidakcekapan ekonomi, penguasaan monopoli kroni, harga barang yang ditentukan oleh pihak tertentu dan mutu pendidikan yang semakin merosot.

- Manifesto Barisan Nasional akhirnya hanyalah senarai janji-janji tanpa membentangkan kaedah dasar dan pelaksanaan untuk merealisasikan janji-janji itu

PERBANDINGAN PROGAM: KONTANG IDEA BARU, CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT

- Analisia terhadap janji-janji Barisan Nasional menunjukkan bahawa sebahagian besar dari janji-janji yang dimasukkan bukanlah idea baru, tetapi diciplak dari Pakatan Rakyat atau adalah idea yang sama yang kini digunakan di oleh Barisan Nasional.

- Janji-janji berikut diciplak dari Pakatan Rakyat (walaupun pelaksanaannya tidak akan memenuhi harapan rakyat kerana tidak dilaksanakan sepenuhnya):

1. Menurunkan harga kereta dengan penurunan 20 hingga 30 peratus secara berperingkat
2. Menyeragamkan harga barang keperluan asas di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak
3. Menggunakan dana kerajaan melalui penglibatan terus kerajaan untuk menambah rumah mampu milik sebagai usaha mengawal harga rumah
4. Memperbaiki perumahan estet dan memastikan perumahan selesa bagi bekas pekerja estet
5. Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk perumahan rakyat
6. Menambah baik perkhidmatan bas untuk digunakan secara bersepadu untuk mengurangkan penggunaan kenderaan awam
7. Memberikan permit teksi individu
8. Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi (high speed rail)
9. Membina Lebuhraya Pan Borneo
10. Mengurangkan bayaran tol secara berperingkat-peringkat
11. Reformasi percukaian untuk mengurangkan beban cukai pendapatan kepada golongan bawahan
12. Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana mengikut peratusan perolehan minyak
13. Peruntukan khas kepada semua jenis sekolah
14. Menawarkan status sekolah bantuan penuh kerajaan bagi sekolah-sekolah Tamil
15. Penekanan kepada pendidikan kemahiran dengan menaiktaraf sekolah vokasional menjadi kolej
16. Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
17. Mewujudkan mahkamah khas untuk menangani isu-isu tanah pribumi
18. Mewartakan semua tanah adat
19. Menjana pendapatan dari pembangunan tanah wakaf
20. Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru KAFA dengan menyediakan pakej penggajian yang lebih baik
21. Menaikkan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
22. Memastikan keseimbangan kaum yang lebih adil di dalam perkhidmatan awam

Tindakan Barisan Nasional menciplak idea-idea asal yang sudah pun sinonim dengan Pakatan Rakyat seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan tol dan lain-lain mengesahkan bahawa negara mempunyai kewangan yang kukuh selama ini untuk melaksanakan program-program ini.

Alasan yang diberikan selama ini hanyalah dolak-dalih politik, tetapi oleh kerana tekanan yang kuat dari rakyat akhirnya Barisan Nasional tidak ada pilihan lain kecuali menciplak idea-idea ini.

Perbandingan keberkesanan program

Keseluruhan kempen Barisan Nasional kini disandarkan kepada pemberian BR1M yang selepas ini akan dibuat setiap tahun pada kadar yang lebih tinggi, iaitu RM1,200 untuk keluarga dan RM600 untuk individu bujang.

Jumlah ini bersamaan dengan RM100 setiap bulan untuk keluarga dan RM50 sebulan untuk individu bujang, pada ketika Barisan Nasional tidak mengemukakan apa-apa cadangan untuk menurunkan harga barang.

Akhirnya, inflasi dan kenaikan harga barang akan melunturkan kesan pemberian wang terus ini kepada rakyat yang dijangka akan menelas belanja RM7.2 bilion dalam tahun pertama. Mengambil kira pertumbuhan penduduk sebanyak dua peratus secara purata dan inflasi pada kadar purata dua peratus untuk tempoh sedekad dari sekarang, menjelang tahun 2023 jumlah pembayaran BR1M akan mencecah RM11 bilion.

Pendekatan ini kurang bijaksana kerana ia menelan belanja yang besar tanpa mengubah struktur ekonomi, sedangkan peruntukan RM7 bilion hingga RM11 bilion setahun itu lebih berkesan jika digunakan untuk menurunkan harga barang, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan lain-lain.

Perbandingan janji-janji utama Pakatan Rakyat dan BN

Membantu meredakan tekanan sara hidup – Pakatan Rakyat mencadangkan reformasi menyeluruh untuk merubah struktur ekonomi dengan menghapuskan monopoli yang akan menurunkan harga barang keperluan, berbanding Barisan Nasional yang menawarkan RM100 sebulan

Menurunkan harga kereta – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan terus cukai eksais secara berperingkat supaya harga kereta adalah separuh dari harga sekarang dalam tempoh lima tahun, berbanding Barisan Nasional yang hanya akan memotong cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus sahaja secara berperingkat tanpa disebut jangka masanya

Menghapuskan tol – Pakatan Rakyat berjanji menghapuskan tol bermula dengan lebuhraya yang sudah mendapat pulangan modal, berbanding dengan Barisan Nasional yang hanya akan menurunkan tol secara berperingkat tanpa disebut jumlah dan tempoh masanya

Menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma – Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN dan menawarkan pendidikan percuma, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas
Caruman Wanita Malaysia untuk surirumah tidak bekerja – Pakatan Rakyat akan mewujudkan skim caruman seperti KWSP untuk surirumah tidak bekerja dengan caruman minima RM720 setahun, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Menurunkan harga minyak – Pakatan Rakyat komited untuk menurunkan harga minyak, berbanding Barisan Nasional yang tiada cadangan balas

Memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak – Pakatan Rakyat berjanji mengembalikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, berbanding Barisan Nasional yang meneruskan pendekatan membelanjakan wang minyak sebagai peruntukan pusat

Saya akan terus mengemukakan analisis khusus terhadap isu perumahan, ekonomi dan lain-lain sepanjang minggu ini melalui penulisan dan video agar rakyat dapat membandingkan kedua-dua manifesto.-sinarharian.com

* Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR 

Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan

Posted: 08 Apr 2013 03:03 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE

KUALA LUMPUR- Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia's Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar's" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Dalam laporannya, Bloomberg juga menyatakan, menjelang pilihan raya kali, Najib telah memperbanyakan perbelanjaan kerajaan, pusingan kedua pemberian tunai (BR1M), menaikkan gaji pegawai kerajaan, polis dan tentera.

Najib juga telah memohon maaf kepada pengundi atas segala kesilapan yang BN buat sebelum ini.

"Saya mohon maaf dengan ikhlas jika kami membuat silap sebelum ini," kata Najib sebagaimana dilaporkan media antarabangsa itu.-Harakahdaily

[VIDEO] Bolehkah Mengundi Calon Bukan Islam?

Posted: 07 Apr 2013 11:21 PM PDT


KELAB GREENBOC

PRU13 akan berlangsung tak lama lagi.
 
Berikut dikongsikan tentang apakah hukum kita undi Calon Bukan Islam dalam Pilihanraya nanti?

Banyak kekeliruan telah timbul, ada sebahagian pandangan yang meletakkan Haram! Begitu sekali beratnnya dihukumkan.

Jadi, dengan jawapan Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman di atas diharap semua jelas.

LIHAT VIDEO DI SINI

Sidek Baba mahu jadi KM Melaka

Posted: 07 Apr 2013 10:58 PM PDT


KL TODAY

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato' Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor. 
Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda. 
Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan "Pak Sheik" bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar. 
Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek. 
Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah.  Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan.  Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang. 
Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit. 
Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar. 
Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka. 

Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.


Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan. 
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan. 
Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah 'prime land' milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar. 
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik  yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan 'Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa. 
Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa 'memorable academic paper' dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan. 

Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.


Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi. 
Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya. 
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. 
Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar. 
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir. 
Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu. 

Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba. 

Hj Omar Bin Abdul Rahman

Ipoh Perak.

Dipetik dari wlr.blogspot.com

Umrah Najib Bernawaitu Politik Rupanya!!

Posted: 07 Apr 2013 10:55 PM PDT


Oleh Shahbudin Husin

Terdedahnya minit mesyuarat sebuah kumpulan pemikir yang diketuai oleh Alies Anor dan dibantu oleh Dr Sidek Baba mengenai pelbagai perancangan, termasuk yang jahat untuk menewaskan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ini, secara tidak langsung mendedahkan sisi gelap Najib selaku pihak yang mahu dimenangkan, dalam berpolitik dan mahu terus berkuasa.

Dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada perhujung 2012 sebagaimana yang terdapat dalam minit mesyuarat tersebut, antara perancangan yang dilakukan oleh kumpulan itu ialah menulis dan mengutuk Anwar melalui blog-blog, mengadakan sidang akhbar dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar sebaik Parlimen dibubarkan, menerbitkan bahan bercetak dengan maksud yang sama untuk diedarkan ke kawasan pengundi Melayu, mengumpulkan seramai mungkin bekas pemimpin ABIM untuk menyerang Anwar, menggunakan bekas pemimpin PKR yang sudah melompat parti untuk mengadakan ceramah memburukkan Anwar, mewujudkan team baru diketuai Papagomo untuk merekacipta video seks yang melibatkan Anwar dan lain-lain pemimpin PR yang dihasilkan di luar negara dan pelbagai lagi.

Minit mesyuarat ini dipercayai didedahkan berikutan terdapatnya laporan Dr Sidek Baba yang dipercayai sanggup menikam Anwar adalah kerana pelbagai kepentingan peribadi sebagaimana yang didedahkan oleh rakannya sendiri, Omar Abd Rahman dan juga kerana Dr Sidek dibayar elaun sebanyak RM15 ribu sebulan atas kesanggupan menyertai kem Najib dan memburukkan Anwar.

Kumpulan pemikir itu dianggotai oleh beberapa orang lain seperti Abdul Rahman Karimun, Raja Arif Kamaruddin, Osman Abdul Majid, Rahiman Salleh, Majid Daud, Syed Abul Hussin Syed Kismas manakala Abdul Rahman Buyung selaku setiausaha. Alies Anor yang merupakan bekas Setiausaha Politik dan mengetuai War Room untuk Najib dalam PRU 13 ini adalah pengerusi kumpulan pemikir ini manakala Dr Sidek Baba dengan elaun RM15 ribu sebulan adalah timbalan pengerusinya.

Dengan terdedahnya pelbagai tembelang mengenai gerakan kumpulan ini, maka tidaklah menghairankan bahawa Dr Sidek sanggup mengadakan sidang akhbar dan ditermuramah oleh pelbagai media semata-mata untuk mencerca dan memburuk-burukkan Anwar. Tujuannya hanyalah untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat serta mengekalkan Najib di takhta kuasa serta memastikan RM15 ribu masuk ke poketnya setiap bulan.

Tentunya juga tidak menghairankan melalui apa yang didedahkan dalam minit mesyuarat itu, secara tiba-tiba pelbagai video seks mengenai Anwar dan pemimpin PKR lainnya serta-merta muncul mewarnai dunia maya blog-blog pro UMNO sejak kebelakangan ini. Dengan ini tidaklah menghairankan jika menjelang hari pengundian nanti, pelbagai video dan bahan penerbitan lainnya akan bertaburan terutamanya di kawasan-kawasan pengundi Melayu.

Selain pelbagai perancangan tersebut, kumpulan ini juga merancang untuk mengadakan pertemuan dan meminta nasihat daripada Mahathir memandangkan bekas Perdana Menteri itu disifatkan mempunyai banyak idea dan mungkin mengetahui strategi yang lebih sesuai untuk menjatuhkan Anwar.

Dan kini terbukti, Dr Sidek sudah pun mengadakan pertemuan dengan Mahathir minggu lalu, dan mereka dilaporkan telah mengadakan perbincangan selama lebih satu jam hanya atas satu topik iaitu Anwar Ibrahim.

Selain menyerang dan memburuk-burukkan Anwar, kumpulan itu juga merangka pelbagai strategi untuk menaikkan imej Najib khususnya di mata pengundi Melayu. Ia termasuk lawatan ke Palestin, mengadakan kunjungan dengan pemimpin Islam di selatan Thailand dan Filipina serta mengerjakan umrah.

Kumpulan pemikir ini percaya dengan Najib menunaikan umrah, ia boleh menaikkan sokongan pengundi Melayu kepada Najib. Sementara Anwar memang dikenali sebagai pejuang Islam sejak di universiti lagi dan imej itu kekal terpamer hingga kini, Najib sebaliknya sebaliknya ingin menonjolkan imej Islamiknya dengan kekerapan menunaikan umrah.

Jika diimbas, sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, hampir setiap tahun Najib menunaikan umrah. Setiap kali pemergiannya pula akan diberi liputan yang meluas oleh media-media kerajaan. Baru-baru ini juga dilaporkan beliau akan ke Mekah lagi menunaikan umrah tapi ianya dibatalkan kerana Parlimen dibubarkan. Mungkin selepas penamaan calon nanti, Najib dan keluarganya akan menunaikan umrah lagi sebagaimana yang dicadangkan oleh kumpulan pemikir itu.

Rupa-rupanya pemergian Najib menunaikan umrah bukanlah dengan kerelaan hati dan untuk beribadah kepada Allah. Umrah Najib untuk politik rupanya. Matlamatnya adalah semata-mata mengabui pengundi Melayu, mendapatkan undi, menang pilihanraya dan supaya terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Umno-BN Khianat; Bangunan SK Kedai Buloh Yang Retak Tidak Dibaik Pulih Sehingga Kini

Posted: 07 Apr 2013 10:42 PM PDT

Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak2.jpgMARANG - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu khianat kepada rakyat dengan menyembunyikan masalah keretakan bangunan Sekolah Redah Kedai Buloh, di Jalan kedai Buloh, Bukit Payong dekat sini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, beliau memberitahu pihak media supaya membuat liputan sebaik sahaja mengetahui tentang kerosakan teruk sekolah tersebut.

Malangnya, kata beliau, pihak media telah dihalang oleh pemimpin Umno dari mendedahkan perkara tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak1.jpg"Sekolah Rendah Kedai Buloh, guru besar (dan) cikgu-cikgu tahu......berlaku retakan (pada bangunan) sehingga syiling sekolah tercabut jatuh.......dalam bilik guru perempuan,

"saya telefon wartawan suruh wartawan masuk dalam suratkhabar........tiba-tiba disekat, supaya wartawan jangan buat liputan takut (bimbang) rakyat tahu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Pasca Pembubaran Parlimen di Kedai Buloh, pada Khamis malam, 4 April lalu. [Lihat Video]
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak4.jpgSelaku ADUN kawasan terbabit, Ustaz Mohd Nor berkata, beliau telah membawa perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) dan meminta kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya.

Sebaliknya, kata beliau, Menteri Besar negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said hanya menyifatkan keretakan yang boleh mengancam nyawa itu, adalah kerosakan kecil sahaja.

"saya sebut dalam Dewan (Sidang DUN) kenapa kerajaan tak ambil cakna dan prihatin.......walaupun sekolah itu dalam keadaan bahaya, (boleh) mengancam nyawa pelajar-pelajar dan guru-guru,

"mereka jawab dalam Dewan...........sikit je......kita selesai lah, Mad Said (MB) jawab sikit je (keretakan itu).........(kata Mad Said) hok gitu bising!......,"jelas Ustaz Mohd Nor.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/SK%20Kedai%20Buloh%20retak3.jpgMenurutnya walau pun kerosakan tersebut yang dianggap remeh oleh kerajaan Umno-BN dan Menteri Besar Terengganu, namun sehingga kini, kerosakan pada bangunan sekolah itu masih belum diperbaiki.

Belau mendakwa, ia adalah kerana Umno-BN mahu mengkhianati rakyat dengan menuduh kawasan Kedai Buloh adalah kawasan kuat PAS dan tidak perlu dibuat sebarang pembaikian terhadap keretakan yang berlaku pada bangunan sekolah itu.

Tinjauan mendapati, kerosakan yang teruk pada bangunan sekolah tersebut termasuk retak pada tiang, tetulang konkrit dan syiling yang tercabut [Gambar]

Jadi tukang kempen Ibrahim Ali pun cukuplah...

Posted: 07 Apr 2013 10:33 PM PDT

Apa yang membuatkan Mahathir terlalu berdendam terhadap Lim Kit Siang hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu itu tidak pernah padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.


Mahathir mahukan UMNO dan BN menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahajalah cara untuk membuatkan LKS bersara. Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga beliau (Mahathir) meminta calon 'heavy weight' untuk diturunkan melawan LKS di Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti beliau dalam politik sejak begitu lama.

Tetapi kita bertanya pula kepada Dr Mahathir. Bagaimana pula beliau? Beliau masih lagi bermain politik yang begitu aktif sekarang ini walaupun sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Sekarang masih lagi bermain politik dan tidak mahu berhenti-henti.

Beliau masih lagi berperanan untuk mengganggu pelan dan kemahuan Najib Tun Razak dalam penentuan calon. Seperti saya katakan dalam posting yang lepas Mahathir masih lagi mahu menjadi penentu keadaan UMNO itu.

Jika UMNO terlalu kuat beliau mahukan kekuatan UMNO itu diturunkan dengan memberikan komen yang menjatuhkan kekuatan UMNO. Apabila UMNO sekarang sudah agak hampir jatuh dengan sebenarnya beliau turun padang untuk menaikkan sedikit kekuatan UMNO itu. Ini semua permainan politik Mahathir yang tidak mahu berhenti dari politik negara.
Yang terakhir pula Mahathir mahukan Ibrahim Ali diambil oleh Najib untuk menjadi calon UMNO di Pasir Mas. Beliau sentiasa masuk campur dalam urusan negara yang sedang diurus oleh Najib. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tidak siapa pun boleh mempengaruhi kehendak beliau dan beliau mentadbir negara mengikut kemahuan nafsu beliau sendiri.Saya selalu berkata rakyat mesti bersatu kali ini di luar BN kerana jika rakyat bersatu dalam UMNO dan BN, mereka akan ditunggangi oleh kehendak Mahathir dan kroni serta keluarga beliau sendiri.

Mahathir tidak henti-henti bermain politik walaupun beliau telah bersara. Keadaan politik yang kucar-kacir sekarang berpunca lama dahulu, iaitu semasa zaman beliau menjadi peneraju negara ini. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.

Yang rakyat bergerak untuk melakukan perubahan ini adalah kerana gara-gara beliau. Apabila beliau bersara Mahathir telah mewarisi negara kepada pemimpin yang tidak pernah dididik oleh beliau dengan nilai murni, sebaliknya mewariskan kepada pimpinan yang tidak mampu menjaga kehormatan negara dalam erti sebuah negara berdaulat sebenarnya.
Rasuah besar yang bermula di zaman beliau telah melarat dan menjadi barah dalam kerajaan hari ini. Barah ini tidak dapat dikawal lagi.
Tidak apalah begitu, tetapi biarkanlah rakyat membetulkannya. Tetapi Mahathir kembali berpolitik dan UMNO tidak mampu untuk membuat keputusan dengan betul kerana campur tangan beliau dalam politik tanah air.
Dr Mahathirlah yang sepatutnya bersara dan beliau sepatutnya tidak lagi bermain politik. Jangan hendak mengata LKS sedangkan beliau lebih gila bermain politik dan UMNO kini tidak boleh lagi membuat keputusan sendirian tanpa campur tangan Mahathir.
UMNO yang lemah sekarang inilah yang dikehendaki oleh Mahathir kerana kelemahan UMNO hari ini membolehkan beliau menjadi penting dan terus-terusan berpolitik.

Asalkan boleh bermain politik menjadi tukang kempen Ibrahim Ali pun jadilah. Yang penting beliau terus berpolitik. Belum lagi beliau berniat untuk bersara.

Wanita Pakatan ragui keikhlasan dalam manifesto BN

Posted: 07 Apr 2013 10:32 PM PDT

 

Wanita Pakatan Rakyat meragui keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi janji dalam manifesto BN termasuk menubuhkan pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Seorang pemimpin dalam Wanita Pakatan Teo Nie Ching berkata kerajaan malah masih belum memenuhi tuntutannya untuk menubuhkan pusat asuhan anak di bangunan parlimen – khusus bagi kakitangan dan ahli parlimen.

pakatan wanita manifesto 070413 01"Tetapi selepas setengah tahun, kita tengok di parlimen masih tidak ada fasiliti ini. Sekarang Datuk Seri Najib cakap nak tubuh 1Care Centre di seluruh Malaysia.

"Saya nak tanya berapa ikhlas beliau nak buat tawaran ini. Saya dan (penyandang kerusi) parlimen Lembah Pantai, pernah membuat cadangan ini, tapi tidak diberi kepentingan," kata setiausaha Wanita DAP itu dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Najib juga mensasarkan untuk mencapai kadar guna tenaga wanita mencecah sehingga 55 peratus pada 2015 berbanding 46 peratus pada tahun ini.
"Dalam tempoh dua tahun... Adakah ini realistik?... Ini satu janji daripada BN. Kalau satu janji ini tidak ditepati, kita nak tanya, boleh percaya ke kepada tawaran-tawaran lain," katanya.

Dlam sidang media yang sama, naib ketua Dewan Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi turut mempersoalkan kemampuan BN untuk melaksanakannya memandangkan peruntukan Bajet 2013 kepada Kementerian Pembangunan Wanita sebanyak kira-kira RM50 juta.

Sedangkan, katanya, jumlah wanita di seluruh negara berjumlah kira-kira 14 juta.

"Jadi apa yang ditawarkan dalam bajet dan tawaran dalam manifesto mereka, tidak mungkin menjadi kenyataan," katanya sambil menambah beliau tidak mengikuti lagi kandungan manifesto BN.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah timbalan ketua Wanita PKR Rodziah Ismail, ialah timbalan ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Wanita Pakatan Rakyat tawar insentif RM1,000 untuk jaga anak

Posted: 07 Apr 2013 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan tawaran untuk memberi insentif penjagaan anak sebanyak RM1,000 dan juga penubuhan agensi pembantu rumah tempatan bagi meringankan beban golongan wanita berkerjaya.

Pemimpin parti berkenaan dalam satu sidang media hari ini mengumumkan, tawaran berkenaan sebagai satu bentuk sistem sokongan yang disediakan bagi memastikan kadar guna tenaga penuh wanita dalam lapangan pekerjaan terus dipertingkatkan.

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail menjelaskan, insentif penjagaan anak itu diagih mengikut pendapatan ibu bapa.

"Macam taska di Selangor kita beri RM100 setiap bulan dalam bentuk baucer kepada ibu bapa yang dapat daripada institusi. Dan kerajaan negeri pula bayar (insentif) itu kepada institusi, supaya memastikan anak pergi ke institusi tersebut," katanya.

Memetik Malaysia Kini, seorang lagi pemimpin Wanita Pakatan pada sidang media sama,, Dr Siti Mariah Mahmud turut menjelaskan bahawa agensi pembantu rumah tempatan akan dapat membantu menyelesaikan peningkatan kemasukan pendatang asing.

Ia juga akan membantu mengekang masalah keselamatan dan jenayah serta mengelak pembentukan anak-anak yang tercemar dengan budaya dan nilai asing, katanya.

"Dengan memberi fokus kepada strategi penubuhan agensi pembantu rumah tempatan ini kita yakin akan dapat memelihara budaya dan nilai tempatan dalam pembinaan anak-anaknya nanti yang turut diasuh oleh para pembantu rumah," katanya.

Sementara itu, naib ketua Dewan Muslimat PAS, Mumtaz Mat Nawi pula berkata, perkara itu boleh dilaksanakan dengan kerjasama kementerian wanita, kementerian sumber manusia, kolej kemahiran wanita dan institut pengajian tinggi.

"Kita nak ubah fikiran bahawa wanita adalah pengurus rumah tangga. Ia diperlukan oleh rakyat dan anak-anak tidak lagi ditinggalkan kepada agensi swasta. Kerajaan Pakatan akan melatih sebaik mungkin," katanya.

Selain tawaran berkenaan, Wanita Pakatan sebelum ini mengumumkan tawaran untuk mengadakan caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah.
Ia dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi suri rumah yang layak.

Turut hadir di sidang media hari ini ialah ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff, timbalan ketua Wanita PKR Rodziah Ismail dan setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching.

Siaran langsung Jelajah Merdeka Rakyat di Kedah, Perlis

Posted: 07 Apr 2013 10:26 PM PDT

PERLIS : Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung ceramah Jelajah Merdeka Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah dan Perlis melalui rangkaian internet.
e4283cb4-fcf5-4541-bc67-3ee2902ad92b_170x170
Anwar juga dijangka membuat pengumuman calon KEADILAN Perlis di Jalan Wai, Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis dan Padang Bandar Laguna Merbok, Kedah antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Turut berucap, Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Johari Abdul, Chan Ming Kai, Mohd Faisol Abd Rahman, Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, Hashim Jassin, Saiful Izham,  N Surendren dan Badrul Hisham Shahrin.

Untuk tonton, KLIK INI.

Najib serah topi keledar untuk anak muda S'gor

Posted: 07 Apr 2013 10:23 PM PDT

 

Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Razak akan mengedarkan 22,000 topi keledar kepada golongan anak muda dalam kempen parti itu di negeri berkenaan.

Topi keledar dengan logo 'IM4U' dan lambang parti BN itu dibiayai Kelab Putera 1Malaysia.

bn give out helmet 070413 03Najib meyerahkan bahan kempen itu selepas satu pertemuan bersama golongan muda Selangor di Politeknik Shah Alam hari ini.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Najib turut mengambil peluang untuk menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor dengan membangkitkan isu kebajikan ibu tunggal dan warga emas.

Beliau mendakwa golongan tersebut kini "menderita" kerana Pakatan tidak menunaikan janji, dan mendakwa terdapat warga Selangor yang terpaksa mengangkut air disebabkan masalah bekalan air.

"Kita akan selesaikan semua masalah air sebaik sahaja kita mengambil alih negeri ini," kata Najib yang juga mengetuai jentera BN di negeri itu.

Stesen radio diserang menjelang pilihan raya

Posted: 07 Apr 2013 10:19 PM PDT

Pengasas Stesen Radio Free Sarawak dan Radio Free Malaysia, Clare Rewcastle-Brown mengesan serangan gangguan pancaran stesen terbabit dan juga serangan di portal web tersebut.

"Ada juga cubaan interferens siaran di kedua-dua stesen radio melalui gangguan di pelbagai tempat di dunia sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya usaha itu hanya membuahkan sedikit hasil dan beliau sedang mengesan individu yang terlibat dengan gangguan tersebut.

Selain itu, portal stesen radio berkenaan menerima serangan penafian perkhidmatan DDOS sejak semalam.

"Kami berjaya mengatasinya, namun mereka meneruskan serangan, yang datang dair segenap pelusuk, nampaknya. Namun kebanyakannya dari Amerika Syarikat dan Malaysia, dan pelayan kami terpaksa ditutup," katanya.

Selain itu, portal yang bersekutu dengan stesen radio terbabit, Sarawak Report, turut menerima serangan namun masih mampu bertahan, tambahnya.

Serangan ke atas stesen radio dan portal terbabit muncul beberapa hari selepas Parlimen Malaysia dibubarkan pada 3 April.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengadakan pertemuan pada hari Rabu untuk mengumumkan tarikh penamaan dan pengundian.

Biarkan rasuah Musa Aman, Taib Mahmud bukti manifesto BN tipu

Posted: 07 Apr 2013 10:16 PM PDT

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Kes rasuah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud bukti manifesto BN untuk memerangi rasuah hanya janji kosong.

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, manifesto 17 janji dan enam sebab kenapa perlu menyokong parti itu penuh dengan tipu muslihat padahal mereka tidak mampu laksanakannya.

Katanya, ia sekadar untuk menutup fakta bahawa mereka adalah punca kepada permasalahan negara.

Taib

"Hakikatnya, manifesto pilihan raya BN penuh dengan tipu daya. BN bertekad untuk membasmi ancaman rasuah, tetapi kes Ketua Menteri Sabah menerima sogokan RM40 juta berserta kekayaan RM64 bilion yang dimiliki kaum kerabat Taib Mahmud membuktikan janji BN hanya omong kosong.

"Kenapa tiada tindakan selanjutnya diambil? Di mana iltizam politik BN untuk memerangi rasuah? Menjelang pilihan raya, sekali lagi janji kosong sebegini dilaungkan," kata Khai Loon pada kenyataan.

Menurutnya, BN yang lemah dalam pentadbiran tidak mampu melakukan perubahan kerana parti itu sedia maklum lebih separuh abad pemerintahan tetapi masih belum boleh dibanggakan dari segi pencapaian.

"Usul politik BN umpama laungan kosong. BN lemah dari segi keupayaan untuk berubah. Najib menegaskan bahawa transformasi memerlukan masa dan segala-galanya masih dalam proses perubahan.

"Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan ketara. Penyelesaian masalah bergantung pada kesungguhan untuk berubah," katanya.

Khai Loon berkata, variasi manifesto BN yang diumpan kepada rakyat bertentangan daripada apa yang dilakukan mereka, sebaliknya pendekatan itu lebih mesra dengan Pakatan Rakyat.

"Pertubuhan rakyat dan kerajaan Pakatan berusaha untuk menyekat operasi Lynas dan projek pembangunan mengancam alam sekitar.

"BN pula tidak mengendahkan bantahan rakyat dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan ekonomi jangka pendek. Maka, hasrat BN untuk membangunkan tenaga hijau tampaknya sungguh tidak meyakinkan.

"Sedangkan Pakatan melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan adil, sekaligus mengelakkan kemungkinan berlakunya kes rasuah.

"Malah, Pakatan juga terus-menerus menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti sosial dan menyediakan pelan perlindungan sosial," kata Khai Loon. – NS

Sokongan merudum, Najib terpaksa 'jual' imej Malaysia – Nik Nazmi

Posted: 07 Apr 2013 10:13 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Imej BN yang teruk menyebabkan Perdana Menteri terpaksa 'menjual' imej Malaysia sebagai taktik tersirat mendapatkan sokongan untuk Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Mereka terpaksa guna 'shuttle ads' menggunakan imej patriotisme secara tersirat untuk 'menjual' imej Barisan Nasional. Ini sebenarnya taktik terdesak.

"Majoriti rakyat dah muak dan tolak simbol dacing. Ini kita dapat lihat komen-komen di facebook dan sebagainya," kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.

Menurut Nik Nazmi, semua saluran media milik kerajaan dan rangkaian swasta kini terpaksa menjalankan kempen 'pro-BN'.

"Setiap jam kita akan lihat kempen manifesto BN. Apakah ini yang dikatakan Najib bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi terbaik di dunia?" soalnya.

Tambah beliau, walaupun BN berkempen tanpa menggunakan logo dacing, rakyat kini sedar dan dapat membezakan kerana isu pokok adalah soal polisi dan ekonomi.

"KEADILAN dan Biro Komunikasi akan terus menggunakan media baru termasuk aplikasi iPhone dan Android sebagai medium penerangan.

"Kita menggalakkan ahli dan penyokong KEADILAN untuk mengeluarkan semua poster, manifesto, video penerangan termasuk dalam bentuk CD dan bercetak untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya. – SDQ

Saifuddin Nasution beralih ke Kedah

Posted: 07 Apr 2013 10:08 PM PDT

PKR menyenaraikan empat muka baharu dan seorang penyandang bagi mempertahankan lima kerusi parlimennya di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Mereka termasuk Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baru. Saifuddin merupakan penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan.

Ketika berucap pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok dekat sini malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan Naib Presiden parti N Surendran sebagai calon di kerusi Parlimen Padang Serai.

Dua lagi muka baharu ialah Ketua Wanita Cabang Sungai Petani Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah (Parlimen Merbok) dan Ketua PKR Cabang Kuala Kedah Dr Azman Ismail (Kuala Kedah), manakala Datuk Johari Abdul kekal bagi mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR menang di lima daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandinginya. Mereka tewas di kawasan Parlimen Alor Setar dan Langkawi.

Di kerusi Parlimen Merbok, PKR menang menerusi Datuk Rashid Din yang menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Tajul Urus Mat Zain dengan majoriti 3,098 undi.

Kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu dan Padang Serai pula masing-masing dimenangi menerusi Datuk Zulkifli Noordin dan N Gobalakrishnan namun kedua-duanya bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.

Bagi kerusi Parlimen Sungai Petani, Johari menewaskan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin manakala kawasan Parlimen Kuala Kedah dimenangi oleh Ahmad Kasim.

Anwar baru-baru ini mengumumkan Ketua Biro Perundangan PKR Gooi Hsiao Leung sebagai calon di kerusi Parlimen Alor Setar tetapi mendapat bantahan DAP Kedah yang turut mahu bertanding di kerusi itu.- Bernama

'Manifesto BN tiada reformasi menyeluruh'

Posted: 07 Apr 2013 10:06 PM PDT

Mewakili PKR, saya mengalu-alukan pelancaran manifesto BN yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan calon. Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah mendahului BN dengan melancarkan manifesto bagi pilihan raya umum ke-13 pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema manifesto BN "Membawa Harapan" pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihan raya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan.
Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Justeru, keengganan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila BN tidak mempedulikan langsung etika kerajaan sementara (caretaker government) dengan menyalahgunakan ruang masa penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama. Ini jelas merupakan suatu amalan pilihan raya berat sebelah dan penyalahgunaan harta benda awam oleh sebuah kerajaan sementara.

Walau bagaimanapun, saya nekad untuk memastikan pilihan raya ini menjadi medan persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik sihat. Saya telah meneliti manifesto BN dan akan membentangkan pandangan PKR dari semasa ke semasa. Saya juga telah mengarahkan pasukan dasar PKR untuk mengkajinya secara menyeluruh dengan tujuan memberi maklum balas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.

Secara umumnya, saya tidak yakin manifesto BN secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit. Yang paling ketara adalah manifesto BN tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi BN. Ingin saya tegaskan bahawa tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.

Pada masa yang sama, manifesto BN ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa oleh manifesto Pakatan Rakyat. Lebih 90 peratus dari program yang disenaraikan sudahpun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.

Ketandusan idea baharu bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan Rakyat untuk disuntik ke dalam manifesto BN terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak.

Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30 peratus sahaja seperti yang dijanjikan di dalam manifesto BN.

Manifesto BN masih mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang BN bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen BN jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang.

Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan BN meningkatkan pendapatan bulanan isirumah, melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang.

"Direct transfer payments" seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto BN jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan bersifat diskriminasi.

Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun.
Saya khuatir sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi sia-sia.

Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam manifesto BN jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat. Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara seperti yang diperincikan dalam manifesto pilihan rayanya.

Saya akan terus menghuraikan kritikan membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk mengadili keupayaan manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding manifesto BN. Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform utama kempen PKR dalam pilihan raya dengan melibatkan keseluruhan pimpinan, jentera pilihan raya dan semua calon.


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM adalah ketua umum PKR.

Kenderaan Jabatan Penerangan diguna di acara BN

Posted: 07 Apr 2013 10:02 PM PDT

 

AUDIO | 27 saat

Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".

Pengikut