Rabu, 19 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 19 Jan 2011 11:32 PM PST

Peghelih La...


Lagi pemimpin diguling kerana isteri

Posted: 19 Jan 2011 08:24 PM PST

Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha.

Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog.

Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar.


Berita berkaitan:
Leila Trabelsi: Imelda Marcos of the Arab world
Leila Trabelsi, Former Tunisian First Lady, Family Despised By Nation

Tunisian President's Wife Leila Trabelsi Fled Country With 1.5 Tons Of Gold

Kunjungan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan Ketua Pemuda Pas Perlis

Posted: 19 Jan 2011 07:27 AM PST










Kunjungan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional dan Ketua Pemuda Pas Perlis ke atas mendiang Endin Sing ibu kepada Tan Ah Huat aktivis Pas / Pimpinan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Wat Machima Prasit, Jejawi Perlis pada 19 Januari 2011.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Posted: 19 Jan 2011 01:59 AM PST

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang," kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

Salam Perjuangan

Posted: 19 Jan 2011 11:32 PM PST

Salam Perjuangan


TETAP DEBAT!!!

Posted: 19 Jan 2011 08:05 PM PST

n12selinsing

Posted: 19 Jan 2011 09:15 PM PST

n12selinsing


FITNAH TERBARU DARI BLOGGER PRO UMNO

Posted: 19 Jan 2011 12:53 AM PST

19.01.2011 Rabu; Pagi tadi YB Husin dihubungi oleh wartawan dari Utusan Meloya bertanyakan kesahihan berita yang dibawa oleh blogger pro umno menyatakan bahawa YB Husin kemungkinan besar akan keluar PAS. berita tersebut boleh dibaca disini . YB Husin menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan memaklumkan bahawa isteri beliau telahpun menjadi ahli PAS dan akan membawa mertua beliau untuk menyertai PAS dalam masa terdekat ini. Ini bukanlah masanya untuk memikirkan keluar parti kerana jika betul ianya benar, kenapa tidak YB menerima tawaran wang ringit kerana YB pernah menerima tawaran RM 5 juta untuk bersama-sama UmNO ketika baru memenangi pilihanraya ke12 yang lalu.Ini jelas bahawa,isu YB Selinsing akan menyertai UmNo hanyalah propaganda UmNo sendiri untuk meraih simpati pengundi bagi menghadapi PRU 13.

YB Husin juga menyangkal tuduhan blogers pro UmNo tersebut yang menyatakan beliau pernah mengutuk Dato' Zaili Cha membeli Proton Perdana selepas beberapa bulan memenangi Pilihanraya 2004.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 19 Jan 2011 09:08 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


JALUR GEMILANG TETAP BERKIBAR DI PEKAN PARIT BAKAR MUAR

Posted: 19 Jan 2011 07:31 AM PST

JALUR GEMILANG KOYAK ?

BERITA HARIAN edisi Johor hari ini, Rabu 19 Januari 2011, menyiarkan berita tentang Jalur Gemilang yang dikibarkan di kawasan persendirian di Pekan Parit Bakar, Jalan Temenggong Ahmad, Muar.Tajuk berita berbunyi "Jalur Gemilang koyak jejaskan pemandangan".

Kawasan ini bersebelahan dengan Restoran JI dekat lampu isyarat Pekan Parit Bakar.Sejak sekian lama ia menjadi tempat Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera PAS dikibarkan.Di Pekan ini juga terletaknya Pusat Khidmat ADUN Maharani.


Jalur Gemilang tersebut telah berkhidmat sekian lama,berkibar bersama-sama bendera lain siang dan malam, panas dan hujan untuk menunjukkan bagaimana patriotiknya masyarakat di Pekan Parit Bakar khasnya.Pihak yang berkenaan menyedari Jalur Gemilang yang disanjung seluruh rakyat jelata telah dimamah usia.Bendera-bendera tersebut telah pun diganti dengan yang baru sebelum beritanya tersiar dalam Berita Harian hari ini.Terima kasih kepada ahli masyarakat yang perihatin. Marilah bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing sebagai tanda kecintaan rakyat kepada tanah air Malaysia.


Diharapkan pihak yang berkenaan dapat memastikan Jalur Gemilang yang dikibarkan dalam DUN Maharani khususnya dipasang mengikut aturannya dan sentiasa diperbaharui jika rosak.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah dihubungi oleh Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Muar memaklumkan tentang berita yang tersiar dalam Berita Harian pagi ini.Beliau memberitahu pegawai tersebut bahawa bendera tersebut telah pun diganti baru sebelum berita itu tersiar lagi.Terima kasih petugas-petugas kami yang sentiasa perihatin dan bertanggungjawab.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang diambil hari ini, 19 Januari 2011 (tiada bendera yang koyak)


Jalur Gemilang berkibar megah di samping bendera PAS
di dataran Parit Bakar.

Jalur Gemilang, bendera Negeri Johor dan bendera PAS
berkibar bersama.









Dataran Parit Bakar meriah dengan kibaran bendera sepanjang masa.


Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 19 Jan 2011 07:40 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Bersiap kw TENANG...umno pastinya tak tenang...

Posted: 18 Jan 2011 09:05 PM PST

Ihsan dari Blog al-qolam (Sdr. Mohamad Jan Sulong)
Entah apalah petandanya, sejak PM ke-6 menjawat jawatan tak sudah-sudah dengan pilihanraya kecil. Ada saja kes kematian ADUN. Ini bukan kebetulan, semestinya ada yang tersirat menjadi rahsia Allah SWT yang mengandungi berbagai hikmah di sebalik peristiwa pelik ini. Mungkinkah ianya sebagai isyarat perubahan landskap politik Malaysia PRU13? Mungkin tidak mustahil.

Kepada para pejuang Pakatan Rakyat tingkatkan usaha anda membela rakyat. Hari ini umno bn tidak seTENANG dulu, semoga bertemu di medan jihad. Bersama menegak kalimah Allah, kebenaran dan keadilan. Ubah sebelum parah!




Kuda perang jihad DUN Dusun Tua sedang dipersiapkan
oleh Komando Rahim untuk PRK N05 DUN Tenang.
Allah SWT berfirman :
انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم فى سبيل الله، ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون
"Keluarlah kamu (berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau pun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggugjawab), dan berjuanglah di jalan Allah dengan harta dan jiwa kalian. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui." (At-Taubah: 41).
Semoga kerja amal kita semua dipandu hidayah Allah SWT. Ampunkan dosa dan ketelanjuran kami sepanjang mendokong amanat-MU. Janganlah jadikan kekurangan, kelemahan dan kesilapan kami punca kemenangan Islam ditangguhkan. Mudah2an kami terpandu dengan hidayah dan mendapat bimbingan-MU ke arah keampunan. Amin...

Dr Azman Ibrahim

Posted: 19 Jan 2011 07:34 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Malang Bertimpa ADUN Katak

Posted: 18 Jan 2011 11:59 PM PST

Khianati amanah rakyat, tak buat kerja, keluar parti jadi ADUN bebas mesra BN, isteri tuntut fasakh, tak hadir sidang DUN akhirnya kerusi diistiharkan kosong. Nasib kamu lah Labi...

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diisytihar kosong

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri, Badrul Hisham, hadir persidangan selama enam bulan.

Mahkamah Tinggi Arah Bebaskan N Tharmendran

Posted: 18 Jan 2011 10:37 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan angkatan tentera membebaskan N Tharmendran daripada tahanan di Kem Batu Cantonment.

Hakim, Datuk Su Geok Yiam dalam penghakimannya berkata angkatan tentera gagal mematuhi peraturan yang sewajarnya selepas menahan sarjan tentera udara itu pada 25 November tahun lalu.
Katanya ketika membacakan keputusannya berhubung permohonan habeas corpus Tharmendran, angkatan tentera tidak mengikuti peraturan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972.

Menurut Hakim, tindakan angkatan tentera menangkap Tharmendran semula atas alasan tidak hadir bertugas adalah sah, namun mereka gagal membawanya ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam, seperti yang digariskan oleh Akta Angkatan Tentera.Tharmendran akan dibebaskan di Kem Batu Kentomen serta merta selepas writ habeas corpus itu dikemukakan oleh mahkamah.

Thamendran yang dilepaskan dengan jaminan selepas tidak mengaku salah terhadap tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat pejuang F-5 TUDM di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tahun lalu, ditahan TUDM selepas dikatakan gagal melapor diri untuk bertugas sebaik dilepaskan.

Dalam permohonan habeas corpus yang difailkan pada 26 November lalu, Tharmendran berkata penahanan dan penangkapannya pada 25 November lalu adalah tidak berasas, salah dan tidak sah mengikut undang-undang dan bersifat jahat.

Dalam afidavit sokongannya, Tharmendran mendakwa penahanan itu tidak mengikut undang-undang kerana dia adalah orang awam dan tidak lagi berkhidmat dengan TUDM sejak 28 Mei tahun lalu.

Satu lagi episod dalam tragedi yang memalukan negara. Bagaimana enjin sebuah pesawat pejuang yang biasanya berada di zon keselamatan tinggi boleh hilang dan muncul di Amerika Selatan. Bagaimana pula seorang anggota tentera yang cuma berpangkat sarjan (secara hierakinya tidak berpendidikan tinggi) mempunyai kemahiran dan kecekapan menembusi pelbagai lapis kawalan keselamatan sempadan sehingga enjin yang didakwa oleh Zahid Hamidi cuma bernilai RM300 ribu lebih dan bukannya jutaan ringgit seperti yang dicanangkan oleh media mampu dihantar sehingga ke Uruguay!

Amat malang kalau sekiranya sarjan yang tidak bernasib baik ini dijadikan kambing hitam untuk melindungi pegawai atasan yang sebenarnya terlibat. Apa pun keputusan habeas corpus sekurang-kurangnya memberi kelegaan sementara kepada Tharmendran dan keluarganya. Syabas Hakim Datuk Su Geok Yiam atas keputusan yang berani ini.

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Jan 2011 07:28 PM PST

Rembau Hari Ini


British prihatin nasib Melayu miskin lebih dari Umno

Posted: 18 Jan 2011 08:11 PM PST


Nenek Hasnah ditawarkan pampasan RM98,000 untuk tanah dan rumahnya di Rembau yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi berkembar. Mana nak dapat tanah yang luas dan rumah dengan RM98,000? Sesiapa yang boleh dapat tanah dengan rumah RM98,000 sila bantu nenek Hasnah. Penjajah British pun lebih prihatin terhadap Melayu yang merempat. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu yang dideraf oleh British, tanah seekar jika diambil kerajaan, mesti diganti dengan seekar. HIDUP MELAYU? RAKYAT DIDAHULUKAN? UNTUK SIAPA?


BRITS CARED MORE FOR POOR MALAYS THAN UMNO'
Zefry Dahalan – Free Malaysia Today
January 19, 2011

Rembau MP Khairy is urged to be responsible and attend personally to the need of an 80-year-old resident.

REMBAU: The British colonial government was more concerned about the plight of poor Malays compared to Umno, said an opposition leader.

Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin made the accusation after coming to learn about the plight of an 80-year-old resident in Kampung Halt Chembong here.

The resident, Hasnah Latif is upset with the amount of compensation she has received from the government, claiming that it is well below market value.

Hasnah's land and house is among the 40 houses in the village which have to make way for the double railway track project from Seremban to Gemas which passes through the district of Rembau and Tampin.

Hasnah claimed that the RM98,000 compensation is not sufficient for her to buy a plot of land and build another new house.

"From day one, I insisted that I don't want money and I told the staff at the Rembau parliament service centre to please replace my land and house, but this did not happen," she said.

Malay reserve land

Meanwhile, Badrul said the affected land is called "Tanah Adat" in Negeri Sembilan which is equivalent to the Malay reserve land.

"According to the Tanah Melayu Constitution that was drafted by the British, it's clearly written that any Malay reserve land that is developed must be replaced with the same amount of land.

"This means that if you take one acre, you must replace with one acre. This rule was enforced by the British to safeguard the rights of poor Malays who lived in kampongs at that point of time.

"In this context, I think the British were more concerned about the rights of poor Malays than Umno which claims to champion the race," he added.

Badrul also lambasted Rembau MP Khairy Jamaluddin's personal assistant, who purportedly told Hasnah to ask the PKR leader for compensation.

"She informed me that the PA told her that if she is not happy with the compensation, 'ask Badrul for a few hundred thousand ringgit'," he said.

"What kind of mentality does this man have mocking the old lady with such words. I urge Khairy as the Rembau MP to be responsible and attend personally to this problem," he added.

Badrul said he was told by the residents of the kampung that three different private real estate valuation companies gave a quotation of RM248, 000 for the land and the house.

"But the valuation by the parties developing the kampung land for the double railway track is just RM121, 000 in total," he added.

Meanwhile, Rembau PAS chief Mohd Taufek Abdul Ghani, who also visited Hasnah promised to raise matter during the state assembly sitting in April.

"This clearly shows that Umno-Barisan Nasional is not really concerned about the people," said the Paroi assemblyman.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/19/brits-cared-more-for-poor-malays-than-umno/

PAS LENGGONG

Posted: 19 Jan 2011 07:18 PM PST

PAS LENGGONG


Kenapa Najib Takut

Posted: 18 Jan 2011 09:21 PM PST

Kalau kajian isis dibawah adalah tepat? kenapa harus Najib menolak debat dengan DSAI?
Barangkali KP ISIS itu sekadar pengampu sahaja. Sanggup dia mencemarkan status Drnya.

Malaysia bankrap jika laksana program Buku Jingga?
Harakahdaily

Dalam laporan berita Utusan Malaysia bertarikh 13 Jan 2011, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata bahawa Program 100 Hari Pakatan Rakyat akan hanya menghancurkan ekonomi negara kerana tidak menyumbang sebarang kebaikan terhadap pertumbuhan ekonomi.[1]

Kritikan beliau berasaskan tiga perkara, iaitu: 1) Program tersebut semata-mata bersifat agihan dan tiada usaha untuk mencambah ekonomi; 2) Subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali; serta 3) Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat perbandingan terperinci dengan mendalami Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk meneliti kritikan-kritikan tersebut. Secara kesimpulannya, KPRU berpendapat bahawa ketiga-tiga hujah yang menjadi asas kritikan ISIS adalah songsang dan tidak berasas.

Program 100 Hari Pakatan Rakyat bersifat agihan


Berdasarkan Buku Jingga yang bertajuk Agenda Pakatan: Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan, dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama.[2]

Program 100 Hari Pakatan Rakyat hanya merupakan permulaan kepada reformasi tersebut yang berasaskan Dasar Bersama. Dasar-dasar pertumbuhan ekonomi yang lebih luas disebut dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menyentuh ekonomi berprestasi tinggi, berkemahiran tinggi, ekonomi telus, desentralisasi dan pengupayaan pengurusan ekonomi negeri, tenaga kerja dan lain-lain.[3]

Maka Program 100 Hari Pakatan Rakyat merupakan program konkrit yang bakal (atau mula) dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat, dan sebab itu adalah kurang adil jika program 100 hari didakwa bersifat agihan dan tidak mengutamakan perkembangan ekonomi. Sebagai sebuah badan pemikiran bersejarah, ISIS seharusnya memahami bahawa dasar pertumbuhan memerlukan pembaharuan dan transformasi berbentuk struktur yang berjangka panjang, malah program 100 hari adalah sekadar permulaan kepada agenda reformasi ekonomi politik Pakatan Rakyat.

Malaysia akan muflis jika melaksanakan Program Pakatan Rakyat

Kedua, ISIS juga menuduh bahawa dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat, subsidi dberikan secara besar-besaran sehingga Malaysia mengalami hutang yang besar seperti Greek dan Itali. Untuk membuat perbandingan, nisbah hutang isi rumah dan hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Greek, Itali dan Malaysia telah diberikan seperti yang berikut:



Definasi bankrupsi bagi sesebuah kerajaan adalah apabila hutang kerajaan tersebut telah melepasi KDNK (nisbah melebihi 100%) dan tidak mampu menjelaskan hutang bon. Greek berada dalam risiko bankrupsi apabila pemegang bon bimbang bahawa kerajaannya tidak dapat menjelaskan hutang bon bernilai AS$23 bilion yang matang pada April dan Mei 2010.

Situasi Malaysia jauh berbeza berbanding dengan situasi Greek. Hutang kerajaan Malaysia berada pada paras 53.7%, manakala hutang Greek dan Itali mencecah 126.8% dan 116% masing-masing. Penambahan RM19.2 bilion ataupun 3.68% daripada KDNK tersebut tidak akan mengakibatkan Malaysia muflis.

Lagipun, punca utama krisis hutang Greek adalah disebabkan korupsi dan rasuah, yang mana juga diperakui oleh Perdana Menterinya George Papandreou. Dalam Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan Greek adalah pada tangga ke-78, lebih teruk daripada Malaysia yang menduduki tangga ke-56.[10]

Maka kita boleh menyatakan bahawa, walaupun tadbir urus dan pengurusan kewangan kerajaan Malaysia adalah semakin teruk, tetapi adalah kurang bertanggungjawab jika kita membuat kesimpulan secara tergesa-gesa bahawa Malaysia akan muflis jika melaksanakan pakej 100-hari tersebut yang hanya akan membelanjakan RM19.2 bilion. Lebih-lebih lagi, seperti apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen UMNO Johor Bahru Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, kerajaan BN masih gagal menjelaskan ketirisan dan kebocoran berjumlah RM28 bilion yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.[11] Jika RM28 bilion ketirisan ini dapat dijimatkan, kerajaan masih dapat menikmati lebihan sebanyak RM8.8 bilion selepas pelaksanaan Program 100 Hari Pakatan Rakyat,

Menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta


Menyentuh kritikan ISIS terakhir bahawa Dasar Pakatan Rakyat menyerahkan pengurusan ekonomi kepada kerajaan dan menolak sektor swasta, KPRU berpendapat bahawa sebenarnya Dasar Bersama Pakatan Rakyat amat mengutamakan daya saing negara, malah juga bertekad merancakkan pelaburan tempatan dan menjana permintaan domestik yang kukuh serta menggamit pelaburan asing langsung yang berterusan agar menjadikan ekonomi Malaysia berdaya maju.[12]

Apa yang ditolak dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah penswastaan yang membebankan rakyat, struktur subsidi yang menguntungkan kroni dan korporat besar, sistem tender yang tidak adil, telus dan terbuka, serta sistem cukai yang regresif. Maka Pakatan Rakyat bukan menyerahkan segala pengurusan ekonomi kepada kerajaan tetapi sekadar mengembalikan peranan kerajaan yang sebenar (reinstate the role of the government) sementara merombak semula sistem sedia ada yang mengekang pertumbuhan sektor swasta.

KESIMPULAN

KPRU berpendapat bahawa ISIS harus mengkaji Dasar Bersama dan juga Program 100 Hari Pakatan Rakyat secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membawa hujah dan membentangkan kenyataannya. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sebuah badan pemikiran yang berwibawa membuat dakwaan secara suka hati dan tidak berasaskan fakta dan analisa konteks program tersebut.

Dakwah PAS yang terbuka.

Posted: 18 Jan 2011 09:14 PM PST

Isteri Lee Kuan Yew meninggal Tok Guru Ziarah. Keluarga Sosilawati Tok Guru Ziarah. Keluarga Kugan Tok Guru Hantar sumbangan dan simpati.
PAS berdakwah bukan sahaja kepada yang hidup malah kepada yang telah pergi. Bagi keluarga yang telah meninggal PAS ziarah dengan harapan keluarga itu bersabar.
Sebaliknya umno tidak begitu.

Fan Yew Teng kawan PAS
Subky Latif

PADA malam 5 Januari 2011 lalu saya hadir dalam satu majlis khas memperingati mendiang Fan Yew Teng anjuran DAP pusat di Dewan YMCA Kuala Lumpur.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, Dr. Chen Man Hin, Pengerusi DAP Karpal Singh antara yang hadir. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjadi orang pertama dari sebaris orang kenamaan kenalan mendiang Fan memulakan kata-kata kenangan terhadapnya sebagai seorang perwira negara terbilang yang hidupnya amat sederhana.

Fan meninggal dalam usia 68 tahun di Bangkok awal Desember lalu kerana mengidap sejenis penyakit kenser. Dia adalah seorang pimpinan muda DAP sejak awal menjadi MP termuda pada tahun 1969 seangkatan dengan Lim Kit Siang, Lee Lam Thye yang sudah tidak ada dalam DAP dan Goh Hock Guan, Setiausaha Agung DAP yang kedua yang juga hilang dari politik.

Entah mengapa Fan yang pernah memangku Setiausaha Agung DAP semasa Lim Kit Siang ditahan di bawah ISA telah terpisah dari DAP menyertai beberapa NGO menentang perang Amerika dan imperialis di mana-mana di dunia. Dia membela semua orang yang tertindas dari setiap agama dan bangsa.

Tetapi hujung 90an dia kembali ke dalam DAP dan mati sebagai seorang DAP.

Saya adalah antara orang PAS yang dijemput untuk memberi kata-kata penghormatan kepada Fan kerana saya kenal dia sejak dia mula menjadi Ahli Parlimen.

Saya kenal Fan sebagai antara orang Cina yang menjadi kawan kepada PAS sejak orang bukan Melayu masih takut kepada PAS dan dia muncul di majlis PAS ketika PAS menghadapi kesukaran untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat bukan Islam.

Kemudian apabila PAS memperkenalkan sisipan bahagian Inggeris Harakah, maka Fan menjadi kolomnis yang setia. Sehingga setahun lalu tulisannya tidak ada lagi dan saya tidak tahu mengapa. Saya tidak tahu tentang keuzurannya. Saya tahu dia pulang menghadapi Tuhan apabila membaca tulisan Lit Kit Siang mengenanginya di Harakah.

Usaha awal PAS untuk mendekati masyarakat bukan Islam awal tahun 80an, Fan sudah tidak ada dalam DAP. PAS Wilayah Persekutuan menganjurkan beberapa seminar mengenai Islam dan perundangannya di Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur Fan sering hadir sebagai pembentang kertas kerja dan peserta yang aktif.

Ketika itu PAS pantang bertemu dengan DAP. Sebarang kerjasama PAS dan DAP amat sensitif. PAS amat takut menemui DAP kerana ia akan menjadi momokan besar Umno yang sukar dipatahkan. Bahkan DAP pula tidak berani mendekati PAS kerana ia akan menjadi modal besar MCA yang menyulitkan DAP.

Maka Fan Yew Tenglah orang yang berani hadir ke tengah orang PAS. Sejak itu saya menyarankan untuk berbincang dengan DAP. Kedau-duanya tidak bersedia. Yang bersedia ialah Fan yang memimpin sebuah parti kecil serpihan DAP yang dikenali SDP.

Saya bertemunya beberapa kali di Ipoh bagi mengadakan persefahaman pilihan raya menjelang PRU 1986. Selepas itu dia tidak meneruskan politik partinya itu tetapi tetap cergas dalam NGO menentang kezaliman.

Ada yang memberitahu saya Fan mempelajari banyak aspek kemurnian Islam terutama keadilannya. Dalam ucapan dan tulisannya selalu memetik aspek keadilan Islam sebagai mana yang acap dibuat oleh pimpinan muda DAP sekarang termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Sehingga ada yang menyangka Fan mungkin menganut Islam dan ramai yang mengenalinya mengharapkan dia bertukar agama.

Tetapi kami tidak dapat mengubah kepercayaan seseorang. Hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian.

Pada PAS kalau Fan tidak boleh menjadi Islam, kita sudah cukup gembira dia menjadi kawan kepada orang Islam dengan menjadi seorang yang cenderung dan berfikiran Islam. Adalah satu rahmat kalau semua Malaysia boleh menjadi Islam. Tetapi ia suatu yang tidak dapat difikirkan. Kita sudah bersyukur kalau rakyat seperti Fan menjadi kawan kepada Islam sebagai rakyat yang berfikiran Islam di samping mempunyai pegangan agama sendiri.

Fan adalah rakan yang memulakan kecenderungan itu dan sekarang orang bukan Islam yang menjadi kawan kepada PAS berada di mana-mana dalam masyakat kita. Orang yang menjadi kawan PAS itu adalah kawan Islam.

Muafakat berkawan antara PAS dan DAP yang payah dipecah oleh musuh politik mereka sekarang adalah satu sambutan menggalakkan yang dimulakan dengan penglibatan Fan lebih 20 tahun dulu.

Penampilan awal Fan itu dapat saya kira sebagai penampilan DAP menjadi kawan PAS yang setia. Maka pemergian Fan dalam suasana PAS dan DAP sedang meningkatkan setiakawannya adalah satu kehilangan yang besar.

DS Nizar di Parlimen Lenggong semalam

Posted: 18 Jan 2011 09:09 PM PST


Bermula dengan program muslimat
seterusnya pembukaan cawangan PAS di Lata Papan
Bersama pengundi cina di Ayer Kala
Ceramah di Air Ganda

memperjelaskan kepada rakyat pembohongan dan penipuan umno kepada rakyat.
Rakyat perlu bangun dan menolak umno-bn.

DUN CHINI

Posted: 19 Jan 2011 07:17 PM PST

DUN CHINI


DUN TENANG

Posted: 19 Jan 2011 10:40 AM PST

Klik pada gambar untuk melayari Facebook Dun Tenang



Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 19 Jan 2011 05:54 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Bersamamu - Adik Ini Menderita Penyakit Kepala Berair

Posted: 19 Jan 2011 02:47 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Jan 2011 05:51 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


SAH PARTI 'KITA' CENDERONG KEPADA BN

Posted: 19 Jan 2011 12:22 AM PST

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Perlancaran penubuhan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) oleh pemimpin tertingginya Datuk Zaid Ibrahim, yang dijenamakan semula daripada Akim menunjukkan yang parti ini suatu hari akan cendorong kepada BN apabila kelihatan beberapa wakil dari parti tersebut serta parti kompenannya.

Antara wajah-wajah lain signifikan kelihatan pada majlis pelancaran yang dihadiri sekitar 500 orang ialah Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas, Ahli Parlimen PKR N. Gobalakrishnan yang baru-baru ini menerima surat tunjuk sebab, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim dan beberapa pemimpin dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Maju Sabah (Sapp) serta jemputan negara asing. Namun tiada wajah-wajah daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Dalam ucapan dasarnya yang disampaikan dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris, Zaid (gambar) menggariskan janji-janji yang kelihatan ideal dan romantik bahawa Kita akan menggerakkan pembaharuan politik di Malaysia sambil mewujudkan kembali semangat merdeka yang dimimpikan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Zaid yang sebelum ini menganggotai Umno dan PKR, kini mengetuai Kita atau nama penuhnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, yang dijenamakan semula daripada Akim.

Beliau juga berjanji untuk menggunakan platform baru itu untuk memulihkan perpaduan nasional sedangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hanya membawa perjuangan untuk menjatuhkan satu sama lain.

Zaid menjadi ketua Kita pertengahan bulan lalu selepas menghantar surat keluar PKR November lalu.

Akim mengadakan mesyuarat agung luar biasa pertengahan Disember, sekali gus membolehkan Zaid dilantik sebagai ketua mereka.

Ketika itu Zaid berkata, jawatan lain dan perlembagaan baru parti akan diumumkan dalam satu mesyuarat parti akan diadakan pada hari ini.

Kita mahu berperanan sebagai parti nasional dan mempunyai ahli berbilang kaum, kata Zaid.

DEBAT LA POK JIB.. LAMA DOH TOK TGK NUAR DEMAM

Posted: 18 Jan 2011 11:50 PM PST

DATO' SERI NAJIB JANGAN HAMPAKAN RAKYAT UNTUK BERDEBAT DENGAN ANWAR IBRAHIM
(19 Januari 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Dato' Seri Mohamad Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia agar menerima pelawaan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan beliau mengenai 'Janji 100 hari Pakatan Rakyat'. Debat ini penting bagi melihat hujah dan fakta yang dilontarkan antara Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen.

DPPWP merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan selama ini terhadap rakyat.

Zaman sekarang adalah zaman rakyat mahukan maklumat tepat dan bebas. Berdebatan adalah amalan biasa di negara maju antara pemimpin politik bagi menerangkan dasar negara dan membuktikan siapa yang mampu memberikan khidmat terbaik untuk rakyat. DPPWP yakin, dengan perdebatan secara akademik, sihat, bernas, terbuka dan matang akan mampu membentuk budaya pemikiran positif dari kalangan rakyat Malaysia. Lagipun isu ini adalah penting yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Membidas melalui akhbar dan media rasmi negara tidak mampu memberikan jawapan tepat mengenai isu ini. Sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah diberikan ruang dan peluang yang sama di media bagi menjelaskan janji mereka. Perdana Menteri seharusnya bersemuka dengan Anwar Ibrahim dalam ruang debat terbuka untuk membuktikan kebenaran.

Pastinya Perdana Menteri mempunyai maklumat yang lengkap dan mampu berhadapan dengan seorang Ketua Pembangkang seperti Anwar. Beliau mempunyai ramai pegawai-pegawai khas, Jabatan dan Unit yang mampu memberikan input penting dalam perdebatan ini. DPPWP juga percaya, di akhir debat nanti, akan ada 'seseorang yang demam' sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Perdebatan antara kedua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat. Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya. Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling 'gentleman', berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini!

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

...mungkin kali ni kalu Pok Jib hok debat... keputusan lebih baik... harapnye le...

KALU TAK BANGUN SUBUH LAGI TAK TAU LE NI...

Posted: 18 Jan 2011 08:14 PM PST

Gambar seorang murid di Kolej Kediaman Sri Putra, SMK Dato Perdana, Bachok Kelantan yang dirakamkan oleh warden mereka pada satu spotcheck jam 2.30 pagi.

....teringat zaman dok asrama dulu bile tengok gambar ni....mungkin kita semua pun punya pengalaman yang hampir sama dengan murid tersebut agar dapat bangun awal subuh... apapun ini mampu mendidik kita agar menjadi orang yang taat dengan perintah Allah dan pihak sekolah...

DAULAT TUANKU! SULTAN S'GOR PERKENAN SIDANG DUN

Posted: 18 Jan 2011 06:35 PM PST

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.


Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

... kita tunggu apa lagi helah UMNO kali nie...

WAR, KANG DEMAN KALU DEBAT NGAN AKU

Posted: 18 Jan 2011 05:36 PM PST

Najib Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.


Najib (gambar) menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini hari ini.

Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 September dan masalah "peribadinya" ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai "Program 100 Hari" Pakatan Rakyat.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

... takut Najib terkencing je nanti....

DERHAKAI SULTAN : KU LI MENGADAP POLIS PTG INI

Posted: 18 Jan 2011 05:26 PM PST

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan diambil keterangan oleh polis Kelantan di ibu negara petang ini berhubung kenyataannya mengenai krisis Kelantan tahun lalu.
Pihak Polis Kota Baru akan merakamkan kenyataan anggota kerabat diraja itu di rumahnya di Jalan Langgak Golf di sini 3 petang ini.

Pada sidang media di sini awal bulan lalu ahli politik itu yang mesra dikenali sebagai "Ku Li" memberitahu, beliau masih berpendapat Tuanku Ismail Petra adalah pemerintah Kelantan yang sah dan bukannya anakanda baginda Tengku Muhammad Faris Petra.

Pada 7 Disember lalu, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan Tengku Razaleigh (gambar) yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan dalam kenyataan kepada medianya masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad Ke-V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I).

Pada 5 Disember lalu, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh.

Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.

... Daulat Tuanku! Patik Rakyat Kelantan akan bersama-sama Tuanku...

PAS BANGI 3

Posted: 19 Jan 2011 04:13 PM PST

PAS BANGI 3


kunjungan ke rumah sahabat

Posted: 19 Jan 2011 09:06 AM PST




kunjungan ke rumah Tn Hj Amir yang baru pulang dari hospital serdang. sekalian sahabat seperjuangan amat bersimpati dengan dugaan yang dihadapi. walau hanya sedikit, sumbangan diberi untuk menampung kos dan perbelanjaan harian dan rawatan.

sesi penerangan MES

Posted: 19 Jan 2011 09:01 AM PST



majlis penerangan program Merakyat Ekonomi Selangor.
isu utama yang perlu difahami semua rakyat selangor adalah Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Khairat Warga Emas dan Tabung Mikro Kredit.
Usaha bersama perlu digembeleng agar taraf ekonomi dan kualiti hidup rakyat selangor bertambah baik.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Jan 2011 03:10 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BERNAMA TERCALAR BALAR

Posted: 19 Jan 2011 02:32 PM PST

SILA EDARKAN DAN PANJANGKAN KENYATAAN MEDIA DARI DSAI INI BAGI MENJELASKAN PEMBOHONGAN BERNAMA YANG KUNUNNYA AGENSI KERAJAAN YANG BERTARAF ANTARABANGSA TAPI KUALITI BERITA MENIPU RAKYAT DAN ANTARABANGSA.

KENYATAAN MEDIA.

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

INGAT BATU SAPI , INGAT CALON BN/ UMNO YANG DIPANDANG SEPI !

Posted: 19 Jan 2011 01:54 AM PST

Komen : Peluang UMNO lain di Labis dah habis.Apataknya mengambl contoh PRK Parlimen Batu Sapi dicalon isteri kepada bekas penyandang suami yang telah meninggal dunia. Agaknya bila dah besar anak maka calon seterusnya akan turun pada anak pulak? Sama seperti di DUN Tenang, calon dipilih dari anak kepada bekas penyandang yang telah meninggal dunia. nampaknya tiada peluang dan ruang untuk ahli atau pemimpin UMNO yang tiada nama atau keturunan jadi ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri.
Kita tidak menolak itu kalau dah berlaku memang dipanggil ketentuan Allah.


Azhar calon BN di Tenang.

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.
Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang yang meninggal dunia sebelum ini.

HATI-HATI ! MEDIA CUBA LEMAHKAN TUMPUAN PAKATAN RAKYAT DI DUN TENANG !

Posted: 19 Jan 2011 01:15 AM PST


Pakatan Rakyat jangan tamak dengan mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan. Pakatan Rakyat melalui PAS, PKR dan DAP harus mantap gembelingkan tenaga bagi memenangkan DUN Tenang. Biarlah DUN Pelabuhan Klang betul-betul sah dikosongkan tanpa kes dibawa ke mahkamah. masa inilah UMNO/BN Selangor harus akur atau hormat keputusan speaker dan SPR juga wajar menghormati keputusan Speaker Selangor.

SAH ! PRK PELABUHAN KLANG PULAK ?

Posted: 19 Jan 2011 12:34 AM PST

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

19/01/2011 3:47pm

SHAH ALAM 19 Jan. - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuat kuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, yang memenangi kerusi itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat, telah keluar dari parti itu pada 29 Oktober 2009. - Bernama

DIRI SEBAGAI POKOK YANG REBAH DAN SEPERTI SIBUTA YANG TIDAK BERTONGKAT!

Posted: 18 Jan 2011 11:56 PM PST

komen : Inilah kalau kena batang hidung baru kata macam-macam bila dah terperangkap dengan kawan dan apatahlagi lawan.

Dr khir mengulas penjelasan SUK Kusrin tentang penyerahan pingat beliau adalah arahan Sultan dan tanpa menjawab belia berkata "Inilah yang dikata orang, pokok jika rebah kura-kura pun boleh memanjat. Apa pun saya terima ini semua sebagai lumrah kehidupan"

Dan bila dibongkar oleh Kerajaan Selangor tentang projek rundingterus bernilai RM273juta beliau menulis begini :-
Menyerang Si Buta Yang Tidak Bertongkat
1. Buat masa ini saya tidak akan menjawab kenyataan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengenai pemberian projek - projek kepada Shamsudin Hayroni kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kes saya yang akan dibicarakan pada bulan Jun nanti.

2. Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes Mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya.

3. Sebenarnya jika kerajaan negeri ikhlas untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa oleh Faekah, mereka sewajarnya memberi senarai tersebut kepada badan tersebut.

4. Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri. Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor.

5. Serangan Pejabat Menteri Besar Selangor ke atas saya kali ini tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta. Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan.
Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

ASTAGHFIRULLAH ! WALAU SETIAUSAHA UMNO CAW FELDA TENANG MENINGGAL DUNIA, NAJIB JUGA DIPANDANG IMAM

Posted: 18 Jan 2011 06:53 PM PST


Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid tengahari semalam.
LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.
Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan oleh PAS akan menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu. -harakah

HATI DR KHIR TERBAKAR BILA MISTERI RUNDINGAN TERUS RM273,000,000 TERBONGKAR

Posted: 18 Jan 2011 05:14 PM PST

Bantu siasat Dr Khir: Kerajaan Selangor dedah projek RM273 juta.
Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.
Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.
Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Posted: 19 Jan 2011 03:08 PM PST

Dewan Pemuda PAS Putrajaya


Akhirnya Sekolah Agama Bertapak di Putrajaya

Posted: 18 Jan 2011 11:17 PM PST

1. Pemuda Putrajaya ingin mengucapkan tahniah diatas desakan dan usaha yang dilakukan oleh semua pihak termasuk PAS Kawasan dan Persatuan-persatuan penduduk di Putrajaya, maka Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah Agama Putrajaya telah beropeasi bermula 1hb Januari yang lepas.  Sekolah Rendah Agama Putrajaya telah beroperasi sepenuhnya bangunan sendiri di Presint 9. Manakala, Sekolah Menengah Agama [...]

Jom Bersama Saya, Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Posted: 18 Jan 2011 09:02 PM PST

Amaran PAS: Jangan guna isu negara Islam ‘pecah perintah’ Pakatan

Posted: 18 Jan 2011 07:15 PM PST

Oleh Syed Mu’az Syed Putra KUALA LUMPUR, 19 Jan — PAS menegaskan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara Islam tetap menjadi impian parti itu buat selama-lamanya walaupun tidak termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat meluluskan Dasar Bersama ketika konvensyen pertama pada Disember 2009 dan keluar dengan Buku Jingga pada pertemuan tahunan mereka bulan lalu. [...]

Tengku Adnan tidak dialu di Tenang

Posted: 18 Jan 2011 06:48 PM PST

Normala Sudirman, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala merupakan calon PAS di N.05 Tenang. Johorkini tidak memberikan tumpuan kepada pengumuman calon PAS, malam tadi kerana telah terlalu ramai  yang membuat liputan, Johorkini menjelajah dan 'pasang telinga' di tempat-tempat tertentu. Hasilnya Johorkini mendapati hampir 500 orang anggota dari Cawangan Khas [...]

Kontroversi Isu Azan Di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Posted: 16 Jan 2011 06:50 PM PST

1.      Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. 2.      Ekoran aduan tersebut, pihak masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam telah memperlahankan suara azan dan telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak. Beberapa pihak telah mengadakan demonstrasi dihadapan masjid tersebut [...]

Hanya Kerana Satu Aduan, Maruah Islam diKorbankan

Posted: 14 Jan 2011 06:57 PM PST

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama [...]

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 19 Jan 2011 01:20 PM PST

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


KERAJAAN SELANGOR PERUNTUKAN 10 JUTA UNTUK ELAK KERJA DI PREMIS ARAK

Posted: 19 Jan 2011 04:36 AM PST


Kerajaan negeri Selangor mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan penjualan arak mencari pekerjaan alternatif,. menurut exco pembangunan usahawan.


"Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.
"Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, larangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak merupakan satu langkah untuk membendung mereka daripada terjerumus kepada pekerjaan yang tidak halal.

"Enakmen tersebut juga menggesa agar umat Islam supaya memilih pekerjaan yang memberikan rezeki yang lebih berkat.
"Kerajaan negeri merasa simpati kepada umat Islam yang berkerja di premis-premis seperti kilang arak, kelab malam dan premis-premis yang melibatkan arak dalam sektor pekerjaan mereka.

"Justeru, kerajaan negeri telah memperuntukan RM 10 juta untuk membantu mereka untuk memilih pekerjaan alternatif yang lebih lumayan dan berkat," katanya.

Mereka yang berminat boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk memohon bantuan berkenaan.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 19 Jan 2011 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Gelanggang Futsal Hak Milik Umno?

Posted: 18 Jan 2011 01:58 PM PST


Adakah dengan tergantungnya bendera Umno di pagar Gelanggang Futsal Taman Bahagia, Bukit Baru ini bermakna gelanggang ini 'milik' Umno Bukit Baru? Jika jawapannya tidak, adakah PAS akan dibenarkan untuk menggantung benderanya atau menggunakan kemudahan gelanggang tersebut? Jika jawapannya ya, mengapa di papan tanda tidak terdapat langsung perkataan Umno atau lambang Umno sebagai tanda ianya milik Umno?



Berapa banyak pula wang yang dikeluarkan oleh Umno untuk membina gelanggang futsal ini sehinggakan Umno boleh 'mengaku' ia adalah 'miliknya' dengan menggantung bendera di pagar gelanggang tersebut? Tanpa rasa segan silu, prasarana yang dibina dengan wang rakyat 'diambil milik' oleh Umno dengan cara menggantung bendera dan mengawal penggunaan kemudahan tersebut terhad kepada yang 'sebulu' dengan Umno semata-mata.

Untuk makluman, gelanggang futsal Taman Bahagia Bukit Baru ini hanya terletak lebih kurang 200 meter daripada bangunan yang 'dirampas' oleh Umno Bukit Baru daripada PAS Cawangan Bukit Baru pada akhir tahun lepas. Di DUN Bukit Baru inilah juga, Umno tanpa malu dan segan menggantung benderanya di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil ketika program politiknya bersama Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang berlangsung pada bulan lepas.

* Gambar diambil pada hari Sabtu, 15 Januari 2011 ketika program MANTAP Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka yang berlangsung di beberapa taman perumahan di bawah UPU ( Unit Peti Undi ) Bukit Baru Dalam dan UPU Padang Jambu, dengan kerjasama MTD ( Majlis Tindakan DUN ) Bukit Baru dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Laporan oleh : Musab Umair

Dupahang's Weblog

Posted: 19 Jan 2011 11:38 AM PST

Dupahang's Weblog


Jenazah Setiausaha Umno Cawangan Tenang – Satu Renungan

Posted: 18 Jan 2011 10:35 PM PST

Sedih masih lagi terasa diwajah kami pabila Jenazah yang terbujur kaku berada dihadapan Saaf. Tiada seiapa tampil kehadapan menjadi Imam…..Imam tiada, bilal tiada terdengar suara yang jelas didalam dewan masjid. Imam tiada, bilal tiada, yang ada solat jemaah zohor beberapa ahli khairah , jentera BN yang menanti PM kebanyakan bersama PM, Petugas jentera PAS Pahang [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 Jan 2011 11:32 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Menghadiri Majlis Isytihar Calon PAS PRK Tenang - Cikgu Normala

Posted: 19 Jan 2011 01:18 AM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 19 Jan 2011 11:17 AM PST

Batu Gajah Mari


Pemuda PAS Perak serah Surat Permohonan mewartakan fatwa kepada Mufti

Posted: 19 Jan 2011 04:19 AM PST



oleh: Paeh | Batu Gajah Mari

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah menyerahkan surat rasmi permohonan diwartakan fatwa perbuatan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir , Menteri Besar Negeri Perak menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah Program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 16 Oktober 2010.

Momerandum itu diketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Ustaz Munir Ali, bersama- sama Setiausaha Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Penolong Setiausaha Sdr Safarizal Salleh, Exco Pemuda Ustaz Hafiz Sabri dan beberapa pemuda lain. Momerandum diserahkan di Pejabat Mufti dan diterima oleh Pegawai Pejabat Mufti.


sidang akhabar oleh Ustaz Munir Ali


Bukti yang kukuh dan jelas


Dun Pelabuhan Klang kosong

Posted: 19 Jan 2011 03:08 AM PST

14 Safar 1432H.
Oleh : Hazayani Zakaria.

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.

Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 19 Jan 2011 09:37 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Lawatan Aktivis PAS Mengunjungi Ahli Keluarga Pimpinan DHPP

Posted: 19 Jan 2011 08:48 AM PST










Lawatan aktivis PAS mengunjungi ahli keluarga pimpinan DHPP yang meninggal di Wat Machima Prasit, Jejawi Perlis. Upacara pengkebumian diadakan mengikut agama Buddha.


PAS Kawasan Gerik

Posted: 19 Jan 2011 09:33 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Kaki ponteng kini bebas

Posted: 19 Jan 2011 05:14 AM PST

Kah... kah.. kah...

ADUN bebas Pelabuhan Kelang, kini benar-benar bebas!! Bebas daripada memikul tanggung jawab sebagai rakyat di kawasan DUN Klang.

Padan muka!! Badrul Hisham yang dulunya dipilih atas kapasitinya sebagai calon PKR/Pakatan Rakyat telah mengkhianati rakyat yang memilihnya serta parti yang mencalonkannya apabila dia bertindak keluar daripada PKR dan mengiytiharkan dirinya bebas tetapi BN-friendly.

Mentang-mentanglah dah BN-friendly.... dia ingat dia boleh buat sesuka hati dengna suka-suka tak menghadiri sidang DUN negeri. Sekarang apa sudah jadi?? Ha.. ha.. ha... masa depan politik si Badrul Hisham sudah mati. Kojol wal mampooos!!

Yahoo!!! Satu lagi PRK. Kerusi Tenang belum lagi dipenuhi, kini... satu kerusi pulak kosong. Pening... Pening ler Najib lagi!!

Inilah balasannya kepada seorang pengkhianat rakyat. Sekarang... kuasa akan dikembalikan kepada rakyat. Kita tunggu pulak SPR mengisytiharkan tarikh kita nak ber-RAYA di DUN Pelabuhan Klang.


Kah...kah... kah...


Dulu YB.....sekarang ex-YB!! Sekali lagi, padan muka!!



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Jan 2011 09:32 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


British prihatin nasib Melayu miskin lebih dari Umno

Posted: 18 Jan 2011 08:10 PM PST


Nenek Hasnah ditawarkan pampasan RM98,000 untuk tanah dan rumahnya di Rembau yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi berkembar. Mana nak dapat tanah yang luas dan rumah dengan RM98,000? Sesiapa yang boleh dapat tanah dengan rumah RM98,000 sila bantu nenek Hasnah. Penjajah British pun lebih prihatin terhadap Melayu yang merempat. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu yang dideraf oleh British, tanah seekar jika diambil kerajaan, mesti diganti dengan seekar. HIDUP MELAYU? RAKYAT DIDAHULUKAN? UNTUK SIAPA?


BRITS CARED MORE FOR POOR MALAYS THAN UMNO'
Zefry Dahalan – Free Malaysia Today
January 19, 2011

Rembau MP Khairy is urged to be responsible and attend personally to the need of an 80-year-old resident.

REMBAU: The British colonial government was more concerned about the plight of poor Malays compared to Umno, said an opposition leader.

Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin made the accusation after coming to learn about the plight of an 80-year-old resident in Kampung Halt Chembong here.

The resident, Hasnah Latif is upset with the amount of compensation she has received from the government, claiming that it is well below market value.

Hasnah's land and house is among the 40 houses in the village which have to make way for the double railway track project from Seremban to Gemas which passes through the district of Rembau and Tampin.

Hasnah claimed that the RM98,000 compensation is not sufficient for her to buy a plot of land and build another new house.

"From day one, I insisted that I don't want money and I told the staff at the Rembau parliament service centre to please replace my land and house, but this did not happen," she said.

Malay reserve land

Meanwhile, Badrul said the affected land is called "Tanah Adat" in Negeri Sembilan which is equivalent to the Malay reserve land.

"According to the Tanah Melayu Constitution that was drafted by the British, it's clearly written that any Malay reserve land that is developed must be replaced with the same amount of land.

"This means that if you take one acre, you must replace with one acre. This rule was enforced by the British to safeguard the rights of poor Malays who lived in kampongs at that point of time.

"In this context, I think the British were more concerned about the rights of poor Malays than Umno which claims to champion the race," he added.

Badrul also lambasted Rembau MP Khairy Jamaluddin's personal assistant, who purportedly told Hasnah to ask the PKR leader for compensation.

"She informed me that the PA told her that if she is not happy with the compensation, 'ask Badrul for a few hundred thousand ringgit'," he said.

"What kind of mentality does this man have mocking the old lady with such words. I urge Khairy as the Rembau MP to be responsible and attend personally to this problem," he added.

Badrul said he was told by the residents of the kampung that three different private real estate valuation companies gave a quotation of RM248, 000 for the land and the house.

"But the valuation by the parties developing the kampung land for the double railway track is just RM121, 000 in total," he added.

Meanwhile, Rembau PAS chief Mohd Taufek Abdul Ghani, who also visited Hasnah promised to raise matter during the state assembly sitting in April.

"This clearly shows that Umno-Barisan Nasional is not really concerned about the people," said the Paroi assemblyman.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/19/brits-cared-more-for-poor-malays-than-umno/

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 19 Jan 2011 09:09 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Istimewa Untuk semua orang TENANG DAN PELABUHAN KLANG .....

Posted: 19 Jan 2011 07:48 AM PST

Sebuah hasil kreativiti anak muda yang tersentuh dan prihatin serta mahu melihat perubahan berlaku dalam negeri dan negaranya...Selamat menyelami maksudnya!!

P. KLANG BAKAL MENJADI MEDAN PERTARUNGAN

Posted: 19 Jan 2011 01:06 AM PST





"Kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang  kosong"


Pengumuman itu dibuat oleh Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.





Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu. Laporan Malaysiakini  bertajuk Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

KHIR TOYO BERI PROJEK BERNILAI RM244 JUTA KEPADA SHAMSUDDIN

Posted: 18 Jan 2011 09:40 AM PST


Syarikat Ditamas, Getrahome Sdn Bhd, Kanasutra Sdn Bhd dan Majulia Sdn Bhd adalah di antara syarikat milik Shamsuddin (foto kanan). Beliau kini bakal dihadapkan ke mahkamah bersama Dr Khir Toyo dalam kes rasuah dua lot tanah di mana Khir telah menerima daripada Shamsuddin tanah-tanah berkenaan pada harga RM3.5 juta sedangkan ia bernilai RM6 juta pada 2007.

Khir Toyo beri projek RM244 juta kepada tertuduh bersama kes rasuahnya

Dr Khir, 45, didakwa mendapatkan tanah tersebut bagi dirinya dan isteri, Zahrah Kechik (foto), 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suara 7/1L di sini daripada Shamsuddin yang diketahui ada hubungan dengan kerja rasminya pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah tersebut telah dibeli oleh syarikat tersebut pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Selangor mendakwa Dr Mohd Khir Toyo pernah menganugerahkan lima tender secara langsung bernilai RM244 juta kepada pengarah Ditamas Shamsuddin Haryoni ketika beliau masih menerajui kerajaan negeri.

"Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza," kata Faekah.

Projek-projek itu ialah pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000, kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta, cadangan mereka bentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000, membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 dan cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.

"Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan," jelas beliau.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada 2000 dan Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta.

Laporan Shannon Teoh dari Malaysian Insider di {SINI }


Khir Toyo's land fraud trial to be held June 6-2
4

i n t a n h i j a u

Posted: 19 Jan 2011 07:21 AM PST

i n t a n h i j a u


YESSS.....SATU LAGI PRK.....!!!

Posted: 19 Jan 2011 02:40 AM PST


Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu.
"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang," kata Teng.

Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November," katanya.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.
Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.(malaysiakini)

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 19 Jan 2011 03:36 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Kenali Cikgu Mala

Posted: 18 Jan 2011 06:50 PM PST

Cikgu Mala Di Hati Rakyat

Posted: 18 Jan 2011 05:20 PM PST


Labis: Calon PAS Dun Tenang Cikgu Mala cukup dekat dihati rakyat. Tanpa memikirkan perbezaan fahaman ideologi politik, beliau berkesempatan bersama pasukan jentera PAS turun meziarahi jenazah Setiausaha Cawangan Umno Felda Tenang yang telah kembali kerahmatullah.

Pendekatann yang beliau lakukan cukup menyenangkan hati penduduk setempat malahan aktiviti beliau sebelum ini memberi bantuan kepada penduduk setempat telah manaikkan nama beliau dihati rakyat. Sebagaimana ucapan Presdien PAS, bukan cikgu Mala yang minta menjadi calon, tetapi PAS yang minta beliau menjadi calon.

Semangat beliau cukup kental ingin membantu penduduk setempat sehinggakan sanggup melepaskan jawatan yang beliau ada sebelum ini. Kami teringat semangat yang sama pernah ada pada Ahli Parlimen Kota Raja selepas tewas pada 2004. Walaupun beliau seorang perempuan, tetapi semangat kental yang ada terus mendekati rakyat telah melonjakkan nama beliau sehingga berjaya memenagi kerusi Kota Raja dengan majoriti yang besar

Pengikut