bumiyang Posted: 16 Dec 2014 03:49 AM PST |
anakbukitgantang says Posted: 16 Dec 2014 03:03 AM PST # Surat terbuka dari 25 Professional Melayu Islam kepada PM....betulker? Posted: 15 Dec 2014 08:00 PM PST
Hebuh di pesada media ada 25 profesional yang mengutus surat terbuka supaya PM Najib berbincang dan menghantar orang untuk berdebat dengan mereka DALAM HAL EHWAL Islam (terutama yang melibatkan PERKASA dan ISMA , tapi tak nak pulak tembak ISIS, Bersih , puak liberal di Malaysia) . Betulker mereka minta debat? Dan betulker jumlahnya 25 orang?
Selepas menggali kumpulan tersebut didapati ianya dari sebuah email yang dianggotai oleh 25 Profesional. Namun aktif member dalam e mail group itu hanyalah 10 orang. Rujuk surat asal di 25 Profesional Muslim
Pengakuan seorang Tan Sri (Tan Sri Abdul Rahim Din ) mengatakan mereka hanya setuju jika hal hala berkenaan ugama Islam dirujuk kepada mereka tanpa debat. Namun setelah menandatangani surat tersebut, tetiba ayat bertukar bunyi kepada "debat"
Apa tujuan debat? Debat hanya akan menyebabkan umat Islam berpecah belah. Sebarang perbincangan perlulah diadakan dalam suasana Islami dan di belakang pintu tertutup.
Saya berdoa agar PM Najib tak mengikut kehendak surat ini-selalunya yang suka berdebat ini berfikrah wahhabi. Semoga umat Islam di negara ini terselamat dari bahaya wahhabi , Syiah dan liberalisme ugama,
Did any of you declare that you are #26 after the Open Letter was published? Well, you're wrong. You are err… #25. The one after you will be #26. Yes of course I know how to count Alhamdulillah. I am pleased to inform that I met up with Tan Sri Abdul Rahim Din and he says that he will be withdrawing himself from the group. I can't take any credit for that because he was already thinking of withdrawing before I had the chat with him. Indeed he showed me a handwritten draft expressing his concern that things seemed to be "spinning out of control". Ohhh alright, maybe I'll take a little bit of credit by removing any doubt from his mind that he was making the right decision. He has given me permission to inform of his withdrawal on Facebook before he conveys his decision to the group. (He does not have a Facebook or Twitter account). I'll just mention a few points from our chat: 1. He said that the group had strayed from the objectives that he had understood. 2. What he had agreed to was to give support for a letter be sent to the Prime Minister to request for the appointment of a panel of experts to resolve any conflict between enacted Islamic laws and civil law and Constitution in a closed forum i.e. behind closed doors and not in public. He said in the handwritten draft to the group that "the one and only task is to urge the PM with the support of the silent majority to convene a gathering of experts to resolve the contentious issues". They were not to get involved any further after making that request regardless if the PM agreed or not. 3. He said that he disagreed for any debate to be held. He was a bit stunned and disappointed when I showed him that the letter contained this request: "The need to ensure the right of citizens to debate the ways Islam is used as a source of public law and policy in this country". He was not happy at all. Either he missed that in the letter — after all he is a 75 year old pensioner with poor eyesight — or the writer amended it later. He said if there was a debate then it would never end and I replied that is precisely what the liberals want: a non stop debate until Islamic laws become ineffective. He repeated a few times that there must not be any debate. 4. He said that questioning any particular Islamic law was not the purpose. Indeed he questioned and cautioned the group that they were not qualified or proficient to engage in any technical discussion. He said it was for the panel of experts to consider and resolve whatever relevant issues. That is, it was not for the group to suggest to the panel what specific laws should be reviewed. 5. He is particularly unhappy about the way some members in the group (perhaps about 5 of them) are getting overzealous and "happy" (I think he meant cocky) after the Open Letter was published. He was also particularly annoyed that a couple of them said they wanted to "shoot out another open letter". He has since stopped communicating with them in their email group (although he still reads their emails). Many other members of the group have also been silent in their group email correspondence. 6. He was not pleased when I told him that many non Muslims and liberal extremists like SIS had capitalised on and flogged the Open Letter for their own agenda. We discussed many things but I think the above are enough for the purpose of this message. I might add more in the comments section tomorrow. Saya minta kawan-kawan semua doa yang terbaik untuk Tan Sri Abdul Rahim Din. Please do me that favour as I know the 25 had curses rained upon them and I don't want any to stick to him. Thanks for doing that favour Wassalam. Azmi Arshad ......................................................................................................................................
Komentar seorang lagi facebooker Wan Ahmad Faisyal (2)
DASAR HIPOKRIT MODERAT Pelik bin ajaib, *tokoh* Melayu 25 bersaudara seaqidah "moderat" membangkitkan hal yang sebenarnya tidaklah begitu penting di saat ini (ala sebenarnya nak tembak PERKASA dan ISMA dan pertahankan SIS; selebih tu silat pulut saja) sedangkan di mana kepekaan mereka di saat nama Tuhan Yang Maha Esa dihumban ke dalam mahkamah sivil oleh gerombolan Evangelical yang tahu (yes, they lied) bahawa nama "Allah" itu bukanlah sesuatu yang "integral" dalam pegangan keagamaan mereka? Adakah mereka buta hati dalam melihat kemarahan orang Islam di negara ini? Kenapa hal ini tidak dibangkitkan dalam surat tersebut? Kalau mereka benar-benar Wasatiyyah (yakni dalam tafasir ahl al-Sunnah merujuk kepada makna 'Adil) kenapa tidak dipertahankan sekali? Juga mengapa "single out" ISMA dan PERKASA sedangkan HINDRAF dan Dong Zong, gerakan pemisah Borneo berkali ganda lebih ekstrim kerana mereka menuntut sesuatu yang menggugat negara sedangkan ISMA dan PERKASA hanya pertahankan apa yang termaktub dan ada dalam kontrak sosial? Mereka tidak disabitkan sekali kerana kita semua tahu yang bermain api ini bukan ISMA dan PERKASA kerana kedua-dua kumpulan ini timbul di saat UMNO dan PAS semakin longlai, hilang punca dalam mempertahankan agama dan bangsa yang saban hari dicabar kumpulan-kumpulan ekstremisme daripada bangsa dan agama lain? Tell me is this not another form of hypocrisy like how Ambiga, BERSIH have failed to protest against the daylight sodomy of "democracy" (yes, backdoor through Statutory Declaration) in Selangor done by Anwar Ibrahim? | |
Aspirasi Bangsa Posted: 16 Dec 2014 01:45 AM PST |
The Unspinners Posted: 15 Dec 2014 11:34 PM PST Fatihah buat Dato Mustafa, Mengingati Maarof Posted: 15 Dec 2014 08:23 PM PST Alfatihah kpd arwah Dato Mustapha Maarof. Semuga rohnya disemadikan bersama org2 beriman...ameen... Sekali lg saya terkenang kpd perjuangan arwah ayahnya..Maarof Zakaria, yg dibunuh dgn kejam kerana ikhlas ingin membantu org2 Melayu... Maarof Diculik, Dibunuh dan Digantung Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia. Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria. Jalan Maarof Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar. Siapa Maarof Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan. Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan, adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973). Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991). Pengasas Malay Nasional Bank Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara. Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik. Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation. Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria. Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu. Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja. Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation. Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang. Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi. Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja. Dibunuh Kejam Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Maarof dikatakan hilang selama 2 hari selepas keluar dari rumah menuju ke Kampung Baru. Beliau ditemui di dalam hutan tergantung. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu. Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi. Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi. Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan. Sumber: Bharian | Kepura-puraan begini mudah disedari TAPI ada agenda lebih licik ... Posted: 15 Dec 2014 04:31 AM PST Tapi bila yang nak sesatkan adalah dari kalangan Melayu liberal yang mana pernah jadi boss kita dalam kerajaan, halim, loyar, pensyarah dll, lagi susah untuk disedari. Baca ABITW SINIAgenda melemahkan Islam Setiap kali orang sebut diri mereka "moderate Muslim" ditakuti mereka sudah terperangkap dlm permainan licik neokolonialisma baru. Download dan hayati dokumen SINI Agenda Negara Ku oleh pencacai CIA Ambiga ...Agenda DAP pula ...Agenda new world Order oleh Gene Sharpe | Ingat lagi kebiadapan mereka? Atau puak liberal simpati ...? Posted: 15 Dec 2014 01:30 AM PST | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 15 Dec 2014 11:23 PM PST RAHSIA 1MDB DAN RAHSIA NAJIB Posted: 15 Dec 2014 04:00 PM PST Pandangan Profesor Jayum ini bahawa DS Najib masih merupakan Perdana Menteri terbaik negara mewakili semua kaum dan agama sangat menarik.
Isu 1MDB yang dikoreksi tidak akan berhasil menjatuhkan DS Najib jika itulah niatnya. Sebaliknya, ianya menjadi nikmat yang dapat dirasai oleh masyarakat bawahan.
Mereka yang bercakap berjuta-juta Ringgit sibuk sangat mengoreksi 1MDB barangkali mereka ada kekecewaan peribadi, tetapi bagi saya isunya adakah nelayan di Kuantan berhenti ke laut kerana 1MDB? Adakah pekebun sayur di lereng Kundasang berhenti menanam sayur kerana1MDB? Adakah penjual jagung dan nangka di Pasar Basah sementara Chow Kit berhenti menjaja kerana 1MDB?
Ada yang mengaitkan 1MDB menyebabkan nilai Ringgit Malaysia merosot berbanding Dollar Amerika dan Singapore Dollar. Isunya bukan itu, isunya ialah adakah pembahagian Buku Teks percuma diberhentikan? Adakah orang ramai berhenti membeli kereta dan motorsikal? Adakah umat Islam berhenti menunaikan ibadah Umrah dan adakah jumlah umat Islam mendaftar Haji bertambah kurang atau bertambah banyak?
Marilah kita bercakap hal ekonomi di depan mata, bukannya di belakang mata.Di belakang mata, anda boleh bercakap akaun berjuta billion Ringgit atau Dollar, walhal di hadapan mata kita rakyat biasa hanya memiliki beberapa ratus atau barangkali beberapa simpanan ribu yang sedikit. Teruskan membaca.
Sudahkah anda melawat sempadan Tawau-Nunukan? Adakah aktiviti ekonomi di antara dua wilayah Indonesia-Malaysia ini berhenti? Sudahkah anda melawat Jeti di Pulau Mersing, adakah Feri ke Pulau Tioman, Pulau Besar dan sekitarnya mati kerana 1MDB? Paling tidak pun, anda lihat penjual sayap ayam bakar berasal dari Tawau yang kini sudah menjelajah di segenap pelusuk Lembah Kelang, adakah bisnes kecil-kecilan ini berhenti mati gara-gara 1MDB?
Apabila berlaku bencana alam seperti kebakaran, tanah runtuh, banjir, dan sebagainya adakah Kerajaan berhenti memberi bantuan gara-gara 1MDB? Adakah Kementerian Pendidikan memberhentikan Biasiswa menghantar pelajar-pelajar ke luar negara?
Begitu juga tidak ada yang pelik apabila nilai Ringgit jatuh. Sebabnya sangat mudah, oleh kerana nilai matawang utama dunia seperti Dollar dan Yuan juga tidak stabil, dan ditambah pula oleh kejatuhan harga minyak dunia, bukanlah menghairankan nilai Ringgit kita juga terjejas. Adakah matawang Rupiah, SD, Rupee, Bath dan lain-lainnya tidak terjejas?
Pekerja asing tidak pernah berhenti untuk menyeberang ke Malaysia. Rakyat dari negara China, India, Bangladesh, Nepal, Indonesia, Vietname, Thailand,Timor Leste, Filipina, Pakistan, Myanmar, dan sebagainya berpusu-pusu berusaha menyelinap memasuki Malaysia sama ada secara betul atau tidak betul, kerana apa? Kerana Malaysia negara yang makmur, aman dan bahagia.
Di kampung-kampung malah di Felda, para peneroka sudah mampu menggaji pekerja kontrak dari luar negara. Mereka menjadi taukeh-taukeh kecil yang hanya akan mengutip hasil di hujung bulan, manakala kerja-kerja berat dilakukan oleh pekerja asing.
Anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Bertahun-tahun anda berkata Ekonomi Malaysia akan hancur. Tetapi tidak juga hancur sebaliknya KLIA2 didirikan, Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur semakin besar dan cantik, Perumahan tumbuh bagai cendawan, Universiti luar negara membina cawangan, IPTA membina cawangan di bandar-bandar kecil, rakyat Malaysia melancong sakan ke Bandung, Hanoi, Guangzhou, London, Jakarta dan seanteronya.
Dan paling ironi, penatara Ekonomi antrabangsa dunia menaikkan taraf Ekonomi Malaysia hampir 5 anak tangga bertambah baik berbanding tahun lalu, meninggalkan Indonesia, Thailand dan Vietname.
Adakah Bank Rakyat, Petronas, TNB, Felda, Felcra, Tabung Haji, ASB dan Kerajaan Malaysia memberhentikan pemberian Bonus atau Dividen gara-gara 1MDB? Adakah BRIM dikurangkan,ditamatkan atau ditambah lagi? Ternyata Malaysia bukan Amerika, kerana beberapa tahun lalu Kerajaan Amerika pernah 'collapse' gara-gara Perbendaharaan Amerika tidak mampu menyediakan gaji kepada kakitangan kerajaannya.
Begitu juga, tepat pukul 5.00 petang bas Metro, Rapid KL dan sebagainya penuh sesak dengan penumpang. Begitu jua, jika anda lewat ke pejabat Imigresen sudah pasti anda akan mendapat nombor giliran yang panjang kerana ramainya orang mahu membuat pasport antarabangsa. Dan anda pasti tidur di dalam kemah sekiranya tidak membuat tempahan awal di pantai peranginan Port Dickson atau di Hotel Sunway Lagoon.
Maknanya, isu 1MDB tiada kaitan dengan DS Najib. Jika anda melihat kesilapan 1MDB anda mesti mengkritik pengurusan 1MDB bukannya Perdana Menteri. Jika anda melihat kelemahan 1MDB anda mesti membetulkan kelemahan 1MDB bukannya memburukkan Perdana Menteri. Jika pengurusan 1MDB membawa kerugian bukannya pula mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. Anda memberi pandangan yang salah kepada isu yang salah dan kepada orang yang salah. Kaitkan Tun Dr Mahathir Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang rasional pada masa yang sesuai, kepada orang yang betul dan kepada isu yang tepat. Dahulu Khairy Jamaluddin kerap mengkritik Tun Dr. Mahathir, hari ini mereka boleh bekerjasama dengan betul. Tun Dr. Mahathir dilihat mengejutkan ahli-ahli UMNO apabila memberi pujian dan semangat kepada Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.
Dan saya tidak hairan, jika Tun Dr. Mahathir akan memberi pandangan yang positif kepada 1MDB walaupun mengkritiknya kerana pada saya Tun Dr. Mahathir seorang yang 'refleksiologikal'. Kesilapan besar kita ialah mahu melihat Tun Dr. Mahathir bergaduh besar dengan Perdana Menteri, menunjukkan anda lupa bahawa Perdana Menteri sekarang bukan Perdana Menteri Tingkat 4.
Kesimpulannya mudah, DS Najib masih merupakan Perdana Menteri yang betul kepada Malaysia, Perdana Menteri yang sesuai kepada masa yang sesuai, dan Perdana Menteri yang betul kepada isu yang betul.
Yang salahnya ialah sesetengah daripada kita mentafsir DS Najib dengan hanya menggunakan satu 'taxonomy'.
Dan kesimpulannya sangat mudah, isu 1MDB hanyalah isu politik bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri. Saya bersetuju pandangan Profesor Jayum.
| MAHFUZ SINDIR LIM GUAN ENG JANGAN SOMBONG Posted: 15 Dec 2014 12:39 AM PST PAS meminta semua pihak menghormati sistem demokrasi yang ada di negara ini dalam semua pelaksanaan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi semua pihak boleh bersuara dalam mengetengahkan pendapat.
"Saya tidak boleh meminta Pakatan Rakyat untuk ganggu negara demokrasi, begitu juga saya tidak boleh meminta DAP untuk ganggu konsep demokrasi.
"Begitu juga pelaksanaan hudud ia sekarang sedang melalui proses demokrasi dan biarlah ia melalui segala proses-proses tersebut sebelum keputusan akhir dibuat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau yang turut menyokong PAS melaksanakan hudud kerana perancangannya melalui proses demokrasi dan bukan paksaan.
"Kita tidak boleh nak halang Kelantan melaksanakan hudud, sebab di Kelantan itu sendiri kelulusan dilakukan di peringkat Dewan Undangan Negeri, ini demokrasi awal perjalanannya.
"Dan sekarang ia akan dicadangkan akan dibawa ke parlimen untuk proses demokrasi seterusnya, jadi setiap pihak perlu menghormatinya, di parlimen semua pihak boleh berbahas menentang atau menyokong," sambung beliau lagi.
Ahli Parlimen Pokok Sena turut berkata PAS akan menerima apa-apa keputusan yang akan diputuskan di peringkat parlimen terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan.
"Seperti juga pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kita menentang tetapi ia melalui proses demokrasi di parlimen melalui suara ramai.
"Inilah yang akan dilalui hudud melalui proses yang sama dan tidak pernah ada istilah ingin menggunakan jalan belakang.
"Atas sebab-sebab itu kita mesti menghormati demokrasi kerana itu menjadi pegangan utama kita dalam negara ini," sambung beliau lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada lawatan beliau di pejabat akhbar Sin Chew Jit Poh sebelum ini meminta agar semua pihak perlu memberi platform untuk PAS memberi penerangan jelas tentang hudud.
Katanya, pelbagai andaian dan tanggapan ini timbul apabila ada pihak yang tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai hudud khususnya kaum Cina.
"Perlu ada platform khusus untuk kita (PAS) memberi penjelasan tentang hudud yang sebenarnya.
"Selagi tidak ada platform ini menyebab apa sebenarnya dan cara pelaksanaan hudud itu tidak diterangkan dan disampaikan khususnya masyarakat Cina dalam negara ini," kata beliau.
Dalam pada itu, Mahfuz turut menolak tidak pernah ada perselisihan faham PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, setiap apa yang berlaku itu sebenarnya menguatkan jalinan kerjasama dalam mendapat sokongan rakyat.
DAP pada Konvensyen Nasional di Subang Jaya semalam memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya bertegas untuk tidak melaksanakan hukum hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang ingin merampas pentadbiran di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Setiausana Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan kepimpinan Pakatan Rakyat agar menyatakan pendirian tegas dalam hal tersebut bagi memenuhi aspirasi pengundi khususnya dari Sabah dan Sarawak. -HARAKAHDAILY 15/12/2014
| |
Panglima Perang Cyber Posted: 15 Dec 2014 11:07 PM PST Akta anti keganasan ke Dewan Rakyat Mac depan - @Zahid_Hamidi Posted: 15 Dec 2014 05:52 AM PST | Sembilan suspek kes pergaduhan di stadium disambung reman Posted: 15 Dec 2014 05:50 AM PST | Banjir di lima daerah Terengganu Posted: 15 Dec 2014 05:49 AM PST | Pemuda UMNO Desak Kaji Semula Lantikan CEO MAS Posted: 15 Dec 2014 05:48 AM PST | Jawapan Kepada Surat 25 pesara kerajaan dan penerima pencen oleh 26 Tan Sri - Mesti Baca Posted: 15 Dec 2014 02:39 AM PST
Surat Jawapan oleh 26 Tan Sri Kami, para Tan Sri yang bertandatangan di bawah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua individu di atas yang dengan beraninya telah menyuarakan hasrat hati umat Islam di negara ini akan kemelut besar yang sedang melanda negara ini. Anda semua adalah para perwira dan negarawan sebenar, meskipun pekerjaan anda jarang diperhatikan oleh masyarakat umum. Kebimbangan-kebimbangan dan rasa prihatin yang anda semua nyatakan di dalam surat di atas adalah percerminan kepada apa yang telah sekian lama tersurat di hati kami. Dalam membicarakan tentang Islam dan cabaran yang sedang dihadapi dewasa ini, kita semua adalah setaraf dan sepasukan. Apa yang anda semua suarakan tidak mampu di gambarkan dengan lebih jelas dan terang oleh para penganalisa, tokoh akademik, para cendekiawan mahupun para ulamak hari ini. Tahniah kepada anda semua, wahai saudara kami! Dan khusus kepada para penentang Islam, pembawa musibah dan virus liberal, pelampau, ekstremis dan modernis… Kami tahu siapa kamu dan siapa dalang di belakang kamu. Kami tahu siapa yang memberi dana kepada agenda dan aktiviti-aktiviti kamu. Kami tahu tipu muslihat dan perancangan kamu. Kami tahu betapa kamu telah memperdayakan begitu ramai tokoh untuk bersama kamu. Kami tahu rencana apa kamu melaga-lagakan sesama Melayu dan umat Islam. Kami akan mendedahkan tempat-tempat perjumpaan rahsia dan persembunyian kamu. Kami akan dedahkan identiti kamu seorang demi seorang. Kami akan londehkan satu persatu kemunafikan kamu. Kami akan pastikan umat Islam dan bangsa Melayu mengenali dan mengawasi kamu. Kami adalah mimpi ngeri kamu, siang dan malam! Yang Menjalankan Amanah, - Tan Sri yang kenal sangat golongan Liberal ekstremis.
- Tan Sri yang menghormati dinamisme pemuda dan pemudi Islam.
- Tan Sri yang tidak akan mengkhianati bangsa sendiri.
- Tan Sri yang tidak sanggup melihat kepentingan Islam dipermainkan.
- Tan Sri sangat jengkel dengan politik hawa nafsu.
- Tan Sri tidak lupa jasa pemimpin yang amanah.
- Tan Sri tidak suka membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
- Tan Sri selalu mengawasi pergerakan Evangelis Kristian.
- Tan Sri kenal rapat Al Marhum Ustaz Fadhil Noor.
- Tan Sri cemas dengan politik agenda peribadi.
- Tan Sri tidak akan bersekongkol dengan agenda Yahudi Zionis.
- Tan Sri menyokong usahawan Muslim dan Bumiputera.
- Tan Sri sedih dengan nasib bangsa yang diperjudikan.
- Tan Sri yang mengutamakan kerja-kerja kebajikan.
- Tan Sri sangat menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Tan Sri biasa terlibat dengan program-program PERKIM.
- Tan Sri sedih melihat NGO-NGO Islam telah diperalatkan.
- Tan Sri peminat tegar Ustaz Kazim Elias.
- Tan Sri selalu berbicara dalam Bahasa Melayu.
- Tan Sri tidak terkejut dengan perjuangan Cauvinis Sosialis parti DAP .
- Tan Sri tidak suka melepak di coffeehouse Pan Pacific.
- Tan Sri suka melihat penyatuan perjuangan PAS dan UMNO.
- Tan Sri sangat memuliakan wanita Islam.
- Tan Sri sangat berbulu dengan Bar Council.
- Tan Sri really hates IRF.
- Tan Sri meluat sungguh dengan SIS.
- Tan Sri pernah mengamuk pasal Lawyers For Liberty.
- Tan Sri penyokong agenda perjuangan ISMA.
- Tan Sri baru cancel langganan MalaysiaKini.
- Tan Sri merasa kasihan kepada penyokong kuat Negara-Ku.
- Tan Sri tidak pernah percaya kepada penerima dana NED.
- Tan Sri berharap PAS bercerai dengan DAP.
- Tan Sri selalu menonton TV Al Hijrah.
- Tan Sri selalu menziarahi ulamak dan tokoh-tokoh berwibawa.
- Tan Sri selalu mendirikan Solat Tahajjud.
- Tan Sri akan sentiasa bersama Umat Islam.
_____________________ Nota kaki: Penyusun meminta maaf kerana terlalu ramai Tan Sri yang rela hati untuk memasukkan nama sebenar mereka dan bilangan mereka sendiri melebihi kuota 26 nama yang telah diputuskan. Namun untuk tidak menghampakan mereka, penyusun masukkan sekali tambahan 10 orang Tan Sri lagi yang bersemangat. Bagaimanapun, nama sebenar mereka terpaksa dirahsiakan demi keselamatan dan untuk menjaga hati dan perasaan pihak-pihak yang terdekat dengan mereka (termasuk rahsia-rahsia peribadi mereka). P/s … Ini adalah karya fiksyen semata-mata. Ia bersifat parodi dan sebagai satu simbol mengekspresikan hak untuk berkarya secara kreatif. Ini juga sebahagian daripada hak asasi saya sebagai seorang penulis. Tidak ada mana-mana Tan Sri yang telah diapa-apakan atau diperdayakan. Karya ini juga tidak ada kena-mengena dengan mana-mana manusia sama ada yang masih bernyawa atau sudah tamat riwayatnya. Kalau ada pun, secara kebetulan sahaja dan telah ditetapkan sejak azali lagi. Untuk makluman, tidak ada seekor anjing pun yang disentuh dalam menyiapkan surat rayuan dan jawapan balasnya ini. Mohd Luttfi Abdul Khalid Seorang Peguam dan aktivis ISMA
Artikel sebenar dan sepenuhnya :
Sent from my iPhone
| |
Belantan Posted: 15 Dec 2014 11:05 PM PST Krisis tebusan Sydney: Polis serbu bangunan! Posted: 15 Dec 2014 08:40 AM PST SYDNEY - Satu 'footage' rakaman secara langsung dari kafe di mana seorang lelaki menahan sekumpulan tebusan disiarkan kira-kira jam 11.20 malam tadi. Dalam 'footage' berkenaan, beberapa das tembakan kedengaran selain bunyi letupan. Laporan setakat ini mengatakan seorang tebusan ditembak, sementara empat yang lain cedera. 'Footage' awal menunjukkan polis merempuh masuk bangunan tersebut sebelum lima orang awam dilihat berlari keluar. Robot pemusnah bom juga dibawa masuk. Satu laporan lain menyebut dua orang terkorban, namun tiada kepastian dan identiti mereka belum dapat disahkan. Suara Politik Belantan | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 15 Dec 2014 09:35 PM PST |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 15 Dec 2014 09:14 PM PST |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 15 Dec 2014 03:03 PM PST Rakyat S’pura Pakat Separuh Bogel Demi Pakaian Dalam FREE Posted: 15 Dec 2014 08:30 AM PST SINGAPURA – Puluhan pelanggan sanggup bermalam dalam keadaan separuh bogel di luar sebuah butik fesyen terkenal antarabangsa di sini semata-mata untuk mendapatkan pelbagai pakaian berjenama mahal secara percuma dalam satu kempen promosi unik yang dibuka sejak pukul 9 pagi ini. Stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan, kesemua pelanggan lelaki dan wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam malah tidur di luar Desigual, butik ternama dari Barcelona, Sepanyol yang terletak di kompleks beli-belah popular Orchard Central sejak lewat malam tadi. "Saya tidak tahu bila pelanggan awal akan mula beratur, maka saya dan suami setuju untuk datang pukul 11 malam tadi, bahkan kami lihat ramai sudah lama pun berbaris panjang serta semua tidur dalam keadaan separuh bogel macam kami juga," kata surirumah, Sharene Ong, 39 tahun. Dua pelancong asing tidak ketinggalan menyertai promosi separuh bogel anjuran butik jenama Desigual di Singapura hari ini. Menurut jurucakap butik tersebut, kempen istimewa yang dikenali sebagai Desigual's Seminaked itu menawarkan aneka pakaian pilihan khusus untuk kumpulan 100 pelanggan pertama hari ini sebagai pembuka tirai promosi panjang jualan festival hujung tahun. Desigual telah pun melancarkan kempen separuh bogel itu sejak 2005 lalu yang melibatkan lebih 50 cawangan butik tersebut di seluruh dunia termasuk Madrid, Paris dan Tokyo manakala di Singapura, ia merupakan kempen julung kali diadakan. – Agensi | Mungkin saya jadi PM - Mahfuz Posted: 15 Dec 2014 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh membangkitkan isu menamakan calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat dalam mesyuarat gabungan pembangkang itu Januari depan, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, perkara tersebut perlu dibincangkan dalam mesyuarat dan mana-mana parti berhak untuk menamakan siapa juga yang dimahukan.
"Perkara ini kita perlu bincang dalam mesyuarat, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kata bulan Januari nak buat mesyuarat jadi Lim Guan Eng boleh bawa pekara ini dalam mesyuarat nanti.
"Siapa calon PM kita bincang. Mungkin saya jadi PM.
"Mana ada dalam dunia orang tak nak jadi Perdana Menteri.
"Yang sudah jadi Perdana Menteri, nak turun pun payah," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.
Ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 di Petaling Jaya semalam, Guan Eng dilaporkan meminta Pakatan Rakyat menamakan calon perdana menteri apabila menyertai pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata tanpa muafakat jelas dalam perkara berkenaan Pakatan Rakyat tidak boleh menyertai pilihan raya
DAP tetap menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran kerajaan pusat pada PRU14 nanti.
Sebelum PRU13 yang lepas, beberapa pihak dalam PAS mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kekuasaan. | Dicekup khalwat, Puteri Mardiana dakwa dianiaya bekas teman lelaki Posted: 15 Dec 2014 03:01 AM PST Bagus sungguh Putri Mardiana ini. Adab melayan tetamu memang terbaik. Pasti hilang dahaga di tekak pihak JAIS yang menangkap dirinya berkhalwat dengan Shahrizam Abdullah yang dikenali sebagai Ejump. Menarik juga membaca kisah tangkapan yang diceritakan dari sudut Putri Mardiana ini. Ada dua perkara penting yang ingin disampaikan olehnya iaitu tangkapan ini dirancang oleh bekas teman lelakinya dan kedua Ejump sekadar masuk ke rumah untuk minum air selepas menghantar dirinya pulang. Putri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang. Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan. Ikuti penjelasan panjang lebar mengenai kes tangkap khalwatnya di bawah:- Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.
Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di 'prank' bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.
Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.
Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.
Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya.
Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.
Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat. Tak payahlah tunggu tahun depan nak kahwin. Nikah je dulu. Buat apa yang wajib. Alang-alang dah kena tangkap basah. Tak kiralah kena prank ke masuk dalam sekadar minum air ke. Yang penting memang berdua-duaan. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber MalaysianDigest. | Artis lelaki tempatan laksana upacara perkahwinan luar tabii? Posted: 15 Dec 2014 12:31 AM PST | Gambar hiasan |
Baru saja SS hendak ucapkan tahniah kepada seorang selebriti lelaki ini, terbantut segala hasrat apabila dimaklumkan upacara perkahwinan bakal dilaksanakannya itu secara luar tabii. Payah dan berat rasanya SS hendak memberi penjelasan mengenai hal ini kerana SS dapat tahu selebriti yang sering terbabit dalam dunia seni ini merancang untuk mengahwini 'teman lelakinya'! Mengucap panjang SS mendengar berita yang mengejutkan ini. Memang cerita seperti ini tidak asing di Hollywood tapi jika ia membabitÂkan selebriti tempatan pasti kecoh jadinya di sini. SS dimaklumkan seorang sumber rapat selebriti itu, majlis perkahwinan pasangan berkenaan tidak dibuat di Kuala Lumpur sebaliknya di luar negara. Hah, larian obor ke? Setahu SS, hubungan songsang yang terjalin pun sudah berdosa besar, inikan pula untuk mendaftarkan perkahwinan berkenaan yang seolah-olah mencabar hukum Yang Maha Esa. SS tidak mahu berhujah panjang bimbang tersalah cakap. Apa yang mampu SS katakan, kalau cinta dan tak mampu mengubah naluri yang sukakan kaum sejenis, janganlah sampai agama juga mahu diperjudikan. Apapun, SS harap selebriti berkenaan cepat-cepatlah bertaubat dan kembalilah ke pangkal jalan. Doa SS semoga selebriti dimaksudkan dikurniakan hidayah. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16268#sthash.aVvTm0VJ.dpuf | Pengantin baru kantoi 'projek' bawah jambatan Posted: 15 Dec 2014 12:01 AM PST Alor Setar: Sepasang pengantin baru yang baru berkahwin bulan lalu dicekup kerana disyaki terbabit dengan penagihan dadah dalam serbuan di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah, di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 7.30 pagi, pasangan berkenaan yang berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan bersama 61 penagih lain dalam operasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Setar dan dibantu AADK Kedah serta Padang Terap di kawasan berkenaan. Mereka dikatakan baru berkahwin di negara jiran berikutan lelaki itu sudah mempunyai isteri, tetapi tidak mempunyai anak, malah kedua-duanya dipercayai ketagih heroin. Malah, wanita terbabit yang berasal dari Pulau Pinang itu juga dikatakan turut menjalankan kutipan derma untuk sebuah pertubuhan amal di kawasan itu berikutan penemuan dokumen berkaitan dan menggunakan upah yang diperoleh sebanyak RM35 sehari untuk membeli dadah. Dia mendakwa membeli dadah jenis heroin antara RM15 hingga RM20 untuk melepaskan gian dan hanya suka-suka disebabkan sudah lama menghisap dadah sejak beberapa tahun lalu. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. | Ada ‘benda’ bekas pengerusi SPR tidak dapat, kata Zahid Posted: 14 Dec 2014 10:31 PM PST Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan gesaan yang dibuat bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menuntut perdana menteri berhenti daripada menipu rakyat, sambil mendakwa kemungkinan ada 'benda' yang tidak diperolehi Rashid. Menteri dalam negeri itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas beliau bersara daripada perkhidmatannya. "Masa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu, adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PJP/KP/Komander dan Komanden PDRM di Kuala Lumpur, hari ini. Rashid semalam menggesa Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara. "Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," kata Rashid dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa. Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan. "Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya. Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya. "Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya. Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar. "Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya. Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul". – 15 Disember, 2014. | Hudud Kelantan 'bermasalah' kata Anwar Posted: 14 Dec 2014 10:09 PM PST Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda enakmen tentang hudud di Dewan Undangan Negeri bermasalah, kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud)," kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah."
Kerajaan Kelantan telah menetapkan 29 Disember untuk memanggil satu sidang khas Dewan Undangan Negeri untuk membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata semalam ia adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Kelantan menguatkuasakan hudud.
Walau bagaimanapun, DAP telah berulang kali menuntut PAS menangguhkan rancangannya di Kelantan, menyatakan undang-undang jenayah Islam yang kontroversi bukan sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama Pakatan Rakyat.
Anwar berkata hari ini mereka masih tidak tahu pindaan enakmen yang hendak dibuat tetapi PAS katanya telah berjanji untuk memberikan maklumat itu.
"Dalam kata sepakat yang kami capai pada tahun 2010, kita bersetuju apa-apa langkah-langkah baru perlu dibincangkan dalam PR. Tetapi kita juga bersetuju apa-apa langkah yang telah diambil sebelum ini (sebelum kewujudan PR) termasuk yang diambil oleh Kelantan perlu dihormati.
"Jadi, saya tidak tahu tentang peruntukan ini apakah sama dengan apa yang telah diluluskan sebelum ini yang juga memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan."
Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengkaji rang undang-undang ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya.
Sebelum ini, kerajaan Kelantan sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal mengenainya yang mengumpulkan semua kumpulan pakar mengenai undang-undang itu termasuk para peguam sivil.
Kerajaan pusat juga telah menubuhkan jawatankuasa yang sama di peringkat pusat dengan diketaui oleh Ketua Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara.
Sehingga kini, tujuh mesyuarat telah diadakan iaitu lima di peringkat negeri dan dua di peringkat pusat. – 15 Disember, 2015. | Benar bukan Islam guna Kalimah Allah, Anwar pertahan Guan Eng Posted: 14 Dec 2014 09:30 PM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kenyataan Lim Guan Eng bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah memang betul, sambil menambah beliau yakin setiausaha agung DAP itu tidak berniat untuk tidak menghormati Islam.
"Beliau betul, terdapat bukti dan alasan yang kukuh untuk menyokong keputusan yang beliau ambil," kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri," katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Lim tidak ada larangan atas orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada menggunakan beberapa frasa Arab, Anwar berkata ia adalah "satu isu undang-undang".
Tetapi beliau menggesa pihak berkuasa untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan isu ini, dan bukannya mengambil tindakan terhadap ketua menteri Pulau Pinang.
"Adakan perbincangan dan wacana, itu saja. Maksud saya, saya tidak mahu mengutuk keputusan mereka atau perlu menegur kita kerana mengulangi apa yang dikatakan ulama.
"Sebagai contoh, saya bertanya Sheikh Qardawi mengenai penggunaan Allah dan saya sampaikannya kepada Guan Eng," kata Anwar, merujuk kepada ulama Islam terkenal Yusuf Al Qardawi.
Polis Pulau Pinang memulakan siasatan ke atas Lim bagi kenyataaan itu, selepas laporan polis dibuat terhadapnya pada Sabtu oleh Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam. – 15 Disember, 2014. | Kantoi romen sambil bogel dalam jakuzi Posted: 14 Dec 2014 09:01 PM PST Singapura: Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS), lapor media semalam. Gambar aksi melampau pasangan itu dimuat naik seorang wanita yang menyaksikan kejadian ke laman web Stomp. Menurut wanita terbabit, pasangan berkenaan tidak menghiraukan orang lain - termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berasmara. Menurut akhbar The Straits Times, saksi dikenali sebagai Lee, 41, berkata dua anaknya dan sepupu mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mengadu melihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi. Lee terus memaklumkan pihak pengurusan sebelum mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu yang jelas dilihat mengadakan seks di dalam jakuzi berkenaan. Pasangan itu hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. RWS berkata, perkara itu masih dalam siasatan. - Agensi - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16323?m=1#sthash.VDHzUlw0.dpuf | Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia Posted: 14 Dec 2014 05:57 PM PST Seniman filem Melayu klasik Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi.
Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
Jenazah akan disempurna di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 15 Dec 2014 01:29 PM PST Isu 1MDB: Menjatuhkan Najib Bukan Caranya: Salleh Said Keruak Posted: 14 Dec 2014 07:37 PM PST TIDAK kiralah siapa Perdana Menteri, kalau berbagai isu dalam negara belum selesai, ianya merupakan faktor beban kepada Umno dan Barisan Nasional.
Pembangkang atau rakyat bukan hanya melihat siapa Perdana Menteri, akan tetapi isu yang tertunggak.
Menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri tidak akan menyelesaikan masalah-masalah itu, demikian menurut Speaker Dewan undangan negeri Sabah- Datuk Salleh Tun Said.
Menurut mantan Ketua Menteri Sabah itu, ambil contoh apabila Tun Abullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri, pengganti beliau tidak juga dapat "redeem" kekalahan Umno/Bn pada PRU-12, malah kerusi BN semakin berkurang.
Isu 1MDB yang meruncing pada masa ini, dikatakan bakal menjatuhkan Perdana Menteri ke-6 negara itu.
1MDB adalah "brainchild" Najib sendiri.
Salleh melalui blognya menulis, keupayaan Bn untuk menang pada PRU-14, hanya melalui Kerja berpasukan (act together), tanpa faktor itu, Umno/Bn terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan Putrajaya. | |
Cucu Tok Selampit Posted: 15 Dec 2014 01:28 PM PST Tahniah Ketua Puteri UMNO @emisamsudin Buka Kaunter Pendaftaran Pengundi Posted: 14 Dec 2014 06:12 PM PST CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Samsudin yang membuka pusat pendaftaran pengundi di kawasan parlimennya semalam. Sebuah kaunter yang serba sederhana telah dibuka oleh beliau semalam di pasar malam dari jam 5.00 petang hingga ke pukul 7.00 malam. 'Its better late than never'. Walaupun pihak PR telah melakukan perkara sebegini sejak berakhirnya PRU13 yang lalu, tindakan YB Mas Ermieyati patut dipuji. Malah sepatutnya ianya menjadi contoh kepada anak-anak buah beliau di kalangan Pergerakan Puteri UMNO untuk turut melakukan program sedemikian. | |
waadat Posted: 15 Dec 2014 01:04 PM PST Media sosial baru buatan malaysia Posted: 14 Dec 2014 11:37 PM PST ....sambungan. Sebelum ini Demang sebut betapa jaringan media sosial bukan lagi sebagai jejaring lelabah bahkan sudah seperti gumpalan kapas yang tidak mudah dilerai. Jika demikian, tindakan yang lebih praktikal dilakukan bukannya menghuraikannya sebaliknya merubah ia menjadi produk baru agar boleh dimanafaatkan. Demang tahu kita sudah ada kementerian telekomunikasi namun isu ini bukan semata-mata masalah teknologi. Ia adalah peningkatan interaksi dan komunikasi yang menggerakkan sektor-sektor penting dalam masyarakat. Jika anda kata media sosial hanya alat, ia memang benar namun perlu ditambah sedikit, 'alat yang agresif'. Agresif atau radikal adalah sifat tidak normal bagi manusia. Analoginya ialah kenderaan yang sedang bergerak pada kelajuan 110km sejam adalah normal namun apabila pemandunya tiba-tiba menekan pedal brek dengan pantas sambil menukar haluan maka ia akan menghasilkan dentuman, samada kereta itu akan terguling atau terbabas, atau akan dihentak oleh kenderaan lain dari belakang. Demikian juga kemunculan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook. Samada diketahui atau tidak, samada sudah berlaku atau belum ia pasti akan terjadi kerana fitrahnya begitu. Maka kita tidak mungkin dapat menahannya sebaliknya ia perlu diarah ke haluan yang betul serta diberi panduan. Kalau boleh, kawalan yang tidak secara langsung. Sememangnya usaha ke arah itu memang sedang dilakukan namun adakah ia berpusat? Jika kapas boleh kita jadikan benang untuk dibuat pakaian maka kehadiran media sosial juga boleh kita jadikan sesuatu yang lebih berfaedah. Kenapa kerajaan Malaysia tidak bina aplikasi kita sendiri untuk itu? | |
PEJUANG BANGSA Posted: 15 Dec 2014 11:25 AM PST ISU KALIMAH : GUAN ENG NAK JADI HERO MENJELANG PRU SARAWAK @IsmailSabri60 Posted: 14 Dec 2014 07:00 PM PST
"Lim Guan Eng cuba untuk menjadi hero," demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di negeri itu dalam kalangan bukan Islam. Menurutnya, meskipun Guang Eng merupakan Ketua Menteri di negeri tidak beraja, namun beliau tetap terikat dengan Perlembagaan negara ini. "Saya tak tahu apa hak dia (Guan Eng). Soal agama di negeri yang beraja ditentukan oleh Sultan manakala di negeri yang tidak beraja ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. "Lim Guan Eng bukan ketua agama di negeri yang tidak beraja. Jangan dia ingat oleh sebab negeri itu tidak ada raja, dia ketua agama. Apa yang dia buat itu salah. Dia (Guan Eng) tak boleh sentuh pun (soal agama) sepatutnya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2014, di sini, semalam. Beliau turut mendakwa tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu seolah-olah cuba untuk melaga-lagakan partinya dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak. "Jadi, saya percaya Guan Eng ini cuba untuk menjadi hero kerana pilihan raya negeri Sarawak (akan datang). Cuba nak laga-lagakan antara Umno dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak. Itu saja. Itu menunjukkan jahatnya dia (Guan Eng). "Dia tidak peduli perpecahan yang berlaku antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Yang dipentingkan hanyalah kepentingan politiknya," katanya. Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pemimpin lain agar mempunyai etika dan tidak terlalu menjaga kepentingan politik sahaja. "Saya harap, sebagai pemimpin kita kena ada etika juga. Jangan kerana kepentingan politik, kita buat apa saja walaupun ia boleh melibatkan perpecahan dan menyebabkan huru-hara antara agama dan kaum di negara kita. "Sesetengah perbuatan kita boleh menyebabkan huru-hara berlaku. Huru-hara itu akan menyebabkan rakyat susah. Sepatutnya kita sebagai pemimpin kena ada pertimbangan juga melebihi daripada politik," katanya. Guan Eng seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah. Beliau dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam. | GUAN ENG BERKERAS , PERTAHAN PENDIRIANNYA BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH Posted: 14 Dec 2014 06:06 PM PST
GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu sambil menegaskan Enakmen Agama Islam Negeri tidak boleh dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.
Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini berkata, pendirian itu adalah selaras dengan hak asasi dan moral.
Sambil menafikan dakwaan dia cuba campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Agama Islam negeri itu, Guan Eng mengulangi pendiriannya bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Menurutnya lagi, apa jua fatwa tidak boleh dikuatkuasakan ke atas penganut agama lain di negeri itu kerana ia hanya termaktub kepada umat Islam.
Dalam pada itu, Guan Eng juga menafikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa dia cuba mencampuri urusan agama Islam di negeri itu.
Sebaliknya Guan Eng meminta Zahid supaya mengajukan persoalan tersebut kepada pemimpin MCA kerana mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat supaya memansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 bagi membolehkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.
Tegasnya, masyarakat bukan Islam dan sebahagian penganut Islam secara umumnya tidak bersetuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian oleh kerajaan Persekutuan, tetapi tetap menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan penerbit 'The Herald' daripada mengunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah di Pulau Pinang tercetus apabila Guan Eng menyatakan pendirian bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah tersebut di negeri itu.
Berikutan kenyataannya itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam Ifan Zaimi Mad Taha semalam memfailkan laporan polis terhadap Guan Eng di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Dalam reaksinya semalam, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah itu tidak sepatutnya dibangkitkan lagi memandangkan Majlis Fatwa negeri telah mengazetkan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai oleh penganut agama lain di negeri itu.
Beliau berkata apabila sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja tertakluk kepada orang Islam, tetapi bukan Islam kerana pelantikan Mufti Pulau Pinang adalah di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Zahid Hamidi, ketika mengulas perkara tersebut di Perak semalam, dilaporkan sebagai berkata Ketua Menteri di sebuah negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah.
Beliau berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan. SUMBER : AWANI
| |