Ahad, 28 Oktober 2012

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Over-Due Payment : Compensation Funds

Posted: 27 Oct 2012 07:14 PM PDT

Attn Please!!!

Am very sorry, I couldn't attention this letter directly to you because of the fact that I have fire rage in my office and part of you file got burnt ,making it impossible for me to source your name and other details concerning you, I could only locate some part of my diary why I have personal information and noticed I wrote your email the even though the fire affected my diary but I managed to locate your email address, hence am contacting you to let you know that a Philanthropist left the sum of US$2.750Million with our bank ( bank of Africa) here in Cotonou Benin Republic and asked that we transfer it to you.

The Philanthropist said it is a compensation for your business dealings with him in the past. Your are to contact me back with your full details so that I can direct you to the bank officer who is in charge of your payment in order to receive your total fund of US$2.750Million Two Million Seven Hundred and Fifty Thousand US Dollars.

Sincerely
Mrs. Moore A. Agatha.
Secretary

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 28 Oct 2012 03:05 PM PDT

Melihatkan tajuk-tajuk tersebut telah mendorong saya untuk meneliti sendiri isi kandungan khutbah yang dimaksudkan itu.Berikut adalah inti patinya. Walaupun agak panjang, tapi percayalah, korang tidak rugi membacanya – banyak yang boleh kita pelajari dari isi khutbah ini : 


Alhamdulillah, pada hari raya ini, kita dapat menyambut perayaan terbesar ummat Islam, iaitu Idul- Adha, Hari Raya Qurban, bersempena ibadat qurban dan haji ummat Islam di Makkatul-Mukaramah. Ibadat qurban ini adalah berkait rapat peristiwa pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS semata-mata kerana taat setia dan kepatuhan mutlak hanya kepada Allah SW. 

Baginda mengajar kita supaya tidak sekali-kali membantah perintah Allah, walau seberat mana sekalipun.

Perintah menyembelih anak kesayangannya Ismail AS, yang tentu tidak masuk akal dan teramat berat, telah dilakukan dengan sepenuh penyerahan diri kepada Allah, tanpa apa-apa soal dan alasan.

Allah SW telah mengabadikan kisah agong ini dlm ayat 103-107 surah As-Saafat yang maksudnya: 

 " Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat menjunjung perintah Allah, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dgn meletakan iringan mukanya mengiringi lambungnya untuk disembelih; Kami menyerunya : Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau membenarkan perintah Allah dalam mimpi mu.Sesungguhnya begitulah Kami membalas orang yg berbuat baik.Ini benar-benar suatu ujian yang nyata dan kami tebus anak itu dgn sembelihan yg besar."

Kisah ini tidak member makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yg terkandung dlm kitab suci al-Quran. Ini termasuk dlm pelaksanakan hukum Hudud yang pernah dilaksanakan di negara kita sebelum kedatangan penjajah. 

Kita bukan disuruh sembelih anak tersayang seperti Nabi Ibrahim. Sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri, menyebat dan merejam org yg berzina, menyebat peminum arak dan membunuh org murtad. Semua mereka hendaklah di hukum dgn hukum Allah yg dijamin berkesan dan mendapat keampunan dari Allah. Mengutamakan hukum sivil mengatasi hukum Allah adalah satu penghinaan terhadap hukum Allah. 

Muslimin,Muslimat yg dirahmati Allah sekalian, 

Negara kita yg sedang menghadapi bencana keruntuhan moral dan peningkatan jenayah yg sangat membimbangkan.Pelbagai usaha dan denda dikenakan tetapi tidak berkesan.Berbilion ringgit telah dihabiskan dlm menghadapi gejala ini tetapi belum nampak kejayaannya.

Kenapa masih ragu-ragu terhadap hukum yg ditentukan oleh Allah untuk menghukum penjenayah? Sepatutnya pihak yg berkuasa berusaha bersungguh-sungguh memberi penjelasan dan merancang pelan pelaksanaannya. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hokum Hudud ini dikenakan kpd org Islam sahaja. Mereka diberi pilihan dihukum dgn undang-undang sedia ada atau Hukum Islam. 

Apakah kita sudah benar-benar menghayati falsafah disebalik kisah ini? Tidakkah kita melihat dihadapan kita, banyak perintah-perintah Allah yg telah diabaikan dan tidak dilaksanakan? Bahkan dipandang serong oleh sebahagian ummat Islam yg memjunjung pemikiran sekular! 

Betapa ramai ummat Islam yg tidak mengendahkan perintah kewajipam solat! Betapa ramai yg tidak menutup aurat sedangkan ia adalah perintah yg wajib! Ramai juga menghalalkan judi atas nama sukan sedangkan ianya haram disisi Allah! 

Terdapat juga yg menolak hokum-hukum Allah dgn pelbagai alasan! Perjuangan menegakan hukum Allah yg merupakan perjuangan suci para anbia' ditinggalkan! 

Dan pelbagai kemungkaran telah dilakukan oleh ummat Islam tanpa segan dan silu. Semua ini menuntut kita bermuhasabah, sejauh mana penghayatan kita kpd kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS ini, bukan hanya mengulang cerita semata-mata. 

Adakah kita benar-benar beriman kpd Allah? Atau hidup kita penuh dgn kekufuran? Tepuk dada, tanyalah Iman.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah,
Di hari ini dan har-hari tasyriq kita melakukan ibadat qurban dgn menyembelih binatang ternakan.Kita dilatih dgn ibadat ini untuk berqurban apa sahaja kerana agama, sama ada dgn harta atau pun nyawa. 

Darah-darah qurban memancut pembakar semangat kita untuk terus berjuang menegakan syariat Allah di bumi ini.Tekanan dari pihak kufar dan munafiqin- berupa ejekan,tekanan ekonomi dan politik tidak akan mematahkan semangat pejuang-pejuang Islam.Mereka yaqin bahawa agama Allah akan tetap menang sebagaimana yg dijanjikan oleh Allah. 

Fajar kemenangan Islam sedang menyinsing naik.Kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Yunisia adalah bukti kebenaran janji Allah. "Takkan Hilang Islam Di Dunia". Gerakan Islam sedang bangkit diseluruh dunia, ayuh! Marilah kita semua bersama-sama dgn gerakan Islam dan menjadi "UnsuruLlah". 

Rugilah mereka yg tidak bersama dgn perjuangan yg berlandaskan al-Quran dan Sunnah - Perjuangan para anbia' dan mursalin. Hendaklah kita perbetulkan dasar perjuangan kita dgn meletakan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi. 

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, 

Disaat ini jutaan ummat Islam sedang menunaikan rukun Islam yg kelima di Makkatul-Mukaramah. Mereka menjadi tetamu Allah.

Jutaan ummat Islam dari pelbagai bangsa dan warna kulit dari seluruh pelusuk dunia melakukan wuquf di padang 'arafah serbagai muktamar agong tahunan ummat Islam. Mereka disatukan oleh Allah dgn tuhan yg satu iaitu Allah, ugama yg satu iaitu Islam. Qiblat yg satu iaitu Kaabah.

Laungan yg satu iaitu takbir Allahu akbar.Mereka telah meninggalkan kampong halama dan negara , mereka meninggalkan anak-anak dan saudara mara, mereka meninggalkan segala pekerjaan dan perniagaan, mereka menghabiskan ribuan harta benda semata-mata menyahut panggilan Allah : 

"LabbaikaLlahuma labbaik.Labbaika la-syarikalak labbaik. Innal hamda wa ni'mata, lakal-mulk; la-syarika-lak" Inilah demonstrasi terbesar ummat Islam bagi menggerunkan musuh-mush Allah. 

Di Mina pula, mereka berdemonstrasi membaling batu sebagai simbolik penentangan tegas mereka terhadap syaitan yg menganggu perjuanganmereka menegakan syariat Allah.Kita mendoakan agar mereka mendapat haji yg mabrur dan istiqamah dlm pengorbanan mereka dlm melaksanakan dan menyahut segala perintah Allah bila pulang ke Malaysia nanti. 

Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, Pelaksanaan Islam yg sempurna tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin yg jahil dan tidak berminat kpd sistem Islam.

Ingatlah bahawa pemimpin yg wajib kita pilih ialah orang yg mampu bukan setakad mampu membina jambatan didunia tetapi yg paling penting mampu membawakita untuk selamat semasa melintasi titian siratul-Mustaqim di akhirat nanti. 

Imam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sebodoh-bodoh manusia ialah orang yg menjual akhratnya kerana dunia orang lain iaitu dia sendiri tidak kalut dgn dunia tetapi terus mempertahankan orang yg gila dunia dan kuasa. Kita juga mesti mengelak daripada terlibat dgn sebarang rasuah dlm memilih pemimpin tambahan pula pemimpin tersebut adalah dzalim terhadap rakyat. 

Jika mereka menabur wang ringgit dan menyuruh agar memilih serta mengekalkan kedudukan mereka lalu penerima wang tadi menurut kehendaknya semata-mata kerana mengambil wang tersebut maka dia telah terlibat dgn sasyuah. 

Dalam hal ini amaran keras telah dinyatakan dalam hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu , maksudnya: 

"Tiga orang dimana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari qiamat serta tidak sucikan? Mereka dan mendapat azab pedih adalah : …dan seorang lelaki yg taat setia kpd pemimpin dimana dia tidak taat kecuali kerana dunia.Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya."

Kenapakkah setelah sekian lama kita diperintah oleh mereka yg mengaku menjadikan Islam sebagai ugama rasmi, tetapi ummat Islam masih gagal menjadikan Islam sebagai cara hidup yg terbaik.

Allah berfirman dlm surah al-Haj, ayat 41 maksudnya : 

 "Iaitu mereka yg jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta member zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yg mungkar dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." 

Salah satu tugas terpenting pemerintah adalah "Amar maaruf nahi mungkar". Tidak ada kemungkaran yg lebih besar kecuali kemungkaran menolak hokum Allah yg penuh kebaikan dgn menerima pelbagai hukum ciptaan manusia yg engkar terhadap Allah.

Sekiranya pemerintah Islam sendiri sanggup mengenepikan hokum Allah, maka sesebuah negara itu berhadapan dgn kemukaan Allah, apabila Allah murka, segala maksiat dan bala tidak dpt dielakan lagi. 

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, 

Dunia dikejutkan lagi dgn penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Namun kali ini dlm bentuk filem berjudul Innocence of Muslim – yg menghina dan memaparkan penipuan ttg peribadi Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yg dibiayai oleh 100 org Yahudi dgn menelan belanja 5 juta dolar Amerika.Filem ini telah menyebabkan kemarahan ummat Islam di seluruh dunia sehingga tercetus demonstrasi yg berlaku hampir di seluruh dunia termasuk Malaysia. 

Penghinaan ini merupakan episod perancangan musuh Islam yg begitu dendam dan dengki terhadap ummat Islam. Kita masih ingat pada tahun 2005, bagaimana mereka melakukan provokasi dgn karikatur yg menghina Rasulullah SAW di Denmark. 

Hari ini Rasulullah SAW dihina lagi tetapi dlm bentuk filem. Allahu Ta'ala telah menjanjikan pembalasan yg pedih iaitu neraka jahanam kpd mereka yg menyakiti Allah dan rasulNya SAW. Firman Allah bermaksud : 

Sesungguhnya orang yg menyakiti Allah dan RasulNya, maka Allah akan melaknat mereka di dunia dan di akhirat serta menyediakan untuk mereka siksa yg hina" (al-Ahzab :57) 

Islam adalah agama yg penuh dgn adab. Antara adab yg diajarkan oleh Allahu Ta'ala iaitu beradab dgn RasulNya kerana Rasulullah SAW adalah manusia pilihan Allah yg dipelihara drp segala dosa dan maksiat dan wajib bersifat dgn sideq, amanah, tabligh dan fatanah. 

Firman Allah dlm surah al-Hujrat ayat 3, maksudnya : 

"Sesungguhnya org-org yg merendahkan suara semasa mereka berada di sisi Rasulullah, mereka org-org yg telah dibersihkan oleh Allah hati mereka utk bertaqwa mereka beroleh keampunan dan pahala yg besar." 

Muslimin dan Muslimat sekalian, 

Islam meletakan garis panduan yg jelas bahawa mereka yg menghina Rasul boleh membawa kpd tergelincir 'aqidah dan membawa seseorang itu keluar dari agama Islam.harus diingat, mereka yg menghina sunnah yg diajar oleh Baginda dan segala apa yg disukai oleh Baginda maka sebenarnya ia juga termasuk dlm kalangan yg menghina dan menyakiti Rasul.

Jika begitu penghinaan terhadap Rasul juga berlaku dlm masyarakat Melayu. Bukankah pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kpd Baginda? 

Antaranya memperlekehkan sunnah janggut dgn mengatakan bahawa Baginda menyimpan janggut kerana tidak ada pisau Gillette, Hukum Islam tidak sesuai di zaman moden, menghina pelaksanaan Hukum Hudud yg menjadi satu hukum yg terdapat dalil dan nas kat'ie, mendakwa Hudud zalim, Hudud menghina wanita, Hudud melanggar prinsip Hak Asasi Manusia. Jika hukum potong tangan dilaksanakan maka akan kudung tangan-tangan orang Melayu maka mereka akan mundur dan pelbagai lagi penghinaan yg dilakukan oleh masyarakat Melayu yg mengaku Islam. 

Awas! Perkataan sebegini boleh menggugurkan 'aqidah kerana ia juga termasuk dlm kategori menghina Rasulullah SAW. Ummat Islam wajib mempertahankan Baginda rasulullah SAW drp segala penghinaan ini kerana Baginda terlalu istimewa buat kita semua. Baginda SAW adalah rahmat untuk seluruh alam. 

Antara tindakan ummat Islam bagi mempertahankan Baginda Rasulullah SAW ialah : 

1) Mengikut akhlak baik yg diajar oleh Baginda untuk diamalkan dlm kehidupan kita. 

2) Menunjukan akhlak dan budi pekerti yg baik kpd masyarakat bukan Islam hingga mereka tertarik dgn Islam. 

3) Mempelajari seerah Nabi SAW berkaitan sejarah perjalanan hidup Baginda, cabaran yg dihadapi serta perjuangan Baginda menghapuskan taghut. 

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, waliLlahil hamd.Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, 

Mutakhir ini ramai org bercakap ttg perpaduan. Kita diminta supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah, berkelahi dan jgn bermusuh-musuhan.Jadilah seperti batu bata dlm sebuah bangunan yg saling mengukuh antara satu sama lain. Seruan ini tidak dinafikan sangat baik.Namun timbul persoalan – hendak bersatu atas asas apa? Adakah atas asas bangsa Melayu atau atas asas sesame rakyat Malaysia atau asas aqidah Islamiah? 

Rasulullah SAW sewaktu berdakwah pada permulaan Islam mengajak ummat Arab Mekah supaya memeluk Islam dgn meninggalkan kerja-kerja syirik.Baginda mengajak supaya bersatu atas asas aqidah tauhid dan kesatuan Islam. Kerana itu ramai kaum masyarakat musyrikin menuduh Baginda pemecah belah masyarakat, perosak perpaduan ummat Arab, penghina segala apa yg telah dilakukan oleh datuk nenek moyang mereka. Kata-kata seperti ini diucapkan oleh salah seorang ketua mereka bernama 'Utbah bin Rabi'ah. Antara lain beliau menyebut: 

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) anak saudara ku, kamu telah membawa satu perkara besar kpd kaum engkau. Engkau telah memecah belah persatuan dan perpaduan mereka, enkau merendah-rendah dan menghina orang-orang baik dikalangan mereka,engkau menghina dan mencaci tuhan-tuhan dan juga agama mereka, engkau mengkafirkan datuk nenek dan bapa-bapa mereka.Wahai Muhammad, dgrlah dari ku, aku menawarkan kpd engkau beberapa perkara semoga engkau memilih dan menerima sebahagian drpdnya." 

Mendengar tawaran bapa saudaranya, Baginda bertanya, "Apakah tawaranitu wahai bapa saudaraku? Sebutkanlah, aku akan mendengarnya." 

'Utbah berkata, "Wahai anak saudaraku, sekiranya engkau mahu dgn melalui agama baru yg engkau bawa itu, utk mendapat harta kekayaan, kami akan himpunkan harta-harta kami drp hasil pungutan itu.Kami akan beri kpdmu dan kamu akn menjadi org yg paling kaya dikalangan kami. 

"Jika kamu mahukan kemulian atau pangkat, kami akan mengangkat kamu menjadi ketua kami yg paling mulia. Jika kamu hendak menjadi raja, kami akan melantik kamu menjadi raja kami.Jika kamu dirasuk jin dan tiada sesiapa pun yg mampu merawat mu, kami akan mencari tabib dan bomoh untuk kami upah kpd mereka supaya mereka dpt merawat dan menyembuhklan penyakit kamu." 

Setelah selesai 'Utbah mengemukakan tawaran-tawaran tersebut, Baginda terus membaca awal surah Fusilat dari ayat pertama hingga ayat ke 14; yg antara lain bermaksud : 

"Ha mim.Alquran diturunkan dari tuhan yg maha pemurah lagi maha penyayang, kitab yg dijelaskan ayat-ayatnya utk faedah kaum yg mahu mengambil tahu dan membawa berita gembira serta member amaran buruk, tetapi kebanyakan mereka berpaling (drpnya).Mereka tidak mahu mendengar bahkan mereka berkata, hati kami berada dlm tutupan yg menutup apa yg kamu seru kami kpdnya dan telinga kami ada sumbatan. Kemudia diakhirnya Allah menyebut : 

Jika kamu berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Aku member amaran kpd kamu dgn azab yg dahsyat iaitu petir, seperti petir yg telah menyambar kaum 'Ad dan kaum Tsamud." 

Dari kisah panjang lebar di atas, jelas bahawa org kafir musyrikin Mekah menuduh Baginda sebagai menghina agama mereka.Mereka bersikap demikian tidak ada sebab lain kecuali kerana Baginda mahu menyatukan mereka diatas ajaran al-Quran, diatas agama Allah, agama tauhid,agama perpaduan, agama yg menolak kezaliman, kesesatan dan syirik. Jadi perpaduan yg kita mahu – kalau mengikut Islam ialah perpaduan yg diambil drp Baginda SAW, melalui ajaran al-Quran dan Sunnah, bukan melalui kebangsaan yg sempit dan bukan melalui pemahaman secular yg sesat. 

Firman Allahu Ta'ala, surah ali-Imran ayat 103, maksudnya: 

 Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kpd tali Allah (agama Islam) dan jgnlah kamu bercerai berai.Dan kenanglah ni'mat Allah kpd kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dulu. Lalu Allah menyatukan diantara hati-hati kamu. Maka menjadilah kamu dgn ni'mat Allah itu org-org Islam yg bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang api neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kpd mu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat petunjuk."


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 28 Oct 2012 01:19 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:19 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


DAP PILIHAN TEE KEAT

Posted: 28 Oct 2012 09:00 AM PDT

MCA TOLAK HUDUD - AKIBATNYA.....

Posted: 27 Oct 2012 02:41 PM PDT

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


FAKTA SEBENAR HUTANG TALAM

Posted: 28 Oct 2012 01:40 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 28 Oct 2012 02:38 AM PDT

Tarikh :29 hb Okt 2012 (Isnin)
Waktu : Jam 9.00mlm
Tempat: Kg Batu Serambai, Jambatan Serong, Ulu Klawang,Jelebu. (Rumah Along Mie)
Penceramah Jemputan : Che'gu Bad (PKR), YB Taufek Ghani (PAS), YB Anthony Loke (DAP),
Rahman Ramli (PAS)

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 27 Oct 2012 07:24 PM PDT

Anwar Ibrahim


Malala : Pejuang Islam Tidak Mungkin Bertindak Kejam Keatas Sesiapa Sahaja Apalagi Anak Kecil!

Posted: 27 Oct 2012 06:47 AM PDT

Malala semakin pulih dan sememangnya ianya berita yang cukup menggembirakan. Bapanya mengumumkan bahawa anak perempuannya itu tidak akan gentar dengan cubaan untuk membunuh beliau.

Kami turut serta bersama-sama dengan pencinta kebebasan dan keadilan dalam mengecam tindakan yang bacul dan kejam itu kerana kononnya mereka berjuang dan bertindak atas nama Islam.

Pejuang Islam tidak mungkin bertindak kejam keatas sesiapa sahaja apalagi anak kecil!

ANWAR IBRAHIM

Malala’s Win Against Evil

Posted: 27 Oct 2012 06:41 AM PDT

Malala’s steady recuperation is indeed wonderful news as her father announces that his daughter won’t be intimidated by the attempts to kill her. We join all freedom loving people in condemning once again the brutal and cowardly attacks committed by these people who claim to be fighting in the name of Islam. No, you are not. You are fighting in the name of evil.

ANWAR IBRAHIM

Kenyataan Chua Soi Lek Tentang Hudud Adalah Satu Penghinaan Terhadap Islam

Posted: 27 Oct 2012 02:05 AM PDT

Kenyataan Chua Soi Lek tentang Hudud adalah satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam. Saya sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadap dan telah menyinggung perasaan umat Islam. Penghinaan tersebut dilakukan di hadapan DS Najib dan ini juga bermaksud menghina beliau sebagai PM dan tetamu khas konvensyen mereka tempoh hari.

Lebih parah lagi, kenyataan Chua Soi Lek tersebut seolah-olah dipersetujui oleh DS Najib. Kebisuan total DS Najib tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah. Satu tindakan yang amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi.

ANWAR IBRAHIM

BULETIN RAKYAT

Posted: 27 Oct 2012 11:14 AM PDT

BULETIN RAKYAT


DS ANWAR IBRAHIM DI LIGAMAS BATANG KALI, PARLIMEN HULU SELANGOR ~ 9.00 MLM AHAD 28 OKT 2012

Posted: 26 Oct 2012 08:47 PM PDT

Jelajah merdekarakyat akan sampai di Tmn Bunga Raya, Bkt Beruntung
 pada AHAD  28 Okt 2012.Solat magrib & isyak bersama DSAI 
di surau aprtmen kenanga dan seterusnya 
menuju ke rasa dan ceramah umum 
di perkarangan pakir di depan CIMB ligamas btg kali
Semua dijemput hadir!!!!

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 27 Oct 2012 07:37 AM PDT

www.telokkemang.blogspot.com/


Manifesto Tonggak Nan 9 - Himpunan Kebangkitan Rakyat di N. Sembilan - 3 Nov 2012

Posted: 27 Oct 2012 01:48 AM PDT


JELAJAH HARAPAN RAKYAT - KEADILAN N9 - PERTANG

Posted: 27 Oct 2012 01:31 AM PDT

Salam, tahniah buat semua penggerak program Jelajah Harapan Rakyat di Pertang. Mudah-mudahan kita berjaya untuk menggerakkan agenda perubahan di Pertang. Moga Pertang menjadi satu lagi kerusi Rakyat pada PRU-13 akan datang di N. Sembilan

Momentum perubahan harus dikekalkan. Semangat gerak kerja secara tersusun perlu diatur dengan baik dan berstrategi. Segala usaha anggota dan pimpinan saya ucapkan syabas dan terima kasih.

Salam perjuangan,

Kamarul Baharin Abbas
Pengerusi MPN N. Sembilan






HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT - 3 NOVEMBER 2012

Posted: 27 Oct 2012 12:51 AM PDT

 

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT - N.SEMBILAN - 3 NOV 2012 - SABTU

Aturcara: 3 Nov 2012

Lokasi : Seremban Jaya, Belakang Petronas

KARNIVAL RAKYAT & HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

4.00 ptg - Karnival Rakyat, Konvoi Rakyat & Anak Muda

4.20 ptg - Persembahan Budaya Rakyat

5.00 ptg - Pidato Anak Muda, Wanita, NGO & Persembahan Artis Rakyat

8.30 malam - Ceramah Perdana - Dato' Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang

JEMPUT SEMUA RAKYAT HADIR

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 28 Oct 2012 03:25 AM PDT

bumiyang


MotoGP Australia - Zulfahmi Bakal Memenangi Podium Lagi Esok???

Posted: 27 Oct 2012 06:59 AM PDT

Politik Harian

Posted: 28 Oct 2012 03:23 AM PDT

Politik Harian


BN Umum Awal Nama Calon PRU13?

Posted: 27 Oct 2012 07:41 PM PDT


Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan
untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata, ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.

"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan. Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan
untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang
kita capai," katanya. - Bernama

anakbukitgantang says

Posted: 28 Oct 2012 03:16 AM PDT

anakbukitgantang says


Surat terbuka kepada Fathul Bari-jauhi kemelut Wahhabi Se Malaysia

Posted: 27 Oct 2012 06:06 PM PDT

Saya sudah lama melihat kemelut Nik Aziz- Dr Maza- Fathul Bari ini. Sebenarnya kemelut ini ialah   KEMELUT DAN SERAKAH WAHHABI NAK RAMPAS KUASA DI MALAYSIA.
 
Jangan terkejut keterlibatan Nik Aziz di sini-saya akan terangkan satu persatu

Tidak dinafikan Fathul Bari masuk UMNO atas arahan Dr. MAZA. Fathul Bari adalah budak suruhan Dr MAZA bagi membuka jalan untuk dia masuk UMNO. Kerana Allah sayangkan UMNO dan berkat doa para wali dan ulama menyelamatkan Tanah Melayu ini dari Wahhabi dan kesesatannya, maka  niat Dr Maza nak masuk UMNO, party yang memerintah Malaysia terhalang....bila penangkapannya  dibuat oleh JAWI atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah.
Dr MAZA berlari ke Kelantan mendapatkan blessing Nik Aziz sejurus selepas ditangkap. Soalnya  Kenapa?
Sebenarnya tindakan Dr MAZA ditangkap dan didakwa atas memberi ceramah tanpa tauliah JAWI dulupon didalangi orang besar PAS iaitu besan Nik Aziz. Besan Nik Aziz yang bernama Datuk Fatah Haron inilah yang sibuk mencatur JAWI dan JAKIM serta memberikan lampu hijau Wahhabi mana nak didakwa. Para Wahhabi akan didakwa jika mereka cenderong kepada UMNO. Rujuk SINI
 
 
 
Umum mengetahui bahawa golongan ulama menguasai PAS sejak  1978  melalui Kepimpinan Ulama SINI Apa yang mereka tak tahu ialah sebenarnya itulah tarikh malang bagi PAS kerana perjuangannnya menegakkan ugama Islam telah tersasar kerana tarikh itu adalah tarikh malang  PAS jatuh ke tangan pemuka Wahhabi! Rujuk Nik Aziz Wahhabi, Kepimpinan PAS dan Hadi Awang Wahhabi,
 
Hadi Awang bergegas ke MEDIU bila University itu dikenakan tindakan oleh JAIS kerana menyebarkan ajaran Wahhabi
Kenyataan Haron Din jelas menjisimkan Allah-menunjukkan dia berfikrah Wahhabi
 
 
 
Semenjak tarikh itu, pemuka wahhabi dalam PAS mendapat tempat yang tinggi . Apa yang patut rakyat Malaysia tahu ialah Nik Aziz Nik Mat-Murshidul Am PAS,  Hadi Awang-President PAS, Haron Din Naib President PAS  dan Ketua Dewan Ulama PAS Haron Taib adalah Wahhabi.

 
 
Benarkan Nik Aziz Wahhabi? Penjelasan di UTV Live Streaming
 
 
 
Atas sebab itulah Tuan Guru Abdullah Sammah An Najmi mencabar Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din untuk bersemuka bagi membincangkan AKIDAH!

Dr MAZA terkilan ke atas Fathul Bari kerana 2 perkara
1- Niat untuk masuk UMNO terhalang, dan perancangannya nak mewahabikan UMNO terhalang bila Fathul Bari banyak menggunakan Hadis yang digunakan ulama Islam ASWJ
2- Fathul Bari di dalam UMNO telah ditarbiyahkan oleh pemimpin tertinggi UMNO dari keturunan ulama Islam ASWJ seperti Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyideen Yassin.

Fathul Bari lebih banyak membawa isu "Taat Kepada Pemimpin" dan menggunakan Hadis yang digunakan pakai oleh ulama Islam ASWJ. Catatan-Wahhabi guna Hadis dari Albani yg membuang sebahagian hadis lain atas alasan hadis dhaif dan lain lain.

Malah dapatan  research saya di lapangan memberitahu bahawa Fathul Bari kulitnya wahhabi tapi jiwanya sudah Islam ASWJ. Apa tunggu lagi Fathul BARI! Tinggalkan sahaja Wahabi !

Sayugia saya mengingatkan Fathul Bari agar kembali kepada fitrah dan jadilah ulama Islam ASWJ. Tinggalkan gabungan Wahhabi SeMalaysia yang sesat lagi menyesatkan. Tinggalkan Dr MAZA, Hadi Awang  dan Nik Aziz......dan berjuanglah sebagai sebahagian saf ulama Islam ASWJ!
 
 
 
 
 

RAPERA ..

Posted: 28 Oct 2012 01:19 AM PDT

RAPERA ..


Video: General Election 13 Debate on People Issues !

Posted: 27 Oct 2012 05:28 AM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 28 Oct 2012 01:07 AM PDT

Taipingmali (tm)


Kereta hilang di Kamunting Taiping Perak

Posted: 27 Oct 2012 11:33 PM PDT

Sebua kereta Honda civis jenis EK 4 pintu warna biru hilang dalam 5pagi-7.30pg tadi kawasan parking Hotel SS Trader Kamunting, nombor pendaftaran WFX7871..complete ek99 bparts dpn n blakang..Rim ek9 putih(5lug),cermin pintu virs..wiper blakang..jika tnmpak sila roger owner scpat mgkin.. 0133997871 arip..tq
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lebanon arrests two Malaysian suspected suicide bombers - Nation | The Star Online

Posted: 27 Oct 2012 08:09 PM PDT

KUISAS Issue Is Over The After Meeting With Representatives Of Perak PAS...

Posted: 27 Oct 2012 04:33 PM PDT

Published on Oct 25, 2012 by PERAKBN
25/10/2012 -- Isu KUISAS selesai, hasil pertemuan dengan wakil Pas Perak: Datuk Mohammad Zahir Abdul Kadir


Kenyataan yang dilihat berunsur fitnah oleh Pas Perak terhadap pengurusan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) baru-baru ini dianggap sudah selesai hasil pertemuan kedua-dua pihak, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Kadir berkata, isu kesahihan dan pengiktirafan program oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang dibangkitkan sebelum ini telah dijelaskan secara terperinci kepada ahli rombongan.

"Kita beri penerangan terhadap isu tersebut... pengesahan daripada JPA. Pihak mereka (Pas Perak) dah terima apa yang kita dah jelaskan dalam satu perjumpaan yang penuh mesra tadi.

"Mereka berasa puas hati dengan isu yang dibangkitkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan secara tertutup dengan Pas Perak di pejabatnya di Bangunan SUK di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, sehubungan itu, pihak pengurusan KUISAS tidak bercadang untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pas Perak yang sebelum ini dilihat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan memperburukkan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu.

Pas Perak baru-baru ini, mendakwa program pengajian di KUISAS yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) tidak mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) serta mempertikaikan kesahihan tandatangan pada sijil transkrip yang dikeluarkan oleh kolej berkenaan.

Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah mengarahkan semua agensi di bawah kerajaan negeri termasuk KUISAS mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja pihak yang cuba memfitnah dan memperburukkan mereka.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Mohammad Zahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, pertemuan dalam suasana penuh mesra itu memperlihatkan bahawa, dalam isu-isu tertentu pihak kerajaan dan Pas boleh duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian.

"Ini satu usaha yang baik. Ini menunjukkan bahawa ada perkara-perkara tertentu yang boleh kita bekerja sama untuk kepentingan rakyat.

"Ada ruang kita boleh bekerja sama.. Memberi nilai tambah untuk kepentingan masyarakat," katanya.

Expand More Products Of Attractions In Pangkor Island:- DS Zambry

Posted: 27 Oct 2012 04:27 PM PDT

Published on Oct 27, 2012 by PERAKBN
27/10/2012 -- Perbanyakkan lagi produk tarikan pelancong di Pulau Pangkor: Menteri Besar

Kerajaan negeri bercadang untuk memperbanyakkan lagi produk pelancongan di Pulau Pangkor sebagai usaha menarik kedatangan lebih ramai lagi pelancong ke pulau peranginan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, keindahan Pulau Pangkor bukan sahaja menarik kedatangan pelancong tempatan malahan pelancong asing ke situ.

"Pulau Pangkor bukan lagi menjadi destinasi ketika cuti-cuti panjang malahan ianya turut dikunjungi pelancong-pelancong yang datang pada setiap hari minggu.

"Bagaimanapun Pulau Pangkor hanya mempunyai kawasan pantai yang indah semata-mata bagi menarik kedatangan pelancongan.

"Kita mempunyai produk pelancongan yang terhad di situ dan bercadang untuk memperbanyakkan lagi di masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pulau Pangkor, hari ini.

Sebanyak 18 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah dikorbankan pada majlis tersebut sebelum daging korban tersebut diedarkan kepada penduduk Islam di sekitar kawan Pulau Pangkor.

Dr. Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, sehubungan itu, Kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk turut sama memikirkan cadangan bagi mewujudkan lebih banyak produk pelancongan di situ.

"Sebagai contoh, mungkin boleh wujudkan taman tema air yang 'simple'. Bila anak-anak datang... mereka ada taman tema air.

"Ianya (taman tema air) nanti boleh dikendalikan sendiri oleh pihak MPM.

"Ianya mungkin berkonsepkan sama seperti di Taman Tema Air Sunway Lagoon di ibu negara tetapi lebih 'simple'," katanya.

20121026 Pakatan harus bertanggungjawab sbg k'jaan

Posted: 27 Oct 2012 04:24 PM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 27 Oct 2012 11:29 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Rupanya Anak Beranak Kuasai Pakatan Bukti Kronisme

Posted: 27 Oct 2012 10:39 PM PDT


Hasil aplikasi S Memo.




Sent from Samsung Galaxy Note

Hajj 2012/ 1433AH - 9Dhul Hijjah -Arafah, Muzdalifah & Makkah - YouTube

Posted: 27 Oct 2012 06:59 PM PDT

http://www.youtube.com/watch?v=_HbvD_UDbzg

Tolong RT guna skrip ini :

Gambaran Padang Mahsyar saksikan video ini @anwaribrahim @abdulhadiawang @nikabdulaziz @mbnizar @khalidsamad @drmariah @azminali

Sent from my iPad

Harian Metro : Manisnya bermadu - YouTube

Posted: 27 Oct 2012 06:39 PM PDT






Sent from my iPad

Gambar Bukti Nyata Kronisme Dalam Kepimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 27 Oct 2012 10:15 AM PDT


Harap rakyat dapat teliti dimanakah kejujuran pembangkang yang jelas mengamalkan keburukan yang dilemparkan kepada BN.

Jika Tun Mahathir yang diburukkan pembangkang dengan berbagai tuduhan,  melarang anaknya menyertai politik pegang jawatan semasa menjadi PM, maka kenapa pembangkang gagal mempraktikan prinsip ketelusan yang mereka sering perjuangkan?

Bukti cakap tak serupo bikin!

Inilah wajah sebenar mereka yang 'busuk hingga ke usus' !

Ada lagi mahu undi Pakatan? 

Sent from Samsung Galaxy Note

Ibadah Korban DS @Zahid_Hamidi : Lembu Dan Unta

Posted: 27 Oct 2012 01:47 AM PDT


Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ini saya dan keluarga beraya di rumah mertua Kg Empang Batu, Melaka. Kami telah melaksanakan ibadah korban yang dibuat secara bergotong royong dengan keluarga, sanak saudara dan juga ahli kariah kampung.

Seekor unta dengan seekor lembu telah 'tumbang' pada acara korban yang bermula selepas selesai solat sunat Aidil Adha pagi tadi. Semoga ibadah kami diterima Allah hendaknya.


Image 
Image



Sent from my iPad

Article: Berita Harian | Bekalan elektrik terputus di KKIA disiasat: Kong

Posted: 27 Oct 2012 12:44 AM PDT


Berita Harian | Bekalan elektrik terputus di KKIA disiasat: Kong

http://www.bharian.com.my/articles/BekalanelektrikterputusdiKKIAdisiasat_Kong/Article/

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lalu yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas. 

Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang. 
"Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Kong berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing. 

Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang. 

KKIA ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas. - BERNAMA
Sent via Flipboard


Sent from my iPad

Article: Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari - Nasional

Posted: 27 Oct 2012 12:40 AM PDT


Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari - Nasional

Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari

27 Oktober 2012

KUALA LUMPUR - Malaysia menyediakan ruang yang membolehkan pakar-pakar bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai perubatan moden dan perubatan komplementari dan tradisional termasuk untuk merawat kanser, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pesakit yang menggunakan rawatan alternatif terjamin.

Koh merujuk kepada Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas.

"Gabungan perubatan tradisional Cina dan Barat serta perubatan semula jadi umpamanya merupakan trend masa depan serta menjadi kaedah rawatan yang unik bagi penyakit kanser," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Anti-Kanser Sedunia di sini, hari ini.

Persidangan dua hari anjuran Persatuan Anti-Kanser Malaysia itu melibatkan pakar-pakar dari negara seperti China, Mongolia, Taiwan dan Malaysia.

Sementara itu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata parti itu bersedia melaksanakan pelbagai pembaharuan demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, strategi pembaharuan itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti-parti komponen BN supaya boleh bekerja sebagai satu pasukan.- Bernama


Sent via Flipboard


Sent from my iPad

The Unspinners

Posted: 27 Oct 2012 11:18 PM PDT

Belantan

Posted: 27 Oct 2012 11:11 PM PDT

Belantan


Isu air di Selangor: Jawapan mudah dari Khalid Bangang - Hujan jalan penyelesaiannya?

Posted: 27 Oct 2012 07:13 AM PDT



Baru-baru ini Menteri Besar yang paling bangang dalam sejarah Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'bersuara' lagi tentang isu air di negerinya.

Jangan percaya tentang penyusutan air di empangan-empangan Selangor, katanya. Itu semua untuk menakut-nakutkan penduduk Selangor. Malah, dakwanya, takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.

Benarkah dakwaannya ini? Penduduk Selangor dan Lembah Klang maklum, beberapa hari ini atau dalam seminggu dua ini kita dirahmati hujan. Namun, adakah kawasan tadahan berlaku hujan atau cuma berlingkar di 'intake'nya? Sebab itu penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.


Penulis dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, hujan kebelakangan ini memang banyak membantu peningkatan air di empangan. Kalau mengikut fakta, pada 12 Oktober lalu, paras air di Empangan Sungai Selangor adalah 199.40 juta meter padu, tetapi masih agak jauh untuk menampung kapasiti maksimum empangan 220 juta meter padu. Tetapi kerana hujan, paras air empangan seminggu kemudiannya iaitu pada 19 Oktober melebihi kapasiti iaitu sekitar 200.85 juta meter padu.

Tetapi ini semua disebabkan hujan. Itupun kalau hujan mencurah ke 'intake' empangan. Catatan curahan hujan di Empangan Sungai Langat pada 12 Oktober, mencatat tiada hujan langsung - maknanya kering dan panas. Tetapi minggu ini, hujan kerap berlaku dengan catatan curahan 7.22 mm, sekali gus meningkatkan paras air.

Namun, takkanlah kita selamanya terpaksa bergantung kepada hujan. Dengan adanya Loji Langat 2, hujan atau tidak hujan, jaminan bekalan air tetap ada. Kerana itu, penjelasan ke peringkat akar umbi cara terbaik untuk memperjelaskan isu sebenar termasuk usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.


Sayang sekali, ketika kita meniti era kemajuan ekonomi yang pesat, kita masih lagi bertelagah untuk membina sebuah loji rawatan air. Sedangkan segala keperluan seperti reka bentuk, tapak tanah, peruntukan kewangan dan jadual pelaksanaan telah disediakan.

Kita percaya rakyat Selangor juga amat khuatir dengan pertelingkahan ini. Kedudukan rizab bekalan air bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus merosot.

Di Selangor ketika ini, gangguan bekalan air boleh berlaku bila-bila masa sahaja disebabkan rizab air yang tipis. Jika paip utama pecah dan perlukan masa yang panjang untuk dibaik pulih, gangguan air akan berlaku kerana operator air tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk disalurkan dalam tempoh gangguan itu.

Sekarang, air yang dikeluarkan oleh 34 buah loji air hanya cukup untuk digunakan pada hari tersebut sahaja, operator air tidak mempunyai kapasiti simpanan untuk digunakan ketika berlaku gangguan.


Musim panas dan kering ini juga akan menyebabkan air sungai mudah tercemar. Jika air sungai tercemar, loji bekalan air perlu ditutup. Bila kita tutup loji, bekalan air akan terganggu mengikut tempoh masa air sungai tersebut pulih kembali.

Gangguan ini sebenarnya boleh dikurangkan jika kita mempunyai rizab kapasiti merawat air yang selesa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengesyorkan kepada kementerian berkenaan supaya rizab air bagi sesebuah negeri perlu disediakan pada sekitar 10 hingga 15 peratus bagi memastikan tahap gangguan bekalan air dikurangkan.

Di Selangor ketika ini, tahap rizab air hanyalah pada sekitar 2 hingga 3 peratus. Sebab itulah tanda-tanda awal krisis air telah dilihat berlaku sepanjang Jun lepas. Oleh sebab itulah kita perlu bina segera Loji Langat 2. Itu untuk menambah kapasiti rizab air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sayangnya, walaupun telah banyak kali diajukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, namun Menteri Besarnya tidak dapat menerima. Sebaliknya, beliau telah membuat macam-macam kenyataan dan cadangan sehinggakan ada yang tidak munasabah langsung seperti baru-baru ini dengan cadangan untuk mendapatkan air mentah daripada Tasik Kenyir, Terengganu.


Abdul Khalid juga mencadangkan supaya guna air lombong, air tasik dan air bawah tanah. Air daripada semua tempat ini perlu dirawat. Untuk merawat air, mereka perlu bina loji. Untuk bina loji, mereka juga perlu perbelanjaan.

Sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan kementerian untuk bina Loji Langat 2, mereka tidak perlu keluarkan wang. Kerajaan Persekutuan telah sediakan semuanya, geran untuk pengambilan tanah, bina empangan, muka sauk dan terowong.

Pengurusan Aset Air Berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan telah menyediakan peruntukan untuk bina loji, tangki-tangki utama tambahan dan paip-paip air. Kerajaan Negeri Selangor hanya perlu keluarkan Development Order, permit dan kelulusan pengambilan tanah, itu sahaja yang kita perlukan.

Tetapi sampai sekarang, semua itu tidak dikeluarkan sehingga loji ini yang sepatutnya siap pada Mac 2014 tertangguh.

Cuma disebabkan penangguhan inilah rakyat Selangor mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM606 juta untuk melegakan sedikit keadaan. Namun usaha tersebut masih tidak cukup, sama ada bina Loji Langat 2 sekarang atau keluar belanja lagi untuk melaksanakan projek bagi mendapatkan bekalan air tambahan.


Abdul Khalid juga menyebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tidak mahu menggunakan kuasanya untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan pada kadar harga dan syarat yang ditetapkan oleh beliau.

Namun, fakta sebenar Peter Chin tidak ada kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kalau hendak beli syarikat-syarikat tersebut, kena buatlah dengan cara yang baik. Buat tawaran yang wajar supaya pihak berkenaan bersetuju.

Kalau tidak bersetuju, tidak wajar untuk meminta Peter Chin memaksa syarikat-syarikat tersebut sebab syarikat-syarikat tersebut mempunyai konsesi yang sah dan masih berkuat kuasa.

Demikianlah juga, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang untuk Abdul Khalid mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Masa diberikan kepada beliau dengan secukupnya. Tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor buat tawaran, banyak syarat dikenakan termasuk meminta Peter Chin menggunakan kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Bila syarikat-syarikat konsesi tolak, Abdul Khalid kata menteri itu tidak memberi kerjasama, enggan menggunakan kuasanya. Padahal Peter Chin telah menyatakan kepada menteri besar itu, tidak ada satu peruntukan pun di bawah Akta tersebut yang membolehkannya memaksa syarikat-syarikat tersebut menerima tawaran Kerajaan Negeri.


Dan ketika kementerian berkenaan memohon untuk dapatkan Development Order (DO) bagi membina Loji Langat 2, Abdul Khalid tidak benarkan pula DO berkenaan dikeluarkan. Syaratnya - perlu benarkan kerajaan negeri Selangor ambil alih syarikat konsesi dahulu baharulah boleh keluar DO.

Sebenarnya, Menteri Besar Selangor telah menggunakan kuasanya untuk menahan pengeluaran DO sedangkan kementerian berkenaan telah mematuhi semua keperluan pembangunan baharu seperti reka bentuk loji dan sistem agihan telah disediakan, tanah telah diambil dan peruntukan telah ada.

Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk halang pengeluaran DO, permit dan kelulusan pengambilan tanah.

Sedangkan, sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan kelancaran pengeluaran DO bukan sebaliknya. Beliau yang ada kuasa untuk membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan loji air untuk kebajikan rakyat.

Sekarang, kapasiti loji di Selangor tidak cukup untuk memenuhi permintaan air yang semakin naik dari tahun ke tahun. Jika mereka (kerajaan negeri) kata air cukup, sebab Menteri Besar Selangor kata cukup - katakan kepada mereka: "Itu tidak benar."

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 27 Oct 2012 11:04 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Manifesto Bukan Janji???

Posted: 27 Oct 2012 01:04 AM PDT


Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.

Menjelang pilihan raya umum. yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.

Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.

"Memang benar faktor calon itu memainkan peranan yang penting, tetapi pengundi juga mahu tahu apakah manifesto atau deklarasi yang boleh ditawarkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi?

Che Hamdan berkata satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008.

"Pada masa itu (kempen pilihan raya), pengundi amat ghairah dengan apa yang ditawarkan dalam manifesto sesebuah parti itu, namun lama-kelamaan, mereka sendiri lupa sehinggalah nak dekat pilihan raya, baru mereka ingat kembali selepas hal berkaitan dibangkitkan beberapa pihak," katanya.

Menjelang pilihan raya umum yang semakin hangat diperkatakan, Che Hamdan, yang juga penganalisis politik, berkata selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.

"Memberitahu apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat sebenarnya amat memberi kesan kepada mereka. Mereka akan tahu apa yang telah dilaksanakan dan apa yang belum.

"Barisan Nasional (BN) pada saya perlu memperbanyakkan lagi penjelasan mengenai apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat," katanya merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati yang memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat terkini tentang apa yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.

Bagi pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein, manifesto, katanya, memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya.

"Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto. Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya," katanya.

Beliau berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu.

Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau.

"Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri," katanya.

Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.

Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.

Ahmad Atory berkata melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan.

-- BERNAMA

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 27 Oct 2012 09:35 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Apa Yang Ustazah Abby Abadi Ini?

Posted: 27 Oct 2012 09:33 PM PDT

Anwar Kata Orang PAS Mempersendakan Ayat Al Quran

Posted: 27 Oct 2012 07:53 PM PDT

Keluarga Kroni Dalam Pakatan DAP-PAS-PKR

Posted: 27 Oct 2012 09:25 AM PDT

Apa Ustaz Badrul Amin Buat Ni?

Posted: 26 Oct 2012 09:46 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 27 Oct 2012 09:24 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


VIDEO JELAS MAT SABU SOKONG SYIAH DI SYRIA !

Posted: 27 Oct 2012 04:59 AM PDT

DR ASRI ULAMAK GILA GLAMOR KE ??

Posted: 27 Oct 2012 02:48 AM PDT

KARAT POLITIK BERKARAT MACAM AIR KAT KELANTAN.

Posted: 26 Oct 2012 11:45 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 27 Oct 2012 09:14 PM PDT

PISAU.NET


Malaysia ke-12 Paling Berdaya Saing: Bukti Negara Tak Bangkrap

Posted: 27 Oct 2012 05:23 AM PDT


Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang. 


Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini.  Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23. 


Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28). 


Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.


Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).


Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya. 


Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini. 


Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini. 


Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal.  Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM. 


Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat.  Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat. 


Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan.  Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.  


Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen. 

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 27 Oct 2012 03:17 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Anda Boleh Ikuti Laporan Haji Yang TERKINI.....

Posted: 26 Oct 2012 05:35 PM PDT

Ketika ini berjuta juta umat islam sedang menjalankan ibadah haji dan diberitakan keadaan di Arafah semakin sesak...

Rakaman foto diatas menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga berada di kota suci Mekah untuk menjalankan ibadah Haji. Anda boleh mengikuti Laporan Haji oleh seorang petugas media yang memberikan berita terkini menerusi laman blog, klik SINI

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 27 Oct 2012 03:11 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Live Streaming English Premier League Arsenal vs QPR 27 Oktober 2012

Posted: 27 Oct 2012 07:00 AM PDT

Tonton secara langsung online streaming Arsenal vs QPR, 27 Oktober 2012 pada pautan dibawah.



Manager Arsene Wenger felt his players ``hit the wall'' in their back-to-back defeats over the past week but has challenged them to produce a response against struggling QPR.

The Gunners had impressed before the international break but then slumped to a 1-0 defeat at Norwich last Saturday which left them 10 points behind Barclays Premier League leaders Chelsea before putting on another lacklustre display against Schalke to lose top spot in Champions League Group B.

Those results contributed to a heated annual general meeting at the Emirates Stadium yesterday, where Wenger's address restored a sense of calm after chairman Peter Hill-Wood, chief executive Ivan Gazidis and majority shareholder Stan Kroenke were all heckled.

The Arsenal manager believes the players can quickly change the mood with a return to winning ways.

Setelah tubuh diratah, wanita dicampak ditepi jalan dalam keadaan koma

Posted: 26 Oct 2012 10:41 PM PDT

SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

"Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya," katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.

"Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.

Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.

'Tusyen' bahasa ghairah sebelum dagang tubuh

Posted: 26 Oct 2012 07:35 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan 'sekolah mini' kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.

Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.

Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul
Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.

Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

MCA bukan anti Islam, tapi kritik PAS

Posted: 26 Oct 2012 07:15 PM PDT

LABIS 26 Okt. - Orang Melayu diminta tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang kononnya MCA adalah sebuah parti yang anti-Islam dalam usaha mereka memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, MCA hanya mengkritik kepemimpinan Pas yang sering memutar belit keadaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada sesuatu isu yang melibatkan parti itu.

"Dakwaan kononnya MCA mengkritik Islam adalah satu pembohongan dan tuduhan serius yang boleh menggugat perpaduan negara ini.

"Sebenarnya MCA hanya mempersoalkan dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah berkata punca kejadian rogol adalah disebabkan ramai wanita yang tidak menutup aurat bukannya mengkritik Islam," katanya ketika melawat beberapa pusat agihan daging korban di Parlimen Labis di sini hari ini.

PAS: Dr Asri dah semakin 'keterlaluan'

Posted: 26 Oct 2012 07:01 PM PDT

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.

"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.

"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.

"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.

Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.

"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.

Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.

Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.

"Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.

"Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.

Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Nik Muhammad berkata, soalan yang dikemukakan oleh moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada Pas.

"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang.

"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.

Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.

Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.

Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.

"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.

"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.

Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.

"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.

"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.

Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.

"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi.

Skandal kemenangan Tasha Shila lagi? Pengurus bersekongkol?

Posted: 26 Oct 2012 06:01 PM PDT

Sudahlah kemenangannya sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dipertikaikan, terbaru kemenangan pelakon Tasha Shilla sebagai Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 juga menjadi bualan hangat.

Jika di ABPBH 2012, Tasha kononnya menang kerana membayar peminat untuk mengundinya serta mendapat tajaan Datuk J untuk membeli undi, terbaru kemenangan pelakon 'Gemilang' ini sekali lagi dicalit kontroversi di mana pengurusnya dikatakan sanggup ke hulu ke hilir bagi meraih serta meminta orang untuk mengundi artisnya itu.

Benar atau tidak isu ini, GUA berjaya mendapatkan komen pengurus Tasha sendiri, Embun bagi mengulas mengenai isu yang dibangkitkan ini.

"Ya, saya tak menafikan yang saya buat benda itu. Saya rasa tak salah benda ini sebab ia merupakan salah satu usaha saya untuk bos saya. Benda ini satu strategi dan adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab saya untuk mempromosikan bos saya.

"Lagipun, bukanlah saya pergi kepada semua orang untuk minta undi Tasha. Saya hanya pergi jumpa orang yang saya kenal saja," ujar Embun ketika ditemui pada majlis sidang media 'I Love Malaysian Designer', di Hotel Royal The Curve, Damansara, petang Selasa.

Tasha yang berada di samping Embun turut memberitahu, "Saya kesian bila orang cakap macam itu pada dia. Saya anggap dia dah macam keluarga saya sendiri dan sudah menjadi tugasan dia untuk menjaga saya selain menaikkan karier saya.

"Apa-apapun, semuanya terpulang kepada rezeki masing-masing dan saya bersyukur kerana peminat tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini. Alhamdulillah, rezeki berlakon saya juga semakin bertambah."

Menyentuh mengenai perkembangan karier lakonannya, Tasha memberitahu baru saja selesai penggambaran telemovie, 'Jangan Ambil Nyawaku' untuk siaran Ramadhan tahun depan. Pada November ini, Tasha akan berangkat ke Abu Dhabi selama 25 hari untuk penggambaran drama bagi Slot Akasia TV3, 'Cinta Bertamu di Abu Dhabi'.

Gua.com.my

Fatwa Terbaru Ustazah Mee Segera PAS

Posted: 26 Oct 2012 05:35 PM PDT

Gambar hiasan
PAS terkenal dengan produk ulama' mee segera mereka seperti Abby Abadi yang kini galak mengeluarkan fatwa-fatwanya sebelum itu Aduka Taruna yang popular dengan fatwa membangangkan (membodohkan) Ummu ul Mukminin Saiyaditina Aisyah RA (Isteri dan anak didik Nabi SAW yang banyak mengeluarkan hukum dalam bidang fiqh Usrah) dan Imam Zayn Al Fuqaha As Syafie RadiAllahu Anhu.

Kini spotlight kepada Abby,

Kata-kata Abby boleh ditafsirkan "org yang buat ibadah korban lembu tapi tidak memperjuangkan agama (dalam erti kata lain tidak menjadi ahli PAS) hanya sekadar membunuh binatang yakni sia2 saja,"

Abby ni fanatik sangat yg PAS ni satu2 yg pejuang Islam, ini lah puncanya.

Kesian dia, baru nak kembali kpd Islam terjumpa PAS terus fanatik, orang PAS zaman menkafirkan UMNO dulu mcm ni lah fanatiknya sampai terkorban di Memali. 

Pujian Ilmuan Islam moden kepada Ustazah Abby Abadi.

"Baru pakai tudung dua hari dah boleh pi bagi ceramah dah?" Al Fadhil Ustaz Kassim Elias.

"Baru insaf belum tentu faham tentang Islam" Al Fadhil Dr Maza.

"Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), di'situ tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh," Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

O Mak O Bapak dunia nak terbalik- Junah@ twitter.com/opshield

Kelab Russia akan tawarkan gaji RM1.27 juta seminggu untuk Rooney?

Posted: 26 Oct 2012 05:03 PM PDT

LONDON - Kelab kaya raya, Anzhi Makhachkala dari Rusia merancang bidaan mengejut untuk mendapatkan Wayne Rooney dan menjadikan bintang Manchester United dan England itu sebagai pemain bergaji termahal di dunia.

Anzhi mahu menambah bisa di bahagian serangannya dengan menggabungkan Rooney ,27, dengan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o yang kini merupakan penerima gaji tertinggi kelab itu dengan 350,000 pound (RM1.72 juta) seminggu.

Namun, sebarang tawaran untuk Rooney sudah tentu membayangi apa yang dinikmati bekas penggempur Barcelona itu.

Ditanya mengenai kemungkinan Anzhi membeli Rooney, pengarah pasukan, Roberto Carlos berkata: "Kenapa tidak? Dia adalah antara pemain terbaik dunia dan mana-mana pasukan akan gembira untuk memiliki pemain sehebatnya dalam skuad mereka. Dia masih begitu muda.

"Sudah tentu saya tidak dapat nyatakan ia akan berlaku dan bila. Bukan Anzhi sahaja berhasrat mendapatkannya, banyak lagi pasukan di Itali dan Sepanyol berminat, malah seluruh dunia, mahukan pemain seperti Rooney."

Anzhi, yang kini dibimbing bekas bos Chelsea, Guus Hiddink, menerajui kedudukan carta Liga Perdana Rusia.

Anzhi dibiayai bilionair Suleyman Kerimov, yang memiliki anggara kekayaan bernilai 4 bilion pound (RM20 bilion), telah berbelanja besar sejak mengambil alih kelab itu pada Januari 2011.

Selain Eto'o, nama-nama besar lain yang dibeli termasuk Christopher Samba, Lassana Diarra dan Yuri Zhirkov.

Legenda bek kiri Brazil, Carlos menambah: "Jika pemilik ada hajat untuk membeli seseorang pemain, dia akan cuba sedaya upaya." - AGENSI

Cucu Tok Selampit

Posted: 27 Oct 2012 01:20 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Apalah Dosa Van Skuad Sayang Dicat Perkataan Babi?

Posted: 27 Oct 2012 04:16 AM PDT


Apalah salah van Skuad Sayang UMNO Bandar Tun Razak dicat merah dengan perkataan "sial" dan "babi". Van berkenaan bukanlah seperti Treler dan Bas Jelajah Rakyat yang digunakan untuk ceramah memaki hamun. Van ini digunakan untuk membawa barang-barang keperluan untuk Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, Agama dan parti sewaktu keadaan kecemasan atau ditimpa musibah seperti banjir. 

Apalah yang dengki sangat dengan kerja mulia yang dilakukan oleh petugas-petugas Skuad Sayang. Kalau tak nak buat sudahlah. Buat Skuad Sayang, teruskan usaha murni anda semua. Kerja yang dibuat oleh sahabat-sahabat telah menampakkan hasil. Rakyat mula sedar siapa yang berkhidmat dan siapa yang mengelat.

Cheh!! Tumbang Lembu Korban Seekorpun Hendak Berpolitik? Singkat Akallah Parti PAS

Posted: 26 Oct 2012 09:43 PM PDT



Orang lain tumbang 5-6 ekor korban senyap-senyap sahaja. Yang penting Ibadah Korban diterima oleh Allah SWT. Cuba lihat gambar di atas. Apa makna semuanya ini? Dalam melakukan Ibadat Korban pun sanggup berpolitik. Wahai orang PAS, kalau hennak menunjuk-nunjuk untuk melakukan Ibadah bukan ini caranya, cara ini sebenarnya mengundang benci Rakyat pada PAS. Sekarang Rakyat sudah dapat jawapan yang sebenarnya, bahawa PAS lah yang menggunakan Agama untuk berpolitik. Yang jadi mangsa lembu yang berdosa. 

THE FLYING KICK

Posted: 27 Oct 2012 01:09 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Oct 2012 11:34 AM PDT

PEJUANG BANGSA


PANAS ! Hairie Othman bakal kahwin anak datuk !!

Posted: 27 Oct 2012 11:24 AM PDT




DIVA tak nak sentuh bab ideologi politik atau semangat juang pelakon popular Hairie Othman yang kini semakin jelas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Diva cuma terpanggil nak kongsi perihal Hairie memandangkan dia masih artis yang dikenali umum. Dalam sibuk berceramah, Diva dapat tahu bahawa Hairie yang berstatus duda itu akan naik pelamin tak lama lagi.

 Wah, hebat juga penangan Hairie ya! Sumber yang siap tunjuk kad undangan kahwin Hairie itu bagi tahu Diva, katanya Hairie dan bakal isterinya bukan main berseri-seri lagi, macam pinang dibelah dua. Pilihan pelakon yang terkenal dengan filem Leftenan Adnan kali ini dengarnya anak datuk lagi.

 Lihat daripada nama Dahlia Diana yang tertera atas kad, Diva percaya, wanita itu pasti cantik molek. Diva tak nak cakap pasal tarikh nikah mereka, tapi majlis resepsi Hairie dan Diana katanya akan dilangsungkan di Dewan Semarak Kayangan Felda, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

sumber 

** Selamat Pengantin Baru Hairie , bertemu jodoh selepas sertai PAS ...lepas ini giliran Ostazah  Abby pulak kot ..haha

Penyampai radio cun terima surat lucah ajak seks !!

Posted: 27 Oct 2012 09:02 AM PDT




Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dilaporkan menerima sepucuk surat lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali. Berita ini telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi. Selain menerima surat lucah, anak kelahiran Johor Bahru ini turut menerima gangguan seksual daripada individu tersebut.

 Malah, pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

 Sungguhpun tatkala ini pihak murai.com.my masih belum dapat menghubunginya, tetapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri. Malah, ramai kenalan dan peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dalam kadar segera.


 Berikut adalah status Facebook yang ditulis Feeya:

 Kali ni saya x kan berdiam.kau berani sgt antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya.sebelum ni kau penah buat tapi aku diam.tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!!

sumber : murai.com


PANAS ! Lagi gambar darah korban di tapak masjid Bayan Mutiara !!!

Posted: 27 Oct 2012 06:45 AM PDT


Malam ini GPB paparkan gambar sepenuhnya korban Bayan Mutiara pagi tadi di tapak asal untuk membina masjid yang dikhaskan oleh kerajaan BN dahulu tapi kini sudah tergadai di tangan Lim Guan Eng .

Sepatutnya tanah ini adalah untuk hak umat Islam kerana ia bakal didirikan sebuah masjid untuk kegunaan anak kariah di situ . Tapi ia telah dirampas oleh Kerajaan DAP yang menjual tanah berkenaan kepada syarikat pemaju .




Jika terbinanya sebuah masjid di tapak tanah ini, maka di sini lah tempat sembelih lembu korban di Hari Raya Aidiladha .  Hari ini sebagai tanda simbolik bantahan anak kariah di sini , diadakan korban di tapak asal masjid ini .









Darah korban Bayan Mutiara mengalir di tapak masjid yang dikorban 
DAP kepada syarikat kroni ..

PANAS ! Van Wanita UMNO diconteng perkataan BABI & SIAL !!

Posted: 27 Oct 2012 05:56 AM PDT



Nampaknya ada pihak tertentu  semakin panas punggung dengan gerak kerja  Wanita UMNO bertemu pengundi & rakyat .  Itu yang sampai melepaskan geram pada van Skuad Sayang Wanita UMNO Bandar Tun Razak .

Contengan tertera BABI & SIAL dengan cat merah di body van adalah ugutan kepada Wanita UMNO untuk melemahkan semangat mereka berkhidmat untuk masyarakat . Tapi yang bangangnya tu , ada pencacai Pakatan menuduh ini kerja orang UMNO sendiri.

Awat la bodoh sangat , tak kan la orang UMNO nak pergi conteng kenderaan parti sendiri . Pasti nya ini kerja pihak yang dengki dengan Wanita UMNO yang aktif bekerja & membantu rakyat .


Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak.

 "Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini. 

 "Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini. Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut. 

 Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. SH

LIVE !! Darah korban membasahi tapak masjid Bayan Mutiara!

Posted: 26 Oct 2012 09:33 PM PDT






Hari ini   anak kariah Bayan Mutiara telah melakukan korban 2 ekor lembu di tapak asal masjid Bayan Mutiara yang dijual Guan Eng kepada syarikat swasta.

Ia sebagai tanda bantahan mereka  kepada kerajaan Dap agar memulangkan semula tapak tanah  berkenaan agar didirikan masjid di kawasan itu.

Lebih kurang 100 orang anak kariah hadir bersama-sama melakukan program korban berkenaan. 
video Korban akan diupload artikel seterusnya..

Published with Blogger-droid v2.0.9

AWAS ! Ostat Ustaz ini punca 11 gadis menjadi JANDA !!

Posted: 26 Oct 2012 07:00 PM PDT

Ini lah punca utama ramai gadis  bergelar status JANDA . Lepas puas main , Ostat berperwatakan alim ini cerai & terus mencari lagi gadis kononnya mencari isteri solehah  walhal untuk memuaskan nafsunya .






"Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal." Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

 Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.

 Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam. Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

 Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.


PANAS ! Khutbah Aidiladha di Kelantan tanam kebencian pemimpin negara !!

Posted: 26 Oct 2012 05:20 PM PDT




 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) kerana masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara. 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sayap Pas itu mengulangi semula khutbah berbau kebencian tersebut dalam teks yang diedarkan ke seluruh surau dan masjid sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.

 Beliau berkata, teks khutbah kali ini lebih keras jika dibandingkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri lepas yang telah dipertikaikan oleh banyak pihak.

 "Sangkaan saya, setelah ditegur keras oleh saya dan beberapa pihak lain kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang berunsurkan hasutan politik sebelum ini, tentulah DUPK akan mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang bernada lebih kendur.

** Di P.Pinang pulak ..khutbah Aidiladha bukan menyampaikan tentang korban , tapi menghentam Chua Soi Lek & Najib .

Pengikut