Barisan Nasional (BN) berkemungkinan menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata, perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.
Tengku Adnan berkata, nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.
"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.
Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata, ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.
"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan. Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya. - Bernama
Saya sudah lama melihat kemelut Nik Aziz- Dr Maza- Fathul Bari ini. Sebenarnya kemelut ini ialah KEMELUT DAN SERAKAH WAHHABI NAK RAMPAS KUASA DI MALAYSIA.
Jangan terkejut keterlibatan Nik Aziz di sini-saya akan terangkan satu persatu
Tidak dinafikan Fathul Bari masuk UMNO atas arahan Dr. MAZA. Fathul Bari adalah budak suruhan Dr MAZA bagi membuka jalan untuk dia masuk UMNO. Kerana Allah sayangkan UMNO dan berkat doa para wali dan ulama menyelamatkan Tanah Melayu ini dari Wahhabi dan kesesatannya, maka niat Dr Maza nak masuk UMNO, party yang memerintah Malaysia terhalang....bila penangkapannya dibuat oleh JAWI atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah.
Dr MAZA berlari ke Kelantan mendapatkan blessing Nik Aziz sejurus selepas ditangkap. Soalnya Kenapa?
Sebenarnya tindakan Dr MAZA ditangkap dan didakwa atas memberi ceramah tanpa tauliah JAWI dulupon didalangi orang besar PAS iaitu besan Nik Aziz. Besan Nik Aziz yang bernama Datuk Fatah Haron inilah yang sibuk mencatur JAWI dan JAKIM serta memberikan lampu hijau Wahhabi mana nak didakwa. Para Wahhabi akan didakwa jika mereka cenderong kepada UMNO. Rujuk SINI
Umum mengetahui bahawa golongan ulama menguasai PAS sejak 1978 melalui Kepimpinan Ulama SINI Apa yang mereka tak tahu ialah sebenarnya itulah tarikh malang bagi PAS kerana perjuangannnya menegakkan ugama Islam telah tersasar kerana tarikh itu adalah tarikh malang PAS jatuh ke tangan pemuka Wahhabi! Rujuk Nik Aziz Wahhabi, Kepimpinan PAS dan Hadi Awang Wahhabi,
Hadi Awang bergegas ke MEDIU bila University itu dikenakan tindakan oleh JAIS kerana menyebarkan ajaran Wahhabi
Kenyataan Haron Din jelas menjisimkan Allah-menunjukkan dia berfikrah Wahhabi
Semenjak tarikh itu, pemuka wahhabi dalam PAS mendapat tempat yang tinggi . Apa yang patut rakyat Malaysia tahu ialah Nik Aziz Nik Mat-Murshidul Am PAS, Hadi Awang-President PAS, Haron Din Naib President PAS dan Ketua Dewan Ulama PAS Haron Taib adalah Wahhabi.
Benarkan Nik Aziz Wahhabi? Penjelasan di UTV Live Streaming
Atas sebab itulah Tuan Guru Abdullah Sammah An Najmi mencabar Nik Aziz, Hadi Awang dan Haron Din untuk bersemuka bagi membincangkan AKIDAH!
Dr MAZA terkilan ke atas Fathul Bari kerana 2 perkara 1- Niat untuk masuk UMNO terhalang, dan perancangannya nak mewahabikan UMNO terhalang bila Fathul Bari banyak menggunakan Hadis yang digunakan ulama Islam ASWJ 2- Fathul Bari di dalam UMNO telah ditarbiyahkan oleh pemimpin tertinggi UMNO dari keturunan ulama Islam ASWJ seperti Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyideen Yassin.
Fathul Bari lebih banyak membawa isu "Taat Kepada Pemimpin" dan menggunakan Hadis yang digunakan pakai oleh ulama Islam ASWJ. Catatan-Wahhabi guna Hadis dari Albani yg membuang sebahagian hadis lain atas alasan hadis dhaif dan lain lain.
Malah dapatan research saya di lapangan memberitahu bahawa Fathul Bari kulitnya wahhabi tapi jiwanya sudah Islam ASWJ. Apa tunggu lagi Fathul BARI! Tinggalkan sahaja Wahabi !
Sayugia saya mengingatkan Fathul Bari agar kembali kepada fitrah dan jadilah ulama Islam ASWJ. Tinggalkan gabungan Wahhabi SeMalaysia yang sesat lagi menyesatkan. Tinggalkan Dr MAZA, Hadi Awang dan Nik Aziz......dan berjuanglah sebagai sebahagian saf ulama Islam ASWJ!
Sebua kereta Honda civis jenis EK 4 pintu warna biru hilang dalam 5pagi-7.30pg tadi kawasan parking Hotel SS Trader Kamunting, nombor pendaftaran WFX7871..complete ek99 bparts dpn n blakang..Rim ek9 putih(5lug),cermin pintu virs..wiper blakang..jika tnmpak sila roger owner scpat mgkin.. 0133997871 arip..tq Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Published on Oct 25, 2012 by PERAKBN 25/10/2012 -- Isu KUISAS selesai, hasil pertemuan dengan wakil Pas Perak: Datuk Mohammad Zahir Abdul Kadir
Kenyataan yang dilihat berunsur fitnah oleh Pas Perak terhadap pengurusan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) baru-baru ini dianggap sudah selesai hasil pertemuan kedua-dua pihak, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Kadir berkata, isu kesahihan dan pengiktirafan program oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang dibangkitkan sebelum ini telah dijelaskan secara terperinci kepada ahli rombongan.
"Kita beri penerangan terhadap isu tersebut... pengesahan daripada JPA. Pihak mereka (Pas Perak) dah terima apa yang kita dah jelaskan dalam satu perjumpaan yang penuh mesra tadi.
"Mereka berasa puas hati dengan isu yang dibangkitkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan secara tertutup dengan Pas Perak di pejabatnya di Bangunan SUK di Ipoh, hari ini.
Menurutnya, sehubungan itu, pihak pengurusan KUISAS tidak bercadang untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pas Perak yang sebelum ini dilihat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan memperburukkan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu.
Pas Perak baru-baru ini, mendakwa program pengajian di KUISAS yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) tidak mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) serta mempertikaikan kesahihan tandatangan pada sijil transkrip yang dikeluarkan oleh kolej berkenaan.
Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah mengarahkan semua agensi di bawah kerajaan negeri termasuk KUISAS mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja pihak yang cuba memfitnah dan memperburukkan mereka.
Dalam perkembangan yang sama, Datuk Mohammad Zahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, pertemuan dalam suasana penuh mesra itu memperlihatkan bahawa, dalam isu-isu tertentu pihak kerajaan dan Pas boleh duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian.
"Ini satu usaha yang baik. Ini menunjukkan bahawa ada perkara-perkara tertentu yang boleh kita bekerja sama untuk kepentingan rakyat.
"Ada ruang kita boleh bekerja sama.. Memberi nilai tambah untuk kepentingan masyarakat," katanya.
Published on Oct 27, 2012 by PERAKBN 27/10/2012 -- Perbanyakkan lagi produk tarikan pelancong di Pulau Pangkor: Menteri Besar
Kerajaan negeri bercadang untuk memperbanyakkan lagi produk pelancongan di Pulau Pangkor sebagai usaha menarik kedatangan lebih ramai lagi pelancong ke pulau peranginan tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, keindahan Pulau Pangkor bukan sahaja menarik kedatangan pelancong tempatan malahan pelancong asing ke situ.
"Pulau Pangkor bukan lagi menjadi destinasi ketika cuti-cuti panjang malahan ianya turut dikunjungi pelancong-pelancong yang datang pada setiap hari minggu.
"Bagaimanapun Pulau Pangkor hanya mempunyai kawasan pantai yang indah semata-mata bagi menarik kedatangan pelancongan.
"Kita mempunyai produk pelancongan yang terhad di situ dan bercadang untuk memperbanyakkan lagi di masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di Pulau Pangkor, hari ini.
Sebanyak 18 ekor lembu dan 10 ekor kambing telah dikorbankan pada majlis tersebut sebelum daging korban tersebut diedarkan kepada penduduk Islam di sekitar kawan Pulau Pangkor.
Dr. Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, sehubungan itu, Kerajaan negeri telah mengarahkan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk turut sama memikirkan cadangan bagi mewujudkan lebih banyak produk pelancongan di situ.
"Sebagai contoh, mungkin boleh wujudkan taman tema air yang 'simple'. Bila anak-anak datang... mereka ada taman tema air.
"Ianya (taman tema air) nanti boleh dikendalikan sendiri oleh pihak MPM.
"Ianya mungkin berkonsepkan sama seperti di Taman Tema Air Sunway Lagoon di ibu negara tetapi lebih 'simple'," katanya.
Harap rakyat dapat teliti dimanakah kejujuran pembangkang yang jelas mengamalkan keburukan yang dilemparkan kepada BN.
Jika Tun Mahathir yang diburukkan pembangkang dengan berbagai tuduhan, melarang anaknya menyertai politik pegang jawatan semasa menjadi PM, maka kenapa pembangkang gagal mempraktikan prinsip ketelusan yang mereka sering perjuangkan?
Bukti cakap tak serupo bikin!
Inilah wajah sebenar mereka yang 'busuk hingga ke usus' !
Hari ini saya dan keluarga beraya di rumah mertua Kg Empang Batu, Melaka. Kami telah melaksanakan ibadah korban yang dibuat secara bergotong royong dengan keluarga, sanak saudara dan juga ahli kariah kampung.
Seekor unta dengan seekor lembu telah 'tumbang' pada acara korban yang bermula selepas selesai solat sunat Aidil Adha pagi tadi. Semoga ibadah kami diterima Allah hendaknya.
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lalu yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.
Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang. "Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Kong berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.
KKIA ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas. - BERNAMA
Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari
27 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Malaysia menyediakan ruang yang membolehkan pakar-pakar bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai perubatan moden dan perubatan komplementari dan tradisional termasuk untuk merawat kanser, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau berkata Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pesakit yang menggunakan rawatan alternatif terjamin.
Koh merujuk kepada Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas.
"Gabungan perubatan tradisional Cina dan Barat serta perubatan semula jadi umpamanya merupakan trend masa depan serta menjadi kaedah rawatan yang unik bagi penyakit kanser," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Anti-Kanser Sedunia di sini, hari ini.
Persidangan dua hari anjuran Persatuan Anti-Kanser Malaysia itu melibatkan pakar-pakar dari negara seperti China, Mongolia, Taiwan dan Malaysia.
Sementara itu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata parti itu bersedia melaksanakan pelbagai pembaharuan demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, strategi pembaharuan itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti-parti komponen BN supaya boleh bekerja sebagai satu pasukan.- Bernama
Baru-baru ini Menteri Besar yang paling bangang dalam sejarah Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'bersuara' lagi tentang isu air di negerinya.
Jangan percaya tentang penyusutan air di empangan-empangan Selangor, katanya. Itu semua untuk menakut-nakutkan penduduk Selangor. Malah, dakwanya, takungan air di Empangan Sungai Selangor telah meningkat kepada 55.43 peratus iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini.
Benarkah dakwaannya ini? Penduduk Selangor dan Lembah Klang maklum, beberapa hari ini atau dalam seminggu dua ini kita dirahmati hujan. Namun, adakah kawasan tadahan berlaku hujan atau cuma berlingkar di 'intake'nya? Sebab itu penggunaan fakta yang salah dalam membuat perancangan bekalan air akan menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.
Penulis dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, hujan kebelakangan ini memang banyak membantu peningkatan air di empangan. Kalau mengikut fakta, pada 12 Oktober lalu, paras air di Empangan Sungai Selangor adalah 199.40 juta meter padu, tetapi masih agak jauh untuk menampung kapasiti maksimum empangan 220 juta meter padu. Tetapi kerana hujan, paras air empangan seminggu kemudiannya iaitu pada 19 Oktober melebihi kapasiti iaitu sekitar 200.85 juta meter padu.
Tetapi ini semua disebabkan hujan. Itupun kalau hujan mencurah ke 'intake' empangan. Catatan curahan hujan di Empangan Sungai Langat pada 12 Oktober, mencatat tiada hujan langsung - maknanya kering dan panas. Tetapi minggu ini, hujan kerap berlaku dengan catatan curahan 7.22 mm, sekali gus meningkatkan paras air.
Namun, takkanlah kita selamanya terpaksa bergantung kepada hujan. Dengan adanya Loji Langat 2, hujan atau tidak hujan, jaminan bekalan air tetap ada. Kerana itu, penjelasan ke peringkat akar umbi cara terbaik untuk memperjelaskan isu sebenar termasuk usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
Sayang sekali, ketika kita meniti era kemajuan ekonomi yang pesat, kita masih lagi bertelagah untuk membina sebuah loji rawatan air. Sedangkan segala keperluan seperti reka bentuk, tapak tanah, peruntukan kewangan dan jadual pelaksanaan telah disediakan.
Kita percaya rakyat Selangor juga amat khuatir dengan pertelingkahan ini. Kedudukan rizab bekalan air bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terus merosot.
Di Selangor ketika ini, gangguan bekalan air boleh berlaku bila-bila masa sahaja disebabkan rizab air yang tipis. Jika paip utama pecah dan perlukan masa yang panjang untuk dibaik pulih, gangguan air akan berlaku kerana operator air tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi untuk disalurkan dalam tempoh gangguan itu.
Sekarang, air yang dikeluarkan oleh 34 buah loji air hanya cukup untuk digunakan pada hari tersebut sahaja, operator air tidak mempunyai kapasiti simpanan untuk digunakan ketika berlaku gangguan.
Musim panas dan kering ini juga akan menyebabkan air sungai mudah tercemar. Jika air sungai tercemar, loji bekalan air perlu ditutup. Bila kita tutup loji, bekalan air akan terganggu mengikut tempoh masa air sungai tersebut pulih kembali.
Gangguan ini sebenarnya boleh dikurangkan jika kita mempunyai rizab kapasiti merawat air yang selesa. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengesyorkan kepada kementerian berkenaan supaya rizab air bagi sesebuah negeri perlu disediakan pada sekitar 10 hingga 15 peratus bagi memastikan tahap gangguan bekalan air dikurangkan.
Di Selangor ketika ini, tahap rizab air hanyalah pada sekitar 2 hingga 3 peratus. Sebab itulah tanda-tanda awal krisis air telah dilihat berlaku sepanjang Jun lepas. Oleh sebab itulah kita perlu bina segera Loji Langat 2. Itu untuk menambah kapasiti rizab air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sayangnya, walaupun telah banyak kali diajukan kepada Kerajaan Negeri Selangor, namun Menteri Besarnya tidak dapat menerima. Sebaliknya, beliau telah membuat macam-macam kenyataan dan cadangan sehinggakan ada yang tidak munasabah langsung seperti baru-baru ini dengan cadangan untuk mendapatkan air mentah daripada Tasik Kenyir, Terengganu.
Abdul Khalid juga mencadangkan supaya guna air lombong, air tasik dan air bawah tanah. Air daripada semua tempat ini perlu dirawat. Untuk merawat air, mereka perlu bina loji. Untuk bina loji, mereka juga perlu perbelanjaan.
Sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan kementerian untuk bina Loji Langat 2, mereka tidak perlu keluarkan wang. Kerajaan Persekutuan telah sediakan semuanya, geran untuk pengambilan tanah, bina empangan, muka sauk dan terowong.
Pengurusan Aset Air Berhad yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan telah menyediakan peruntukan untuk bina loji, tangki-tangki utama tambahan dan paip-paip air. Kerajaan Negeri Selangor hanya perlu keluarkan Development Order, permit dan kelulusan pengambilan tanah, itu sahaja yang kita perlukan.
Tetapi sampai sekarang, semua itu tidak dikeluarkan sehingga loji ini yang sepatutnya siap pada Mac 2014 tertangguh.
Cuma disebabkan penangguhan inilah rakyat Selangor mengalami gangguan bekalan air dan terpaksa menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM606 juta untuk melegakan sedikit keadaan. Namun usaha tersebut masih tidak cukup, sama ada bina Loji Langat 2 sekarang atau keluar belanja lagi untuk melaksanakan projek bagi mendapatkan bekalan air tambahan.
Abdul Khalid juga menyebut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui tidak mahu menggunakan kuasanya untuk memaksa syarikat-syarikat konsesi bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan pada kadar harga dan syarat yang ditetapkan oleh beliau.
Namun, fakta sebenar Peter Chin tidak ada kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Kalau hendak beli syarikat-syarikat tersebut, kena buatlah dengan cara yang baik. Buat tawaran yang wajar supaya pihak berkenaan bersetuju.
Kalau tidak bersetuju, tidak wajar untuk meminta Peter Chin memaksa syarikat-syarikat tersebut sebab syarikat-syarikat tersebut mempunyai konsesi yang sah dan masih berkuat kuasa.
Demikianlah juga, Kerajaan Persekutuan tidak pernah menghalang untuk Abdul Khalid mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor. Masa diberikan kepada beliau dengan secukupnya. Tetapi apabila Kerajaan Negeri Selangor buat tawaran, banyak syarat dikenakan termasuk meminta Peter Chin menggunakan kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Bila syarikat-syarikat konsesi tolak, Abdul Khalid kata menteri itu tidak memberi kerjasama, enggan menggunakan kuasanya. Padahal Peter Chin telah menyatakan kepada menteri besar itu, tidak ada satu peruntukan pun di bawah Akta tersebut yang membolehkannya memaksa syarikat-syarikat tersebut menerima tawaran Kerajaan Negeri.
Dan ketika kementerian berkenaan memohon untuk dapatkan Development Order (DO) bagi membina Loji Langat 2, Abdul Khalid tidak benarkan pula DO berkenaan dikeluarkan. Syaratnya - perlu benarkan kerajaan negeri Selangor ambil alih syarikat konsesi dahulu baharulah boleh keluar DO.
Sebenarnya, Menteri Besar Selangor telah menggunakan kuasanya untuk menahan pengeluaran DO sedangkan kementerian berkenaan telah mematuhi semua keperluan pembangunan baharu seperti reka bentuk loji dan sistem agihan telah disediakan, tanah telah diambil dan peruntukan telah ada.
Abdul Khalid telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk halang pengeluaran DO, permit dan kelulusan pengambilan tanah.
Sedangkan, sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya menggunakan kuasa yang ada untuk memastikan kelancaran pengeluaran DO bukan sebaliknya. Beliau yang ada kuasa untuk membantu Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembinaan loji air untuk kebajikan rakyat.
Sekarang, kapasiti loji di Selangor tidak cukup untuk memenuhi permintaan air yang semakin naik dari tahun ke tahun. Jika mereka (kerajaan negeri) kata air cukup, sebab Menteri Besar Selangor kata cukup - katakan kepada mereka: "Itu tidak benar."
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Manifesto adalah perkara yang mesti ada dalam mana-mana pilihan raya. Selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.
Semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi.
Menjelang pilihan raya umum. yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai.
Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.
Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berpendapat manifesto yang baik adalah manifesto yang dapat membangkitkan rasa keinginan di kalangan pengundi untuk memilih sesebuah parti politik dan wakil rakyat mereka.
"Memang benar faktor calon itu memainkan peranan yang penting, tetapi pengundi juga mahu tahu apakah manifesto atau deklarasi yang boleh ditawarkan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Setakat manakah janji-janji berkenaan mampu diingati semua pengundi?
Che Hamdan berkata satu kajian, yang dijalankan pada 2009 terhadap sekumpulan belia berumur antara 21 hingga 40 tahun, mendapati kebanyakan orang telah lupa dengan apa yang ditawarkan kepada mereka semasa kempen pilihan raya umum 2008.
"Pada masa itu (kempen pilihan raya), pengundi amat ghairah dengan apa yang ditawarkan dalam manifesto sesebuah parti itu, namun lama-kelamaan, mereka sendiri lupa sehinggalah nak dekat pilihan raya, baru mereka ingat kembali selepas hal berkaitan dibangkitkan beberapa pihak," katanya.
Menjelang pilihan raya umum yang semakin hangat diperkatakan, Che Hamdan, yang juga penganalisis politik, berkata selain calon yang dipilih untuk bertanding, kebijaksanaan dalam menawarkan manifesto yang menarik akan menjadi antara faktor penentu kemenangan atau kekalahan sesebuah parti.
"Memberitahu apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat sebenarnya amat memberi kesan kepada mereka. Mereka akan tahu apa yang telah dilaksanakan dan apa yang belum.
"Barisan Nasional (BN) pada saya perlu memperbanyakkan lagi penjelasan mengenai apa yang telah dilaksanakan kepada rakyat," katanya merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati yang memberi ruang kepada rakyat mendapat maklumat terkini tentang apa yang dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat.
Bagi pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein, manifesto, katanya, memberi makna perakuan atau janji dan perlu dikemukakan dalam mana-mana pilihan raya.
"Mengikut ilmu sains politik, di dalam pilihan raya terdapat beberapa unsur seperti kempen dan manifesto. Manifesto ini adalah satu unsur utama dalam mana-mana pilihan raya," katanya.
Beliau berkata manifesto mempunyai pengaruh cukup kuat dalam menentukan kelangsungan sebuah parti mahu pun individu.
Manifesto yang menepati kehendak rakyat setempat lazimnya akan mempengaruhi pola pengundian, kata beliau.
"Contohnya pada pilihan raya umum 2008, pembangkang mempunyai manifesto yang mampu menarik perhatian rakyat dan ini telah memberi kemenangan kepada mereka di beberapa buah negeri," katanya.
Bagaimanapun, banyak janji-janji pembangkang sehingga kini gagal dilaksanakan dan kini ditagih rakyat sehingga ada pihak yang sanggup menuntut dan membawa kes ke mahkamah.
Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat kini berhadapan dengan tindakan sebilangan pengguna di Selangor yang memfailkan tuntutan terhadap kerajaan PKR Selangor di mahkamah bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke-12.
Ahmad Atory berkata melalui manifesto juga, pengundi akan menilai kemampuan wakil rakyat yang dipilih mereka sama ada mampu atau tidak memenuhi apa yang telah dijanjikan.
-- BERNAMA
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Laporan Bank Dunia Edisi 2013 yang meletakkan Malaysia di tangga ke 12 paling berdaya saing bagi perniagaan sekali gus menghumban segala tuduhan pembangkang konon negara ini akan bangkrap, ke dalam longkang.
Kedudukan ini merupakan lonjakan enam anak tangga berbanding 2011 iaitu lonjakan yang paling tinggi setakat ini. Pada tahun 2010, Malaysia berada di tangga 23.
Kedudukan ini juga meletakkan Malaysia mengatasi negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28).
Laporan Bank Dunia ini adalah berdasarkan kajian ke atas 185 ekonomi merentasi kriteria daya saing seperti kemudahan memulakan perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan.
Malaysia didapati telah memperbaiki kedudukan daya saingnya dalam lima bidang menjalankan perniagaan, iaitu Kemudahan Bekalan Elektrik (dari tempat ke-59 ke tempat ke-28); Pendaftaran Hartanah (dari tempat ke-59 ke tempat ke-33); Pembayaran Cukai (dari tempat ke-41 ke tempat ke-15); Perdagangan Rentas Sempadan (dari tempat ke-29 ke tempat ke-11) dan Urusan Permit Pembinaan (dari tempat ke-113 ke tempat ke-96).
Nampaknya, segala usaha pembangkang untuk menggambarkan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia mengalami masalah ekonomi serta mengalami risiko bangkrap berdasarkan Bajet dan Audit yang baru dibentangkan telah sekali lagi tidak berjaya.
Dengan laporan Bank Dunia ini, keyakinan pelabur terhadap Malaysia juga akan melonjak tinggi dan ini bakal membantu negara mencapai sasaran pengurangan kadar defisit kepada 4.0 peratus daripada KDNK berbanding 4.5 peratus tahun ini.
Golongan peniaga juga dijangkan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan dalam PRU yang akan datang berdasarkan perkembangan positif yang direkodkan ini.
Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat semakin buntu apabila Bajet yang dibentangkan mereka mendapat kritikan hebat kerana tidak dibuat berdasarkan realiti dan tegar meneruskan janji-janji yang tidak masuk akal. Lebih buruk lagi bagi pembangkang apabila Laporan Audit yang dibentangkan mendedahkan kelemahan yang ketara di negeri-negeri yang diperintah mereka sehingga dalam beberapa kes terdapat desakan dari rakyat agar dilakukan siasatan oleh SPRM.
Ketika BN berjaya membuktikan kecekapan melalui khidmat yang cemerlang, pembangkang terpaksa bermain politik dengan isu remeh iaitu kamera AES dan cukai rokok yang sebenarnya membawa kesan yang baik untuk rakyat. Pembangkang telah bertindak menyeru rakyat menolak sesuatu yang baik untuk mereka dengan alasan ia memberi pulangan wang kepada kerajaan dan cuba menggambarkan bahawa kerajaan terdesak untuk menambah pendapatan dengan memeras rakyat.
Namun, laporan Bank Dunia ini dengan sendirinya menafikan yang kerajaan buntu untuk menjana kewangan. Terbukti kerajaan telah berjaya menyediakan persekitaran yang selesa untuk membolehkan perniagaan berkembang dan pelaburan meningkat bagi memastikan kewangan negara dapat dijana secara konsisten.
Kini rakyat semakin yakin dengan kerajaan dan pembangkang semakin kehilangan modal untuk berkempen.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketika ini berjuta juta umat islam sedang menjalankan ibadah haji dan diberitakan keadaan di Arafah semakin sesak...
Rakaman foto diatas menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong juga berada di kota suci Mekah untuk menjalankan ibadah Haji. Anda boleh mengikuti Laporan Haji oleh seorang petugas media yang memberikan berita terkini menerusi laman blog, klik SINI
Manager Arsene Wenger felt his players ``hit the wall'' in their back-to-back defeats over the past week but has challenged them to produce a response against struggling QPR.
The Gunners had impressed before the international break but then slumped to a 1-0 defeat at Norwich last Saturday which left them 10 points behind Barclays Premier League leaders Chelsea before putting on another lacklustre display against Schalke to lose top spot in Champions League Group B.
Those results contributed to a heated annual general meeting at the Emirates Stadium yesterday, where Wenger's address restored a sense of calm after chairman Peter Hill-Wood, chief executive Ivan Gazidis and majority shareholder Stan Kroenke were all heckled.
The Arsenal manager believes the players can quickly change the mood with a return to winning ways.
SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.
Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).
Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.
Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.
"Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
"Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.
Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya," katanya.
Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini.
"Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol," katanya.
Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.
KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan 'sekolah mini' kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.
Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.
Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.
Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.
Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.
LABIS 26 Okt. - Orang Melayu diminta tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang kononnya MCA adalah sebuah parti yang anti-Islam dalam usaha mereka memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini.
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, MCA hanya mengkritik kepemimpinan Pas yang sering memutar belit keadaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada sesuatu isu yang melibatkan parti itu.
"Dakwaan kononnya MCA mengkritik Islam adalah satu pembohongan dan tuduhan serius yang boleh menggugat perpaduan negara ini.
"Sebenarnya MCA hanya mempersoalkan dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah berkata punca kejadian rogol adalah disebabkan ramai wanita yang tidak menutup aurat bukannya mengkritik Islam," katanya ketika melawat beberapa pusat agihan daging korban di Parlimen Labis di sini hari ini.
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin "agak keterlaluan" dalam menyamakan ulama-ulama parti itu dengan kepimpinan Ayatullah Khomeini dari Iran, yang didakwa tidak boleh ditegur.
"Bekas mufti itu juga agak keterlaluan apabila menyamakan pimpinan ulama dalam Pas dengan Ayatullah Khomeini.
"Semua sedia maklum bahawa Pas berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Ayatullah Khomeini pula berpegang kepada aqidah Syiah.
"Dua akidah yang sangat berbeza antara satu sama lain," kata beliau dalam satu tulisan dibawa organ Pas, Harakahdaily.
Katanya, pengikut Syiah menganggap bahawa Ayatollah adalah lebih tinggi martabatnya daripada para Nabi.
"Jadi tidak peliklah Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh," kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.
Ketika muncul pada program Wacana Sinar Harian ke-15 Selasa lalu, Asri berkata, Pas tidak seharusnya menjadi seperti pemerintahan Ayatollah di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Asri, bekas Mufti Perlis berkata, kalau ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari sekarang.
"Saya rasa ini satu masalah dalam Pas, masalah sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatollah tidak boleh ditegur dan disentuh.
"Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang," katanya ketika menjawab soalan dari moderator Dr Mazlee Malik berhubung sejauh mana beliau melihat pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur.
Menjawab pandangan Asri itu, dua Naib Presiden Pas kelmarin menjawab bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan sama sekali akan menjadi pemimpin-pemimpin bergelaran Ayatollah Iran jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat kelak kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.
Nik Muhammad berkata, soalan yang dikemukakan oleh moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama Pas yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada Pas.
"Bekas mufti itu ketika menjawab persoalan tersebut berkata bahawa jika Pas menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, negara akan menjadi lebih korup daripada apa yang berlaku sekarang.
"Beliau menyamakan situasi itu dengan pemerintahan Ayatollah Khomeini di Iran yang tidak boleh ditegur dan disentuh," jelas beliau.
Nik Muhammad berkata, moderator tersebut pula seolah-olah dilihat ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam Pas dengan mengemukakan persoalan tersebut.
Ini adalah kerana beliau tidak mengemukakan apa-apa contoh, bukti dan fakta atas dakwaan bahawa golongan tersebut dalam Pas tidak boleh ditegur, tambah beliau.
Menurut Nik Muhammad, Pas khususnya para pimpinan ulamanya sentiasa terbuka untuk menerima segala kritikan dan teguran.
"Lihat sahaja sikap Datuk Seri Presiden, pimpinan ulama tertinggi dalam Pas menerima kritikan dan teguran yang keras daripada (bekas pensyarah UIAM) Dr. Aziz Bari yang mempertikaikan kepimpinannya.
"Keterbukaan beliau lebih terserlah apabila beliau sendiri mencadangkan agar dianjurkan seminar khusus bagi memberi peluang kepada Dr. Aziz Bari mengemukakan kritikan dan teguran tersebut di hadapan ahli dan pimpinan Pas," katanya lagi.
Kata Nik Muhammad, perlu dijelaskan bahawa reaksi ini bukan bermakna Dewan Ulama Pas Pusat tidak boleh menerima teguran apabila disamakan dengan Ayatollah Khomeini tetapi teguran yang dikemukakan mestilah dikemukakan bukti, contoh dan berfakta.
"Ini adalah kerana tanpanya, ia akan memberikan persepsi buruk kepada para pimpinan ulama dalam Pas dan dianggap sebagai tuduhan yang dibuat untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang bakal melangkah ke Putrajaya, insya-ALLAH.
"Bahkan bekas mufti itu sendiri juga telah mengemukakan pandangan dalam wacana tersebut agar teguran yang hendak dibuat mestilah profesional," katanya.
Pada masa yang sama katanya, Pas sentiasa mengajar kepada semua ahli supaya berani menegur dalam apa jua perkara yang bercanggah dengan syariat Islam termasuk juga menegur mana-mana kesilapan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti.
"Sejarah ini sangat banyak berlaku di sepanjang perjuangan Pas," kata beliau lagi.
Sudahlah kemenangannya sebagai Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dipertikaikan, terbaru kemenangan pelakon Tasha Shilla sebagai Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 juga menjadi bualan hangat.
Jika di ABPBH 2012, Tasha kononnya menang kerana membayar peminat untuk mengundinya serta mendapat tajaan Datuk J untuk membeli undi, terbaru kemenangan pelakon 'Gemilang' ini sekali lagi dicalit kontroversi di mana pengurusnya dikatakan sanggup ke hulu ke hilir bagi meraih serta meminta orang untuk mengundi artisnya itu.
Benar atau tidak isu ini, GUA berjaya mendapatkan komen pengurus Tasha sendiri, Embun bagi mengulas mengenai isu yang dibangkitkan ini.
"Ya, saya tak menafikan yang saya buat benda itu. Saya rasa tak salah benda ini sebab ia merupakan salah satu usaha saya untuk bos saya. Benda ini satu strategi dan adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab saya untuk mempromosikan bos saya.
"Lagipun, bukanlah saya pergi kepada semua orang untuk minta undi Tasha. Saya hanya pergi jumpa orang yang saya kenal saja," ujar Embun ketika ditemui pada majlis sidang media 'I Love Malaysian Designer', di Hotel Royal The Curve, Damansara, petang Selasa.
Tasha yang berada di samping Embun turut memberitahu, "Saya kesian bila orang cakap macam itu pada dia. Saya anggap dia dah macam keluarga saya sendiri dan sudah menjadi tugasan dia untuk menjaga saya selain menaikkan karier saya.
"Apa-apapun, semuanya terpulang kepada rezeki masing-masing dan saya bersyukur kerana peminat tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini. Alhamdulillah, rezeki berlakon saya juga semakin bertambah."
Menyentuh mengenai perkembangan karier lakonannya, Tasha memberitahu baru saja selesai penggambaran telemovie, 'Jangan Ambil Nyawaku' untuk siaran Ramadhan tahun depan. Pada November ini, Tasha akan berangkat ke Abu Dhabi selama 25 hari untuk penggambaran drama bagi Slot Akasia TV3, 'Cinta Bertamu di Abu Dhabi'.
PAS terkenal dengan produk ulama' mee segera mereka seperti Abby Abadi yang kini galak mengeluarkan fatwa-fatwanya sebelum itu Aduka Taruna yang popular dengan fatwa membangangkan (membodohkan) Ummu ul Mukminin Saiyaditina Aisyah RA (Isteri dan anak didik Nabi SAW yang banyak mengeluarkan hukum dalam bidang fiqh Usrah) dan Imam Zayn Al Fuqaha As Syafie RadiAllahu Anhu.
Kini spotlight kepada Abby,
Kata-kata Abby boleh ditafsirkan "org yang buat ibadah korban lembu tapi tidak memperjuangkan agama (dalam erti kata lain tidak menjadi ahli PAS) hanya sekadar membunuh binatang yakni sia2 saja,"
Abby ni fanatik sangat yg PAS ni satu2 yg pejuang Islam, ini lah puncanya.
Kesian dia, baru nak kembali kpd Islam terjumpa PAS terus fanatik, orang PAS zaman menkafirkan UMNO dulu mcm ni lah fanatiknya sampai terkorban di Memali.
Pujian Ilmuan Islam moden kepada Ustazah Abby Abadi.
"Baru pakai tudung dua hari dah boleh pi bagi ceramah dah?" Al Fadhil Ustaz Kassim Elias.
"Baru insaf belum tentu faham tentang Islam" Al Fadhil Dr Maza.
"Dia (artis) tidak tahu tetapi hendak menceritakan soal hukum (Islam), di'situ tidak boleh. Imam pun tidak layak, bilal pun tidak layak — hanya ulama sahaja yang boleh," Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus.
O Mak O Bapak dunia nak terbalik- Junah@ twitter.com/opshield
LONDON - Kelab kaya raya, Anzhi Makhachkala dari Rusia merancang bidaan mengejut untuk mendapatkan Wayne Rooney dan menjadikan bintang Manchester United dan England itu sebagai pemain bergaji termahal di dunia.
Anzhi mahu menambah bisa di bahagian serangannya dengan menggabungkan Rooney ,27, dengan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o yang kini merupakan penerima gaji tertinggi kelab itu dengan 350,000 pound (RM1.72 juta) seminggu.
Namun, sebarang tawaran untuk Rooney sudah tentu membayangi apa yang dinikmati bekas penggempur Barcelona itu.
Ditanya mengenai kemungkinan Anzhi membeli Rooney, pengarah pasukan, Roberto Carlos berkata: "Kenapa tidak? Dia adalah antara pemain terbaik dunia dan mana-mana pasukan akan gembira untuk memiliki pemain sehebatnya dalam skuad mereka. Dia masih begitu muda.
"Sudah tentu saya tidak dapat nyatakan ia akan berlaku dan bila. Bukan Anzhi sahaja berhasrat mendapatkannya, banyak lagi pasukan di Itali dan Sepanyol berminat, malah seluruh dunia, mahukan pemain seperti Rooney."
Anzhi, yang kini dibimbing bekas bos Chelsea, Guus Hiddink, menerajui kedudukan carta Liga Perdana Rusia.
Anzhi dibiayai bilionair Suleyman Kerimov, yang memiliki anggara kekayaan bernilai 4 bilion pound (RM20 bilion), telah berbelanja besar sejak mengambil alih kelab itu pada Januari 2011.
Selain Eto'o, nama-nama besar lain yang dibeli termasuk Christopher Samba, Lassana Diarra dan Yuri Zhirkov.
Legenda bek kiri Brazil, Carlos menambah: "Jika pemilik ada hajat untuk membeli seseorang pemain, dia akan cuba sedaya upaya." - AGENSI
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apalah salah van Skuad Sayang UMNO Bandar Tun Razak dicat merah dengan perkataan "sial" dan "babi". Van berkenaan bukanlah seperti Treler dan Bas Jelajah Rakyat yang digunakan untuk ceramah memaki hamun. Van ini digunakan untuk membawa barang-barang keperluan untuk Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, Agama dan parti sewaktu keadaan kecemasan atau ditimpa musibah seperti banjir.
Apalah yang dengki sangat dengan kerja mulia yang dilakukan oleh petugas-petugas Skuad Sayang. Kalau tak nak buat sudahlah. Buat Skuad Sayang, teruskan usaha murni anda semua. Kerja yang dibuat oleh sahabat-sahabat telah menampakkan hasil. Rakyat mula sedar siapa yang berkhidmat dan siapa yang mengelat.
Orang lain tumbang 5-6 ekor korban senyap-senyap sahaja. Yang penting Ibadah Korban diterima oleh Allah SWT. Cuba lihat gambar di atas. Apa makna semuanya ini? Dalam melakukan Ibadat Korban pun sanggup berpolitik. Wahai orang PAS, kalau hennak menunjuk-nunjuk untuk melakukan Ibadah bukan ini caranya, cara ini sebenarnya mengundang benci Rakyat pada PAS. Sekarang Rakyat sudah dapat jawapan yang sebenarnya, bahawa PAS lah yang menggunakan Agama untuk berpolitik. Yang jadi mangsa lembu yang berdosa.
DIVA tak nak sentuh bab ideologi politik atau semangat juang pelakon popular Hairie Othman yang kini semakin jelas dan lantang menyuarakan pendapatnya. Diva cuma terpanggil nak kongsi perihal Hairie memandangkan dia masih artis yang dikenali umum. Dalam sibuk berceramah, Diva dapat tahu bahawa Hairie yang berstatus duda itu akan naik pelamin tak lama lagi.
Wah, hebat juga penangan Hairie ya! Sumber yang siap tunjuk kad undangan kahwin Hairie itu bagi tahu Diva, katanya Hairie dan bakal isterinya bukan main berseri-seri lagi, macam pinang dibelah dua. Pilihan pelakon yang terkenal dengan filem Leftenan Adnan kali ini dengarnya anak datuk lagi.
Lihat daripada nama Dahlia Diana yang tertera atas kad, Diva percaya, wanita itu pasti cantik molek. Diva tak nak cakap pasal tarikh nikah mereka, tapi majlis resepsi Hairie dan Diana katanya akan dilangsungkan di Dewan Semarak Kayangan Felda, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dilaporkan menerima sepucuk surat lucah daripada seorang individu yang tidak dikenali. Berita ini telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi. Selain menerima surat lucah, anak kelahiran Johor Bahru ini turut menerima gangguan seksual daripada individu tersebut.
Malah, pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Sungguhpun tatkala ini pihak murai.com.my masih belum dapat menghubunginya, tetapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis untuk menjaga keselamatan diri. Malah, ramai kenalan dan peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dalam kadar segera.
Berikut adalah status Facebook yang ditulis Feeya: Kali ni saya x kan berdiam.kau berani sgt antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya.sebelum ni kau penah buat tapi aku diam.tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!! sumber : murai.com
Malam ini GPB paparkan gambar sepenuhnya korban Bayan Mutiara pagi tadi di tapak asal untuk membina masjid yang dikhaskan oleh kerajaan BN dahulu tapi kini sudah tergadai di tangan Lim Guan Eng .
Sepatutnya tanah ini adalah untuk hak umat Islam kerana ia bakal didirikan sebuah masjid untuk kegunaan anak kariah di situ . Tapi ia telah dirampas oleh Kerajaan DAP yang menjual tanah berkenaan kepada syarikat pemaju .
Jika terbinanya sebuah masjid di tapak tanah ini, maka di sini lah tempat sembelih lembu korban di Hari Raya Aidiladha . Hari ini sebagai tanda simbolik bantahan anak kariah di sini , diadakan korban di tapak asal masjid ini .
Darah korban Bayan Mutiara mengalir di tapak masjid yang dikorban
Nampaknya ada pihak tertentu semakin panas punggung dengan gerak kerja Wanita UMNO bertemu pengundi & rakyat . Itu yang sampai melepaskan geram pada van Skuad Sayang Wanita UMNO Bandar Tun Razak .
Contengan tertera BABI & SIAL dengan cat merah di body van adalah ugutan kepada Wanita UMNO untuk melemahkan semangat mereka berkhidmat untuk masyarakat . Tapi yang bangangnya tu , ada pencacai Pakatan menuduh ini kerja orang UMNO sendiri.
Awat la bodoh sangat , tak kan la orang UMNO nak pergi conteng kenderaan parti sendiri . Pasti nya ini kerja pihak yang dengki dengan Wanita UMNO yang aktif bekerja & membantu rakyat .
Wanita Umno Bahagian Bandar Tun Razak hari ini dikejutkan dengan perbuatan menyimbah cat merah serta menconteng perkataan kesat pada sebuah van Skuad Sayang milik mereka. Ketuanya Zaleha Najmuddin berkata kejadian itu dimaklumkan oleh seorang awam kepada setiausahanya pada pukul 11.26 pagi tadi yang kebetulan melalui kawasan kejadian di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak. "Saya cukup kecewa dengan pihak yang melakukan tindakan sabotaj ini dan cuba mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno yang banyak berkhidmat kepada masyarakat di sini. "Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sama sekali tidak akan mematahkan semangat pergerakan Wanita Umno," katanya kepada pemberita di pusat pergerakan Wanita tersebut hari ini. Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Salak South pada 2.10 petang ini bagi dijalankan siasatan lanjut. Sementara itu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. SH
Ini lah punca utama ramai gadis bergelar status JANDA . Lepas puas main , Ostat berperwatakan alim ini cerai & terus mencari lagi gadis kononnya mencari isteri solehah walhal untuk memuaskan nafsunya .
"Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal." Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.
Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.
Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam. Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) kerana masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sayap Pas itu mengulangi semula khutbah berbau kebencian tersebut dalam teks yang diedarkan ke seluruh surau dan masjid sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.
Beliau berkata, teks khutbah kali ini lebih keras jika dibandingkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri lepas yang telah dipertikaikan oleh banyak pihak.
"Sangkaan saya, setelah ditegur keras oleh saya dan beberapa pihak lain kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang berunsurkan hasutan politik sebelum ini, tentulah DUPK akan mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang bernada lebih kendur.
** Di P.Pinang pulak ..khutbah Aidiladha bukan menyampaikan tentang korban , tapi menghentam Chua Soi Lek & Najib .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan