Ahad, 12 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 12 May 2013 03:08 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:08 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di Ipoh - Siap menunggu kehadiran anda!

Posted: 12 May 2013 01:19 AM PDT

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataannya berkata, "Tak perlu permit selagi perhimpunan aman ." 


Ismail menafikan bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan. Sila baca di sini

Tetapi Ketua polis Perak, Mohd Shukri Dahlan berkata, Jika Penganjur terus mengadakan perhimpunan maka itu akan jadi satu perhimpunan haram kerana tidak menepati syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam. Baca di sini

 Walau apapun , tinjauan sekitar jam 3.00 petang tadi didapati persiapan sedang giat dilakukan di Medan Istana. 

Gerai-gerai makanan dan minuman pelbagai juadah dari luar Perak memenuhi ruang di sekitar tempat perhimpunan yang bakal diadakan malam nanti. Semua makan minum kena bayar sendiri ~ bukan percuma! Kah! Kah!

Biaqpila

Posted: 12 May 2013 03:04 PM PDT

KUANTAN, 12 Mei - Kreadibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan proses pilihanraya di negara ini semakin tercalar dengan tindakan seorang individu membuat laporan polis mendakwa beliau begitu mudah boleh mengundi sebanyak dua kali di dua tempat yang sama.

Laporan dibuat oleh Mohd Fafhli Khaharuddin dari Kuantan. Menurut laporan tersebut beliau membuat laporan polis mengenai daftar undi SPR yang membolehkan dia mengundi dua kali pada Hari Pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 minggu lalu.

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, dan kemudiannya undi kali kedua pada jam 1.15 petang di okasi yang sama.

Saya tak mengundi kali kedua itu sebaliknya berhasrat untuk menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kreadibiliti SPR yang cukup lemah seperti dakwat kekal. Ini membolehkan saya mengundi dua kali tetapi tidak dibenarkan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran 4", katanya.

Beliau juga ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar. Selesai mengundi buat kali pertama, beliau pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, "Saya basuh tangan menggunakan sabun mandi (jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot.

Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal. Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia.

Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza", tambahnya lagi.

Beliau kemudian mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi katanya. Beliau beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian, beliau juga mengikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal, dan penerimaan kertas undi.

Beliau berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Apapun, beliau tidak membuang undi ketika itu, tetapi membawa kertas undi dua helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis.

Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan beliau , dan mahu merujuk kepada pegawai atasan mereka mengenai apa yang berlaku. "Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya.

Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku. Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?" Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas".

Tiada kata penyelesaian", tambahnya. Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali. Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus.

Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti beliau mengundi dua kali dan dia menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan dia bawa keluar kertas undi tersebut.

Beliau cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untuk mengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. KTM masih tidak membenarkan, beliau kemudian meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambarnya, kad pengenalan, kertas undi dua helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM.

Oleh kerana tiada kata putus dari mana-mana pihak, beliau akhirnya meminta kebenaran untuk buat laporan polis. "Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah.

Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku. Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan.


Klik imej diatas untuk besarkan gambar yang dipaparkan.

Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat.

Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8.00 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi".

Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali kedua dan bagi mengelakkan saya daripada didakwa cuba untuk mempermainkan sistem pilihanraya", ujarnya. ~pahangdaily online

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 11 May 2013 01:09 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Ini Bukti Video @AnwarIbrahim Akan Berundur Dari Poitik Malaysia Jika Gagal Tawan Putrajaya - Sekarang?

Posted: 10 May 2013 11:44 PM PDT


Ini video Anwar Ibrahim, yang dirakamkan oleh portal media Selangorku. Video ini jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim akan berundur dari politik Malaysia sekiranya beliau gagal menawan Putrajaya. Video ini mengesahkan beliau akan kembali ke Universiti menjadi Professor (CTS tidak tahu pula Ijazah Am Kelas Ketiga Bahasa boleh diangkat menjadi Professor?) dan menjalankan kerja-kerja amal. Itu dulu, sewaktu video berkenaan dirakam pada 17/08/2012. Hari ini, 11/05/2013, setelah beberapa hari keputusan PRU13 keluar, adakah beliau mengotakan janji beliau?


Niat untuk bersara bukannya direka atau dibuat oleh pihak lain tetapi oleh Anwar Ibrahim sendiri. 04/072012, Anwar Ibrahim menyatakan demikian dalam blognya sendiri seperti di atas. 07/05/2013, Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan bersara dan tidak jadi bekerja sebagai tenaga pengajar. Ini satu lagi bukti, Anwar Ibrahim menipu dirinya sendiri. Ini bukti Anwar Ibrahim sekali lagi menipu kepada rakyat. Penipuan pertama Anwar Ibrahim selepas PRU13. Lihatlah nanti apa akan berlaku di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sejauh mana janji janji yang ditaburkan akan dipenuhi?

DIMENSI

Posted: 11 May 2013 11:46 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Assmin VS Jijah..PAS terus jadi khadam..DAP No Problem

Posted: 10 May 2013 07:37 PM PDT


PETALING JAYA 10 Mei - Buat pertama kalinya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali secara terbuka mengakui masalah nepotisme berlaku dalam partinya sehingga mencetuskan kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor.

Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor tanpa berselindung menyalahkan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor semalam tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, termasuk beliau.

"Saya tidak mahu amalan nepotisme membudaya dalam Keadilan, Keadilan adalah sebuah parti reformasi.

"Saya seorang yang setia dengan prinsip-prinsip perjuangan parti. Keadilan bukan milik individu atau keluarga tertentu. Parti ini adalah milik rakyat," katanya dalam sidang akhbar yang hanya bermula selepas petugas media terpaksa menunggu selama sejam di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Azmin, walaupun DAP dan PKR telah memberi laluan jawatan Menteri Besar kepada PKR, surat senarai calon yang dihantar oleh Wan Azizah itu dibuat tanpa mendapat restu kepimpinan PKR Selangor.

"Dalam PKR, proses (penyenaraian calon) itu tidak berlaku sehinggalah petang semalam apabila rakan saya menghimpunkan ketua-ketua Cabang PKR, ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan ahli Parlimen PKR untuk diadakan perbincangan," katanya.

Jelasnya, Majlis Pimpinan PKR Selangor telah menghantar surat rasmi kepada Wan Azizah mengenai ketetapan yang diambil serta beberapa nama yang dikemukakan dalam mesyuarat itu dan kini terserah kepada Presiden PKR itu untuk mengambil langkah sewajarnya.

Sementara itu, secara berlapik, Azmin Ali turut memberi kritikan sinis terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berpeluang untuk kembali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor

"Kita bersyukur dengan rizab bernilai RM2.6 bilion namun rakyat menuntut pentadbiran bersikap responsif terhadap permasalahan rakyat seperti isu jalan berlubang, masalah bekalan air dan bencana alam seperti banjir.

"Kegagalan untuk respons kepada usaha menangani masalah rakyat telah pun dibawa kepada perbincangan dalam kepimpinan parti, maka, mandat baru rakyat menuntut satu kepimpinan kuat dan segera menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

Berkenaan pendedahan menggemparkan mengenai apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada tahun 2008, apa yang dijelaskan oleh Azmin adalah tawaran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Azmin mempertahankan diri daripada dikatakan kemaruk jawatan Menteri Besar kerana beliau telah menolak tawaran pada ketika itu bagi mengelakkan masalah perpecahan dan kestabilan dalam PKR.

Dalam pada itu, Azmin turut mempersoalkan kewajaran ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat ghairah menganjurkan siri perhimpunan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu sedangkan pakatan pembangkang perlu memberi tumpuan kepada pentadbiran di negeri yang dikuasai mereka.

Bagaimanapun, beliau menafikan ketidakhadirannya pada himpunan di Kelana Jaya kelmarin sebagai tanda protes terhadap pimpinan pembangkang, tetapi memberikan alasan terpaksa menghadiri mesyuarat tentang isu pemilihan calon menteri besar Selangor.

"Pimpinan parti perlu menentukan adakah kita nak adakan perhimpunan setiap minggu, setiap hari atau setiap bulan," katanya sinis.

Sejak beberapa hari lalu, Azmin menimbulkan banyak persoalan apabila membuat beberapa kenyataan dalam Twitter yang dilihat mengkritik kepimpinan tertinggi PKR antaranya:

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat."

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara."

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal." - Utusan Malaysiaku sayang

kehkehkeh sandiwara pkr berterusan. hari ni assmin mendedahkan niat serampang 2 matanya. pertama - mengakui bahwa pkr selama ni mengamalkan kroni sekaligus mencalar balarkan muka anuwar yang konon menentang amalan korupsi dan kroni yang dilakukan oleh kerajaan. maka segala keburukan PR di selangor yang pernah BN bangkitkan seperti isu sampah, air dll terbukti berasas!. kedua - ugutan nak keluar parti terbantut bilamana jijah tau niat sebenar assmin hanya lah nak dapatkan jawatan mb yang lama di idam2kan.

assmin melopong bila jijah tak senarai nama dia dalam senarai MB. tanpa kelibat assmin dalam barisan exco akan lebih menggembirakan jijah. 

lebih manis lagi jijah rasa ini ler peluang terbaik nak balas dendam dengan perbuatan assmin yang lampau dengan 'mereformasi' nafsu buas assmin. jijah berpendapat dah tiba masanye totey anwar harus di kembalikan kepada yang berhak iaitu dia sebagai isteri anuwar al juburi.

tapi kalau ikut situasi semasa anuwar tak rugi ape2 pun pasal kuasa menentukan di tangan dap dan dia. malah anuwar meraih keuntungan dari pergolakan dalaman antara assmin & jijah dek kerana nak rebut jawatan mb dan 'suami'. keuntungan yang mcm mane? nafsu ler!. sama ada anuwar nak memilih assmin, jijah atau siape saja tak jadi masalah besar kepada anuwar pasal dia ni depan bleh belakang pun bleh dalam menentukan pasangannya atas katil tanpa pengetahuan sesiape secara terus atau tersembunyi.

yang jelas siape pun yang di angkat menjadi mb di selangor harus tunduk arahan dap. ronnie liu bley tersengih sampai ke telinga terus menyelia pusat2 maksiat dengan selambe. pas awal2 dah serah  diri nak terus jadi hamba tebusan dalam pentadbiran negeri. gasak pas ler!. huhuhu

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 May 2013 11:20 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Saya hormat Azizan sebagai seorang sahabat - Najib

Posted: 11 May 2013 01:49 AM PDT







- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang (HPP). 

Beliau yang ditemani isterinya, Datin Rosmah Mansor tiba kira-kira pukul 1.30 petang serta meluangkan masa kira-kira 15 minit melawat Azizan yang masih di rawat di Unit Rawatan Rapi HPP.
Hadir sama beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri.

 Menurut Najib, walaupun mereka berbeza dalam fahaman politik namun beliau menghormati Azizan sebagai seorang sahabat. 

"Alhamduillah beliau (Azizan) telah selamat menjalani pembedahan dan kini beliau menerima rawatan yang baik di sini.
"Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Azizan yang menerima kedatangan saya dan isteri dengan baik,"katanya kepada pemberita di sini.

 Dalam pada itu Setiausaha Akhbar Pesuruhjaya Pas Kedah itu, Mohd. Helmi Khalid berkata, doktor menasihatkan Azizan agar berehat dan tidak menerima pelawat sehingga kesihatannya pulih. - KOSMO!

Hot ! Nurul Izzah berdepan disaman kerana fitnah skandal anak perempuan Raja Nong Chik !!

Posted: 10 May 2013 09:11 PM PDT



Calon Barisan Nasional (BN), Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, menimbang menyaman Nurul Izzah Anwar atas dakwaan memfitnahnya sepanjang kempen pilihan raya umum lalu. Katanya, sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil itu bagi menjaga maruahnya dan keluarga, selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sering memfitnahnya termasuk terhadap ke atas anak perempuannya.

 Beliau berkata, dalam kempen itu Nurul Izzah mendakwa anak perempuannya menerima kontrak kerajaan ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB). Sehari sebelum hari pengundian, beliau menimbulkan fitnah berkaitan isu pemilikan tanah di Bukit Kiara. Sebelum itu, beliau sibuk beritahu kononnya anak saya dapat projek daripada kerajaan sedangkan ia berlaku sebelum saya menjadi menteri.

 Pembunuhan karakter yang dilakukan Nurul Izzah dan jenteranya termasuk melalui internet mempengaruhi pengundi atas pagar. Ia juga menyebabkan apa yang saya buat (di Lembah Pantai) zero (hilang di mata pengundi), katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai di sini, semalam.

 Sehubungan itu, katanya, beliau kesal dengan taktik kotor Nurul Izzah dan jenteranya untuk menang dalam pilihan raya itu.

 Janji teruskan khidmat

 Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai berjanji meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu seperti dilakukannya sejak 25 tahun lalu. Ditanya sama ada bersetuju jika dipilih semula menerajui KWPKB, katanya, beliau lebih selesa sekiranya jawatan itu diberi kepada wakil rakyat yang menang.

 Sebelum ini, pembangkang melabelkan saya sebagai back door minister (menteri ikut pintu belakang), jadi jika sampai dua kali (terpilih), saya rasa tak berapa sesuai. Bagaimanapun, itu terpulang pada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

Saya jenis tidak putus asa dan akan terus berjuang untuk penduduk Lembah Pantai yang memerlukan sehinggalah Tuhan kata sudah tiba masa untuk berhenti, katanya.

PARTI KERAMAT UMNO TERUS PERTAHAN TONGGAK KUASA MELAYU DALAM KERAJAAN @NAJIBRAZAK

Posted: 10 May 2013 06:33 PM PDT




KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukan sahaja mendatangkan tsunami politik Cina kepada Barisan Nasional (BN) bahkan dikhuatiri 'mengancam' masa depan politik, ekonomi, dan sosial bangsa Melayu. Walaupun BN mencatatkan penurungan kerusi Parlimen daripada 140 kepada 133 kerusi, manakala DAP memperolehi 38 kerusi (sebelum itu 28 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (PKR) 30 (31), dan Pas 21 (23), tetapi kejayaan merampas kembali Kedah secara tersirat memberi harapan bahawa kuasa politik Melayu masih utuh.

 Tindakan majoriti kaum Cina berpaling daripada MCA dan Gerakan kepada DAP adalah jelas atas sentimen perkauman. Sekarang, orang Cina berada dalam persimpangan dilema. Ada yang menganggap berpayung bersama UMNO/BN seolah-olah bersubahat membenarkan pelbagai perkara 'tidak kena' akan berterusan berlaku. Situasi ini tidak dapat dipersalahkan ke atas mereka 100 peratus.

Pastinya, pengundi Cina yang memangkah DAP, PKR dan Pas kini dalam keadaan bermasam muka. Bukan salah mereka tetapi 'hasutan' kepimpinan Cina memaksa tindakan 'berani mati' itu. PRU-13 adalah sebuah episod mengejutkan apabila kaum Cina seolah-olah mengkhianati kepercayaan BN terhadap bangsa itu. Pada kali ini membuktikan bahawa medan pertempuran UMNO bukan sahaja tertumpu di atas kertas undi tetapi berlarutan sehingga keluar daripada pusat mengundi.



 Namun, hakikatnya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya memimpin UMNO sebagai tonggak utama kuasa Melayu dalam Kerajaan Persekutuan untuk kali ke-13.

 Ketika tsunami politik 2008, UMNO memperolehi hanya 79 kerusi, tetapi PRU-13 pencapaian itu melonjak lebih 10 peratus apabila menguasai 88 kerusi Dewan Rakyat. Kejayaan itu begitu mengecewakan pakatan pembangkang - DAP, PKR dan Pas untuk menumbangkan BN. PRU-13 yang baru berlangsung seminggu lalu sebelum ulang tahun UMNO ke-67 hari ini ialah sebahagian besar orang Melayu masih bersama UMNO. Orang Melayu juga yakin hanya UMNO membela nasib bangsa dan mempertahankan kesucian agama Islam. Jika tanpa keyakinan ini, manakan UMNO dapat membantu BN kembali merampas Kedah, dan mengekalkan pemerintahan di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, dan Terengganu.

 Kemenangan UMNO ini juga membuktikan di bawah kepimpinan Najib, masalah imej dan ahli UMNO pada PRU-12 sudah berjaya dipulihkan, tinggalkan masyarakat Cina sahaja yang mula berubah angin. Seperti PRU-12, PRU-13 pun dilihat ujian besar kepada UMNO. Rakyat sudah menguji kuasa undi mereka. Ternyata undi mereka boleh mengejutkan Malaysia. Menteri atau pemimpin parti boleh tewas. Pemerintah boleh ditumbangkan dengan undi rakyat jika mereka tidak suka. Ungkapan, "Saya percaya rakyat akan memilih parti berdasarkan rekod prestasi cemerlang, bukannya parti sekadar bercakap kosong" - sudah tidak laku lagi sekarang.

 Kempen menjanjikan pembangunan yang rancak juga gagal sejak Pas menawan Kelantan. Kini penyakit sama melanda Selangor dan Pulau Pinang. Orang UMNO yang berjumlah 3.5 juta ahli itu harus ingat, rakyat menggunakan kuasa undi untuk memilih sesuatu yang sesuai dengan kehendak mereka. Apa pun martabatkan UMNO sebagai jaguh politik Melayu di sebuah negara majmuk seperti Malaysia harus dibaik pulih supaya terus disenangi rakyat.

 Kini dengan kuasa yang ada, yang mana dengan jumlah perwakilan seramai 89 daripada 133 ahli BN di Dewan Rakyat, UMNO perlu terus didokong sebagai tunggak kuasa. Jika UMNO lemah, bererti kuasa Melayu juga akan lemah dan mungkin akan mengundang ketidakstabilan politik negara. Inilah yang dikhuatiri. UMNO tidak boleh mengalihkan pandangan daripada persoalan, mengapa orang Melayu mulai berpaling daripada UMNO, sebaliknya Pas dan PKR pula menjadi perhatian?

 Adakah benar perjuangan Melayu dalam UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi? UMNO usah lupa akan budaya politik di negara ini yang masih dicengkam oleh sikap perkauman akibat kegagalan kita selama ini membentuk sebuah negara bangsa yang berpegang pada kebudayaan kebangsaan.

 Ketika orang lain begitu galak menuntut itu dan ini dengan alasan memastikan kebudayaan dan kepentingan mereka terpelihara, UMNO pula tidak peduli sebaliknya bersikap 'longgar' dalam mempertahankan apatah lagi mahu mengukuhkan jati diri dan kepentingan bangsanya.

 Ringkasnya, dasar dan tindakan UMNO dikatakan tidak memiliki kesungguhan politik yang kuat seperti mana parti kaum lain. Kelunturan dalam mempertahankan bahasa, ekonomi, budaya dan maruah bangsanya sendiri memberi implikasi yang besar terhadap parti berusia 67 tahun ini.

 Apa yang UMNO harus lakukan selepas ini? Hanya Perlembagaan Persekutuan dilihat perisai yang menentukan tenggelam timbul UMNO dan bangsa Melayu untuk masa akan datang.

 Berjuta ahli UMNO masih setia setelah berpuluh tahun menjadi ahli. Mereka masih berpegang kepada prinsip tiada parti politik yang boleh membela mereka selain daripada UMNO. Pada mereka Melayu adalah UMNO dan UMNO adalah Melayu. Hayatilah sejarah penubuhan UMNO pada tahun 1946 dahulu. Melayu bersatu dalam satu nama parti hasil gabungan berpuluh persatuan dan pertubuhan Melayu dan suku kaum Melayu di Tanah Melayu.

 Wajarlah para pemimpin UMNO sekarang menerapkan kembali semangat perpaduan dan bersatu orang Melayu seperti di era 1946. Jangan pinggirkan pendapat dan komen akar umbi UMNO. Jelajahlah ke seluruh negara untuk memberikan semula keyakinan ahli UMNO terhadap parti.

 Selamat menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-67.


*** WALAUPUN BN KEHILANGAN KERUSI PARLIMEN DARIPADA 140 KERUSI KE 133 ,  PARTI UMNO TERUS CEMERLANG DENGAN MENAMBAH KERUSI DARI 79 KERUSI  KEPADA 88 KERUSI DI PRU13. 

INI MEMBUKTIKAN    ORANG MELAYU TERUTAMA DI LUAR BANDAR  TERUS YAKINI UMNO SEBAGAI  PARTI YANG MAMPU MEMBELA  NASIB BANGSA    SENDIRI  & AGAMA ISLAM  BERBANDING PAS DAN PKR . 




SELAMAT ULANG TAHUN UMNO KE 67 !!

Kit Sial RASIS terus menghasut kaum Cina benci kerajaan BN

Posted: 10 May 2013 05:05 PM PDT





Di sebalik kemenangan besar Dap di PRU13, Lim Kit Siang masih tidak berpuas hati dan berterusan mengajak penyokong parti itu membantah keputusan  tersebut.

Dalam tindakan yang dilihat boleh mencetuskan ketegangan , Kit Siang mengajak penyokong Dap memakai pakaian berwarna hitam setiap hari Sabtu sebagao bantahan terhadap kerajaaan.

Tindakan Kit Siang yang bersifat provokasi melampau itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh menimbulkan rasa tidak aman dan tenteram dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu , Kit Siang dalam ceramah di hadapan penyokong pembangkang malam tadi tanpa sedikit pun rasa hormat menghamburkan kata-kata biadap dan menghina terhadap Perdana Menteri .-UTUSAN-


IPOHMALAY

Posted: 11 May 2013 09:03 AM PDT

IPOHMALAY


Gambar Penyejuk Hati

Posted: 11 May 2013 08:26 AM PDT

Sejuk hati melihat banner ini. Ini lah tanda-tanda bahawa kumpulan yang masih bermimpi dengan tragedi 1977 akan tenggelam menjadi seperti selut yang mendap di loji pembersihan air sebelum dipam ke limbahan. Err.. bercakap tentang loji pembersihan air, orang Selangor dah siap sedia ke nak pam air bawah tanah? Merasalah 'air  diamond' yer.. Hehe


Usaha Sabotaj Kerajaan Oleh Peniaga Dengan Menaikkan Harga.

Posted: 11 May 2013 12:31 AM PDT


Kalau jumpa peniaga jenis ini, disyorkan pukul beramai-ramai. Atau lebih lembut, ludah mukanya. Sama taraf mereka dengan peragut. Kalau peragut boleh sanggup dipukul orang ramai, kenapa mereka tidak? Baca tulisan blog sahabat di bawah:


CTS mendapati sudah menjadi kecederungan pihak-pihak tertentu cuba untuk menyalahkan Kerajaan akibat kenaikan harga barangan. CTS telah mendapati provokasi ini telah dilakukan dengan meluas oleh cybertroopers Pakatan Haram di laman-laman sosial, untuk menunjukkan inilah "hadiah" yang Rakyat Malaysia harus tanggung dengan memilih Barisan Nasional menerajui Kerajaan Persekutuan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/hati-hati-dengan-helah-peniaga-bangsa.html#yOWBK6x6k1aYHkce.99 

Zainuddin Maidin Tempelak Editor The Star

Posted: 10 May 2013 10:12 PM PDT

Zainuddin Maidin hari ini menghentam Ketua Editor Kumpulan akhbar The Star berhubung tulisan prejudisnya dalam mengulas tajuk akhbar Utusan "Apa lagi Cina mahu?".

Kali ini teman menyokong kata-kata Zainuddin Maidin yang menempelak Wong Chun Wai atas penulisannya yang masih meminta kerajaan jangan menyalahkan masyarakat Cina terus mengampu masyarakat Cina yang telah diberi banyak kelebihan sebelum ini.

Baca penulisannya di bawah dalam bahasa Inggeris.

THE PREJUDICE ATTITUDE OF THE STAR GROUP CHIEF EDITOR AGAINST UTUSAN MALAYSIA.

HAS THE GOVERNMENT UNDER NAJIB BEEN IGNORING CHINESE VOICE?

The Star can no longer hide its tendency to support the party it favours , even to the despair of its journalism fraternity, when it blatantly accused Utusan Malaysia of being racist because of its headlines " Apa lagi Cina Mahu?' (What More Do The Chinese Want?).

By having a newspaper cutting of Utusan Malaysia on its feature page, and not even mentioning it in the article, with the title  Win Them Over, Dont Blame Them, on May 8, its Group Chief Editor Datuk  Wong Chun Wai  clearly shows his criticism against Utusan Malaysia.

More obvious when he wrote "There is no need for intimidating messages and reports, particularly those which smack of racism, whether via the social platform or traditional media…it does not augur well for the country when a mainstream Bahasa Malaysia daily took on a racial slant in its edition yesterday".

He also said that  "in a highly charged political atmosphere, racial remarks can be easily magnified and such foolishness should be avoided."

Datuk Wong is not being fair and balanced, but is bias and prejudice because he did not point at the Chinese newspapers  which have long been publishing  news and articles that contradict provisions in the Federal Constitution , in fact seditious in nature. (If Datuk Wong wants the newspaper cutting, I can give it ).

Datuk Wong should have given serious consideration before voicing his opinion so as not to be seen as only seeing Utusan Malaysia's mistakes. As an editor of an English newspaper, which is read by all races, Datuk Wong should be open minded in tandem with his pursuit for media freedom and not controlled by his political affiliation and racism.

Who is the idiot? Utusan Malaysia? its Chief Editor Datuk Aziz Ishak ? the Malay voice? Is this the opinion of a Chinese Chief Editor of a newspaper or DAP or the Chinese community towards the Malays.

Utusan Malaysia has a long history on its struggle, which began more than 70 years ago. It was the people's voice for independence beginning in Singapore with the nationalists, socialists and now the voice of Malaysians who are committed to the  Federal Constitution? The voice that places importance on pursuing its struggle than monetary gains. Is this noble and daring voice, the voice of an idiot.

What Wong has done is unethical, for directly criticizing another newspaper which does not share its policy, where Utusan Malaysia, in its news reports and features on the anger of its readers against The Star over matters which are sensitive  to the Malays, has never mentioned its name, but only referred to it as an English newspaper.

I used to criticize The Star for publishing a report by a royalty who insulted UMNO, but Utusan did not name the paper. This is the journalism fraternity which is not written.

The Star, which sympathises with the opposition before the 2008 tsunami, no longer hides when referring to Utusan Malaysia, when it is criticized by the Chinese community. (If Datuk Wong wants the cutting, I have it).

I do not deny that The Star is balanced in the reporting of its news and features, but there is no mission and commitment by The Star in championing national policies which are also supported by MCA.
Bacaan lanjut : KLIK SINI

Marilah Mari Berdemonstrasi

Posted: 10 May 2013 08:02 PM PDT



Mari lah mari 
Berdemonstrasi
Jangan lupa kewajipan 
Pada Juburi


Mari lah mari 
Berdemonstrasi
Jangan lupa kewajipan 
Pada Juburi


Al Juburi telah tiba
Kekalkan demonstrasi
Bila saja ada rasa
Tak puas hati

Marilah kita semua
Kekalkan demonstrasi
Tinggalkan sementara
Anak dan isteri


Mari lah mari 
Berdemonstrasi
Jangan lupa kewajipan 
Pada Juburi


Mari lah mari 
Berdemonstrasi
Jangan lupa kewajipan 
Pada Juburi



Dua Samseng Rasis Didakwa Di Mahkamah

Posted: 10 May 2013 06:00 PM PDT


Bila sudah diheret ke mahkamah, barulah merayu dipertimbangkan anakbini. Dua rasis biadap yang bertindak samseng ini kecut telur setelah didakwa di mahkamah kerana melakukan rusuh ke atas sebuah bas yang dituduh membawa pengundi hantu. Sendiri perangai serupa hantu. Bodoh.


Dua lelaki didakwa pecah cermin bas pada hari mengundi


KLANG 10 Mei - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan terlibat dalam rusuhan yang melibatkan perbuatan memecahkan cermin sebuah bas di Pandamaran pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Yap Kwee Heng, 37, yang bekerja sebagai juruteknik didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin bas milik City Liner Sdn. Bhd. bernombor pendaftaran BKF 6758 dan menyebabkan kerugian dianggarkan RM5,000.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga menghadapi tuduhan kedua bersama-sama seorang peniaga barangan sembahyang, Lim Song Kuan, 32.

Mereka berdua bersama beberapa orang lain yang masih bebas didakwa berada dalam rusuhan tersebut dan memiliki topi keledar serta besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin bas berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Jalan Mesra, Pandamaran di sini pada pukul 4.30 petang, 5 Mei lalu.

Bagi tuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan.

Peguam bela R. Ramesh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan yang lebih rendah memandangkan kedua-dua tertuduh masing-masing menanggung isteri dan tiga anak.

Majistret Maslina Mohamed kemudian menetapkan jaminan RM5,000 terhadap Kwee Heng dan RM2,000 terhadap Song Kuan masing-masing dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Jun ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130511/ma_02/Dua-lelaki-didakwa-pecah-cermin-bas-pada-hari-mengundi#ixzz2SvRC6Pww
© Utusan Melayu (M) Bhd 

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 11 May 2013 11:17 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Kenyataan Media Ketua Pemuda Seputeh @RazlanRafii #GE13

Posted: 11 May 2013 07:30 PM PDT

 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa bertindak tegas terhadap pihak yang melakukan fitnah yang boleh menjatuhkan imej badan berkecuali itu dalam menyelia perjalanan proses pilihan raya di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, fitnah tersebut jika berterusan dibimbangi memberi kesan negatif kepada SPR dan mungkin terhadap Kerajaan Persekutuan yang dituduh secara tidak langsung terlibat dalam mengawal segala tindakan SPR.

Katanya, sikap berdiam diri SPR bakal memburukkan lagi keadaan semasa dan tanggapan terhadap kelemahannya akan terus dipersoalkan, dijaja serta diragui oleh rakyat.

"Sehubungan itu satu tindakan tegas harus diambil bagi membendung gejala tidak sihat ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tohmahan dan tuduhan tidak berasas yang banyak disebarkan di laman sosial terhadap SPR.

Tambah Mohd Razlan, pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diibaratkan seperti rumah yang sudah siap tetapi pahat masih berbunyi.

"Rakyat menggunakan pelbagai medium untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13, ada yang berpuas hati dan ada sebilangan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya itu," katanya.
 

Isu GST: Macai PR Kekal Bodoh Sampai Mati!!! #GE13 #TolakPR #BetterNation

Posted: 11 May 2013 05:30 PM PDT


MP Bandar Tun Razak Dipilih Rakyat Hanya Untuk Tidur sahaja #GE13 #BN4WP

Posted: 11 May 2013 05:00 AM PDT


Kejadian kebakaran di Taman Ikan Emas Bandar Tun Razak mungkin boleh dijadikan iktibar walaupun kita hanyalah rakyat biasa tapi kadang-kadang kita adalah lebih diperlukan oleh rakyat daripada Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Kejadian kebakaran ini melibatkan 14 buah rumah dan menyebabkan lebih kurang 200 orangkehilangan tempat tinggal.



Walaupun Bandar Tun Razak bukanlah dibawah pentadbiran Barisan Nasional namun ternyata dalam kejadian kebakaran tadi yang terawal turun dan menghulurkan bantuan fizikal adalah Barisan Nasional Bandar Tun Razak. Turut sama membantu adalah Calon BN Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng, Pengarah Jentera BN BTR merangkap Ketua Pemuda Bahagian BTR, Datuk Rizalman Mokhtar serta bekas MP BTR, Datuk Seri Tan Chai Ho.



Malang sekali apabila wakil rakyat yang telah dipilih dan disambung kontraknya sebagai wakil rakyat oleh rakyat di BTR, Khalid Ibrahim tidak nampak pula batang hidungnya membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.


Biarpun BN tewas di BTR namun BN dan UMNO tetap menjadi JUARA RAKYAT di Bandar Tun Razak.



SP: BN dan UMNO Terus menjuarai Rakyat!!



Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 11 May 2013 01:32 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


PANASSS...!!! TAKTIK KOTOR PUAK-PUAK CINA SELEPAS PILIHANRAYA TERBONGKAR?

Posted: 11 May 2013 04:28 AM PDT


Tiba-tiba pemimpin pakatan pembangkang dan para penyokong mereka pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) begitu mengambil berat tentang apa yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Sedangkan, tanpa berselindung umum telah mengetahui selama ini, pakatan pembangkang memboikot, menghentam, mencaci, memaki, memberi nama-nama panggilan menghina dan terus-menerus memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Natijah daripada taktik mereka itu selama ini ada dua. Pertama, semata-mata supaya rakyat terpengaruh dengan dakyah jijik mereka untuk tidak mempercayai Utusan Malaysia walaupun berita dilaporkan benar dan betul.

Kedua, mereka mahu paksa Utusan Malaysia menutup mulut, mendiamkan diri dan ketakutan untuk mengkritik serta membongkar segala penipuan mereka.

Taktik dan agenda mereka sejak sekian lama itu tidak ubah seperti apa berlaku di sebuah negara jiran. Akhbar-akhbar disaman ratusan juta dolar, sehingga akhirnya semua akhbar dan media di negara itu diam seribu bahasa, tiada lagi kebebasan bersuara.

Selasa lalu, dengan tajuk Utusan Malaysia, Apa lagi Cina mahu? sebagai mengupas tsunami undi Cina yang memihak kepada DAP dalam PRU-13, pemimpin cauvinis pembangkang nampaknya seperti cacing kepanasan.

Semudah mereka menabur fitnah kepada kerajaan selama ini, semudah mereka mencerca serta melabel itu dan ini kepada Utusan Malaysia dan media arus perdana lain, maka semudah itu juga lidah tak bertulang mereka menuduh Utusan Malaysia rasis.

Renungkan sejenak. Akhbar Utusan Malaysia yang selama ini kononnya tidak boleh dipercayai oleh mereka, tiba-tiba mereka sendiri kembali mempercayainya. Rupa-rupanya Utusan Malaysia sangat mengesankan buat mereka!

Mereka menguar-uarkan kepada penyokong dengan pelbagai kenyataan menghentam Utusan Malaysia. Respons mereka itu sangat pelik dan menghairankan. Mereka memberi reaksi pantas terhadap akhbar yang dilabel macam-macam terutama yang 'tidak dipercayai' itu.

Reaksi terbaru pembangkang kepada Utusan Malaysia itu mengingatkan penulis kepada kata-kata seorang pemimpin tinggi kerajaan ketika ditemui di Putrajaya beberapa bulan lalu. Kata beliau:

"... percayalah, realitinya, mereka (pembangkang) hentam Utusan Malaysia, boikot Utusan Malaysia, saman Utusan Malaysia hanya kerana satu sebab. Sebabnya Utusan Malaysia sangat berpengaruh di seluruh negara terutama dalam kalangan orang Melayu. Ya, sangat berpengaruh.

"Disebabkan pengaruh besar dan kuat Utusan Malaysia itulah, mereka sangat takut kepada Utusan Malaysia, mereka buat macam-macam supaya Utusan Malaysia tutup mulut, akhirnya nanti dapat menamatkan ketakutan mereka.

"Secara psikologinya, mana mungkin mereka buat macam-macam kalau Utusan Malaysia tak berpengaruh. Banyak akhbar yang hentam pembangkang terang-terang tapi mereka tak ambil kisah. Sebab apa? Sebab pengaruh akhbar-akhbar tersebut tak sekuat dan sehebat Utusan Malaysia, jadi mereka tak takut akhbar lain.

"Perjuangan Utusan Malaysia sejak 1939 di landasan yang betul dan benar. Teruskan berjuang untuk bangsa, agama dan negara."

Berbalik kepada isu pokok, laporan muka depan Utusan Malaysia jelas disensasi, dimanipulasi secara tidak beretika serta dibaca secara salah oleh media bukan Melayu dan pemimpin cauvinis pembangkang.

Kenapa penulis kata begitu? Pertama, tajuk Apa lagi Cina mahu? itu sendiri satu soalan atau pertanyaan. Ia langsung tidak berunsur atau tidak melambangkan rasis, kecuali tajuk itu ditambah "... daripada orang Melayu?" di hujungnya.

Bukan media Cina atau pemimpin pembangkang tidak faham apa itu rasis. Mereka juga sedar tajuk itu secara akademiknya tidak melambangkan unsur rasis.

Kecualilah kalau memang mana-mana individu terutama para cauvinis tersebut sudah mematikan pintu hati, akal dan fikirannya sejak dulu untuk mengatakan rasis kepada apa sahaja pandangan jika ia datang daripada pihak yang tidak sealiran mereka.

Melabel orang itu dan ini atau pihak itu dan ini rasis sangat mudah. Takkan menyebut atau menulis perkataan Cina atau huruf C.I.N.A itu pun dianggap rasis? Kalau begitu banyak borang, dokumen, risalah dan bahan bertulis yang perlu dibuang atau dipadam kerana rasis. Nama sekolah Cina pun perlu ditukar kerana tulisan itu rasis.

Untuk merasionalkan pandangan songsang pembangkang, di media-media sosial, mereka sengaja tampilkan pendapat ahli akademik yang sealiran mereka untuk menyokong fahaman bahawa Utusan Malaysia rasis. Sudah tentu pendapat mereka bias, memihak kepada pembangkang.

Hakikatnya, Utusan Malaysia dalam berita penuh berkaitan di muka 6 (8 Mei lalu), jelas dan terang ia mempersoal tindakan pihak pembangkang terutama para cauvinis itu yang enggan menerima kekalahan dalam PRU-13 sebaliknya merancang malah telah pun memulakan gerakan memprotes keputusan pilihan raya umum itu.

Laporan itu secara adil mengakui, bahawa undi Cina sudah diberi kepada DAP yang memenangi 38 kerusi dalam PRU-13, jadi apa lagi orang Cina mahu sehingga merancang protes termasuk silent walk untuk membangkitkan rasa tidak senang rakyat.

Malahan, dalam laman Facebook dan Twitter pelbagai kenyataan provokasi dilakukan berhubung protes terhadap keputusan PRU-13. Laporan berita itu juga menyatakan bahawa tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan. Jadi, tidakkah berita itu bersifat adil dalam persoalan yang diutarakan?

Selain itu, selain Utusan Malaysia, Barisan Nasional (BN) juga memang wajar membangkitkan tsunami undi Cina kepada DAP. Ini kerana, setelah pelbagai usaha dilakukan BN untuk memenangi hati orang Cina di Malaysia dengan pelbagai keistimewaan dan projek-projek, akhirnya mereka tidak hargai langsung jasa dan budi BN itu.

Jadi, BN memang berhak malah selayaknya mempersoalkan orang Cina. Ini bukan soal rasis atau tidak rasis. Tetapi ini soal hala tuju dan kelangsungan perjuangan politik BN selepas ini.

Kalau memang orang Cina tidak mahu mengundi BN, apa justifikasi bagi BN sebagai sebuah parti politik untuk terus membela orang Cina secara habis-habisan berbanding kaum lain yang menyokong parti itu?

Pasca PRU-13 ini, BN ternyata tidak mendapat undi Cina, ia beralih sebahagian besarnya kepada DAP. Oleh itu, secara hakikinya, BN berhak mengatakan bahawa sepanjang penggal ini, biarlah DAP yang meneruskan perjuangan membela orang Cina kerana kaum itu terang-terang menolak BN.

Adakah salah untuk BN berkata begitu? Penulis fikir tidak salah untuk Utusan Malaysia mahupun BN berkata begitu, kerana hakikatnya orang Cina telah menolak BN, itu fakta yang tidak boleh dinafikan.

Manifesto atau aku janji BN yang dilancarkan sebelum PRU-13 mempunyai prasyarat iaitu kalau BN diundi dan diberi mandat. Nampaknya, orang Cina tidak memberi undi dan tidak memberi mandat kepada BN, jadi apakah risikonya? Sama-sama kita jawab sendiri.

Seperti mana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sebelum ini, sesiapa yang dikenal pasti tidak mengundi atau menyokong pakatan pembangkang, telah dipinggirkan daripada bantuan atau projek-projek kerajaan negeri. Mereka yang memulakan politik balas dendam.

Bagaimanapun, sebagai parti yang sangat matang, berpengalaman dan penuh pertimbangan kewajaran, BN sudah pasti tidak melatah atau emosional untuk melupakan kaum lain selain Melayu yang memberi sokongan padu kepadanya dalam PRU-13. Sejarah membuktikan, BN tidak pernah mengamalkan politik dendam.

Kesimpulannya, dalam membincangkan secara mikro dan intrinsik, atau makro dan ekstrinsik yakni sedalam-dalamnya punca-punca kemerosotan undi kepada BN, sama ada oleh Utusan Malaysia mahupun BN sendiri, sudah pasti ia menemukan faktor penolakan orang Cina. Jadi, akan timbul soalan kenapa BN ditolak? Adakah soalan itu rasis?

Bebaskanlah pemikiran sempit yang melihat setiap perkara sebagai rasis, jangan terlalu terikut-ikut cauvinis kaum tertentu yang nyata rasis dan mudah tersentak lalu mengatakan orang lain rasis. Utusan Malaysia punya hak, BN juga selayaknya bersuara. - UM

Warna-warni politik
Torashah

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 11 May 2013 09:05 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Kabinet Perlu Cerminkan Semua Kaum

Posted: 11 May 2013 03:05 AM PDT

Pengikut