Isnin, 26 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 26 Sep 2011 03:24 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


HUDUD : MENGAPA PAKATAN RAKYAT PERLU MELATAH ?

Posted: 25 Sep 2011 06:51 AM PDT

Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.

Isu terbaru tentang hudud, atau lebih tepat lagi, isu yang dikitar semula dari semasa ke semasa, lebih mencerminkan permainan politik daripada penegasan mengenai akidah atau agama.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dahagakan publisiti mencabar PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan, kepimpinan parti itu menempelak bekas Perdana Menteri yang telah menghantar suta pada 1994 mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud.

Apabila Pengerusi DAP Karpal Singah menolak pelaksanaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kalau tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu melaksanakan hukum hudud.

Maka ghairahlah pecacai UMNO, termasuk media kawalan mereka serta blogger upahan, memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat terhadap apa yang digambarkan sebagai keretakan dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyokong hasrat PAS Kelantan walau pun menambah bahawa undang-undang hudud itu perlu melindungi hak bukan Islam, di samping menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan UMNO tidak pernah menolak hudud, cuma keadaan sekarang tidak sesuai untuk dilaksanakan hukun jenayah cara Islam itu.

Baru sahaja para penyokong dan blogger upahan UMNO memulakan serangan terhadap Pakatan, tiba-tiba MCA pula mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika UMNO mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pendirian kami sangat jelas. UMNO mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu. Kami akan keluar," katanya kepada pemberita hari ini.

Pendirian PAS dan MCA

Pendirian PAS dan MCA ini telah menyulitkan usaha pecacai UMNO untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Pertama, bagi mereka yang selama ini mencanangkan bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP yang berprinsip demokrasi sekular, pendirian Nik Aziz telah membuktikan PAS tidak tunduk kepada mana-mana tekanan luar.

DAP juga tidak tunduk kepada tekanan untuk mengubah pendirian demokrasi sekular serta demokrasi sosial yang menjadi prinsip perjuangannya. Ini selaras dengan amalan Pakatan di mana setiap parti komponen adalah rakan kongsi setara atau equal partnership tanpa sebarang dominasi, seperti yang diamalkan dalam BN di mana UMNO menjadi dalang utama.

Kedua, pendirian MCA yang mungkin dikongsi oleh parti-parti komponen pelbagai kaum dalam BN akan menyebabkan segala tohmahan terhadap PAS, DAP dan PKR akan terpalit semula kepada muka mereka yang membuat tuduhan.

Dan semua ini berlaku tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia akan dijadikannya negara demokrasi terbaik di dunia.

Kembali kepada Dasar Bersama Pakatan

Bagi Pakatan Rakyat, apa yang dikatakan masalah itu boleh diselesaikan melalui dialog dan rundingan, selaras dengan budaya politik baru yang mahu Pakatan perkenalkan tanpa sebarang paksaan yang biasa diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Rujukan yang ada untuk Pakatan ialah Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah dijadikan asas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Tiga perkara pertama yang menjadi pedoman Dasar Bersama adalah komitmen untuk:

* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Inilah intipati Pakatan untuk mencapai cita-citanya, sebagaimana yang dicerminkan melalui slogan "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia".

Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali awal tahun ini, hudud bukan agenda dalam Dasar Bersama Pakatan.

"Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak… dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud," katanya.

Sebagaimana DAP tidak memaksa Pakatan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menerima ideologi demokrasi sosial atau menjadikan negara sekular sepenuhnya, tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk memaksa penerimaan perjuangan masing-masing.

Kerjasama melalui tolak ansur dan sikap saling faham-memahami telah memperkukuhkan Pakatan sejak Mac 2008. Mengapa mahu dipecahkan perpaduan yang telah dimeterai itu?

Melatah kerana helah Mahathir?

Jika semata-mata kerana usikan Dr Mahathir pun sudah tidak terkawal perasaan, mungkin semua pihak berlu kembali bermuhasabah diri untuk menenangkan keadaan.

Lagi pun ia cuma perencanaan mainan politik Dr Mahathir yang memang diakui hebat dalam percaturan batu api. Bukan sahaja pembangkang diserangnya, pemimpin UMNO dan BN yang dibencinya turut menjadi mangsa.

Bagi Dr Mahathir, mungkin ia hanya satu cara untuk memberitahu Najib bahawa dialah (Mahathir) yang paling hebat dan mampu memecahbelahkan perpaduan Pakatan bagi menjamin kemenangan besar Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna isu hudud sekarang ini dijadikan oleh Dr Mahathir sebagai bahan politiknya untuk memaksa Najib supaya akur dengan kehendaknya.

Agenda politik Mahathir dan Najib tidak ada kena-mengena dengan perjuangan murni Pakatan yang perlu ditumpukan demi kebaikan rakyat semata-mata.

Pakatan mahu membebaskan rakyat semua kaum dan agama dari UMNO-BN yang dibelenggu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, serta membawa era baru dalam usaha menambah pendapatan, mengurangkan beban kewangan dan peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik.

Dalam hal ini, mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah? – Roketkini.com

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 26 Sep 2011 01:27 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Pengorbanan Anak Muda Membawa Perubahan Kepada Negara

Posted: 25 Sep 2011 06:49 AM PDT

Pengorbanan anak muda yang membawa perubahan lebih baik kepada negara yang mereka sayangi. Pengorbanan ini ternyata bukan untuk diri sendiri, bukan tempolak sendiri tetapi untuk generasi akan datang.
 

Suara Sri Andalas

Posted: 25 Sep 2011 11:24 PM PDT

Suara Sri Andalas


Krisis Air Selangor : Isu Yang Sengaja

Posted: 24 Sep 2011 09:00 PM PDT

SHAH ALAM 25 SEPT : Dakwaan bahawa Selangor bakal berhadapan dengan krisis air menjelang tahun hadapan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan gabungan persatuan pengguna sengaja dibangkitkan semula untuk menonjolkan bahawa kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini tidak peka akan keperluan rakyat. 

Demikian pandangan ahli parlimen Klang, Charles Santiago ketika diminta mengulas mengenai krisis air yang dikatakan bakal berlaku di Selangor apabila saiz margin antara bekalan dan penggunaan air semakin rapat dengan anggaran jumlah itu sudah mencapai tahap tiga hingga lima peratus sahaja bersamaan 200 juta liter sehari (jlh).

Menurut Charles, isu krisis air di Selangor dan sekitar kawasan Lembah Klang bukanlah isu baru, sebaliknya ia sengaja dibangkitkan oleh Syabas dan persatuan pengguna lain sejak dua hingga tahun lalu ekoran keengganan kerajaan negeri meluluskan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2.

Jelas Charles, cadangan pembinaan loji rawatan air itu boleh diteruskan sekiranya penstrukturan semula air dapat diselesaikan dan dipersetujui semua pihak.

Walaubagaimanapun katanya, semua usaha ini memerlukan persetujuan daripada kerajaan persekutuan dan melalui Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin.

"Oleh kerana sekarang kita tiada perbincangan dengan kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau yang tidak mahu membuat keputusan untuk menyerahkan pengurusan air kepada kerajaan selangor, maka ia menjadi isu yang sengaja dipanjangkan.

"Sebenarnya kerajaan Selangor telah menyatakan bahawa kerajaan negeri boleh menguruskan air di negeri ini dan juga sekiranya ia tidak mendatangkan masalah, kebenaran boleh diberikan kepada projek Langat 2 untuk diteruskan. Tetapi kerajaan persekutuan masih berdegil untuk memberi pengurusan air kepada kerajaan negeri dengan memberikan alasan yang tidak boleh diterima dan tidak masuk akal,"ujar beliau.

Syabas sebelum ini mendakwa isu krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menjadi kenyataan apabila rizab harian penggunan air hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.

Pengarah Eksekutif Perancangan Syabas, Sanusi Suleiman berkata, kadar rizab yang diunjurkan pihaknya ialah kira-kira 10 peratus untuk menangani keperluan waktu kecemasan.

Tambah Carles, Syabas juga dilihat menggunakan analisa tidak tepat berhubung pertumbuhan penduduk dan penggunaan air sebenar di Selangor sehingga timbulnya spekulasi yang mengatakan krisis air bakal berlaku menjelang tahun 2012.

Tegas beliau, kerajaan persekutuan mahupun Syabas sendiri tidak mahu mengeluarkan wang bagi mengurangkan penggunaan air tidak berhasil (non revenue water) dan membaiki paip air yang dipercayai boleh menangani isu krisis air untuk jangka masa panjang.

"Ini mereka tidak mahu buat. Tetapi sebaliknya apa yang mereka buat ialah mengatakan bahawa satu kajian telah dibuat dan mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor harus memberi kebenaran untuk meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

"Jika kita lihat pandangan mereka dengan mendalam, maka kita akan nampak pelbagai masalah dalam pandangan atau perspektif mereka. Mereka sengaja mengkritik kerajaan Selangor dengan mengatakan kita tidak bertanggungjawab dan tidak peka masalah rakyat,"katanya lagi.

Sementara itu, pemantauan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di tujuh empangan dan sungai-sungai utama di Selangor mendapati kedudukan paras air di semua muka sauk bagi keperluan loji pembersihan air adalah baik dan tidak membimbangkan.

Menurut LUAS, sumber air di Selangor masih dalam keadaan yang mencukupi dengan taburan hujan yang tinggi dicatatkan di banyak kawasan terutamanya kawasan tadahan air.

Secara purata, paras air di empangan pada tahun ini adalah meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Justeru menurut pihak LUAS, Syabas perlu melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji pembersihan air tersebut.

Jelasnya, sekiranya berlaku krisis air, ia disebabkan oleh kegagalan loji pembersihan air untuk sentiasa memastikan bekalan air bersih mencukupi.


Sumber: TVSNEWS

The Hudud Issue, a Complete Explanation of Dato’ Seri Anwar Ibrahim's Speech in Terengganu

Posted: 24 Sep 2011 06:00 PM PDT

24hb September 2011
 
Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.
 
Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.
 
Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:
 
"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."
 
Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.
 
ANWAR IBRAHIM

 
Shorter version in English of the statement above:

The implementation of hudud in the state of Kelantan must in all circumstances be subject to the maqasid al Shari'a, that is, the Higher Objectives of the Shari'a, the most paramount of which is to ensure justice for all, regardless of race, status or religion. This warrants the existence of Shari'a judges who are capable of dispensing justice without fear or favour and a Shari'a judicial system which is independent of political pressure or other kinds of influence that would impair its functions in the administration of justice.

As a Muslim, I am bound by the commandments of my religion including the injunctions as ordained in the Holy Qur'an. As I have stated before, the right to practice one's faith is a fundamental freedom that is guaranteed by the Federal Constitution. In this regard, it must be stressed that non-Muslims are and must continue to be in all circumstances exempt from the Shari'a jurisdiction. This view is perfectly consistent with the position of the Pakatan Rakyat as laid out in the Orange Book:

"…to defend the Federal Constitution, to uphold the position of Islam as the religion of the Federation, to ensure that other religions may be professed and practiced fully, and to safeguard the special position of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak as well as the interests of other races in line with Article 153."

We condemn the hypocrisy of UMNO and Barisan Nasional in exploiting the hudud issue for political mileage. Even more deplorable are the sinister machinations orchestrated by UMNO in attempting to stoke the fires of ethnic and religious tension by repeatedly playing up the issue in their media.

To the non-Muslim audience, they project an anti-Shari'a stance even on some occasions rubbishing it as a primitive system while to the Muslim audience; they relentlessly attack Pakatan Muslim leaders as being traitors to their religion and race by consorting with non-Muslim leaders. Without doubt these actions are part and parcel of the overall plan to drive a wedge in the Pakatan coalition and bring about internal strife and in the process hope to weaken the coalition and the chances of victory in the next elections.

I would like to stress that Pakatan Rakyat is a coalition built on the principle of consensus and mutual trust and respect. We hold firm to the conviction that any issue which affects the interest of the people must be discussed frankly in a civilized manner with the objective of seeking an amicable resolution. We also believe that each and every component party of the coalition should be given its legitimate right to explain its position on significant issues to its members.

ANWAR IBRAHIM

MTUC : Selangor Bijak Imbangi Keperluan Rakyat

Posted: 24 Sep 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 24 SEPT: Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat.

"Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi," kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.

Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan.

Beliau seterusnya menolak persepsi menyatakan pemindahan industri ke negara lain akan berlaku sekiranya gaji minima ditetapkan.

Ini kerana menurut beliau, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MTUC, Malaysia tergolong dalam negara yang mempunyai tenaga pekerja dan disiplin yang baik selama 11 tahun.

Justeru katanya, penghijrahan golongan bukan eksekutif termasuk kelas buruh ke luar negara dapat dikekang dengan peningkatan kadar gaji minima sekaligus mengangkat status kehidupan seharian.

Turut disentuh ialah mengenai penyelarasan gaji minima oleh kerajaan pusat yang sehingga kini mendapat rungutan pelbagai pihak berikutan pelan tindakan yang kurang efektif dan lambat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan pelaksanaan gaji minima untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini melalui Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.

MTUC juga telah mencadangkan supaya gaji minima ditetapkan sekurang-kurangnya RM900, melepasi garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM760 (Sarawak) dan RM780 (Sarawak).

Menurut perangkaan kongres itu, sebanyak 35 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan, pendapatan yang dilihat tidak praktikal bagi masyarakat di negara ini.

"Kerajaan harus prihatin keperluan rakyat kerana dengan RM900, saya boleh katakan bahawa anak muda yang tergolong memperoleh jumlah itu tidak boleh berumahtangga. Kalau kita lihat makanan untuk RM15 sehari menjangkau RM450 sebulan.

"Kerajaan harus proaktif melihat keperluan rakyat berdasarkan jurang gaji di antara pekerja di tahap biasa dan eksekutif pertengahan," kata beliau.

Sementara itu ahli palimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, usaha kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor meletakkan gaji minima pada paras yang lebih tinggi mendapat kritikan hebat sebelum ini.

Namun berdasarkan manifesto Buku Jingga, kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk mengangkat taraf pendapatan rakyat bermula dengan tujuh ribu guru KAFA yang telah menikmati kenaikan elaun sebanyak RM1,300 dengan pendapatan negeri suku pertama mencecah hingga RM1.7 bilion.

Malah kata Abdullah, tawaran turut dibuat kepada wanita yang baru melahirkan bayi diberikan cuti bergaji selama 90 hari melalui pindaan rang undang-undang di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Seksyen 34 Akta Sekerja 1955.

Namun pada ketika itu katanya kerajaan pusat tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang pindaan pada akta tersebut sehingga ke hari ini.

"Tetapi Selangor berani memacu keperluan dan faedah kepada rakyat dan hari ini akan terlaksana gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada tahun depan dengan tiada rasa segan silu.

"Berbalik kepada kecermatan dan cara tatakelola negeri itu penting," tambah beliau lagi.

Jelas Abdullah, pekerja asing kini menjadi saingan rakyat tempatan dalam sektor binaan dan perindustrian berdasarkan kos bayaran gaji yang murah.

Sehubungan dengan itu jelas beliau, sekiranya gaji minima dapat diimplimentasikan maka ruang tersebut mampu diisi oleh pekerja tempatan sekaligus mengurangkan peratusan pengangguran.

Justeru katanya Selangor telah menunjukkan inisiatif meneraju dasar yang lebih menguntungkan masyarakat di negara ini seraya meningkatkan daya saing.


Sumber: TVSNEWS

Simpanan Tunai Selangor RM1.1 Bilion,Terbaik Dalam Tempoh 28 Tahun

Posted: 23 Sep 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 23 SEPTEMBER : Dalam tempoh separuh tahun 2011 ini, Kerajaan Negeri Selangor berjaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta menjadikan ia rekod kewangan yang terbaik dalam tempoh 28 tahun selepas tiga tahun lebih Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

"Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

"Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliau dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

"Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya.

Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.

"Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi.

Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.

"Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.

Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.

"Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya.



Sumber: Selangorkini

Selangor Catat Peningkatan Pendapatan 20 Peratus Di Bawah PR

Posted: 22 Sep 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 22 SEPT : Selangor terus mempamerkan pencapaian cemerlang apabila berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri sebanyak 20 peratus dari RM1.59 bilion kepada RM1.77 bilion sepanjang pentadbiran di bawah Pakatan Rakyat.

Oleh itu PAS Selangor hari ini menerusi pesuruhjayanya, Dr Rani Osman merakamkan jutaan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Banyak yang dilakukan antaranya PR berjaya mengembalikan dana sebanyak RM500 juta kepada rakyat melalui pelbagai pakej program Merakyatkan Ekonomi Selangor, membelanjakan sehingga kini RM150 juta bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor.

"Selangor juga di bawah PR berjaya mendaftarkan seramai 154, 700 warga emas dan OKU di bawah Skim Mesra Usia Emas serta membelanjakan sebanyak RM54 juta kepada 23,140 waris," katanya pada satu sidang media PAS yang diadakan di sini.

Menurut Rani, biarpun pada mulanya, usaha kerajaan negeri ini dipandang serong oleh Umno Barisan Nasional,namun akhirnya usaha yang berterusan ini berjaya menepis segala pandangan sinis mereka.

"Ini saya ingat lagi, ketika dibentangkan, masa itu ketua pembangkang adalah Khir Toyo dan ketika itu dia bangun dan dia bangun di dewan dan ketawa menyatakan usaha kerajaan negeri Selangor untuk 20m air ini tidak akan berjaya," katanya.

Antara kejayaan kerajaan negeri yang lain ialah memperuntukkan RM10 juta daripada hasil perlombongan pasir bagi menjayakan program Jom Shopping Bersama YB, peruntukan RM50 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Selangor dan peruntukan RM20 juta daripada hasil kutipan hutang Kumpulan Talam bagi menjayakan Skim Mikrokredit Miskin Bandar.

Beliau dalam pada itu berkata, kerajaan negeri adalah contoh negeri berkebajikan apabila memperuntukkan RM30 juta daripada Pemerbadanan Menteri Besar bagi meningkatkan pendapatan keluarga, usahawan dan rakyat Selangor.

"Kerajaan negeri memperuntukkan RM7.7 juta untuk Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan untuk baiki pangsapuri kos rendah di Selangor.

"Malah kerajaan negeri juga memperuntukkan RM5.2 juta untuk mengecat semula pangsapuri kos rendah di Selangor," tambah beliau.

Selain itu, daripada peruntukan untuk membaiki pangsapuri, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM16 juta bagi Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil setakat ini jika hendak dibandingkan sewaktu Umno BN memerintah.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM13.5 juta bagi Tabung Warisan Anak Selangor dan RM5 juta bagi kebajikan dan pendidikan anak-anak dan keluarga kakitangan awam kerajaan negeri.

Malah katanya, kerajaan negeri juga turut membantu rakyatnya dari segi usaha menjayakan skim pemilikan kediaman persendirian dengan hanya membayar RM1, 000 bagi mendapatkan geran tanah.

Katanya, usaha kerajaan negeri ini akhirnya berjaya mengubah taraf hidup rakyat yang selama ini berada pada takuk yang sama ketika Umno BN dahulu.




Sumber: TVSNEWS

"A Tribute to Parents" Raikan Sepuluh Ibubapa Teristimewa

Posted: 28 Aug 2011 08:30 AM PDT

Klang, 28 Ogos 2011 - Majlis penghargaan "A Tribute to Parents" telah diadakan oleh persatuan Bell Tamil Malaysia cawangan Sentosa pada hari ini.

Majlis yang meraikan sepuluh ibubapa teristimewa yang dipilih diadakan di Dewan Taman Klang Jaya dan dibanjiri orang ramai.

Pada majlis tersebut kesemua ibubapa yang terpilih dibawa naik keatas pentas dan diberi penghargaan oleh anak-anak masing-masing bagi menghargai jasa mereka.

YB Dr Xavier Jayakumar yang dijemput hadir ke majlis tersebut menghulurkan sumbangan RM2,000 kepada kesemua sepuluh ibubapa tersebut. Beliau berucap menegaskan kepentingan menjadi ibubapa yang bertanggungjawab, sentiasa tahu dimana anak-anak berada, bahaya keluar lewat malam dan dengan siapa anak-anak bergaul.


Tetamu jemputan yang turut berucap adalah Dato' Theiveegan, Timbalan Ketua Polis negeri Selangor. 














Majlis Pecah Tanah Kuil Sri Maha Mariamman Sungai Bakau

Posted: 28 Aug 2011 02:25 AM PDT

Rawang, 28 Ogos 2011 - Bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada para penganut agama Hindu di kawasan Sungai Bakau, satu majlis pecah tanah telah diadakan disini pada hari ini.

Majlis pecah tanah Kuil Sri Maha Mariamman tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Hadir bersama-sama beliau adalah YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang, YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang serta Ahli Majlis, Encik Gunaran. 














138 Warga Emas Menyertai Program Jom Shopping Kedua DUN Seri Andalas

Posted: 27 Aug 2011 03:15 AM PDT

Klang, 27 Ogos 2011 - Program Jom Shopping kedua DUN Seri Andalas telah diadakan di TESCO Bukit Tinggi pada hari ini.

Para peserta yang terdiri daripada warga emas hadir daftar diri pada jam 8.30 pagi di pejabat ADUN Seri Andalas dan kemudian dibawa ke TESCO menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang.

Seramai 138 warga emas yang menyertai program ini dibantu oleh sukarelawan untuk membeli-belah dan mengangkat barangan.

Selain menerima baucar RM100 untuk dibelanjakan, para peserta turut menerima 'goody bag' bernilai RM30 daripada TESCO.


Koordinator yang bertanggungjawab menguruskan program pada hari ini adalah Puan Mary dari pejabat ADUN Seri Andalas.






























Lagi Lapan Puluh Hamper Diberikan Kepada Warga Miskin di DUN Seri Andalas

Posted: 27 Aug 2011 02:00 AM PDT

Kampung Jawa, 27 Ogos 2011 - Sebanyak lapan puluh hamper telah diberikan kepada warga miskin yang menetap di sekitar kawasan DUN Seri Andalas.

Pemberian hamper tersebut diserahkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar di dewan Kampung Jawa pada hari ini sejak pukul 4.30 petang.

Koordinator program pemberian hamper pada hari ini adalah Puan Rusnani dan Puan Patima.



Menziarah dan Menghulur Sumbangan Hamper Makanan di Sungai Kandis

Posted: 21 Aug 2011 06:00 AM PDT

Sungai Kandis, 21 Ogos 2011 - ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menjalankan program ziarah rumah ke rumah di kawasan Sungai Kandis.

Program satu hari ini meliputi agihan sumbangan hamper dan makanan dalam program beliau ke sebelas buah rumah yang terdiri daripada keluarga kurang mampu dan pada sebelah petangnya pula pemberian sumbangan air untuk berbuka puasa di perkarangan surau Sungai Kandis.

Beliau yang ditemani isterinya, Puan Sheila Devaraj dan Ahli Majlis MBSA, Encik Manap serta para sukarelawan sempat berziarah dan bertanya khabar serta masalah yang dihadapi para penduduk.

Program agihan sumbangan air di surau pula mendapat sambutan orang ramai. Program-program beramah mesra dan mengagih sumbangan akan kerap dilakukan sempena bulan Ramadhan ini.












The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 25 Sep 2011 11:12 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Setiausaha Agung PKR di Rumah Terbuka PKR Ranting Felda Palong 10

Posted: 25 Sep 2011 06:06 PM PDT

YB Saifuddin Abdullah merasmikan Bilik Gerakan Utama PKR DUN Palong di Felda Palong 10
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat menerima 80 Borang Permohonan daripada Ketua Ranting PKR Palong 6 (disebelah kiri), minggu lepas Ranting yang sama menyerahkan 120 Borang Permohonan Menjadi Anggota kepada YB Azmin Ali, Timbalan Presiden. Pada 14hb September 2011, PKR Ranting Felda Palong 6 telah mengadakan Majlis Hari Raya Rumah Terbuka dengan dihadiri oleh lebih 400 orang peneroka dan generasai kedua dan ketiga, Alhamdulillah, senario politik DUN Palong menunjukkan satu perubahan ketara, dan ini adalah pertanda baik bahawa DUN Palong akan dirampas oleh calon PKR didalam PRU akan datang ini. Pada hari ini, 26.9.11, satu lagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri akan diadakan di Felda Palong 6 untuk PKR Ranting-Ranting Felda Palong 4, Felda Palong 5 dan Felda Palong 6 bermula jam 2.00 petang. Saya dan Kak Hendon memohon berbanyak maaf tidak dapat menyempurnakan jemputan kerana kami berdua tetiba demam sangat-sangat. Semalam lagi sudah mulai demam, tapi gagahkan juga untuk hadir ke Felda Palong 10. Saya sampai di Felda Palong 10 jam 5.00 petang dan dapat merehatkan badan hingga 7.00 malam setelah menelan 2 biji panadol, tetapi demam saya tidak pulih, Kak Hendon demam lagi teruk dari saya; maka hari ini 26.9.11 kami bermohon bercuti untuk berehat; esuk jam 2.00 petang di Felda Sg Lui, N.Sembilan dan pada malamnya di Felda Lepar Hilir, Paya Besar, Pahang, harap-harap demam ini sembuh.
YB Saifuddin menerima 30 Borang Permohonan Menjadi Anggota PKR daripada Masyarakat India DUN Palong.
Haji Suhaimi Said turut berucap didalam Majlis tersebut.
Tetamu khas di Felda Palong 6, Siti Aishah Shaikh Ismail, Ketua Srikandi PKR, disebelahnya Kak Hendon dan Pn Siti Khalijah Hj Mohamad, Ketua Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR.
Ketua Bolasepak Pasukan DUN Palong menerima Jersi dari Siti Aishah.
No 3, ya? Hebat tu!
Ceramah Siti Aishah memukau hadirin.

Rumah Terbuka Parti Keadilan Rakyat Pusat

Posted: 25 Sep 2011 10:41 AM PDT

































Anwar Ibrahim

Posted: 25 Sep 2011 08:13 PM PDT

Anwar Ibrahim


Bajet 2012 Najib Perlu Tangani Beban Rakyat

Posted: 25 Sep 2011 04:40 AM PDT

Selangorkini

Penasihat EKonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Belanjawan Negara yang bakal dibentang bulan depan perlu mencakupi perihal yang memberi kesan besar kepada rakyat seperti perumahan awam dan harga barang.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan seharusnya memberi perhatian terhadap rakyat dan bukan hanya menumpukan kantung kroni.

Menurut beliau, kegagalan mengawal ekonomi negara sejak lebih sedekat lamanya sehingga mengakibatkan berbilion ringgit wang negara dibazirkan menyebabkan negara kurang daya kompetetif di peringkat antarabangsa.

"Kita dah masuk tahun ke 14 defisit, kawalan kewangan tidak bertanggungjawab. Tiada perubahan besar dalam menentang korupsi. Yang kaya mendapat faedah besar menerusi IPP dan penswastaan. Mereka mesti ambil perhatian isu inflasi, isu gaji golongan berpendapatan rendah dan perumahan awam di golongan menengah dan rendah," kata beliau kepada para wartawan di rumah terbuka aidilfitri Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 menyatakan ketirisan sebanyak RM28 billion setahun mendatangkan kejutan kepada rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat menganggap ketirisan sebanyak RM 28 billion setahun adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara yang sudah menjadi budaya tegar mereka.

Hasil pemerhatian tersebut, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga yang menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara.

Teori yang sama dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang dan buktinya kedua-dua negeri itu mempunyai lebihan pendapatan.

Malah menurut Anwar, beliau tidak yakin janji Najib bahawa belanjawan yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan adalah inklusif, menumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ujarnya, Najib sudah melaungkan perkara sama demi mendapatkan populariti sejak memegang kementerian itu tiga tahun lalu namun masih tiada apa yang berubah. Beliau memberi contoh pemansuhan ISA sebagai bukti kenyataan beliau.

"Seperti ISA, tiada apa yang berlaku? Apa idea di sebalik pengumuman pemansuhan itu? untuk membebaskan masyarakat dan menghormati demokrasi. Ini masih tak berubah,"katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 25 Sep 2011 03:39 PM PDT

Wee Choo Keong


Tan Sri Nor Yacop & Azman Mokhtar: Wake up & learn from Tan Sri Abdul Aziz

Posted: 25 Sep 2011 12:49 AM PDT

Yg Bhg Tab Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, the former Managing Director of MAS, has spoken in connection with the  “7 REASONS WHY KHAZANAH SHOULD NOT UNDERTAKE THE SHARE SWAP BETWEEN MAS & AIRASIA”. Please read HERE & HERE. Please see below for Yg Bhg Tan Sri Abdul Aziz’s comments.  I have just read your article and [...]

Tiada ulasan:

Pengikut