Pakatan Rakyat |
Posted: 26 Jun 2012 03:04 PM PDT | Pesawah mahu k'jaan naikkan subsidi, harga padi Posted: 26 Jun 2012 07:08 AM PDT Sebuah badan bertindak kumpulan petani hari ini menuntut supaya kerajaan meningkatkan harga padi dan subsidi yang diberikan kepada pesawah untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup mereka. Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia, Mohamad Fuad Yaakob berkata, harga padi dan subsidi itu perlu dinaikkan untuk membolehkan pengusaha padi menerima pendapatan kira-kira RM1,080 sebulan, katanya. "Ini amat bersesuaian dengan kos sara hidup buat masa sekarang," katanya dalam satu memorandum yan dihantar kepada MP pembangkang di bangunan parlimen hari ini. Kadar itu boleh dicapai sekiranya kerajaan menaikkan harga padi daripada kadar RM0.75 sekilogram kepada RM1.35 sekilogram, dan juga kadar subsidi daripada kadar 24 sen sekilogram kepada 50 sen sekilogram, katanya lagi. Katanya, kerajaan perlu mengambil langkah itu memandangkan terdapat pengusaha padi yang menerima pendapatan jauh di bawah paras kemiskinan. Belia mengambil contoh pengeluar padi di bawah skim Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang kini dianggarkan menerima pendapatan sebanyak RM480 sebulan. Mohamad Fuad menyerahkan memorandum berkenaan kepada MP Kuala Kedah Ahmad Kassim dalam sidang media yang turut dihadiri MP Padang Terap Mohd Nasir Zakaria dan ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him. Bercakap dalam sidang media itu, Mohamad Fuad berkata pihaknya telah membuat kajian dan penelitian bahawa sejak 2010 hasil padi berkurangan berbanding kos penanaman padi sekalipun diberikan input tertentu bagi meningkatkan hasil pengeluaran. Beliau juga menuntut kerajaan mengambil berat tentang pelbagai masalah dan rintihan petani yang boleh mengurang pendapatan petani antaranya seperti tanah jerlus dan serang penyakit sekaligus mendesak kerajaan meningkatkan infrastruktur di kawasan mereka. Dalam sidang media sama, Ahmad Kassim berkata kerajaan wajar berbuat demikian memandangkan sudah 22 tahun ia tidak dikaji dan kali terakhir kerajaan berbuat demikian sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri pertanian. "Saya harap dalam ucapan belanjawan perdana menteri pada September ini ada penambahan dan peningkatan (harga), sekurang-kurangnya harga subsidi padi," katanya. Sementara Mohd Nasir pula membangkitkan persoalan mengapa harga padi, kualiti dan hasil petani di Tanjong Karang berbeza dengan petani di kawasan lain. "Kenapa berlaku perbezaan-perbezaan ini. Kenapa kualiti, kenapa hasilnya, kenapa harganya berbeza. Jadi kita nak minta kementerian memberi sedikit perhatian, kepada masalah ini. "Kita tengok hasil di Tanjong Karang misalnya, hasilnya cukup lumayan bagi petani. Adakah di sana teknologi-teknologi yang disembunyikan oleh setengah pihak (untuk) digunakan setengah pihak yang lain," katanya. | Lelaki dihukum mati bunuh wanita enggan kahwininya Posted: 26 Jun 2012 07:00 AM PDT MALAYSIA KINI Seorang tukang masak dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Star hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita yang enggan berkahwin dengannya tahun lepas. Othman A. Aziz, 61, dijatuhkan hukuman itu selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu. Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata berdasarkan keterangan pakar patologi, terdapat 26 luka tikaman dan empat luka hirisan pada bahagian dada dan belakang mangsa. Mengikut pertuduhan, Othman didakwa membunuh Ratna Sufizzahriyanti Omar, 23, di dalam sebuah bilik bernombor G 12 di rumah nombor 1926H, Taman Mahkota, Jalan Stadium di Alor Star antara pukul 8.45 malam 2 Mei 2011 hingga 12.45 pagi 3 Mei 2011. Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Othman yang merupakan bapa kepada dua orang anak dalam rayuannya memohon maaf kepada isteri dan anak-anaknya serta keluarga mangsa. | Hakim tanya mengapa k'jaan 'layan' permintaan BERSIH Posted: 26 Jun 2012 06:58 AM PDT Seorang peguam kanan persekutuan 'dihujani soalan' dari Hakim Mahkamah Tinggi hari ini apabila beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH). Hakim Mahkamah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk Rohana bertanya mengapa kerajaan "melayan" permintaan BERSIH untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Jawapan yang diberikan oleh Peguam Persekutuan Azizan Md Arshad adalah kerajaan membenarkan BERSIH 3.0 kerana Akta Perhimpunan Aman telah dikuatkuasakan. Hakim Rohana yang kelihatan tidak puashati dengan jawapan tersebut, bertanya jika menteri dalam negeri mengharamkan BERSIH dan semua aktivitinya, bagaimana pula menteri mengiktiraf perhimpunan BERSIH 3.0 di bawah undang-undang lain. Beliau seterusnya memetik Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai contoh dan bertanya sama ada pertubuhan yang diharamkan itu boleh memohon untuk mengadakan perhimpunan di bawah akta yang sama. "Bolehkah (setiausaha agung PKM) Chin Peng memohon untuk mengadakan perhimpunan atas kapasiti peribadinya?" soal Tommy Thomas, peguam utama yang mewakili Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan 14 yang lain. Tommy (kiri), dalam hujahnya mendakwa BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang tidak diperbadankan yang mana diiktiraf oleh Common Law, dan tidak terletak di bawah bidang kuasa Akta Pertubuhan. "Oleh itu, apabila menteri yang digunakan Seksyen 5 Akta Pertubuhan Akta untuk mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram, ini adalah ultra vires," katanya. Tommy juga berkata BERSIH telah dinafikan hak untuk didengar sebelum perintah itu dikeluarkan, dan ini bertentangan dengan keadilan asasi. Azizan menyangkal bahawa Akta Pertubuhan tidak menyatakan hak untuk didengar apabila menteri membuat keputusan. Beliau juga berkata orang yang tepat untuk membuat keputusan mengenai isu-isu berkaitan keselamatan negara dan ketenteraman awam adalah Menteri Dalam Negeri, dan mahkamah tidak boleh mempersoalkan keputusan itu. | Malaysia tolak label 'demokrat palsu' pada PM Posted: 26 Jun 2012 06:48 AM PDT MALAYSIA KINI Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail. Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia. Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan. Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan. Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen. Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak. Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal". | Wang kertas baru diedar mulai 16 Julai Posted: 26 Jun 2012 06:39 AM PDT MALASYAI CHRONICLE KUALA LUMPUR- Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, menurut Bank Negara Malaysia hari ini. Bank pusat itu menyatakan, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu. Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan. "Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai. "Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai. "Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan. Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepada ncs@bnm.gov.my.- BERNAMA | Dinar: Nik Aziz beri '25 jam' untuk siasat KGT Posted: 26 Jun 2012 06:37 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM- Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu pihak berkuasa boleh menyiasat bila-bila masa isu dakwaan penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT). Beliau yang ditemui di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz di sini turut menyatakan siasatan tersebut boleh dilakukan 25 jam. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali. "Kita sedia disiasat dan saya berikan 25 jam ruang waktu untuk mereka siasat walaupun kita ada 24 jam tapi 25 jam saya bagi. "Siasatan boleh dilakukan bila-bila masa dan kita tidak takut," jelasnya. Beliau yang sebelum itu berucap pada majlis Wacana Ilmu 'Buku Rasuah' menjelaskan amalan rasuah tidak dapat dibendungi kerana undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia. "Kalau kita ingin mengatasi masalah rasuah sepenuhnya, kita perlu kembali kepada ajaran Islam dan Allah Taala. "Jika ini tidak dapat dilaksanakan terlalu sukar untuk kita mengatasinya kerana kita adalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan," ucapnya. Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut memberitahu amalan memberi habuan terutama dalam memancing undi pada pilihan raya adalah rasuah dan haram dilakukan. "Pemberian habuan pada pilihan raya juga merupakan rasuah dan haram tetapi itu tidak dipedulikan kepada mereka yang mengamalkan prinsip sekular dan demokrasi. "Selagi pemimpin-pemimpin sekular tidak mengikuti ajaran Islam selama itulah rasuah akan terus menjadi raja di negara ini," sambung beliau lagi. Sebelum itu, Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai Ahad kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT). Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat. Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.-harakahdaily | Ahli Kelab Penyokong BN Kulim/Bandar Baharu Tidak Boleh Tawar Diri Bertanding Posted: 26 Jun 2012 06:32 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KULIM -- Kelab Penyokong Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu (KPBNKBB) mensyaratkan anggotanya tidak boleh menawar diri sebagai calon mana-mana parti politik pada pilihan raya umum akan datang. Presidennya Mokhtar Omar berkata anggota kelab itu berikrar taat setia menyokong semua aktiviti Barisan Nasional (BN) Kulim/Bandar Baharu dalam usaha merampas semula kerusi parlimen kawasan tersebut dan dua kawasan dewan undangan negeri. "Kami secara sukarela menawarkan diri untuk membantu secara ikhlas memenangkan semua calon yang bertanding atas tiket BN pada pilihan raya akan datang ini," katanya kepada Pengerusi BN Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada satu pertemuan, di sini malam tadi. Seramai 30 anggota jawatankuasa kelab tersebut bersama beberapa anggota jawatankuasa Umno bahagian terbabit hadir pada pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam itu. Mokhtar adalah Ketua Umno bahagian itu sebelum diambil alih bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir kira-kira 35 tahun lalu.-- BERNAMA | Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS Posted: 26 Jun 2012 06:30 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS. Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat. Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini, Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS. Beliau berkata demikian selepas menerima penyerahan borang keahlian daripada bekas Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Yusof Hassan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengah hari tadi. Yusof Hassan yang juga bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasal dari Parit Buntar Perak dan berhijrah ke Selangor kira-kira 30 tahun yang lalu. Selepas dua tahun berkhidmat dalam Kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Koh Tsu Koon, Yusuf berpindah ke Jakim kerana beliau merasakan tidak serasi dengan Ketua Menteri terbabit yang dilihat terlalu BN. Ekoran itu, beliau hanya bertahan selama dua tahun sahaja dengan kerajaan Pulau Pinang sehingga akhir 2004. "Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS, dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi saya masuk PAS," katanya. Penyerahan borang keahlian PAS hari ini, Yusof menyifatkan apa yang disyaki oleh rakan-rakan sekerjanya sebelum ini adalah tepat. "Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya, cuma mereka tidak ada bukti. Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya. Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim, mengakui ramai di kalangan rakan-rakan di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi. Bagaimanapun beliau menafikan penyertaannya dalam PAS hari ini ekoran fenomena ramai individu termasuk artis dan selebriti secara terbuka menyertai parti Islam itu. "Tidak, bukan kerana ramai yang mula menyertai PAS, saya pun masuk PAS. Sebenarnya hasrat itu sudah lama lahir dari lubuk hati saya," katanya. Turut bersama ketika penyerahan borang keahlian itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Sallehen Mukhyi serta beberapa wakil PAS Selangor.-harakahdaily | Saya doa jatuhkan pemimpin zalim - Khatib Posted: 26 Jun 2012 06:24 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE BUKIT MERTAJAM- Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah. Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan. Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah. "Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati? "Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya). Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian. Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'. Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan. Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang. Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.-Harakahdaily | Aktivis Royalti dipukul dapat simpati MB Posted: 26 Jun 2012 06:22 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU- Menteri Besar merakamkan ucapan takziah dan simpati terhadap lima mangsa keganasan pihak tertentu pada Himpunan Menyokong Royalti di hadapan Kota Darulnaim pagi tadi. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berada di Shah Alam hari ini melahirkan rasa kesal terhadap insiden yang disifatkan tidak wajar berlaku. "Sekiranya semua pihak menghormati hak bersuara yang dijamin dalam perlembagaan tentunya tidak berlaku perkara buruk seperti itu," katanya melalui kenyataan dikeluarkan Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. Menteri Besar berada di Selangor menyampaikan ucaptama di Majlis Wacana Ilmu Mengenai Rasuah anjuran kerajaan negeri terbabit. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi tanda simpati kepada semua mangsa terbabit. Sumbangan disampaikan angggota Exco, Dato' Abdul Fattah Mahmood sebagai mewakilinya. Sumbangan berkenaan disampaikan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ketika mangsa membuat laporan polis. "Tuan Guru turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan rakyat Kelantan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut royalti minyak dan pendaratan gas yang dinafikan kerajaan pusat. "Juga terima kasih kepada pihak keselamatan yang telah memberikan kerjasama memastikan perhimpunan aman tersebut berlangsung dengan baik," kata Fadhli.-harakahdaily | Pengajian tinggi diperniagakan, mutu pendidikan dipermangsakan Posted: 26 Jun 2012 06:14 AM PDT Siaran iklan di panggung wayang sebelum mulanya filem untuk sebuah universiti swasta yang menawarkan huruf-huruf azimat atas selembar kertas - BA, MA, PhD - ialah sesuatu yang sangat membimbangkan. Dahulu kala, iklan yang mempromosikan minuman keras sering disajikan buat penonton/konsumer. Kini, pengajian tinggi didagangkan seperti kereta dan telefon bimbit. Penuntut IPT (dan ibu bapa) kononnya adalah "pelanggan", kecuali hak-hak konsumer pendidikan tidak mungkin wujud kerana pendidikan tidak boleh diukur atau ditaksir. Jika penuntut tidak puas hati dengan mutu pengajian, apakah mereka dibayar kembali ganti rugi? Apakah semua penuntut IPT (dan ibu bapa) tahu langsung akan kriteria sebuah pusat pengajaran tinggi yang bermutu dan bertaraf antarabangsa? Bagi kesemua pertanyaan di atas, saya rasa jawabnya tidak. Secara dasarnya, pintu masuk ke alam pengajian tinggi akan dibuka mengikut kemampuan kewangan, daya intelek, dan kelayakan yang lain. Namun di Malaysia, pintu masuknya banyak dan seperti sebuah medan selera, menu kursus dan IPT yang beraneka macam boleh membingungkan sang mahasiswa (dan ibu bapa). Apakah bakal mahasiswa tahu kelebihan IPT X daripada Y selain nama dan jenis kursus yang mempamerkan prestij? Apakah ibu bapa bakal mahasiswa rela menyerah puluh ribuan ringgit dalam bentuk pinjaman atau sebaliknya untuk sebuah IPT yang belum diketahui tahap kecemerlangan graduannya? Atau apakah sijil yang berhuruf azimat sahaja yang diburu? Susulan daripada isu hutang PTPTN yang menggempar, persoalan panas pendidikan percuma sebagai penawar bisa penghutang-penghutang muda terus membakar. Mungkinkah barisan pembangkang ingin meraih watak "hero" mahasiswa dengan umpan mereka, pendidikan "percuma"? Tetapi apakah barisan pembangkang sedar akan kos pembiayaan sebuah IPT yang bertaraf antarabangsa? Dan apakah pendidikan itu benar-benar boleh dipercumakan? Parah sekali apabila peluang untuk bersambung belajar dipolitikkan untuk mengumpan undi muda. Jika kita ingatkan kembali dana berjutaan ringgit yang disalurkan untuk penubuhan sekolah-sekolah bestari yang disalahgunakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran untuk lawatan luar negara, kita dapati bahawa wang ringgit institusi dan pendidikan "percuma" bagi mereka yang layak mudah dibazir kerana matlamat yang terpesong dan penyelidikan yang lemah. Bagaimana pula dengan United Kingdom, negara yang kaya dengan IPT yang terbaik di dunia dan destinasi ribuan mahasiswa Malaysia setiap tahun? Kini kerajaan Konservatif David Cameron telah menghentikan pembiayaan awam untuk pusat-pusat pengajian tinggi dan menaikkan sebanyak tiga kali ganda yuran tahunan penuntut tempatan. Kesan terhadap mutu pendidikan di IPT British akan langsung dirasai; tenaga dan bakat pengajar baru terpaksa disekat, dan kursus yang tidak menjamin keuntungan bagi pembangunan material negara seperti sastera, falsafah, dan media dibanding kejuruteraan dan sains akan diperlekehkan. Malaysia akan menjejak langkah United Kingdom jika perbadanan awam tidak menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang saksama dari segi pendidikan. Apabila pengajian tinggi dijadikan produk yang didagangkan semata-mata, bukan sahaja mutu pendidikan dipersia-siakan. Di sebalik fenomena penuntut yang "dipelanggankan", ramai penuntut IPT, terumatanya IPT swasta dijadikan korban tamak haloba para "usahawan" IPT. Terdapat beberapa IPT swasta yang dilaporkan menyeleweng dan merompak secara diam-diam pinjaman PTPTN pelajar. Sesetengah penuntut IPT pula melapor penipuan nama dan pendaftaran kursus oleh pihak fakulti. Kemudahan seharian yang "basic" seperti bekalan elektrik dan air di beberapa kolej swasta yang kurang memuaskan sering dilaporkan juga. Saya sendiri pernah menginap di asrama kolej swasta di mana bekalan elektrik dipotong setiap malam dengan sengaja untuk menjimat kos pentadbiran kolej. Pengetua kolej tersebut merupakan seorang ahli politik UMNO yang bercita-cita tinggi dan pengurus sebuah golf resort di kawasan kolej swasta tersebut. Pelajar luar negara pula sering dilayan seperti warga kasta bawahan. Selain perkauman yang berleluasa, pegawai-pegawai imigresen secara rutin menyerbu asrama pelajar luar negara IPT swasta atas pelbagai alasan yang sangat mencurigakan. Apabila pendidikan menjadi sekadar bisnes dan sebuah proses menjual-beli, pihak pengurusan IPT menjadi peniaga yang akan jarang sekali beretika. Pendidikan bukan sebuah produk yang boleh dijual-beli. Namun sikap rakyat Malaysia yang terlalu mudah menanggap pendidikan secara prinsipnya "murni" dan secara prosesnya "diberi" seperti objek dari pengajar ke pelajar. Pendidikan, terumatanya pengajian tinggi, menyiapkan individu untuk berfikir dengan kritis sebelum melangkah ke dunia bukan sekadar sebagai pekerja, tetapi sebagai dewasa yang berpengetahuan luas. Universiti adalah institusi pengetahuan tertinggi yang melahirkan warga yang bijak-pandai, lincah berkomunikasi, dan mempunyai kesedaran sosial. Kerana IPT (terutamanya IPTS tertentu) yang diumpamakan kilang pencetak sijil mengambil peranan sebagai penjaja pendidikan dan beriklanan merata tempat, keperluan dan hak mahasiswa jarang dibela. Ramai mahasiswa tempatan dan dari luar negara dibelenggu aturan IPT dan ugutan yang boleh menjejaskan perjalanan pengajian mereka. Oleh yang demikian, hanya hak dan kesedaran mahasiswa yang harus diperkasa, kerana pelaburan atas nama pendidikan mahasiswa amatlah besar. Kerajaan yang mengutamakan peniaga pendidikan dan meminggirkan mereka yang kurang berkuasa politik, kewangan, dan sosial akan membina masyarakat yang materialis dan anti-intelektual. *Alicia Izharuddin adalah pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media. | Posted: 26 Jun 2012 06:03 AM PDT Berdasarkan perhimpunan hijau di Melaka Ahad lalu yang dihadiri kira-kira 25, 000 orang. PETALING JAYA: Pemuda PAS melaungkan keyakinan merampas Melaka dalam pilihan raya umum 13. "Sudah pasti, ia bukanlah sekadar satu majlis untuk menghimpunkan rakyat namun ia lebih jauh daripada itu hasratnya iaitu untuk membuktikan bahawa PAS dan PR sudah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Melaka daripada Umno/BN," kata beliau. Beliau berkata, perhimpunan hijau PAS itu sehari sebelum Perdana Menteri Malaysia melawat Melaka. Katanya, hadirnya Datuk Seri Najib Razak sudah tentu menggembirakan Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam yang mungkin membayangkan BN akan merampas kerusi Parlimen Kota Melaka dan beberapa DUN lalin. Namun, tambah beliau semuanya yang diimpikan itu hancur berkecai apabila rakyat Melaka telah memberikan satu isyarat yang cukup jelas bahawa masa untuk Umno/BN menerajui kerajaan negeri Melaka sudah hampir kepada penghujungnya. "Walaupun Umno berusaha seperti biasa untuk mengganggu ceramah dan aktiviti PAS dengan menghalakan corong pembesar suara daripada kawasan aktiviti BN yang jaraknya kira-kira 200 meter daripada tapak program Himpunan Hijau namun ia tidak pun berjaya mengganggu program himpunan ini. "Melihat sendiri perkembangan dan perhimpunan ini dengan mata, saya cukup optimis bahawa masa depan PAS dan PR cukup cerah untuk mengambil alih pemerintahan negeri Melaka. "Rakyat Melaka sudah jauh lebih bijak untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata," tambah Khairul Faizi. | 'Makhluk perosak' punca kebanjiran peniaga asing Posted: 26 Jun 2012 05:53 AM PDT Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di'alibaba'kan. PUTRAJAYA: Tindakan beberapa pegawai pihak berkuasa yang menjadi 'makhluk perosak' didakwa sebagai punca kebanjiran peniaga asing di sekitar Kuala Lumpur.Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, ini disebabkan wujudnya penglibatan pegawai yang berada dalam agensi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), selain Jabatan Imegresen, polis, dan beberapa persatuan peniaga yang melindungi peniaga asing. Katanya, disebabkan kelonggaran itu peniaga tempatan terjejas sehingga terpaksa bersaing dengan warga asing terutamanya dalam isu mendapatkan tapak perniagaan. "Ada 51,000 peniaga yang berdaftar dengan DBKL namun 80 peratus daripadanya di'alibaba'kan," katanya kepada pemberita dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Beliau turut bimbang sekiranya peniaga asing diberi peluang menguasai perniagaan bazar Ramadhan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, dan beberapa bazar utama sekitar Kuala Lumpur bulan depan. "Mereka ni tak bawa untung kepada kerajaan. Mereka warga asing tak bayar cukai. "Secara purata dalam sebulan 45 kali Jabatan Imegresen buat operasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya tapi warga asing tetap wujud," katanya. Beliau sebelum itu bersama kira-kira 250 peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum mendesak satu suruhanjaya khas bebas membanteras kebanjiran penjaja asing diwujudkan. Peniaga terbabit yang bernaung di bawah NGO itu berkumpul dihadapan Pejabat Perdana Menteri di sini pukul 2.00 petang tadi dan menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Perdana Menteri Datuk Razali. | Tuntutan Royalti Minyak: Elak Tumpah Darah Posted: 26 Jun 2012 05:48 AM PDT MSO Apa dibimbangi mengenai 'demo serentak' di antara puak menyokong royalti minyak dengan puak yang anti royalti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan tampaknya menjadi kenyataan. Keecohan di lapangan demo berhampiran Kota Darulnaim telah berlaku sampai ada yang tercedera dan dikejarkan ke hospital. Beberapa laporan polis juga turut sama dibuat. Keadaannya tidaklah 'belah mana'. Tetapi malam ini tengoklah apa yang akan dilaporkan dalam tv yang sudah terkena TB dan esoknya dalam media-media massa PB. Kejadian itu akan diberikan gambaran menakutkan Kelantan akan digambarkan tidak selamat. Kelantan akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Asap pemedih mata yang dikeluarkan oleh senapang polis, kandati tidak perlu sebenarnya, akan dijadikan bukti telah berlaku kekecohan dan ketegangan.Ulasan akan dibuat, kekecohan itu mungkin akan menjadi lebih besar kalau tanpa kawalan dan pemantauan polis. Polis diletakan sebagai pihak yang berjasa dan berkhdimat dalam peristiwa pagi tadi. Orang tidak akan nampak dan terlupa bahawa kekecohan yang berlaku di Kota Bharu dan menimbulkan kesesakan jalan raya ialah kerana sikap polis juga yang kurang bijak kalau pun tidak kurang cerdik. permulaan menuntut royalti minyak itu katanya mendapat permit polis. Saya percaya pihak satu lagi juga mendapat permit polis. Kalau dua-dua mendapat permit polis apakah tidak boleh difahamkan di sini ada maksud polis sengaja melepas kedua-dua ayam jalak dan jantan politik itu untuk berlaga di antara satu sama lain? Bolehkah dianggap begitu?Polis sudah boleh membaca situasi yang akan berlaku. Maka polis tidak sepatutnya meluluskan permit untuk dua puak dalam masa dan jarak yang tidak jauh. Polis patut asing dan elakkan apa-apa dari berlaku kejadian buruk dan anggota polis juga tidak akan menjadi susah. Kepandaian polis untuk meletakkan dirinya tidak berpihak atas nama demokrasi dan perofesional dalam konteks ini salah. Tugas polis bukan saja menyuraikan kekalutan tetapi mencegah lebih awal inilah sikap profesional namanya. Sekali lagi bagi saya ia disengjakan. Makanya kesengajaan ini sepatutnya ditangkap awal oleh semua pihak khasnya dari pihak menyokong royalti diberikan kepada Kelantan. Bukan ertinya tidak perlu berusaha dan berikhtiar mendapatkan royalti, tetapi provokasi yang hendak dibuat itu biarlah munasabah dan berhikmah. Kalau pihak menyokong dapat meramal awal apa yang berlaku kekecohan yang boleh mencacatkan Kelantan dapat dielakkan. Pun ebgitu kita tidak mahu ia disalah anggap. Maksudnya niat untuk membela kerajaan dan rakyat bertukar menjadi sebaliknya menyebabkan kerajaan kerugian dan rakyat 'bersaja'. Maksudnya jangan ssmpai Pas jadi terkorban dengan hasrat yang murni itu lantaran tiada kebijaksanaan. Kekuasaan Pas di Kelantan perlu dipelihara dan jangan diusik dengan keadaan-keadaan tidak sepatutnya. Perkara pokok yang kena utamakan di nsini menjaga keselamatan kerajaan Pas di Kelantan. Tidak ada guna sedikit pun kalau royalti minyak diperolehi, tetapi Pas tumbang? Rujuk sejarah lampau Selamanya saya suka merujuk krepada peristiwa tahun 1978 di mana ketika berlaku krissis kepimpinan dalam Pas di antara Mohd Asri dan Muhammad Nasir (kedua Allahyarham). Siapa yang memula dan menarik krisis itu sehinggakan kerajaan Pas akhirnya jatuh. Jawabnya tidak lain dan tidak bukan ialah, media penjilat buntut. Ia diperbesar dan ditokok tambahkan oleh wartawan yang diupah oleh Umno. Adapun kenapa media memperolehi rahsia atau punca itu kerana pemimpin Pas sendiri yang tidak hemah. Mulanya krisis itu cuma kecil dan berlaku dalam rumah tangga Pas, yang boleh diumpamakan seperti anak lipas yang masuk dalam baju sahaja. Tetapi keran ada campur tangan media massa dibantu dengan sikap tidak panjang akal beberapa pemimpin Pas menyebabkan ia terheret ke muka khalayak. Krisis itu terheret keluar dan diketahui oleh umum. Umno yang sememangnya jahat, bak jerat yang tidak pernah melupa pelanduk terus memngambil kesempatan dan menggumba krisis itu sehingga menjadi petaka. Hasil gumbaan bertalu-talu itu apa terjadi, kerajaan Pas jatuh. Perlu diingat keturunan Abu Jahal, Abu Lahab dan Abdullah bin Ubai yang pernah berperanan dalam demonstrasi di Kelantan tahun 1978 sebahagiannya masih hidup dan ada hari ini. Munngkin mereka sudah uzur tetapi mereka boleh mengarahnya dari atas tikar di tempat yang jauh. Keturunan mereka juga terus memain peranan kerana menjadi kelazimannya bapak yang jahat akan melahirkan anak yang jahat juga. Sejarah dan petaka ini perlu diingat-ingati sebaik mungkin oleh generasi lampau dan perlu dipelajari genarasi hari ini. Jangan kerana ghairah hendak menuntut royalti tercetus keadaan buruk yang mana akhirnya keadaan itu nanti akan dilapor oleh PB sampai ia menjadi besar dan mendapat perhatian dunia. Kalau itu berlaku Pas yang miskin media massa dan segala-gala itu berada juga senjata akan berada dalam keadaan terkakapi-kapai. Fahamkah apa yang hendak saya sampaikan ini? Sebagai rakyat Kelantan saya menyokong tuntutan itu. Cuma mungkin saya seorang yang mempunyai semangat yang kecil dan keimanan nipis, maka saya berdoa dari jauh. Orang menggunakan doa sebagai senjata adalah orang yang kerdil dan naif dari segi kegedebean. Bagaimana pun dalam keadaan hari ini walaupun kita dianggap beriman tipis dan kerdil rasanya lebih baik dari bertindak secara agresif tetapi membahayakan diri dan negeri. Dari dulu lagi saya mengharap tindakan dan jihad menuntut royalti minyak perlu dibuat secara bijaksana dan sepadu. Cara paling baik ialah menerusi rundingan. Jangan jemu untuk mengadakan perundingan. Tindakan-tindakan politik baik untuk mempopularkan diri dan sebagainya tidak wajar. Apa lagi kalau isu itu untuk menjagohkan diri. Membawa isu royalti ke mahkamah adalah tindakan akhir yang betul tetapi bagi saya bukan jalan terakhir yang tuntas. Kenapa, bila fail royalti telah berada di mahkamah menyebabkan ruang lingkup kita mengenainya sempit dan terbatas. Dalam kita mempercayai media-mass, kehakiman, polis dan segala macam institusi tidak berpihak dan bersimpati kepada kita, apa juga kes tidak perlu dirujuk dan diharap kepada badan-badan rasmi itu. Ia boleh dilakukan apabila kita sudah yakin, atau tidak lagi mengkritik kepada institusi itu sebagai berat sebelah dan sebagainya. Anihnya dalam situasi itu isu minyak itu dihenyahkan juga kepada mahkamah. Biarlah perkara itu sudah terlucut dan yang penting lihat kepada apa yang berlaku sekarang ini. Menuntut royalti minyak secara dilakukan sekarang ini tidak akan memberi kesan melainkan keseronokan kerana dapat berhimpun sambil bersorak dan mengetik etak. Umno hanya akan tersenyum melihat apa yang berlaku, dalam masa sama pula para broker dan barua Umno akan terus bergerak menggunakan tindakan itu untuk mengambil peluang mengkhianati kerajaan Kelantan. Mungkin cara hari ini menyeronokkan generasi belia, tetapi orang tua harus pastikan apakah ia sesuai dan selari dengan perjuangan Pas? Pastikan cara menghalakan matlamat. I am sorry, (kecek Inggeris sikit) saya juga kurang faham dengan acara hari ini. Apakah tujuan dan matlamatnya, dan simbol yang hendak ditonjolkan? Apakah ianya untuk menunjukkan rakyat Kelantan menyokong tindakan Pas? Begitukah? Atau pun tindakan hari ini bagi membina jambatan di antara orang tertentu dengan orang tertentu. Membaiki gelegar atau pun tongkat rumah harapan yang sedikit senget? Apa yang pelik dan meyebabkan kepala saya tergaru-garu, maksud di sebalik himpunan hari ini yang hanya untuk menyerahkan plak titah ucapan Sultan Mohammad Ke V semasa merasmikan sidang DUN Kelantan yang berharap gas didaratkan di negeri Kelantan. Itu saja. Maksud titah ucapan Baginda itu diterjemhkan sebagai Tuanku mendesak royalti minyak di berikan segera. Apabila titah ucapan itu dijaja dan dijadikan plak ia menunjukkan seolah baginda begitu berkehendak royalti itu untuk Kelantan dan rakyat baginda. Soalnya apakah titah ucapan dan mesej Tuanku itu benar bermaksud begitu? Dan apakah titah ucapan baginda itu tidak didengari oleh kerajaan Pusat atau kalangan pemimpin Umno di Kelantan, seperti Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan lain-lain? Begitukah? Hemat saya, pihak Kuala Lumpur sudah pun mendengar maksud dan konotasi titah ucapan itu seperti mana dilafazkan. Jadi apabila mereka tidak sedia menunaikannya itu bermakna mereka tidak mendengar suara batin dan mesej Tuanku. Kedegilan ini boleh dianggap sebagai dungu dan menderhaka. Pun begitu kerajaan Federal masih ada alasan kalau pun tidak bingkas segera kepada titah ucapan Tuanku itu. Ini kerana royalti itu kini masih dalam pertimbangan mahkamah. Setakat ini hanya pihak Pas sahaja mengemukakan bukti-buklti yang royalti itu jelas milik Pas. Tetapi apabila ia dibawa kepada pertimbangan dan perhatian mahkamah semua pihak kena menunggu apa kata mahkamah. Mahkamah akan menentukan apakah dakwaan dibuat kerajaan Kelantan itu benar? Jadi biarlahlah mahkamah membuat keputusan apakah kerajaan Kelantan berhak atau tidak. Sultan juga mungkin sudah dinasihti perkara ini. Apabila keputusan itu berpihak kepada kerajaan Kelantan, nah di kala ini bolehlah rakyat Kelantan bangkit menuntut hak mereka semahunya termasuk untuk berkhemah tujuh hari dan tujuh malam di depan SUK. Mereka sudah ada alasan kuat untuk berbuat demikian. Itulah implikasi yang berlaku apabila isu royalti dibawa ke mahakmah untuk diputuskan. Mengikut undang-undang dan precedence apa-apa pertikaian terhadap isu juga isu yang masih dalam pertimbangan mahkamah ia akan dianggap sebagai subjudis. Ia tidak boleh dipertikaikan. Kerana itu bagi Umno bila isu itu dibawa ke mahkamah mereka lega kerana isu itu terkunci di mahkamah. Mengenai penyerahana plak titah ucapan Sultan tadi, saya fikir pihak yang patut diserahkan bukan kerajaan Kelantan, atau pemimpin Pas yang menerimanya. Ia patut dihantar kepada Mustapa Mohamed selaku ketua Umno dan juga menteri yang dilihat bersekongkol dengan niat tidak mahu memberi royalti itu kepada Kelantan seperti mana cadang sdr Mohd Saberee Shafei. Tidakkah maksud plak itu untuk memberi tahu bahawa Sultan pun sokong supaya royalti minyak diserahkan kepada Kelantan. Nah makanya yang perlu diberi tahu pendirian Tuanku itu bukan Husam Musa dan pemimpin Pas tetapi Mustapa Mohamed. Sepatutnya puak-puak sokong royalti itu berarak ke Pejabat Umno atau ke rumah Mustapa Mohamed dan jika berani berarak ke Putrajaya untuk diserahkan kepada perdana menteri Najib Razak. Apbial ia diserahkan kepada Husam walaupun sebagai mewakili MB Nik Aziz ia melucukan. Husam dan semua pemimpin Pas dan kerajaan sudah tahu akan hakikat yang Sultan menyokong royaltii diberikan kepada kerajaan Kelantan. Jadi tidak ada apa-apa keistimewaan lagi plat itu diserahkan kepada kerajaan Kelantan dan diterima Husam melainkan dapat dicapturekan gmbar yang Husam menjunjung tinggi titah ucapan dan gambar wajah Tuanku itu. Itu saja. Jikalau usaha ini hendak diteruskan, pastikan ia dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur. Jangan memberi jalan dan ruang untuk para jebong menganggu majlis itu. Jebong jebong penggangu itu tidak boleh dilayan kerana tahap pemikiran mereka lebih kurang beruk, kera sahaja. Kalau mereka ada akal, ikhlas dan berjuang untuk kepentingan rakyat dan bukan ***** **** mereka, mereka tidak wajar menentangnya. Bahkan mereka akan bersama menyuarakan tuntutan dan membuat aksi tuntutan dengan puak yang menyokong itu. Itu baru bijak dan cerdik. Biarpun buat masa ini tidak ada kerelevensinya untuk menuntut royalti itu disebabkan ia dalam perkiraan mahkamah tetapi usaha-usaha yang tidak sampai menjadi subjudis perlu dilakukan. Tindakan himpunan kepada saya tidak begitu elok dan cocok dengan perjuangan Pas. Sebaik tindakan ialah berdoa dan bermunajatlah kepada Allah. Buatlah solat hajat dan menunjat di stadium. Acap kali pun tidak mengapa. Lebih bermakna lagi dalam munajat itu undanglah sama Tuanku Sultan. Paling elok biarlah Tuanku mengepalai solat dan menujat itu. Sebelum ini ada rancangan untuk menghantar 40 ulamak bermunajat di Makkah dan Madinah, tetapi kenapa usaha itu senyap dan tidak diteruskan? Apakah ia tidak mendapat restu dan jika benar kenapa? Bila ia disebut tetapi tidak dilaksanakan maka orang akan nampak projek itu tidak ikhlas dan lebih kepada gimik politik. Parahnya ia akan dispekulasikan dengan pelbagai persepsi-persepsi buruk. | Barisan Menteri Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat Didedahkan? Sekadar Bayangan Atau Realiti? Posted: 26 Jun 2012 05:43 AM PDT
Kalau disemak kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah kabinet bayangan. Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan oleh negara seperti Australia dan Britaian pernah wujud kabinet bayangan. Benarkah? Tetapi yang kami sedia maklum sebuah lagi negara yang juga mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika tidak sama sekali mempunyai kabinet bayangan. Ditambah lagi, rakyat Amerika sendiri pun tidak mendapat kepastian siapa ketua negara mereka untuk penggal-penggal yang akan datang, apatah lagi menteri kabinet jauh sekali. Itu semua hanya boleh diketahui selepas keputusan pilihanraya mereka diumumkan. Sampai begitu sekali…… Walaubagaimanapun, akhirnya penantian sesetengah pihak yang menantikan senaraian kabinet bayangan Pakatan Rakyat "berbalas" di mana baru-baru ini Kolumnis Free Malaysia Today, Selena Tan telah tampil menamakan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang menang PRU ke 13 kali ini. Selena Tan dikatakan telah berjaya mendapat butiran senarai dan maklumat bagi kabinet bayangan Pakatan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mana tidak mahu nama mereka didedahkan kepada umum. Kata mereka….. 1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP) 2) Timbalan Perdana Menteri: 3) Kementerian Kewangan: 4) Kementerian Pelajaran: 5) Kementerian Dalam Negeri:
(Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM ) 6) Kementerian Pertahanan:
(Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.) 7) Undang-undang Kementerian: 8) Kementerian Kesihatan: 9) Kementerian Pengangkutan:
(Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak) 10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri : 11) Kementerian Pertanian:
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.) 12) Kementerian Luar:13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: 14) Kemterian Alam Sekitar : 15) Kementerian Wanita:
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama: Apa pendapat anda semua dengan senaraian bagi kabinet Bayangan Pakatan Rakyat ini? Ada cadangan & pandangan untuk dikongsikan di sini? | Persoalan PTPTN dan Kedangkalan UMNO Posted: 25 Jun 2012 11:21 PM PDT Oleh Khalid Samad Saya terkejut mendengar keputusan yang diumumkan pimpinan UMNO bahawa bantuan PTPTN tidak lagi wujud untuk para pelajar UNISEL. Walaupun isu ini telah hampir sebulan berlalu, tetapi kerana tindakan kolot sebegini telah pun menjadi sebahagian dari modus operandi mereka sejak dari dahulu lagi; maka adalah wajar bagi saya memberikan sedikit ulasan agar menjadi terang lagi bersuluh tentang dasar politik sebuah parti yang dikenali sebagai UMNO ini.Apa yang jelas untuk semua menilai ialah ianya merupakan politik dendam dan kotor yang sanggup memangsakan rakyat semata-mata atas kepentingan politik UMNO. Pada masa yang sama juga ianya membuktikan tanpa syak lagi bahawa UMNO juga tidak mengambil berat bahawa tindakan yang diambil akan menjejas masa depan Majasiswa UNISEL yang majoritinya adalah Melayu. Maka menjadi jelaslah pada semua, UMNO tidak memperjuangkan nasib Melayu tetapi apa yang lebih penting dari itu ialah nasib UMNO. Dan apabila nasib UMNO terjejas, maka nasib Melayu sanggup dikorbankan oleh UMNO tanpa berfikir panjang. Mungkin juga tindakan mereka itu adalah bertujuan supaya kerajaan Negeri Selangor melutut merayu agar dibuka kembali peluang untuk mendapat bantuan PTPTN untuk para pelajar UNISEL. Dengan itu akan ditempelak kerajaan Negeri Selangor sambil dengan sombong berkata, "inilah buktinya! Kerajaan PR tidak mampu dan janji menghapuskan PTPTN adalah janji kosong semata-mata!" Walaubagaimanapun, terkejut-beruk mereka apabila TS Abdul Khalid mengistiharkan bahawa UNISEL akan jual asetnya sebagai usaha menampung kos pendididkan mahasiswa UNISEL! Dalam keadaan itu, di mana kerajaan PR Selangor menangani permasalahan pinjaman PTPTN dengan sanggup membiayai para pelajar UNISEL dari sumber sendiri, maka UMNO terus bertindak menarik balik keputusan mereka. Jika tidak, maka semakin parah kedudukan mereka di kaca mata rakyat dan semakin naiklah imej kerajaan PR Negeri Selangor! Untuk mengelak kerugian politik dan disebabkan itu SEMATA-MATA, maka keputusan itu ditarik balik dan Majasiswa UNISEL dibenarkan untuk memohon pinjaman PTPTN. UMNO sememangnya tidak memahami bahawa rakyat mempunyai hak dan segala cukai yang dikutip dari rakyat perlu digunakan dengan cara yang menguntungkan rakyat. Bukan digunakan sebagai kekuatan kewangan untuk mengugut atau merasuah rakyat supaya menolak PR atau menyokong BN! Tuntutan supaya PR melaksanakan dasar pendidikan percuma di peringkat Negeri PR tidak masuk akal kerana sumbangan cukai dan pendapatan dari rakyat dan kesemua Negeri termasuk Selangor, telahpun diserahkan kepada pusat untuk melaksanakan dasarnya bagi setiap sektor termasuk sektor pendidikan. Kerajaan BN kurang mementingkan sektor pendidikan dan oleh itu menentukan sesuatu bajet yang tidak memungkinkan pendidikan percuma dinikmati rakyat. Ataupun, mungkin bajetnya cukup pada dasarnya tetapi disebabkan amalan ketirisan, kebocoran dan kronisma, maka ianya tidak mencukupi. Dengan itu rakyat terpaksa berhutang, termasuk melalui PTPTN, untuk menyempurnakan proses pendidikan anak masing-masing. InsyaAllah PR akan melaksanakan dasar pendidikan percuma sekiranya diberi amanah untuk memerintah di pusat. Ini adalah kerana kewangan peringkat Pusat adalah terdiri dari cukai dan pendapatan yang dikutip dari seluuuruh rakyat dan Negeri di Malaysia. Melalui kutipan ini maka Pusat perlu melaksanakan dasar pertahanan, pendidikan, kesihatan, keselamatan awam dan lain-lain. Jumlah perbelanjaan bagi setiap satu sektor adalah bergantung kepada sejauh mana ianya dianggap penting dan keperluan asas bagi rakyat. Bagi PR, pendidikan adalah di antara sektor yang diutamakan dan oleh itu sektor pendidikan akan diberikan bajet yang mencukupi demi menjamin terlaksananya dasar pendidikan percuma. WaLlahu 'Alam | Rais Yatim nak perangkap Pakatan Rakyat Posted: 25 Jun 2012 11:12 PM PDT Oleh Safar Jumaat Untuk percaya, sukar tetapi sama-samalah kita tengok. Apakah janji Menteri Penerangan, Komunikasi Kebudayaan dan Warisan, Dato' Seri Dr Rais Yatim untuk memberi peluang kepada pembangkang mendapat ruang menyampaikan manifesto dalam PRU-13 menjadi kenyataan atau sebaliknya. Dari segi logik akalnya, ia mustahil berlaku kecuali satu slot "sekadar mahu melepaskan batuk di tangga" bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa media yang dikawal kerajaan bersikap terbuka kepada pembangkang, sebagai membuktikan telah berlaku trasformasi media dan politik, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Hari ini, tonton sahaja "siaran langsung" dari Parlimen setiap hari berlakunya persidangan Parlimen, sering ucapan pembangkang "disenyapkan" tetapi kalau jawapan menteri atau timbalan menteri yang membelasah pembangkang, ia disiarkan sercara terus dan berulang-ulang. Lebih malang, slot sejam untuk siaran Parlimen itu, diganggu dengan "perbualan bersama Ahli Parlimen" yang topiknya, bertujuan memperendah-rendahkan pembangkang. Tetamu undangannya, 10 kali wakil BN dan sekali wakil pembangkang. Apa sebenarnya yang Rais hendak sampaikan kepada umum, mengenai sikap keterbukaannya itu? Apakah beliau tidak pernah dan tidak berpengalaman menjadi pembangkang yang menyebabkan beliau terlalu alergik dengan pasukan oposisi ini? Jika setahun 365 hari media yang dikawal kerajaan menyerang pembangkang, sebenarnya apalah kesannya jika dalam tempoh 10-14 hari berkempen, pembangkang dibenarkan membentangkan manifestonya. Dari segi anak jantannya, lebih baik ditolak sahaja perlawaan dan janji Rais itu kerana sudah pasti, ada jerat yang sedang dipasang bagi memerangkap pembangkang. Keterbukaan ini sebenarnya bagi menutup dakwaan bahawa demokrasi di Malaysia tempang dan hanya dikuasai oleh pihak yang sedang berkuasa. Hari ini, tiada sudut kerajaan yang dapat ditutup oleh Umno dan BN. Semua serangan pembangkang menyebabkan pihak yang sedang memegang kuasa "sesak nafas". Sering timbul perkara yang mereka mahu sembunyikan tetapi, dunia media dalam keadaan langkit terbuka, segala-galanya sudah terdedah! Banyak kes yang dikaitkan dengan pembangkang, media massa pro pemerintah akan menyerang habis-habisan pihak yang didakwa, hingga ia boleh mempengaruhi perbicaraan dan keputusan hakim. Ambil contoh Himpun Bersih 3.0. Apakah tindak-tanduk media elektronik sekarang ini tidak merupakan satu usaha mengajak rakyat mengatakan peserta Himpun Bersih 3.0 itu sebagai kasar dan brutal? Apa tujuan tayangan "adegan-adegan selepas disunting" setiap jam yang sedang dilakukan sekarang. Ingat! Fitnah yang diulang-ulang akan dianggap sebagai fakta. Perkara bohong pun, jika diulang-ulang akan dijadikan ia sebagai sesuatu yang benar. Semua orang tahu, Rais sebagai Ahli Parlimen Jelebu, sudah sampai ke penghujung karier politiknya. Dalam Umno sendiri, beliau kalah setiap kali menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden. Ia memberi signal, kehadirannya sudah melewati masa wajar. Maka, suka atau tidak, Rais kena mengejar populariti yang semakin meleset. Beliau juga tentunya belum bersedia untuk menjadi "tokoh Warisan" yang akhirnya disusun gambar-gambarnya dalam Muzium. Maka, beliau kenalah berbuat sesuatu dengan hasrat "ada peluang lagi" memperbaharui jangka hayat politiknya. Sebagai ahli politik veteran, Rais tidak termampu mengejar populariti rakan-rakan sejawatannya yang lebih muda. Dengan kementerian yang beliau ketuai sekarang mempunyai pelbagai agensi dan peruntukan yang cukup besar, Rais mahukan peluang kekal selepas PRU-13 amat berkobar-kobar. Jadi, salah satu strateginya ialah "mesra pembangkang". Langkah ini, tentulah tidak mendapat persetujuan rakan-rakan kabinetnya kerana tiada seorang pun yang menyatakan sokongan secara terbuka hasratnya memberi peluang akses media kepada pembangkang dalam PRU-13. Malahan, jangan terkejut, janji dan cadangan Rais itu akan dibatalkan dengan alasan masalah teknikal kerana Umno dan BN sudah acapkali "menarik sesuatu kebenaran" secara tiba-tiba. Pakatan Rakyat mestilah menyediakan satu kertas cadangan kepada kementerian pimpinan Rais ini, bagaimana cara untuk memenuhi peluang itu, jika ia benar-benar dilaksanakan. Jangan hanya sekadar mengisi kekosongan dan di waktu yang tidak sesuai. Ketika mereka menggunakan waktu perdana, sedangkan pihak pembangkang diberikan ketika "waktu muram" yang tentunya pihak kementerian tahu bila ketikanya. Pakatan Rakyat jangan hanya menerima apa yang ditawarkan kecuali selepas mengadakan perbincangan dan kedua-dua pihak bersetuju dengan kertas cadangan dari pihak yang ditawarkan peluang. Kata orang, kalau hendak beri, beri betul-betul. Jangan menanam tebu di tepi bibir. Jangan bercakap ikut sedap mulut tetapi pada hakikatnya, mereka sendiri serba salah kerana "tak bagi" takut rakyat persoalkan hak mereka, nak bagi, takut pula mereka kerugian kerana tidak mampu berdepan dengan kenyataan. Maklumlah, BN dan Umno menyembunyikan pelbagai isu dan bila Pakatan Rakyat dibenarkan muncul di kaca TV, mereka nanti tak cukup tanah melarikan diri kerana tidak mampu menjawab apa yang ditimbulkan. Ambil contoh dengan janji pembangkang mahu menurunkan harga minyak. Walaupun ia sukar tetapi ia bukan mustahil. Kita tunggu dan sejauh mana keinginan ini terlaksana! | Rafizi kata akan kerjasama dengan Faekah Posted: 25 Jun 2012 11:10 PM PDT MALAYSIA KINI Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan bekerjasama dengan setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin untuk membongkar penyelewengan yang didakwa berlaku ketika pentadbiran BN di negeri itu. Rafizi berkata, langkah itu adalah susulan kepada peletakan jawatannya "yang diperbesarkan oleh media Umno kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang ditunjangi PKR." Katanya, tindakan itu juga sebagai menyahut cabaran Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan yang berlaku di negeri itu. "Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Husin untuk meneliti semula fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," katanya. Cabaran berkenaan disuarakan oleh Puad dua hari lalu ekoran tindakan Rafizi meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Puad menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai kesan daripada kemarahan Rafizi terhadap pemimpin tertentu dalam pentadbiran tersebut dan mencabar pemimpin muda itu supaya mendedahkan dakwaan penyalahgunaan kuasa di Selangor. Blog pro-Umno sebelum ini membuat spekulasi bahawa peletakan jawatan Rafizi pada 21 Jun merupakan kesan daripada perbalahan dengan Faekah, yang didakwa berpengaruh besar ke atas Meneri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, termasuk dalam pengagihan RM300 juta melalui Geran Selangorku. Rafizi bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan bahawa beliau meletak jawatan untuk menumpukan perhatian dalam parti bagi menghadapi pilihan raya umum. "Peletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral keraa seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cederung kepada aktiviti politik partinya." | SPR buat laporan polis dakwa fitnah disiar Harakah Posted: 25 Jun 2012 11:01 PM PDT MALAYSIA KINI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap badan bebas itu yang disiarkan dalam akhbar rasmi PAS, Harakah (Bil.1750. 21-24 Rejab 1433/11-14 Jun 2012). Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Ia juga bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan dan tuduhan yang memfitnah SPR," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini. Zulkifli turut menuduh dan mendakwa SPR telah mengeluarkan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama orang lain dan gambar orang yang akan mengundi. Selain itu SPR juga didakwa menggunakan nama pengundi yang telah dikenal pasti tinggal di luar negara dan tidak balik untuk mengundi. Zulkifli juga mendakwa daripada sumber maklumat yang diperolehnya, kad pengenalan (MyKad) palsu telah dibuat di sebuah kilang di Klang, Selangor dan cip dalam pengenalan itu adalah dari China. | SABAH MISKIN ANGKARA PENGKHIANATAN REGIM MALAYA? Posted: 25 Jun 2012 10:57 PM PDT | Bkt Kepong: Mat Sabu saman Utusan, lepas pengadu Posted: 25 Jun 2012 10:52 PM PDT MALAYSIA KINI Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, beliau akan menyaman akhbar Umno Utusan Malaysia kerana didakwanya telah memfitnahnya dalam isu Mat Indera tidak lama dulu. Katanya, beliau dituduh memfitnah polis Bukit Kepong bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tetapi pengadu kes Visva Nathan kemudiannya mengaku bahawa laporan yang polisnya tidak benar dan ada unsur fitnah. "Akhirnya Visva Nathan yang memohon maaf kepada saya dan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah aku," ujar Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu (kiri). Visva sebagai saksi pertama kes perbicaraan itu pada 11 Jun lalu mengaku di Mahkamah Sesyen Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia. Malah Visva beberapa kali memohon maaf dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya dan mengaku kini bersaudara dengan pemimpin PAS itu. "Visva Nathan beberapa kali berkata 'we are brother (kita bersaudara), saya mohon maaf'. Saya sudah maafkan dia. "Visva Nathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan. "Confirm (sah) saya akan saman Utusan," tambah Mohamad disambut laungan takbir penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri di Melaka malam tadi. Mustafa: Graf kita sedang naik Katanya, walaupun pihak lain seperti polis, risikan tentera, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memberikan maklumat BN akan kalah, KEMAS menyatakan sebaliknya kerana jabatan itu "kaki bodek". "Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu. "Saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun," ujar Mustafa (atas). | Air Asia: Kenapa Kerajaan Rela Terus Dibangangkan Tony Fernandes Posted: 25 Jun 2012 10:43 PM PDT Dari hari pertama, Tony Fernandes telah memanipulasi undang undang Malaysia beserta pengamal perundangan hanya untuk kepentingannya, dan setiap kali dia mendapat apa yang dia inginkan, dia menjadi semakin angkuh dan sombong. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri telah menghentikan amalan penipuan harga yang meletakkan digit akhir ".99" yang mempengaruhi rakyat untuk berfikir bahawa sesuatu itu lebih murah dari harga sebenarnya. (beza RM7.99 berbanding RM8.00, sedangkan angka 7 diberi font yang besar dan .99 dengan font yang jauh lebih kecil - pent.). Namun Air Asia telah mengiklan tambang sebegini sepanjang masa dengan sewenang wenangnya. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan garis panduan dimana semua restoran, hotel dan syarikat penerbangan perlu (baca wajib) menyenaraikan senarai harga terperinci, namun untuk lebih sedekad Air Asia mengiklankan ilusi tambang murah dengan tidak menyatakan banyak caj caj lain yang tersembunyi. Juga, berjuta ringgit duit penumpang 'dirompak' akibat pembatalan penerbangan dengan tidak memberikan apa apa pampasan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Kementerian Kewangan telah membuat semakan, menilai dan memutuskan jumlah cukai lapangan terbang dan caj lapangan terbang yang perlu dibayar. Air Asia enggan membayarnya selama bertahun tahun dan dengan secara terbuka melanggar undang undang yang telah diwartakan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Kementerian Pengangkutan telah menyelia dan meluluskan Pelan Induk KLIA, sebaliknya Air Asia dapat 'mengatasi' dan mendapatkan LCCT yang dibina mengikut tempat yang mereka kehendaki, sudah pastinya dengan wang pembayar cukai. Tidak lama kemudian, mereka merungut tentang lokasi yang dikatakan tidak cukup bagus. Mereka inginkan sebuah lapangan terbang dibina di Negeri Sembilan tanpa memperdulikan risiko bahaya pada kawalan udara kerana berada berdekatan dengan hub penerbangan terbesar di Malaysia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar telah mengeluarkan garis panduan pembangunan KL Sentral sebagai hub laluan rel-udara, dan unit kediaman mewah bertujuan untuk menarik pasaran global. Namun Air Asia 'berjaya' menempatkan sistem pengangkutan bas tambang rendah tanpa memperdulikan bantahan oleh pemilik aset asing (pelabur), pihak ERL dan yang lain lain pihak yang telahpun mengeluarkan pelaburan yang bernilai jutaan ringgit. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Khidmat Penerbangan Udara Untuk Kawasan Terpencil MAS telah 'dirampas' dari rakyat Sabah dan Sarawak oleh sebuah syarikat milik swasta yang diberikan nama FAX. Syarikat ini telah memberikan beban yang tidak tergambar pada rakyat dengan sikap mementingkan diri dan amalan polisi yang sangat ketat. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) diakui telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia atas usaha mereka untuk menjadi yang terbaik di dunia dalam berbagai bidang. Tetapi malangnya di Malaysia, ia telah dibuli, diperkotak katikkan dan dirompak oleh syarikat Air Asia tahun demi tahun. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Malaysia Airlines (MAS) sentiasa menjadi mangsa serangan dan perlecehan oleh Tony Fernandes tanpa menghiraukan fakta bahawa MAS yang berdaftar dengan IATA dan tertakluk pada piawaian penerbangan antarabangsa, syarikat penerbangan kebangsan itu tidak boleh mengamalkan jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Air Asia. Dalam beberapa minggu, beberapa laluan MAS yang menguntungkan seperti Surabaya telah 'dikorbankan' dengan memberikan penguasaan mutlak kepada Air Asia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. FlyFirefly.com (FireFly) sangat berjaya secara kewangannya, dengan menyediakan rakyat Malaysia kadar tambang mampu dan mudah diantara Semenanjung dan Malaysia Timur. Ia juga telah menjadi mangsa korban kerana dianggap menjadi ancaman kepada monopoli 'umpan tambang murah' yang menguntungkan bagi Air Asia. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE) membelanjakan jutaan ringgit untuk membina fasiliti Penyelenggaraan Pembaikan & Baik Pulih Pesawat (MRO) milik bumiputera yang pertama di Malaysia, di atas janji Air Asia untuk menggunakan khidmat mereka. Sebaliknya kemudian, Air Asia menandatangani perjanjian dengan Singapura dan ini bermakna SAE beserta MAS benar benar dipermainkan. Sejumlah besar tunai kini mengalir ke Singapura. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd telah diberikan janji yang pasti bahawa ia akan menjadi hub utama untuk Air Asia, namun setelah berjuta juta ringgit dikeluarkan oleh syarikat tersebut bagi tujuan pelaburan, akhirnya janji itu tidak ditunaikan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Kerajaan Negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan sebagainya telah menerima berbagai bagai janji dari Air Asia namun tidak satu pun yang dikotakan. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Rakyat Malaysia yang patriotik telah disajikan propaganda bahawa Air Asia adalah satu kebanggaan negara. Dalam masa yang sama, Air Asia telah mengkritik dan memalukan syarikat syarikat berkaitan kerajaan yang terbaik termasuk kementerian kerajaan secara terbuka melalui serangannya dalam internet. Watak utama yang dijadikan sandaran oleh Tony Fernandes adalah seorang wanita Singapura, dan segala perbelanjaan MRO telah dialirkan ke Singapura. Sekarang, syarikat Air Asia membuka Ibupejabatnya di Indonesia dan tidak diragukan, berjuta ringgit juga akan mengalir kesana. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Kesemuanya ini hanyalah sebahagian kecil dari keadaan yang sebenar - untuk lebih 10 tahun rakyat Malaysia terlalu takut untuk bersuara disebabkan oleh adanya hubungan yang teguh antara kaki putar belit dan pakar manipulasi. Tony Fernandes mempunyai 'sebab' yang sangat bijak sementara rakyat Malaysia yang menanggung kerugian. Sampai bilakah ianya akan berakhir?? Nota :Artikel diatas adalah terjemahan bebas dari artikel ZAM : Air Asia Gains, Rakyat Loses | Strategi Najib serba tidak menjadi, menikam diri Posted: 25 Jun 2012 10:37 PM PDT Memang segalanya serba tidak menjadi. Banyak strategi BN menikam diri sendiri. Ada saja yang tidak kena kepada Umno-BN. Lupa sekejap masalah lembu Shahrizat Jalil, timbul pula pelbagai isu berkaitan projek kerajaan yang dibolot anak-anak menteri dan duta khas bertaraf menteri. Skandal kes Scorpene dan pembunuhan Altantuya muncul semula, dengan paparan cerita yang lebih panas dan menggemparkan. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mengacah Jamil Khir Baharom isu pemindahan wang Tabung Haji, lebih RM300,000, ke dalam akaun Ketua Pegawai Eksekutifnya. Reda sebentar kontroversi "wanita pertama" Rosmah Mansor, dengan segala cincin, beg tangan dan gaya hidup mewah (strategis kempen BN sendiri minta media mengendurkan kisahnya), meletup pula gosip tentang bakal menantu dan besan Perdana Menteri. Rakyat juga masih terngiang-ngiang pendedahan pemandu peribadi seorang artis, yang dikaitkan dengan skandal seorang menteri kanan, yang juga Naib Presiden Umno. Pembekuan pinjaman PTPTN kepada Unisel membongkar mentaliti bebalisme pemimpin Umno bertaraf menteri sehinggalah Timbalan Perdana Menteri sendiri. Dalam masa sama, di samping rantaian cerita sensasi yang tidak berkesudahan itu, isu-isu yang lebih melibatkan kepentingan ramai seperti penggadaian aset orang Melayu dalam Felda melalui FGVH makin menjauhkan Umno daripada penyokong tradisinya selama ini. Sewaktu Najib Razak rimas dengan pelbagai faktor tolakan kepada Umno, saingan paling digeruninya, PAS pula semakin mendapat tempat dalam masyarakat Melayu. Hampir semua penganalisis bersepakat bahawa pengundi Melayu menjadi rebutan sengit parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, khususnya Umno dan PAS, sementara masyarakat Tionghua terus diyakini bakal memberikan sokongan lebih besar kepada Pakatan Rakyat. Secara tiba-tiba, golongan artis yang menghiasi dunia hiburan tanahair berduyun-duyun mendekati PAS. Bermula seorang dua selibriti terkemuka, kini senarainya bertambah panjang dan lebih membanggakan ia bermula dengan kesedaran untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Ya, sejak mengikuti perkembangan PAS sejak akhir 1970-an, saya tidak pernah menjangkakan Parti Islam ini akan mendapat sokongan hebat daripada masyarakat bukan Islam dan juga kelompok artis; mutakhir ini ia menjadi satu fenomena! Tidak terhenti setakat itu, PAS juga menerima penyertaan bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, daripada Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan terbaru, Timbalan Menteri Pelajaran dari Sarawak. Daripada demonstrasi Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, saya saksikan gelombang kesedaran politik anak-anak muda begitu luar biasa. Minggu lepas, semasa menghampiri lokasi Himpunan 10,000 Pesawah di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak, saya lihat konvoi anak-anak muda bermotosikal, yang menunggu kehadiran Tok Guru Nik Abd Aziz, cukup bersemangat sekali, dengan jumlah yang begitu ramai. Wajah mereka memancarkan keyakinan tinggi untuk melakukan perubahan besar dalam PRU13. Khamis lalu, semasa menziarahinya, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din menceritakan, dalam perjalanan pulang ke tanahair selepas menjalani pembedahan jantung di California, Amerika Syarikat, beliau secara kebetulan, bertemu ahli-ahli sukan negara di Dubai, dari kalangan anak-anak muda, yang begitu teruja dan gembira dapat bersua muka dengannya. Sementara itu, dilaporkan, selepas Najib cuba memperagakan diri dengan pelbagai bentuk transformasi (yang sebahagian besarnya langsung tidak dipedulikan rakyat, malah oleh ahli-ahli Umno sendiri), popularitinya terus merosot. Harus diingat, sebelum PRU12, populariti Abdullah Ahmad Badawi berada pada tahap lebih tinggi berbanding Najib sekarang. Bermacam-macam insentif one-off dicurahkan, sehingga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun mungkin akan diberikan untuk pusingan kedua, namun reaksi rakyat terus membimbangkan Najib. Bajet 2012 mungkin gula-gula terakhir sebelum membuka gelanggang tempur PRU13. Saya selalu membayangkan situasi paling buruk bakal dihadapi pembangkang, berdasarkan kemungkinan pelbagai taktik dan strategi jahat Umno-BN dalam pilihan raya, namun kali ini, saya lebih yakin dengan potensi Pakatan. Jika dapat dielak melakukan kesilapan dan menghindari kealpaan, serta tidak memecahkan benteng kekuatan sendiri, laluan ke Putrajaya sukar disekat lagi, insya-Allah. | Penyokong Royalti Dipukul di Kelantan Posted: 25 Jun 2012 10:31 PM PDT KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK. Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno. Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat. Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis. Sementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah. Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. "Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. "Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti.
| Mahkamah: Akta Hasutan tidak boleh dicabar Posted: 25 Jun 2012 10:30 PM PDT MALAYSIA KINI Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan perlembagaan dan kesahan Akta Hasutan 1948 tidak boleh dicabar. Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata Perkara 4(2)(b) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang sedemikian tidak boleh dicabar. Uthayakumar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 24 Februari lepas yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk Zulkefli berkata Perkara 10(2) memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal sekatan ke atas akta, dan menambah ia berupa hak kebebasan berkaitan dengan kebebasan bersuara tetapi dengan bersyarat. |
Posted: 26 Jun 2012 01:38 PM PDT Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene , sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 billion) pada 2002. Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penentang beliau sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia, (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online. Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut. Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi". Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib. Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya." Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya. "Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham. Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu. Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan. Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan. Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara. Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong. Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006. Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad. Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),,,, penyapu sial nak jawab kat mana ....kat parlimen malaysia...???....kat parlimen yg penuh dengan lembu lembu porno UMNO...jangan haraplah...!!! kalau kote tak terkucil ....jawab di mahkamah perancis sana....baru lagak anak jantan....ini tidak melalak macam pondan depan media pengampu negara ini...apa ke jadahnya ( memang haramjadah manusia macam ini...!!! ) |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |