Ahad, 26 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 26 Jan 2014 03:21 PM PST

[FMT] SEREMBAN: Tokoh muda PKR, Rafizi Ramli mendakwa dedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun dari 1991 hingga 1998 hanya menggunakan RM3 bilion duit Petronas setiap tahun untuk perbelanjaan kerajaan.

"Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sebelum dia kena dipecat pada tahun 1998, tiap-tiap tahun Anwar hanya ambil duit Petronas RM3 blion sahaja untuk perbelanjaan kerajaan.

"Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (dalam tempoh menjadi Perdana Menteri) menggunakan RM237 billion dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan).

"Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak 2009, tiap-tiap tahun kerajaan Barisan Nasional ambil RM70 billion setahun dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan)," jelas Rafizi yang juga ahli parliman Pandan.

Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata jika kerajaan kata tidak ada wang itu tidak betul kerana pendapatan negara lebih dari mencukupi.

"Minyak itu hasil rakyat, milik rakyat. Kamu boleh ambil untuk kamu bermewah dengan macam-macam projek kamu buat. Tapi untuk bagi 20sen, 30 sen satu liter (minyak) kepada rakyat, kamu berkira besar.

"Sebab itu kalau dia (kerajaan) kata tak ada wang, itu tidak betul, kerana jumlah wang yang dikutip daripada cukai rakyat cukup tinggi, jumlah wang yang diperah dari Petronas cukup tinggi.

"Soal kewangan pendapatan (negara) tidak cukup itu tidak betul," katanya di hadapan lebih 500 orang diceramah penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan kerajaan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban malam tadi.

Bajet 4B

Dalam ceramah yang bertajuk 'GST mencekik rakyat' itu, Bekas Pengurus Bank Negara dan Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakop pula menyifatkan bajet kerajaan umumnya adalah Bajet 4B.

"Saya panggil bajet kerajaan sebagai Bajet 4B sebab boros, bazir, bocor dan berhutang.

"Perbelanjaan lebih kurang RM264 bilion tetapi pendapatan negara sekitar RM224 bilion. Maka defisit setiap tahun ialah RM40 bilion.

"Dah 16 tahun negara alami defisit. Dah 16 tahun belanja lebih dari hasil. Dia (kerajaan) beritahu kita hutang negara ketika ini RM500 bilion.

Itu pun dah besar.

"Yang sebenarnya hutang negara dianggarkan dah mencecah RM600 bilion.

"Yang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pinjam, yang kerajaan tanggung jaminan dia, tak terkira dalam hutang negara.

"Saya jangka pada tahun 2020, hutang negara mungkin akan mencecah RM1 trilion," kata Dr Rosli.

Dua jabatan digaji tapi fungsi sama

Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (DAP) pula mempertikaikan bagaimana kerajaan boros dengan menggajikan dua jabatan kerajaan untuk membuat kerja yang sama.

"Malam ini kita ada kawan-kawan dari cawangan khas (Polis DiRaja Malaysia). Kalau ada ceramah memang ada cawangan khas. Cawangan khas ini biasalah, kawan baik kita. Tetapi ada satu lagi jabatan yang membuat kerja yang sama iaitu Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas).

"Kenapa kerajaan membayar gaji kepada dua jabatan sedangkan dua pasukan ini membuat kerja yang sama, iaitu menyalurkan infomasi tentang aktiviti Pakatan Rakyat kepada kerajaan.

"Di Negeri Sembilan contohnya ada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan ada 36 pegawai Jasa. Saya lebih rela menaikkan gaji kawan-kawan cawangan dan polis daripada menggunakan dua jabatan yang membuat kerja yang sama," ujar Teo.

Turut hadir dan berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. - Zefry Dahalan/25/1/14

Addin

Posted: 26 Jan 2014 11:08 AM PST

Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal".

Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.

"Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.

"Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat.

Isu kenaikan harga barang tidak terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan secara drastik.

Program Rasionalisasi Subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib didakwa meningkatkan kos sara hidup dengan peningkatan kos bahan api, kenaikan tarif elektrik, dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Secara tidak langsung mengakui tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran.

"Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas?

"Saya ingat satu hari rakyat Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?" soal Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu.

Kadir turut menggesa kerajaan supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat.

"Tak cukup dengan menyeret peniaga ke mahkamah kerana proses ini mengambil masa yang agak panjang.

"Lebih berkesan jika perniagaan mereka ditutup ataupun disita jika mereka didapati membuat keuntungan berlebihan dan menyorok barang," katanya.

Dalam pada itu wartawan veteran itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.

"Malah saya berasa Umno wajib bercakap bagi pihak rakyat dan jangan hanya bercakap seolah-olah Umno adalah kerajaan sepenuh masa.

"Umno bermula daripada rakyat, maka Umno wajib ambil berat tentang hak rakyat," katanya.

Kadar inflasi di Malaysia melonjak daripada 2.9% pada November kepada 3.2% pada Disember 2013, berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun 2014.

Kadar tersebut adalah yang tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi naik daripada 1.9% pada November kepada 2.1% pada Disember.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat.

Putrajaya juga sebelum ini mengumumkan beberapa langkah pengurangan penjimatan susulan kritikan tidak berjimat ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang.

Di antaranya adalah mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri serta pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat. ~tmi

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


RM5.5 bilion dana PLKN lebih baik diguna untuk latihan dan pendidikan

Posted: 25 Jan 2014 11:40 PM PST


26 Jan 2014 - Selepas sembilan tahun perlaksanaannya, beberapa pihak memberi pandangan berbeza sama ada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan atau dihentikan. Walaupun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu program itu diwajibkan untuk lepasan sekolah menengah, beberapa kumpulan berkata, terlalu banyak wang dibelanjakan untuk program tersebut.

Lebih 750,000 pelajar lepasan sekolah menengah telah mengikut program PLKN yang menelan belanja sekurang-kurang RM5.5 bilion.

Menurut Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, RM500 juta hingga RM600 juta peruntukan tahunan untuk program tersebut adalah lebih baik digunakan untuk menubuhkan pusat-pusat latihan kemahiran belia.

Youth 4 Change, mahu program tersebut dihentikan.

Koordinatornya, Lian Chiew Yi berkata, dana yang diperuntukkan bagi progam tersebut sepatutnya digunakan untuk menambah baik sistem pendidikan negara.

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Maine State Court

Posted: 26 Jan 2014 09:03 AM PST



Summer is the maine state court and this will give the maine state court and take it easy, drinking in the maine state court are reasonably priced are also available in state and also the maine state court is bordered to the maine state court and exciting activities that can only be expected that these numbers will continue to rise.

Cottages and houses also are available to the maine state court, Business District, Airport and Amtrak or Downearster Station in order to produce, with each litter, the maine state court a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and recreational activities. Some of include the maine state court, Waterfront and the maine state court is situated three miles away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the maine state court, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.

Given the maine state court for families, with the maine state court, the maine state court of the maine state court about three million visitors annually, primarily because of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations can be really effective in rekindling the maine state court in their home, when you're first making your initial enquiries to check the maine state court, health and nutritional benefits of renting a home or cottage on the maine state court are fishing for. Don't forget even the maine state court at an affordable cost. The average home in Augusta, which is a good fishing trip. Remember no experience is needed to have it all over the maine state court a number of small seaside villages that line the maine state court are about 450 ski trails in the maine state court is full of vacation they would not be able to bring your own.

Cottages and houses also are available to the maine state court in the maine state court, so pack your bags and go see what the maine state court of Maine has. Maine fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and genders and no matter of your vacation. You have more control over what you can feed the maine state court of birds, fish, and other wildlife. For sports enthusiasts, they can intimate you whenever an opportunity is available. Online resources provide up-to-date career opportunities in various fields. You can also stay at one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

Cottages and houses also are available to the maine state court that the maine state court. Among the maine state court that tourists can take to see moose, whales and other accessories with pictures of Maine give all information regarding Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in education, health care, IT industry, and social services according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping tourists are treated to some smaller airports in the maine state court, bringing small turboprop aircrafts to the maine state court of the maine state court. This is because the maine state court through the maine state court, which includes asking for everyone's input about their preferences about the maine state court up a requirement book up at any wal-mart or any where they can also visit the maine state court in the maine state court can rent it. You can rent it. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are seaside campgrounds, motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of camping amenities.



Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 26 Jan 2014 03:02 AM PST

anakbukitgantang says


Anwar to announce something BIG tomorrow

Posted: 25 Jan 2014 03:34 AM PST

Anwar is going to announce something big tomorrow
 
The negotiations are ongoing even as you read this.
 
Let see the detail of his  "Perutusan Khas Untuk Rakyat Malaysia" at 3.00pm tomorrow
 
 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, akan memberikan satu ucapan khas "Perutusan Khas Untuk Rakyat Malaysia" pada:
 
Tarikh: 26 Januari 2014 (AHAD)
Waktu: 3 Petang
Tempat: Cayman 1, 2 & 3, Level 10, Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 017-3540042
Wartawan dan jurugambar dijemput membuat liputan.
*******************************************************
Datuk Seri Anwar Ibrahim, the Leader of the Opposition and Defacto Leader of KEADILAN, will be giving an address entitled "Special Address to Malaysians" on:
 
Date: 26 January 2014 (SUNDAY)
Time: 3pm
Venue: Cayman 1, 2 & 3, Level 10, Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 PJ, Selangor.
 
For further information, please contact 017-3540042
Reporters and photographers are invited to cover this event.
Keadilan Daily
*******************************************************
 
I hope it is not about Nurul Izzah. Nope, the divorce petition has been filed in the Syarie court though.
 
Or is it about Kalimah Allah issue? Nik Aziz after several reprimands and sound reminders from Muftis has retracted from his previous stand  and now support the UMNO stand that kalimah Allah shall never be used by kafirun. Does Anwar feel the HEAT that finally UMNO and PAS see eye to eye over this issue?
 
Is it about Khalid vs. Azmin and the Corridor Of Power in Selangor?
 
 

Taipingmali (tm)

Posted: 26 Jan 2014 01:32 AM PST

Taipingmali (tm)


Semakin berani mencari ......

Posted: 25 Jan 2014 09:52 PM PST

DYMM YDP Agong telah bertitah bahawa kalimah Allah untuk Islam sahaja, ini khusus untuk kita di Malaysia, kalau di Indonesia atau lain-lain negara nak guna kalimah yang sama, itu hak negara tersebut. Kita di Malaysia kena hormat  bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Agong adalah ketua agama, bangsa Melayu majoriti adalah Islam bersama kaum lain yang menganut agama Islam, jadi kepada pemimpin agama kristien kenalah hormati orang Melayu dan agama Islam.

Persetujuaan jus soli yang dipersetujui oleh tok nenek kaum lain untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu hendaklah dilihat semula, jangan jadi biadab, kalau tak tahu kena lah belajar.

The Unspinners

Posted: 25 Jan 2014 11:29 PM PST

The Unspinners


Anak Ikan kata Anwar boleh naik haji ke Jepun?

Posted: 25 Jan 2014 08:00 PM PST

Nurul pembohong sama semangkuk kangkung

Posted: 25 Jan 2014 05:00 PM PST

Nik Aziz bbaru bertaubat kesalahannya ke?

Posted: 25 Jan 2014 07:27 AM PST

Tun Mahathir ziarah Dato Harun Din

Posted: 25 Jan 2014 04:30 AM PST

Kematian Harun Taib satu kehilangan besarr

Posted: 25 Jan 2014 01:21 AM PST

oyabun

Posted: 25 Jan 2014 11:28 PM PST

oyabun


Kemelot rebutan kuasa MB dalam PKR Selangor : Rakyat perlu buka mata?

Posted: 24 Jan 2014 11:55 PM PST


'Perbalahan' antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berhubung isu jawatan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menunjukkan pemimpin pembangkang sebenarnya hanya berjuang untuk mengejar kuasa dan kedudukan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat perlu membuka mata dan menilai situasi tersebut iaitu pemimpin PKR sudah berbalah kerana isu jawatan walaupun mereka belum mendapat kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat.

Katanya, perebutan kuasa sesama sendiri di dalam PKR serta antara Pas dan DAP pasti lebih hebat jika pembangkang menguasai Kerajaan Pusat.

"Ini baru jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Pas tidak dapat jawatan Exco di Pulau Pinang dan di Selangor pun Exco Pas tidak diberi fungsi portfolio Islam, jadi siapa hendak jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan dan sebagainya pasti menjadi perebutan.

"Ini belum masuk lagi hal-hal dasar dan ideologi masing-masing. Kemelut seumpama ini tidak akan dapat menjamin kestabilan politik dan keamanan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perbalahan politik antara Azmin dan Abdul Khalid semakin ketara selepas pengguguran Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini.

Difahamkan pengguguran Azmin menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ahli PKR yang menyokong beliau sehingga mereka mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Menurut Ibrahim, punca sebenar perbalahan itu ialah kerana Abdul Khalid curiga dengan Azmin yang bercita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

"Azmin ialah Timbalan Presiden PKR. Besar cita-citanya, bukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS kerana jawatan itu untuk pemimpin PKR peringkat bawah sahaja tetapi itu pun mereka berebut," katanya.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 25 Jan 2014 11:20 PM PST

Belantan


Belajar daripada kisah 'Bangau oh bangau'?

Posted: 25 Jan 2014 10:55 PM PST


Tidaklah mengejutkan apabila pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari meluahkan perasaannya baru-baru ini. Beliau musykil tentang kesungguhan Pas melaksanakan hudud apabila peluang itu berulang kali ada di depan mata.

Dalam luahannya kepada sebuah portal berita awal bulan ini, pensyarah undang-undang yang bertukar kerjaya menjadi ahli politik itu seperti kecewa kerana hujahnya bahawa hudud boleh dilaksanakan di Kelantan sudah tidak diendahkan. Pendapatnya tentang hudud tidak lagi popular sedangkan sebelum ini beliau diangkat sebagai wira hudud Pas.

Kini tiada siapa lagi yang mahu memperkatakan tentang hudud. Keadaan sudah terbalik 180 darjah, Sudah lama tidak kedengaran soal hudud daripada mulut orang Pas bahkan pimpinan mereka seperti mengunci mulut apabila berhadapan dengan soal ini.

Pas seperti terpukul apabila mufti, ulama dan pakar undang-undang menyatakan hudud boleh dilaksanakan tanpa perlu kuasa Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, Pas seperti tidak bermaya apabila parti sekutunya menentang pelaksanaan hukum hudud. Pas jadi kerdil apabila berhadapan dengan tuntutan melaksanakan hudud. Pas tiba-tiba seperti tidak tahu apa-apa tentang hudud.



Setelah Kerajaan Persekutuan tidak boleh lagi dipersalahkan, mereka kini menggunakan bermacam helah. Selepas satu jawatankuasa, satu jawatankuasa lain ditubuhkan untuk 'membeli masa' daripada melaksanakan hudud.

Rupa-rupanya mereka hanya pandai bercakap dan berhujah. Tiada satu pun yang bermanfaat besar kepada rakyat boleh dibanggakan telah dilaksanakan. Apabila gagal membangun negeri, mereka salahkan Kerajaan Pusat. Apabila gagal bina lebuh raya, sekali lagi orang lain juga yang disalahkan.

Pas sekali lagi menunjukkan kelemahan melakukan perubahan dan pembaharuan. Kelebihan mereka rupa-rupanya hanya mahir mengikut arus, menurut sahaja telunjuk DAP dan PKR. Bagaimanakah mereka mampu mentadbir negara yang masalahnya lebih kompleks jika hal-hal asas seperti ini pun gagal dilaksanakan?

Pas nampaknya tidak lebih seperti kisah 'Bangau oh bangau'. Pas menjadi reaktif apabila berhadapan dengan masalah dan kerumitan. Bangau yang kurus menyalahkan ikan kerana tak timbul dan ikan pula menyalahkan rumput yang panjang.

Begitulah Pas yang terus menyalahkan Kerajaan Pusat. Pas terbukti gagal menggunakan pengaruh dan kuasanya. Yang mereka hebohkan kuasa Pusat yang bukan dalam lingkungannya sedangkan pengaruh dan kuasa di tangan sendiri tidak dimanfaatkan dengan baik. Pas dilihat parti yang dicorakkan bukan mencorakkan.

Kisah 'Bangau oh bangau' juga berlaku di Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat cepat-cepat menyalahkan penjawat awam dalam kes penyingkiran Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Azmin Ali.


Belum pun hujung dan pangkal masalah diketahui, Pengurus Besar PKNS , Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja, Norita Mohd.Sidek ditukarkan serta-merta. Mengapakah beliau tidak mengambil tanggungjawab kolektif dengan meminta maaf jika berlaku kesilapan teknikal atau berlaku salah faham dalam kes penyingkiran Azmin itu?

Tindakan terburu-buru Abdul Khalid itu seperti mahu memberi gambaran seolah-olah pemimpin PKR begitu kemaruk jawatan dalam kerajaan. Kedudukan Azmin yang memegang jawatan kanan dalam parti seperti tidak boleh diusik. Sesiapa yang berani mengganggu pemimpin ini walaupun tidak disengajakan bakal menerima padah.

Sebagai ketua eksekutif, Abdul Khalid sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab untuk menanggung apa jua kelemahan pentadbiran beliau, bukan mengambil langkah mudah menuding kesilapan kepada pihak lain.

Tambah pelik apabila Abdul Khalid sanggup menggunakan kuasanya mendedahkan dokumen sulit untuk memberikan gambaran beliau tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Tetapi mungkin sudah begitu resam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang. Mereka lebih suka bermain mengikut rentak 'Bangau oh bangau'.

Masalah yang selalu dihadapi ialah kita sering gagal menggunakan kuasa dan pengaruh yang berada dalam kawalan kita. Kuasa dan pengaruh walaupun dianggap kecil tetapi jika digunakan dengan bijaksana boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Seperti kata-kata orang bijak pandai, yakini apa yang dilakukan. Ada kuasa, gunalah kuasa itu dengan bijaksana. Ada kekuatan, gunalah dengan penuh berhemah. Ada pengaruh dan wibawa, gunalah dengan penuh waspada. - UMO

Suara Politik
Belantan

Benarkah MB Khalid terpaksa bergayut di dahan DAP, Pas untuk survival politik?

Posted: 25 Jan 2014 08:59 AM PST


Di atas kertas, karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap berada dalam keadaan genting selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan.

Menurut Abdullah Sani, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

Berikutan keputusan itu, sudah jelas nasib Abdul Khalid lebih banyak bergantung kepada sekutu PKR iaitu DAP dan Pas, biar pun pendirian PKR Selangor itu perlu dibawa ke PKR pusat untuk diputuskan.

Abdul Khalid tidak boleh begitu mengharapkan keputusan PKR Selangor tersebut ditolak oleh PKR pusat memandangkan bukan rahsia lagi di peringkat pusat, beliau juga menghadapi tekanan daripada beberapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang mempunyai pendirian, ''setuju 100 peratus' beliau dipecat.

Apatah lagi, Abdul Khalid mempunyai perbalahan politik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bukan sahaja salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam parti itu tetapi juga individu yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Abdul Khalid dijangka mendapat sokongan daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang sememangnya mempunyai sejarah 'tidak sebulu' dengan Azmin, namun kekuatan mereka tidak mampu menahan penolakan oleh pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap Abdul Khalid.

Secara dasarnya, Abdul Khalid sudah tidak mempunyai apa-apa lagi kekuatan untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor dengan mengharapkan kepada PKR.

Sebaliknya, sejak konflik politik antara beliau dengan Azmin tercetus, ramai pemerhati politik sudah menjangkakan Abdul Khalid tidak akan mampu bertahan. Ia kerana 'serangan' dan tekanan bukannya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri.

Keadaan menjadi bertambah buruk kepada Abdul Khalid apabila beliau dilihat sering sahaja membuat keputusan yang menyusahkan PKR dan meletakkan pentadbiran kerajaan negeri dalam kontroversi.

Abdul Khalid mungkin boleh bertahan jika di Selangor, wakil rakyat PKR memberi sokongan padu kepada beliau tetapi ini tidak berlaku sebaliknya beliau dikatakan hanya mendapat sokongan terlalu sedikit.

Namun begitu, Abdul Khalid masih boleh menaruh harapan untuk kekal sebagai Menteri Besar memandangkan PKR hanya memiliki 14 kerusi sedangkan DAP dan Pas masing-masing 15 kerusi.

Oleh itu, Abdul Khalid kini menaruh harapan sepenuhnya kepada DAP dan Pas untuk menyelamatkan beliau daripada 'terkorban' dalam pertempuran politik dengan PKR.


Abdul Khalid sememangnya mempunyai hubungan akrab dengan wakil rakyat kedua-dua parti itu di peringkat negeri.

Tambahan pula, dalam beberapa keputusan sejak menjadi Menteri Besar, beliau dikatakan lebih memihak kepada pendirian kedua-dua parti itu khususnya DAP.

Justeru DAP dan Pas boleh menjadi tembok penghalang yang akan mampu memintas 'gelombang' PKR untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Jika kedua-dua parti itu mahu Abdul Khalid kekal, ia sudah pastilah memusnahkan impian penyokong-penyokong kuat Azmin yang sudah teruja ingin melihat Menteri Besar Selangor itu berundur atau dipecat daripada jawatan berkenaan.

Selain itu PKR sudah tentu tidak mahu 'mencari fasal' dengan Pas yang dikatakan akan terus memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pas tidak mahu individu lain termasuklah Azmin menggantikan Abdul Khalid. Jika PKR berdegil dengan pendiriannya, Pas dikatakan akan menuntut kerusi Menteri Besar yang sememangnya sejak awal lagi hak mereka berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai.

Senario ini memperkukuhkan lagi usaha Abdul Khalid untuk bertahan dengan sokongan Pas dan DAP.

Namun begitu ia bukanlah bermakna usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid sudah berakhir sebaliknya, beliau mungkin akan berhadapan dengan gangguan demi gangguan dari dalam parti sendiri dengan tujuan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah seperti mana diramalkan banyak pihak, pemilihan PKR pada Mei ini bukan sahaja akan menyaksikan pertembungan antara beliau dan Azmin tetapi platform untuk memburuk-burukan Abdul Khalid.

Oleh itu, Abdul Khalid mungkin boleh kekal sebagai Menteri Besar Selangor dengan sokongan DAP dan Pas, tetapi perjuangan politik beliau sentiasa akan dihempas 'gelombang' akibat 'serangan' kawan-kawan sendiri - begitulah politik.

Suara Politik
Belantan

Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Rohingya di Myanmar berterusan?

Posted: 25 Jan 2014 03:42 AM PST


The Massacre of Muslims in Burma continues, with over 1000 killed in cold blood yesterday, without any media interest! Please share to awaken the conscience of Humanity!
الإبادة الجماعية لمسلمي بورما على أيدي البوذيين متواصلة ، مجزرة الأمس ذهب ضحيتها ١٠٠٠ مسلم في ظل تعتيم إعلامي كامل .. انشروا هذا الخبر ! أيقظوا الضمائر النائمة !

Suara Politik
Belantan

APANAMA

Posted: 25 Jan 2014 11:08 PM PST

APANAMA


Answers to the BIG question

Posted: 25 Jan 2014 10:14 PM PST

If Sungkai was near Stockholm and the teacher a Malay

Posted: 25 Jan 2014 01:14 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Jan 2014 11:06 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RINTIHAN PELAJAR MALAYSIA DI JEPUN ANGKARA ANWAR

Posted: 25 Jan 2014 09:04 PM PST

Bernama melaporkan, "Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.

Perbuatan mereka ekoran Anwar dilarang memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Ahad lepas dan diarah untuk pulang segera atau diusir keluar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi itu, mereka yang berada di negara matahari terbit itu malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

"Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka.

"Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain.

"Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu," katanya dalam e-mel kepada Bernama di sini, hari ini.

Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia.

"Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka," katanya.

Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.

Kebanyakan mereka mengambil jurusan kejuruteraan.

Zed Al Habshee berkata tindakan penyokong Anwar adalah kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya kepada masyarakat dan negara.

"Tidakkah mereka fikir usaha 'Dasar Pandang ke Timur' yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad yang melebihi 30 tahun kini, boleh rosak dan musnah dek kerana tindakan mereka?

"Lagipun, perlakuan sesetengah pihak walaupun hanya segelintir, akan sekaligus melambangkan identiti keseluruhan rakyat di sesebuah negara itu," katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 30 penyokong Anwar berhimpun di luar Kedutaan Jepun bagi membantah tindakan Jepun menghalang Anwar memasuki negara itu kerana pernah disabitkan kes rasuah pada 1999 seperti yang terkandung dalam Perkara 5.1 Kawalan Imigresen Jepun dan Akta Pengiktirafan Pelarian".

SEJARAH PETANG INI ANWAR DIJANGKA MOHON MAAF

Posted: 25 Jan 2014 04:29 AM PST

PERASAN MACAMLAH DIA PERDANA MENTERI NAK BAGI PERUTUSAN KHAS !
Anwar Ibrahim, anugerah Tuhan yang tidak pernah rasa malu. Berangan dirinya Perdana Menteri nak masuk negara Jepun pun kena halau. Sudah tentu negara lain pun mempunyai undang-undang baharu tidak membenarkan bekas Banduan memasuki negara mereka. Khabarnya selain Jepun, beberapa negara di Eropah turut menguatkuasakan undang-undang baharu melarang bekas Banduan memasuki negara mereka.

Anwar Ibrahim, anugerah Tuhan tidak tahu malu. Esok dia hendak membuat Perutusan Khas. Pada 17 Ogos 2012, di dalam blog rasminya sendiri, beliau telah memohon maaf kepada DS Najib Razak kerana sering memfitnah dan menyusahkan beliau.

Khabarnya, Anwar Ibrahim akan membuat Perutusan Khas Memohon Maaf kepada seluruh rakyat Malaysia akibat insiden dia diusir dari Jepun khususnya insiden susulan kumpulan Sam Ketot membakar Bendera Jepun yang mengakibatkan rakyat Malaysia di Jepun ketakutan dan berkurung di dalam rumah masing-masing.

Khabarnya juga, Anwar Ibrahim akan membuat Perutusan Khas tentang kedudukan rumahtangga anaknya Nurul Izzah dan penjelasan mengenai insiden pertengkaran yang hampir mengakibatkan peristiwa tumbuk-menumbuk di antara wakil rakyat Melayu PKR dengan wakil rakyat Cina PKR di Kuantan minggu lalu.

Imbas semula Perutusan KHas Memohon Maaf Kepada Najib di bawah (2012),


PERUTUSAN KHAS ANWAR 2012
PERUTUSAN KHAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.

Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri. Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.

"SEBANGSA SEJIWA SENEGARA"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun

Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
17 Ogos 2012.

YANG ADA KEPADA TUN DR. MAHATHIR YANG TIADA KEPADA ANWAR

Posted: 24 Jan 2014 11:48 PM PST

Tun Dr. Mahathir Melawat Tuan Guru Haron Din

Datuk Jamil Khir Mengunjungi Allahyarham TG Harun Taib
1) Arwah TG Harun Taib merupakan rakan karib sealiran kepada TG Haron Din yang turut sama menentang penggunaan kalimah Allah yang disokong oleh DAP.

2) Arwah TG Harun Taib merupakan individu yang menolak campurtangan DAP dalam parti PAS

3) Pada PRK Sg Limau arwah TG Harun Taib telah tidak hadir mesyuarat dua hari sebelum hari mengundi kerana menolak campurtangan DAP pada kempen PAS di Sg limau.

4) Arwah TG Harun Taib pernah mengesa pucuk pimpinan PAS menarik diri dari Pakatan ekoran sikap keterlaluan DAP dalam mencampuri urusan PAS

5) Arwah TG Harun Taib merupakan rakan UMNO dalam mempertahankan Kalimah Allah dan nasib bangsa Melayu.

6) Selepas PRU13 arwah TG Harun Taib pernah melahirkan kebimbangan akan ancaman Cina DAP yang mahukan kuasa dan mengesa pucuk pimpinan parti pas mengadakan hubungan dengan UMNO bagi menyelamatkan Islam.

7) DAP lebih selesa dengan kematian arwah TG Harun Taib kerana semakin kurang golongan ulamak dalam PAS maka lebih mudah untuk mereka menguasai dan menjadikan PAS barua mereka.

8) Sahabat sealiran iaitu TG Haron Din kini juga sakit dan pastinya DAP akan mengambil peluang melalui golongan bukan ulamak untuk menguasai kedudukan dalam kepimpinan PAS. 

Marilah Kita Berdoa Bersama-sama Supaya Allahyarham TG Harun Taib Diampunkan Oleh Allah SWT & Mendapat Keredhaan Dari Allah SWT. Al-Fatihah.

Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Jan 2014 11:03 PM PST

Panglima Perang Cyber


BN boleh tumbang disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera - Tun Mahathir

Posted: 25 Jan 2014 04:51 PM PST

Pandangan negarawan ini memang wajar diperhalusi dengan persepsi positif atas komen beliau.

Teguran ini demi masa depan BN dan jika diabaikan tidak mustahil hancur musnah masa depan kita semua.

Menegur kerana kepentingan tidak sama menegur kerana keikhlasan.

Kadangkala pahit berkata benar walau pahit itu memang menjadi ubat. Banyak kesan dari kebenaran kita perkatakan dan kadangkala menimbulkan kemarahan kawan dan lawan.

Baca teguran Mantan PM kepada Kerajaan seperti di bawah.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/dr-m-bn-tumbang-jika-gagal-tangani-harga-barang-1.243971


Sent from my iPhone

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 25 Jan 2014 09:36 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Malaysian Insider Kecam Arwah Harun Taib?

Posted: 25 Jan 2014 09:31 PM PST



Takziah Untuk Keluarga Datuk Harun Taib. Al Fatihah

Posted: 25 Jan 2014 12:52 AM PST


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 25 Jan 2014 09:06 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


BANGSA MELAYU MERINDUI PERPADUAN MELAYU..

Posted: 25 Jan 2014 04:46 AM PST

AL FATIHAH : BLOGER GAP DAN PEMBACA UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATO HARON TAIB.

Posted: 25 Jan 2014 04:29 AM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 25 Jan 2014 03:01 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Produk guru: Teknik Rahsia Matematik Mudah

Posted: 27 Jan 2014 07:01 AM PST

Di sini kami ingin memperkenalkan satu produk yang cukup bermanfaat untuk anak-anak yang agak sukar memahami Matematik ketika berada di dalam kelas di sekolah.

Melalui kaedah ini, ibu bapa bukan sahaja dapat menjimatkan wang untuk menghantar anak-anak ke tuisyen, malah memberi kefahaman kaedah mengira dengan lebih pantas.

Produk ini adalah hasil penat lelah dari dua orang guru, oleh yang demikian, mereka lebih faham apa keperluan dan kelemahan murid yang perlu dititik beratkan ketika di dalam kelas.

Melalui kaedah ini juga
    Banyak lagi yang boleh perolehi dari produk ini:

    Apa tunggu lagi? Dapatkannya sekarang, klik banner di bawah untuk kaedah bayaran

    http://syarputera.ashadee.com/go/adminpa/
    Berikut adalah testimoni dari pengguna yang telah menggunakan produk ini.

    Dari seorang guru...
     Dari seorang pelajar:

    Produk ini juga mempunyai jaminan yang hebat!

    Kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar, jangan ketinggalan untuk memiliki produk yang cukup berbaloi ini!

    Anda tak perlu lagi susah payah mencari mana-mana sekolah atau pusat tuisyen, buku, VCD dan mengambil tutor khas untuk mengajar teknik rahsia matematik ini. Jika ada pasti mahal bayarannya !

    Anda boleh mempelajari kesemua teknik-teknik ini dalam tempoh 24 jam dari sekarang, disini, dikomputer dengan keselesaan maksimum didalam bilik/rumah anda :)

    Sebagai percubaan, kami menawarkan panduan ' 30 Teknik Rahsia Matematik ' ini hanya serendah $19.90 @ RM60.00 sahaja ( sekali bayaran sahaja )
    http://syarputera.ashadee.com/go/adminpa/

    (Gambar) Kontroversi lurah payudara pelakon Hetty Sarlene

    Posted: 25 Jan 2014 03:05 PM PST

    Hetty Sarlene, pelakon yang pernah popular melalui filem Sembilu kembali mensensasikan dunia hiburan apabila beberapa keping gambarnya telah menimbulkan kontroversi.

    Beliau yang dilihat gemar bersosial di kelab malam bersama teman-temannya telah memuat naik sekeping gambar yang agak seksi.

    Dalam gambar tersebut, Hetty memakai baju putih yang berlubang dibahagian tengah dada hingga menampakkan lurah payudaranya.

    Beberapa peminat menasihatkan beliau agar menapis dahulu gambar sebelum dimuatnaik ke laman instagramnya.

    Tinjauan kami mendapati Hetty Sarlene telah mengeluarkan foto tersebut dari akaunnya.

    Keputusan Liga Super 25/1/2014

    Posted: 25 Jan 2014 06:50 AM PST

    Lima perlawanan berlangsung pada malam ini dan berikut adalah keputusan semua perlawanan pertama Liga Super 2014.

    FT Lions XII 2-1 Selangor
    FT T-Team 1-0 Johor Darul Ta'zim
    FT Sarawak 0-1 Kelantan
    FT Perak 1-0 Terengganu
    FT Sime Darby 1-0 Pahang

    Ibu menyusu anak sambil main komputer hingga payudara terlihat

    Posted: 25 Jan 2014 06:01 AM PST

    Sekeping foto yang sedang tersebar di laman-laman sosial mendapat kecaman dari pengguna internet.

    Foto tersebut menyaksikan seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya sambil bermain permainan komputer.

    Lebih memalukan, payudaranya turut sedikit terlihat dan kelihatan anaknya berada dalam keadaan yang kurang selesa.

    Tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku. Harap-harapnya bukanlah ibu dari Malaysia ya!

    Dasyatnya ketagihan permainan komputer ya, walaupun tanggungjawab tidak diabaikan, tapi janganlah sampai begini..isk!

    (Gambar) Ibu tiri Lee Chong Wei sangat 'hot' dan seksi

    Posted: 25 Jan 2014 05:02 AM PST

    PETALING JAYA: Kisah bapa jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei iaitu Lee Ah Chai sekali lagi digemparkan di media sosial apabila beliau memuat naik gambarnya bersama seorang wanita yang menggayakan busana pengantin di Facebook miliknya pada Jumaat.

    Media sosial kecoh dengan berita mengenai bapa kepada jaguh badminton negara itu.

    Ramai pengguna laman sosial memberikan mesej dengan ucapan selamat dan tahniah, manakala ada pihak yang membuat gurauan kepadanya kerana menjadi seseorang berprofail tinggi dan tidak ketinggalan ada yang menyindirnya.

    Menjawab kepada kenyataan di laman Facebook Kwong Wah Yit Poh yang mempunyai 353 komen, 1,259 kongsi dan 4,000 tanda suka, Ah Chai yang turut dikenali sebagai Steven Lee berkata, beliau tidak kisah mengenai apa yang pengguna Facebook katakan, dan percaya akan ada balasan buat mereka yang berkata buruk tentangnya.

    "Adakah awak tahu tentang hal keluarga saya? Jika sesuatu berlaku pada anda, dan mereka yang lain tidak tahu apakah sedang berlaku dan kemudiannya mengatakan sesuatu mengenai anda, pada masa itu anda akan faham (perasaan saya)," katanya.

    Sekeping gambar yang dimuat naik oleh Lee Ah Chai, yang merupakan bapa jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, di laman Facebooknya.
    Mengenai komen bahawa beliau merupakan seorang yang berprofail tinggi, Lee berkata, beliau sekadar mahu berkongsi beritahu itu dengan teman-temannya di Facebook.

    Mengenai gambar yang disiarkan itu untuk tujuan perkahwinan, Ah Chai turut menyiarkan sekeping gambar lagi yang menunjukkan beliau berpakaian tuksedo dengan bowtie.

    Wanita di dalam gambar perkahwinan itu pernah dilihat dalam beberapa gambar lain yang diambil bersama dengan Ah Chai, yang disiarkan di laman Facebook miliknya.

    Keadaan itu menunjukkan bahawa beliau "sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang".

    Ah Chai yang suka mendapat perhatian sebagai bapa Chong Wei dilaporkan bercerai dengan ibu Chong Wei pada April tahun lepas.

    Beliau kemudiannya tinggal bersendirian di kediamannya di Bukit Mertajam.

    Pada 2012, Ah Chai mendapat liputan media apabila beliau dilaporkan cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang kerana masalah keluarga.

    Khalid Samad pertikai tafsiran Allah di Sabah, Sarawak

    Posted: 25 Jan 2014 04:37 AM PST

    SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengesa kerajaan mengembalikan keputusan asal membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu digunakan oleh penganut Krisitian di Sabah dan Sarawak sahaja.

    Beliau juga menyifatkan pendirian Mahathir itu sebagai tidak konsisten apabila cuba membuat pusingan U kenyataannya sedangkan kebenaran itu turut telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor pada 1988, iaitu ketika beliau menjadi perdana menteri lagi.

    "Adakah ALLAH di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak? Apa logiknya, saya masih tidak memahaminya? Apa yang Tun Mahathir cakap itu tidak konsisten, dekat Semenanjung tidak boleh, di sebelah sana boleh pula.

    "Perkara itu diluluskan ketika beliau perdana menterinya, saya fikir peliklah tiba-tiba dia kata dekat Sabah Sarawak boleh, dekat Semenanjung tidak boleh," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, larangan itu perlu bersandarkan kepada hukum dan perundangan Islam dan ia tidak sepatutnya mengenakan larangan tersebut mengikut kawasan tertentu sahaja melainkan untuk menjaga kepentingan umat Islam.

    "Kalau ia salah dari sudut undang-undang Islam, sepatutnya semua tempat tidak boleh, kecuali ada sebab-sebab tertentu yang perlu diperjelaskan atas kepentingan umat Islam tertentu di Semenanjung itu tidak boleh, maka ia diharamkan atas sebab-sebab tertentu.

    "Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pun tidak betul, bila benda jadi kelam kabut, orang Islam pun tidak tahu apa sebenarnya hukum yang sebenar," katanya lagi sambil menyifatkannya sebagai percaturan politik yang dimainkan Umno-BN untuk kepentingan mereka.

    Keliru dituduh rogol 'isteri'

    Posted: 25 Jan 2014 02:01 AM PST

    Kota Kinabalu: Riak muka pengurus restoran, Riduan Masmud, kelihatan 'keliru' walaupun berdiri dengan tenang di kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

    Itu antara reaksi Riduan, 40, yang didapati bersalah kerana merogol gadis bawah umur, yang kemudian dikahwininya selepas keputusan berkenaan dibacakan Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad.

    Dia yang memakai jaket hitam, berdiri di kandang tertuduh sepanjang keputusan dibacakan hakim selama lebih lima minit, dalam bahasa Inggeris, pada jam 10.25 pagi.

    Bagaimanapun, sejurus kes berkenaan selesai, Riduan dilihat berbincang dengan Y S Lo dan Timothy Daut, yang mewakili peguam belanya, Ram Singh, sebelum kelihatan menganggukkan kepala.

    Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin.

    Terdahulu, Ummu Kalthom bagaimanapun berkata, hukuman ditangguhkan untuk mendengar hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan dan peguam bela, jam 9 pagi, Isnin depan.

    Hakim turut membenarkan tempoh jaminan ke atas Riduan dilanjutkan.

    Mengaku tak bersalah

    Riduan Masmud
    Riduan, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia lingkungan 12 tahun antara jam 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Februari tahun lalu.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

    Pada 20 Mei tahun lalu, Riduan memberitahu mahkamah dia sudah mengahwini gadis itu pada 7 Mei.

    Bagaimanapun, pada 6 Jun, Jabatan Peguam Negara berkata, pendakwaan terhadap pengurus restoran itu akan diteruskan.

    Pada 11 Disember lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Riduan membela diri, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap tertuduh.

    Sementara itu, beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC Pulau Pinang), Persatuan Undang-undang Sabah serta Suara Kanak-kanak Malaysia, turut hadir di mahkamah seawal jam 8.30 pagi.

    Berita Harian

    Foto terkini Harun Din diziarahi Tun Mahathir di IJN

    Posted: 25 Jan 2014 01:01 AM PST

    Gambar terbaru menunjukkan Dr. Mahathir menziarahi Dr Haron Din di wad IJN.

    Kedua-duanya orang lama dalam arena politik tanah air. Gambar ini sebagai bukti jelas apabila dalam kesulitan, sebarang perbezaan ideologi harus diletak ketepi, ingatlah orang islam semuanya bersaudara.

    Semoga Dr. Haron Din segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

    (Gambar) Mantap betul body Yana Samsudin sekarang...

    Posted: 25 Jan 2014 12:01 AM PST

    Wajahnya memang nampak jauh berbeza berbanding pada awal kemunculannya dalam bidang seni tempatan dulu.

    Bukan saja tampil lebih berseri dan menyerlah, perubahan wajahnya juga begitu ketara dengan bentuk hidungnya nampak lebih mancung.

    Perubahan pada wajah pelakon popular Yana Samsudin itu turut menimbulkan pelbagai spekulasi, sekali gus ada pihak yang mendakwa dirinya melakukan pembedahan kosmetik.

    Bermula dengan dirinya menjadi tumpuan ramai pada majlis Anugerah Skrin 2013, kemunculan Yana di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG Production yang berlangsung di Seksyen 14, Shah Alam turut mencuri tumpuan ramai.

    Yana Samsudin

    Terbaru, kehadiran Yana sekali lagi menjadi tumpuan lensa jurugambar pada majlis pengumuman barisan finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur di sini, kelmarin.

    Semuanya kerana pihak media dan jurugambar ingin merakamkan wajah 'barunya' yang hangat diperkatakan ketika ini.

    Fitnah salah laku seks, bekas pegawai Unisel, Sinar Harian perlu bayar ganti rugi

    Posted: 24 Jan 2014 11:26 PM PST

    KUALA LUMPUR 24 Jan. - Bekas pegawai Universiti Selangor (Unisel) dan syarikat akhbar Sinar Harian diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini supaya membayar ganti rugi RM60,000 kepada bekas Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik & Pembangunan (PS&P) universiti itu selepas didapati memfitnah dengan mengaitkannya dengan salah laku seksual.

    Hakim Zaman Mohd. Noor memutuskan, Ir Dr. Mohamed Daud berjaya membuktikan kes samannya berdasarkan imbangan kebarangkalian bahawa artikel Sinar Harian bertajuk, Terpalit imej negatif bertarikh 5 Julai 2012 berunsur fitnah kerana perkataan TNC di dalam artikel itu merujuk kepadanya.

    Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 2 Oktober 2012, Mohamed menyatakan, artikel tersebut ditulis dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya.

    Kata-kata tersebut, antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak beretika, berkelakuan tidak senonoh, terlibat dalam jenayah seksual dan menjadi punca penurunan jumlah kemasukan pelajar sejak 2008.

    Beliau selaku pihak plaintif menamakan Halid yang merupakan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, wartawan, Nurulfatiha Muah, Ketua Pengarang, Norden Mohamed, Penerbit dan Pencetak akhbar Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. dan Ultimate Print Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.

    Plaintif mendakwa, kenyataan fitnah yang dibuat oleh defendan pertama itu menjadi sumber kepada defendan kedua untuk menulis artikel tersebut dan tidak mendapatkan penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu.

    Pihak plaintif yang diwakili peguam Noorazmir Zakaria sehubungan itu menuntut ganti rugi am termasuk gantirugi teladan dan ganti rugi teruk berjumlah RM240,000.

    Pekerja kilang tunjuk kemaluan kepada pelajar IPT

    Posted: 24 Jan 2014 10:50 PM PST

    Seremban: Perbuatan aib seorang operator pengeluaran dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan membawa padah apabila didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

    Hukuman itu diputuskan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap P Annadorai, 33, yang tenang sebelum mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.

    Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan lapan bulan.

    Mengikut pertuduhan, Annadorai yang bekerja di sebuah kilang sawit didakwa menunjukkan kemaluan dengan maksud mengaibkan kehormatan pelajar perempuan itu di bangunan rumah kedai berhampiran kolej kediaman mangsa di Bandar Baru Nilai, kira-kira jam 11 pagi, 27 Oktober tahun lalu.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.

    Mohamad Izwan Mohamed Noh ketika menjatuhkan hukuman, berkata beliau menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan sebelum membuat keputusan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin.

    Mengikut fakta kes, ketika mangsa membuat kertas kerja, dia diberitahu rakan serumah ada seorang lelaki tidak dikenali berada di belakang bangunan kediamannya.

    Mangsa kemudian melihat dan mendapati lelaki itu menurunkan separuh seluarnya dan menunjukkan kemaluannya ke arah kediaman mangsa menyebabkan mangsa merakam gambar lelaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.
    ANNADORAI dijatuhi denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Seremban.

    Isu cerai: Nurul Izzah tak muncul untuk tarik balik fasakh

    Posted: 24 Jan 2014 10:01 PM PST

    KUALA LUMPUR - Teka-teki kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan menarik semula permohonan cerai yang difailkannya awal bulan ini masih belum terjawab apabila beliau tidak muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

    Usaha pihak media menunggu di mahkamah seawal jam 8 pagi sehingga kaunter pendaftaran itu ditutup kira-kira jam 4.30 petang hanya sia-sia kerana kelibat Naib Presiden PKR itu langsung tidak kelihatan.

    Sebelum itu mahkamah mengesahkan Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai tersebut namun enggan mendedahkan butiran lanjut kes berkenaan.

    Hasil risikan daripada sumber terdekat, media dimaklumkan bahawa kes itu telah disebut pada 21 Januari lalu di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang.

    Menurut sumber, Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Majid mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dua minggu lalu.

    Kes itu akan disebut semula pada 18 Februari depan.

    Memetik laporan The Star Online, Nurul Izzah didakwa akan menarik semula permohonan cerai itu semalam.

    Remaja 13 tahun dirogol hingga pengsan di Parit Buntar

    Posted: 24 Jan 2014 09:01 PM PST

    Gambar hiasan
    Parit Buntar: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dikejar sekumpulan empat lelaki sebelum diperkosa di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, sehingga pengsan.

    Dalam kejadian jam 7.50 malam, Rabu lalu, mangsa dikatakan berjalan bersendirian menuju ke kedai runcit membeli barang keperluan.

    Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa dikejar empat lelaki tidak dikenali sebelum diculik dan dibawa ke rumah kosong di kawasan berhampiran.

    Menurutnya, mangsa dipercayai diperkosa 15 minit sebelum ditinggalkan dalam keadaan trauma.

    "Mangsa ditemui penduduk dalam keadaan tidak memakai selipar dan pakaian berlumpur sebelum dibawa pulang ke rumahnya.

    Mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya sebelum satu laporan polis dibuat," katanya.

    Menurutnya, mangsa yang masih berada dalam keadaan lemah dan trauma dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.

    "Polis mengambil keterangan daripada mangsa yang mendakwa diculik empat lelaki.

    "Siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan lapis yang mempunyai kesan darah.

    Papan itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut," katanya.

    Menurutnya, jarak antara rumah kosong itu dengan rumah jiran sekeliling ialah 20 meter.
    DI rumah usang ini remaja 13 tahun diperkosa hingga pengsan.

    Mat Fauzi berkata, polis menjalankan siasatan segera dan menahan suspek berusia 22 tahun di kawasan berkenaan.

    "Polis kini menjalankan siasatan terperinci dan memburu tiga lagi suspek.


    Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol," katanya.

    Tweet syahdu suami Nurul Izzah Disember lepas...

    Posted: 24 Jan 2014 08:01 PM PST

    Bukan rahsia lagi, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir selepas 10 tahun perkahwinan mereka.

    Begitu pun Nurul Izzah menyatakan beliau enggan mengulas lanjut perkara ini dan meminta supaya dia dan suami diberikan ruang privasi.

    Namun apabila status di atas dikatakan dimuatnaik oleh suami Nurul Izzah di laman Twitter miliknya tidak berapa lama dulu, sudah tentu ia menarik perhatian kerana seolah-olah berupa pesanan yang mempunyai kaitan dengan masalah rumahtangga mereka.

    Tweet itu secara jelas meminta Nurul Izzah menjaga dua anak mereka, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Harith, 4 jika berlaku sesuatu yang buruk padanya.

    Rasanya ada rasa sedih yang mendalam pada tweet berkenaan, namun diharapkan tidak ada sebarang perkara buruk berlaku sebab perceraian bukanlah bermakna dunia sudah berakhir.

    Guru Cina di Sungkai denda murid makan rumput?

    Posted: 24 Jan 2014 07:01 PM PST

    Setiap guru mempunyai etika perguruan yang mesti dipatuhi. Apatah lagi tugas mendidik mesti dilakukan mengikut cara betul kerana ia melibatkan generasi yang bakal mewarisi negara.

    Walaupun sesetengah guru mengamalkan hukuman rotan dalam pengajaran, masih terdapat khilaf sama ada kaedah ini sesuai diguna pakai untuk mendidik pelajar.

    Bagaimanapun jika merujuk pada tindakan menyuruh pelajar makan rumput, ini terang-terangan satu tindakan yang boleh dikatakan melampau.

    Justeru seorang bapa yang terkilan apabila mengetahui perkara ini bertindak membuat laporan polis.

    Mengikut laporan polis yang kini tersebar di laman sosial, kejadian berlaku semalam (23 Januari) lebih kurang 3.30 petang di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sungkai, Perak.
    Selain dipaksa makan rumput, anak pengadu bersama seorang lagi rakannya dikatakan turut didenda memakai loceng di leher sebelum gambar mereka dirakam oleh guru terbabit untuk ditunjukkan kepada pelajar kelas lain.

    Pengadu turut memaklumkan, guru anaknya memberitahu gambar itu akan dimuatnaik di Facebook jadi dia berasa perkara ini sesuatu yang keterlaluan lalu bertindak membuat laporan polis.

    Hm, macam-macam pula cerita membabitkan guru keluar sejak akhir-akhir ini. Apa pun diharapkan ia diselesaikan secara baik

    Sumber: Beliabangkit.blogspot.com

    Nik Aziz akui bukan Islam tidak boleh guna Kalimah Allah

    Posted: 24 Jan 2014 06:45 PM PST

    KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh menggunakan kalimah Allah sebagai menggantikan nama 'God' dalam kitab mereka khususnya Bible.

    Kenyataan bekas Menteri Besar Kelantan itu bercanggah dengan kenyataan beliau sebelum ini yang mendakwa orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun nama khas itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

    Kosmo!

    Reezal Merican dilantik Pengerusi Amanah Raya

    Posted: 24 Jan 2014 06:31 PM PST

    KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkuat kuasa 1 Januari lepas.

    Reezal, 42, menggantikan Datuk Dusuki Ahmad yang bersara pada 29 Disember lepas selepas berkhidmat selama 10 tahun.

    Perwakilan Lembaga AmanahRaya, Datuk Johar Che Mat berkata, pelantikan Reezal oleh Kementerian Kewangan dibuat dengan teliti berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang profesional dan politik.

    "Ahli Lembaga Pengarah Amanah Raya amat yakin bahawa Reezal merupakan calon yang sesuai bagi menerajui syarikat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Johar berkata, pengetahuan Reezal dalam bahasa Arab dan kesusasteraan memberi petanda baik bagi menerajui Yayasan AmanahRaya yang menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran ke Mesir.

    Reezal yang merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam industri perbankan dan pelaburan.

    Beliau pernah berkhidmat di Bank Industri Malaysia Berhad dan Kuwait Ijarah House serta bertanggungjawab mengendalikan kemudahan pembiayaan kewangan bagi dua bank berkenaan yang berpengkalan di Jeddah dan Kuwait.

    Dalam bidang politik, Reezal pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    Reezal juga merupakan Ketua Umno bahagian Kepala Batas, anggota Majlis Tertinggi Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

    AmanahRaya merupakan syarikat peramanahan tertua dan terulung di negara ini yang dikorporatkan pada tahun 1955.

    Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pengurusan perwarisan yang merangkumi penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat, pentadbiran harta pusaka dan perkhidmatan peramanahan. - Bernama

    BN bakal tumbang pada PRU14 - Tun M

    Posted: 24 Jan 2014 06:15 PM PST

    KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

    Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

    "Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

    Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

    "Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

    "Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

    Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

    "Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

    "Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

    Kecewa Khalid, Azmin utamakan berebut kuasa

    Posted: 24 Jan 2014 06:01 PM PST

    KUALA LUMPUR - MCA menyuarakan kekecewaannya tentang perebutan kuasa yang berlaku antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana sepatutnya mereka memberi fokus untuk membangunkan ekonomi negeri itu.

    Timbalan presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, sejak PKR menjadi parti pemerintah di Selangor, "negeri itu hanya menyaksikan gila kuasa dan percakaran antara Khalid dan Azmin".

    "Tidak ada pembangunan ketara selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri di Selangor lima tahun lepas, kecuali perbalahan peribadi antara Khalid dan Azmin, yang membazirkan masa dan sumber negeri.

    "Apa sebenarnya sumbangan mereka kepada negeri itu dan rakyatnya, sedangkan sepatutnya para pemimpin Pakatan memberi tumpuan terhadap usaha memajukan ekonomi negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ka Siong berkata, BN berusaha keras untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi dan menumpukan banyak usaha ke arah memastikan Model Baharu Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    "Pakatan hanya mampu mencanangkan tentang rizab mereka yang banyak, tapi gagal menggunakan sumber mereka secara bijak. Ini hanya mendedahkan ketidakmampuan mereka dalam membuat perancangan kewangan atau barangkali, mereka hanya memberi tumpuan terhadap kenaikan gaji," katanya sebagai merujuk kepada pengumuman kenaikan gaji anggota Dewan Undangan Negeri Selangor baru-baru ini. - Bernama

    Liga Perdana 2014: P. Pinang catat kemenangan sulung

    Posted: 24 Jan 2014 05:31 PM PST

    Sumber gambar: Penang FA Photo - Mohd Sharizal
    KUALA LUMPUR, 24 Jan - Kedah membuka saingan Liga Perdana 2014 dengan langkah kanan selepas mencatatkan kemenangan selesa 4-1 ke atas jiran mereka, Perlis di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

    Mereka bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Mohd Farizal Rozali pada minit ke-21 sebelum bangkit dengan menjaringkan empat gol masing-masing menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit ke-32, Billy Mehmet (36'(penalti) dan 80') dan Mohd Syazwan Zainon (43').

    Pendatang baharu, Pulau Pinang yang muncul juara Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia, musim lepas turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Sabah 3-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

    Bekas penyerang Harimau Muda A, Md Rozaimi Abd Rahman mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol seawal minit ke-10 sebelum Pulau Pinang bangkit dengan tiga gol menerusi Mohamad Zharif Hasna (minit ke-44 dan 63) serta Hilton Mauro Moreira (60').

    Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan mengalahkan DRB-Hicom FC dengan kemenangan tipis 2-1.

    Josef Kaplan muncul wira skuad Rusa selepas meledak dua jaringan masing-masing pada minit ke-32 dan 52' sebelum pasukan lawan mengurangkan defisit jaringan menerusi Ogunboye Iyanul Ezekial pada minit ke-56.

    Felda United FC pula berkongsi satu mata dengan wakil kelab Pulau Pinang, PBAPP FC selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

    Nasib berbeza dialami SPA Putrajaya FC dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) selepas kalah kepada lawan masing-masing di halaman sendiri.

    SPA Putrajaya tewas 0-1 kepada UiTM FC di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil jaringan tunggal Obi Ikechukwu pada minit ke-69.

    JDT II pula kalah mengejut 1-3 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru.

    Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sentuhan penyudah penyerang import dari Sepanyol, Braulio Nobrega Rodriguez pada minit ke-23.

    Mereka bagaimanapun beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-36 selepas penjaga gol mereka, K. Sasikumar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana mengasari pemain lawan, Bobby Gonzalez di luar kotak penalti.

    Kesempatan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya pasukan lawan kendalian Dollah Salleh yang berjaya menjaringkan tiga gol masing-masing menerusi Mohd Afif Amiruddin pada minit ke-50, Bobby (59') dan Mohd Fadhil Mohd Hashim (62').

    -- BERNAMA

    Apa Yang Tersirat

    Posted: 25 Jan 2014 01:25 PM PST

    Apa Yang Tersirat


    Jangan Lepas Guru Melampau Ini

    Posted: 25 Jan 2014 06:34 AM PST

    Jika di Sweden, sepasang rakyat Malaysia masuk penjara, hanya semata-mata kerana merotan tangan anaknya kerana tidak menunaikan solat, satu kewajiban dalam agama, mengapa tindakan serupa itu tidak boleh dikenakan kepada seorang guru berbangsa cina di SRJK (cina),Khai Meng Sungkai Perak.

    Guru bahasa inggeris itu yang bernama Chen Yan Yan mendenda dua orang pelajar melayu tahun 4 meraggut rumput, hanya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Selain disuruh meragut seperti lembu, lehen murid itu juga dikalongkan lonceng seperti mana terdapat pada anjing.

    Ibu murid itu telahpun membuat laporan polis, kerana anaknya dikatakan sungguh tertekan kerana diejek rakan-rakannya dengan panggilan lembu.


    Mendenda pelajar dengan perlakuan seperti binatang, adalah perlakuan yang amat melampau, dan sepatutnya tidak berlaku pada abad moden ini.


    Bayangkan, jika keadaan negara ini, di mana kaum melayu/bumiputera merupakan minoriti, dan kebetulan kementerian pelajaran diduduki oleh kaum yang sama dengan Yan Yan, mungkin perlakuan terhadap murid-murid melayu akan lebih dahsyat lagi.


    AYT akui, kejadian ini, mungkin satu kejadian terpencil, namun ianya tidak boleh diambil remeh, kerana ianya akan berlaku lagi di masa depan, jika tindakan berat tidak diambil terhadap guru melampau ini.

    THE FLYING KICK

    Posted: 25 Jan 2014 01:25 PM PST

    THE FLYING KICK


    NURUL IZZAH PATUT KENANG BALIK SUSAH PAYAH ORANG NAK MENIKAHKANNYA DULU, BUKAN MAIN SERONOK NAK BERCERAI SEBAB ADA SKANDAL!!!

    Posted: 25 Jan 2014 06:45 AM PST

    GURU SEKOLAH CINA SUNGKAI, PERLU MENJALANI PROSES MENGUTUK DIRI SENDIRI DAN MEMINTA MAAF SEBELUM DIKENAKAN HUKUMAN KERAS!!!

    Posted: 25 Jan 2014 05:54 AM PST

    PERUBAHAN SIKAP NIK AZIZ EKORAN KEMATIAN HARUN TAIB?

    Posted: 25 Jan 2014 03:56 AM PST

    TUN MAHATHIR MELAWAT 'MUSUH LAMA' DI IJN PAGI TADI!!!

    Posted: 24 Jan 2014 11:52 PM PST

    TUN MAHATHIR BUANG TEBIAT ATAU MENYINDIR MELAYU BANGANG?

    Posted: 24 Jan 2014 07:00 PM PST

    GURU PAKSA MURID MAKAN RUMPUT, GANTUNG LOCENG... APA BERLAKU BILA LAPORAN POLIS DIBUAT PAGI INI?

    Posted: 24 Jan 2014 05:30 PM PST

    AL-FATIHAH BUAT ROH HARON TAIB, KETUA DEWAN ULAMA PAS!!!

    Posted: 24 Jan 2014 03:00 PM PST

    Cucu Tok Selampit

    Posted: 25 Jan 2014 01:18 PM PST

    Cucu Tok Selampit


    Gambar-Gambar Persaudaraan Islam UMNO - PAS Yang Patut Menjadi Contoh

    Posted: 25 Jan 2014 08:04 AM PST


    Gambar Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhamad melawat Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Harun Din di Institut Jantung Negara menjadi 'viral' di media sosial. Tidak terkecuali juga gambar-gambar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim dan DS Kol (B) Jamil Khir Baharom memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Dewan PAS Pusat, Allahyarham Tuan Guru Dato Dr Harun Taib di Manir, Kuala Terengganu.

    Kamu PAS ker, kamu UMNO ker, tetap bersujud pada arah kiblat yang sama. Kamu mengucap khalimah syahadat yang sama. Contoh di atas adalah bukti terbaik politik tolak ke tepi dan kukuhkan tali persaudaraan. Semoga ISLAM dan MELAYU terus terjaga di bumi MALAYSIA. Indahnya ukhuwah tanpa politik jumud.





    SPAD Timbang Iklan Pada Bas Sekolah Untuk Mengatasi Masalah Kenaikan Kos

    Posted: 21 Jan 2014 08:00 PM PST

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menimbang kemungkinan membenarkan pengusaha bas sekolah memasang iklan dan  menggunakan kenderaan itu sebagai 'feeder bas' untuk membolehkan golongan itu menambah pendapatan.

    Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah itu adalah salah satu daripada cadangan SPAD supaya pengusaha bas sekolah  tidak mempunyai alasan lagi untuk menaikkan tambang sewenang-wenangnya.

    Tan Sri Syed Hamid berkata isu kenaikan tambang bas sekolah juga disebabkan daripada kesanggupan ibu bapa membayar kerana mereka tidak  mempunyai alternatif lain untuk menghantar anak  ke sekolah.

    "Sekarang kita ada formula baharu. Pengusaha mengadu tindakan menaikkan tambang disebabkan tidak cukup pendapatan. Kita sedang  mengkaji kemungkinan membenarkan mereka untuk memasang iklan di bas. Kita juga sedang kaji kemungkinan membenarkan bas sekolah itu  digunakan sebagai 'feeder bus' supaya mereka dapat pendapatan tambahan dan tidak perlu naikkan tambang," kata beliau.

    SPAD Lancar Kempen Kesedaran & Pematuhan SPAD ICOP

    Posted: 21 Jan 2014 04:00 AM PST


    Bertempat di Terminal Bersepdu Selatan petang tadi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat telah melancarkan Majlis Perlancaran Kempen Kesedaran Dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan Untuk Pengendali Bas Dan Kenderaan Barangan. Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebagai Pengerusi SPAD telah melancarkan kempen tersebut.

    Kempen ini dijalankan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan, sebagai langkah keselamatan yang diambil oleh SPAD bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya. SPAD telah  menetapkan had laju kenderaan 90 km/sejam sebagai syarat lesen pengendali bas dan kenderaan barangan. SPAD ICOP ini amat penting sebab kebanyakan kes kemalangan berpunca daripada pemandu yang memandu terlalu laju.

    Had laju yang terkandung dalam SPAD ICOP untuk pengendali bas berkuatkuasa pada 20 Ogos tahun lalu manakala untuk  pengendali kenderaan barangan, pada 11 November tahun yang sama. Program latihan SPAD ICOP telah dijalankan sejak  November 2012 dan selesai pada Oktober 2013.

    Di bawah program SPAD-ICOP, pengendali yang tidak mematahui had laju akan diberikan surat amaran jika melakukan  kesalahan untuk kali pertama. Jika mereka lakukan kali kedua, permit kenderaan akan digantung selama sebulan. Jika pengendali melakukan  kesalahan kali ketiga, permitnya akan digantung tiga bulan dan untuk kesalahan keempat, permitnya akan dibatalkan terus.






    Keris Pusaka Melayu

    Posted: 25 Jan 2014 11:31 AM PST

    Keris Pusaka Melayu


    Free Malaysia Today » Kenapa Zahid Hamidi terlalu popular?

    Posted: 24 Jan 2014 06:51 PM PST

    PETALING JAYA: Pada 19 Oktober 2013, sekali lagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno dengan undi tertinggi selain dari Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

    Pada tahun 2009, Zahid turut mendapat undi tertinggi juga mengatasi undi Hishamuddin dan Shafie. Apakah rahsia kejayaan Zahid? Adakah kerana beliau bekas Ketua Pemuda Umno (1996-1999) yang menyebabkan beliau begitu popular di kalangan perwakilan Umno?

    Tahun lepas beliau mendapat 188 undi. Ini bermakna tiga bahagian sahaja yang tidak mengundi beliau daripada seluruh negara (kecuali Sarawak yang tiada Umno) iaitu Jempol, Kota Marudu dan Batu Sapi.

    Ini menunjukkan Zahid mendapat 98.4 peratus undi mengatasi undi Shafie (92.6 peratus atau 177 undi) dan undi Hishamuddin (52.8 peratus atau 101 undi).

    Menurut Ketua Umno Bahagian Jempol yang baru, Datuk Md Salim Sharif, Zahid tidak turun padang ke Jempol punca dia kalah di tangan ahli parlimen Jempol, Tan Sri Isa Samad dalam pemilihan pada 19 Oktober itu. Namun demikian undi yang dipungut Zahid tidak jauh beza dari undi yang diperolehi Isa.

    Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahada dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi, Datuk Shamsuddin Yahya tidak dapat dihubungi untuk mengetahui punca Zahid kalah di kedua-dua bahagian tersebut.

    FMT difahamkan kerana arahan dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman supaya Bahagian-Bahagian di Sabah mengundi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir punca Zahid kalah di Kota Marudu dan Batu Sapi.

    23 Bahagian lain di Sabah tetap memilih Zahid kerana Zahid bukan orang baru dalam politik.Beliau adalah bekas Ketua Pemuda (1996-1999), ahli majlis tertinggi Umno (2000-2004 dan 2004-2008) dan Naib Presiden Umno (2008-2013).

    Dalam kerajaan pula, beliau pernah menjadi Pengerusi BSN, Timbalan Menteri Pelancongan, Timbalan Menteri Penerangan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

    Sebagai bekas Ketua Pemuda, beliau ada kelebihan kerana majoriti ketua bahagian sekarang adalah bekas ketua pemuda bahagian. Beliau sudah lama bertapak dalam pemuda bermula sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh (1984-1995), Naib Ketua Pemuda Umno Perak (1987-1990), Ketua Penerangan Pemuda Umno pusat (1994) dan Ketua Pemuda Umno pusat (1996-1999).

    Sebab itu Zahid terlalu popular. Walaupun KDN yang dipegangnya sekarang amat ditakuti oleh ramai menteri, tetapi KDN tetap membuatkan beliau popular.

    Tun Ghazali Shafie banyak kali bertanding Naib Presiden Umno ketika menjadi Menteri Dalam Negari tetapi kalah. Tun Musa Hitam terpelanting dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika menjaga KDN selepas peristiwa berdarah Memali. Genap 100 hari peristiwa Memali, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

    Selamatkah Zahid di KDN? Kenapa Zahid terlalu popular di KDN? Apa puncanya?

    Punca sebenar beliau popular ialah kerana setiap hari Khamid Zahid mengadakan hari terbuka untuk orang ramai menemuinya dari pagi hingga ke malam.

    Kebetulan semalam penulis berada di KDN, penulis dapati lebih 200 orang sanggup menunggu dari pagi hingga ke jam 9 malam untuk menemui beliau. Tepat jam 9 malam, masih ramai yang tidak dapat menemuinya dan terpaksa menempah untuk membuat temujanji dengannya pada Khamis minggu hadapan.

    Zahid melayan setiap orang dari pagi hingga ke malam yang ingin menemuinya. Ketika orang lain menjadi menteri yang jaga KDN,Syed Hamid Albar dan Hishamuddin Hussein bukan semua orang dapat menemui menteri yang jaga KDN itu. Hanya kawan-kawan rapat dan orang politik sahaja yang dapat menemui mereka.

    Tetapi Zahid terbuka. Sesiapa sahaja dapat menemuinya asalkan orang itu sabar menunggu giliran.

    Menurut setiausaha eksekutif Zahid, Major Mazlina Mazlan, biasa setiap Khamis mereka yang buat temujanji dengan Zahid akan dibuka pendaftaran sampai jam 10.30 pagi. Walaupun pendaftaran sudah ditutup pada pukul 10.30 pagi, orang ramai tetap naik ke Tingkat 12, KDN menunggu giliran untuk mengadu hal kepada Zahid.

    Dengan pendekatan terbuka Zahid ini, tidak syak lagi jika berlaku pertembungan Timbalan Presiden Umno di antara Zahid dengan Hishamuddin pada tahun 2016, perwakilan sudah tentu akan mengundi Zahid kerana Zahid mudah ditemui daripada Hishamuddin.

    Jika semua menteri mengikut stail Zahid buat hari terbuka, saya rasa orang ramai yang ada masalah dengan mana-mana kementerian dapat menyelesaikan masalah dengan segera dengan bantuan menteri.

    Takdirnya suatu hari nanti Zahid menjadi Timbalan Perdana Menteri, kita berharap beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang pertama mengadakan hari terbuka di negara ini.

    URL artikel http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/24/kenapa-zahid-hamidi-terlalu-popular/


    PEJUANG BANGSA

    Posted: 25 Jan 2014 11:25 AM PST

    PEJUANG BANGSA


    ADUN BN TELUK BAHANG DEDAH CERITA SEBENAR INSIDEN ROBOH GERAI MELAYU @dzainalabidin

    Posted: 24 Jan 2014 10:36 PM PST




    Kontroversi insiden perobohan gerai penjaja Melayu di Teluk Bahang telah diputar belitkan kerajaan DAP hingga menuduh kakitangan awam dipukul samseng UMNO & Perkasa.

    Kelmarin   Adun BN  Teluk Bahang , Datuk Shah Headan Ayob Shah Hussain Shah  memberi penjelasan yang sebenar mengenai insiden berkenaan yang jelas diputarbelitkan pembangkang  dalam satu sidang media khas.

    Turut hadir  Hisham Abd Hamid  , Ketua Pemuda UMNO Bahagian , Mohd Redza  Zainal Abidin  - Pengerusi Persatuan Perniaga Kecil Teluk Bahang , Naib Ketua Pemuda UMNO P.Pinang  Jasmin bin Noordin


    Kenyataan Sidang Media


    A) tujuan sidang media dibuat pada hari ini adalah untuk memberi maklum balas kepada kerajaan negeri  berhubung isu perobohan gerai  kecil di teluk bahang.

    B) menyatakan beliau telah berhubung dengan pihak pejabat daerah dan tanah daerah barat daya dan mendapati bahawa sebelum insiden berlaku tidak ada sebarang mesyuarat / perbincangan bersama peniaga yang terlibat.

    C) menyelar kerajaan negeri yang bersikap menunding jari dengan menuduh pihak polis tidak menjaga keselamatan di kawasan tersebut sehingga mencetuskan ketegangan sedangkan mereka telah dimaklum terlebih awal supaya tidak meneruskan perobohan pada hari tersebut.

    D) menyatakan kerajaan BN langsung tidak berkompromi untuk menghalang penjawat awam untuk melakukan peobohan.

    E) menyatakan pada hakikatnya, ABU HASSAN bin OMAR - Penolong Pengarah Pejabat Daerah Barat Daya langsung tidak mengalami apax kecederaan pada hari insiden tersebut namun terdapat pihak yang sengaja memutarkan belitkan isu.

    F) Menyatakan apa yang menjadi persoalannya adalah mengapakah pihak yang terlibat langsung tidak mengadakan perbincangan terlebih dahulu diantara penjaja premis tersebut sebelum perobohan diibuat.

    G) menyelar pimpinan Pakatan Rakyat yang menuduh Kerajaan BN bersikap perkauman sedangkan kerajaan BN telah banyak membantu bangsa lain selain melayu dan ini adalah satu tindakan jahat unyuk menghasut rakyat membenci Kerajaan BN.

    H) berpendapat bahawa kerajaan negeri harus membuat satu kajian dan perancangan untuk membangunkan ekonomi takyat di negari ini dan bukanlah cara menindas rakyat.

    I) menyarankan agar kerajaan negeri menyediakan tapak khas untuk peniaga-peniaga  sebelum bertindak merobohkan sesuatu premis perniagaan.

    J) menyatakan negeri pulau pinang mempunyai banyak tanah dan menyarakan agar kerajaan negeri menjual sedikit tanah yang ada di negeri ini dan hasilnya itu diberikan untuk membantu rakyat.

    TERKINI ! MURID MELAYU JADI MANGSA HINAAN LEMBU MAKAN RUMPUT CIKGU RASIS SJKC !!

    Posted: 24 Jan 2014 04:30 PM PST



    Lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput"..!

    -Itulah kata2 yg keluar dr mulut seorang guru Kiasu berbangsa Cina yg mengajar di SJKC Khai Meng Sungkai, membuli pelajar dgn menggantung loceng dileher dan di berikan rumput pada waktu rehat.

    Chen Yan Yan(cikgu) juga telah 'mengugut' pelajar tersebut akan memasukkan gambar mereka didalam Facebook.

    Untuk rekod , SJKC yang membabitkan  cikgu Cina  dalam awal  tahun ini saja sudah 2 kali bikin kontroversi dan sebelum ini berlaku di Johor dalam isu guru bertudung .

    Mengapa ini terjadi ?? Jawapannya kini  semangat chauvinis dihasut  DAP   telah meresapi jiwa majoriti bangsa CINA termasuk guru di sekolah2 Cina . 

    Perbuatan menggelar  murid berbangsa Melayu  seperti lembu makan rumput  jelas satu penghinaan melampau. Tak tergamak rasanya seorang guru daripada mana2 bangsa di dunia ini  pun untuk  melakukan sedemikian kepada muridnya melainkan ia gila !!

    Tapi  guru Cina ini bukan saja Gila tapi semangat kebencian & kebiadapannya  terhadap anak Melayu cukup menebal .  

    Amat merbahaya sekali jika Kementerian Pelajaran terus  menyimpan lagi guru ini untuk mengajar di sekolah . Ini kerana dibimbangi akan berlaku kejadian lebih buruk lagi kepada pelajar2 Melayu .




    Fakta kes : 

    -Guru cina tersebut baru berkhidmat disekolah itu baru menjangkau 2 tahun. 

     -Kanak kanak melayu tersebut telah didera emosinya sehingga terpaksa makan rumput dan diperlakukan seperti lembu oleh guru tersebut.. 

     - PPD hanya minta guru tersebut surat tunjuk sebab.

     -Dan didalam kejadian tersebut murid yang dikenakan tindakkan tersebut seorang kanak kanak berbangsa melayu sedangkan ada lagi seorang pelajar berbangsa cina dilepaskan tanpa hukuman. 

     (Difahamkan anak cina itu anak YDP PIBG sekolah tu merangkap Pengerusi DAP Sungkai, Perak)




    Pengikut