Pengikut

Pakatan Rakyat

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 3:20 PTG

0

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 20 Apr 2014 03:15 PM PDT

Tulisan ini dikarang pada tahun 2012 untuk tujuan penerbitan dalam buku "Pantang Undur", sempena ulangtahun ke-70 Karpal Singh. Entah bagaimana, makalah ini tercicir daripada penerbitan buku tersebut dan baru hanya disedari pada hari ini, 17 April, hari Sang Harimau meninggal dunia. Kini ia diterbitkan buat pertama kali dalam Roketkini menurut edisi asal tanpa sebarang penambahan atau suntingan.
Kemalangan
Oleh Afeeqa Afeera

KUALA LUMPUR : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengakui tidak mematuhi hasil perbincangan dengan kerajaan Selangor untuk mengurangkan pelepasan air mentah ketika penurunan paras air empangan .

Pengarah Eksekutif Syabas, V Subramaniam, berkata ia membabitkan 600 juta liter sehari dari empangan Sungai Selangor dan pengurangan pengeluaran 500 juta liter sehari air terawat di lima loji rawatan air.

Pada sidang media di sini, hari ini, beliau berkata, hasil perbincangan pada 21 Februari lalu dibuat berikutan penurunan paras empangan berkenaan tetapi Syabas tidak mematuhinya.

"Syabas tidak boleh melaksanakan arahan tersebut tanpa mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya

Beliau memberi alasan, hanya SPAN berkuasa untuk memutuskan dan meluluskan rancangan sedemikian mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (AIPA 2006).

Malah,Subramanian berkata  Pelan Pengagihan Air Berjadual Syabas hanya berkuatkuasa pada 27 Februari ini meskipun penjadualan air bermula hari ini dengan memberi alasan.tempoh dua hari untuk berbuat demikian, terlalu singkat.

Sebaliknya, beliau lebih gemar menuding jadi kepada Kerajaan Selangor kerana enggan melaksanakan banyak projek pembangunan dan penambahbaikan kapasiti bekalan air.

Beliau juga mengungkit keputusan SPAN tidak meluluskan program perbelanjaan modal (CAPEX) bagi menambahbaik dan menaik taraf sistem pengagihan bekalan air termasuk usaha mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW).- FZL

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM  : Empangan Klang Gates setakat pagi ini, mencatatkan peningkatan paras air sebanyak 53.96 peratus dengan taburan hujan 2.50 mm berbanding minggu lalu.

Menerusi laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati setakat pagi ini, Kolam Takungan Sungai Labu mencatatkan sebanyak 76.73 peratus ; Sungai Semenyih sebanyak 73.54 peratus dan Sungai Tinggi sebanyak 61.62 peratus.

air pahangManakala, setakat semalam, empangan Batu mencatatkan paras air sebanyak 78.51 peratus.

Empangan Langat pula sebanyak 51.42 peratus dengan taburan hujan 1.00 mm.

Empangan Sungai Selangor sebanyak 38.53 peratus dengan taburan hujan 17.62 mm dan empangan Tasik Subang sebanyak 84.69 peratus.

Pihak Luas dan Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) memberitahu dalam tempoh tiga minggu lagi, pihak mereka akan terus menjalankan operasi pembenihan awan kering bagi meningkatkan paras air empangan bergantung pada keadaan cuaca dan keadaan pesawat.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan JMM, Azhar Ishak berkata pembenihan di kawasan empangan Sungai Selangor akan diteruskan sehingga 21 April ini dan jika terdapat permintaan, proses itu akan diteruskan sehingga hujung bulan ini.

"Peningkatan paras air empangan sebanyak satu peratus memerlukan jumlah hujan sebanyak 20mm dan untuk mencapai perkadaran 55 peratus jumlah hujan diperlukan adalah lebih 360mm dengan penurunan hampir konsisten setiap hari," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Exco Belia, Sukan dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi memberitahu Kerajaan Negeri meneruskan tindakan penjadualan air di beberapa kawasan ekoran empangan Sungai Selangor masih mencatatkan bacaan di paras sasaran.

Keadaan penjadualan air itu dijangka sehingga penghujung April ini jika hujan berterusan seperti sedia kala.EZY

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi corak pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Telok Kemang semalam Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

ISU AIR SELANGOR BARUAbdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.

"Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.

"Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas," katanya menerusi laporan akhbar Sinar harian.

Jelasnya lagi, tawaran dibuat terlalu sedikit berbanding dengan keperluan keseluruhan Selangor yang mana ia memerlukan sebanyak 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.

"Ia ibarat pemberian 10sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.

"Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat," kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Telok Kemang.EZY

Biaqpila

Posted: 20 Apr 2014 03:15 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:15 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PESAWAT MH192 BERPATAH BALIK DAN MENDARAT CEMAS

Posted: 20 Apr 2014 12:05 PM PDT

21 APR 14 : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat 'air turn back' berpatah balik ke KLIA.

Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika berlepas.

Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

MAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 1.56 pagi, hari ini (Isnin).

Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).

Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRES

Posted: 20 Apr 2014 06:13 AM PDT

PEKAN: Sebuah lagi bas terbabit dalam kemalangan di Pahang dalam tempoh seminggu. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan bas ekspres di Lipis yang mengakibatkan dua kematian.

Semalam pula, sebuah bas ekspres kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Temerloh yang menyebabkan ramai mangsa cedera parah.

Hari ini, sebuah lagi bas terbabit dengan kemalangan dan kali ini ia berlaku di daerah Pekan pula.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi. Bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura dipercayai terbabas di kawasan Ladang Sungai Jernih, Paloh Hinai berhampiran simpang Felda Chini  dekat sini.

Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Seorang peelancong dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian terbaru ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian.

PDO

LAWAK AHAD: KENTUT

Posted: 19 Apr 2014 06:00 PM PDT

Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu,tiada terungkap dengan kata2.
Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Pendidikan Seni: Sangat abstrak, tetapi tiada nilai kesenian.
Guru Jasmani: Tenaga yg dilepaskan setanding dengan 10 org murid yg sedang berlari pecut.
Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang saudara.
Guru English: Better out than in.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betul ke masalahnya???


Barisan Nasional

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 7:08 PG

0

Barisan Nasional


tunku

Posted: 20 Apr 2014 03:44 AM PDT

tunku


MH370 search: MAS to provide financial assistance to families

Posted: 20 Apr 2014 02:20 AM PDT


The families of the passengers and crew of flight MH370 will receive financial assistance from Malaysia Airlines to ease their burdens, said Deputy Foreign Minister Datuk Hamzah Zainuddin
.
Hamzah, who heads the sub-committee focusing on the next-of-kin, said that the process to identify those who would receive the assistance started two weeks ago.

The assistance would come solely from MAS, with the Government only stepping in to bear some of the costs if there is a need for it.

During a briefing with the families at the Royale Chulan Hotel on Sunday, Hamzah said the families have been requested to submit their own amounts for financial assistance.

"Some of the families have lost their breadwinners and may be facing financial difficulties.
"Those affected will all receive some form of financial assistance from MAS.

"However, when the assistance will be given will be determined at a later date as we have recipients from 15 different countries, " he told reporters.

He added that two Malaysian representatives were in talks with the families in China regarding financial assistance, with MCA vice-president Datin Paduka Chew Mei Fun expected to fly to Beijing to speak to the next-of-kin as well.

Selamat Omar, 60, the father of aviation engineer Mohd Khairul Amri Selamat, said he was grateful for the Government's offer.

bumiyang

Posted: 20 Apr 2014 03:28 AM PDT

bumiyang


Bukti Pas Lebih Islam Berbanding Umno???

Posted: 19 Apr 2014 11:06 PM PDT

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 20 Apr 2014 03:08 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Anwar Ibrahim bayar Raja Bomoh untuk lastik siapa?

Posted: 19 Apr 2014 08:51 AM PDT


Ibrahim Mat Zain, Raja Bomoh yang kaki cari publisiti untuk cari MH370, atau buat ramalan PRU13 menyebelahi Pakatan Rakyat atau muncul ketika demo reformasi tahun 2000 menykong Anwar buat hal lagi.

Kali ini, dia muncul di KM 301.6 Gua Tempurong di dengan lastik pula. Entahlah ... nak lastik untuk  halau apa? Baca kisah di Flying Kick SINI.

Anwar Ibrahim lagi ke yang bayar?

Kematian Karpal Singh pasti akan diguna sebagai alasan untuk tangguhkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Rahsia dirinya yang dipegang Karpal Singh pun akan kekal rahsia.


Mana yang nak langkah mayat Karpal SIngh untuk dapat laksanakan hukum hudud. Raja Bomoh nak sangat mulakan hudud kot.

Wow! Bior lah si kafir harbi ... serah dia pada tuhan

Sahabat-Gunung

Posted: 20 Apr 2014 01:48 AM PDT

Sahabat-Gunung


Baihaki Kaizan Mangsa Percaturan Bojan, Shebby & Martin

Posted: 20 Apr 2014 12:45 AM PDT




Hakikatnya, Baihaki Kaizan adalah salah seorang pemain profeisonal yang menjadi mangsa percaturan Bojan, Shebby dan Martin ....


Tiga ekor manusia nie bukan mahu membangunkan bolasepak Johor pun, sebaliknya mereka bersatu untuk menjahanamkan pasukan JDT, menghakis segala duit yang ada dalam pasukan JDT .....

Taipingmali (tm)

Posted: 20 Apr 2014 01:24 AM PDT

Taipingmali (tm)


Karpal Singh dalam kenangan

Posted: 20 Apr 2014 01:17 AM PDT

Sebagai ahli politik, peguam dan ketua keluarga, beliau telah mencorakkan satu bentuk politik tanah air. Paling menarik ialah apabila beliau menggembarkan dewan rakyat dengan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengamal seks songsang dan mencabar supaya Anwar meletakkan jawatan. Ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri yang amat disayangi oleh Tun Mahathir ketika itu.

Karpal juga sekali lagi mengejut negara dengan meminta Anwar supaya bertaubat kerana membawa banyak masalah kepada negara.

Karpal terkenal dengan amaran keras terhadap Pas agar tidak mengadakan hudud dan jika mahu melaksanakan hudud, Pas hendaklah melangkah mayat Karpal terlebih dahulu.

Maksud Karpal ialah, Pas mestilah berlawan dan membunuh Karpal. Barulah layak untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Ternyata Pas tidak berani dan gentar terhadap Karpal. Sehingga akhir hayat Karpal, Pas tidak berani, malah ada pemimpin Pas berani berkata bahawa di dada Karpal ada bulan.

Kini Pas mungkin sudah boleh melaksanakan enekmen hudud di negeri Kelantan dengan meminda undang-undang yang ada. Dr Aziz Bari mengakui bahawa Kelantan boleh melaksanakan hudud tanpa mendapat persetujuan dewan rakyat. Cuma pindaan undang-undang perlu dibuat sedikit demi sedikit.

Ternyata Pas lebih takut kepada Karpal, Anwar dan LKS daripada takut kepada Allah. Hudud hanya mainan Pas apabila tiba musin pilihanraya sahaja. Selepas menang, pemimpin Pas sendiri berkata hudud belum sesuai dilaksanakan. Hadi Awang dan Dr Azizan telah membuktikan bahawa hudud bukan keperluan , Nizar Jamuluddin juga pernah mendedahkan bahawa Pas tidak pernah berhasrat untuk menubuhkan negara Islam.

Berbalik kepada Karpal, jasa yang besar yang dilakukan beliau ialah menggagalkan hasrat Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini Anwar semakin hampir dengan hukuman, peguam profesional yang tahu akan kegiatan seks songsang Anwar sudah tiada. Siapa yang akan membantu beliau lagi? Mungkin anak Karpal akan mengambil tempat. Akan tetapi masa sudah suntuk, Anwar disahkan oleh hakim yang mensabitkan hukuman 5 tahun penjara kerana beliau hanya buat pembelaan penafian bukan pembelaan beralasan.

Jenaka yang biasa kita dengar ialah jangan bohong kepada doktor nanti dia bagi ubat yang salah, kedua jangan bohong kepada peguam, kalau salah kata salah, senang peguam nak pusing cakap. Ketiga .........dah .......lupa.......LOL.

Pahlawan Lahad Datu menjadi Raja Sehari dengan jururawatnya

Posted: 19 Apr 2014 08:28 AM PDT


Akhirnya DJ Mansor tewas juga

Posted: 19 Apr 2014 02:57 AM PDT

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Media Selangorku, Mansor Abu Bakar kembali ke rahmatullah pada jam 10.30 pagi tadi selepas mengalami komplikasi kesihatan demam denggi, jantung, darah tinggi dan paru-paru.

Memetik laporan Media Selangorku, kematian Allahyarham Mansor disahkan oleh Ketua Jurukamera Selangor Kini, Hanafi Mohamed selepas dihubungi sendiri anak sulung Allahyarham Mansor pagi tadi.

Pengurusan jenazah dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Delek.

Terdahulu, Mansor ditahan di hospital sejak minggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan sebelum tidak sedarkan diri dan bergantung dengan bantuan pernafasan melalui mesin.

Mansor lebih dikenali sebagai DJ Mansor merupakan antara individu awal yang bertugas bersama Media Selangorku yang ketika itu baru ditubuhkan pada 2009 dan dikenali sebagai TV Selangor.

Selain mengendalikan rancangan Apa Khabar Selangor (kini dikenali sebagai Salam Selangor), DJ Mansor pernah menjadi penyampai stesen Radio Web Selangor (RWS) selain menjadi tenaga pengajar kepada bakat baru yang ingin menceburi bidang pengacaraan.

Al fatihah

Aspirasi Bangsa

Posted: 20 Apr 2014 01:12 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Punca sebenar kemalangan Karpal Singh!!

Posted: 19 Apr 2014 08:18 AM PDT

Gambar paling sweet ;-) #jdt01

Posted: 19 Apr 2014 05:10 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 19 Apr 2014 11:32 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Lebih Kurang 3000 Pekerja Mungkin Kehilangan Mata Pencarian Mereka...

Posted: 19 Apr 2014 01:00 AM PDT


Ini adalah salah satu contoh terbaik, kilang nestle di shah alam kerugian 12-15 juta ringgit sehari akibat kecekapan khalid ibrahim menguruskan air di selangor...

Kilang itu menggajikan kira-kira 3000 pekerja kebanyakannya warga tempatan, kerana krisis bekalan air yang makin kritikal di selangor, menurut pengurus kilang itu, kemungkinan mereka terpaksa mencari alternatif
lain dengan kata lain mungkin nestle terpaksa menutup kilang di shah alam dan berpindah ke tempat yang sumber bekalan airnya tiada masaalah...

Aku bukan kisah sangat dengan kilang nestle tu, tapi apa akan jadi dengan nasib 3000 pekerja yang kebanykannya warga tempatan sekiranya kilang itu di tutup dan mereka di berhentikan kerja? bagai mana dengan nasib keluarga mereka...?

Khalid nak tanggung semua tu...???




Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 19 Apr 2014 11:29 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUARA NIK : ANWAR TIDAK HORMAT KEMATIAN ARWAH USTAZ AZIZAN & USTAZ HARUN TAIB

Posted: 19 Apr 2014 05:14 PM PDT


Aku hairan page Anwar!! Masa Ustaz Azizan, Harun Taib tidak ada pula hendak ucap Takziah... Masa KArpal tulis banyak panjang...Sanjung Kafir

ISU HUDUD : PKR TUDUH PAS TIKAM BELAKANG

Posted: 19 Apr 2014 02:33 AM PDT

Prof Dr Abdul Aziz Bari, individu yang diuar-uarkan 'pakar perlembagaan' oleh pihak pembangkang mendakwa PAS 'keliru dan tidak jelas' berkaitan bidang kuasa antara kerajaan negeri dan pusat dalam proses pelaksanaan hudud di negeri Kelantan.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan exco Kelantan Dr Fadzli Hassan juga tidak membantu menjelaskan kekeliruan tersebut.
"Kalau PAS Kelantan kata ini kuasa pusat – sebagaimana yang didakwa oleh Dr Fadzli – kenapa mereka luluskan enakmen itu pada 1993? Kalau dah sedar itu bukan kuasa negeri mengapa buat undang-undang itu?
"Saya tahu mereka akan jawab ini soal akidah dan tanggungjawab. Soalan saya kenapa hal itu tidak pernah dijelaskan? Ini yang saya kata Kelantan gagal merangka rangka dasar dan hala tuju untuk pelaksanaan hukum hudud ini.
"Pelik. Seperti yang saya katakan tadi kalau dah tahu awak tak ada kuasa apa yang awak buat benda itu?" soal Abdul Aziz dalam e-mel balasan kepada Malaysiakini.
Beliau dihubungi portal itu untuk bertanya tindakan Kelantan yang mahu membawa rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) berkata beliau sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dan menawarkan diri untuk membantu tetapi dipandang sepi.
Beliau sebaliknya berpandangan pelaksanaan hudud boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan PAS perlu bersabar serta menjelas implikasi undang-undang dan politik daripada isu ini.
"Tapi mungkin kerajaan Kelantan ketandusan isu dan parti tertekan kerana gagal menjelaskan isu ini kepada ahli-ahli. Ini pun pelik juga. Kalau ahli sendiri pun tak boleh kawal, nak menang macam mana?" sindirnya.
Abdul Aziz yang juga bekas calon PKR di Parlimen Sabak Bernam turut mempersoal sikap UMNO dalam soal hudud dan bertanya kenapa usul persendirian itu tidak dibentangkan UMNO, bukannya PAS.
"Dan nasib tak baik, PAS akan hilang banyak kerusi di luar Kelantan kerana insiden ini menampakkan yang PAS sanggup tikam dari belakang," katanya lagi.

The Unspinners

Posted: 19 Apr 2014 11:11 PM PDT

The Unspinners


Nestle pindah kerana krisis air yang dirancang Anwar dan lanun air

Posted: 19 Apr 2014 10:09 PM PDT


Sudah banyak syarikat terutama sekali yang berasaskan makanan mulai merungut dan mengadu tentang kerugian yang mereka perlu hadapi setiap hari. Terbaru adalah Nestle yang mempunyai kilang besar di Shah Alam.

Catuan air telah membuatkan kilang tersebut kerugian antara RM12 juta sehingga RM15 juta setiap hari. Sekaligus gangguan berkenaan turut memberi kesan kepada masa hadapan para pekerja di kilang tersebut yang jumlahnya melebihi 300 orang. Pengurusan kilang tersebut, pastinya akan mengambil langkah terakhir iaitu membuang semua tenaga kerja dan seterusnya memindahkan lokasi operasi ke kawasan lain yang lebih terjamin.

Dan sudah pastilah, lokasi baru yang akan menjadi perhatian pengurusan NESTLE adalah di Indochina yang tidak sahaja memberikan jaminan tentang bekalan air, bahkan tenaga kerja yang lebih murah dan kurangnya kerenah politik terutama sekali membabitkan politik di kalangan para pekerja mahupun gangguan daripada pemimpin-pemimpin politik setempat yang gemar menghasut dan mengganggu urusan serta perjalanan kilang berkenaan.

Baca sepenuh di Selangor Chronicle SINI



Syabas lanun air yang dianggap bijak oleh pengundi PR. Lagi diberi kepercayaan pada penyamun ini, lagi jahanam ekonomi negara.

Khalid Gagap jemput ke istananya untuk mandi

Posted: 19 Apr 2014 06:00 PM PDT



Macam-macam lain masaalah Selangor

Posted: 19 Apr 2014 08:30 AM PDT










UNISEL






Sampah

Dia tak selesaikan masaalah kutipan sampah lalu disalahkan rakyat.


Sekarang






Tun M dah kata dan krisis air jadi pedoman

Posted: 19 Apr 2014 05:30 AM PDT



Dahlah tak ada air, sombong tolak bantuan...

Posted: 19 Apr 2014 02:30 AM PDT


... bukan dia fikir masaalah rakyat.

Politik dan spin, Itu saja mereka fikir....

PR bagus turunkan harga air? Baca apa Khalid kata

Posted: 18 Apr 2014 11:25 PM PDT


Pengswastaan bukan masaalah utama.

Dengan tujuan untuk memintas birokrasi yang melambatkan, krisis air 1998, kekangan bajet kerajaan dan lebih efisyen swasta yang berhutang dari kerajaan, pengswastaan adalah pendekatan yang perlu ketika itu.

Isunya adalah Khalid memandai-mandai mahu beri air percuma.

Tanpa memahami dan tahu kira-kira dalam pengurusan air, dia mahu jadi popular dengan progrm air percuma danjanji turunkan kos air.

Baru dia tahu ianya bukan mudah

Panglima Perang Cyber

Posted: 19 Apr 2014 11:09 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Kuliah Ustaz Syed Ahmad Faiz – Masjid Az-Zakirin Selayang #USAF | Warta Rakyat

Posted: 19 Apr 2014 10:06 PM PDT

@NohOmar- Air Percuma Menyusahkan Rakyat

Posted: 19 Apr 2014 06:06 AM PDT

Pemberian air percuma secara umumnya membantu rakyat susah. Namun ia gagal diagihkan kepada rakyat secara samarata mengikut kemampuan mereka.

Selain itu pemberian secara percuma juga akan menjadikan khazanah air yang tidak ternilai harganya itu dibuang dengan begitu sahaja tanpa ada sebarang rasa kerugian atas tindakan mereka.

Justeru pemberian air percuma perlu dikaji semula dan semua perlu sedar krisis air sangat besar impaknya kepada ekonomi, sosial bahkan boleh mengancam keamanan.

Buktinya krisis air telah menyebabkan berlaku pergaduhan yang jika tidak dikawal boleh membawa kepada perkara lebih besar.


Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/vmcUwKjGDIs


Sent from my iPhone

Artikel Menarik Isu BOC @Zahid_Hamidi : 'Koyak pasport: Jangan melatah' Di Utusan Malaysia

Posted: 19 Apr 2014 04:50 AM PDT

Artikel ini yang disiar semalam di Utusan Malaysia walau agak lambat disiar di blog panglima namun mungkin ada banyak manfaat untuk dibaca oleh sesiapa yang ingin memahami isu ini. Penjelasan ini boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang masih keliru adakah benar Kerajaan Malaysia menerima kembali rakyat yang telah berpaling tadah dan sanggup memberikan kerakyatan kepada mereka. Ternyata memang kita masih waras di dalam hal ini dan sesekali tidak akan mengembalikan kerakyatan kepada yang telah khianat kepada negara dengan mengoyakkan pasport mereka.

ISU memberikan kerakyatan negara ini kepada lebih 500 pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) dari negara seperti mana yang dilaporkan media sebelum ini telah diputar belit pihak tertentu sehingga menimbulkan kemarahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat di negara ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Parlimen Tanjung dari DAP Ng Wei Aik yang mendakwa kerajaan bersetuju untuk membawa pulang lebih 500 bekas rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka untuk menjadi warganegara United Kingdom (UK).

Ramai rakyat di negara ini hairan bagaimana seorang anggota Parlimen Tanjung dari DAP ini mendapat maklumat yang bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Kenyataan palsu ini disebarkan pula pihak tidak bertanggungjawab melalui media baru terutama media sosial.

Persoalannya, adakah penyebar maklumat mahu rakyat terutama penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) membenci pemimpin mereka Ahmad Zahid yang kononnya dianggap cuai dan lemah?

Ahmad Zahid menjelaskan isu ini kemudiannya berkata pemilik BOC terbabit juga bukannya diberi taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap, sebaliknya hanya diberikan Pas Residen bagi membolehkan mereka berada di sini secara sah selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Malah, Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik. Ini kerana ada di kalangan mereka yang telah mengoyakkan pasport Malaysia ketika berada di luar negara dengan hasrat benci kepada negara ini dan tidak lagi mahu pulang kerana kebencian itu dan ada yang 'menikam' negara ini dari belakang. Tidak ada lagi taat setia di kalangan mereka.

Menurut beliau, sekiranya pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Pemegang pasport BOC merupakan warganegara Malaysia yang memilih untuk melepaskan taraf kewarganegaraan bagi memohon sebagai warganegara UK.

Bagaimanapun mengikut British Nationality Act 1981 (BNA 1981) yang dipinda pada 4 Julai 2002, mereka hanya akan diberikan kewarganegaraan UK jika mereka telah melepaskan atau dilucutkan kewarganegaraan Malaysia pada atau sebelum 4 Julai 2002.

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata Pas Residen hanya merupakan kebenaran yang diberikan kepada warganegara asing untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh lima tahun dan boleh memohon dilanjutkan setiap lima tahun.

Ia perlu dimohon semasa berada di UK melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, dan hanya akan berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diteliti dan diluluskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pas Residen akan ditampal dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memudahkan mereka melapor diri.

Penyediaan kaunter khas ini memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang Imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah.

Saya berharap rakyat Malaysia tidak mudah percaya dengan laporan media baru terbabit terutama media sosial selepas menerima penjelasan daripada Ahmad Zahid.

Kita harus yakin bahawa Ahmad Zahid lebih setia daripada orang asing yang mungkin mengaku setia kepada negara ini semata-mata mahu mendapatkan taraf kerakyatan.

Ingatlah, menjaga kepentingan rakyat setempat lebih penting daripada melayan cerita yang tidak benar dan demi mahu meraih sokongan serta pengaruh politik.

Oleh itu marilah kita bersatu dan berpijak kepada bumi nyata.

Jangan mudah terpengaruh dengan berita palsu yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Bagi orang Melayu yang mengaku menjadi umat Islam, kita mesti percaya bahawa dosa orang mengumpat sama seperti orang berzina dan dosa orang memfitnah sama dengan dosa orang membunuh sepertimana diajarkan Nabi Muhammad SAW.

Janganlah kita terjebak dan bersubahat dengan orang yang tidak beriman kepada Allah semata-mata mahu menjadi juara dalam arena politik.

Kita yang berpendidikan tinggi jangan mudah pula menerima unsur negatif tanpa membuat kajian ilmiah yang objektif dan berlandaskan al Quran, Hadis, Qias serta Ijmak Ulama semata mengikut imarah nafsu dan kepentingan diri sendiri.

Hidup bangsa dan agama kerana kita sentiasa bersama, manakala rosak bangsa dan agama kerana kita bersama banyak melakukan dosa.

Persoalannya, adakah penyebar maklumat mahu rakyat terutama penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) membenci pemimpin mereka Ahmad Zahid yang dianggap cuai dan lemah?

Saya berharap rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang menyokong UMNO tidak melatah dan berada di barisan hadapan mempertahankan kenyataan benar beliau selama ini.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.


AZMI ABDUL MALEK

Meru Height, Ipoh, Perak


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20140418/fo_01/Koyak-pasport-Jangan-melatah#ixzz2zKcUFzEO 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ustaz Moden's Weblog

Posted: 19 Apr 2014 11:01 PM PDT

Ustaz Moden's Weblog


38 Ahli Parlimen DAP tak sokong hudud

Posted: 19 Apr 2014 08:16 AM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang

KUALA LUMPUR 14 April – Pas dilihat keseorangan dalam mencapai hasrat parti itu untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila terus mendapat tentangan daripada DAP.

Terbaru, DAP menegaskan, kesemua 38 Ahli Parlimen parti itu menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan itu juga akan melobi 46 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bukan Islam untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Pendirian kita jelas, Ahli Parlimen DAP tidak akan menyokong dalam pelaksanaan hukum hudud. Saya difahamkan, tujuh Ahli Parlimen MCA, satu daripada Gerakan dan empat daripada MIC juga telah menyatakan bahawa mereka juga tidak akan menyokong usul tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini sebagaimana yang disiarkan dalam portal berita the Star Online.

Kerajaan Pas Kelantan semalam menegaskan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan untuk melaksanakan hudud yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

Sebelum ini, DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Dalam pada itu, Lip Eng berkata, sokongan satu pertiga daripada 222 Ahli Parlimen diperlukan untuk mencabar rang undang-undang itu.

Katanya, ketika ini 50 Ahli Parlimen sudah berada di pihaknya untuk menentang hukum hudud.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140415/po_01/38-Ahli-Parlimen-DAP-tak-sokong#ixzz2zLUfvMAw
© Utusan Melayu (M) Bhd


Ustaz Azhar Idrus Ajar Cara Elak Tidur Semasa Khutbah Jumaat

Posted: 19 Apr 2014 06:26 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/WqpAMgvYyvo


(Geletek) Kentut Tahap Kronik..’Seminit 142 Kali!’ – Ustaz Azhar Idrus

Posted: 19 Apr 2014 06:13 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/vOMO-XubLXA


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 19 Apr 2014 09:48 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Flyers Ini Bukti Perpecahan Dalaman PKR Makin Parah

Posted: 19 Apr 2014 09:10 AM PDT



Ustaz Don Jawab Kembali Kenyataan Wardina

Posted: 19 Apr 2014 12:30 AM PDT


Hudud : DAP Dicabar Untuk Keluar Daripada Pakatan Rakyat Jika Gagal Halang PAS

Posted: 18 Apr 2014 10:30 PM PDT


GERAKAN ANTI PKR

Posted: 19 Apr 2014 09:13 PM PDT

JURI RAKYAT

Posted: 19 Apr 2014 07:14 PM PDT

JURI RAKYAT


Inilah Bayi Terkecil di Dunia, Nyaris Seukuran Pena

Posted: 18 Apr 2014 08:57 PM PDT

Bertahan hidupnya bayi terkecil di dunia merupakan sebuah mukjizat di dunia kedoketeran. Bayi tersebut terlahir prematur pada minggu ke 25 dengan berat hanya 275 gram, lebih ringan daripada sebuah kaleng Coke. Bayi laki-laki tersebut terlahir di Rumah sakit Gottingen, Jerman. Terlahir pada saat kehamilan 25 mingu dan dirawat terlebih dahulu dalam inkubator selama seminggu sebelum diizinkan pulang ke rumahnya. Bayi dengan panjang 27 cm tersebut diizinkan pulang oleh dokter karena mereka meyakini bahwa bayi tersebut cukup kuat untuk dapat bertahan hidup. Juru bicara rumah sakit mengatakan bahwa dokter yakin bahwa bayi tersebut akan tumbuh secara normal, dan sehat.
Bayi tersebut lahir 15 minggu lebih awal melalui operasi caesar, setelah ibunya datang ke rumah sakit dan mengabarkan bahwa kandunganya dalam resiko.
Sang bayi yang diberi julukan "Jari Tom" oleh para dokter, menghabiskan 6 bulan perawatan intensive untuk mencapai berat badan 3,7 kg, sesuai dengan kelahiran normal orang Jerman. Selama 6 bulan, bayi tersebut makan melalui tabung, bernafas melalui tabung, dipasang alat kontrol jantung, dipasangi kateter dan peralatan elektronik lainnya untuk memonitor organ vital selama 24 jam tanpa henti.
Kini, sembilan bulan setelah kelahirannya, tim dokter telah mengizinkan bayi yang belum diberi nama ini untuk diambil oleh kedua orangtuanya yang tinggal di Eighsfeld, wilayah Jerman tengah. Dokter telah memastikan kondisi bayi ini sudah cukup kuat untuk dirawat di rumah.
Pejabat dari RS Göttingen mengatakan, setelah mengecek semua catatan kelahiran prematur di seluruh dunia, mereka tidak menemukan kelahiran bayi laki-laki lain yang beratnya lebih rendah. Tiga bayi perempuan—termasuk satu di antaranya yang lahir di Amerika Serikat dengan berat sekitar 244 gram—juga mampu bertahan hidup. Rekor bayi-laki-laki prematur sebelumnya adalah seberat 294 gram

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 19 Apr 2014 03:25 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Ritual istimewa Raja Bomoh di lokasi Karpal Singh terbunuh

Posted: 19 Apr 2014 07:24 AM PDT

Penulis mendapat kiriman gambar memberitahu bahawa Raja Bomoh 1M'sia Sedunia Nujum VIP telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual.

Pemergian beliau disana bukannya sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. .. berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.

Korang rasa apa sebenarnya tujuan beliau buat ritual tersebut? Apa pendapat anda?

Sumber

Karpal Singh Dari Kaca Mata Zulkifli Noordin

Posted: 18 Apr 2014 09:01 PM PDT

Saya terkejut apabila menerima berita Karpal Singh terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya di laluan ke utara di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurong pada lebih kurang jam 1 pagi. Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur untuk mengendalikan satu perbicaraan mahkamah pagi Khamis.

Turut terkorban ialah pembantu beliau Selvam. Manakala anak lelaki Karpal, Ramkarpal Singh dan pemandu MPV Alphard tidak cedera. Bagaimanapun seorang pembantu rumah dari Indonesia yang turut bersama Karpal di dalam kenderaan tersebut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan.

Pada saya pemergian mengejut Karpal adalah satu kehilangan besar kepada kerjaya guaman. Kematian beliau merupakan satu kerugian besar kepada suara rakyat marhaen dan golongan yang tertindas. Ngauman Karpal sama ada di Parlimen mahupun Mahkamah mewakili suara rakyat tertindas menyebabkan beliau diberi julukan 'Harimau Jelutong'.

Saya secara peribadi mengenali Karpal Singh dengan dekat semasa kami bersama-sama mengendalikan kes kontroversi Puan Pendek Ahmad yang cucunya dikaitkan dengan skandal melibatkan seorang pemimpin UMNO. Sebagai peguam yang sangat junior masa itu, saya banyak mempelajari selok-belok pengendalian kes daripada Karpal Singh.

Satu sikap beliau yang saya sangat kagum pada masa itu ialah keberanian Karpal sebagai seorang peguam. Walaupun berdepan dengan pihak berkuasa, namun beliau sedikit pun tidak patah semangat atau menunjukkan rasa takut selagi beliau percaya apa yang beliau lakukan adalah mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Pada masa itu saya kerap ke pejabat Karpal di Jalan Pudu, sebuah bangunan yang beliau miliki. Saya agak kagum dengan koleksi buku undang-undang di perpustakaan beliau. Saya pernah terlihat sebuah katil bujang di pejabat beliau, dan bila ditanya, rupanya Karpal kadang-kadang sampai tidur di pejabat untuk mentelaah kes yang sedang dikendalikan.

Karpal begitu komited dan fokus apabila mengendalikan sesuatu kes. Dan satu pengalaman peribadi yang saya lalui sendiri dengan Karpal ialah beliau langsung tidak kedekut ilmu guaman. Walaupun beliau seorang peguam veteran dan senior yang dihormati ramai rakan guaman, namun beliau tidak punya batasan dengan peguam junior.

Pernah satu ketika saya mengendalikan satu kes pembelaan pertuduhan mengedar dadah. Saya telah meminta buah fikiran Karpal mengenai strategi dan taktik untuk mengendalikan kes itu yang saya rasa agak sukar daripada kes-kes lain yang pernah saya kendalikan. Bukan sahaja Karpal memberikan buah fikiran dan idea, dia siap bekalkan saya dengan kes-kes rujukan yang telah siap beliau fotostatkan.

Sebagai peguam, saya pernah mengendalikan beberapa kes, samada bersesama Karpal, ataupun menentang beliau. Masih teringat lagi dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah dimana saya berjaya membatalkan saman yang beliau bawa bagi kliennya.

Satu perkara yang saya tahu berkenaan Karpal ialah beliau banyak mengendalikan kes secara pro-bono; iaitu tanpa mengenakan bayaran. Ianya lebih kepada khidmat kepada masyarakat bawahan dan tertindas. Kadang-kadang tengok pejabat guaman Karpal dah macam pejabat JKM. Ada satu frame gambar besar hadiah daripada sebuah kesatuan pekerja yang melahirkan penghargaan kepada Karpal atas perjuangan mendiang membantu mereka.

Semasa menjadi Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu dalam sidang Parlimen ke 12, Karpal duduk di barisan paling hujung berdekatan pintu keluar-masuk. Jadi tiap kali hendak masuk atau keluar, saya pasti akan berhenti menyapa dan bertanya khabar kepada Karpal. Kami mungkin ada perbezaan pendapat dan pegangan, tetapi rasa hormat dan kagum kepada beliau tetap ada.

Umum tahu saya menentang keras Karpal dalam isu berkaitan Islam; terutama dalam isu berkenaan hal-ehwal Islam dan perlaksanaan undang-undang hudud, qisas dan ta'zir. Karpal sendiri tahu saya istqomah menentang beliau dalam soal ini. Bukan sahaja di Mahkamah, malah didalam perbahasan Dewan Rakyat saya tidak pernah lekang menentang beliau dalam isu berkaitan Islam dan syariah.

Malah pernah semasa membahaskan isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh segelintir pendakyah kristian yang turut disokong Karpal, saya pernah berkata secara terbuka kepada Karpal kalau mahu sangat guna kalimah Allah, masuk saja Islam!

Saya juga banyak menegur Karpal dalam pengendalian kes liwat Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana sebenarnya Karpal adalah antara orang yang mula-mula mendedahkan isu kegiatan liwat Anwar ini didalam Dewan Rakyat pada 22.10.1997. Desakan beliau supaya Anwar disiasat akhirnya membawa kepada terbongkarnya skandal ini dan menyebabkan kejatuhan Anwar Ibrahim apabila dipecat oleh Tun Mahathir sebagai TPM pada 02.09.1998.

Sama ada kita bersetuju dengan mendiang atau tidak, satu perkara yang jelas ialah Karpal sangat konsisten didalam mempertahankan sesuatu isu. Contohnya di dalam isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud, Karpal tegas dalam penentangannya. Malah petikan berita terakhir beberapa hari lepas ialah kenyataan Karpal menentang cadangan pembentangan usul oleh Kerajaan PAS Kelantan di Parlimen untuk melaksanakan hudud

Saya masih ingat petikan kata-kata Karpal Singh mengenai penubuhan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, 'over my dead body - langkah mayat aku dulu'.

Apa pun, negara kehilangan seorang tokoh politik dan peguam yang terkenal - seorang tokoh yang dihormati kawan digeruni lawan. Saya percaya nama Karpal akan kekal terpahat dalam sejarah negara sebagai seorang yang cukup konsisten mempertahankan prinsip perjuangannya.

Beliau satu-satunya pemimpim pembangkang yang berani menyelar Anwar Ibrahim secara terbuka. Saya masih ingat lagi semasa pembohongan konspirasi 16 Sep 2008 terbongkar, Karpal menyelar Anwar dan mendesak beliau supaya bertaubat dan berundur.

Malahan beberapa hari lepas, Karpal telah menggantung semua jawatannya didalam DAP termasuk sebagai Pengerusi setelah beliau disabitkan dengan kesalahan menghasut terhadap Tuanku Sultan Perak dan dihukum denda RM4,000-00.

Ini kerana beliau tahu Seksyen 9 Akta Pertubuhan menghalang beliau daripada memegang atau menandingi apa-apa jawatan utama parti politik. Cuma sayang beliau tidak berkesempatan menasihatkan kliennya Anwar supaya menarik diri daripada bertanding sebagai calon Presiden PKR menentang isterinya sendiri.

To Madam Gurmit Kaur and my dear friend Gobind Singh Deo and family, do accept my deepest condolence. We may have our differences, but my respect and admiration to your late father remains.

To Karpal Singh, your untiring roar for the poor, and your firm voice against injustice, your crusade for the weak, either in Parliament or in Court will be missed by many.

Goodbye my friend Mr. Karpal Singh.

http://zul4kulim.blogspot.com/

Pelajar tingkatan empat tiduri lebih lapan lelaki hingga hamil

Posted: 18 Apr 2014 07:00 PM PDT

Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

"Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

"Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

"Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

"Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

"Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

"Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

"Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

"Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

"Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

"Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

"Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

"Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Redha Masuk Neraka: Dr. Asri Gesa Erma Tarik Balik Kenyataan

Posted: 18 Apr 2014 06:01 PM PDT

DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

"Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.

"Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain," katanya.

"Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena," nasihatnya.

Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

"Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.

Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

"Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha," katanya dalam laman sosial instagram.

Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

"Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?" katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

"Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka." katanya kepada The Rakyat Post.

'Buah dada' Uqasha Senrose pula jadi bahan komen...

Posted: 18 Apr 2014 05:01 PM PDT

Semalam laman portal hiburan Rotikaya telah memuatnaik foto-foto selebriti yang hadir ke majlis pelancaran wajah baru mStar Online.

Mengambil tema Summer Chic, para selebriti yang hadir pada majlis pelancaran itu tampil bergaya dengan busana dan fesyen pilihan masing masing sejajar dengan tema majlis.

Antara artis yang hadir ialah Siti Saleha, Afiq Muiz, Nelydia dan Uqasha Senrose, Fouziah Gous, Atilia Haron, Raja Azmi, Natasha Hudson, Bella Dally, Ning Baizura, Dynas Mokhtar, Faezah Elai, Hans Isaac, Nurul Wahab, Kilafairy dan Halim Othman.

Ramai juga selebriti yang tampil bersama pasangan masing-masing seperti Yasmin Hani bersama suaminya Shahrin, Nelydia Senrose dan Qi Razali, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Fouziah Gous & Zhafran hadir memeriah majlis.

Apa yang agak kelakar, dalam banyak-banyak foto yang dimuat naik oleh portal berkenaan, foto payudara Uqasha Senrose pula jadi bahan nak dikomennya.
Ada yang yang mengatakan Uqasha memakai pakaian yang agak seksi hingga menampakkan aset dadanya (walaupun ianya hanyalah kelim pada bajunya), dan seorang lagi pula mengulas lebih lanjut bentuk, kontur aset berkenaan.

Dasyat betul lelaki ni kan, mata terus terarah ke situ...situ je...! Heh!

Apa Yang Tersirat

Posted: 19 Apr 2014 01:38 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Salah Satu Perjuangan Karpal: Anwar Dijatuhi Penjara 5 Tahun

Posted: 19 Apr 2014 07:32 AM PDT

Mahkamah Rayuan  memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.Penghakiman disini

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. 

"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini. 

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya. 

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah. 

Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan. 

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Sumbangan Terbesar Karpal Singh

Posted: 19 Apr 2014 12:01 AM PDT

Inilah sumbangan Terbesar Mendiang kepada Negara dan Rakyat. Karpal terlibat kemlangan pada 1.10 pagi Khamis di km306.1 Lebuhraya Utara Selatan. Mendiang di lahir pada Jun 1940 di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan Upacara Pengkebumian Negeri kepada mendiang. Mendiang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang sejak tahun 2008.

MH370: Pasukan Pecari Terdesak: Terpaksa Adjust Kemampuan Menyelam Robot Bluefin 21

Posted: 18 Apr 2014 11:46 PM PDT

Robot milik Kapal Laut Amerika Bluefin 21 menyelam ke dalaman maksima 4.695 meter dasar laut, dalam usaha mencari bangkai pesawat MH370. 

Sebelum ini, robot itu timbul semula apabila melepasi limit yang ditentukan 4,500 meter; namun dalam usaha terdesak, maka kemampuan robot itu telah diprogramkan kepada kemampuan maksimanya.

Setakat ini selepas 6 kali percubaan robot itu, mengesan bangkai pesawat bawah laut, semuanya gagal mengesan sebarang petunjuk yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu yang turut membawa 239 penumpang termasuk kru.

Kini, memasuki hari ke-42; tiada sebarang clue di mana pesawat MH370 yang berlepas pada pukul 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA menuju Beijing. Sepatutnya pesawat itu mendarat di destinasi akhirnya itu pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Robot Bluefin 21 mempunyai alat sonar yang mampu mengesan imej sebarang bangkai pesawat/objek di dasar laut. Penumpuhan kini adalah di kawasan 2,000km barat laut Perth, Australia.

Semasa Masih Mahasisiwa: Saya Satu Bilik Dengan Karpal Singh: Tun Ling Liong Sik

Posted: 18 Apr 2014 10:21 PM PDT

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.

Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.

"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.

"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di George Town semalam.

Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.

Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.

"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.

"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.

Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.

"Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat.

"Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnyua.

"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986.

"Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu.

"Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," katanya.

Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di George Town semalam termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi kelmarin. Mendiang berusia 74 tahun.

Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39.

THE FLYING KICK

Posted: 19 Apr 2014 01:27 PM PDT

Cucu Tok Selampit

Posted: 19 Apr 2014 01:14 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Apa Pulak Raja Bomoh Buat Di Tempat Karpal Singh Mati Kemalangan?

Posted: 19 Apr 2014 05:13 AM PDT


Satu demi satu perkara khurafat yang dilakukan oleh manusia ini, yang mengelarkan dirinya Raja Bomoh. Tidak dapat dipastikan untuk apa Raja Bomoh berkenaan berada di tempat di mana Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan di situ. Tidak dapat dipastikan juga bagaimana kepercayaan masyarakat Sikh terhadap roh si mati, namun CTS ada mendengar dalam kepercayaan sesetengah kaum, bomoh dan pawang akan dipanggil untuk mententeramkan roh si mati terutamanya yang melibatkan mangsa tragedi kemalangan.

Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan perhatian masyarakat. Cheap publicity seekers! Opps! Macam ku kenal sahaja lelaki berbaju belang kuning hitam di sebelah kiri. Bukankah beliau seorang blogger terkenal? Rakan-rakan blogger BN pasti mengenali beliau. Apa pula beliau buat di situ? Bersama-sama Raja Bomoh pulak tu?

PEJUANG BANGSA

Posted: 19 Apr 2014 11:22 AM PDT

PEJUANG BANGSA


NGO : KECAM WARDINA TAK AKADEMIK & MERBAHAYA , PERTIKAI USTAZ DON DIBENARKAN !!

Posted: 19 Apr 2014 05:00 AM PDT


Sebuah NGO Islam hari ini mempertahankan tindakan selebriti terkenal Wardina Safiyyah membangkitkan persoalan sama ada pendakwah terkenal Don Daniyal menggunakan hadis palsu dalam sebuah rancangan televisyen.

Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ), yang bekas mufti Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi penasihatnya, berhujah, tindakan Wardina tidak sesekali biadab atau radikal.

"Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam," kata Ketua Pemuda IQ Abu Hafiz Salleh Hudin (kanan).

Wardina sebelum ini dilapor mempersoalkan ceramah Don Daniyal atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, yang dikatakan mengetengahkan hadis palsu dalam rancangan televisyen di TV Al Hijrah.

Banyak pihak kemudian menimbulkan reaksi negatif, termasuk menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut di mata umum.

Wardina, yang terkenal dengan rancangan Spanar Jaya sebelum ini bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai niat demikian dan hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran

Don Daniyal, 30, pengacara program "30 Minit Bersama Ustaz Don" pula semalam dilapor meminta pihak yang menuduhnya agar menyelidik terlebih dahulu dakwaan berkenaan.

Katanya, tidak adil dia dinilai berdasarkan kepada sebuah video yang diedit daripada ceramah terdahulunya bagi digunakan untuk menfitnahnya.

Don juga dilapor berkata, dia tidak akan lagi menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu berkenaan kerana bimbang ia mengundang pelbagai pandangan negatif.

TV AlHijrah dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Rabu memberitahu akan meneliti kandungan rakaman video kontroversi itu terlebih dahulu sebelum memikirkan tindakan lanjut.

'Merbahaya, memalukan, tak akademik'

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Abu Hafiz berkata, kecaman terhadap Wardina sebenarnya "cubaan yang amat berbahaya", bersangka buruk, memalukan dan tidak akademik.

"Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah'," katanya.

Abu Hafiz juga menegur pengubahan fokus perbincangan daripada kandungan ceramah kepada latar belakang dan sejarah silam Wardina.

"Sekatan terhadap hak bertanya sebegini dibimbangi akan menatijahkan kesan yang buruk iaitu sesiapa sahaja bebas bercakap tentang urusan agama tanpa perlu membawa bukti hujah al-Quran dan al-Sunnah yang thabit dan tidak boleh dipersoalkan," katanya. 
 

RISALAH AIBKAN @AzminAli SUDAH MENULAR DALAM PEMILIHAN PKR #KEADILANRAYA

Posted: 19 Apr 2014 03:42 AM PDT



Kempen bagi pemilihan PKR semakin 'panas' selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Risalah bertajuk 'Layakkah Azmin?' dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam semalam, di sini.

Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.

Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak, Annuar Zakaria berkata, beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mengetahuinya daripada petugas program pada malam semalam.

Menurutnya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu

"Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.

"Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0, di Wisma PKR Negeri, di sini, semalam.

Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.

Pada Himpinan Reformasi 2.0 di sini, malam semalam, beberapa pimpinan PR di peringkat negeri dan pusat hadir memberikan ceramah.

Selain ucaptama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin termasuk Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution; Pengerusi MPN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. -SH- 



Komen GPB

Semakin rakus nampaknya pihak lawan Azmin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan memainkan taktik kotor menerusi sebaran risalah yang mendedahkan keburukannya di kalangan ahli parti .

Azmin umum kita ketahui beliau  begitu berpengaruh dalam parti hingga ke akar umbi dan ini membimbangkan pencabarnya yang cuba menjatuhkan beliau dari jawatan No 2 parti .


Kalau sebelah sana begitu hebat dalam kerja  memfitnah PM &   BN , inikan pulak pemimpin mereka seperti Azmin Ali ...segala rahsia beliau lagi diketahui lebih banyak akan didedahkan ..

KES LIWAT : ANWAR HANYA NAFI BUKAN JAWAB SEGALA BUKTI PENDAKWAAN

Posted: 18 Apr 2014 07:36 PM PDT




- Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, merupakan penafian semata-mata.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi menyatakan, pembelaan yang boleh dipercayai adalah bersandarkan kepada keterangan yang menjawab segala bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa boleh dipertikai.

Bagaimanapun, ujar mereka, mahkamah berpendapat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak langsung menafikan berada di tempat kejadian pada hari dan waktu seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Panel itu juga menyatakan, Anwar tidak menafikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium itu pada waktu kejadian, selain tidak mempertikaikan keterangan bahawa dia dilihat memasuki lif ke tingkat lima dan kemudian meninggalkan bangunan tersebut.

Mereka berpendirian, Anwar malah tidak menafikan telah mengarahkan Ketua Staf di ibu pejabat PKR, Ibrahim Yaacob agar menyediakan sampul surat untuk diserahkan kepada beliau dan saksi itu kemudian mengarahkan mangsa ke kondominium berkenaan.
Ujar panel itu, Anwar selaku responden juga tidak mempertikaikan bahawa mangsa yang ketika itu pembantu peribadinya telah membawa sampul berkenaan dan menyerahkan kepadanya dalam pertemuan di kondominium itu.

Sehubungan itu, panel tersebut menyatakan, panel berkenaan berpuas hati bahawa keterangan pembelaan dari kandang tertuduh yang dikemukakan oleh Anwar hanya penafian semata-mata kerana ia tidak menyangkal pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Selain itu, mahkamah berpendapat, hakim bicara sewajarnya terfikir mengapa Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah dan adakah beliau berbuat demikian kerana enggan disoal balas.

Mahkamah berpendapat, pembelaan dari kandang tertuduh meskipun masih merupakan keterangan, ia tidak layak untuk disamakan dengan keterangan bersumpah dari kandang saksi.

'Responden tiada apa untuk ditakuti jika ditanya soalan-soalan yang tidak adil kerana beliau akan dilindungi oleh mahkamah dan para peguamnya,' ujar panel itu dalam penghakiman setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini.

Panel hakim itu menyatakan demikian ketika menggariskan alasan-alasan berhubung keputusan panel tiga hakim yang turut dianggotai oleh Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh pada 7 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, enam tahun lalu.


Panel tersebut membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dengan Anwar diikat jamin RM10,000.

Anwar memfailkan rayuan pada 10 Mac lalu untuk mengetepikan hukuman dan sabitan tersebut manakala pihak pendakwaan turut memfailkan rayuan balas untuk menambah hukuman penjara.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam penghakiman itu, panel tersebut turut menyatakan pembelaan Anwar berkisar kepada keterangan alibi apabila beliau telah memberikan notis berhubung perkara itu sebelum perbicaraan bermula.

Bagaimanapun, ujar mereka, ketika perbicaraan, pihak pembelaan tidak langsung memanggil saksi alibi termasuk isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ibrahim bagi mempertahankan kesnya walaupun keterangan tersebut penting bagi membebaskan Anwar daripada tuduhan yang dihadapinya.


Keris Pusaka Melayu

Posted: 19 Apr 2014 11:18 AM PDT

Keris Pusaka Melayu


Suhaizan nafi SMS, arah langkah mayat Karpal

Posted: 19 Apr 2014 08:13 AM PDT

Suhaizan nafi SMS, arah langkah mayat Karpal

JOHOR BAHRU 17 April – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kayat menafikan menghantar arahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp yang mengajak ahli dan pemuda parti itu ke upacara melangkah mayat Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Hospital Ipoh, Perak.

Katanya, arahan yang disebarkan itu dengan menggunakan namanya adalah tidak benar malah beliau turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan SMS dan WhatsApp kononnya ini merupakan arahan saya.

“Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik saya dan Pemuda Pas,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman fanpage Facebook Suhaizan Kayat hari ini.

Arahan tersebut disebarkan selepas berita kematian Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini dilaporkan di portal berita dalam talian.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda Pas Malaysia, Mohd. Nasaie Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor berhubung penyebaran SMS dan WhatsApp yang disebarkan atas nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu kerana Suhaizan difahamkan berada di Madinah.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140418/po_02/Suhaizan-nafi-SMS-arah-langkah-mayat-Karpal#ixzz2zLTtkk00
© Utusan Melayu (M) Bhd