Akademi Pak Sako akan menganjurkan sebuah forum bertajuk "Murtad atau Kepelbagaian Agama" pada 8 November 2012 bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).
Ia adalah susulan isu perbahasan kebebasan beragama dan murtad yang diwar-warkan dalam media massa kebelakangan ini.
Panel terdiri daripada penulis lirik, Hasmi Hashim; Juara Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan; pendakwah, Wan Ji Wan Hussin dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari turut tampil sebagai moderator.
KUALA LUMPUR 7 November: Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim berkata, media kawalan Umno lebih gemar mengeksploitasi kenyataan pemimpin pembangkang berbanding mempertahankan Islam supaya tidak terus dihina pimpinan BN.
Beliau mengulas serangan media Umno BN terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkaitan isu kebebasan agama.
Katanya, mereka sengaja salah tafsir untuk membuat provokasi kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutama melibatkan isu agama dan bangsa.
"Kenyataan Nurul Izzah disalah tafsir golongan yang sering ambil kesempatan untuk buat provokasi terhadap Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi kalau libatkan isu agama.
"Tapi selepas Nurul Izzah beri penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan beliau dalam forum itu, bermakna mereka (media Umno) sengaja pintal fitnah berkaitan agama," katanya ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu turut mempersoal pemimpin BN yang secara terang menghina Islam namun tidak pernah dibangkitkan dan tiada tindakan diambil.
"Mengapa ucapan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang jelas menghina Islam langsung tidak disiarkan, sedangkan pada masa sama, ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenapa kita boleh berdiam sedangkan ucapannya terang-terang hina Islam. Apa pemimpin Umno buat, kenapa media mereka tak berani siar?," soal Ahmad.
Soi Lek dilaporkan menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Beliau turut mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja jika PAS melaksanakan hudud di Malaysia.
Obama menang, kekal Presiden AS Wartawan Sinar Harian
[DIKEMAS KINI 3 TENGAH HARI] NEW YORK - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 303 undi pemilih - lebih 33 undi minimum yang diperlukan.
Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan mencecah lebih 330 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.
Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.
Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.
Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.
Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.
Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.
Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.
Dalam pada itu, dari segi undi popular, Obama juga kemudian mengatasi Romney yang awal berada di depan. Beliau menguasai 48.9 peratus berbanding Obama 49.6 peratus.
Setakat jam 3 petang, keputusan satu lagi negeri iaitu Florida yang menyediakan 29 undi pemilih belum diketahui.
KOTA BHARU: "Kapal" yang membawa wang ihsan hasil petroleum di Kelantan karam di Sungai Kelantan bersama gambar Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Kapal replika hasil kreatif aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R Malaysia) dipasang layar yang memaparkan tulisan Tolak Wang Ihsan, Tolak Jawatankuasa Khas dan Tolak Penderhaka.
Replika tersebut dilepaskan Naib Presiden R, Abu Samah Hassan sambil disaksikan Presiden R Malaysia, Nazri Deraman dan aktivis R.
Majlis bersejarah itu berlangsung di sebuah restoran terapung di Sungai Kelantan di Bandar Baru Lembah Sireh turut dirakam lensa-lensa kamera wartawan.
Nazri berkata, wang ihsan yang diumumkan Perdana Menteri dibayar kepada kerajaan Pahang ialah wang royalti berdasar kepada perkiraan kadar 5 peratus setahun dan bukannya wang ihsan.
"Berdasar pengiraan R, jumlah wang royaltu yang sepatutnya Pahang terima ialah RM102.65 setiap tahun, bukannya RM100 juta setahun berdasar harga minyak mentah semasa.
"Ini bermakna Perdana Menteri telah menggunakan formula bayaran tunai atau royalti untuk mengira jumlah pemberian wang ihsan kepada Pahang," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.
Menurutnya perkataan wang ihsan hanyalah istilah politik yang cuba menafikan hak kerajaan Terengganu pada 2000 dan Kelantan sekarang.
"Begitu juga nasib Kelantan pada 2010 di mana kerajaan memberi wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bagi menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti," ujarnya.
Kata beliau tindakan itu jelas melanggar Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian 1975 kerana disebut dengan jelas bayaran tunai yang mesti dibayar kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak lain.
Nazri juga merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Pahang kerana mendapat bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160 km daripada pantai Pahang.
Katanya, R dan rakyat Pahang hanya menerima bayaran berbentuk royalti dan bukannya wang ihsan.
KUALA LUMPUR: PAS akan mendapatkan maklumat terperinci dari Nurul Izzah Anwar sebelum memberikan sebarang ulasan berkaitan dengan isu kebebasan agama.
"Kita tidak mendapat gambaran yang sebenar, saya tidak boleh membuat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana ia tidak lengkap," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar).
Beliau berkata demikian ketika ditanya media dalam sidang akhbarnya semalam.
Timbalan beliau, Haji Mohamad Sabu pula berkata, "kita kena cek dahulu perkara ini kerana ianya datang dari Utusan. Utusan selalu kalah (dalam kes mahkamah)."
TG Abdul Hadi juga berkata, isu ini bukan isu utama untuk diberikan perhatian oleh PAS kerana banyak lagi isu-isu dalam menghadapi pilihan raya sekarang ini.
"Memang pada musim pilihan raya ini dicari isu-isu apa sahaja untuk dijadikan satu perkara sehingga kita tidak tumpu dalam kerja pilihan raya," katanya.
Beliau juga berkata, dalam Islam, perlukan sesuatu bukti itu 100 peratus jelas.
"Jika 99 peratus sahaja ada tetapi 1 peratus tidak jelas, kita tidak boleh hukum orang," katanya.
Dalam pada itu, Nurul Izzah menafikan sama sekali laporan yang dibuat oleh Utusan itu. Beliau bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.
Sewaktu sesi soal jawab forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?", salah satu soalan ditanya kepada beliau berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.
"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," terang Nurul Izzah.
Kenyataan umum
Dalam pada itu, kenyataan Naib Presiden PKR itu yang didakwa meremehkan soal akidah dalam Islam dianggap bersifat umum.
Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Nurul Izzah mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.
Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.
"Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.
"Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan," katanya kepada Sinar Harian.
(Muka depan akhbar The Sun hari ini yang mendedahkan minit mesyuarat MPS pada 29 Nov 2007)
PETALING JAYA: Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.
Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.
Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.
MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.
Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.
Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.
Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) menempelak akhbar Umno, Utusan Malaysia yang didakwa membuat laporan tidak benar berhubung kenyataannya.
Kenyataan itu katanya berhubung komentarnya dalam isu 'kebebasan beragama' yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Utusan melaporkan kononnya beliau telah menempelak Nurul Izzah dalam komentar tersebut.
"Utusan online melaporkan saya menempelak YB (Nurul Izzah). Sebenarnya tidak.
"Saya telah sebut dalam tweet saya semalam bahawa kita harus terima penjelasan beliau yang menafikan tafsiran media terhadap ucapannya," katanya dalam Facebook hari ini.
Menurut Nik Abduh, memang ucapan ringkas Nurul kelihatan mengelirukan, tetapi tafsirannya kemudian itu adalah penyelesaian dan jawaban.
"Ia tak macam orang kecam hukum hudud kaw kaw. Bila dikecam balik, dia kata, saya kecam hudud PAS, Itu tetap kecam hudud," tempelaknya.
Semalam juga, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan Nurul Izzah kerana ia dimainkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
Katanya, ini kerana akhbar itu sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
Nilai-nilai diri seorang manusia terletak pada keteguhan prinsip hidupnya. Seorang pemimpin hebat wajib mempunyai prinsip yang kuat atau tidak mungkin akan tercatat dalam sejarah sebagai hebat.
Kerana itu, Adolf Hitler walaupun tercatat sebagai manusia paling kejam tetapi tiada siapa dapat menafikan yang beliau adalah pemimpin hebat. Walaupun beliau dikutuk kerana kekejamannya, tetapi kemampuannya mempengaruhi begitu ramai rakyatnya, menggerakkan askar-askar yang patuh kepadanya yang percaya dan setia kepada cita-citanya telah melayakkannya mendapat penghormatan tersendiri dalam kategori seorang pemimpin hebat di dunia.
Hitler tidak berdolak-dalih mahupun menafikan kekejaman yang dilakukan tetapi berdiri teguh atas kepercayaan bahawa apa yang dilakukannya adalah wajar yakni, benar.
Anwar Ibrahim, diketahui sering menyamakan dirinya dengan pemimpin-pemimpin hebat dunia. Namun, ciri-ciri pemimpin hebat tidak ada dalam dirinya. Dunia melihatnya tidak lebih sebagai manusia paling rakus yang tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri.
Anwar tidak mungkin dapat menjadi pemimpin hebat kerana tidak berani berdiri atas prinsip hidupnya sendiri serta mengakui fahaman pluralisme and liberalisme yang dipegangnya.
Apabila diasak mengenai kenyataan berunsur liberalis iaitu bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk, Anwar pantas menafikannya pula. Apabila ditekan oleh rakan-rakannya di dalam ABIM mengenai beberapa ucapan dan kenyataannya yang berunsur pluralis, Anwar menafikannya juga.
Malah, sehingga ke hari ini, Anwar masih cuba meyakinkan umat Islam di Malaysia bahawa beliau adalah pemimpin Islam sejati, warak dan alim. Beliau ke hulu ke hilir mencari peluang bercakap dan berkhutbah di dalam masjid. Imej isteri dan anak-anaknya yang bertudung banyak membantu mengelirukan orang ramai mengenai warna sebenar hati, budi dan pemikirannya.
Persoalannya, kenapa Anwar tidak mengaku sahaja arah tuju perjuangan liberalnya serta fahaman pluralisnya? Kenapa perlu berdolak dalih? Kenapa perlu bermuslihat dengan umat Islam yang menjadi penyokongnya?
Rekod pergerakan Anwar membuktikan bahawa Anwar berpegang kepada fahaman pluralisme agama dan liberal. Bukti terkini ialah kenyataan Nurul Izzah yang selari dengan Majlis Peguam yang menganjurkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang menyerlahkan lagi fahaman pluralis dan liberalis yang dipegang oleh bapanya dan mungkin juga seluruh keluarga dan ahli-ahli partinya.
Matlamat utama IFC iaitu memberikan kebebasan memilih agama dan keluar dari sesuatu agama termasuk di kalangan umat Islam. Dan ini jugalah yang dikatakan oleh Nurul Izzah iaitu umat Islam juga wajar diberi kebebasan untuk memilih agama lain, atau dalam kata lain, murtad. Bukankah ia sama saja?
Pandangan Nurul Izzah itu adalah jelas berdasarkan fahaman pluralisme agama yang meletakkan semua agama adalah sama sepertimana yang disebut Anwar dalam ucapannya di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk "Religion and Pluralism in a Divided World", iaitu "tidak penting apa sahaja agama yang anda anuti , hanya berbuat baik dan elak kejahatan."
Ucapan tersebut menjadi kontroversi, mendapat teguran JAKIM dan meletakkan Anwar dalam keadaan tegang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM.
Sehubungan dengan itu, satu kajian dan diskusi telah diadakan untuk mengenalpasti pluralisme di dalam Anwar dan percanggahannya dengan Islam. Dari situ, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah mengenalpasti 12 dalil yang bercanggah dengan Islam dari ucapan tersebut: Antaranya:
1. Menganggap hanya satu agama sebagai benar adalah pandangan yang silap atau tertutup sedangkan agama-agama lain juga benar. Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
2. Memetik penyair Sufi, Jelaluddin al-Rumi yang berkata "Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan"(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).
3. Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.
4. Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.
5. Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman 'tidak ada paksaan dalam agama', maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.
6. Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.
7. Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.
8. Kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain', terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang. Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat. Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.
9. Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.
Ini hanya sebahagian dari 12 hujah utama dalam ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa beliau berfahaman pluralisme dengan berpaksikan cara hidup liberal. Ucapan ini telah dimuatnaik ke dalam blognya tetapi dikeluarkan apabila mendapat bantahan JAKIM.
Kesimpulan di sini ialah, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin walaupun rakus dan gila-kuasa tetapi tidak cukup 'jantan' untuk berdiri teguh di atas fahaman, pendirian dan prinsip dirinya. Sedangkan pemimpin hebat wajib berani menyatakan apa yang dianggapnya benar dan memperjuangkannya tanpa perlu berselindung atau berlakon. Pemimpin hebat tidak akan takut pada risiko ditangkap atau kalah pilihanraya, asalkan perjuangannya berjaya menembusi hati dan minda seramai yang mungkin atas kepercayaan yang beliau membawa kebenaran.
Keengganan Anwar untuk mengakui fahamannnya membawa kita kepada satu kemungkinan iaitu; jauh di sudut hati, beliau tahu bahawa fahaman itu adalah salah dan sesat tetapi ingin terus mempromosinya kerana ia sesuai dengan jiwanya yang sukakan kebebasan seks mutlak, di samping sesuai dengan kehendak penajanya di barat.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu sekali gus mencatat sejarah sekali lagi dengan menafikan wujudnya pemulihan ekonomi lembap dan kadar pengangguran yang tinggi untuk menundukkan pencabar Republikan, Mitt Romney.
President Barack Obama won re-election Tuesday night despite a fierce challenge from Republican Mitt Romney, prevailing in the face of a weak economy and high unemployment that encumbered his first term and crimped the middle class dreams of millions.
The president sealed his victory in Ohio, Iowa, New Hampshire and Colorado, four of the nine battleground states where the two rivals and their allies spent nearly $1 billion on dueling television commercials.
Dewan Pemuda Pas hari ini 'menempelak' Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan 'tiada paksaan dalam agama' daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
"Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.
"Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?
"Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agama, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah disengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun facebook miliknya. -Utusan
Pisstt.... Nurul Izzah sudah terdesak dan menyalahkan media.... Kalau berani saman la Nik Abduh...
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial Facebook-nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.
Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.
Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.
"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.
Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.
"MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, MAIS mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya.
Kembang dada sekejap penyokong pakatan pembangkang khususnya para balaci PAS apabila Presiden PAS, Hadi Awang tiba-tiba sahaja mengumumkan akan bertanding menentang Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan, Pahang.
Hiruk piruklah para penyokong dan pemimpin pembangkang menyokong rancangan Hadi itu, tanpa diketahui itu hanyalah kisah gempak yang menjadi bahan lawak politik tanahair sahaja.
Satu perkara yang perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat negara ini ialah, rata-rata politikus pro pembangkang sememangnya gemar buat gempak dan gila publisiti murahan.
Ini realiti, sementelah lagi sebahagian besar pemimpin pembangkang kerja mereka hanyalah bercakap dan berceramah siang dan malam, namun bab kerja buat kebajikan untuk rakyat, satu haram pun tak diambil peduli.
Jika betul Hadi serius mahu mencuba nasib di Pekan, tak perlulah menunggu arahan rasmi dari PAS Pusat. Selaku Presiden parti, Hadi berhak untuk menentukan mana tempat yang sudah muktamad untuk ditandinginya.
Nampak sangat temberangnya bermotifkan mencari publisiti murahan tapi akhirnya menjadi bahan lawak politik apabila berselindung pula konon menunggu arahan rasmi parti.
Hakikatnya, Hadi takkan sama sekali menghulur tengkuknya untuk disembelih oleh pengundi di Parlimen Pekan. Kawasan sendiri di Rhu Rendang serta Parlimen Marang pun tak terjaga, apatah lagi nak berkhidmat bagi penduduk Pekan.
Sementara itu, Zaid Ibrahim yang baru melepaskan jawatan sebagai Presiden KITA pun nampaknya mahu tumpang semangkuk memeriahkan pesta lawak politik tanahair apabila kisah Hadi mahu bertanding di Parlimen Pekan diperkatakan ramai.
Zaid pun teringin namanya disebut sebagai pak lawak politik. Bekas calon PKR di Hulu Selangor ini sejak dulu lagi agak gemar mencipta kontroversi sambil mencari publisiti murahan.
Beberapa tahun dulu, dialah yang atas kapasiti peribadinya menyaman hudud PAS. Tapi ditarik balik selepas Zaid menyertai PKR dan dosanya dengan PAS terus 'diampunkan', namun hingga kini beliau masih berpendapat hudud PAS bertentangan dengan perlembagaan.
Peliknya hingga kini juga, pemimpin PAS masih menyalahkan UMNO dalam isu saman itu. Ajaib betul perangai pemimpin pakatan pembangkang, mereka boleh bersetuju untuk tidak bersetuju, kemudian akhir kalamnya UMNO juga yang dijadikan kambing hitam. Fobia betul mereka dengan UMNO.
Apapun, sama ada Hadi mahupun Zaid, kedua-duanya dialu-alukan untuk mengotakan hasrat mereka bertanding di Parlimen Pekan. Mereka ada hak, malah Dato' Seri Najib sendiri tidak menghalang sekiranya benar mereka berminat untuk mencuba nasib.
Tapi, soalnya sekarang berapa ramai yang percaya Hadi dan Zaid akan mengambil risiko untuk dimalukan oleh rakyat Pahang khususnya pengundi di Pekan?
Pakatan Rakyat (PR) has written off Selangor in the coming general election given the people's opinion on them have changed tremendously from like to dislike. Khalid Ibrahim and gang can no longer make them like his administration and policies, he and gang can no longer lie to the voters as the voters can see through them already. The Watergate and talamgate and more 'gates' coming his way, the chances of retaining voters' confidence are dipping every day, especially among the Malays and those below average income group, the bulk of the voters in the state. The DAP convention last week end is an indication of the dwindling support PR faces and the reality worries them, losing a state and support of voters that they have cheated since 2008. Their cheats are no longer accepted and the problem is this dwindling confidence and support not only happening in Selangor but all over the country. The Malays particularly, who have supported them are practically 'running away' not just walking away since Anwar Ibrahim and gang have abandoned them and continue chasing after their own dreams. So Selangor is no longer in the 'political map' of PR and even then, Penang is consider as 50-50 despite Lim Guan Eng and DAP's strong Chinese support there. The Malays around the country are now focusing their loyalty to Malay unity given the current trend where the Malays are being sidelined in every field, even jobs in Malay-owned GLCs. And this of course, due to the campaign by Prime Minister Najib Tun Razak himself and the mistakes PR made in the states they controlled. And the latest blunder by PKR vice-president who is Anwar's daughter Nurul Izzah on Islam and Malays have almost hit the Malays right in their hearts, the most sensitive issue that the Malays would protect with their life. Nurul Izzah, whose attempt was to strengthen the non-Malay support have now lost more Malay support which explain why she wanted to take legal action against those media she accused of spinning her statement. However, she did not mention Malaysiakini and other portals that posted her first statement on the issue, the statements that the main print media plucked. What she does not know is that the Malays are watching her every statement, not Umno or BN but the Malays who voters on the streets and the in the kampungs, after this issue. They are no longer the Malays who would follow whatever Anwar said blindly as they already experienced the many promises Anwar gave that have not been fulfilled and now Anwar's daughter talking about Islam when she herself has only half-knowledge on the subject
If there is any competition on who challenges who the most, Anwar Ibrahim should be the champion. His love in challenging people has become a joke for Malaysians. If he ever get any chance, he would definitely challenge the Prime Minister because he believe that PM is his only right competition. Despite that, he did not even want to take up any challenges from Nallakarupan, Umie Hafilda or Ezam Md Nor which are the keys for his charge. Few of the challenges which were given to Dato' Seri Najib from Anwar would be the PTPTN issue, debate on Malay issues, and the latest, he challenges Dato' Seri Najib to compete in Marang, PAS President, Hadi Awang's constituency. The question here is, why would Dato' Seri Najib compete in Marang when he is born in Pekan? Unless if opposition leaders could simple compete anywhere they want because they think that rakyat vote for their leaders based on how often ceramah are given and not based on their service as well as their work performance. If that is not true, there would be no way that Hadi Awang suddenly made a statement that he wants to compete in Pekan. Once again, why would Hadi want to compete in Pekan? Why would he want to compete in other people's constituency? What has he done to people of Pekan when he did not even do anything to people of Marang? After quite a while, we are getting more and more aware of Anwar's tactics where he would challenge someone on reasons that are illogical, which would then be rejected. This tactic is done only to show how great he is, which does ot require him to do anything about it. Besides that, he would only use this tactic when he is running out of issues and that when his popularity is dropping. Perhaps he is holding on to the principle where cheap publicity is better than no publicity at all. However, in the issue of challenging Dato' Seri Najib to compete in Marang, that is no longer a cheap publicity, but it is a stupid one. It seems that Anwar only talks about it just so that he could grab people's attention, only because he does not have much to say. This strategy of changing constituency is made only to show that Hadi Awang is not a dictator. Everyone knows that Hadi is not a dictator! Thus, if he feels that he need to prove it, that would have been weird. Because everyone know that Hadi is just a slave to DAP as well as Anwar Ibrahim, the real dictator. Hadi also knew that he would be embarrassed if he lose in Marang, but he would not be embarrassed if he is to lose in Pekan. perhaps this is one of the ways which is set by certain sides for him to end his political career? Whatever it is, Hadi Awang is not a significant character in Pakatan Rakyat. Hado do not have the charisma and caliber as a leader. Even in meetings, Hadi would only give opening speech before handing the meeting to someone else. So, this raises a few other questions, what is Anwar's game in this issue? Who is his real target? Najib or Hadi? Or it is only to let off some steam because he needs to speak even though he ran out of issues? Or is it because he is desperate to divert media's attention regarding his liberal understanding when his daughter, Nurul Izzah allow Muslims to go murtad?
Media today reported that French President, Francois Hollande expressed his interest in expanding trade relation with Malaysia especially through sale of military goods. Few of the things which was offered are jet fighters, helicopter as well as guided missiles. President Hollande also described Malaysia as an important country when it comes to economic cooperation. This statement would definitely sound weird if we are to take account on SUARAM's charge which said that Malaysian leader is being investigated over corruption charge in the purchase of Scorpene submarine from France. There is no way that the French government would be interested to trade with Malaysia if SUARAM's charge is true. So, now it is getting more and more clear that SUARAM had lied and it is an organization which is led by liars. Looking back at SUARAM's lies, the organization had tarnished the image of not just the Malaysian government, but also this country's police, judge as well as France's law. SUARAM had simply used French judge as they made the statement saying that the corruption issue on Scorpene is under process. And that a few names would be given subpoenas have been received. Even though they were caught red handed when French prosecutor made an official statement saying that there were no trials made against the purchase of Scorpene at the country, SUARAM still insisted in selling their lie. Soon after that, SUARAM used Tan Sri Musa Hassan, former Police Chief to picture that as if the investigation is still on progress and that their charge is true. However, Tan Sri Musa then denied the matter which says that he would held a press conference in Bangkok to reveal this new development regarding this issue like what was claimed by SUARAM. The fact is, SUARAM's complaint was rejected by French court since March because it was baseless. And SUARAM is now working to make an appeal to it. The question is, why wouldn't SUARAM tell the truth? That their complaint was rejected and now waiting for appeal? Why would they describe that a trial in on progress? Why would they pick out names of those who would be given subpoenas? Why tarnish the image of Dato' Seri Najib and Malaysian government> Why would they fabricate document of evidence and spread it? Why is Cynthia Gabriel, and all of SUARAM leaders' dignity is too low? Don't they feel embarrassed? Now, SUARAM's attempt to bring down Dato' Seri Najib as well as Malaysian government has come to a dead end as it has been revealed that everything was fabricated. But what is even greater is that even though all of the efforts and money invested by SUARAM to bring down Dato' Seri Najib, the name of our Prime Minister gets even more famous and Malaysia is getting more and more trusted especially as trade partners in military goods. Thus, perhaps OSI, an organization owned by George Soros which is believed to be the backbone of this lie should reconsider their 'employees' or its 'agents' in SUARAM. It seems too obvious that they are too stupid for using such stupid strategy. Their lie did not just cost the organization its credibility, it also cost loss for Soros Moreover, this also revealed to the society regarding all the agendas, strategies, operations as well as modus operandi among those who want to take over the world as well as their agents.
As PKR leader, Anwar Ibrahim gave a speech during the Kebangkitan Rakyat Assembly organized by PR in Seremban last Saturday, he again questioned the credibility of the Election Commission (EC) as he accuzed that EC's voters' registration was filled with doubtful information. He added, there were cheating attempts in the latest EC voters' registration during the fourth quarter of 2011 as there were abut 1 million new voters were registered within a year. But up until June 2012, according to EC records, there were still around 3 million people who are still yet to register as voters even though most of them have reached the age of 21 and quite a number of them are more than 30 years old. Probably if more than 70% of those who are still yet to register managed to be registered, Anwar might just say that those people are phantom voters. In a way, for Anwar, the increase in number of voters seems to be irrelevant and illogical. His doubt was expressed by Selangor's Chief Minister, Khalid Ibrahim as he claimed that 400,000 new voters in Selangor are phantom voters. Khalid however after that admitted that more than 80% of those new voters are legitimate and only around 50,000 are in doubt as they cannot be found. Just because the voters cannot be found, PKR Selangor described them as phantom voters, the fact is, not all of those voters do live in addresses which is stated in their Identity Card especially if they have moved, working or studying outside of Selangor. The interesting part behind Anwar's doubt on EC's credibility is that almost one third of the new voters which were registered was actually the result of aggressive campaign organized by assistant registrars which represent DAP, PKR and PAS. Between the three parties in PR, DAP sits on top for registering most new voters while PAS sits in second place. Another interesting fact is that since representatives from political parties are allowed to register new voters, since then the number of doubtful new voters began to become an issue created by PR. Coincidentally, most of the cases involve weird addresses, name of voters who have deceased, confusing date of birth and IC number, underage voters as well as registering migrants and various other things which involve representatives from the opposition. Two months back, Anwar told that his dream of becoming the next Prime Minister will come true by forcing EC to announce PR's victory as soon as 2.30pm on the GE13 voting day. "By 2.30pm, I will contact Tan Sri EC, (and say) Tan Sri, I have gotten the result. I will give you half an hour, announce it in a proper and transparent manner. If not, we will take immediate action against EC," said Anwar during his ceramah in Ampang last September (refer to portal AntaraPos September 10, 2012). If we are to read Anwar's statement like what was published by Antara POS, we could extract two things from it. First, Anwar is convinced with EC's credibility, and second, Anwar would do just about anything to reach his personal dream. At the same time, as Anwar goes back to his old habits in questioning EC's credibility, like how we could see in his ceramah in Seremban last Saturday, Mat Sabu in the other hand, openly announced that PR could take over Negeri Sembilan in the coming GE13. He said,"we are expecting on voting day, we could know that Wisma Negeri will be taken by PR by 7pm." What Mat Sabu meant was that he is putting his 100% trust on EC's election system, which really conradicts the question of doubtful voters registration by EC. So where does PR really stand on EC? Do they trust the EC or not? Whatever it is, looking at all the contradictions given among PR leaders, this simply proves something to us Malaysians. The rumors and propaganda saying that EC is not transparent, unjust or has no credibility in handling a fair election is just another political polemic. Besides, if it is true that EC is not fair, PR should have won all states and seats if a re-election is to be organized, right? Now that they are questioning EC's credibility, why still hold on to the power which they get from a doubtful election system. Isn't that hypocrisy?
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nik Abdul Aziz Nik: Tuhan mencipta manusia dengan berbagai-bagai kaum dan bangsa. Semua manusia ialah anak cucu kepada nabi Adam. Nabi tidak pernah menyeru kaum aku, sebaliknya menyeru 'ummati' iaitu seluruh umat manusia untuk melakukan kebaikan. Kumpulan yang jahil sahaja menerima ajaran barat untuk memisah-misahkan bidang duniawi dan bidang kerohanian. Pemimpin PAS tahu hubungan antara manusia dengan Tuhan serta mengikut al-Quran. PAS bertindak di landasan yang betul mengikut syariat kerana diajar bahawa segala perbuatan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan di hari akhirat. Manakala Umno secara jelas menolak Islam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang: Pada 22 Oktober 1990, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim berjaya menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0 di Kelantan. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipaksa menjadi Menteri Besar Kelantan ketika terbentuknya kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah. Beliau pada awalnya tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras memaksa supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar. Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang. Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan negeri Kelantan sehingga melewati tahun ke-22 sekarang. Kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri. Kelantan menjadi perintis perubahan politik di negeri-negeri lain mesti dipertahankan. Adalah tanggungjawab rakyat Kelantan terus mempertahankan negeri Kelantan ketika Pakatan Pembangkang sedang mara ke Putrajaya. Lim Kiat Siang: MCA dan UMNO seolah-olah ada perjanjian sulit untuk menghadapi PRU 13 di mana MCA menakut-nakutkan kaum Cina dengan hudud, manakala UMNO memfitnah DAP mahu mendirikan negara Kristian dan negara Republik tanpa Agong. DAP tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara Kristian atau republik. DAP akan akur kepada perkara-perkara dalam perlembagaan Malaysia dan menjunjung perlembagaan Malaysia. UMNO/BN tahu PRU 13 akan menentukan hidup mati mereka, mereka perlu bertanggungjawab dan beretika agar tidak merosakkan muhibah dan perpaduan kaum. CERAMAH DR. MUHD NUR MANUTY: Tanda-tanda kemenangan semakin jelas berasaskan panduan Tuhan dan nas-nas yang jelas, Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. Pemerintahan Pakatan Rakyat akan berasaskan integriti, bersih, bermoral, berfalsafah serasi dengan Islam. Kes NFC melibatkan penyelewengan wang rakyat 90 juta, Ketua Wanita UMNO- Shahrizat menyelak kain ajak orang bertumbuk dalam mahkamah. Banyak fitnah dilontar untuk menjatuhkan kerajaan Selangor. Hari pertama PR menawan Putrajaya, akan disalurkan RM10 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan. UMNO mengkhianati orang Melayu dan Islam. Rakyat di Kelantan menjadi mangsa dan dizalimi UMNO. Kerajaan yang paling miskin ialah Sabah walaupun 49 tahun diperintah BN. Rasuah paling banyak berlakunya di Malaysia, rasuah di kalangan orang politik, pentadbir awam, golongan profesional dan lain-lain di Malaysia amat tinggi. Musibah demi musibah dijatuhkan tuhan ke atas UMNO. Satu Parlimen ada 8 pemimpin UMNO berebut nak jadi calon. UMNO sudah busuk daripada atas sampai ke akar umbi cawangan-cawangan di seluruh negara. UMNO amat terdesak, berlaku macam-macam seperti samseng-samseng parti memijak-mijak kepada lembu di tempat awam, berlaku peristiwa gereja dibakar dan masjid dilontar kepala babi untuk menghuru-harakan negara. PKR, PAS dan DAP sanggup bergabung dalam Pakatan Rakyat kerana mahu menegakkan keadilan di samping menghormati pegangan ideologi politik parti masing-masing. Pakatan Rakyat akan adil kepada semua kaum berasaskan perkara-perkara dalam perlembagaan Malaysia dan menghormati bahasa ibunda kaum masing-masing yang tidak dilakukan oleh UMNO. Ketua Audit Negara memuji Majlis Agama Islam Pulau Pinang terdapat tadbir urus yang baik. Majlis Agama Islam di era UMNO hanya dapat peruntukan RM22 juta, Lim Guan Eng beri RM66 juta. Nizar memerintah Perak, sekolah Cina dapat banyak bantuan, sekolah agama rakyat juga diberi bantuan. Pakatan Rakyat boleh merampas balik Perak kerana sokongan Cina >80%, sokongan India >65% dan sokongan Melayu >45% di negeri Perak sekali gus mara ke Putrajaya pada PRU 13 nanti. Apa Kata Aku : Apa yang PAS buat selama 22 tahun memimpin Kelantan tidak pula disebut. Bagitahula berapa banyak masjid telah dibina, berapa ramai ustaz dan ustazah telah diasuh sempurna, berapa ramai yang telah mendapat hasil disebalik perlaksanaan LADANG RAKYAT, setakat mana janji PAS ditunaikan, Lebuhraya Rakyat di fasa ke berapa dah, air seluruh negeri kelantan jenih dan kuat jer dan banyak lagi boleh diulas mengenai kejayaan PAS dalam menerajui Kelantan, kenapa langsung tak disebut?
Berikut adalah Laporan Ketua Audit Negara 2011 Mengenai Hasil Audit Di Kelantan. Projek Lembah sireh diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Jun 2002 dan perjanjian di antara kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd itu ditandatangani pada Julai 2003. Antara kandungan perjanjian tersebut ialah kerajaan negeri bersetuju menyerahkan kira-kira 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun tanah kepada syarikat dan sebagai balasan Liziz Standaco akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal kepada kerajaan Pas Kelantan yang bernilai lebih RM350 juta. Sehingga bulan November 2011, kerajaan Pas Kelantan telah menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar kepada Liziz. Bagaimanapun sehingga hari ini pulangan dalam bentuk kewangan dan fizikal tidak ada satu pun dilaksanakan oleh syarikat. Berikut adalah komponen sumbangan yang harus diberikan oleh syarikat kepada kerajaan Pas Kelantan: i. Sebuah masjid bernilai RM20 juta. ii. Sebuah jambatan baru (Kampung Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta. iii. Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR. iv. Sebuah stadium tertutup wanita berniali RM25 juta. v. Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta. vi. Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra. vii. Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani. viii. Lain-lain sumbangan selain daripada di atas. Daripada audit yang dilaksanakan, Laporan Ketua Audit Negara 2011 menemui beberapa kelemahan projek tersebut, di antaranya ialah: 1. Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan Pas Kelantan seperti mana dalam perjanjian. 2. Kemajuan projek tidak mengikut jadual pelaksanaan. 3. Pindah milik tanah dibuat kepada syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank. 4. Bon jaminan pelaksanaan tidak diseragkan oleh syarikat. 5. Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek. Lebih malang lagi, laporan itu juga mendapati tanah tersebut diserahkan dengan nilai di bawah daripada harga pasaran – harga terlalu rendah. Nilai sebenar tanah untuk 716.81 ialah RM657,029,637 tetapi pulangan yang diperoleh dalam bentuk kewangan dan fizikal ialah RM318,288,564 (hanya RM48 juta telah diserahkan kepada kerajaan negeri iaitu RM41 juta dalam bentuk tanah seluas 11.77 ekar, sumbangan perumahan kos rendah RM3 juta dan sumbangan kepada petani RM1.68 juta). Berdasarkan perjanjian, kesemua perkara tersebut harus dilaksanakan sebelum 2015 tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda-tanda bahawa ia akan dilaksanakan. Inilah contoh negeri berkebajikan yang dilaungkan oleh Pas. Kesimpulannya, inilah hasil sumbangan daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa tak tahu.
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gara gara ucapan Nurul menggalakan umat Islam MURTAD di dalam satu majlis anjuran Kristian di Subang Jaya, seorang pendakwah bebas Ustaz Rasyiq Alwi mengatakan Nurul wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah dan perbaharui akad nikah. Ini kerana merendahkan dan mempermainkan ayat Al Quran termasuk dalam perkara yang boleh membawa murtad tanpa disedari.Rujuk Abu Syafiq
"Melayu bebas pilih ugama lain" dengan merujuk kepada hanya sebahagian ayat Quran. Inilah virus Pluralisme ugama yang dibawa Nurul Izzah dan Pakatan .
Ucapan mempermainkan ayat suci Al Quran dan memansuhkan sekatan ugama lain memurtadkan umat Islam jelas dibuat oleh Nurul Izzah di sini minit 0.62 dan 2.20 ke atas.
Dengar pula hukum mempermainkan ayat Al Quran di minit 2.12 oleh Ustaz Rasyiq Alwi sepertimana tersiar dalam Astro 502
Hukum murtad ini juga mengenai seorang tokoh MB yang mendakwa Allah duduk silo lendik atas Arasy di sini
Ramai yang melihat enteng perkara ini tapi ucapan Nurul melibatkan AKIDAH dan menggalakkan umat Islam MURTAD.
Sekatan menyebarkan ugama lain ke atas umat Islam di Malaysia jelas dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. RujukPerlembagaan Persekutuan
President Barack Obama has been re-elected to a second term, defeating Republican challenger Mitt Romney.
America's first black president secured the 270 votes in the electoral college needed to win the race. In his victory speech before supporters in Chicago, Mr Obama said he would talk to Mr Romney about "where we can work together to move this country forward".
Mr Obama prevailed despite lingering dissatisfaction with the economy and a well-funded challenge by Mr Romney. His Democrats also retained control of the Senate, which they have held since 2007, while Republicans kept control of the House
With Florida's 29 electoral votes still undecided, Mr Obama won 303 electoral votes to Mr Romney's 206. - BBC
Kenyataan terbaik daripada anaknya Nurul Izzah itu sengaja ataupun tidak sedar telah memakan dirinya sendiri termasuk pakatan rakyat.
kesannya besar kerana boleh menambahkan lagi pengurangan sokongan orang islam terhadap pakatan rakyat. Rakyat mula menolak parti itu dan semakin yakin dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak wapun ada juga yang menolak kerana bosan dengan pemimpin2 yang kurang mampu meneruskan agenda negara.
Tindakan saman adalah perkara terbaik yang diambil oleh Nurul Izzah dan mungkin bapanya juga menasihatkan sebegitu. paling tidak dapat menakutkan ramai pihak kerana bakal disaman.
Pemikiran liberal biasanya akan mencetus kerarah munculnya golongan beraliran Pluralisme. Adakah ini yang cuba dibawa oleh pakatan rakyat dan selama ini mendakwa Anwar telah mencetusnya dulu. Sekarang anaknya pulak cuba mnghidupkan secara terang-terangan. Adakah ini yang berlaku?
Sekarang Anwar akan cuba sedaya upaya melindungi anaknya dan selepas ini pelbagai muslihat dan kona sana kona sini akan muncul. Biasala dia hebat bab ini.
Secara tidak sedar kesan daripada kenyataan anaknya juga memberi kesan yang amat teruk kepadanya..
Kenyataan Nurul Izzah Naib Presiden PKR mengenai Kebebasan Beragama dalam kalangan melayu membuatkan ramai orang islam dan melayu marah. Disamping itu juga reaksi orang ramai menerusi laman sosialnya mengecam kenyataannya itu.
Namun macam biasa, tiada seorangpun ulamak PAS yang berani bersuara menegur atau menasihat anak perempuan Anwar itu dan hanya memberikan alasan kurang jelas dan tidak cukup bukti atau semua isu itu dimanipulasikan oleh orang ramai termasuk UMNO atau anak perempuan anwar itu tidak bermaksud dengan apa yang diucapkannya.
Manakala Pengerusi Agama Islam Selangor (MAIS) juga berkata Sultan Selangor turut kesal dengan kenyataan anak perempuan Anwar itu dan baginda menolak sama sekali pandangan orang melayu beragama islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari agama islam.
Sekarang dengar2 Nurul Izzah mahu menyaman akhbar dan blog2 yang memutar belitkan kenyataannya dan mahu perkara itu dibawa ke mahkamah. Saman perkara biasa bagi pihak dia. Okla kalau nak saman. Adakah mahu saman Sultan Selangor sekali kerana menolak pandangannya. Tunggu dan lihat?
Kalau fahaman agama kurang dalam dan umur setahun jagung telah menjawat jawatan tinggi dalam politik juga menyusahkan rakyat. Kalau berkelayakan tu bolehla diambil kira. Susah rakyat malaysia kalau dapat pemimpin politik yang hanya jaga diri dan keluarganya sahaja. janji PM.. Susah kita sebagai rakyat.
Persoalannya adakah badan2 NGO atau kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada anak perempuan Anwar dan mengkaji sedalam2nya kenyataan tersebut. Kita semua tahu isu agama sekarang dipolitik sehingga mengelirukan pemikiran golongan muda. Namun tindakan tiada dan takut serta malas melayan kerenah orang yang pandai bermain dengan perunangan malaysia.
Bila kena pusing sikit, kena saman 100 juta mula tarik kes, tak cukup bukti dan macanm2 lagi. sunggun bosan
You are subscribed to email updates from HERO KECIK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mencabar Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor supaya mengemukakan satu kenyataan rasmi termasuk menyenaraikan status pencapaian terhadap setiap janji kepada rakyat yang dibuat menerusi manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) yang lalu.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan memberikan tempoh selama dua minggu kepada kerajaan PKR Selangor untuk berbuat demikian memandangkan sebilangan besar janji dalam manifesto tersebut masih belum ditunaikan sehingga ke hari ini.
"Berdasarkan penelitian dan kajian GPRS, sejak mentadbir Selangor empat tahun lalu, sebanyak lapan janji langsung tidak dilaksanakan oleh kerajaan PKR Selangor antaranya ialah memberi bantuan RM50 sebulan untuk pendidikan pra-sekolah; bantuan golongan muda mendirikan rumah tangga termasuklah memberikan elaun kepada ibu tunggal dan suri rumah di negeri ini.
Selain janji tidak ditunaikan, terdapat empat program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah manifesto tersebut turut tidak sempurna selain mendakwa wujudnya kelemahan yang ketara seperti bantuan RM75 untuk setiap anak ke nurseri, hadiah RM1,000 anak negeri yang mendapat tawaran universiti, bantuan biasiswa pelajaran dan juga tabung permulaan RM100 untuk setiap anak kelahiran Selangor," ujarnya kepada media dalam satu sidang media di sini hari ini.
Justeru, GPRS mendesak kerajaan PKR bersama-sama sekutu mereka, DAP dan Pas tampil menyediakan kenyataan rasmi dengan menyenaraikan pencapaian kesemua 12 perkara ini yang terkandung dalam manifesto mereka.
"Kita cabar kerajaan negeri umumkan perkara ini, kita tidak mahu rakyat terus dibohongi. GPRS juga bersedia untuk berdebat dengan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) atau wakilnya mengenai janji-janji tidak tertunai ini, termasuklah program-program dilaksanakan kerajaan negeri yang bersifat 'ala kadar' dan 'melepas batuk ditangga' sahaja," katanya.
Dalam masa yang sama, Sohaimi yang juga pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pergerakan Pemuda UMNO turut menyelar PKR membuat janji baru untuk meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum akan datang seperti menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta dan sebagainya.
"Rakyat perlu membuat penilaian bahawa janji baru PKR itu sebenarnya hanyalah untuk menarik sokongan pengundi. Jika PKR dan sekutu mereka ikhlas mahu membantu rakyat, mereka sepatutnya telah selesaikan janji mereka pada PRU12 lalu khususnya di Selangor
"Namun, pakatan pembangkang sehingga hari ini tidak laksanakan janji tersebut, kemudian buat janji baru," ujarnya.
Nilai-nilai diri seorang manusia terletak pada keteguhan prinsip hidupnya. Seorang pemimpin hebat wajib mempunyai prinsip yang kuat atau tidak mungkin akan tercatat dalam sejarah sebagai hebat.
Kerana itu, Adolf Hitler walaupun tercatat sebagai manusia paling kejam tetapi tiada siapa dapat menafikan yang beliau adalah pemimpin hebat. Walaupun beliau dikutuk kerana kekejamannya, tetapi kemampuannya mempengaruhi begitu ramai rakyatnya, menggerakkan askar-askar yang patuh kepadanya yang percaya dan setia kepada cita-citanya telah melayakkannya mendapat penghormatan tersendiri dalam kategori seorang pemimpin hebat di dunia.
Hitler tidak berdolak-dalih mahupun menafikan kekejaman yang dilakukan tetapi berdiri teguh atas kepercayaan bahawa apa yang dilakukannya adalah wajar yakni, benar.
Anwar Ibrahim, diketahui sering menyamakan dirinya dengan pemimpin-pemimpin hebat dunia. Namun, ciri-ciri pemimpin hebat tidak ada dalam dirinya. Dunia melihatnya tidak lebih sebagai manusia paling rakus yang tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri.
Anwar tidak mungkin dapat menjadi pemimpin hebat kerana tidak berani berdiri atas prinsip hidupnya sendiri serta mengakui fahaman pluralisme and liberalisme yang dipegangnya.
Apabila diasak mengenai kenyataan berunsur liberalis iaitu bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk, Anwar pantas menafikannya pula. Apabila ditekan oleh rakan-rakannya di dalam ABIM mengenai beberapa ucapan dan kenyataannya yang berunsur pluralis, Anwar menafikannya juga.
Malah, sehingga ke hari ini, Anwar masih cuba meyakinkan umat Islam di Malaysia bahawa beliau adalah pemimpin Islam sejati, warak dan alim. Beliau ke hulu ke hilir mencari peluang bercakap dan berkhutbah di dalam masjid. Imej isteri dan anak-anaknya yang bertudung banyak membantu mengelirukan orang ramai mengenai warna sebenar hati, budi dan pemikirannya.
Persoalannya, kenapa Anwar tidak mengaku sahaja arah tuju perjuangan liberalnya serta fahaman pluralisnya? Kenapa perlu berdolak dalih? Kenapa perlu bermuslihat dengan umat Islam yang menjadi penyokongnya?
Rekod pergerakan Anwar membuktikan bahawa Anwar berpegang kepada fahaman pluralisme agama dan liberal. Bukti terkini ialah kenyataan Nurul Izzah yang selari dengan Majlis Peguam yang menganjurkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang menyerlahkan lagi fahaman pluralis dan liberalis yang dipegang oleh bapanya dan mungkin juga seluruh keluarga dan ahli-ahli partinya.
Matlamat utama IFC iaitu memberikan kebebasan memilih agama dan keluar dari sesuatu agama termasuk di kalangan umat Islam. Dan ini jugalah yang dikatakan oleh Nurul Izzah iaitu umat Islam juga wajar diberi kebebasan untuk memilih agama lain, atau dalam kata lain, murtad. Bukankah ia sama saja?
Pandangan Nurul Izzah itu adalah jelas berdasarkan fahaman pluralisme agama yang meletakkan semua agama adalah sama sepertimana yang disebut Anwar dalam ucapannya di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk "Religion and Pluralism in a Divided World", iaitu "tidak penting apa sahaja agama yang anda anuti , hanya berbuat baik dan elak kejahatan."
Ucapan tersebut menjadi kontroversi, mendapat teguran JAKIM dan meletakkan Anwar dalam keadaan tegang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM.
Sehubungan dengan itu, satu kajian dan diskusi telah diadakan untuk mengenalpasti pluralisme di dalam Anwar dan percanggahannya dengan Islam. Dari situ, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah mengenalpasti 12 dalil yang bercanggah dengan Islam dari ucapan tersebut: Antaranya:
1. Menganggap hanya satu agama sebagai benar adalah pandangan yang silap atau tertutup sedangkan agama-agama lain juga benar. Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
2. Memetik penyair Sufi, Jelaluddin al-Rumi yang berkata "Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan"(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).
3. Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.
4. Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.
5. Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman 'tidak ada paksaan dalam agama', maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.
6. Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.
7. Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.
8. Kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain', terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang. Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat. Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.
9. Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.
Ini hanya sebahagian dari 12 hujah utama dalam ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa beliau berfahaman pluralisme dengan berpaksikan cara hidup liberal. Ucapan ini telah dimuatnaik ke dalam blognya tetapi dikeluarkan apabila mendapat bantahan JAKIM.
Kesimpulan di sini ialah, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin walaupun rakus dan gila-kuasa tetapi tidak cukup 'jantan' untuk berdiri teguh di atas fahaman, pendirian dan prinsip dirinya. Sedangkan pemimpin hebat wajib berani menyatakan apa yang dianggapnya benar dan memperjuangkannya tanpa perlu berselindung atau berlakon. Pemimpin hebat tidak akan takut pada risiko ditangkap atau kalah pilihanraya, asalkan perjuangannya berjaya menembusi hati dan minda seramai yang mungkin atas kepercayaan yang beliau membawa kebenaran.
Keengganan Anwar untuk mengakui fahamannnya membawa kita kepada satu kemungkinan iaitu; jauh di sudut hati, beliau tahu bahawa fahaman itu adalah salah dan sesat tetapi ingin terus mempromosinya kerana ia sesuai dengan jiwanya yang sukakan kebebasan seks mutlak, di samping sesuai dengan kehendak penajanya di barat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
If there is any competition on who challenges who the most, Anwar Ibrahim should be the champion.
His love in challenging people has become a joke for Malaysians.
If he ever get any chance, he would definitely challenge the Prime Minister because he believe that PM is his only right competition.
Despite that, he did not even want to take up any challenges from Nallakarupan, Umie Hafilda or Ezam Md Nor which are the keys for his charge.
Few of the challenges which were given to Dato' Seri Najib from Anwar would be the PTPTN issue, debate on Malay issues, and the latest, he challenges Dato' Seri Najib to compete in Marang, PAS President, Hadi Awang's constituency.
The question here is, why would Dato' Seri Najib compete in Marang when he is born in Pekan? Unless if opposition leaders could simple compete anywhere they want because they think that rakyat vote for their leaders based on how often ceramah are given and not based on their service as well as their work performance.
If that is not true, there would be no way that Hadi Awang suddenly made a statement that he wants to compete in Pekan. Once again, why would Hadi want to compete in Pekan? Why would he want to compete in other people's constituency? What has he done to people of Pekan when he did not even do anything to people of Marang?
After quite a while, we are getting more and more aware of Anwar's tactics where he would challenge someone on reasons that are illogical, which would then be rejected. This tactic is done only to show how great he is, which does ot require him to do anything about it.
Besides that, he would only use this tactic when he is running out of issues and that when his popularity is dropping. Perhaps he is holding on to the principle where cheap publicity is better than no publicity at all. However, in the issue of challenging Dato' Seri Najib to compete in Marang, that is no longer a cheap publicity, but it is a stupid one.
It seems that Anwar only talks about it just so that he could grab people's attention, only because he does not have much to say. This strategy of changing constituency is made only to show that Hadi Awang is not a dictator. Everyone knows that Hadi is not a dictator!
Thus, if he feels that he need to prove it, that would have been weird. Because everyone know that Hadi is just a slave to DAP as well as Anwar Ibrahim, the real dictator. Hadi also knew that he would be embarrassed if he lose in Marang, but he would not be embarrassed if he is to lose in Pekan. perhaps this is one of the ways which is set by certain sides for him to end his political career?
Whatever it is, Hadi Awang is not a significant character in Pakatan Rakyat. Hado do not have the charisma and caliber as a leader. Even in meetings, Hadi would only give opening speech before handing the meeting to someone else.
So, this raises a few other questions, what is Anwar's game in this issue? Who is his real target? Najib or Hadi? Or it is only to let off some steam because he needs to speak even though he ran out of issues?
Or is it because he is desperate to divert media's attention regarding his liberal understanding when his daughter, Nurul Izzah allow Muslims to go murtad? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PKR hari ini menyebarkan satu berita angin kononnya kerajaan BN sedang membeli undi di Selangor dan Kuala Lumpur dengan menawarkan lesen memandu RM 75 untuk semua kelas.
Najib dikatakan membayar subsidi lebih 90% kepada syarikat kroni Umno BN untuk mengeluarkan lesen dengan hanya kursus 21 jam sahaja.
Kata mereka, Najib ingin menambah jumlah pemandu berlesen supaya mudah bagi kerajaan mengutip kompaun melalui kesalahan jalanraya.
Syarikat yang diberi hak untuk mengeluarkan lesen ialah Metro Driving Academy di Shah Alam.
Sebentar tadi Taipingmali menghubungi syarikat tersebut untuk mengesahkan berita tersebut.
Jawapan yang diberikan sudah tentu mematahkah hati kepada sesiapa yang termakan cakap PKR.
Ini kerana berita tersebut hanya rekaan PKR semata-mata. Tak percaya sila hubungi syarikat tersebut di 0133635859 . Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sewaktu Natrah dimurtadkan, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri
Nurul Izzah cuma membaca terjemahan ayat Quran yang berbunyi "Tiada paksaaan dalam agama..." tetapi wartawan yang melapor tersalah faham serta ingatkan itu adalah kenyataan umum Nurul Izzah. Maka, media2 telah membuat silap melaporkan kononnya Nurul Izzah menyokong murtad. Soalnya sekarang, bagaimanakah dengan rekod buruk UMNO sendiri di dalam menangani murtad? Rekod UMNO menyokong murtad bermula sejak zaman 50an lagi dengan peristiwa Natrah lagi. Apabila Natrah dimurtadkan oleh British pada 1950, UMNO cuma berpeluk tubuh dan berdiam diri. Yang menganjurkan protes menentang permurtadan Natrah adalah mantan Presiden PAS, Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani. Tiada seorang pun pemimpin2 UMNO pada masa itu yang merengkok dalam penjara kerana memperjuangkan murtadnya Natrah. Lagi bukti jelas adalah adalah Akta Jenayah Syariah 1997 untuk Wilayah Persekutuan. Akta tersebut diluluskan oleh UMNO dan ditulis oleh UMNO. Ia adalah hasil usaha kerja tangan UMNO semata-mata dan tiada siapa lagi. Di dalam Akta yang dihasilkan oleh UMNO 100% tersebut TIDAK MENYATAKAN MURTAD SEBAGAI KESALAHAN JENAYAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN. Dengan kata lain, murtad di Wilayah Persekutuan adalah HALAL. Mana-mana orang Islam yang MURTAD di Wilayah Persekutuan TIDAK BOLEH didakwa di Mahkamah Syariah dan dihukum. Mereka bebas murtad sesuka hati mereka tanpa boleh diambil tindakan oleh JAWI. Kita juga mesti ingat, yang meluluskan Akta ini adalah UMNO. Bukan Ambiga, Harris, paderi Kristian ataupun sesiapa sahaja. Ianya adalah kerja tangan UMNO semata-mata. Jelas, perjuangan menentang murtad oleh UMNO ini hanya satu sandiwara, drama dan lakonan. Mereka sendiri menjadi penyokong dan pendokong murtad nombor satu di Malaysia. Mereka jelas tidak serius menangani isu murtad. Sepanjang kewujudan UMNO kita lihat UMNO menjajai fahaman "Politik Suku, Agama Suku". Sekaligus menyesatkan jutaan umat Islam di Malaysia dengan ajaran yang berlawanan dengan Islam ini. Tidakkah ini satu tindakan yang membawa kepada murtad? Jangan lah kita terpedaya dengan lakonan-lakonan mereka ini. TULANG BESI
Blog Pas Tulang Besi telah memutar belitkan " ISU NATRAH". Tulang besi mengkin berniat jahat dengan menuduh Umno berpeluk tubuh dalam isu Natrah yang menjadi isu besar dalam agenda Melayu pada tahun 50an.
Tulang besi sepatutnya menyalahkan Pas kerana parti itu berdiam diri tanpa berbuat apa-apa, kita tahu Pas telah ditubuhkan secara tak rasmi sebelum tahun 50an.
Tulang besi sebenarnya tidak tahu hujung pangkal dalam isu Natrah, beliau hanya main tembak sahaja. Isu Natrah telah dibukukan dan dipentaskan untuk pengetahuan umum. Tulang besi jangan jadi bodoh seperti orang Pas dan Pkr.
Tulang besi sepatutnya menyalahkan Pas dan Pkr dalam isu murtad di Selangor sehingga menyebabkan Dato Dr Hasan Ali dipecat oleh Dap Selangor daripada kerusi Exco Kerajaan Selangor. Tulang besi juga patut mengkritik Khalid Samad dan Anwar Ibrahim yang membenarkan Katholik Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam bulitin mereka. Tulang besi juga patut mengkritik Anwar yang menyokong LGBT dan yang menyokong murtad oleh Lina Joy.
Published on Oct 30, 2012 by Gelombang Kick 1.) Tinjauan Team Kelate Cyber Warriors (KCW) pada Ogos lalu mendapati tidak ada tanda-tanda pokok itu disuntik atau sudah boleh disuntik memandangkan kesemua pokok tidak dijaga dengan sempurna dan berada dalam keadaan 'berit' ataupun sakit.
2.) Sejauhmana projek tersebut mampu menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada rakyat ? Status sebenar projek tersebut melalui penilaian yang dibuat oleh team kami ternyata jauh sekali berbeza dengan apa yang didakwa oleh Husam.
3.) Husam memaklumkan di sidang DUN pada tahun 2011 bahawa projek berkenaan berjalan lancar dan seterusnya menyatakan pada tahun 2012 pokok-pokok depu itu sudah boleh disuntik manakala ia boleh dituai pada tahun 2015 nanti.
4.) Hakikat sebenar pokok-pokok yang dikatakan sudah boleh disuntik itu ternyata sebaliknya apabila sewaktu lawatan kami di tapak projek, pokok-pokok berkenaan masih kecil atau tumbesarannya yang terbantut akibat tiada penjagaan rapi yang dibuat.
5.) Penjagaan yang bersikap acuh tidak acuh juga dikenalpasti sebagai punca utama kepada terbantutnya tumbesaran pokok-pokok depu berkenaan, aktiviti meracun juga tidak berskala dan tidak sekata dengan menunjukkan kesan tompokan tumbuhan mati yang diracun dibeberapa tempat didalam kawasan ladang terbabit.
6.) Kami juga turut dimaklumkan oleh penjaga ladang merangkap 'mandul' yang mahu dikenali sebagai Jumaat mengenai masalah kekurangan tenaga kerja, menurut Jumaat, hanya 18 orang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk menjaga ladang yang berkeluasan sekitar 10,000 ekar termasuk ladang getah, keadaan ini memaksa mereka bekerja sebagaimana melepaskan batuk ditangga kerana tidak punyai kudrat untuk melakukan penugasannya dengan sempurna.
7.) Hasil dari itu pokok-pokok depu yang sepatutnya sudah boleh disuntik dan dituai sebagaimana kebiasaan tidak dapat dilakukan mengikut perancangan pada awalnya, mengambil contoh tanaman depu yang diusahakan oleh sebuah syarikat di Terengganu yang menjadikan Koridor Depu di Kelantan sebagai inspirasi memulakan bidang tanaman ini, ternyata mereka lebih kehadapan apabila kesemua tanaman depu yang diusahakan membuahkan hasil dan dapat disuntik pada tahun yang sedia terjangka itu. Perbezaan dan buktinya dapat disaksikan pada rakaman video dibawah. 8.) Selain itu turut menimbulkan persoalan pada kami mengenai projek ini adalah papan tanda ke ladang projek, jika melihat kepada gahnya papantanda kewujudan projek berkenaan disekitar bandar Kota Bharu, ternyata membuatkan ramai yang tidak percaya papantanda yang berada disimpang masuk ke lokasi projek ini hanyalah papan bercat warna hijau disamping batu yang dicat dengan warna merah tanpa sebarang tulisan yang boleh difahami oleh orang awam akan wujudnya ladang tersebut. Mungkinkah Projek mega yang bernilai jutaan ringgit hanya gah pada papantanda yang berada dibandar semata-mata.
9.) Jika perbandingan dibuat dari segi masa dan value projek. Projek tanaman depu atau disebut juga sebagai karas yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada tahun 2005 yaitu 3 tahun lebih lama dari koridor depu di Kelantan, dan penanaman hanya sebanyak 39500 pokok pun mempunyai papantanda yang jelas akan kewujudannya, mengapa tidak dengan projek yang lebih besar seperti Koridor depu itu tidak punyai papantanda yang sedemikian. Perlakuan yang tidak berterus terang dan cubaan menyorok ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada kami dan seluruh rakyat di Negeri Kelantan Darul Naim.
10.) Kesimpulan dari apa yang kami saksikan dan juga rakamkan, projek ini sebenarnya mempunyai masalah yang cuba disorok dari pengetahuan rakyat, pengumumannya hanyalah untuk meraih publisiti politik dalam menyaingi apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi berhubung projek ECER, selepas rakyat tidak lagi fokus berkaitan projek itu, maka kerajaan PAS Kelantan menerusi kepala cipta projek yaitu Husam telah mengabaikan projek ini dan sedikit demi sedikit cuba melesapkan peringatan rakyat dengan koridor depu walaupun ianya telah menelan belanja jutaan ringgit.
11.) Kerana populariti politik, wang rakyat berjuta-juta sanggup dileburkan dan menanggung bebanan jutaan ringgit lagi untuk 'maintain'-kan satu projek retorik, sedangkan masih ramai lagi terdapat rakyat miskin yang memerlukan pembelaan dari kerajaan, atas kerja HARAM itu juga pasti akan mendapat pembalasan yang setimpalnya, hinanya seorang pemimpin yang berdondang Islam seandainya ketidaktelusan masih giat diamalkan didalam pentadbiran.
Senangnya mereka memergunakan ayat Allah untuk menegak benang basah surah al-Baqarah 2:256 bermaksud "Tiada paksaan dalam agama". Perintah Nabi s.a.w. yang memerintahkan diajarkan solat kepada anak anak berusia 7 tahun dan dirotan setelah berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat (fardhu). Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dari dosa yakni Muslim). Dan kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak mereka sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi (Hadis Riwayat AL-Bukhari)
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad mempertahankan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Ibrahim yang berpendapat rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau menyifatkan kenyataan itu hanya satu gambaran umum mengenai kebebasan memilih agama oleh semua orang termasuk orang Melayu.
Al-Quran tidak menyebut orang Melayu seharusnya beragama Islam memandangkan agama tersebut dianuti berdasarkan pilihan masing-masing dan bukannya secara paksaan mahupun diwarisi daripada nenek moyang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Namun, katanya, jika seseorang itu memilih Islam sebagai agama pilihan, sepatutnya mereka bertanggungjawab untuk mempertahankan Islam dan memastikan setiap keturunan mereka berpegang kepada agama itu.
Saya tidak fikir Nurul Izzah menggalakkan aktiviti murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak. Islam dianuti berdasarkan pilihan dan terpulang kepada umat Islam mencari jalan bagaimana untuk mempertahankan agama mereka," katanya.
Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata: ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya kelmarin.
Namun agak pelik juga apabila dalam kenyataan terbaru Nurul yang mahu menyaman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog yang dikatakan memfitnah beliau? Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Benarkah kenyataan Nurul diputarbelitkan? Jika diputarbelit, masakan Khalid Samad sanggup mempertahankannya! Malah beliau juga menyokong kenyataan Nurul yang dianggapnya rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Atau Nurul akan menyalahkan UMNO selepas ini diatas apa yang berlaku? Terlajak perahu, masih boleh berundur. Terlajak kata, buruk padahnya! Fikir-fikirkanlah...Wallahuallam!
Wasabi Oyabun
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Warga bandar raya ini akan menikmati kemudahan rawatan yang lebih baik apabila Hospital Shah Alam (HSA) di Seksyen 7 di sini siap dibina menjelang hujung tahun depan sebagaimana disasarkan kerajaan.
Penyelaras Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin berkata, setakat ini projek itu berjalan lancar dengan mencatatkan kemajuan kerja 17 hari lebih awal berbanding jangkaan asal pihak kontraktor dengan keseluruhan siap sebanyak 50 peratus.
"Bangunan utama, pentadbiran dan asrama jururawat hampir siap sepenuhnya dan secara kasarnya bangunan tersebut sebenarnya sudah siap, cuma menunggu proses pembinaan bahagian dalaman.
"Tahun depan, kita jangkakan bahagian dalaman dapat disiapkan sepenuhnya dan hanya menunggu peralatan khas sebelum projek tersebut diserahkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sesi taklimat antara pihak kontraktor, Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. (GESB), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Penyelaras Parlimen BN Shah Alam.
Yang turut hadir, Pengarah Projek GESB, Tan Yong How dan pegawai-pegawai daripada ICU.
Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011. Bagaimanapun, projek berkenaan termasuk dalam 97 'projek sakit' yang telah diambil tindakan oleh kerajaan Pusat ekoran ketidakupayaan kontraktor asal.
Berikutan itu, projek hospital tersebut ditenderkan semula pada 4 November 2010 dengan kerajaan melantik sebuah kontraktor penyelamat. Apabila siap pada Oktober 2013 kelak, hospital yang didirikan di tapak seluas 12.2 hektar itu bakal menempatkan 300 katil, selain bangunan kediaman termasuk kuarters jururawat.
Ahmad Nawawi berkata, pihaknya berharap HSA akan siap mengikut jadual pada 18 Oktober tahun depan sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"Mengikut penerangan pihak kontraktor, projek tersebut tidak menghadapi sebarang masalah kewangan dan keadaan itu memudahkan pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja seterusnya.
"Dengan siapnya 50 peratus projek HSA, diharap tiada lagi pihak terutamanya pembangkang yang mengatakan projek hospital kerajaan pertama di S hah Alam kembali terbengkalai," katanya.
Di tangan kerajaan negeri Selangor sekarang, banyak yang telah terbina oleh pentadbiran terdahulu dirosakkan. Perubahan dan pembaharuan yang mereka cipta pula tidak habis-habis dibelenggu masalah dan kontroversi.
Yang menyedari hakikat ini tentunya mereka yang selalu berurusan dengan kerajaan negeri. Kesannya semakin dirasai. Dulu Selangor menjadi tempat pelaburan yang kondusif. Dulu juga Selangor menjadi tempat anak negeri lain bergantung harap mencari pekerjaan.
Sekarang tidak lagi serancak dahulu. Banyak perangkap yang mungkin sengaja dipasang dan direkacipta untuk kepentingan pihak tertentu sehingga menyekat laju pembangunan negeri berstatus maju ini.
Dek kerana kepentingan politik, urusan yang mudah pun menjadi rumit. Yang dulu dibantah, sekarang disokong pula. Tingkah laku yang dulu mereka benci kini menjadi amalan, mengata orang dia yang lebih.
Dulu bermati-matian mereka mengecam langkah penyelamatan oleh kerajaan ke atas syarikat yang mereka dakwa kroni. Kini timbul pula skandal Talamgate yang ketelusan urus niaganya dipersoalkan.
Sewaktu mengundi pada Mac 2008, rakyat memang mengharapkan keuntungan daripada kerajaan yang bakal memerintah. Paling tidak, pengundi mengharapkan nasib mereka dibela.
Mereka mengharapkan penjimatan RM11.40 sebulan daripada janji pemberian air percuma 20 meter padu. Tetapi apa hasilnya, penduduk dalam kumpulan rakyat kecil yang tinggal di flat-flat dinafikan hak mereka. Desakan mereka langsung tidak diendahkan.
Isu air ini umpama bola salju dan kini semakin banyak memakan korban. Terbaru, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor mendedahkan lebih 1,000 permohonan untuk membuka kilang di Selangor ditolak atau ditangguhkan oleh Syabas berikutan unjuran kekurangan teruk air dirawat.
Kesan langsungnya ialah Selangor berhadapan risiko hilang status negeri maju jika gagal menyelesaikan kebuntuan isu air ini. Apakah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelihatan peduli dengan isu ini? Yang terlihat hanyalah kedegilan beliau.
Dulu kerajaan begitu prihatin dalam soal membantu usahawan dan orang Melayu agar mereka tidak tertinggal dalam arus pembangunan. Tetapi kini aset institusi itu mahu dijual yang dibimbangi bakal menggadai peranan mempertahan dan membela hak orang Melayu.
Dulu kerajaan negeri begitu mengutamakan bidang pendidikan. Tertubuhlah pelbagai institusi kemahiran dan gedung ilmu bagi memastikan anak negeri tidak tertinggal. Sekarang, jangankan mengharapkan rancangan strategik untuk membina yang baharu, yang sedia ada pun gagal diurus dengan baik.
Institusi sedia ada seperti Unisel terus dihambat dengan pelbagai masalah. Kini ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka menimba ilmu di institusi ini. Akibat campur tangan politik, Unisel kini jadi lesu.
Entah apa muslihatnya, rancangan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membangunkan cawangan sebuah universiti di Hulu Selangor pun sengaja dihalang, malah tanah yayasan yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri terdahulu telah dirampas.
Mujurlah mahkamah telah mengembalikan hak YBK itu. Tetapi kerosakan telah pun dibuat tanpa terlihat ada penyesalan daripada pentadbiran kerajaan negeri sekarang. Mereka tetap arogan dan angkuh.
Bermula dengan pelbagai kontroversi berhubung urusan perbelanjaan dan kewangan termasuk penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam pada Julai 2010 atas alasan tidak menguntungkan, yayasan ini terus menuai masalah.
Semakin banyak pihak mempersoalkan matlamat yayasan ini. Ramai pihak melihat Yayasan Selangor tidak lagi mengutamakan objektifnya untuk menyediakan infrastruktur terbaik bagi pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi kepada rakyat negeri ini.
Yayasan ditadbir umpama sebuah parti politik. Bantahan dan kritikan terhadap pembangunan Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur di Kampung Pandan dijawab oleh Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki penuh sinikal dengan menyelitkan masalah pengurusan terdahulu.
Daripada kenyataan akhbar baru-baru ini, terlihat kebencian beliau kepada kerajaan Barisan Nasional. Dulu, jika ada penjawat awam yang cuba berpolitik dikecam, tetapi kini tiada salahnya mereka mencampuri urusan politik.
Dalam usaha memberi rasional terhadap keputusan Yayasan Selangor merobohkan asrama itu bagi digantikan dengan pusat komersial dan sebuah asrama penuh, Ilham, yang dilantik oleh Khalid itu sempat berkempen.
Katanya 'kami menganggap tuduhan liar (terhadap langkah merobohkan asrama) hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi'.
Baru-baru ini pula seperti sudah terbiasa, Menteri Besar menyalahkan Kerajaan Pusat. Walaupun sebelum ini beliau mengagungkan setiap laporan audit tetapi kali ini apabila ikon kebajikan kerajaan negeri yang terkena getahnya, nada Abdul Khalid bertukar arah.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu menyebut banyak kepincangan dalam pengurusan Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas). Penubuhannya mencurigakan dan didapati tidak mencapai matlamat.
Tawas yang memperuntukan RM100 dalam bentuk sijil simpanan, menurut laporan itu, hanya menarik minat 19.4 peratus anak kelahiran Selangor. Bayangkan kerajaan nak beri RM100 pun tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat.
Abdul Khalid segera menafikan laporan itu. Beliau menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara kerana menurutnya, jabatan itu enggan memberikan kerjasama terhadap program itu.
Kerajaan terdahulu tidaklah sempurna. Diakui banyak kelemahan dan kepincangan di sana sini yang perlu diperbaiki. Cuma, kesempatan itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya oleh kerajaan negeri sekarang.
Dari awal mereka telah mengambil sikap dan berpendirian bahawa kerajaan negeri dahulu tidak cekap, tidak bertanggungjawab dan korup. Pemikiran sebegini ternyata memakan diri. Sekarang apa yang mereka janjikan pun tidak dapat ditunai, apatah lagi membina yang baharu. Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu sekali gus mencatat sejarah sekali lagi dengan menafikan wujudnya pemulihan ekonomi lembap dan kadar pengangguran yang tinggi untuk menundukkan pencabar Republikan, Mitt Romney.
Oleh DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
MUNGKIN kerana tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa negara ini adalah negara Islam mengundang perdebatan sekarang, malah ia telah lama dibangkitkan sejak dari zaman Almarhum Tunku lagi. Mungkin kerana ketiadaan peruntukan khusus ini jugalah yang menyebabkan DAP dan Pas mempertikaikan perisytiharan yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 2001. Tetapi tidak juga tepat bagi mereka yang mengatakan bahawa Malaysia sebuah negara sekular dengan peruntukan lain yang memberi kedudukan istimewa kepada agama Islam.
Gambar hiasan : PM dan isteri ketika haji 2011
Kedudukan Islam yang begitu tinggi juga telah disebut dalam kes Meor Atiqulrahman dll lwn Fatimah Sihi dll [2000] 5 MLJ 375. Hakim Datuk Mohd. Noor Abdullah dalam memutuskan kes pemakaian serban oleh tiga murid sekolah mengatakan bahawa menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, agama Islam merupakan ad-deen, satu cara hidup dan bukan hanya khusus untuk upacara-upacara rasmi sahaja. Katanya lagi, "agama Islam adalah agama utama, mengatasi agama-agama lain di Malaysia. Status agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain".
Gambar hiasan : Masjid Wilayah Persekutuan
Dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dll [2004] 2 MLJ 119 YA Hakim Datuk Faiza Tamby Chik memutuskan bahawa Perkara 3 (1) Perlembagaan itu sendiri menempatkan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama utama dan dominan mengatasi agama-agama lain. Maka, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memelihara, menjaga dan mempromosikan Islam. Memandangkan kedudukan khas yang diberikan kepada agama Islam, dan kaitan antara Islam dan Melayu, Hakim menolak permohonan Lina Joy untuk menukar nama Islam kepada nama bukan Islam, untuk memelihara agama Islam.
Memandangkan bahawa kedudukan Islam yang diperuntukkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan membawa maksud yang besar, maka pandangan yang mengatakan bahawa negara ini merupakan negara sekular pada pandangan penulis tidak tepat. Masakan negara sekular memberi keistimewaan yang begitu besar kepada agama Islam. Ini termasuk penggunaan wang negara. Perkara 12(1) memberi keizinan kepada kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi pembangunan dan apa-apa saja kaitan dengan agama Islam.
PM bersama Ulama dan Umara di PICC Putrajaya
Profesor Emaritus Dr. Shad Saleem Faruqi (UiTM) berpendapat dalam sesebuah negara sekular, peruntukan agama rasmi bagi negara lazimnya tidak dimasukkan dalam perlembagaan negara itu dan tiada peruntukan dan bantuan diberi bagi aktiviti-aktiviti agama. Tetapi perkataan 'agama' diulang tidak kurang daripada 20 kali dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, bagaimana boleh dikatakan Malaysia sebuah negara sekular? Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim juga tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa negara ini adalah negara sekular.
Musuh Islam dulu kini dan selamanya menolak Malaysia sebuah negara Islam
Menurut Almarhum Tunku Abdul Rahman, perkataan 'agama' dalam Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan seharusnya tidak disempitkan hanya untuk upacara-upacara rasmi keagamaan sahaja tetapi seharusnya meliputi undang-undang utama negara. Walaupun begitu, pandangan Prof. Shad Saleem Faruqi yang menyatakan bahawa kedudukan Malaysia yang agak unik. Beliau menganggap Malaysia sebuah negara hibrid (hybrid).
Dengan mengkelaskan status sedemikian, Malaysia tidak boleh sama sekali dianggap sebagai negara sekular. Masakan dalam negara sekular boleh memberi bantuan pembinaan masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja. Ini yang membezakan Malaysia dari negara-negara lain. Walaupun agama Islam merupakan agama Persekutuan dan dianggap dominan justeru kerana orang Melayu itu adalah orang Islam (mengambil definisi orang Melayu dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan), ia tidak sama sekali menafi hak orang bukan Islam.
Gambar hiasan : Buku berharga RM 90 ini diterbitkan oleh IKIM. Info klik http://www.ikim.gov.my
Hujah lain ialah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong setiap kali ditabalkan antara lain adalah untuk "memeliharakan setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri". Ini mencerminkan bahawa agama Islam diberi tempat yang tinggi.
Pandangan yang mengatakan bahawa negara ini adalah negara sekular kurang tepat. Ini kerana, Perlembagaan Malaysia itu sendiri tidak menyebut negara ini adalah negara sekular. Walaupun secara zahir, tidak terdapat peruntukan dalam Perlembagaan itu yang mengatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, tetapi ciri-ciri dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu sendiri mengiktiraf bahawa negara ini mengagungkan agama Islam.
Mana mungkin sebuah negara sekular memberi keistimewaan yang luar biasa kepada agama Islam. Ini terbukti dengan adanya peruntukan-peruntukan dalam Perkara 3(1) yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang memberi keizinan kerajaan membelanjakan duit negara untuk tujuan pembangunan agama Islam.
Kenyataan Ketua Agama Islam Selangor DYMM Sultan Selangor tentang perkara ini wajar difikirkan bersama.
Jangan kerana mahu menang pilihanraya maka isu bebas beragama mahu diluaskan kepada semua termasuk orang Islam Bangsa Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan adalah Islam tanpa dapat dipisahkan.
Keratan berita di atas dari Akhbar Kosmo 7 Nov 2012 halaman 4.
Anwar's plural agenda and his liberal understanding is no longer a secret. Even though he seems to deny about it, but every single one of his speeches, statements and actions only reflects his stand on this matter. Anwar love freedom in lifestyle which seems to go along well with liberalization, as well as the Zionists. To confuse rakyat, making it seems that their fight is true and sacred, these liberalists then refer to their agenda as defending 'human rights'. To fulfil their objective to live free and open, they work hard to ensure that mankind would accept that the 'wrong is right' and the 'right is wrong'. Few of them include the practice of homosexual, lesbian and transsexual. The same thing goes to free sex.
All of these bad practices have been proven to be negative lifestyle as it inflicts negative effects towards family structure as well as the society, but these groups would fight to ensure that it would be the right thing to do, or natural, for mankind, so that those group would not be judged by anyone. To ensure that they manage to force everyone to accept the idea, so they should shake religious belief around the world especially Islam. Even though every religion sees such practices as something that is bad, only Islam really fight against it. Thus, it has been proven that Islamic belief is far more stronger to be compared to other religion, making it as the biggest enemy among liberalists.
That is why Islam has always been their main target. And for that, agents, puppets, media NGOs or any other organizations are used to promote this idea. Anwar, as one of them, is appointed as their 'slave' and will be named as future puppet leader for Malaysia. This means that Anwar will be responsible in making sure that their agenda will be imposed in Malaysia and perhaps the region as well. Anwar's liberal understanding is then followed by Nurul Izzah, his daughter, which is no longer a secret. This explains why PKR leaders has always been supporting murtad fighters such as Ambiga Sreevenasen in IFC issue as well as trying to cover up the issue of murtad in Selangor.
The group and leaders which fight for LGBT around the world even openly support Anwar in his sodomy case. Such support is consistent with Anwar's statement which mentioned that the current homosexual law is stale. Based on this fact, we do not have to be surprised with Nurul Izzah's statement which says that it is irrelevant to stop Muslims who chooses to convert to other religion. This open statement was then criticized by a few including PAS activists. But, statement given by PAS is not enough to deny Nurul Izzah's thought on the matter.
As a party which uses Islam as part of its name, and Ulama as their leadership symbol, their objection towards Nurul Izzah's statement seemed to be political and that it would not bring any effect. This is because, Nurul Izzah is not the leader of any NGOs which has anything to do with PAS. But she is not just any other woman who's statement would not provide a great impact to anyone. But, Nurul Izzah is a leader in PAS's alliance. What's more is that she is the daughter to the future Prime Minister which was agreed by PAS. This means, Nurul Izzah's statement does not just have its own influence, it is also part of her father's statement, PR's future Prime Minister if they are to rule this country.
So, certainly, the statement would be implemented as PR rule. This is a sure thing, with great support for DAP, a party which is really fighting to establish a secular country, no one need any explanation on how well Anwar's liberal understanding ans DAP's Secular country agenda goes along. Thus, if PAS still want to 'criticize' Nurul Izzah's statement, but do nothing about it to defend Islam, then it is not wrong for us to say that PAS is also fighting alongside Zionists to weaken Islamic belief in Malaysia as well as spreading pluralism. The fact is, PAS only has two choices, whether they still be friends with these bad goons or they should leave the coalition. No other way.
IMBAS KEMBALI BERITA DI BAWAH UNTUK DIFIKIRKAN OLEH RAKYAT ADAKAH INI SIKAP PEMIMPIN ISLAM ATAU PEMIMPIN TIDAK ISLAM.
JIKA MAHU SERIBU DAYA DAN JIKA TIDAK MAHU SERIBU DALIH.
DENGAN DANA RM 6 JUTA KERAJAAN SENGAJA MEMBERI HAJI PERCUMA AGAR BAPA KITA YANG MENJADI IMAM ATAU PEMIMPIN JKKK KAMPUNG BERPELUANG MERASA IBADAH HAJI SEBELUM MENINGGAL DUNA.
KERAJAAN HARI INI BUKAN SAHAJA LAKSANAKAN JANJI BAHKAN MENJADIKAN AGENDA ISLAM SEBAGAI KEUTAMAAN DI DALAM PENTADBIRAN.
MAKA ADAKAH KITA MAHU MENUKAR KEPADA PEMERINTAH YANG LEBIH LEMAH DAN TERUK DARI YANG SEDIA ADA ???
- PANGLIMA
Kekayaan bagi tujuan mulia
Oleh HASHNAN ABDULLAH dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my
Najib Tun Razak menerima pelukan daripada salah seorang penerima tawaran untuk menunaikan fardu haji pada majlis penyampaian surat tawaran program khas Yayasan 1MDB itu kepada imam dan pengerusi JKKK yang terpilih di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 27 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada 200 imam dan 200 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah program khas haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Ini merupakan kumpulan kedua selepas kumpulan pertama seramai 111 imam dan pengerusi JKKK menerima tajaan itu pada 19 September tahun lalu.
Kesemua jemaah haji berkenaan dijadual berlepas ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 September ini dan akan berada di Tanah Suci selama 47 hari.
Najib dalam ucapannya pada majlis penyerahan surat tawaran itu berkata, adalah wajar untuk kerajaan menggunakan sebahagian daripada sumber pendapatan dan kekayaan yang dijana oleh kepimpinan hari ini bagi tujuan mulia.
Perdana Menteri berkata, tidak ada tujuan yang lebih baik, selain daripada kerajaan dapat menghulurkan bantuan kepada para imam dan ketua kampung seluruh negara untuk menunaikan haji.
"Berdasarkan kepada kesan yang saya sendiri saksikan ketika menunaikan haji pada musim lalu, betapa besarnya impak program itu kepada 111 orang imam dan ketua kampung yang terpilih.
"Maka pada musim haji kali ini, saya berniat kalau ada rezeki, kita akan lonjakkan lagi jumlahnya daripada 111 kepada 400 orang lagi untuk dimasukkan dalam program itu," katanya.
Najib berkata, usaha tersebut bertepatan dengan landasan dan prinsip Maqasid Syariah yang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.
Beliau berkata, ini sejajar dengan matlamat supaya agama Islam di negara ini dilihat sempurna dari segi ketinggian, kemuliaan, tauhid, akhlak dan pentadbiran.
"Kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, itulah sebenarnya landasan dan prinsip yang kita pegang dan contohnya, dalam rukun Islam kelima, kita pastikan pentadbiran urusan haji adalah terbaik di dunia kerana kita berpegang kepada prinsip yang saya sebutkan tadi," katanya.
Perdana Menteri turut memuji kemampuan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menguruskan jemaah dari negara ini dengan cemerlang sehingga mampu menjana keuntungan yang baik setiap tahun.
Beliau berkata, keuntungan itu bukan untuk membayar dividen kepada pelabur semata-mata tetapi Tabung Haji telah melakukan tugas melebihi tanggungjawab sepatutnya dengan memberi setiap jemaah haji subsidi hampir RM5,000 seorang.
"Berbanding dengan negara lain, inilah bayaran yang paling rendah melainkan mereka yang pergi secara musafir sehelai sepinggang," katanya.
Menerusi program kali ini, Tabung Haji menyediakan subsidi sebanyak RM2 juta manakala 1MDB pula menyumbang sebanyak RM4 juta.
"Inilah yang dikatakan Islah dalam Islam. Islah adalah roh kepada agenda transformasi negara yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.
"Lagi cepat kita lakukan proses transformasi Islah itu, maka lebih berjaya agenda tersebut dan juga lebih besar rahmat dan nikmatnya," ujar beliau.
Beliau turut menyeru jemaah haji yang terpilih dalam program itu agar memanjatkan doa untuk negara, umat Islam serta rakyat Malaysia yang lain semasa mengerjakan haji di Tanah Suci.
"Like father like daughter" kalau ianya datang dari benih yang itu, maka itulah jadinya, kalau bapaknya menyokong kalimah Allah di guna pakai oleh kristian, apa nak heran kalau anak perempuannya pulak menyokong pelakuan murtad...
Aku berkesempatan mengikuti rombongan kelab putera 1malaysia dan wanita umno membantu mangsa banjir di kawasan dengkil semalam, apa yang aku nampak, kelab putera 1malaysia dan wanita umno mendahului kerajaan negeri dalam menghulurkan bantuan...
Sudah tiga hari mereka berkampung di dewan orang ramai dengkil, namun bantuan dari kerajaan negeri masih belum tiba, kalau ada pun datangnya dari majlis perbandaran sepang dan pejabat daerah sepang, itu pun bukan bantuan makan atau keperluan asas, tapi hanyalah bantuan logistik...
Gandingan kelab putera 1malaysia dan wanita umno memang mantap, kelab putera menyumbangkan keperluan asas seperti tilam, selimut, sabun dan bahan makanan, manakala skuad sayang wanita umno menyediakan masakan makan tengah hari, minum petang dan makan makan malam untuk 1053 mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara...
Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut. "Dan, banginda menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau. "Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau. *sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/mais-sultan-kesal-jais-diarah-siasat-izzah-1.101435
Nurul Izzah Islam Modernist/ Islam Liberal
MyMassa terpanggil untuk menyuarakan lanjutan daripada entri lalu mengenai kenyataan Nurul Izzah (click di sini). MyMassa amat sedih, kerana, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Selangor berasa kecewa dan amat dukacita akan kenyataan Nurul Izzah.
Sultan Kecewa Terkejut! Izzah Gembira ^_^
MyMassa tidak hairan kerana kalau diimbas kembali, bapak kepada Nurul Izzah, Anwar Ibrahim sendiri menyokong kebebasan seksualiti merdeka, menyokong LGBT, dan menyokong hak asasi manusia secara total. Fahaman liberalisma, atau Islam pada tahap perawalannya Islamic Modernist ini sudah sebati dalam diri Anwar Ibrahim, dan tidak hairanlah jika pemikiran ini sudah disemai dalam diri Nurul Izzah. Bapak borek anak rintik.
Sokongan tidak berbelah bahagi Anwar si Liberal!
Apa yang ingin MyMassa sampaikan, pemikiran Islam Modernist, atau Liberal ini secara umumnya sangat berbahaya dan mampu mengancam kelansungan umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Dengan adanya pembawa pemikiran seperti Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah, ianya cuba menyusup dan mempengaruhi pemikiran umat Islam di Malaysia sedikit demi sedikit untuk menuruti pemikiran Islam Modernist atau Liberal ini. MyMassa harap para viewers sedar akan betapa seriusnya isu yang telah Nurul Izzah laungkan, ianya menunjukkan bahawa ada diantara golongan pimpinan PKR yang beragama Islam merupakan pemikiran Islam Liberal atau Modernist.
Bapak Liberal Anak Liberal : Jahanam Malaysia!
Dato Dr Harun Din sendiri ada menyatakan bahawa Anwar ini Islam Liberal (click sini). Jadi tidak hairanlah jika anaknya Nurul Izzah sudah turut terpengaruh dan membawa pemikiran Islam Liberal. Tapi MyMassa amat kecewa, golongan pemimpin PAS hanya mengeluarkan pendapat serta kenyataan yang selamat tanpa membantah, atau menidakkan kenyataan Nurul Izzah (click sini). MyMassa harap jika benar ajaran Islam yang dibawa PAS, tegurlah secara terang-terangan kebobrokan Anwar dan Nurul Izzah!
Janganlah cilako kan kerajaan sahaja, try cilako kan Anwar dan Nurul Izzah !
Nurul Izzah tanpa sedar membuktikan dirinya seorang MUNAFIK. Bagaimana dia boleh berkata dia menyokong penuh kebebasan beragama, termasuklah orang Melayu, dan dalam masa yang sama menentang MURTAD?!!
Pada kami, ini semua tidak lebih hanyalah "BOM ASAP" kepada umat Islam di negara ini yang masih lagi terkejut dan keliru dengan kenyataan berani anak sulung Pak Syeikh AnuGhairah Tuhan dalam sebuah forum yang diadakan di GEREJA!
Di sinilah datangnya kepentingan kepada umat Islam di negara ini mempunyai kefahaman yang holistik berkenaan peruntukan Perlembagaan Negara seperti di bawah ini:
"Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura"
Dengan kata lain, setiap orang Melayu di negara ini adalah lahir sebagai ISLAM! Dan apabila kita sebut sebagai lahir dalam akidah Islam, adakah kita masih lagi mempunyai kebebasan dan hak untuk memilih mana-mana agama lain selain Islam?!!
Inilah juga buktinya barisan kepimpinan pakatan ini sebenarnya adalah golongan yang anti-Perlembagaan! Jika tidak mengapa mereka sedikit demi sedikit cuba untuk mengubah apa yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang kita semasa menubuhkan negara dahulu?!!
Lebih jijik, pemimpin-pemimpin pakatan yang Melayu-Islam ini langsung tidak malu diperalatkan oleh musuh-musuh Islam bagi menjahanamkan daulah Islamiah di negara ini dengan propaganda perpecahan dan dogma-dogma perjuangan yang mengelirukan. Mereka sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara asalkan kepentingan politik sendiri dapat dicapai!
Apa yang untungnya kepada umat Islam di negara ini jika orang Islam dan Melayu bebas memilih agama sendiri?!! Mahukah kita menjadi seperti saudara kita di Indonesia?!! Hari ini Islam, esok Kristian dan lusa Hindu?!! Apakah bezanya kita dengan binatang ketika itu?!!
Inilah yang diperjuangkan oleh Pakatan ketika ini. Mereka tahu antara tunjang kekuatan BN ketika ini adalah akidah umat Islam di negara ini yang tidak mudah digoyah. Mereka tahu andai itu berjaya dirobah, maka rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai apa-apa sebab perjuangan andai mereka diperkotak-katikkan kelak.
Pendek kata, jika semua orang Melayu merasakan Islam itu tiada bezanya lagi dengan Kristian mahupun Hindu, maka tidak sukarlah Pakatan hendak melantik PM di kalangan bukan Islam, mengubah dasar-dasar mempertahankan Islam, malahan membuang YDP Agong itu sendiri!!!
Jelas sekali ini semua pertolongan daripada Allah SWT kepada pejuang-pejuang tulen UMNO. Bayangkanlah perkara ini boleh timbul di saat UMNO sedang dimomokkan dengan isu anti-hudud PAS Presiden MCA!
Sampai kucar-kacir jugaklah sekutu Nurul Izzah hendak menjawab. Habis diputar belitkan kenyataan akhbarnya sendiri bagi memastikan para penyokongnya dan rakyat terus keliru dengan agenda menjahanamkan Islam mereka yang telah terkantoi!
Tidakkah ini semua mengingatkan kita semua tentang IFC dan tuntutan-tuntutan mereka?!! Nampaknya Ambiga tidak perlu lagi ke hadapan berlawan dengan Islam, pemimpin pakatan dan chai mereka sendiri akan ke depan bagi memecah belahkan ummah!
- ISU AGAMA -
ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA
Apa itu IFC(Inter Faith Commission) IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.
IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.
Matlamat Penubuhan IFC
IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.
Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1.
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2.
Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4.
Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
5.
Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6.
Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7.
Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
8.
Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9.
Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10.
Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11.
Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12.
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13.
Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14.
Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Ancaman Utama IFC terhadap Islam
1.
Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.
2.
Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.
3.
Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.
4.
Orang-orang Islam bebas untuk murtad.
5.
IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.
Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.
Timbalan Ketua Pemuda PAS VS Naib Presiden Keadilan .
Sudah jatuh ditimpa tangga, Nurul Izzah sekali lagi menjadi bahan bualan tentang kontroversi isu pluralisme agama. Pagi ini, ketika sedang melayari utusan online, mymassa tertarik dengan satu tajuk dalam kolum politik- "Pemuda Pas tempelak Nurul Izzah".
KOTA BHARU 6 Nov. - Dewan Pemuda Pas hari ini 'menempelak' Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan 'tiada paksaan dalam agama' daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
Apa yang mymassa lihat, kenyataan Nik Mohamad Abduh itu hanya sebagai 'kata penenang' kepada segelintir ahli PAS yang marah akan kenyataan Nurul Izzah. Walhal kenyataan Nurul Izzah itu sangat berbahaya kepada penganut Agama Islam di negara ini. Akhirnya, tiada tindakan,bantahan atau tentangan keras diambil daripada pemuda PAS, sekadar melepaskan batuk di tangga.
Demo bantahan Pemuda PAS di depan ibu pejabat MCA
Abby Abady menyertai bantahan Pemuda PAS.
Namun berbeza pula jika kenyataan keluar dari pihak Barisan Nasional. Contohnya, kenyataan Chua Soi Lek mengenai Hudud PAS, segala macam tentangan yang diterima dari Pemuda PAS. Demo juga turut diadakan. Tidak cukup dengan itu, selebriti PAS juga turun padang seperti ustazah segera Abby Abady. Mymassa paham jika PAS marahkan Chua Soi Lek kerana apa yang mereka perjuangkan selama ini hanyalah HUDUD PAS. Tetapi kenapa perlu ada "double standard"?.
Cukuplah mymassa nyatakan disini mengenai isu Nurul Izzah sahaja. Mymassa tidak berminat mengulas isu Karpal Singh dan Ngah Kor Ming yang jelas menghina Islam kerana PAS sendiri sudah sedia maklum. PAS hanyalah sebuah Parti Politik, PAS bukan parti yang memperjuangkan Islam sebenar. Yang pasti, Islam itu milik semua, bukan hak milik mana-mana parti dan bukan juga hak milik PAS!
#kesal masih ada tokoh islam menyokong kenyataan Nurul Izzah. pencacai-pencacai PAS yang masih menyokong bukalah mata luas2!
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib.
Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti."
Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.
Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan.
MyMassa hairan kenapa Anwar Ibrahim mencabar DS Najib supaya bertanding di Marang.
Kalau benar Anwar Ibrahim ni seorang pemimpin yang hebat, kenapa Anwar sendiri tak berani bertanding di Pekan?
Pemimpin yang licik
Sepanjang sejarah politik Anwar Ibrahim, bermula pada PRU tahun 1982, Anwar Ibrahim tidak pernah meninggalkan kubu kuatnya di Permatang Pauh. Anwar Ibrahim juga tidak pernah bertanding di Kerusi DUN walaupun di Parlimen Permatang Pauh.
Setelah tamat edah politiknya akibat dihukum penjara, beberapa kerusi telah ditawarkan kepada Anwar oleh pemimpin PKR yang sanggup meletak jawatan wakil rakyat demi Anwar. Antaranya adalah Parlimen Bandar Tun Razak (Khalid Ibrahim) dan Kulim-Bandar Bahru (Zulkifli Nordin). Namun Anwar tetap memilih kawasan selamatnya di Permatang Pauh untuk menjadi Ahli Parlimen.
Jadi MyMassa serahkan kepada pembaca untuk menilai KEBACULAN pemimpin yang kononnya hebat bernama Anwar Ibrahim.
*Anwar hanya berani mencabar tapi tak berani bersumpah.
Belum reda isu Video Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama di salah sebuah forum, DR Maza pula terus menghangatkan isu ini apabila menyatakan sokongannya kepada Nurul Izzah. Status Facebook Dr Maza itu betul-betul mengejutkan kerana DR Maza seorang yang dianggap tokoh Ilmuan Islam di Malaysia. Bagaimanakah seorang tokoh Islam dapat memberikan kenyataan menyokong hanya dengan penafian dalam satu perbualan telefon?
Banyak persoalan yang timbul atas kenyataan sokongan Dr Maza itu. Beliau hanya mengambil satu sumber sahaja iaitu daripada penafian Nurul Izzah di telefon. Adakah Dr Maza sudah melihat bukti VIDEO dan AUDIO daripada Youtube? Adakah sumber itu tidak boleh dijadikan bukti. Dan yang manakah lebih sahih Video atau penafian Nurul Izzah. Mymassa amat kesal dengan kenyataan Dr Maza tersebut. Seolah-olah Dr Maza berfikiran agak dangkal dalam menilai sesuatu isu. Memang benar Nurul Izzah tidak menyebut "melayu boleh murtad", tetapi kenyataan "Rakyat tidak harus dipaksa menganut sesuatu agama dan ini juga harus terpakai kepada orang Melayu"-(terjemahan daripada Bahasa Inggeris) jelas memberikan maksud yang sama menuju ke arah murtad.
Mymassa juga turut kesal apabila Dr Maza terus menyalahkan Media atas isu Nurul Izzah tersebut. Meletakkan kesalahan sewenang-wenangnya tanpa merujuk beberapa sumber menunjukkan Dr Maza seolah-olah keliru. Inikah peribadi seorang tokoh dan ilmuan Islam yang sering dirujuk jika ingin menjatuhkan sebarang hukum? Wallahualam....
Peminat-peminat page Dr Maza di Facebook turut mengecam status Dr Maza. Kalau yang menyetujuinya dan memberi "like" itu pun sudah tentu pro pembangkang yang masih ingin menegakkan benang yang basah!
Mymassa masukkan balik Video Kenyataan Nurul Izzah, waris lidah bercabang Anwar Ibrahim!
#Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya
WASHINGTON 7 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dilaporkan berjaya mempertahankan jawatannya berdasarkan laporan rangkaian televisyen AS.
Obama telah menewaskan Mitt Romney di lima daripada enam negeri atas pagar iaitu di Ohio, Wisconsin, Iowa, Pennsylvania dan New Hampshire, sekali gus meletakkan beliau memperolehi undi pemilih melebih 270 undi yang diperlukan untuk memenangi Pilihan Raya Presiden AS ke-57 ini.
Satu-satunya negeri atas pagar yang dimenangi oleh Romney ialah di North Carolina, menyebabkan harapan calon Republikan itu untuk menjadi Presiden berakhir. - REUTERS
Pisau kongsikan apa yang Dong Zhong mahu,seolah dasar pendidikan kebangsaan yang baru menindas sekolah vernakular.Tidak ada negara lain didunia memberi bantuan kepada sekolah jenis kebangsaan melainkan kerajaan BN Malaysia. Lihat di Singapura,Australia mahu pun di UK langsung tak ada bantuan.
Berbillion ringgit ditabur oleh kerajaan BN kepada sekolah sekolah ini sedangkan ia menyalahi perlembagaan negara. kesalahan BN cukup nyata apabila memberi muka hinggakan pusat menternak hibrid ultrakiasu DAP memandang enteng akan peri pentingnya semangat nasionalisme.
Berapa peratus mereka mereka ini fasih berbahasa Malaysia? Berapa peratus mereka ini mampu menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia?
Tak kurang atau terhakis sedikit pun warisan bangsa anda jika belajar bahasa kebangsaan.
Duit kerajaan Malaysia mereka nak tapi bahasa Malaysia mereka taknak.. Malaysian First Chinese Second atau Chinese First Malaysian Second.. ?!
PELAN Pendidikan Kebangsaan atau Malaysian Educational Blueprint yang dilancarkan kerajaan baru-baru ini pada pandangan penulis lebih baik ditukar nama kepada yang lebih sesuai iaitu, "Pelan Kerajaan BN Suruh Semua Orang Cakap Melayu".
Mana tidaknya, pelan pendidikan ini jelas hanya memperkasakan bahasa Melayu dan meminggirkan bahasa ibunda yang lain dalam sistem pendidikkan kita, terutama sekali bahasa Cina dan India. Inilah juga alasannya kenapa pertubuhan-pertubuhan pendidikan Cina di negara ini seperti pertubuhan Dong Zhong, menolak sepenuhnya perlaksanaan pelan pendidikan tersebut, malah akan mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 25hb November depan bagi menunjukkan bantahan mereka.
Antara lain yang disebut dalam pelan pendidikkan ini ialah, menjadikan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya medium pengajaran di seluruh sekolah kerajaan, menambah tempoh pembelajaran bahasa Melayu dari 180 minit ke 570 minit dan penghapusanremove classsyang sebelum ini dikhususkan untuk pelajar menengah dari sekolah rendah jenis kebangsaan (SJKC). Kalau semua ini bukan dibaca untuk memperkasakan bahasa Melayu, penulis tidak tahu nak menggelarkannya sebagai apa.
Memang ini negara Malaysia, bukan negara China atau India, tapi dalam masa yang sama kerajaan perlu memperakukan bahawa bahasa ibunda masing-masing juga perlu dipertahankan, selari dengan gesaan UNESCO.
Walaupun ada berpendapat gesaan UNESCO itu tidak meliputi sistem pendidikan kebangsaan, tapi itu bukan masalah untuk perkara tersebut dilaksanakan disini, apatah lagi bila perlembagaan Malaysia juga menetapkan supaya setiap rakyat diberi kebebasan mengamalkan bahasa ibunda masing-masing. Penulis rasa elok dikekalkan sistem sekarang bila bahasa Melayu diajar secara minima di sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan penumpuan lebih diberikan kepada bahasa ibunda masing-masing. Menambah tempoh pembelajaran dalam bahasa Melayu bermaksud mengurangkan masa untuk pembelajaran dalam bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan.
Walaupun penulis akui sistem pengajaran bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan cina sedia ada tidak banyak membantu meningkatkan komunikasi antara orang Cina dan orang Melayu, tapi keadaan itu boleh di atasi kalau kerajaan bersifat adil kepada semua kaum di negara ini seperti yang pernah dicadangkan Pakatan Rakyat.
Nampak macam tak berkaitan (antara berkomunikasi dan bersikap adil) tapi ia sebenarnya ada kaitan tidak langsung yang banyak. Sukar rasanya penulis nak jelaskan disini kerana perkara ini terlalu 'berat' untuk orang yang tidak berpedidikan tinggi faham, yang penting, ada kaitanlah. Lagipun dengan negara China semakin pantas menghampiri negara-negara barat dari segi penguasaan ekonomi, permintaan untuk tenaga mahir yang mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dijangka akan menjadi lebih tinggi, mengatasi mereka yang mahir menguasai bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu yang tidak laku di peringkat antarabangsa ini.-Mkini
Pisau kata " dah lebih 50 tahun merdeka,ada yang tak fasih cakap Bahasa Malaysia...ada yang tak tau menyanyi lagu Kebangsaan... nak sama rata? "
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berikut adalah komen yang dihantar oleh seorang pembaca yang mengaku dirinya ahli Pas sejak tahun 1956, di artikel saya di sini >>>
Nurul Izzah betul bila dia berkata tiada paksaan dalam beragama. Kenapa puak-puak Umno ni melatah tak tentu pasal. Memang tak dinafikan orang melayu di negara ini di paksa dan di tekan supaya kekal dengan islam. Undang-undang dijadikan senjata untuk menakut-nakutkan orang melayu supaya jangan meninggalkan islam. Lebih dahsyat lagi perlembagaan penjajah yang dikekalkan oleh Umno(BN) itu sendiri seolah-olah mengugut orang melayu, " jika kau keluar dari islam kau bukan lagi orang melayu dan kau akan hilang segala hak istimewa sebagai orang melayu ". Itu bukan paksaan kah namanya ?
Sedangkan bangsa lain seperti cina dan india mereka tidak dipaksa kekal dalam agama mereka. Sebab itu ada cina yang masuk islam, ada cina yang masuk kristian. Sama juga dengan orang bangsa india. Tapi kenapa bila kena pada orang melayu nak dipaksa, " ohhhh no no no .. you cannot leave islam ".
Kalau seorang melayu itu dah tak minat lagi nak jadi islam tapi kita paksa dia supaya terus berada dalam islam maka dia akan buat perkara-perkara yang menjatuh maruah agama islam. Mungkin kah kemungkaran dan kemaksiatan yang banyak melibatkan orang melayu yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh orang melayu yang dah hilang minat nak jadi islam tapi dipaksa oleh undang-undang supaya kekal jadi islam walau pun hanya nampak islam pada nama dan pakaian saja. Nama masih Siti Fatimah, pakai seluar jean dan baju T yang ketat sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan, masih mengenakan tudung kepala mengikut feshen terkini .. kerja jadi GRO, kerja jadi social escort, kerja jadi pelacur.
Orang seperti ini lah yang menjadi bualan dikalangan penganut agama lain, " islam tapi kerja GRO, kerja social escort, kerja rumah urut, kerja pelacur " .. mencemarkan nama baik dan kesucian agama islam itu sendiri.
Saya rasa orang seperti ini, " it is better to let them go rather than to keep them ". Saya fikir Nurul Izzah berniat baik iaitu beliau mahu menjaga maruah agama islam supaya tidak dicemari oleh orang melayu yang dah tak berminat lagi dengan islam. Tapi amat malang bila niat suci Nurul Izzah itu telah diputar belit oleh musuh politik bapaknya iaitu Anwar Ibrahim.
Umno mengkritik Nik Aziz, Hadi Awang dan Pas amnya kerana membisu terhadap kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah. Sebenarnya Pas juga sependapat dengan Nurul Izzah, " kalau orang itu dah tak minat nak jadi islam lagi, biarkan lah dia pergi, jangan guna perlembagaan untuk memaksa dia kekal ". Sebab itu Pas berulang kali menegaskan Hudud yang ingin dilaksanakan oleh kami sama sekali tidak melibatkan orang bukan islam. Orang melayu pun kalau dia bukan islam lagi maka Hudud tidak ada kena mengena lagi dengannya.
Ahli Pas 1956
RBF: Apa pula pendapat anda ? Bahas.....bahas....bahas......
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT.....
Manakala Pas pula sebuah pertubuhan yang ditandatangani kelulusannya oleh Nadarajan, seorang pegawai British yang menjaga pendaftaran pertubuhan.
Wahyu Islam Pas dari Nadarajan.....kah....kah....kah....kah.....kah.....
Sekarang mari kita tonton video bagaimana islam Pas mengutip duit dari orang ramai atas nama derma.....
Selepas itu anda berpakat-pakatlah mendefimasikan antara derma yang diajar oleh islam dengan derma yang diajar oleh Pas....
Opsssss....terlupa satu perkara sebelum anda tonton video di bawah....
Pernahkah anda dengar Pas bentang segala hasil kutipan derma mereka ?
Pernahkah anda lihat laporan audit derma-derma yang dikutip oleh Pas ?
Kalau kohilal sebuah koperasi yang mengutip duit dari orang ramai untuk tujuan pelaburan pun boleh bungkus......agak-agak anda apa yang jadi pada duit derma yang mereka ambil dari orang ramai ?
Kira-kira tujuh bulan yang lepas blog MIK pernah menunjukkan kepada kita bagaimana sebuah masjid di Klang yang juak-juak Pas bawa masuk adun PKR Selangor ke dalam dewan solat telah dimasuki air hingga rosak semua karpet dan sejadah tempat kita sujud kepada Allah SWT.
Kesan daripada kejadian itu membuatkan dewan solat tidak boleh digunakan dan solat terpaksa diadakan di tingkat atas termasuk solat Jumaat. Lihat disini....
Pihak-pihak yang menguruskan masjid tidak mengambil iktibar di atas apa yang berlaku dan banyak masjid yang terus meredhakan Rumah Allah termasuk di dewan solat untuk digunakan oleh puak-puak yang tidak sepatutnya menggunakan ruang itu.
Tujuh bulan selepas kejadian di Klang kini peristiwa yang sama berulang pula di sebuah masjid juga di Klang.
Bila ?
Di mana ?
Apa yang terjadi ?
Saya tidak mampu untuk menulisnya di sini kerana bulu roma dan bulu tengkuk saya dah meremang. Dada mula berdebar, perasaan takut telah menyelubungi diri.
Allahuakbar......Ya Allah pelihara dan lindungi negara kami dari ujian-ujian mu yang besar. Jauhilah kami semua dari segala mala petaka dan bala bencana. Ampuni kami Ya Allah.....
1. Maka hebohlah sejak beberapa hari lalu mengenai Hj Hadi nak mencabar DS Najib di kerusi Parlimen Pekan. Banyaklah komen dari politikus sendiri dari kedua-dua pihak mengenainya. Saya dah mengulas sebelum ini dan mengangap bahawa Hj Hadi adalah seorang yang berani jika benar-benar bertanding di Pekan. Tapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni kerana rekodnya kalah ditempat sendiri ibaratkan beliau sebagai seekor ayam yang 'kalah tanah'.
2. Saya tidak yakin Hj Hadi benar-benar berniat dan berani untuk bertanding di Pekan. Bukan perkecilkannya tetapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni. Beliau adalah tokoh dalam Pas yang sudah semakin tidak popular, kekurang sokongan dan dilupakan. Justeru untuk tampil segak dan handal maka beliau mencabar PM untuk tunjukkan bahawa beliau setaraf dengan sokongan yang PM dapat dari rakyat. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai seekor anjing yang menyakal bukit untuk buatkan bahawa bukit itu akan bergegar dan runtuh bagi menakutkan orang dan anjing-anjing lain.
3. Semalam DS Najib diminta mengulas mengenai hasrat Hj Hadi untuk bertanding di Pekan. Dengan selamba dan senyum sinis DS Najib mengalu-alukan hasrat Hj Hadi untuk 'kamikazi'. Parlimen Pekan adalah lapangan bagi DS Najib yang diwakilinya sejak 1975. Apakah begitu kuat Hj Hadi yang kalah ditempat sendiri untuk bertanding dengan DS Najib yang tidak pernah kalah? Mungkin Nik Aziz, Anu arr dan Karpal Singh juga boleh bersama-sama bertanding di Pekan dalam usaha menumbangkang DS Najib.
4. Mungkin dalam hati Hj Hadi terasa menyesal kerana mengumumkan tanding Parlimen Pekan yang menyerlahkan ketidakmatangannya dalam politik, bahkan menyerlahkan kebodohannya sendiri. Yang perlu dilakukan adalah menguatkan sokongannya didalam Pas dan menjadi seorang Presiden yang berguna, disokong kuat, dihargai dan disegani oleh kawan dan lawan. Namun Hj Hadi didalam Pas hanyalah 'melukut di tepi gantang'.
Model di dalam foto ini seperti yang kita faham mahu tampil seksi dengan baju yang dipakainya. Tak kisah tentang itu, malah beliau sengaja cuba "membesarkan" payudaranya dengan bra yang dipakai serta baju yang mempunyai potongan 'low cut' melampau.
Masalahnya sekarang, keseksiannya menjadi 'keseksaan' pula kepada yang melihatnya.
Model yang tidak dikenali namanya ini hadir sebagai tetamu dalam satu majlis pelancaran fesyen di China yang dianjurkan September lalu.
Sekali imbas, macam tersilap jahit pun ada, sebab bahagian hadapan bajunya seolah-olah tidak menyokong payudaranya yang tegantung hingga terlihat bra silikon yang dipakainya. Tetapi, jika dilihat cara beliau berposing, hmmm...rasanya ini bukan ianya seperti disengajakan!
Pelayar internet banyak yang memberi komen negatif mengenai pakaiannya, antaranya "penampilan paling teruk dari berbogel" dan "ini bukan seksi, tapi seksa!"
Kami rasa dua benda yang boleh dipelajari oleh artis-artis di Malaysia dari cara pemakaian model ini: yang pertama, berpakaian dengan mendedahkan terlalu banyak bahagian tubuh tidak semestinya lawa; dan yang kedua, andainya teringin sangat nak menayang buah dada, pakailah bra yang sesuai supaya tidak kelihatan seolah-olah anda mempunyai puting payudara 'gergasi'...heh!
Karier solo yang sedang meningkat naik oleh penyanyi wanita Korea, Hyuna tidak semudah yang disangka dan penuh dengan rintangan.
Terbaru, video klip single solonya yang berjudul "Ice Cream" telah dilabel keterlaluan dan sesuai untuk tontonan dewasa sahaja di Korea Selatan.
Ianya berlaku kerana penampilan Hyuna yang amat seksi dengan pakaian yang agak menjolok mata serta koreografi yang menampilkan pergerakan yang tidak senonoh serta beberapa adegan provokatif dan menggoda, lapor media Korea.
Sebelum itu, ciptaan Hyuna sendiri yang berjudul "Very Hot" telah di'ban' oleh 2 syarikat penyiaran di Korea Selatan: KBS dan MBC. Alasannya, dalam lirik lagu tersebut ada menyebut sebuah syarikat internet yang popular di sana.
Dalam klip video "Ice Cream" tersebut, Psy telah muncul sebagai pelakon tambahan, mungkin memabalas budi Hyuna yang tampil dalam video "Gangnam Style" yang menaikkan namanya di mata dunia.
Kelam kabut seketika kami lihat situasi politik tanahair. Ahli politik dikejar, ulama dipersoal, yang tertuduh mula nak menyaman.
Perlahan-lahan kami susur kembali kejadian yang telah berlaku. Bukan tidak mahu berlaku adil atau bersifat rasis, tetapi keadaan telah memaksa kami berfikir dua kali melihatkan situasi sekarang.
Nurul Izzah telah dijemput dan berbicara disebuah forum yang dikelolakan oleh sebuah institusi agama bukan Islam, Kristian secara jelasnya. Kemudian beliau disoal mengenai kebebasan beragama.
Terperangkap dalam usaha meraih dan mengekalkan undi masyarakat bukan Islam, Nurul Izzah mengeluarkan hujah kontroversinya yang kemudian dinafikannya sendiri dan sedia menyaman pihak yang dikatakan memfitnah dan putarbelit kenyataannya.
Kita imbas kembali ucapan beliau:
Oklah, itu jawapan beliau pada soalan yang diberikan. Kami malas nak ulas perkara tersebut kerana sudah banyak diperkatakan dalam blog-blog lain.
Apa yang kami agak khuatir di sini, setelah kenyataan kontorversi beliau di atas di buat, suasana menjadi huru hara, tidak lah sampai berperang tumpah darah, tetapi keadaan agak kacau bilau apabila media mula meminta pakar-pakar tertentu mengulas.
Kecaman-kecaman demi kecaman yang dilemparkan. Namun pihak PAS yang kononnya meletakkan Islam sebagai perjuangan partinya tidak berani mengulas sepatah pun, takut terancam hubungan dengan PKR. Itu kami faham, politik.
Kronik masalah ini apabila ulama popular, Dr Maza pula dibidas kerana dikatakan menyokong tindakan Nurul Izzah dan kemudiannya menarik balik setelah dihentam oleh peminat-peminat beliau.
Lihat, masyarakat Islam menjadi kelam kabut akibat dari satu forum yang dianjurkan oleh satu insititusi agama lain. Adakah mereka membuat kenyataan apa-apa mengenai perkara ini?
Kami risau mereka tersenyum sambil bertepuk tangan melihatkan pergolakan umat Islam dek kerana forum yang dianjurkan.
Kejadian ini seolah-olah dirancang dengan teliti oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat Melayu Islam berpecah belah dek kerana isu ini. Mereka juga seolah-olah sudah tahu perkara ini akan berlaku. Pemilihan Nurul Izzah untuk berbicara mengenai agama juga agak pelik kerana beliau bukanlah seorang Ulama untuk berbicara mengenai hal-hal berkaitan Islam...baik bawak Abby Abadi, lagi sedap sikit kot...
Disebalik kita menghentam sesama kita, perkara di atas kami harap pihak-pihak berwajib dapat mengambil perhatian. Patut juga diselidik penganjuran forum berkenaan dan juga akan datang supaya tidak timbul isu seperti ini.
Politik, politik juga, penyatuan umat, dan agama, ada pihak menunggu peluang untuk hancurkanya...
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) terkejut dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama, sebagaimana dipetik oleh beberapa media sejak hujung minggu lalu.
"Mais berasa begitu terkejut dan kesal dengan kenyataan dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana, Siapa Bertanggungjawab?" kata Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Mais telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya.
Kata beliau, Mais ingin menyatakan bahawa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor dan pelindung hak dan kepentingan kaum Melayu juga berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan tersebut.
"Dan, banginda menolak sama asekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu yang beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar dari Islam," kata beliau.
Mohamad Adzib berkata, Islam adalah satu syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh itu, pemikiran liberalisme atau pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
"Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak-pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam," kata beliau.
Mais, kata beliau, bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasikan politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.
"Wala apa pun, Mais telah mengarahkan Jais membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," kata beliau lagi.
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.
"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya -Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.
"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Artis ni kalau dah namanya artis, terjun ke pentas politik, bukannya nak berdakwah, tapi memang jelas mencari populariti. Ditambah pula dengan populariti yang semakin suram serta peluang yang sering dinafikan akibat dari faktor-faktor usia dan lambakan bakat baru.
Kehidupannya sebagai seorang manusia yang pernah bergelar artis memang susah dikikis. Bertopengkan parti yang latar belakangnya Islam, banyak yang boleh diselindugkan.
Blog MPP Online dan Rotikaya telah membongkar pengakuan beberapa saksi mengenai seorang artis yang mereka gelar 'Ustaz Segera' yang bersekedudukan dengan "bakal" isterinya.
Kisah ini nampak seperti satu kisah rekaan semata-mata, tetapi bak kata Milosuam, "menghasut dengan fakta" maka pengakuan dari saksi-saksi yang boleh dipercayai serta dekat dengannya sukar ditolak.
Dalam pentas ceramah politik beliau pun, jarang kita dengar beliau bercakap mengenai hal-hal kebaikan, yang hanya ada, tranformasi kepura-puraan beliau sehingga kini terkeluar pula kisah panas yang lain. Yang diperkatakan dipentas itu hanyalah mengutuk-ngutuk kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin negara. Itu sahaja!
Jadi, tidak peliklah jika kisah-kisah luar tabiee beliau pula kini tersebar, kerana perubahan dirinya tiada keikhlasan, hanya populariti serta wang ceramah sahaja yang menjadi impiannya. Latar belakang hidupnya masih lagi sama!
KEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia
Gadai jual tubuh! Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik, Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat
Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui 'ketar' tubuhnya saat membayangkan diri
"Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelacuran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelacur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah
Download the #RWGentingApp app for ur iPhone/Android phones, & get the latest news, events and packages wherever u go!
"Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa
"Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada 'kepompong' mainan watak saya yang 'klise' sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya," katanya.
Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pelacuran sebaik tiba di Kuala Lumpur.
"Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu 'camera trick' saja sedangkan saya masih berpakaian rona 'nude'.
Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia
"Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana.
"Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang
Mengagumi dan sering menjadikan lakonan Ellie Suriaty dan Wan Maimunah sebagai rujukan, ujar gadis kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu, dia berjaya mendapatkan watak berkenaan selepas
Sempat memanjatkan rasa syukur apabila produser dan pengarah mula meyakini dirinya lasak diuji pelbagai watak sekali gus memberikannya peluang untuk menyerlahkan kemampuan.
"Saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana banyak memberikan peluang kepada saya. Bukan saja muncul di kaca televisyen tetapi juga menerusi watak yang ditawarkan.
Paling menggembirakan, drama yang dibintangi saya sebelum ini Marhabah tersenarai dalam pencalonan akhir Anugerah Skrin 2012, Sabtu ini," katanya.
Sebelum memasuki set penggambaran Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu, pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, itu baru saja selesai menjalani penggambaran telefilem, Cinta Halal dan Embun Di Hujung Kelopak, kedua-duanya untuk siaran TV3.
Cinta Halal yang turut menggandingkannya bersama Fahrin Ahmad, khabarnya bakal bersiaran pada sambutan Maal Hijrah nanti. Menerusinya, anak sulung empat beradik itu membawakan watak gadis bertudung namun punya sifat 'brutal'.
Menghala perbualan pada sisi yang lebih peribadi, Fathia, mempunyai beberapa bulan saja untuk menyempurnakan pengajian peringkat di UiTM, bagaimanapun tidak bercadang melengkapkan pengajian itu dengan mengikuti kursus Lembaga Penasihat Undang Undang (Lawyering Advisory Board/LAB).
"Bukan tidak mahu tetapi saya mahu berehat dulu, mungkin setahun kerana banyak perkara yang saya tidak mampu lakukan termasuk menolak tawaran lakonan kerana kesibukan saya sebagai pelajar.
"Justeru, saya ambil keputusan selepas tamat pengajian saya mahu berehat dulu dan melakukan sesuatu yang menjadi keutamaan saya kini. Tambahan pula, status saya yang masih bujang membolehkan saya menggunakan kesempatan ini untuk melakukan apa yang saya inginkan," katanya seiring ketawa kecil.
KUALA LUMPUR – Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasikan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan akidah dan kebebasan beragama, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno-BN yang menjadikan persoalan agama sebagai alat permainan politik demi memastikan Umno-BN terus kekal relevan di negara ini.
"Agama digunakan menjadi alat permainan parti politik bagi pihak Umno, dan ini tidak sihat, jadi ini menjadi sebab saya pandang serius.
"Ini soal agama, bukan soal mainan politik, keyakinan orang, jadi Umno terus gunakan cara ini, kenyataan saya juga dah banyak kali dimanipulasikan Umno sebagai serangan politik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anwar tidak menolak kemungkinan anaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas media kerana membuat laporan berbentuk fitnah dan tidak benar berhubung kenyataan Nurul Izzah.
Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk "Melayu bebas pilih agama?" yang disiarkan Mingguan Malaysia.
Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang ditemui di lobi Parlimen, enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
"Saya dinasihatkan barisan peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut.
"Bagaimanapun saya bersedia bila-bila masa dan bekerjasama untuk disoal siasat oleh pihak Jais jika dipanggil," katanya.
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.
"Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter milik beliau.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam memaklumkan mungkin akan memanggil Ahli Parlimen Lembah pantai itu untuk membantu siasatan.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.
"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.
"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nurul Izzah yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Terdahulu media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.
Nurul Izzah menerusi blog beliau, www.nurulizzah.com berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas pertanyaan lanjut yang diterima beliau ekoran kenyataannya di dalam forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.
"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.
"Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,"katanya.
Menurut pemimpin PKR itu lagi, beliau kesal terhadap percubaan memutarbelitkan kenyataannya yang kelihatan seolag-olah meremehkan soal aqidah "atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad."
"Saya cenderung mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
"Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama," tulis beliau lagi.
Ekoran kenyataannya Nurul Izzah turut dikecam oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pahang yang menganggap beliau sebagai menggadai agama.
Ketua Penerangannya, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan seorang Islam seperti Nurul Izzah, sebaliknya beliau perlu mempertahankannya.
DI SEBALIK raut wajahnya yang tenang bagaikan seorang lelaki yang tinggi ilmu agama, siapa sangka dia sebenarnya bijak memperdayakan wanita demi memenuhi kepuasan seksualnya sendiri.
Dengan bermodalkan nama pengamal perubatan Islam yang mampu mengubati pelbagai penyakit, Halim, 60, meniduri pesakit-pesakit wanitanya dengan menggunakan sihir pengasih.
Menurut salah seorang mangsa, Maria, 44, Halim yang lebih dikenali dengan panggilan Aji dalam kalangan pesakitnya itu dipercayai membacakan jampi sihir ke atas pesakit wanita ketika dia mengurut ataupun memandikan mereka.
"Kejadian ini bermula apabila saya pergi berubat dengan Aji kerana saya menghidap sakit dada setelah dicadangkan oleh suami yang sememangnya mengenali bomoh tersebut.
"Bagaimanapun, pada keesokan harinya, saya secara tiba-tiba sering teringatkan wajah dan terbayangkan diri Aji," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
PAKU yang dibalut kain kuning, air kolah masjid dan akar sintok merupakan bahan-bahan pengubatan yang digunakan Aji. - Gambar hiasan
Gila bayang
Menurutnya lagi, dia tidak ubah seperti orang yang gila bayang dan angau kerana sentiasa terfikirkan tentang bomoh yang telah tujuh tahun menduda itu.
"Hati saya berasa tidak tenteram dan secara tiba-tiba timbul satu perasaan cinta yang kuat serta berahi yang membuak-buak untuk bersama dengan Aji.
"Semenjak itu, kami sering berbalas khidmat pesanan ringkas dan Aji dilihat semakin berani mengajak saya melakukan hubungan seks dengannya," ujar Maria ketika mengimbau peristiwa itu.
Jelasnya, hari demi hari hubungan mereka semakin intim sehinggalah Maria dengan rela hati menyerahkan tubuhnya kepada Aji.
Bagaimanapun, rahsia Maria terbongkar apabila adik iparnya yang juga rakan kepada Aji memberitahu suaminya tentang perbuatan terkutuk yang dilakukan Maria.
"Aji sendiri menceritakan tentang perkara ini kepada adik ipar saya memandangkan hubungan mereka agak baik.
"Mujurlah, suami dan anak-anak mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya dan mereka bertindak pantas dengan membawa saya berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam terkemuka," ujarnya.
Tambah Maria, dia bersyukur kerana keadaannya semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam di Gombak, Selangor.
"Secara beransur-ansur, perasaan sayang saya kepada Aji mulai berkurangan hingga saya dapat melupakannya," katanya yang tinggal berhampiran dengan rumah Aji.
Menurut Maria lagi, ketika hubungan terlarang itu berlaku dia sebenarnya berada dalam keadaan tidak sedar dipercayai akibat disihir oleh bomoh tersebut yang semata-mata mahu memuaskan nafsunya.
"Sejujurnya, saya langsung tiada niat untuk bermain kayu tiga dengan suami kerana segala yang berlaku antara saya dan Aji bukan atas kerelaan saya.
"Saya takut untuk membuat laporan polis kerana kekurangan bukti selain tidak mahu maruah keluarga tercalar," ujarnya.
Sementara itu, adik ipar Maria, Rosli, 39, mendedahkan, bomoh tersebut pernah memberitahunya bahawa dia mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta kepadanya sebelum meniduri wanita itu.
"Saya pernah bertanyakan rahsia yang digunakan olehnya untuk memikat wanita, namun dia tidak mahu berkongsi dengan saya," jelas Rosli yang juga merupakan rakan kepada bomoh tersebut.
Difahamkan, sebelum ini Aji berpisah dengan bekas isterinya setelah lelaki itu ditangkap berkelakuan tidak senonoh dengan seorang pesakit wanita di rumah mereka.
"Tidak kiralah sama ada yang datang berubat itu anak dara, sudah berumah tangga mahupun janda, mereka pasti akan menjadi mangsa Aji," dakwa Rosli.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Kosmo! Ahad berkata, perbuatan bomoh yang memukau mangsa sehingga melakukan hubungan seks dengan mangsa boleh didakwa di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
MARIA mendakwa dia seperti tidak sedarkan diri semasa menjalinkan hubungan terlarang dengan bomoh Aji.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh disebat.
"Dalam hal ini, mangsa dinasihatkan tampil membuat laporan polis dengan segera bagi memudahkan pihak polis mengambil tindakan lanjut," katanya.
Bagi mendapatkan gambaran tepat mengenai kaedah rawatan yang digunakan oleh Aji, wartawan Kosmo! Ahad bertindak melakukan penyamaran dan berjumpa dengan bomoh tersebut baru-baru ini.
Hanya dengan satu panggilan telefon, penulis menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Aji di rumahnya pada sebelah malam kononnya untuk mengadu tentang masalah rumah tangga penulis yang diganggu pihak ketiga.
"Boleh sahaja datang ke rumah saya pada malam ini," suara Aji bersahaja dan tenang di hujung talian telefon. Berseri-seri
Benarlah kata Maria, wajah Aji kelihatan berseri-seri seperti tidak dimamah usia. Wajahnya berbeza sekali daripada wajahnya yang penulis lihat dalam sekeping gambar yang tunjukkan Maria kepada penulis.
Bau minyak gamat menusuk rongga hidung sebaik sahaja penulis melangkah masuk ke dalam rumah pangsapuri yang sederhana besar itu.
"Saya baru lepas mengurut seorang pesakit yang datang dari Pahang tadi," beritahu Aji yang bagaikan dapat membaca fikiran penulis.
Aji tinggal sendirian di rumah itu. Sekali pandang, tiada apa yang pelik di situ. Aji pula mengenakan baju Melayu berserta kain pelikat dan kopiah putih di atas kepala. Dia kelihatan seperti seorang pengamal perubatan Islam yang tulen.
Setelah memperkenalkan diri, penulis yang datang bersama seorang rakan mula berlakon dan memberitahu masalah yang dihadapi.
"Kamu perlu datang semula dengan membawa tiga biji buah limau, sebotol air kolah masjid dan akar sintok untuk upacara memandikan kamu bagi membuang sihir yang telah dikenakan ke atas kamu," ujar Aji pantas selepas mendengar penjelasan penulis.
Ketika ditanya mengenai bacaan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan suami daripada mendampingi wanita lain, Aji membacakan sepotong ayat yang tidak terdapat dalam al-Quran serta diragui maksudnya.
Dia turut mengarahkan penulis supaya sentiasa membawa paku yang diletakkan di dalam lipatan kain kuning ke mana-mana sahaja bagi menggagalkan sihir yang dikenakan ke atas penulis.
"Amalkan segala petua yang saya beritahu. Jangan lupa datang semula seorang diri untuk upacara mandi supaya rawatannya berkesan," pesan Aji. Lelaki ini seperti sangat berharap penulis akan datang bertemunya lagi secara bersendirian.
Ketika disoal mengenai rawatan untuk penyakit lain, Aji memberitahu yang dia boleh mengubati apa sahaja penyakit sama ada secara zahir mahupun batin.
"Saya hanya mampu berusaha, namun dengan izin Allah sahaja semua penyakit tersebut akan sembuh," ujar Aji yang bibirnya tidak terlepas daripada menyebut kalimah suci Allah.
Setelah hampir sejam berbual, penulis meminta diri untuk pulang sambil dihantar oleh bomoh itu sehingga ke muka pintu.
Riak wajahnya seperti menaruh harapan agar satu lagi mangsa baharu bakal masuk perangkap.
SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada seluruh ahli Umno-Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada di dalam zon yang terlalu selesa sehingga menyebabkan parti itu berhadapan dengan risiko kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Bercakap dalam satu wawancara bersama Sinar Harian, Ahmad Zahid berkata, cabaran sebenar parti pemerintah itu bukannya datang dari luar sebaliknya ia berpunca dari dalam parti sendiri.
"Cabaran kepada BN, bukannya kekuatan parti pembangkang, tetapi fokus kepada masalah dalaman. Ini kerana budaya selesa dalam kalangan ahli parti masih lagi menebal dan tidak dapat diatasi. Seratus peratus masalah dalaman perlu diselesaikan sebelum PRU.
"Walaupun pemimpin Majlis Tertinggi parti turun ke bawah, kajian kami mendapati isu itu menjadi stigma besar kepada jentera parti Umno," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau bagaimanapun yakin parti itu mampu mengubati luka lama sewaktu pilihan raya umum 2008 dengan bermaruah kali ini.
"Bagi saya tidak lebih baik daripada keputusan PRU pada 2004 dan tidak lebih buruk daripada keputusan PRU 2008. BN bukan sahaja perlu bekerja keras, tetapi bekerja dengan penuh bijaksana, dengan mengambil hati khalayak," ujar Ahmad Zahid.
"Realitinya, kami sudah bersedia menghadapi PRU," tambah beliau.
Beliau ditanya berhubung peluang Umno-BN meneruskan tampuk pemerintahan selepas PRU13 ini.
Ahmad Zahid turut mengakui Umno-BN terpaksa bekerja keras terutama sekali di kawasan campuran bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
"Di sesetengah kawasan, pengundi Cina penentu kemenangan, tetapi di kawasan yang majoritinya Melayu, persaingannya adalah Umno dan Pas dan di kawasan majoritinya Cina, adalah antara DAP dan MCA.
"Manakala di kawasan campuran, pengundi Cina menentukan kerusi Dun atau Parlimen. Kawasan campuran kini, dikenal pasti sekitar 40 peratus, selepas persempadanan semula dilakukan sejak 10 tahun lalu," jelas Ahmad Zahid.
Bagaimanapun ujarnya, sokongan yang diterima kerajaan pada hari ini kian meningkat dari semasa ke semasa meskipun diganggu-gugat dengan pelbagai isu oleh pihak pembangkang.
"Di Bagan Datok umpamanya ada 57 peratus pengundi Melayu, 23 peratus pengundi India dan 20 peratus Cina.
"Dulunya, kawasan campuran ini adalah kawasan paling selamat bagi BN, tetapi tidak lagi dalam keadaan sekarang, kerana pengundi bukan Melayu adalah penentu," katanya lagi yang merupakan Ahli Parlimen di kawasan itu.
Justeru ujarnya, dalam memastikan kemenangan terus berpihak kepada Umno-BN, paling penting adalah memastikan masalah pokok iaitu masalah calon dapat diatasi sebaiknya.
"Mengikut kajian, faktor calon 37 peratus penentu kemenangan atau kekalahan di kawasan Dun dan Parlimen. Oleh itu, masalah dalaman Umno adalah faktor calon dan ini yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib.
"Calon bukan sahaja berdasarkan hierarki, tetapi keperluan tempat dan semasa. Meskipun PRU semakin hampir dan isu itu tidak dapat selesaikan 100 peratus, kami berpuas hati jika sebahagian besar dapat diselesaikan," katanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut.
Menurut Najib, penubuhan jawatankuasa itu mengikut Fasal 10 (15) Perlembagaan Umno yang dianggotai oleh ahli Majlis Tertinggi dan beberapa individu yang tiada kepentingan.
"Tujuan ia ditubuhkan bagi memudahkan tindakan segera diambil bagi mana-mana individu terutama ahli parti yang mengkhianati parti dan calon Barisan Nasional (BN)," katanya.
VIENTIANE - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak fikir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini hari ini.
Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.
"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.
Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang.
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mungkin akan dipanggil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu.
Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, tindakan itu hanya boleh diambil sekiranya pihaknya menerima maklumat berhubung perkara tersebut.
"(Kenyataan itu) serupa juga dengan kenyataan semua agama adalah sama. Ia salah, mana boleh semua agama sama. Islam lain, Tuhan sudah kata Islam adalah sebaik-baik agama.
"Kalau ada rakaman itu minta dipanjangkan kepada kita. Tak semestinya ada laporan, maklumat (sudah) cukup, kita boleh bertindak. (Setakat ini), kita tak dengar maklumat itu lagi," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang didakwa membuat kenyataan itu sebagai menjawab soalan peserta sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu dalam satu forum di Subang Jaya, Sabtu lalu.
Semalam, media melaporkan, Nurul Izzah dipetik sebagai berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan agama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Bagaimanapun, beliau dilaporkan tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama.
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat vice president Nurul Izzah Anwar has come under fire over her statement allegedly supportive of freedom of choice for Muslims in selecting their religion.
The statement, made at a forum on Saturday, has since drawn heavy criticism from certain quarters, including Muslims scholars.
Religious scholar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya said ignorance was to blame for her statement.
"I'm certain that she is ignorant, this is why she made such a statement. Her statement has clearly deviated from the maqasid syari'yyah and can be categorized as deviating Islamic principles.
"I feel she has been talking without sufficient religious knowledge. It is more honorable for her to retract the statement altogether without twisting it, as God is all merciful," he was quoted in Berita Harian today.
Fathul Bari, who is also Umno Young Ulama (Ilmu) working committee secretariat chairman, said her statement goes against what has been repeated by Nurul Izzah's father, Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on maqasid syari'yyah or the key reasons why the Al-Quran was passed down, which are religion, mind, life, property and dignity.
"Nurul Izzah should have referred to PAS ulama first. Even the Opposition leader himself always spoke about maqasid syari'yyah," he said.
Fathul Bari said Nurul Izzah's statement could have implications on Muslims in the future, resulting in Muslims not placing religion as the most important subject, and steer towards pluralism ideology.
"How can we religion is free and open, or place Islam on the same level as other religions. If this happens, think of why Islam is enshrined in the constitution and what is the purpose of the Malay rulers," he said.
Meanwhile, Puteri Umno chief Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said Nurul Izzah's statement can create unease within the Muslim community.
"Imagine, even with enforcement, there are Muslims who become murtad. The situation will be worse if there is absolute freedom," she said.
She said, in matters of faith, it is clearly stated that Muslims should do all they can to preserve Islam and not place it in a vulnerable position.
Nurul Izzah, however, has since denied that she had trivialized the issue of Islamic faith and that she supported apostasy.
The Lembah Pantai MP said she was disappointed that certain quarters were twisting her statements on the subject of religion being forced onto Muslims in Malaysia.
She said she had attended a forum titled 'Islamic State: Which Version? Whose Responsibility?' as a panellist on Saturday. In the question and answer session, one of the questions posed to her was on the issue of Islam being imposed on Muslims.
"My answer stressed on the phrase 'there is no compulsion in Islam'. This was taken from verse 256 of the Surah Al-Baqarah in the Al-Quran. The phrase applies to all mankind," she said.
Nurul Izzah added that she holds firm to the belief that after embracing Islam, a Muslim is bound by Syariah law, just as how a citizen is bound by the Federal Constitution.
"I am disappointed that there are efforts to twist my statement as if I had trivialised faith or easily accepted how Muslims can become apostates," she said, adding that she has always been supportive of educational programmes to strengthen one's faith and increase understanding of the religion.
Malaysiakini had on Saturday quoted Nurul Izzah as saying that people should not be compelled to adopt a particular religion, with the same applying to Malays.
"If you ask me, there is no compulsion in religion... how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally," she was quoted as saying.
The report also quoted her as saying that her secondary school education, set amidst a Catholic school backdrop, did not influence her.
"Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing Catholic society did not influence me," she was quoted as saying.
However, the report said she stopped short of saying that Malays should be legally granted religious freedom, saying: "I am, of course, tied to the prevailing views."
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan sebagai berbahaya dan mengelirukan, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Beliau berkata kenyataan sedemikian adalah tidak wajar kerana ia boleh mengelirukan penafsiran masyarakat dan umat Islam.
"Di dalam Perlembagaan negara telah termaktub bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan, dan setiap anak yang dilahirkan sebagai orang Islam maka dia itu kekal sebagai orang Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia yang turut dihadiri negeri yang diwakili pembangkang di sini, hari ini.
Malah, Jamil Khir berkata, ayat Al-Quran yang digunakan Nurul Izzah bagi menyokong kenyataan beliau semasa forum berkenaan adalah luar daripada konteks sebenarnya kerana ayat itu berkaitan dengan hal orang bukan Islam yang tidak boleh dipaksa dalam penerimaan agama Islam.
Sabtu lepas, pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab', Nurul Izzah dilaporkan menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Bagaimanapun selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'Facebook' beliau hari ini,menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.
Di DUNGUN, Terengganu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiap umat Islam mempunyai kewajipan untuk memperkukuh akidah dan berpegang kepada ikatan agama Islam.
Beliau berkata sudah termaktub bahawa bila dikatakan orang Melayu ia bermakna dia orang Islam dan beragama Islam.
Apa yang penting bagi umat Islam ialah untuk memperkuat akidah supaya tidak terpesong dan dalam konteks kebebasan beragama di negara ini, bukanlah menjadi galakan kepada umat Islam untuk memeluk agama lain, katanya mengulas kenyataan Nurul Izzah.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian kunci rumah Program Bantuan Rumah (PBR) di Wilayah Lembaga Kemajuan Tengah (Ketengah) di Dungun.
Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata kebebasan dalam beragama di Malaysia yang agama rasminya ialah Islam, adalah bagi orang bukan Islam, mereka tidak boleh dipaksa menerima agama lain atau Islam.
"Tetapi kita sebagai umat Islam ada kewajipan untuk memastikan penerapan nilai-nilai Islam dilaksanakan.
"Sebab itu kita wujudkan madrasah, sekolah agama, universiti Islam, perbanyakkan ceramah agama, kuliah agama di TV dan radio dan lain-lain supaya umat Islam tidak tergelincir dari landasan Islam," katanya.
Di SHAH ALAM, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Marzuki Hussin berkata kenyataan Nurul Izzah tidak boleh diguna pakai sama sekali.
"Apa yang dinyatakan olehnya samalah juga seperti ungkapan semua agama itu sama. Walhal, itu tidak benar. Sedangkan kita tahu hukum keluar daripada Islam atau sekiranya seseorang itu murtad hukumnya adalah bunuh," katanya.
Mengulas sama ada Jais akan memanggil Nurul Izzah berkaitan perkara itu, beliau berkata Jais belum menerima sebarang maklumat berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah dalam forum yang diadakan di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu lepas.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu jelas membuktikan bahawa pembangkang sanggup menggadaikan maruah Melayu dan Islam demi kepentingan politik tanpa memikirkan kepentingan dan kemakmuran komuniti beragama di dalam negara.
"Kami menegaskan bahawa orang Melayu Islam tidak sepatutnya dipermainkan pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik," katanya dalam kenyataan.
Shahrizat berkata Wanita Umno menolak sekeras-kerasnya pemikiran liberal yang cuba dibawa Nurul Izzah yang boleh meruntuhkan institusi agama Islam dan memecah-belah masyarakat Melayu di dalam negara.
"Wanita Umno juga ingin tahu pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku bapa dan ketua pembangkang serta Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu dan presiden PKR mengenai kenyataan itu," katanya.
Presiden Persatuan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohd Ali pula berkata kenyataan sedemikian hanya akan memberi laluan dan tiket percuma kepada golongan yang ingin menyesatkan umat Islam.
"Kehadiran orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerak kerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku" katanya.
Kenyataan yang jauh terpesong dari sudut agama itu, katanya jelas menjadi petanda bahawa virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di dalam negara.
Turut bersetuju, Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik Anggota Parlimen Lembah Pantai itu mengeluarkan kenyataan melulu di bawah emosi politik.
"Hal-hal agama kalau tak tahu jangan cakap, serah kepada ulamak muktabar bukan ulamak politik, semua ini mencemarkan agama, kita amat kecewa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau kecewa hal-hal berkaitan agama sedemikian dilibatkan dalam politik demi meraih undi bukan Melayu.
Dalam pada itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kenyataan Nurul Izzah itu memperkuatkan lagi bukti bahawa PKR memperjuangkan fahaman liberalisme.
"Anwar Ibrahim sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan membenarkan gejala lesbian, gay, biseksual dan transeksual, kenyataan mereka tentang hudud juga bertentangan.
"PKR itu telah menjadi 'liberalist' dalam Islam, jadi umat Islam di Malaysia mesti berhati-hati dan memandang serius tentang sikap mereka" katanya kepada Bernama.
KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has described as dangerous and misleading a statement by PKR vice-president Nurul Izzah Anwar that religious freedom should be accorded to everyone, including the Malays.
Jamil Khir said such a statement was unwarranted for it could deceive society and Muslims on the interpretation of freedom of religion.
"As enshrined in the Federal Constitution, Islam is the religion of the federation, and every child born a Muslim remains a Muslim," he told reporters after chairing the National Council of Islamic Religious Affairs meeting here today.
In fact, Jamil Khir said, the Quranic verses cited by Nurul Izzah to support her argument were out of context as they were meant for non-Muslims who should not be coerced into embracing Islam.
Speaking at a public forum on "Islamic State: Which version, Whose Responsibility?" in Subang Jaya on Saturday, Nurul Izzah was reported as saying that no one should be compelled to adopt a particular religion and that this applied to Malays as well.
Following public outcry over her statement, she denied that she was supporting 'murtad' (apostasy) or encouraging Muslims to renounce Islam.
In DUNGUN (Terengganu), Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said every Muslim had a duty to strengthen the Islamic faith and the bonds among Muslims.
Speaking to reporters after a presenting house keys to recipients of housing assistance in Central Terengganu Development Authority (Ketengah), he said freedom of religion in Malaysia was meant for non-Muslims, and they could not be forced to embrace another religion or Islam.
"But for Muslims, we have a duty to ensure that Islamic values are practised and implemented.
"That's why we set up madrasah (surau), religious schools and Islamic universities, and conduct religious talks and lectures on TV and radio, and other activities so that Muslims will not be derailed from the path of Islam," he said.
PETALING JAYA: The Quranic verse that prohibits compulsion in religion applies only to people who have not yet accepted Islam, according to former International Islamic University (UIA) professor Abdul Aziz Bari.
Commenting on a remark made two days ago by Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, he said the true meaning of Verse 256 of Surah al-Baqarah was that Muslims were prohibited from coercing others to embrace Islam.
Nurul Izzah made the remark in reply to a question from an audience at forum on the Islamic state on Saturday.
"How can anyone say (freedom of religion) only applies to non-Muslims?" she was reported as saying. "It has to be applied equally."
She added, however, that she was tied to "prevailing views" on the issue.
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question did not mean that a Muslim could renounce his faith. "If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?" he said.
He said one needed to set a context in which to discuss freedom of religion because of the vastness of the topic.
If it were to be discussed in the context of personal liberty, then there would be certain limitations to Muslims, he added.
Nurul Izzah's remark has landed her in hot soup, especially with Umno.
The Umno-owned Utusan Malaysia today featured the remark on its front page, and several leaders of the party have accused her of supporting apostasy.
Despite her clarification in a blog posting that she did not condone apostasy, the PKR vice president was mocked and criticised by Umno MP Abdul Rahman Dahlan and Deputy Minister of Higher Education Saifuddin Abdullah on Twitter.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dapat gambar di atas daripada seorang kawan. Tiada maklumat diberikan. Oleh itu, maafkan CTS kalau tersalah bertanyakan soalan-soalan berikut:
1. Tidak adakah sangat surau atau masjid berdekatan untuk bersembahyang secara selesa? Darurat sangatkah keadaan di atas seperti menjaga medan perang Uhud yang melibatkan hidup dan mati?
2. Sudah tidak adakah kawasan berteduh dari hujan yang berdekatan, kalau iapun masjid dan surau jauh berpuluh kilometer jaraknya? Kenapa perlu bersembahyang di dalam hujan?
3. Orang yang berpayung itu CTS rasakan datang bulan dan tidak perlu sembahyang. Kalau terdesak sangat hendak bersembahyang, kenapa orang yang berpayung tidak turut serta?
4. CTS andaikan mungkin ini sembahyang subuh dan mereka ini bukan bermusafir. Sekiranya mereka ini bermusafir dan waktu zohor, asar, maghrib dan isya', sudah pasti mereka boleh mengerjakan jamak qasar bukan?
ADUN Teja, YB Chang Lih Kang seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Cina, berkata bahawa beliau tidak akan membayar 2 saman AES yang diterimanya kerana memandu laju di Kuala Kangsar dan Subang Jaya. Chang telah mengesahkan mengenai saman-saman berkenaan, seperti yang disemak oleh Pembantu Peribadinya melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Itu cerita ADUN berkenaan di dalam akhbar Cina. Malang sekali ADUN Teja berkenaan merekacipta cerita dongeng seolah-olah mahu memburuk-burukkan Kerajaan melalui perlaksanaan AES. Pembohongan beliau sudah dibongkar. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Perak, Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya terdapat 7 saman atas nama ADUN Teja berkenaan dan ketujuh-tujuh saman berkenaan telah diperolehi sebelum perlaksanaan AES. Apa yang lebih membuatkan cerita ADUN Teja ini sebagai komedi, mana ada AES dipasang di Subang Jaya. Bukankah Kerajaan PR Selangor menangguhkan perlaksanaan AES. Itupun boleh tersilap fakta ka?
Sebagai seorang pengubal undang-undang, amat malang bagi pengundi-pengundi di Teja mempunyai Wakil Rakyat yang melanggar undang-undang dan keras kepala untuk membayar samannya. Bukan satu dan bukan dua, malah TUJUH saman atas nama ADUN berkenaan. Inikah sikap Wakil Rakyat yang kita mahukan? Sudah lupakah kita bagaimana seorang Wakil Rakyat Selangor, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar UiTM, Mohd Bakri sehingga cedera parah dan terlantar di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Klang. Ini gara-gara ADUN berkenaan memandu dengan laju, terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan sehingga mengakibatkan pelajar berkenaan yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Untuk penentang-penentang AES terutama daripada pihak penyokong Kerajaan, contoh kedua-dua ADUN PR di atas wajar menjadi ikhtibar bagi pihak anda bermuhasabah diri dan membuat rumusan untuk terus menentang penguatkuasaan undang-undang jalanraya. Fikirkan penentang-penentang AES, sehingga pada satu ketika keluarga, sahabat handai dan orang yang anda sayang, terlibat dalam kemalangan akibat oleh kesalahan pihak lain yang memandu laju dan tidak mengikut undang-undang jalanraya, mungkin anda akan tergadah. Pada masa itu mungkin sudah terlewat. Renung-renungkanlah.
Kunta Kinte adalah mungkin salah satu generasi yang paling dikenal pasti hamba pertama, kerana gambaran beliau dalam Akar novel Alex Haley. Haley mendakwa bahawa dia adalah keturunan dari Kunta Kinte, ahli suku Mandinka di Gambia, Afrika, yang telah ditangkap dan diperhambakan sebagai lelaki muda. Apabila sampai AS, nama Kunta Kinte ditukar kepada Toby.
Walaupun Akar sebahagiannya fictionalized, perdebatan Haley bahawa Kunta Kinte adalah saudaranya telah sepatutnya menjadi satu yang benar. Terdapat sebenarnya telah menjadi pertikaian yang besar tentang perkara ini. Penyelidikan ke atas hamba bernama Toby, dan penyiasatan griot, seorang penyair lisan Afrika, yang memberitahu Haley tentang Kunta, telah membawa kepada penelitian serius tuntutan Haley.
Nampaknya bahawa seorang hamba bernama Toby mungkin tidak bapa Kizzy, kepadanya Haley boleh membuktikan hubungan. Beliau mungkin telah meninggal dunia lama sebelum Kizzy telah diilhamkan. Ia juga mencabar untuk membuktikan bahawa Kunta Kinte menjadi hamba yang bernama Toby.
Walaupun kemungkinan bahawa Kunta Kinte tidak pernah wujud, sebagai simbol pengalaman hamba ditangkap, Kunta Kinte menetap ke dalam fikiran rakyat Amerika. Terutama apabila adaptasi miniseries Akar disiarkan pada tahun 1977, Kunta menjadi simbolik nasib hamba, maruah manusia, dan kekejaman perhambaan. Secara khususnya, Kunta diseksa kerana enggan memberi nama Afrika atau respons kepada Toby nama. Adegan ini bangun banyak dalam sektor awam Amerika untuk apa yang ia mungkin bermakna untuk diperhambakan, dan menimbulkan dialog mengenai sifat perhambaan dan kerosakan yang dilakukan untuk generasi Amerika Afrika.
Kisah Kunta Kinte sebagai Haley memberitahu, bermula dengan kelahirannya di pertengahan abad ke-18, di Juffure, Gambia. Kunta adalah anggota suku Mandinka, satu suku berpusatkan kebanyakannya Islam. Kunta ditangkap pada 16, dan mesti membuat perjalanan yang dahsyat di atas kapal hamba ke Amerika Syarikat. Sepanjang jalan, ramai sahabat baginda mati penyakit dan rawatan miskin. Apabila tiba di Amerika Syarikat, John Waller membeli Kunta Kinte untuk menggunakan dia di ladang di Virginia.
Keengganan Kunta diulangi untuk menjawab kepada Toby nama dia mendapat hukuman atas hukuman, dan dia cuba beberapa kali lari. Apabila dia ditangkap untuk kali keempat, sebagai hukuman, kakinya dipotong supaya dia tidak boleh berjalan lagi. Dia kemudiannya dijual kepada saudara Waller, dan bertemu Belle, isteri masa depannya. Kunta mempunyai seorang kanak-kanak bernama Kizzy, dengan Belle.
Kepentingan Kunta Kinte, mengikut Haley adalah bahawa dia telah diajar, boleh membaca dan menulis, dan dia mengesankan apabila hamba sekelilingnya kemuliaan menjadi percuma, keperluan untuk kembali kepada asal usul Afrika, dan pembangkang berterusan kepada perhambaan. Walaupun pembangkang ini terus mendapat hukuman menyeksa Kunta Kinte, dia mengekalkan rasa identiti Afrika, yang beliau pasti Kizzy anak perempuannya. Untuk Haley, fakta ini adalah yang paling penting. Rasa yang datang dari beberapa tempat, yang diperhambakan walaupun sekali bebas, dan ketabahan dalam memegang impian kebebasan kekal tema biasa dalam Akar.
Sama ada atau tidak Kunta Kinte benar-benar adalah moyang Haley adalah agak tidak penting. Kisah Kunta dikenali, dan cerita Haley, yang begitu meluas membaca, dan kemudian ditonton oleh keratan rentas besar orang awam Amerika dibuat sebenar keadaan dahsyat perhambaan dengan cara yang tidak pernah diuruskan sebelum. Akhirnya, Kunta Kinte adalah hampir kiasan dalam alam semula jadi. Beliau adalah setiap hamba ditangkap melancarkan perjuangan menentang penindasan yang jauh lebih kuat daripada dirinya sendiri.
Terkejut, terima sms pagi ini dari seorang sahabat yang dulunya adalah wakil calun kepada seorang YB Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menceritakan kebimbangan keputusan PRU13 nanti merupakan satu bala kepada PR.
"PRU13: PR hilang deposit?" begitulah bunyi tajuk sms. sejak memerintah UBN telah menunjukkan kehebatan yang bagus, yang menunjukkan tak ada parti lain boleh menandinginya, yang mana menurut sms tersebut, tak payah lah UBN berkempen ke hulu ke hilir kerana rakyat sudah tahu rekod perkhidmatan UBN.
Bunyi sms tersebut 'pelik'. Mana mungkin PR akan hilang diposit dalam PRU13 ini sedangkan rata-rata rakyat sedang bercakap musim kejatuhan BN sudah hampir tiba, kemaraan sokongan rakyat terhadap PR sudah tidak boleh disekat lagi oleh BN. Itulah hakikat sebenar.
Disini nampak benar isi sms tersebut seakan-akan kecewa dengan persiapan PR bagi menghadapi PRU 13 nanti kerana apabila dibandingkan dengan gerakan BN yang begitu aktif mengadakan gerak kerja kempen. Pemimpin UMNO/BN turun kebawah kehulu kehilir berjumpa rakyat menunjukkan cita-cita UBN bagi memenangi kembali kawasan yang tewas sangat serius.
Manakala pihak PR hanya berpesta dengan gerakan ceramah bagi menyampaikan isu-isu yang mana pendedahan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin BN dan Kerajaan Malaysia tidak seperti UBN yang adakan gerakan bersekali dengan kewangan.
Walaupun sms tersebut seakan-akan 'perli' kepada UBN yang hebat mengatur gerak kerja yang tiap2 hari kehulu ke hilir jumpa rakyat tapi tidak mendapat sokongan undi, tapi sms tersebut ada juga massage yang hendak disampai kepada PR apabila perkataan 'hilang deposit' yang sengaja ditulis untuk diperbincangkan.
Erti hilang deposit yang dimaksudkan itu, bukanlah wang pertaruhan tapi angka kemenangan akan hilang apabila calun-calun PR yang pada 2008 dulu menang menjadi kalah pada PRU13 terutamanya calun-calun PR yang kurang memberi tumpuan kepada rakyat. Saya tahu maksud yang tersirat dalam sms tersebut untuk dilahirkan betapa kecewanya seorang bekas wakil calun untuk terus berjuang pada PRU13 nanti.
Sms tersebut ingin mengatakan, tak payahlah UBN berkempen kehulu kehilir sekarang kerana rakyat sudah tahu apa yang UBN buat kerana sudah lebih 50 tahun UMNO memerintah Malaysia, ertinya kempen UBN adalah sia-sia kerana rakyat sudah pun ada keputusan dalam diri masing-masing yang mana rakyat akan sokong pada PRU13 nanti.
Persoalannya, apa akan terjadi sekiranya amalan 'habis madu sempah dibuang' akan berterusan diamalkan dalam PR yang bercita-cita untuk ke PUTRAJAYA. Ini baru satu contoh.
Pakteh cuba memahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah berkaitan kebebasan beragama baru2 ini. Pakteh juga menanti apa kata Presiden PKR iaitu Wan Azizah (Emak kepada Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah). Pakteh juga amat2 ternantikan kenyataan dari Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim ( Bapa kepada Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah dan Suami kepada Presiden PKR iaitu Wan Azizah)
Fikiran Pakteh pada awalnya bersangka baik iaitu ada media tersalah lapor. Kerana apa Pakteh bersangka begini?. Kerana isu sebegini amat-amat besar implikasinya kepada umat Islam di Malaysia yang manoritinya kaum Melayu. Kesan DOMINO yang sejak dulu dirancang kini mula sampai ke penghujungnya dan semarak api yang mula membakar mangsa kini semakin kuat.
Rupa2nya forum sebegini serius dibuat dalam sebuah gereja. Melihat kepada penganjurnya...apakah kita masih terfikir ini satu kebetulan dan mereka semuanya seperti Lim Guan Eng yang turut menjadi panelis juga amat berikhlas hati terhadap agama Islam. Satu persoalan dari Pakteh...mengapa buat disitu dan mengapa mereka ITU yang menganjurkannya?...mengapa....
Rasanya Pakteh tak perlu ulas panjang kerana Agendadily telah mengupas isu ini sehampir mungkin dengan maksud yang Pakteh ingin sampaikan.
Ikuti petikand ari Agendadaily
Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja. Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu. Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu. Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan. Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja. Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin. Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya. Naib Presiden PKR itu ketika jawab soalan dalam forum yang dianjurkan oleh think tankKristian Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), dan Islamic Renaissance Front itu mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka. Ini dibimbangi boleh membawa implikasi orang membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam. Kalau rajin sila google nama Full Gospel Tabernacle, buka laman webnya, kita akan dapati ia juga ada sidang dalam Bahasa Malaysia. Siap dengan jadual lagi. OHMSI pula memang diketahui umum think tank Kristian yang sebelum ini pernah anjur forum tajuk The Christian and the Malaysian General Election 2008. Ia bukan pergerakan agama sahaja, melihat kepada seranai panelis yang dijemputnya termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membayangkan ia amat minat dengan politik. Oh ya.. forum The Christian and the Malaysian General Election 2008 dibuat sebelum PRU ke 12 iaitu 26 Januari 2008. Apa maknanya semua ini? maknanya kemana undi orang kristian hendak pergi... Sebab itu, jangan terkejut apabila Nurul Izzah 'tunjuk belangnya' dalam forum tersebut. Siapa tahu belang itu adalah untuk meraih undi.