Rabu, 26 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Jan 2011 09:29 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Maulid Nabi 19 Feb 2011 Senawang

Posted: 26 Jan 2011 08:03 PM PST


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 19 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Jeti pangkalan nelayan runtuh

Posted: 26 Jan 2011 07:21 PM PST


Sinar Harian 27 Jan 2011

SUNGAI TIMUN - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

"Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Alina berkata, keadaan jeti baru dibina itu retak dan dikuarantin kerana dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada nelayan serta orang ramai yang menggunakannya.

"Tindakan pihak bertanggungjawab menutup jeti ini sememangnya langkah baik, namun masa yang diambil untuk menangani masalah ini begitu lama. Saya harap tindakan segera dapat diambil selain mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, sebaik dimaklumkan penduduk kampung, dia bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

"Mujurlah tiada sebarang kecederaan atau pun kemalangan jiwa kerana tindakan pantas pemancing keluar daripada jeti, menyelamatkan nyawanya daripada sebarang bahaya," katanya.

Yahaya berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut, selain menasihatkan penduduk tidak menghampiri kawasan jeti buat masa ini sebelum kerja pembaikan dilakukan.

Menurutnya, masalah itu telah dimaklumkan sebelum ini dan keadaan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu.

"Walaupun jeti ini berdepan masalah, namun masih menjadi tumpuan nelayan dan penduduk meletakkan bot dan memancing. Saya harap langkah segera dilakukan bagi memastikan fungsi jeti ini dapat diteruskan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8681665.asp

Peneroka Felda Sendayan peroleh afidavit harga pengambilan tanah

Posted: 26 Jan 2011 06:43 PM PST


Jamilah Kamarudin - Free Malaysia Today
January 26, 2011

Afidavit tersebut mengandungi butiran latar belakang tanah milik peneroka Felda Sendayan dan nilainya sebelum diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan secara paksa.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menerima rayuan permohonan afidavit 16 peneroka Felda Sendayan, Negeri Sembilan untuk dikemukakan dalam perbicaraan penuh berkaitan kes tuntutan pampasan pengambilan tanah mereka di Mahkamah Tinggi Seremban.

Afidavit tersebut mengandungi butiran latar belakang tanah milik peneroka Felda Sendayan dan nilainya sebelum diambil oleh kerajaan Negeri Sembilan secara paksa dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 untuk tujuan pembangunan.

Panel Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Nihrumala M K Pillay dan Datuk Ramly Ali dalam penghakimannya berkata mana-mana pemohon (peneroka) mempunyai hak untuk memasukkan keterangan dan bukti sendiri dalam kes mereka.

"Ini negara demokrasi. Tiada sesiapa yang boleh menghalang pemohon untuk memasukkan butiran keterangan dan bukti dalam permohonan kes mereka sendiri," kata Suriyadi.

Sehubungan itu hakim memerintahkan responden, Pentadbiran Tanah Seremban yang diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Datuk Ishak Suhaimi membayar kepada mahkamah kos pengurusan sebanyak RM20,000.

Rayuan terbabit dikemukakan setelah Mahkamah Tinggi Seremban pada 3 November tahun lalu menolak permohonan afidavit tersebut yang difailkan dalam kes menuntut bayaran pampasan seluas kira-kira 9 ekar tanah bagi setiap peneroka dengan kadar minimum RM3 kaki persegi.

"Kita mahu kemukakan bukti bahawa harga asal tanah mereka adalah RM3 bagi setiap kaki persegi dan bukannya lebih rendah daripada apa yang ditawarkan kerajaan negeri sekarang," kata peguam yang mewakili peneroka, Faiz Fadzil ketika ditemui pemberita diluar mahkamah.

Katanya, peneroka kini peluang berpeluang besar memenangi kes di Mahkamah Tinggi Seremban memandangkan afidavit tersebut penting bagi mereka untuk kemukakan tuntutan bayaran yang lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan kerajaan negeri, iaitu antara RM1.70 sen sehingga RM1.90 bagi setiap kaki persegi.

"Afidavit ini nanti akan difailkan dalam pengurusan kes yang ditetapkan di Mahkamah Tinggi Seremban 7 Februari depan," katanya.

Salah seorang peneroka, Daud Idris berkata, Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) pada tahun 1996 mahu mengambil setiap sembilan ekar tanah – tujuh ekar tanaman getah dan dua ekar kelapa sawit - untuk projek industri aeroangkasa dengan jumlah nilai kira-kira RM1.2juta, namun dibantah.

Sepuluh tahun kemudian, Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih pengurusan tanah daripada PKNNS dan menukar cadangan mahu membangunkan tanah terbabit kepada projek perumahan dan perindustrian.

"MBI menawarkan kami pampasan dengan harga yang sama seperti yang ditawarkan PKNNS dulu, tapi dengan bentuk sebuah banglo bernilai kira-kira RM200,000, dua ekar tanah perindustrian bernilai RM200,000 setiap ekar), serta wang tunai RM400,000 tetapi kami tetap tolak kerana mendapati wujud unsur penipuan dalam pampasan itu," katanya.

Disebabkan keengganan sekumpulan peneroka itu, Daud berkata kerajaan negeri akhirnya menggunakan APT 1960 memaksa mereka menjual tanah mereka dengan harga yang lebih rendah seperti yang pernah ditawarkan dulu dan dipaksa menerima deposit pampasan sebanyak 10 peratus.

"Disebabkan kemelut ini, ada antara kami yang kehilangan pekerjaan sejak 10 tahun lalu," kata Daud.

Sementara itu, Faiz berkata walaupun kerajaan mempunyai hak menggunakan APT 1960 mengambil tanah peneroka, tetapi tiada peruntukan dalam akta terbabit yang memberi kuasa mandatori kepada kerajaan negeri menentukan harga pampasan tetap bagi setiap tanah yang diambil.

"Harga tanah mereka sebenarnya boleh mencecah sehingga RM5.76 kaki persegi mengikut pasaran swasta. Jadi tidak adil bagi peneroka ini jika mereka terima harga yang ditawarkan kerajaan negeri sekarang," katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/26/peneroka-felda-sendayan-peroleh-afidavit-harga-pengambilan-tanah/

n12selinsing

Posted: 26 Jan 2011 09:03 PM PST

n12selinsing


PERASMIAN PERSATUAN KESELAMATAN SUKARELA RAKYAT BAGAN SERAI

Posted: 25 Jan 2011 11:56 PM PST

Bagan Serai, 23 Januari 2011( Ahad ) - YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din telah berkesempatan menghadiri jemputan Perasmian Persatuan Keselamatan Sukarela Rakyat Bagan Serai yang di adakan di Dewan Chin Sean Kok ,Jalan Jetty Bagan Serai . Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Supt. Mat Fauzi Bin Nayan, Ketua Polis Daerah Kerian.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Mr. Beh Heng Kin dan kaki tangan Polis Diraja Malaysia dari IPD Bagan Serai bagi memberi semangat kepada persatuan keselamatan yang telah dilancarkan.Penubuhan persatuan keselamatan ini adalah bertujuan untuk mengawal keselamatan penduduk sekitar kawasan Bagan Serai melalui kerjasama ahli-ahli persatuan dan juga penduduk setempat bagi membantu tugas-tugas PDRM dalam mengawal kejadian jenayah daripada berlaku di sekitar kawasan Bagan Serai.

Dalam Majlis tersebut Ketua Polis Daerah Kerian , Supt Mat Fauzi Bin Nayan telah menyampaikan ucapan perasmian beliau dan di ikuti dengan gimik perasmian upacara pemotongan riben perasmian oleh Ketua Polis Daerah Kerian bersama dengan wakil persatuan, wakil penduduk dan juga YB ADUN Selinsing, penyampaian cenderahati kepada wakil-wakil yang terlibat dan jamuan ringan untuk semua yang hadir.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis perasmian tersebut yang sempat dirakam oleh krew adunselinsing .blogspot.com :





















PERPISAHAN KAKI TANGAN PPK GUNONG SEMANGGOL

Posted: 25 Jan 2011 11:40 PM PST







Simpang Empat, Semanggol, 24 Januari 2011- Selaku Ahli Jemaah Pengarah ( AJP ) PPK Gunong Semanggol, YB Haji Husin Haji Din telah berkesempatan meraikan salah seorang kaki tangan PPK Gunong Semanggol, Puan Norhafiza Bt Husin yang memilih untuk berhenti kerja setelah berkhidmat lebih 13 tahun di PPK Gunong Semanggol / Selinsing untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan tugas-tugas seorang isteri dan ibu.

Majlis telah berlansung di pejabat PPK Gunong Semanggol dengan kehadiran Ahli Jemaah pengarah dan semua kakitangan yang lain bagi meraikan Puan Norhafiza.Majlis bermula dengan ucapan ringkas Pengarah, ucapan dari Puan Norhafiza untuk kesemua yang hadir , penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Puan Norhafiza dan sedikit jamuan.

Gambar-gambar di atas merupakan rakaman sekitar majlis perpisahan tersebut.

Rembau Hari Ini

Posted: 26 Jan 2011 08:14 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah Maulid Nabi 19 Feb 2011 Senawang

Posted: 26 Jan 2011 08:00 PM PST


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 19 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Jeti pangkalan nelayan runtuh

Posted: 26 Jan 2011 07:22 PM PST


Sinar Harian 27 Jan 2011

SUNGAI TIMUN - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

"Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Alina berkata, keadaan jeti baru dibina itu retak dan dikuarantin kerana dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada nelayan serta orang ramai yang menggunakannya.

"Tindakan pihak bertanggungjawab menutup jeti ini sememangnya langkah baik, namun masa yang diambil untuk menangani masalah ini begitu lama. Saya harap tindakan segera dapat diambil selain mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, sebaik dimaklumkan penduduk kampung, dia bergegas ke tempat kejadian untuk melihat keadaan sebenar.

"Mujurlah tiada sebarang kecederaan atau pun kemalangan jiwa kerana tindakan pantas pemancing keluar daripada jeti, menyelamatkan nyawanya daripada sebarang bahaya," katanya.

Yahaya berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut, selain menasihatkan penduduk tidak menghampiri kawasan jeti buat masa ini sebelum kerja pembaikan dilakukan.

Menurutnya, masalah itu telah dimaklumkan sebelum ini dan keadaan bertambah buruk sejak beberapa bulan lalu.

"Walaupun jeti ini berdepan masalah, namun masih menjadi tumpuan nelayan dan penduduk meletakkan bot dan memancing. Saya harap langkah segera dilakukan bagi memastikan fungsi jeti ini dapat diteruskan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8681665.asp

Penduduk tak tahan bau busuk

Posted: 25 Jan 2011 10:42 PM PST

Sinar Harian 26 Jan 2011

PEDAS - Penduduk Taman Pedas Perdana dikatakan tidak tahan dengan bau busuk yang dipercayai berpunca daripada kilang ayam berhampiran, sejak beberapa bulan lalu.

Seorang penduduk, Normah Md Din, 51, berkata, bau busuk itu sememangnya mengganggu kehidupan penduduk sekitar taman, terutama pada waktu subuh, tengah hari dan petang.

"Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk setiap hari dan selera makan turut terbantut.

"Bau busuk ini juga boleh menyebabkan anggota badan kita menjadi lemah dan tidak sihat serta mudah letih," katanya ketika ditemui pemberita kepada Sinar Harian.

Malah, Normah berkata, masalah itu bukan sahaja menyebabkan mereka hilang selera makan, tetapi ibadat solat mereka juga turut terganggu kerana tidak khusyuk ketika menunaikan solat.

"Saya, anak dan cucu boleh termuntah jika menghidu bau busuk ini. Tiada siapa yang tahan kalau terpaksa hidu bau busuk setiap hari cuma kami di sini, sudah lali dengan keadaan ini. Apatah lagi kawasan ini menjadi tempat tinggal kami," katanya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi itu telah dikemukakan semasa menghadiri mesyuarat sebelum ini supaya dapat mengenal pasti punca sebenar bau busuk berkenaan.

Namun, katanya, sehingga kini penduduk masih berdepan dengan masalah sama apabila masalah bau busuk ini masih lagi berlaku.

"Saya berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya dan tidak terus membiarkan penduduk terseksa, akhirnya terdedah kepada penyakit pada masa akan datang," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8677390.asp

Dr Azman Ibrahim

Posted: 26 Jan 2011 07:53 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Menggerunkan Tapi Tidak Mengejutkan

Posted: 25 Jan 2011 08:52 PM PST


Menggerunkan  tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Angka yang dilaporkan adalah yang didaftarkan, berapa pula yang tak didaftarkan atau yang dibuang begitu sahaja?
Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan 'produk' yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai 'musim mengawan' pasangan muda-mudi yang 'berpesta seks tanpa ikatan sah' pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah 'berpesta seks tanpa nikah'? Kenapa tidak digunakan saja istilah 'berzina' kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.
Mungkinkah ini antara produk sambutan malam tahun baru
Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan  Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagak 'semakin tua semakin menjadi', bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang 'membanggakan' ini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Malunya aku dengan perangai manusia Umno
Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita BERNAMA melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup. Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.







Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 26 Jan 2011 07:51 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Kawal media Internet - UmNo Semakin Terdesak

Posted: 26 Jan 2011 04:30 PM PST


Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media. Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia. Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.

"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.

'Bantahan akan lebih meluas'

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.

Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang pengusaha dan pengamal media tradisional. Sebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebookakan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.

Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web. "Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat, jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.

"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk. Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.

'Sikap bacul kerajaan'

Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.

"Tapi laman sosial seperti Facebook dan Twitter sudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.

"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi. Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."

BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.

"Siapa saja boleh hasilkan blog, jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.

Janji Dr M

Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian. Tambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.

Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi. Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.

Cadangan 'Green Dam'

Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia. "Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. "Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet. "(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today," katanya lagi.

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Jan 2011 07:48 PM PST

PAS Kawasan Miri


The myth of BN proven track record

Posted: 25 Jan 2011 09:07 PM PST


Written by: Dr. John Brian Anthony
The Myth
One of BN favorite slogan is BN has a proven track record to govern Sarawak, while Opposition has none. It is a fact that BN has govern this country for a long time since the day of Rahman Yakub and Taib till today since 28 years ago. Well, let us examine BN track record objectively.As I listed BN track record below, I do hope that BN would feel very proud of their achievement while the DayakBaru beg to differ and make a call for Change WE Must to elect a new government under Pakatan Rakyat and led by PKR.I Stand for What I said below. I am totally convinced with the evidence I have collected and thus justify my struggle to bring BN government down in Sarawak at whatever it takes or cost using the democratic framework allowable in this country.

Basic amenities: Water and electricity
Those who live in the interior will testify that the quality of their water has fallen from good to worst. the rivers are polluted from logging and plantation. The fish catches in the rivers are poor and many fish species has disappeared. The rural people cannot bath in the muddy river let alone drink the water.
90% of rural dwelling has no electricity. Whatever they have are small generators that they bought. The price of kerosene and diesel has spiral upward to more then 300% while the rural income has not at all increase and in fact diminishing due to almost nil program to replant rubber, pepper, cocoa or palm oil.
The government track record is to build big hydro-electricity dams and yet do not see the need to provide the rural people with electricity. I hope BN is proud of their insincerity in providing a better quality life to the people.
Rural Income
The government make certain that the rural population do not grow any cash crop so that the government has more land to "rob' from the people. This lack of economic activities forces the Dayak youth to look for job in the urban areas. Due to their lack of education and training most Dayak Youth ended up with low paying job under unskilled worker category.With low income and scarcity of job the Dayak youth become urban poor and live in shacks and form squatters colony in urban areas. That open the Dayak community to exploitation by businessmen and also the upward trend on social ill not limited to the consumption of cheap liquor but even involvement in petty theft and prostitution in pubs and bars.The more energetic Dayak youth made their way to Malaya and found job in Johor, Klang Valley doing all kind of odd job and live under the national poverty line. Some even work in Singapore and become a source of cheap labour.
The government has a track record of ignoring the need to provide proper vocational training and provide reasonable schools in the rural areas. The Dayak youth cannot compete with other Malaysia due to lack of education.
The BN government has proven itself practicing double standard in providing educational support and program to the people and also practice a policy to ensure that Dayak remain poor for ease of control.
NCR land and native rights
Over two hundred cases still outstanding where the netive people bring action against the government for robbing their land through abuse of power and plain cheating.
The BN government is proud of their policies and practices of not giving away land titles and recognising NCR land. Without legal land ownership the government has effectively reduce Dayak asset value to almost nothing. By this act alone, the BN government keep Dayak landless and poor as whatever land the Dayak own is of little value.The BN is happy to see the Dayak landless (without land title) because this allow the Government leaders to give away land to rich capitalist and to reward political cronies and buying loyalties of political allies. BN government is still working on more mechanism to ensure that the Dayak has no more land and not even the land and that trees are harvested for logs and farm land and rubber garden taken away as oil palm plantation land.
Robbing of the wealth of Sarawak
There is almost no more large track of jungle that is left without a logging license owner. Even Forest Reserves and National Parks has been given to companies to log out the timbers. The " Pemakai Menua" that ic community reserve and timbers on Dayak NCR land are license out for timber companies to cut and sell the logs. The police force are used to enforce the license literally the native must submit to the point of the GUNS.The BN government is very proud and show the people of Sarawak how strong and powerful the government is in that even the Royal Malaysian Police is being made used off to frighten harass the Dayak. There are too many example to quote but we have cases of natives killed by police by merely opposing to allow timbers to be extracted from their community territory.Rape are happening and very little action is taken to bring the culprit to justice but instead a cabinet member is in the opinion that certain Dayak tribes practices illicit sex openly.The recent log jam in Batang Rejang was attributed to "god's anger" and thus offering was made to seek forgiveness from the god. Who is this god with bull dozers and chainsaw and even given timber license by the government.The BN Government track record is that one ofdenial and suppression of native rights and individual rights. The BN government continue to act irresponsibly on matters of environmental sustainability.
Abuse of power and corruption
The BN government forte is to exploit any and all opportunities to enrich its leaders. It is alright to buy prime land at rock bottom price and sell it at premium prices thereby making easy money at the expense of the state coffer.
All big development contracts from the Federal government is being hijack by "elite" families and cronies through "direct negotiation".
It is common for BN government to give government business to their children and sibling.The BN Government are telling the people that they are rich because they work hard, take opportunities with what is provided by the government and even score a distinction of allowing 60% of Federal Development fund allocated to Sarawak to be misdirected or even disappear into thin air.By the way, where did the Petronas 5% royalty money go to.?The BN government is very good at making money disappear and its leaders own big fat account and properties overseas.
Infra-structure
Roads seemed to follow the business interest of the BN Government leaders. Where there is business that is own by the Bn Government leaders, the road will be made available for ease of developing the business.Where ever there are timbers to be harvested it is easy to build road. If there is a Dayak rural community that need the road the government is not able to provide even the most basic of road. Where is the promised Kapit road?The Bn Government has a big track record of making big promises and especially so near election time but has fail to deliver. Batang Ai RM$80 million promised made during a by-election do not seemed to have be met by the government.
Conclusion
I have too many instances to write about BN track record and the BN is very proud of what they did to the people of Sarawak. If the above represent BN success then I cannot understand what is failure. But honestly I would prefer to change this government and have the Opposition take over Sarawak. The Opposition can only do better because the BN government track record is that one of the worst.
Poverty, lack of proper amenities, low income, very little rural infra-structure development, low educational level, lack of job, limited source of income, poor health services are all contributed by BN government. Do we still elect such a poor government.It is time for change and Change We Must to bring back hope into this country. Should we fail to make the change we future generation will suffer from this robber government.

Equal or lopsided opportunities?

Posted: 25 Jan 2011 09:04 PM PST


KUCHING: Newly wed Taib Mahmud may be feeling the springtide – which probably explains his brave declarationt that there "are equal opportunities for everybody" in Sarawak when it is common knowledge that his family members and cronies have amassed their wealth on "lopsided opportunities".Stumped by the Chief Minister's latest "blatant lie", Sarawak DAP secretary-general Chong Chieng Jen said: "Coming from the chief minister it is most shocking… to say that there are equal opportunities for everybody to be rich is unbelievable…"

Chong, who is also Bandar Kuching MP, said that all this while the Taib administration did not practise transparency such as open tenders.
He added that projects were arbitrarily alienated and awarded to Taib's family and friends."So what is he saying that there are equal opportunities? It should be lopsided opportunities. We have land alienated to the chief minister's family and cronies at a cheap premium."We have lucrative government projects given to companies owned by his family members with no open tender."For example, more than 100 bridges were awarded without open tenders to his family's company, Titanium (Management Sdn Bhd) which did not complete the job but was paid," he said.

Chong said that even "small" jobs like road maintenance were not open to tender but were given to Taib's family to carry out for the next 15 years.
"Then there is the land at Batu Lintang which was given to Naim (Holdings Bhd) and also the 269 acres of land given to Monarda (Sdn Bhd), which is owned by his children and George Chan's (Deputy Chief Minister) daughter," Chong said.
Despite numerous reports detailing the Taib family's colossal wealth locally and abroad, allegedly derived by corrupt means and "exploiting" the state, the man himself has never come forward to clarify or deny these allegations.
Meanwhile, the gushing groom proudly declared to community leaders in Sarikei that Sarawak was now seven times richer than when he first took over the helm of the state government 30 years ago.

Taib said that opportunities were equally open to everybody and that those who failed to make good on these opportunities had only themselves to blame.
"Everybody wants to be rich, but only those who are prepared to work extra hard and equip themselves with knowledge and skills will be able to achieve success.
"Those people who remained poor is because they failed to grab economic opportunities and not because there were no opportunities," he said.
Conversely, people who became rich were those who grabbed opportunities created by the state government's economic programmes.
"They possesed the will and determination to break out of poverty," Taib said.
Asking the people not to harbour feelings of dissatisfaction and envy against those who had become successful, Taib said Sarawakians should be positive in their thinking and exploit chances available to them.
Taib, 74, recently married 29-year-old Syrian Ragad Waleed al-Kurdi in a private ceremony at his residence in Petra Jaya here on Dec 18.
This is Taib's second marriage. His first wife Laila Taib, a Polish-born Australian, died of cancer in April 2009 after 50 years of marriage.

PAS LENGGONG

Posted: 26 Jan 2011 07:24 PM PST

PAS LENGGONG


SELANGOR MAY REFER AMENDMENT ISSUE FOR JUDICIAL REVIEW - MB

Posted: 26 Jan 2011 12:42 AM PST

SHAH ALAM, Jan 24 (Bernama) -- The issue of amending the Selangor Constitution seems to be far from over.

The Selangor government, which failed to garner the two-third majority needed to approve the amendment at the special sitting today of the state assembly, plans to refer the matter for a judicial review.

"I want to make a change. This change is necessary. I know there are many games in politics, but it is different in management. Otherwise, the efficiency of administration cannot be gauged," he said when winding up the debate at the special sitting.

Abdul Khalid said he would travel throughout Selangor, even in Barisan Nasional (BN)-held constituencies to explain that the PKR-DAP-PAS government had tried in vain to elevate the institution of the monarchy.

"I hope we can all learn together. Why mustn't we make a change? We are taking care of Selangor. We are elected representatives. Don''t tell me we want to allow the federal government to obstruct development of the state," he said.

-- MORE

ASSEMBLY-SELANGOR (WINDUP) 2 (LAST) SHAH ALAM

Abdul Khalid said what happened today was history and would be recorded in the Hansard of the house and would be remembered and referred to for the future of the country to be better and open.

"To the assemblymen who did not agree with the amendments, I say that it is alright. No hard feelings.

"I extend my thanks to the BN assemblymen who attended the sitting and participated in the debate," he said.

-- BERNAMA

SHS AKT MGN

Penderhaka

Posted: 25 Jan 2011 10:56 PM PST

Mahathir penderhaka, Umno pengkhianat!


Posted on Monday, January 24 @ 05:08:37 PST by paktam
Berita

Petikan Malaysia Insider

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "penderhaka" dan Umno sebagai "pengkhianat" sehingga menyebabkan kuasa Sultan dimansuhkan menerusi pindaan awal 1990-an.

"Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr Mahathir sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr Mahathir adalah penderhaka dan Umno adalah pengkhianat," kata beliau ketika berucap membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.



Kata beliau, media yang dikuasai Umno digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-raja Melayu bagi mewujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.

"Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen Umno dari Perak yang mengingatkan Raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-raja tidak dapat kekal lama "malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium . . .," kata Azmin lagi.

Justeru soal Azmin, siapa yang memansuhkan kuasa Sultan Selangor untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat menteri besar.

"Pastinya, Umno telah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Sekali gus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau.

Adun Bukit Antarabangsa ini berkata, jika direnung semula Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr Mahathir, ramai pemimpin Umno yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-raja Melayu.

"Antaranya, seorang Ahli Parlimen Umno berkata 'adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas'," katanya.

Azmin juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.

Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut, "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja".

"Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993.

"Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada," katanya sambil menambah, keprihatinan Raja-raja Melayu disambut dengan rasa tanggungjawab oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

Azmin menambah, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin jelas hari ini.

Ketika itu Lim dipetik berkata "semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini."

Kata Azmin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama dengan kekebalan tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Perkara 145(3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan.

"Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit Umno menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum.

"Dr. Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan pihak Eksekutif terlalu kebal," katanya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata Perdana Menteri semasa Datuk Seri Najib Razak hanya meneruskan sistem yang dibina oleh Dr. Mahathir.

"Justeru itu, rasuah dan salah guna kuasa semakin berleluasa dan menjadi budaya dalam pentadbiran Umno," katanya lagi.

Usul pindaan dibentangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim

Dacing membuatkan kita hari-hari rimas dan merisaukan

Posted: 25 Jan 2011 10:20 PM PST

Sedutan dari Tranungkite

CIKGU DAN DACING


Siapa pernah lupa pada cikgu aminuddin (kapal layar,dacing,exco jelebu, tukang tulis surat tunku dan akhirnya masuk PAS)cikgu kadir, cikgu sarip, cikgu samsul,cikgu brahim cek mat sekadar menyebut sebilangan mereka yang pernah bergelar YB atas lambang dacing.

Mereka-mereka ini adalah cikgu yang banyak berjasa, disegani, dihormati. cikgu yang layak diangkat untuk memimpim - barangkali. Sebetulnya ramai lagi cikgu yang berjuang untuk agama bangsa dan negaranya atas lambang dacing tika itu atau sebelum itu. pendekkata cikgu dan dacing ibarat lagu dan irama. Terima kasih cikgu!

20, 30, 40 tahun selepas itu nama cikgu kian pudar, kian pupus, kian dilupakan oleh dacing. Cikgu bagai tiada tempat untuk duduk berdiri sebaris mengangkat kegemilangan dacing. Cikgu bagai dilupakan, cikgu sekadar mengajar, cikgu cuma dilihat bergelut dengan kerenah anak murid dan kerenah PIBG. Cikgu tinggal cikgu hinggalah pencen.

Dacing kini diwarnai oleh kelompok elit, dacing dijaga oleh golongan bangsawan dan kaya raya. Dacing dipelihara oleh anak beranak hartawan. Dacing bukan lagi pedulikan rakyat. Dacing tempat lubuk menambah khazanah dan keturunan. 2,3 minggu lepas aku terbaca satu artikel dalam SINAR HARIAN berkaitan cikgu dan politik. Penulis seolah-olah tercari-cari apakah kegemilangan cikgu dalam arena politik satu ketika dulu akan muncul kembali, selain mengharapkan batang tubuh anak muda dari rembau 'cikgu bard' bakal mewarnai arena politik negara.

Lalu... tiba-tiba muncul seorang cikgu, CIKGU WANITA di selatan tanahair yang aku kira agak berani barangkali. banyak berjasa, dihormati, disegani dan layak memimpin tampil berkorban demi menabur bakti untuk anak bangsa, agama dan negara. Namun apa yang pasti, 'cekgu bard' dan cikgu ini tidak lagi mengibarkan bendera dacing. mengapa...? Kerana, dacing bukan lagi tempat untuk mereka. Dacing dan cikgu sudah terpisah barangkali. Cikgu yang berjasa, dihormati, disegani, disenangi dan layak memimpin tiada tempat dalam dacing. Dacing kian senget dari agenda membela. Dacing membuatkan kita hari-hari rimas dan merisaukan, lalu mana mungkin dacing dan semangat kental cikgu dapat bersatu kembali.

Nah sekarang... untuk pengundi-pengundi DUN Tenang. Bertenang dan pilih/pangkahlah cikgu kita. CIKGU NORMALA. untuk mengembalikan zaman kegemilangan cikgu. cikgu yang berjasa, cikgu yang dihormati dan disegani, cikgu yang disenangi.

CIKGU YANG LAYAK KITA ANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN. "

Soalan bodoh dari seorang TPM

Posted: 25 Jan 2011 09:14 PM PST

TPM persoal motif sidang DUN S'gor.......m'siakini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan motif kerajaan negeri Selangor mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1...959. "Apakah usul yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) itu perlu? Adakah benar usul itu untuk memperkukuh kuasa Sultan atau ada tujuan peribadi dan kuasa Menteri Besar? "Apakah muslihat di sebalik itu (sidang khas itu). Itu yang lebih utama," katanya kepada pemberita di Labis hari ini.

Tak perlu diulas. Tidak memberi sokongan kepada usul tersebut bermakna derhaka kepada Sultan. Sedangkan umno yang secara sengaja melucutkan kuasa Sultan.

Tolak usul bukti BN makhluk dua alam
Harakahdaily

KUANTAN, 26 Jan: Keengganan Adun Barisan Nasional Selangor untuk menyokong pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, khususnya pada Perkara 52(1) untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan telah mendedahkan sikap hipokrit mereka dalam laungan mempertahankan institusi raja di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kiasannya berkata apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor Isnin lalu menunjukkan bahawa para pemimpin Barisan Nasional adalah makhluk dua alam yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Pakatan Rakyat sedar implikasi sebelum pindaan dibuat, namun dengan andaian bahawa Umno yang war-warkan isu penderhakaan pada raja akan kekal dengan prinsip tersebut; namun dengan apa yang berlaku jelas mereka adalah makhluk 'dua alam' yang tidak boleh dijadikan pimpinan, selar Tuan Ibrahim.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 berhubung soal perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ditolak kerana gagal mendapat restu dua pertiga majoriti Dewan Undangan Negeri.

Walaupun mendapat sokongan kesemua 34 Adunnya, Pakatan Rakyat kekurangan 4 undi untuk menjayakan usul tersebut apabila tiada seorang pun daripada 20 Adun Barisan Nasional yang berani menyokong usul tersebut.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga membayangkan apakah nasib yang bakal melanda kepada Adun Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka bertukar tempat dengan Adun Barisan Nasional.

"Saya boleh bayangkan seandainya PR yang menolak usul tersebut, media akan menyerang habis-habisan dan pasti akan berlaku demonstrasi mendesak Adun kita untuk letak jawatan, dan keluar dari Selangor," ujar Tuan Ibrahim.

Secara positifnya pula, Tuan Ibrahim berkata disebabkan BN yang menolak usul tersebar, ianya bakal mempunyai implikasi yang lebih besar kerana ianya adalah gambaran sebenar sikap kerajaan pusat terhadap kedudukan raja berperlembagaan.

"Sepatutnya mereka rasa malu dan sebagai wakil yang bermaruah, mereka sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Adun. Bagaimana mereka nak jadi pemimpin seandainya isu kedaulatan raja tidak lagi dihormati?" tambah Tuan Ibrahim.

Lesen TV/Radio- GST Bermula

Posted: 25 Jan 2011 07:28 PM PST


Sebelum dimansuhkan
Lesen TV- RM24.00 setahun
Radio RM12.00
Sekarang
Gaverment service tax (6%) dari amaunt yang dibeli.
Kalau pakeage terendah RM37.95 maka GSTnya 6% kena bayar RM2.28
Yang dahulu semua rakyat tentang BN teruskan juga dan mula rakyat rasai ialah Astro.
Hancur Umno

GST dilaksanakan juga.

DPPK PARIT

Posted: 26 Jan 2011 07:24 PM PST

DPPK PARIT


Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

Posted: 25 Jan 2011 11:34 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 26 Jan 2011 07:19 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Adun Sri Muda YB Shuhaimi: Kita bukan golongan yang gelar Raja sebagai 'binatang'

Posted: 26 Jan 2011 06:32 AM PST


Kita juga bukanlah orang yang membuat laporan yang menghasut rakyat membenci raja-raja dengan laporan-laporan palsu dan fitnah. Yang ini Utusan Malaysia begitu pakar Mingguan Malaysia dan Awang Selamat dan kumpulannya begitu "seni'... Lihat sahaja laporan-laporan dan ulasan mereka sepanjang 1993 ketika krisis perlembagaan yang melibatkan raja-raja. Bacalah juga hansard parlimen ketika itu, kita dapati pemimpin-pemimpin dari BN memalukan dan menghina raja-raja melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja membazirkan duit rakyat kerana banyaknya jumlah istana mereka. Inilah golongan penderhaka sebenar yang berselindung di nama Awang Selamat dan sebagainya!

Bukankah di dalam Islam setiap sesuatu itu sebaiknya dijalankan secara bermusyawarah, atau bermesyuarat? Hanya "budak suruhan" Putrajaya sahaja yang mahu bertindak sewenang-wenangnya, melanggar dan membelakangkan institusi dalam negeri ini. Golongan "budak suruhan" Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai "beraja di mata dan bersultan di hati", bukannya baginda Sultan Selangor yang di kasehi.

Kepada 'budak-budak suruhan' ini, saya ingin tegaskan, sampaikan kepada tuan-tuan kamu di Putrajaya, bahawa Kerajaan Selangor ini adalah kerajaan berdaulat yang dipilih rakyat. Jangan cuba hendak memaksakan kehendak kamu ke atas Kerajaan Selangor.

Dahulu Putrajaya cuba memaksakan calon Menteri Besar pilihan mereka ke atas Raja Perlis dan Pemangku Raja Terengganu; mereka adakan perarakan menghina dan memaki raja-raja di Perlis dan Terengganu. Sekarang mereka hendak berselindung di sebalik istana untuk memaksa Kerajaan Negeri Selangor menerima "budak suruhan" mereka sebagai SUK di Selangor pula!

Kami dari Pakatan Rakyat tidak akan sekali-kali membenarkan Putrajaya mnemperalatkan istana demi cita-cita politik mereka! Kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri hendaklah dikembalikan semula kepada asalnya seperti sebelum pindaan pada tahun 1993. Teks penuh baca DI SINI.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukanlah seperti Barisan Nasional yang mudah tunduk kepada Putrajaya! Bahkan, wujudnya Putrajaya sebagai wilayah persekutuan pun kerana kebaculan mantan MB Barisan Nasional yang tunduk kepada tuannya di Putrajaya. Ini sebagai imbuhan

kepada tuannya yang menjadikan beliau MB di Selangor. Pampasan dan royalti RM8 juta setahun yang diberikan, tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri! Inilah yang terjadi jika "budak suruhan" Putrajaya diletakkan di Negeri ini; habis tergadai kepentingan negeri semata-mata kerana kepentingan peribadi dan politik mereka!


dari blog http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Jan 2011 03:51 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Lepak jap dengar rosmah nyanyi(berserta video klip lagi)

Posted: 26 Jan 2011 04:25 AM PST

(GAMBAR) SIGNBOARD BN JATUH... SONGLAP BUDGET...

Posted: 26 Jan 2011 12:09 AM PST

lucu lah... nampaknya drama puak-puak UMNgOk kali untuk menuduh pihak PAS yang mensabotaj Signboard Be End di Tenang menemui kegagalan... siap suruh SPR ambik tindakan lagi...

... memang dasar UMNO jenis songlap duit... sampai ke peruntukan buat signboard untuk Tenang pun disonglapnya... akibatnya budget asal pakai besi besar ditukar kepada batang besi kecik... alamatnya terbalik bila kene pukul angin yang diutuskan Allah... wakakakaka

... UMNgOk dah songlap duit memang tak boleh nak pisahkan lagi dah...

lain kali pakai tiang rupe nie... baru kukuh sikit... payah le nak tumbang....wakakakaka

* gambor dicuri dari blog pencacai UMNgOk

(PANAS) UMMI HAFILDA CALON BN DI MERLIMAU

Posted: 25 Jan 2011 10:04 PM PST

Meskipun belum ada sebarang hint diberikan oleh pimpinan tertinggi BN berkenaan siapakah calon PRK DUN Merlimau, nampaknya sudah ada "cakap-cakap" yang menggambarkan bahawa BN akan mencalonkan seorang wanita yang berpengalaman. Berdasarkan kepada trend di Tenang yang kini lebih memihak kepada calon kaum hawa berbanding calon daripada kaum adam, justeru BN cuba menggunakan tektik tersebut bagi menarik masyarakat di N27 Merlimau kerana PKR berkemungkinan besar akan meletakkan calon lelaki iaitu Ketua Muda PKR Saudara Shamsul Iskandar.


Ummi Hafilda atau gelaran manjanya Umi merupakan adik kepada Ahli Parlimen Gombak (PKR) yang merangkap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam politik tanah air khususnya ketika peristiwa penahanan DSAI dan beliau boleh dikatakan seorang yang mengetahui segala rahsia besar di dalam PKR itu sendiri.

Apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman yang akan diadakan nanti ini.

HIDUP UMMI!!!! HIDUP UMMI!!! HIDUP UMMI!!!!

(GAMBAR) MUKA BERUK2 UMNO DI CERAMAH LGE

Posted: 25 Jan 2011 09:53 PM PST

K Beruk-beruk UMNgOk yang mengganggu ceramah Ketua Menteri Lim Guang Eng di Felda Cempelak Barat semalam

... awat MIC & MCA tue Islam ke beruk UMNgOk?... Pelakon Porno BN tue Tok Iman surau BN mana? Patut la boleh berfatwa pasal salam...

... harap Polis menjalankan kerja yang diamanahkan... jangan jadi barua UMNgOk



(GAMBAR) UMNO & MAMEE SEGERA & ORG TENANG!!!

Posted: 25 Jan 2011 09:25 PM PST

Bagi UMNO standard org di Tenang sama sahaja dengan mee segera... jenis UMNO memang time dekat pilihanraya je baru nampak muka... selama nie dia pegang Johor ... haram tak buat ape...

Kelmarin Ali Rustam memberikan sumbangan berupa MAMEE SAMBAL PEDAS INDONESIA kepada warga di Paya Merah.


Semalam pula Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda UMNO pergi ke perkampungan orang asli Ulu Juasih Tenang Labis untuk edar MAMEE SAMBAL PEDAS INDONESIA

.... kesian tengok orang-orang di Tenang diperlakukan begitu oleh UMNO....

CERAMAH "UMNO DERHAKA LAGI" MALAM INI DI MELEWAR

Posted: 25 Jan 2011 09:06 PM PST

Kengganan dan sikap berbelit-belit Umno Selangor untuk tidak mahu menyokong usul pindaaan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang akan dibongkar dalam Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" Rabu, 26 Januari ini.


Ceramah rakyat ini akan disampaikan oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha yang juga Adun Taman Medan, bersama penganalisa politik terkenal, Ahmad Subky Abdul Latif (bekas Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Ann Wan Seng (bekas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat).
Program bermula jam 9.30 malam di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi mengikuti kupasan langsung YB Haniza berkenaan "gelagat" bodoh Adun-adun Umno ketika membahaskan usul dengan hujah-hujah dangkal dan tak realistik.

TPM TAK SAYANG MULUT SURUH MB S'GOR LETAK JAWATAN

Posted: 25 Jan 2011 08:46 PM PST

Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).


Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit.

"Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam tadi.

Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak "politicking" di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang.

"Kita (kerajaan) terpaksa respons, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa," katanya.

Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN kelmarin, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 Jan 2011 03:32 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


POLIS AMBIL JURUS LANG KAH SERIBU !

Posted: 26 Jan 2011 02:40 PM PST

PETALING JAYA, 26 Jan - Mahkamah Majistret di sini memerintahkan waran tangkap disempurnakan terhadap seorang anggota polis yang dipercayai melarikan diri bagi mengelak untuk dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid mengeluarkan arahan itu terhadap Lans Koperal Norzali Rosle, 25, dari Balai Polis Kota Damansara selepas dia tidak hadir ke mahkamah bagi menghadapi satu pertuduhan baru.
Norzali sepatutnya didakwa semalam terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 211 Kanun Keseksaan iaitu membuat tuduhan palsu sehingga mendatangkan bencana yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff membuat permohonan itu selepas pelbagai usaha untuk mengesannya gagal termasuk pergi ke rumahnya sejak semalam.
"Kami percayai Norzali telah melarikan diri ke Kedah sejak semalam dan kami percaya dia mempunyai pengetahuan mengenai pertuduhan ini," katanya.
Pegawai penyiasat ASP Nasuha Ibrahim dari Ibu Pejabat Kontinjen Selangor memberitahu mahkamah bahawa polis menggunakan pelbagai cara untuk mengesan Norzali namun gagal.
"Isterinya yang ketika itu berada di rumah berkata, suaminya itu berada di Kedah tetapi isterinya enggan memberikan alamat terakhir, malah kami juga menemui ketua balai di mana tempat dia bertugas tetapi masih gagal," katanya.
Mahkamah menetapkan 7 Feb ini untuk sebutan kes.
Pada 11 Jan lepas, empat anggota polis termasuk Norzali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya berhubung pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pembuat bingkai gambar.
Norzali bersama-sama Mohd Azwan Hassan, Ahmad Saifullah Osman dan Alizulhafiz Abdul Ghafar dituduh mencederakan Chia Buang Hing, 35, di Balai Polis Kota Damansara antara 12.30 pagi dan 3 pagi 19 Dis lepas.
Norzali dan Mohd Azwan juga menghadapi satu lagi pertuduhan mencederakan Chia di Jalan PJU 3/15, Persiaran Tropicana, Kota Damansara di sini antara 11.30 malam 18 Dis dan 12.30 pagi 19 Dis 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun tau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-selangorkini-

SEGAMAT JUGA BANJIR, TENANG?

Posted: 26 Jan 2011 02:38 PM PST

Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir
JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

SEGAMAT JUGA BANJIR, TENANG?

Posted: 26 Jan 2011 02:38 PM PST

Dua Daerah Di Johor Dilanda Banjir
JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

PAKATAN RAKYAT DAH CADANG DULUUU LAGI

Posted: 26 Jan 2011 05:28 AM PST

Akhirnya Suruhanjaya ditubuhkan berhubung kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock pertengahan 2009 — yang diperluaskan peranan dan terma operasi — akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Suruhanjaya itu akan menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa "ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan" Teoh dalam proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai.

Selain itu, suruhanjaya perlu menyiasat kematian Teoh dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.

Perkara tersebut merupakan aspek tambahan berbanding terma yang disyorkan sebelum ini.

Difahamkan ini kali pertama seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik mengetuai sebuah suruhanjaya siasatan.

Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Saya ingin maklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950," kata beliau.

Selain Foong, turut akan menganggotai ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Selventhiranathan Thiagarajah, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Selain itu, turut menganggotai ialah Datuk Saripuddin Kasim iaitu Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai setiausaha suruhanjaya ini.

"Tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya ini," kata Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mereka ialah Amarjeet Singh Serjit Singh iaitu Timbalan Ketua Bahagian Guaman I serta Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa.

Awang Armadajaya dan Kwan merupakan timbalan pendakwa raya.

Najib mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan sehari selepas inkues kematian Teoh berakhir dengan keputusan terbuka.

Ketika itu Najib memberitahu suruhanjaya tersebut akan meneliti prosedur siasatan SPRM.

Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan Suhakam menggesa agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan SPRM.

Najib berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2009 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi pada 6 Januari lalu bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

UMNO TERSILAP PILIH AZHAR ! KENAPA ?

Posted: 25 Jan 2011 10:02 PM PST

Rumusan dari kes lelong tanah menunjukkan :
1. Azhar (Calon UMNO) adalah seorang yang zalim dan tidak bertimbang rasa.
2. UMNO terpilih orang yang tidak cemerlang kerana Azhar telah ditukarkan kerana kes tanah tersebut.

Butiran kes :-
Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000.

Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau.

Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembida yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau.

Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut.

Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.

Saya mohon penjelasan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?

* Suhaizan Bin Kaiat Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

TAHUN LEPAS RAJA ARAB HADIAH RM7 JUTA, TAHUN INI TIBA_TIBA ISTANA OMAN BELANJA PLAK ! ....

Posted: 25 Jan 2011 09:49 PM PST

Kenyataan BN (Bini Najib) si Rosmah Mansor kununnya lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit. Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti). ''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana. ''
Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya.
Jika benarlah dakwaan Rosmah itu, maka ternyata beliau memang hebat dan sungguh menakjubkan. Rasanya sejak zaman berzaman Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, kita tidak pernah mendengar satu keistimewaan yang dinikmati oleh Rosmah sebenarnya. Bayangkan, perbelanjaan beliau ditaja oleh pihak istana, maknanya Rosmah sama "standard" dengan Permaisuri Agong atau lain-lain kerabat di Raja. Memang sungguh hebat dan benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya.

ANAK TOKOH UMNO HIJRAH KE PAKATAN RAKYAT

Posted: 25 Jan 2011 09:07 PM PST

Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini.
Anak bekas Setiausaha Agung UMNO sendiripun tidak mempercayai UMNO.. ada yang masih bodoh menyokong UMNO tu apa hal??

Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini.
Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd,
berkata: "Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman."
Bapanya, yang tleah meninggal dunia empat tahun lalu, telah berkhidmat di dalam kabinet di bawah tiga perdana menteri – Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Zairil said: "Bapa saya tidak pernah memaksa saya menyertai mana-mana parti politik. Hanya nasihat beliau agar saya melakukan perkara yang betul."

Beliau menambah keluarganya, termasuk adiknya 22 tahun dan ibunya telah memberi restu kepadanya untuk menyertai DAP.

Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini. Sewaktu bapanya menyertai Umno dahulu iaitu sewaktu pra-merdeka, perjuangannya ialah untuk membebaskan negara dari penjajahan British. Sekarang setelah lebih 50 tahun BN berkuasa, apa yang berlaku ialah rakyat terjajah, ditekan oleh bangsanya sendiri, kita tidak miliki kebebasan.

Zairil menegaskan jika ayahnya masih hidup dan sama dengan usianya kini, pasti ayahnya juga tidak akan menyertai UMNO.

Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973).

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 26 Jan 2011 03:22 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Siapa sebenar yang tolak Sultan!

Posted: 25 Jan 2011 08:51 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 26 Jan 2011 03:07 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


manusia, akal dan haiwan

Posted: 26 Jan 2011 12:57 AM PST

Kehidupan ini penuh rahsia. Kerana itu, ia sentiasa mendebarkan sebagaimana ia juga begitu mengujakan saat  ia dibongkar atau ia meljelmakan sendiri hakikat dirinya. Kerana itu juga, manusia terus seronok untuk terus hidup. Bukan lagi kerana perutnya, tetapi kerana akalnya terus lapar mencari hakikat dan rahsia kehidupan. Itu manusia. Jika haiwan, maka debaran atau keterujaan itu [...]

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 26 Jan 2011 01:53 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


VIDEO BOLASEPAK PIALA KETUA PEMUDA PAS SELANGOR 2011

Posted: 25 Jan 2011 05:25 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 26 Jan 2011 01:41 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Himpunan 30k Pemuda PAS Malaysia

Posted: 26 Jan 2011 04:18 AM PST


1.0 PENDAHULUAN
Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di duna negeri tersebut).
Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.
Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan  menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan  menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT

Tarikh  : 19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa     : 8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat: Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, 06650 Simpang   
                  Empat, Alor Setar, Kedah.

5.0 PESERTA
5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)
5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)
Yuran Penyertaan : RM 10 seorang

12.0 PENUTUP
Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Wallahu'alam.

ATURCARA PROGRAM

(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI
6.30 pagi – 9.30 pagi      : Pendaftaran dan sarapan pagi               
9.45 pagi             : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
9.50 pagi             :  Ketibaan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah
10.00 pagi           : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu PAS dan AMAL.
                                : Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
                                : Ucapan Aluan Pengarah Himpunan
                                : Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
                                : Ucapan Perasmian
                                Oleh : YAB Dato' Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak
– Menteri Besar Kedah.
11.00 pagi           : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad  - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato' Abu Bakar  Chik – AJK PAS Pusat
YBHg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat

PETANG
1.30ptg                                :  Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg               :  Program Anak Muda - KONSERT
4.00 ptg               : Ucapan Penutup
                                Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS
5.00 ptg               : Perlawanan Bolasepak Persahabatan
                                 Pasukan Pemuda PAS vs Pasukan Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan
6.45 ptg               : Rehat

MALAM
7.30 malam       : Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9.00 malam       : Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato' Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak

12.00 malam     : Bersurai

PAS KOTA TINGGI

Posted: 26 Jan 2011 01:09 PM PST

PAS KOTA TINGGI


Pinda Akta Kerana Rakyat Tolak Media Penipu

Posted: 26 Jan 2011 06:23 AM PST

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata. Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).


Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.


PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut "kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air"

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 26 Jan 2011 01:07 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


Normala Sudirman....

Posted: 24 Jan 2011 02:06 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 26 Jan 2011 01:01 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pantun PRK DUN Tenang - PRK DUN Merlimau

Posted: 26 Jan 2011 04:10 AM PST

Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang hati pun kacau,
Pergi ke Labis bawa bertenang,
Lepas DUN Tenang, menyusul Merlimau.

Tajam kapak dari beliung,
Pokok limau dipanjat petola,
PRK Tenang habuan 1.6 bilion,
Di Merlimau banyak mana pula?

Anak rimau berenang-renang,
Pergi Merlimau selepas Tenang,
Sebelum berjaya kita mesti 'berperang',
Biar Barisan duduk tak senang.

Daun sireh berpintal ganja,
Daun ganja mahal harganya,
Pakatan di Tenang membawa wanita,
Nanti di Merlimau siapa agaknya?


* Pantun diubahsuai daripada sms Setiausaha PAS Cawangan Taman Cempaka dan posting "SB PAS" di Facebook Sahabat Pemuda PAS Bukit Katil. Kredit untuk Hj. Md Nor dan 'Umno Suke Masjid'.

Batu Gajah Mari

Posted: 26 Jan 2011 11:31 AM PST

Batu Gajah Mari


PRK TENANG- Ahmad Maslan tak ada teloq ke??

Posted: 26 Jan 2011 12:43 AM PST




oleh: Paeh | Batu Gajah Mari

Semalam, Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat dalam isu-isu Felda pada 28 hb.
Sebentar tadi, menteri tersebut menolak cabaran tersebut. Aku sudah tahu dan sudah menjangkakan. perkataan ini akan keluar dari mulut si pengecut ni.

Wahai Ahmad Maslan, kamu tak ade teloq ke? gaya macam power sangat tapi orang cabar debat dia takut. Ada ke ajak berdialog secara tertutup. baik dialog dengan dengan tiang seri je. hahahahaha... Tengin sangat puak UMNO keparat ni.

Ini kata-kata yang keluar dari mulut si menteri ni. "Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi. Wahai menteri, debat zaman sekolah mana sama la. Budak Pasti pun pandai. Kalau benar anda tak takut dan anak jantan, Marilah berdebat depan warga felda. Buat apa berdialog secara tertutup. Macam mana orang felda nak tahu.

Anda tahu, kalau berdebat mesti terkencing nak jawab soalan- soalan Sdr Mazlan Aliman yang sudah tahu apa yang UMNO buat kepada warga Felda dan ada bukti-bukti yang cukup. Beliau sudah sebati dengan felda ni. Kalau debat diadakan, sudah pasti undi PAS di kawasan felda bertambah dan PAS akan mengecapi kemenanagan.


PRK TENANG- Aura Wanita

Posted: 26 Jan 2011 12:17 AM PST

UMNO kecut perut mendengar kedatangan Anak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah. Ini kerana Nurul Izzah memiliki aura tersendiri untuk memikat pengundi wanita di DUN tersebut.

Beliau telah bersama-sama turun berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Pelbagai aktiviti telah beliau sertai. Pada sebelah pagi. Dia bersama pimpinan lain telah bersama-sama berkempen di Sekitar Pekan Labis dan sebelah malamnya ceramah. Beliau yang petah berkata telah menarik minat pengundi untuk mendengar ceramah tentang isu- isu yang hangat.

UMNO kecut dengan aura wanita pimpinan PR...


Photobucket







Bertemu Ular dan UMNO… Tolonglah bunuh UMNO dahulu

Posted: 25 Jan 2011 06:38 PM PST


Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Imam dan golongan agamawan yang menyokong Umno dan ketuanan melayu. Kemana mereka semua ini menikus. Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina. Betapa ucapan mereka mengugut kalangan non muslim dengan Negara Islam. Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir.

Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak. Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam.

Di Tenang ini zahirlah wajah sebenar UMNO-BN. Inilah sikap talam dua muka. Lidah bercabang pimpinan UMNO-BN. Sebab itu kalau bertemu ular dengan pemimpin UMNO diharap bunuhlah UMNO dahulu. Sebab betapa berbelitnya pimpinan UMNO demi pangkat dan kuasa mereka meskipun terpaksa mereka jual apa sahaja.

UMNO sendiri terpaksa menurut kehendak MCA apabila calon daripada pimpinan UMNO Labis ditolak oleh MCA kerana menjadi ahli PERKASA. Sebab itulah dicalonkan Azahar Ibrahim sebagai calon UMNO yang tidak popular dan bukan dari pimpinan UMNO Labis. Kita tengoklah pulak macamana dengan novel Interlock yang kontreversi itu. MIC sudah mendesak agar digugurkan novel tersebut. Kita tengoklah nanti, UMNO ada batu ke tidak???

Ketika berkata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
" Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS. Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS"

Inilah dikatakan kelemahan pimpinan UMNO. Bukan sahaja terpaksa mengikut desakan MCA bahkan gagal mengawal rakan kongsi dalam BN supaya tidak menghina ajaran Islam bahkan menakutkan rakyat dengan Islam. Betapa sekian lama UMNO gagal member penjelasan yang sebenarnya tentang Islam.

Ini adalah kerana pimpinan UMNO itu sendiri jahil tentang Islam. Bahkan jenis keras kepala yang tak ingin mendengar nasihat atau tunjuk ajar ulama. Ini yang menyebabkan mereka menyokong pula penghinaan oleh Chua Soi Lek. Dengan tidak berasa bersalah walau sikit pun ketika mengulas kenyataan Chua Soi Lek, TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata: " PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan (membentuk Negara Islam) mereka, ianya masih ada… jadi baik juga MCA mengingatkan kepada masyarakat cina".

MB JOHOR, Ghani Othman: "Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? Pas kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA. Mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri"
Inilah sikap sebenar UMNO. Mereka bak sesumpah. Boleh menukar wajah bersesuaian dengan tempat persembunyian mereka. Apa peduli halal dan haram. Yang penting mereka meraih undi untuk menenangan di dun Tenang. Dalam masa yang sama mereka melempar batu menyembunyi tangan. Media bersama mereka akhirnya Pas akan dikambing-hitamkan. UMNO dibedak putih melepak. Tetapi sampai bila agenda penipuan dan kebatilan ini??? Mereka cuba mengalih isu sebenar yang menimpa rakyat. Mereka menyerang menggunakan isu sensitif umat Islam. Jangan terjebak ke perangkap provokasi UMNO-BN. Apapun yang pasti akan tiba lahirnya kebenaran dan kebatilan UMNO akan tumpas dan tenggelam.Ustaz Saiful Bahari

PRK TENANG- Ni dia orang UMNO acuan Hadhari!!

Posted: 25 Jan 2011 06:19 PM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

bn anti guan eng in tenang2Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".

tenang by election protest at chemplak against pakatan 250111 banner 02Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap orang kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.

Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai.

Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengepung kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.

Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.

tenang by election protest at chemplak against pakatan 250111 protestersSewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.

Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.

bn anti guan eng in tenang"Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong.

"Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.

"Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.

tenang ceramah guan eng talkSehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir - sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat.

Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng".

Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar dan tiada sebarang tangkapan atau insiden yang tidak diingini berlaku.- mkini

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 26 Jan 2011 11:28 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Khidmat Rawatan dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Darussyifa'

Posted: 26 Jan 2011 01:05 AM PST

LABIS, 26 Jan - Pusat Rawatan Darussyifa' dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menganjurkan satu sesi khidmat rawatan percuma bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini.

Kemaraan perjuangan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Cikgu Mala dalam sesi kempen hari ketiga ini diteruskan lagi dengan satu sesi lawatan ke Kampung Air Panas pagi tadi

Cikgu Mala seterusnya  ke Felda Chemplak untuk bertemu  pengundi  di kampung tersebut dan ditemani oleh beberapa para petugas PAS yang lain.

Sementara itu, Pusat Rawatan Darussyifa' dengan kerjasama ANAK menawarkan khidmat rawatan serta pemeriksaan kesihatan percuma selama sehari ini. Ianya terbuka kepada orang ramai khususnya kepada para penduduk di sekitar Dun Tenang.

Khidmat rawatan yang dikendalikan Dato' Dr. Ustaz Haron Din ini di rumah No. 84, Jalan Limau, Felda Chempelak (Othman Husin).

Manakala beberapa perkhidmatan sama di buat UPU lain bagi kemudahan orang ramai dikendalikan oleh para petugas Darussyifa'.

Darussyifa' merupakan sebuah klinik rawatan yang menawarkan alternatif perubatan islam kepada orang ramai dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital.

Kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa' iaitu menggunakan ayat-ayat al-Qur'an, Hadith dan doa menambahkan lagi keyakinan orang ramai terhadapnya.

Cikgu Mala tidak melepaskan peluang untuk singgah sebentar di booth utama tersebut di samping beramah mesra dengan penduduk yang hadir.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 26 Jan 2011 11:06 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pakat Undi PAS

Posted: 26 Jan 2011 12:43 AM PST

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

Posted: 26 Jan 2011 12:41 AM PST

LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

"Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,

Pengarah PRK N05 Tenang

merangkap Naib Presiden PAS.

Jual arak: Minta maaf atau disaman

Posted: 26 Jan 2011 12:31 AM PST

LABIS, 26 Jan: PAS mencabar ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya meminta maaf secara terbuka ekoran pembohongannya terhadap calon PAS ang mewakili Pakatan Rakyat ydalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Cikgu Mala berhubung isu menjual arak.

Pengarah Operasi PAS PRK Tenang, Dzulkefly Ahmad berkata, PAS melalui peguamnya telah menyerahkan notis tuntutan tersebut kepada pihak Tee Yong pagi tadi.

Ini, katanya ekoran pembohongan anak Presiden MCA itu yang mendakwa Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan 'kenapa jual arak' kepada pemilik sebuah kedai menjual minuman itu di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya Tee Yong berdolak dalik apabila diminta supaya menyatakan bila dan di mana Cikgu Mala mengeluarkan pertanyaan itu.

"Kita cabar dia dedah bukti tapi sampai semalam beliau berdolak dalik kata enggan beri nama kedai, tunggu dulu.

"Kita perlu ajar dia," tegasnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor pada sidang media pagi tadi.

Justeru, katanya, jika ahli Parlimen Labis itu enggan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, PAS melalui peguamnya akan memfailkan saman.

Umno BN tak jangka dapat tentangan hebat

Posted: 26 Jan 2011 12:29 AM PST

LABIS, 26 Jan: Umno BN tidak pernah menjangka akan mendapat tentangan hebat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ekoran itu, katanya Umno BN menggunakan isu yang remeh-temeh bagi menarik sokongan pengundi.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, tentangan yang dihadapi oleh Umno BN pada PRK Tenang adalah di luar jangkaan.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah menunjukkan kerjasama yang erat menyebabkan Umno BN menggunakan politik perkauman dan kebencian semasa berkempen.

"Apabila pergi ke kawasan Cina, mereka kata DAP ikut telunjuk PAS, bika pergi ke kawasan Melayu, mereka kata PAS jadi tunggangan DAP," ujarnya pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang di sini, pagi ini.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno BN menggunakan politik kebencian itu di dalam kempen mereka sama ada secara senyap atau terbuka.

Justeru, beliau menyeru pemimpin Umno BN supaya menghentikan daripada terus menggunakan politik kebencian pada kempen PRK Tenang.

Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang ditimbulkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, beliau berkata ia menjadi keliru kerana tidak mendapat penjelasan yang sebenarnya mengenai undang-undang jenayah Islam.

Jelasnya, mana-mana negara yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut mesti mempunyai prasyarat, antaranya wujud keadilan ekonomi.

Justeru, beliau menegaskan bahawa PAS tidak berganjak dengan dasarnya adalah Islam tetapi masalah hukum hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat.

Surat Cabaran Debat Isu FELDA Kali Ke-2

Posted: 26 Jan 2011 12:28 AM PST

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)

B 13, Felda Bukit Ramun

81040 Kulai

Johor Darul Takzim 25 Januari 2011

Kepada:

Datuk Hj.Ahmad B. Hj.Maslan

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Datuk,

Perkara: Cabaran Debat Isu FELDA Kali Ke-2

Dalam kempen Pilihanraya Kecil (PRK) N05 DUN Tenang, adalah diperhatikan bahawa Datuk telah banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak mengambarkan suasana dan situasi sebenar terhadap ketiga-tiga felda yang berada di dalam DUN Tenang iaitu Felda Chemplak, Chemplak Barat dan Tenang.

Bukan itu sahaja. Ketika kedatangan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 18Januari yang lalu, beliau telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.6b untuk pembangunan FELDA, memberikan 500 lot tanah untuk generasi kedua dan menyatakan pendapatan bersih peneroka sekarang ialah sebanyak RM3000 sebulan lebih banyak menimbulkan tanda tanya akan kesahihannya.

Oleh yang demikian, saya selaku Presiden ANAK mengulangi cabaran debat kepada Datuk pada 28 Januari 2011 (Jumaat) ini dimana-mana tempat di dalam DUN Tenang ini. Tarikh ini dipilih kerana berdekatan dengan tarikh mengundi bagi PRK N05 DUN Tenang supaya pengundi yang terdiri peneroka dan generasi kedua dapat menilai kejujuran kedua-dua belah pihak dalam memuktamadkan isu warga felda dan bukannya hanya gimik politik pilihanraya semata-mata.

Sekiranya dalam tempoh 2 hari dari tarikh serahan surat ini iaitu pada 27 Januari 2011 (Khamis) masih tiada jawapan dari pihak Datuk, maka pihak kami akan menyediakan tempat berlangsungnya debat terbuka pada tarikh yang dijanjikan.

Cabaran debat ini bermaksud bertujuan menyahut cabaran kononnya ANAK menjadi penghasut,pembawa fitnah, pemecah belah terhadap warga felda. Bahkan ada tuduhan mengatakan yang ANAK yang sebenarnya takut untuk berdepan dengan pihak kerajaan berkaitan isu ini.

Debat ini juga bukanlah bermaksud untuk mengejar populariti atau ada mempunyai agenda peribadi namun sebaliknya, akan mendedahkan fakta sebenar nasib yang sedang dialami oleh warga felda dan pengabaian terhadap mereka selama ini.

Kerjasama dari pihak Datuk amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar

Sdr.Mazlan Aliman

Presiden ANAK

Ahmad dicabar debat isu Felda di Tenang

Posted: 26 Jan 2011 12:26 AM PST

LABIS, 25 Jan: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, sekali lagi mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung isu Felda.

Surat tawaran kedua itu telah telah dihantar ke Pejabat Felda Wilayah Segamat pada tengahari ini oleh naib presiden ANAK Shamsul Bakri dan setiausahanya Zabidie Abas.

Tawaran itu merupakan kali kedua dibuat Anak, selepas kali pertama ditolak oleh Ahmad pada satu pertemuan kedua-dua mereka di parlimen pada bulan Julai tahun lalu.

Menurut Mazlan, debat kali ini akan memfokuskan kepada beberapa masalah utama dialami warga peneroka termasuk nasib generasi kedua dan ketiga Felda.

"Pihak Datuk Ahmad Maslan memainkan satu sentimen bahawa Pakatan Rakyat sebagai penghasut, pembawa fitnah dan memecahbelahkan masyarakat Felda.

"Tetapi kita ada fakta dan hujah yang boleh dipegaang," katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Ahmad, diberi tempoh dua hari untuk menjawab surat tawaran tersebut yang kan diadakan pada 28 Januari iaitu dua hari sebelum hari pengundian 30 Januari.

Bagaimanapun, Mazlan menyerahkan kepada Ahmad untuk menetapkan tempat debat yang dirasakan sesuai kepadanya dalam Dun Tenang.

Sekiranya tiada jawapan daripada Ahmad, pihaknya akan menyediakan tempat bagi debat terbuka itu, katanya lagi.

Sebelum ini, Mazlan memberitahu terdapat desakan dari pihak peneroka sendiri yang mahu debat itu direalisasikan agar mereka mendapat penjelasan sebenar dari timbalan menteri itu berhubung masalah mereka.

Peneroka kata Mazlan, tidak berpuas hati dengan tindakan Ahmad sebelum ini yang menolak tawaran debat pertama yang dikemukannya.

Ahmad ketika kempennya kepada peneroka sebelum ini juga didakwa ada menyatakan debat pertama gagal diadakan ekoran Anak yang tidak mahu berdebat dan bukannya beliau tidak berani.

Ekoran itu, Mazlan mahu Ahmad menyahut cabaran kedua ini agar peneroka boleh menilai dan mendapat penjelasan sebenar.

MAJLIS PENYERAHAN CEK KEPADA PEMAIN BOLA SEPAK KELANTAN SEMPENA KEJAYAAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA 2010

Posted: 26 Jan 2011 12:19 AM PST





KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan mengotakan janjinya apabila menyampaikan ganjaran bernilai RM200,000 kepada barisan pegawai dan pemain pasukan Kelantan di atas kejayaan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun lalu.

Majlis Penyerahan Cek Kepada Pemain Pasukan Bola Sepak Kelantan Sempena Kejayaan Menjuarai Piala Malaysia 2010 disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis yang berlangsung di Kota Darul Naim semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Exco-exco Kerajaan Negeri, barisan kepimpinan tertinggi Kafa dan pemain Liga Super Kelantan.

Pilihanraya Kecil Dun Tenang 30 Januari 2011

Posted: 25 Jan 2011 06:37 PM PST

Warna Warni Sekitar Kempen PRK Dun Tenang

Posted: 25 Jan 2011 06:33 PM PST













Tolak UMNO........

Posted: 25 Jan 2011 04:07 PM PST

Pakatan jaga rakyat tanpa mengira bangsa

Posted: 25 Jan 2011 04:05 PM PST

LABIS, 25 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya Pakatan Rakyat sahaja yang benar-benar menolong dan menjaga kepentingan rakyat.

"Pakatan Rakyat nak tolong dan jaga semua rakyat kerana Pakatan Rakyat berjiwa rakyat.

"Kita (dalam Pakatan Rakyat) Melayu boleh tolong Cina, Cina boleh tolong India, India boleh tolong Melayu, bukan Melayu tolong Melayu, Cina tolong Cina dan India tolong India," ujarnya pada Majlis Mesra Rakyat di pekan ini, petang tadi.

Ini, katanya berbeza dengan BN dan parti komponennya seperti Umno, MCA dan MIC yang tidak membela kaum masing-masing.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP menambah, Umno sendiri terbukti gagal membela dan menjaga kepentingan kaum Melayu.

Menurutnya, begitu juga dengan MCA dan MIC yang tidak menolong bangsa sendiri sebaliknya mengutamakan pemimpin masing-masing.

Justeru, beliau mengingatkan para pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang supaya mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Cikgu Mala pada 30 Januari ini.

Berucap pada majlis itu, Cikgu Mala berharap pengundi dapat memberikan sokongan kepadanya untuk membawa suara rakyat dalam Dun Johor.

Para hadirin yang terdiri daripada kalangan masyarakat Tionghua pada program tersebut sepakat menyatakan sokongan kepada Cikgu Mala.

Cabar Pakatan guna alasan budak sekolah

Posted: 25 Jan 2011 04:05 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Jan: PAS menyifatkan cabaran Datuk Ahmad Maslan supaya negeri Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan sebagai 'alasan' setelah gagal memberi penjelasan kenaikan harga barangan yang dituntut rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sepatutnya memberi jawapan yang baik dan bukan mengalihakan isu tersebut dengan membuat cabaran kepada Pakatan Rakyat.

"Masyarakat mengharapkan jawapan yang baik dari Timbalan Menteri, tapi malangnya jawapan Ahmad macam budak tak sekolah.

"Semua orang tahu, kuasa beri subsisdi untuk menurunkan harga barangan ini bidang kuasa kerajaan pusat bukan kerajaan negeri," katanya kepada Harakahdaily.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno dalam kempennya di Tenang hari ini dilaporkan mencabar negeri Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan menurunkan harga barang termasuk harga petrol.

Menurutnya, empat negeri Pakatan Rakyat itu dicabar mencari sumber kewangan bagi memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Beliau dipercayai membuat cabaran itu ekoran tidak senang duduk dengan isu kenaikan harga barang yang dicanang jentera kempen Pakatan Rakyat di Dun Tenang.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata cabaran Ahmad itu juga menunjukkan kelemahan kerajaan BN yang seolah-olah telah mengaku tidak dapat menurunkan harga barangan yang kini sedang ditanggung rakyat.

"Sebab itu Pakatan Rakyat tonjolkan Buku Jingga, kita mahu kaji semula pembayaran RM19 bilion subsidi gas kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) untuk disalurkan kepada subsidi rakyat.

"Kalau nak suruh Pakatan Rakyat turunkan harga, berilah peluang pada Pakatan Rakyat Perintah Malaysia, kita tengok dalam masa 100 hari Pakatan boleh buat atau tidak," katanya.

Jasindaily Online

Posted: 26 Jan 2011 09:47 AM PST

Jasindaily Online


PRK Dun Tenang : Tunggu Rakyat Merlimau....Projek Mega Menanti Anda

Posted: 26 Jan 2011 04:19 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Jan 2011 09:29 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Penduduk tak tahan bau busuk

Posted: 25 Jan 2011 10:42 PM PST

Sinar Harian 26 Jan 2011

PEDAS - Penduduk Taman Pedas Perdana dikatakan tidak tahan dengan bau busuk yang dipercayai berpunca daripada kilang ayam berhampiran, sejak beberapa bulan lalu.

Seorang penduduk, Normah Md Din, 51, berkata, bau busuk itu sememangnya mengganggu kehidupan penduduk sekitar taman, terutama pada waktu subuh, tengah hari dan petang.

"Keadaan ini menyebabkan kami terpaksa menghidu bau busuk setiap hari dan selera makan turut terbantut.

"Bau busuk ini juga boleh menyebabkan anggota badan kita menjadi lemah dan tidak sihat serta mudah letih," katanya ketika ditemui pemberita kepada Sinar Harian.

Malah, Normah berkata, masalah itu bukan sahaja menyebabkan mereka hilang selera makan, tetapi ibadat solat mereka juga turut terganggu kerana tidak khusyuk ketika menunaikan solat.

"Saya, anak dan cucu boleh termuntah jika menghidu bau busuk ini. Tiada siapa yang tahan kalau terpaksa hidu bau busuk setiap hari cuma kami di sini, sudah lali dengan keadaan ini. Apatah lagi kawasan ini menjadi tempat tinggal kami," katanya.

Menurutnya, masalah yang dihadapi itu telah dikemukakan semasa menghadiri mesyuarat sebelum ini supaya dapat mengenal pasti punca sebenar bau busuk berkenaan.

Namun, katanya, sehingga kini penduduk masih berdepan dengan masalah sama apabila masalah bau busuk ini masih lagi berlaku.

"Saya berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya dan tidak terus membiarkan penduduk terseksa, akhirnya terdedah kepada penyakit pada masa akan datang," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8677390.asp

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Jan 2011 09:22 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Lebih separuh elaun ADUN Sura diberikan semula kepada rakyat

Posted: 26 Jan 2011 12:04 AM PST


Guna RM1,000 untuk peribadi

KUALA DUNGUN 25 Januari 2011 - Menjaga kebajikan rakyat di kawasan yang diwakili menjadi keutamaan buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli menyebabkan beliau terpaksa memperuntukkan lebih daripada separuh elaun wakil rakyat diterimanya untuk kebajikan rakyat.

Wan Hassan berkata, tindakan itu dilakukan berikutan beliau sebagai rakyat pembangkang tidak diberikan peruntukan khas oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga rakyat di kawasannya.

Yang Dipertua PAS Kawasan itu berkata, daripada kira-kira RM5,000 sebulan elaun wakil rakyat diterimanya, lebih daripada separuh iaitu RM3,000 dikembalikan semula kepada pejabat DUN Sura untuk menjalankan kerja kebajikan rakyat di kawasannya.



"Saya hanya memperuntukkan RM1,000 untuk perbelanjaan berkaitan rumahtangga iaitu kenderaan dan petrol.Selebihnya pula saya gunakan untuk program kemasyarakatan termasuk sumbangan raya,mangsa banjir,hari guru,program Ramadhan,kematian dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Jika hendak dihitung, elaun berkenaan tidak cukup.
" Namun, berkat tabung yang diwujudkan hasil sumbangan orang ramai dan individu yang prihatin serta amalan jimat cermat, kita berjaya mengurus kebajikan rakyat dengan baik," katanya ketika ditemui sempena penyampaian sumbangan limau mandarin dan ang pau raya kepada masyarakat Tionghoa di Kuala Dungun, pagi semalam.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun itu bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum dengan beliau sebagai wakil rakyat dan memberi ruang kepada komuniti di kawasan itu meluahkan masalah kepada pemimpin mereka.



Gambar-gambar hari pertama di Pekan Kuala Dungun :
Sekitar sumbangan limau oleh ADUN Sura








N45 Dr Halimah Ali

Posted: 26 Jan 2011 09:16 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


APA-APA BOLEH TERJADI PADA NORHANA MOHD ALI DALAM JANGKAMASA 5 HARI

Posted: 26 Jan 2011 02:57 AM PST

 Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut (lelong tanah)  telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.


Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

LAPORAN SELANJUTNYA di sini

Pengikut