Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Polis Malaysia makin ganas, kaki pukul?
- Keluhan anggota polis PGA tiada siapa dipeduli
- Kapal selam negara kita akan dijadikan muzium
- Polis jadi samseng jalanan, tembak orang awam?
- Adakah CIA yang serang gereja di Indonesia?
Polis Malaysia makin ganas, kaki pukul? Posted: 26 Sep 2011 01:27 AM PDT Apa nak jadi segenlitir polis di Malaysia ini, kerana nila beberapa titik habis susu satu kolam. Sebelum ini kisah polis jadi samseng jalanan, tembak orang awam. Juga kisah cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak. Kini kisah polis tak boleh ditegur kerana buang sampah. Apabila menteri-menteri kita sibuk berpolitik, mereka sudah hilang kawalan terhadap kementerian mereka masing-masing. Kisah Polis jadi samseng jalanan, tembak orang awam di http://amkns.blogspot.com/2011/09/polis-jadi-samseng-jalanan-tembak-orang.html Cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak yang dilaporkan di http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html TEGUR POLIS BUANG SAMPAH, PEKERJA DAKWA DIPUKUL 26 September 2011 Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu. Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ. "Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut. "Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini. Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab. "Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul. "Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa. Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya. "Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu. "Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - Bernama http://malaysiakini.com/news/176888 |
Keluhan anggota polis PGA tiada siapa dipeduli Posted: 25 Sep 2011 07:50 PM PDT Anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) atau dahulu dipanggil Pasukan Polis Hutan (PPH) telah begitu banyak berjasa kepada negara dalam membendung kegiatan pengganas komunis di hutan belantara seluruh Malaysia. Kini jasa mereka semakin dilupakan, keluhan mereka seolah-olah tiada siapa yang peduli. *** RUMAH TERBENGKALAI DI TAMAN BUKIT RIAH, PENGKALAN HULU, PERAK Saya ingin perhatian pihak tuan berkaitan rumah terbengkalai di Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu, Perak telah 23 tahun kami menunggu rumah tak juga diserahkan, dah baiki semula minta pihak tuan ketengahkan ADA PEMBELI DAH MENINGGAL rumah tak juga dapat duduk. KAMI BEKAS PASUKAN GERAK AM BATALION 18 kebanyakan dah pencen rumah tak dapat duduk, potongan tetap di bayar pada kerajaan dan bank. Minta kerjasama sangat tuan untuk ketengahkan isu ini, Rumah Kos Rendah Taman Bukit Riah Pengkalan Hulu Jalan Betong.. tarikh beli 30/4/1991. Puas mengadu tapi tak dapat perhatian. Rumah dah di baiki tapi kunci pula tidak mahu diserah. Pihak kami tidak membuat tuntutan apa-apa dari mana-mana pihak, kami hanya menunggu untuk rumah diserahkan, itu sahaja, kerjasama pihak tuan amat kami nantikan ibarat menanti buah yang tidak gugur Sumber : http://terbengkalai.blogspot.com/2011/06/rumah-terbengkalai-di-taman-bukit-riah.html |
Kapal selam negara kita akan dijadikan muzium Posted: 25 Sep 2011 07:32 PM PDT Entahlah, tak tahu nak cakap apa lagi. Kapal selam Agosta 70 yang Malaysia beli digunakan untuk melatih krew kapal selam pada tahun 2005 akan dijadikan muzium di Melaka. Di Pakistan, kapal selam jenis sama masih digunakan dan akan dinaik tarak dengan sistem pertempuran yang baru. Di Colombia mereka boleh buat kapal selam dari kayu dan gentian kaca, begitu juga di Sri Lanka, mereka boleh buat kapal selam dalam hutan belantara. Tapi kita di Malaysia, kapal selam dijadikan muzium. Indonesia masih menggunakan kapal selam yang dibeli pada tahun 1981 dan akan membuat kapal selam mereka sendiri pada tahun 2012. Malaysia Boleh ! Artikel sebelum ini : - Indonesia buat kapal selam sendiri tahun 2012 di http://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kapal-selam-tahun-2012.html - Pengedar dadah buat kapal selam sendiri dengan kos RM3.5 juta sahaja http://amkns.blogspot.com/2010/07/pengedar-dadah-pun-boleh-buat-kapal.html - Gerila Tamil Eelam di Sri Lanka pun boleh buat kapal selam sendiri di http://amkns.blogspot.com/2009/01/malu-malaysia-gerila-sri-lanka-boleh.html Malaysia-Perancis Tandatangani Pemindahan Pemilikan Kapal Selam Ahad September 25, 2011 KUALA LUMPUR: Satu majlis menandatangani pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 daripada kerajaan Perancis kepada kerajaan Malaysia diadakan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis pada Jumaat. Agosta digunakan untuk tujuan melatih krew pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002. AGOSTA AKAN DIANGKUT DI ATAS SEBUAH LIMBUNGAN TERAPUNG KE MALAYSIA PADA MINGGU PERTAMA OKTOBER OLEH FELDA TRANSPORT DAN IA AKAN DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA YANG KEMUDIAN DIJADIKAN SEBUAH MUZIUM DI KLEBANG, MELAKA. – BERNAMA http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/9/25/mstar_berita/20110925134834&sec=mstar_berita Pakistan Navy to Upgrade Old Agosta 70 Submarines with SUBTICS Combat System Sep 2010 - Pakistan Navy has signed a contract with the French company DCNS to purchase Submarine Tactical Integrated Combat System (SUBTICS) for the old Agosta 70 diesel-electric submarines. This contract was signed by the Pakistan Navy in June. http://pakmr.blogspot.com/2010/09/pakistan-navy-to-upgrade-old-agosta-70.html Saat ini TNI AL hanya mengoperasikan dua kapal selam kelas U-209 buatan Jerman Barat, yaitu KRI Cakra/401 dan KRI Nanggala/402. Kapal selam yang datang tahun 1981. ini terasa sudah uzur di tengah tuntutan tugas negara yang padat. http://hagemman.wordpress.com/2009/09/14/mengabdi-dalam-kesunyian/ Kapal selam buatan kayu ditemui 26 September 2011 MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu. Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC). Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah. Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu. Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama. Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca. Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm |
Polis jadi samseng jalanan, tembak orang awam? Posted: 25 Sep 2011 06:47 PM PDT Satu laporan berita yang perlu diberi perhatian serius oleh semua rakyat Malaysia dan perlu siasatan terperinci polis. Datuk R. Jeevanthiran telah ditembak selepas satu kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur. Penyerangnya menunjukkan kad pengenalan Pasukan Gerakan Am. Datuk R. Jeevanthiran yang merupakan bekas polis simpanan sukarela cam kad pengelanan PGA tersebut. Datuk R. Jeevanthiran teleh ditembak dengan pistol semi otomatik Walter PPK yang kebiasaannya digunakan oleh para pegawai. Dan kenderaan yang digunakan oleh saspek adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang dua minggu lalu. Selamat lagikan rakyat 1Malaysia? Sebelum ini cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak yang dilaporkan di http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html 'Man shot me after accident' 2011/09/25 KUALA LUMPUR: A businessman said a man shot him in the waist after a minor car crash on Sept 17. Datuk R. Jeevanthiran, 35, speaking from his hospital bed, said about midnight on Sept 16, he left home a car to meet a friend, S. Paramaguru, in Bangsar. When he entered Jalan Bangsar, a black Proton Perdana bumped into the left side of his car. Suspecting foul play, and looking at the fully-tinted windows of the Perdana, Jeevanthiran did not immediately stop. He slowed and stopped after about 50m. The Perdana also stopped but the driver did not come out of the car. Jeevanthiran drove for another 100m before stopping again. The driver of the Perdana did the same thing. When this happened, he called Paramaguru and told him what was happening. He drove off and turned into Jalan Maarof about 12.30am and parked the car in front of the Arulmigu Sri Ramalingeswarar temple. The driver of the Perdana did the same. The Perdana driver, a man in his 30s, wearing a white T-shirt and jeans and sporting a cap, got out of his car and knocked on Jeevanthiran's car window. Jeevanthiran opened the window and asked the man to wait, as he was waiting for a friend. ANOTHER MAN CAME OUT OF THE PERDANA AND SHOWED JEEVANTHIRAN A POLICE GENERAL OPERATION FORCE AUTHORITY CARD AND ASKED HIM TO GET OUT OF THE CAR. JEEVANTHIRAN, WHO WAS A MEMBER OF THE POLICE VOLUNTEER RESERVE IN JOHOR BARU FROM 2001 TO 2005, RECOGNISED THE POLICE ID CARD. Paramaguru arrived, parked his Proton Perdana behind the first Perdana and approached them. The four started talking about the accident. When Jeevanthiran said they should report the matter to the police, one of the men shouted expletives at him and Paramaguru. When they wanted to leave, one of the men took out a gun, while the second person told him to shoot. Paramaguru tried calming down the two men while asking Jeevanthiran to get into his car. As Jeevanthiran opened the door, the man shot at him. He then tried to shoot Paramaguru, but the gun did not work. The man tried again. This time the shot went off, but missed the target. JEEVANTHIRAN SAID: "THE GUN THAT THE SUSPECT USED WAS AN OFFICERS' ISSUED SEMI-AUTO, MAGAZINE-TYPE WALTER PPK GUN." Jeevanthiran, now bleeding, drove the car with Paramaguru to a private hospital, where he was rushed to the intensive care unit. Paramaguru called the police. Paramaguru and two policemen went back to the scene only to find that his Perdana was gone. Police checks revealed that the suspect's car plate was reported stolen about two weeks ago by the owner of a car, which is in a workshop. Jeevanthiran said the doctor told him it would take at least six months for him to recover. http://www.nst.com.my/nst/articles/14xex/Article |
Adakah CIA yang serang gereja di Indonesia? Posted: 25 Sep 2011 06:06 PM PDT Pada 25 September 2011 sebuah gereja telah dibom di Indonesia menyebabkan 27 orang cedera, sebahagiannya kritikal manakala para penganut keluar ke jalan raya dalam keadaan panik. Sila baca artikel bertajuk CIA ATTACK ON CHURCH? Baca dulu, samada betul atau tidak artikel tersebut, logik atau tidak dan seterusnya. Sila baca artikel tersebut di http://aangirfan.blogspot.com/2011/09/cia-attack-on-church.html Pengebom berani mati serang gereja di Solo, Indonesia Kosmo 26 Sep 2011 SOLO - Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah gereja semalam menyebabkan 27 orang cedera, sebahagiannya kritikal manakala para penganut keluar ke jalan raya dalam keadaan panik. Ia merupakan kejadian terbaharu dalam satu siri serangan ke atas kumpulan-kumpulan minoriti di negara ini yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia. Bandar Solo yang didiami kira-kira 500,000 orang merupakan tempat kediaman seorang guru agama, Abu Bakar Bashir yang dipenjarakan Jun lalu kerana terlibat selama 15 tahun dalam sebuah kumpulan pengganas. Seorang penganut Kristian, Kristanto berkata, dia dan isterinya bersedia untuk meninggalkan gereja Injil Bethel apabila bom tersebut menggegarkan bangunan berkenaan. "Terdapat jeritan dan histeria. Suasana aman semalam telah menjadi situasi yang kelam-kabut," katanya. Pengebom tersebut berada di dalam gereja bersama dengan penganut Kristian lain semasa dia bangun dan meletupkan bom ketika dalam perjalanan pulang. Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Awam, Djoko Suyanto berkata, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk keras perbuatan keganasan itu. - AFP http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |